Khamis, 6 Ogos 2015

Wabak Penyakit Mandatifilis

Penyakit mandatifilis lagi bahaya dari dengue.
Saya anggap pemimpin UMNO dan para penyokong nya mengalami penyakit mandatifilis. Ini penyakit yang menganggap mandate atau mandat ialah lesen untuk buat sesuka hati. Ianya penyakit mudah jangkit terutama kalau bersama dengan pemimpin UMNO dan penyokong tegar mereka. Harap berwaspada. Jauhkan diri dari mereka.
Dunia mentalqinkan Malaysia.
Seluruh dunia sedang menyaksikan pemusnahan Malaysia. Orang Melayu yang paling malang. Sebab yang memusnahkan negara kita ialah orang Melayu keturunan Bugis. Ada Bugis baik yang membangun negara dan ada Bugis keturunan lanun yang jahat.
Negara musnah kalau pemimpin berminda penjenayah.
Lanun ialah perompak ialah penjenayah. Keturunan membangunkan negara tidak akan menipu rakyat, menjual harta benda negara dan mencuri wang. Pemimpin Malaysia sekarang sedang memusnahkan segala nya ; maka tidak syak lagi dia keturunan lanun jahat.
Kita ada seorang pemimpin yang membesarkan keturunan Bugis nya  yang hari ini menjadi ejen utama menghancurkan segala insitusi mempertahankan system kerajaan. Lanun bugis ialah penjenayah dan hari ini kita ada pemimjn yang ada baka sama yakni mempunyai minda penjenayah menghancurkan ekonomi kita; system kehakiman membisu seribu bahasa kerana ia dianggap tali barut pemerintah; ejensi kepolisian, SPRM, insitusi pendakwaan negara dan sedikit masa lagi instutusi yang menjaga kewangan negara akan dibaham oleh Najib Tun Razak.
Ringgit Malaysia sudah hampir kepada RM4 =1USD. BNM  telah belanja RM5 billion untuk menyokong Ringgit dan reseb matawang asing nya makin menurun. Tapi Najib buat dono sebab dia lebih asyik mencari jalan menyelamatkan diri nya.
Walaupun dia mungin orang baik secara peribadi, dan saya ada rekod menyatakan demikian, tapi sebagai pemimpin Najib is a miserable failure dan gagal. Dia tidak lagi berkelayakan untuk jadi PM dan pemimpin negara ini.
Kerajaan dan kepimpinan disangsi.
Apatah lagi kita mempunyai seorang timbalan PM yang berlagak macam seorang gangster mengugut dan mengancam semua orang yang mahu mengkritik kerajaan.
Kerajaan Najib sudah hilang keyakinan rakyat. Najib akan didaftar oleh sejarah sebagai PM yang terburuk untuk Malaysia. Najib lah satu2 nya pemimpin yang telah menguasai ilmu tidur sambal mencelikkan mata.
Lambat laun, asal punca wang RM2.6 bilion itu akan diketahui juga. Ia mestinya duit haram. Mungkin RM2.6 billion dan RM42 juta itu hanya sebahagian kecil yang kita ketahui. Mungkin berbillion lagi ada dalam akaun peribadi nya. Dimana misalnya, wang RM4 billion KWAP yang konon dilabur dalam lombong arang batu itu?
Penyakit ini mengena semua lapisan pemimpin UMNO.
Samun dan lanun, cabul dan salah guna kuasa, ugut dan menindas adalah kesan2 penyakit mandatifilis. Sebab itu orang macam Najib kata- 3.2 juta orang sokong dia. Adakah sokongan 3.2 juta ini menjadikan Najib maharaja yang berkuasa mutlak?
Penyakit ini dipercayai dibawa oleh wartawan2 dan bekas wartawan yang terdidik dalam cara sekolah lama; iaitu ketika semua pandangan dan tulisan pojok mereka bersifat sehala tanpa bangkangan dan bantahan dari pembaca. Dan bila ada masa terluang, mereka memberi pandangan yang tidak diundang kepada pemimpin UMNO.

Najib's donor will be someoe like Sultan of Brunei, Bill Gates, Warren Buffet or ARAB ROYALTY - Sanusi Junid


An Umno veteran leader expects a scapegoat to admit having donated the US$700 million (RM2.6 billion) that was found to be in Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's personal accounts.
Former secretary-general Tan Sri Sanusi Junid said he was not surprised by the Malaysian Anti-Corruption Commission's announcement that the money came from a foreign donor and not from state strategic investor 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"It is something expected and not a surprise. I am sure they will look for a rich individual to admit that he or she had donated the money," he told The Malaysian Insider via SMS.
He said it is hard to believe that an individual can fork out so much money for a donation.
"What is clear is that if the donor is a Malaysian, it is not just one person. A billionaire could not even afford to donate such a large amount," said the federal minister who served under former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad's administration in the 1980s.
"They have to find people who are based overseas like the Sultan of Brunei, Bill Gates, Warren Buffet or those of their level. Or Arab royalty and their children."

Tan Sri Sanusi Junid
Sanusi said businessmen would not donate such as amount without hoping for something in return.

"Then it will not be a donation," he added.
"Unless we hire someone and pay them very well until they are willing to admit they are the donors. But it has to be someone who is credible and can be trusted," he said.
Sanusi expressed confidence that the donation did not come from Umno members as usually, the annual fees are paid by the division chiefs.

Do the grassroots agree with Najib?

Some Umno divisions stand defiant, and Najib had better put an ear to the ground to hear them out.
najib_umno_new_600
Tired, angry, sad, depressed, infuriated, frustrated, hopeless, desolate. Any and all of these words can be used to describe the Malaysian on the street in these days of political uncertainty. Who tells the truth? No one really knows because the best efforts of whistleblowers to bring to light what lurks in the dark recesses of the Najib administration are matched by the best efforts of the Najib administration to clear it’s name.
Supporters of the opposition and people who are just plain fed up with the political scenario in Malaysia must be fatigued from the endless stream of scandals and exposes that seem to either trickle off the PM’s back like water down a slick surface or result in someone getting arrested or fired or investigated. It takes great willpower and extraordinary optimism now to keep hoping for change.
At least superficially, it looks like Najib has shored up his defences, ruling from the safety of the throne while his Cabinet, as well as members of the Umno elite who are still with him, set out on the monumental task of raising his popularity rating before the next general election. Every attempt to talk him down results in a fit and a tantrum, from racist remarks about “white people” to grandstanding pronouncements on how he will never step down. Talk of censorship or an outright ban on social media flutters anxiously on Facebook and Twitter, while the newly minted DPM fluffs up his feathers threateningly at any media organisation that dares to cross him.

BN Selangor tak ada modal politik - Shuhaimi Shafiei

Isu yang dibawakan oleh Mat Nadzari berhubung pengagihan zakat di Pahang dianggap perkara remeh.
Mat-Nadzari_shuhaimi-shafiei_pkr_selangor_zakat_600
SHAH ALAM : Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Shuhaimi Shafiei menempelak Penyelaras Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menyalurkan bantuan zakat ke negeri lain tanpa melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Katanya, isu yang dibawa ADUN Batang Kali itu merupakan perkara remeh dan penyelaras BN Selangor itu tidak mempunyai isu lain yang ingin dibawakan.
“Mat Nadzari tu takde isu nak bawak. Terlalu naif. Benda-benda yang kita katakan remeh temeh dia bawak.
“Kalau nak tunjukkan kemampuan sebagai penyelaras BN, carilah isu lain,” katanya kepada pemberita pada majlis Hi-Tea Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor Bersama Media pada Khamis.
Dia yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor berkata pihaknya akan memberikan jawapan berkenaan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.
“Biar Menteri Besar yang jawab,” katanya.
Baru-baru ini, Barisan Nasional (BN) Selangor mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menyalurkan bantuan zakat ke negeri lain tanpa melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Penyelaras BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan, berkata tindakan kerajaan Selangor memperuntukan bantuan zakat berjumlah RM5 juta yang didakwa disalur menerusi ketua-ketua cabang PKR amat meragukan.
Dia membangkitkan persolan kerana kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) tidak menyalurkan bantuan zakat itu menerusi LZS atau secara terus kepada kerajaan negeri yang terlibat.

