Khamis, 13 Ogos 2015

PAS tidak terlibat anjuran himpunan Bersih 4.0 - Mohd Amar

PAS hanya hantar dua wakil himpunan Bersih

Gantung 2 pelajar, motto UIA hanya retorik

We Unite For Islam (WUFI) menyatakan kecaman sekeras-kerasnya terhadap tindakan Pentadbiran UIAM yang menjatuhkan hukuman gantung dua semester terhadap Presiden SRC IIUM Saudara Hanif Mahpa dan Exco SRC IIUM Saudari Afiqah Zulkifli.

Mereka didapati bersalah kerana menganjurkan Forum GST yang menampilkan Lokman Adam dan Rafizi Ramli pada 13 Mei 2015 lalu.

Forum ini kononnya tidak mendapat kelulusan universiti sedangkan hakikatnya pihak atasan hanya mengharamkan Rafizi daripada menyampaikan ucapan. (Boleh rujuk kenyataan pihak Keselamatan UIAM semasa forum itu dilaksanakan)

Ini merupakan satu lagi tindakan tidak bermaruah daripada sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa apabila tidak meraikan semangat para pelajar untuk menganjur, menghadiri dan menilai diskusi intelektual berkenaan isu-isu negara.

Tindakan ini secara jelas mencerminkan kesamaan sifat bobrok, penindas, perampas pihak universiti dan kerajaan Malaysia yang sering merampas dengan rakus hak kebebasan.

Dari pentadbiran universiti sehinggalah pentadbiran negara, keduanya mahu melahirkan rakyat yang buta, tuli dan menjadi pak turut setia.

Tindakan ini juga membuktikan bahawa motto rasmi UIAM iaitu Taman Ilmu dan Budi (The Garden Of Knowledge And Virtue) hanyalah retorik dan penipuan yang amat jelas.

Di peringkat luar, UIAM yang terkenal dengan kehebatan pasukan debat yang sering memenangi pertandingan di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Hakikatnya adalah menyedihkan apabila di dalam universiti sendiri para pelajar dihalang daripada berdiskusi, berdebat dan berforum.

Batalkan hukuman gantung Hanif, Afiqah

Oleh Faiz Fadzil


Hukuman yang menyedihkan dan memeranjatkan apabila dua orang pimpinan tertinggi mahasiswa UIAM iaitu Saudara Hanif Mahpa dan Saudari Afiqah Zulkifli dikenakan hukuman gantung pengajian selama 2 semester atas sebab penganjuran Forum GST.

GST adalah satu sistem percukaian yang baru diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Sudah pasti segala aspek ekonomi, undang-undang dan kesan sosial mempunyai kaitan rapat dengan pelaksanaan GST. Maka, forum adalah medan terbaik bagi membicarakan aspek-aspek ini. Forum yang merupakan medan ilmiah terbaik telah bertukar menjadi medan kesalahan.

Agak memalukan apabila UIAM gagal mempraktikkan sifat islamnya dan antarabangsanya. Sesungguhya Islam mengarahkan sesuatu perkara dihukum dengan adil. Adilkah menghukum mahasiswa sebegitu rupa hanya kerana menganjurkan forum? Bukankah kebebasan asasi untuk berhimpun dan bersuara dibenarkan oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang diiktiraf dalam Geneva Convention yang diterima sejagat?

GAM Harapan Baru melahirkan rasa kecewa dengan hukuman draconian ini kerana ia memperlekehkan mahasiswa yang merupakan golongan intelektual yang merupakan harapan negara bagi membawa negara tercinta ini ke tahap yang lebih maju dan berintegriti.  Sebagai mahasiswa, mereka juga tidak terkecuali daripada pelaksanaan GST. Hukuman penggantungan pengajian 2 semester akan menyebabkan tempoh pengajian mereka berpanjangan dalam keadaan mereka pula perlu membayar balik pinjaman PTPTN.

ANDA KENAL Rosmah Mansor.. ???

Tahu ke tak jawatan Rosmah Mansor..??
Siapa sebenarnya Rosmah Mansor..??

Jika ANDA mahu negara kita 'SELAMAT', anda kekalkanlah Rosmah Mansor di Sri Perdana, Putrajaya sampai ke kiamat..

Mudah2an khazanah & harta negara dapat disapu licin supaya rakyat dpt menikmati rahmat BR1M & GST buat selama2nya...

Terima kasih kpd tangan2 BODOH yg undi BN..


Dgn undi ANDALAH mereka ini boleh kekal lama dlm kabinet dapur Najib..

Admin dah tak tau nak ulas & ckp pe'el & kepala hotak menteri keris telanjang karat...

MYR 4.06 kedudukan terkini matawang Malaysia. Bersamaaan RM1 = 0.24 sen USD.

Apa dah jadi Najib Razak. Sblom ini kamu kata 'KENAIKAN' Penarafan Fitch Ratings terbaru memberi prospek stabil kepada Malaysia & bukti dasar kewangan k'jaan baik berbanding negatif sebelum ini..

MEMBOHONG JER LA KERJANYA !!!

Surat Husam Musa Kepada kepada Exco Kelantan

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Pengasih
YB Dato Haji Hanipa Haji Ahmad,
Pengerusi Baldah Toyyibah (Prasarana) Sdn Bhd,
merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan,
Kota Darul Naim, Kota Bharu.

POHON PENJELASAN TENTANG KELULUSAN PEMBALAKAN KAWASAN DI HUTAN SIMPAN ULU SAT YANG TERLIBAT DENGAN LALUAN LEBUH RAYA RAKYAT
Saya mengutuskan surat ini untuk mendapatkan penjelasan terhadap tajuk di atas ekoran adanya penulisan oleh Facebookers secara berleluasa sejak lama yang mengaitkan saya sebagai pihak yang mendapat faedah dari tebangan balak di kawasan laluan Lebuhraya Rakyat dan kawasan R n R (Rehat dan Rawat) di Hutan Simpan Ulu sat.

Penjelasan YB Dato boleh membantu menjelaskan kedudukan yang sebenar.

A. Siapa Mendapat Faedah Dari Tebangan Hutan Berkaitan?

Adakah saya, terlibat dalam sebarang bentuk faedah dan kepentingan berkait dengan tebangan balak bagi ketiga-tiga Blok yang diluluskan kepada Baldah?

B. Bila Kelulusan Pembalakan Diperolehi?

Selanjutnya, saya pohon penjelasan bilakah Baldah mendapat kelulusan secara rasmi untuk mengusahakan hasil hutan dalam blok-blok yang terlibat? Ini penting untuk menunjukkan siapa bertanggungjawab memberikan kelulusan itu.

C. Bagaimana Syarikat Lucky Wong Terlibat Dengan Baldah?

Saya difahamkan lesen pembalakan dikeluarkan atas nama Baldah Toyyibah (Prasarana) Sdn Bhd (lesen no DT 01 (P) - 16 - 15) dan Baldah juga telah didaftarkan sebagai kontraktor bagi kawasan yang diluluskan.

Setahu saya, Baldah secara tidak rasmi bagaimana pun telah melantik Syarikat Lucky Wong (Wong Bertuah) Sdn Bhd sebagai kontraktor bagi kerja penebangan.

Saya pohon penjelasan YB Dato, jika Lucky Wong memang dilantik sebagai kontraktor, bagaimana cara pemilihan Syarikat Lucky Wong dilakukan?  Secara runding terus atau tender?

Jika tidak, apa hubungan Baldah dengan Lucky Wong?

Siapakah pemilik Syarikat Lucky Wong?

Apakah terma perlantikannya? Bagaimana pula bentuk pembayaran atau keuntungan antara Baldah dan Lucky Wong?

Berapakah jumlah tan kayu yang ditebang setakat ini? Berapakah nilai jualannya? Berapakah dari jumlah itu menjadi hasil bersih Baldah setakat ini?

Skandal 1MDB: Polis Malaysia ‘tidak tergesa-gesa’ rekod kenyataan Justo

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya belum memutuskan lagi sama ada mahu merekodkan kenyataannya atau tidak. Beliau berkata, keputusan itu akan dibuat selepas polis Thailand menjalankan tugas mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Ogos, 2015. 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya belum memutuskan lagi sama ada mahu merekodkan kenyataannya atau tidak. Beliau berkata, keputusan itu akan dibuat selepas polis Thailand menjalankan tugas mereka.
 
Polis Malaysia tidak akan tergesa-gesa merekodkan kenyataan daripada bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, berkenaan dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibocorkan, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar. "Kita belum putuskan lagi sama ada mahu merekodkan kenyataannya atau tidak, biar polis Thailand jalankan tugas mereka, kemudian baru kita putuskan sama ada mahu merekodkan kenyataan beliau.
"Tak perlu terburu-buru," kata ketua polis negara itu kepada pemberita selepas menutup Peringatan Hari Polis ke-208 di Subang Jaya hari ini.

