Jumaat, 7 Ogos 2015

PKR Lancar Kempen Kad Hari Jadi Anwar

Selesaikan Segera Isu GST Kad Prabayar

Eksklusif: Lagi pegawai kanan SPRM diarah pindah serta merta

Marina: MACC penalised for doing their job

Muhyiddin Yassin tidak akan meletak jawatan Timb Presiden Umno

Kejatuhan harga minyak beri kesan kepada negara

Marina: Jangan Ganggu Tugas SPRM

RM2.6 Bilion: Mahasiswa Mahu SPRM Siasat Najib

Dua Pengarah SPRM Dipindah Ke JPM

Skandal SRC & Derma RM2.6B: Pembangkang kesal pegawai kanan SPRM dikeluarkan dari pejabat

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang menyatakan kekesalannya terhadap penyingkiran pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas menerima kunjungan pembangkang semalam.

“Saya kesal kerana pegawai itu disingkirkan selepas bertemu anggota parlimen dan ahli politik pembangkang,” katanya kepada Malaysiakini.

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob hari ini dipindahkan keluar daripada suruhanjaya itu ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Rohaizad semalam menerima rombongan pemimpin-pemimpin pembangkang yang memberikan sokongan kepada badan yang sedang menjadi sasaran siasatan, serbuan dan tangkap polis.

Anggotanya disiasat susulan dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Selain Rohaizad, pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin turut dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu.

Pegawai yang lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya itu juga dipindahkan ke JPM.

Skandal Politik & Rasuah: Rizab Malaysia jatuh bawah $100 bilion

Rizab antarabangsa Malaysia mengalami kejatuhan ketara bawah paras $100 bilion.

Ia berlaku ketika bank pusat cuba mengurangkan kemerosotan matawang yang paling kurang memberangsangkan di Asia itu di tengah-tengah krisis politik melanda, lapor Reuters.

Rizab matawang jatuh daripada $100.5 bilion kepada $96.7 bilion setakat 31 Julai, kata Bank Negara pada Jumaat.

Rizab itu kini terendah sejak September 2010.

Ia menyaksikan penurunan $10 bilion pada penghujung Mei dan $20 bilion tahun ini.

Bank Negara menjual dolar dan membeli ringgit sejak Jun untuk membendung kejatuhan nilainya, kata peniaga.

Ringgit bagaimanapun turut kira-kira 11 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat pada tahun ini.

Pada hari ini, ia jatuh 0.5 peratus berbanding dolar.

Cubaan Najib & Kabinet 1MDB PERBODOHKAN RAKYAT...!!!


Camna PM Najib boleh kata hutang 1MDB boleh pulih dalam 6 bulan ?? ... Jual tanah belum tentu orang mau..

KENYATAAN.. Ringgit jatuh bawa implikasi buruk pada negara TETAPI mereka yg BODOH INI boleh kata demikian;

1) DENGAN GST BOLEH SELAMATKAN RINGGIT -Ahmad Maslan

2) RINGGIT JATUH RANGSANG EKSPORT DAN PELABURAN -menteri Mustapa Mohamed

3) KEJATUHAN NILAI RINGGIT BANTU PULIH EKONOMI -bekas Timbalan Menteri MITI

4) KEJATUHAN NILAI RINGGIT BAIK UNTUK NEGARA -Presiden MUBARAK

Bos besar SPRM pula bercuti atas sebab kesihatan..semuanya tiba-tiba..!!!

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed kini bercuti atas sebab kesihatan.

Isu itu telah dilaporkan di beberapa blog, tetapi satu sumber mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa ia adalah benar.

Abu Kassim, 55, dikatakan mengalami masalah kesihatan itu dan akan menjalani satu pembedahan yang berisiko.

Spekulasi telah bertiup kencang mengenai ketiadaannya ketika pihak polis menyiasat beberapa pegawai SPRM yang berkaitan dengan siasatan terhadap SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Spekulasi berhubung ketiadaannya muncul ketika polis menyoal siasat, menyerbu pejabat, menahan dan mereman anggota mereka atas dakwaan kebocoran maklumat.

SPRM, yang turut menyiasat penyaluran RM2.6 bilion ke akaun Datuk Seri Najib, SRC International, menganggap tindakan itu mengganggu tugas mereka.

Timbalan Abu Kassim, Datuk Mohd Shukri Abdull (gambar) juga sedang mengikuti satu kursus di luar negara.

Wartawan veteran, Datuk Aharuddin Atan, yang mengendalikan blog Rocky Bru, adalah antara mereka yang menulis tentang keadaan kesihatan Abu Kassim.

SPRM kian yakin sengaja diganggu polis dalam kes SRC International Sdn Bhd

Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semakin yakin polis sengaja mahu mengganggu siasatan mereka terhadap SRC International Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak.

Sumber SPRM berkata, agensi antirasuah itu mempunyai sasaran atau tarikh akhir melengkapkan siasatan kes berprofil sangat tinggi itu.

Justeru, katanya, mereka yang ditugaskan bekerja siang malam pada Ramadan lalu, malah sesetengahnya bersahur di pejabat.

"Ramai saksi kami ditahan polis di balai atau Bukit Aman apabila mereka disasarkan terlebih awal, namun apabila penyiasat SPRM berjaya menemui saksi utama, polis menahannya.

"Menjadikan keadaan lebih buruk, kini pegawai SPRM yang menyiasat kes itu, termasuk timbalan pendakwa raya juga ditahan," katanya.

Sumber itu berkata, walaupun polis menafikan mereka ditahan, pegawai terbabit hanya dibebaskan selepas diikat jamin RM10,000.

Malah, katanya, salah seorang daripada pegawai terbabit menghabiskan satu malam di dalam lokap.

"Macam mana polis menafikan mereka ditahan apabila mereka dikenakan ikat jamin? Mereka boleh menipu orang awam tetapi tidak boleh menipu seseorang yang memahami undang-undang," kata sumber itu.

Kalau bukan tangkap, apa?

Sumber yang enggan didedahkan identitinya itu menambah, polis memang mengetahui undang-undang tetapi melanggarnya kerana ada seseorang atau pihak tertentu di belakang mereka.

Setakat ini tujuh anggota SPRM dipanggil memberi keterangan oleh polis, bermula dengan timbalan pendakwa raya, Ahmad Shazalee Abdul Khairi pada Sabtu lalu.

Pegawai terakhir diambil polis ialah Timbalan Pengarah Operasi Khas SPRM, Tan Kang Sai pada Rabu.

Syarikat SRC International disiasat berhubung pinjaman dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) bernilai RM4 bilion kepada 1MDB, serta pemindahan dana RM4.2 bilion ke akaun persendirian Najib.

Tekanan Politik: Pegawai terima kunjungan pembangkang pun dipindahkan keluar dari SPRM

Seorang lagi pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan keluar daripada suruhanjaya itu.

Datuk Rohaizad Yaakob, pengarah komunikasi strategik badan antirasuah itu turut dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Rohaizad semalam menerima rombongan pemimpin-pemimpin pembangkang yang memberikan sokongan kepada badan yang sedang menjadi sasaran siasatan, serbuan dan tangkap polis.

Anggotanya disiasat susulan dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Rohaizad enggan mengulas ketika berjalan keluar daripada bangunan SPRM di Putrajaya.

Beliau bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada media yang berada di situ.

Sumber berkata perpindahan keluar itu menggunakan alasan masalah disiplin.

Selain Rohaizad, pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin turut dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu.

Pegawai yang lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya itu juga dipindahkan ke JPM.

Skandal SRC & 1MDB: Ketua operasi khas SPRM dikeluarkan serta-merta dari pejabat


Tekanan Politik: Bos operasi khas SPRM dipindahkan serta-merta ke JPM


Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu.

Difahamkan pegawai kanan yang lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya itu dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ketika dihubungi Malaysiakini, Bahri enggan mengulas perkara itu.

“Saya tak hendak komen banyak, nanti (dipindahkan) entah ke mana pula,” katanya.

Perpindahan keluar Bahri dilihat bakal menimbulkan tanggapan ia dibuat susulan kenyataan lantangnya yang tidak senang dengan langkah polis.

Bahri pada Rabu lalu bersumpah dengan nama Allah untuk memburu dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu sampai ke lubang cacing.

Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.

“Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.

Bahri pada hari ini mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Polis menyiasat dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes derman RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Lambaian perpisahan Bahri

Derma RM2.6 bilion bukan rasuah kerana tiada pulangan dijanjikan ampu Mohd Fatmi

Derma ikhlas bukan rasuah kerana tiada pulangan dijanjikan - Mohd Fatmi
KOTA BHARU: Derma yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib berjumlah RM2.6 bilion tidak boleh dianggap sebagai rasuah kerana tiada pulangan dijanjikan kepada penderma berkenaan.

