Ahad, 9 Ogos 2015

ISLAM terbela di bawah pemimpin UMNO ??

Bila si JAHIL agama ingin berbicara ttg agama..

Kalau tak pilih UMNO pangkah BN abeslah melayu & Islam di bumi tanahairku malaysia...

Anak2 muda OTAK DACING BIRU pasti suka ISLAM-UMNO sebegini bukan..

Malaysia menuju kediktatoran, kata Mujahid

Datuk Dr Mujahid Rawa berkata cara agensi penguatkuasaan menyiasat antara satu sama lain melihatkan negara semakin menuju kediktatoran. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2015. 
Datuk Dr Mujahid Rawa berkata cara agensi penguatkuasaan menyiasat antara satu sama lain melihatkan negara semakin menuju kediktatoran. 

Pengerusi Pro Tem Gerakan Harapan Baru (GHB) Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Rawa memberi amaran Malaysia semakin menuju kediktatoran, melihat kepada cara institusi penguatkuasaan yang digunakan kerajaan memerintah.
Beliau berkata pentadbiran Barisan Nasional (BN) melakukan pelanggaran jelas apabila agensi penguatkuasaan digunakan untuk menyiasat satu sama lain supaya dapat menutup kesalahan.
"Kita tidak pernah melihat bagaimana polis menyiasat agensi penguatkuasaan yang lain, seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"SPRM sedang menyiasat kes yang membabitkan dakwaan terhadap perdana menteri, polis yang di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri, yang kini dijadikan timbalan perdana menteri, menyiasat SPRM, dan kini SPRM menyiasat pihak polis. "Kita akan kelam kabut. PM menyingkirkan Peguam Negara dan kemudian datang dakwaan yang Peguam Negara menulis deraf dakwaan untuk menahan perdana menteri... semua ini menunjukkan yang kita bukan sahaja menuju ke arah negara yang gagal, tetapi juga satu kediktatoran," katanya pada satu rumah terbuka yang dianjurkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Seberang Jaya malam ini.

2 pegawai kanan SPRM ditukarkan akan bincang dengan JPA dan KSN kata Shahidan Kassim

Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dua hari lepas akan menemui Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa esok bagi membincangkan pertukaran mereka.
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim meminta semua pihak bertenang kerana isu pertukaran kedua-dua pegawai itu akan diselesaikan dengan cara terbaik.
"Saya yakin walaupun isu ini urusan pentadbiran, kerajaan akan menanganinya dengan baik. Kita tidak mahu orang ramai hilang kepercayaan kepada agensi-agensi penguatkuasaan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan Umno negeri hari ini.

Shahidan mengulas isu pertukaran dua pegawai SPRM tersebut, Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin; dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob.

Hutang 1MDB dapat dikurangkan dalam 5 bulan sembang Najib

PASIR GUDANG: Beban hutang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mampu dikurangkan dalam tempoh lima bulan akan datang secara berperingkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak hari ini berkata perkara tersebut telah dimaklumkan kepada ahli parti UMNO sebelum ini.

"Dalam masa 5 bulan akan datang ini, hutang 1MDB akan dapat dikurangkan kepada tahap yang jauh lebih rendah berbanding hari ini," katanya ketika berucap pada mesyuarat UMNO bahagian Pasir Gudang di sini, hari ini.

Menurut Najib, isu hutang 1MDB telah disensasikan di media sosial sehinggakan ia menjadi isu panas biarpun tiada kerugian yang dicatat syarikat pelaburan negara itu.

"Belum apa-apa lagi sudah meletup jadi panas, saya juga sudah mendidih sepanjang masa apabila ia jadi sasaran secara tiba tiba.

"Macam-macam cerita keluar di media sosial sedangkan siasatan masih berjalan, jadi ia tidak adil," kata Najib.

Menurut beliau lagi, 1MDB tidak mengalami sebarang kerugian ketika ini dan hutang yang ada akan dipulihkan melalui penjanaan aset sedia ada.

Tambahnya lagi, selain laporan interim yang sudah sedia dibuat Jabatan Audit Negara, laporan akhir mengenainya akan dikeluarkan sedikit masa lagi sebelum diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Wahai rakyat Malaysia, kita di sini tetap bersama-sama

oleh Edmund Lee

Fakta menyedihkan dalam hidup ini adalah apabila ada sesuatu perkara yang salah berlaku, ramai yang lebih cenderung berpaling ke arah lain. Apa yang lebih teruk lagi ialah apabila isunya sangat besar dan memberi kesan kepada sebuah negara dan kita hanya berpura-pura yang semua okay.

Kenapa, masih ramai rakyat Malaysia, terutamanya para menteri dan penggubal undang-undang di gerbang kuasa memilih untuk berpaling ke arah lain kerana takut untuk menyinggung pihak berkuasa atau lebih suka untuk mendiamkan diri dan kekal tidak ambil peduli kerana ini “tiada kaitan dengan kami” atau “kami tidak mahu terlibat sama.”

Kebenarannya adalah - apa saja yang berkaitan dengan kerajaan kita memberi kesan kepada negara, dan akhirnya mempunyai kaitan dan memberi kesan kepada kita. Ianya hanya menunggu masa, seperti yang digambarkan dalam kisah ini.

Pada suatu masa, di sebuah ladang... Seekor tikus mengintai di sebalik retakan di dinding dan terlihat peladang dan isterinya membuka sebuah bungkusan. “Makanan apa yang ada dalam bungkusan itu ya?”

 Tikus itu tertanya-tanya tetapi harapan itu bertukar menjadi kecewa apa beliau mendapati ianya adalah perangkap tikus. Melarikan diri ke ladang, tikus itu mengumumkan amaran: “Ada perangkap tikus dalam rumah!

Ada perangkap tikus dalam rumah!” Ayam berbunyi dan mencakar, mengangkat kepalanya dan berkata, “En. Tikus, saya tahu ini adalah satu perkara yang sangat merisaukan awak, tetapi ianya tidak memberi sebarang kesan kepada saya. Saya langsung tidak peduli.”

Tikus itu pergi kepada babi pula dan memberitahu, “Ada perangkap tikus dalam rumah! Ada perangkap tikus dalam rumah!” Babi itu bersimpati, tetapi berkata, “Maafkan saya En. Tikus, tetapi tiada apa yang saya dapat lakukan melainkan berdoa. Perangkap tikus tiada kaitan dengan kami.

 Tetapi usah bimbang anda sentiasa tersemat dalam doa kami.” Tikus itu pergi kepada lembu dan berkata “Ada perangkap tikus dalam rumah!

GHB tekankan Islam ramah

'Umno hanya ada satu nahkoda iaitu presiden parti' - Khaled Nordin

MACC No.2 man returns from US

Tukar pegawai SPRM punca kejatuhan keyakinan rakyat - Pemuda Umno

Muhyiddin nafi wujud komplot gulingkan Perdana Menteri

Saya Tiada Kaitan Dengan Azmin, Guan Eng - Muhyiddin

Muhyiddin: Jangan Panggil Saya Pengkhianat..!!

Soal Dana RM2.6 bilion, Hanya Selepas Laporan WSJ - Muhyiddin

Muhyiddin Selar Ahmad Maslan

Muhyiddin: Digugurkan Kerana Banyak Cakap

Takkan Henti Berucap - Muhyiddin

Shafie: MT Umno tidak dimaklum mengenai dana penderma Timur Tengah


Perbelanjaan UMNO adalah rahsia parti sembang MT Umno


Sejak bila MB Johor pandai kelentong ??

