Jumaat, 14 Ogos 2015

Pemimpin digantung, pelajar UIA demo

Hampir 200 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) mengadakan perhimpunan bagi menyatakan bantahan terhadap hukuman gantung pengajian yang dikenakan dua pemimpin pelajar oleh pihak universiti, semalam.

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIA Hanif Mahpa dan exconya Afiqah Zulkifli digantung pengajian setelah menjemput Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebagai penceramah pada satu forum GST, Mei lalu.

Facebook yang menyokong mereka, We Are All UIA2, memuat naik gambar-gambar perhimpunan di masjid UIA di kampus utama Gombak.

"Terima kasih kepada yang memberi sokongan dengan menghadiri solidariti selepas solat Jumaat tadi dan mereka yang di luar sana yang tak putus-putus menyatakan sokongan buat mereka.

"Semoga doa kita semua dapat membuka mata pihak pentadbiran UIAM yang terang-terangan menzalimi hak mahasiswa. Teruskan bersolidariti sehingga kezaliman dapat ditumbangkan," tulisan itu dipetik.

Orang ramai membawa pelbagai tanda sokongan termasuk sepanduk dan poster yang mengecam tindakan tersebut.

Ia antaranya menyampaikan mesej "kebebasan akademik", "kuat bersama" dan "Universiti ini ada masalah".

Selain itu, perhimpunan yang berlangsung kira-kira sejam itu turut sertakan dengan ucapan Pengerusi We Unite for Islam (Wufi) UIAM, Azzan Aznan.

"Ini merupakan satu lagi tindakan tidak bermaruah daripada sebuah IPT bertaraf antarabangsa.

Bekas MB Terengganu pelawa Muhyiddin ke 'kelab orang terbuang'

Bekas MB Terengganu bersumpah 1MDB minta cagar telaga minyak

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata Sultan Terengganu sendiri mengetahui hasrat 1MDB mencagarkan minyak dan gas asli di perairan Terengganu, merujuk langkah yang ingin diambil Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat terdahulu sebelum ditukar menjadi 1MDB. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Ogos, 2015. 
Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata Sultan Terengganu sendiri mengetahui hasrat 1MDB mencagarkan minyak dan gas asli di perairan Terengganu, merujuk langkah yang ingin diambil Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat terdahulu sebelum ditukar menjadi 1MDB.

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bersumpah mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pernah berhasrat mencagarkan minyak dan gas asli di perairan negeri itu.
Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Bahagian Umno Kemaman hari ini, beliau menafikan mereka cerita tersebut.
Malah katanya, Sultan Terengganu sendiri mengetahui perkara itu, merujuk langkah yang ingin diambil Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat terdahulu sebelum ditukar menjadi 1MDB.

"TIA ingin cagarkan minyak di Terengganu. Saya bersumpah 'wallahi wabillahi'. "Ini bukan cerita sensasi. Saya sedia bersumpah di mana sahaja untuk mempertahankan cerita ini," kata Ahmad, yang juga Ketua Bahagian Kemaman.
Ahmad pernah membuat dakwaan tersebut pada Mei lalu, di Dewan Undangan Negeri Terengganu, apabila beliau berkata, keputusan untuk menggunakan sumber petroleum di negeri itu kemudiannya ditarik balik.
Dakwaan beliau itu kemudiannya diulang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi pengkritik utama Datuk Seri Najib Razak.
TIA ditubuhkan pada 2008 untuk mengurus dan melaburkan royalti daripada sumber petroleum di negeri itu, dan ditukar menjadi 1MDB pada 2009 selepas Najib menjadi perdana menteri pada tahun itu.
Menurut Ahmad lagi, pegawai atasan yang dilantik dalam TIA berasal dari Kuala Lumpur dan beliau sendiri tidak mengenali mereka.

Ahmad Said bidas Najib simpan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata, jika amalan skandal derma politik RM2.6 bilion diteruskan, tidak mustahil akan ramai lagi wakil rakyat yang kaya raya mengikuti jejak yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan memasukkan wang ke akaun peribadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Ogos, 2015. 
Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata, jika amalan skandal derma politik RM2.6 bilion diteruskan, tidak mustahil akan ramai lagi wakil rakyat yang kaya raya mengikuti jejak yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan memasukkan wang ke akaun peribadi.

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini mengkritik Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dalam skandal derma politik RM2.6 bilion kerana katanya ia sepatutnya tidak berlaku memandangkan wang itu milik parti.
Katanya, jika amalan tersebut diteruskan, tidak mustahil akan ramai lagi wakil rakyat yang kaya raya mengikuti jejak yang dilakukan Najib dengan memasukkan wang ke akaun peribadi.
"Tiba-tiba, ada menteri yang kata, derma politik adalah normal. Selepas itu, ada menteri kata, lebih selamat masuk akuan peribadi daripada akaun lain.

"Lepas ni kaya-raya wakil rakyat apabila derma politik dimasukkan ke dalam akaun sendiri," katanya ketika berucap pada mesyuarat perwakilan Bahagian Umno Kemaman di Terengganu petang ini. Ahmad juga mempersoalkan mengapa Najib tidak mengakui tentang kewujudan wang tersebut sehingga pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkannya.
"Selepas SPRM siasat, baru kata wang ini wang parti," katanya.

'RM jatuh akibat politik, tapi puncanya PM'

PKR mengakui perkembangan politik semasa antara penyumbang kejatuhan harga ringgit, menjadikannya yang terburuk dalam tempoh 17 tahun.

Bagaimanapun, hujah parti itu, ia sebenarnya berpunca isu kewibawaan Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dan 1MDB.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, perkara itu berlaku apabila pelabur kurang yakin untuk melabur di negara ini.

“Memang betul kejatuhan kerana masalah politik tapi ia kerana kredibiliti dia (Najib) mengenai 1MDB, aliran wang yang masuk (dalam akaun Najib), mengenai tindakan dia kebelakangan ini,” katanya.

Bercakap kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Rafizi berkata untuk mengembalikan kepercayaan pelabur antarabangsa, Najib harus meletakkan jawatan.

“Najib sedar kejatuhan ringgit berpunca daripada beliau dan tahu rakyat tidak gembira dan majoriti mahukan Najib letak jawatan

“Tetapi itu sudah jadi budaya dalam Umno, bahawa apabila seseorang mempunyai kuasa dia akan meletakkan kepentingan melebihi kuasa, keluarga, kerabat dari kepentingan rakyat.

Rafizi kasihan lihat nasib ahli Umno

Umno tidak lagi mendengar suara akar umbi ahli parti itu kerana presidennya dan 191 ketua bahagiannya terlalu mengutamakan kepentingan diri masing-masing dakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Kata Ahli Parlimen Pandan itu, ahli di peringkat bawahan Umno selalu menyuarakan kebimbangan terhadap masa depan negara dan parti mereka namun pihak atasan, termasuk presiden parti tidak mempedulikan keluhan mereka.

“Ini yang saya kasihan kawan-kawan Umno. Mereka adalah rakyat seperti kita, faham (masalah dihadapi) dan (mereka) menyuarakan kebimbangan rakyat biasa dalam mesyuarat mereka.

“Umno ini tidak pernah dikawal oleh akar umbi. Umno dikawal oleh 191 ketua bahagian. Kalau di atas sekali presiden, Datuk Seri Najib Razak, dia ada kepentingan dia…

“Dan yang 191 ketua bahagian ada kepentingan dia juga. Walau suara akar umbi dalam Umno kuat pun, masing-masing (Najib dan ketua bahagian) jaga kepentingan mereka. Suara akar umbi tidak akan dipedulikan di bahagian atas,” katanya di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Muhyiddin: PM dakwa minta AG buat penjelasan

Datuk Seri Najib Razak memberitahu bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya membuat penjelasan mengenai sumbangan dana bernilai RM2.6 bilion, kata bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap di Mesyuarat Agung Umno Kemaman hari ini, Muhyiddin berkata, kabinet terkejut selepas kewujudan dana itu dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ).

"Saya menghantar mesej kepada perdana menteri memberitahu, dakwaan ini serius dan beliau perlu membuat penjelasan kerana tiada sesiapa boleh membuat dakwaan begitu.

"Beliau (perdana menteri) membalas "terima kasih" dan berkata beliau akan mengarahkan AG memberi penjelasan," katanya.

Menurut Muhyiddin, itu adalah kali terakhir beliau mendengar mengenai isu berkenaan sebelum dipanggil Najib dan mengakui menerima dana RM2.6 bilion daripada penderma tidak dikenali dari Timur Tengah.

Mana baki RM2.6 bilion, Muhyiddin tanya Najib

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak besar dan jika ia masih berbaki, beliau harus memaklumkan di mana wang tersebut kini disimpan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Ogos, 2015. 
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak besar dan jika ia masih berbaki, beliau harus memaklumkan di mana wang tersebut kini disimpan. 

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa perdana menteri menjelaskan mengenai baki dari wang RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank peribadinya selepas ia dikatakan sudah ditutup pada 2013 lalu.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak tersebut besar dan jika ia masih berbaki, beliau harus memaklumkan di mana wang tersebut kini disimpan.
"Apakah berbaki wang itu semasa ia ditutup? Kerana, jumlahnya itu besar. Kalau jumlahnya besar, pasti ia berbaki.

