Rabu, 5 Ogos 2015

Hantu apa 1MDB pelihara ?? Bomoh apa dia pakai ???

SPRM solat hajat sudah..
Istikharah sudah..
Tazkirah sudah..
Doa pun sudah..



SPRM sahkan derma RM2.6b dari Timur Tengah...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri ialah sumbangan dari penderma Timur Tengah.

Dalam satu kenyataan, suruhanjaya itu berkata: "SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada Perdana Menteri.

"SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri."

Menurut kenyataan itu, dokumen berkenaan menjelaskan sumbangan RM2.6 bilion itu adalah sebagai derma.

Katanya Datuk Seri Najib Tun Razak akan diminta untuk memberi penjelasan kepada SPRM mengenai derma yang diterima beliau.

Dalam kenyataan itu, SPRM menegaskan siasatannya tiada kaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad. Sebaliknya siasatan keseluruhan kes 1MDB dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia.

SPRM juga mengulangi ia masih menjalankan siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion.

Ia berkata siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dan isu SRC International merupakan "dua perkara yang berbeza".

“Demi Allah saya akan cari dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing," - Pengarah Operasi Khas SPRM

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin hari ini bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

"Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan mencari dalang yang mengarahkan ini.

"Kami bekerja siang malam sepanjang bulan puasa dan ini, berlanjutan sepanjang hari raya baru ini.

"Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat.

“Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing," beliau berkata.

Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.

“Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.

Bahri berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Penjelasan SPRM mengenai isu dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib

SUSULAN kepada kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menjelaskan bahawa siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
SPRM mendapati banyak pihak masih tidak jelas atau terkeliru dengan menganggap bahawa SPRM telah menghentikan siasatan berkaitan dengan isu SRC International ataupun mengenai dana RM2.6 bilion.
 
SPRM mahu menjelaskan beberapa perkara.
 
Berkaitan 1MDB
 
· Sebagaimana telah disebutkan beberapa kali sebelum ini, SPRM menekankan bahawa siasatan SPRM tiada kaitan dengan isu 1MDB.

Sebaliknya, siasatan keseluruhan kes 1MDB dijalankan polis.
 
SPRM berharap orang ramai akan memahami bahawa siasatan SPRM tiada kaitan dengan 1MDB.  
 
Sumbangan dana kepada PM
 
· Sebagaimana disebutkan dalam kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, hasil siasatan SPRM mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma yang disumbangkan oleh pihak tertentu.
 
SPRM tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang mendermakan dana RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri. Bagaimanapun untuk makluman orang ramai, SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada Perdana Menteri.

SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri.

Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma.
 
SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut. Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB.
 

Lepas Najib tukarkan AG baru tiba2 Pasukan khas 1MDB sudah tak diperlukan lagi...

Jembalang apa 1MDB ni ???
1) TPM dibuang
2) AG dipecat
3) PAC digantung
4) The Edge digantung
5) SPRM disiasat
6) Pasukan Petugas Khas dibubar

Apabila institusi negara yg bertanggungjawab menjalankan penyiasatan diganggu, dihalang dlm tugasnya, sistem keadilannya dah rosak.. parah...

TAHNIAH NAJIB

Sembang: 'Saya sendiri dan orang Umno akan jatuhkan Najib' kata Rahman Dahlan

TAK perlu Clare Brown, Wall Street Journal atau Sarawak Report untuk jatuhkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak jika RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau dirompak dari rakyat.
 
Demikian penegasan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam sebuah program yang disiarkan sebuah stesen televisyen, malam tadi.
 
"Saya sendiri dan orang Umno akan jatuhkan dia," katanya.
 
Namun begitu, Abdul Rahman menyarankan semua pihak untuk berlaku adil bila berlaku sebarang tuduhan.
 
"Kita tidak boleh menari, menyanyi rentak lagu pembangkang. 
 
"Kita mahukan satu penyiasatan dibuat," kata Abdul Rahman.
 
Menurut beliau, semua pihak perlu menghormati sebarang keputusan yang dikeluarkan penyiasatan.
 
"Bila ada penyiasatan dibuat, ada keputusan, kita kena hormati keputusan tersebut," katanya.
 
Terdahulu, hasil siasatan ke atas dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik Presiden Umno tersebut dikatakan sumbangan daripada penderma dan bukan bukannya dari dana 1MDB.

Skandal 1MDB: Polis serbu bahagian operasi khas SPRM

Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diserbu polis hari ini.

Langkah itu dipercayai berkaitan dakwaan pembocoran kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1MDB.

Sekurang-kurangnya lima kenderaan, termasuk empat kereta polis, dilihat meninggalkan ibu pejabat polis daerah (IPD) pada jam 6.45 petang dan kini berada di luar pejabat bahagian itu di Menara Prisma, Putrajaya.

Beberapa orang pegawai polis berpakaian biasa dipercayai telah memasuki bangunan itu.

Jurucakap SPRM sebelum ini memberitahu pemberita di luar IPD itu bahawa tiga pegawainya disoal siasat berhubung kebocoran itu sehingga 6.45 petang.

Siasatan kami hanya atas SRC International, bukan 1MDB, kata SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengulangi kenyataan ia masih menyiasat SRC International melibatkan dana RM4 bilion, sambil menekankan yang siasatan itu dan siasatan berkaitan wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun perdana menteri merupakan dua perkara yang berbeza.
Dalam satu kenyataan hari ini, agensi anti-rasuah itu juga menegaskan ia tidak menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), mengatakan siasatan terhadap syarikat pelabur negara itu dijalankan sepenuhnya oleh pihak polis.
"SPRM mahu menekankan SPRM tidak pernah menyatakan kes yang disiasat ini ditutup.

"Sebaliknya, SPRM hanya menyatakan ia bukan dari wang 1MDB," kata suruhanjaya itu merujuk kepada wang dana RM2.6 bilion itu. Ia juga berkata, sebagai suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa "fear or favour."
"SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan," katanya. 

Derma RM2.6b: Lari cukai dan terima dana asing

PKR desak SPRM guna kuasa sekat campurtangan luar

Kronologi Berita Najib VS Wall Street Journal WSJ. Daripada Dakwaan Fitnah Bertukar Kepada Perakuan Derma?

berita Najib
Sebelum ni, apabila laporan berita Wall Street Journal yang dianggap sekelompok rakyat Malaysia, adalah akhbar kafir, akhbar yahudi, akhbar yang mahu menjatuhkan kerajaan, akhbar yang mahu menjadikan negara Malaysia kacau bilau, bla…..bla…..bla….di mana WSJ mendakwa :
  • Ada duit masuk ke akaun bank Najib Razak, sepantas kilat terdengar kenyataan yang mengatakan laporan berita Wall Street Journal WSJ ini adalah fitnah, FITNAH…FITNAHHHHHH!!!!
  • Mana mungkin Perdana Menteri sedangkal itu untuk terima duit tersebut ke dalam akaun peribadinya dan macam-macam lagi kenyataan yang boleh kita semua perhatikan…
  • Sesiapa yang buat fitnah tidak masuk syurga. Sebab fitnah adalah haram. Itu kenyataan dahulu…..
  • Sekarang?? Itu wang derma RM2.6 bilion sebenarnya dan apabila sudah masuk dalam akaun peribadi tiada siapa berhak untuk persoal
    sebab derma adalah halal. Oooohh….