Dana Asing RM2.6B: Najib rujuk pihak kedua sebelum saman WSJ

Nasihat tersebut akan diperolehi daripada pakar undang-undang dari dalam dan luar negara.
najib_hafarizam_law_wsj_600
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak akan mendapatkan nasihat daripada pihak kedua, sebelum membuat keputusan untuk mengambil tindakan seterusnya terhadap penerbit Wall Street Journa (WSJ), Dow Jones, susulan penyiaran artikel berkaitan dirinya dan 1MDB.
Perkara itu ditegaskan, Datuk Hafarizam Harun yang memaklumkan telah menerima arahan berkenaan daripada anak guamnya.
Ia dibuat susulan kegagalan Dow Jones memberikan maklumat pada 22 Julai lalu berhubung wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib, datangnya daripada 1MDB.
Sebaliknya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataanya pada Isnin menjelaskan bahawa RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib adalah hasil sumbangan penderma, bukan 1MDB.
“Penerbit (WSJ) mengelak daripada mengakui bahawa artikel mereka menuduh wang berkenaan datangnya daripada 1MDB,” kata Hafarizam kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada Khamis.
Hafarizam berkata, beliau menemui Najib dan mendapat arahan untuk mendapatkan nasihat berhubung tindakan undang-undang yang boleh diambil.
Ia termasuk mengambil kira untuk mendapatkan nasihat peguam di Amerika Syarikat (AS) kerana isu berkenaan berkait dengan perundangan antarabangsa.
Hafarizam berkata, beliau diarah melaksanakannya dengan kadar segera.

Lawak Malam Jumaat: Program Najib di Samporna dibatal kerana lanun

Menurut KJ, keadaan di Semporna yang dianggap tidak selamat kepada Perdana Menteri kerana terdapat lanun di kawasan berkenaan.
khairy_shafie-apdal_umno_600_1
KUALA LUMPUR: Keputusan UMNO Semporna membatalkan undangan kepada presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk merasmikan mesyuarat persidangan bahagian yang dibuat atas faktor keselamatan dilihat sebagai suatu tindakan yang tepat.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, tindakan itu wajar memandangkan keadaan di Semporna yang dianggap tidak selamat kerana terdapat lanun di kawasan berkenaan.
“Itu keputusan UMNO Bahagian Semporna, yang saya tahu banyak lanun di sana,” katanya sewaktu ditemui dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO, pada Khamis.
Pada Selasa lalu, UMNO Semporna telah membatalkan undangan kepada Najib untuk merasmikan mesyuarat agung tahunannya yang dijadual pada 15 Ogos ini dan telah digantikan dengan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Keputusan itu dikatakan dibuat atas desakan ahli di peringkat akar umbi pada hari sama ketuanya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Dalang di sebalik serbuan SPRM musuh negara

Azrul Akmal Saharudin


Kenyataan Pengarah Bahagian Siasatan, Datuk Bahri Mohammad Zain seperti yang disiarkan portal Malaysiakini bertajuk "Demi Allah, saya akan cari dalang ke lubang cacing" semalam, mengundang pelbagai persepsi kepada rakyat.
Adakah siasatan SPRM sedang diganggu tangan-tangan ghaib yang mahu menutup onar yang dibuat SRC International yang mempunyai kaitan dengan 1MDB?
Kerana salah satu pegawai SPRM yang ditahan ini pula merupakan pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menyiasat SRC International dan kaitannya dalam isu wang berbilion ringgit masuk ke akaun yang difahamkan milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pihak Biro Pemantauan dan Integriti Perkasa mewakili sekalian warga Perkasa di seluruh pelusuk negara berpendirian, jika benar ada tangan-tangan ghaib yang menjadi dalang kepada insiden serbuan rumah serta penahanan pegawai-pegawai penyiasat SPRM ini, maka wajarlah dalang-dalang ini didedahkan kepada umum dengan secepat mungkin dan mereka ini layak digelar sebagai MUSUH NEGARA sekalipun mereka memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Malaysia No.5 Di Dunia & No. 1 Di Asia Tenggara bagi WANG HARAM keluar negara bagi tempoh 2003-2012.

HAKIKATNYA.. Secara per kapita, Malaysia No.1 JUARA DUNIA !!

TAK HERAN di M'sia halal & HARAM sama2 bantai..

p/s: Apakah status 'derma RM2.6 bilion' itu sehinggakan DAH TERKANTOI baru rakyat tahu.. ???!!! Wang halal atau WANG HARAM ??

Serangan demi serangan- permulaan krisis dalaman Umno?

oleh Alyaa Alhadjri
Serangan pertama yang dilakukan boleh dilihat berpotensi mencetuskan krisis dalaman Umno, bermula dengan pemecatan timbalan presiden Umno Muhyiddin Yasin dan naib presiden Umno Shafie Apdal daripada kabinet Perdana Menteri Najib Razak.
Walaupun tidak ada tindakan terang-terangan dilakukan, pertelingkahan  di akar umbi kini sedang berlaku di seluruh bahagian Umno yang dalam proses  menjalankan mesyuarat agung tahunan (AGM).
Pemimpin mana yang menerima jemputan perasmian mesyuarat boleh menjadi petunjuk jelas pihak yang disokong oleh bahagian, dan jemputan itu ialah peluang kepada pihak-pihak bertelagah untuk memenangi hati dan sokongan ahli-ahli akar umbi.
Hujung minggu lepas, Najib telah merasmikan mesyuarat bahagian Umno Seremban dan Kota Melaka, sementara Muhyiddin pula merasmikan mesyuarat bahagian Umno Kluang.
Sementara itu, Shafie, telah menghadiri rumah terbuka Hari Raya bahagiannya di Semporna.
Dalam ucapan, Najib menekankan kesetiaan kepada parti dan perpaduan dalam pentadbiran, cuba meredakan kritikan terhadap tindakannya memecat Muhyiddin dan Shafie kerana kritikan terbuka mereka kepada cara dia menangani cabang pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad.
Walaupunbegitu, Muhyiddin dan Shafie sehingga kini mengakui yang mereka akan terus setia kepada Umno.
Apa sahaja kritikan kepada Najib, hujah mereka, telah dilakukan atas nama menjunjung kepercayaan rakyat yang meminta mereka bersuara tentang isu-isu menyentuh kepentingan negara.
Sehingga kini, hanya Umno Negeri Sembilan melalui menteri besar dan pengerusi perhubungan negeri Mohamad Hasan yang secara terbuka memberikan sokongan kepada Najib.
Pemerhati-pemerhati politik, bagaimanapun, percaya yang akan tercetus revolusi dalam Umno, berkemungkinan besar akan dimulakan oleh Johor- tempat kelahiran parti dan bekas presiden pengasas Onn Jaafar.
Peringkat akar umbi di sana, sangat setia kepada Umno dan pemimpin yang dipilih mereka, selain memandang tinggi dan menghormati keluarga diraja Johor.

Sokongan meluas diterima, masa untuk SPRM membuktikan dirinya

oleh Alyaa Alhadjri
Ketika Suruhanjaya Pencegahan Anti Rasuah Malaysia (SPRM) sedang tersepit dan terhimpit, sokongan orang ramai, pihak politik dan pelbagai pihak yang mencurah-curah mungkin memberikannya lebih momentum bagi mendesak perubahan dilakukan dan bertindak lebih berani.
Badan anti rasuah itu sebelum ini telah meminta kuasa pendakwaan, kebebasan untuk melantik dan memecat kakitangannya, serta mengurus operasinya sendiri tanpa perlu berada di bawah cabang kuasa Eksekutif.
Solidariti luar biasa yang diterima daripada kedua-dua belah politik yang selama ini bertelagah yang bangkit mempertahankan SPRM daripada terus ‘diserang’ oleh polis kerana siasatan yang dilakukan SPRM kepada SRC International, bekas anak syarikat cabang pelaburan negara 1MDB.

Pada 6 Ogos, The Malaysia Insider memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low (kiri) yang berkata sepatutnya polis bertindak dengan cara yang lebih baik dalam serbuan dan penahanan pegawai-pegawai SPRM dalam siasatan kebocoran maklumat siasatan berkaitan dengan 1MDB.
“Sangat penting yang institusi ini (SPRM) buat apa yang perlu dilakukan, kerana orang ramai sedang menunggu siasatan ini dilengkapkan dan diberikan jawapan yang memuaskan hati.
“Kedua, masyarakat antarabangsa juga sedang memerhatikan bagaimana kita mengendalikan kes ini, dan samada ia mampu dilakukan berdasarkan mandat yang telah diberikan kepada mereka,” kata Low yang merupakan menteri yang berkuasa ke atas pentadbiran dan integriti.
Terdahulu, beberapa pengkritik SPRM yang paling lantang mengkritik suruhanjaya itu sebelum ini dari pihak pembangkang telah berhimpun di depan ibu pejabat SPRM di Putrajaya dan memberikan badan anti rasuah itu momentum bagi meraih sokongan daripada rakyat.
Pemimpin-pemimpin yang sama inilah yang sebelum ini telah memperlekehkan SPRM kerana tidak berani dan mendakwa suruhanjaya itu hanya mengejar ikan bilis dan membiarkan ikan jerung terlepas.

