Sabtu, 8 Ogos 2015

PDRM akan pertahan kerajaan pilihan rakyat - Khalid Abu Bakar


Khalid Abu Bakar

GEORGETOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mempertahankan kepimpinan kerajaan yang sedia ada pada hari ini kerana ia dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
  
Beliau berkata, PDRM sebagai tiang yang mempertahankan kestabilan negara tidak boleh goyah dan mudah dimanipulasi kerana ketika ini terdapat ancaman yang mampu menggugat kestabilan negara melalui penyebaran maklumat tidak tepat di laman sosial.
  
"PDRM akan kekal menghormati kerajaan yang telah dipilih mengikut kehendak rakyat hari ini, kami akan menghormati pilihan rakyat dan bersama-sama memastikan kerajaan yang dilantik mengikut perlembagaan diletak di tempat yang sepatutnya.
  
"Adalah menjadi tanggungjawab polis dalam memastikan kerajaan yang dipilih rakyat ini kekal memerintah negara dan perdana menteri yang dipilih perlu diberi penghormatan yang sepatutnya," katanya semasa berucap pada Majlis Mesra sempena Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara di Kontijen Polis Pulau Pinang, di sini malam ini.
  
Beliau berkata, PDRM juga akan menyokong polisi dan dasar Perdana Menteri, ‎ Datuk Seri Najib Tun Razak, jemaah menteri yang dilantik serta akan terus setia kepada Yang di-Pertuan Agong dalam mempertahankan keharmonian negara.

Skandal 1MDB: BNBBC minta Najib segera adakan sidang khas Parlimen

Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata kekosongan jawatan dalam PAC tidak boleh dilengahkan lagi supaya PAC dapat berfungsi semula, serta siasatan terhadap 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2015. 
Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata kekosongan jawatan dalam PAC tidak boleh dilengahkan lagi supaya PAC dapat berfungsi semula, serta siasatan terhadap 1MDB.

Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) hari ini meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera mengadakan Persidangan Khas Parlimen bagi mengisi kekosongan jawatan termasuk pengerusi baharu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata kekosongan itu tidak boleh dilengahkan lagi bagi membolehkan PAC dapat berfungsi semula termasuk menyegerakan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini tertangguh.
"Ini adalah konsensus daripada ahli Parlimen BNBBC dan saya sudah sampaikan ini (keputusan) kepada perdana menteri. Beliau (Najib) bersetuju kita adakan sidang sehari," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Segamat di Laman Warisan Senin Khanipah, Kampung Bukit Tunggal, Jementah.

Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, Norshida  Ibrahim, Ketua Umno Bahagian Segamat, Zahari Surip dan Ketua Pemuda Umno bahagian itu, Bastien Onn. Mengikut peraturan, ahli PAC yang dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri perlu meletak jawatan daripada jawatankuasa itu.

Ketua Pembangkang: “Apa penjelasan pegawai SPRM ditukar?”

11145097_614656668637613_241593924346675735_nSHAH ALAM 8 OGOS: Kerajaan Persekutuan patut memberikan penjelasan serta-merta penukaran pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tidak timbul persepsi wujudnya campur tangan politik dan hukuman punitif.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail terkejut dan kecewa mendapat berita Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Rohaizad Yaakob ditukar jawatan sehari selepas pertemuan beliau bersama beberapa ahli parlimen Pembangkang.
“Oleh kerana tindakan campur tangan dan ancaman terhadap anggota SPRM jelas berterusan, saya mengarahkan anggota KEADILAN untuk membuat laporan polis serta mengadakan himpunan menyokong SPRM di kesemua pejabat SPRM seluruh negara,” kata Wan Azizah yang juga Presiden PKR dalam kenyataan medianya.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull menuntut kembali dua pegawai kanannya dipulangkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Beliau malah menawarkan dirinya sebagai ganti kerana mereka cuma bertindak atas arahan.
Sementara Bahri, yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu lantang menentang “gangguan” polis terhadap SPRM dan bersumpah dengan nama Allah mahu mencari dalang yang mengarahkan penangkapan pegawainya.

PKR: Adakah sejarah akan terlakar sekali lagi di Johor?

Wan Azizah JohorBATU PAHAT, 8 OGOS: Pengkhianatan Umno-Barisan Nasional (BN) terbukti bukan sahaja ditentang dan ditolak rakyat malahan pihak Istana Johor yang menunjukkan reaksi perkembangan politik negara terkini.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, gabungan rakyat dan istana pastinya menjadi harapan baru kepada rakyat Malaysia.
Katanya, suara Istana Johor juga memperkukuhkan kehendak rakyat yang mahukan perubahan di peringkat Kerajaan Persekutuan.
“Sejarah Semenanjung ini bermula di Johor dengan Istana mengambil bahagian, bergabung dengan rakyat.
“Adakah sejarah akan terlakar sekali lagi di Johor, adakah ini titik permulaannya.
“InsyaAllah. Kita doakan bersama,” katanya di hadapan 200 wakil Majlis Pimpinan Negeri dan cabang Johor.
Beliau berucap demikian dalam Majlis Jelajah Amanat Presiden Johor di Hotel Landmark di sini petang ini.

Seriuslah, adakah korupsi sebahagian daripada budaya Malaysia?

oleh Mariam Mokhtar

Jika komputer anda diserang oleh virus, anda akan membuat yang terbaik untuk “membersihkannya” supaya anda dapat terus berkomunikasi dan bekerja. Pemacu kerasnya mengandungi fail, gambar, resipi, kenyataan bank, dan lain-lain maklumat peribadi.

Hidup tanpa komputer tidak dapat dibayangkan. Hari-hari menaip surat di mesin taip, atau pergi ke perpustakaan terdekat untuk mengimbas dokumen anda sudah lama berakhir.

Jadi mengapa rakyat Malaysia tidak meletakkan kepentingan sama dalam menangani salah satu masalah paling mendesak negara ini; isu korupsi?

 Mengapa kita beritahu diri kita yang ini adalah satu masalah yang tidak dapat diatasi dan apabila kita ditahan di sekatan jalan JPJ atau SPAD, kita dengan gembiranya beri suapan RM50?

Adakah korupsi telah berada di sini terlalu lama, yang ianya telah tertanam dalam hidup kita, dan kita terpaksa menerima yang ianya sebahagian daripada budaya Malaysia?

Seorang ahli politik senior di Perak, yang rapat dengan bekas MB dan syarikat beliau memainkan peranan penting menganjurkan sebuah pertunjukkan udara di Langkawai, pernah berkata, “Sedangkan saya sendiri tidak terkecuali.

Ketika saya memasuki Pejabat Tanah, untuk mengetahui perkembangan permohonan sekeping tanah, saya dijangka untuk menghulur RM100 kepada “jaga pintu” dan selepas itu, “hadiahnya” semakin meningkat mengikut senioriti.

Skandal Zeti dan Keluarga tersebar, tiba - tiba Nazir yang banyak sokong Mahathir muncul membela.

Skandal Zeti Aziz dan keluarganya kini tersebar luas. Tetiba je Nazir Razak (yang banyak sokong Mahathir) menyuarakan sokongan kepada Zeti. Mungkinkah sebab urusniaga mereka dulu yang melibatkan kedua-dua dengan Tong Kooi Ong?


The Southern Bank CIMB hostile takeover: Abuse of power and connections


The three
Following reports that Bank Negara Governor Zeti Aziz will be called in for questioning by IGP as reported on The Malaysian Insider.
Nazir Razak has come to the rescue of Bank Negara Governor Zeti Aziz on instagram. The brother of the Prime Minister posted a photograph of himself with Zeti Aziz and IMF Managing Director Christine Lagarde with the caption: “My moment with 2 icons of global finance”
Nazir’s defence of the Bank Governor was carried by The Malaysian Insider an online news portal owned by the media magnate Tong Kooi Ong whom is one of the 13 conspirators on Special Branch’s list.