Bekas TPM dari Johor dipecat Najib, tiba2 nak jadi 'hero' bela Najib plok....

Apa nak heran.. NAK SELAMAT & NAK PEGANG LAMA JAWATAN MESTI KUAT JILAT...

DANA POLITIK: NAK TUNGGU HARI SELASA JUGA KA !!!


Pembangkang sambut cabaran Najib Razak dedah dana parti masing2..

So bila Najib nak dedah dana UMNO/BN !!!.. katanya sedia lakukan bila-bila masa.. jangan nak mengelat plok yer..

Selesai segera kemelut agar rakyat tidak keliru, tertekan - Ku Li

Selesai segera kemelut agar rakyat tidak keliru, tertekan - Ku LiGUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berharap kerajaan dapat menangani segera isu atau kemelut yang melanda negara agar rakyat tidak terus berada dalam keadaan tertekan.

Beliau berkata, ketika ini negara dihimpit dengan berbagai masalah ekonomi, politik dan sosial yang menyebabkan rakyat turut merasainya.

Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, masalah iklim ekonomi dunia menyebabkan nilai mata wang negara terus melemah sehingga negara dan rakyat terasa bebanannya.

Kejatuhan pasaran minyak sawit dan getah juga menyebabkan punca pendapatan rakyat yang bergantung kepada hasil komoditi itu terjejas.

Namun, beliau percaya kerajaan yang dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melakukan yang terbaik mengikut ukuran kemampuan yang ada.

Di samping itu, Tengku Razaleigh berharap agar isu 1MDB dan perkara berkaitan dapat diselesaikan dengan segera bagi kesejahteraan hidup rakyat.

Rakyat perlu pemimpin berani bersuara, kata Shafie Afdal

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengatakan bagi pentadbiran negara dan kepentingan rakyat, pemimpin yang berani bersuara diperlukan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 9 Ogos, 2015. 
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengatakan bagi pentadbiran negara dan kepentingan rakyat, pemimpin yang berani bersuara diperlukan. 

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata rakyat perlukan pemimpin yang berani bersuara supaya perjalanan pentadbiran negara dan kepentingan rakyat diutamakan. Katanya banyak perkara yang beliau ucapkan dan tanyakan kerana ia berkaitan kepentingan rakyat.
"Saya perlu menyuarakan kerana saya adalah seorang wakil rakyat. Kalau saya bukan wakil rakyat, saya tidak bersuara.

"Apa ertinya saya mewakili rakyat kerana ini kepentingan rakyat dan negara kita. Jadi, itu yang berbangkit. "Saya boleh diam dan beri sokongan dan buat tidak tahu sahaja. Saya yakin keadaan itu akan berlainan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Naib Ketua Umno Bahagian Rasah Datuk Abdul Karim Mustafa di Kampung Kubang hari ini.
Katanya beliau bangkitkan dan suarakan beberapa isu yang hangat diperkatakan kini kerana beliau ingin tahu sebelum dipersoalkan oleh rakyat.
Shafie berkata banyak majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dan majlis perasmian beberapa persidangan perwakilan Umno Bahagian yang beliau hadiri dan sambutan rakyat terhadap beliau amat menggalakkan. – Bernama

1MDB.. 1Malaysia Derma Bilion..??!!

RM2.6bilion: Najib bersih dari rasuah? Bila SPRM sahkan gitu?

"Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Tak Cakap Bohong Tak Kan Kekal Perdana Menteri!"

Tak Seindah Wajah Mukhriz 'lain macam'

Cabang seni sekali lagi menjadi pilihan pemimpin Umno menyampaikan mesej kepada orang ramai secara berlapik.

Selepas Umno Parit Sulong memainkan klip video Gus Mus bersajak semalam, hari ini Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula menyanyi ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Subang.

Memilih lagu Tan Sri S M Salim, Menteri Besar Kedah itu mendapat tepukan dan siulan daripada perwakilan.

Lagu dinyanyikan Mukhriz berjudul Tak Seindah Wajah.

Kusangka aur di pinggir tebing
kiranya tebu di pinggir bibir
kusangka jujur pancaran batin
rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
suci seindah wajah terbayang
kukira puji seikhlas budi
kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
kail berduri bersalut umpan
di manis kata insan terlena
kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
di pentas dunia insan berpura
tipu dan daya pencapai maksud
budi dan harta merangkum noda


Apabila tiba di baris "Kulupa lidah tidak bertulang" beliau berhenti seketika kerana orang ramai memberikan tepukan lebih gemuruh.

 

Surat untuk penyokong Umno

Iskandar Fareez

Saudara dan saudari,
Dalam kalangan rakan-rakan saya ada penyokong daripada banyak parti politik baik Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain. Satu-satunya titik persamaan antara kesemua penyokong-penyokong pelbagai parti ini adalah bagaimana kita semua mahukan yang terbaik buat Malaysia, negara yang kita cintai. Walaupun caranya berbeza, matlamatnya tetap sama.
Sebagai negara berdemokrasi, parti-parti tersebut akan bersaing sesama sendiri dengan mempersembahkan ideologi dan dasar yang mereka fikirkan dapat memberikan manfaat kepada rakyat. Rakyat pula akan memberi undi kepada parti yang paling serasi dengan mereka. Parti yang memiliki majoriti akan seterusnya membentuk kerajaan.
Sebagai konvensyen, parti majoriti akan melantik presidennya sebagai Perdana Menteri negara. Begitulah aturannya di Malaysia, dengan adanya sistem demokrasi, rakyat mengharapkan wujudnya mekanisme semak dan imbang yang dapat memastikan kerajaan sentiasa mengutamakan keperluan rakyat. Apabila seorang Perdana Menteri mula menyeleweng maka sepatutnya beliau diganti dengan seseorang yang lebih berkelayakan.

Saban hari sejak tercetusnya skandal 1MDB, kita lihat Perdana Menteri Najib Razak masih kekal memegang tampuk kuasa walaupun persoalan demi persoalan timbul berkaitan penglibatan beliau dalam skandal tersebut. Bagi yang belum sedar, walaupun dalam teorinya kita boleh ganti seorang Perdana Menteri jika beliau disyaki terlibat dalam penyelewengan, dari segi realitinya amatlah sukar untuk membawa beliau ke muka pengadilan. Setelah hampir dua dekad berkuasa, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berjaya mengukuhkan kuasanya dan menyatukan semua kuasa dan tanggungjawab dibawah jawatan Perdana Menteri. Malah, tidah salah untuk kita mengatakan akibat daripada perubahan tersebut, sesiapa yang memegang jawatan tersebut merupakan individu paling berkuasa di Malaysia.

Kasihanlah PM kita......

Rahmat Hussin


Dalam ucapannya merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Bandar Tun Razak pada Sabtu, perdana menteri kita yang juga presiden parti itu bunyinya macam mengeluh.
Dia sudah buat macam-macam untuk Umno dan orang Umno, tolong itu tolong ini. Semuanya dia buat.
Katanya, dia buat semua itu untuk kepentingan parti dan bukan untuk diri sendiri.