Bekas setiausaha politik kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh memaklumkan derma yang disalurkan itu merupakan satu bentuk sumbangan ikhlas daripada individu yang tidak mahu namanya didedahkan.

“Kalaulah sejumlah itu dikatakan rasuah, berapa banyak pula dia akan dapat pulangan? Tiada projek yang lebih besar daripada nilai itu.

“Yang kedua, kalau saya yang menderma, sudah tentu saya mempunyai lebih banyak daripada itu," kata Mohd Fatmi.

Tambahnya, derma hanya boleh dianggap sebagai rasuah sekiranya pulangan yang dijanjikan kepada individu berkenaan melebihi nilai derma yang disalurkan.

“Kalau amaun yang besar sebagai pulangan, sudah tentu sumbangan yang besar itu untuk memastikan sesuatu dicapai oleh penerima derma itu,” kata Mohd Fatmi.

“Dalam hal ini, penderma itu percaya bahawa Malaysia perlu bantuan bagi memastikan Kerajaan dapat dipertahankan,” katanya lagi.

Bercakap kepada pemberita, Mohd Fatmi memaklumkan penyumbang dana politik ini merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh mana-mana parti politik di dunia.

Sehingga kini, tegasnya, tiada undang-undang yang memperuntukkan penderma dana politik mendedahkan identitinya seperti yang dijelaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Deposit RM2.6 bilion ke akaun Najib dianggap suapan, kata mahasiswa

Pengerusi Gerakan Mahasiswa Selamatkan Negara Lukman Nulhakim (tengah) mendakwa, kemasukan sejumlah wang derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dianggap sebagai suapan. – Gambar The Malaysian Insider Kamal Ariffin, 7 Ogos, 2015. 
Pengerusi Gerakan Mahasiswa Selamatkan Negara Lukman Nulhakim (tengah) mendakwa, kemasukan sejumlah wang derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dianggap sebagai suapan. 

Sekumpulan mahasiswa hari ini membuat satu laporan menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kemasukan wang derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Pengerusi Gerakan Mahasiswa Selamatkan Negara Lukman Nulhakim mendakwa, kemasukan sejumlah wang yang besar tersebut dianggap sebagai suapan.
"Mengikut Seksyen 3 Akta SPRM 2009, pemberian derma juga dianggap sebagai suapan sekiranya ia bagi tujuan untuk mendapatkan balasan," katanya di hadapan ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini selepas membuat laporan.

RINGGIT JATUH LAGI 5 HARI BERTURUT-TURUT.. TERKINI RM3.93 berbanding $1 Dolar AS..

4 hari lps.. (3/8/2015) : RM3.85
3 hari lps.. (4/8/2015) : RM3.87
2 hari lps.. (5/8/2015) : RM3.88
Semalam.. (6/8/2015) : RM3.89
Semalam.. (6/8/2015) : RM3.91
HARI INI.. (7/8/2015) : RM3.93
ESOK...??!!

SEJARAH TAK MENIPU..
Sejak UMNO/BN memerintah negara berpuluh2 tahun lamanya nilai matawang negara terus jatuh DAN TERUS JATUH MERUDUM !!!

Apa dah jadi Najib Razak. Sblom ini kamu kata 'KENAIKAN' Penarafan Fitch Ratings terbaru memberi prospek stabil kepada Malaysia & bukti dasar kewangan k'jaan baik berbanding negatif sebelum ini..

MEMBOHONG JER LA KERJANYA !!!
BILA NAK CECAH RM4.00 !!!

Selagi politik negara tidak stabil, dan ditadbir oleh penyamun, bersiap sedialah kita dengan penyusutan nilai matawang SETIAP HARI !!!

Inikah dinamakan syukur yang abdi ???

'Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia cubaan mendiamkan rakyat'

Muhyiddin: I am no yes man

Bekas TPM: Polis jangan campur tangan dalam SPRM

Muhyiddin: I will not resign

Perwakilan Umno Pagoh sangsi penderma mahu RM2.6 bilion masuk akaun Najib

Perwakilan sayap parti Umno di Pagoh, Johor, hari ini menyuarakan keraguan mereka yang penderma dana RM2.6 bilion dari Timur Tengah mahu wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pada pembukaan mesyuarat perwakilan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno Pagoh hari ini, ketika ucapan perasmian Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, kebanyakan mereka menjerit "tidak" apabila beliau berkata perkara itu dimaklumkan Najib kepadanya.
"Saya tanya, duit itu masuk ke mana, (Najib jawab) akaun saya. Kenapa masuk akaun you? Orang nak bagi derma itu suruh masuk akaun saya," katanya mengulangi dialog Najib kepadanya sebelum ini.

"Percaya atau tidak?" Muhyiddin mengajukan soalan kepada perwakilan, dan disambut dengan teriakan "tidak". "Kena percaya, orang sudah beritahu itu percaya sahajalah... takut lepas ini lembaga disiplin (Umno) panggil saya," katanya.
Muhyiddin yang digugurkan daripada Kabinet Najib pada hujung bulan lalu berkata, beliau dimaklumkan oleh Najib, penderma dana berjumlah RM2.6 bilion itu mahukan wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.
Katanya, beliau sendiri tidak mengetahui dana berkenaan adalah derma, seperti mana dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
"Saya tidak dimaklumkan berkenaan RM2.6 bilion. Saya hanya dimaklumkan selepas pendedahan The Wall Street Journal (WSJ), disaksikan setiausaha agung dan bendahari. Saya sebagai timbalan presiden memang tidak tahu.

PAS Kembali Ke Era Extremism, Nak Bunuh Ahli Keluar Jemaah (?)

Fikrah ‘Holier than thou’ yang meresahkan – Ahmad Zhafri Md Noor

Pasca Muktamar PAS 2015 yang lalu begitu meresahkan saya, dan mungkin menyebabkan sebahagian daripada pemuda dan anggota masyarakat di Malaysia ini tidak senang duduk. Keresahan ini bukan bermula daripada penyingkiran sebahagian kumpulan dan menggantikan kumpulan tersebut dengan kumpulan yang lain. Keresahan ini juga bukan berakibatkan daripada merajuknya golongan tersingkir daripada jawatan parti yang akhirnya membawa kepada penubuhan NGO baru – Gerakan Harapan Baru.

Dan saya fikir, keresahan ini bukan sekadar pembunuhan karekter (character assassination) secara berkala yang dilakukan dalam majlis-majlis rasmi parti dan tertutup yang dilakukan bertahun-tahun. Istilah barua, pengkhianat, parasit , munafiq haraki dan pelbagai lagi tohmahan diberikan daripada satu kelompok kepada kelompok yang lain sehinggakan fenomena ini pernah ditegur Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam yang menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.

Keresahan saya adalah disebabkan kewujudkan segelintir anggota masyarakat yang melihat perbezaan ijtihad politik ini sebagaimana perbezaan antara Islam tulen dengan Islam tak tulen, antara pihak yang tuhan ‘meletakkan tanganNya’ kepada jemaahnya (organisasinya) dengan pihak yang menentang kebenaran, antara para “mujahidin ” yang menegakkan hukum Allah dengan golongan tali barut Zionis antarabangsa. Bahkan boleh dikatakan segelintir daripada mereka mentafsirkan kelompok mereka sendiri secara jazm (tuntas) sebagai kelompok yang disebut sebagai “jamaatul Muslimin” (jemaah orang Islam), ghuraba’ (kelompok asing dan sedikit) dan juga firqatun najiyah (kelompok yang selamat).

Tuhan dijadikan satu objek yang dipergunakan untuk mewujudkan persepsi kelompok mereka cukup relevan, terpilih dan mulia di sisi Allah. Sesiapa yang menentang mereka adalah terdiri daripada kelompok yang menentang hukum Allah, paling tidak bersekongkol dengan musuh Allah, munafiq haraki, pembantu kuffar, parasit, golongan yang mengikut hawa nafsu dan sebagainya. Bahkan diwujudkan istilah tapisan dan ditapis untuk menunjukkan Allah menapis kelompok mereka daripada perencanaan kelompok-kelompok ‘jahat’ tadi. Akibatnya, sebarang perbezaan cara pandang sesuatu isu dilihat sebagai satu dosa, celaru fikrah, tidak mentaati pemimpin utama, bahkan dipandang sebagai kelompok yang terkeluar daripada jemaah mereka.