Pictured: Zeti Aziz, Christine Lagarde and Nazir Razak.
Pictured: Zeti Aziz, Christine Lagarde and Nazir Razak.

Zeti Aziz – An icon of Global Finance?
Bank Governor Zeti Aziz credibility was brought into question following her family’s involvement in several offshore entities housed in the tax haven of the British Virgin Isles.
Despite the striking expose that multiple bank accounts were held and controlled by Zeti’s family members, there has been no explicit reply or denial from Zeti Aziz.
Attempts to the contact the family to afford them a right of reply was similarly met with utter silence.
Given that the database put up by the International Consortium Of Investigative Journalists (ICIJ) is open for public access and that the information put forth in the expose is easily verified as true, the complete silence from Zeti Aziz comes as no surprise.
In an effort to mask the fact that true ownership in the companies Iron Rhapsody Limited and Glittering Snow international ltd is held by members of Zeti Aziz’s family, multiple layers of BVI shell companies were used.

Nazir’s version of an icon of Global Finance?

Telegraph
Pictured as a ‘global finance icon’ by Nazir Razak is the International Monetary Fund managing director Christine Lagarde whom in a largely reported case was placed under formal investigation by a French court last year for her role in approvingdubious transactions in 2008.
WSJ
Specifically, the court’s concerns refer to a €400 million payment made to businessman Bernard Tapie.
Bernard Tapie is a high profile French businessman that has been in the pubic eye for all the wrong reasons for over two decades. Accused of match fixing during his time as owner of French football giant Olympique de Marseille in 1993, Tapie was subsequently sent to prison for corruption and intimidating witnesses. His sentence resulted in him spending six months behind bars.
However, despite his brushes with the law in the 1990s, Tapie didn’t stop courting controversy, which ultimately led to Lagarde’s troubles. Even though he had previously served as a minister in a socialist government, Tapie heavily backed Sarkozy’s right-wing Union for a Popular Movement (UMP) party at the 2007 election.
The news raised many eyebrows, with people speculating why some who had been so ideologically to the left of the political spectrum would choose to support such a pro-business candidate. It turned out that Tapie’s real motive had been solving a number of tax issues he was facing, which Sarkozy – and importantly Lagarde – had allegedly offered to resolve upon their election.
In the French judicial system, being placed under formal investigation reflects the court’s belief that a crime has been committed. Is this Nazir Razak’s perception of a global icons of finance?
The CIMB Southern Deal – Nazir Razak and Zeti Aziz 
Let us not forget that Zeti Aziz’s husband Tawfiq Ayman was the broker in the Southern CIMB deal. Under Malaysian law in order for share transactions involving banks to take place, they must be approved by Bank Negara.

Pakatan 2.0: Pas tunggu dan lihat‎

KUALA LUMPUR - Pas mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap desas-desus yang menyebut Pakatan 2.0 bakal dibentuk tanpa Pas sekali gus meminggirkan parti Islam itu daripada pakatan pembangkang.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini Pas tidak diketepikan malah tetap dilibatkan dalam isu-isu besar.

"Kita akan tengok...Sebab ini benda akan datang. Semalam pun kita ada pertemuan dengan pimpinan PKR. Nak kata Pas diketepikan tidak juga. Malah dalam isu-isu besar pun, Pas dilibatkan cuma yang jelasnya majlis pimpinan PR itu sudah tidak berfungsi tapi tadbir kerajaan negeri berjalan macam biasa di Selangor.

"Hubungan antara Pas dengan PKR masih berjalan. Bahkan dalam program di peringkat negeri-negeri, ada yang pimpinan DAP turut hadir. Sekiranya kita (Pas) diketepikan, kita akan lihatlah bagaimana," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan parti itu, hari ini.

Menurutnya, Pas merupakan pembangkang utama di negara ini sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi.

"Saya nak sebut sejak daripada sebelum merdeka lagi, Pas ini tidak pernah diketepi oleh mana-mana barisan pembangkang sebab pembangkang yang utama di negara kita adalah Pas. Mengetepikan Pas bererti pakatan pembangkang itu akan pincang. Itu politik yang sebenar.

"Kita (Pas) akan tengok sekiranya mereka (ketepikan Pas)...(Mungkin) kita akan bergerak secara sendirian. Walaupun kita akur bahawa sebaik-baiknya pembangkang duduk bersama untuk menghadapi BN tapi Pas ada polisi kita yang mesti dihormati sebagaimana kita menghormati polisi parti-parti lain," katanya.

Bila pemimpin negara yang kerap kali berdusta kepada rakyatnya masih diangkat jadi pemimpin negara..

MASIHKAH ANDA INGAT... kata2 Najib Razak sebelum nak pi umrah & dikantoikan oleh SPRM jika terima derma perlu masukkan ke dalam akaun rasmi parti...

TETAPI dah lps buat umrah lain pulak jadinya..

Harapan Baru sambut baik saranan 'bersatu' Selamatkan Malaysia

Oleh SALAHUDDIN HJ AYUB 



1. Dua minggu lalu saya telah membuat kenyataan bahawa Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak dalam usaha menyelamatkan negara.

2. Ketika ini, situasi politik, ekonomi dan sosial negara dalam keadaan sangat kritikal dan memerlukan komitmen semua pihak untuk menyelamatkan rakyat yang semakin terkesan dengan kehidupan seharian mereka.

3. Hari ini, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menzahirkan harapan sama, agar semua parti pembangkang bersatu untuk tujuan sama. Beliau mahu parti politik pembangkang duduk mencari titik persamaan dan mengecilkan titik perbezaan.

4. Mewakili Harapan Baru, saya menyambut baik cadangan yang dilontarkan beliau itu, yang senada dengan apa yang telah kami suarakan sebelum ini.

5. Bagi pihak Harapan Baru, kami telah mengadakan pertemuan dengan NGOs, parti-parti politik serta individu-individu berpengaruh dan institusi-institusi penting dalam masyarakat bagi memperkukuhkan lagi iltizam bersama memperjuangkan isu-isu rakyat ini.

Mesej Untuk Rakyat Malaysia

Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.

Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.

Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.

Jangan sempitkan istiqamah hanya untuk PAS

Oleh MOHD FADHLULLAH BIN ISMAIL


Sudah seminggu teman-teman saya mengumumkan perletakan jawatan sebagai kepimpinan Pemuda PAS Lembah Pantai dan seminggu jugalah saya terpaksa memikul amanah memangku jawatan tertinggi di peringkat pemuda PAS kawasan ini.

Alasan mereka: "perletakan jawatan ini dibuat setelah mengambilkira faktor perkembangan politik semasa serta kekecewaan kami atas krisis yang melanda kepimpinan tertinggi parti di peringkat pusat dan negeri serta konflik dalaman yang gagal ditangani sebaiknya sehingga kini". Tentunya mereka akan bersama Harapan Baru secara rasmi akhir Ogos ini.

Ramai yang ucap tahniah kerana saya 'istiqamah dengan perjuangan'. Entah dari tamrin mana pemahaman istiqamah itu disempitkan hanya bila bersama dengan PAS sahaja, saya pun tidak tahu.
Seolah-olah menukar wadah atau platform untuk memperjuangkan Islam, itu bukan istiqamah dengan perjuangan. Yang puji, terima kasih. Yang sindir pun, terima kasih. Kata mereka 'u-turn pulak..nampak macam nak kesana dah hari tu'.

