Rabu, 12 Ogos 2015

Inilah pe'el BN, KOREK LUBANG BARU TAMPAL LUBANG LAMA !!!

LANGKAH BERJIMAT PALING BERJAYA.. jual RM80.5 juta (min.) kmudian beli pula RM465 juta..

Bila dah dpt duit jual jet tu nak bayar kat jet baru ker ATAU BAYAR HUTANG 1MDB !!!

Low Yat 2 hanya untuk Melayu: Biar betul, Ismail Sabri?

oleh Robin Stanley Augustin

Apakah sebabnya kita mendapat menteri-menteri yang ada sekarang? Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan kejahilan atau kebodohan mereka. Tetapi ini mungkin dapat dijangka apabila kriteria untuk dipilih menyertai kabinet adalah kesetiaan, dan bukannya kemampuan.

Tidak asing kepada kontroversi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Ismail Sabri Yaakob sekali lagi mendapat kritikan orang ramai melalui ulasan terbarunya. Menurut laporan Astro Awani, ahli Majlis Tertinggi Umno itu telah mencadangkan Low Yat Plaza untuk Melayu sahaja, digelar Low Yat Plaza 2.

Beliau mencadangkan supaya ia dibuka di tingkat tiga bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Jalan Raja Laut. "Kami akan membangunkan tingkat itu secepat mungkin dan akan memberi ruang kepada peniaga-peniaga Melayu secara khusus."

"Kami akan mengubahnya menjadi Low Yat 2 dan kami akan mengumpul seberapa banyak pembekal utama yang mungkin dalam bangunan ini," kata Ismail yang ditemui pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Hari Raya Mara baru-baru ini.

"Kami sedar kewujudan tempat-tempat lain yang menyediakan perkhidmatan yang sama seperti Bukit Bintang dan Kompleks Pertama yang terletak bertentangan dengan bangunan Mara.

“Kami bagaimanapun percaya bahawa orang ramai akan mempunyai lebih banyak pilihan jika mereka ingin menjalankan perniagaan terus dengan pembekal. Kami mensasarkan 100 peratus pembelian daripada masyarakat Melayu. Tidak ada pembekal Melayu buat masa ini, itulah sebabnya mereka diberi kelonggaran," kata Ismail.

Komen Ismail dilakukan hampir sebulan selepas peristiwa Low Yat, yang dicetuskan oleh khabar angin bahawa pergelutan kaum di pusat membeli-belah itu berpunca daripada seorang peniaga kaum Cina yang menjual telefon palsu kepada belia Melayu.

Polis telah menjelaskan bahawa kejadian itu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan penipuan, tetapi merupakan kes kecurian. Idea Ismail mendapat kritikan dari banyak pengguna-pengguna Internet, dengan ramai melabelkan cadangan itu sebagai memecah-belahkan dan bersifat perkauman.

Bersih enggan layan isu PAS, teruskan himpunan seperti dirancang

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata pihaknya enggan layan konflik dalaman parti politik, hanya mahu tumpu usaha tuntut perubahan dalam sistem pilihan raya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Ogos, 2015.Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata pihaknya enggan layan konflik dalaman parti politik, hanya mahu tumpu usaha tuntut perubahan dalam sistem pilihan raya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Ogos, 2015.Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) memberi jaminan perhimpunan aman kali ke-4 (Bersih 4) dianjurkannya akan diteruskan seperti dirancang walaupun tidak mendapat sambutan PAS, yang secara tradisinya menggerakkan sejumlah besar penyokong untuk perhimpunan Bersih sebelum ini.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya enggan melayan konflik dalaman parti politik sebaliknya mahu menumpukan kepada usaha mereka menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya.
"Saya nak ingatkan, himpunan Bersih adalah isu rakyat Malaysia dan bukan hanya tentang parti politik.

"Ramai rakyat Malaysia akan turun, bukan saja parti politik, kerana mereka sokong tuntutan Bersih," katanya ketika dihubungi hari ini. Maria berkata, Bersih terbuka kepada sesiapa saja, termasuk PAS, apabila pihaknya sejak awal menghantar surat kepada semua parti politik menjemput menyertai himpunan itu.
Tetapi, sehingga kini ia masih belum menerima respons rasmi daripada parti Islam itu.
Katanya, setakat ini respons yang diterimanya daripada PAS adalah "sedang berbincang".
"Kita tidak terlibat dengan konflik mereka. Apa yang kita tekankan perubahan terutamanya sistem pilihan raya, ini agenda kita melibatkan semua rakyat Malaysia," katanya.
Pada Ahad, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hanya 3 wakil daripada parti itu akan menghadiri perhimpunan 29 Ogos itu nanti kerana mereka tidak dijemput terlibat menganjurkannya.

Beli Masa 2 Bulan: Jawatankuasa baharu PAC dilantik 19 Oktober, kata menteri Umno

Ahli baharu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan dilantik pada sidang Dewan Rakyat Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2015.Ahli baharu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan dilantik pada sidang Dewan Rakyat Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2015.Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu akan hanya dilantik pada sidang Dewan Rakyat pada Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Azalina berkata, ia merupakan keputusan yang dicapai Kabinet dalam mesyuarat mingguan mereka hari ini sekali gus melenyapkan cakap-cakap tentang keperluan mengadakan sidang khas Dewan Rakyat bagi tujuan itu.
Pengumuman ini juga bermakna pendengaran PAC berhubung operasi syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan tertangguh buat sementara waktu.

Azalina berkata, keputusan itu dibuat apabila mengambil kira rombakan Kabinet pada 29 Julai lalu serta pertukaran jawatan ketua pembangkang. Katanya, pelantikan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang bertanggungjawab melantik ahli PAC akan turut dilakukan hari pertama sidang Dewan Rakyat pada 19 Oktober depan.
"Setelah mengambil kira pertukaran jawatan ketua pembangkang serta susulan penyusunan semula jemaah menteri pada 29 Julai, 2015 maka terdapat keperluan melantik atau menggantikan ahli Jawatankuasa Pemilih sedia ada dengan yang baharu sebelum jawatankuasa tersebut dapat bertindak melantik ahli PAC.

Tak sia sia Najib lantik 'badut sarka's jadi menterinya...

Spesis menteri camnilah yg dpt duduk kekal lama dlm kabinet Najib..

Alang2 buat 'Low Yat' utk semua kaum2 di M'sia.. katanya 1 Malaysia kan...

Saya lebih takut Tuhan berbanding manusia, kata Bahri

Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Bahri Mohamad Zin berkata apa yang berlaku padanya baru-baru ini tidak menghalangnya menggalas tugas yang diamanahkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2015.Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Bahri Mohamad Zin berkata apa yang berlaku padanya baru-baru ini tidak menghalangnya menggalas tugas yang diamanahkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2015.Penyiasat badan anti rasuah Datuk Bahri Mohamad Zin tidak berasa terhalang dengan kejadian menimpanya baru-baru ini, iaitu pertukaran pejabat yang tiba-tiba dan sekejap, serta siasatan polis terhadapnya dan beberapa rakan sekerja lain.
Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, tidak ada apa yang boleh menghalangnya menjalankan tugas kerana beliau lebih “takut hukuman Tuhan” jika dibandingkan dengan perkara lain.
“Saya takut hukuman Tuhan. Saya ada tanggungjawab yang diamanahkan dan lebih takut jika satu hari nanti Tuhan tanya saya apa yang sudah saya buat dengan sedikit kuasa diberikan kepada saya ini,” katanya dalam perbualan ringkas dengan The Malaysian Insider, semalam.

Dalam komen terbuka pertamanya sejak dipindahkan semula ke SPRM pada Isnin, Bahri yang pada Jumaat menerima arahan pertukaran ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, beliau enggan bercakap banyak sekarang memandangkan ketuanya kini sudah pulang dari luar negara. Beliau merujuk kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
Bahri mendapat perhatian umum apabila secara terbuka lantang membidas tindakan polis yang menyoal siasatnya dan 6 pegawai SPRM lain berhubung dakwaan kebocoran maklumat rasmi mengenai siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau menafikan kebocoran maklumat itu datang daripada SPRM, dan menyifatkan serbuan polis di pejabat bahagian operasi khas sebagai tindakan “gila”.
Beliau juga berikrar akan mencari dalang yang mengarahkan tindakan polis itu, yang menyebabkan kerja siasatan SPRM terganggu.
SPRM juga menerima sokongan meluas daripada orang awam serta ramai yang marah dan melihat tindakan polis sebagai gangguan dan bertujuan intimidasi terhadap siasatan agensi itu.