Istilah jemaah parasit, pro-IRC, jemaah dalam jemaah, biro politik NGO dan Grand Design mula dipopularkan dan tersebar secara besar-besaran pasca Muktamar PAS yang lepas. Selama ini, istilah –istilah tersebut hanya tersebar di tamrin-tamrin, perjumpaan tertutup sesama ahli dan dalam program terpilih. Ia juga boleh dikatakan sebagai rahsia umum yang hanya diketahui pengamat-pengamat politik, ahli-ahli harakah Islamiyyah (Gerakan Islam) dan kelompok Islamis yang lain. Namun istilah ini dikeramatkan bagi mentahzir sesuatu kelompok melalui beberapa penulisan samaada dalam bentuk buku atau dalam bentuk status facebook.

Salah satunya adalah buku yang ditulis seorang pemegang Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Latihan yang dipasarkan dan dipromosikan semasa Muktamar yang lepas. Buku itu sendiri dikritik ketulenan faktanya orang terlibat. Dan ajaibnya, orang yang terlibat itu masih lagi hidup, sihat dan masih lagi aktif berpolitik namun tidak dijadikan sumber primer dalam penulisan buku sejarah jemaah tersebut. Akhirnya, ketulenan fakta itu menjadi polemik yang tak berkesudahan antara pengarang buku dengan mereka yang terlibat.

Facebook juga dijadikan medan perjuangan dan jihad persis medan Badar, Uhud, Khaibar, Mu’tah bahkan persis Medan Rabia di Mesir pada zaman moden ini. Dan ironinya, ‘jihad’ itu bukan dilancarkan kepada golongan murtad dan enggan bayar zakat seperti mana zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar, atau kepada Nabi Palsu Musailamah Al Kazzab , tetapi dilancarkan terhadap sekelompok Islam yang lain. Peperangan ini bukan lagi dilihat sebagai peperangan hujah, intelektual dan penuh fakta tetapi dilihat sebagai peperangan disaluti persepsi, penuh prasangka, terpalit emosi, hikayat politik dari mulut ke mulut jauh daripada hujah yang benar. Malangnya , segelintir daripada manusia meyakini dan beriman inilah peperangan antara haq dan batil. Pemahaman literal ini amat sukar dibendung dalam udara penuh ketaksuban ini.

Dana Asing: Menjadi kebiasaan ahli UMNO tidak diberitahu sumber dana kata pengampu Najib

Dari mana dan siapa sumbang dana untuk PRU tidak dimaklumkan asalkan parti mampu bergerak setiap kali pilihan raya.
sabri,mt
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui sudah menjadi kebiasaan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak dimaklumkan dari manakah dan siapakah yang memberi derma untuk Pilihan Raya Umum (PRU).
Malah, beliau yang juga Ahli MT berkata, isu dana pilihan raya juga tidak pernah dipersoalkan oleh ahli UMNO termasuk Pengerusi PRU di setiap negeri.
“Pengerusi PRU negeri juga tidak pernah maklumkan berapa jumlah wang negeri yang mereka dapat.
“Kita tidak pernah dimaklumkan berapakah sumbangan yang kita dapat setiap negeri. Apa yang kita tahu, parti masih mampu bergerak,” katanya dalam sidang media di Pejabat Risda, Jalan Ampang pada Jumaat.
Kenyataan Ismail Sabri itu sekaligus menyokong kenyataan Tan Sri Shahrir Samad sebelum ini yang dilaporkan berkata, MT UMNO tidak pernah bertanya mengenai derma sebanyak RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saya bukan 'yes man' kata Muhyiddin Yassin

Menteri lama gagal, PKR gesa isu kad prabayar di selesaikan

Kesihatan Anwar merosot, PKR cabar Zahid tunjuk perikemanusiaan

Bersih 4 adalah tentang selamatkan negara dari kerosakan

PENIPUAN PILIHANRAYA: Sukar untuk percaya sudah empat tahun berlalu sejak 9 Julai 2011. Tarikh itu telah selama-lamanya mengubah cara pandang saya terhadap Malaysia, dan tempat saya di dalamnya. Begini, sebelum hari tersebut, satu-satunya perkara yang saya fikirkan adalah mencari negara untuk saya berhijrah. Malah saya ada rancangan 10 tahun untuk berhijrah ke Amerika Utara.

Walaupun saya mengikuti perkembangan dalam negara ini, saya tidaklah ambil peduli sangat. Apa-apa pun, berlaku sesuatu dalam diri saya pada 8 Julai 2011. Boleh jadi kerana Ibrahim Ali yang meminta masyarakat Cina untuk “duduk di rumah dan simpan bekalan beras”, atau mungkin kerana taktik autoritarian yang cuba menakutkan orang ramai daripada menyertainya.

Pada hari itu, saya memutuskan untuk bangun awal dan terus ke depan pintu masuk Hospital Tung Shin. Apa yang saya alami pada hari itu mengubah saya, dan mula bertanya kepada diri tentang apa yang saya boleh lakukan untuk negara saya.

Ada orang kata itu kesan sampingan gas pemedih mata. Sejak itu, saya memutuskan untuk bangkit dan melakukan perubahan. Seminggu selepas Bersih 2, saya melibatkan diri dalam menganalisis daftar pemilih. Saya mula menjadi sukarelawan dan bercampur dengan aktivis dan mereka yang mengkaji masalah dalam daftar pemilih. Apa yang ditemui amat mengejutkan saya. Bukan sahaja daftar pemilih kita penuh dengan masalah, malah penipuan berlaku dengan amat kerap.

Masalah daripada nama penerima projek IC Sabah yang dimasukkan ke dalam daftar sehinggalah kepada warga yang tinggal di luar negara dan didaftar mengundi tanpa pengetahuan mereka. Masalah ini ditemui dalam subset kecil sampel yang saya analisis. Sejak itu, saya memutuskan untuk lebih banyak terlibat; saya menyertai pasukan PACABA ketika PRU ke-13. Malah saya pernah cuba untuk menganalisis data keputusan PRU itu.

Saya mendapat kesimpulan bahawa kerosakan dalam sistem kita begitu besar, sehingga pembangkang tiada langsung kemungkinan untuk menang pilihanraya di peringkat persekutuan untuk waktu terdekat. Antaranya kerana sempadan pilihanraya yang tidak adil memberikan kelebihan kepada pemerintah.

Cabaran Bersih 4 anjur perhimpunan 34 jam tanpa henti, desak Najib berundur

Pengerusi Bersih 4, Maria Chin Abdullah semasa ditemui di Ibu Pejabat Bersih, Petaling Jaya, Selangor, hari ini. Beliau menegaskan perhimpunan Bersih kali ini sebagai mesej rakyat kepada perdana menteri yang pentadbirannya penuh dengan penyelewengan dan rasuah perlu berakhir. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 7 Ogos, 2015. 
Pengerusi Bersih 4, Maria Chin Abdullah semasa ditemui di Ibu Pejabat Bersih, Petaling Jaya, Selangor, hari ini. Beliau menegaskan perhimpunan Bersih kali ini sebagai mesej rakyat kepada perdana menteri yang pentadbirannya penuh dengan penyelewengan dan rasuah perlu berakhir.

 Sejarah menunjukkan himpunan jalan raya tidak dapat menjatuhkan seseorang pemimpin kerajaan dengan mudah.
Namun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyahut cabaran itu dengan pertama kali menganjurkan perhimpunan 34 jam tanpa henti mendesak perubahan sistem pentadbiran negara yang semakin korup di tangan Datuk Seri Najib Razak.
Pengerusi Bersih 4 Maria Chin Abdullah berkata, perhimpunan itu akan bermula pada pukul 2 petang 29 Ogos dan berakhir 11.59 malam 30 Ogos ini, bertempat di beberapa lokasi utama di Kuala Lumpur.

Ia sebagai mesej rakyat kepada perdana menteri mengingatkan yang pentadbirannya yang penuh dengan penyelewengan dan rasuah perlu berakhir. "Himpunan 2 hari berterusan sehingga malam lebih mencabar. Kali ini suara kami perlu didengari," katanya dalam temu bual dengan The Malaysian Insider.
"Kita bercakap tentang perubahan (sistem) kerana walaupun Najib meletakkan jawatan esok dan ada pemimpin lain yang menggantikannya, tidak kira Barisan Nasional (BN) atau pembangkang, tiada jaminan perubahan akan berlaku.