Katanya, tidak ada keperluan bagi polis Malaysia pergi ke Bangkok menghadiri pendengaran kes Justo yang dijadualkan pada 17 Ogos kerana pegawai sedia ada di sana sudah mencukupi. Polis Malaysia setakat ini tidak diberi kebenaran bertemu Justo walaupun menyatakan hasrat untuk menemu bual beliau.

BERSIH serah notis pemberitahuan


Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah hari ini menyerahkan notis pemberitahuan perhimpunan aman yang dijadual dianjurkan NGO itu akhir bulan ini.
 
Maria hadir di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada jam 5.15 petang tadi bersama peguamnya untuk mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah.

Maria bagaimanapun mendakwa polis enggan menerimanya sehinggalan beberapa dokumen berkaitan dilengkapkan.
 
“Saya telah menghantar surat notis kepada polis hari ini tetapi Tuan Zainol tidak mahu menerimanya, sehingga saya melengkapkan permohonan itu dengan mengisi beberapa borang dan dokumen `review’ untuk mendapat kebenaran,” katanya kepada pemberita selepas sejam bertemu dengan pegawai polis berkenaan.
 
Borang Notis Pemberitahuan diperlukan diisi di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
 
BERSIH sebelum ini ‎menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam isu keselamatan di Pesta Demokrasi BERSIH 4 yang dijadual pada 29 sehingga 30 Ogos ini.
 

Najib tidak terguling kerana Bersih 4.0

Oleh Dato'Mahfuz Hj Omar
"Demonstrasi Aman Adalah Demokrasi Perlembagaan"

1.Tidak wajar untuk mana-mana pihak merasai bimbang dengan demonstrasi Bersih 4.0. Sudah 3 kali demonstrasi Bersih diadakan sebelum ini disamping demonstrasi  yang lain.Tiada pun dalam agenda penganjur untuk menimbulkan huru hara.Apa yang berlaku ialah keengganan pihak berkuasa khususnya Polis memberikan kebenaran dan kerjasama pada penganjur dan peserta.

2.Saya masih ingat bagaimana perkataan Bersih diharamkan dan baju kuning juga diharamkan. Ini merupakan provokasi awal pihak berkuasa menyekat kebebasan berhimpun.Ada perhimpunan yang dibuat di dalam Stadium Merdeka yang berjalan dengan lancar. Ada yang dibuat dihadapan bangunan Sultan Abdul Samad berlangsung dengan aman.Tidak dinafikan ada yang berlaku kekecohan akibat provokasi dan tindakan pihak berkuasa bertindak memukul dan menembak gas pemedih mata serta memancutkan air kimia melemahkan peserta.Sudah tentu bila berlaku tindakan keterlaluan seperti itu maka berlaku kekecohan tetapi bukan huru hara yang dirancang.

3.Demonstrasi di lebuhraya kesas bukan kerana peserta nak adakan demonstrasi di lebuhraya, tetapi tindakan bodoh pihak polis yang tidak membenarkan peserta keluar dari tol untuk menuju kejalan kebun tempat sebenar perhimpunan.Saya masih ingat kerana ketika itu saya bersama dengan Allayarham Dato'Ust Fadzil Noor, bekas Presiden Pas turut menyertai perhimpunan yang sepatutnya diadakan dijalan kebun terpaksa bertempiaran lari kerana dikejar polis dengan gas pemedih mata dan air kimia.

4.Demonstrasi kriket Israel menyaksikan hampir seratus orang yang ditahan termasuk saya dan Salahudin serta Haji Amjal yang didapati bersalah dan merengkok dalam penjara selama sebulan kerana kami enggan membayar hukuman denda yang dijatukan keatas kami. Kami berpegang  bahawa himpunan kami adalah himpunan aman dan hanya inginkan Kerajaan Malaysia mengusir penyertaan pasukan kriket dari negara Haram Israel.Tiada tujuan untuk huru harakan negara.

5.Berlaku penangkapan yang brutal terhadap pimpinan politik dan Ngo.Datuk Seri Anwar Ibrahim,Dato'Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang,Hj Mohammad Sabu,Salahudin Ayob dan saya sendiri serta ramai lagi dalam himpunan bersih 3.0.Ada yang mati kerana sesak nafas akibat terhidu gas.Saya dan Salahudin Ayob menyaman kerajaan Malaysia dan PDRM kerana melakukan tangkapan yang salah dan akhirnya kami menang.

Punca Sebenar Perpecahan Dalaman PAS (Bahagian II)

Oleh Khalid Samad

Dalam Punca Sebenar Perpecahan Dalaman PAS (Bahagian I) saya telah menceritakan latar belakang bermulanya perpecahan dalam PAS dan sebab-sebab mengapa ianya berlaku. Seterusnya saya telah mendedahkan keinginan pimpinan utama untuk mengubah hala-tuju PAS atas sebab ketidak selesaannya berada di dalam PR.

Akhirnya saya telah menyatakan bahawa untuk keinginan itu terlaksana, maka dua perkara perlu dilakukan. Pertama, saff pimpinan yang terlalu pro-PR perlu diganti dan kedua, sokongan ahli terhadap PR perlu dilunturkan.

Kaedah bagaimana saff pimpinan dijatuhkan telah saya dedahkan secara terperinci dalam Bahagian I. Dalam Bahagian II ini, saya ingin menjelaskan bagaimana sokongan ahli terhadap PR dilunturkan.

STRATEGI KEDUA: DIGODAKNYA HUBUNGAN PAS DAN PR

Sambil usaha dijalankan untuk menyisihkan saff pimpinan yang terlalu pro-PR, strategi untuk meyakinkan ahli bahawa PAS perlu keluar dari PR turut dilaksanakan. Ini diusahakan dengan mencetuskan perbalahan secara berterusan dengan PKR pada mulanya dan DAP kemudiannya.

FASA 1: PERTEMBUNGAN DENGAN PKR

Pada pilihan raya 2013 dengan tidak semena-menanya telah berlaku ‘drama’ Kota Damansara, tuduhan ‘pil kuda’ dan pertindihan di enam (6) kerusi. Suasana bersepakat yang selama ini tenang dan baik tiba-tiba bergolak seolah-olah tanpa sebab.

Kerusi Kota Damansara telah dipersetujui diperingkat Negeri dan Pusat sebagai kerusi milik PKR. Dr. Nasir yang menjadi ADUN sejak 2008 atas tiket PKR telah berkhidmat tanpa menerima sebarang aduan dari PAS Negeri Selangor, samada dari PAS Kawasan Subang ataupun Majlis Tindakan DUN PAS Kota Damansara. Tetapi secara tiba-tiba beliau dituduh “mempertuhankan Lenin dan Marx” dan oleh itu ahli PAS Subang menolaknya dan meletak calon PAS. Tindakan mereka yang disokong DS Presiden hanya memenangkan calon BN! Namun tiada kekesalan walaupun sedikit ditunjukkan mereka yang terlibat dengan menangnya calon UMNO sehingga ke hari ini.

Begitu juga dengan tuduhan adanya calon PKR yang jual pil kuda! Mengapakah tuduhan ini perlu dilakukan secara terbuka sebegitu rupa sambil pilihan raya sedang berjalan? Tidakkah lebih wajar ianya dijelaskan secara tertutup kepada PKR dengan dibawanya 2 orang saksi atau bukti lain? Tidakkah itu lebih selari dengan kehendak keadilan Islam tanpa dipalit mana-mana individu dengan tuduhan yang sembrono sebegitu rupa?

Berdasarkan tindakan sebegini, tidak salah sekiranya ada yang merumuskan bahawa ianya tindakan yang sengaja dilakukan untuk memulakan ketegangan antara PAS dan PKR!

Selepas sahaja PRU 2013, walaupun pencapaiannya membanggakan dengan PR memperolehi undi popular melebihi 50%, Dewan Ulama PAS Pusat telah mengadakan Multaqa Ulama pertama di mana diusulkan supaya tahaaluf siyaasi dikaji semula. Dalam usul itu, dicadangkan hubungan PAS dengan PKR dikaji kembali.

i) PR Merugikan PAS?

Keadaan di mana PAS kekurangan kerusi Parlimen dari 23 pada 2008 ke 21 pada 2013 digunakan sebagai hujjah betapa PR merugikan PAS. Sedangkan pengurangan tersebut berlaku hasil perbalahan dalaman PAS Kedah yang tidak ditangani dengan baik sehingga PAS bukan sekadar kehilangan 5 kerusi Parlimen di Kedah tetapi telah kehilangan kerajaan Negeri di Kedah!