Pujian tidak menghilangkan simpati saya pada teman-teman berlima ini. Sebaik tersebar foto dan pengumuman rasmi mereka, saya asyik dengan membaca komentar pelbagai pihak termasuk teman-teman terdekat yang dikenali. Luar biasa komentar mereka. 'Munafiq telah dibersihkan dari jama'ah, liberal, barua DAP, pengkhianat, jahil' dan pelbagai gelaran pada mereka membuat saya benar-benar tersentap. Ya! benar-benar luar biasa kegembiraan mereka mendengar 'golongan munafiq' ini meninggalkan 'perjuangan'.

Sehingga hari ini, yang mengakui secara terang-terangan bahawa ia terasa dengan kehilangan sahabat, ialah Al-Fadhil Ust.Rosli Jabbar (Pesuruhjaya PAS Pahang). Katanya, "bohonglah kalau saya tidak terasa dengan pemergian sahabat-sahabat saya". Beliau antara yang berpesan agar jangan menghina pimpinan yang mengambil keputusan bersama GHB. Saya doakan kebaikan buatnya.

Menilai tahap ilmu, pengalaman dan pengorbanan di kawasan ini, 5 teman ini saya cukup hormati.

Sekian banyak perkara berkaitan politik, organisasi dan sebagainya, saya belajar dan berkongsi dari mereka. Saya yakin mereka telah memikirkan semasak-masaknya pro dan kontra keputusan mereka ini dengan ilmu dan merujuk banyak pihak.

Mohd Hafiz bin Habil (Mantan Ketua Pemuda) dan Muhamad Fadzil bin Ahamad (Mantan Naib Ketua Pemuda) adalah peguam Syariah lulusan Universiti Malaya. Nik Abdul Razak bin Nik Md Ridzuan (mantan Ketua Penerangan) penuntut dari Fakulti Sains ( Jabatan Biology - Genetics & Molecular Biology). Dua beradik, Mohd Zulfadhli bin Zulkifli (mantan AJK Pemuda) lepasan Al-Azhar di bidang Syariah dan Mohd Zulnazmi bin Zulkifli (mantan AJK Pemuda) lulusan Bahasa Arab dari Jordan.

Bersatulah Demi Rakyat Dan Malaysia Tercinta.

OLEH DATO' MAHFUZ OMAR

1. Saya menyambut baik saranan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan agar Parti-Parti Pembangkang kembali duduk semeja untuk mencari titik persamaan dan mengurangkan titik perbezaan.

 2. Gesaan supaya Parti Pembangkang kembali bersatu tentunya dinantikan oleh rakyat Malaysia yang mengharapkan perubahan politik negara yang sedang berdepan dengan krisis kepercayaan terhadap kerajaan Umno Bn yang gagal melindungi kepentingan negara dan rakyat.

3. Saya percaya saranan Dato' Ustaz Tuan Ibrahim tidak lah bercanggah dengan keputusan Muktamar PAS yang ke 61 serta keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah memutuskan hubungan dengan parti pembangkang iaitu DAP serta perang mulut di media antara pimpinan PAS dengan PKR dan DAP dan Kenyataan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Harun Din yang PAS sedia memutuskan hubungan dengan PKR jika PKR bersama DAP dan GHB membentuk Pakatan baru PR 2.0.

4. Cadangan dan saranan Dato' Ustaz Tuan Ibrahim tidak harus dilihat sebagai proses pusingan U yang dilakukan selepas Muktamar dan keputusan Majlis Syura. Tetapi semua orang perlu melihat saranan Dato' Ustaz Tuan Ibrahim ialah gambaran pengorbanan besar PAS menelan apa yang terjadi demi Malaysia dan harapan rakyat untuk kewujudan Malaysia Baru yang adil dan dilindungi Allah.

5. Sebagai Ahli Parlimen PAS saya mengharapkan kepada semua pihak samada parti parti pembangkang mahu pun NGO dan individu agar berlapang dada dan berjiwa besar untuk penuhi harapan rakyat yang mengharap pembelaan dan mendahulukan kepentingan Malaysia yang perlukan perlindungan dengan kembali ke meja perbincangan dan perundingan.

 Hormatilah kewujudan setiap kumpulan dalam masyarakat Malaysia untuk turut sama menyumbang dan melakarkan wajah baru politik Malaysia.

Jangan lengah selesai masalah Umno, ulang MB Johor

Pengerusi Umno Johor Datuk Seri Khaled Nordin berkata segala permasalahan dalam Umno diselesaikan segera dan ia tidak boleh dilengahkan lagi kerana suara akar umbi semakin jelas menyatakan kebimbangan keadaan semasa parti Melayu itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2015. 
Pengerusi Umno Johor Datuk Seri Khaled Nordin berkata segala permasalahan dalam Umno diselesaikan segera dan ia tidak boleh dilengahkan lagi kerana suara akar umbi semakin jelas menyatakan kebimbangan keadaan semasa parti Melayu itu.

Datuk Seri Khaled Nordin mengulangi gesaannya agar segala permasalahan dalam Umno diselesaikan segera, bagi mengelak ia merebak menjadi barah dan seterusnya membawa ancaman kepada parti.
Pengerusi Umno Johor itu berkata, langkah berkenaan sudah tidak boleh dilengahkan lagi kerana suara akar umbi semakin jelas menyatakan kebimbangan keadaan semasa parti Melayu itu.
"Jika kita biarkan isu ini berterusan, ia akan membarah kepada parti.

"Kita perlu harapan baru dan perlu bertindak segera menyelesaikan isu. Tidak boleh tunggu lagi. "Ia bukanlah mudah tetapi kita perlu lakukannya," katanya seperti dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris, The Star.
Khaled berkata Umno Johor juga bergantung kepada naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi menyuarakan aspirasi mereka di peringkat kebangsaan.
Katanya, pemimpin Umno pada masa ini juga perlu mendekati generasi muda bagi memastikan kelangsungan parti.
"Kita melihat (Hisham) sebagai pemimpin masa depan negara dan hanya masa yang akan menjawab," menteri besar Johor itu dilaporkan sebagai berkata.
Sementara itu, Hishammuddin yang berada di majlis sama berkata Umno mahu isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan segera demi kebaikan parti.
"Biar mereka yang ditugaskan menyiasat isu itu menjalankan tugas mereka tanpa gangguan daripada pihak lain," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

Beranikah Ahli Umno Bersuara ?

