Ahad, 16 Ogos 2015

Adakah kita benar-benar tahu bila suatu derma itu bukan satu derma?

oleh Mariam Mokhtar

Derma adalah satu pemberian, atau sumbangan untuk sebab yang wajar ataupun kebajikan. Ia tidak seharusnya dianggap sebagai satu keperluan atau kemestian. Kadangkala, ia boleh jauh menyimpang, dan contoh-contoh derma menjadi kurang berkebajikan adalah seperti senarai di bawah.

Orang yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan sebab-sebab atau kebajikan yang sah, untuk menyembunyikan niat sebenar terhadap yang dikatakan “derma” itu.

Pertama. Penderma membayangkan yang beliau menceburi satu perusahaan perniagaan dan berfikir yang beliau harus mempunyai syer keuntungan, dan mempunyai suara dalam menguruskannya. Pihak penerima tidak melihat ianya sebegitu dan kekal menganggap yang duit itu adalah satu derma.

Syarikat, badan kebajikan dan parti politik dikawal selia oleh pertaruran ketat, supaya pengaruh atau pertolongan tidak boleh dibeli. Dalam derma politik, penderma, jika beliau seorang individu, mesti disenarai sebagai pengundi berdaftar. Beliau mesti tidak tinggal di luar negara atau lari dari cukai. Kesemua transaksi mestilah telus dan terbuka. Bolehkah kita jamin perkara ini di Malaysia?

Kedua. Sesuatu yang terjadi lebih kerap akhir-akhir ini, iaitu menyalurkan derma sah ke dalam akaun peribadi, jadi penerima yang disasarkan tidak menerima wang itu.

Selepas tsunami 2004, orang ramai menderma dengan murah hatinya, demi krisis kemanusiaan yang sedang berlaku tetapi selepas bertahun-tahun berlalu, mangsa-mangsa tidak menerima sebarang wang. Pada Jun 2005.

Derma RM2.6 bilion datang dari Arab Saudi, dakwa pemimpin Umno

Sumbangan derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak datang dari Arab Saudi, kata seorang ketua Umno bahagian.
Ketua Umno Bahagian Kuantan Wan Adnan Wan Mamat dipetik sebagai berkata dalam satu laporan Sinar Harian, wang itu adalah satu bentuk penghargaan kepada Malaysia kerana "memperjuangkan Islam" dan melawan kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis).
"Ia satu penghargaan kepada Malaysia kerana  memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," Wan Adnan dipetik sebagai berkata.

Laporan itu menyatakan dana itu juga sebagai menghargai usaha Malaysia bagi memerangi Isis. Wan Adnan mengesahkan Najib berkata demikian kepada 146 pemimpin Umno bahagian pada mesyuarat Rabu lepas. "Bukan sahaja Malaysia yang menerima sumbangan dari Arab Saudi, 2 atau 3 negara lagi juga menerima sumbangan itu termasuk masyarakat Islam di Filipina dan (Selatan) Thailand."
Wan Adnan berkata demikian ketika berucap pada perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuantan, semalam.
Beliau berkata, Najib sudah menjelaskan dana yang dipindahkan ke akaun peribadinya kerana sumbangan dari Arab Saudi itu dibuat kepada Najib dan bukan kepada parti.
Beliau juga berkata, semua pemimpin Umno bahagian berpuas hati dengan penjelasan itu, sambil menambah mereka tidak mahu perkara itu terus berlarutan.
Najib dikritik berhubung derma yang ditermanya sebanyak RM2.6 bilion daripada kedua-dua belah pihak sama ada pembangkang mahupun dalam parti sendiri, terutamanya timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat daripada Kabinet akhir bulan lalu.

'Orang Johor terluka, nasihatkan gerak bagai jarum'


Kena boo: Dua orang saja, kata Ahmad Maslan

'Hidup Tan Sri Muhyiddin' bergema di Umno Pontian, Ahmad Maslan 'diboo'....


Tiada Tanda 'Dalang' Mahu Guling Kerajaan Jumpa PM Seperti Dakwaan Zahid

KUALA LUMPUR: Tidak ada apa-apa tanda pelawat di kediaman peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Duta pada petang Ahad.

Perdana Menteri tiba di kediaman Duta itu pada kira-kira 7.50 malam Ahad selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Gerik.

Pihak media diberitahu bahawa tiada pelawat dijangka sepanjang malam ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin Umno yang dikatakan telah merancang untuk menggulingkan kerajaan, akan bertemu Najib petang ini.

Ahmad Zahid berkata, pemimpin berkenaan telah sedar akan kesalahannya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan menjadi sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan.

Kabinet Maya: Rupa2nya NAJIB TAKDA TELOR..!!!

Nak rombak kabinet terutamanya pecat TPM mintak persetujuan drpd admin WhatsApp ketua-ketua bahagian..???

KENAPA TAK GUNA kaedah Majlis Tertinggi dan Badan Perhubungan..!!!

KAN DAH KANTOI !!!

NAJIB GILA KUASA rupanya, mintak persetujuan senyap2 dlm WhatsApp.. Betul2 negara kita ni NEGARA KARTUN !!!

Benarkan hubungan Istana Johor- Najib baik? – Zam

Zainuddin Maidin berkata rakyat hanya akan percaya hubungan Istana Johor dan Najib baik jika kenyataan datang daripada jurucakap rasmi Istana Johor bukan Puad Zarkashi.
zam_zahid_najib_600
PETALING JAYA : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak seharusnya mengelirukan rakyat untuk membezakan antara menggulingkan kerajaan dan menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, Zahid tidak seharusnya membesarkan perkara yang kecil dan memperkecilkan perkara yang lebih besar kerana sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau tahu mengenai perkara yang sebenarnya.
Menurutnya, Zahid harus sedar ketidakstabilan, kekecohan dan kemurungan yang dialami rakyat negara ini kerana Najib mempertahankan takhtanya dan sengaja tidak mahu menghayati perasaan rakyat terhadapnya dan isterinya sebaliknya lebih menyalahkan ‘kejahatan’ media sosial.
“Hakikat ini tidak benar sama sekali kerana tentangan tidak sahaja datang daripada orang luar,dari orang atas pagar dan juga dari penyokong-penyokong setia UMNO tetapi juga oleh kepemimpinan UMNO secara tersirat dan tersurat.
“Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin (Yassin) sendiri telah mengkritik usaha untuk membendung dan menekan suara kebangkitan ini secara yang tidak demokratik,” katanya menerusi entri terbarunya zamkata.blogspot.com.
Zainuddin atau Zam berkata, kritikan Muhyiddin tidak boleh dipandang kecil kerana beliau telah dipilih ke jawatannya secara demokratik oleh ahli-ahli UMNO.
Menurutnya, orang Melayu khususnya orang UMNO sendiri juga telah sampai ke peringkat sanggup meminta ‘dikencingkan’ Najib bukan kerana mereka tidak sayang kepada UMNO tetapi mereka mahu Najib diceraikan dari UMNO.
Tambahnya, pentadbiran negara oleh Najib yang ‘flip flop’ dari peringkat parti hingga kepada negara sehinggakan tidak dihormati oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan sendiri.
“Malah kita boleh bertanya kenapakah Naib Presiden UMNO Datuk (Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) sendiri menyatakan ketakutan terhadap masa depan UMNO. Apakah jika kepimpinan menyakinkan beliau akan bimbang dan takut.

Malaysiaku yang sakit

Oleh Young Syefura Othman
Malaysia, negara yang banyak keistimewaannya. Tetapi memasuki usia 58 tahun merdeka, negara ini tampak seolah-olah sedang sakit. Hilang sudah daya saing, berganti dengan satu demi satu skandal urus tadbir. Malaysia sedang perlahan-lahan memasuki fasa zaman gelap.
Negara terus dipimpin mereka yang lemah dan sistem urus tadbir yang sangat rapuh dan korup. Satu kombinasi yang membawa bencana kepada negara dan rakyat keseluruhannya.
Pemerintah tidak lagi memikirkan dasar yang baik untuk masa depan Malaysia. Segalanya berdasarkan kepada perkiraan untung poket masing-masing. Sehinggakan pendidikan tertiari juga menjadi produk meraih keuntungan berlipat ganda sambil anak muda lepasan universiti terus menanggung beban hutang pinjaman pendidikan. Sektor ekonomi semakin hilang arah tuju. Nilai matawang ringgit Malaysia terus mencipta rekod terburuk. Aliran keluar wang haram terus mengukuh. Keadaan kos sara hidup memuncak di kala pendapatan rakyat tidak jauh berbeza seperti zaman 80-an dan 90-an. Pasaran saham merudum. Petronas juga kehilangan separuh keuntungannya berbanding suku kedua 2014.
Sistem demokrasi berperlembagaan yang menjadi tunggak pemerintahan negara semakin tenat. Cabang eksekutif menjadi terlalu berkuasa. Legislatif dan kehakiman sudah hilang cengkaman. Terpaksa tunduk sahaja kepada setiap kemahuan eksekutif. Tiada lagi semak-dan-imbang. Lagak eksekutif seperti diktator pada ketika ini.
Umno-Barisan Nasional (BN) sudah gagal sama sekali. Baik dari segi politik, pentadbiran negara, pengurusan ekonomi sehinggalah kepada gagal dalam mencipta dan menggilap potensi berdikari dalam diri setiap anak bangsa Malaysia.