Adakah petisyen pilihan lebih baik daripada perarakan?

Sam Kurniawan:  Sejujurnya, tanya diri anda sendiri sekiranya perarakan jalanan akan benar-benar berjaya mencapai matlamatnya.  Saya selalu merasakan yang ada cara lain untuk menyelesaikan masalah politik semasa yang mencengkam negara kita.
Perarakan jalanan akan menjadi kelam kabut dan akan ada orang yang cedera, harta benda awam dimusnahkan dan peserta bantahan ditahan. Adakah ini yang dimahukan oleh rakyat Malaysia?
Apa kata kita dapatkan 100k orang untuk memberikan pestisyen kepada kerajaan dan pemimpin untuk menyelesaikan secepat mungkin masalah politik dan ekonomi? Bukankah itu cara yang lebih baik?
Wy Jin: Ya, antara perarakan dan pestisyen kepada kerajaan, saya akan memilih petisyen.
Josephine Lee: Kita orang Malaysia tidak pernah menghancurkan Bandar. Kami menyayangi negara ini; kami disini adalah untuk menyelamatkan negara daripada korupsi dan mencari keadilan.
Tc Ling: Apabila anda tidak beri apa yang rakyat minta, mereka akan membantah dan menganjurkan perarakan.
Inilah cara demokrasi berfungsi. Jadi berhenti berlakon bodoh kerana anda tahu apa yang rakyat mahu.
Bersiapa sedia untuk buat kerja atau bantahan ini akan berterusan; seperti apa yang dilakukan rakyat Thai di Bangkok tahun lepas.
TW Ong: Perarakan tidak menghancurkan bandar, meriam air dan gas pemedih mata yang menghancurkan bandar.

Berbanding Clare, lebih baik PDRM teruskan usaha tangkap Sirul

oleh V Shuman
Seolah-olah keaiban yang dialami polis kita di tangan polis Thailand sebelum ini masih tidak memadai.
Mereka kemungkinan akan berhadapan perkara yang sama dengan pasukan polis British – Scotland Yard.
Siapa yang boleh lupa bagaimana permintaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyoalsiasat waga Switzerland Xavier Andres Justo – individu utama dalam isu ugutan dan pengubahan dokumen – ditolak oleh polis Thailand?
Kita mungkin boleh menjangkakan hal yang sama akan berlaku, selepas polis mengeluarkan waran tangkapan terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, atas dakwaan menulis artikel yang “mengancam demokrasi berparlimen”.
Perlu diingat, walaupun Clare dilahirkan di Sarawak, beliau adalah warganegara United Kingdom dan berpangkalan di sana.
Pada 4 Ogos lalu, polis berkata yang mereka akan meminta bantuan Interpol untuk menahan dan mengekstradisi Clare, atas dakwaan berpakat dengan Justo untuk meruntuhkan kerajaan Malaysia.
Clare kemudian dipetik menyifatkan ancaman itu sebagai “mengarut”.
“Saya sedang menggeletar…sebenarnya tidak,” katanya seperti dipetik The Malaysian Insider.
Beliau juga memberitahu laman Malaysiakini bahawa mustahil untuk mengekstradisinya, kerana tuduhan “jenayah” keatas dirinya oleh polis Malaysia tidak wujud di United Kingdom, dan kebanyakan negara lain.
Katanya lagi, mengambil tindakan itu hanya akan terus memalukan Malaysia.
Benar sekali. Di manakah keutamaan pihak berkuasa?
Adakah Clare bertanggungjawab di atas kehilangan berbilion ringgit? Atau adakah akaun peribadinya disalurkan wang berbilion ringgit?
Beliau hanya menulis tentangnya. Adakah beliau terpaksa menerima padah atas tindakan tersebut?
Pada 8 Ogos lalu juga polis British dilaporkan telah memberikan perlindungan kepada Clare, selepas beliau membuat laporan yang dirinya diekori dan gambarnya diambil oleh orang yang tidak dikenali. Perlu dinyatakan juga bahawa Clare adalah adik ipar kepada bekas perdana menteri Britain Gordon Brown.

Terima derma RM2.6 bilion dari dana asing, wartawan veteran ada 6 soalan untuk Najib

Datuk A. Kadir Jasin hari ini mengemukakan enam soalan berhubung wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sumbangan derma.
Menulis dalam blognya, wartawan veteran itu bertanya adakah tidak menjadi kesalahan bagi Najib "menerima secara rahsia" wang tersebut yang dikatakan SPRM, dari penderma di Timur Tengah, namun tidak dinamakan.
Kadir turut menggesa identiti "penderma yang murah hati" itu didedahkan, sambil menambah ada spekulasi mengatakan ia dari kerabat diraja Arab yang kaya atau "pedagang unta".

"Mungkin lebih dari seorang, dan tidak semestinya seorang Arab atau Islam," tulis beliau dalam blognya hari ini. Bekas Ketua Pengarang New Straits Times Group itu turut menyoal apa yang dilakukan Najib dengan wang yang jumlahnya "sukar dibayangkan" itu dan adakah ia digunakan untuk Umno dan Barisan Nasional dalam kempen Pilihan Raya Umum pada 2013.
"Sekiranya RM2.6 bilion itu digunakan untuk 222 kerusi Parlimen, maka satu kerusi akan dapat RM11.72 juta.
"Adakah semua wang itu dibelanjakan atau sebahagiannya disalurkan dan disimpan di suatu tempat di salah satu pusat kewangan pesisir pantai luar negara?" soalnya.
Isnin lalu, SPRM mengesahkan wang yang dimasukkan ke akaun Najib adalah dari sumber derma dan tiada kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Semalam, SPRM memaklumkan ia akan memanggil Najib bagi memberi penjelasan berhubung wang RM2.6 bilion tersebut.

Pertembungan PDRM dan SPRM boleh menjejaskan kestabilan dan keselamatan negara

Saya memandang serius perkembangan mutakhir ini yang membabitkan semacam satu pertembungan di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua agensi utama di negara ini yang berperanan menjamin keselamatan rakyat serta ketelusan tatakelola.

Apa yang berlaku mengingatkan saya kepada pertembungan yang hampir sama awal tahun lalu di Indonesia membabitkan bantahan dari Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia (KPK) dan Polis Republik Indonesia (Polri). Ini susulan bantahan dari KPK ke atas pencalonan Budi Gunawan yang dicadangkan sebagai Ketua Polis Republik Indonseia. Tindakan KPK yang menamakan Budi sebagai salah seorang suspek dalam satu kes rasuah telah mengundang reaksi balas dari Polri yang kemudiannya mengisytiharkan Ketua KPK, Abraham Samad dan timbalannya Bambang Widjojanto sebagai suspek dalam dua kes jenayah berasingan serta mengancam untuk menyiasat lebih ramai pegawai kanan KPK. Pertembungan dua agensi besar ini kemudiannya memaksa Presiden Joko Widodo menangguhkan pelantikan Budi dan menggantung tugas Abraham dan Bambang.
Tindakan PDRM menahan beberapa orang pegawai kanan SPRM temasuk Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin yang terlibat dalam proses siasatan skandal kewangan membabitkan syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengundang persepsi bahawa PDRM cuba untuk mencampuri dan menggangu proses siasatan yang sedang dilakukan oleh SPRM.
Hari ini, SPRM pula dilihat seperti menyerang balas tindakan PDRM dengan mengheret enam anggota polis ke mahkamah atas tuduhan menerima dan tidak melaporkan kesalahan rasuah bernilai RM8,000 tahun lalu. Kesemua tertuduh yang berpangkat konstabel, lans koperal dan koperal didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan, hari ini.

Krisis 1MDB gugat demokrasi negara - Nurul Izzah

SHAH ALAM - Krisis yang melanda syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menggugat demokrasi berparlimen di negara ini, dakwa Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
 
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memegang kuasa Eksekutif bertanggungjawab untuk menyelesaikan krisis itu.
 
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, keadaan semakin celaru apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai badan bebas boleh mengeluarkan kenyataan yang mana melanggar akta yang dibentuknya sendiri.
 
“Dalam Akta SPRM sendiri menyebut wang derma termasuk dalam maksud ‘suapan’ yang boleh membawa kepada pendakwaan di atas kesalahan jenayah rasuah jika disabitkan, individu itu boleh dikenakan hukuman sehingga penjara 20 tahun.
 