Muhyiddin dinasihat berehat, letak jawatan Timbalan Presiden UMNO kata pengampu Najib

Pendiriannya Muhyiddin Yassin berbeza dengan Presiden parti dan boleh mendatangkan perpecahan dalam UMNO.
Jamal-Yunos_Muhyiddin_umno_600
PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin berehat daripada dunia politik dan meletak jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Katanya, Muhyiddin patut berundur dan memberi peluang kepada pemimpin lain meneruskan agenda dan perjuangan parti.
Katanya, mana-mana pemimpin yang tidak sehaluan dengan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu berundur untuk tidak menjejaskan sokongan ahli lain dan rakyat terhadap UMNO.
“Beliau telah memberi kenyataan berbeza dengan pendirian Presiden dalam isu 1MDB.
“Kritikan Muhyiddin terhadap Najib telah membuka peluang kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan dan 1MDB.
“Jika Muhyiddin ikhlas membantu parti, beliau perlu berusaha untuk menguatkan parti bukan menimbulkan perpecahan,” katanya dalam kenyataan media.

Mereka suruh saya kunci mulut, ‘what the hell’ – Muhyiddin

Muhyidin Yassin bertegas tidak akan meletak jawatan Timbalan Presiden UMNO walaupun didesak pemimpin parti.
muhyiddin
PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO walaupun didesak pemimpin parti.
Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tetap akan mempertahankan jawatan itu biarpun telah diberi amaran oleh beberapa pemimpin UMNO.
“Ada orang beri amaran kepada saya, meminta saya bercakap baik-baik.
“Takut nanti saya akan dipecat sebab saya sudah tidak ada kuasa,” katanya ketika berucap dalam perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh 2015 pada Jumaat.
Ahli Parlimen Pagoh itu turut membidas pemimpin UMNO yang memberi amaran supaya beliau ‘kunci mulut’.
“Kenapa dulu semasa saya ada jawatan mereka tidak pernah beri amaran kepada saya. Dan sekarang baru nak cari salah saya.
“‘What the Hell’, maaf saya cakap macam ini,” katanya yang tidak mendedahkan nama-nama pemimpin UMNO itu.
Muhyiddin juga menyatakan kekecewaannya selepas terdapat ahli UMNO daripada Johor dan Bahagian Pagoh yang mengatakan beliau seorang pengkhianat.

Exco S'gor lapor SPRM isu derma RM 2.6 bilion

Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung derma sebanyak RM 2.6 bilion ke akaun perseorangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Timbalan ketuanya, Amiruddin Shari berkata badan pencegahan rasuah itu harus diberikan ruang secukupnya untuk menyiasat dengan seadil mungkin.

“Kita harap SPRM dapat diberikan ruang untuk menyiasat dengan seadil mungkin bagi memastikan kebenaran dapat dicipta berhubung sangkaan mahu pun penglibatan dana awam dalam 1MDB,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat SPRM Selangor sebentar tadi.

Malah, menurut Amiruddin yang exco kerajaan negeri menggesa semua pihak menghormati tugas pegawai-pegawai SPRM kerana mereka berhak untuk menyiasat sesiapa sahaja.

Skandal SRC International: Polis jangan campur tangan dalam SPRM - Muhyiddin

Bekas TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polis tidak sepatutnya campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas SRC International.

Katanya, polis sepatutnya bertindak dengan berhemah sekiranya mahu menyiasat mengenai dakwaan kebocoran maklumat SPRM.

“Jumpalah bos, bincang sahaja. Siasat cara tertib berhemah, jangan sampai terang-terang,” katanya

“Setiap agensi ada tugas masing-masing. Mesti diberi sepenuh kebebasan pada SPRM, polis, Bank Negara Malaysia, Peguam Negara.

“Jangan campur tangan. Apa hasil dari kerja mereka, sama ada baik atau tidak baik kita hendak tahu,” katanya.

Skandal Politik & Rasuah: RM11 bilion pelaburan asing mengalir keluar dari Malaysia


Pelabur antarabangsa dilapor menjual saham-saham dengan kadar segera.

Ini berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan dakwaan skandal politik serta keraguan pada prospek ekonomi negara, lapor Bloomberg.

Dana asing berjumlah RM11.7 bilion dilapor mengalir keluar daripada negara ini ketika penanda aras Indeks KLCI FTSE Bursa Malaysia merosot 4.1 peratus.

Ringgit pula jatuh ke paras paling rendah sejak 1998 selepas merudum 11 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat, kemerosotan paling buruk berbanding negara-negara Asia lain.

Umum mengetahui Perdana Menteri kian dihimpit dakwaan skandal 1MDB, sebuah syarikat pelaburan negeri yang terbeban hutang.

Hasil siasatan ke atas dana RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib mendapati derma itu diperoleh daripada Asia Tengah.

“Kepercayaan pelabur asing sudah goyah. Aliran keluar kemungkinan akan berlaku,” kata Mixo Das, pakar strategi di Nomura Holdings Incorporated, Singapura.

Muhyiddin: Saya bukan 'yes man'

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau bukanlah seorang pak turut dan beliau juga tidak akan berundur daripada jawatan timbalan presiden Umno.

Dalam ucapannya hari ini, Muhyiddin mendedahkan bahawa beliau juga telah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tidak memegang jawatan dalam lembaga 1MDB.

“Mungkin dia tidak setuju sebab dia bos... Ya bos, semuanya baik bos. Tapi saya bukan yes man (pak turut).

“Saya akan gagal dalam tanggungjawab saya sekiranya saya tidak bercakap benar,” kata Muhyiddin yang disambut dengan tepukan gemuruh para perwakilan semasa semasa merasmikan perhimpunan agung sayap Umno bahagian Pagoh pagi ini.

Dana Asing: PM enggan dedah identiti penderma - Muhyiddin

Timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan identiti individu Timur Tengah yang menderma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri itu.

Muhyiddin berkata, beliau bersemuka dengan Najib untuk mendapatkan penjelasan tersebut selepas The Wall Street Journal melaporkan perkara itu pada 3 Julai.

"Saya tanya dia dari mana sumbangan itu datang, dan dia (Najib) kata 'dari Timur Tengah, tetapi saya tidak boleh sebut nama',” kata Muhyiddin dalam ucapannya di perhimpunan agung sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagiannya, di Pagoh, Johor.

Skandal 1MDB: Bersatu belakang SPRM, Bank Negara - Anwar Ibrahim

Tokoh pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia bersatu di belakang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara susulan dakwaan gangguan politik terhadap mereka.

“Saya menggesa agar semua rakyat Malaysia, ahli-ahli parlimen dari semua parti, NGO dan masyarakat sivil mengetepikan perbezaan dan bersatu untuk menyelamatkan negara kita dari krisis politik dan ekonomi yang melanda kita sekarang,” katanya.

Bekas ketua pembangkang itu menuntut semua “gangguan” dan "penggunaan" anggota polis diberhentikan dalam itu itu.

Kenyataan Anwar itu disampaikan melalui anggota parlimen Subang yang bertemu dengannya di penjara Sungai Buloh baru-baru ini.

Beberapa pegawai SPRM kini berdepan tindakan polis, termasuk disoal siasat, ditangkap dan direman, susulan dakwaan dokumen bocor ketika siasatan berkaitan 1MDB berlangsung.

Malah, terdapat juga dakwaan liar konspirasi anggota SPRM dan Bank Negara untuk menjatuhkan kerajaan – tuduhan yang dinafikan keras oleh mereka.

Merujuk isu Bank Negara, Anwar berkata terdapat tanda-tanda Bank Negara sebagai institusi kawal selia yang teramat penting, sedang diancam.

Siasatan selesai, Justo dijangka didakwa

PERKASA: Siapa tangan ghaib ganggu SPRM?

DAP: Pakatan baru bakal muncul tidak lama lagi

Menteri jangan menghalang dan mengancam ekonomi internet

AMK lapor SPRM isu derma RM 2.6 bilion

A nation in turmoil

It doesn't take deep reflection to see why Malaysia has come to this stage.
najib,penipu
Malaysia is in turmoil, and there appears to be no way out of it.
Once one of the more highly regarded countries in the Commonwealth, not least for the independence of her judiciary and the competence of her civil service, Malaysia has deteriorated to the point of becoming the laughing stock of the world.
Yesterday, two of the top stories in the Wall Street Journal were unflattering accounts of what has become the biggest political scandal the country has ever seen.
We are no longer talking about a lack of accountability among the leadership. We are now seeing a failure and, worse, a refusal to account.
Many Malaysians have asked what has brought us to this stage. Opposition politicians and civil society leaders will tell us that we are on the brink of becoming a failed state.
It doesn’t take deep reflection to see why. We have watched over the years how our institutions, intended as checks and balances against each other, have one by one been compromised.
The three branches of government – the executive, the legislature and the judiciary – each of whose independence is enshrined in the Federal Constitution, no longer operate as such. In fact, the executive and legislature never have, with Umno/BN so dominant in Parliament over six decades to the extent that it controlled two thirds of the chamber for so long, enabling it to wreak what we now see, with the benefit of hindsight, as havoc on the institutions of government.
The opposition has, at the expense of public interest, recently chosen to self-destruct, largely through self-service and egotism developed as a by-product of substantial electoral gains made in recent years.
Prior to that, BN itself had self-destructed, with component parties not prepared to stand up for minority rights in the face of an increasingly dominant and bullying Umno. Only their leaders can tell us what motivated their silence. Security? Comfort? Fear? Patronage? Inability?
Most of all, within Umno itself, we now see a failure to come to grips with the situation, its leaders’ silence showing how out of touch they are with the realities on the ground. Again, this is possibly born of security, comfort, fear, patronage and inability.