Kehilangan kerajaan Negeri dan kerusi Parlimen di Kedah sebenarnya tiada kena-mengena dengan keberadaan PAS bersama PR. Ianya hasil perbalahan dalaman PAS sendiri tetapi seperti biasa, lebih mudah menuding jari pada pihak lain dari mengakui kelemahan sendiri. Pada masa sama, ianya digunakan sebagai alasan untuk memudahkan pencapaian agenda pimpinan utama iaitu menyalahkan PR.

Usul Multaqa Ulama pertama pada 2013 ini kemudiannya berjaya diketepikan dengan menyatakan istilah ‘kaji semula’ bermaksud ‘kaji semula untuk diperbaiki’. Ianya dapat diketepikan pada ketika itu kerana masih ramai AJK PAS Pusat yang pro-PR.

ii) Pertembungan Dengan PKR Ditingkatkan

Krisis MB Selangor pada 2014 merumitkan lagi suasana apabila DS Presiden berkeras ingin pertahankan TSKI sambil ramai dari pimpinan Pusat dan PAS Selangor sendiri menganggap sebaliknya. TSKI dianggap mempunyai kelemahan dalam pengurusannya dan isu cara penyelesaian hutangnya sebanyak RM56 Juta dengan BIMB turut dipersoalkan.

siri 1 :Punca sebenar perpecahan PAS

Oleh KHALID SAMAD
Perkembangan mutakhir ini, dengan kemunculan gerakan Harapan Baru (HB) telah menyebabkan ramai ahli PAS berada dalam keadaan kebingungan. Mereka tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku? Mengapa PAS yang selama ini kelihatan kukuh bersatu dan sedang berada dalam kedudukan yang antara paling berjaya sepanjang sejarahnya, tiba-tiba bagaikan berpecah dua?
Bagi sebahagian ahli, soalan yang timbul dijawab secara mudah dan dengan kaedah menghukum seperti, “tiadanya keikhlasan”, “proses pembersihan”, “sifat munafik”, “kecewa” dan sebagainya.


Namun dijawab pula sebahagian yang lain bahawa, “mereka yang terlibat adalah orang-orang lama, lebih 30 tahun bersama PAS dan telah berkali-kali diuji dan terbukti keikhlasan mereka. Sekiranya sebab-sebab seperti itu adalah puncanya, sudah pasti sudah lama mereka meninggalkan perjuangan ini”. Oleh itu ramai dari kalangan ahli biasa menolak penjelasan yang mudah seperti itu. “Semestinya wujud sebab yang lain”, kata sebahagian mereka lagi.

Maka di atas sebab lain inilah yang cuba saya rungkaikan di sini. Dalam membuat analisa ini, saya terpaksa menjelaskan bukan sahaja yang tersurat tetapi juga yang tersirat. Mungkin bacaan saya tepat, tetapi mungkin juga sebaliknya, namun dalam usaha memahami keadaan yang telah berlaku, penjelasan yang saya kemukakan ini adalah, bagi saya, yang paling munasabah dan rational.

BERMULANYA MASALAH

Masalahnya pada hemat saya bermula selepas sahaja kemenangan tercapai dalam PRU 2008. Boleh dikatakan ianya merupakan ‘ujian kemenangan’ buat PAS. Pada ketika itu, PAS dan PKR berada dalam Barisan Alternatif (BA). Untuk menghadapi PRU 2008, telah diwujudkan persefahaman politik antara BA dan DAP demi mengelak berlakunya pertandingan tiga penjuru apabila berdepan dengan UMNO/BN.

Tanpa dijangka, BA dan DAP telah mencapai keputusan yang begitu baik sehingga memungkinkan pembentukan kerajaan di lima Negeri dan menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen. Oleh kerana ianya tidak dijangka, maka PAS agak bercelaru menanganinya!

Sehari selepas keputusan diumumkan, terdapat pimpinan PAS yang telah mengatur pertemuan dengan pimpinan UMNO. Yang sah dan nyata, cadangan membentuk kerajaan bersama UMNO/BN telah dipertimbangkan untuk Selangor dan Perak. Saya tidak dengar cadangan sama dipertimbangkan untuk Kedah. Mungkin untuk Kedah ianya tidak dianggap perlu atas sebab PAS adalah majoriti. Ianya juga tidak releven untuk Kelantan.

Di Pulau Pinang pula, jumlah kerusi DAP dan PKR mencukupi untuk pembentukan kerajaan. Maka tiada apa yang boleh dilakukan PAS kecuali untuk bersama.

‘KETIDAK SELESAAN’ PIMPINAN UTAMA PAS

Zeti: Saya mungkin ditangkap jika cakap tentang seseorang


Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini tidak mahu menyentuh tentang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dengan berkata beliau mungkin ditangkap jika bercakap tentang individu tertentu.
 
"Saya perlu berhati-hati apa yang saya cakap - bahawa ia perlu dalam batasan undang-undang.
 
"Jika tidak, sebaik sahaja saya melangkah keluar dari pintu ini, saya akan berdepan ditangkap kerana bercakap tentang seseorang individu sekarang.
 
"Dan saya yakin anda tidak mahu perkara ini berlaku," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat bank pusat itu di Kuala Lumpur hari ini.
 
Respons Zeti itu disambut dengan ketawa wartawan dan pegawai Bank Negara yang hadir.
 
Satu klip video mengenai respons beliau itu juga dimuat naik di Pocketimes.
 
Zeti ditanya sama ada Bank Negara mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai deposit yang besar itu ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.
 
Hari ini merupakan penampilan pertama beliau sejak beberapa minggu ubu selepas menjadi sasaran serangan berhubung peranan Bank Negara Malaysia dalam menyiasat 1MDB, di mana pihak-pihak tertentu menuduh bank pusat itu membocorkan maklumat.
 

Ringgit Jatuh: Harga ubat mungkin akan naik - Menteri Kesihatan

Harga ubat mungkin akan naik - Menteri KesihatanKUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam tidak menolak kemungkinan berlaku kenaikan harga ubat kesan daripada kejatuhan ringgit.

Menurutnya, kenaikan akan disaksikan dalam sektor swasta memandangkan kebanyakan ubat ubatan diimport dari luar Negara.

Subramaniam bagaimanapun memberi jaminan bahawa hospital dan klinik kerajaan akan terus memberikan ubatan secara percuma.

"Kemungkinan harga ubat akan naik kerana ada yang kita import dari luar malah ubatan yang dihasilkan di Malaysia turut menggunakan bahan mentah dari luar negara. Namun keadaan itu hanya sementara waktu sahaja, (apabila) nilai ringgit pulih, harga akan jadi seperti biasa.

"Kerajaan akan terus memberikan ubat secara percuma, tetapi bagi hospital dan klinik swasta harga akan berubah,” kata Subramaniam yang ditemui selepas merasmikan penutupan Konvensyen Kebangsaan Kelab Doktor Muda kali ke-enam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam pada Khamis.

Pada masa yang sama, Subramaniam menasihatkan pihak berkenaan agar tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga ubat secara sewenang-wenangnya.

“Saya berharap semua pihak dapat bekerjasama dan tidak terlampau membebankan pesakit dalam keadaan begini,” tegasnya.

PM miliki hak jalankan persidangan Dewan Rakyat tergempar

oleh Alyaa Alhadjri
Shad Saleem FaruqiShad Saleem Faruqi
PETALING JAYA: Walaupun banyak tekanan telah diberikan terhadap Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia untuk mengadakan persidangan Parlimen tergempar untuk melantik ahli baru Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), pakar perlembagaan Prof Dr Shad Saleem Faruqi berkata yang undang-undang menyatakan bahawa beliau hanya mempunyai kuasa untuk mengawal selia prosiding apabila persidangan sudah berjalan.
Shad Saleem menamakan Perkara 55 (1) dan 55 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah dari semasa ke semasa memanggil Parlimen dan tidak boleh membenarkan tempoh enam bulan berlalu antara persidangan terakhir dalam satu sesi dan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertama pada sesi yang akan datang; serta mempunyai kuasa untuk menamatkan atau membubarkan Parlimen.
"Kuasa-kuasa ini akan dilaksanakan atas nasihat Perdana Menteri," katanya kepada Semut Harian, dalam mengulas keputusan Kabinet bahawa Parlimen akan bersidang semula pada 19 Oktober, seperti yang dijadualkan asalnya.
Azalina OthmanAzalina Othman
Pada 12 Ogos, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan masa yang diperlukan untuk menggantikan beberapa anggota Jawatankuasa Pemilihan – di bawah Peraturan Mesyuarat 76 (2) – yang bertanggungjawab melantik ahli baru PAC. 
Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat terdiri daripada tujuh orang ahli, yang mana tiga darinya – Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin, bekas presiden MIC G Palanivel dan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim – akan perlu digantikan oleh calon-calon baru yang akan dinamakan oleh parti-parti  mereka masing-masing.
Azalina berkata ada juga kemungkinan bahawa parti Islam PAS akan meminta perwakilan dalam jawatankuasa itu, berikutan perpecahan Pakatan Rakyat.
"Pelantikan Pengerusi dan ahli-ahli PAC yang baru akan dilakukan serta-merta selepas perubahan kepada Jawatankuasa Pemilihan telah dimuktamadkan. PAC kemudian boleh menyambung semua tugas-tugas yang telah diamanahkan, termasuk menyiasat dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad.