“Keadaan ini jelas sekali menunjukkan SPRM dihalang untuk menjalanlankan tugas mereka dengan baik, keadaan ini mengganggu gugat demokrasi berparlimen yang diamalkan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
 

Henti ganggu siasatan 1MDB, tumpu pulih ringgit - PKR

PETALING JAYA - PKR mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menghentikan segera siasatan ke atas penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan memberi tumpuan kepada pengurusan ekonomi negara.
 
Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangannya, Wong Chen menegaskan jika Najib terus mengganggu mereka menyiasat 1MDB, ia hanya akan menjejaskan nilai Ringgit Malaysia (RM) yang terus jatuh sehingga RM3.89 berbanding Dolar Amerika Syarikat (ASD) pada hari ini.
 
'Kami menggesa beliau untuk berhenti mengabaikan ekonomi dan mensengsarakan rakyat demi mempertahankan kedudukan politik beliau sendiri,' katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
 
Sehingga kini, tujuh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah sama ada ditangkap atau dipanggil oleh pihak polis dan mereka semua terlibat dalam penyiasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan pemindahan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun bank Najib.
 
Pada Mac 2015, ahli ekonomi Macquarie Research, PK Basu meramalkan nilai mata wang ringgit akan jatuh kepada tahap RM3.95 berbanding AS$1 pada September 2015.
 

Skandal 1MDB: Siasat Zeti tanpa prosedur boleh bahayakan ekonomi negara

Wong Chen mengulas ura-ura Gabenor Bank Negara akan disiasat polis berhubung kebocoran dokumen 1MDB.
woong,zeti
PETALING JAYA : Ura-ura Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz akan disiasat oleh polis berhubung kebocoran dokumen 1MDB boleh membahayakan ekonomi negara.
Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata, Zeti dikenali dan mempunyai hubungan baik dengan komuniti kewangan antara bangsa termasuk agensi penarafan.
Katanya, jika benar Zeti akan disiasat dan proses itu tidak mengikut prosedur serta tiada ketelusan, kesannya amat buruk kepada ekonomi negara terutama kepada nilai mata wang ringgit yang ketika ini sangat lemah.
“Zeti mempunyai reputasi yang baik sebagai seorang Gabenor Bank Pusat dalam kalangan komuniti kewangan antara bangsa termasuk agensi penarafan.
“Sekiranya tidak ada ketelusan penuh, prosedur dan proses perundangan tidak diikuti, pasaran dunia akan membuat kesimpulan bahawa tindakan polis adalah bermotif politik,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Khamis.
Ahli Parlimen Kelana Jaya itu berkata, tindakan itu akan memberi mesej buruk kepada komuniti kewangan antarabangsa dan akan terus menjejaskan mata wang ringgit.

Dana Asing RM2.6B: Pemuda BN setuju SPRM panggil Najib

Pemuda BN berpendirian segala siasatan yang sedang berjalan dalam isu yang dibangkitkan perlu menyakinkan rakyat.
Khairy-Jamaluddin_najib_sprm_600
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin setuju Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dipanggil pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SRPM) untuk disiasat berhubung wang derma RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaunnya.
Jelasnya, jika cara berkenaan dapat menyakinkan rakyat, beliau perlu dipanggil untuk diambil keterangan.
“Pendirian kita adalah bahawa segala siasatan yang sedang berjalan dalam isu yang dibangkitkan tadi mestilah berterusan sehingga mendapat gambaran jelas dan hasil siasatan itu perlulah menyakinkan rakyat.
“Sekiranya perlu keterangan untuk memastikan SPRM menjalankan tugasnya tanpa rasa takut dan berpihak, maka keterangan Perdana Menteri harus diambil,” ujarnya dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO, pada Khamis.
Jelas Khairy lagi, dalam isu yang membabitkan wang RM2.6 bilion ini, SPRM harus menjalankan tugasnya dengan telus, agar kewibawaan suruhanjaya bebas berkenaan diterima rakyat.
“Hari ini juga, saya difahamkan ramai pemimpin pembangkang menyatakan sokongan terhadap SPRM. Dahulunya, mereka yang mengkritik SPRM, tetapi kini sebaliknya.
“Amat penting untuk SPRM mempunyai integriti dan tidak ada pihak yang boleh menyekat badan bebas itu,” tegasnya.

DANA ASING RM2.6B: DS NAJIB SEDANG DIADILI "MAHKAMAH RAKYAT"

MACC kata wang RM2.6 billion dalam akaun peribadi DS Najib bukan wang IMDB, tetapi adalah sumbangan daripada penderma ‘yang baik hati’. MACC juga kata sebenarnya sudah dikenal pasti penderma ‘yang baik hati itu’ yang memasukkan wang berkenaan ke dalam akuan DS Najib. Tetapi MACC tidak dapat hendak menjelaskan nama si penderma berkenaan. Rakyat tentunya mula menyoal, ‘mengapa……?”
            Rakyat Malaysia baca berbagai kenyataan yang dikeluarkan, tetapi soalnya apakah mereka boleh terima kenyataan sedemikian. Inilah persoalan yang sedang dihadapi oleh pihak kerajaan kini. DS Najib sedang diadili oleh ‘mahkamah ghaib’ ia itu mahkamah rakyat. DS Najib sedang bertarung dengan persepsi rakyat Malaysia. DS Najib tidak boleh mengambil sikap tak peduli dan ‘membiarkan saja anjing menyalak gunung’. DS Najib juga tak boleh berbuat begitu kerana beliau harus meyakinkan rakyat atas sebarang tindakan yang dilakukannnya sesuai dengan peranannya sebagai pemimpin dan pelindung rakyat. Beliau tidak harus dilihat sebagai ‘pagar makan padi’
            Kini sudah wujud semacam satu keadaan di mana rakyat hanya ‘memekakkan telinga’ diatas apa juga kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan. ‘Ada mata tengok, ada telinga dengar’. Aku tak kata semua rakyat begitu. Tetapi sebahagian besar rakyat Malaysia dirasakan bersikap demikian. Jikalau sebelum ini selalu diperkatakan bahawa orang kampung yang bersikap acuh tak acuh terhadap apa saja tindakan kerajaan, tetapi  kini keadaan sudah berubah. Orang kampung sudah ‘sedar’ dan tidak mudah ‘digula-gula’ lagi. Mereka seolah-olah sudah dapat memikirkan dengan cara kritis dan dapat menilai tentang lojik tidaknya sesuatu kenyataan yang dikeluarkan oleh seseorang pemimpin itu.
            Sebenarnya keadaan dalam negara kini amat membimbangkan. Mungkin pihak polis dan keselamatan negara lebih tahu dan memahami keadaan yang wujud dalam negara kini. Berasaskan pemerhatian dan ‘cakap-cakap’ di sana sini membayangkan semacam rakyat sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan yang memerintah kini apatah lagi apabila melihatkan tindak-tanduk para Menteri Kabinet kini yang seolah-olah mati hidup mereka memperjuangkan isu IMDB dan ‘menyelematkan’ DS Najib. Dengan bersikap demikian seolah-olah para Menteri Kabinet ini melupakan tanggungjawab mereka sebagai Menteri dalam ertikata yang sebenarnya.
            Dan tindakan setengah Menteri dan Timbalan Menteri yang bersikap ‘membodek’ dengan ‘membabi buta’ juga telah menyebabkan imej DS Najib berada pada paras paling bawah di hati rakyat. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka kadang-kadang bercanggah antara satu sama lain dan tidak lojik untuk diyakini oleh rakyat.

Skandal 1MDB: Polis Thailand lengkapkan siasatan terhadap Xavier Justo

Post Pic
BANGKOK: Polis Thailand telah melengkapkan siasatan terhadap warga Switzerland, Xavier Justo  dan menyerahkan kes kepada pendakwa raya pada Khamis.
 
Polis Thailand mendakwa, Justo cuba mengugut bekas majikannya, PetroSaudi International - sebuah syarikat tenaga yang bekerjasama dengan syarikat milik kerajaan Malaysia, 1MDB.
 
Dia telah menandatangani pengakuan dan berharap hukuman akan dikurangkan.
 
Jenayah itu boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda sebanyak 2,000 hingga 20,000 bath (RM220 hingga RM2,209).
 
"Ia kini terpulang kepada pendakwa raya untuk mendakwa Justo," kata Timbalan Komander Pencegahan Jenayah Thailand, Kornchai Klayklueng, kepada The Straits Times pada Khamis.
 