Laporan Berita Najib VS Wall Street Journal WSJ : Respon Menteri dan Ahli Politik BN?

  • 14 Julai 2015, Husni Hanadzlah : Tuduhan tidak berasas dan tidak betul
  • 30 Julai 2015, Ahmad Maslan : Tiada wang masuk akaun Najib
  • 5 Julai 2015, Zahid Hamidi : Najib Razak perlu saman Wall Street Journal WSJ kerana ia babit maruah kepimpinan negara
  • 1 Ogos 2015, Rahman Dahlan : Mula bercakap mengenai derma kepada parti yang mana dan presiden parti mempunyai akaun amanah bagi pihak parti
  • 1 Ogos 2015, Azalina Othman : Mana-mana ahli politik bebas terima dana dari luar

Duit Derma RM2.6 Bilion Masuk Akaun Bank Najib Razak. Baiknya Budi Penderma Tersebut? LHDN, BNM Mohon Respon!

Kronologi Berita Najib VS Wall Street Journal WSJ. Daripada Dakwaan Fitnah Bertukar Kepada Perakuan Derma?
Berita skandal terbesar di Malaysia, 1MDB dan juga berita rombakan kabinet Menteri terus menjadi siulan dan cakap-cakap rakyat Malaysia yang terus kehausan maklumat atas nama mahu mencari kebenaran sehingga berjaya menenggelamkan berita penemuan barang-barang yang berkaitan dengan tragedi MH370. Hebat!!
Ditambah pula dengan dakwaan Wall Street Journal yang mengatakan ada duit masuk ke adalam akaun Najib Razak sejumlah RM2.6 ribu juta aka RM2.6 bilion.
Walaubagaimanapun rakyat Malaysia yang seringkali terkejut dihidangkan dengan laporan-laporan berita yang ada di Malaysia sekali lagi terpinga-pinga dengan kenyataan SPRM mengatakan ia hanyalah duit derma RM2.6 bilion ke adalam akaun bank Najib Razak daripada kalangan penderma yang tidak didedahkan.
derma RM2.6 bilion
Wang Derma RM2.6 bilion? Masyaallah banyaknya. Najib Razak dapat duit derma RM2.6 bilion ke dalam akaun banknya? Hebat….
  • Barack Obama “beli” jawatan Presiden US 2008, US$715.6 juta dari para penderma perseorangan juga korporat, sikit sikit sikit jumlahnya masuk dari sana sini, makan masa untuk kutip derma
  • Manakala Mitt Romney hanya dapat sumbangan dan derma sebanyak USD US$446 juta sahaja
  • Hillary Clinton di Washington sana, baru mampu kumpul derma puluh-puluh juta sahaja sejak umumkan hasrat bertanding
  • Najib Razak terus segunung emas selepukkkkk masuk akaun peribadinya atas wang nama derma RM2.6 bilion (one single transaction). Yang paling ajaib tidak harap apa-apa habuan “penderma yang sungguh baik hati itu”. Mungkin derma fisabilillah RM2.6 bilion. Ermmmm….Urut dada Berita Semasa menulisnya.
Mulianya hati penderma tersebut.

Persoalan Duit Derma RM2.6 Bilion Masuk Akaun Bank Najib Razak?

  1. Mengapa dan kenapa Datuk Seri Najib Razak begitu sukar untuk menjelaskan daripada hari pertama duit sejumlah RM2.6 bilion adalah derma yang masuk ke akaun bank miliknya sendiri? Mengapa baru sekarang Selepas sebulan lebih berlalu? Lamaaaanyaaaa…….
  2. Di mana duit derma RM2.6 bilion pergi sekarang?
  3. Pembangkang Malaysia sudah bersedia untuk mendedahkan penderma mereka, jadi rakyat Malaysia mahu tahu siapa penderma umno yg baik hati itu?
  4. Jikalau duit itu legit, adakah jumlah tersebut sudah diisytihar ke LHDN?
  5. Ketika wang derma dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara? Adakah BNM ada siasat punca dan tujuan kemasukan duit RM2.6 bilion tersebut?
  6. Duit derma RM2.6 bilion masuk ke akaun Najib Razak, sudah “declare” kepada SPRM atau tidak? Bila tarikhnya?
  7. Mengapa akaun bank Ambank Najib Razak tiba-tiba ditutup?
    Jikalau betul betul derma, Najib tidak perlu konar sana sini, arah siasat situ sini, tangkap/pecat/naikkan pangkat orang itu orang ini.

1MDB DAN POKOK DURIAN SEBATANG

         Entah siapalah agaknya yang menanam pokok durian berkenaan. Arwah bapa aku tidak dapat mengingati siapa yang menanam pokok durian berkenaan. Bukan dia yang menanamnya. Itu sah. Mungkin tumbuh secara liar agaknya. Tetapi ‘kehadiran’ pokok durian berkenaan telah menimbulkan kerunsingan yang amat sangat pada arwah bapa aku kerana pokok durian itu tumbuh betul-betul di sempadan tanah antara tanah milik ibu dengan tanah milik sepupunya, Cikwa.

         Bapa amat bimbang dengan keadaan pokok durian sebatang itu. Arwah bapa takut kalau-kalau anak cucunya nanti makan durian berkenaan yang belum sah tentang siapa yang empunya, walaupun Cikwa kerap kali mengatakan pokok durian itu milik ibu ku. Maksudnya dalam kawasan tanah milik ibu. Namun bapa aku yang amat kuat pegangan agamanya masih tidak mahu ‘mengalah’. Beliau masih mahu bertegas untuk menyukat semula tanah berkenaan untuk menentukan sempadan yang jelas agar tahu tentang kedudukan sebenar pokok durian berkenaan agar anak cucunya tidak makan ‘barang haram’ (buah durian yang tidak sah siapa yang empunya).

         Setelah disukat oleh tukang sukat yang bertauliah, maka sahlah yang pokok durian itu berada di kawasan tanah ibu. Dan barulah ‘puas’ hati bapa aku supaya anak cucunya nanti tidaklah makan buah durian yang berkemungkinan ‘haram’ untuk dimakan. Begitu cermat sekali tindakan bapa aku berkaitan dengan hal ‘halal-haram’.