Nasihat bernas 'The Gambler', buat pemimpin Malaysia

oleh Hazlan Zakaria
Kita semua, sama ada orang biasa, tokoh korporat, ahli politik, malahan PM, seharusnya "know when to hold 'em, know when to fold 'em, know when to walk away, and know when to run" (tahu bila nak simpan, tahu bila nak mengalah, tahu bila nak balik, dan tahu bila nak lari).
Itulah bait-bait yang ditulis dalam salah satu daripada lagu-lagu Barat kegemaran saya sepanjang masa, The Gambler oleh Kenny Rogers. Satu lagu yang banyak memberikan nasihat bagi orang-orang biasa. Tapi itu bukanlah bermaksud yang berjudi itu baik.
Ia mengajar bukan sahaja bagaimana untuk bermain poker taruhan tinggi, tetapi juga bagaimana untuk mengemudi liku-liku keputusan yang lebih berisiko dalam permainan roda-roda kehidupan ini.
Berjudi, sama seperti hidup pada masa-masa tertentu memerlukan anda "sembunyi semua perasaan" dan menyimpan kad anda secara rahsia, tetapi pada masa-masa juga memerlukan pilihan yang betul, apabila keadaan memerlukannya.
Tetapi mungkin ia perlu menasihati sesetengah orang dalam kepimpinan politik Malaysia. Ini kerana kaki-kaki judi berpengalaman mempunyai kebijaksanaan yang mendalam untuk dikongsikan.
"Son, I've made a life, out of readin' people's faces. Knowin' what the cards were, By the way they held their eyes," (Aku cari makan dengan menilik wajah orang. Menilik kadnya, dari pandangan mata mereka) ia bermula sebelum memberikan nasihat.
Satu nasihat yang mungkin yang amat berguna, terutama bagi seseorang yang baru "ketiadaan daun sat" dan sangat-sangat bergantung kepada sesuatu yang dipinjam, seperti sesetengah orang dalam kepimpinan politik kita.
Penjudi ini juga menambah, "if you're gonna play the game, boy. You gotta learn to play it right" (jika kau nak main. Belajarlah main betul-betul).
Dan ini disusuli dengan ayat terkenal, "you've got to know when to hold 'em. Know when to fold 'em. Know when to walk away. And know when to run".
Sesuatu yang sepatutnya difahami beberapa orang dalam kepimpinan politik kita yang telah menunjukkan kebolehan yang mengagumkan untuk berkeras berpaut kepada kerusi kuasa, di sebalik keadaan semasa.
Tetapi mungkin tindakan berpegang, sama ada kepada kad anda, taruhan yang anda buat dan semua yang lain adalah bersyarat dengan nasihat di atas.
Kita perlu tahu bila untuk menyimpan, atau bila untuk mengaku kalah dan meninggalkan permainan, bila perlu balik dan meminimakan kerugian, dan bila perlu lari selaju mungkin bak dikejar anjing.
Walaupun pelajaran ini disampaikan secara mudah, pengajaran mengenai nasihat yang mana satu untuk diikuti, adalah sesuatu yang mungkin tidak boleh diajar dengan mudah. Dan walaupun pengajaran itu disampaikan dan kebijaksanaan itu diturunkan, mungkin ada yang keras kepala dan mengabaikannya.

1MDB: Bank Negara mahu AG bertindak

KUALA LUMPUR 13 OGOS- Bank Negara mencadangkan tindakan penguatkuasaan berhubung siasatan terhadap syarikat pelaburan negara kontroversi 1MDB, kata gabenor bank pusat itu Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Katanya, cadangan itu dinyatakan dalam kertas siasatan yang diserahkan kepada peguam negara minggu ini.
“Bank ini telah menyerahkan kertas siasatan kepada peguam negara dengan cadangan untuk tindakan penguatkuasaan yang sesuai,” katanya.
Ini penampilan sulung Zeti dalam beberapa minggu setelah beliau dan agensi-agensi penguatkuasaan lain menjadi perhatian susulan siasatan mereka, lapor Malaysiakini.
Siasatan itu juga ditunggu-tunggu kerana ia melibatkan kemasukan RM2.6 bilion wang derma ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bukan skop Bank Negara siasat akaun Najib

Zeti menjelaskan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada, ia tidak diberi kuasa untuk menyiasat akaun individu atau perniagaan.
zeti_bnm_1mdb_600_1
PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahan ia tidak melakukan dapat siasatan terhadap penyaluran dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menjelaskan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada, ia tidak diberi kuasa untuk menyiasat akaun individu atau perniagaan.
“Ini bukan skop BNM. Bank Pusat hanya membantu badan penguatkuasa lain yang menyiasat berdasarkan peruntukan undang-undang,” katanya.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan siasatan ke atas dana berkenaan boleh dibuat dari sudut ‘pematuhan institusi kewangan’
“Kami sedang menyiasat tentang pematuhan institusi kewangan berhubung isu ini…itu sahaja yang boleh saya nyatakan,” kata Zeti tanpa menyebut nama institusi kewangan yang dimaksudkannya.
Dalam sidang media selepas mengumumkan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku Kedua, beliau turut memaklumkan Bank Negara telah selesai menjalankan siasatan terhadap transaksi yang dibuat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan laporan mengenainya telah dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan sewajarnya.
Jelaz Zeti, kertas siasatan itu, yang bermula pada Jun lepas, diserahkan kepada Peguam Negara awal minggu ini.
“Bank Negara berkongsi semua maklumat yang diperoleh berhubung mana-mana
akaun dengan pihak berkuasa berkaitan kerana kami bukan pihak berkuasa
penguatkuasaan bagi salah laku.
“Maklumat yang ada pada BNM berkaitan 1MDB diberikan oleh bank-bank tempatan
dan rakan sejawatan kami dari seluruh dunia,” katanya yang dipetik daripada Bernama.

Kejatuhan ringgit sahaja tidak cukup untuk tarik pelabur - Mukhriz

Menurut Mukhriz kestabilan politik turut menjadi faktor untuk menarik pelabur ke negara ini
mukriz,rm
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu berusaha keras untuk menyakinkan pelabur mengenai tindakan yang dilakukan bagi mewujudkan kestabilan politik di negara ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata , meskipun kejatuhan matawang ringgit dilihat memberi kesan positif kepada mereka melabur di Malaysia tetapi kestabilan politik juga menjadi faktor.
“Namun begitu, persepsi mengenai kestabilan politik negara perlu ditangani dengan baik dan kerajaan haruslah berusaha lebih keras untuk meyakinkan mereka (pelabur) bahawa ia adalah sebaliknya,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Hotel Pullman, pada Khamis.
Mengulas mengenai projek Lapangan Terbang Antarabangsa di Kulim, Mukhriz berkata beliau kini sedang menunggu kajian daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU).
“Ketika ini EPU masih menjalankan kajian mengenainya dan kerajaan negeri masih menunggu perkembangan terbaru mengenainya.
“Pada ketika ini, projek berkenaan juga telah menarik minat banyak pelabur luar seperti dari China dan beberapa negara lain,” ujarnya.

SPRM nafi berita pegawainya buat laporan terhadap KSN

SPRM nafi berita pegawainya buat laporan terhadap KSNKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan MalaysiaKini bahawa pegawai-pegawai SPRM ada membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009.

Mengulas laporan portal berkenaan hari ini  di bawah tajuk "MACC files reports against chief sec, PSD head on transfers," Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali menyifatkan laporan itu sebagai tidak berasas.

"Selain tidak berasas sama sekali, SPRM berpandangan laporan seumpama ini bermotif melaga-lagakan hubungan baik antara agensi-agensi awam dan kepimpinan perkhidmatan awam Malaysia." kata Mustafar dalam satu kenyataan hari ini.