"Kalau masih berbaki, ke manakah wang itu?" soal Muhyiddin ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kemaman di Terengganu petang ini. Muhyiddin berkata beliau tidak dapat menjawab mengenai soal wang tersebut, sebaliknya menggesa Najib yang juga menteri kewangan supaya menjelaskannya.
"Berapa banyak yang diterima? Berapa banyak wang digunakan untuk pilihan raya? Saya mana tahu. Saya tidak dapat.
"Saya rasa mungkin presiden Umno dapat menjawabnya," katanya merujuk kepada Najib.

Muhyiddin pertikai pembubaran pasukan petugas siasat 1MDB, dakwa ada campur tangan

Beliau juga menggesa supaya tiga agensi penguatkuasa yang menganggotai pasukan itu sebelum ini tidak berhenti daripada mengambil tindakan undang-undang mengikut bidang kuasa masing-masing jika wujud salah laku membabitkan 1MDB. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Ogos, 2015. 
Beliau juga menggesa supaya tiga agensi penguatkuasa yang menganggotai pasukan itu sebelum ini tidak berhenti daripada mengambil tindakan undang-undang mengikut bidang kuasa masing-masing jika wujud salah laku membabitkan 1MDB. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempertikaikan keputusan pembubaran pasukan petugas khas yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada ketika siasatan itu masih belum selesai dan tidak menolak wujud campur tangan pihak tertentu di dalamnya.
Beliau juga menggesa supaya 3 agensi penguatkuasa yang menganggotai pasukan itu sebelum ini – Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia – tidak berhenti daripada mengambil tindakan undang-undang mengikut bidang kuasa masing-masing jika wujud salah laku membabitkan 1MDB.
Katanya, walaupun pasukan itu kini dibubarkan, ia tidak bermakna pihak bertanggungjawab tidak boleh mengambil tindakan daripada sudut undang-undang.

"Seperti Bank Negara, untuk menyiasat daripada sudut perundangan berkaitan kewangan. Atau pun SPRM, kalau ada elemen rasuah dan sebagainya. Atau pun pihak polis, yang boleh menggunakan undang-undang jenayah dan sebagainya.  "Mereka perlu bertindak," kata Muhyiddin ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kemaman di Terengganu petang ini.
SPRM pada 5 Ogos mengumumkan pasukan petugas khas tersebut dibubarkan dan 3 agensi yang menganggotainya diminta membuat siasatan secara sendirian.

HUTANG KERAJAAN UMNO@BN NAIK LAGI !!!

WOWW !!!.. Tak mengapa, KERAjaan BN buat HUTANG, RAKYAT TOLONG BAYAR GST !!!

p/s: Tapi macai tetap kata.. "Kalau xbuat hutang mcmaner negara nak maju. Hutang negara M'sia masih lagi rendah berbanding S'pore"

Semalam RM4.06, HARINI dah RM4.12.. WOWW!! Bila NAK CECAH RM5.00 plok !!!

Apa dah jadi Najib Razak. Sblom ini kamu kata 'KENAIKAN' Penarafan Fitch Ratings terbaru memberi prospek stabil kepada Malaysia & bukti dasar kewangan k'jaan baik berbanding negatif sebelum ini..

MEMBOHONG JER LA KERJANYA !!!

Najib Diibarat Harimau Cedera - Dr Dzulkifly

Siapa Dapat Duit Dari Akaun PM?

PKR Pertahan Institusi Bukan Individu

PM umum pelan selia dana politik demi integriti selepas kantoi Dana Asing RM2.6 bilion

Ringgit merudum, warga kota gelisah

Usul 'panas', Shafie mahu pemimpin dengar akar umbi

Bekas MB Terengganu bersumpah 1MDB minta cagar telaga minyak

Ahmad Said: Tiada siapa boleh beli saya, termasuk Najib

'Selepas ini kayalah YB dengan duit derma' - Ahmad Said

Mahkamah tolak permohonan Edge tangguh penggantungan

What does the rakyat think of the ringgit slump?

PKR sedia kerjasama hapus kepincangan BN

wan azizah1ALOR SETAR, 14 OGOS: PKR bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin menghapuskan kepincangan pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata matlamat itu menjadi keutamaan parti di sebalik konflik yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (Pakatan).
“Kita kerjasama dengan semua orang. Kalau nak kata PAS tidak lagi sehaluan, itu kena tanya mereka kerana kita baik-baik sahaja.
“Kita hendak jatuhkan BN kerana banyak kepincangan, itu matlamat utana,” katanya pada Jelajah Amanat Presiden di TH Hotel & Convention Centre, di sini, semalam.
Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang turut menolak dakwaan Pakatan baru akan dibentuk tanpa penyertaan PAS.
Beliau berkata, perkara itu masih bokeh dirunding dan akan diteruskan dalam perbincangan.
“Tak boleh cakap begitu (tidak mahu PAS), sebab kita bersama.
“Kita mahu fokus kepincangan BN, yang lain-lain akan dirunding,” katanya.

Lim Kit Siang: Under The MACC Act, That Is Corruption, NAJIB Must Go To Jail

Anwar cengkung tapi masih tersenyum

Kes selesai, Khalid Ibrahim, Saifuddin bermaafan

Surat terbuka buat seluruh Ahli Parlimen Malaysia: Mansuhkan AUKU,Selamatkan Uni

Y.B Ahli Parlimen Malaysia
Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera
Sesungguhnya saya menulis surat ini buat kesemua ahli Parlimen Malaysia dengan menginsafi bahawa saya hanyalah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang pernah menerima kesan dek kewujudan undang-undang tirai besi di universiti, iaitu Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
Y.B sekalian,
Sedarkah anda semua bahawa sepanjang 2014, seramai 26 (atau lebih) kes telah melibatkan pendakwaan atau tunjuk sebab ke atas mahasiswa Malaysia di bawah AUKU dan yang sebaris dengannya ( e.g Akta Institut Pengajian Tinggi)? Sedarkah tuan-tuan Yang Berhormat semua bahawa semalam (13/8/2015) dua orang lagi pemimpin mahasiswa dari UIAM (sdra Hanif Mahpa - Presiden MPP UIAM & sdri Afiqah Zulkifli - Exco MPP UIAM) telah dijatuhkan hukum penggantungan 2 semester pengajian disebabkan "kesalahan" mengadakan forum intelektual berkenaan GST? Y.B sekalian,
Saya meyakini bahawa Y.B sekalian sedar akan perkara ini. Buktinya? Kita mampu melihat beberapa kenyataan daripada politikus-politikus yang datangnya daripada parti yang Y.B sekalian wakili (walaupun tidak semua). Saya juga meyakini bahawa Y.B sekalian tidak boleh menafikan bertapa Y.B sekalian mendapat laba politik dek isu-isu yang melanda mahasiswa walaupun sedikit. Mengapa? Kerana anda menyedari mereka juga golongan yang tertindas dek sistem negara, dan paling penting, mampu memberikan nilai publisiti buat anda!
Y.B sekalian,
Sekiranya anda semua terlupa, sukalah untuk saya mengingatkan kembali. AUKU telah digubal oleh pentadbiran kerajaan pada tahun 1971 tidak lain dan tidak bukan adalah bagi mengekang suara dan 'kuasa' mahasiswa yang begitu agresif lewat tahun 60an & awal 70an. Namun kesan AUKU bukan terhad setakat di situ sahaja, AUKU juga telah menyebabkan hilangnya roh kebebasan akademik di universiti. Lebih malang lagi, AUKU telah membuka ruang penguasaan universiti oleh pihak parti yang memerintah melalui proksi-proksi mereka di universiti. Sedarkah Y.B sekalian akan senario ini? Saya berani mengatakan dengan yakin bahawa anda semua mengetahuinya, bahkan terdapat di antara kalian yang pernah duduk, malah menjadi mangsa terdapat undang-undang regim ini!
Y.B sekalian,

Tukar kepimpinan selamatkan Malaysia dari bencana politik dan ekonomi, kata Azmin

 Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata hakikatnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempermainkan rakyat dengan menyalahkan pihak lain berkenaan kejatuhan matawang negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Ogos, 2015. 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata hakikatnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempermainkan rakyat dengan menyalahkan pihak lain berkenaan kejatuhan matawang negara. 

Ringgit yang jatuh menjunam hanya boleh dihentikan sekiranya ada perubahan besar dalam kepimpinan negara, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini, yang mengatakan ia juga perlu bagi mengelakkan Malaysia daripada bencana politik dan ekonomi. Timbalan presiden PKR itu juga mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "mempermainkan" rakyat apabila beliau menyalahkan "mainan dan spekulasi politik" negara yang menyebabkan ringgit makin susut berbanding dolar AS, sedangkan hakikatnya beliau sepatutnya mengambil tanggungjawab.
"Kenyataan perdana menteri semalam yang 'mainan dan spekulasi politik yang keterlaluan menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara', jelas bertujuan menyalahkan pihak lain selain dirinya yang mengakibatkan krisis matawang.