         Mengenangkan hal dan tindakan bapa itu terlintas aku dengan keadaan yang berlaku dalam masyarakat kini yang seolah-olah langsung tidak mempedulikan langsung hal halal-haram. Kegiatan rasuah bermaharajalela. Rupa-rupanya semakin terpelajar ‘manusia’ di Malaysia kini maka semakin ‘bermaharajalela’ jugalah kegiatan rasuah dikalangan pemimpin negara, pegawai tinggi kerajaan dan siapa saja yang berkesempatan untuk ‘menikmati’ apa saja yang berbentuk rasuah. Tentulah terlalu sukar untuk mengambil tindakan terhadap golongan sebegini kerana mereka lebih ‘pintar’ untuk mengelakkan diri dari dikenakan sebarang tindakan.

Laporan interim 1MDB tak boleh didedahkan - Pandikar


Post Pic


PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak boleh mendedahkan laporan interim berhubung siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Ini kerana menurut Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, perbuatan itu melanggar Perintah Tetap Parlimen.
 
Semalam, PAC mengumumkan hasratnya untuk mendedahkan laporan ringkas berhubung siasatan jawatankuasa itu terhadap 1MDB bagi makluman orang ramai sebelum prosiding tersebut digantung kira-kira tiga bulan.
 
Pandikar berkata tindakan tersebut jelas bertentangan dengan Perintah Tetap Parlimen 85 yang tidak membenarkan penerbitan bukti secara pramatang sebelum jawatankuasa tersebut menyerahkan laporannya kepada Dewan Rakyat.
 
"Penerbitan laporan interim juga bertentangan dengan Akta Majlis Parlimen 1952 (Keistimewaan dan Kuasa) yang tidak membenarkan mana-mana Ahli Parlimen atau jawatankuasa untuk memberikan bukti di luar Dewan tanpa mendapat kebenaran dari Dewan Rakyat," kata Pandikar dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan petugas khas 1MDB bubar, kata SPRM

Pasukan Petugas Khas peringkat tinggi kerajaan yang menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini dibubarkan dengan ketiga-tiga agensi utama diarah bekerja secara bersendirian, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam satu kenyataan hari ini, agensi anti-rasuah itu cuba meredakan kebimbangan yang ia mengeluarkan kenyataan berhubung wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun perdana menteri tanpa penglibatan pihak polis dan Bank Negara Malaysia (BNM), yang merupakan komposisi asal pasukan petugas yang diketuai bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail .
"SPRM membuat pengumuman tanpa melalui Pasukan Petugas Khas selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara Malaysia, tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas.

"Sebaliknya, agensi-agensi penyiasat terbabit boleh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang masing-masing," kata suruhanjaya itu. Ia bagaimanapun tidak menamakan peguam negara yang mana satu yang dimaksudkan kerana Gani kini digantikan dengan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali minggu lepas.

GHB: Raja Kamarul minta penjelasan PAS Kuala Terengganu sebelum jawab tuntutan


Post Pic

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad meminta PAS kawasan berkenaan terlebih dahulu memberikan penjelasan berhubung arahan 'putus hubungan' yang dikeluarkan kepadanya.
 
Raja Kamarul membuat gesaan ini sebelum menjawab tuntutan mereka yang mahukan beliau mengisytiharkan diri 'bebas' daripada  Gerakan Harapan Baru (GHB).
 
Ini kerana ujarnya, PAS Kuala Terengganu mengambil tindakan tergesa-gesa tanpa mendapat penjelasan terlebih dahulu sebelum menjatuhkan 'hukuman', yang dakwanya dilihat berunsurkan sabotaj.
 
"Saya cuma mahu tanya PAS kawasan, daripada saat pengumuman telah dibuat di Besut oleh Dr Hatta Ramli, di mana saya tidak ada di pentas dan saya tak berucap pun. 
 
"PAS Kuala Terengganu bersidang keesokan hari, dan menjatuh hukuman, mengeluarkan arahan memboikot dan menyisih saya dalam tempoh kurang 24 jam tanpa memanggil dan beri notis kepada saya untuk memberi apa-apa pembelaan.       
 

Sah GHB tidak berani tubuh parti politik baru - Iskandar Samad


Post Pic

SHAH ALAM: Kenyataan Ahli Jawatankuasa Gerakan Harapan Baru (GHB) Datuk Kamarudin Jaafar bahawa 'tiada keperluan untuk ahli PAS dalam GHB keluar parti' membuktikan pergerakan itu tidak berani menubuh parti politik baru.
 
Perkara itu ditegaskan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.
 
"Kenyataan Datuk Kamaruddin Jaafar mengiyakan kenyataan saya sebelum ini bahawa kumpulan progresif PAS (yang menubuhkan GHB) tidak berani menubuhkan parti baru itu", katanya kepada Antarapos.
 
Iskandar sebelum ini berkata GHB sehingga kini tidak menubuhkan parti politik baru kerana tiada hala tuju dan kurang yakin berikutan masih mencari sokongan rakyat terhadap mereka.
 
GHB bukan sahaja berkali-kali menangguh penubuhan parti politik baru malah sehingga kini bekas pemimpin PAS yang menyertai gerakan itu enggan meletakkan jawatan dan keluar parti.
 
"Mereka telah mengangguhkan pelancaran (parti) beberapa kali. Mereka mendakwa akan menubuhkan parti baru tetapi tidak mahu keluar dari PAS.
 

Anak Muda Usah Ulangi Kepercayaan Khurafat Umno@Bn

Oleh Muhammad Faiz Fadzil



Khurafat yang sering ditanam dalam pemikiran orang tua dahulu adalah hanya UMNO sahaja yang boleh membela nasib bangsa Melayu. Mereka terus menerus memilih UMNO BN walaupun kezaliman, penyelewengan dan ketirisan dana awam berlaku sejak dahulu lagi. Hutang negara yang mencecah RM700 bilion bukan dikumpul sekelip mata tetapi berdekad sepanjang pemerintahan UMNO BN.

Kini anak muda harus sedar akan kesilapan ini. Anak muda yang berilmu dan berpengetahuan tidak boleh lagi percaya kepada perkara-perkara khurafat seperti ini.

Sedarlah anak muda bahawa 'Aku janji' UMNO BN untuk membina 30% ekuiti Melayu dalam ekonomi negara masih jauh untuk ditunaikan walau telah dijanjikan puluhan tahun dahulu. Ya, memang kelihatan ramai melayu memiliki banglo besar dan memandu kereta mewah, tetapi golongan ini hanya segelintir sahaja yang mana sebahagian daripada mereka mendapat manfaat daripada hubungan projek-projek kerajaan.

Kenapa 40% pendapatan isi rumah Melayu masih di bawah RM 2000 sebulan, 60% kelulusan pendidikan anak melayu hanyalah SPM dan anak Melayu yang banyak terlibat dalam kes-kes jenayah di mana kejadian di Plaza Low Yatt mencerminkan sisi sosiomoral mereka.