Oleh Abu Haasan Adam
Kecuali TS Muhyiddin Yassin dan DS Shafie Afdal dan beberapa ‘kerat’ yang lain, kebanyakan ahli UMNO mengambil sikap mendiamkan diri. Membisu seribu bahasa. Taku setakut-takutnya. Gentar segentar-gentarnya. Bimbang sebimbang-bimbangnya kalau-kalau ‘habuan’ yang sentiasa ‘luruh dari langit’ itu akan terhenti sekiranya mereka bersuara terutama yang berkaitan dengan IMDB dan RM 2.6 billion milik pemimpin kesayangan mereka DS Najib Tun Abdul Razak.
Diwar-warkan bahawa ahli UMNO peringkat akar umbi boleh menyuarakan pandangan mereka tentang apa saja yang berkaitan dengan isu “IMDB dan “RM 2.6 billion”. Dari Perlis dikatakan bahawa ahli UMNO disana boleh menyuarakan hasrat mereka. Dari Johor tempat kelahiran UMNO juga dikatakan bahawa ahli UMNO disana bebas menyuarakan apa yang ‘terasa’ di hati. Dan sekurang-kurangnya dari Johor muncul anak muda yang berani menyatakan apa yang dirasakan tidak kena berlaku dalam negara kini. Selain dari itu kelihatan UMNO semacam parti yang sudah ‘mati pucuk’ yang langsung tidak berani bersuara selain dari menjadi ‘tukang angguk’ walaupun atas isu-isu yang dirasakan amat merugikan negara dan bangsa. Rakyat seluruh Malaysia merasakan bahawa ada yang tidak kena yang berkaitan dengan isu ‘IMDB dan RM 2.6 billion’. Bukan sahaja sebahagian besar rakyat Malaysia merasakan begitu tetapi komen-komen dari masyarakat dunia juga memberikan komentar yang sedemikian. Merasakan bahawa ada sesuatu yang ‘tidak kena’ mengenai perlaksanaan IMDB dan akaun peribadi milik DS Najib yang mengandungi RM 2.6 billion itu.
Pemimpin UMNO dan ahli UMNO keseluruhannya masih mendiamkan diri. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku dalam negara kini. Ahli-ahli UMNO masih mahu menyalahkan pembangkang yang kononnya menimbulkan isu sedemikian. Ahli UMNO masih ‘bertepuk sorak’ walaupun negara hampir ‘terbakar’ sepertimana suasana ketika Rome terbakar dan Maharaja Nero terus menerus memetik gitarnya melihat api menjulang ke langit. Pemimpin UMNO yang disokong oleh ahli-ahlinya masih mahu mengalihkan pandangan masyarakat Malaysia dengan menimbulkan isu-isu ‘konspirasi’ di sana sini semata-mata untuk ‘menenggelamkan’ isu “IMDB dan RM 2.6 billion’
Ahli-ahli UMNO di seluruh negara terikut-ikut sama ‘menari dan menyanyi’ lagu yang ‘ditarikan’ oleh pemimpin-pemimpin mereka. Sehinggakan hampir tidak kelihatan ahli UMNO ( kecuali beberapa orang yang boleh dibilang dengan jari) yang mahu sama-sama bersimpati dengan rakyat Malaysia lain, mempersoalkan tentang isu ‘IMDB dan RM 2.6 billion” itu.

Pemindahan pegawai SPRM tidak sah dan langgar perlembagaan

Oleh Surendran
Pada 7 Ogos, dua pegawai kanan SPRM, Pengarah Operasi Khas, Bahri Mohd Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Rohaizad Yaakob, dipindah tanpa makluman awal ke Jabatan Perdana Menteri.
Pemindahan mengejut ini kelihatan seperti tindakan disiplin atau satu hukuman, kerana kedua-kedua pegawai kanan ini kelihatan menyanggah tindakan polis terhadap beberapa pegawai SPRM berkaitan skandal 1MDB.
Pemindahan ini tidak adil, dilakukan sewenang-wenangnya dan tidak sah di sisi undang-undang. Penjawat awam tidak boleh dipindah sebagai satu tindakan disiplin, kecuali suatu siasatan dijalankan dan pegawai tersebut diberi peluang yang munasabah untuk didengar hujahnya. Ini jelas dari undang-undang berkaitan pekerjaan, termasuk Fasal 135 Perlembagaan Persekutuan. Ketiadaan siasatan dan pemindahan secara mengejut membawa maksud wujudnya niat jahat di sebalik tindakan ini.
Selain hak di sisi undang-undang yang ada bagi kedua-dua pegawai tersebut, pemindahan ini menimbulkan kebimbangan yang serius terhadap kebebasan dan integriti institusi SPRM.
Kami menggesa kedua-dua pegawai kanan ini dikembalikan ke jawatan-jawatan asal mereka di SPRM sebelum mereka dipindahkan semalam.

JANGAN KUBURKAN UMNO - MUHYIDDIN

Umno Parit Sulong tuju puisi khas bagi Najib


Khairy tak risau disingkir Kabinet selepas keluar kenyataan bela SPRM

Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak gentar mengeluarkan kenyataan yang membela SPRM selepas pejabatnya diserbu polis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2015.Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak gentar mengeluarkan kenyataan yang membela SPRM selepas pejabatnya diserbu polis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2015.Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak risau bakal digugurkan jawatan seperti mana berlaku kepada bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan daripada semalam yang mahu polis menghentikan intimidasi terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menteri belia dan sukan itu berkata, beliau berpegang dengan pendiriannya dengan menyatakan institusi itu perlu dilindungi dan bebas untuk bercakap tanpa rasa takut dan gentar.
"Saya tidak risau sebab saya percaya kita mesti berpegang teguh dengan pendirian kita iaitu melindungi institusi dan bercakap tanpa rasa takut dan gentar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Umno Perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri di Klang Selangor sebentar tadi.

Khairy ‘bingai’ dakwa polis ganggu SPRM, kata blog pro Umno

Blog pro Umno MyKMU.net membuat kenyataan membidas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. – 8 Ogos, 2015.Blog pro Umno MyKMU.net membuat kenyataan membidas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. – 8 Ogos, 2015.Blog pro Umno, Mykmu.net hari ini membidas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebagai menteri "bingai" kerana kenyataan dangkalnya mengatakan siasatan polis terhadap beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai satu bentuk gangguan.
Dalam enteri terbaru hari ini, Mykmu berkata, ketua Pemuda Umno itu hanya membuat kenyataan berdasarkan kecendurangan dalam media sosial semata-mata walaupun hakikatnya ia tidak begitu.
"Mudahnya macam ini sajalah, kalau tak nak polis siasat, jangan buat laporan polis!!  Ini buat laporan polis, bila polis siasat, dah melompat dan dakwa cuba ganggu pula. Datang orang tak faham, hanya baca perkembangan dalam FB (Facebook) dan Twitter, buat kenyataan bodoh.

"Dia menteri, takkanlah bingai sangat tak boleh rujuk kepada ketua polis negara atau timbalan perdana menteri yang juga menteri dalam negeri terlebih dahulu? Ke kecil sangat kedudukan dalam Kabinet tu sampaikan nak tanya soalan pada platform yang sepatutnya pun susah. "Orang kebanyakan di luar ni buat andaian dan persepsi macam-macam kerana mereka tidak ada akses seperti mana menteri berkenaan," kata Mykmu dalam tulisan bertajuk "Kalau semua siasatan berbentuk intimidasi, polis & SPRM boleh tutup kedai" hari ini.

Clare Rewcastle? Bagaimana dengan pelarian Malaysia kita RPK?

Cynic View: Mari lupakan tentang pelarian RPK yang telah didakwa kerana menghasut dan kemudian melarikan diri ke England.

Tetapi beliau masih bebas menulis mengenai hal ehwal Malaysia dari jauh.

Malah beliau muncul di Singapura beberapa tahun lalu, ketika beliau masih dalam pelarian, untuk menghadiri temuramah dengan TV3! Liciknya beliau.

Seorang pelarian ditemuramah oleh media yang dikawal parti dan mempunyai kaitan dengan kerajaan!

Kenapa PDRM atau Peguam Negara tidak menghantar orang-orang terbaik mereka untuk menangkap beliau?

Sebaliknya, mereka berunding dengan peguam beliau, jika saya masih ingat.

Semoga berjaya dalam cubaan untuk mengekstradisi Clare Rewcastle.

Janganlah bazirkan wang pembayar cukai mengejar bayang-bayang.

Masih ingat lagi kes Lorraine Esme Osman beberapa dekad lalu, melibatkan BMF?

Beliau menolak perintah ekstradisi dan kekal banduan ditahan reman paling lama di UK.

Mikey: PDRM kita adalah pihak polis paling tidak malu dalam dunia.