Umno Akan Hilang Dominasi Kuasa Politik

OLEH DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
1. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi tiba-tiba menimbulkan kononnya wujud Akaun Bersumpah untuk menjatuhkan kerajaan yang sedang diusahakan oleh pihak tertentu dalam umno untuk mendapat sokongan Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang. Sedangkan saya sebagai Ahli Parlimen Pembangkang sendiri tidak mengetahuinya.

ZAHID TPM PALING SINGKAT
2. Jika benar sekalipun ada usaha tersebut, ia bukan suatu yang menyalahi Perlembagaan dan Perundangan negara seperti mana Umno BN pernah lakukan untuk merampas Kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat. Tetapi persoalannya, apa perlunya Zahid dedahkan kepada khalayak umum? Ianya tidak lain menunjukan kegelisahan yang sangat dibimbangi oleh Zahid kerana jika usaha undi tidak percaya terhadap PM berjaya, Zahid akan menempah sejarah baru Politik Malaysia (Malaysian Book Of Record) sebagai TPM paling singkat. Sebenarnya Zahid berada dalam keadaan sangat tidak selesa.
ZAHID MAHU NAJIB TURUN SECARA TERHORMAT.
3. Melalui pendedahan Zahid sebenarnya, beliau sedang memberi isyarat kepada pimpinan Umno supaya memberi tekanan ke atas Najib agar melepaskan jawatan secara terhomat bagi mengelak daripada berdepan dengan undi tidak percaya. Zahid mengguna kaedah psikologi yang cukup mendalam kononnya demi Umno Najib kena berundur. Hakikat sebenar ialah demi untuk beliau tidak menjadi TPM paling singkat, sekaligus upaya melangkah lebih jauh mengintai peluang untuk menjadi PM paling tidak pun sampai PRU 14.
SAYA DOAKAN RAKAN SAYA BERJAYA.
4. Saya perlu akui kehebatan sahabat saya ini dalam mencaturkan kedudukan dan masa depan politik beliau. Saya doakan beliau berjaya. Namun berhati-hati lah wahai sahabat ku, kerana Najib juga sedang memerhati sepak terajang kamu. Masa depan Najib hanya akan selamat jika Zahid tidak khianat. Apakah begitu realiti politik umno?
Tunggu kesudahan episod seterusnya peperangan dalaman Umno.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA"

Kabinet Maya: Umno Pontian dedah Najib buat keputusan rombak Kabinet menerusi WhatsApp

Ketua Umno Bahagian Pontian Datuk Ir Hasni Mohammad berkata sehari sebelum rombakan Kabinet dilaksanakan, pengendali akaun WhatsApp ketua-ketua Umno bahagian meminta pandangan daripada ketua bahagian sama ada wajar atau tidak langkah itu diambil. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 Ogos, 2015. 
Ketua Umno Bahagian Pontian Datuk Ir Hasni Mohammad berkata sehari sebelum rombakan Kabinet dilaksanakan, pengendali akaun WhatsApp ketua-ketua Umno bahagian meminta pandangan daripada ketua bahagian sama ada wajar atau tidak langkah itu diambil.

Ketua Umno Bahagian Pontian Datuk Ir Hasni Mohammad mendedahkan keputusan rombakan Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibuat hanya menerusi perbincangan dalam WhatsApp tanpa dibincangkan mengikut saluran tertinggi parti Melayu itu.
Hasni berkata sehari sebelum rombakan Kabinet dilaksanakan, pengendali akaun WhatsApp ketua-ketua Umno bahagian meminta pandangan daripada ketua bahagian sama ada wajar atau tidak langkah itu diambil.
"Satu hari sebelum rombakan Kabinet, ketua-ketua bahagian diminta beri pandangan perlu atau tidak, kalau 150 bersetuju, pentadbir atau admin WhatsApp ketua-ketua bahagian ini berkata presiden akan laksanakan," kata Hasni semasa majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pontian di Johor petang ini.

Langkah itu dipertikaikan Hasni kerana menurutnya sebarang keputusan yang penting seharusnya dirujuk terlebih dahulu di peringkat tertinggi parti menerusi Majlis Tertinggi (MT) atau Badan Perhubungan Umno Negeri. "Kenapa kaedah Majlis Tertinggi dan Badan Perhubungan tidak lagi digunapakai," katanya.
Menurut Hasni, lebih mengeruhkan keadaan apabila terdapat ketua bahagian dalam kumpulan WhatsApp itu yang besar kepala hanya kerana mempunyai hubungan rapat dengan Najib.
"Ada setengah ketua bahagian yang baru sekali dua berjumpa dengan presiden, malah dalam WhatsApp itu ada ketua bahagian yang sudah rasa besar dan boleh menghukum ketua bahagian lain
"Malah mereka ini boleh hukum saya kalau kenyataan yang saya cakap ini menyinggung presiden," katanya.

Wahai Najib, kalau rasa laporan tersebut tidak benar, samanlah..!!


Yang 'saman dulu' APA CERITA !!!
Mau tunggu SELASA bila nak saman !!!

Kalau tidak kerana pendedahan WSJ, sehingga skrg kita rakyat M'sia tidak akan tahu pasal USD700 JUTA masuk ke akaun bank peribadi Najib itu..

Bagaimana menteri PALING PANDAI DALAM UMNO pon boleh kene boooooooooo... !!!

Mana nak simpan muka.. Simpan dalam songkok tinggi ler...

Agak2 ada harapan ker Ahmad Maslan ni kekal jd YB pada PRU14 nanti.. Kalau masih kekal maknanya pengundi BN sebenarnya lah YANG BODOH !!!

Tepukan buat Muhyiddin, 'boo' untuk Ahmad Maslan di Pontian

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan disambut dengan 'boo' dan ejekan sewaktu Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pontian sekalipun beliau adalah timbalan bahagian kawasan itu.

Ia berbeza dengan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disambut dengan tepukan sewaktu ketibaannya dan ketika sampai ke kemuncak ketika menyampaikan ucapannya.

Laungan "Hidup Tan Sri!" beberapa kali turut bergema dalam dewan sepanjang beliau menyampaikan ucapan.

Bagaimanapun, Ahmad, yang juga MP Pontian di'boo' dan diejek sewaktu nama beliau disebut.

Keitka beliau diperkenalkan oleh pengerusi majlis, beliau di'boo'. Ketika Ketua Umno bahagian Hasni Mohammad menyebut nama Ahmad dalam ucapnnya, tepukan perlahan oleh hadirin.

Sewaktu Muhyiddin menyampaikan ucapan, beliau mengucapkan tahniah kepada Ahmad yang dilantik menjadi timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri. Hal ini juga mengundang ejekan 'boo' oleh hadirin.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno serta merta menegur hadirin supaya tidak melakukan demikian.

"Beliau timbalan ketua bahagian Umno Pontian, jangan 'boo'," kata Muhyiddin.

Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Ahmad ditanya mengenai reaksi beliau berhubung penerimaan perwakilan hari ini.

"Dua orang saja kan?" kata beliau sebelum beredar.

Rahman Dahlan kata pasukan siasat dana RM2.6b 'tak sah'..ha..ha..ha.. 1Malaysia kena kencing...!!!

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan wang RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah "tidak sah".

"Sejak awal, pasukan khas itu ditubuhkan secara tidak sah. Mereka tidak sepatutnya menyiasat perdana menteri atau mana-mana individu berkaitan hal itu.

"Pasukan khas asal ditubuhkan bagi melihat keseluruhan polisi sistem perbankan seperti pengubahan wang haram, aliran dana haram, pengurup wang yang menggunakan cara yang haram untuk memindahkan wang dari dalam dan luar negara, transaksi wang secara haram melibatkan pengganas dan penjualan dadah serta kelemahan yang ada di dalam sistem.

"Ini adalah sebab kenapa peguam negara, Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis terlibat," katanya dalam wawancara dengan The Star Online.

Selain itu, Abdul Rahman berkata, peguam negara tidak sepatutnya terlibat dalam penyiasatan itu demi memastikan pengasingan kuasa.

Pasukan petugas khas itu dibubarkan dengan serta merta selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah dipecat daripada jawatan tersebut dan diganti dengan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Walaupun pembubaran pasukan petugas khas itu, Abdul Rahman, yang juga menteri kabinet menegaskan bahawa siasatan masih boleh diteruskan.

Muhyiddin: Berapa lama nak tunggu siasatan 1MDB?


Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluahkan secara terbuka mengenai tempoh masa untuk rakyat menunggu bagi mengetahui keputusan siasatan 1MDB.

Bercakap dalam Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pontian hari ini, Muhyiddin berkata rakyat cukup sabar untuk menunggunya kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beberapa kali mengulangi gesaan supaya bersabar.

"Perdana menteri kata tunggu, tunggu penyiasatan. Tunggu, tunggu. Berapa lamalah nak tunggu, sampai bulan jatuh ke riba?" kata Muhyiddin.

Beliau yang juga timbalan presiden Umno berkata terdapat jangka waktu yang dianggap munasabah untuk menunggunya.

"Bila dah lewati batas kemunasabahan, maka keyakinan akan runtuh, (orang) tak percaya, mereka akan kata 'awak boleh cakap apa sahaja, tapi kami tak percaya kamu'" kata Muhyiddin lagi.