"Sebagai presiden parti, apa yang saya buat, sama ada kutip dana atau apa-apa, semata-mata untuk kepentingan parti, bukan untuk lain. "Zaman saya banyak pertolongan (disalurkan) kepada bahagian, banyak kerja amal dibuat, ramai orang naik haji, banyak bahagian dapat sumbangan setiap bulan.
"(Tetapi) janganlah apabila (sudah) dapat, semua senyap. Apabila saya diserang, kita tambah lagi, tuang minyak," katanya.
Tidak patut sungguh. Dia dah tolong macam-macam, bila dia susah tidak ramai pula nak tolong dia. Kasihan PM kita.
Hanya beberapa hari sebelum itu, PM kita singgah di KL Sentral. Beliau hendak tengok masalah pengguna perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang. Agak lama juga dia tidak buat walkabout, tidak kerap macam masa awal-awal jadi PM dulu. Dia umum lawatannya itu di Facebook. Gambar-gambar dan video pun ada sekali.
Tetapi apa orang kata? Macam-macam orang kata, caci-maki dan carut-marut. Beribu-ribu orang komen. Ramai juga yang suruh PM kita letak jawatan. Mesej mereka bunyinya macam "engkaulah masalahnya".
Sehari selepas walkabout itu, pagi-pagi lagi PM kita telefon pejabat KTMB dan beritahu apa yang dia tengok. Dia sampaikan komplen orang ramai yang terpaksa tunggu lama beratur untuk beli tiket. Petang itu juga KTMB beritahu masalah selesai.
Daripada enam kaunter tiket, sekarang katanya sudah ada 16 kaunter.
Cumanya kasihanlahPM kita kalau masalah macam itu pun dia hendak kena selesaikan. Esok-esok takkanlah PM kita hendak tengok masalah PBT tidak kutip sampah, jalan berlubang tidak tampal-tampal lagi, anjing tidak bertuan salak budak-budak main di taman dan macam-macam lagi.
Itu bukan kerja PM. Biarlah PBT buat kerja PBT. Biarlah KTMB atau Prasarana, Indah Water dan syarikat-syarikat perkhidmatan yang rakyat ada urusan tiap-tiap hari buat kerja masing-masing.
Buat kerja elok-elok, tidak payah sampai PM kita turun walkabout baru nak betulkan itu ini. Tidak syoklah.

Pemilihan presiden MIC oleh penyokong Palanivel tak sah, kata Dr Subramaniam

Datuk Seri Dr S. Subramaniam (kanan) berkata proses pencalonan dan pemilihan jawatan Presiden MIC yang dijalankan penyokong Datuk Seri G. Palanivel hari ini adalah tidak sah dan tidak rasmi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2015. 
Datuk Seri Dr S. Subramaniam (kanan) berkata proses pencalonan dan pemilihan jawatan Presiden MIC yang dijalankan penyokong Datuk Seri G. Palanivel hari ini adalah tidak sah dan tidak rasmi.

Proses pencalonan dan pemilihan jawatan Presiden MIC yang dijalankan penyokong Datuk Seri G. Palanivel hari ini adalah tidak sah dan tidak rasmi, kata Pemangku Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata sebanyak 2,800 ketua cawangan MIC yang berhimpun hari ini bersetuju untuk tidak mengiktiraf keputusan pemilihan presiden yang dijalankan itu.
"Kita sudah pun memutuskan segala tindakan mesyuarat atau pemilihan yang dijalankan mana-mana pihak lain selain daripada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim MIC 2009 yang ada pada hari ini, adalah tidak rasmi dan tidak diterima dari segi perundangan.

"Saya diberitahu ada pencalonan yang berlangsung di Sentul pagi ini untuk jawatan presiden parti MIC, itu bukan sah, tidak rasmi dan tidak diterima mana-mana pihak termasuk parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bersama Ketua Cawangan MIC hari ini.

Hari ini, dalam proses pencalonan anjuran penyokong Palanivel di Sentul, bekas menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu diisytiharkan menang tanpa bertanding jawatan Presiden MIC bagi penggal 2013-2016. Dr Subramaniam menegaskan pencalonan rasmi bagi jawatan nombor satu parti itu akan diadakan pada 21 Ogos ini dan hanya calon yang bakal dipilih pada hari penamaan itu adalah rasmi.

DAP sambut cabaran Najib dedah dana parti

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata parti itu menerima cabaran Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bagi mendedahkan maklumat mengenai dana politik masing-masing.

Bercakap di satu majlis di Tanjung Bungah di Pulau Pinang, Lim menyebabkan hadirin ketawa apabika berkata, Najib mungkin berfikir parti itu sedang bermain guli dan melontarkan cabaran kepada DAP.

"(Najib berkata) Kamu tunjukkan kepada saya kamu punya dulu, kemudian saya akan tunjukkan saya punya? Apa jenis perdana menteri macam ni?" kata Lim disusuli gelak ketawa orang ramai.

Najib ketika menepis tuduhan salah laku dana awam sebelum ini mengaku menerima dana RM2.6 bilion dari luar ke akaun persendiriannya.

Mendakwa ia adalah untuk kegunaan parti, perdana menteri kemudian berkata, Umno boleh mendedahkan maklumat kewangan sumbangan dananya dengan syarat parti pembangkang melakukan perkara sama.

Kerajaan akan jatuh jika tak selesai krisis 1MDB - Muhyiddin

PETALING JAYA – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan  kerajaan mungkin akan digulingkan sekiranya terus gagal mengurustadbir krisis berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan baik.

Timbalan Presiden Umno itu berkata, skandal 1MDB akan menyebabkan imej negara tercemar di mata rakyat dan juga dunia.

“Pada masa saya mula-mula membaca laporan Wall Street Journal (portal antarabangsa yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan skandal 1MDB), saya rasa nak pengsan! Saya hubungi Najib dan katakan hal ini perlu dinafi sekeras-kerasnya oleh kerajaan. Tuduhan yang dibuat terlalu berat.

“Hal 1MDB ini perlu diselesai segera kerana ia memberi imej yang tidak baik kepada negara. Saya tidak mahu kerajaan jatuh kerana kegagalan kita dalam menguruskan 1MDB,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian di Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara hari ini.

Mengulas mengenai teguran yang dibuat terhadap barisan kepimpinan Umno terdahulu, Muhyiddin berkata, teguran yang dibuat hanyalah di atas platform beliau sebagai timbalan perdana menteri suatu ketika dahulu.

Menurutnya sebagai seorang pemimpin dan seorang Islam, beliau berkewajipan untuk memberi teguran terhadap perkara yang dilihat salah.

Adik perdana menteri beri sokongan kepada SPRM

Datuk Seri Nazir Razak memuatnaik gambar di media sosial sebagai tanda sokongan terhadap SPRM. – Gambar Instagram, 9 Ogos, 2015.   
Datuk Seri Nazir Razak memuatnaik gambar di media sosial sebagai tanda sokongan terhadap SPRM.

Serangan ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) turut mendapat perhatian  Datuk Seri Nazir Razak.
Adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu memuat naik gambar 4 pegawai tertinggi SPRM termasuk Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim di laman Instagramnya sebagai tanda sokongan terhadap agensi tersebut.
Bersama gambar tersebut, beliau turut menulis kapsyen: "Individu yang baik."

Selain itu, dalam kapsyen, Nazir juga menyatakan lindungi institusi SPRM dan membenarkan dan menggalakkan mereka menjalankan tugas tanpa takut dan bimbang. Pada Jumaat Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan kerana "isu disiplin" berkuat kuasa serta merta.
Pemindahan mereka dibuat tidak lama selepas tujuh pegawai SPRM disoal siasat, pejabatnya diserbu dua kali dan dua daripada pegawainya ditahan semalaman oleh polis dalam tempoh seminggu.
Susulan daripada itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull meminta Putrajaya mengembalikan dua pegawai kanannya dan sebagai balasannya menawarkan dirinya untuk diambil tindakan.