Tahap hutang negara makin parah, kata DAP


Sivakumar-DAP


IPOH, 5 JULAI: Di sebalik skandal 1MDB, rakyat Malaysia akan terus menderita tekanan ekonomi akibat hutang negara yang sudah mencecah RM600 bilion.
Setiausaha Antarabangsa DAP Kebangsaan, V. Sivakumar, berkata perangkaan Kementerian Kewangan menunjukkan hutang kerajaan Malaysia sehingga akhir Mac lalu adalah sebanyak RM596.8 billion.
Katanya, jumlah itu merupakan 51% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan 97% daripada jumlah hutang negara itu, iaitu RM 579.2 bilion, adalah daripada hutang domestik.
Manakala bakinya sebanyak RM17.6 bilion adalah merupakan pinjaman dari luar negara, ujar beliau.
“Hutang negara telah meningkat berlipat ganda di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional semakin lemah menguruskan dana negara, seterusnya menyebabkan beban hutang negara semakin meningkat.
“Hutang yang berlebihan ini melemahkan ekonomi negara. Akhirnya, beban hutang ini dipindahkan kepada rakyat dengan pengenaan cukai baru GST.
“Kerajaan harus mengakui kelemahan dasar fiskal pengurusan kewangan yang menyebabkan ekonomi negara kita semakin merudum. Akibatnya, rakyat terpaksa menanggung hutang negara yang akan mencapai 55% daripada KDNK tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan.
Sivakumar yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak merangkap Ahli Parlimen Batu Gajah berkata, walaupun kerajaan menjanjikan paras hutang negara tidak akan melebihi 55% daripada KDNK, dalam keadaan pengurusan ekonomi yang tidak terurus, mungkin hutang akan terus meningkat dan melonjak lebih daripada paras itu.

Ku Nan, kalau bantahan hancurkan bandar, rasuah pula hancurkan negara.

oleh V Shuman
Ke hadapan rakyat Malaysia, jika anda menyayangi negara ini dan ibu kotanya Kuala Lumpur, jangan sertai bantahan jalanan pada 29 Ogos, kerana berbuat demikian hanya akan menghancurkan bandar ini.
Begitulah menurut Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor, yang lebih dikenali dengan gelaran Ku Nan.
The Malaysian Insider memetik dia yang menasihati penduduk KL supaya berhati-hati dengan “agenda yang mahu memecah belahkan kita semua”.
“Tidak ada gunanya membantah di jalan. Datang kepada kami dan beritahu apa yang anda mahu dan kami akan cuba membantu seboleh mungkin. Saya meminta penduduk KL supaya tidak mengikut dalang-dalang yang menganjurkan bantahan jalanan ini.”
Kelakar kan? Tunggu, ada lagi.
Tengku Adnan, yang juga merupakan setiausaha agung Umno, berkata mereka yang berada di belakang bantahan ini selalunya “orang luar, dan bukannya orang KL”.
Daripada turun ke jalanan melakukan bantahan, dia kata lebih baik rakyat meletakan kepercayaan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri Najib Razak.
Adakah Tengku Adnan bercita-cita mahu menjadi pelawak?
Bagaimana lagi anda boleh jelaskan kenyataan melucukan yang anda baru sahaja baca?
Walaupun dia tidak merujuk kepada bantahan tertentu, sangat jelas yang dia sebenarnya merujuk kepada bantahan Bersih 4 yang mendesak, antara lain, perletakan jawatan Najib kerana penglibatannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Skandal 1MDB: Bukit Aman geledah pejabat 2 pegawai SPRM

The Malaysian Insider difahamkan, anggota polis berkenaan mula menggeledah bilik 2 pegawai dari Bahagian Operasi Khas SPRM yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung isu membabitkan1MDB di Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya, kira-kira jam 7 petang tadi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Ogos, 2015. 
The Malaysian Insider difahamkan, anggota polis berkenaan mula menggeledah bilik 2 pegawai dari Bahagian Operasi Khas SPRM yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung isu membabitkan1MDB di Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya, kira-kira jam 7 petang tadi. 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menggeledah bilik 2 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan, anggota polis berkenaan mula menggeledah bilik 2 pegawai dari Bahagian Operasi Khas SPRM itu di Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya, kira-kira jam 7 petang tadi. 

SPRM 'tak boleh dedah' siapa derma RM2.6b..!!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menegaskan bahawa badan itu tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang menyalurkan wang RM2.6 bilion ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Satu kenyataan SPRM yang tidak ditandatangani menyebut, badan itu juga telah mendapatkan penjelasan daripada individu “Timur Tengah” menyalurkan derma tersebut.

“Hasil siasatan SPRM mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma yang disumbangkan oleh pihak tertentu.

“SPRM tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang mendermakan dana RM2.6 bilion kepada perdana menteri.

“SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut,” kenyataan itu dipetik.

Badan itu juga sekali lagi menegaskan bahawa sumbangan derma tersebut RM2.6 billion tiada dengan 1MDB sama sekali.

Derma RM2.6b: SPRM akan soal PM...!!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyoal siasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung derma yang diterimanya.

Dalam kenyataan dikeluarkan agensi itu hari ini, SPRM juga berkata, mereka sudah mendapatkan penjelasan daripada penderma yang berasal dari Timur Tengah.

Pihak berkaitan, kata kenyataan itu, mengesahkan sumbangan derma berkenaan.

"Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB," kata SPRM

SPRM berkata, seperti pernah dinyatakan beberapa kali ebelum ini, siasatan badan penguatkuasa itu tiada kaitan dengan 1MDB, sebaliknya isu itu ditangani oleh polis.

Mengenai sumbangan yang menjadi tumpuan ramai ketika ini, SPRM berkata mereka tidak boleh mendedahkan identiti pihak penderma dana RM2.6 bilion Najib.

Dapat penjelasan

Bagaimanapun kata SPRM, pegawai agensi itu memperoleh penjelasan daripada penderma dan butiran pihak terbabit diketahui melalui dokumen yang diambil dari bank.

Kenyataan itu menyebut, ada empat surat diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke akaun Najib.

"Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma.

"SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut.

Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB," katanya.

Hasil perbincangan dengan Peguam Negara Malaysia, SPRM diminta membuat penjelasan mengenai perkara itu sementara siasatan masih dijalankan.

"Sehubungan itu, SPRM juga memaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diminta untuk memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM," kata kenyataan itu.

Once Upon a Time in Papua New Guinea..


Cubaan untuk merampas tahap KEBODOHAN Ahmad Maslan..

Adakah menteri 'bodoh' ini tak baca ucapan Najib ini ??!!!

"Setiap sumbangan yg ingin diberikan kepada mana-mana parti politik samada di peringkat pusat mahupun negeri hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti.

Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan bersendirian."

