Isnin, 10 Ogos 2015

Selamat Hari Lahir, Pak Anwar!

Oleh Muhammad Luqman Ahmad Tarmizi


Penulis mulai berkenalan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Pak Anwar ketika 2008, pasca Pilihan Raya Umum ke-12 yang menyaksikan buat pertama kalinya majoriti dua pertiga kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan berjaya dinafikan.

Siapa tidak terpukau dengan karisma beliau di khalayak umum, pidato yang memukau, persembahan bertenaga di Parlimen dan keupayaan menyatukan barisan pembangkang yang berlainan ideologi. Kini semua tinggal kenangan; beliau kini dinafikan kebebasan, kebebasan yang beliau sendiri perjuangkan berpuluh tahun lamanya.

Kini beliau terpenjara di sebalik jeriji besi, tidak mampu lagi berpencak di pentas pidato; apa lagi yang tinggal untuk kita?

Artikel ini ditulis atas kesedaran penulis yang sudah terlalu lama kita mengagumi beliau sebagai politikus yang lincah, pemidato yang memukau dan bekas timbalan perdana menteri yang dizalimi; saya kira tiba masanya kita menghargai beliau selaku seorang intelektual pencerah, pelontar idea dan pencetus gelombang kebangkitan Malaysia di era moden.  

Politikus intelektual

Memulakan karier awal selaku aktivis mahasiswa, beliau pantas memacu nama selaku aktivis-intelektual muda Islamis yang menggerakkan kebangkitan Islam ketika periode 70-80an, di mana beliau selaku arkitek utama selaku presiden Abim, sebelum mengambil langkah mengejut terjun ke dunia politik sebagai ahli Umno.
Ramai yang mengeluh, alangkah baiknya Pak Anwar terus sahaja setia dengan dunia aktivisme-intelektualisme tanpa perlu menjadi politikus, siapa tahu sekarang mungkin beliau akan dikenang sebagai intelektual sebaris mentornya Syed Naquib dan Syed Hussein al-Attas.

Gelaran “politikus intelektual” yang pernah beliau kalungkan kepada Almarhum Muhammad  Natsir, maestro gerakan dakwah-politik Islam Indonesia, saya kira wajar juga kita kalungkan kepada Pak Anwar. Lincah berpencak di medan siasah, pada masa sama akalnya tidak kontang dari idea-idea pencerahan dan lidahnya tidak kontang dari wacana-wacana segar tentang demokrasi, masyarakat madani dan keadilan sosial.

Berapa ramai politikus di Malaysia yang mampu menukil kata-kata pujangga  Muhammad Iqbal, Jalaluddin Rumi dan Shakespeare dalam ucapannya? Berapa kerat politikus kita yang menghargai tradisi intelektualisme barat dan timur, John Locke dan Rabindranth Tagore?

Konsep “karamah insaniyyah” (kemuliaan insan) berjaya diangkat sebagai wacana sementara konsep Imago Dei dalam tradisi Kristian, di mana manusia dicipta berdasarkan “wajah Tuhan” dikupas dengan bagus sekali.
Selaku anak didik Prof Syed Mohd Naquib al-Attas di masa muda, hal ini sangat tidak menghairankan. Dibantu pula oleh think tank beliau, Institut Kajian Dasar yang beliau sendiri asaskan, di samping menggabungkan diri dengan International Institute of Islamic Thought; asas intelektual berakar begitu kuat dalam diri beliau.

Enam tahun di penjara, pelbagai buku berjaya dihadamkan; dari Origin of Species (Charles Darwin) ke Hamlet (Shakespeare), perspektif dan sudut pandang beliau cukup luas.

‘Maharaja Najib’ sudah jadi diktaktor

Penyalahgunaan kuasa sebagai Datuk Seri Najib Razak jelas membuktikan bahawa "Maharaja Najib" sudah menjadi seorang diktaktor, kata Nurul Izzah Anwar.
Naib presiden PKR itu berkata, Najib sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kuasanya masih lagi berada dalam tangan beliau.
"Amat mengejutkan sekali apabila beliau menyingkirkan pengkritik-pengkritik beliau yang lantang seperti yang berlaku kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri.

"Badan-badan yang menyiasat 1MDB (1Malaysia Development Berhad) juga terpalit. "Seperti penyingkiran peguam negara (Tan Sri Abdul Gani Patail), gangguan serta tangkapan ke atas pegawai SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) serta gangguan ke atas gabenor Bank Negara (Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz).
"Secara tidak langsung tindakan ini merencatkan siasatan ke atas 1MDB," katanya kepada pemberita sewaktu menyambut ulang tahun hari jadi bapanya yang ke-68 di luar Penjara Sungai Buloh hari ini.
Katanya, tindakan represif untuk menekan hak-hak fundamental mempunyai implikasi yang amat buruk kepada reputasi Malaysia di persada antarabangsa.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, tindakan diktaktor Najib itu termasuk memenjarakan mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua semenjak 10 Februari 2015.
"Beliau (Anwar) dipenjarakan kerana menyatukan rakyat unutk bersuara menentang kezaliman, memimpin gerakan reformasi, ketelusan, keadilan, dan kebertanggungjawaban dlam pengurusan negara.
"Beliau dipenjarakan kerana berani menyatukan rakyat untuk menuntut kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun," katanya.

Kena banyak reda, Wan Azizah beritahu isteri Muhyiddin

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau pasti dapat menyelami rasa hati Puan Sri Norainee Abdul Rahman, isteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan tidak dapat tidur malam pada 27 Julai lalu, hari suaminya  digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Ogos, 2015. 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau pasti dapat menyelami rasa hati Puan Sri Norainee Abdul Rahman, isteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan tidak dapat tidur malam pada 27 Julai lalu, hari suaminya digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri.

 Pernah menjadi isteri timbalan perdana menteri yang dipecat daripada jawatannya 17 tahun dahulu dan kini,  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kini memegang jawatan ketua pembangkang yang pernah disandang suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, beliau pasti dapat menyelami rasa hati Puan Sri Norainee Abdul Rahman, isteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan tidak dapat tidur malam pada 27 Julai lalu, hari suaminya  digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri.
"Saya Alhamdulillah, dalam banyak-banyak hal, saya banyak reda.

"Saya boleh tidur sebab saya selalunya (jenis) OK punya," katanya selepas melancarkan buku "Reformasi: Perjuangan Diteruskan" di Puchong malam ini. Menurut Dr Wan Azizah, beliau bersimpati dengan Norainee yang pernah bersamanya dalam pertubuhan kebajikan isteri menteri dan timbalan menteri, Badan Kebajikan dan Amal Tenaga Isteri-isteri (Bakti).
Namun kata Dr Wan Azizah, Norainee lebih beruntung kerana Muhyiddin hanya dipecat dan tidak dikenakan sebarang tuduhan terhadapnya seperti Anwar.
"Sebagai sahabat dia dahulu kami dalam Bakti bersama-sama tentunya saya bersimpati. Dia (Muhyiddin) melalui detik-detik itu (pemecatan) tetapi sekurang-kurangnya dia tidak perlu didakwa," kata Dr Wan Azizah.
Beliau sebelum itu melancarkan buku 'Reformasi: Perjuangan Diteruskan' sempena hari lahir Anwar yang ke-68 pada hari ini.

Wan Azizah syukur Dr Mahathir kini faham perasaan rakyat

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata demikian sewaktu mengulas tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memperbaharui  seruannya agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disingkirkan demi menyelesaikan krisis negara sekarang ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Ogos, 2015. 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata demikian sewaktu mengulas tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memperbaharui seruannya agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disingkirkan demi menyelesaikan krisis negara sekarang ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail gembira apabila bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Datuk Seri Najib Razak perlu disingkirkan.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas tindakan Dr Mahathir yang memperbaharui  seruannya agar Najib disingkirkan demi menyelesaikan krisis negara sekarang ini.
"Alhamdulillah. Itu bermakna dia faham perasaan rakyat dan kebelakangan ini kita lihat Tun Dr Mahathir lantang dalam kritikan kepada perdana menteri.