PAS idam lebih 10 kerusi di Sarawak - Nik Abduh


PAS merancang untuk bertanding di lebih 10 kawasan pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang, dengan enam daripadanya sudah dikenal pasti manakala selebihnya masih dalam perbincangan antara parti itu dengan sekutunya PKR Sarawak.

Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata enam kawasan itu terdiri daripada Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro dan Belawei.

Beliau berkata jumlah kerusi yang ditandingi PAS nanti lebih besar berbanding pilihan raya negeri sebelum ini kerana parti itu yakin dengan sokongan ramai terhadap mereka, walaupun sedar PAS bakal berhadapan cabaran besar ekoran perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan kemunculan Gabungan Harapan Baru (GHB).

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan jentera pilihan raya negeri Sarawak Dewan Pemuda PAS di Kuching lewat malam tadi, Nik Abduh berkata berdasarkan kajian yang dijalankan parti itu di Sarawak, pembangkang dilihat bakal menghadapi cabaran besar pada pilihan raya negeri Sarawak kelak.

Keadilan serta kematangan Tuan Ibrahim dan Subky Latif yang patut di contohi

Oleh Raja Bahrin Shah


Setelah saya, tanpa dipanggil untuk hadhir di bicarakan, di tuduh bermacam serta di hukum Jawatankuasa Pas Kawasan Kuala Terengganu pada 1 Ogos dan di kecam pula olih ahli ahli Pas di Majlis Liqa pada 3 Ogos, keluarlah pula kenyataan dari Datuk Tuan Ibrahim dan Pak Subky Latif. Kenyataan dari dua orang kanan dan veteran PAS ini saya anggap bernas dan penting.

Datuk Tuan Ibrahim apabila menyentuh tentang ahli PAS yg di kaitkan dengan Harapan Baru (HB) pada 8 Ogos (sumber Malaysian Insider) menyatakan...

"Mereka (Jawatankuasa Pas Pusat) perlu melakukan siasatan dahulu terhadap laporan laporan berkenaan dan memberi peluang kepada mereka yang di namakan dalam laporan itu bagi memberi penjelasan dan mempertahankan diri mereka."

Sikap ini amatlah di alu alukan dan terpuji yg patut di amalkan PAS Kuala Terengganu. Soalan saya kepada PAS Kawasan Kuala Terengganu kenapakah sebelum mengambil tindakkan keatas saya, saya tidak di beri peluang memberi penjelasan dan juga peluang mempertahankan diri ?

 Ini adalah hak asasi seseorang insan di bumi Allah. Adakah mereka begitu berminat dan ghairah hendak menghukum saya sehingga menglupakan keadilan yg di tuntut Islam ?

 Tentang penulisan Pak Subki Latif pula, seorang tokoh veteran dan penulis PAS yg di hormati, dalam artikel Harakahdaily pada 7 Ogos bertajuk "Kisah Malang Raja Bahrin Shah" ada beberapa pandangan yg menarek. Di antaranya beliau berpendapat-

1)Tentang tuduhan pembabitan Raja Bahrin dengan golongan H.B.-

"Tiada apa apa masalah baginya jika ia sekadar NGO kerana dia juga adalah orang NGO yg dipimpin Tengku Razaleigh." Itulah merupakan pendirian saya dalam hal ini.

 Lagi pun saya belum pernah naik atau berucap di pentas H.B.

Apakah Beza Dasar Islam PAS Dan HARAPAN BARU (HB)?

1. HB lahir daripada hasrat untuk mengembelingkan tenaga seluruh rakyat dan menghidupkan semula semangat Pakatan Rakyat.

2. Berbeza dari sudut Penegasan ciri2 yang kita nak tonjolkan. Kita tahu Islam itu tidak ada ciri2 yang kita boleh tempelkan. Islam adalah Islam. Cuma dari sudut bagaimana cara orang Islam atau parti Islam atau Organisasi Islam membawa pendekatan Islam itu.

3. HB mengasaskan Islam yang sifatnya RAHMAH (Kasih Sayang), Ramah Tamah. dan bukan Islam Marah atau 'the Compesionate Islam, not the compeling Islam'. Ada setengah pihak tanpa kita sedari, melalui pendekatannya, seolah-olah mengambarkan Islam itu Islam yang marah-marah.

4. Idea berkenaan Pendekatan Islam yang Ramah ini memerlukan kita merungkaikan semua cara kita berfikir, cara kita mendekati orang ramai, cara kita berdepan dan berinteraksi dengan masyarakat berbagai kaum, bangsa dan agama.

5 Ciri yang kami maksudkan ialah Islam yang bersifat Syamilah (Inklusif) bahawa tidak ada seorang pun tertinggal dalam hal ini.

6. Yang kedua, Islam yang sifatnya itu PEDULI bukan hanya soal agama tetapi juga soal politik, sosial, ekonomi, pendidikan yang boleh bagi keadilan kepada semua tidak kira kaum dan agama.
7. Islam yang sifatnya itu melihat perkembangan semasa itu perlu dijadikan sebagai tema bahawa Islam itu mampu bergerak dengan majunya pada setiap masa.

'Tukar dua pegawai SPRM tindakan terdesak' kata akhbar Umno

KUALA LUMPUR: Penukaran mengejut dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah membina persepsi mungkin hasil siasatan terhadap SRC International tidak "menggembirakan", lapor akhbar Utusan Malaysia.

Akhbar itu juga menganggap serang hendap bertalu-talu terhadap SPRM telah memberikan isyarat wujudnya "tangan ghaib" ke atas badan itu.

"Kepada warga SPRM, kerja mulia dan pengorbanan anda, kami rakyat marhaen yang disangka dungu ini sentiasa menyanjunginya.

"Walaupun kami ini marhaen dan tidak ada kuasa, tetapi tidak mudah ditipu atau tertipu," tulis Ku Seman Ku Hussain menerus ruangan Anekdot Ahad.

Akhbar itu juga menyifatkan arahan menukar dua pegawai kanan SPRM sebagai tindakan terdesak, panik, tidak ada strategi dan seterusnya memberikan gambaran tentang wujudnya "dalang" dan tangan-tangan ghaib membantutkan siasatan yang telah memakan masa yang lama.

"Kalaupun pertukaran perlu dilakukan, kenapa tidak menunggu Bahri (Pengarah Operasi Khas SPRM, Bahri Mohamad Zin) menyelesaikan siasatannya?

"Daripada ini kita boleh membuat kesimpulan bahawa bahawa Bahri sangat 'bernilai' untuk disenyapkan," tulis Ku Seman lagi.

Kabinet Baru Malaysia - Arah Tuju Yang Kabur

Oleh Abu Hassan Adam
Jelas kelihatan bahawa tidak banyak kegiatan yang dilakukan oleh Menteri di Malaysia kini yang boleh dikatakan ‘solid’ demi untuk memacu negara ke arah sebuah negara maju. Yang sentiasa dapat dilihat ialah ada dua ‘kegiatan’ yang maha penting yang dilakukan oleh Pak Menteri ( dan Timbalan Menteri ) ia itu samada bercakap dan mempertahankan isu mengenai IMDB dan RM 2.6 billion ataupun mereka membisu, senyap sesenyapnya.