"Tiada apa selain perubahan besar dalam kepimpinan dan kesaksamaan politik boleh menghentikan kejatuhan merudum itu serta memelihara kita dari ambang bencana negara," kata Azmin dalam satu kenyataan hari ini. Azmin hari ini berkata orang ramai tidak terpedaya dengan "grandstanding" Najib dan "sound bites" perhubungan awam beliau.
Ringgit dijangka terus lemah selagi ketidaktentuan politik berterusan, katanya.
Ringgit mencecah paras terendah 4.0725 kepada dolar AS pagi ini selepas harga minyak mentah jatuh di bawah AS$42 (RM171) setong.
"Oleh itu, perdana menteri mesti berhenti berpura-pura mempamerkan seolah-olah keadaan berjalan seperti biasa dan beliau boleh terus memimpin negara keluar daripada keadaan huru-hara ini hanya dengan menyingkirkan timbalannya dan melantik menteri baru bagi menunjukkan sokongan yang dimilikinya," katanya.

Polis tak jumpa cari Rara hampir setahun, kata Gobind

Gobind Singh Deo berkata anggota DAP Young Syefura Othman direkodkan kenyataannya pagi ini berkaitan posting Facebook beliau yang dinaikkan hampir setahun lepas yang didakwa menghina institusi raja. – Gambar oleh Seth Akmal, The Malaysian Insider, 14 Ogos, 2015. 
Gobind Singh Deo berkata anggota DAP Young Syefura Othman direkodkan kenyataannya pagi ini berkaitan posting Facebook beliau yang dinaikkan hampir setahun lepas yang didakwa menghina institusi raja. 

 Polis menyoal anggota DAP Young Syefura Othman hari ini berhubung posting di laman Facebook miliknya yang dinaikkan hampir setahun lepas, kerana pihak berkuasa tidak dapat mencari beliau, kata Gobind Singh Deo.
Ketua biro undang-undang DAP itu berkata, Syefura, lebih dikenali sebagai Rara, direkodkan kenyataannya pagi ini berkaitan posting Facebook beliau September tahun lepas yang didakwa menghina institusi raja.
Beliau disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.

"Mereka kata mereka tidak dapat cari Rara, itu saja sebabnya. "Mereka kata mereka cari dia selama setahun tetapi tidak berjumpa," kata Gobind kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Dang Wangi selepas Syefura merekodkan kenyataannya.
"Saya rasa agak pelik kerana semua orang tahu di mana Rara. Saya juga beritahu mereka, jika ada apa-apa masalah, hubungi saya, kerana saya ketua biro undang-undang DAP.
Rara memberitahu The Malaysian Insider semalam, posting Facebook beliau September lepas adalah berkaitan dengan aktivis Ali Abd Jalil dan pensyarah undang-undang Universiti Malaya Profesor Dr Azmi Sharom.
"Saya hanya post '#Sultanbukantuhan.' Itu sahaja. Tetapi 'cybertroopers' Umno dakwa saya macam saya hina sultan," katanya.

Pemuda Umno Semporna mahu pemilihan diteruskan

Sehari sebelum ahli Umno menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin duduk sepentas bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas kedua-dua disingkir dari kabinet, Pemuda Umno Semporna mengemukakan usul supaya perdana menteri bercuti.

Mereka juga mahu pemilihan parti - yang sepatutnya diadakan pada tahun depan - diteruskan di sebalik keputusan Majlis Tertinggi Umno menangguhkannya selama 18 bulan.

Berdasarkan usul disiapkan sekretariat Pemuda Umno Semporna, usul ketiga yang akan dibentangkan dalam mesyuarat perwakilan mereka petang ini ialah mendesak isu 1MDB disiasat serta dijawab dengan telus.

Usul itu mendakwa, isu agensi tajaan penuh kerajaan itu menjejaskan imej Umno dan BN sehingga ia boleh menyebabkan kekalahan parti berkenaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Umno Semporna diketuai Mohd Shafie yang juga naib Presiden Umno.

Beliau digugurkan daripada kabinet bersama Muhyiddin oleh Datuk Seri Najib Razak pada 28 Julai lalu kerana lantang mempersoalkan cara kerajaan menangani isu 1MDB.

Sumber Pemuda Umno Semporna berkata, mesyuarat perwakilan Wanita Umno Semporna yang diadakan semalam juga meminta pemilihan parti diteruskan mengikut jadual asal.

'Komponen BN tidak bangkit isu derma RM2.6b'


Presiden PRS, Tan Sri James Masing berkata pemimpin parti komponen BN tidak membangkitkan isu “derma” RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tiada seorangpun di antara pemimpin itu menyatakan tuntutan agar Najib meletak jawatan, kata James.

Beliau berkata demikkian ketika ditanya pemberita selepas pertemuan pemimpin komponen tersebut dengan Najib di Putrajaya pagi ini.

“Kesemua presiden parti memberi jaminan (memberi sokongan kepada beliau) sebagai perdana menteri.

"Kami beritahu beliau, kami ada keyakinan penuh ke atas kepimpinannya,” kata James.

Skandal 1MDB: Tony Pua kitar semula tuduhan, balas Arul Kanda

Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda mengatakan tuduhan Ahli Parlimen Tony Pua sudah pun dijawab 1MDB sejak Januari 2015. – Gambar Reuters, 14 Ogos, 2015. 
Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda mengatakan tuduhan Ahli Parlimen Tony Pua sudah pun dijawab 1MDB sejak Januari 2015. 

Tuduhan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Ahli Parlimen Tony Pua adalah yang dikitar semula, kata Presiden dan Pengarah Eksekutifnya, Arul Kanda.
"Kami perhatikan Tony Pua sekali lagi mengitar semula pelbagai tuduhan yang hakikatnya dijawab 1MDB sejak Januari 2015 menerusi 48 kenyataan akhbar yang boleh didapatkan dengan mudah di laman web kami," katanya.
Selain itu, katanya, Ketua Audit Negara membentangkan laporan awal yang menjawab banyak soalan yang dibangkitkan, pada awal Julai 2015 kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), yang Tony Pua sendiri merupakan ahlinya, dan komited untuk mengeluarkan laporan akhir pada penghujung 2015.

Pua sudah pastinya menyedari 1MDB adalah syarikat yang paling disiasat di Malaysia, kata Arul Kanda. "Kami berkongsi dan akan terus berkongsi, semua maklumat relevan kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan seperti Ketua Audit Negara, Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, PDRM (Polis Diraja Malaysia), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PAC, kata Arul Kanda dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan menyeluruh, bebas dan profesional ini merupakan forum yang sewajarnya untuk menentukan kebenaran tentang 1MDB.

PAS tak lagi bawa ajaran Islam sebenar, GHB Selangor umum AJK baru

Penyelaras Gerakan Harapan Baru Negeri Selangor Izham Hashim berkata parti Islam PAS tidak lagi demokratik dan dilihat membawa perbezaan besar dari segi pemikiran. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Ogos, 2015. 
Penyelaras Gerakan Harapan Baru Negeri Selangor Izham Hashim berkata parti Islam PAS tidak lagi demokratik dan dilihat membawa perbezaan besar dari segi pemikiran. 

Gerakan Harapan Baru (GHB) Negeri Selangor hari ini mengumumkan senarai kepimpinannya selepas melihat PAS kini tidak lagi demokratik dan meninggalkan ajaran Islam sebenar.
Penyelarasnya, Izham Hashim berkata sepanjang 31 tahun penglibatannya dalam PAS, parti Islam itu kini dilihat membawa perbezaan besar dari segi pemikiran yang memaksa GHB membawa wadah perjuangan Islam baru.
"Apa yang mereka (PAS) bawa pada kami tidak bertepatan dengan Islam yang sebenar, iaitu terbuka dan demokratik, tidak lagi ada dalam PAS.

"Kita berpandangan, tidak ada pilihan melainkan kita terpaksa mengambil jalan (parti) yang baru. "Kita dah cuba banyak tahun, buat perubahan dalam PAS, tetapi nampaknya kita tak boleh berbuat sesuatu lagi," katanya pada satu sidang media di Shah Alam hari ini.
GHB Selangor mengumumkan 21 ahli jawatankuasanya termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungip dan Adun Morib Hasnul Baharudin yang dilantik sebagai timbalan penyelaras jawatankuasa itu.

Anwar jadi ‘orang tengah’, Khalid & Saifuddin selesai luar mahkamah

anwarSHAH ALAM, 14 OGOS: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menarik balik saman terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.
Perbincangan luar mahkamah selama dua jam bermula 9 pagi itu menyaksikan permohonan maaf dari kedua-dua pihak.
Perbincangan tertutup antara Khalid dan Saifuddin itu juga dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘orang tengah’.
Khalid diwakili Edmund Bon, manakala Wiliam Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dari PKR mewakili Saifuddin.
Hadir sama, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin pada 18 Ogos 2014 berhubung pengedaran dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’, bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.
Dokumen itu dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR menjatuhkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan penyelesaian hutang Bank Islam.