- Ucapan Najib semasa MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH di PICC Putrajaya. (27/02/2012)

KENAPA UMNO suka menipu & perbodohkan rakyat.. !!!

Info-info tentang 1MDB yang kita perlu tahu:



1. RM4 billion daripada duit rakyat telah digunakan oleh syarikat 1MDB untuk kononnya melakukan pelaburan strategik di lombong arang batu di lombong dan syarikat di Monggolia dan kita tidak tahu di manakah lombong itu dan ke mana hasil pelaburan itu pergi.

2. 1MDB mendakwa bahawa RM5 billion telah digunakan untuk melabur di syarikat Petro Saudi. Walaubagaimanapun baru-baru ini terbongkar rahsia bahawa duit itu telah masuk ke bank akaun Jho Low yang merupakan kenalan baik Najib dan anak tirinya di luar negara.

3. Bagaimanakah Jho Low yang bukanlah merupakan lembaga pengarah syarikat 1MDB menentukan setiap aliran masuk dan keluar kewangan syarikat?

4. Tidak pernah ada syarikat lain di Malaysia seperti 1MDB yang berhutang begitu banyak kecuali Petronas.

Walaubagaimanapun Petronas mempunyai aset dan aliran perniagaannya yang tersendiri.

Walaubagaimanapun berbeza keadaannya dengan syarikat 1MDB ini yang tidak mempunyai perniagaan yang jelas.

5. Kerajaan telah menjamin RM10 billion pinjaman untuk syarikat 1MDB dan sekiranya syarikat 1MDB tidak dapat membayarnya, kerajaan akan membayar bagi pihak 1MDB.

6. Yang terbaru pada Mac 2015 ialah suntikan RM950 juta telah diberikan kepada syarikat 1MDB.

7. Hutang Malaysia sudah mencapai RM70 billion. Hutang yang bertambah disebabkan 1MDB, telah melunturkan keyakinan pasaran kewangan antarabangsa terhadap Malaysia.

Hal ini akan menambahkan lagi kadar interest terhadap Malaysia setiap tahun. Akhirnya rakyatlah yang akan menanggung akibat iaitu dengan penarikan subsidi minyak dan GST yang seterusnya meningkatkan kos sara hidup di Malaysia.

'Kita tak ada presiden rompak duit rakyat' ampu Menteri Umno

PUTRAJAYA - Satu siasatan terperinci harus dilakukan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak apabila timbulnya fitnah dan tohmahan ke atas Perdana Menteri itu yang melibatkan kepentingan umum.
 
Demikian kata Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan sambil menegaskan Umno tidak boleh menerima seorang presiden yang merompak wang rakyat.
 
"Kita tak nak seorang presiden yang merompak duit rakyat, kalau terbukti, dia terpaksa tak boleh jadi presiden.
 
"Bila ada tohmahan, bila ada fitnah, maka kita harus pastikan siasatan terperinci harus dibuat.
 
"Itu yang saya mahukan," katanya kepada pemberita pada Majlis Aidilfitri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan di Dataran Gemilang, di sini, hari ini.
 
Terdahulu, Abdul Rahman dalam Program Dialog disiarkan di TV1 malam tadi, beliau menegaskan seandainya wang derma disalurkan ke akaun Perdana Menteri itu melanggari undang-undang, maka tindakan terpaksa diambil.
 
Sebelum ini, SPRM dalam kenyataan pada Isnin mengesahkan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib adalah dana sumbangan derma dan bukannya daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 

Siasatan skandal 1MDB patut telus bukan ‘witch hunt’

MB AzminSHAH ALAM, 5 OGOS: Siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu lebih telus mengikut proses undang-undang yang berpaksi fakta bukannya sebagai agenda ‘witch hunt’.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata hal itu amat penting bagi memulihkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi dan sistem kewangan negara.
“Sejak pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Peguam Negara secara tiba-tiba, kita menyaksikan satu demi satu menunjukkan kepada konspirasi untuk meneutralkan siasatan skandal itu.
“Begitu juga dengan pasukan petugas termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam negara (PAC),” katanya dalam kenyataan.
Mohamed Azmin berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya menggunakan kuasanya mengikut undang-undang bagi menghalang sebarang gangguan atau campur tangan untuk memastikan siasatan berjalan lancar.
“Di bawah Seksyen 48, Akta SPRM adalah satu kesalahan jenayah bagi sesiapa yang menghalang siasatan ketika sedang berjalan. Gangguan termasuk polis mesti dihentikan tanpa berlengah.

Kemenangan calon BN tak sah jika RM2.6b diguna untuk kempen PRU 13

RafiziKUALA LUMPUR 5 OGOS: Kemenangan calon Umno Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) lalu tidak sah jika dana kontroversi RM2.6 bilion yang diderma kepada Datuk Seri Najib Razak digunakan dalam kempen PRU berkenaan.
Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, jika dakwaan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan kononnya Perdana Menteri memerlukan sumbangan sehingga RM2.6 bilion untuk menampung perbelanjaan kempen pilihan raya BN, bermakna semua calon Umno BN telah melanggar peraturan pilihan raya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan RM100,000 sebagai had maksimum bagi perbelanjaan kempen untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan RM200,000 untuk calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen.
“Saya agak tercuit dengan penerangan Datuk Abdul Rahman kononnya Najib perlu berbelanja besar untuk menampung kempen pilihan raya BN yang lalu.
“Beliau menggunakan alasan bahawa Selangor berada di bawah Pakatan Rakyat yang menyebabkan Najib memerlukan sumbangan sehingga RM2.6 bilion untuk menampung perbelanjaan.
“Ini bermakna setiap calon Umno BN dalam PRU13 telah melanggar peraturan pilihan raya dan kerusi mereka telah dimenangi secara tidak sah,” kata Ahli Parlimen Pandan itu dalam kenyataan.
Rafizi mengandaikan setiap calon membelanjakan hampir RM6 juta seorang dalam pilihan raya lalu.
“Dengan anggaran mudah bahawa separuh dari jumlah RM2.6 bilion itu dibelanjakan untuk kempen pilihan raya bagi kerusi Parlimen, ini bermakna setiap calon BN telah membelanjakan sekitar RM5.8 juta dalam PRU 13 lalu,” tegasnya.

Skandal 1MDB: Siasatan polis terhadap SPRM langgar undang-undang, kata PKR

Siri siasatan dan serbuan polis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sewaktu agensi itu masih menyiasat dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu kesalahan undang-undang, kata Mohamed Azmin Ali.
Timbalan Presiden PKR itu berpendapat tindakan polis itu satu campur tangan nyata dalam siasatan SPRM dan perlu dihentikan serta-merta.
"Di bawah Seksyen 48 Akta SPRM, menjadi satu kesalahan jika sesiapa menghalang siasatan SPRM.