Atas nama ayah, si anak libatkan diri

oleh Hazlan Zakaria

Pepatah menyatakan bahawa kualiti ibu bapa ditunjukkan melalui sikap anak-anak mereka, cara mereka membawa diri dan haluan mereka di dunia.

Ibu bapa yang memanjakan anak-anak mereka biasanya membentuk orang dewasa yang tidak matang yang seterusnya boleh menyebabkan keadaan buruk bagi orang lain, manakala ibu bapa yang terlalu tegas mungkin menghasilkan samseng gaya ‘totalitarian’, walaupun mereka yang membesarkan anak secara seimbang dikatakan akan membesarkan anak-anak yang lebih baik.

Namun ini bukan secara mutlak kerana kita pernah mendengar bermacam cerita tentang bagaimana anak-anak membesar secara bertentangan daripada ibu bapa mereka – tidak kira cara mereka dibesarkan, kerana memberontak atau nasib.

Tetapi secara umum, kualiti anak-anak mencerminkan kualiti ibu bapa mereka. Jadi mungkin ada sesuatu yang boleh dipelajari dengan melihat bagaimana keturunan keluarga-keluarga politik di pihak yang bertentangan dalam sebuah krisis semasa dalam Umno, telah melibatkan diri dalam kemelut yang melibatkan ayah mereka.

Pada majlis pembukaan sebuah kafe pada Ogos 9, Mohd Nazifuddin Najib, anak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dilaporkan melahirkan rasa kecewa atas kritikan tidak henti-henti terhadap ayahnya, memberi amaran bahawa ini boleh memberi kesan buruk kepada negara ini.

“Ini kerana pelabur-pelabur asing takut untuk melabur kerana beranggapan negara tidak stabil sekali gus menyebabkan nilai mata wang kita jatuh," akhbar harian berbahasa Melayu Utusan memetik beliau sebagai berkata.

Beliau memberi amaran bahawa serangan ini mungkin melihat masa depan negara terkorban semata-mata untuk menjatuhkan bapa beliau yang tidak popular, dan menambah yang pengkritik Perdana Menteri mungkin mempunyai agenda mereka sendiri yang mungkin hanya memburukkan keadaan dan tidak membantu. "Saya berharap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin…dan memikirkan implikasinya terhadap kesejahteraan negara dalam jangka panjang," katanya.

Seperti ayahnya, anak lelaki kedua Najib itu seolah-olah mahu memberi amaran kepada orang lain supaya tidak mencetuskan kekecohan dengan bermacam-macam tuduhan terhadap PM, memberi tuduhan mengenai kegawatan ekonomi dan kehancuran negara demi menghalang pengkritik.

Sementara itu, di pihak lain daripada krisis ini, anak bekas timbalan PM Najib Muhyiddin Yassin, penyanyi jazz Najwa Mahiaddin, telah menerbitkan apa yang dinyatakan dalam laporan-laporan sebagai satu lagu harapan yang menyeru rakyat Malaysia supaya kekal cekal di sebalik pergolakan politik di negara ini.

RM Turun....!!!


NAJIB AKAN TERLEPAS DARI TINDAKAN JIKA RAKYAT BERDIAM DIRI

Saya ingin melahirkan kebimbangan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak akan terus kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri sekiranya tiada tindakan yang berterusan dari rakyat dan pimpinan masyarakat mendesak beliau mengundur diri.
Hari ini, pendedahan Wall Street Journal mengenai dana RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi beliau telah berlalu lebih sebulan. Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari kabinet kerana kritikan beliau terhadap 1MDB juga telah berlalu hampir 2 minggu.
Saya merasakan bahawa keadaan kembali sejuk seolah-olah perkara-perkara ini akan berlalu begitu sahaja dan rakyat merasakan mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Sekiranya rakyat berputus asa bahawa tiada apa yang mereka dapat lakukan, Dato’ Seri Najib Tun Razak akan terus kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri dan lebih banyak kerosakan akan berlaku.
Sebab itu, saya ingin mengingatkan rakyat, NGO dan pimpinan masyarakat tidak kira apa jua latar belakang untuk mengambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan tekanan terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk berundur. Usaha untuk memastikan skandal-skandal besar tidak sejuk dan berlalu perlu diteruskan dan inisiatif ini perlu dipikul oleh semua pihak.
Oleh yang demikian, saya sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu solat hajat dan himpunan rakyat #selamatMalaysia #saveMalaysia #sokongSPRM #supportSPRM bagi memastikan tekanan kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak dizahirkan dalam bentuk terbuka.
Aturcara solat hajat dan himpunan rakyat ini adalah seperti berikut:
Tarikh: Khamis, 13 Ogos 2015
Masa: 730 malam hingga 11 malam
Tempat: Padang Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah
729 malam: Solat Maghrib
750 malam: Bacaan Yassin
841 malam: Solat Isyak
900 malam: Solat Hajat
915 malam: Pidato umum
Majlis akan bermula dengan solat hajat yang akan disertai oleh rakyat beragama Islam sebelum disambung dengan himpunan rakyat dan pidato umum untuk rakyat pelbagai kaum bermula jam 915 malam.
Pimpinan parti politik yang akan hadir termasuklah YB Lim Kit Siang (Pengerusi Parlimen DAP), Dato’ Saifuddin Nasution Ismail (Pengarah Pilihanraya KEADILAN), Saudara Mohamad Sabu (Pengerusi GHB), YB Dato’ Iskandar Abdul Samad (Naib Presiden PAS), YB Tiew Wei Keng (ADUN Teratai), YB Wong Chen (Ahli Parlimen Kelana Jaya), YB Manivannan (Ahli Parlimen Kapar) dan ramai lagi. Pimpinan NGO seperti Saudara Amidi Dato’ Abdul Manan dan pimpinan yang lain juga akan berucap pada malam esok.

Nur Jazlan: Tiada masalah demo BERSIH 4.0 jika aman

Kerajaan tiada masalah dengan perhimpunan BERSIH 4 pada 29 Ogos jika berlangsung aman tanpa insiden tidak diingini, kata timbalan menteri dalam negeri yang baru Datuk Nur Jazlan Mohammed.

Katanya beliau tiada masalah dengan perhimpunan aman dan polis sudah pun membuat kenyataan bahawa ia boleh diadakan selagi tidak menyebabkan kekacauan.

Jazlan berkata demikian dalam lawatan sulungnya ke ibu pejabat pasukan sukarela Ikatan Relawan Malaysia (RELA) di Putrajaya hari ini.

Beliau bagaimanapun mengingatkan penganjur supaya mengawal peserta atau bersedia menghadapi tindakan daripada pihak berkuasa.

Polis ‘restu’ Perhimpunan Bersih 4.0

Kebenaran diberikan kepada penganjur dengan beberapa syarat termasuk tidak digunakan untuk mengasut untuk jatuhkan kerajaan.
Noor-Rashid-Ibrahim,-Bersih-4.0
PETALING JAYA: Polis membenarkan ‘Perhimpunan Bersih 4.0′ yang dijangka diadakan di beberapa lokasi seluruh negara pada 29 Ogos ini.
Bagaimanapun ia tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, kebenaran yang diberikan sejajar dengan undang-undang sedia ada termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012.
“Sekiranya perhimpunan itu didapati mendatangkan gangguan kepada masyarakat, mengganggu lalu lintas atau diadakan dengan sengaja atas tujuan tertentu seperti menghasut orang ramai untuk jatuhkan kerajaan, kita akan bertindak,” katanya yang dipetik daripada Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Anugerah Pemandu Berhemah Sempena Op Selamat 7/2015.
Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, penganjur perlu memberi notis penganjuran kepada polis selewat-lewatnya 10 hari sebelum acara, yang mana denda sebanyak RM10,000 akan dikenakan sekiranya gagal berbuat demikian.
Mengikut akta itu, perhimpunan dilarang diadakan dalam lingkungan 50 meter dari tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah.

Tingkat tekanan terhadap Najib, gesa PKR


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa pemimpin masyarakat, NGO dan orang awam untuk meningkatkan tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak supaya berundur.

Jika mereka berdiam diri, katanya, Najib akan terus kekal berkuasa sebagai perdana menteri.

Katanya, pendedahan Wall Street Journal mengenai dana RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi perdana menteri telah lebih sebulan berlalu.

Manakala pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah hampir dua minggu berlalu.

"Sekiranya rakyat berputus asa bahawa tiada apa yang mereka dapat lakukan, Datuk Seri Najib akan terus kekal berkuasa sebagai perdana menteri dan lebih banyak kerosakan akan berlaku.