Kit Siang: Pakatan baru muncul tak lama lagi

Penasihat DAP Lim Kit Siang memberi gambaran bahawa satu gabungan baru parti pembangkang akan diwujudkan selepas Gerakan Harapan Baru didaftarkan secara rasmi sebagai parti politik.

Antara yang disebut-sebut sebagai nama gabungan baru itu ialah Pakatan Rakyat Perjuangan.

"Apabila satu parti politik baru muncul daripada Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam masa beberapa minggu, satu Pakatan Rakyat baru – sama ada Pakatan Baru, Pakatan 2.0 atau apa juga nama – akan sedia untuk membawa obor bagi Malaysia Baru,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Lim, beliau diberitahu oleh pengerusi GHB bahawa penubuhan parti baru itu akan selesai dalam masa beberapa minggu lagi.

GHB dibentuk oleh kalangan pemimpin progresif PAS sebagai mukadimah bagi penubuhan parti politik baru selepas kumpulan itu disingkirkan dalam pemilihan parti.

Anda silap, Ku Nan! Umno lemah kerana pemimpinnya

oleh J Aslan

Ketika pembukaan mesyuarat Umno Lembah Pantai 2 Ogos lalu, setiausaha agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata yang Umno menjadi lemah akibat ahli-ahlinya yang suka membuat fitnah.

“Umno lemah hari ini, kenapa? Kerana ahli sendiri. Kita ada kira-kira 30 peratus ahli yang suka adu domba, buat finah dan terpengaruh dengan cerita pembangkang. Inilah masalah Umno,” katanya seperti dipetik.

Tetapi Tengku Adnan, kenyataan anda terlalu jauh dengan kebenaran. Tolong jangan salahkan akar umbi Umno. Mereka sudah cukup menderita. Umno lemah bukan kerana ahli yang suka memfitnah pemimpin. Umno lemah kerana ramai dalam parti itu yang korup dan sudah tiada integriti dan kebertanggungjawaban.

Dengan menyalahkan ahli akar umbi ke atas krisis kepimpinan parti, Tengku Adnan seolah-olah cuba mengelak perkara yang jelas kepada semua. Sama seperti pemimpin Umno lain seperti Abdul Rahman Dahlan, Nazri Aziz dan menteri yang baru dilantik Azalina Othman Said, Tengku Adnan memilih untuk buat tak nampak gajah di depan mata. Memang perlu banyak keberanian untuk menghadapi dengan krisis secara berdepan dan menanganinya.

Kebenaran akan ditegakkan jua. Inilah apa yang dilakukan bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin. Sebagai ‘habuannya’, Muhyiddin disingkirkan daripada Kabinet dengan cara yang bacul. Naib presiden Umno Shafie Apdal juga tersingkir atas sebab yang sama.

Kedua-duanya mahu mengetahui kebenaran di sebalik wang RM2.6 bilion, yang kini sudah sah disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri. Pemimpin Umno patut meninggalkan retorik dan menegakkan kebenaran dan keadilan. Dengan cara ini, mereka pasti akan lebih dihormati dan Umno akan lebih kuat.

PINDAAN AKTA KOMUNIKASI DAN MEDIA CUBAAN MENDIAMKAN RAKYAT YANG MARAH TENTANG ISU 1MDB

Akhir-akhir ini, serangan terhadap institusi media semakin hebat. The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily telah digantung lesen penerbitan, manakala akses kepada laman Sarawak Report telah disekat. Ini semua berlaku akibat liputan yang dibuat media tersebut terhadap isu 1MDB dan beberapa dakwaan terhadap Dato’ Sri Najib Razak.
Malah sekarang bagaikan berjalan satu “operasi” untuk mendiamkan media, anak muda dan pimpinan politik yang lantang bersuara meminta penjelasan serta menggertak agensi-agensi kerajaan yang melakukan siasatan.
Oleh itu, dalam konteks ini, pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998 yang bakal diusul Oktober nanti merupakan usaha untuk mendiamkan rakyat yang begitu marah akibat pelbagai skandal dan kepincangan yang melanda negara.
Dato’ Sri Najib sebagai Perdana Menteri sepatutnya lebih demokratik dan terbuka dalam menerima kritikan rakyat terutama melalui media sosial. Beliau perlu sedar bahawa media sosial merupakan perhubungan dua hala; zaman perhubungan satu hala sudah lama terkubur.
Beliau tidak patut menggunakan retorik “trial by social media” sebagai alasan membuat pindaan terhadap akta-akta ini, lebih-lebih lagi kerana rakyat hanya mengharapkan penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan. Kekangan dan tindakan keras hanya mengukuh persepsi bahawa ada sesuatu yang cuba disembunyikan.
Berdasarkan laporan berita, pindaan-pindaan ini bertujuan untuk:

Pelaku rasuah tegar ibarat ulat-ulat tahi (ulat taik)

Rasuah merupakan satu perkara yang sangat menjengkelkan.  Ia merupakan penyakit masyarakat yang tertua dan ia telah banyak membuktikan hasil buruk, baik kepada individu pelaku rasuah dan juga kepada institusi dan negara yang mana rasuah sudah menjadi budaya dan cara hidup mereka.
Rasuah menyebabkan semua tindakan kita tidak teratur dan telus lagi. Pemimpin rasuah tetap tidak akan membuat keputusan dengan betul  dan selalunya negara akan menjadi kacau bilau. Satu ciri perasuah ialah ia tidak akan dapat membuang sifat ‘greed, anger and foolishness’ yang mestinya ada dalam diri seseorang pelaku rasuah itu. Ketiga elemen ini berkait rapat diantara satu dengan yang lain.
Sifat tamak (greed) yang ada di dalam diri seseorang pemimpin rasuah itu selalunya tidak dapat dikawal lagi. Ia disebabkan ia tidak mempunyai ciri-ciri ‘spiritual’ dalam dirinya dan sifat kemanusiaannya amat tipis dan kadangkala tidak wujud langsung. Seseorang manusia yang betul manusia, ia akan mempunyai sedikit sebanyak elemen spiritual dalam diri mereka. Lantaran mereka tidak akan ditembusi oleh elemen ‘evil’ yang sentiasa mengintai-ngintai untuk menyesatkan seseorang (pemimpin) itu.
Pemimpin dan individu yang tamak itu akan mengikut perintah dari bisikan khatir yang sentiasa mahukan kita melakukan kebathilan dan rasuah itu merupakan seburuk-buruk sifat bagi seseorang manusia itu. Kalau sifat itu tidak sehina yang dikatakan, bagaimana agama kita boleh mengklasifikasikan seorang perasuah itu ibarat orang yang memakan daging saudaranya sendiri? Begitulah pandangan agama terhadap pelaku rasuah itu.
Tetapi bagi yang sudah terjebak dengan rasuah tegar, mereka akan sebaliknya merasa bangga dengan tindakan rasuah mereka dengan menunjuk-nunjuk kepada ramai tentang kehebatan kehidupan mereka tanpa menyedari yang mereka itu amat dipandang rendah dan menjijikan bukan sahaja oleh agama tetapi juga oleh masyarakat yang mereka berada didalamnya atau yang mereka pimpin itu.

Nilai Ringgit susut 2.5% sejak Muhyiddin dipecat

JIKA nilai Ringgit dijadi ukuran, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sememangnya tidak menyakinkan sesiapa.

Nilai Ringgit telah jatuh 2.5% dari RM3.814 pada 28 Julai, hari Muhyiddin dipecat ke RM3.913 (6 Ogos 2015, 10pm).

Sejak Muhyiddin dipecat, siasatan terhadap 1MDB nampaknya kian hilang momentum.

Salah seorang ketua penyiasat Pasukan Petugas Khas bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat bersama Muhyiddin.

Laporan Audit Ketua Audit Negara terhadap 1MDB kekal rahsia daripada pandangan awam, entah sampai bila.