ITULAH UMNO.. "United Melayu No Otak"


Betul tak...


Asal aja dlm UMNO... jadi BODOH

Asal aja UMNO sentuh... jadi MELINGKUP

Asal aja sembah UMNO... jadi PENIPU

Asal aja jilat UMNO... jadi BANGANG


Hakikatnya, saham FGV jatuh melingkup, peneroka Felda main saham FGV yang rugi bukannya pembangkang..

BENARKAH jika ia keluar dari mulut Najib ??

Sehingga kini tiada audio atau video yg membuktikan Perdana Menteri Belanda berkata sedemikian... HANYA KELUAR DARI MULUT NAJIB SEMATA-MATA.. yg selalu berdusta kepada rakyatnya sendiri..

ANDA KENAL MULUT ZAHID dari Dulu Kini & Selamanya..???

Inilah cara mereka utk menghalalkan sesuatu tindakan undang2 terhadap tuduhan2 yg tak berasas & bukti..

DAH DUA TAHUN.. mana dia 3 nama pemimpin pembangkang yg jadi dalang isu Lahad Datu itu !!!..

APA AKAN JADI pada negara jika pemimpin No.1 & No.2 negara yg suka menipu pada rakyat & negara.. ???

Pecah Lubang: Saya tahu wang RM2.6 bilion dalam akaun Najib, kata Tengku Adnan tapi Timbalan dan Naib tak tahu...???

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata duit RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Presiden Umno Datuk Seri Najb Razak sudah ‘berulang kali diperjelaskan’. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Ogos, 2015. 
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata duit RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Presiden Umno Datuk Seri Najb Razak sudah ‘berulang kali diperjelaskan’.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau dan bendahari parti tahu tentang duit RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najb Razak, lapor The Star Online hari ini.
Portal berita itu memetik beliau sebagai berkata perkara itu sudah "berulang kali diperjelaskan".
"Kami sudah berkali-kali menjelaskan isu ini. Sebagai Setiausaha Agung, saya sedar tentang perkara itu dan begitu juga bendahari parti,"katanya ketika berucap pada Mesyuarat Umno Bahagian Setiawangsa hari ini.

Najib baru-baru ini mendakwa beliau sudah dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan rasuah membabitkan dana sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadinya.  Najib berkata wang tersebut disimpan bagi pihak Umno, di mana beliau adalah presiden, dan bukan untuk kegunaan peribadinya.
SPRM sebelum ini mengumumkan wang itu bukan daripada firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tetapi ia datang daripada seorang penderma dari Timur Tengah.
Tuduhan dana sebanyak RM2.6 bilion yang dipindahkan ke dalam akaun Najib muncul dalam satu laporan oleh The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai lalu, yang memetik dokumen daripada pasukan penyiasat Malaysia.

Dan negara Timur Tengah “saudara” yang menderma ialah…

oleh Hubert Zamir

TEKAAN LIAR - ISRAEL: Kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz berhubung sumbangan RM2.6 bil telah menimbulkan spekulasi, dan kini menarik perhatian ramai.

Beliau memberi gambaran wang tersebut datangnya daripada negara Timur Tengah yang dianggap “saudara”, yang mahu parti tertentu menang dalam PRU yang lalu. Namun demikian, Nazri tidak mendedahkan identiti negara tersebut.

“Wang tersebut didermakan kepada kita oleh negara saudara, negara yang tidak lebih kuat daripada kita. Tidak seperti Amerika Syarikat yang mampu mempengaruhi kita,” katanya.

“Tetapi negara saudara yang mahu parti tertentu menang di PRU yang lalu kerana kita (Umno) baik dengannya. Tiada salahnya.”

Tujuan surat ini bukan untuk berdebat tentang soal etika di dalam sumbangan tersebut. Namun saya berminat dengan identiti penderma.

Perkataan yang digunakan Nazri mencetus gambaran negara yang gemar menghulurkan bantuan bagi menolong rakan-rakan kesempitan. Ia seperti di dalam filem di mana rakan hadir membantu seseorang yang dibuli, lantas menyelamatkan keadaan.

Tutup isu dana politik, tumpu soal kepentingan rakyat kata Najib untuk menutup skandal RM2.6B..!!!

Tutup isu dana politik, tumpu soal kepentingan rakyat - Najib
KEPALA BATAS: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pemimpin dan anggota parti supaya menutup isu dana politik, sebaliknya memberi fokus bagi menghadapi cabaran yang lebih besar dalam membangunkan negara dan menjaga kepentingan rakyat.

Perdana Menteri berkata jika parti hanya tertumpu pada isu dana politik, soal kepentingan rakyat akan terabai.

Beliau berkata soal kepentingan rakyat dan apa yang diinginkan oleh mereka sepatutnya menjadi agenda utama parti yang perlu diambil perhatian sewajarnya.

"Selagi kita ambil berat soal rakyat, rakyat cukup tak pendapatannya, rakyat ada tak rumah mampu milik, rakyat dapat ke tidak sekolah, suasana hidup rakyat macam mana, ini semua mesti dalam lingkungan apa yang diperjuangkan oleh parti kita.

"Kalau kita dapat memberi perhatian pada perkara ini, saya percaya kita dapat pulihkan keadaan ini," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas, di Institut Latihan Perindustrian di sini, hari ini.

Dana parti hak ekslusif Presiden UMNO..!!

Najib menjelaskan beliau tidak perlu memaklumkan proses mendapatkan dana kepada mana-mana pemimpin lain.
najib_umno_dana_600
PETALING JAYA: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak menegaskan, proses mendapatkan dana parti adalah hak eksklusifnya dan ia itu tidak perlu dibincangkan dalam mesyuarat atau perjumpaan tertutup bersama ahli parti.
Jelasnya, beliau, beliau tidak pernah mempersoal tindakan bekas Presiden UMNO terdahulu mendapatkan dana politik, termasuk ketika menjadi Timbalan Presiden selama enam tahun kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Begitu juga ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Presiden UMNO, Pak Lah selaku timbalan tidak pernah mempersoalkan mengenai dana parti.
“Tetapi kenapa apabila saya jadi presiden, ia dipersoalkan.
“Saya buat untuk kepentingan parti dan sudah diputuskan oleh SPRM tidak menyalahi undang-undang,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro Online.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas.

Malaysia perlu polisi khas lindungi surirumah

Oleh : Hazayani Zakaria


SHAH Alam: Wanita Gerakan Harapan Baru (WGHB) konsisten dalam menuntut penggubalan polisi yang lebih mesra wanita di negara ini.

Ketuanya, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, golongan wanita yang merupakan 50 peratus undi negara berhak mendapat keistimewaan dan keselesaan dalam negara ini.

Memberi fokus kepada golongan surirumah, beliau mencadangkan golongan ini turut diberi peluang untuk mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai simpanan hari tua mereka.

Menurut beliau, surirumah merupakan golongan yang memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan keluarga dan negara.

"Dari segi produktiviti sesebuah negara, golongan wanita turut memberikan sumbangan yang besar.
"Tapi kita lihat hari ini hanya wanita-wanita yang bekerja makan gaji berpeluang membuat caruman caruman dalam KWSP atau Perkeso sedangkan golongan surirumah tidak mendapat manfaat berdasarkan sumbangan mereka terhadap negara.

"Kita perlu mewujudkan polisi yang melindungi surirumah kerana sumbangan mereka kepada pembangunan keluarga dan negara," kata beliau dalam forum 'mengasaskan politik Rahmatan Lil Alamin untuk Malaysia: Peranan ulamak, umarak dan ummah' di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, semalam.

Selepas Nunji di Shah Alam

Oleh Hazmi Hassan 



Selepas Ustaz Ridzwan mengumumkan Nunji'15 telah pun berlabuh tirai aku terkenang peristiwa 2 tahun dahulu. Peristiwa mikrofon dirampas dan pelbagai peristiwa yang memalukan. Hari ini Ustaz Ridzwan Abu Bakar dapat berucap dengan tenang dan penuh hikmah. Terasa damai berada dalam program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah. Tidak terasa 10 jam kami berada dalam majlis ilmu itu.

Ketika kaki ini sedang meninggalkan PPAS Shah Alam, para pimpinan Harapan Baru beratur dan berdiri berdekatan dengan pintu dan bersalam dengan setiap peserta. Ada yang memeluk, terasa ukwah ini terbina atas nama islam. Tidak ada prasangka, tidak ada dendam, tidak ada prejudis, yang ada silaturrahim ini benar-benar tercipta keranaNYA.

Kami keluar dengan hati gembira dan damai. Terasa tugas besar diluar harus kami pikul yakni memastikan imej islam itu indah dan tema " Islam Rahmatan Lil Alamin " itu dapat diterjemahkan dalam membimbing perjalanan politik Malaysia
.
Tidak seperti program sebelum ini. Apabila keluar dewan atau sesudah mendengar ucapan penceramah, aku terasa susah untuk bernafas dek kerana memikul persepsi, fitnah adu domba dan prejudis antara satu sama lain.

Sidang hari ini juga menampilkan banyak ulama yang jarang ditonjolkan mana-mana parti. Dato' Dr Siddiq Fadhil, Dato' Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dan beberapa tokoh lagi ditonjolkan dalam Nunji.

Mereka membentang kertas kerja secara bijaksana dan segala percanggahan dalam islam ditangani dengan kebijaksanaan siyasah syariah.