SPRM juga katanya, berharap pihak media harus bertanggungjawab dan tidak menyiarkan laporan-laporan yang memetik sumber yang tidak sah.

MalaysiaKini dipetik sebagai berkata, beberapa pegawai SPRM didakwa telah membuat laporan terhadap Ali Hamsa dan Mohamad Zabidi berhubung perpindahan Pengarah Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob, sambil memetik sumber yang dirahsiakan.

2 pemimpin pelajar UIA digantung 2 semester kerana bawa Rafizi ke kampus


Dua pemimpin pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dijatuhkan hukuman gantung pengajian selama dua semester beserta amaran keras selepas didapati bersalah membawa wakil rakyat PKR Rafizi Ramli ke kampus itu.
Dua pelajar tersebut, Yang di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUIA) Hanif Mahpa dan Pengerusi Sekretariat Akademik dan Intelektual MPPUIA, Afiqah Zulkifli didapati bersalah oleh UIA hari ini.
Pada 11 Mei lalu, Rafizi yang juga setiausaha agung PKR, dijemput memberikan penerangan tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di kampus UIA oleh MPPUIA.

Program yang mulanya mendapat kebenaran dari pihak pentadbiran diarahkan batal pada saat akhir namun ia diteruskan juga. Ekoran itu, ketika Rafizi sedang berucap, sekumpulan pegawai UIA datang ke program yang ketika itu diadakan di satu tempat terbuka di kampus itu, selepas dewan tidak dibenarkan untuk digunakan.
Seorang pengawal keselamatan merampas pembesar suara yang sedang digunakan ahli Parlimen Pandan itu dan mengarahkan semua pelajar yang sedang mendengar penjelasan itu bersurai.
Ekoran itu, video yang menayangkan kejadian tersebut menjadi viral di media sosial.
Sementara itu, Gabungan Pelajar Islam Malaysia (Gamis) mengecam keputusan jawatankuasa tatatertib UIA yang menjatuhkan hukuman ke atas kedua-dua pemimpin pelajar itu.
"Dalam keadaan negara yang membimbangkan pada hari ini, pentadbiran UIA menambahnya lagi dengan menghuru-harakan keadaan apabila mengambil keputusan menggantung mereka atas alasan menganjurkan program GST tanpa kebenaran pihak universiti," kata presiden Gamis, Mohd Imran Md Ishak.

Rizab Antarabangsa Bank Negara M'sia SUSUT RM14,700,000,000 (RM14.7 BILION) dlm masa 2 minggu aja..

JANGAN RISAU.. Rizab BNM makin susut TAPI 'rizab' DERMA NAJIB MAKIN BERTAMBAH RM2.6 BILION !!!

NAMPAK TAK !!!

Bila la negara nak jahanam... Selagi negara tak jahanam rakyat tak akan sedar2..

BAKI AKAUN SEMASA KERAJAAN MALAYSIA DAH TINGGAL HANYA RM7.5 BILION SAHAJA ....

MASIHKAH ANDA INGAT Idris Jala yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah kata.. "Malaysia akan berhadapan dengan risiko untuk muflis menjelang tahun 2019".

ADAKAH disbbkan faktor penyusutan akaun semasa negara beberapa tahun kebelakangan ini salah satu cara nak penuhkan balik kantong negara balik dgn kadar cepat & efisien adalah dgn KUTIP GST DARIPADA RAKYAT ???

ANDA pon boleh tahu jawapannya...

PAC DIGANTUNG: NAMPAK TAK !!!!

Sebelum siasatan PAC digantung, pelbagai alasan utk tidak hadir dalam pendengaran siasatan 1MDB bersama PAC..

TETAPI bila siasatan PAC digantung, boleh plok tonjolkan diri dalam soal jawab di TV3suku smlm...

Berani kerana benar, TAKUT KERANA SALAH...

PELIK, yg kena saman Najib KENAPA si Ku Nan ni plok sebok yg bersuara.. Ku Nan ni lawyer Najib ka !!!

Nampak sgt ada 'something wrong' pada dana RM2.6 bilion Najib.. ROSMAH RELAX SAJA... pencacai Menteri yang meroyan..

Saya tidak menerima sebarang tekanan untuk berundur - Johan Jaaffar

Saya tidak menerima sebarang tekanan untuk berundur - Johan JaaffarKUALA LUMPUR: Tan Sri Johan Jaaffar melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Media Prima Berhad (MPB) berkuat kuasa 31 Ogos ini.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak menerima sebarang tekanan untuk berundur," kata Johan dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Tanpa menyentuh sebab sebenar tindakan tersebut, Johan berkata sebagai pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), salah satu panel yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau lantang menyuarakan pendirian panel tersebut dalam pelbagai isu.

“Saya agak lantang menyuarakan pendirian panel itu dalam pelbagai isu, terutamanya dalam kes melibatkan SPRM dan pegawainya terutamanya isu pertukaran dua pegawai kanan SPRM ke Jabatan Perdana Menteri,” beliau berkata.

Tambahnya, beliau akan kekal sebagai pengerusi PPPR dan terus menyuarakan pandangan tanpa gentar atau pilih kasih.

Johan akan digantikan oleh timbalan pengerusinya sekarang, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MPB kepada Bursa Malaysia.

Media Prima adalah syarikat yang memiliki antara lain stesen televisyen TV3, ntv7, TV8 dan Channel 9 serta syarikat akhbar The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad yang menerbitkan Berita Harian, Harian Metro dan The New Straits Times.

Johan, 61 tahun, merupakan antara tokoh yang dihormati dalam bidang kewartawanan. Beliau pernah menerajui majalah Dewan Masyarakat pada era kegemilangannya pada tahun 1980-an, sebelum kemudian menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan antara November 12 hingga Julai 1998.

Beliau sebelum ini meletakkan jawatan daripada Utusan ketika kemuncak krisis politik antara Tun Dr. Mahathir Mohamad yang jadi Perdana Menteri pada ketika itu dengan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tengah-tengah krisis kewangan Asia Tenggara.

Tun M disuruh 'tutup mulut', henti serang Najib kata Syed Hussien


Syed Hussien Al-Attas


BENTONG - Penulis politik veteran, Syed Hussien Al-Attas hari ini meminta Tun Dr Mahathir Mohamad supaya 'tutup mulut' dan berhenti melakukan serangan peribadi terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa, bekas perdana menteri itu sendiri gagal melakukan sebarang perubahan kepada nasib orang Melayu walaupun beliau telah diberikan peluang mentadbir negara selama 22 tahun.

"Bagi tahu dia supaya tutup mulut, dia sudah puas bercakap, 22 tahun bagi dia jadi Perdana Menteri, (tapi) apa pun tak boleh buat.

"Dia tak boleh mengubah Melayu, dia gagal, dia adalah kegagalan terbesar dalam politik Malaysia, dia sepatutnya kecewa," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku terbaharunya bertajuk Dosa-dosa Che Det di Wadi Hussien, Janda Baik, di sini, hari ini.

Beliau mengulas serangan bertali-arus Dr Mahathir terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak susulan penyaluran dana RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri itu dan skandal kewangan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam pada itu, Syed Hussien juga menegaskan Najib perlu diberikan peluang untuk mentadbir negara khususnya ketika negara berdepan saat sukar termasuk krisis mata wang ringgit.

"Dia (Dr Mahathir) gagal mengubah nasib orang Melayu, dia diberi kesempatan 22 tahun, Najib belum sampai 10 tahun, jadi gunakanlah pertimbangan.

LFL persoal motif 1.5 juta pekerja Bangladesh

KUALA LUMPUR 13 OGOS- Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa berunding dengan semua pihak termasuk Kementerian Sumber Manusia, Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia sebelum membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh.
NGO Lawyers For Liberty berkata, langkah itu penting terutama apabila sudah terdapat tenaga kerja sedia iaitu kira-kira 100,000 pelarian dan dua juta pekerja asing yang tidak memiliki dokumen yang sah.
“Seperti kebanyakan pelarian dan pekerja asing yang bekerja tanpa kebenaran yang sah, mereka amat terdedah kepada eksploitasi dan penganiayaan, sering dibayar dengan gaji yang lebih murah, ditipu dan diperas oleh majikan dan juga anggota penguatkuasa undang-undang yang tidak bertanggungjawab.
“Langkah untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja asing sudah pasti wajar diragui tentang motif dan siapa sebenarnya yang akan memperolehi manfaat tersebut,” kata Pengarah Eksekutif LFL, Eric Paulsen.
Katanya, pendedahan bahawa Real Time Networking Sdn Bhd yang akan menyediakan sistem untuk menguruskan pekerja berkenaan menunjukkan berlaku konflik kepentingan dan amalan nepotisme.
Syarikat tersebut dimiliki Abdul Hakim Hamidi, iaitu adik kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ringgit jatuh, PM salahkan spekulasi politik


Setelah lama berdiam diri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya bersuara ketika nilai ringgit berada pada tahan RM4 untuk sedolar Amerika Syarikat (AS).