"Sebab itu, saya ingin mengingatkan rakyat, NGO dan pimpinan masyarakat, tidak kira apa jua latar belakang, untuk mengambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan tekanan terhadap Datuk Seri Najib untuk berundur.

"Usaha untuk memastikan skandal-skandal besar tidak sejuk dan berlalu, perlu diteruskan dan inisiatif ini perlu dipikul oleh semua pihak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu, beliau sebagai ahli Parlimen Pandan dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan menganjurkan solat hajat dan himpunan rakyat  #selamatMalaysia dan #sokongSPRM di Padang Perbandaran Ampang Jaya esok dari jam 7.30 petang hingga 11 malam.

Lupakah Ku Nan bahawa Dr M yang teroka haluan negara ini?

oleh V Shuman
Nampaknya terdapat dua kumpulan orang ramai di Malaysia – satu kumpulan memuja dan mengagumi bekas PM, Dr Mahathir Mohamad dan seorang lagi menghinanya atas banyak sebab.
Sudah tentu terdapat golongan atas pagar yang condong mengikut angin bertiup, tetapi boleh dikatakan bahawa majoritinya dibahagikan kepada dua kumpulan.
Kita boleh membenci negarawan veteran itu bagi banyak perkara, tetapi satu perkara yang kita tidak boleh nafikan adalah dia yang meletakkan Malaysia di peta dunia.
Tindakan sedemikian hanya akan menjadikan anda kelihatan bodoh.
Ini bermakna, Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor juga seorang yang bodoh.
Ini kerana beliau berpendapat Mahathir "cemburu" selepas melihat kejayaan yang dicapai oleh Malaysia pada hari ini. 
Malaysiakini melaporkan yang Tengku Adnan berkata bahawa segelintir orang tamak telah melemahkan negara dan menyebabkan berlakunya sebuah krisis persepsi.
"Orang-orang ini menyerang perdana menteri kita, mereka berkata pelbagai perkara untuk melemahkan negara, sehingga ekonomi dan mata wang kita telah diserang, seolah-olah mereka tidak mempunyai keyakinan.
"Hanya segelintir orang tidak mempunyai keyakinan di negara ini. Mereka adalah orang-orang tamak yang gagal dapatkan apa yang mereka mahu. Seorang daripada mereka mahu menjadi perdana menteri tetapi gagal. Seorang lagi sudah menjadi perdana menteri tetapi sering cemburu dengan kejayaan yang kita capai hari ini," beliau dipetik sebagai berkata.

Salah rakyat yang undi pemimpin bodoh sombong

Chung Tze: Saya rasa media ada tanggungjawab sama ada tidak lagi beri ruang kepada puak-puak bodoh ini untuk membuat kenyataan bodoh dan ada kalanya menghina, atau lebih baik, mereka buat analisis terhadap kenyataan-kenyataan ini.

Sudah tiba masanya media menyiarkan berita yang berkesan, bijak dan disertakan dengan komentar, berbanding merakam sahaja kata-kata pelawak ini.
Pena lebih tajam daripada pedang.

Bartholomew Chong: Kita tidak boleh salahkan menteri-menteri ini; mereka diundi oleh kita dan dilantik perdana menteri.
Mereka lebih setia kepada orang yang melantik berbanding rakyat yang mengundi mereka.

Dcking-Bebe Lee: Barisan menteri ini semuanya kitar semula dan sudah melepasi zaman. Sebab itu mereka tidak tahu apa yang dibuat dan dikatakan.

James Wong Wong: Kita tidak patut salahkan sesiapa kecuali diri sendiri kerana mengundi mereka.

Smiley Khalid: Wang dapat membeli undi. Bukan menteri yang bodoh, tetapi orang yang mengundinya.

Tengku Rosmi Tengku Yazid: Kita mendapat menteri seperti ini kerana partinya tiada pemimpin yang bermutu. Ini adalah cara pemimpin parti menjaga kedudukan mereka.
Jika mereka mengambil orang yang pintar, kedudukan mereka pasti tidak selamat.

Eagle Lee: Semua pemimpin mahukan “pak angguk”, bukannya yang bijak.

Farid Affandi: Sesetengah menteri dan MP perlu lebih sekadar kemahiran perhubungan awam. Mereka kaya dengan sikap angkuh dan mengarut, tetapi miskin kepintaran dan empati.

Paul Chow: Kita semua mengikut pemimpin secara membuta-tuli.

Amir Kazan: Ini kerana semakin usia kita bertambah, semakin kita mudah terpedaya.

Politikus tahu tentang perkara ini dan mengambil peluang untuk menambah kekayaan. Sementara kita penat-lelah bekerja.

Zaman "Mahathir - Anwar" Adalah Zaman Keemasan Dalam Sejarah Malaysia

Oleh Abu Hassan Adam 
Sekiranya Tun Abdul Razak hidup lebih lama dan meneruskan agenda pembangunannya di negara ini, berkemungkinan era Tun Razak merupakan zaman keemasan dan keagungan dalam sejarah Malaysia. Malangnya disebabkan usianya yang agak pendek dan meninggal dalam keadaan rakyat amat memerlukannnya, maka hasrat dan cita-citanya terhenti dan semacam tidak dapat diteruskan oleh penggantinya Tun Hussein Onn yang boleh dianggap sebagai ‘ a reluctant Prime Minister’. Memang dijelaskannya bahawa beliau semacam ‘terpaksa’ menerus tugas berkenaan disebabkan ‘kehilangan’ Tun Dr. Ismail yang telah meninggalkan kita lebih awal.
Rakyat Malaysia pada ketika itu tidak pula mendesak agar Tun Hussein Onn meletakkan jawatan walaupun kelihatan pentadbirannya tidak ‘selaju’ dan ‘sepantas’ apa yang dihasratkan oleh Tun Abdul Razak. Walaupun agak ‘perlahan’, namun kepimpinan Tun Hussein Onn tetap mendapat sanjungan masyarakat Malaysia kerana ketegasan dan bebas rasuahnya. Beliau dianggap sebagai Perdana Menteri yang amat tegas dalam menjalankan tugasnya dan dihormati oleh semua pihak. Paling disanjungi oleh rakyat Malaysia ialah keikhlasanya yang sedia untuk berundur setelah ‘menenangkan’ suasana politik di Malaysia untuk diserahkan tapuk pemerintahan kepada Dr. Mahathir Mohammed. Dan bermulalah suatu zaman ‘pembaharuan’ yang dicetuskan oleh beliau. Jikalau benua Eropah pada Kurun ke 16 terkenal dengan zaman ‘Renaissance’nya maka begitu jugalah keadaan di negara ini ketika munculnya Dr. Mahathir Mohammed yang dibantu oleh Tun Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri. Rakyat memberikan sokongan cukup padu diatas segala usaha yang cuba diperkenalkan oleh mereka kepada rakyat Malaysia yang hasratnya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk melonjakkan masyarakat Malaysia ke tahap kemajuan bertaraf dunia.
Mungkin agak keterlaluan sanjungan yang diberikan kepada pemerintahan Tun Mahathir berbanding dengan berbagai ‘kutukan’ yang diberikan oleh ‘pemimpin’ negara kini yang semacam ‘mencela’ apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir dan DS Anwar ibrahim. Ada Menteri Kabinet kini yang secara sinis mencela kepimpinan pada ketika itu dan ada juga Menteri (yang agak lembut ubun-ubunnya) mempersoalkan kredibiliti Tun Mahathir yang dianggap tidak mempunyai idea lagi untuk memperkatakan sesuatu.

100 hari yang cukup genting

Oleh MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
KEBEJATAN yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan parti United Malay National Organisation (Umno) tidak lagi dibicarakan secara tertutup oleh ahli-ahlinya dan penyokongnya. Jika sebelum ini hanya parti-parti pembangkang melalui pendukung dan penyokongnya menyarakan gagalnya parti Umno menerajui kerajaan, kini tidak lagi.

Kepincangan parti Umno dalam memimpin Barisan Nasional (BN) kini dibicarakan secara terbuka oleh pendokong dan penyokong mereka sendiri. Tidak lain tidak bukan, ia menggambarkan betapa kepincangan hari ini yang dilakukan oleh pimpinan Umno amat keterlaluan dan tidak lagi boleh dikompromi untuk diberi pengampunan.