"Tidak syak lagi, tindakan polis ini satu campur tangan terang-terangan dan perlu dihentikan serta-merta," kata Azmin yang juga menteri besar Selangor dalam satu kenyataan hari ini. Menurut seksyen yang dipetiknya: "Mana-mana orang yang mengamang, menghalang, menggalang atau melengah-lengahkan pegawai suruhanjaya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah akta ini melakukan sesuatu kesalahan."
Menurut Azmin, SPRM perlu diberi ruang secukupnya bagi menjalankan siasatan ke atas 1MDB.
"Justeru, saya menyeru semua rakyat Malaysia yang berpegang pada kebenaran serta parti politik dan pertubuhan sivil agar menyokong SPRM dalam menjalankan tugas mereka.
"Ini mustahak bagi memastikan sebarang kebolehpercayaan dalam siasatan 1MDB dapat dipulihkan," kata Azmin.
Sehingga semalam, polis menyiasat 7 orang pegawai tertinggi SPRM berhubung dakwaan kebocoran maklumat siasatan 1MDB.
Terkini, seorang lagi timbalan pengarah SPRM sedang disiasat polis di Putrajaya berhubung tuduhan sama – menjadikan jumlah terbaru 8 orang.

Pasukan khas 1MDB 'bersara' bersama Gani?

Pasukan khas pelbagai agensi yang menyiasat syarikat pelaburan negara 1MDB seperti terhenti tiba-tiba selepas penyingkiran Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara minggu lepas.

Sebelum ini, pasukan itu sentiasa mengemas kini perkembangan siasatan mereka selepas muncul berita menggemparkan terdapat RM2.6 bilion wang dimasukkan ke akaun Datuk Seri Najib Razak.

Ini diikuti dengan penangkapan berprofil tinggi melibatkan syarikat yang dikaitkan dengan aliran wang itu. Muncul juga spekulasi seperti ada reaksi balas berlaku setelah itu.

Pasukan itu diisi nama-nama besar termasuk Gani, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu bakar, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Bagaimanapun, selepas Gani digantikan dengan peguam negara yang baru pada 27 Julai, tiada lagi kemas kini daripada mereka.

Di pihak SPRM pula, Abu Kassim kini sedang bercuti manakala timbalannya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berada di luar negara untuk tugas rasmi.

Difahamkan Shukri akan pulang minggu depan tetapi sumber memberitahu beliau akan menyambung dengan cuti selepas itu.

Polis sasar Zeti?

Malaysiakini juga difahamkan bahawa siasatan SPRM pada SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan, menjadi tugasan terakhirnya sebalum bersara.

Abu Kassim dan Mohd Shukri (gambar) juga tiada ketika pegawai kanan suruhanjaya itu disiasat oleh polis bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan atas dakwaan terlibat aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa dokumen penting berkaitan siasatan SPRM telah dirampas.

Walaupun SPRM berikrar meneruskan siasatan pada SRC, difahamkan perkembangan terbaru ini ternyata mengecewakan mereka.

Sementara itu, Zeti juga dipercayai sedang berada di luar negara. Bank Negara bagaimanapun ketika dihubungi enggan mengesahkannya.

Dua anggota parlimen hari ini - Lim Lip Eng and Teo Kok Seong – hari ini menyerahkan surat kepada Bank Negara, mendesak bank pusat itu mengesahkan bahawa Najib pernah mengisytiharkan menerima RM2.6 bilion.

Mereka juga mahu tahu sama ada Zeti tidak berada dalam negara dan diberikan jawapan, Zeti masih bertugas.

Derma RM2.6b jadi berita seluruh dunia, bertuahnya rakyat Malaysia

Isu derma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mencuri tumpuan seluruh dunia.

Carian segera di Internet menunjukkan ia dilaporkan pelbagai media terkenal, termasuk Time, CNBC, BBC dan Financial Times.

Tidak terkecuali di laman-laman berita tempatan di Jepun (Japan Times), Hong Kong (The Standard), India (Hindustan Times), dan Britain (The Guardian).

Terdapat juga ulasan menarik ditulis, antaranya oleh bekas anggota Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan Danny Quah yang disiarkan dalam majalah berprestij The Diplomat.

Quah antaranya membandingkan 1MDB dengan cabang pelaburan negara Khazanah Nasional yang disifatkannya antara paling dihormati di dunia dan berjaya.

“Sebaliknya, 1MDB dilihat menggerakkan berbilion ringgit wang awam di seluruh dunia dengan keadaan meragukan,” tulisnya.

3 lagi pegawai SPRM disoal polis kes kebocoran maklumat siasatan 1MDB

Ini membawa kepada 9 jumlah pegawai SPRM yang disoal siasat setakat ini. Timbalan Pengarah operasi khas SPRM Datuk Tan Kang Sai disoal selama lebih 3 jam dan ketika ini masih di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Ogos, 2015. 
Ini membawa kepada 9 jumlah pegawai SPRM yang disoal siasat setakat ini. Timbalan Pengarah operasi khas SPRM Datuk Tan Kang Sai disoal selama lebih 3 jam dan ketika ini masih di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. 

Tiga lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disoal pihak polis hari ini berhubung kes kebocoran maklumat dalam siasatan kerajaan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ini membawa kepada 9 jumlah pegawai SPRM yang disoalsiasat setakat ini.
Timbalan Pengarah operasi khas SPRM Datuk Tan Kang Sai disoal selama lebih 3 jam dan ketika ini masih di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Dua pegawai lain masih sedang disoal.

Pimpinan GHB sedia digugurkan PAS - Siti Mariah

Hanya PAS Kuala Terengganu putuskan hubungan dengan Raja Kamarul Bahrin

Mengapa Muhyiddin tak tahu Umno ada duit derma RM2.6b?

DAP desak Bank Negara bekal perincian akaun RM2.6b

Rahman Dahlan enggan makan malam bersama DAP

DAP pelawa BN hadir majlis kutip dermanya

Pergolakan Semporna terkawal, kata Rahman Dahlan

Menteri: Umno tak mahu presiden rompak duit rakyat

Protes di luar pejabat MB Perak, polis tangkap MP, petani

Kecoh! Anggota MBI rampas sayur, buah peladang

‘Hidup petani’ bergema di luar pejabat MB Perak

8 memo, MB Perak tetap enggan jumpa petani, penternak

(Bersih 4) Maria Chin Abdullah: Masa Sudah Tipa Rakyat Malaysia Bergerak Bersama-Sama

Desak Dedah Penderma RM2 6 Bilion Ke Dalam Akaun Najib

Azmin: DAP, PKR, PAS tidak setanding Dr M?