Najib cuba menenangkan keadaan dengan memberi jaminan untuk berusaha sedaya upaya untuk menangani masalah itu.

“Saya memberi jaminan bahawa Kerajaan akan cuba sedaya upaya untuk menangani keadaan ini dengan tujuan untuk menstabilkan keadaan ekonomi negara,” katanya.

Beliau juga mengingatkan laporan terkini Bank Negara Malaysia bahawa pertumbuhan ekonomi tetap berada pada landasan stabil dengan kadar pertumbuhan 4.9 peratus pada suku kedua 2015.

Najib mengenal pasti beberapa masalah berkaitan kejatuhan nilai ringgit, termasuk menyalahkan “spekulasi politik keterlaluan”.

Pelajar ke IPT menurun, PKR lancar bantuan HEAP

Bersih: Meeting with police 'good in a sense'


Pegawai SPRM buat laporan, marah halang jalankan siasatan skandal 1MDB

Difahamkan yang laporan dibuat pegawai SPRM yang marah terhadap arahan pertukaran 2 pegawai kanannya iaitu Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Ogos, 2015. 
Difahamkan yang laporan dibuat pegawai SPRM yang marah terhadap arahan pertukaran 2 pegawai kanannya iaitu Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob. 

Beberapa laporan difailkan terhadap Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal kerana didakwa menghalang tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan siasatannya, sumber memberitahu The Malaysian Insider.
Difahamkan yang laporan itu dibuat pegawai-pegawai SPRM yang marah terhadap arahan pertukaran 2 pegawai kanannya iaitu Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob.
Laporan dibuat mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009 kerana menghalang penyiasatan. –

Derma RM2.6 bilion kepada PM bukan dalam bidang kuasa Bank Negara, kata Zeti

Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz enggan terlibat di dalam perdebatan sama ada BNM mengesan atau dimaklumkan mengenai pemindahan wang itu, yang didakwa dibuat seorang penderma dari Timur Tengah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 Ogos, 2015. 
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz enggan terlibat di dalam perdebatan sama ada BNM mengesan atau dimaklumkan mengenai pemindahan wang itu, yang didakwa dibuat seorang penderma dari Timur Tengah.

Menyiasat sumbangan derma RM2.6 bilion yang disalurkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM), kata Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, ketika soalan timbul sama ada bank pusat itu mengesan pemindahan wang pada jumlah yang besar itu.
Zeti enggan terlibat di dalam perdebatan sama ada BNM mengesan atau dimaklumkan mengenai pemindahan wang itu, yang didakwa dibuat seorang penderma dari Timur Tengah.
"(Derma itu) tidak berada di bawah bidang kuasa kami. Bank pusat meneliti sebarang pelanggaran undang-undang yang di bawah bidang kuasa kami. Kami juga membantu agensi lain yang menyiasat pelanggaran undang-undang mereka.

"Tetapi kami tidak boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana individu," kata Zeti hari ini ketika ditanya pemberita sama ada BNM menyiasat sumber wang itu dan sama ada pemindahan itu sendiri mencetuskan amaran merah.

Johan Jaafar letak jawatan di Media Prima


Pengerusi satu panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Johan Jaafar meletak jawatan sebagai pengerusi Media Prima.

Perkara itu diumumkan Media Prima melalui satu notis kepada Bursa Malaysia hari ini. Tiada alasan dikemukakan untuk peletakan jawatan itu, yang berkuatkuasa pada 31 Ogos.

Beliau sebelum ini sudahpun dijangka akan disingkirkan daripada jawatannya di Media Prima ekoran sokongannya yang kuat ke atas SPRM.

Johan mengeluarkan kenyataan menyokong SPRM apabila suruhanjaya itu menerima tekanan susulan siasatan ke atas SRC International dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Johan menafikan khabar angin itu apabila ditanya mengenainya, awal minggu ini.

Rafizi Ramli: On August 29, Make Sure The Whole KL Will Hear Our Demand, Najib Has To Go

Rafizi Ramli: Only Take 1 Small Push, Najib May Occupy The Cell Where Anwar Is Today

Tony Pua: Najib Should Be Investigated Under Section 124B For Accepting RM2.6 Billion Donation

Tony Pua: Donation, Is It Really A Donation?

'Majoriti rakyat mahu guling Najib, tapi cara aman'

Polis siasat Rara bagi takutan Melayu, kata DAP

Umno mahu ketepikan saman RM2.6 bilion PKR

Ku Nan elak soalan derma RM 2.6 bilion Najib

Mukhriz: Tangani persepsi kestabilan politik

Ucapan ‘kencing’ keras, MB kecewa, mahu teliti intipati

Polis tak pandang ringan ‘Anonymous Malaysia’

IGP: Rara mesti ada cakap sesuatu 'menghasut'

IGP sahkan polis siasat 7 pegawai Bank Negara ikut FSA

Pemimpin UMNO taja Anina untuk kritik Najib – Jamal Yunos

Beliau sarankan UMNO Bahagian Langkawi mendapatkan penjelasan daripada Anina dan menghantar laporan ke Ibu Pejabat UMNO.
dato-yunus
PETALING JAYA: Seorang Ketua UMNO Bahagian mendakwa ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saaduddin telah ditaja supaya mengkritik kepemimpinan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan bahasa kesat.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos mendakwa Anina ditaja oleh pemimpin UMNO sendiri untuk memburuk-burukkan Perdana Menteri secara terbuka.
“Saya percaya wanita ini (Anina) telah ada tauke, ditaja oleh pihak-pihak tertentu untuk berkata demikian.
“Dia (Anina) ditaja oleh pemimpin parti (UMNO) sendiri, malah saya tidak percaya yang wanita tersebut berani dan mempunyai idea untuk melakukan perkara tersebut selain disuruh dengan mendapat ganjaran tertantu,” katanya kepada FMT.
Mengulas lanjut, Jamal berkata, Anina tidak akan mengkritik dengan keras Presiden parti jika tidak didalangi pihak-pihak tertantu.
Ini kerana, katanya, sejak dulu lagi ahli dan pemimpin UMNO di peringkat bawahan telah dididik dengan budi bahasa serta hormat kepada pemimpin atasan.
“Ahli biasa dan jawatankuasa kepimpinan di peringkat bawahan tidak akan berani menggunakan kata-kata kesat sebab dalam UMNO mereka sudah dididik dengan budi bahasa serta hormat xmenghormati kepada pucuk pimpinan,” katanya.

Dr M bertemu Ku Li, gandingan baru anti-Najib muncul?

Dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Musuh masa lalu boleh menjadi kawan pada masa ini, serta sebaliknya.

Begitu yang dilihat berlaku dalam perkembangan politik terkini apabila Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan telah mengadakan pertemuan awal minggu ini.

Tindakan itu meningkatkan spekulasi berkaitan langkah mereka untuk bersama-sama menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang sedang berdepan krisis kepercayaan awam ekoran dakwaan skandal 1MDB.

Sumber yang rapat dengan Mahathir, perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia. mengesahkan bahawa pertemuan ituberlangsung pada Selasa tetapi tiada butiran lain diketahui setakat ini.

Pertemuan itu turut dilaporkan oleh Asia Sentinel yang mendakwa ia berkaitan pembentukan kerajaan perpaduan untuk mengetepikan Najib.

“Terdapat kemelut kepimpinan di Malaysia dan muafakat dicapai hanya seorang sahaja calon untuk tamatkannya.

“Orang itu ialah Ku Li (Razaleigh), satu-satunya jalan,” seorang rakan Razaleigh yang tidak dinamakan dipetik sebagai berkata.

Halangan terbesar, menurut analisis Asia Sentinel, dalam isu undi tidak percaya di parlimen.

Siasatan Bank Negara, SPRM atau deklarasi Najib betul?

Kini, nampaknya ada tiga siasatan berkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

1. Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap SRC International

SPRM berkata siasatan terhadap SRC International masih diteruskan. Siasatan ini dikatakan tidak berkait dengan 1MDB tapi ura-ura mengatakan ia berkait dengan pengaliran dana Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang didakwa berakhir di akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

2. Siasatan SPRM ke atas RM2.6 bilion

SPRM mengumumkan RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Najib ialah derma. Tapi pada masa yang sama, SPRM ingin mendapat keterangan daripada Najib. Peliknya sebelum mendapat keterangan, Najib berkata SPRM telah membersihkannya daripada tuduhan rasuah.