Mungkin aku yang ‘buta’ yang menyebabkan tidak melihat apa yang dilakukan oleh para Menteri kita kini. Mungkin. Mungkin juga agaknya para pemimpin kita ‘bergerak’ dalam diam-diam memajukan bangsa dan negara ini. Mungkin juga. Mungkin juga mereka mengamalkan ‘falsafah’ bersikap ‘seperti penyu’ yang bertelur dalam diam dan tidak ‘seperti ayam yang bertelur riuh sekampung’. Mungkin begitu agaknya…. Dan tidak dapat dibayangkan juga tentang bagaimanalah ‘rupa’nya mesyuarat kabinet yang diadakan pada setiap hari Rabu itu. Mungkinlah agaknya setiap Menteri ‘berhempas pulas’ memerah otak memikirkan tentang bagaimana negara Malaysia ini harus dimajukan supaya setanding dan sama taraf dengan Singapura atau Hong Kong atau Taiwan. Mungkin. Ataupun mungkin juga agaknya mereka sekadar ‘memanaskan kerusi’ dan membincangkan isu-isu remeh tentang projek-projek negara yang boleh mendatangkan keuntungan kepada diri dan keluarga mereka. Mungkin.
Aku beranggapan sedemikian disebabkan telah timbul berbagai kenyataan yang mengatakan bahawa banyak perkara yang menyentuh kepentingan negara tidak dibincangkan dalam mesyuarat kabinet. Isu IMDB dan kisah ‘sumbangan hadiah’ RM 2.6 billion ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib tidak dibincangkan dalam kabinet, mengikut sumber yang boleh dipercayai. Dan tidak juga dibentang dan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Menampakkan dengan jelas tentang ‘tertibnya’ perilaku ahli Majlis Tertinggi UMNO yang tidak mahu ambil tahu langsung tentang wang keluar masuk yang ‘dijaga’ oleh Presiden parti UMNO.
Kenyataan Tun Mahathir yang menjelaskan hal ini boleh dirujuk apabila beliau menyatakan,”Kerajaan Persekutuan sebagai penjamin bagi pinjaman RM5 bilion adalah kerana Terengganu menolak perkara yang tidak masuk akal. Mengapa Terengganu perlu menarik diri daripada cadangan awal Kerajaan Persekutuan bahawa telaga minyak pengeluaran masa depan menjadi cagaran….Tiada Kertas Kabinet bagi pinjaman 5 billion telah dibentangkan. Tunjuklah Kertas itu untuk orang ramai melihat. …….”

Keanehan terjadi: Pihak berkuasa menangkap sesama sendiri

oleh G Sukumaran

LAWAK KEJAM: Satu perkara yang menimbulkan tanda tanya bagi saya di dalam saga 1MDB hari ini ialah tindakan pihak polis ke atas para pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat menyiasat kes ini.

Saya menganggap tindakan satu agensi kerajaan menyasarkan satu agensi lain sebagai jenaka. Mereka sewajarnya bekerjasama sebagai pasukan petugas khas (yang kini telah bubar) tetapi apa yang berlaku ialah, pertukaran dilakukan dan hasilnya, polis menyerang semua orang yang didakwa menyebabkan kemelut hari ini.

Kini kita saksikan SPRM mendakwa polis mengganggu siasatan dan akhirnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low membuat satu kenyataan yang masuk akal.

 Katanya, polis bertindak melulu. Nampaknya ini hanya pembukaan, kerana polis seperti turut menyasarkan agensi lain termasuk Bank Negara Malaysia!

Timbalan Ketua Polis Noor Rashid Ibrahim memberi tanda awal bahawa polis akan menyiasat kebocoran maklumat perbankan kerana menurutnya, ia menyalahi undang-undang dan sesiapa yang membocorkan rahsia tidak dilindungi Akta Perlindungan Pendedah Maklumat, kerana tidak mendedahkan rahsia kepada pihak berkuasa. Jadi jangan harap sesiapa akan mendedahkan kebenaran selepas ini.

 Ternyata bahawa siasatan ini telah jauh menyimpang kerana polis kini hanya mencari pihak di dalam pasukan petugas khas tersebut.

Tugas polis ialah untuk menyoal pihak yang didakwa, dan bukan menyerang pihak yang membuat aduan.

 Ia seperti kita melaporkan kes curi di rumah kita, tetapi polis menangkap kita kerana memiliki DVD cetak rompak. Ini lawak kejam namun masalahnya, tiada siapa yang ketawa.

Anwar tetap calon perdana menteri kami, kata DAP

Pemimpin DAP dan PKR hadir di luar Penjara Sungai Buloh hari ini bagi menyambut ulang tahun kelahiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke-68. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Ogos, 2015. 
Pemimpin DAP dan PKR hadir di luar Penjara Sungai Buloh hari ini bagi menyambut ulang tahun kelahiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke-68.

Meskipun Pakatan Rakyat (PR) sudah berkubur, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap menjadi calon perdana menteri pembangkang sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya.
Beliau berkata, keputusan mempertahankan Anwar menjadi calon perdana menteri berdasarkan keadaan  politik di negara ini, di mana bekas ketua pembangkang itu dilihat dapat menyelamatkan Malaysia daripada krisis yang berlaku kini.
"Anwar menjadi mangsa penganayiaan, beliau dalam tahanan (penjara) dan jelas menjadi mangsa tahanan poltik. Betapa penting Anwar ada dengan kita.

"Amat mustahak untuk beliau menjadi perdana menteri supaya boleh melonjakkan lagi keadaan, Malaysia dalam keadaan tidak pernah begitu teruk sama ada dari segi ekonomi, politik dan mata wang ringgit yang jatuh merundum terburuk dalam sejarah," katanya dalam ucapan di majlis Hari Raya dan sambutan kelahiran Anwar yang ke-68 tahun di Penjara Sungai Buloh, Selangor hari ini. Lim memberitahu The Malaysian Insider, beliau yakin ketetapan untuk Anwar  menjadi calon perdana menteri juga akan dipersetujui parti politik baharu yang bakal ditubuhkan, Gerakan Harapan Baru (GHB).
"Sungguhpun tidak ada lagi Pakatan Rakyat, tapi satu gerakan baharu yang ditubuhkan dengan penyertaan parti politik baharu dan kita yakin tidak akan ada masalah untuk itu.

‘Otai Reformasi’ sedia kerjasama dengan gabungan pembangkang baharu tanpa PAS

Sambutan jamuan Aidilfitri dan kelahiran Datuk Seri Anwar ke-68 di hadapan Penjara Sungai Buloh, Selangor, hari ini yang turut dihadiri beberapa pemimpin pembangkang dan anak-anak perempuan Anwar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Ogos, 2015. 
Sambutan jamuan Aidilfitri dan kelahiran Datuk Seri Anwar ke-68 di hadapan Penjara Sungai Buloh, Selangor, hari ini yang turut dihadiri beberapa pemimpin pembangkang dan anak-anak perempuan Anwar.

"Otai Reformasi" sebuah gerakan yang menjadi platform untuk membebaskan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kesediaan bekerjasama dengan pakatan pembangkang baharu daripada DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru (GHB).
Pengerusi Otai Reformasi Saari Sungib berkata, demi menjaga konsisten perjuangan dalam usaha membebaskan Anwar, kumpulan tersebut memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana ahli PAS.
"Sebagai pandangan 'Otai Reformasi' kita rasa tidak perlu menjalinkan kerjasama dengan PAS, demi menjaga konsisten dan kita tidak mahu ada kekeliruan.