Jawatankuasa Kira-Kira Awam Malaysia (PAC) pula dilumpuh dan mesyuarat ditangguhkan, dan oleh itu soalsiasat terhadap bos-bos besar 1MDB tidak dapat dilakukan.

Laporan berkala Pasukan Petugas Siasatan Khas tetiba hilang daripada pandangan.

Polis pula bergerak menahan para pegawai di Pejabat Peguam Negara, SPRM dan Bank Negara atas tuduhan kebocoran maklumat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan bagi kegiatan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Pesuruhjaya SPRM,  juga salah seorang ketua penyiasat Pasukan Petugas Khas, tetiba bercuti.

Katanya 'NEGARA AMAN'.. kenapa masih ada lanun ???


KENAPA 'bapak lanun' takut kpd anak2 lanun..??? Langsung tak masuk akal...

Lagi satu.. kalau nak jilat sekalipun biarlah dgn alasan yg boleh diterima akal..

Surat terbuka kepada KJ daripada pimpinan anak muda

Mereka mendesak KJ meletak jawatan jika gagal mengambil tindakan proaktif bagi menyelamatkan Malaysia daripada kemusnahan.

Ke hadapan YB Khairy Jamaluddin,
Menteri Belia dan Sukan,
Krisis 1MDB dan skandal kewangan negara sampai ke satu lagi tahap apabila Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan bahawa sememangnya wujud kemasukan sejumlah wang sebanyak RM 2.6 billion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Namun begitu, apa yang menghairankan adalah wang sebanyak itu dikatakan sebagai ‘donation’ atau sumbangan yang diberikan dari Timur Tengah dan bukan dari wang 1MDB sebagaimana diumumkan baru-baru ini.
YB Khairy Jamaluddin Yang Dihormati,
Sebagai golongan anak muda bakal generasi pewaris negara, kami berasa terpanggil untuk melahirkan kebimbangan kami berhubung skandal kewangan yang paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.
Sehubungan itu, kami ingin menarik perhatian satu-satunya Menteri yang dikatakan mempunyai semangat anak muda dan berperanan menjaga kepentingan belia dan anak muda Malaysia iaitu YB Khairy Jamaluddin kepada beberapa perkara seperti berikut:
1) Kami mendesak YB untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam mempersoalkan isu berkaitan RM2.6 billion yang disahkan dimasukkan ke dalam akaun peribadi YAB Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden Parti UMNO yang mana YB sebagai Ketua Pemudanya.
2) Kami menggesa supaya YB tidak lagi mengamalkan sikap mengambil hati dan mempertahankan Presiden UMNO itu dengan kenyataan-kenyataan seperti yang dibuat sebelum ini.
3) Kami menggesa YB supaya bersama-sama gelombang anak muda yang sayangkan negara dengan menegur dan membetulkan segala salah laku kerajaan dan Perdana Menteri sebelum nasi menjadi bubur.
YB Khairy Jamaluddin Yang Dikasihi,

Skandal 1MDB: Najib sudah jawab 48 kali ampu KP Jasa


SEREMBAN - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kesal dengan sikap orang ramai yang masih menganggap, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak belum menjawab persoalan tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Perdana Menteri sudah 48 kali menjawab isu 1MDB tapi orang ramai masih mainkan isu ini.
“Tetapi isu dikaitkan dengan penyelewengan sudah tentu Perdana Menteri tidak boleh jawab dan menyerahkan kepada PAC dan pihak berkuasa untuk menyiasat,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Jamuan Hari Raya bersama Jasa Negeri Sembilan di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengarah Jasa negeri, Mustafa Nagoor.
Menurutnya, Jasa akan mengedarkan buku bagi menjawab segala persoalan tentang 1MDB dalam masa terdekat.
“Sebelum ini, kita sudah edarkan buku 22 Jawapan Najib Razak pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Seremban yang diadakan baru-baru ini.
“Sekarang kita sudah kumpulkan soalan dibangkitkan Tun Mahathir, Sarawak Report dan isu yang dimaikan portal seperti Malaysian Insider dan Malaysia Kini.

Najib, henti jadikan Malaysia bahan jenaka

Dr Dzulkefly Ahmad

Dua hari lalu penulisan saya mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya perpada-pada dalam usaha 'menyelamatkan dirinya'. Dunia sudah tahu. Izinkan undang-undang negara berperanan menentukan kebenaran dan keadilan.
Diri ini saja sudah banyak menulis tentang 1MDB. Naik bosan juga dan lebih bosan adalah pembaca. Di sisi rakyat awam, pastinya lebih lagi. Meluat, menyampah dan marah. Hari ini saya menulis lagi. Kali ini untuk mengingatkan Najib, henti jadikan Malaysia bahan lawak jenaka dunia. Terlalu lama sangat isu 1MDB mengambil pentas utama. Memang luar biasa. Lazimnya isu akan datang dan pergi. Jarang-jarang dan kadang-kadang yang boleh bertahan lama seumpama PKFZ dan NFC. Tetapi 1MDB bakal memecah semua rekod lama.
Sampai bila? Sampai pengerusi penasihatnya tumbang! Pada 17 November, 2014 dalam kolum saya di TMI ini, berjudul 1MDB: Najib mangsa pertamanya menyebutkan "..saya ramalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan tumbang akibat 1MDB".

Sememang hebat anak muda yang panggilan glamournya Jho-Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho ini. Dia semacam 'financial wizard', tetapi menyalahgunakan kepakarannya. Kalau anda mengikuti seluruh rentetan dan pendedahan sejak 1MDB pertama kali didedahkan The Edge, majalah yang digantung 3 bulan itu, anda faham maksud saya. Namun setelah 6 tahun beroperasi, (sejak penubuhan 2009), kejayaan 1MDB hanya mampu mengumpul RM42 bilion hutang korporatnya. Amat malang, pelbagai aset diperoleh dalam bidang tenaga dan hartanah, gagal menjana cash-flow atau 'revenue' untuk melunas hutangnya.
Lebih mengecewakan, 1MDB tidak henti-henti terpalit dengan pelbagai kontroversi. Hari ini, saya tegaskan Jho Low, dalam bahasa anak muda, 'kencing rakyat Malaysia'. Terlalu banyak urus niaga culas dan curang didedahkan.
Kali ini, saya ingatkan Najib berhenti menjadikan negara kita, bahan jenaka dan lawak dunia atau 'a laughing stock and object of derision'. Apabila SPRM semacam dipaksa membuat pendedahan RM2.67 bilion yang dipindahkan ke akaun peribadi perdana menteri adalah sumbangan penderma, dunia terbahak-bahak tertawa.

PDRM dan SPRM, jangan korbankan kepercayaan rakyat - Yusmadi

PDRM dan SPRM, jangan korbankan kepercayaan rakyat - Yusmadi
KUALA LUMPUR: Kemelut yang melanda Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu membabitkan siasatan ke atas syarikat SRC International dilihat semakin mengikis kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.

Pengasas Kumpulan Rights, Yusmadi Yusuf berkata perkara itu perlu diatasi segera termasuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyelesaikan siasatan secara bebas yang dilihat mampu mengembalikan semula kepercayaan rakyat.

"Selesaikan segera. Saya bimbangkan kepercayaan rakyat terhadap institusi negara semakin terhakis.

"Ini bukan soal sama ada PDRM betul atau SPRM salah; ini soal kepercayaan rakyat terhadap institusi negara," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali turut digesa memainkan peranan lebih berkesan dalam menyelesaikan isu membabitkan SRC International dan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

I miss you, Malaysia

All I see now are angry faces. All I hear now are grumbles about political nonsense
sad,-malaysia
When I was growing up, the month of August used to be a special month.
We would begin by celebrating my mom’s birthday on the first of August, followed by the birthdays of a few cousins and close friends of the family. By the end of the first week of August, it would be time to bring out the flags from the cupboard, as we began preparations to celebrate Merdeka Day again.
Mom would lovingly wash both flags by hand – the Malaysian flag and flag of Penang. According to Mom this was the best way to extend the life of the flag. I think she also added a generous amount of fabric softener because they always smelled so good when hung out to dry in our backyard.
I remember watching them dance in the air as I sat on the veranda enjoying mom’s teh halia. It was such a pretty sight that it has remained encapsulated in my memory all these years.
By the second week of the month, mom would have had them ironed neatly. They were then passed on to dad – it was his responsibility to get them hung on the two poles we had in our garden. The 10 foot tall poles stood between mom’s bougainvillea bushes and dad’s sapodilla fruit tree (chiku tree). Dad erected the poles himself – he explained that Merdeka Day was a special day and deserved its own poles. No unused sticks or bamboo or even worse, broomsticks which some people tended to use.
I was always the one to help dad hang the flags – simply because my two brothers would be sleeping like logs on weekends. But to tell you the truth, there was nothing much to do, actually. My job was basically to hand over the flags and when dad raised them up, he depended on me to tell him how they looked from a distance.