Ke mana perginya RM2.6 bilion itu? Siapa pula yang menerima ‘derma’ itu daripada Najib?

3. Siasatan Bank Negara kepada 1MDB

Melihat penampilan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini melegakan rakyat. Zeti memaklumkan pihaknya sudah menyiapkan siasatan terhadap 1MDB dan langkah-langkah susulan yang dicadangkan sudah sampai di tangan Peguam Negara.

Timbul persoalan kepada siasatan-siasatan ini:

1. Apakah ketiga-tiga siasatan ini dimulakan oleh Pasukan Petugas Siasatan Khas ke atas 1MDB yang telah dibubarkan?

2. Apakah Najib dan isterinya telah dipanggil memberikan keterangan dalam ketiga-tiga siasatan ini?

3. Apakah peranan Tan Sri Abdul Gani Patail di dalam ketiga-tiga siasatan ini sebelum beliau dipecat?

4. Apakah polis sedang membantu ketiga-tiga siasatan ini atau sedang melengahkan siasatan ini?

Banyak jasa Pas kepada saya, luah Mat Sabu

Mohamad Sabu
SHAH ALAM - "Saya nampak jasa Pas lebih banyak daripada jasa saya pada Pas, itu saya terima kasih," demikian luahan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), Mohammad Sabu ketika diajukan mengenai kenangan beliau bersama Pas.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu turut mengakui meninggalkan Pas bukan satu keputusan yang mudah dalam hidupnya.

"Bagi saya Pas tinggalkan saya satu perjuangan yang besar... tetapi saya perlukan platform baharu untuk melakukan lonjakan baharu, sebab kita banyak ketinggalan dengan cara sekarang," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian.

Sementara itu ketika ditanya adakah Pas tidak menyediakan platform seperti yang beliau kehendaki, Mat Sabu berkata, ruang itu tidak wujud.

"Saya nampak tidak boleh, saya nampak pelantikan Majlis Syura tidak ke arah untuk membuat pembaharuan," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai masa depan Harapan Baru dalam arena politik tanah air, Mat Sabu yakin Harapan Baru akan menjadi satu parti yang kuat.

"Saya yakin seyakin-yakinnya," ujarnya.

Tumbangkan Najib di tengah pemerintahan

IMG_3751IPOH, 13 OGOS: Pimpinan PKR menggesa rakyat dan semua anggota di peringkat akar umbi supaya bersatu menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di tengah-tengah pentadbirannya.
Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin, berkata walaupun tindakan itu disifatkan tidak demokratik, namun ia bukan sesuatu yang luar biasa dalam pemerintahan negara.
“Kita harus akui dalam politik Malaysia, perdana menteri itu diturunkan di tengah-tengah pemerintahan selepas pilihan raya seperti Tunku Abdul Rahman diturunkan dua tahun selepas itu.
“Tun Abdul Razak kalau tidak meninggal dunia, beliau akan diturunkan pada 1977 atau 1978, begitu juga Tun Hussien Onn, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Apa salahnya kita turunkan Najib di tengah-tengah pemerintahan beliau,” katanya pada Jelajah Amanat Presiden peringkat Perak di Hotel Kinta Riverfront, dekat sini, semalam.
Beliau berkata, strategi terbaik yang boleh digunakan adalah terus menyerang ketirisan pentadbiran Najib dan mengambil kesempatan terhadap kegoyahan Umno dan Barisan Nasional (BN).
tian chua pc pkr 01Shaharuddin berkata, reputasi parti itu kini berada di tahap paling lemah dan tidak pernah dalam sejarah seorang perdana menteri hilang populariti begitu tinggi seperti Najib.
“Sokongan perdana menteri hanya dari Umno bukan daripada rakyat, jadi kebencian orang ramai terhadap parti itu harus diambil kesempatan.
“Tidak pernah perdana menteri terima ‘derma’ RM2.6 bilion dan dikatakan ia sah dari segi undang-undang kerana 30 tahun saya menjadi menjadi pendidik, hatta RM10 masuk akaun sendiri sahaja sudah salah dari akta pemerintahan yang baik,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua,

Mesej Anina wajar diambil kira – Mukhriz Mahathir

UMNO membenarkan ahlinya menyuarakan isi hati secara terbuka tetapi elakkan mengguna kata-kata kesat yang boleh mencemari imej parti.
mukhriz_anina-saaduddin_600
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kecewa dengan sikap Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin yang menegur Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menggunakan kata-kata kesat.
Namun, katanya, mesej yang disampaikan oleh Anina itu wajar diambil perhatian oleh setiap Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
“Kita memang bersifat terbuka dan kita membenarkan perwakilan untuk meluahkan isi hati. Namun sebarang keputusan itu mestilah dari maklumat yang kita dapat dari akar umbi. Jadi, kadang-kadang cara perasaan itu diluahkan dengan kata-kata yang agak kesat yang itu saya kesal.
“Saya cuba hendak memahami intipati mesej yang disampaikan dan walaupun kita boleh menegur di atas cara beliau menyampaikan mesej, tetapi saya ingat apa yang penting adalah isi yang beliau hendak sampaikan,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Pullman Hotel, Bangsar pada Khamis.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah turut menyatakan sehingga ini, tidak ada sebarang tindakan yang diambil terhadap wanita berkenaan kerana tidak ada sebarang aduan dari UMNO Bahagian Langkawi.
“Setakat ini tidak ada apa-apa aduan dari UMNO Bahagian Langkawi, dan saya rasa biarlah kes ini dijadikan satu tanda aras supaya kita tidak melebihi had,” katanya.

Kami tahu siapa penyebar fitnah dan niatnya – Zeti Aziz

Berdasarkan siasatan, Bank Negara menemui beberapa petunjuk tujuan pihak terbabit membuat fitnah dan tuduhan palsu itu.
zeti_bnm_1mdb_600_1
KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyebar fitnah terhadap dirinya dam keluarga.
Beliau menegaskan, dakwaan pihak-pihak tertentu mengaitkan dirinya melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen sebagai tuduhan tidak berasas dan tidak benar.
“Tidak ada kebenaran tuduhan yang dilemparkan terhadap saya secara peribadi dan Bank Negara. Kami akan berusaha mengenalpasti pihak yang membuat tuduhan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar pada Khamis.
Bagaimanapun, Zeti memberitahu berdasarkan siasatan, Bank Negara menemui beberapa petunjuk yang boleh mengetahui tujuan pihak terbabit melakukan perkara demikian.
“Kita tahu siapa yang melakukan perkara tersebut dan pada masa ini kita belum mengenalpasti nama sebenar pelakunya,” ujarnya.
Baru-baru ini, sebuah blog tanpa nama telah menuduh Zeti dan beberapa individu terkemuka termasuk Timbalan Ketua Pesuruhjaya operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed serta Setiausaha Akhbarnya, Sufi Yusof telah melakukan aktiviti yang telah menjejaskan demokrasi berparlimen.
Perkara itu dipercayai ada hubungkaitnya dengan kontroversi membabitkan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut Zeti, tujuh pegawainya telah disiasat oleh polis berhubung 1MDB.
“Saya tidak tahu sama ada saya akan dipanggil untuk diambil keterangan kerana baru pulang dari Amerika Syarikat.
“Kita di Bank Negara akan sentiasa memberi kerja sama kepada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang,” ujar beliau.

Usaha jatuhkan Zeti gagal, petanda kerajaan Najib tertekan – Zam

Pengumuman Zeti akan terus kekal sebagai Gabenor Bank Negara merupakan kemenangan kepada suara rakyat dan ternyata usaha menjatuhkan beliau telah gagal.
zeti-akhtar
PETALING JAYA: Pengumuman berani Gebenor Bank Negara Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz bahawa beliau akan terus berkhidmat hingga tamat tempoh selama lima tahun yang berakhir pada tahun depan merupakan kemenangan suara rakyat.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, ia juga satu kemenangan kepada mereka yang cintakan keluhuran Perlembagan dan mahu menegakkan sebuah kerajaan yang adil, tulus, amanah, jujur dan bersih.
Katanya, usaha pihak-pihak tertentu dalam mempersoal intergriti dan nama baik Zeti dalam dunia ekonomi dan kewangan antarabangsa ternyata telah gagal.
Antara usaha yang dilakukan ialah serangan tiba-tiba oleh Presiden Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustiran India, Tan Sri KK Eswaran dalam akhbar The Star pada 7 Ogos 2015 yang mendakwa Zeti telah membantu keluarganya untuk mendapat kontrak secara tidak beretika.
“Blog Tun Mahathir dan juga beberapa blog lain telah menyebutkan tentang kemungkinan beberapa tindakan diambil terhadap Zeti yang terlibat dalam siasatan 1MDB.
“Blog ini juga menyifatkan serangan tiba-tiba Eswaran terhadap Zeti yang tidak pernah bermusuhan dengannya sebagai usaha untuk menjatuhkan integriti keluarga Diraja Pak Ungku Aziz,” tulis Zam dalam blognya.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu itu membuat kesimpulan, kegagalan serangan terhadap Zeti sebagai petanda kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah tekanan rakyat.
Ini dibuktikan apabila arahan pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibatalkan serta merta kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang.

