Selasa, 4 Ogos 2015

"Derma RM2.6 Bilion" Jadi Bahan Jenaka & Sindiran Terbesar 2015


Sebelum wang RM2.6 bilion disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri pada ucapannya ketika merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di Putrajaya, pada Februari 2012 berkata sumbangan atau derma kepada parti politik haruslah dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti dan bukannya akaun peribadi.
Katanya, tindakan itu perlu bagi mengelakkan ahli politik menyalah-gunakan nama parti semasa mengutip derma ataupun wang berkenaan disalah-gunakan bagi tujuan peribadi.

























 

Derma RM2.6b: SPR tidak punya kuasa kawal derma politik kata Abd Aziz

SPR tidak punya kuasa kawal derma politikKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh mengawal sumbangan atau derma politik kepada mana-mana parti politik.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagaimanapun memaklumkan di bawah undang-undang sedia ada, SPR hanya mempunyai kuasa meminta laporan perbelanjaan calon kempen pilihan raya semasa tempoh rasmi kempen.

"Had perbelanjaan bagi seorang calon kerusi Parlimen adalah RM200,000 manakala bagi seorang calon Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah RM100,000," jelas Abdul Aziz kepada Astro AWANI.

Menurutnya, laporan perbelanjaan diambil kira daripada masa atau hari penamaan calon sehinggalah hari pengumuman rasmi pilihan raya.

"Laporan itu perlu dikemukakan calon pilihan raya kepada SPR dalam tempoh sebulan selepas pilihan raya diwartakan," tegas Abdul Aziz.

Sekiranya laporan itu gagal dikemukakan kepada SPR dan tidak mendapat maaf melalui mahkamah, calon yang terlibat tidak boleh bertanding dalam dalam pilihan raya untuk tempoh lima tahun selepas itu.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz bagaimanapun memaklumkan SPR tidak mempunyai kuasa menyiasat dakwaan salah laku kewangan sepanjang kempen.

Derma RM2.6b: ‘Tidak boleh berdiam diri jika rasuah jadi budaya Umno’ - MB Johor

KHALED NORDIN
1. UMNO adalah pergerakan siasah yang dibangunkan dengan keringat, dengan air mata, dengan perjuangan yang sangat tulus.

2. Perjuangan Umno kesemuanya adalah tentang bangsa dan parti. Tidak pernah tentang diri sendiri dan kepentingan peribadi.

3. Umno tidak lagi boleh hanya jadi pemerhati, bila bangsa masih bergulat dengan kemiskinan dan jurang keberadaan. Kalian tidak boleh berdiam diri, kalau rasuah jadi budaya atau misalnya amanah di khianati.

Umno tidak boleh hanya membisu bila parti, tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti. Atau disiplin kepartian mentaati pemimpin. Sudah sampai masanya Umno bergerak beberapa langkah ke hadapan. Lebih proaktif dan lebih dominan.

4. Mengingatkan kepimpinan parti tentang tanggungjawabnya. Mengingatkan tentang pertanggungjawaban. Mengingatkan tentang amanah. Mengingatkan tentang nilai dan prinsip, yang selama ini menjadi jiwa dan nurani pergerakan parti.

Derma RM2.6b: MB Perlis mahu setiap parti dedah sumber kewangan

Timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN) dan juga Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Azlan Man  mahu semua parti politik di negara ini mendedahkan sumber kewangan parti masing-masing.
Katanya tidak adil untuk pembangkang meminta BN atau Umno sahaja yang berbuat demikian sedangkan mereka dikecualikan.
Azlan yang juga menteri besar Perlis berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Majlis Perbandaran Kangar (MPK) di Kangar, hari ini.

Katanya cadangan itu pernah dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN dan presiden Umno tetapi ditolak oleh pembangkang. "Kalau parti-parti pembangkang mahu Umno dan BN mendedahkan sumber kewangannya, mereka juga perlu bersedia melakukan perkara sama," kata Azlan.
Katanya dana kewangan Umno bertujuan mengukuhkan kedudukan parti itu.
"Tak kiralah dana itu diperoleh dari sumber luar atau dalam negara selagi dibenarkan oleh undang-undang. Kalau tidak ada dana, bagaimana parti hendak bergerak," tambahnya.
Beliau berkata cadangan perdana menteri bagi membolehkan parti-parti politik di Malaysia mendedahkan nama penyumbang kepada parti mereka seperti yang diamalkan oleh beberapa negara maju tetapi parti pembangkang tidak bersetuju.
Mengenai jamuan hari raya yang diadakan oleh agensi-agensi kerajaan, Azlan berkata ia bukan pembaziran kerana majlis seumpama itu mampu mendekatkan hubungan agensi-agensi terbabit dengan masyarakat.
Majlis anjuran MPK itu turut dihadiri anggota Ahli Majlis Perbandaran Che Bilang, Satun dan Padang Besar dari Selatan Thailand. – Bernama