Demikianlah senario yang difahami oleh kebanyakan rakyat hatta mereka yang sebelum ini tidak mengambil berat hal-ehwal politik negara. di tengah kepincangan parti Umno yang kian terserlah inilah, cabaran unik sebagai muhasabah dan hisab menimpa Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Saya hanya mengambil manfaat tempoh 100 hari sebaik Muktamar PAS ke-61 melabuh tirainya agar berlalunya 100 hari ini, PAS kian utuh dan mampu mengisi kekosongan Umno yang ditolak mejoriti rakyat. Tempoh ini sebetulnya amat penting.

Kebijaksanaan setiap dari pendukung PAS memanfaatkan ruang dan kesempatan yang ada mampu meletakkan PAS sebagai badan siasah yang mampu menjuarai isu-isu rakyat sebagaimana tuntutan sistem demokrasi atas prinsip-prinsip Islam. Sebaliknya, tiada kesungguhan setiap dari pendukung PAS dalam tempoh ini hanya akan merugikan PAS sebagai antara badan siasah terbesar di Malaysia.

Antara cabaran utama mendepani PAS pada masa kini tidak lain tidak bukan ialah kemungkinan tertubuhnya parti Islam baru di Malaysia yang dipelopori oleh kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB). Pertamanya saya suka untuk tidak menjauhkan kumpulan-kumpulan GHB dari PAS.

Apa jua alasan dan helah, mereka adalah sebahagian daripada PAS. Lebih dari itu, mereka adalah sebahagian dari kekuatan-kekuatan Islam yang saya sifatkan mangsa kepada pelbagai kekeliruan dan mehnah.

Dari apa yang disuarakan oleh kebanyakan penyokong-penyokong PAS, mereka belum bersedia ada parti baru sebagai pengganti mahupun pelengkap kepada PAS. Biarpun ada yang berhujah dengan fakta dan alasan kuat merasionalkan penubuhan parti Islam baru, secara keseluruhannya pendukung-pendukung Islam masih belum mampu mengolah keberadaan dua parti Islam di Malaysia. Keadaan ini pada tanggapan saya amat merugikan perjuangan mendaulatkan Islam itu sendiri.

Apabila Najib merayu-rayu

Oleh Hishamuddin Rais
Ketika tulisan ini digarap, Najib Razak iaitu suami Rosmah Mansor sedang kepanasan. Najib Razak yang juga presiden parti United Malays National Organisation sedang diserang oleh ahli parti sendiri. Suami Rosmah ini sedang terkepung oleh perbuatan sendiri.

Serangan Umno Pagoh minggu lalu ke atas suami Rosmah amat-amat difahami. Ketua parti Ketuanan Melayu bahagian Pagoh ialah Muhyiddin Yassin sendiri.

Pastilah warga Pagoh marah kerana anak watan Pagoh telah ditendang keluar dari menjadi menteri kabinet. Justeru, mesyuarat bahagian Pagoh  telah digunakan untuk menyerang suami Rosmah dan mempertahankan Muhyiddin.

Perkara yang sama juga berlaku dalam mesyuarat bahagian Kluang, malah lebih memeranjatkan. Bukan sahaja kepimpinan suami Rosmah telah dipertikaikan, satu cawangan United Malaya National Organisation Kluang telah meluluskan ketetapan yang meledakkan suasana. Cawangan ini mengajukan resolusi: Siapa beri arahan bunuh Altantuya?

Untuk pertama kalinya satu cawangan United Malays National Organisation secara rasmi telah membawa resolusi berhubung isu Altantuya ke dalam mesyuarat resmi parti. Nama Altantuya ini bersabit rapat dengan suami Rosmah. Mengikut akuan bersumpah PI Bala yang pertama, Altantuya adalah penyedap Najib.

Mengajukan resolusi Altantuya bukanlah tindakan mencari pasal. Bahagian ini menimbulkan isu Altantuya ini secara sedar sebagai senjata ampuh untuk menyerang suami Rosmah. Ini satu serangan berbisa dari penyokong Muhyiddin Yassin.

Apakah resolusi Altantuya ini akan sampai ke persidangan agung parti ketuanan Melayu? Kita lihat dan tunggu. Apa yang jelas, suami Rosmah kini kepanasan.

Minggu lalu rakyat Malaysia terbaca berita bagaimana suami Rosmah turut dimalukan secara terbuka di Pasir Gudang, Johor.

Tendangan dari Johor

MB Johor Khaled Nordin selaku tuan rumah dalam ucapan pembukaan tanpa segan silu telah menyatakan bahawa suami Rosmah yang juga presiden parti, yang juga perdana menteri, tidak ada jemputan rasmi untuk datang bertandang ke Pasir Gudang.

Saya sudah cukup bersopan, kata Wanita Umno ‘Najib kencing’

Anina Saaduddin mempertahankan tindakan dengan berkata, perkataan digunakannya dalam video  'Najib kencing’ sudah cukup bersopan dan diluahkan mengikut saluran yang betul iaitu dalam mesyuarat perwakilan Wanita Umno Bahagian. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2015.  
Anina Saaduddin mempertahankan tindakan dengan berkata, perkataan digunakannya dalam video 'Najib kencing’ sudah cukup bersopan dan diluahkan mengikut saluran yang betul iaitu dalam mesyuarat perwakilan Wanita Umno Bahagian. 

Seorang pemimpin Wanita Umno Langkawi yang menjadi viral dalam video "Najib kencing" baru-baru ini tampil mempertahankan kritikannya terhadap Datuk Seri Najib Razak walaupun dinasihatkan seorang menteri Kabinet agar menegur dengan cara lebih bersopan.
Anina Saaduddin mempertahankan tindakan dan hujahnya dan berkata, perkataan digunakannya dalam video tersebut sudah cukup bersopan dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini menegur secara berhemah tidak didengari malahan dibuang daripada Kabinet perdana menteri hujung bulan lalu.
Menyifatkan rintihan akar umbi tidak akan didengari sekiranya bercakap lembut kepada presiden Umno itu, Anina mempersoalkan nasihat Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek agar menegur dengan cara yang lebih santun.

"Saya bercakap dalam platform Umno, mesyuarat tertutup. Mesyuarat perwakilan Wanita Umno Bahagian. "Maknanya perwakilan, platform yang betul. Sebagai ahli Umno saya rasa itulah platform terbaik untuk saya luahkan rasa hati saya kepada presiden.

Gangguan terhadap SPRM mengingatkan kembali pertembungan Mahathir-BPR

oleh Mariam Mokhtar
Tujuh belas tahun yang lalu, ketua pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Shafee Yahaya dipanggil untuk berjumpa perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad dan diarahkan untuk menutup siasatan satu kes rasuah yang sedang dijalankan BPR.
Hari ini, gangguan sama dilakukan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan ia telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.
Dua pegawai SPRM ditahan polis dan kini dilepaskan dengan ikat jamin.
Selain itu, pengarah operasi khas Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik Rohaizad Yaakob sebelum ini dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri secara serta-merta.
Laman Malay Mail Online melaporkan yang ia berikutan “isu disiplin”.
(Berikutan kemarahan orang ramai, pemindahan tersebut telah dibatalkan.)
Kesemua empat pegawai SPRM ini menjadi sasaran boleh kerana mereka dipercayai terlibat dalam siasatan skandal 1MDB, yang melibatkan wang sejumlah RM2.6 bilion.
Wang itu kini dikatakan sebagai “derma” daripada seorang penyumbang dari Timur Tengah.
Pada tahun 1998, satu laporan rasmi terhadap Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Ali Abul Hassan Sulaiman telah dibuat kepada BPR.
Ali Abul HassanAli Abul Hassan
Ketika pergi ke pejabatnya, pegawai BPR menemui ikatan wang kertas di dalam laci, dan Ali gagal memberi penjelasan tentang perkara itu.
EPU berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, dan bertanggungjawab memantau projek penswastaan.
Shafee diberitahu untuk memberikan laporan kepada Mahathir. Beliau diberi teguran keras sebelum diarah menutup kes.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, “Berani kamu menyerbu pejabat pegawai kanan saya.”
Beliau kemudian bertanya kepada Shafee, sama ada Anwar Ibrahim yang mengarahkan serbuan itu. Shafee menjawab “tidak”.
Kecewa dengan campur tangan dalam tugasnya, serta satu tuduhan lain, Shafee sudah bersedia untuk letak jawatan.
Namun isterinya Kalsom Taib memberi galakan agar beliau terus bertahan, walaupun dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan.