Persoalan ‘Dominasi PAS dan Melayu Islam’

OLEH KHALID SAMAD

Dalam tulisan saya sebelum ini, saya telah rumuskan bahawa punca perbalahan dalaman PAS baru baru ini adalah ketidak-selesaan pimpinan utama terhadap keadaan PAS yang tidak dominan dalam PR. Akan tetapi saff pimpinan AJK PAS Pusat lama terlalu pro-PR dan tidak melihat persoalan ini sebagai masalah yang mewajarkan PAS keluar dari PR. Begitu juga sikap kebanyakan ahli pada ketika itu dilihat terlalu pro-PR. Maka suasana ini ditangani dengan diubah saff pimpinan dengan yang lain dan dikeruhkan hubungan PAS dan PR supaya ahli PAS turut mempertikaikan PR.

Memandangkan persoalan ‘dominannya PAS’ begitu utama sehingga menyebabkan PAS berpecah, adalah amat penting untuk semua, lebih-lebih lagi ahli PAS, memahami persoalan ini dengan baik dan jelas. Jika tidak, maka ianya bakal mengundang perbalahan sekali lagi pada masa hadapan, lebih-lebih lagi sekiranya pembentukan kerajaan bersama PR di peringkat Pusat menjadi satu realiti.

‘DOMINANNYA PAS’ KE ATAS PR

Bagi saya, isu ‘dominannya PAS’ ke atas PR sememangnya merupakan isu penting. PAS perlu memimpin dan tidak ‘dipimpin’. Tetapi persoalannya, adakah kepimpinan itu semestinya mengambil bentuk ‘dominasi’ seperti yang berlaku di antara UMNO dan BN? Tidakkah ‘kepimpinan bersama’ dan ‘kerajaan melalui konsensus’ memadai?

Melalui kaedah ‘memimpin bersama’ dan ‘kerajaan melalui konsensus’, persoalan ‘dominasi’ mana-mana pihak ke atas pihak lain dalam PR sudah terhalang. Melalui kaedah ini, persetujuan perlu diperolehi dari parti yang mempunyai jumlah kerusi terkecil sekalipun sebelum sesuatu dasar dapat dilaksanakan. Yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak pula tidak boleh melakukan sesuka-hati. Pendek kata, dengan adanya kaedah ini, tidak mungkin sesuatu dilakukan tanpa persetujuan semua, termasuk persetujuan PAS!

Tidakkah itu memadai sebagai ‘jaringan keselamatan’ untuk semua parti yang terlibat dalam PR? Semestinya semua parti risau akan kemungkinan mereka didominasi dan pandangan mereka tidak diambil kira. Itulah sebabnya dipilih kaedah dan pendekatan sebegini.

Dalam kaedah seperti ini, usaha untuk mendapatkan persetujuan dan kata-sepakat terhadap sesuatu dasar dicapai melalui penghujjahan yang mantap dan bernas. Saya percaya pimpinan PAS mampu berhujjah sehingga meyakinkan semua terhadap dasar yang ingin laksanakan. Tidak diperlukan keadaan ‘dominasi’ sehingga sesuatu dasar itu boleh dipaksa dan di"bulldoze". ‘Dominasi’ semestinya tidak merupakan suatu keperluan untuk seseorang pemimpin mampu memimpin.

Kalau ‘dominasi’ dianggap sebagai suatu keperluan untuk memimpin, amat malanglah nasib ahli dan penyokong PAS. Ianya merupakan petanda perasaan kurang keyakinan diri dan inferioriti kompleks sehingga menganggap cadangan dan pandangan PAS akan ditolak kecuali adanya ‘dominasi’ PAS.

APA YANG DITAKUTI SEHINGGA DOMINASI DITUNTUT?

Selain dari persoalan kekhuatiran ketidak-mampuan berhujjah sehingga memenangkan pandangan PAS, mungkin ada juga ketakutan yang lain. Mungkin dilihat ada risiko kerajaan PR akan bertindak menjejas kepentingan Islam dan Melayu apabila PAS merupakan minoriti. Adakah ketakutan ini berasas?

Tidakkah risiko ini adalah terkawal dengan adanya:

1. Perlembagaan Negara yang menjaga kedudukan Islam dan orang Melayu (dan ini tidak mungkin diubah kerana memerlukan 2/3) dan

2. Jumlah kerusi bukan Melayu di Parlimen yang sentiasa tidak melebihi 40%.

Maka risiko terhadap berlakunya apa yang dikhuatiri amat terkawal dan risiko tersebut mampu diurus.

Apabila dilihat Pulau Pinang, didapati walaupun PAS hanya satu kerusi dan tidak mampu mempengaruhi kedudukan kerajaan Negeri, dasar kerajaan PR Pulau Pinang jauh lebih membantu Melayu dan Islam berbanding kerajaan BN dahulunya. Peruntukan kerajaan untuk pembangunan Islam di Pulau Pinang adalah 5 kali ganda lebih berbanding peruntukan sama di bawah BN! Oleh itu, tanggapan bahawa selain PAS semua memusuhi Islam adalah tidak berasas dan tiada keperluan untuk melayani kekhuatiran tersebut.

MASALAH YANG LEBIH BESAR

Masalah yang lebih besar yang sedang dihadapi orang Melayu di bawah UMNO/BN adalah pengongkongan minda Melayu oleh UMNO. Ini akan diteruskan mereka selagimana mereka berkuasa. Untuk membebaskan minda Melayu ini maka UMNO perlu dijatuhkan. Ke arah itu, sedikit risiko perlu diambil. Namun risiko ini adalah ‘risiko diambil kira dan dihitung’ (calculated risk), di mana dua ‘jaringan keselamatan’ seperti di atas telah lama diwujudkan.

i.) Pendekatan Fiqh - Fathul Zaraie’

Mungkin ini antara perkara yang boleh ditangani melalui kaedah Fathul Zaraie’ seperti disyorkan para fuqaha’ kontemporari. Fathul Zaraie’ bererti membuka jalan ke arah mafsadah (keburukan) sedikit, dengan adanya kawalan, demi mencapai maslahah (kebaikan) yang lebih besar. Dalam kes ini, maslahah yang lebih besar itu adalah pembebasan orang Melayu Islam dari kongkongan UMNO.

Pas gerak 60,000 ahli untuk tunjuk solidariti - Ketua Pemuda

Pas akan gerak keempat-empat sayap untuk memberikan keyakinan bahawa Pas ia mampu untuk menyelesaikan isu dalamannya dengan mudah
Nik-Mohamad_pas_600
KUALA LUMPUR: Pas akan menganjurkan sebuah himpunan besar-besaran bagi menunjukkan sokongan kepada kepimpinan parti itu.
Ketua Pemudanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, himpunan itu dijangka akan dibuat di Kuala Lumpur atau Selangor dan mensasarkan seramai 60,000 orang akan menyertainya.
“Kita tahu Pas mempunyai masalah ada ahli kacau dari dalam. Isu GHB (Gerakan Harapan Baru). Kita tahu payah nak selesai. Sebab itu saya saran siapa nak keluar maka keluarlah. Sebab itu penyelesaian.
“Tujuan (himpunan adalah untuk ) menghimpunkan ahli dan penyokong Pas seluruh negara. Untuk beri kekuatan pada kami di peringkat pimpinan, ahli-ahli seluruh negara untuk terus komited dengan Pas,” katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat Pas pada Ahad.
Nik Abduh yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas menambah, pihaknya yakin akan mencapai sasaran 60,000 orang kerana ia mengumpulkan keempat-empat sayap parti itu yang terdiri daripada Pemuda, Ulama, Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong Pas.
Tambahnya, himpunan itu juga bertujuan bagi memberikan keyakinan kepada rakyat Malaysia dan ahli parti itu bahawa Pas mampu untuk menyelesaikan isu dalamannya dengan mudah dan cepat.
“Hari ini orang anggap isu ini akan panjang sampai PRU-14 (Pilihan Raya Umum-14). Saya yakin isu ini takkan lama. Pemuda yakin bulan 12 akan selesai,” katanya.
Sementara itu, Nik Abduh turut diminta mengulas mengenai khabar angin di media sosial bahawa abangnya, Nik Omar telah menyertai GHB.

Wan Azizah: Bersatu perkukuh kerjasama tumbangkan BN

Jelajah amanat PresidenBENTONG, 16 OGOS : Anggota dan pimpinan PKR termasuk Pakatan Rakyat (PR) diingatkan supaya tidak berpecah belah dan terus bersatu demi menumbangkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang zalim.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata gelombang dibina pada 1998 semakin menunjukkan peningkatan dan mesti terus diperjuangkan.
“Kalau berpecah, apa akan jadi dengan masa depan negara kerana rakyat memilih kita dalam satu bentuk kerjasama iaitu Pakatan.
“Kita mesti kuat dan kukuh kerana (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang membayar perjuangan ini di dalam penjara,” katanya pada Jelajah Amanat Presiden di Dewan Himpunan Cina, semalam.
Beliau dalam pada itu turut mengimbas perjuangan dan sumbangan Anwar kepada negara, namun ada yang tidak menghargai.
“Banyak generasi muda sekarang tidak kenal siapa Anwar, yang mereka tahu cuma yang buruk-buruk.
“Tetapi pada sesiapa yang tahu, Anwar banyak berjasa, justeru saya tidak akan pernah menyerah untuk bebaskan beliau dan selamatkan Malaysia,” katanya.