"Kerana kita lihat pendirian parti Islam itu sendiri tidak jelas, presidennya dilihat kadang kala membuat kenyataan memihak kepada presiden Umno," katanya pada satu sidang media selepas Sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan sambutan kelahiran Anwar ke-68 di hadapan Penjara Sungai Buloh, Selangor, hari ini merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Saari yang merupakan ahli PAS digantung keahliannya kerana menyatakan sokongan terbuka kepada Presiden PAS Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim ketika krisis menteri besar Selangor berkata gerakan tersebut yang kini mempunyai kira-kira 300 ahli dan bakal menyaksikan pertambahan sehingga 1,000 pada hujung tahun ini.
Saari berkata, selain sebagai platform membebaskan Anwar, Otai Reformasi akan bertindak untuk memantau dan memberi nasihat kepada gabungan politik baharu Pakatan 2.0.
"Otai Reformasi akan terus berjuang dengan mana-mana pihak yang ingin menjatuhkan Umno dan ingin menawan Putrajaya.

Muhyiddin hairan Ahmad Maslan, Najib tak faham anologi ‘esok pilihan raya’

Tan Sri Muhyiddin Yassin hairan dengan sikap Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang turut mendapat sokongan Datuk Seri Najib Razak kerana tidak memahami analogi “esok pilihan raya” yang sering digunakan.
Timbalan presiden Umno itu berkata, semua mengerti yang esok bukanlah pilihan raya tetapi dengan segala permasalahan yang dihadapi parti maka kemenangan sukar untuk diraih.
“Itu sebab saya kata, esok pilihan raya Umno akan kalah tetapi Datuk Ahmad Maslan kata esok tidak ada pilihan raya. Memanglah saya tahu. Itu bukan Bahasa Jawa. Bahasa Melayu Riau. Ketua penerangan saya pun orang Johor, faham bahasa Melayu-Riau.

“Memang tidak ada. Presiden parti kata pun tidak ada. Kecut perut kalau pilihan raya esok pasal graf kita semakin menjunam,” katanya sewaktu berucap merasmikan mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, di Petaling Jaya petang ini.

Tak hentak meja, beri pandangan berhemah, kenapa gugurkan saya, soal Muhyiddin

Timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ciri-ciri yang dimahukan Datuk Seri Najib Razak ada padanya, tetapi kerana terlalu banyak mempersoalkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau digugurkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2015. 
Timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ciri-ciri yang dimahukan Datuk Seri Najib Razak ada padanya, tetapi kerana terlalu banyak mempersoalkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau digugurkan. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersoalkan tindakan Datuk Seri Najib Razak menggugurkannya sebagai timbalan perdana menteri kerana segala teguran yang diberikan kepada perdana menteri dilakukan secara berhemah.
Timbalan presiden Umno itu berkata ciri-ciri yang dimahukan Najib ada padanya namun kerana terlalu banyak mempersoalkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau digugurkan.
"Kalau sesiapa pun boleh mengemukakan pandangan, berentap meja pun boleh. Cuba tanya presiden parti, pernah tidak saya berentap meja di hadapan beliau. Saya ini kan berhemah, gaya pun macam bodoh je.

"Mana ada hentak meja, mengangkat suara pun tidak ada. Beri pandangan secara berhemah. Salah? Habis kenapa gugurkan saya? "Tidak apa prerogatif perdana menteri. Dia tidak suka tidak apa. Kita hormat," katanya sewaktu berucap merasmikan mesyuarat pemuda Umno Petaling Jaya Utara petang ini.

Najib Sendiri Dedahkan Penyamun Dah Kenyang Rupa-rupanya...

Dah dapat duit jangan senyap, kata Najib

Presiden Umno berharap ahli parti itu tidak mendiamkan diri apabila pemimpin mereka diserang, malah sesetengahnya bertindak seolah-olah menuang minyak ke api menyala.

Bercakap di mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Bandar Tun Razak hari ini, Datuk Seri Najib Razak berkata, ahli perlu mempertahankan parti itu kerana apa yang dilakukannya bukan untuk kepentingan diri sendiri.

"Sebagai presiden parti, apa yang saya buat, sama ada kutip dana atau apa-apa, semata-mata untuk kepentingan parti, bukan untuk lain.

"Zaman saya banyak pertolongan (disalurkan) kepada bahagian, banyak kerja amal dibuat, ramai orang naik haji, banyak bahagian dapat sumbangan setiap bulan.

"(Tetapi) janganlah apabila (sudah) dapat, semua senyap. Apabila saya diserang, kita tambah lagi, tuang minyak,"
katanya.

Pada masa sama Najib yang dibayangi tuduhan menyalahgunakan dana awam mempertikaikan sama ada pembangkang benar-benar baik.

Kata perdana menteri, pembangkang yang mempersoalkan dana yang dimasukkan ke akaun persendiriannya juga menerima bantuan dari luar.

Katanya, beliau sanggup menjelaskan sumber serta perbelanjaan dana Umno kepada parti pembangkang - dengan syarat pembangkang bersetuju melakukan perkara sama.

Menurut Najib, orang ramai juga tidak wajar menuduhnya menjual negara kerana beliau adlaah perdana menteri yang bertanggungjawab.

Dituduh pengkhianat selepas cuba perbetul kesalahan kata Muhyiddin

Muhyiddin membidas pihak tertentu yang melabelnya pengkhianat wal hal apa yang ditegurnya demi kebaikan parti dan kerajaan.
muhyiddin_talk2_600
PETALING JAYA: Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar tindakan pihak tertentu yang melabelnya sebagai pengkhianat selepas cuba bertindak untuk memperbetulkan kesalahan yang berlaku dalam parti.
Katanya, masyarakat dan ahli UMNO sudah memahami perjuangan yang ingin dibawanya walaupun tidak lagi memegang sebarang kerusi dalam kabinet.
“Ada orang kata saya pengkhianat.Ini bukan mengkhianat. Saya tegur supaya nak perbetulkan apa yang salah.
“Saya tidak mahu parti UMNO yang saya sayang ini jatuh,”katanya yang turut mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada perwakilan merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara di Hotel Crystal Crown.
Jelasnya lagi, selain dilabel sebagai pengkhianat, penggugurannya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri turut dikaitkan dengan komplot dengan pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
“Terkini ada pihak menyatakan saya tidak disenarai daripada kabinet bukan disebabkan kritikan terhadap 1MDB tetapi soal ada komplot untuk saya menumbangkan Perdana Menteri.
“Saya dituduh bersekongkol dengan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Lim Guang Eng ( Ketua Menteri Pulau Pinang), kedua-dua mereka telah menafikan maka tak perlu saya nafikan lagi.
“….Yang saya mahu jelaskan di sini saya tidak terlibat,” tegasnya.

UMNO Johor akui ‘terluka’ dengan Najib

UMNO Johor menerima keputusan yang dibuat Najib atas prinsip hanya ada satu nakhoda dalam kapal.
Khaled_najib_muhyiddin_umno_600
JOHOR BAHRU: UMNO Johor kecewa dengan keputusan Presiden parti Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menyingkirkan anak negeri itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada barisan kabinet.
Luahan itu dibuat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Mohamed Khaled Nordin.
Bagaimanapun beliau menegaskan UMNO Johor tidak akan berdendam dengan Najib terhadap keputusannya mengeluarkan Timbalan Presiden UMNO daripada jemaah menteri.
“Kami juga mengambil ketetapan UMNO hanya satu nahkoda iaitu Presiden UMNO dan kita mesti memberi kepercayaan untuk dia mengemudi bahtera ini.
“Cara Johor ialah mendamaikan dan mengajak semua pihak ke arah muafakat kerana semua kita adalah bahagian penting dalam keluarga besar UMNO,” katanya lagi.
Menurut Menteri Besar Johor itu, meskipun tiada jawatan di Persekutuan, beliau dan ahli yang lain akan terus menghormati Muhyiddin atas semangat UMNO.
“Mana mungkin kami akan membelakangkan beliau hanya kerana beliau sudah bukan lagi Timbalan Perdana Menteri.
“Kami berharap Muhyiddin akan terus dapat bersama mendukung perjuangan UMNO,” katanya dalam ucapannya Perasmian UMNO bahagian Pasir Gudang di Dewan Taman Mawar.