Penyelesaian Kes Saman Tan Sri Khalid Ibrahim vs Dato’ Saifuddin Nasution Ismail dan Parti Keadilan Rakyat

Kedua-dua pihak plaintif (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan defendan-defendan (Dato’ Saifuddin Nasution Ismail dan Parti Keadilan Rakyat) telah bersetuju untuk menyelesaikan kes saman plaintif di luar mahkamah. 
Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir sebagai saksi defendan telah berbincang dengan kedua-dua pihak plaintif dan defendan pagi ini. Sebagai menghormati beliau dan mengambil kira kepentingan masyarakat dengan latar belakang kemelut politik negara akibat skandal melibatkan Dato’ Seri Najib Razak, kedua-dua pihak bersetuju perkara-perkara berikut:
1) Tan Sri Khalid Ibrahim menarik balik saman
2) Dato’ Saifuddin Nasution Ismail dan KEADILAN memohon maaf kepada Tan Sri Khalid Ibrahim
3) Tan Sri Khalid Ibrahim memohon maaf kepada Dato’ Saifuddin Nasution Ismail dan KEADILAN
Persetujuan ini dimeterai dan difailkan di mahkamah seperti di dalam dokumen mahkamah yang disertakan bersama.
Bagi pihak KEADILAN, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

RAFIZI RAMLI

NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG

AHLI PARLIMEN PANDAN

Mahkamah tolak permohonan The Edge tangguhkan arahan penggantungan dua penerbitan

Mahkamah tolak permohonan The Edge tangguhkan arahan penggantungan dua penerbitan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini  menolak permohonan The Edge Communications Sdn Bhd untuk menangguhkan arahan penggantungan dua penerbitannya sebelum ini.

Dua penerbitan syarikat itu, The Edge Malaysia dan The Edge Financial Daily, telah digantung penerbitan selama tiga bulan sejak 27 Julai lepas berkaitan laporannya mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 27 Julai lepas syarikat penerbitan itu memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri sebagai responden.

The Edge Communications Sdn Bhd telah memohon diberi kebenaran untuk memulakan prosiding di bawah Aturan 53 Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi mendapatkan perintah certiorari supaya mahkamah menolak keputusan Menteri Dalam Negeri.

Syarikat penerbitan itu turut memohon suatu perintah interim untuk penggantungan pelaksanaan keputusan sehingga penyelesaian pendengaran permohonan dan kos.

Skandal 1MDB: Terlalu lambat lantik ahli PAC baharu

Mahfuz OmarSHAH ALAM - Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan tindakan kerajaan menetapkan Oktober depan untuk melantik Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu sebagai terlalu lewat.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, proses pelantikan itu boleh diselesaikan dalam tempoh yang singkat sekiranya Kabinet sedia mengadakan sidang khas Parlimen untuk tujuan itu.

“Terlalu lewat (pemilihan bulan Oktober). Prosesnya mudah, panggil sidang khas untuk satu hari sahaja, tidak memakan masa yang lama pun.

“Kita boleh adakan sidang khas untuk tujuan lain, kenapa tidak kita adakan bagi melantik ahli PAC? Isu yang sedang disiasat PAC juga melibatkan kepentingan awam,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dilakukan PAC sudah pun berjalan, malah mendahului pembentangan Laporan Interim mengenai syarikat 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.

Peras Ugut: Hukuman Terhadap Justo Ditentukan Minggu Depan - Peguam


BANGKOK: Andre Xavier Justo, warga Switzerland yang memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi dan kemudiannya cuba menjual data yang dicuri dari syarikat tersebut kepada sekumpulan individu yang didakwanya berniat menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, boleh dijatuhi hukuman penjara di sebuah mahkamah di Bangkok, seawal minggu depan.
"Tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan," kata Dr Marc Henzelin, seorang peguam berpangkalan di Geneva yang diupah isteri Justo di Switzerland selepas melawat anak guamnya yang masih lagi ditahan reman di Thailand, awal minggu ini.
Justo, 48, ditahan oleh polis Thai di kediamannya di Koh Samui pada 22 Jun lalu.
Justo kemudiannya menandatangani pengakuan penuh dan dalam satu temubual dengan The Straits Times, Singapura ketika di dalam penjara pada 23 Julai lalu, dia menjelaskan bagaimana dia bertemu sekumpulan pembeli di Bangkok dan Singapura untuk menjual maklumat tersebut.
Dia mendakwa tidak dibayar AS$2 juta (RM8 juta) dalam urusan jual beli maklumat itu.
Pada 24 Julai lalu, Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Tong Kooi Ong dan penerbit Ho Kay Tat mengesahkan mereka bersetuju membeli data itu dan tidak membayar wang tersebut.
Justo turut menamakan Clare Rewcastle-Brown, penerbit Sarawak Report yang berpangkalan di Britain sebagai individu ketiga terlibat dalam urus niaga itu.
"Dia mengaku bersalah, jadi tidak akan ada perbicaraan penuh dengan saksi kerana keputusan itu sudah selesai.
"Akan ada pendengaran secara teori yang akan diadakan minggu depan. Dia akan dihukum dengan segera.

Khalid tarik balik saman terhadap Saifuddin

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menarik balik samannya ke atas bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan kes itu diselesaikan di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Kes itu digugurkan selepas perbincang kedua-dua pihak berbincang selama dua jam sebelum mereka saling bermohon maaf.

Perbincangan tertutup bermula kira-kira jam 9 pagi antara Abdul Khalid selaku plainatif, Saifuddin sebagai defenden dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir sebagai saksi untuk kes itu.

Turut hadir veteran DAP Lim Kit Siang, ahli keluarga Anwar dan penyokong.

Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen "Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor" bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

Pada 21 September 2014 lalu, Abdul Khalid disingkirkan daripada jawatannya sebagai menteri besar selepas Selangor melalui kemelut politik panjang.

'Najib kencing': Sekurang-kurangnya Muhkriz sudi dengar, kata Anina

 Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin yang baru-baru ini menjadi terkenal kerana video 'Najib kencing' selepas ia menjadi viral berkata beliau gembira kata-katanya kini diberi perhatian. – Gambar fail, 14 Ogos, 2015. 
Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin yang baru-baru ini menjadi terkenal kerana video 'Najib kencing' selepas ia menjadi viral berkata beliau gembira kata-katanya kini diberi perhatian. 

Meskipun menteri besarnya kesal dengan luahan kata-kata kesat yang dilontarkan sewaktu mesyuarat perwakilan, Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, yang menjadi terkenal dalam video "Najib kencing" yang kini viral, gembira kata-katanya didengari dan akan diberi perhatian. Menyifatkannya sebagai sesuatu yang positif, Anina berkata sekurang-kurangnya Datuk Mukhriz Mahathir sudi memberikan respons.
Katanya, pemimpin Umno yang lain juga seharusnya mengambil serius suara yang dilontarkan akar umbi dan perkara yang dibangkitkan rakyat seluruh negara.

"Bukan sahaja Mukhriz, ini juga isyarat kepada pemimpin Umno yang lain untuk melihat secara serius, bukan sahaja kepada 3 juta ahli Umno, tetapi masyarakat Malaysia yang lain. "Saya bercakap bukan untuk diri saya seorang tetapi untuk rakyat lain juga," katanya kepada The Malaysian Insider ketika diminta mengulas kenyataan Mukhriz semalam yang beliau akan berusaha memahami mesej di sebalik ucapan Anina itu.
Kata Anina, pemimpin peringkat tertinggi perlu lebih berani menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.
"Saya rasa mereka ini, pemimpin Umno ini, mereka pun tahu (masalah yang dihadapi), maka mereka kena suarakanlah," katanya.
Semalam, Mukhriz dilaporkan kesal dengan kata-kata kesat yang dilemparkan Anina terhadap presiden parti Datuk Seri Najib Razak.
Namun, menteri besar Kedah yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno itu tetap mahu memahami mesej yang cuba disampaikan dalam video tersebut.

Ringgit jatuh ke paras terendah sejak 1998 pagi ini

Ringgit jatuh 1.4 peratus kepada 4.067 berbanding dolar pada 9.56 pagi ini menjadikan penyusutan sehingga 3.6 peratus minggu ini.
Matawang ringgit jatuh ke paras terendahnya sejak 1998 pagi ini, sekaligus menyaksikan penurunan lapan minggu berturut-turut ketika harga minyak dan situasi politik dikatakan mempengaruhi pengaliran keluar modal dari pasaran.

Ringgit jatuh 1.4 peratus kepada 4.067 berbanding dolar pada 9.56 pagi ini menjadikan penyusutan sehingga 3.6 peratus minggu ini. Sementara di New York harga minyak jatuh 0.4 peratus pada penutup dagangan, menghampiri paras terendah sejak 2009.

Dana asing juga dilaporkan telah menarik balik modal sehingga US$3 bilion tahun ini dipercayai ekoran perkembangan semasa di negara ini.

Sebagai negara pengeksport, Malaysia dikatakan menerima kesan dari harga komoditi yang rendah dan penilaian semula matawang Yuan oleh China minggu ini.
Bank Negara dalam pengumuman pada Khamis berkata Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK,  mencatatkan pertumbuhan 4.9 peratus pada suku kedua tahun ini selepas mencatatkan pertumbuhan 5.6 peratus pada suku sebelumnya.

NAJIB'S OPS LALANG 2015: Dr M's aide, Zeti, MACC's Shukri, tycoon Tong to be ARRESTED?