'Saya Saran Keluar Pas' - Nik Abduh

Shafie cabar Zahid: Bertindak jika ahli mahu guling k'jaan

Yeo Bee Yin: Youth Will Be The Kingmakers In Next General Election

Maria Chin Abdullah: Rakyat Sudah Hilang Keyakinan Kepada Najib

Guling Ala Perak: 'Pemimpin Umno itu telah sedar, akan temu PM' kata Zahid coverline...!!!

Pemimpin Umno yang didakwa berhasrat bergabung dengan anggota Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan, akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  
Timbalan Perdana Menteri berkata pemimpin berkenaan telah sedar akan kesalahannya dan bersedia untuk bertemu dengan Najib dan pertemuan itu dijangka diadakan 6 petang ini .
  
"Maklumat yang saya dapat ini sahih, bukan maklumat tepi jalan dan maklumat ini saya peroleh daripada orang yang hadir mesyuarat itu sendiri.
   
"Kalau saya tak timbulkan perkara ini daripada sekarang, mungkin lebih ramai ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah dibeli dengan penandatanganan Aku Janji itu," katanya dalam ucapan semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tampin di Tampin hari ini.
  
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Tampin Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Ketua Penerangan Umno Negeri Sembilan Datuk Jalaludin Alias.

Dakwaan guling k'jaan, Mahfuz selar Zahid


MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyelar dakwaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung dakwaan terdapat gerakan menjatuhkan kerajaan dengan sokongan ahli parlimen pembangkang melalui akuan bersumpah (SD).

Mahfuz berkata, dakwaan Zahid yang juga menteri dalam negeri, itu tidak berasas memandangkan beliau selaku ahli parlimen pembangkang tidak mengetahui mengenai gerakan serta SD itu.

"Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi tiba-tiba menimbulkan kononnya wujud SD untuk menjatuhkan kerajaan yang sedang diusahakan oleh pihak tertentu dalam Umno untuk mendapat sokongan ahli-ahli parlimen pembangkang.

"Sedangkan saya sebagai Ahli Parlimen Pembangkang sendiri tidak mengetahuinya," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Semalam, ketika merasmikan mesyuarat Umno Ampang, Zahid mendakwa terdapat seorang pemimpin Umno kini sedang mengetuai gerakan menjatuhkan kerajaan melalui pintu belakang dengan sokogan ahli parlimen pembangkang.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, terdapat usaha mendapatkan SD di kalangan ahli parlimen pembangkang serta menarik ahli parlimen BN supaya menumbangkan kerajaan.

Mahfuz berkata sekiranya wujud usaha tersebut, maka perkara itu tidak menyalahi Perlembagaan negara memandangkan BN sebelum ini pernah melakukan perkara sama di Perak.

APA DAH JADI.. Dahulunya 'volume' 2.6 juta.. Skrg DAH TINGGAL 21,320 shj..??!!

Semenjak Najib terpalit dgn SKANDAL 1MDB saham FGV terus jatuh, KENAPA ???

ASAL AJA UMNO SENTUH PASTI MELINGKUP.. Dari asal sahamnya RM5.39 skrg DAH TINGGAL RM1.52 !!!

APA KHABAR PENEROKA FELDA !!! Tahu ka tak saham FGV semakin jatuh setiap hari. KENAPA TV3suku, TV1, TV2 tak hebohkan berita saham jatuh FGV saban hari !!!

Setiap tahun Najib terus bg 'gula-gula' pada peneroka. Hakikatnya saham FGV terus jatuh & susut hari demi hari..

PKR sokong undi tak percaya dengan syarat Anwar dibebaskan

PKR juga perlu melihat siapa bakal menggantikan Najib sebelum memberi sokongan kerana tidak guna menyokong jika penggantinya lebih teruk.
Rafizi_najib_anwar
PETALING JAYA: PKR sedia menyokong undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Parlimen dengan syarat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dibebaskan dari penjara.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, syarat-syarat lain ialah kerajaan yang baharu perlu melaksanakan reformasi pentadbiran kerajaan dan negara.
“Kalau mereka setuju barulah kita berikan sokongan terhadap undian tidak percaya,” katanya yang dipetik dari portal BNBBC.
Sementara itu, Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata, tiada guna menyokong usaha menggulingkan Perdana Menteri menerusi undi tidak percaya jika penggantinya lebih teruk.
Jelasnya, PKR perlu juga melihat siapakah individu yang bakal menggantikan Najib sebelum membuat keputusan menyokong undi tidak percaya.
Ahli Parlimen Kelana Jaya itu berkata, walaupun PKR tidak terlibat dalam konspirasi menggulingkan Najib menerusi undi tidak percaya tetapi sedia menyokong usaha ke arah itu.
“Kita tidak tahu dan ini tidak ada kaitan dengan pembangkang. Cuma yang kita dengar usaha ini datang dari UMNO sendiri. Mungkin Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ku Li atau Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.
Wong Chen berkata, usaha menjatuhkan Najib menerusi undi tidak percaya memerlukan 112 undian.
Jelasnya pada masa sekarang, pakatan pembangkang memiliki 88 kerusi Parlimen dan BN memerlukan 24 kerusi untuk menjatuhkan Najib.
“Kalau kita setuju sekalipun kita kena tengok siapa penggantinya. Jika bakal menggantikan Najib lebih teruk, tidak guna jugalah,” katanya, lapor portal itu.

RM10j kempen p'raya Dr M 'tak rasional' kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad bahawa sewaktu pemerintahannya, hanya RM10 juta diperlukan untuk setiap kempen pilihan raya umum.

Najib berkata beliau selalu mempertahankan Dr Mahathir tetapi kenyataan bekas perdana menteri itu perlu "munasabah".

Menurut Najib lagi perbelanjaan untuk deposit bagi semua kawasan sahaja berjumlah sehingga RM41juta.

"Itu dah lebih 10 juta," kata Najib pada Mesyuarat Agung Umno bahagian Kepala Batas hari ini, yang dihadiri kira-kira 3,000 ahli.

"(Itu) tak termasuk berapa banyak baju T dan mesyuarat lagi.

Muhyiddin bercuti selepas jelajah kritik Najib di Johor

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bercuti panjang selepas menjelajah mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat bahagian parti itu sepanjang bulan ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Ogos, 2015.Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bercuti panjang selepas menjelajah mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat bahagian parti itu sepanjang bulan ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Ogos, 2015.Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bercuti panjang selepas menjelajah mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat bahagian parti itu sepanjang bulan ini.
Dua program Muhyiddin di Johor hari ini adalah yang terakhir di mana bekas timbalan perdana menteri itu akan bertemu dengan akar umbi Umno dan merasmikan mesyuarat 2 bahagian di Pontian dan Pekan Nanas.
The Malaysian Insider difahamkan jemputan 2 bahagian itu kepada Muhyiddin adalah yang terakhir walaupun mesyuarat bahagian masih sedang berlangsung dan akan berakhir pada 31 Ogos ini.

"Program Tan Sri di Johor ini adalah yang terakhir sebelum beliau pergi bercuti panjang," kata sumber Umno kepada The Malaysian Insider. Sumber memberitahu Muhyiddin juga sudah tidak mendapat jemputan daripada bahagian lain walaupun mesyuarat masih akan berlangsung sehingga 31 Ogos ini.
"Setakat ini tidak lagi jemputan kepada Muhyiddin untuk rasmikan mesyuarat," katanya.
Menurut sumber, Muhyiddin mungkin sedang mengatur strateginya sendiri sepanjang tempoh bercuti tersebut.
Sumber juga memberitahu Muhyiddin masih belum membuat keputusan untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno jika ia diteruskan berlangsung pada 28 Ogos ini walaupun belum ada notis dikeluarkan setakat ini.
Muhyiddin sepanjang merasmikan beberapa mesyuarat  Umno bahagian banyak mengeluarkan kritikan pedas ke atas pentadbiran Najib, mengulangi pendirian sama terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mempersoalkan keputusan penyingkirannya daripada Kabinet.

Negara kini kelam-kabut dan membimbangkan, kata Pak Lah

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (kanan) berkata beliau berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan lebih baik berbanding dirinya dalam menguruskan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Ogos, 2015.Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (kanan) berkata beliau berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan lebih baik berbanding dirinya dalam menguruskan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Ogos, 2015.
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengakui bimbang dengan keadaan politik negara yang dilihat semakin berkecamuk hari ini. Abdullah yang lebih mesra dengan gelaran Pak Lah berkata keadaan negara, seperti menjadi kelam-kabut, tidak tentu arah dan masing-masing bergaduh sesama sendiri kerana semua orang mahu mengeluarkan idea masing-masing.
"Keadaan begini menimbulkan dalam kebimbangan kalangan kita, perkara yang tidak menyedapkan hati. Saya pergi ke kedai atau ke mana-mana, ditanya juga tentang keadaan sekarang," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Utusan Malaysia edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini.