Derma RM2.6b: Dana politik perkara normal, kata MB Terengganu


Sumbangan untuk dana politik merupakan satu perkara yang normal di negara ini dan bukan satu kesalahan, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Beliau sendiri mengakui pernah dipanggil pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu dana politik di negeri Terengganu.
"Bila kita dah buktikan perbelanjaan ini untuk politik, tidak ada masalah, SPRM kata tidak ada masalah...sama juga pihak pembangkang pun macam itu. Kita kena buktikan ia benar, tunjukkan  perbelanjaan kita itu hanya untuk politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Makmal Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil siasatan yang dijalankan SPRM yang mendapati sejumlah RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah daripada penderma dan bukan daripada 1MDB. Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu berkata Umno negeri itu yakin dengan kepimpinan Najib dan berdiri teguh di belakang perdana menteri dalam menerajui negara.
Katanya Umno memerlukan kesetiaan anggota partinya dalam menghadapi pelbagai cabaran ketika ini.
"Dunia sekarang menguji kesetiaan, ini biasa, suami isteri pun ada gelombang tetapi kita perlukan kesetiaan," katanya. – Bernama

Derma RM2.6b: Henti spekulasi, tuduhan terhadap Najib, kata menteri Umno

Semua pihak perlu menghentikan spekulasi dan tuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dana politik sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun miliknya.
Menggesa demikian Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, ini berikutan pendedahan  dana berkenaan adalah sumbangan penderma dan bukan daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan hal tersebut dan ini dengan sendirinya menjawab tuduhan kononnya Najib berniat jahat.

“Hari ini SPRM mendapati duit itu berasal dari penderma. Spekulasi yang mengatakan duit itu dari 1MDB dan wang rakyat dirompak  terjawab. "Soal siapa penderma duit itu dan sebab-sebab ia dimasukkan ke akaun perdana menteri boleh diselesaikan kemudian,” katanya.
Rahman bercakap kepada pemberita pada majlis jalinan mesra dan sambutan Aidilfitri anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah di Teluk Sepanggar semalam.
Mengenai sama ada identiti penderma RM2.6 bilion itu akan didedahkan, beliau berkata itu terpulang kepada perdana menteri.

UMNO Itu Bodoh, BODOH Itu Umno..

Sirul yang bunuh orang pun tak dapat tangkap sampai sekarang. Nak tangkap Clare Sarawak Report plok..

INGAT.. undang2 di UK & Australia mudah tunduk kpd pemerintah Umno@Bn ka !!!

Nak jumpa Justo di Thailand pon tak lepas, ada hati nak tangkap Clare Rewcastle-Brown di UK plok..

BOLEH MENANGIS PIEM BILA TENGOK KARTUN NI...