Justo ditahan reman oleh polis di rumahnya di Pulau Koh Samui sejak Jun lalu.
 
Pada 2013, bekas eksekutif PetroSaudi itu didakwa meminta sebanyak RM9.94 juta kepada majikannya tetapi telah ditolak.

Pas, GHB sepakat pembangkang perlu bersatu selamatkan Malaysia

Kerja sama antara parti pembangkang diperlukan untuk menyelamatkan negara dan rakyat yang terjejas akibat krisis yang berlaku ketika ini.
Timbalan-Pengerusi-Gerakan-Harapan-Baru-(GHB),-Salahuddin-Ayob
PETALING JAYA: Parti pembangkang telah mula meniup wisel sebagai seruan supaya bersatu demi menyelamatkan Malaysia yang ketika ini dalam bahaya di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Timbalan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Salahuddin Ayob berkata, kerja sama antara parti pembangkang sangat diperlukan pada ketika ini kerana politik, ekonomi dan sosial negara semakin parah.
Katanya, negara memerlukan komitmen semua pihak bagi membela nasib rakyat yang terkesan dengan krisis yang sedang berlaku.
Bekas Naib Presiden Pas itu berkata, GHB telahpun memulakan gerak kerja dengan mengadakan pertemuan bersama parti-parti politik, NGO dan individu bagi memperjuangkan isu rakyat.
“Harapan Baru sentiasa terbuka untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak untuk memastikan hasrat dan cita-cita perjuangan rakyat dapat dilaksanakan dengan seutuhnya,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru supaya semua parti pembangkang bersatu untuk menyelamatkan Malaysia.

Dana Asing RM2.6B: Anak MB Johor persoal kesahihan akaun derma Najib

Ahli Parlimen Belia itu membangkitkan pelbagai soalan bagi mendapat kepastian berhubung status wang derma yang diterima PM.
anak-md,najib
Oleh Akmal Saufi Mohamed Khaled 
Berdasarkan kepada pendedahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, saya memohon penjelasan dan sekadar bertanya perkara berikut;
Ketika Dato Seri Mohd Najib Tun Razak menerima dana sejumlah RM2.6 billion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?
Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan IMDB?
Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan UMNO atau tujuan peribadi?
Jika duit tersebut adalah sumbangan buat UMNO, adakah kepimpinan UMNO terutamanya Majlis Tertinggi UMNO mengetahui tentang derma tersebut?
Jika Majlis Tertinggi UMNO tidak mengetahui adakah ini bermaksud UMNO tidak akan mengetahui kewujudannya jika Dato Seri tidak memaklumkan kewujudannya?
Bilakah Datuk Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?
Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada UMNO, adakah Datuk Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah Menteri?
Bolehkah seorang Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?
Adakah perlu duit derma tersebut perlu diistihar kepada rakyat dan ahli kabinet yang lain?
Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 billion ke dalam negara?

PPPR kecewa tindakan Polis ke atas pegawai SPRM

Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) memandang serius dan kecewa dengan tindakan yang diambil ke atas pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan yang sedang dikendalikan oleh SPRM sekarang.

PPPR adalah salah sebuah daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

Pengerusinya, Tan Sri Johan Jaaffar (gambar) menekankan keperluan bagi SPRM menjalankan tugasnya sebagaimana termaktub dalam Akta SPRM 2009 sebagai sebuah badan yang bebas, telus dan profesional.

"Situasi terkini yang menyaksikan kehilangan kepercayaan dan keraguan masyarakat terhadap SPRM, hanya boleh diatasi dengan memberi peluang kepada SPRM untuk menjalankan tugas tanpa rasa takut atau gentar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Persepsi orang ramai bahawa pegawai-pegawai penyiasat SPRM kini sedang disiasat perlu ditangani dalam apa jua cara.

"PPPR juga berpendapat bahawa semua pihak yang diberi kepercayaan untuk membuat siasatan perlu bekerjasama demi mencari kebenaran," katanya.

Kerry bangkitkan isu Anwar, kebebasan bersuara kepada Najib

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) John Kerry berkata beliau telah bercakap dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerry, dalam lawatan dua hari ke mesyuarat Asean di negara ini, telah mengadakan pertemuan dengan Najib dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semalam.

“Saya bangkitkan kebimbangan berkaitan kebebasan bersuara dan saya bercakap dengan perdana menteri tentang keadaan Anwar,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Anwar sedang merengkok di penjara Sungai Buloh selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantu peribadi Saiful Bukhari Anwar.

Beliau dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas kalah di mahkamah tertinggi negara Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu.

Mengapa kita bersolidariti bersama SPRM


IMG_1800

oleh Lim Kit Siang
Saya telah melawan dan memarahi bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, dan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, kerana tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan mereka.
Saya telah banyak kali kecewa kerana kegagalan kedua-dua agensi tersebut, Jabatan Peguam Negara dan SPRM, menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka secara bebas dan profesional.
Kita telah melihat bagaimana prinsip keadilan telah dihina begitu rupa apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa/dipenjarakan untuk kali kedua, di Penjara Sungai Buloh, dan ia menjadi satu titik hitam kepada Jabatan Peguam Negara, dan Kehakiman.
Kematian Teoh Beng Hock pula akan selamanya menjadi dosa yang perlu ditanggung oleh SPRM kecuali apabila suatu hari nanti, pembunuh-pembunuhnya dapat dibawa ke muka pengadilan.

Dana Asing RM2.6B: SPRM tunggu apa lagi, tangkaplah Najib, kata Gobind


10501752_1013739141976357_6180927171022925937_n


KUALA LUMPUR, 6 OGOS:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah pun mengumumkan akan menyoal siasat Datuk Seri Najib Razak berhubung wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Walaupun banyak pihak mempercayai sumbangan wang itu ada kaitan dengan skandal 1MDB yang bernilai RM42 bilion, pihak SPRM telah menjelaskan bahawa wang RM2.6 bilion tersebut adalah “derma”.
Selepas pengumuman untuk memanggil Perdana Menteri, tiada apa-apa tindakan susulan dilakukan oleh badan anti-rasuah negara itu.
Sebaliknya pegawai-pegawai penyiasat SPRM pula ditangkap polis. Malah, pasukan petugas khas menyiasat skandal 1MDB – melibatkan Jabatan Peguam Negara, Bank Negara dan pihak polis – telah dibubarkan.
Sehubungan itu, Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh, mempersoalkan apa lagi yang ditunggu oleh SPRM kerana ia sudah pun mengumumkan mahu menyoal siasat Najib.
“Apa lagi yang mereka tunggu?”
“Tidak ada gunanya membuat kenyataan umum jika hanya sekadar menagih simpati. Malah, SPRM juga tidak perlu takut.

Cara Polis Bertindak Terhadap Pegawai SPRM Keterlaluan: Paul Low

1. Masyarakat dunia sedang memerhatikan Malaysia khususnya dalam menangani kemelut 1MDB. Kenyataan SPRM bahawa sejumlah wang yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri bukan berpunca daripada 1MDB menjadi liputan seluruh dunia daripada Barat hingga ke Timur.
2. Sejak Sabtu lalu telah 7 pegawai SPRM ditangkap disiasat pihak polis, malah berlaku pengelidahan pejabat dan rumah seawal pukul 1 pagi.
3. Polis sedang menyiasat siapa pembocor maklumat 1MDB yang sedang disiasat kepada Sarawak Reports, The Wall Street Journal. Pihak sudah membuat kenyataan bahawa sebarang kebocoran maklumat apa kah berkaitan dengan 1MDB dan wang RM2.6bilion bukan berpunca daripada SPRM.
4. Penyiasat 1MDB termasuk ketua Audit Negara, PAC Parlimen, polis, Jabatan Peguam negara dan Bank Negara.
5. Melalui tindakan polis, seolah-olah mencurigai bahawa kebocoran maklumat siasatan berpunca daripada SPRM, kerana lajimnya agensi itulah yang mengumul dokumen-dokumen.

Dana Asing: Tak salah Najib terima derma RM2.6 bilion ampu Prof Kangkung...!!!