Kutip “derma” berbilion ringgit: Najib sama hebat dengan Obama


Wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak akhirnya diakui benar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kenyataan SPRM semalam mengakui: “Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB”.
Ini bermakna laporan Wall Street Journal yang bertajuk “Investigators Believe Money Flowed to Malaysian Leader’s Accounts Amid 1MDB Probe” edisi 2 Julai 2015 tentang hal itu terbukti benar.
Menurut Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching, ia juga bermakna Perdana Menteri Malaysia sama hebatnya dengan Presiden Barack Obama dalam soal kutipan dana politik.
Katanya, Barack Obama, sewaktu kempen pemilihan Presiden Amerika pada 2012 berjaya memperolehi sumbangan politik kira-kira USD715 juta (RM2.7 bilion) manakala lawannya, Mitt Romney, hanya mampu mengutip USD446 juta (RM1.6 bilion).
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kulai menjelaskan bahawa proses kutipan sumbangan politik di Amerika Syarikat dilakukan secara telus dan boleh dipantau secara terbuka.
“Tetapi Presiden Amerika yang selalu dikatakan sebagai orang paling berkuasa dan berpengaruh di dunia pun tak mampu melakukan silap mata seperti Najib,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Tambah beliau, nilai profesionalisme SPRM pula sudah mati dan tidak ada ubatnya lagi selepas mengumumkan bahawa RM2.6 bilion dalam akaun Najib itu adalah “derma”.

Najib sudah berjaya diamkan Mahathir, adakah 3 juta ahli UMNO juga ditutup mulut?


KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Dengan tindakan yang keras dan jelik berhubung skandal 1MDB, Datuk Seri Najib Razak telah berjaya menakutkan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada terus bersuara lantang, setakat ini.
najib-umno2Namun, masih ramai rakyat Malaysia yang enggan tunduk kepada taktik kejam Perdana Menteri, dan tetap menuntut agar segala butir tentang skandal 1MDB didedahkan kepada umum.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata. rakyat prihatin tetap menentang tindakan-tindakan Najib yang zalim itu termasuk:
  •       Melumpuhkan pasukan petugas khas siasatan 1MDB, dengan memburu para penyiasat termasuk menangkap pegawai-pegawai penting pasukan tersebut, menuduh konspirasi antarabangsa mahu menggulingkan Perdana Menteri dan kerajaan, dan memecat Peguam Negara Tan Sri Gani Patail; dan
  •       Melumpuhkan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Parlimen yang sepatutnya menyambung siasatan skandal 1MDB mulai hari ini, dengan membawa masuk pengerusi dan tiga ahli jawatankuasa itu ke dalam Kabinet serta di sekeliling kabinet tersebut, dan menangguhkan prosiding PAC.
“Seperti kata bekas menteri kabinet serta menteri besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid, kabinet Najib sekarang adalah kabinet 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menyimpulkan sikap “pak turut” dalam kabinet Najib seperti dalam gambaran puisi Tennyson pada 1854 yang bertajuk “The Charge of the Light Brigade”:
“Theirs not to make reply, Theirs  not to reason why, Theirs but to do and die, Into the Valley of Death” – “Bukan tugas mereka untuk mencari jawapan, bukan tugas mereka untuk mencari sebab, tugas mereka hanya untuk buat apa yang disuruh dan bersedia untuk mati, menyerbu ke Lembah Maut”

Apakah wang RM2.6 bilion sebenarnya untuk Umno?

Oleh MOHD AZMI ABDUL HAMID
TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) menyatakan rasa terkejut kesahihan bahawa akaun peribadi Datuk Seri Najib, PM yang memiliki simpanan RM2.6 bilion kini terdedah kepada awam. Hal Ini tersebar luas yang awalnya cuba dinafikan oleh beberapa menteri kabinet.

Lebih mengejutkan lagi Datuk Azlina pula mempertahankan Najib dengan mengatakan tidak salah seseorang itu menerima sumbangan untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadi.

Selama ini pihak publik tidak menyangka bahawa ada penderma yang mampu menderma sejumlah wang sebesar itu kepada mana-mana pihak.

Kami ini melihat ini suatu yang sangat mencurigakan kerana pihak penderma pasti mempunyai muslihat tersendiri untuk sanggup menyumbang sejumlah itu.

Siasatan pasti wajar dilakukan untuk mengetahui apa tujuan wang sebanyak itu didermakan. Jikapun benar ia untuk tujuan menampung perbelanjaan pilihan raya, apakah ini dibenarkan oleh SPR.

Persoalan lagi ialah apakah Najib telah menerima mandat dari Umno untuk mengizinkan wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Soalan yang dilontarkan oleh Tan Sri Muhyuddin Yassin kenapa dimasukkan dalam akaun peribadi Najib, mendedahkan bahawa pimpinan Umno tidak tahu menahu hal ini. Soalnya apakah wang itu sebenarnya untuk Umno?

‘Kabinet 1MDB’ tidak akan dapat baiki imej Malaysia yang tercemar

oleh Zulhilmi Zainal
Politik dan keadilan jarang berseiringan, walaupun semua politikus dari mana-mana pihak sering mendakwa merekalah pejuang kesaksamaan.
Sebab itulah Anwar Ibrahim, ketua pembangkang yang kini dipenjara dan menjadi mangsa kepada realpolitik Dr Mahathir Mohamad, tetap menyingkirkan Khalid Ibrahim daripada kerusi Menteri Besar Selangor dulu.
Mujurlah, kejatuhan Khalid tidak disertakan apa-apa tuduhan liwat.
Kenyataan bahawa Umno – yang merupakan ketua dalam Barisan Nasional dan telah memerintah negara sejak Merdeka – sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kekal relevan dan berkuasa bukanlah perkara baru. Jika satu pihak itu lebih cenderung untuk kekal berkuasa berbanding mentadbir negara, perkauman, politik wang dan langkah kehakiman ada fungsi tersendiri yang boleh digunakan.
Namun, rombakan Kabinet baru-baru ini telah menunjukkan kepada kita sejauh mana Umno dan ahli-ahlinya sanggup pergi, demi kekal berkuasa. Dan itu pun belum mengambil kira menteri Najib Razak sendiri.
Kehilangan berbilion wang 1MDB telah menyebabkan Najib menerima tekanan dan kritikan hebat, bukan hanya daripada rakyat dan pembangkang, tetapi dari partinya sendiri Umno. Tekanan cukup hebat, sehingga Muhyiddin Yassin membangkitkannya di dua acara Umno yang berbeza ketika masih menjadi timbalan perdana menteri. Penentangan terbuka itu kali terakhir berlaku ketika era Mahathir vs Anwar lama dahulu.

Najib, Rosmah akan failkan permohonan batal pernyataan pembelaan Rafizi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan memfailkan permohonan bagi membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan satu lagi dalam saman fitnah berhubung isu subsidi minyak.

Peguam Choo Shi Jin, yang mewakili perdana menteri dan isteri memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas kes disebut hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noraini Abdul Rahman.

Prosiding dalam kamar itu turut dihadiri peguam Ng Siaw Sun yang mewakili Mohd Rafizi dan peguam Joanne Leong mewakili pemilik portal 'Media Rakyat' Chan Chee Kong.