"Dia tentunya faham dengan mekanisme kerajaan tetapi kalau sekarang ini dia rasa perkara yang rakyat rasa, Alhamdulillah," kata Dr Wan Azizah selepas pelancaran buku meja kopi, Reformasi: Perjuangan Diteruskan (1998 - 2015) di Puchong. Dr Mahathir petang ini pada majlis dialog di Universiti Tuanku Abdul Rahman, Kajang tidak menolak yang salah satu kaedah bagi menyingkirkan Najib adalah dengan turun ke jalan raya.
"Penyelesaian kepada krisis ketika ini adalah mudah, buang orang yang bertanggungjawab buat semua ini.
"Tapi penyelesaian mudah sebegitu juga sukar untuk dilaksanakan," katanya.
Dr Mahathir adalah perdana menteri yang bertanggungjawab memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998.
Pemecatan tersebut mencetuskan gelombang Reformasi yang menuntut amalan kronisme dan nepotisme dalam kerajaan pada masa itu dihapuskan.

Tun M: Street demonstration only as last resort

Mahathir and Najib from the same Evil UMNO Pod

Mahathir and Najib in the same UMNO pod
The deepening rot in Malaysia started a few years into the tenure of former PM Mahathir Mohamad, under whom UMNO became known as ‘Under Mahathir, No Opposition’.
For the best part of 60 years, UMNO Baru, formerly UMNO, was treated with reverence by politicians and the media. It could do no wrong, its actions were never scrutinised, it was not held accountable for any failures, nor were its politicians responsible for mismanagement, corruption or abuse of power.
The actions of both Mahathir and Najib Abdul Razak are guided by fear – fear of losing their power, fear of the unknown, fear of losing their freedom. Below are eight reasons why Najib is doing a Mahathir, and why Umno Baru, and not just Najib, should go.
First. The harassment.
The ordeal faced by the directors and officials of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will revive memories for former Anti-Corruption-Agency (ACA) Director-General Shafee Yahya, who felt Mahathir’s wrath,  in 1998.
Summoned to Mahathir’s office, a fuming Mahathir barked, “How dare you raid my senior officer’s office?”, to be followed by, “Did Anwar Ibrahim ask you to raid the office?”
An official complaint had been lodged about the Director-general of the Economic Planning Unit (EPU), Ali Abul Hassan Sulaiman (and later Governor, Bank Negara Malaysia. Shafee was allegedly ordered by Mahathir to close the case. The EPU was directly under the PM’s Department and its role was to oversee the privatisation of projects.
Today, history is repeated, and Najib also feels threatened by the actions of the MACC, which is trying to investigate the 1MDB scandal.
MACC Communications Director Rohaizad Yaakob, and Special Operations Director, Bahri Mohamad Zin, were transferred immediately and ordered to report to the Prime Minister’s Department. Two other MACC officers allegedly remain in police custody and have been refused bail.
This can only mean one thing. Najib is afraid and he must act before he is toppled, not by the rakyat, but by others who seek his throne.
Second. The women.
In June 1998, a disillusioned Shafee returned home and told his wife Kalsom Taib, that after 33 years of service, he wished to resign. Kalsom coaxed him into staying and told him to hold his head up high, despite Mahathir’s accusation that the ACA “fixed people”.
Shafee was interrogated several times at Bukit Aman, and the family braved several accusations, including one of breaching the Official Secrets Act. Kalsom (photo) later published a book called ‘The Shafee Yahaya Story’ about her husband’s ordeal.
Today, another woman has come to the defence of Bahri. His daughter Eila posted on Facebook that her father, had served the MACC (formerly ACA) for 33 years.
She said, “For decades, he carried out his duties to investigate and arrest those who were out to swindle funds illegally from the rakyat. He and his division succeeded in saving hundreds of millions, from going missing.”
Third. The PM’s response.
Rosmah and Najib nowPolice reports were lodged on June 13, 2000 about Mahathir’s interference in the ACA investigations in June 1998. To date, there has been no further news of any Police action. When asked, Mahathir told the press that he had no recollection of the incident. Mahathir’s selective amnesia is a recurrent excuse.

Today, Najib is seething. He blames the opposition for spreading “false” information about him. At the Pasir Gudang UMNO Divisional Meeting, he said, “I was made a target for no reason”, and said that the people were “flaring up for no reason”. Perhaps, the matter of a RM2.6 billion donation, is of little consequence to him. Anwar could have been a useful scapegoat, except that Najib had had him imprisoned last January.
Fourth. The Pak Lah effect.

Turun Ke Jalan- Pengakhir Perjuangan Tun Dr Mahathir

1. AYT sebelum ini tidak terfikir langsung, bahawa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad akhirnya merestui tindakan turun ke jalan untuk memaksa Dato Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.
2. Dalam tulisan terbaru mantan Perdana Menteri itu melalui blog beliau chedet.cc, Malaysia pada keadaan sekarang sudah bertukar kepada negara korup dan anti demokrasi. Menurut beliau, tiada lagi yang boleh diceritakan kepada dunia luar berkaitan kebaikan yang ada di Malaysia, kecuali keburukan DS Najib Razak dan kemelut 1MDB.
3. Mantan Perdana Menteri itu menceritakan berbagai kelemahan dan keburukan DS Najib, antara lain majlis perkahwinan anak PM ke-6 tesebut yang dikatakan perkahwinan abad ini. Namun, majlis seumpama itu tidak mungkin boleh diadakan jika hanya bersandarkan kepada gaji perdana menteri.
4. AYT tidak sanggup menyatakan semula apa yang ditulis oleh mantan Perdana Menteri itu, kerana ianya lebih banyak kepada keburukan kepimpinan yang ada.
5. Sebagai warga negara, apatah lagi sebagai PM selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir mempunyai hak untuk menulis dan membuat kenyataan dalam sebuah negara demokrasi. Namun, apa yang terlupa oleh mantan Perdana Menteri itu, bahawa DS Najib merupakan seorang pemimpin yang dipilih rakyat, dipilih oleh majoriti ahli parti dan kini masih menerima sokongan daripada ahli parti sepertimana dizahirkan melalui AMT Umno dan Ketua-Ketua Bahagian Umno.
6. Dakwaan terhadap DS Najib khususnya berkaitan 1MDB setakat ini belum ditemukan sebarang salah laku, kerana pihak-pihak yang sedang menyiasat belum lagi membuat keputusan. Manakala, wang RM2.6bilion yang dikatakan sumbangan penyumbang budiman, walaupun tidak lojik atau menagarut bagi mantan Perdana Menteri itu, kerana beliau sendiri tidak berjaya mendapat seringgitpun daripada penderma arab bagi membina Universiti Islam Antarabangsa. Namun, jangan lupa, lain padang lain belalang, setiap manusia mempunyai pendekatannya sendiri, dan setiap manusia mempunyai kelebihannya sendiri.

SPRM jangan gentar ambil keterangan Najib, nasihat Tun M

Walaupun SPRM diganggu, Tun M berharap SPRM tidak gentar untuk meneruskan siasatan dan mengambil keterangan Najib.
mahathir,najib,sprm
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu takut untuk memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penjelasan berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, gangguan terhadap pegawai-pegawai SPRM sepatutnya tidak menakutkan suruhanjaya bebas itu untuk mendapatkan penjelasan daripada Najib.
“Pihak SPRM tidak seharusnya gentar bahkan harus memanggil Datuk Seri Najib Razak agar dapat menyiasat mengenai wang derma sebanyak RM2.6 bilion dan juga kes mengenai syarikat SRC International Sdn Bhd,” katanya.
Katanya, pembatalan arahan perpindahan dua pegawai SPRM merupakan satu-satunya perkara positif yang didengari setakat ini.
“Ini hanya perkara positif yang saya dengar setakat ini. Tetapi adakah mereka berani memanggil Najib untuk soal siasat,” katanya.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa membatalkan arahan perpindahan Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob ke Jabatan Perdana Menteri.

Wanita UMNO Pasir Gudang Yang Serah Memo Kepada Najib Akan Dikenakan Tindakan Disiplin?

Laporan mengenai '107 Cawangan Umno dari Bahagian Pasir Gudang minta Najib berehat dari jawatan' telah disiarkan oleh Malaysia Gazette semalam.. tapi hari dah tak ada..

Walaupun begitu ianya telah disiarkan kembali oleh beberapa buah Blog samada Pro UMNO mahupun Pro Pembangkang dan juga laman Facebook.

Wanita Umno Pasir Gudang dari Cawangan Mawar yang menyerahkan memorandum kepada Najib yang merasmikan mesyuarat parti di Pasir Gudang, hari ini dilaporkan mungkin akan dikenakan tindakan disiplin.

Berikut adalah laporannya..