UMNO tambah ‘keyboard warrior’ hadapi pembangkang sembang Najib

Najib akan perangi fitnah di alam siber untuk perbaiki persepsi rakyat terhadap UMNO
keyboardwarriors
JOHOR BAHARU: UMNO perlu mewujudkan lebih ramai ‘keyboard warrior’ bagi menangkis
persepsi negatif terhadap parti di media sosial
Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, ia menjadi keperluan memandangkan
pembentukan minda masyarakat hari ini banyak bergantung kepada persepsi berbanding realiti.
Beliau menyifatkan penyebaran fitnah kini ‘di hujung jari’ disebabkan ruang siber menjadi medan perjuangan penting berbanding sebelum ini secara fizikal atau berhadapan.
Katanya, UMNO kini dalam kemelut kerana pihak pembangkang tahu bagaimana untuk memanipulasi menggunakan media sosial baru.
“Pembangkang tidak perlu buat banyak. Mereka cuma perlu timbulkan persepsi, keraguan dan persoalan. Tidak perlu ‘deliver’ apa-apa.
“Mereka hanya perlu timbulkan persoalan di minda rakyat, yang cukup untuk menghakiskan kepercayaan kepada parti,” kata beliau ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang, Johor Bahru.

Dana parti: Najib dakwa warisi amalan Tun M

Najib menegaskan beliau menerima derma dana politik kerana ia telah lama menjadi amalan UMNO
najib-pasir-gudang
JOHOR BAHRU: Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempertahankan kewujudan dana RM2.6 bilion di dalam akaunnya, bukan satu kesalahan.
Tegasnya, ia telah lama dipraktikan dan digunakan untuk kepentingan parti.
“Sewaktu Tun Mahathir dulu pun ada, tapi tak persoalkan dia.
“Saya hanya teruskan amalannya, di peringkat ini yang telah mejadi amalan parti,” katanya ketika berucap di Perasmian UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Jelasnya, dana atas nama beliau telah gunakan untuk pelbagai tujuan.
“Tuan-tuan ingat senang ke nak jadi presiden parti?. Kadang-kala anda meminta wang dari saya untuk memperbaiki jentera, untuk belanja dapur dan saya bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Tetapi saya pula nak minta daripada siapa?,” katanya lagi kepada kira-kira 2000 perwakilan UMNO Pasir Gudang yanhg hadir.
Tegas Perdana Menteri, beliau tidak akan sesekali melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang negara walaupun terpaksa mencari duit untuk membantu parti dan masyarakat.
“Sebab itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan wang RM2.6 bilion itu bukan wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ianya bukan rasuah.
“Ia sumbangan untuk kegunaan parti dan saya tak lakukan untuk kepentingan diri saya,” jelasnya.

Shafie: Kerajaan enggan kebenaran tertegak?


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertikaikan campur tangan dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bertanya jika kerajaan sendiri tidak mahu "kebenaran tertegak".

Dalam kenyataan beliau hari ini, bekas menteri itu berkata, kerajaan mempunyai tanggungjawab menghentikan campur itu atau berdepan risiko hilang keyakinan rakyat.

"Mengapa tiba-tiba dua pegawai SPRM ditukar ketika siasatan (mengenai) 1MDB masih dijalankan? Tidak bolehkah tunggu sehingga selesai siasatan?

"Adakah kerajaan sendiri tidak mahu kebenaran tertegak?" katanya.

Tambah Ahli Parlimen Semporna itu, jika isu SPRM dan campur tangan kerajaan gagal ditangani, beliau bimbang ia akan menyebabkan BN hilang kuasa pada masa depan.

Khaled: Respecting top leaders the Johor Umno way

Muhyiddin: On alleged political plot

'As deputy prime minister, I can ask PM about the controversial fund in his account' - Muhyiddin

Muhyiddin: I did it all without malice

APA AKAN JADI RIZAB A'BANGSA NEGARA jika Najib bercita2 nak jadi PM selama 22 tahun..??!!

Berita gembira.. Kali ini Rizab Antarabangsa BNM telah susut menjadi AS$96.7 bilion (RM364.7 bilion) iaitu TELAH SUSUT DI BAWAH PARAS AS$100 BILION DALAM TEMPOH 10 TAHUN !!!

JANGAN RISAU.. Cukai GST dari rakyat KAN ADO !!!
JANGAN RISAU.. Penyangak negara songlap puluhan bilion ringgit, tiba2 'Bos operasi khas SPRM' yg siasat skandal 1MDB dikeluarkan serta-merta dari SPRM dan dipindahkan ke JPM plok.. !!!

NAMPAK TAK !!!

Satu lagi percubaan PERBODOHKAN RAKYAT !!

Dalam satu kementerian pun boleh bercanggah maklumat ??? Dulu cakap lain skrg cakap lain pula..

Tup2 AHMAD MASLAN pula diangkat jadi Timbalan Menteri MITI yang baru.. Hancussss !!!

p/s: Tips NAK KEKAL LAMA DALAM KABINET NAJIB mesti kuat cakap bohong, kaki belit & PALING AFDHALNYA MESTI KUAT JILAT NAJIB !!!

'DS Najib dah kencing 3 juta ahli Umno Bawak Najib pergi berubat '

NAJIB IN DEEP TROUBLE: World media suspect him of 'manipulating' MH370, expose his 1MDB scandals

NAJIB IN DEEP TROUBLE: World media suspect him of 'manipulating' MH370, expose his  1MDB scandals
Would a government manipulate news of a devastating plane crash in an attempt to save its political skin?
No one is directly accusing Malaysia of doing that. But Prime Minister Najib Razak’s crisis-plagued government’s controversial utterances about the Malaysia Airlines Flight 370 crash investigation have left some here wondering.
Three days after Razak’s middle-of-the-night announcement that a wing flap that washed ashore in the southern Indian Ocean was definitely part of the missing plane, investigators from France, the U.S., Australia and other countries have not backed up his assertion.
Things got stranger after Razak’s transport minister said that Malaysian searchers found a window, seat cushions and other plane debris on the French island of Reunion and gave them to French investigators. But French officials told news agencies Friday they had not received the items.
“By making this declaration in the middle of the night, by not being on the same page as the French investigators and yet coming out with such emphatic statements, in the midst of this scandal that is not going to go away — the general feeling is, yeah, he’s trying to deflect attention from his troubles,” said Azmi Sharom, a columnist and University of Malaysia law professor. “And it has failed miserably.”
Amid the worst financial scandal in Malaysian history, the confusion surrounding the multinational flight investigation seemed, for some, to thicken the gloom enveloping this country, long a bulwark of stability and wealth in Southeast Asia.