Choo berkata permohonan itu akan difailkan sebelum 21 Ogos ini dan mahkamah menetapkan tarikh sama untuk pengurusan kes saman berkenaan.

Derma masuk akaun sendiri bukti Najib tak percaya orang Umno

Derma RM2.6 bilion bagi dana politik yang masuk terus ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak menunjukkan beliau tidak percaya kepada mana-mana orang lain dalam Umno, dakwa wakil rakyat DAP, Lim Lip Eng.
Ahli Parlimen Segambut itu berkata, anggota akar umbi Umno sepatutnya bimbang apabila wang untuk parti mereka itu yang dimasukkan terus ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
"Dengan meletakkan wang itu ke dalam akaunnya, beliau sebenarnya tidak mempercayai mana-mana orang lain. Sebab itu dia terpaksa guna akaun sendiri.

"Anggota Umno akar umbi patut risau wang itu didepositkan ke dalam akaun presiden mereka," katanya kepada pemberita di Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini. Lim sebelum itu menyerahkan surat kepada pihak BNM memohon perincian dan penjelasan berkenaan kemasukan wang RM2.6 bilion itu ke dalam akaun Najib.
Dalam surat itu, yang ditandatangani Lim bersama Ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong dan anggota DAP Zulhazmi Shariff, mereka menuntut BNM menjelaskan jika urus niaga wang ke dalam akaun Najib itu mematuhi undang-undang berkaitan pergerakan wang yang diragui.

BN langgar undang-undang pilihan raya jika belanja RM2.6 bilion

Barisan Nasional (BN) melanggar undang-undang pilihan raya sekiranya ia membelanjakan RM2.6 bilion untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013, kata Rafizi Ramli.
Setiausaha agung PKR itu juga bertanya bagaimana dengan perbelanjaan kempen sebegitu besar BN masih gagal memenangi kembali Selangor, kalah besar di Pulau Pinang dan gagal merampas Kelantan.
“Jika RM2.6 bilion ini diagihkan kepada calon dan dibelanjakan sebagai kempen pilihan raya, perbelanjaan calon BN sudah tentu melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang ditetapkan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, jika separuh daripada jumlah itu dibelanjakan untuk kempen pilihan raya bagi kerusi Parlimen, setiap calon BN membelanjakan sekitar RM5.8 juta dalam PRU13. Ini bermakna, mereka melanggar peraturan pilihan raya dan kerusi mereka dimenangi secara tidak sah, kata Rafizi.
Ahli Parlimen Pandan itu mengulas dakwaan BN yang ia perlu berbelanja hingga RM2.6 bilion untuk kempen pilihan rayanya pada 2013.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin berkata, jumlah itu disalurkan kepada akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai sumbangan politik, dan bukannya wang dari pelabur negara yang bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang didakwa sebelum ini.

Di Malaysia, tiada yang mustahil

Hishamuddin Rais

Berapa kali gua sudah cakap Malaysia ini negara Dunia Ketiga. Dalam negara Dunia Ketiga macam Malaysia, semua boleh berlaku, semua boleh berjalan. Yang pelik jadi benar. Yang benar jadi salah. Yang mustahil tiba-tiba wujud depan mata.

Nama Altantuya Shaariibuu tiba-tiba hilang dari data imigresen. Cari punya cari tetapi tak jumpa. Fakta bila Minah Mongolia ini mendarat di KLIA kita tak tahu. Pelik bin Hairan. Tapi ini Malaysia. Berapa kali gua mahu cakap?

Najib yang dituduh curi duit 1MDB, gua pula yang ditangkap. Gua pula masuk lokap Jinjang. Gua pula yang dituduh antidemokrasi. Yang dituduh mencuri tidak ditangkap tetapi gua pula kena tangkap. Ini Malaysia. Berapa kali gua mahu cakap.

Kita jangan silap apabila membaca politik Malaysia. Negara kita ini adalah negara Dunia Ketiga. Memang betul kita ada LRT, KLIA, KLCC – semua betul. Tetapi semua ini hanyalah infrastruktur, semua ini bangunan. Bangunan ini bukan lembaga yang melahirkan nilai tamadun – budi bahasa.

Nilai tamadun yang gua maksudkan ini adalah nilai menghayati salah benar. Nilai apa yang betul dan apa yang tidak betul. Dalam  agama nilai ini diistilahkan kepada apa yang halal dan apa yang haram atau dilarang.

Kes dana 1MDB ini membuka pekung kita semua dan memaksa kita menilai diri kita sendiri. 1MDB sedang memaksa rakyat Malaysia memilih antara kejujuran dan pembohongan. Antara kebenaran dan kekufuran. Antara yang hak dengan yang batil.

Memang betul sebelum kes 1MDB ada kes Bank Bumiputera Hong Kong (1983), kes Perwaja (2002) dan kes PKFZ (1999). Tetapi 1MBD ini bukan Bank Bumi, bukan PKFZ. Hakikatnya kes Bank Bumi, PKFZ, Perwaja ini semuanya adalah rompakan harta negara. Tetapi amat berbeza dengan rompakan 1MDB.

‘Ali Baba Bujang Lapok’ sindir penerima ‘derma’

SHAH ALAM, 5 OGOS: Sedutan filem ‘Ali Baba Bujang Lapok’ karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee menjadi kiasan jenaka netizen yang merujuk kepada isu hangat penerimaan wang ‘derma’ bernilai RM2.6 bilion oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Babak lakonan Allahyarham Aziz Satar yang memegang watak sebagai Ali Baba membawa pulang sekotak wang emas lalu disoal isterinya.
Aziz menafikan wang berkenan dicuri apabila ditanya isteri beliau yang terkejut apabila suaminya membawa pulang wang emas.
“Kanda bukan curi kawan kanda kasi daa,” katanya dalam babak berkenaan.
Dalam filem berkenaan, Ali Baba merupakan seorang lelaki yang pemalas dan enggan bekerja sebaliknya sering meminta gandum daripada orang kaya Kasim Baba lakonan Allahyarham S Shamsudin.
SPRM pada Isnin mengumumkan RM2.6 bilion dalam akaun Najib bukan dari 1MDB, tetapi merupakan sumbangan derma politik.
Kenyataan berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat selepas lebih sebulan Perdana Menteri berdolak-dalik mengenainya.

APA BEZA tokoh2 'billionaire' di luar negara berbanding billionaire-Najib ??

SIAPA TAHU..??!!

KENAPA tokoh2 billionaire 'Google, facebook & Yahoo' ada tersenarai dlm senarai FORBES tetapi Najib TIDAK..??

SEBABNYA hanya hartawan billionaire yg memiliki kekayaan tersebut secara sah & berdaftar sahaja ada dlm senarai FORBES..