Pindah pengarah: SPRM siasat KSN, KP JPA


Beberapa laporan telah dibuat oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan suruhanjaya itu sendiri terhadap Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Zabidi Zainal.

Satu sumber memberitahu Malaysiakini bahawa laporan dibuat berhubung pemindahan Pengarah Operasi khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob Jumaat lepas.

"Terdapat beberapa laporan yang difailkan di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009," tambah sumber itu yang tidak mahu namanya disebut.

Seksyen 48 Akta SPRM ialah berkaitan dengan kesalahan menghalang penyiasatan.

Difahamkan, laporan yang sama telah dibuat terhadap polis kerana menangkap pegawai SPRM dan merampas komputer riba mereka, serta dokumen yang berkaitan dengan siasatan SRC International Sdn Bhd, dan dakwaan pemindahan RM42 juta ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Polis menyiasat pegawai SPRM berhubung dakwaan kebocoran dokumen sulit dengan siasatan terhadap SRC.

GHB terima banyak permohonan daripada ahli PAS, kata pengerusi

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, GHB akan melakukan pembaharuan dalam kancah politik pakatan pembangkang dan mengambil alih kedudukan PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Ogos, 2015. 
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, GHB akan melakukan pembaharuan dalam kancah politik pakatan pembangkang dan mengambil alih kedudukan PAS.

Gerakan Harapan Baru (GHB) menerima banyak permohonan daripada ahli dan kepimpinan PAS dan golongan ulama parti itu yang mahu menganggotainya, dakwa Pengerusi GHB Mohamad Sabu.
Bekas timbalan presiden PAS itu berkata, GHB akan melakukan pembaharuan dalam kancah politik pakatan pembangkang dan mengambil alih kedudukan PAS.
Menurutnya, dijangka lebih ramai akan menyertai gerakan tersebut selepas urusan pendaftarannya sebagai sebuah parti politik yang sah dijangka selesai pada 31 Ogos ini.

"Selepas ini mungkin ada perubahan dari segi nama (GHB) atau struktur kepimpinannya. Perubahan itu akan berlaku dari masa ke masa," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Aidilfitri GHB Kedah di Guar Chempedak di Yan hari ini. Katanya GHB turut disokong oleh golongan agama iaitu kira-kira 500 daripada mereka akan mengambil bahagian dalam seminar Nadwah yang akan berlangsung di Shah Alam, Selangor esok. – Bernama

Tindakan keluar parti adalah proses pembersihan PAS, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan tidak risau dengan tindakan beberapa kumpulan kecil ahli parti di seluruh negara yang mengumumkan keluar parti kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk parti malah menegaskan PAS menerima lebih banyak permohonan untuk menyertai parti berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Ogos, 2015. 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan tidak risau dengan tindakan beberapa kumpulan kecil ahli parti di seluruh negara yang mengumumkan keluar parti kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk parti malah menegaskan PAS menerima lebih banyak permohonan untuk menyertai parti berkenaan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa kumpulan kecil ahli parti di seluruh negara yang mengumumkan keluar daripada PAS adalah sebagai satu proses pembersihan parti.
Beliau menegaskan tidak risau dengan perkembangan itu kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk parti malah menegaskan PAS menerima lebih banyak permohonan untuk menyertai parti berkenaan.
"Itu (tindakan keluar parti) adalah pembersihan parti yang berlaku dengan sendiri, bila berlaku banjir... bah, pasir pun berubah.

"Kita tak risau, tak risau... gembira, gembira... keahlian kita kini meningkat, dalam masa sebulan yang lalu, kita menerima 4,000 ahli baru yang didaftarkan dan masih ada 2,000 hingga 3,000 yang memohon keahlian tapi belum diproses," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu di Kuala Terengganu hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat.
Sebelum ini beberapa kumpulan ahli PAS peringkat negeri dan cawangan mengambil keputusan meninggalkan parti itu termasuklah Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam Helmi Radzuan dan 12 ahli jawatankuasanya yang meletakkan jawatan kerana mendakwa parti itu semakin "eksklusif".

Surat Husam kepada Exco Kelantan bakal berasap

Oleh Mohd Sayuti Omar
Bekas Exco kanan Kelantan Husam Musa (foto) telah menghantar surat kepada Exco Kelantan bagi menjawab tuduhan liar terhadapnya yang mendakwa beliau "makan" balak sekaligus menanyai beberapa persoalan yang bersifat pelik.

Surat Husam itu sudah tentu bakal menjadi satu keributan baharu di Kelantan dan membongkar satu lagi penyelewengan. Isu balak di Kelantan bukan sebesar isu 1MDB dialami Najib Razak, tetapi boleh membikin MB tidak nyenyak tidur.

Kenapa beliau berbuat begitu, mungkin sudah tidak tahan menanggung penghinaan dari mereka yang membencinya, yang malam siang menaburkan fitnah mentah untuk terus memburukkan reputasinya sebagai seorang ahli politik.

Sehingga kini isi kandungan surat itu belum dilepaskan lagi. Namun ia dapat dikesan menerusi satu carta yang dilepaskan dalam laman twiternya hari ini.

Carta berkenaan dinamakan "Surat Husam Pada Exco" menimbulkan enam persoalan berhubung dengan dakwaan ke atasnya dan mendedahkan isu baharu di Kelantan yang belum tersembur.

Carta surat Husam dari twiternya.
Persoalan dibangkitkan ialah mengenai kelulusan kawasan balak kepada syarikat Baldah, syarikat yang bertanggungjawab menguruskan projek pembinaan Lebuh Rakyat Rakyat Kelantan dimana beliau pernah menjadi pengerusinya sebelum kematian Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas ketiadaan Nik Abdul Aziz semua jawatan dipegang Husam berkaitan kerajaan dilucutkan oleh Menteri Besar Ahmad Yaakub.

Perkembangan semasa dalam syarikat itu yang mungkin tidak diteliti oleh pembuat fitnah menyebabkan fitnahnya tersasar kepada pihak lain. Pihak tertentu cuba mengaitkan Husam dengan kelulusan kawasan balak kepada Baldah untuk tujuan pembinaan Lebuh Raya Rakyat (LRRK).

Apa yang dapat difahami daripada carta berkenaan syarikat Baldah telah mendapat kelulusan untuk menebang balak di kawasan melibatkan pembinaan lebuh raya berkenaan bagi membiayai projek berkenaan. Lesen itu diluluskan pada 27 Januari 2015 dengan tempoh sahnya hingga April hingga Oktober 2015. No lesen ialah DT 01(P)-16-15Tahun 2015).

Zeti nafi letak jawatan, kekal Gabenor hingga April 2016

Zeti nafi letak jawatan, kekal Gabenor hingga April 2016KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menafikan spekulasi bahawa beliau akan meletak jawatan.

Zeti pada sidang akhbar di Bank Negara tengah hari tadi berkata beliau kekal memegang jawatan di bank pusat sehingga kontraknya tamat tahun depan.

“Saya kekal sebagai Gabenor sehingga tempoh perkhidmatan saya tamat. Kontrak saya adalah selama lima tahun dan tempoh itu akan berakhir tahun depan,” kata Zeti.

Beliau dalam pada itu menafikan khabar angin bahawa beliau mengalami masalah kesihatan.

“Saya tak ada masalah kesihatan, saya diberitahu doktor yang jantung saya masih kuat. Saya telah lakukan pemeriksaan kesihatan dan semuanya okey.”

Terdahulu, khabar angin menyebut bahawa Zeti telah mengalami serangan jantung namun dinafikan pihak Jabatan Perhubungan Korporat BNM yang mengesahkan beliau hadir ke pejabat seperti biasa dan berada dalam keadaan sihat.

Pada majlis itu, Zeti turut ditanya sama ada akan mengekalkan jawatan selepas tamat kontrak, namun beliau hanya berkata ingin menulis sebuah buku tentang persaraannya.