JOHOR BAHRU, 10 Ogos: Tindakan disiplin akan diambil ke atas ahli Wanita Umno Pasir Gudang yang menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan mesyuarat parti di Pasir Gudang, semalam.  
Difahamkan, Wanita Umno berkenaan yang juga pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) negeri Johor yang bertugas untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas.  
Kerusi DUN Permas dipegang oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga ketua bahagian Pasir Gudang. Gambar Norwati bersama memorandum, yang dikatakan disokong oleh 107 ketua cawangan Umno, dari bahagian Pasir Gudang, disebar di Facebook, sejak lewat petang semalam.  
Memorandum yang mempunyai 12 usul itu antaranya, meminta Najib berehat dari jawatan, diserahkan secara peribadi kepada presiden Umno selepas beliau merasmikan mesyuarat bahagian Pasir Gudang, semalam.  
Sumber yang dekat dengan JASA berkata, mengikut peraturan, pegawai berkenaan mungkin berdepan dengan tindakan disiplin dan tatatertib susulan tindakan beliau.

“Sebagai pegawai kerajaan di agensi penerangan, penglibatan beliau dalam parti politik perlu mendapat kebenaran dari ketua pengarah jabatan,” kata sumber kepada The Rakyat Post.  
Sumber mendedahkan pegawai yang mempunyai 10 tahun pengalaman bersama jabatan sepatutnya faham dengan tatakelakuan sebagai penjawat awam di mana beliau turut berurusan dengan Najib, bukan sahaja presiden Umno tetapi juga perdana menteri negara.  
“Kami masih menunggu arahan dari ibu pejabat sekiranya siasatan akan dibuat ke atas pegawai berkenaan,” katanya.  
Terdahulu, dalam majlis berbeza, setiausaha Umno Johor, Md Jais Sarday berkata, beliau tidak nampak apa-apa masalah untuk ahli parti menyerahkan memorandum kepada pemimpin tertinggi.  
“Saya percaya, ahli parti mempunyai hak untuk berbuat demikian,” katanya selepas melancarkan resepsi Aidilfitri Jbiotech UTM-MTDC di Skudai, hari ini.  

Nurul Ilham Anwar: Golongan Muda Meningkatkan Semangat & Keupayaan

Sivarasa Rasiah: Najib Dah Masuk Ke Dalam Kawasan Penjuru, Tak Tahu Macam Mana Nak Lari

Lim Kit Siang: Anwar Masih Calon Kita Untuk Menjadi Perdana Menteri

Syabas KPN, tapi polis juga perlu pertahankan negara

oleh Hazlan Zakaria
Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Ketua Polis Negara (KPN) Khalid Abu Bakar atas pendiriannya, bahawa pasukan polis yang diketuainya bersedia mempertahankan kerajaan yang dipilih secara demokratik, dan juga akan setia kepada kerajaan seterusnya jika ada pertukaran yang demokratik dan sah.
Bernama memetiknya sebagai berkata, polis berperanan mengekalkan kestabilan negara dan tidak boleh goyah dan mudah dimanipulasi kerana ketika ini ada ancaman yang boleh menggugat kestabilan negara hanya dengan menyebarkan maklumat tidak tepat di media sosial.
"Adalah menjadi tanggungjawab polis dalam memastikan kerajaan yang dipilih rakyat ini kekal memerintah negara dan perdana menteri yang dipilih perlu diberi penghormatan yang sepatutnya,” katanya seperti dipetik.
Beliau juga dilaporkan berikrar yang PDRM akan menyokong semu dasar yang dibuat perdana menteri Najib Razak dan barisan jemaah menteri yang dilantik, dan akan kekal taat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengekalkan keharmonian negara.
Akan tetapi KPN juga berkata, polis tidak akan menghalang sesiapa sahaja daripada menukar kerajaan, jika ia dibuat dengan mengikut perlembagaan dan demokrasi.
“Jika esok kerajaan baru ditubuhkan, polis akan setia dan mematuhi kerajaan baru itu,” katanya.
Justeru sebagai tambahan kepada puji-pujian saya, saya juga ingin menambah yang beliau patut sedar bahawa tugasnya bukan sahaja mempertahankan “barisan kepimpinan kerajaan semasa”, seperti yang dilaporkan Bernama ini, tetapi juga institusi tadbir urus dan integritinya secara keseluruhan.

Teman sepermainan kongsi pengalaman membesar bersama Anwar

AnwarSHAH ALAM, 10 OGOS: Umumnya masyarakat negara ini mengenali Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang tokoh politik yang memiliki daya juang tinggi dalam memperjuangkan keadilan dan memerangi rasuah sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara lebih baik.
Menurut beberapa teman sepermainan Anwar di zaman kanak-kanak sempena ulang tahun kelahiran beliau ke-68 hari ini, kegigihan ditunjukkan Anwar hari ini bukan sesuatu yang baru tetapi sudah terserlah sejak beliau masih kanak-kanak lagi.
Pak Tih, 68, atau nama sebenarnya Osman Ibrahim berkata, Anwar pernah menyatakan hasratnya untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang memperjuangkan nasib rakyat miskin semasa beliau bersekolah di tingkatan dua lagi.
“Suatu hari masa di tingkatan 2, ketika subjek Physical Training (PT) saya dan beberapa rakan lain bersiap sedia untuk ke padang untuk bermain sofbol, ragbi atau sebagainya.
“Saya tengok Anwar masih tak bersiap, ‘dok’ tekun baca buku. Saya ajak Anwar bermain sama, apa nak jadi ‘hang’ ni Anwar, tak nak bersukan, marilah kita main sama, kata saya.
“Anwar jawab, ‘hang’ mainlah. Aku nak baca buku sebab suatu hari nanti aku nak jadi Perdana Menteri, kata dia dan kami ketawa kerana kami tak tahu pun apa makna Perdana Menteri,” kata Pak Tih kepada Selangor Kini.
Jelas beliu, Anwar bukan sahaja pernah menduduki kerusi nombor dua dalam hariki pentadbiran negara, malah pernah memangku jawatan Perdana Menteri.
11831733_616133311823282_2770055484438340919_nTambah Pak Tih, selain fokus terhadap apa yang diperjuangkannya, ketokohan Anwar juga sudah menyerlah berbanding kanak-kanak lain sehingga kerap menarik perhatian para guru.
“Dia kerap bertindak sebagai ketua semasa bermain. Contohnya kalau main pertandingan memasak dia akan jadi pengadil dan berusaha menyediakan hadiah yang biasanya berupa roti buku dan lain-lain.
“Dia juga cukup disayangi guru mengaji, ustaz, imam dan guru sekolah sehingga ada beberapa orang tua di kampung Cherok To’kun mengambil dia sebagai anak angkat,” kata beliau lagi.
Salah seorang guru yang pernah mengajar Anwar, Allahyarham Zainal Abidin juga mempunyai pengalaman menarik seperti yang dikongsikan anaknya, Mohd Zainizam Zainal Abidin, 40.
“Bapa saya cerita masa di darjah 2 lagi dia dah kesan Anwar adalah seorang yang istimewa, lain dari budak lain.

Kami tidak pernah berhenti berharap papa dibebaskan – Nurul Izzah

Ahli keluarga dan pemimpin pembangkang akan terus berusaha membebaskan Anwar Ibrahim yang dipenjara sebagai tahanan politik.
izzah,anwar
SUNGAI BULOH : Nurul Izzah Anwar berkata keluarganya tidak berhenti berharap supaya bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh.
Naib Presiden PKR itu berkata, mereka sekeluarga dan pemimpin pembangkang lain akan terus berusaha untuk membebaskan bapanya yang dipenjara sebagai tahanan politik.
Katanya, Anwar dipenjara kerana memimpin Pakatan Rakyat yang memenangi 52 peratus daripada undi popular di Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
“Beliau dipenjarakan kerana mengajak rakyat untuk bersuara menentang kezaliman, memimpin gerakan reformasi, ketelusan, keadilan dan kebertanggungjawaban dalam pengurusan negara.
“Beliau dipenjarakan kerana berani menyatukan rakyat untuk menuntut kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun. Inilah nilai-nilai demokratik yang diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim dan kami sebagai keluarga beliau meneruskan kesinambungan perjuangan tersebut,” tegasnya.
Dia berkata demikian ketika menyertai ahli keluarganya serta kira-kira 50 pemimpin dan penyokong pembangkang menyambut Ulang Tahun Kelahiran Anwar ke-68 di pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Isnin.
Tiga kek dan sebuah poskad besar yang ditandatangani kepimpinan PKR dan orang ramai menjadi simbolik bagi meraikan majlis itu.
Mereka turut menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi Anwar Ibrahim’ dan melaungkan ‘Reformasi’ serta ‘Bebaskan Anwar’.
Pada 10 Februari lalu, Anwar dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun kerana bersalah meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Ahli keluarga dan pembangkang tidak menerima keputusan itu dan menganggap Anwar sebagai tahanan politik kerana dianggap ancaman kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kesahihan ‘deraf pendakwaan’ terhadap Najib masih belum terjawab - Nurul Izzah