Lebih banyak sokongan BN untuk SPRM

oleh V Shuman
Anda tahu situasi semakin tidak terkawal apabila orang yang selama ini menjadi penyokong setia, mula mendesak tindakan di ambil kepada orang yang menjadi tumpuan.
Cerita yang menjadi tumpuan- Ketua Pemua Barisan Nasional (dan Umno) Khairy Jamaluddin dan Perkasa NGO yang rapat dengan Umno, menyuarakan sokongan mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kekecohan skandal akaun peribadi RM 2.6 bilion yang melibatkan Perdana Menteri Najib Razak.
Laporan berita memetik Khairy mendesak supaya SPRM dibenarkan bertindak bebas dan menyokong keputusan mereka untuk memanggil Najib bagi mendapatkan keterangan yang lebih jelas.
“Jika benar wujud keperluan untuk menyoalsiasat PM, maka terbukti yang SPRM sedang menjalankan tugas tanpa pilih kasih.
“Semua siasatan yang sedang berjalan perlu diteruskan sehingga gambaran jelas diperolehi supaya siasatan dapat menyakinkan rakyat,” The Malaysia Insider memetiknya sebagai berkata demikian.
Ini sangat bertentangan dengan pendirian Khairy beberapa hari lepas, apabila SPRM mengeluarkan kenyataan pertamanya, berkata duit yang masuk ke dalam akaun, adalah “derma”.
Dia tidak mahu mengesahkan perkara itu, dan berkata yang “bukan satu jenayah” untuk duit dimasukkan ke dalam akaun seseorang.
Khairy dikecam hebat kerana kenyataanya itu, dengan pemimpin pembangkang dan netizen mengejeknya dalam media sosial. Dia tidak membalas dan hanya berdiam diri.
Mungkin disebabkan kejadian itu yang membuatkan Khairy menimbang semula kata-katanya dan mengeluarkan kenyatan terbaru, yang bunyinya lebih masuk akal.

Kembalikan semula dua pegawai kanan SPRM - PPPR

Kenyataan media yang dikeluarkan hari ini oleh Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Tan Sri Johan Jaafar berhubung pertukaran tugas dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam.

PANEL PERUNDINGAN DAN PENCEGAHAN RASUAH: KEMBALIKAN SEMULA DUA PEGAWAI KANAN SPRM

Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), salah satu panel yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terkejut dengan tindakan menukar dua pegawai kanan SPRM pada hari Jumaat.

PPPR menuntut agar kedua-dua pegawai terbabit ini, Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob dikembalikan semula dengan serta-merta bagi membolehkan mereka meneruskan tugas masing-masing di SPRM.

Pengerusi PPPR, Tan Sri Johan Jaaffar percaya pertukaran ini pasti akan meningkatkan suasana tegang yang disaksikan sekarang. Malah, pertukaran ini akan mencetuskan lebih banyak persoalan berbanding jawapan dan ia akan mewujudkan lebih banyak syak wasangka dan teori konspirasi.

MT Umno tak pernah diberitahu tentang RM2.6 bilion, kata Shafie Apdal

Datuk Seri Shafie Apdal berkata derma politik yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah dibangkitkan di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 Ogos, 2015. 
Datuk Seri Shafie Apdal berkata derma politik yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah dibangkitkan di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Derma politik berjumlah RM2.6 bilion yang diterima melalui akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya dimaklumkan kepada Kabinet, dan bukannya dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata Datuk Seri Shafie Apdal.
Shafie berkata, sepanjang pengetahuannya, tiada makluman berhubung dana RM2.6 bilion yang diterima Najib itu dibangkitkan dalam mesyuarat MT Umno.
"Sejauh pengetahuan saya, sepanjang kehadiran saya (dalam mesyuarat MT), kita tidak diberitahu pun," katanya, kepada pemberita selepas berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Parit Sulong, di Maktab Rendah Sains Mara di Batu Pahat, Johor hari ini.

"Kami hanya diberitahu dalam Kabinet (terakhir yang saya sertai) baru-baru ini," katanya. Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebelum ini dilaporkan berkata, sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir MT Umno dan juga Badan Perhubungan Umno Negeri tidak pernah dimaklumkan apa-apa sumbangan dan derma politik yang diperolehi oleh presiden atau bendahari parti.
“Selama saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan Perhubungan Negeri.”

Dah dapat duit jangan senyap, sembang Najib..!!

Presiden Umno berharap ahli parti itu tidak mendiamkan diri apabila pemimpin mereka diserang, malah sesetengahnya bertindak seolah-olah menuang minyak ke api menyala.

Bercakap di mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Bandar Tun Razak hari ini, Datuk Seri Najib Razak berkata, ahli perlu mempertahankan parti itu kerana apa yang dilakukannya bukan untuk kepentingan diri sendiri.

"Sebagai presiden parti, apa yang saya buat, sama ada kutip dana atau apa-apa, semata-mata untuk kepentingan parti, bukan untuk lain.

"Zaman saya banyak pertolongan (disalurkan) kepada bahagian, banyak kerja amal dibuat, ramai orang naik haji, banyak bahagian dapat sumbangan setiap bulan.

"(Tetapi) janganlah apabila (sudah) dapat, semua senyap. Apabila saya diserang, kita tambah lagi, tuang minyak," katanya.

Pada masa sama Najib yang dibayangi tuduhan menyalahgunakan dana awam mempertikaikan sama ada pembangkang benar-benar baik.

Kata perdana menteri, pembangkang yang mempersoalkan dana yang dimasukkan ke akaun persendiriannya juga menerima bantuan dari luar.

Shafie Apdal: Kata yes saja, confirm menteri

Nampaknya ada formula mudah untuk menjadi menteri ketika ini.

Sekurang-kurangnya itu dibayangkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Kata bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu, apa yang diperlukan seseorang untuk menjadi anggota kabinet hanyalah menjadi pak turut.

Kata beliau dengan bersikap pak turut, seseorang itu "confirm" boleh menjadi menteri.

Namun ahli politik Sabah itu berkata, bukanlah menjadi kesalahan untuk seseorang mengiyakan kata-kata pemimpin atasan.

"Bukan tak boleh yes. Yes kalau tempat yg baik," katanya di mesyuarat agung tahunan Umno Parit Sulong hari ini.

Mohd Shafie berkata, pada ketika yang perlu beliau akan berkata "tidak".

Tiada cadangan berundur

Semuanya itu, kata Mohd Shafie, dilakukan kerana beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk dipertahankan.

Sebaliknya, kata beliau, jika memiliki kepentingan tertentu adalah lebih wajar untuknya berdiam diri saja.

SPRM sahkan derma saya peroleh bukan rasuah sembang Najib


Pas Siasat Ahli Sertai Harapan Baru

Pas Tak ada Masalah Isytihar Wang Derma

Kalau 'yes boss' pasti jadi menteri, kata Shafie Apdal

Najib hanya dedah kewujudan dana derma selepas WSJ siar laporan - Shafie Apdal

Jemaah menteri hanya dimaklumkan mengenai kewujudan dana derma dalam akaun Najib dalam mesyuarat terakhir sebelum rombakan kabinet dibuat.
shafie-afdal
BATU PAHAT: Maklumat mengenai dana RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hanya dimaklumkan kepada jemaah menteri selepas laporan mengenainya disiarkan Asia Wall Journal (WSJ)
Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal, perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat kabinet yang terakhir sebelum beliau disingkirkan jawatan sebagai menteri.
“Sejauh pengetahuan saya, Majlis Tertinggi UMNO tidak pernah memaklumkan wang sumbangan derma itu.
“Saya hanya diberitahu oleh kabinet sebelum saya dipecat,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit Sulong 2015.
Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendakwa beliau tidak langsung diberitahu mengenai derma RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib.
Katanya, beliau hanya mengetahui selepas akhbar The Wall Street Journal menyiarkan laporan mengenainya.