Ketika ahli politik berbalah, Rafidah gesa penjawat awam pikul tanggungjawab

Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz berkata penjawat awam perlu bangkit bukti kemampuan ketika pemimpin politik bagai hilang arah mentadbir negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2015.Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz berkata penjawat awam perlu bangkit bukti kemampuan ketika pemimpin politik bagai hilang arah mentadbir negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2015.Bekas menteri Tan Sri Rafidah Abdul Aziz berkata, tiba masanya untuk penjawat awam bangkit membuktikan kemampuan mereka ketika waktu ini pemimpin politik bagaikan hilang arah dalam mentadbir negara.
Beliau yang juga bekas ketua Wanita Umno itu berkata, terdapat isu ekonomi yang memerlukan perhatian segera, seperti kejatuhan ringgit, memenuhi keperluan sektor swasta dan keseluruhan tahap daya saing Malaysia.
"Saya gesa semua peringkat dalam kerajaan, tolong teruskan urusan pentadbiran negara.

"Kalau nampaknya dalam lingkungan politik, kita sudah makin hilang arah, ...biarlah yang lain dalam kerajaan, bermula dengan penjawat awam yang dihormati, memikul tanggungjawab. "Tolong.. teruskan dengan pentadbiran negara. Jangan benarkan sesiapa melihatnya seperti dalam keadaan tidak tentu arah," tulisnya dalam satu posting di laman Facebook hari ini.
Rafidah, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri meluahkan kebimbangannya melihatkan kepada perkembangan yang berpunca daripada kontroversi sekitar firma pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

PEKIDA nasihat pemimpin UMNO yang rosak supaya ‘bertaubat’

Disebabkan beberapa pemimpin UMNO yang rosak menjadikan parti itu kucar-kacir dan kelihatan tidak baik.
Syed-Husain_pekida_umno_600_1
KUALA LUMPUR: Kumpulan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Se-Malaysia (PEKIDA) menasihatkan ahli UMNO yang ‘rosak’ kerana tidak lagi mempercayai parti itu supaya ‘bertaubat’.
Pengerusi Eksekutif Majlis, Datuk Paduka Ayahanda, Syed Husain Al-Shabab berkata, sekiranya enggan bertaubat, pemimpin UMNO yang telah rosak itu perlu keluar parti.
“Sememangnya dalam UMNO ada dua tiga kerat yang rosak. Golongan inilah yang menjadikan UMNO kucar-kacir dan kelihatan tidak baik,” katanya dalam sidang media di Dewan Orang Ramai Kampung Paya di Kampung Baru pada Rabu.
“Yang ‘tak cantik’ itu pergi ‘make up’ bagi cantik-cantik sikit. Yang ‘sakit’ itu pergi hospital untuk cari ubat,” katanya menyindir pemimpin UMNO dan ahli UMNO yang sering mengkritik parti itu.
Dalam masa sama, Syed Husain mencadangkan supaya UMNO meramaikan lagi pemimpin bijak pandai supaya perjuangan lebih mantap dan rakyat lebih yakin.
“Dalam Pakatan Rakyat (PR) ramai golongan bijak pandai, seperti peguam, doktor dan jurutera.
“Sekiranya dalam UMNO mempunyai golongan bijak pandai, pastinya UMNO akan lebih mantap memperjuangkan hak orang Melayu sekali gus mengembalikan keyakinan terhadap parti,” katanya.

‘Jangan terkejut jika ada rakaman Dr Mahathir jumpa Clare’ - Ramesh Rao

Ramesh Rao mendakwa memiliki bukti Tun M mengarahkan Clare untuk memfitnah Perdana Menteri dan kerajaan.
ramesh-rao_rewcastlrt_mahathir_600
PETALING JAYA: Ramesh Rao memberi amaran supaya rakyat Malaysia tidak terkejut jika ada rakaman suara yang menunjukkan Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berjumpa dengan Clare Rewcastle-Brown.
Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) itu mendakwa, rakaman itu membuktikan bekas Perdana Menteri bersekongkol dengan pemilik Sarawak Report itu untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Jangan terkejut perjumpaan Dr Mahathir dan Clare ada recoder yang menunjukkan Mahathir arahkan Clare untuk burukkan Najib,” katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Rabu.
Dia menyifatkan Dr Mahathir sudah hilang ingatan dan nyanyok kerana menggunakan media asing untuk memburukkan pemimpin dan negara ini.
“Saya nak ulang balik sewaktu Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipecat bila media asing serang Malaysia dia (Dr Mahathir) bidas media asing kononnya Yahudi dan jangan percaya dengan berita.
“…Tetapi hari ini Dr Mahathir upah Clare untuk hentam kerajaan Malaysia dengan menjemput dia (Clare) ke Yayasan kepimpinan Perdana dan pergi ke London berjumpa,” katanya.
Ramesh berkata, Dr Mahathir juga sudah ‘nyanyok’ apabila mengatakan demokrasi di negara ini telah mati di bawah kepemimpinan Najib dan demonstrasi tidak lagi dibenarkan.

Rekod Mahathir semasa jadi PM teruk – Nazri Aziz

Nazri Aziz berkata Dr Mahathir memporak-peranda sistem kehakiman negara dan memanipulasi ISA untuk mendiamkan musuh politiknya.
nazri-aziz_mahathir_600
KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak mengkritik kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau mempunyai rekod yang teruk sepanjang menjadi Perdana Menteri.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Dr Mahathir telah memporak-perandakan sistem kehakiman di negara ini apabila memecat Ketua Hakim Negara dan menyalahguna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
“Saya ingat Dr Mahathir ini telah lupa. Dia rasa macam dia jadi Perdana Menteri ni ok sangat, bagus sangat..masa dia tulah sistem undang-undang kita habis dibongkarnya, dibuangnya Ketua Hakim.
“Kalau dia tak pernah jadi Perdana Menteri..tak pernah ada rekod jadi Perdana Menteri, dia nak blame (salahkan) kita, takpelahlah. Ni rekod dia pun teruk,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Seminar Antarabangsa Digital Preservation : Are We On The Right Track di sini pada Rabu.
Nazri berkata, kerana dendam kesumat bekas Perdana Menteri itu terhadap Najib, Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan berdasarkan kemarahan bukan kepada pertimbangan waras.
“Paling baik lagi biarlah dia dengan kemarahan dia, toksah duk layan lah. Saya pun dah lama tak ambik tahu apa yang dia cakap.
“Tak boleh pakailah apa dia cakap. Dah bercelaru. Hari ni dia cakap apa yang dia marah, masa dia jadi Perdana menteri dia buat. Macam mana?,” katanya.

RINGGIT JATUH LAGI.. USD1 = RM4.04

MYR 4.04 kedudukan terkini matawang Malaysia.
Bersamaaan RM1 = 0.24 sen USD.

Apa dah jadi Najib Razak. Sblom ini kamu kata 'KENAIKAN' Penarafan Fitch Ratings terbaru memberi prospek stabil kepada Malaysia & bukti dasar kewangan k'jaan baik berbanding negatif sebelum ini..

MEMBOHONG JER LA KERJANYA !!!

MENTERI UMNO CAKAP TAK SERUPA BIKIN !!!

Inilah contoh menteri kayu yg diangkut masuk dlm kabinet Najib.. Menteri2 camni lah kesukaan Najib yg kuat ampu jilat sampai mati..

Annuar Musa dilantik semula pengerusi MARA


Tan Sri Annuar Musa dilantik semula sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
 
Annuar, 59, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno dan ahli Parlimen Ketereh, menyandang jawatan pengerusi Mara sejak 2013.
 
Anuar, yang turut menyandang jawatan timbalan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia bagi tempoh 2010 hingga kini, pernah menyandang jawatan menteri belia dan sukan (1990-1993) dan menteri pembangunan luar bandar (1993-1999).

Zahidi pengerusi Risda
 
Dalam satu kenyataan, Ismail Sabri juga mengumumkan pelantikan Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai pengerusi pihak berkuasa kemajuan pekebun kecil perusahaan getah (Risda) berkuat kuasa pada 1 September depan.
 
Zahidi, 54, ialah anggota Parlimen Padang Besar.
 
"Kedua-dua pelantikan ini dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak," kata Ismail Sabri.
 
Beliau percaya Annuar dan Zahidi masing-masing dapat memimpin Mara dan Risda dalam melaksanakan dasar dan perancangan kementerian demi mencapai objektif Transformasi Negara. 
 
- Bernama

Derma RM2.6b: Disebabkan Najib takut nak saman WSJ sehingga kini, kini PKR saman Najib pulak..!!


Pesawat Boeing tersebut MASIH TETAP DIGUNAKAN SECARA AKTIF HINGGA KINI !!!