SPRM dan Peguam Negara wajib menjawab adakah ia benar-benar wujud atau sekadar fitnah untuk menjatuhkan PM.
nurul-izzah_abu-kassim_apandi-ali_60
SUNGAI BULOH :Kebenaran kewujudan ‘deraf pendakwaan’ atau kertas pertuduhan awal terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiarkan Sarawak Report baru-baru ini masih lagi belum terjawab.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata ramai rakyat Malaysia tertanya-tanya adakah kertas pertuduhan itu benar-benar wujud atau sekadar fitnah.
Katanya, persoalan yang bermain di benak fikiran setiap rakyat Malaysia itu wajib dijawab oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim yang masih lagi bercuti dan Peguam Negara baharu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
“Kita harus tahu adakah kertas pendakwaan Perdana Menteri itu benar-benar wujud dan benar-benar sah.
“Jadi saya fikir bila cakap tentang kes yang melibatkan Perdana Menteri sendiri, kita mahu kenyataan yang berterusan, konsisten dan terkini,” katanya kepada pemberita di luar Penjara Sungai Buloh pada Isnin.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mendakwa, arahan pertukaran dua pegawai SPRM yang kemudiaannya dibatalkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa ada kaitan dengan kewujudan kertas pertuduhan itu.

'Najib perlu isytihar akaun peribadi kepada LHDN' - Tun M

KAJANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta mengisytiharkan derma di dalam akaun peribadinya pada setiap akhir tahun kepada Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perdana menteri juga berhak mempunyai akaun peribadi tetapi perlu dilaporkan bakinya pada masa yang ditetapkan.

"Semua ada akaun peribadi tetapi apabila kita masuk duit di dalam akaun kita, pada akhir tahun ada baki kena lapor cukai pendapatan. Najib perlu isytihar akaun peribadi kepada LHDN. Tetapi kalau tidak ada laporan jadi satu kesalahan," katanya.

Tun Dr Mahathir berkata demikian semasa sidang media selepas menjadi penceramah jemputan khas pada Pesta Minda Malaysia ke-11 di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di sini hari ini.

Pada Ahad, Majib menegaskan dana politik yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau bukan untuk kepentingan diri, tetapi bagi membiayai aktiviti parti dan menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) terhadap masyarakat.

Jelas Najib, usaha untuk mencari dana bagi keperluan parti dan masyarakat merupakan sebahagian daripada tugasnya sebagai Presiden UMNO dan tidak pernah dipertikai oleh mana-mana pihak sebelum ini.

Malah menurut Perdana Menteri, penerimaan dana politik merupakan amalan dalam parti sejak era Tun Dr Mahathir sendiri.

Selepas SPRM, Dr Mahathir kata mungkin Gabenor Bank Negara sasaran seterusnya

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun ia sekadar khabar angin, tidak mustahil ia boleh menjadi nyata. – Gambar oleh The Malaysian Insider Nazir Sufari, 10 Ogos, 2015. 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun ia sekadar khabar angin, tidak mustahil ia boleh menjadi nyata.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mungkin akan menjadi mangsa seterusnya selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditekan hebat oleh Putrajaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri paling lama tersebut berkata, walaupun ia sekadar khabar angin, tidak mustahil ia boleh menjadi nyata.
"Itu khabar angin yang saya dengar, tapi dalam kes ini khabar angin itu biasanya mempunyai kebenaran," katanya pada sidang media selepas dialog di Universiti Tunku Abdul Rahman, Kajang hari ini.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai sumber khabar angin tersebut. Zeti antara individu di peringkat tertinggi yang menganggotai pasukan petugas khas menyiasat skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Namun kebelakangan ini, Zeti menjadi perhatian umum apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, polis akan menyoal siasat lebih ramai pegawai SPRM, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara bagi memberi keterangan dalam siasatan maklumat bocor 1MDB.

Singkirkan individu punca krisis, kata Tun M

KAJANG - Krisis yang dihadapi negara ketika ini hanya boleh diselesaikan dengan menyingkirkan individu yang menjadi puncanya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata, perkara tersebut bukanlah mudah untuk dilakukan.

"Krisis sekarang, penyelesaiannya mudah tapi susah iaitu singkirkan individu yang menyebabkan krisis. Masalahnya ialah bagaimana untuk melakukannya?

"Mengenai itu... saya tiada jawapan," katanya ketika menjawab soalan salah seorang peserta  dalam sesi soal jawab di Pesta Minda Malaysia ke-11 di Universiti Tunku Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya dalam sidang media sama beliau merujuk punca itu krisis kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata, "adakah ada orang lain?".

Menurut beliau, gesaan untuk Najib berundur telah disuarakan oleh ramai rakyat termasuk ahli Umno.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mendakwa, Najib tidak akan sesekali berundur kerana beliau telah berjaya 'membeli' sokongan rakyat.

"Orang Umno cakap mereka tidak puas hati dengan kepimpinan Najib dan minta beliau berundur. Tetapi Najib enggan hanya kerana beliau sudah beri duit kepada semua orang untuk membeli sokongan. Itu salah," katanya.

Sembang: Pertukaran pegawai SPRM tiada kaitan dengan siasatan 1MDB, kata Ali Hamsa

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri tidak kena mengena dengan siasatan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Ogos, 2015. 
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri tidak kena mengena dengan siasatan 1MDB.

Pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri sebagaimana diumumkan minggu lepas tiada kaitan dengan penyiasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini.
“Ia tidak kena mengena dengan siasatan 1MDB," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan petugas awam bersempena sambutan Aidilfitri di Kuching.
Dua pegawai itu, Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin, dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob melaporkan diri bertugas di pejabat SPRM pagi ini.

Mereka sepatutnya melaporkan diri bertugas di Jabatan Perdana Menteri hari ini.  Hamsa berkata beliau sudah bersemuka dan berbincang dengan 2 pegawai itu. – Bernama

ESOK DAH SELASA KALI KE-6 !!.. Dah LEBIH SEBULAN hoiii.. Nak tunggu Selasa bila nak saman WSJ ??!!.. Selasa tahun depan ka !!

Mana samannya Najib Razak !!!

Katanya nak failkan saman itu melalui peguamnya di Kuala Lumpur pd 7/7/2015.. TAPI MANA ??!!

Penyokong2 & tukang jilat Najib apa komen.. 
Kenapa membisu !!!

Saya belanja kurang RM50 juta untuk menang lima pilihan raya - Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menghabiskan kurang daripada RM50 juta bagi semua lima pilihan raya umum sepanjang menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

"RM2 bilion lebih untuk satu pilihan raya adalah tidak masuk akal. Saya hanya perlukan kurang daripada RM10 juta bagi setiap pilihan raya dan saya memenangi semuanya dengan lebih daripada dua pertiga majoriti, " katanya dalam entri terbaru blog beliau hari ini.

"Mengapa anda perlu 2.6 bilion lebih atau 2,600 juta ringgit? Adakah ia untuk merasuah ahli-ahli politik dan kakitangan awam, atau untuk menipu pilihan raya. Itu tidak betul, malah salah di sisi undang-undang," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas mengenai RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib sebelum ini berkata wang tersebut adalah dana yang datang daripada penderma politik.

Dr Mahathir berkata membelanjakan lebih RM2 bilion untuk pilihan raya di Malaysia oleh mana-mana pihak adalah salah.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan bahawa dana politik dalam jumlah yang terlalu tinggi itu mungkin membawa kepada penipuan undi dan rasuah.

"Dengan dana yang besar yang beliau ada, beliau mungkin berada dalam kedudukan untuk merasuah demi kemenangan. Beliau juga boleh menggunakan wang itu untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya," katanya merujuk kepada Najib.

Beliau berkata, dengan mengisytiharkan bahawa dana sebanyak RM2.6 bilion adalah sumbangan politik, Najib kini selamat daripada dipertanggungjawabkan.

Pada Ahad, Najib menegaskan beliau tidak pernah mempersoalkan tentang dana politik sewaktu menjadi Timbalan Presiden UMNO sebelum ini.