UMNO rosak kerana sikap bermuka-muka - Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kelompok itu hanya memuji dengan berpura-pura untuk mengekalkan jawatan
Muhyiddin-Yassin,-umno
PAGOH: Pemimpin UMNO pada masa ini semakin ramai dikelilingi oleh mereka yang bermuka-muka dan tidak ikhlas.
Luahan itu dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjelaskan kelompok itu hanya memuji untuk mengekalkan jawatan.
“Saya nak cerita ada kawan kita dalam satu majlis itu, sebelum majlis mengata macam-macam kepada pemimpin.
“Namun apabila pemimpin itu bangun sahaja, beliau memuji dengan mengucapkan taniah.
Katanya pujian itu ‘untuk hidup’,” katanya dihadapan 600 orang perwakilan Bahagian UMNO Pagoh yang hadir dalam mesyuarat Bahagian Pagoh UMNO.
Ahli Parlimen Pagoh berkata tidak semua ahli dan pemimpin di dalam UMNO yang berani untuk menegur ketua mereka sekiranya ada membuat sesuatu kesalahan.

Najib nafi tuduhan pemimpin autokratik, suka diampu

Najib minta ahli UMNO berdiam diri dan menerima keputusan yang dibuat kepimpinan parti.

PETALING JAYA: Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjelaskan beliau bukan seorang pemimpin autokratik yang dikelilingi pengampu.
Jelasnya, beliau menghormati perbezaan pendapat tetapi apabila keputusan dibuat melalui mesyuarat, mereka perlu menerima dengan hati terbuka.
“Kita boleh bertukar-tukar pendapat dan juga berhujah dalam mesyuarat tetapi apabila kepimpinan membuat keputusan, kita mesti berdiam diri di belakang parti.
“Kita mesti menunjukkan barisan yang kukuh,” katanya yang dipetik daripada portal berita Mstar Online.
Dalam ucapannya ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Najib juga menempelak sikap segelintir pemimpin bahagian yang hanya mendiamkan diri ketika dirinya diserang berhubung isu dana dalam akaun banknya.

Najib hilang kredibiliti sudah masa letak jawatan PM - MB Selangor

GOMBAK, 8 OGOS : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut meletak jawatan apabila hilang kredibiliti sebagai pemimpin ekoran pertukaran pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebalik kontroversi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Najib perlu bertanggungjawab kerana tindakan memburu pegawai Kerajaan Persektuan seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.
“Mengapa badan bebas seperti SPRM menjadi mangsa Barisan Nasional (BN) dengan ditekan dan diugut dalam usaha mencari kebenaran?
“Ia sudah tentu memberi kesan buruk kepada ekonomi negara apabila pentadbiran yang ada pada hari ini bukan sahaja menekan pimpinan politik, badan bukan kerajaan (ngo) tetapi menekan pegawai kerajaan,” katanya pada Majlis Sambutan Aidilfitri dan Penyampaian Notis 5A di Taman Ekstrem Kampung Melayu Wira Damai, hari ini.
Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berharap supaya SPRM terus utuh mempertahankan kedaulatan negara dan tidak bersekongkol dengan pihak yang merompak hasil negara.
Katanya adalah menjadi hasrat pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) dan rakyat untuk terus mendukung usaha SPRM bagi membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam negara.

Najib nafi isteri tadbir negara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan bahawa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor campur tangan dalam hal pentadbiran negara.

Beliau berkata demikian ketika mengulas saman fitnahnya terhadap ahli parlimen DAP Nga Kor Ming yang mendakwa bahawa Rosmah telah menyertai mesyuarat jemaah menteri.

"Kami sedang berbincang di Beijing, bersama dua tiga menteri dan duta, sebab (ketika itu) saya dalam lawatan rasmi ke China. Waktu itu kemangkatan Sultan Azlan Shah.

"Nak bincang sama ada boleh balik atau tidak, adalah isteri saya di situ. Bukan soal negara," kata Najib sebelum merasmikan mesyuarat Umno bahagian Bandar Tun Razak di Cheras, hari ini.

Kata Najib, isu yang dibangkitkan pemimpin DAP Perak itu tidak benar.

Justeru, katanya, beliau menyaman Nga.

"Isteri saya terlibat dalam pentadbiran negara, (itu) tak betul," tambah Najib.

Sudahlah tak bercuti, kini rosakkan parti kata Timb Ketua Umno Pagoh

Seorang pemimpin Umno yang sepatut bercuti, sebaliknya dilihat mahu menguburkan parti sendiri, kata perwakilan di mesyuarat agung tahunan Umno Johor hari ini.

“Kami sedih pemimpin ini mahu menghancurkan Umno padahal bapa dan ibunya berjuang demi parti.

“Pemimpin ini patut bercuti, berundur. Kami tidak mahu melihat parti yang dibina oleh nenek moyang kami dikuburkan,” kata Ismail Mohamed, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh.

Bercakap di perhimpinan peringkat bahagian itu, Ismail memasang harapan pemimpin yang dimaksudkannya itu sedar bahawa akar umbi parti tidak mahu melihat parti mereka hancur.

Walaupun beliau tidak menyebut sebarang nama, Ismail berkata, pemimpin terbabit adalah orang yang bertanggungjawab memindahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

PAS teliti laporan sebelum ambil tindakan ahli terlibat GHB

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatan Kuasa PAS Pusat hari ini belum membuat sebarang keputusan terhadap ahlinya yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) kerana sedang menerima laporan hampir dari setiap negeri.

Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga kini mereka masih menerima laporan dan ia perlu diteliti dengan sebaik mungkin.

Beliau berkata, setiap laporan yang diterima perlu dikaji terlebih dahulu mengikut prosedur sebelum diambil sebarang tindakan.

"Kita kena lihat kes demi kes sejauhmana tindakan mereka mengundang kerosakkan parti.

"Prosedur kita terima laporan, masa untuk menjawab dan kemudian kita panggil. Buat kajian dulu supaya tidak terburu-terburu,"katanya.

Tambahnya, sekiranya GHB  sebuah parti dan ahli PAS menyertainya automatik keahlian PAS mereka akan terlucut.

Turut bersama dalam sidang media di KUIZM Naib Presiden Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah  dan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan.

Hati anak Bahri: Nak suruh ayah tanam pokok?

Sepanjang bertugas dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama hampir 33 tahun, Datuk Bahri Mohamad Zin berdepan pelbagai dugaan, termasuk diugut, dipulau dan diherdik.

Beliau yang juga bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM turut diganggu secara sihir termasuk menggunakan santau.

Dugaan itu didedahkan sendiri anak Bahri, Eila melalui kemas kini di Facebook beliau malam tadi.

Namun, kata Eila, semua halangan itu tidak menjejaskan tumpuan Bahri, malah tetap yakin "mempertahankan kebenaran".

"Hidup ni, bukan nak tongkat langit, tapi nak cari sebanyak mana sebab untuk Allah redha," tulisnya.

Semalam Bahri menamatkan tugasnya di SPRM kerana dipindahkan secara mengejut ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sebelum itu beliau lantang mengecam serbuan dan pemeriksaan polis terhadap anggota pasukannya yang kini menyiasat isu dana awam yang dikaitkan dengan perdana menteri.

Bahri juga berikrar - dan bersumpah - untuk mencari dalang kepada gangguan dialami SPRM.

Turut ditukarkan, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob, yang menerima kunjungan wakil parti politik pembangkang ke pejabat agensi berkenaan.

"Ayah saya, Bahri Muhamad Zin hampir 33 tahun berkhidmat di SPRM.