NAJIB'S OPS LALANG 2015: Dr M's aide, Zeti, MACC's Shukri, tycoon Tong to be ARRESTED?
Until a month ago, nobody has heard of Section 124B but in the past few weeks, Section 124B of the Penal Code has forced itself into public consciousness as the new monstrous weapon which the Najib administration is using to launch a major crackdown and usher a new Dark Age in Malaysia.
How many people have been arrested or investigated under Section 124B of the Penal Code.
I do not know, but it is safe to say that never have so many people been arrested or investigated under Section 124B of the Penal Code on “activities detrimental to parliamentary democracy” which can send a person to jail for a maximum of 20 years – and all these police arrests and investigations are against the ministerial assurances given to Parliament in 2012 when the new law was enacted that it  would only be used against those who carry out “activities detrimental to parliamentary democracy” by “violent and unconstitutional means”.
When pressed in Parliament on why Section 124B had not spelt out clearly that Section 124B only referred to “activities detrimental to parliamentary democracy” by  “violent and unconstitutional means”, the then de facto Law Minister, Datuk Seri Nazri Aziz claimed that this is understood and even referred to Oxford Dictionary that “activities detrimental to Parliamentary Democracy” means “by violent and unconstitutional means”.

When Nazri presented the Penal Code amendment of the new Section 124B, Parliament was in fact given to understand that  it was meant to tackle terrorism previously covered by the already repealed Internal Security Act.
Unfortunatley, what was clear and obvious to the Law Minister in 2012 at the time of the passage of Section 124B  in Parlaiment is no more “clear and obvious” whether to the new Attorney-General or the Inspector-General of Police as I dare say that all the police arrests and investigations under Section 124B in the past month do not have the element of “violent or unconstitutional means”.
It would appear that we have reached a stage where anyone who wants to have a change of Prime Minister or government is liable to be investigated, arrested and charged under Section 124B for “activities detrimental to Parliamentary Democracy” which is a total betrayal of both the Parliamentary and Ministerial intention in enacting Section 124B of the Penal Code.
The majority of Malaysians (as the Umno/BN government is a minority government winning only 47 per cent of the popular vote in the 13th General Election) would want to see Datuk Seri Najib Razak toppled as Prime Minister and the UMNO/BN Government replaced as well.
But this cannot bring them under the ambit of Section 124B of the Penal Code for “activities detrimental to parliamentary democracy” which can send those guilty under this section to 20 years in jail because they reject any violent or unconstitutional means of change and are only  committed to  peaceful, democratic and constitutional means of change or toppling of the Prime Minsiter or government.
If a law which is meant to deal with the advocates of violent and unconstitutional means of political change could be used on those advocating peaceful, democratic and constitutional means of political change, it would even mean the death of democracy itself!

Khalid Abu Bakar, Abdul Gani Patail, Abu Kassim Mohamed and Zeti Akhtar Aziz
What I find most astonishing is the emergence of a website on the very same day (July 28) that Tan Sri Gani Patail was summarily sacked as Attorney-General and Tan Sri Muhyiddin Yassin sacked as Deputy Prime Minister, which made  the most ludicrous and outrageous allegations implicating top officers in government, especially key officers in three of the four “Special Task Force” investigating into 1MDB and the RM2.6 billion in Prime Minister Najib Razak’s personal bank accounts – Bank Negara Malaysia (BNM), Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and Attorney-General’s Chambers (AGC) – for involvement in an international conspiracy to topple the elected government of Malaysia.
The first posting of this new website entitled “Ops Lalang 2015: Special Branch leads investigation into conspirators” named at first  12 then 13 names on a “list of conspirators to be investigated under Section 124 of the penal code which carries a penalty of up to 20 years in prison”.
The website said:

'Orang asyik tanya saya bila Najib nak jatuh' - Rafizi

Rafizi Ramli KUALA LUMPUR - Soalan yang kerap ditanya sejak kebelakangan ini adalah 'bila (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) akan jatuh'.

Malah Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa soalan itu ditanya oleh penyokong Umno sendiri.

"Orang-orang saya selalu tanya, bila Najib nak jatuh. Saya kenal jiran-jiran saya, (penyokong) Umno semua ini.

"Mereka yang setiap hari tanya saya bila Najib nak jatuh?," katanya ketika menyampaikan ceramah pada program Solat Hajat dan Himpunan Rakyat di Pandan Indah, malam tadi.

Tegasnya, pembangkang melawan Umno-BN bukan semata-mata kerana tidak suka akan perdana menteri itu dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebaliknya sistem di dalam parti pemerintah itu sendiri yang sudah rosak.

"Kalau tukar perdana menteri pun, letaklah Zahid (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), Muhyiddin (bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin), hatta letak menteri paling cerdik pun, kita tak akan selamat.

Tangguh mesyuarat MT 'bukan kerana Najib takut' ampu Nazri

Tarikh mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno masih belum diputuskan dan walaupun wujud spekulasi, namun para pemimpin parti itu bertegas bahawa ia bukan kerana presiden mereka takut untuk berdepan dengan kepimpinan pusat.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menolak sebarang tanggapan bahawa Presiden Datuk Seri Najib Abdul Razak keberatan untuk berdepan dengan pemimpin utama parti itu kerana takut dihujani soalan mengenai 1MDB dan rombakan kabinet.


Tidak timbul isu tersebut, tegas Nazri, yang mendakwa bahawa Najib telah dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk takut. Semua orang tahu tentang (1MDB)," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Parti itu dikatakan sekali lagi menangguhkan mesyuarat MT disebabkan ahli-ahli telah menunjukkan rasa tidak senang mereka terhadap keputusan Najib untuk merombak kabinet, seperti yang disiarkan dalam Malaysian Insider.

Laporan itu yang memetik sumber berkata, Umno masih belum membuat keputusan sama ada mesyuarat pada 28 Ogos akan diadakan seperti yang dijadualkan.

Umno telah menangguhkan mesyuarat MT pada 31 Julai berikutan rombakan kabinet bagi mengelak ketegangan antara pihak dalam parti.

'Boleh tanya bila-bila masa'

Nazri yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan mengesahkan bahawa parti itu masih belum menetapkan tarikh baru bagi mesyuarat MT.

"Mereka boleh tanya soalan pada bila-bila masa - esok atau selepas mesyuarat Majlis Tertinggi; tak ada masalah," katanya.

Nazri berkata berkata, Najib akhirnya akan terpaksa juga memanggil perhimpunan (agung) parti.

"Mereka juga boleh membangkitkan isu di sana," kata Nazri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas.

Sementara itu, Datuk Bung Moktar Radin berkata parti itu tidak perlu menangguhkan mesyuarat MT untuk kali kedua.

Utusan bukan macam Harakah - Editor

Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain berkata Utusan Malaysia bukan seperti akhbar lidah rasmi PAS, Harakah, yang menurutnya tidak boleh mengkritik pemimpin mereka.

Sebaliknya, katanya, Utusan itu sendiri bertindak sebagai sebuah organisasi surat khabar, malah memberinya kebebasan untuk mengkritik pemimpin.

“Saya dibagi kebebasan dari pengurusan dan saya percaya kebebasan itu dibagi oleh Umno untuk mengkritik sebab Utusan berbeza dengan Harakah.

Harakah sebagai lidah rasmi (PAS) dan Utusan sebagai organisasi surat khabar dan dia (Utusan) terpaksa bertindak sebagai surat khabar dan bukan lidah rasmi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini, Ku Seman melalui artikel "Derma RM2.6 bilion dan Integriti Umno" mempersoalkan integriti parti itu dalam menjelaskan perkara sebenar isu derma yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ekoran dari tersiarnya artikel itu, Utusan ditegur parti itu sendiri kerana lantang mempersoalkan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Najib sebagai dana politik.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Keruak berkata Utusan tidak sepatutnya mempersoalkan lagi dana politik yang diterima Najib kerana ia sudah disahkan bukan rasuah oleh SPRM dan Najib.

Manakala Pengarah JASA, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, Ku Seman sepatutnya menjelaskan kepada pembaca tiada peraturan yang menghalang seseorang individu menggunakan akaun peribadi bagi tujuan dana politik.

Kata Puad, jika benar Najib mahu menggunakannya untuk kepentingan peribadi, beliau pasti menyimpannya di akaun peribadi di luar negara dan bukan dibawa balik ke Malaysia.

Sidang media penuh pengumuman prestasi ekonomi suku kedua oleh Gabenor Bank Negara

Zeti: Saya akan ditangkap jika sentuh akaun individu

Harapan Baru tidak tolak ulama, kata Mujahid

Cerita 'selepas hujan' Najwa Mahiaddin

Zeti nafi segala tuduhan terhadap beliau

1MDB: Polis diberi kuasa siasat mana-mana pegawai Bank Negara

Bersih tuntut PDRM tidak guna gas pemedih mata

PAS patut timbang semula sertai Bersih 4.0

Polis boleh guna akta anti-keganasan terhadap tahanan Seksyen 124B, kata peguam

 Syahredzan Johan dari Majlis Peguam berkata sekiranya seseorang ditangkap mengikut Seksyen 124B, boleh dipenjarakan selama 20 tahun jika sabit kesalahan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Ogos, 2015. 
Syahredzan Johan dari Majlis Peguam berkata sekiranya seseorang ditangkap mengikut Seksyen 124B, boleh dipenjarakan selama 20 tahun jika sabit kesalahan.