Dr Mahathir tidak percaya 3 juta ahli Umno sokong Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak percaya semua 3 juta ahli Umno menyokong Datuk Seri Najib Razak seperti didakwanya sebelum ini, malah ahli parti Melayu itu sendiri secara terbuka mengkritik presidennya.
Dr Mahathir berkata daripada perkembangan semasa khususnya menerusi Internet dan media sosial, beliau tidak merasakan majoriti ahli Umno menyokong perdana menteri itu.
"Kalau kita baca dalam Internet, Twitter dan sebagainya, orang ramai suruh dia berhenti (letak jawatan), ramai yang suruh itu juga ahli Umno sendiri.

"Saya pun ahli Umno juga," kata Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri dan presiden Umno pada sidang media selepas sesi dialog di Universiti Tunku Abdul Rahman di Kajang, Selangor hari ini. Walaupun Najib dikatakan mendapat sokongan daripada ketua bahagian yang sudah menyatakan pendirian mereka berdiri di belakangnya, Dr Mahathir berkata ia disebabkan kerana peruntukan yang diberikan kepada setiap pemimpin akar umbi tersebut.
"Najib sudah mengaku memberikan wang kepada orang (ketua bahagian) dan mempersoalkan mengapa mereka tidak menyokongnya.
"Mereka sudah dapat wang jadi sebab itu mereka menyokongnya. Jika tidak ada wang mereka tidak menyokongnya," kata Dr Mahathir.

Singkir Najib untuk selesaikan krisis negara, kata Dr Mahathir

Jalan paling mudah untuk menyelesaikan krisis negara ketika ini adalah dengan menyingkirkan individu yang menjadi punca kepada masalah tersebut iaitu Datuk Seri Najib Razak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir tidak mengatakan secara spesifik individu dimaksudkannya, bagaimanapun diketahui umum beliau paling lantang mengkritik Najib dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pernah menggesa peletakan jawatannya.
"Penyelesaian kepada krisis ketika ini adalah mudah, buang orang yang bertanggungjawab buat semua ini.

"Tapi penyelesaian mudah sebegitu juga sukar untuk dilaksanakan," katanya semasa dialog di Universiti Tunku Abdul Rahman, Kajang hari ini. Namun, Dr Mahathir berkata tidak mengetahui bagaimana untuk menyingkirkan pemimpin nombor satu negara itu.
"Masalahnya bagaimana nak lakukan? Bahagian itu saya tidak ada jawapan lagi," katanya.

Derma RM2.6 bilion: Dunia ketawakan kita – Tun M

KUALA LUMPUR, 10 Ogos:
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini menimbulkan keraguan mengenai jumlah wang derma RM2.6 bilion yang didakwa dari Timur Tengah untuk membantu dana kempen politik di Malaysia.
Dalam entri terbaru di blognya, Dr Mahathir menimbulkan persoalan siapa yang mahu mendermakan USD$700 juta kepada Perdana Menteri Malaysia yang berkhidmat pada hari ini, sedangkan Presiden Amerika Syarikat tidak mampu menerima dana sebanyak itu dalam kempennya.
Mahathir merujuk kepada jumlah sumbangan yang besar telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang didakwa daripada penderma dari Arab.
“Arab sememangnya bermurah hati, tetapi tidak semurah hati seperti itu.
“Saya sendiri tidak berjaya mengutip walaupun satu dolar daripada mereka untuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ataupun Pusat Islam Oxford,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri yang berpengalaman selama 22 tahun.
Beliau menjelaskan, dakwaan bahawa terdapat sumbangan derma dari orang Arab yang berjumlah bilion ringgit adalah digambarkan sebagai angan-angan.
“Saya tidak percaya dan majoriti rakyat Malaysia juga tidak percaya berdasarkan komen-komen di media sosial. Dunia ketawakan kita,” katanya.

Petisyen bebaskan Anwar dapat sokongan 40 ahli akademik, pemimpin dunia – Nurul Izzah

watermark kek anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (tengah) bersama anak-anaknya memotong kek sebagai tanda solidariti bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Penjara Sungai Buloh, hari ini.

SUNGAI BULOH, 10 Ogos:

Solidariti pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik didakwa mendapat sokongan di kalangan pemimpin dunia yang telah menandatangani petisyen pembebasan Anwar Ibrahim.
Malah menurut Ahli Parlimen lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, pemenjaraan bapanya itu mendapat perhatian di kalangan pemimpin dunia yang mengesa pembebasan bekas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, seramai 40 ahli akademik dan tokoh antarabangsa telah menandatangani Panggilan Global untuk Pembebasan Anwar Ibrahim, Tahanan Politik Malaysia.
“Kami terus bersyukur atas dokongan dan galakan berterusan daripada keluarga, serta sahabat handai.
“Kami juga bersyukur atas sokongan dan semangat solidariti yang ditunjukkan oleh pemimpin dunia, ahli-ahli akademik serta NGO sedunia yang telah bersatu untuk menggesa kerajaan Malaysia membebaskan Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik tanpa sebarang syarat.
“Kami ingin merakamkan penghargaan kami terhadap bekas pemimpin sedunia, Bacharuddin Jusuf Habibie, Abdullah Gul, Al Gore, Joseph Estrada, Gordon Brown, Rashid Ganouchi yang telah menandatangani petisyen ‘Panggilan Antarabangsa untuk Keadilan bagi Anwar Ibrahim dan mengembalikan demokrasi di Malaysia’,” katanya ketika ditemui di pekarangan Penjara Sungai Buloh hari ini.

Peguam Negara perlu jelas status siasatan terhadap Najib


Najib-1mdb-parlimen-685x320-650x400


Belum pun kedengaran berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Datuk Seri Najib Razak untuk disoal siasat berhubung skandal 1MDB, beliau sendiri mengumumkan telah disahkan tidak bersalah oleh badan anti-rasuah tersebut.
Media melaporkan semalam bahawa Perdana Menteri telah mendakwa yang SPRM sudah mengesahkan “derma” yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya bukan rasuah, dan bukan dana daripada 1MDB.
Beliau dipetik sebagai berkata: “Jangan kata saya jual negara. Saya tidak akan jual negara, saya Perdana Menteri yang akan dipertanggungjawab atas apa saja yang saya lakukan. Dan saya terima (dana) pun bukan kerana saya bagi kontrak”.
Sehubungan itu, Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh, berkata pengumuman Najib itu sangat tidak wajar kerana ia adalah hak Peguam Negara semata-mata.
Katanya, Najib sendiri sedar beliau sedang disiasat, dan tidak patut memberi sebarang komen kerana ia akan menimbulkan persepsi sudah berlaku campur tangan tugas yang boleh memberi kesan kepada kewibawaan keputusan siasatan nanti.
“Ini adalah perkara paling asas dan Perdana Menteri sebagai pemimpin sepatutnya tahu perkara ini.
“SPRM dan Peguam Negara tidak boleh berdiam diri dalam hal ini. Sikap mereka berdiam diri akan menimbulkan lebih banyak persoalan lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Dana Politik: DAP sedia dedah akaun, Najib berani ke?

GEORGE TOWN, 10 OGOS: DAP bersedia untuk mendedahkan sumbangan politik yang diterimanya kerana ia tidak ada apa-apa untuk disembunyikan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata beliau menerima cabaran Datuk Seri Najib Razak yang mahu parti-parti pembangkang, khususnya DAP, mengisytiharkan sumbangan politik sebelum beliau berbuat demikian bagi pihak UMNO.
Katanya, DAP boleh mengisytiharkan akaunnya pada kongres parti kerana memang sudah menjadi amalan biasa untuk mengemukakan semua akaun sewaktu persidangan parti.
Sehubungan itu, beliau berharap Najib tidak lari daripada menjawab segala persoalan tentang “derma” RM2.6 bilion yang diterimanya, termasuk siapa yang memasukkan wang tersebut ke dalam akaun peribadi beliau.
“Agaknya Najib ingat ini macam main guli. Awak tunjuk awak punya, saya tunjuk saya punya, Apa punya Perdana Menteri ini?
“Kami sudah tunjukkan segala-galanya. Jika mahu tunjuk, tunjuklah. Kami tak takut apa-apa pun,” katanya berucap di mesyuarat khas cawangan-cawangan protem DAP di sini semalam.
Perdana Menteri masih berdolak-dalik tentang wang RM2.6 bilion tersebut yang dikaitkan dengan skandal 1MDB. Sebaliknya Najib cuba mengalih pandangan dengan meminta parti pembangkang mendedahkan sumbangan politik mereka.
Sejak media antarabangsa Wall Street Journal pada 3 Julai lalu mendedahkan bahawa Najib telah menerima wang tersebut yang dikaitkan dengan 1MDB, Perdana Menteri masih belum menafikan tuduhan tersebut.