Abdullah turut mengakui beliau pernah menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila bertemu dengannya, berhubung perkara yang menyebabkan penurunan sokongan rakyat kepada kerajaan. "Pemimpin mestilah kuat, teguh, dan meyakinkan. Kalau ketiga-tiga ciri ini tidak ada, habislah dan akan longgarlah parti.
"Apa yang harapkan adalah kekuatan dalam menguruskan hal kepimpinan dan pengurusan parti kita. Kepimpinan juga perlu pandai mengawal ahli supaya tidak lari," katanya ketika mengulas mengenai kelemahan ahli Umno dan penyokongnya dalam menangkis tohmahan yang dilemparkan melalui media sosial.
Bekas presiden Umno itu turut mengulas mengenai keputusan rombakan Kabinet baru-baru ini yang mencetuskan kemarahan rakyat, dengan menasihatkan pucuk pimpinan perlu memainkan peranan mereka dalam mengatasi hal tersebut, jika tidak, Umno kemungkinan akan lingkup dalam masa seminggu.
"Bagi saya, apa yang berlaku, walaupun ahli ada yang marah dan menyampah dengan keadaan ini, kepimpinan Umno mesti mengambil tahu perkara ini. Tidak boleh melupakan situasi yang sedang berlaku dan perlulah bersedia dan mengambil tahu sepanjang masa.

GULING ALA PERAK: JANGAN RISAU, ZAHID SEBENARNYA MENYINDIR NAJIB....

Apabila Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi tiba-tiba mendedahkan adanya usaha untuk menggulingkan kerajaan melalui undi tidak percaya yang diketuai oleh seorang pemimpin UMNO, segera kedengaran banyak sosek-sosek menimpa dirinya kembali.

Ramai yang mengatakan, apa salahnya pertukaran kerajaan selain pilihanraya, jika bukan dengan kekerasan atau angkat senjata. Di Sabah, beberapa kali pernah berlaku dan di Perak ia baru saja berlaku pada 2009 lalu. Takkan Zahid tak tahu, kata mereka,

Sambil itu, rama juga yang mengingatkan Zahid agar tidak lupa bahawa pendedahannya mengenai pemimpin pembangkang yang didakwanya menjadi dalang tragedi Lahad Datu, sehingga sekarang masih tidak dijawabnya lagi.

Kata mereka, janganlah hendaklah pendedahan kali ini juga tiada jawapannya sampai akhirnya.

Begitu juga dakwaannya bahawa beliau mempunyai bukti Mohamad Sabu terlibat dengan ajaran Syiah, sampai sekarang juga gagal ditunjukkannya kebenaran itu kepada umum. 

Memangnya Zahid, terutama sejak menjadi Menteri Dalam Negeri, suka menunjukkan beliau mempunyai maklumat itu dan maklumat ini, tapi akhirnya tidak lebih  sekadar khabar yang dikutip daripada burung-burung berterbangan saja.

Ada pula berkata, Zahid tidak sepatutnya cuba memesongkan isu kerana beliau sepatutnya lebih menumpukan untuk menjawab pertanyaan rakyat mengenai syarikat adiknya yang terlibat dalam bidaan menguruskan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh melalui Kementerian Dalam Negeri yang diterajuinya.

Tambahan lagi, jika dilihat daripada pendedahan Zahid itu, beliau seperti mempunyai maklumat yang cukup lengkap mengenai usaha menggulingkan kerajaan itu. Tapi, sebagaimana selalu, beliau suka membiarkan orang berteka-teki, sama seperti orangramai mungkin berteka-teki sampai mati mengenai dalang Lahad Datu dan bukti syiahnya Mat Sabu.

Sehingga ini, dua pemimpin UMNO yang paling mungkin terlibat sebagaimana dakwaan Zahid itu, sudah pun menafikan penglibatan mereka. Muhyiddin Yassin  mengatakan bodohlah jika beliau melakukannya kerana sudah terlibat dalam pembinaan kerajaan ini sejak 40 tahun yang lalu.

Tengku Razaleigh Hamzah pula berkata, beliau masih bersama kepimpinan Najib sambil menyindir, kerajaan hanya dapat digulingkan melalui kekuatan tentera dan tidak ada mana-mana individu yang mampu melakukannya dengan kekuatan biasa.

Gandingan Mahathir, Ku Li mampu menukar ombak jadi gelombang...

oleh Shahbudin Husin
Selalu diperkatakan politik itu seni yang serba mungkin. Bukan saja kawan boleh menjadi lawan dan lawan tidak mustahil bertukar menjadi kawan, bahkan kawan dan lawan kadangkala hanya dibezakan oleh perkara senipis kulit bawang saja.

Begitulah antara uniknya politik. Tidak saja di Malaysia, bahkan di mana-mana pun begitulah lazimnya. Hanya kerana jika kepentingan itu sudah jadi sama, mereka boleh saja duduk semeja, meskipun sebelumnya saling membaling kerusi antara satu sama lain.

Semua orang tahu Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah bermusuhan dari segi politik sejak kedua mereka bertanding jawatan Presiden UMNO pada 1987 dahulu. Sebelum itu pula, dalam pemilihan  tahun 1981 dan 1984, Tun Mahathir juga lebih memberikan sokongan kepada Tun Musa Hitam bagi memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Meskipun Tengku Razaleigh dan Tun Musa bermusuhan dalam pemilihan 1981 dan 1984, tetapi kedua-dua musuh ini akhirnya berganding bahu melawan Tun Mahathir pada 1987 selepas Tun Musa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1986. Sebabnya, tidak lain kerana kepentingan mereka sudah sama iaitu mahu menyingkirkan Tun Mahathir.

Permusuhan Tun Mahathir dengan Tengku Razaleigh kemudian berlarutan apabila Semangat 46 ditubuhkan untuk menyaingi dan menyingkirkan UMNO dalam pilihanraya. Sehinggalah pada tahun 1996, mereka kemudian berdamai apabila Tun Mahathir mengajak ahli-ahli Semangat 46 kembali ke pangkuan UMNO demi perpaduan Melayu.

Tidak dinafikan bahawa pembubaran Semangat 46 dan kembalinya Tengku Razaleigh ke pangkuan UMNO ialah untuk memudahkan Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim sebagai timbalannya pada 1998.

Walaupun Tengku Razaleigh dianggap berjasa besar kepada Tun Mahathir kerana jika tanpa pembubaran Semangat 46, Anwar Ibrahim barangkali sukar disingkirkan, tetapi bekas Menteri Kewangan itu tidak pernah diberikan apa-apa jawatan dalam kerajaan sampailah bekas Perdana Menteri itu bersara pada 2003.

10 perkara yang perlu dilakukan PM bagi halatuju negara

oleh Joe Leong
Saya tak tahu pasal Najib Razak, tetapi sekiranya saya perdana menteri Malaysia, saya tentu gusar dan tak mampu tidur lena, baik siang mahupun malam. Sesiapa yang menyayangi Malaysia tentu bimbang seperti saya dengan segala yang melanda negara hari ini.

Situasi sosial, politik dan ekonomi negara amat buruk namun ada yang berpandangan keadaan bakal menjadi lebih gawat.

Segala berita dan pandangan yang kita dengar tambah menggusarkan kita semua.

Seorang pakar ekonomi negara berkata, “Kita lihat simptom, kita nampak penyakit, tetapi tiada solusi ekonomi bagi masalah ini. Terpulang kepada para pemimpin politik bagi memikir dan memberi solusinya. Sekiranya mereka sanggup, kita semua tentu gembira melihat ekonomi pulih semula.”

Seorang pemimpin gereja pula berkata: “Kita menghadapi saat yang tidak pernah dialami dalam sejarah Malaysia di mana semua bentuk kebaikan, rasa hormat, integriti, kejujuran dan ketelusan diketepikan…tindakbalas kita seperti biasa ialah dengan menghulurkan cinta dan persahabatan, memberi restu dan menjadi agen perpaduan.”

Tetapi ini hanya dua contoh bagaimana rakyat Malaysia melihat situasi hari ini - ikhlas, benar dan pada masa yang sama memandang ke hadapan kepada pengakhiran yang baik, bergantung kepada samada pemimpin politik memilih tindakan yang tepat.

Rakyat Malaysia mahukan kemajuan di semua bidang, kebebasan bersuara dan memberi pandangan, kehidupan yang lebih baik dengan pendapatan yang baik serta hak asasi yang lebih murni, di mana sikap hormat menghormati dirasai.

Kita mengharap semua pihak menghormati apa yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan menepati semua perkara berhubung undang-undang dan ketatasusilaan di negara.

Realitinya, rakyat Malaysia yang tidak berdosa berdepan tindakan dan tekanan. Contohnya, the Malay Mail Online pada 11 Ogos melaporkan, seorang wanita Murnie Hidayah ditahan dan disoalsiasat selama 2 jam oleh polis kerana mempamerkan pelekat “#Tangkap Najib” di Satok, Kuching.

Pemimpin Umno ‘hentam’ Muhyiddin persoal baki dana asing RM2.6 bilion

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan baki wang RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi hanya akan menyebabkan ahli parti keliru dan berpecah, kata pemimpin Umno pelbagai peringkat, lapor Berita Harian.
Ahli Majilis Tertinggi (MT) Umno Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata Muhyiddin sengaja melakukan provokatif untuk mengelirukan ahli atau mempunyai niat jahat untuk mensabotaj parti.
Katanya, jawatankuasa pengurusan Umno wajar memantau tindakan dan kenyataan timbalan presiden parti itu.