Ditangkap mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan secara automatik boleh membawa kepada penjara 28 hari, seorang peguam memberi amaran, ketika Putrajaya dilihat semakin rancak menggunakan undang-undang baru itu terhadap pengkritiknya.
Syahredzan Johan dari Majlis Peguam berkata, ini kerana seksyen itu terletak di bawah Bab 6 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan kesalahan terhadap negara seperti melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong serta keganasan.
Seksyen 124B menyatakan, sesiapa yang menjalankan, dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, sebarang "aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen" boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Polis diberi kuasa menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), yang asalnya bertujuan untuk pengganas dan militan, untuk kesalahan di bawah Bab 6 itu, kata Syahredzan, juga pengerusi bersama Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan Majlis Peguam. Antara peruntukan di bawah Sosma ialah, suspek boleh ditahan untuk siasatan selama 28 hari dan mereka boleh dinafikan ikat jamin selepas mereka didakwa. Tetapi, mimpi ngeri ini tidak berhenti di situ, katanya.

Tony Pua desak Arul jawab soalan jika benar 1MDB terbuka

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua menggesa Arul menjawab sama ada benar hutang dana itu meningkat daripada RM42 bilion kepada hampir RM50 bilion setakat ini dan sama ada 1MDB memalsukan penyata kewangan yang dikemukakannya kepada bank. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 14 Ogos, 2015. 
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua menggesa Arul menjawab sama ada benar hutang dana itu meningkat daripada RM42 bilion kepada hampir RM50 bilion setakat ini dan sama ada 1MDB memalsukan penyata kewangan yang dikemukakannya kepada bank. 

Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy seharusnya menjawab soalan yang mudah bagi meredakan tanggapan umum yang wujud salah urus dan penyelewengan dalam dana negara itu, jika benar dakwaannya syarikat itu terbuka untuk siasatan dengan menyifatkannya sebagai "open book", kata DAP.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata Arul boleh mulakan dengan menjawab soalan yang tidak terjawab selama 6 bulan – adakah 1MDB memindahkan hampir AS$1.2 bilion kepada Gold Star Limited, syarikat yang dikuasai ahli perniagaan Jho Low.
Beliau juga menggesa Arul menjawab sama ada benar hutang dana itu meningkat daripada RM42 bilion kepada hampir RM50 bilion setakat ini dan sama ada 1MDB memalsukan penyata kewangan yang dikemukakannya kepada bank.

Beliau turut mempersoalkan berapa banyak 1MDB membayar Aabar atau International Petroleum Investment Corporation (IPIC) untuk menebus pilihannya. "Kenapa Arul tidak boleh menjawab soalan-soalan ini bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai dan syak wasangka yang wujud salah urus dan penyelewengan dalam anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan?
"Tiada siapa yang lebih bertanggungjawab atas tercemarnya kredibiliti 1MDB daripada eksekutif tertinggi 1MDB sendiri kerana enggan bersikap telus dan bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan.

Solidariti untuk mahasiswa tertindas

Oleh Amalina Ismail
Tujuh tahun lalu. Kali pertama melangkah ke menara gading dengan gelaran mahasiswa. Tetapi sayang, gelaran itu cuma bertahan setahun setengah.Kad matrik yang perlu ditukar apabila menamatkan pengajian asasi, masuk ke peringkat sarjana muda, ditukar gelar mahasiswa kepada pelajar.

Minggu orientasi. Kata Timbalan Naib Canselor, belilah buku rujukan di koperasi universiti, harganya lebih murah dari di luar.

Kami pelajar naif, bila diminta pensyarah untuk membeli buku rujukan, terus meluru ke Koperasi Universiti untuk membeli buku yang dikatakan punya harga berpatutan. Sedang hakikat sebenarnya tidak, ada pembekal buku di pinggir pagar universiti menjual buku yang berganda lebih murah.

Pembekal Cina yang kecil saja kedainya tetapi tidak lengang dengan kunjungan pelajar. Rasa tertipu. Saya lebih lagi, kerana tersilap beli buku rujukan, 2 kali membeli buku rujukan untuk subjek yang sama dengan harga yang tidak berpatutan.

Tahun pertama jadi tahun terakhir membeli buku rujukan di koperasi universiti.

Ini bukan kira mensabotaj universiti dan menyokong perniagaan Cina yang katanya memang suka mengaut untung dari pelajar-pelajar yang kebanyakannya Melayu (tidak juga kerana semua pelajar berbilang kaum dan keturunan memang akan ke situ, memang satu perniagaan monopoli yang berkesan).

Tetapi ini adalah cara pelajar untuk hidup, buku rujukan adalah antara keperluan akademik yang sangat mahal. Ramai yang tidak akan membeli melainkan dipaksa pensyarah. Ramai lagi yang memilih (secara haramnya) fotokopi buku rujukan yang pastinya dibayar dengan harga yang jauh lebih murah.

Saya sebenarnya aneh, kenapa harga buku di Koperasi Universiti boleh jadi lebih mahal dari pembekal di luar? Sedang peruntukan modal dan kewangan yang diperoleh universiti sebenarnya jika dimanfaatkan sebaiknya wajar mengurangkan harga buku dan membantu pelajar.

Mungkin universiti bukan sepatutnya memikirkan soal perniagaan. Universiti adalah pusat ilmu dan pengetahuan. Biarlah peniaga di pinggiran yang menjalankan urus niaga dan menjana keuntungan.

Tidak juga, kerana hakikatnya universiti sebenarnya ada syarikatnya sendiri. Universiti perlu menjana sumber ekonominya sendiri. Antara cara perniagaannya adalah dengan pemberian konsesi bagi pengurusan kafeteria di kawasan kolej kediaman.

‘Senyuman RM42 bilion yang takkan hilang’

image-18-940x4701
Ahirudin berkata, kenyataan Arul Kanda bahawa 1MDB adalah syarikat yang paling banyak disiasat di Malaysia, tidak benar.
KUALA LUMPUR, 14 Ogos:
Blogger, Datuk Ahirudin Attan memuji Presiden merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy yang muncul dalam program Soal Jawab TV3, semalam.
Ahirudin yang juga dikenali sebagai Rocky Bru berkata, Arul Kanda tidak akan berdepan masalah menarik pelabur melabur di syarikat itu, berdasarkan kejujuran yang ditonjolkannya sepanjang program itu.
“Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB itu amat yakin dan tidak sombong, seorang pendengar yang baik, sangat jelas dalam analisisnya.
“Dan, ya, senyuman itu. Takkan ada orang mahu menghilangkan senyuman itu dari wajahnya. Ia adalah senyuman RM42 bilion yang takkan hilang!” katanya dalam catatan terbaru di laman blognya, http://www.rockybru.com.my/.
Bekas Ketua Editor Malay Mail itu berkata, 1MDB adalah subjek berterusan yang dijadikan serangan sejak lapan hingga sembilan bulan lalu oleh mereka yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur.
Namun, katanya, selepas “tuntutan” RM42 bilion yang didakwa adalah hutang 1MDB menjadi “tidak benar”, pihak yang melemparkan tuduhan itu kemudiannya memperbetulkan angka berkenaan kepada RM26 bilion, sebelum mengurangkan kepada lebih RM2 bilion.
Susulan itu, warga Switzerland yang juga bekas pekerja PetroSaudi, Xavier Andre Justo ditahan dan berdepan pertuduhan memeras ugut majikannya di Thailand.
“Sebahagian helah politik terhadap Najib telah dialihkan daripada 1MDB dan tertumpu kepada AS$700 juta ‘sumbangan politik’ yang masuk ke akaun-akaun PM.

Seksyen 124B penghinaan kepada demokrasi berparlimen?

MOKH0987 L
Gobind mahu mahkamah mengehadkan definisi Seksyen 124B Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA, 14 Ogos:
Seksyen 124B Kanun Keseksaan mempunyai definisi luas, jadi ia terbuka kepada pelbagai interpretasi dan boleh mengundang penyalahgunaan.
Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata, walaupun berada dalam satu sidang media, di mana sekumpulan individu mengumumkan pendirian mereka berhubung satu perhimpunan, ia masih boleh dianggap ‘menjejaskan demokrasi berparlimen.’
“Jika anda lihat pada definisi peruntukan, tiada apa yang anda tidak boleh lakukan dan dianggap menjejaskan demokrasi berparlimen.
“Kanun Keseksaan wujud untuk membasmi jenayah dan undang-undang memberi ruang kepada mahkamah untuk berdepan jenayah, namun di sini, penindasan boleh berlaku.
“Anda ada senario di mana polis menahan pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat dakwaan dibangkitkan rakyat. Adakah ini tujuan undang-undang digubal?” soalnya pada forum “Seksyen 124B, penghinaan kepada demokrasi berparlimen” anjuran DAP, pada Khamis malam.
Ahli Parlimen Puchong itu mempersoalkan jika ini adalah maksud Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa undang-undang berkenaan tidak akan digunakan terhadap ahli-ahli politik?
“Mahkamah perlu mengehadkan definisi undang-undang itu,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang menyifatkan ia sebagai ‘peruntukan raksasa’.
“Undang-undang dilihat digunakan untuk menutup mulut mereka yang mahukan perubahan, ia menjadi peruntukan undang-undang raksasa yang digunakan terhadap sebarang bentuk kritikan ke atas kerajaan,” katanya.