Dr M alleges Najib paid Umno members for their support

Former PM claims not all three million members support Najib Razak’s leadership and those who do, have most likely have been paid off.
mahathir,umno,tak-sokong
KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Razak has paid off some Umno members for their continued support of his leadership, alleged Dr Mahathir Mohamad today.
The former premier said this while commenting on how Umno had become a divided party with a president who no longer had the full backing of all members as he liked to claim.
Speaking to reporters after a student and faculty event at Universiti Tunku Abdul Rahman where he was a guest speaker, Mahathir said, “Umno is divided due to the leadership of Najib.”
“His performance should be better than Abdullah (Ahmad Badawi), but as we know now, Umno’s performance has worsened with him at the helm.”
Mahathir said that from what he had heard, most members were not satisfied with Najib’s leadership and had asked for his resignation although their president had refused to budge.
He also said that paying off members in exchange for their support, which he alleged Najib had done, was ethically wrong.
“There are a lot of division leaders, members of parliament and other office holders that Najib frequently calls in for briefings.
“And now, Najib admits, he gave money to members. Why would they not support him?” asked Mahathir, referring to Najib’s admission that the USD700 million that was deposited into his personal accounts was not for his personal use.

Rafizi: “Ringgit pasti naik semula andai…”


Rafizi Ramli

SUNGAI BULOH – Pengunduran Datuk Seri Najib Tun Razak dari kedudukannya sebagai Perdana Menteri didakwa bakal mengembalikan nilai ringgit yang terus jatuh sejak kebelakangan ini.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, pelabur dari dalam dan luar negara menarik kembali pelaburan mereka kerana tidak lagi yakin dengan ekonomi negara susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya sendiri yakin, kalau Datuk Seri Najib letak jawatan dan ada seorang perdana menteri peralihan, mata wang kita akan naik balik kerana salah satu sebab utama jatuhnya mata wang kita ialah pelabur asing tidak yakin lagi dengan Malaysia. Mereka tarik balik semua wang mereka...saham, simpan duit, pegangan syarikat, mereka jual semua.

“Lambakan jualan ringgit inilah mengakibatkan ringgit jatuh mendadak sebab mereka mahu dapatkan balik dolar mereka. Bagi saya, kalaulah beliau cuti atau letak jawatan sahaja, nilai ringgit Malaysia akan naik balik. Itu mungkin jasa beliau yang boleh dibuat sekarang,” katanya kepada Sinar Online ketika ditemui, hari ini.

Ringgit jatuh ke paras terendah dalam tempoh 17 tahun, 6 Ogos lalu di mana ringgit disebut harga pada 3.9005/9035 berbanding dolar daripada 3.8760/8790.
 

Dr M: Boleh demo desak Najib undur..

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perhimpunan jalanan hanya boleh dijalankan sebagai langkah terakhir untuk menyingkir Datuk Seri Najib Razak dari jawatan perdana menteri.

"Itu hanyalah sebagai langkah terakhir. Kita bukan orang ganas. Kita tidak sepatutnya memilih jalan demostrasi kerana ia akan menyusahkan orang lain.

“Tetapi jika tiada jalan lain, ia boleh dilakukan,” kata bekas timbalan perdana menteri itu dalam satu sidang media di Universiti Tunku Abdul Rahman petang ini.

Beliau menjawab soalan mengenai perhimpunan #TangkapNajib pada 1 Ogos dan perhimpunan BERSIH 4 yang dirancang untuk diadakan pada 29 dan 30 Ogos untuk menekan Najib agar meletak jawatan.

Rupa2nya dah ada kat negeri BN.. Nak keluar berita kat TV3, TV1 atau TV2.. Jangan harap ler...!!

Bertuahnya jadi rakyat negeri BN Pahang.. Tak yah susah2 bazir duit nak pi Marikh..

Kenapa Najib sinonim dengan 'JET' mahupun 'PESAWAT' ??

Syukur Malaysia Semakin Terkenal Serata Dunia..
Terima Kasih Najib Razak !!!

Tun M: Our institutions are being hijacked

Tun M: Vision 2020 in jeopardy

Isu RM2.6 bilion: Najib berdepan dengan perang persepsi, kata Syed Hamid

Menteri Umno mahu sidang khas lantik bos baru PAC

Mahathir: Reinstating MACC duo is good news

Zahid not necessarily Najib's successor, says Dr M

Dr M: Street demo to oust Najib only as last resort

Poskad besar, 3 kek hadiah hari jadi Anwar ke 68

DAP tetap pilih Anwar sebagai PM

Aborted transfers -- probably shortest in PSD history!

Nurul Izzah: Cancelling transfers not enough

Derma Arab RM2.6 bilion, mengarut Kata Mahathir


Biarkan SPRM bebas siasat skandal 1MDB

Manivanan Gowin 4aSHAH ALAM, 10 OGOS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sewajarnya tidak diganggu polis dalam siasatan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ini kerana campurtangan pihak tertentu dalam siasatan berprofil tinggi membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pasti membuahkan keputusan tidak telus dan menjejaskan integriti SPRM sendiri.
Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan, berkata SPRM seharusnya diberi ruang secukupnya dalam perkara itu kerana kes itu membabitkan satu jumlah wang besar, RM 2.6 bilion, yang menjadi pertikaian rakyat masa kini.
“Campurtangan pihak lain seperti polis menjejaskan siasatan dan kita melihat tindakan ini sebagai sesuatu yang tidak wajar pihak berkuasa berkenaan.
“Tindakan dibuat itu dipercayai mahu melindungi pihak tertentu selain pertukaran kaki tangan SPRM secara serta merta yang menimbulkan tanda tanya,” katanya kepada Selangor kini di sini, hari ini.

Tempoh sukar tidak memihak kepada pembangkang, kata DAP

Pemimpin veteran Lim Kit Siang berkata, keadaan tidak menyebelahi mana-mana pihak, baik pembangkang mahu pun kerajaan, ketika negara sedang menghadapi krisis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Ogos, 2015. 
Pemimpin veteran Lim Kit Siang berkata, keadaan tidak menyebelahi mana-mana pihak, baik pembangkang mahu pun kerajaan, ketika negara sedang menghadapi krisis.

 Malaysia kini melalui fasa yang mencabar dengan isu seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi tidak bermakna keadaan berpihak kepada pembangkang, kata DAP.
Pemimpin veteran Lim Kit Siang berkata, keadaan tidak menyebelahi mana-mana pihak, baik pembangkang mahu pun kerajaan, ketika negara sedang menghadapi krisis.
"Semua orang faham Malaysia menghadapi krisis dan sebagai rakyat Malaysia, semua pihak perlu cuba menyelamatkan negara.

"Fokusnya sekarang adalah cuba selamatkan Malaysia," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini. Lim mengulas kenyataan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam yang mengatakan beliau dalam "Pasukan Umno" dan tidak memihak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau timbalan perdana menteri yang disingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu perbalahan parti ketika ini.
"Persoalannya ialah sama ada beliau dalam 'Pasukan Malaysia'. Saya rasa itu yang perlu difikirkan menteri Umno dan tiga juta ahlinya.
"Malaysia perlu didahulukan. Kepentingan negara perlu diutamakan berbanding yang lain. Adakah semua menteri dalam "Pasukan Malaysia"?" soal ketua Parlimen DAP itu.

FOMCA: Pasca GST, pengguna ikat perut peniaga gulung tikar

SHAH ALAM, 10 OGOS: Corak perbelanjaan pengguna lebih berhati-hati dan terpaksa membuat pilihan untuk mengelakkan bebanan selepas hampir empat bulan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
Pola itu menyaksikan peniaga berhadapan masalah terhadap hasil jualan terutama barangan yang dikenakan GST memandangkan pengguna cuba mengurangkan kos perbelanjaan mereka.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penggguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, peniaga pastinya berhadapan kos operasi yang tinggi sejak pelaksanaan GST.
“Apabila pengguna cuba untuk tidak membeli barangan yang dikenakan GST, ia turut memberikan kesan kepada peniagaan.
“Jika pengguna mula kurang membuat pembelian, ia memberikan kesan kepada peniaga,” katanya kepada Selangor Kini.
Jelasnya, GST yang dilaksanakan 1 April lalu, banyak peniaga terpaksa gulung tikar seperti yang dilaporkan media kerana tidak mampu menanggung perbelanjaan.
Katanya, perkara itu perlu dilihat secara serius bagi mengelakkan lebih banyak peniaga menjadi mangsa gulung tikar.