"Saya mempertikaikan motif beliau. Apa yang mendukacitakan kita ialah selepas digugurkan daripada Kabinet, Muhyiddin membuat banyak kenyataan yang memberi jaminan beliau akan terus memperkukuhkan parti. "Bagaimanapun tindak tanduk beliau mempertikaikan dana politik boleh menyebabkan ahli parti keliru dan berpecah, sekali gus menyebabkan parti semakin bergolak," katanya.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak juga bersetuju dengan Puad dan berkata tindakan Muhyiddin akan membangkitkan kebencian ahli terhadap presiden dan mencadangkan ahli Parlimen Pagoh itu bersemuka dengan Najib untuk bertanya mengenai isu tersebut.
Seorang lagi ahli MT Umno Datuk Ab Aziz Kaprawi mendakwa, kenyataan Muhyiddin itu tidak beretika dan seolah-olah beliau sudah hilang kepercayaan terhadap presiden parti.

DAP cabar 1MDB dedah misteri AS$1.1 bilion di Pulau Cayman

DAP gesa presiden 1MDB dedah misteri pelaburan AS$1.1 bilion yang didakwa ditebus dari Kepulauan Cayman, kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Ogos, 2015.DAP gesa presiden 1MDB dedah misteri pelaburan AS$1.1 bilion yang didakwa ditebus dari Kepulauan Cayman, kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Ogos, 2015.DAP hari ini menggesa presiden 1Malaysian Development Berhad (1MDB) mendedahkan misteri pelaburan berjumlah AS$1.1 bilion yang didakwa ditebus dari Kepulauan Cayman dan sekali lagi mengulangi cabaran untuk berdebat secara terbuka.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua mendakwa Arul Kanda Kandasamy “berbohong” ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah memberitahu sidang parlimen baki pelaburan 1MDB yang diuruskan Cayman Monetary Authority sebanyak AS$1.1 bilion ditebus dengan aset dan diletakkan dalam bank di Singapura.
Arul pula memberitahu Bussines Times di Singapura pada Februari lalu, hasil ditebus adalah "tunai" dan berada di luar Malaysia.

"Jika aset-aset di BSI Bank Singapura masih dalam bentuk 'unit', bukannya aset mentah seperti wang tunai, saham atau harta, ia bermakna pelaburan di Kepulauan Cayman tidak pernah ditebus. "Ini bermakna, Arul Kanda sudah berbohong dan mengelirukan rakyat Malaysia sejak awal lagi. Bukan saja Arul berbohong mengenai hasil penebusan adalah dalam bentuk wang tunai, dia juga bohong kepada rakyat Malaysia tentang dana Kepulauan Cayman ditebus.
"Tiada sebarang 'penebusan' sebenar terjadi kerana pelaburan adalah dalam bentuk 'unit' sebelum 13 Januari, 2015 dan mereka masih dalam bentuk 'unit' hari ini.
"Ini membuktikan keseluruhan pelaburan di Pulau Cayman sejak 2012 adalah helah untuk menutup kebenaran dana dan aset yang ada di dalam 1MDB. Ia juga membuktikan 48 kenyataan Arul mengenai 1MDB tidak boleh dipercayai," kata Pua dalam satu kenyataannya.

Guling Ala Perak: Ubah kerajaan di luar proses pilihan raya amalan tidak demokratik, kata menteri

Hasrat tukar kerajaan tanpa melalui pilihan raya adalah tindakan salah dan tidak demokratik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Ogos, 2015.Hasrat tukar kerajaan tanpa melalui pilihan raya adalah tindakan salah dan tidak demokratik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Ogos, 2015.Sebarang hasrat untuk menukar kerajaan selain menerusi proses pilihan raya dan bersekongkol dengan pihak tertentu untuk berbuat demikian, merupakan tindakan yang salah dan tidak demokratik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak.
Beliau menegaskan dalam soal ini, semua pihak perlu menghormati prinsip demokrasi yang menjadi amalan negara sejak merdeka.
"Sebarang perubahan, jika berlaku, seharusnya dilakukan semasa pilihan raya umum...kerana ia tempat kita untuk bersaing dalam politik," katanya kepada pemberita selepas menyertai program Kayuhan Sehati Sejiwa sempena Bulan Kebangsaan 2015 di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, parti pemerintah atau parti lawan akan menghidangkan dasar politik dan ekonomi masing-masing kepada rakyat ketika pilihan raya dan rakyatlah yang akan menentukan siapa yang harus menjadi parti pemerintah yang baharu. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mendedahkan terdapat gerakan untuk menggulingkan kerajaan didalangi seorang tokoh Umno dengan sokongan ahli Parlimen pembangkang.
Zahid berkata usaha menumbangkan kerajaan melalui 'pintu belakang' itu dibuat dengan cara mendapatkan akuan bersumpah daripada anggota Parlimen pembangkang serta cuba menarik ahli Parlimen Barisan Nasional.

Guling Ala Perak: Salleh pertahan dakwaan Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mesti mempunyai asas untuk mendakwa bahawa terdapat gerakan dalaman Umno untuk menggulingkan kerajaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Dalam sidang medianya selepas majlis 'Kayuhan Sehati Sejiwa di Kuala Lumpur hari ini, Salleh berpendapat Zahid yang juga naib presiden Umno mempunyai asas untuk berkata demikian.

Menurut Salleh lagi, Malaysia adalah negara demokrasi, maka pertukaran kerajaan perlu dilakukan melalui pilihan raya.

"Sejak merdeka, kita di Malaysia sentiasa mengamalkan konsep satu undi untuk rakyat yang bebas," katanya.

Oleh sebab itu, beliau berhujah bahawa kerajaan yang memerintah sekarang ini telah menerima "mandat" rakyat untuk melaksanakan polisi dan visi.

Beliau mengulas dakwaan pendedahan Zahid Hamidi semalam berhubung gerakan menggulingkan kerajaan yang didalangi pembangkang serta pemimpin Barisan Nasional dan Umno.

Guling Ala Perak: Shafie cabar kerajaan siasat dakwaan Zahid

Siasatan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan gerakan guling kerajaan.
shafie-apdal
SEMPORNA: Pihak berkuasa diminta menyiasat dan mengambil tindakan terhadap anggota parti yang didakwa terlibat dalam gerakan untuk mengguling kerajaan.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia perlu dibuat untuk mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan itu.
“Sekiranya terbukti ada mana-mana anggota parti yang terlibat dan ia bercanggah dengan undang-undang, maka ia boleh diambil tindakan kerana kita perlu faham dengan sistem demokrasi serta ada peraturan tertentu yang perlu dipatuhi,” katanya yang petik daripada Bernama.
Beliau yang ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Pulau Larapan, di Samporna mengulas demikian berhubung kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri pada Sabtu.
Zahid mendakwa wujudnya gerakan menggulingkan kerajaan yang didalangi pembangkang serta pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Dana Asing RM2.6b: Menteri Umno enggan ulas dakwaan S'wak Report

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak enggan mengulas dakwaan Sarawak Report bahawa sebahagian besar wang yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum pilihan raya umum ke-13 telah dipindahkan ke luar negara.

Salleh berkata ini kerana laman web pembocor maklumat itu didakwanya mempunyai agenda tersembunyi mereka sendiri dan dakwaan mereka berdasarkan kononnya dokumen yang diganggu.

"Saya tidak mahu komen kerana bagi saya, Sarawak Report mempunyai motif dan ia terbukti bahawa beberapa dokumen pada mereka telah diganggu.

"Bagaimana boleh saya komen berkaitan dokumen yang telah diganggu?" katanya dalam sidang media selepas majlis 'Kayuhan Sehati Sejiwa' di Kuala Lumpur hari ini.

Reformasi dana politik cubaan alih isu RM2.6 bilion Najib, kata ahli panel SPRM

Datuk Seri Najib Razak (tengah) mengumumkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti undang-undang mengawal dana politik, Jumaat lalu. – Gambar AFP, 16 Ogos, 2015. 
Datuk Seri Najib Razak (tengah) mengumumkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti undang-undang mengawal dana politik, Jumaat lalu.

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan Jawatankuasa Konsultatif Nasional mengenai pembiayaan politik (JKNMPP) dilihat majoriti rakyat Malaysia cubaan mengalihkan perhatian daripada dana RM2.6 bilion dimasukkan dalam akaun peribadinya, kata panel jawatankuasa membasmi rasuah.
Ahli Panel Semakan Operasi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Lim Chee Wee berkata, kebiasaannya, pengumuman seperti itu amat dialu-alukan.
"Namun luar biasanya, dengan keadaan yang membuatkan Najib membuatkan pengumuman, rakyat Malaysia kebanyakannya melihat tindakan yang tidak ikhlas," katanya, kepada The Malaysian Insider.