Hari tu menteri kata 'beli' jet mewah VVIP baru KERAjaan (9M-NAB) bernilai hampir SETENGAH BILION RINGGIT utk ganti pesawat Boeing Business Jet 737-700 (M53-01) atas faktor keselamatan pemimpin2 negara..

TETAPI setelah tender 'pelupusan' telah dikeluarkan pd Mac 2015 & pesawat baru 9M-NAB mula digunakan pada seawal Mac 2015 lagi.

"Najib Kuat Kencing": Ahli Umno sokong saya - Anina

Walaupun difahamkan pihak atasan memberi arahan supaya jangan memberi reaksi positif, perwakilan Wanita Umno Langkawi, Anina Saaduddin berkata, ucapannya yang mengkritik Datuk Seri Najib Razak masih mendapat tepukan.

“Semasa saya berucap, perwakilan masih tepuk tangan dan saya anggap (ia) positif. Mereka takut (untuk bercakap sendiri). Apabila ada orang yang nak bercakap bagi pihak mereka, ahli Umno ini datang berjumpa saya dan mengucapkan tahniah serta terima kasih," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Anina, beliau mengakui sebelum ini agak lantang menyuarakan pandangan mengenai isu Umno terutama melalui media sosial.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan dia dipantau.

Sebagai salah seorang perwakilan, saya anggap mereka (pihak atasan Umno) sedia maklum kalau saya datang ke mesyuarat, saya akan bersuara,” katanya.

Dalam mesyuarat bahagian itu pada Sabtu lalu, keadaan menjadi gamat apabila Anina memberikan ucapan keras dengan mendakwa anggota Umno telah ditipu Najib.

Malahan, rakaman video memaparkan ucapan Anina juga tersebar luas di alam maya.

Kata Anina, ada sumber tertentu memberitahunya, ketua-ketua wanita Umno Langkawi diarahkan untuk memberitahu semua perwakilan supaya menahan diri daripada memberikan sokongan apabila beliau berucap.

Tidak boleh ditegur

Wanita berusia 40 tahun itu juga memang menjangkakan arahan seperti itu akan dikeluarkan kepadanya memandangkan sebelum ini beliau lantang bersuara mengkritik kepimpinan Najib.

Kata Anina lagi, mesyuarat Umno bahagian adalah saluran terbaik untuknya melontarkan teguran kepada Najib kerana beliau telah memendam perasaan yang lama.

Kata Anina, dia sedar sebagai ahli Umno, mereka terikat dengan keperluan memberi sokongan penuh kepada presiden walau apa pun yang berlaku.

Mengulas lanjut, Anina berkata, ia bukan perkara sihat untuk parti itu dan seseorang presiden boleh ditegur jika melakukan kesilapan.

Kejatuhan Nilai Matawang Negara Lebih Banyak membawa Keburukan Kepada Rakyat !

Hari ini tercatat sejarah baru di negara ini apabila nilai Ringgit mencecah RM4 berbanding 1 Dollar Amerika.

Kejatuhan nilai matawang ini memberikan kesan langsung terhadap kuasa beli rakyat dan pengguna secara keseluruhannya.

Ini kerana, kebergantungan terhadap import adalah terlalu tinggi berbanding eksport yang mencatatkan trend penurunan sehingga bawah paras 9% pada April lalu.

Justeru, harga barangan keperluan yang rata-ratanya terpaksa dibawa masuk dari luar negara termasuk bahan mentah dan barangan siap seperti lampin bayi akan mengalami kenaikan dan sekaligus mengakibatkan kesan kenaikan berganda terhadap kos sara hidup rakyat setelah mereka terbeban dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula April lepas.

Tanpa menafikan manfaat yang bakal diperoleh negara dalam sektor pelancongan, kesan buruk akibat kejatuhan nilai matawang ini adalah jauh lebih besar berbanding kebaikannya khusus kepada rakyat di negara ini.

Kenyataan menteri supaya rakyat hanya berbelanja terhadap barangan tempatan dan melancong hanya di dalam negara menambahkan lagi rencah duka buat rakyat terbanyak.

Sedarkah pak-pak menteri ini bahawa selama ini rakyat telah lama sengsara sejak sebelum bermulanya trend kejatuhan nilai matawang negara lagi? Berapa banyak barangan keperluan asas dalam negara ini yang terhasil dalam negara berbanding barang yang diimport? Di manakah lagi tempat pelancongan dalam negara ini yang masih kekal dijaga dan diurus sebaiknya untuk rakyat melancong dengan tenang dan selesa?

Persoalan-persoalan ini sewajarnya dijawab oleh Menteri dengan penuh kesedaran dan bukannya mengeluarkan kenyataan bodoh untuk menyembunyikan masalah sebenar disebalik kegagalan kerajaan mengurus ekonomi negara yang kian parah dan membawa kepada kejatuhan nilai matawang negara.

Jika RM2.6 bilion untuk dana politik, selebihnya dimana? – Ahli UMNO

Pengakuan Perdana Menteri bahawa RM2.6 bilion adalah dana politik sumbangan penderma telah menimbulkan lebih banyak pertanyaan yang tidak dijawab.
Shahbudin-Husin_najib_600
PETALING JAYA: Sekiranya benar RM2.6 bilion merupakan derma untuk dana politik, dimanakah baki selebihnya?, tanya Penganalisis Politik, Shahbudin Husin.
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju itu berkata, adakah wang RM2.6 bilion untuk sudah habis dibelanjakan atau jika berbaki, kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak masih menyimpan dan tidak segera dipulangkan kepada parti.
Katanya, jika Perdana Menteri meletak jawatan atau usianya tidak panjang, siapakah yang akan mewarisi baki wang derma itu.
“Kalau wang itu sudah habis pula, sejak menerimanya pada 2013, tentu saja Najib layak tercatat dalam rekod dunia sekali lagi dengan kemampuan berbelanja yang begitu luar biasa sekali,” katanya menerusi blognya.
Shahbudin berkata, derma RM2.6 bilion bukan saja menjadi topik perbualan bahkan mempopularkan Najib di seluruh dunia dalam sekelip mata.
“Popularnya Najib ketika ini sehingga masyarakat seolah-olah tidak lagi menyebut beliau sebagai anak Tun Razak yang sederhana dan berintergriti, tetapi lebih sebagai “raja duit” yang banyak wang dengan tiba-tiba.
“Sepertimana kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Barack Obama sebagai manusia paling berkuasa pun tidak pernah menerima derma sebesar itu dan keyakinan penderma menyumbang sejumlah itu menjadikan Najib penerima derma paling bertuah dan dipercayai sekali di dunia ini,” katanya.

PKR saman Najib tuntut keputusan PRU13 dibatalkan

Pengakuan Perdana Menteri bahawa RM2.6 bilion untuk dana politik telah melanggar peraturan pilihan raya.
nurul-izzah-najib
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menggunakan dana RM2.6 bilion melebihi had yang dibenarkan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Saman sivil itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu oleh peguam Tommy Thomas.
Selain Najib, PKR turut menamakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pengakuan Najib bahawa RM2.6 blion untuk dana pilihan raya ternyata melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya.
“Ternyata, RM2.6 bilion yang digunakan ini melebihi 26 kali ganda had yang dibenarkan seperti digariskan oleh undang-undang Malaysia,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR.
Katanya, berdasarkan fakta-fakta tersebut mendedahkan pelbagai rasuah dan taktik korup yang telah digunakan oleh Barisan Nasional (BN) dalam meraih kemenangan dalam PRU13.
“Tindakan Najib menggunakan RM2.6 bilion untuk PRU13 ini juga telah melanggar Seksyen 19, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.
“Perlu diingatkan akta itu menghadkan perbelanjaan pilihan raya kepada hanya RM200,000 dan RM100,00 setiap calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri masing-masing,” katanya.
Izzah juga menuntut agar keputusan PRU13 dibatalkan dan diadakan pilihan raya umum yang baru.
“Jika Najib bersalah, ini jelas bukti transaksi korup berlaku dalam PRU13,” katanya.

DBKL tidak benar BERSIH 4.0 di Dataran Merdeka

DBKL cadangkan himpunan itu diadakan di Padang Merbok atau Stadium Merdeka.
Amin-Nordin-Abdul-Aziz_bersih_600
PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membenarkan perhimpunan BERSIH 4.0 diadakan di Dataran Merdeka.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Md Amin Nordin Abdul Aziz berkata, DBKL berhak untuk tidak membenarkan BERSIH 4.0 diadakan di Dataran Merdeka kerana lokasi itu tidak sesuai.
Sebaliknya, DBKL sedia mempertimbangkan kebenaran BERSIH 4.0 diadakan di Padang Merbok atau Stadium Merdeka.
Bagaimanapun, katanya, belum ada sebarang permohonan daripada pihak penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu pada 29 dan 30 Ogos akan datang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 30 Julai lalu berkata, BERSIH 4.0 boleh diteruskan sekiranya penganjur mematuhi peraturan dan undang-undang dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Khalid berkata, polis tiada masalah untuk membenarkan himpunan berkenaan sekiranya syarat berkenaan dipatuhi oleh pengajur.