Tidak salah jika derma itu diberikan atas dasar peribadi melainkan penderma itu mengharapkan balasan seperti pemberian projek.
ramlah,najib
PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana menerima sumbangan derma RM2.6 bilion daripada individu tertentu.
Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, tiada peruntukan undang-undang yang mengatakan menerima derma itu perbuatan salah.
Namun, perbuatan itu menyalahi undang-undang jika sumbangan derma itu bagi mendapatkan balasan seperti pemberian tender projek.
Ramlah berkata, dalam isu dana RM2.6 bilion itu, jika penderma menyatakan sumbangan diberi atas dasar peribadi sekaligus membuktikan Perdana Menteri tidak melakukan kesalahan.
“Benda (sumbangan derma) itu tidak salah dari segi undang-undang. Tidak ada undang-undang yang menyatakan dia (Najib) salah. Jadi habislah cerita. Tapi jika ditanya kenapa sumbangan derma diberi, itu kena buktikanlah.
“(Jika) Orang tu kata dia beri itu atas dasar personal, apa anda boleh buat lagi? Kecuali jika dia beri itu atas dasar untuk dapat projek besar..itu lain, ” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.
Beliau diminta mengulas kebimbangan rakyat Malaysia susulan pendedahan RM2.6 biliion dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri yang disahkan sebagai sumbangan derma.

CORRUPTION WARS: Zahid accused of obtaining 'donation' letters for Najib, Prince Awaleed a donor?

CORRUPTION WARS: Zahid accused of obtaining 'donation' letters for Najib, Prince Awaleed a donor?
KUALA LUMPUR - A police raid on Malaysia's national graft-buster agency, the MACC, has sent shock waves through the country, angering the powerful civil service, and prompting accusations Prime Minister Najib Razak was 'desperate' to cover his tracks in the 1MDB financial debacle, which includes alleged corruption in state-owned firm SRC International.
Indeed, Najib's 'purge' in the form of a series of shock sackings, including the sudden removal of Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin and Attorney General Gani Patail, multiple arrests as well as threats against senior government officers, has already yielded results.
Not only has Najib pushed back an internal party uprising, led by former premier Mahathir Mohamad who had called for his ouster, he has succeeded in dismantling a special task force probe into alleged corruption at scandal-tainted state investor 1MDB.
Plan to break up MACC's probe into SRC International?
Additionally, the Malaysian Anti Corruption Commission - despite its top 2 officials going on 'mysterious' leave - has seen fit to issue statements clearing Najib from allegations he had diverted RM2.6 billion of 1MDB-linked money into his private bank accounts. The MACC yesterday confirmed the money was a 'donation' from Middle Eastern sources but declined to name who these were.
However, the MACC also said it would summon Najib for questioning over the 'donation', and vowed to continue probing SRC International over a money trail exposed last month by the Wall Street Journal showing a sum of RM42 mil funneled into Najib's accounts.
In response, the police - whose chief Khalid Bakar is aligned to Najib - have intensified their crackdown on the MACC, despite the anti-graft commission being a sister enforcement agency. Several MACC investigators have been questioned and arrested on the grounds they might be involved in a conspiracy with foreigners to leak information and harm Malaysia's 'democracy'.
Bahri Mohamad Zain, the director of the MACC's special operations division, which was raided by the police yesterday, has condemned the harassment, vowing to find the 'black hands' behind the order to intimidate his men.
"I will find the perpetrators who are ordering the arrests. By God, I will find the perpetrators till kingdom come. We do not have time to play politics as we are doing our job as entrusted by the public on what they expect us to do with regard to this investigation," said Bahri, whose angry words left no doubt as to whom he was accusing of sabotaging his team's SRC probe.

The money trail exposed by the Wall Street Journal on July 3
SRC International Sdn Bhd, which is fully owned by the Finance Ministry, came under the spotlight following claims that RM42 million was deposited into Najib's bank accounts between late last year and February this year. Bahri's division had also arrested and remanded several top executives in connection with its probe.
1MDB is a national fund created by Najib when he came to power in 2009 and is now saddled with debts of RM42 billion. The sovereign fund has also been accused of shady deals, purportedly arranged by Najib's family friend Jho Low, with billions siphoned into Najib's personal bank accounts.
Najib has denied wrongdoing but not receiving the money in his accounts, which have since been closed.
Forced to go underground to uncover corruption?

Najib’s ‘tukang karut’ have gone off their rockers

The spin-doctors don’t care who they destroy, even the institutions and the country, as long as their boss is safe

Kadir-Jasin,-najib,-tukang-karut3
KUALA LUMPUR: A veteran newsman notes in his latest blog posting that in their zeal to defend their boss, Prime Minister Najib Abdul Razak, his tukang karut (purveyors of falsehood) and the “meanstream – yes they are mean – media and the bangang (stupid) bloggers have gone absolutely off their rockers. To digress a little, it was Najib who called his bloggers bangang during the last Umno General Assembly.
Former New Straits Times Group Editor in Chief Kadir Jasin added that Najib’s people are demonizing all and sundry who they think are a threat to or deemed to be a threat to him. “They don’t give a hoot if they destroy state institutions like the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC), the Attorney-General’s Chambers and Bank Negara.”
“They have succeeded in discrediting, demoralizing and fracturing the AG’s Chambers, the MACC and the police. Now, they are attacking Bank Negara.”
The veteran newsman argues that by demonizing the institutions and their leaders, the spin-doctors are in fact acknowledging that the personalities under attack and their institutions are more credible and trustworthy than the government led by Najib. “Their slash and burn tactics affirms their suicidal temperament,” said Kadir. “To them, if Najib does not survive, then nobody should, not even the country.”

Ringgit jatuh ke paras terendah RM3.91 sedolar dalam tempoh 17 tahun

Ringgit jatuh ke paras terendah setelah tidak lagi diikat pada kadar RM3.80 untuk sedolar Amerika Syarikat (AS) pada 2005.

Setakat jam 4.30 petang ini, ringgit dinilai pada 3.9083 berbanding satu dolar AS.

Matawang Malaysia itu jatuh banyak dalam bulan-bulan terakhir ini berbanding RM3.20 sedolar tahun lalu.

Kejatuhan itu antaranya berpunca daripada kewangan yang melemah, termasuk kejatuhan harga minyak dunia serta keadaan politik yang tidak stabil.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diasak susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Kerry datang, DPMM ulangi bantah TPPA

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengulangi bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry berada di negara ini.

Menyertai Forum Rantau ASEAN (ARF), Kerry dilihat bakal terus mempromosikan TPPA yang masih mendapat tentangan meluas pembangkang dan masyarakat sivil negara ini.

Presiden DPPM Datuk Syed Ali Alatas terus menegaskan perjanjian kontroversi itu tidak seharusnya diteruskan kerana didakwa tidak memihak kepada nasib rakyat.

“DPPM sebulat suara menolak perjanjian TPPA kerana untung nasib rakyat kita kena fikir.

Skandal 1MDB: Tiada siapa yang arah polis siasat SPRM kata Khalid Abu Bakar

Khalid Abu Bakar SHAH ALAM - Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya menjalankan siasatan dan tidak bertindak di atas arahan mana-mana pihak, tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan PRDM yang memanggil pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan selain merampas beberapa dokumen dan peralatan elektronik milik badan bebas rasuah itu.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa pihak polis hanya menjalankan tugas dan tidak sama sekali bertindak di atas apa jua bentuk tekanan atau arahan dari mana-mana pihak.

“Kami jelas dalam hala tuju siasatannya ke atas kes di mana dokumen rasmi kerajaan dan perbankan yang dibocorkan, telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk mengganggu kestabilan negara,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mengulas mengenai siasatan yang sedang berlangsung, Khalid berkata, hasil siasatan itu akan dikemukakan kepada peguam negara untuk arahan lanjut.

“Umum harus faham bahawa setiap agensi kerajaan mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan sesuatu siasatan. Namun ia tetap selari dengan tujuan asal iaitu untuk mencari kebenaran.

“Atas dasar ini, PDRM tidak sesekali mengganggu siasatan atau mencampuri tugas dan tanggungjawab SPRM atau bertindak dalam apa juga cara yang boleh menjejaskan hubungan kerja antara agensi-agensi yang terbabit,” katanya lagi.

Penahanan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Tan Kang Sai akan menjejaskan siasatan badan tersebut terhadap SRC International Sdn Bhd.

Malaysia: Where do we go from here? (Public Forum)

Pakatan sedia dedah sumber dana, amal ketelusan

Ringgit pada paras terendah - AS$1 = RM3.91

Lim Kit Siang: When MACC Is Attacked, It Is Our Responsibility To Defend The Institution

Jangan Sekat Kuasa SPRM Jalankan Amanah

Polis: Siasat pegawai SPRM bidang kuasa kami

Penjawat awam tak boleh bocor maklumat, kata polis

Polis nafi ganggu siasatan SPRM mengenai 1MDB

PECAH REKOD !!!.. Ringgit Jatuh Lagi RM3.89.. Bila NAK CECAH RM4.00 !!!