Kewujudan GHB tidak jejaskan gerak kerja Muslimat PAS - Nuridah


Post Pic

KUALA LUMPUR: Kewujudan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diterajui bekas pimpinan PAS tidak menjejaskan kesatuan dalam Dewan Muslimat PAS bahkan memberikan impak positif terutama dari aspek memperkukuhkan struktur parti Islam itu.
 
Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh, sayap itu belum berdepan sebarang masalah susulan daripada kewujudan GHB meskipun struktur parti mempunyai kesukaran.
 
"Setakat ini untuk Dewan Muslimat PAS Pusat ustazah rasa tidak ada sekatan sebab kami ini sekali dan satu pasukan.
 
"Setakat ini ustazah rasa tiada apa-apa masalah lagi, insya-Allah mudah-mudahan seterusnyalah," katanya dalam temubual bersama Antarapos.
 
Malah tegas beliau, kewujudan NGO itu mempercepatkan tindakan Dewan Muslimat PAS Pusat untuk turun ke kawasan yang menghadapi masalah GHB.
 
"Namun dengan kewujudan GHB itu sendiri pada pandangan ustazah dari sudut positifnya ialah mempercepatkan tindakan kami untuk turun kepada muslimat negeri dan kawasan.
 
"Terutama di tempat-tempat dimaklumkan kepada kita ada masalah tersebut misalnya di Johor dan ustazah dah turun dua kali," katanya.
 
Nuridah menambah sayap tersebut telah merangka agenda untuk bertemu Dewan Muslimat di setiap peringkat.
 

PAS sedang kumpul bukti untuk ambil tindakan terhadap ahli yang sertai GHB - Mohd Amar


Post Pic

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, memberitahu PAS dalam proses mengumpulkan bukti dan maklumat mengenai ahli PAS yang mahu menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Harapan Baru (GHB). 
 
Ujarnya perkara itu dipertanggungjawabkan kepada Setiausaha Agung parti Datuk Takiyuddin Hassan, untuk menyediakan laporan lengkap sebelum dibentangkan kepada PAS Pusat.
 
"Daripada situ baru kita boleh buat keputusan apa tindakan yang perlu kita ambil," katanya ketika ditemui pada Majlis Kutipan Dana Dewan Pemuda PAS Kelantan di sini, hari ini. 
 
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, hanya Jawatankuasa PAS Pusat ataupun Jawatankuasa Disiplin parti yang berhak menentukan nasib anggota-anggota parti yang menyertai GHB. 
 
"Jawatankuasa PAS Pusat mempunyai kuasa untuk memecat terus mana-mana anggota parti yang didapati bersalah, namun jika dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti, ada empat bentuk hukuman yang boleh dikenakan," katanya. 
 
Beliau berkata, hukuman itu adalah surat tunjuk sebab, amaran, gantung keanggotaan dan akhir sekali dipecat daripada parti. 
 

Pengunduran Najib dan Rosmah cara pulihkan ringgit

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berucap semasa majlis makan malam kutipan dana di Petaling Jaya, Kuala Lumpur pada 12 Ogos. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 14 Ogos, 2015. 
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berucap semasa majlis makan malam kutipan dana di Petaling Jaya, Kuala Lumpur pada 12 Ogos.

Datuk Seri Najib Razak perlu meletakkan jawatan bagi memulihkan kadar tukaran matawang ringgit yang kini terus merosot, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Beliau mendakwa, menurut data semasa, ekonomi negara sepatutnya tidak seteruk sekarang, namun sikap Najib dalam mengendalikan skandal wang RM2.6 bilion dalam akaun banknya tidak meyakinkan pelabur asing melabur di Malaysia.
"Saya tidak kata ekonomi kita baik. Tetapi, seteruk-teruk ekonomi kita, matawang ringgit tak sepatutnya jatuh sampai AS$1 bersamaan RM4.

"Sebabnya adalah, Najib dan (isterinya Datin Seri) Rosmah (Mansor)," katanya pada ceramah #SelamatkanMalaysia #SokongSPRM di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya malam tadi. "Apabila kita ada perdana menteri yang tidak boleh jawab dengan rakyat, kenapa ada RM2,600 juta dalam akaun dia, pelabur asing tengok, dia akan cakap, ini gilakah?
"Turun Najib, tiada Rosmah, pelabur yang takut itu akan datang balik ke Malaysia dan matawang kita akan naik," kata Rafizi.
Kenyataan itu dibuat Rafizi selepas Najib semalam menyalahkan "mainan dan spekulasi politik yang keterlaluan" dalam negara sebagai punca kemerosotan nilai ringgit.
Rafizi berkata, Najib sememangnya tidak akan pernah faham yang beliau perlu berundur, oleh itu beliau menyeru orang ramai menyertai himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos ini bagi menyatakan protes mereka.
"Kalau harap Najib faham sendiri, Najib tidak akan faham.
"Jadi kita kena desak sampai telinga tebal Najib jadi nipis dan bibir merah jambu Najib bertukar warna biru," kata Rafizi kepada kira-kira 150 orang hadirin ceramah.
Sementara itu, pengarah pilihan raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam ceramah sama, menyifatkan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai "korban pertama" skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Namun tegasnya, reaksi Muhyiddin selepas dipecat Najib memberi gambaran yang orang ramai tidak boleh berharap kepada Umno bagi menyingkirkan Najib.

Buat rakan yang sudah tawar hati dengan PAS - Nik Abduh


SAYA alu-alukan pemegang jawatan dalam parti PAS yang telah tawar hati dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS hari ini untuk keluar daripada PAS. Itu sebahagian daripada jalan penyelesaian paling aman, dihormati, budiman dan boleh dikira sebagai 'penyelesaian bersama'.

Ramai bertanya saya, bagaimana isu dalaman PAS akan cepat berakhir? Saya jawab, apabila penyakit itu keluar dengan sendiri tanpa perlu dibedah buang.

Gagal patuh pada arahan parti adalah penyakit. Mana ada parti boleh maju jika arahan parti tidak didengar?

Tiada pahala lagi buat anda jika anda kekal dalam PAS dengan terus memegang jawatan dalam parti yang diamanahkan ke atas anda oleh ahli PAS. Anda tidak lagi mampu melaksanakan program dan arahan parti. Dan jika anda laksanakan pun, anda laksanakan untuk tujuan sebaliknya, mempromosi gerakan lain dan menghodohkan wajah PAS. Macam mana nak dapat pahala?

Pahala mudah saja. Laksanakan amanah. Dosa pun mudah. Khianati amanah.

Dalam jamaah Islam, kita wajib dengar dan patuh pada ketua. Itu nas dalam al-Quran. Jika kita tak puas hati, kita tegur. Jika tegur kita tak didengar, kita boleh lawan ketika ruang tukar pemimpin dibuka untuk kita iaitu di muktamar dan pemilihan parti setiap dua tahun. Itu syarie dan demokratik.

Jika kita sudah hilang kepercayaan, tak boleh lagi dengar dan tak boleh lagi patuh, maka kita kena letak jawatan. Tak payah pun nak letak jawatan. Ia kerja 'volunteer'. Tak payah juga nak tukar ke jamaah lain. Itu hak kita pun.

Orang nak tuduh apa, itu tuduhan. Anda tak salah pun. Salah anda ialah kekal dalam jamaah atau parti yang anda telah hilang kepercayaan sehingga gagal lagi untuk dengar dan patuh arahan ketua, bahkan mensabotaj parti dengan menggunakan jawatan yang anda pegang untuk merosakkan parti.

Think Tank bukan zombie alam siber

Oleh ezaruddin abd. rahman
ANAK muda jangan jadi kalut apabila kepimpinan negara diserang bertalu-ta­lu dengan pelbagai mak­lumat yang tidak sa­hih yang kini menjadi viral dalam media so­sial. Ketika ini emosi sudah men­jadi raja dalam hati segelintir rakyat dengan penyebaran pelbagai maklumat yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan imej negara.
Media sosial kini dilihat menjadi gudang melahirkan ramai tukang fitnah dan penyebar fitnah yang kebanyakannya kita secara tidak langsung terjebak sama apabila turut berkongsi pelbagai berita yang tidak logik dan mengikut persepsi penulis.

Dalam keadaan negara kita berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk pencarian serpihan pesawat MH370, isu berkaitan 1MDB, masalah ekonomi, kejatuhan Ringgit Malaysia (RM) dan pelbagai lagi, kerajaan sangat memerlukan idea dan pandangan daripada anak muda untuk membantu memulihkan keyakinan pelabur serta memperkasakan keharmonian negara. Anak muda sepatutnya menjadi think tank kerajaan. Bukannya menjadi tukang fitnah yang boleh mengganggu keharmonian negara, sekali gus menggugat ekonominya.
Idea daripada anak muda sudah pastinya segar dan kerajaan tentunya amat mengalu-alukan sekiranya idea-idea tersebut datangnya daripada anak muda tempatan bukannya daripada konsultan luar.
Untuk menjadi pemfitnah ketika ini sangat mudah hanya melalui sentuhan jari sudah mencukupi. Kita tidak perlu lagi bersembang panjang di restoran mamak ataupun kedai kopi cukuplah sekadar jari kita memainkan peranan menyebarkan berita atau fitnah di alam siber. Masyarakat dunia siber tidak menggunakan lidah untuk berkata-kata tetapi melalui telefon pintar, iPad, komputer dan laptop cukuplah untuk menghuru-harakan negara dalam menyebarkan berita yang panas tanpa kesahihan.
Anak muda harus sedar, serangan yang bertali arus melalui media sosial daripada anak muda sendiri akan memberi kesan kepada negara.
Kita mungkin boleh bergelak ketawa apabila melihat lawak viral yang disebarkan tanpa memikirkan akan kesan kepada ekonomi dan kestabilan negara. Ini akan mengundang persepsi negatif dunia luar dan akibatnya ekonomi negara kita tidak stabil dan boleh runtuh.
Kita harus akui, masa sudah tidak menyebelahi kita lagi pada waktu ini. Inilah waktunya anak muda bertindak dan bersatu membantu kerajaan yang kini berhadapan dengan pelbagai cabaran. Ketika ramai orang sibuk menjadi pahlawan siber tetapi tidak ramai yang berani tampil untuk memberikan idea dan membantu kerajaan memperbetulkan semula persepsi negatif ini.