Shahbudin: Umno has begun rejecting Najib

This year the Umno President is not too busy to attend divisional annual general meetings whether invited or otherwise
Shahbudin-Husin,-najib,-umno
KUALA LUMPUR: A political analyst has taken to his blog to point out in his latest posting that Prime Minister Najib Abdul Razak’s current two approaches viz. “buruk siku” (demanding back something given) and “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong” (Your nose is flat, to make it appear pointed, you push forward your cheeks) shows that he’s increasingly desperate to defend himself by any means possible and available although there are increasing signs that he’s no longer wanted by Umno members.
In daily life, said Shahbudin Husin, the “buruk siku” and “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong” types, combined with their tendency to blame others for their own mistakes, are the ones that end up being the most hated.
“Najib will find himself increasingly isolated from Umno members and the people as a result of these two tendencies and blaming others for his own mistakes.”
“A visit to his Facebook itself will show the extent of opposition against Najib.”
Najib, added the analyst, still doesn’t understand, being too thick-skinned. “He isn’t winning any votes in the social media and among the people.”
If the Wall Street Journal had not exposed on Friday 3 July that he had received monies totaling nearly USD700 million (RM2.6 billion) in his personal banking accounts, the analyst wonders whether Najib would have claimed that the monies were political donation.
The analyst noted that Najib has activities every week this year to catch up with the divisions. “It seems like that he’s in a race with Umno Deputy President Muhyiddin Yassin who was sacked late last month as Deputy Prime Minister,” said Shahbudin. “If he’s not invited by a division, he asks to be invited.”

Zaid eyes Nurul as Pakatan 2.0 PM-designate

Former de facto Law Minister advises DAP not to be so gung ho and announce the Prime Minister-designate.
nurul-izzah

KUALA LUMPUR: As a supporter of Pakatan 2.0, former de facto Law Minister Zaid Ibrahim wants to nominate Nurul Izzah Anwar as Prime Minister-designate. “She is not controversial like her father Anwar, speaks well, has a good education and the right pedigree,” said Zaid.
She is young and intelligent, added Zaid, and in a politically not so correct take on her “good looks” described her as “being very presentable”, “and can attract the many young voters out there to Pakatan 2.0”.
“With the right advisers, she can govern well.”
Then again, he conceded, such a choice has to be agreed to by the top guns in Pakatan 2.0.
Whatever the case, he pleaded, “I think it’s best for the DAP to let Opposition Parliamentary Leader Wan Azizah Wan Ismail do the talking for now.”
Personally, he said, “I think that Pakatan 2.0 must not make the same mistakes that Pakatan 1.0 did when it comes to the question of who should be the Prime Minister when the Opposition wins.”
He was commenting on DAP elder statesman Lim Kit Siang reiterating that Anwar would be the Prime Minister-designate for Pakatan 2.0. The DAP has consistently championed Anwar as the Prime Minister if the Opposition should win, he noted. “For them, there was no one else.”
However, pointed out Zaid, Anwar was in prison and the earliest he can be released is May 2018, assuming he gets 20 months’ remission for good behaviour. But even so, he said, his chances of standing as a Member of Parliament, a basic prerequisite for becoming Prime Minister, are nil because the General Election will be called before then. “Even if the election were to be held in June 2018, Anwar still has to be pardoned to make him eligible and which Prime Minister, may I ask, will recommend such a pardon to the King?”

Kami gembira, terima kasih KSN – SPRM

SPRM berjanji akan terus menjalankan tugas dengan telus dan bertanggungjawab seperti yang termaktud dalam Akta SPRM 2009 dan Aspirasi SPRM.
Mustafar-Ali_mohamad-zabidi_600
PETALING JAYA: Langkah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengeluarkan arahan membatalkan pertukaran dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disambut baik oleh warga suruhanjaya bebas itu.
Dalam satu kenyataan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, keputusan itu tindakan baik dan sangat wajar.
“SPRM juga ingin mengucapkan terima kasih kepada KSN (Ketua Setiausaha Negara) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal serta semua pihak yang terlibat dalam hal berkenaan.
“SPRM akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan bebas, telus dan profesional sebagaimana termaktub dalam Akta SPRM 2009 dan Aspirasi SPRM,” katanya.
Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa dalam satu kenyataan pada Isnin membatalkan arahan perpindahan Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob ke JPM.
Kedua-duanya sepatutnya melaporkan diri di JPM pada Isnin.

'MENDIDIH' : Pahlawan Bugis apa camni.. !!!

Baru sikit rakyat kritik, hentam dah tak tahan dok mengadu 'MENDIDIH' dibuatnya.. itu baru MENDIDIH DI DUNIA... Blom lagi mendidih di akhirat..

|| SIKSA PALING RINGAN DI NERAKA ||

Dari Nu'man Bin Basyir ra: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda:

“Sesungguhnya seringan-ringan siksaan siksaan penghuni Neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya dua bara api neraka sehingga MENDIDIH otak yang ada di kepalanya. (Dari sebab panasnya kedua bara api neraka tersebut) Dia mengira bahwa tidak ada orang lain yang lebih dashyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya”.

(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bila Penyangak 'The legend' takut separuh mati jika UMNO/BN tumbang kerana Najib..


APA PUNYA MALANG...SUDAHLAH SIKU BURUK, HIDUNG PULA TAK MANCUNG...

Mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian tahun ini barangkali yang tersibuk bagi Najib Razak kerana  paling banyak bakal dirasmikan olehnya. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang mana hanya beberapa UMNO bahagian saja dirasmikannya manakala selebihnya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang lain, tahun ini keadaan itu jadi sebaliknya.

Tahun ini seperti setiap minggu ada saja acara perasmian itu untuk Najib. Macam dah berlumba-lumba pula dengan Muhyiddin Yassin yang sudah dipecatnya. Sebahagiannya kerana jemputan bahagian, yang lainnya mungkin atas permintaan Presiden UMNO itu sendiri.

Minggu lepas, Najib merasmikan tiga bahagian iaitu Seremban, Kota Melaka dan Hulu Selangor. Ketika itu juga beliau perlu pergi ke kawasan Parlimennya, Pekan kerana mengadakan jamuan hari raya di sana. 

Sibuk betul Najib sejak memecat timbalannya walaupun ada wang RM2,600 juta dalam akaun peribadinya....nasib baik ada jet peribadi dan helikopter yang boleh membawa ke sana sini dengan cepat.

Minggu ini pula  beliau merasmikan mesyuarat UMNO Bandar Tun Razak di Wilayah Persekutuan dan Pasir Gudang, Johor. Di Pasir Gudang, sebagaimana yang diberitahu oleh Khaled Nordin, kehadiran Najib bukan atas jemputan atau kehendak bahagian itu tetapi kerana Najib sendiri meminta untuk menjadi perasminya.

Aduyai...malu wehh!!

Kenapa sampai meminta-minta. Biasanya jemputan merasmikan ini terpulang kepada sesuatu bahagian itu. Dengan kesibukan tugas sehariannya menguruskan negara, adalah biasa Perdana Menteri menolak jemputan merasmikan mesyuarat UMNO, tetapi tentulah luar biasa bila beliau seolah-olah merayu mahu datang ke sebuah bahagian itu.

Rasanya inilah pertama kali sejak UMNO ditubuhkan seorang Presidennya meminta untuk merasmikan mesyuarat UMNO bahagian dan ia kemudian didedahkan pula seolah-olah UMNO Pasir Gudang tersepit di kedudukan  "rela dalam terpaksa" menerima kehadiran Najib itu.

Di sisi Najib, perbuatan meminta-minta ini lebih tepat diumpamakan "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong."

Angin Reformasi kian kencang di Sabah

Nurul Izzah
SABAH, 10 OGOS : Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan sokongan rakyat Sabah terhadap PKR semakin memuncak dengan sambutan yang diterima di Sabah.
Nurul Izzah berkata sokongan itu menguatkan lagi iltizam buat seluruh kepimpinan PKR untuk terus memberikan khidmat dan jasa bakti kepada rakyat Sabah.
“Seawal saya tiba di lapangan terbang, saya dapat merasakan tiupan angin reformasi dalam suntikan jiwa-jiwa rakyat Sabah.
“Kita tidak jangka sambutannya cukup hebat, tinggal lagi Sabah perlu menang bah,” jelasnya di hadapan lebih 600 orang hadirin yang hadir dalam Program Amanat Presiden di Hotel Solute, Putatan.
Beliau berkata sokongan itu juga bukan sesuatu yang mustahil buat PKR untuk memenangi kerusi lebih banyak lagi pada pilihanraya akan datang.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga menuntut seluruh tenaga kerja dan jentera parti untuk tetap berpegang pada dasar perjuangan parti bagi menegakkan keadilan.
“Kita perhebatkan jentera kita dari peringkat akar umbi untuk menang di semua kerusi bagi mengubah masa depan dan nasib rakyat di negeri ini,”katanya.