"Berpuluh tahun dia bekerja menjalankan amanah rakyat, siasat dan tangkap malaun-maluan (penjahat) yang suka sangat bedal duit haram (hak rakyat).

APA DAH JADI pada ringgit di luar negara ???

TAHUKAH ANDA, jika anda ke mana2 'money exchange ' di UAE terutamanya di Al Ansari Exchange didapati nama Malaysia telah dikeluarkan dari senarai dalam carta matawang2 dunia..

Manakala jika ke UAE Exchange, anda SUDAH TIDAK BOLEH buat urusan penghantaran wang dari UAE ke M'sia dgn pertukaran ringgit kecuali HANYA DENGAN 'US Dollar' sahaja.. (sebelum ini boleh guna ringgit sebelum ringgit jatuh teruk).

MASIHKAH ANDA INGAT... kata2 Najib Razak...!!!

MASIHKAH ANDA INGAT... kata2 Najib Razak sebelum dikantoikan oleh SPRM jika nak samun duit rakyat tak kanlah nak simpan dalam akaun negara..

NAMPAK TAK... !!!

Saifuddin: Putrajaya tunjuk kuasa berlebih-lebihan

Himpunan 808: Bantah Penggantungan The Edge

Himpunan 808: Bersatu Demi Kebebasan Media

Rally held to call for press freedom

Wakil Pagoh: Pemimpin sanggup kuburkan Umno demi kepentingan diri


Najib: I receive funds not for myself but for Umno


UMNO Dedah Dana Politik Sembang Najib..!!!

Muhyiddin: Leaders dilemma of having yes men

#808 Rally for Press Freedom

Muhyiddin: Playing the sympathy card

Muhyiddin: Speak out before its too late

Najib kata saya tidak mahu pemimpin 'Yes Man'....hang sembang..!!!


Jangan biarkan seorang pemimpin hancurkan Umno, kata pemimpin Pagoh

Pemimpin Umno diingatkan jangan disebabkan "tangan yang seorang" parti Melayu yang memerintah Malaysia sejak merdeka hancur, kata Ismail Mohamed.
Timbalan ketua Umno Bahagian Pagoh itu berkata, ahli-ahli di peringkat akar umbi sekarang sudah tidak lagi tahan melihat gelagat kepimpinan tertinggi parti itu.
"Jangan sampai semangat orang Melayu ini bertindak di luar kemampuan. Mudah-mudahan Allah berikan petunjuk kepada pemimpin kita ini.

"Kita tak mahu disebabkan tangan yang seorang, parti kita hancur. Masyarakat hari ini tidak terdaya lagi melihat Umno ini runtuh," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pagoh, di Dewan Pekembar, Pagoh, Johor pagi tadi. Ismail turut mengingatkan pemimpin Umno untuk tidak menjadi seperti "kipas sate" kerana perlakuan seumpama itu bakal menyaksikan parti Melayu itu terkubur.
Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, pemimpin-pemimpin Umno kini sedang memusnahkan parti sedangkan datuk, nenek, dan bapa mereka dahulu bersusah payah cuba mempertahankan parti.
"Pemimpin sepatutnya bercuti, undur diri, kita tak sanggup parti yang atuk nenek kita bangunkan untuk orang Melayu terkubur.
"Kita rasa sedih pemimpin kita sanggup merosakkan Umno. Sedangkan mak, bapa, dia dulu memperjuangkan Umno."
Pemimpin-pemimpin seperti ini katanya tidak boleh dibiarkan kerana akar umbi Umno kini sudah muak dengan pemimpin sedemikian.
"Kita tidak boleh biarkan, sedarlah pemimpin di luar, jangan terus nak jadi kipas, macam sate, jawatan ini tidak bawa mati," katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah timbalan presiden Umno, yang juga Ketua Bahagian Umno Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Utusan kepada Umno: Jangan sampai rakyat kata ‘tiada esok bagimu’

Jentera Umno dinasihatkan tidak terus dibuai dengan kenyataan sesetengah pihak yang kadang kala dilihat tidak berpijak di bumi nyata dan masih berada dalam sindrom penafian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2015. 
Jentera Umno dinasihatkan tidak terus dibuai dengan kenyataan sesetengah pihak yang kadang kala dilihat tidak berpijak di bumi nyata dan masih berada dalam sindrom penafian. 

Utusan Malaysia memberi amaran kepada Umno agar tidak menunggu rakyat menjawab kembali kepada mereka "tiada lagi hari esok" kerana sekiranya perkara demikian berlaku maka ia sudah terlambat.
Pengarang kanannya, Zulkiflee Abu Bakar membidas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang menjawab "esok bukan pilihan raya" sebagai reaksi terhadap dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjangkakan Barisan Nasional (BN) kalah sekiranya pilihan raya diadakan esok.
Zulkiflee berkata, pemimpin Umno seharusnya memandang kenyataan "jika esok pilihan raya" sebagai satu persoalan serius kerana sokongan rakyat terhadap parti tersebut dilihat semakin merosot berikutan pelbagai isu.

"Penulis tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi sekadar mengetengahkan keluh resah ahli Umno di peringkat akar umbi yang mahu kepimpinan Umno melakukan sesuatu bagi memberi penjelasan kepada rakyat terhadap segala isu yang tercetus. "Sekarang ini mungkin berpegang kepada tafsiran esok bukan pilihan raya maka jentera penerangan Umno dianggap bagaikan hidup segan mati tidak mahu sehingga membuka laluan Umno dan BN diserang pelbagai penjuru.
"Jangan sampai ketika pilihan raya nanti apabila ada pemimpin Umno berkata; 'kalau esok kita kekal memerintah kita akan melakukan itu dan dan ini', rakyat akan menjawab ;'Tiada esok bagimu', tulisnya dalam akhbar milik Umno itu hari ini.
Minggu lalu Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak turut berkata, BN dan Umno masih mempunyai banyak masa untuk meraih keyakinan orang ramai kerana pilihan raya tidak akan diadakan "hari ini atau esok".
Kenyataan beliau itu dilihat seperti menjawab dakwaan Muhyiddin sebelum ini yang BN akan tewas dalam pilihan raya umum jika ia diadakan sekarang.

Jangan hanya dengar kata ‘pembodek’, kata Muhyiddin

Pemimpin diingatkan agar tidak hanya mendengar suara "pembodek" sebaliknya perlu lebih bertanggungjawab dan mengambil kira pandangan orang-orang di sekeliling mereka, walaupun terdapat pendapat yang bercanggah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tanpa menyebut nama sesiapa, timbalan presiden Umno itu ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pagoh, di Johor hari ini berkata, pemimpin yang hanya mendengar pujian-pujian dan menolak teguran adalah disebabkan mereka "dilindungi hijab" manusia yang tidak ikhlas.
"Yang ini jadi masalah bila kita jadi pemimpin, kadang-kadang kita dikelilingi penyokong kita yang beritahu, 'its ok sir, things are so good', 'don't worry sir, everything is ok sir, yes sir.

"Kita tidak nampak apa-apa tapi rasa bangga diri," katanya. "Ini yang saya kata kepada perdana menteri, salahkah saya?" soalnya, merujuk kepada tindakan Datuk Seri Najib Razak menggugurkan dirinya daripada Kabinet baru-baru ini kerana lantang mengkritik membabitkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Muhyiddin berkata, beliau tidak pernah menggunakan saluran luar untuk isu membabitkan syarikat itu, sebaliknya kritikan hanya disalurkan menggunakan platform mesyuarat dalam Kabinet mahupun parti.
"Banyak pandangan saya disuarakan dalam mesyuarat. Hari ini, walaupun di luar jemaah menteri, saya tidak harus berdiam diri.
"Lagi lama jadi pemimpi, lagi banyak keliling kita kata 'okay, great, you are great man for the nation', tapi tidak pernah berkata 'sir, this is wrong'.
Beliau berkata, orang ramai kini bertanya kepadanya, apa yang perlu mereka lakukan terhadap pemimpin yang sebegitu rupa.
"Mereka bertanya kepada saya apa nak jadi, doa sahajalah, buka pintu hati, semoga dilihat. Jangan jadi pemimpin kita nampak depan sahaja," katanya.
"Saya tidak kata siapa-siapa, tapi kata andaikan seorang pemimpin rasa begitu."