3 hari lps.. (3/8/2015) : RM3.85
2 hari lps.. (4/8/2015) : RM3.87
Semalam.. (5/8/2015) : RM3.88
HARI INI.. (6/8/2015) : RM3.89

SEJARAH TAK MENIPU..
Sejak UMNO/BN memerintah negara berpuluh2 tahun lamanya nilai matawang negara terus jatuh DAN TERUS JATUH MERUDUM !!!

APA YANG NAIK ???
Yang naik hanyalah Najib, Rosmah, anak & menantu terbang NAIK ke luar negara naiki jet mewah VVIP kerajaan.. DAN kos sara hidup rakyat terus NAIK !!!

NAMPAK TAK.. ketiga-tiga situasi ini ADA BERKAIT dgn NAJIB, KENAPA..??!!

Apa sebenarnya dah terjadi kpd sang penguatkuasa undang2 di M'sia ???.. bekerja & berkhidmat utk rakyat atau pemimpin2 UMNO ???

DI M'SIA 'kamu' boleh lah BERKUASA, tetapi bukan di luar M'sia..

Rakyat bukannya bodoh Najib..112,635 peneroka tanggung rugi RM281 juta..!!!

Disebabkan peneroka yg tak kena hasutlah dah tanggung rugi sekarang..

CUBA BAGITAU TANG MANA UNTUNGNYA.. jika harga asal saham FGV RM5.39 skrg dah jatuh paling rendah tinggal RM1.54 !!!

Adakah angka2 saham ini peneroka satu M'sia tahu !!!.. Biar kami di SR hasut rakyat tentang kebenarannya dgn FAKTA..

Tony Pua: Why Would A Middle Eastern Donor Willing To Donate RM2.6 Billions To A Prime Minister?

Dana Asing & Skandal 1MDB: Zaid nasihatkan PM, jangan malukan negara


ZAID IBRAHIM

PUTRAJAYA -‎ "Saya nasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar tidak memalukan negara dan rakyat, jadi biarlah SPRM diberi kebebasan untuk lakukan siasatan,” kata Bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, ‎Datuk Zaid Ibrahim.

Dalam pada itu Zaid juga turut menasihati  Peguam Negara yang baharu baharu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali agar lebih berhati-hati dalam menjalankan tugasnya.

"‎Kenapa takut kalau tak salah... kita nak tahu duit itu digunakan untuk apa.. sebab kita ada undang-undang  dalam negara ini," katanya ketika ditemui media bagi memberi sokongan kepada SPRM di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya hari ini.

Katanya, SPRM bertanggungjawab dalam melakukan siasatan, jadi biarlah SPRM bebas menjalankan tanggungjawabnya.

"Saranan saya terutama kepada peguam negara baru berhati-hati buat kerja, pegawai kerajaan ada tanggungjawab..."‎ katanya.

Turut hadir memberi sokongan kepada SPRM adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan beberapa lagi Ahli Parlimen Pembangkang yang lain.

#NajibLetakJawatan banjiri facebook Perdana Menteri

komen di acct fb najibSHAH ALAM, 6 Ogos: Facebook rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus diserang netizen yang mendesak beliau berundur dengan menggunakan hashtang #NajibLetakJawatan susulan pengumuman serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion sah milik MH370.
Komen berkenaan dilontarkan ekoran rasa tidak puas hati dan kepercayaan semakin hambar terhadap penemuan serpihan pesawat yang diumumkan awal minggu ini di saat negara berhadapan pelbagai isu besar termasuk skandal 1MDB.
Netizen merasakan penemuan terbaru pesawat itu sekadar ingin menutup kesalahan Perdana Menteri susulan isu RM2.6 billion di akaun peribadi beliau adalah dilaporkan datang daripada penderma.
Tidak kurang juga ada di antara mereka yang meminta wang berjumlah RM2.6 bilion didermakan kepada keluarga mangsa pesawat MH370.
Sekelip mata akaun rasmi facebook Najib dibanjiri kecaman pengguna laman sosial sejak beliau memuat naik status penemuan pesawat MH370 jam 2 pagi tadi.
Bagaimanapun, masih ada segelintir netizen memberi komen melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa mangsa nashas dan ucapan takziah kepada waris.

Mahfuz puji 'jihad' antirasuah SPRM

Anggota parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas “jihad memerangi rasuah dan perasuah negara”.

Pujian itu dihamburkan ketika pegawainya terhimpit dakwaan liar terlibat konspirasi menjatuhkan kerajaan dan berdepan siasatan polis susulan kebocoran dokumen sulit yang dikaitkan dengan siasatan 1MDB.

Mahfuz (kiri) hari ini berharap suruhanjaya itu supaya tidak berundur dalam menjalankan tanggungjawab itu dan jangan ada mana-mana pihak menjadi batu penghalangnya.

“Kenyataan SPRM untuk mendapat penjelasan dan keterangan lanjut daripada PM (Datuk Seri) Najib (Razak) atas isu wang RM2.67 bilion dalam akaun peribadinya adalah dialu- alukan,” katanya.

“Jangan ada sesiapa termasuk polis yang cuba menghalangnya.

“Rakyat menuntut PM Najib memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan ke atasnya.

"Jangan takut dengan kebenaran.”

Skandal 1MDB: Siasat pegawai SPRM bidang kuasa kami kata Polis

Siasatan polis ke atas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kebocoran dokumen sulit kerajaan bawah bidang kuasa polis, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

"Setakat saya tahu, ini adalah bidang kuasa polis," kata Noor Rashid dalam satu sidang media di Bukit Aman hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menjawab dengan jelas berhubung dakwaan Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bahri Mohamad Zin bahawa polis bertindak atas arahan “dalang-dalang”.

Noor Rashid turut berkata siasatan polis ke atas pegawai SPRM tidak akan mengganggu tugas SPRM kerana mereka hanya menumpukan kepada isu kebocoran dokumen sulit.

Katanya, SPRM masih boleh menjalankan kerja mereka tanpa sebarang gangguan.

Hentikan tekanan, rakyat terus sokong SPRM perangi rasuah

Wawi baru
PUTRAJAYA 6 OGOS: Rakyat akan terus bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan segala siasatan suruhanjaya itu dalam isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri telus tanpa campur tangan pihak tertentu.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata demikian pagi ini ketika hadir bersama sekumpulan Ahli Parlimen (MP) Pembangkang ke Ibu Pejabat SPRM di sini sebagai tanda solidariti kepada pegawai dan anggota SPRM yang bertanggungjawab menjalankan siasatan terhadap kes itu.
“Rakyat bersama SPRM untuk terus membanteras rasuah dan jangan sekali-kali SPRM takut dan gentar untuk jalankan tugas dengan baik. Segala bentuk tekanan kerajaan perlu dihentikan,” katanya.
Tujuh pegawai SPRM setakat ini telah disoal siasat pihak polis kerana didakwa kononnya ‘memudaratkan demokrasi berparlimen’.
Antara yang disiasat adalah Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohd Zin. Tekanan ini menyebabkan beliau akan mencari dalang yang mengarahkan polis mengganggu pegawai SPRM sekaligus mengganggu siasatan mereka terhadap akaun bank Datuk Seri Najib Razak.
Wan Azizah yang juga MP Permatang Pauh turut merujuk beberapa perundangan berhubung kesalahan penyelewengan berkait kesalahan rasuah terhadap mana-mana pihak yang menganggu dan menghalang pegawai SPRM daripada melakukan siasatan.

Dana Asing RM2.6B: Majlis Tertinggi Umno tidak pernah dimaklum sumbangan derma, kata Shahrir

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Samad berkata Majlis Tertinggi tidak dimaklumkan mengenai derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun presidennya, Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Ogos, 2015.Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Samad berkata Majlis Tertinggi tidak dimaklumkan mengenai derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun presidennya, Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Ogos, 2015.Susulan pendedahan derma RM2.6 bilion disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shahrir Samad berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak pernah bertanya, dan ahlinya tidak pernah diberi taklimat mengenai sebarang sumbangan politik kepada akaun pemegang amanah presiden atau bendahari parti.
Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC) yang juga ahli MT itu dipetik blog pro Umno MyKMU.net sebagai berkata, MT dan jawatankuasa perhubungan negeri parti tidak pernah diberitahu mengenai apa-apa sumbangan atau derma politik yang diterima.
"Selama saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan perhubungan negeri," kata ahli politik yang menganggotai MT sejak zaman bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Selain harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada presiden, pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya," katanya dipetik berkata kepada portal itu.