GO NAJIB, ROSMAH: Go before Malaysians rush to the streets to hound you OUT!

Indeed, whichever camp or divide you pledge your loyalty, hope and trust upon, there is one fact that cannot delude us any further. And that is, Malaysia is fast sinking into an acute socio-political and a consequent economic crisis of mega scale. Leaders and vanguards must rise to save Malaysia. It has to be now or the price that all Malaysians will have to pay will be too heavy tomorrow.
If our past and current leaders from the political fold, the civil society, religious communities, professional organizations, and even our revered Council of Rulers who are truly the vanguards and honored insignia of our Constitutional Monarchy, believe that the fundamentals of our country that are hinged to the Malaysian Constitution to enable good governance, transparency, accountability and sound nation status development are intact and sound and free of any traces of compromise, then they must convene and make a joint statement to that effect.
However, if they responsibly and in all wisdom agree with the commoner-citizens that there is already a serious assault on the stability of our beloved country’s social, political, and economic stability then let truth be told.

Malaysia Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah Mansor
That truth with accompanying right action must translate with urgency to concerted and collaborative efforts in correcting all that is critically wrong in our country. Given the cascades of broiling issues in Malaysia these past months that have already now reached almost every country’s news stand our efforts for right action cannot be done independently or in piecemeal or delayed another day anymore.
Every passing day increases the risks and potential collapse of a nation’s fundamentals. And the eventuality is, the entire nation of people, leaders and vanguards will loose and suffer the consequences. Blame will not ease the pain for there is truth in both the sins of commission and ommission.

Suara rasional di tengah-tengah kesetiaan membabi-buta

oleh V Shuman
Di tengah-tengah segala karut-marut yang dimuntahkan ahli parlimen BN dan menteri kita dalam usaha mereka menjustifikasikan 1MDB, satu suara rasional berkumandang.
Ia daripada MP Kulim Bandar Baru Abdul Aziz Sheikh Fadzir, yang menyeru agar tiga agensi penguatkuasa dalam task force bersama yang menyiasat skandal itu untuk berhenti bertembung sesama sendiri, dan menumpukan perhatian untuk menyiasat dakwaan korupsi dalam syarikat milik kerajaan itu.
Laman the Malaysian Insider memetiknya berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) patut kembali menumpukan perhatian untuk menyiasat perkara itu melalui skop masing-masing.
Ia berikutan tindakan polis menahan dan menyoalsiasat beberapa pegawai SPRM, serta seorang pegawai dari Pejabat Peguam Negara, kerana membocorkan apa yang didakwa sebagai draf kertas pendakwaan terhadap perdana menteri Najib Razak.
Pertembungan dalaman ini telah menjejaskan skop asal task force – untuk menentukan sama ada sejumlah RM2.6 bilion memang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, seperti dakwaan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report.
Kini selepas wang tersebut memang sah disalurkan – atas nama “sumbangan” – kita masih tidak melihat satu tangkapan pun dibuat. Sebaliknya, lebih ramai pegawai yang ditugaskan menyiasat telah ditahan dan disoalsiasat polis.
Syabas kepada Abdul Aziz kerana mengatakan sesuatu yang rasional. Terutamanya di saat politikus yang dikatakan “paling pintar” dalam Umno – “Encik Oxford” Khairy Jamaluddin dalam usaha menjustifikasikan penyaluran wang ke akaun peribadi Najib, dilaporkan berkata bahawa penyaluran wang ke akaun peribadi Najib tersebut “bukan satu jenayah”.
Polis dilihat memberi tekanan kepada SPRM dan BNM, seolah-olah mereka tidak bersama dengan kerajaan. Kita takut krisis keyakinan itu akan membuatkan rakyat tidak percaya kepada institusi penguatkuasaan dalam negara.

Dana Asing & 1MDB: Jawapan Nur Jazlan tidak bertanggungjawab - Yusmadi

Jawapan Nur Jazlan tidak bertanggungjawab - Yusmadi
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf kecewa dengan sikap Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mengelak daripada menjawab pertanyaan wartawan mengenai isu wang derma berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya fikir jawapan dia tidak bertanggungjawab. Saya kecewa," katanya kepada Astro AWANI.

Katanya, sebagai bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Nur Jazlan sepatutnya memikirkan jawapan lebih sesuai daripada memberikan alasan enggan mengulas kerana sudah tidak lagi menganggotai PAC.

"Beliau (Nur Jazlan) perlu tahu memberi jawapan yang lebih bijak daripada mengelak menjawab pertanyaan para wartawan.

"Sebagai bekas Pengerusi PAC, kita ingin mendengar cadangan bernas daripadanya," ujar Yusmadi.

Yusmadi juga turut mempersoalkan tindakan Nur Jazlan yang disifatkan seperti 'cuci tangan' selepas ditawarkan jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang baharu.

Ini memandangkan Nur Jazlan sepatutnya menyelesaikan beberapa perkara membabitkan PAC sebelum menerima tawaran jawatan di dalam kabinet.

Pemilihan Umno jadi medan uji kepercayaan ahli pada Najib, kata pemimpin akar umbi

Pemilihan parti perlu diadakan sebagai jalan terbaik Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dapat kepercayaan dan mandat baharu, kata Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Ogos, 2015.Pemilihan parti perlu diadakan sebagai jalan terbaik Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dapat kepercayaan dan mandat baharu, kata Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Ogos, 2015.Jalan terbaik untuk Datuk Seri Najib Razak membuktikan dirinya memiliki kepercayaan ahli Umno ialah dengan mengadakan semula pemilihan parti yang sebelum ini ditangguhkan, kata pemimpin Umno.
Mendapat mandat baru daripada ahli juga akan membantu menghapuskan sebarang rasa tidak puas hati dalam Umno yang makin menjadi-jadi selepas Najib memecah tradisi dengan menggugurkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.
Walaupun Majlis Tertinggi (MT) parti memutuskan menangguhkan pemilihan yang sepatutnya dijadualkan tahun depan, ia masih boleh diadakan jika terdapat permintaan mencukupi daripada 199 bahagian parti itu.

Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata senario politik kini sudah berubah susulan pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet. Ahli di peringkat akar umbi berasa mereka menyumbang ke arah siapa yang sepatutnya menjadi timbalan perdana menteri, kerana mengikut konvensyen Umno dan Barisan Nasional (BN), jawatan itu dipegang timbalan presiden parti.
"Dulu, 140,000 perwakilan diberi hak memilih presiden, timbalan presiden dan naib presiden.
"Apabila beliau dilantik, presiden Umno adalah pengerusi BN dan beliau menjadi perdana menteri," katanya kepada The Malaysian Insider.

ZAHID PERLU HENTIKAN GANGGUAN POLIS KEPADA SPRM, SIASAT BOCOR MAKLUMAT KEMUDIAN

Isu derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak bukan lagi sekadar isu politik yang memanaskan topik perbualan dalam masyarakat dan sama ada salah atau betul perbuatan itu, tetapi telah menjadi perkara yang meruntuhkan sebahagian sistem dalam pentadbiran negara.

Disebabkan wang tersebut, SPRM dan PDRM saling berbalah dan seolah-olah sedang bermusuh, manakala Jabatan Peguam Negara yang berhak terhadap sesuatu pendakwaan pula semakin tidak diyakini oleh masyarakat berikutan Gani Patail tiba-tiba disingkirkan daripada jawatannya.

Walaupun SPRM sudah membersihkan nama Najib berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya dengan mentaktifkannya sebagai derma, tetapi badan itu masih lagi menyiasat berkaitan SRC Internanational Sdn Bhd yang turut menyumbang sebahagian daripada jumlah tersebut.

Melalui pendedahan The Wall Street Journal sebelum ini, SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan didakwa menyalurkan RM50 juta kepada sebuah syarikat subsidiarinya, Gandingan Mentari Sdn Bhd, yang kemudian disumbangkan kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd dengan jumlah yang sama.

Ihsan Perdana yang merupakan syarikat berkaitan perlaksanaan tanggungjawab sosial bagi 1MDB kemudian menyalurkan pula sebanyak RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib. RM8 juta lagi dikekalkan dalam akaun syarikat itu.