A police officer from Saint-Benoit's gendarmerie looks Saturday for debris from the ill-fated Malaysia Airlines Flight MH370 on Reunion Island in the Indian Ocean.
“At the moment [the government] can do no right,” Sharom said. “The level of cynicism and mistrust toward them is so great that everything becomes a conspiracy.”
For months, Razak’s government has been dealing with much more than the mystery over Flight 370, which went missing in March 2014 after taking off from Kuala Lumpur with 239 people aboard. All are presumed dead.
Malaysian officials have been investigating a troubled government-owned investment fund that Razak founded, known as 1MDB, which has racked up $11 billion in debt and might need a public bailout. The prime minister’s problems worsened last month after The Wall Street Journal and Sarawak Report, a British-based website, obtained leaked documents showing that nearly $700 million from entities linked to 1MDB ended up in his personal bank accounts.
Razak has not explained the source of the funds, although in the past, he has denied taking money from 1MDB for personal gain.
Some of his recent moves have appeared panicky. Authorities suspended two newspapers that have reported on the scandal, and last week, Razak fired the deputy premier, who had publicly raised questions about the government’s handling of the matter.

Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang ‘lesu’ bila Najib berucap

Sebahagian perwakilan yang menghadiri mesyuarat Umno Pasir Gudang di Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor, yang dirasmikan Datuk Seri Najib Razak, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 9 Ogos, 2015. 
Sebahagian perwakilan yang menghadiri mesyuarat Umno Pasir Gudang di Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor, yang dirasmikan Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Lebih 700 perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang kelihatan lesu apabila Datuk Seri Najib Razak mula berucap merasmikan mesyuarat perwakilan pagi tadi.
Nada berbeza perwakilan yang bersemangat ketika Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Khaled Nordin berucap sebelum itu seakan luntur apabila seakan tidak memberikan tumpuan semasa ucapan Najib, lebih-lebih lagi ketika beliau menyentuh isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Malah semasa menyentuh isu BR1M, perwakilan di dalam dewan juga seakan tidak memberikan tumpuan penuh kepada ucapannya.

"Tuan-tuan nak BR1M lagi ke tidak," katanya dan disahut:"Tidak" oleh sebahagian perwakilan. "Kalau tidak saya batalkan BR1M, ada cara lain ke lebih baik?" soal Najib kepada perwakilan dalam ucapannya.

Umno Pasir Gudang tak jemput Najib rasmi mesyuarat, kata Khaled Nordin

Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang Datuk Seri Khaled Nordin (kiri) bersama Datuk Seri Najib Razak ketika perasmian mesyuarat bahagian pagi tadi. Khaled berkata Najib tidak dijemput sebaliknya memaklumkan 2 bulan lalu mahu hadir merasmikan mesyuarat tersebut. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 9 Ogos, 2015. 
Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang Datuk Seri Khaled Nordin (kiri) bersama Datuk Seri Najib Razak ketika perasmian mesyuarat bahagian pagi tadi. Khaled berkata Najib tidak dijemput sebaliknya memaklumkan 2 bulan lalu mahu hadir merasmikan mesyuarat tersebut.

Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Johor, Datuk Seri Khaled Nordin hari ini mendedahkan Datuk Seri Najib Razak meminta merasmikan mesyuarat tersebut dan bukannya atas jemputan mereka.
Berucap atas kapasiti ketua Umno Bahagian sebelum ketibaan Najib merasmikan mesyuarat tersebut di Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor pagi tadi, Khaled mengingatkan ahli Umno Bahagian Pasir Gudang agar menjadi tuan rumah yang "baik dan berdisiplin".
"Persidangan kali ini amat bertuah kerana presiden parti akan rasmikan, presiden yang minta untuk rasmikan dan bukan atas kehendak bahagian.

"Kerana 2 bulan lepas, presiden melalui setiausaha agung Umno maklumkan mahu rasmikan (mesyuarat) bahagian," katanya dalam ucapan pertama itu. Khaled kemudian berucap sekali lagi selepas ketibaan Najib atas kapasiti pengerusi Perhubungan Umno Johor.
"Saya akan berucap 2 kali kerana sebentar lagi presiden akan rasmikan, jadi sebentar lagi saya akan berucap lagi atas kapasiti sebagai pengerusi badan perhubungan," katanya.
"Kita akan jadi tuan rumah yang bagus, yang baik dan yang berdisiplin."

PM - 1MDB BERHUTANG NAMUN BELUM RUGI


Najib: Pentadbiran saya banyak bela Melayu dan Islam

Dana Umno: Najib kata tak pernah tanya presiden

Muhyiddin persoal siasatan polis ke atas pegawai SPRM

Muhyiddin: Saya bukan pengkhianat

Najib admits to ‘boiling inside’ over nasty online comments

PM says Opposition’s “keyboard warriors” have spread false facts and allegations that have been detrimental to his party’s survival.
najib
PASIR GUDANG: Prime Minister Najib Razak has expressed his unhappiness at the ongoing attacks on Umno and himself, admitting that he was “boiling inside” whenever he read the comments made by the public on social media.
He said the current political mess in the country was caused by false information and allegations put out by the Opposition’s “keyboard warriors”.
“I was made a target for no reason,” he said.
“Today before anything has really happened, people have begun to flare up for no reason, ‘saya pun rasa mendidih sahaja sepanjang masa’ (this made me boil inside the entire time),” he said when addressing the Pasir Gudang Umno divisional meeting.
Najib slammed the Opposition, saying they were not required to deliver anything of significance to the nation yet chose to spread false allegations about him via their keyboard warriors.
“The opposition doesn’t even need to deliver anything. They just work at clouding the perceptions of the people and creating doubts in their minds, which is enough to erode Umno’s and Barisan Nasional’s (BN) support,” he said.
He also touched on the numerous “unfair” stories about him posted on social media and said, “If you want to talk about losses, there are other companies that have suffered greater losses (than 1Malaysia Development Berhad).”

Gobind: Only AG not MACC can clear PM of wrongdoing

Lawyer and Opposition MP says Najib Razak of all people should know that an announcement he made about being cleared is "premature" and “highly improper”.
gobind-ag-macc
PETALING JAYA: The announcement by the prime minister that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) had cleared him of all wrongdoing in regard to a deposit of RM2.6 billion in his personal bank accounts, is not only premature but “highly improper”, said lawyer Gobind Singh Deo.
In a statement today, the MP for Puchong said, “Prime Minister Najib Razak’s announcement that he has been cleared of any wrongdoing by the MACC is highly improper.
Explaining that this was a matter for the Attorney-General to decide and not the MACC, he warned that Najib’s announcement could very well give a negative perception about the credibility of the probe.
“The fact that he himself is being probed makes it all the more so as to why he should not comment on the matter as that could well lead to the perception of interference which may severely impact upon the credibility of the result of the investigation.” He also said the PM of all people should be aware of this “most basic” of things.
MACC had launched investigations into the billions in Najib’s bank accounts following allegations by The Wall Street Journal on July 3.

Hentikanlah panggilan tidak berakhlak itu.

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


Panggilan 'DAPig' kepada DAP patut dihentikan apatah lagi jika orang yang melakukannya adalah orang Islam, lebih-lebih lagi orang yang mengaku pendokong parti Islam.

Tidak ada mana-mana manusia berhak menghina manusia lain sekalipun berbeza agama atau bangsa. Perbezaan agama dan bangsa bukan tiket untuk suatu agama atau bangsa menghina agama dan bangsa lain.

Tuhan memanggil Abu Lahab dengan celaka? Kalau begitu, adakah manusia berhak menyediakan unggun api untuk membakar manusia kerana Tuhan menyediakan neraka untuk mengazab manusia?

Tak payahlah berasa diri lebih suci daripada orang lain.

Jika kita sendiri tidak tahu nasib diri kita, bagaimana kita boleh tahu nasib orang lain?

Hentikanlah panggilan tidak berakhlak itu.