Muhyiddin enggan berundur, Najwa sumbangkan lagu tanda sokongan

oleh Alyaa Alhadjri
Bapanya mengumumkan tidak akan berdiam diri manakala si anak pula menyumbang suara lunak bagi menyokong perubahan dilakar di dalam pentadbiran negara.

Penyanyi dan penulis lagu Najwa Mahiaddin merupakan anak kepada timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin dan beliau mengeluarkan lagu pada 6 Ogos bagi menggesa rakyat Malaysia kekal berharap di kala saat-saat sukar sebegini.

Video lagu tersebut yang diberi judul After The Rain telah dimuatkan melalui akaun Facebooknya dan telah mendapat 70,000 penggemar setakat ini.

“Saya percaya kuasa musik dan kebolehannya menyembuhkan. Mudah-mudahan lagu ini memberi ketenangan dan kekuatan bagi kita semua di saat sukar sebegini,” ujar Najwa.

Video hitam putih selama 5 min 35 saat itu turut memaparkan penyanyi Juny.

“Kita mungkin jatuh, tetapi bangkit semula, angkat kepala anda Malaysia, Selepas hujan mentari akan muncul jua.”

Itulah antara liriknya.
Saksikan video penuh di sini: 
Selepas bapanya disingkir pada rombakan Kabinet yang dilakukan Menteri Perdana Najib Razak pada 28 Julai, Najwa mencoretkan “Hanya Allah yang Maha Mengetahui” di akaun Twitter.

Manakala Muhyiddin pula selepas tersingkir menulis, “kepada Allah saya berserah.” 

PAS pecat ahli sertai GHB hari ini, lapor akhbar Umno

Ahli di peringkat akar umbi PAS terus mendedak barisan pemimpin supaya bertindak lebih tegas menyingkirkan mereka yang menyertai Gerakan Harapan Baru. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2015.Ahli di peringkat akar umbi PAS terus mendedak barisan pemimpin supaya bertindak lebih tegas menyingkirkan mereka yang menyertai Gerakan Harapan Baru. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2015.PAS bakal memecat beberapa ahli serta bekas pemimpin utama parti Islam itu yang terbabit dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) pada mesyuarat pusat hari ini, lapor Utusan Malaysia.
Menurut akhbar milik Umno itu, tindakan disiplin mungkin diambil berikutan kumpulan "haluan kiri itu" tidak mengendahkan amaran pucuk pimpinan parti dan perbuatan tersebut dilihat bercanggah dengan dasar perlembagaan parti yang tidak membenarkan ahlinya menyertai parti lain.
Tanpa memetik daripada mana-mana sumber, Utusan Malaysia berkata ketetapan awal mungkin dilakukan bagi memastikan GHB yang bakal mengisytiharkan penubuhannya sebagai parti politik pada 14 Ogos ini tidak terus menyebarkan pengaruh bagi menarik lebih ramai ahli untuk melompat ke parti baharu.

"Malah ahli di peringkat akar umbi terus mendedak barisan pemimpin supaya bertindak lebih tegas menyingkirkan kumpulan tersebut daripada parti lebih awal meskipun secara dasarnya mereka yang menyertai GHB akan terlucut keahlian secara automatik," lapor akhbar tersebut hari ini.

Lebih 400 peserta berhimpun bantah penggantungan akhbar The Edge

Sebahagian peserta Perhimpunan #808 di Pasar Seni yang berjalan kaki ke ibu pejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur, hari ini. Mereka berkumpul bagi menunjukkan bantahan terhadap penggantungan 2 akhbar perniagaan The Edge. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Ogos, 2015. 
Sebahagian peserta Perhimpunan #808 di Pasar Seni yang berjalan kaki ke ibu pejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur, hari ini. Mereka berkumpul bagi menunjukkan bantahan terhadap penggantungan 2 akhbar perniagaan The Edge.

 Kira-kira 400 peserta yang terdiri daripada petugas media, peguam, aktivis sosial dan masyarakat umum berkumpul di hadapan dataran Majlis Peguam di Kuala Lumpur pagi ini bagi menunjukkan bantahan terhadap penggantungan 2 akhbar perniagaan The Edge.
Antara personaliti yang dilihat memberi sokongan ialah bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengarah Eksekutif Lawyer for Liberty Eric Paulsen dan ratusan petugas media lain.
Perarakan yang diketuai Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar itu melaungkan "Bebas Media", "Jangan Takut Lapor 1MDB" dan sebagainya.

Setiausaha Gerakan Harapan Baru (GHB) Dr Dzulkefly Ahmad yang turut hadir dalam perhimpunan tersebut mendesak Putrajaya agar segera mengembalikan permit akhbar perniagaan itu yang digantung Kementerian Dalam Negeri (KDN) selama 3 bulan baru-baru ini. "The Edge majalah berwibawa, bawa pencerahan kepada seluruh rakyat.
"Segera bebaskan The Edge agar demokrasi pulih kembali," katanya apabila ditemui pemberita.

Ikan Belida, Hitler dan Para Pemimpin Hujung Usia

A Kadir Jasin

DARI cerita ikan Belida yang boleh dipancing kalau kita tahu kaedahnya kepada saat-saat terakhir Hitler, sejarah tidak putus-putus mengajar kita teladan dan sempadan.
Jadi izinkan saya bercerita mengenai saat-saat terakhir Adolf Hitler moga-moga kita mendapat pengajaran daripadanya.
Pada jam 12.10 tengah malam 29 April 1945, ketika di ambang kekalahan, Hitler melantik Robert Ritter von Greim sebagai Panglima Tentera Udara Jerman – Luftwaffe.
Luftwaffe adalah unit terakhir tentera Nazi Jerman yang masih beroperasi. Unit-unit lain sudah dikalahkan oleh Tentera Bersekutu yang sedang mara memasuki Berlin.
Von Greim cedera teruk apabila kapal terbang yang membawanya ke Berlin dibedil tentera Rusia.
Daripada bilik kebal bawah tanah di tengah-tengah kota Berlin, Hilter mengarahkan setiausahanya, Traudl Junge, menulis wasiat yang antara lain dia menyalahkan kekalahan Nazi kepada “pembohongan, rasuah dan pengkhianatan”.
Persembunyian Hitler:Tembok konkrit tidak boleh menyelamatkan
Kemudian beliau membuat beberapa pelantikan baru, antaranya Von Greim, setelah memecat ketua-ketua tentera dan anggota pemerintahannya.

Wanita Merosakkan Kata Hitler
Pada jam 1.30 pagi Hitler menikahi kekasihnya Eva Braun, walaupun dia pernah bersumpah tidak akan berkahwin kerana katanya, wanita mempunyai pengaruh yang merosakkan ke atas lelaki ternama. (Women have a destructive influence on great men.) Hitler dan Braun sudah berkenalan selama 14 tahun.
Hitler dan Eva Braun: Wanita merosakkan, katanya
Pada saat itu, bukan sahaja gandum sudah menjadi bubur bagi Hilter tetapi bubur sudah tertumpah ke pasir dan tidak boleh dimakan lagi.