BERSIH 4.0: Akta Hasutan jika hasut rakyat jatuhkan Najib kata Polis

Polis tidak menghalang perhimpunan BERSIH 4.0 selagi ia tidak mengganggu gugat ketenteraman awam dan mematuhi semua peraturan pihak berkuasa.
bersih
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menghalang penganjuran perhimpunan aman atau BERSIH 4.0 yang dirancang hujung bulan ini selagi ia tidak mengganggu gugat ketenteraman awam.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis hanya akan bertindak sekiranya peserta perhimpunan itu melanggar peraturan.
“Polis ini selalu patuh kepada undang-undang. Apa juga tindakan polis adalah berlandaskan kepada undang-undang.
“Kalau BERSIH buat sesuatu yang melanggar ketenteraman awam dan polis rasa itu merupakan tindakan salah, maka tindakan akan diambil”, katanya ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Pemandu Berhemah Sempena Ops Selamat 2015 di Terminal Bersepadu Selatan pada Rabu.
Noor Rashid bagaimanapun memberi amaran tindakan mengikut Akta Hasutan akan diambil sekiranya perhimpunan itu bertujuan menghasut orang ramai menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Jika perhimpunan itu lebih kepada hasutan orang ramai untuk jatuhkan Perdana Menteri, tindakan akan diambil” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihak berkuasa perlu belajar dari kesilapan mereka sebelum ini dan hendaklah memberi kebenaran kepada orang ramai supaya berkumpul di Dataran Merdeka bagi perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini.
Katanya, polis membuat kesilapan jika berpendapat mereka boleh menghentikan perhimpunan tersebut dengan membuat tangkapan awal terhadap pihak penganjur BERSIH 4.0 iaitu Jawatankuasa Pemandu Pemantauan Pilihan Raya.

Ramesh Rao desak PM henti bantu yayasan Tun M

Dia mendakwa Tun M menjadikan Yayasan Kepimpinan Negara untuk menyerang dan mengkritik dengan tujuan menggulingkan Najib.
Ramesh-Rao_najib_mahathir_plf_600
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak digesa supaya menghentikan peruntukan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF) kerana didakwanya dijadikan platform oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan kerajaan.
Pengerusi Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, langkah itu perlu dibuat kerana Dr Mahathir menyalahgunakan PLF untuk menyerang Najib dan kerajaan.
“Kami nampak dia (Dr Mahathir) telah terkeluar dari landasan. Dia guna Yayasan kepimpinan Perdana untuk platform bercakap dalam dan luar negara ini dibiayai penuh oleh kerajaan Malaysia, iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberi duit kepada yayasan itu untuk dia bercakap.
“Jadi tidak wajar dia menggunakan duit kerajaan dan menghentam semula kerajaan. Ini tidak boleh.
“Saya minta Perdana Menteri menarik balik dan membatalkan semua peruntukan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana,” katanya pada satu sidang media di pejabatnya pada Rabu.
Katanya, Dr Mahathir sepatutnya menggunakan PLF untuk tujuan baik dengan berkongsi pemikiran dengan generasi muda bagi meningkatkan lagi pembangunan negara.

PR 2.0 jangan ulangi kesilapan lalu

SHAH ALAM - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengingatkan sekutu politiknya supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama ketika menubuhkan Pakatan Rakyat (PR).
 
Dalam satu kenyataan, Kit Siang berkata, perjuangan PR berakhir akibat perpecahan yang dilaungkan oleh ahli komponen yang gagal mematuhi dasar rangka kerja bersama pakatan tersebut.
 
Lim Kit Siang "Pakatan Rakyat baharu akan ditubuhkan selepas pembentukan Gerakan Harapan Baru. Sama ada kita memanggilnya PR baru, PR 2.0, Harapan Rakyat atau apa-apa nama, kita mesti tidak mengulangi kesilapan PR yang mati awal kerana kurangnya kepercayaan salah satu komponen parti," kata Kit Siang.
 
Kit Siang berkata demikian ketika menjawab gesaan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi kebangkitan semula pembangkang di tengah-tengah kontroversi berterusan yang melanda kerajaan.
 
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut bersetuju dengan Tuan Ibrahim mengenai keperluan untuk menyatukan semua pihak pembangkang, tetapi berkata ini tidak dapat dilakukan hanya untuk 'perpaduan'.
 
Beliau mengingatkan Tuan Ibrahim dengan memetik salah satu contoh bagaimana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melanggar keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden pakatan tersebut.

Affin beli tanah 1MDB, kepentingan tentera terjejas?


Pembangkang menyatakan kebimbangan terjejasnya kepentingan anggota tentera dengan tindakan Affin Bank Bhd memperoleh tanah 0.51 hektar di Tun Razak Exchange (TRX) daripada KLIFD Sdn Bhd dengan harga RM255 juta.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata pengumuman Affin Holdings Bhd, anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), menghairankan serta meragukan.

“PKR mempersoalkan tujuan Bank Affin membelanjakan ratusan juta ringgit sedangkan bank yang dikuasai LTAT secara tidak langsung itu sudah memiliki bangunan ibu pejabat mewah di Jalan Raja Chulan (di ibu negara),” katanya.

KLIFD adalah anak syarikat 1MDB Real Estate Sdn Bhd (1MDB RE), pemaju utama TRX. Ia juga anak syarikat milik penuh syarikat pelaburan negara 1MDB.

Malah, kata Fahmi, prestasi kewangan Affin Holdings dan Affin Bank tidak memberikan keyakinan dan rangsangan kepada mereka untuk membelanjakan ratusan juta ringgit lagi untuk sebuah pejabat baru.

“Saya juga meminta pimpinan LTAT mengambil tindakan segera supaya Affin Holdings dan Affin Bank mengkaji semula perjanjian jual beli tanah dengan 1MDB ini bagi mempertahankan kepentingan LTAT serta kepentingan anggota tentera,” katanya.

Konflik kepentingan?

Fahmi juga mendakwa terdapat percanggahan kepentingan apabila pengerusi lembaga pengarah 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin juga timbalan pengerusi lembaga pengarah Affin Holdings Bhd.

RM melemah, kenapa PM diam membungkam?


Anggota parlimen pembangkang nampak tidak kena dengan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang diam seribu bahasa ketika ringgit terus melemah.

Ini memandangkan Najib juga merangkap menteri kewangan.

“Sangat pelik tiada satu pun kenyataannya bahawa dia bimbang berkaitan kejatuhan ringgit,” kata wakil rakyat Wong Chen.

Sedangkan, katanya lagi, kedengaran tentang arahan menyiasat Gabebor Bank Negara – tindakan yang menurutnya memburukkan keyakinan kepada negara ini, selain kes 1MDB.

“Semua ini tidak akan beri keyakinan kepada pelabur asing,” katanya.

Justeru, kata beliau, Najib harus melepaskan portfolio kewangan yang dipegang kepada anggota kabinet yang lain.

Wong Chen: Market is punishing our ringgit

PKR mahu Affin kaji semula pembelian tanah 1MDB

Ringgit merudum, PKR gesa Najib ‘membisu’ letak jawatan

'Derma' RM2.6 bilion: PKR heret Najib ke mahkamah

Polis bertindak jika BERSIH mahu jatuhkan Najib

Yayasan keluarga Suharto songlap dana RM1.3 bilion

Mahkamah Agung mengarah Yayasan Supersemar bayar balik dana yang didapati disalah guna oleh ahli keluarga Suharto.
Yayasan-Supersemar
PETALING JAYA : Mahkamah Agung Indonesia mengarahkan sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh bekas Presiden Indonesia, Suharto supaya membayar balik dana berjumlah AS$325 juta atau RM1.3 bilion yang didakwa digelapkan.
Menurut jurucakap mahkamah yang dikenali sebagai Suhadi, keputusan berkenaan dibuat lalu tetapi hanya didedahkan kepada khalayak pada minggu ini.
Ia dibuat selepas semakan keputusan pada 2010 di mana mahkamah memerintahkan Yayasan Supersemar membayar jumlah yang lebih kecil, iaitu AS$320,000 atau RM1.3 juta.
Bagaimanapun, selepas ia diputuskan, didapati berlaku kekhilafan pada angka berkenaan.
“Terdapat kesilapan, beberapa angka didapati telah hilang,” kata jurucakap mahkamah yang dikenali sebagai Suhadi.
Sementara itu, peguam kepada keluarga Suharto, Juan Felix Tambupolon memaklumkan pihaknya masih belum menerima secara rasmi Mahkamah Agung dan akan memutuskan tindakan selanjutnya sebaik menerimanya.
Yayasan Supersemar telah ditubuhkan untuk menyediakan biasiswa kepada pelajar miskin di Indonesia untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti.
Bagaimanapun selepas siasatan dibuat dan kes difailkan di mahkamah, keluarga Suharto didapati melakukan penyelewengan terhadap dana yang diperuntukkan.