Izzah: 'Maharaja Najib' dah jadi diktator

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyifatkan perdana menteri "Maharaja Najib" bersifat diktator susulan keadaan terkini, termasuk penyingkiran timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinet.

"Jelas beliau menjadi seorang diktator yang menyalahgunakan kuasa bagi memastikan pemisahan kuasa masih lagi berada dalam tangan beliau," tegasnya.
 

Wanita UMNO tuduh Najib ‘kuat kencing’, nasihat pergi berubat

Alina' membuat kritikan keras itu ketika ucapan penangguhan Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Langkawi pada Ahad.
umno-women_600
PETALING JAYA: Kelantangan seorang Ahli Wanita UMNO mengkritik Presiden Parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi video sensasi dan mendapat perhatian pengguna alam maya.
Menerusi sebuah video yang menjadi viral, wanita tersebut yang dikenali sebagai Alina menuduh Najib sebagai `penipu’ apabila membuat kenyataan tiga juta ahli UMNO menyokong terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Alina berkata demikian ketika ucapan penangguhan Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Langkawi pada Ahad.
“Why Datuk, kamu nak kencing (tipu) tiga juta ahli UMNO. Datuk Seri Presiden dah kencing tiga juta ahli UMNO. Jangan kata tiga juta ini menyokong penuh kepimpinan beliau, saya minta MT (anggota Mesyuarat Tertinggi) bawa Najib pergi berubat.
“Saya sokong Barisan Nasional, demi Allah saya ahli UMNO, walau apa jadi saya pangkah Barisan Nasional. Saya mengkritik kerana saya sayangkan Barisan Nasional, saya sayangkan UMNO. Jangan pertikai kesetiaan saya pada Barisan Nasional dan UMNO, tapi kita lihat pada Presiden kita yang sedang kencing kita setiap hari, keluar kat tv (televisyen) cakap merata-rata,” katanya.

Tun M anggap RM2.6 bilion untuk PRU sebagai ‘aneh’

Beliau hanya mengunakan kurang RM10 juta untuk lima kali PRU sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.
tun-m2
PETALING JAYA: Bekas Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sumbangan derma RM2.6 bilion dibelanjakan untuk pilihan raya umum (PRU) sebagai aneh.
Katanya, sepanjang menjadi Perdana Menteri, beliau hanya memerlukan kurang RM10 juta untuk lima kali pilihan raya PRU.
Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan lebih RM2 bilion untuk pilihan raya tetapi masih gagal mendapat majoriti dua pertiga.
“RM2.6 bilion untuk pilihan raya itu aneh. Saya perlu kurang daripada RM10 juta bagi setiap satu daripada lima pilihan raya umum dan saya menang dengan majoriti lebih dua pertiga.
“Kenapa Najib memerlukan sehingga RM2.6 bilion? Adakah ia untuk merasuah ahli politik? Pegawai kerajaan atau dana untuk memanipulasi PRU akan datang. Ia tidak betul, apatah lagi dari segi undang-undang,” katanya dalam entri terbaharu diblognya.
Dr Mahathir berkata, nilai RM2.6 bilion untuk kegunaan pilihan raya di Malaysia oleh mana-mana parti politik adalah salah sungguhpun Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) selaku pihak pengelola pilihan raya tidak menetapkan sebarang had untuk dana pilihan raya.

Orang Arab derma RM2.6 bilion? Bullshit! – Tun M

Beliau tidak percaya ada pemimpin dunia yang sanggup dermakan wang sebanyak itu kepada Perdana Menteri Malaysia.
tun-m
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak boleh menerima jawapan yang diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa RM2.6 bilion adalah datang dari penderma.
Katanya, tidak dinafikan bangsa Arab seorang yang pemurah tetapi mustahil untuk bangsa Arab bersikap begitu pemurah dengan mendermakan berbilion ringgit.
“Saya langsung tidak dapat meraih satu dolar pun dari mereka (Arab) untuk Universiti Islam Antarabangsa (UIA) atau untuk Oxford Islamic Centre.
“Dakwaan bahawa Arab menderma bilion ringit adalah apa yang masyarakat istilahkan sebagai ‘hogwash’ atau ‘bullshit’,” katanya.
Menulis di blognya, Dr Mahathir turut menjelaskan tidak ada mana-mana pemimpin dunia akan dermakan sebanyak AS$700 juta kepada Perdana Menteri Malaysia.
“Malah, Obama juga tak dapat kumpulkan jumlah sedemikian ketika beliau bertanding jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat, ” katanya.

Intelektual dunia bersama tuntut Anwar dibebas


Mungkin itulah hadiah hari ulang tahun paling bermakna buat Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila sekumpulan intelektual dunia tampil bersama menuntut pembebasannya tanpa syarat.

Dalam kenyataan bersama itu, kumpulan itu antaranya mengutuk penjara lima tahun terhadap Anwar dan percaya ia sebagai sebuah “fitnah politik”.

Antara nama-nama besar yang tampil menyatakan bantahan mereka termasuk, John L Esposito, Richard Falk, Noam Chomsky, Slavoj Žižek, Francis Fukuyama, Saad Eddin Ibrahim dan Karen Armstrong.

“Kami menggesa kerajaan Malaysia, yang seringkali menyatakan ingin menjadi sebuah demokrasi terbaik di dunia untuk membebaskan Anwar Ibrahim, dan mengangkat prinsip-prinsip demokrasi tanpa sebarang syarat,” kata mereka.

Kenyataan bersama 33 orang itu, termasuk separuh tokoh pelbagai bidang Filipina, itu diedarkan oleh PKR hari ini sempena ulang tahun ke-68 Anwar hari ini.

Selamatkan dan beri harapan baru untuk Malaysia!

Young Syefura Othman


Majoriti rakyat sedang mengalami kekecewaan dengan prestasi dan prospek muram ekonomi di bawah pentadbiran Umno dan Barisan Nasional (BN).
Rakyat juga sudah hilang keyakinan dengan kerajaan pimpinan Najib yang bergelut dengan pelbagai skandal dan salah guna kuasa.
Rakyat terutamanya golongan muda sedang gelisah, tersempit dan tidak pasti tentang masa depan negara yang bergelut dengan permainan politik, masalah sosial, masalah taraf hidup, pengangguran dan rasuah.

Saya rasa, tahap kekecewaan rakyat terutama golongan anak muda berada di tahap tertinggi sekarang. Saya bimbang jika mereka kekal kecewa, mereka akhirnya akan enggan turut serta secara aktif di dalam aktiviti  dan proses politik termasuk proses pilihan raya itu sendiri.
Sejarah negara sudah membuktikan anak muda adalah agen pencetus perubahan.
Pemimpin-pemimpin yang ada sekarang seperti Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim satu seketika dahulu merupakan pemimpin pemuda dan sudah berjuang untuk rakyat dari usia yang sangat muda.
Daripada terus menjadi penonton drama politik bersiri tragis yang sedang ditayangkan di negara ini dan semakin kecewa dari hari ke hari, saya mengajak anak-anak muda supaya sedar dan cakna tentang masalah-masalah negara.
Ambil kedudukan dalam isu ini dan berganding tenaga dan fikiran untuk selamatkan Malaysia yang kita sayangi.
Jika orang muda rasa isu-isu pentadbiran, korupsi dan salah guna kuasa ini tiada kena mengena dengan kehidupan mereka sekarang kerana mereka masih selesa untuk hidup, kerja, makan, tidur, berlibur, ingatlah jika Malaysia tidak diselamatkan dan tidak diubah sekarang, sedikit demi sedikit keselesaan mereka ini akan dirampas.
Mungkin bukan untuk mereka tetapi adik, anak mereka dan generasi seterusnya.
Seterusnya, anak muda harus komited dan harus mempunyai niat dan pegangan yang jelas dalam mencetus perubahan dalam negara.
Anak muda harus sentiasa memperjuangkan politik dan perubahan yang progresif, yang dapat menggerakkan negara ini dalam lubang kegagalan semakin mendalam.