Najib perdana menteri paling lemah

Oleh RAYUSA
CITRA dan keperibadian pemimpin Islam dahulu (dalam hal ini Islam diambil sebagai contoh kerana di manamana dan bila-bila pun Islam mesti yang teratas) yang kayaraya sebelum bergelar pemimpin menjadi miskin setelah terpilih memegang amanah tersebut.
Perlu diketahui dan diingati bahawa orang Islam dahulu juga dengan rendah hati dan berhemah enggan menerima jika dipilih menjadi pemimpin kerana merasakan ia satu tanggungjawab yang sangat besar dan terlalu berat.
Amat berbeza dengan pemimpin Islam hari ini yang meskipun miskin atau hidup susah/sederhana sebelum dipilih (baca: ada yang berusaha dengan apa cara pun untuk menjadi pemimpin) kaya-raya setelah menjadi pemimpin, misalnya sebagai wakil rakyat. Antara tanda akhir kiamat ialah semakin banyak orang bodoh atau bukan ahli menjadi pemimpin, sedangkan orang pandai atau ahli dipimpin dan tertindas – ertinya, sesuatu bidang dikendalikan oleh yang bukan ahli.
Seseorang pemimpin perlu lebih baik dan bijak daripada orang yang dipimpin atau rakyat. Pemimpin apa kalau tidak cerdik dan dia yang perlu dipimpin? Pemimpin adalah orang yang memimpin, bukan dipimpin. Sememangnya dia juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada salah dan silap. Walau bagaimanapun, kesalahan dan kesilapan itu jangan pula sehingga menjahanamkan pimpinan dan komuniti yang dipimpinnya.
Pemimpin sejati perlu sedar dia hanya seorang pemimpin, bukan berkuasa mutlak dan mengambil kesempatan menindas orang yang dipimpinnya. Dia tidak menguasai segala yang ada merangkumi ekonomi dan media atau perhubungan raya. Oleh kerana itulah setiap pemimpin Islam amat wajar mencontohi sikap Sayidina  Umar al-Khattab selepas dilantik menjadi khalifah Islam kedua menggantikan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq.
Sayidina Umar mengakui beliau bukan yang terbaik dalam kalangan umat Islam. Namun demikian, beliau sanggup memikul tanggungjawab yang diamanahkan dan bersedia pula meminta kerjasama rakyat yang dipimpinnya. Beliau langsung tidak berniat untuk menindas dan menjalankan pemerintahan kuku besi meskipun kebengisan, kegarangan, keberanian dan ketegasannya sudah cukup dikenali dunia Islam ketika itu.

Tai Chi Zeti dan Penyakit Gila jatuh Ringgit.

Oleh Mohd.Ariff Sabri
Komen rengkas mengenai isiu semasa. Persembahan Zeti Akhtar semalam siang.
Pertama: ini suatu pembersihan Najib atau apa? Atau persembahan tai chi menyelamatkan diri? Ancaman Zeti untuk saman mereka yang mengaitkan nya dengan 1MDB –adakah ianya dibuat kerana Zeti tahu system perundangan dalam negara ini, seacara kesemulajadian, memihak kepada yang berkuasa dan kaya?

Atau Zeti awal awal memberi amaran kepada mereka yang mencungkil penglibatan bisnes keluarga nya.
Kalau demikian, saya syorkan Zeti menggunakan khidmat private eye dari PDRM sendiri membongkar siapa yang menggali cerita lama untuk disaman.
Besar kemungkinan usaha Zeti akan membawa nya ke pintu jabatan dirty tricks kerajaan sendiri untuk menakutkan Zeti.
Hence, performance semalam siang yang B rated sahaja.
Sekali pandang, ini macam persembahan tai chi. Jika BNM tidak ada kuasa regulasi, pengawalan dan enforcement, mengapa ada jabatan pemantauan dalam BNM?
Adakah ianya tempat penyelidikan pegawai kumpul material untuk Ph.D.? Atau sengaja suka2? Jika ianya duit laundered, kata kan demikian. Jika bukan kata bukan. Jangan kata diluar skop pemantauan BNM. Apa yang dalam skop dan bukan dalam skop?
Adakah dengan ini, setelah sekian lama membisu, Zeti kata, sesungguhnya RM2.6 billion itu derma? Mulai sekarang, sesiapa boleh melakukan pencucian wang dengan syarat jangan beritahu BNM. Jika BNM tahu, segera kata ianya derma?
Ini seperti nasihat klasik seorang peguam- kamu boleh lakukan apa sahaja asal saja kamu jangan ditangkap.
Kejatuhan Ringgit dan penyakit gila massa.
Kedua, isiu kejatuhan Ringgit. Sahabat saya Chief ada reputasi tembak dahulu, tanya kemudian. Saya diberitahu , ini kaedah polis di India- shoot first , ask questions later inspector sahab ji.

Hutang negara NAIK LAGI menjadi RM794.3 bilion (68.1 peratus drpd KDNK)..


MASIHKAH ANDA INGAT Idris Jala yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah kata.. "Malaysia akan berhadapan dengan risiko untuk muflis menjelang tahun 2019".

ADAKAH disbbkan faktor hutang negara semakin bertambah salah satu cara nak penuhkan balik kantong negara balik dgn kadar cepat & efisien adalah dgn KUTIP GST DARIPADA RAKYAT ???

MINGGU MERIAH BUAT MUHYIDDIN

Minggu ini boleh dianggap minggu yang meriah bagi Muhyiddin Yassin sejak dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana beliau akan merasmikan dua mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang berdiri kuat menyokongnya tetapi turut ada "spy" Najib Razak di dalamnya.

Pada jam 3 petang hari ini (Jumaat), Timbalan Presiden UMNO itu akan merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kemaman yang diketuai oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said.

Sepertimana yang dilakukannya sebelum ini, Muhyiddin yang baru dipecat daripada kerajaan kira-kira dua minggu lalu, dijangka akan menggunakan plaftform ini untuk menyentuh perlbagai perkara mengenai  politik semasa seperti 1MDB, wang RM2,600 juta, penyiasatan SPRM, Bank Negara, masa depan UMNO, kejatuhan ringgit serta banyak lagi isu yang sedang berlaku dalam negara.

Berdasarkan mood semasa ahli UMNO di seluruh negara yang memperlihatkan semacam ada trend untuk memberi teguran terbuka kepada  UMNO dan pimpinannya, tidak mustahil Muhyiddin juga turut lebih kritikal sikapnya di Kemaman ini.

Lebih-lebih lagi kerana Ahmad Said yang mengetuai UMNO Bahagian Kemaman, memang diketahui tidak sebulu dan "masih geram" dengan Najib sejak beliau digugurkan sebagai Menteri Besar Terengganu lebih setahun yang lalu.

Beliau bukan saja marah kerana digugurkan daripada jawatannya hanya beberapa hari menjelang majlis perkahwinan anak perempuannya, malah dalam ucapannya di DUN Terengganu, Ahmad Said turut mendakwa Najib mahu mencagarkan telaga minyak di negeri itu dan kerana cadangan itu ditolaknya, ia telah menyebabkan kemarahan Perdana Menteri yang kemudian menjadi antara sebab penggugurannya sebagai  Menteri Besar.

Pada hari Muhyiddin dipecat pada 28 Julai lalu, Ahmad Said adalah antara pemimpin UMNO yang hadir memberi sokongan moral kepadanya dengan turut sama membawa penyokongnya seramai kira-kira 40 orang yang didatangkan dengan sebuah bas ke rumah bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Oleh kerana sama-sama menjadi mangsa pemecatan Najib, tidaklah mengejutkan kiranya ucapan Ahmad Said dalam mesyuarat perwakilan kali ini akan "panas" dengan pelbagai kritikan, serangan atau pun pendedahan yang mengejutkan.

Jika ucapan bekas Menteri Besar itu "panas", maka tidak mustahil Muhyiddin yang berucap selepasnya turut terpercik kepanasannya, lalu terzahir kata-kata bernada "panas"  juga.

Yang menariknya, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman,  Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta dianggap pro kepada Najib akan turut hadir dan duduk di pentas utama bersama-sama Muhyiddin dan Ahmad Said ketika majlis perasmian itu nanti.