Arahan pindah pegawai SPRM perlu disiasat- bekas AG

Dua pegawai SPRM berkenaan terlibat secara langsung dalam penyiasatan 1MDB dan mereka dipindahkan tanpa diberi peluang memberi penjelasan.
Talib-Othman_sprm_jpa_600
PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dianggap bersalah kerana menghalang dua penjawat awam menjalankan tugas mereka.
Perkara itu ditegaskan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman.
Abu Talib merujuk kepada tindakan memindahkan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini.
Dinyatakan: Sesiapa yang secara sukarela menghalang mana-mana penjawat awam menjalankan fungsi mereka boleh dihukum penjara sehingga tempoh dua tahun, atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya.
“Pada pandangan saya, prima facie, mereka telah melakukan kesalahan,” kata Abu Talib yang dipetik daripada MStar Online.
Jumaat lalu Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob diarah berpindah ke Jabatan Perdana Menteri dan diminta melapor diri pada Isnin lepas.
Bagaimanapun Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan pada Isnin lalu membatalkan pertukaran tersebut setelah mereka memberi penjelasan mengenai tindakan mengeluarkan kenyataan media sebelum ini.

Tony Fernandes gesa kerajaan tumpu kejatuhan ringgit, bukan sibuk sekat media sosial

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes melahirkan kebimbangannya dengan kejatuhan ringgit dan menggesa kerajaan mencari penyelesaian segera. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 12 Ogos, 2015. 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes melahirkan kebimbangannya dengan kejatuhan ringgit dan menggesa kerajaan mencari penyelesaian segera.

Putrajaya digesa mengambil langkah bagi memulihkan kejatuhan nilai ringgit daripada terlalu "sibuk" menumpukan kepada perkara lain seperti menyekat media sosial, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes..
Melahirkan kebimbangannya dengan situasi terkini di mana ringgit mencecah 4.0060 bagi setiap dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal pagi ini, beliau berkata kerajaan sewajarnya mencari satu bentuk penyelesaian.
"Ia lebih daripada gaji yang saya terima," katanya kepada pemberita apabila diminta memberi cadangan kepada Putrajaya mengenai kejatuhan nilai ringgit itu hari ini.

"Tetapi, kerajaan perlu fokus kepada rakyat untuk sediakan lebih banyak peluang pekerjaan," katanya selepas majlis memperkenalkan duta baharu AirAsia di Kuala Lumpur hari ini.

PKR dakwa pasaran ‘hukum’ ringgit kerana Najib kunci mulut

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdiam diri tanpa sebarang isyarat tentang usaha untuk memperbaiki situasi ekonomi menyebabkan pasaran bertindak 'menghukum' mata wang ringgit, kata pemimpin PKR Wong Chen (gambar).

Ahli Parlimen Kelana Jaya itu berkata, Najib yang juga memegang jawatan menteri kewangan sewajarnya memberi laluan kepada individu lebih layak untuk memegang jawatan itu.

"Pasaran 'menghukum' ringgit dengan tindakan perdana menteri mengunci mulut sehingga kini. "Beliau perlu meletak jawatan dan menyerahkannya kepada orang yang lebih layak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor pagi ini.

SOALAN MUDAH UNTUK NAJIB - MANA BAKI RM2,600 JUTA, MASIH ADA ATAU SUDAH HABIS?

Derma RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun perbadi Najib Razak bukan saja terus menjadi topik perbualan, bahkan telah membuatkan nama beliau melonjak popular di seluruh dunia dalam sekelip mata.

Popularnya Najib ketika ini sehingga masyarakat seolah-olah tidak lagi menyebut beliau sebagai anak Tun Razak yang sederhana dan berintergriti, tetapi lebih sebagai "raja duit" yang banyak wang dengan tiba-tiba.

Sepertimana kata Tun Mahathir Mohamad, Barack Obama sebagai manusia paling berkuasa pun tidak pernah menerima derma sebesar itu dan keyakinan penderma menyumbang sejumlah itu menjadikan Najib penerima derma paling bertuah dan dipercayai sekali di dunia ini.

Ini tentunya rekod dunia yang lebih tinggi daripada KLCC, walaupun kita kadangkala sedih melihat ada masjid setiap Jumaat terpaksa merayu sumbangan untuk memasang penghawa dingin atau membesarkan lagi ruangan bagi kemudahan jemaah, namun derma yang diterima hanya "ciput" saja sehingga rayuan terpaksa dilakukan setiap minggu.

Jika benar RM2,600 juta itu hanya derma, Najib nampaknya lebih dimuliakan berbanding surau dan masjid yang merupakan laluan utama menuju syurga.

Rekod dunia lagi...

Bagaimanapun, sejak wang itu ditakrifkan sebagai derma, Najib masih berkias-kias mengenainya. Beliau hanya menyatakan ia untuk kepentingan parti dan sedia mendedahkannya jika parti-parti pembangkang juga mahu mendedahkan akaun masing-masing. Namun tidak pula Najib menyatakan sedia mendedahkan akaun peribadinya.

Beliau juga enggan memberitahu siapakah penderma itu, cuma dikatakan daripada Timur Tengah. Siapakah agaknya manusia berhati malaikat yang menderma tidak mengharapkan balasan itu?

Selebihnya, untuk mengesahkan beliau menerima derma itu, Najib turut menyatakan rasa kesal kerana pemimpin-pemimpin UMNO tidak mempertahankannya dengan bersungguh-sungguh sedangkan sudah mengambil wang daripadanya.

Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN dalam mempertahankan Najib menyatakan, penggunaan akaun peribadi lebih selamat berbanding akaun parti dan beliau serta ahli-ahli parti pula lebih yakin mengenainya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz dalam nada yang sama berkata,  kemasukan ke dalam akaun peribadi lebih telus berbanding pemberian wang tunai kepada Najib.

Tengku Adnan Tengku Mansor turut menyatakan amalan biasa bagi mana-mana parti membenarkan presidennya memiliki akaun amanah atas nama peribadi.

Hakikatnya, hanya para menteri yang banyak berkata-kata menyokong kemasukan wang tunai ke dalam akaun peribadi sebagai halal manakala di peringkat bahagian atau akar umbi, lebih banyak yang berdiam diri, malah mengeluh kerana tidak mampu berdepan dengan orangramai dalam isu itu.

Dalam masa yang sama, kiranya kata-kata menteri ini mahu dijadikan pegangan,  ia  memberi gambaran seolah-olah para pemimpin, ketua jabatan, guru besar, pengerusi PIBG dan sebagainya tidak dianggap bersalah jika menerima sumbangan derma ke dalam akaun peribadi mereka.

'Wang itu 26 kali ganda jumlah dibenar' - Nurul Izzah

PKR hari ini menjelaskan mereka membuat keputusan menyaman Datuk Seri Najib Razak susulan kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaunnya kerana jumlah itu terlalu besar.

“(Wang) RM2.6 bilion digunakan itu 26 kali ganda lebih besar daripada jumlah wang dibenarkan (diguna dalam pilihan raya), seperti digariskan undang-undang negara ini,” kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Izzah juga mendakwa pelbagai amalan korup dilakukan BN untuk menang dalam pilihan raya umum ke-13.

PKR saman Najib isu wang RM2.6 bilion

PKR telah memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan melakukan kesalahan pilihan raya susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata saman itu difailkan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Ia juga difailkan terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, syarikat pelaburan negara 1MDB dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saman ini tindakan susulan daripada pendedahan (media berpengaruh antarabangsa) The Wall Street Journal (WSJ),” kata Izzah.

WSJ melaporkan wang itu dimasukkan dua bulan sebelum pilihan raya umum lepas.