Siasatan terhadap SRC International dan kaitannya dengan Najib ialah berikutan syarikat itu telah dibantu mendapatkan dana Kumpulan Wang Amanah Pencen sebanyak RM4 bilion sebelum ini. Sumbangan RM50 juta kepada Ihsan Perdana dan RM42 juta daripadanya dimasukkan ke akaun Najib didakwa kerana bantuan pinjaman yang diperolehinya itu.

Ini bermakna secara tidak langsung daripada RM2.6 bilion itu terdapat sebahagian kecil wang berkaitan 1MDB iaitu RM42 juta manakala AS$681 juta lagi dimasukkan daripada luar negara melalui Falcon Private Bank.

Dalam pasukan petugas khas yang ditubuhkan sebelum ini, SPRM bertanggungjawab menyiasat unsur-unsur rasuah berkaitan SRC International ini, termasuk juga sudah menahan reman CEO Ihsan Perdana, Dr Shamsul Anwar Sulaiman.

Walaupun pasukan petugas khas sudah dibubarkan oleh Peguam Negara yang baru Apandi Ali, tetapi SPRM tetap menyatakan tugas mereka menyiasat kes berkaitan SRC International belum berakhir dan berazam untuk menyelesaikannya dengan telus dan adil.

SPRM juga berpegang kepada Seksyen 72 Akta SPRM 2009 yang memberikan kekebalan undang-undang kepada pegawainya dalam menjalankan siasatan berkaitan kesalahan di bawah akta tersebut memandangkan penyiasatan yang dijalankan adalah dengan suci hati.

Bagaimanapun, belum pun SPRM habis melaksanakan tugasnya itu, beberapa pegawai dan kakitangan mereka telah ditahan oleh pihak polis atas dakwaan membocorkan maklumat. Maklumat bocor yang sedang disiasat itu ialah berkaitan perbankan dan deraf kertas pertuduhan terhadap Najib oleh Sarawak Report baru-baru ini.

Bagi ruang SPRM jalan tugas

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi ruang untuk menjalankan tugasnya dengan bebas, telus dan profesional.

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Tan Sri Johan Jaaffar berkata, ia selaras dengan undang-undang yang digariskan dalam Akta SPRM 2009.

“Situasi terkini yang menyaksikan kehilangan kepercayaan dan keraguan masyarakat terhadap SPRM hanya boleh diatasi dengan memberi peluang kepada SPRM untuk menjalankan tugas tanpa rasa takut atau gentar.

“Persepsi orang ramai bahawa pegawai-pegawai penyiasat SPRM kini sedang disiasat perlu ditangani dalam apa jua cara,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

PPPR merupakan salah satu daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM selama ini.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Percegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali hari hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa penahanan tiga pegawai SPRM termasuk Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Tan Kang Sai akan menjejaskan siasatan badan tersebut terhadap SRC International Sdn Bhd.

Apabila anak Muhyiddin bermadah

"Kita semua mungkin terjatuh namun kita semua bangkit. Bertabahlah Malaysia (kerana) selepas hujan akan muncul mentari," begitu anak Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa, menyatakan perasaannya ketika ini.

Memuat naik lagu dan klip video terkininya di Internet malam tadi, orang ramai segera memberi reaksi hangat kepada lagu After The Rain itu.

When life gets cold and skies aren't blue
you're not alone, I'm here for you
My brothers and sisters
we'll see you through.


Kelmarin Najwa sudah menguar-uarkan rancangannya memperkenalkan lagu terbaru ciptaan Juny itu melalui Facebook.

Seperti dijanjikan klip video berkenaan dimuat naik di Facebook Najwa awal malam tadi.

Dana Asing & Skandal 1MDB: SPRM terima sokongan tidak dijangka, daripada pembangkang dan pengkritik

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob bersama Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang ketika sesi lawatan pembangkang ke SPRM di Putrajaya, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 Ogos, 2015.Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob bersama Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang ketika sesi lawatan pembangkang ke SPRM di Putrajaya, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 Ogos, 2015.
Sejak ditubuhkan, kewajaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sering menjadi pertikaian di mata orang ramai, dengan pengkritik mendakwa ia lebih menyerupai proksi kerajaan daripada sebuah badan pemantau bebas. Rakyat Malaysia makin kecewa dengan apa yang mereka anggap satu ketidaktelusan dalam  kontroversi 1Malaysia Development Board (1MDB) dan penyaluran RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mereka kini menggantungkan harapan mereka kepada SPRM, yang hari ini muncul sebagai satu sumber inspirasi bagi mereka yang mencari kebenaran.

Sejarah hitam SPRM pertama kali terbabit dalam kontroversi pada Julai 2009 apabila setiausaha politik ahli pembangkang Teoh Beng Hock ditemui mati di premis bangunan pejabat agensi itu di Shah Alam, Selangor.
Ia ketika itu baru 7 bulan beroperasi sebagai suruhanjaya yang lebih bebas, telus dan profesional, menggantikan Badan Pencegah Rasuah, sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Tidak sampai 2 tahun kemudian, pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamad ditemui mati di bangunan sama.
Polis sedang membuka semula siasatan ke atas kematian Teoh, manakala bagi kes Sarbani, inkues memutuskan kematiannya satu kemalangan.
Kedua-dua insiden itu membentuk persepsi awam yang agensi anti rasuah itu sendiri penuh dengan rahsia gelap, rasuah dan salah urus.
Bagaimanapun, tanggapan itu nampaknya mula berubah minggu lalu apabila SPRM mendapati dirinya di tengah-tengah satu kontroversi epik berikutan siasatannya ke dalam saga 1MDB itu.
Ia menjadi sasaran siasatan polis kerana wujud dakwaan maklumat rasmi dibocorkan dalam siasatan kerajaan ke atas 1MDB.
Apabila 7 pegawai dan seorang bekas anggota panel penasihatnya dipanggil polis untuk disoal siasat dalam satu usaha yang disifatkan pengkritik satu cubaan intimidasi, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zain bertindak balas dengan ikrar untuk meneruskan siasatan.
Tiba-tiba, mereka yang dulunya memusuhi SPRM, beralih sentimen.
Daripada pemimpin hak awam Datuk Ambiga Sreenevasan hingga orang kuat pembangkang Lim Kit Siang, mereka kini menjadi sekutu kuat, menyuarakan sokongan kepada suruhanjaya itu yang pernah mereka kecam sebelum ini sebagai tidak cekap.
Kini mereka menghamburkan kata pujian kepada SPRM sebagai pejuang kebenaran.
Sokongan yang diterima rakyat Malaysia juga luar biasa, dengan sebuah laman Facebook dinamakan "Rakyat bersama SPRM" menarik hampir 7,000 ahli dalam masa tidak sampai 24 jam selepas dimulakan. Dan setakat pagi ini, keahliannya mencapai lebih 18,000.

Dana Asing: Ada kambing hitam bakal mengaku jadi penderma Najib, kata veteran Umno


Bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid berkata seorang kambing hitam dijangka akan mengaku menderma kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan pasti ia seorang warga asing. 

Seorang veteran Umno menyifatkan kenyataan pihak berkuasa mengesahkan wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun perdana menteri adalah ehsan derma tidak mengejutkan dan sudah diduga. Malah, beliau mendakwa, sudah dapat dijangkakan bakal ada individu yang "menjadi kambing hitam" yang akan mengaku mendermakan wang tersebut untuk menjernihkan keadaan.
Tetapi, bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid berkata, beliau berpendapat wang itu bukan disumbangkan ahli Umno atau warga Malaysia, tetapi pasti dibuat warga asing di luar negara.

"Ia sudah dijangka dan bukan satu kejutan, saya pasti mereka akan mencari individu yang kaya mengakui mendermanya," kata Sanusi melalui satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider. Beliau turut mengatakan, tidak mungkin hanya seorang sahaja yang menderma wang sebanyak itu.
"Yang jelas ialah, kalau rakyat Malaysia yang derma, tidak mungkin seorang sahaja. Yang ada berbilion pun tidak mampu menderma sebanyak itu," kata bekas menteri yang berkhidmat di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Pada masa sama, beliau yang pernah menjadi menteri besar Kedah turut menamakan beberapa nama individu yang kaya sebagai contoh.
"Kenalah cari orang luar negara seperti Sultan Brunei, Bill Gates, Warren Buffet atau yang sekaya itu. Atau pun raja-raja Arab dan anak-anak mereka.
"Orang berniaga tidak mungkin derma sebanyak itu tanpa dapat sesuatu. Itu bukan derma namanya.
"Kecuali kita upah dengan lumayan seseorang yang sanggup mengaku dia yang menderma. Tetapi kenalah yang boleh dipercayai," katanya.