Skandal 1MDB: Nur Jazlan enggan ulas lagi siasatan PAC

MH370: Angry relatives demanding truth

Chinese MH370 victims' relatives reject Najib's announcement

Saham FGV Merudum: Ikut hasutan, peneroka terlepas peluang kata Najib

Saham FGV Merudum: Najib mahu transformasi Felda jadi kuasa politik Umno@Bn.....

Saifuddin Abdullah: We Know You Just Want To Do Your Work, The People Will Back You

Skandal 1MDB & Dana Asing RM2.6b: Pembangkang kunjungi SPRM tanda solidariti

Ambiga: The Government Has Completely Lost Its Moral Compass

PKR: Siasatan tak telus ke atas Zeti akan jejaskan ringgit

Dana Asing & Skandal 1MDB: Semakin ramai warga maya sokong SPRM

Ambiga: When U Attack MACC & Bank Negara, U Are Compromising The Financial System

‘Malaikat’ (penderma) dari langit mana menderma sampai 2.6 bilion.

Oleh Khalid Salleh
Berita yang disampaikan tv mulai malam tadi hingga pagi ini menyebutkan bahawa SPRM mengesahkan akaun berjumlah 2.6 bilion milik Najib Tun Abdul Razak bukan dari 1MDB tapi dari penderma.
Mmmmm… ‘malaikat’ (penderma) dari langit mana ye yang begitu sangat murah hati menderma sampai 2.6 bilion.

Sehingga bila agaknya rakyat Malaysia akan disogokkan dengan kenyataan-kenyataan yang sangat meragukan dan tak masuk akal? Bingai dan dungu sangatkah semua rakyat Malaysia nih sehingga tidak mampu membaca apa yang tersirat di sebalik wayang yang sedang dimainkan ketika ini?
SPRM sudah diterajui oleh orang baru yang baru dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak.
Seluruh kabinet baru yang dilantik oleh sang Perdana Menteri ketika ini adalah mekanisme atau jentera perang (konspirasi) mempertahankan Najib dari sebarang kaitan yang boleh membawa image negatif khususnya mengenai sekandal 1MDB.
Pelaksanaan undang-undang, Rukun Negara seolah-olah sudah tidak berfungsi bahkan seperti tidak wujud lagi.
Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan, semuanya sudah dinjak-injak di bawah telapak kaki mereka yang merasa sangat berkuasa dan berkedudukan.
Bahkan Majlis Tertinggi dan seluruh anggota parti yang menjadi sandaran hampir seluruh bangsa Melayu di Negara ini seolah-olah sudah menukar kulit untuk menjadi zombie yang tidak mampu mengeluarkan apa-apa pandangan selain mendengar dan menerima arahan dari kuasa tertinggi parti yang juga sebagai Perdana Menteri.
Masya Allah, malapetaka apa sebenarnya yang sedang menimpa negaraku yang tercinta ini?
Apa yang disebut oleh suatu pihak bahawa kononnya ada konspirasi menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat sebenarnya tidak pernah wujud.
Skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Sri Najib itulah yang wujud sebenarnya. Benar atau tidak, maka pasukan penyiasat dari badan-badan yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan sebagai mewakili suara rakyat seluruhnya mulai menjalankan siasatannya.
Isunya adalah Najib sang Perdana Menteri yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan sebagai peneraju kepimpinan untuk mengangkat martabat bangsa agama dan Negara.

Kronologi: SPRM dan siasatan ke atas 1MDB

1 Mac
PetroSaudi International menafikan sebuah laporan yang mendakwa kesemua wang yang diperuntukkan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan kepada syarikat itu.

Dipercayai PetroSaudi - sebuah syarikat perkhidmatan dan penerokaan minyak berpangkalan di Arab Saudi - merujuk kepada artikel yang disiarkan Sarawak Report berjudul “Heist of the Century — How Jho Low Used PetroSaudi As ‘A Front’ To Siphon Billions Out Of 1MDB!” pada 28 Februari.

6 Mac
Sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

Pasukan tersebut dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.

3 Julai
The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report menerbitkan laporan mendakwa dana 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

4 Julai
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pihak berkuasa pada 3 Julai menyiasat pejabat tiga buah syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan pemindahan sejumlah dana yang besar ke akaun Perdana Menteri dan memperoleh sejumlah dokumen yang berkaitan.

Serbuan ke atas SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd  itu dilakukan oleh sebuah kumpulan penyiasat pasukan petugas khas yang turut dianggotai oleh SPRM, PDRM dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Abdul Gani juga mengesahkan bahawa pasukan khas itu telah memulakan siasatan berhubung isu 1MDB dan menyerahkan kepada beliau beberapa dokumen untuk disemak termasuk dokumen yang berkaitan dengan dakwaan penyaluran dana ke akaun Perdana Menteri.

28 Julai
Perkhidmatan Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai 2015 atas sebab-sebab kesihatan, menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Dalam satu kenyataan, Dr Ali berkata bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

29 Julai
Lima panel bebas yang memantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat satu kenyataan bersama, mahu Pasukan Petugas Khas yang menjalankan siasatan berhubung isu 1MDB diberikan ruang menjalankan siasatan tanpa rasa gentar atau takut dengan campur tangan pihak berkepentingan.

Editor Sarawak Report dapat perlindungan polis UK, dakwa diekori

Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown mendapat perlindungan polis selepas beliau dilaporkan diekori dan gambarnya dirakam di Hyde Park di London bulan lalu, lapor akhbar Britain, The Independent.
"Saya terpaksa buat laporan polis yang saya diekori," katanya sambil menambah Scotland Yard memberi perlindungan kepadanya di London, di mana dia tinggal.
"Mereka meneliti rumah saya kerana kami dapati ada orang yang duduk lepak dalam kereta, tidak berbuat apa. Ini tidak masuk akal,” katanya.

Polis United Kingdom mengesahkan menerima aduan daripada Rewcastle-Brown, yang kini sedang dicari polis Malaysia yang mengeluarkan waran tangkap ke atasnya, menuduhnya terlibat dalam aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Dana Asing RM2.6b: Sokong penyiasat yang jujur dalam siasatan 1MDB, SRC, kata Ambiga

Penjawat awam yang jujur dalam agensi penguatkuasaan yang menyiasat 1MDB perlu disokong, kata peguam Datuk Ambiga Sreenevanasan pada satu forum di Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 6 Ogos, 2015.Penjawat awam yang jujur dalam agensi penguatkuasaan yang menyiasat 1MDB perlu disokong, kata peguam Datuk Ambiga Sreenevanasan pada satu forum di Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 6 Ogos, 2015.Penjawat awam yang jujur dalam agensi anti rasuah, bank pusat dan Jabatan Peguam Negara sedang diserang dalam melakukan kerja mereka, dakwa Datuk Ambiga Sreenevasan sambil menggesa rakyat Malaysia menyokong agensi penguatkuasaan tersebut.
Ketika ramai di antara penyiasat yang terlibat dalam meneliti kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan syarikat yang berkaitan ditahan polis kerana didakwa terlibat membocorkan maklumat rasmi mengenai firma sarat hutang itu, presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) itu menegaskan, mereka perlu disokong.
Ambiga antara pemimpin masyarakat sivil dan ahli politik yang memuji pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terus komited menjalankan kerja penyiasatan mereka, walaupun sebelum ini pernah mengkritik badan anti rasuah tersebut.

"Ada individu mengganggu SPRM dan BNM. Penangkapan orang untuk melakukan kerja mereka tidak boleh diterima. Apa yang rakyat dalam kerajaan lakukan? "Kita mesti melindungi agensi ini kerana ada orang di luar sana yang tidak mahu kebenaran terbongkar," kata Ambiga pada forum bertajuk ‘Malaysia: Ke mana kita pergi dari sini’ di Kuala Lumpur, malam tadi.
Forum itu diadakan ketika 9 pegawai SPRM setakat ini disoal polis berhubung kes dakwaan kebocoran maklumat dalam siasatan suruhanjaya itu terhadap syarikat berkaitan 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Seorang timbalan pendakwa raya dari Jabatan Peguam Negara yang dipinjamkan kepada SPRM ditahan untuk disoal siasat polis, begitu juga ketua bahagian operasi khas  agensi itu Datuk Bahri Mohamad Zain.
Bahagian operasi khas ialah unit di bawah SPRM yang mengetuai siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd.
Siasatan polis terhadap SPRM dikritik pihak yang melihatnya sebagai satu bentuk ugutan.
Mengikut skop tugas penyiasatan, polis meneliti 1MDB sendiri, serta dakwaan kebocoran maklumat rasmi mengenai siasatan terhadap firma itu, manakala SPRM menyiasat SRC International.