Lim (gambar, kanan), bekas presiden Majlis Peguam berkata, langkah kritikal perlu didedahkan Najib kepada penguatkuasa undang-undang dan orang ramai, dana dan perbelanjaannya. "Rakyat sinikal dan penjelasan diperlukan," katanya.
Najib pada Jumaat berkata, langkah penubuhan jawatankuasa itu akan membantu rancangan bagi memastikan ketelusan terhadap dana parti pemerintah.
Beliau berkata, walaupun perkara itu pernah dibangkitkannya, sejak 2009 lalu, namun ia tidak mendapat sambutan.
Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menggesa Najib menjelaskan baki derma RM2.6 bilion.
Beliau berkata, jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib tersebut besar dan jika ia masih berbaki, beliau harus memaklumkan di mana wang tersebut kini disimpan.
"Apakah berbaki wang itu semasa ia ditutup? Kerana, jumlahnya itu besar. Kalau jumlahnya besar, pasti ia berbaki.
"Kalau masih berbaki, ke manakah wang itu?" soal Muhyiddin ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kemaman di Terengganu pada Jumaat.
Muhyiddin berkata beliau tidak dapat menjawab mengenai soal wang tersebut, sebaliknya menggesa Najib yang juga menteri kewangan supaya menjelaskannya.
"Berapa banyak yang diterima? Berapa banyak wang digunakan untuk pilihan raya? Saya mana tahu. Saya tidak dapat.
"Saya rasa mungkin presiden Umno dapat menjawabnya," katanya merujuk kepada Najib.

Undang-undang tanpa kesaksamaan seksa pembaharuan dana politik, kata penganalisis

Pengkritik berkata walaupun wujud undang-undang menetapkan sebuah parti politik hanya boleh membelanjakan RM200,000 untuk berkempen, pendedahan mengenai derma politik RM2.6 bilion salam akaun Datuk Seri Najib Razak masih tidak disiasat Suruhanjaya Pilihan Raya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Ogos, 2015. 
Pengkritik berkata walaupun wujud undang-undang menetapkan sebuah parti politik hanya boleh membelanjakan RM200,000 untuk berkempen, pendedahan mengenai derma politik RM2.6 bilion salam akaun Datuk Seri Najib Razak masih tidak disiasat Suruhanjaya Pilihan Raya. 

Undang-undang baharu mengenai dana politik tidak bermakna tanpa integriti dan kebebasan dalam menguatkuasakannya, kata penganalisis yang ragu-ragu pentadbiran sedia ada benar-benar jujur mengubah cara parti itu beroperasi. Malah, aktivis anti rasuah seperti Cynthia Gabriel berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berterus-terang dulu mengenai RM2.6 bilion pada derma politik yang diterima bagi membuktikan beliau serius mengenai pembaharuan dana politik.
Pada masa sama, Dr Wong Chin Huat, seorang penganalisis politik yang terlibat dalam perubahan pilihan raya berkata, dengan hanya mengadakan undang-undang itu untuk menangani derma politik tidak akan benar-benar menyelesaikan masalah wang yang mempengaruhi polisi dan membuat keputusan.

Pengawalseliaan yang efektif untuk pembiayaan politik hanya berkesan apabila ia datang dalam satu pakej pembaharuan yang memberi manfaat kepada semua parti politik, membolehkan semua orang melihat ke mana wang tersebut disalurkan dan memberi kuasa kepada penyiasat mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan tersebut.Pakej, bukan pembaharuan sedikit demi sedikit
Dengan mengandaikan Putrajaya jujur dalam mengawal selia pembiayaan politik tersebut, Putrajaya perlu terlebih dulu serius dalam memastikan mana-mana parti mendapat akses yang sama rata kepada dana itu.
Wong (gambar, kiri), penganalisis dari Institut Pulau Pinang berkata pihak kerajaan juga perlu dibendung daripada menggunakan aset negeri seperti kakitangan awam, bangunan dan kenderaan dalam kempen pilihan raya.
Salah satu cara untuk memastikan akses yang sama rata adalah untuk mempunyai beberapa bentuk pembiayaan awam semasa pilihan raya dan memastikan mereka mempunyai akses kepada semua media, elektronik dan cetak.
Dalam negara demokrasi yang matang, parti politik layak mendapatkan dana awam jika sebelum ini, mereka berjaya mendapatkan bilangan minimum bagi semua undi, kata Wong.
"Begitu juga apabila tiada pilihan raya, wakil rakyat daripada semua pihak perlu mendapatkan jumlah sama bagi dana pembangunan kawasan mereka. Ini perlu dilakukan kepada kedua-dua parti, Barisan Nasional dan wakil pembangkang," kata Wong, yang mengetuai bahagian penyelidikan politik dan sosial Institut Pulau Pinang.
Pembiayaan awam akan membantu parti politik terus bertahan tanpa perlu bergantung kepada wang persendirian yang membawa pulangan.
Tidak wajar dengan hanya dengan mempunyai undang-undang jika ahli politik tidak bertanggungjawab dan bersikap terbuka tentang ke mana wang tersebut datang dan inilah sebabnya mengapa perlunya ada akta kebebasan maklumat, kata Wong.
"Ini supaya orang ramai boleh mengakses akaun sesuatu parti itu dan melihat di mana mereka mendapatkan wang mereka. Ia juga membantu dalam menyiasat pelanggaran dalam pembiayaan kempen.

Pemuda Tampin lulus usul minta PM letak jawatan

Lulus usul minta PM letak jawatan
TAMPIN - Pemuda Umno Bahagian Tampin sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sempena Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Tampin, semalam.

Usul tergempar diketengahkan Ketua Pemuda Cawangan Kampung Ulu Ladang, Azman Abdullah, 42, itu mendapat sambutan positif daripada majoriti lebih 200 ahli yang hadir.

Usul berkenaan memutuskan: “Demi Melayu, Islam dan Malaysia, meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno agar keyakinan, cinta dan kasih sayang, khasnya orang Melayu dan Bumiputera, terhadap Umno dapat dipulihkan untuk memastikan kita orang Melayu sebagai pemilik negara tercinta ini terus menjadi pemerintah sampai bila-bila.”

Sebaik usul berkenaan dikemukakan, Pengerusi Tetap mesyuarat, Mohd Salleh Yahaya, bertanyakan kepada perwakilan berhubung perkara berkenaan dan perwakilan sebulat suara menyatakan sokongan kepada usul berkenaan.

Azman berkata, usul tergempar berkenaan diketengahkan selepas satu demi satu isu timbul membabitkan integriti Perdana Menteri seperti isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bersih 4: Lu caya pada Najib?

Dr Wong Chin Huat

Kalau anda rasa Parlimen seharusnya meluluskan “usul undi tidak percaya” terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kecewa dengan kelesuannya, maka anda harus menyertai Bersih 4 untuk memberitahu Najib dan Parlimen yang anda sudah hilang kepercayaan kepada beliau.
Demokrasi berparlimen vs Demokrasi berpresiden
Kebelakangan ini kita sering dengar ulasan pelbagai pihak yang seolah-olah memberikan gambaran “perhimpunan yang menuntut perdana menteri mengundurkan diri” itu sama seperti dengan “penggulingan kerajaan” dan seterusnya ini satu kesalahan kerana dianggap aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Mengapa Seksyen 124B menggunakan ungkapan “demokrasi berparlimen” yang khusus maknanya dan bukan ungkapan “demokrasi berperwakilan” yang umum maknanya? Sudah tentu ahli Parlimen tidak membabi buta meluluskan pindaan akta ini (Akta A1430) pada 2012, dan sudah tentu sebaliknya mereka memang arif dengan makna “demokrasi berparlimen” dan perbezaannya dengan “demokrasi berpresiden”.
PM adalah pekerjaan mudah dipecat
Di bawah “demokrasi berpresiden”, badan perundangan (Kongres) dan badan eksekutif (Presiden) dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya berasingan dengan tempoh khidmat yang bebas daripada sesama lain.
Kongres tidak boleh memecat presiden kecuali melalui proses “impeachment” yang hanya boleh dimulakan jika presiden melakukan kesalahan sangat besar.
Dalam erti ini, presiden adalah suatu pekerjaan yang terlindung daripada pemecatan sewenang-wenangnya.
Di bawah “demokrasi berparlimen”, badan perundangan (Parlimen) dipilih secara langsung dan badan eksekutif (Jemaah Menteri) dipilih secara tidak langsung.
Ketua negara (bagi Malaysia, Yang di-Pertuan Agong) melantik ahli yang “mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen” sebagai perdana menteri.
Sungguhpun Parlimen mempunyai tempoh maksimum yang tetap, perdana menteri boleh membubarkan Parlimen pada bila-bila masa jika diperkenankan oleh ketua negara.
Sebaliknya, Parlimen juga boleh menjatuhkan perdana menteri pada bila-bila masa dengan meluluskan “usul undi tidak percaya” terhadap perdana menteri.
Jika ini berlaku, maka perdana menteri hendaklah meletakkan jawatan atau meminta kerestuan ketua negara untuk membubarkan Parlimen.
Berbanding dengan presiden, perdana menteri adalah pada teorinya sejenis pekerjaan yang mudah dipecat.
Kalau majikan biasa mungkin perlu memberikan notis sebulan atau 3 bulan sebelum memecat pekerjanya, Parlimen boleh memecat perdana menteri pada bila-bila masa saja apabila majoriti ahlinya sudah hilang kepercayaan kepadanya.
Demokrasi kuat jika perdana menteri senang dibuang kerja
Mudahnya untuk tukar perdana menteri dan risiko kerjaya yang tinggi bagi perdana menteri sebenarnya adalah kelebihan demokrasi berparlimen.
Ia memaksa perdana menteri dan kerajaan untuk lebih sensitif dengan kehendak rakyat.
Dalam masa krisis, sifat keanjalan ini memudahkan pertukaran pemimpin negara dan boleh elakkan kebuntuan politik yang berpanjangan.