Malaysia, negara serba boleh

Oleh Akh Mohamad
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri, yang digantikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sewaktu pengumuman Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kebanyakan rakyat tidak berpuas hati di atas keputusan ini kerana pengguguran Muhyiddin adalah disebabkan kritikan beliau terhadap perdana menteri berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Boleh, sememangnya ia boleh berlaku. Perdana menteri mempunyai kuasa untuk melantik siapa yang beliau suka, dan memecat siapa yang tidak disukai. Malahan, bekas menteri yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan tuduhan rasuah juga dilantik semula menjadi menteri. Anda hairan? Jangan hairan, kita berada di Malaysia, negara serba boleh. Apa-apa pun boleh. Menteri merupakan pemimpin yang fungsinya adalah memimpin sesebuah kementerian dan menjaga kepentingan rakyat. Sepatutnya menteri yang dilantik mestilah seorang pemimpin berkaliber, berdedikasi, amanah, bersih daripada sebarang tuduhan dan mampu memikul tanggungjawab.
Sepatutnya tidak layak melantik seseorang yang pernah dikaitkan dengan tuduhan rasuah. Bagaimana pemimpin ingin memimpin rakyat sekiranya pemimpin sendiri tidak amanah dan jujur, seperti ketam mengajar anaknya berjalan.
Sepatutnya menteri menjadi contoh kepada rakyat. Sekiranya menteri pun terlibat dengan salah laku rasuah dan pecah amanah, bagaimana mereka hendak menjadi model dan contoh kepada rakyat?
Sejak kebelakangan ini, banyak menteri mengeluarkan kenyataan yang merepek, lawak dan boleh diklasifikasikan sebagai kenyataan bodoh. Adakah menteri-menteri ini tidak berfikir dan mengkaji dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan?  Anda hairan?
Jangan hairan, kita berada di Malaysia, negara serba boleh. Apa-apa pun boleh.
Kadang-kadang penulis berfikir, adakah negara kita kekurangan pemimpin yang berkaliber? Tepuk dada, tanya selera.
Realitinya, bidang kuasa polis Malaysia diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Apa yang menarik, menteri dalam negeri dilantik menjadi timbalan perdana menteri. Anda nampak hubung kaitnya di situ? Sudah pasti keputusan Najib melantik Zahid adalah satu keputusan bijak.
Rombakan Kabinet baru-baru ini menyaksikan sekali lagi perpecahan Kementerian Pendidikan kepada 2 kementerian berbeza, iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Sebelum ini kementerian ini berpecah 2 sewaktu zaman Tun Abdullah Badawi. Bagaimanapun, pada 2013 selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kementerian ini bergabung semula oleh Najib. Maka banyak wang terpaksa dihabiskan untuk menukar logo dan juga kos-kos lain.
Bayangkan di Malaysia terdapat puluhan ribu sekolah, universiti dan institusi pendidikan yang terpaksa mengeluarkan kos untuk menukar logo. Sudah pasti jutaan ringgit dihabiskan untuk menukar logo sahaja.
Setelah 2 tahun, sekali lagi Kementerian Pendidikan berpecah kembali. Bayangkan berapa juta lagi duit akan dihabiskan untuk menukar logo dan perkara-perkara lain. Kadang-kadang penulis hairan, adakah pihak kerajaan tidak melakukan kajian sebelum menggabungkan 2 kementerian ini? Baru 2 tahun sahaja, terpaksa dipecahkan kembali. Apakah rasional di atas keputusan ini? Anda hairan?
Jangan hairan, kita berada di Malaysia, negara serba boleh. Apa-apa pun boleh.

"Dari mana kanda curi wang ini?"

"Kanda bukan curi, kawan kanda kasi daaa"

Seperti pejuang anti rasuah Indonesia, SPRM juga sedang diserang

oleh Alyaa Alhadjri
Pada bulan Januari lepas, tindakan yang diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Indonesia (Bareskrim) menahan timbalan pengerusi Komisi Pemberantasan Korupsi Bambang Widjojanto mencetuskan kemarahan meluas di negara demokrasi ketiga terbesar dunia itu.
Orang awam telah menunjukan sokongan kepada badan anti rasuah dan hashtag #SaveKPK dilaporkan mengungguli topik hangat di Twitter bukan sahaja di Indonedia tetapi di seluruh dunia pada jam 2.30 petang 23 Januari.
Walaupun popularitinya memuncak, presiden Indonesia Joko ‘Jokowi’ Widodo tidak terlepas daripada dikecam oleh rakyat yang mendesak dia menghentikan cubaan-cubaan untuk melemahkan KPK- institusi yang dihormati dengan rekod kerja yang sangat baik selain bertanggungjawab memastikan hukuman penjara seumur hidup kepada bekas Ketua  Mahkamah Konstitusi Republik Indonesia Akil Mochtar.
Ini ialah tambahan kepada kejayaan KPK dalam menyingkirkan menteri, gabenor, hakim dan ramai lagi pegawai tinggi kerajaan atas tuduhan rasuah.
Pada ketika itu, penahanan Bambang ialah permulaan kepada cubaan untuk ‘melumpuhkan’ KPK, kerana Bareskrim meneruskan siasatan kepada Ketua Pesuruhjaya KPK (tidak-aktif) Abraham Samad, selain timbalannya, Zulkarnain dan Adnan Pandu Praja.
Laporan berita juga menyebut yang terdapat ‘serangan’ serupa kepada penyokong KPK, termasuklah kepada bekas Kepala Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Keuangan Yunus Husein dan bekas Wakil Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Denny Indrayana.
Pemerhati menyifatkan tindakan menyabitkan kesalahan jenayah kepada KPK kini menjadi lebih buruk dibandingkan dengan zaman President Susilo Bambang Yudhoyono kerana Jokowi masih bergelut untuk meraih kelebihan politik yang lebih banyak- dengan gabungan pemerintahannya hanya mengawal lebih kurang 40 peratus kerusi dalam Dewan Perwakilan Rakyat.
Kelemahan Jokowi untuk menangani campur tangan politik yang seterusnya mencetuskan siasatan polis telah menyebabkan dia kehilangan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada pentadbirannya.
Selain daripada dakwaan serangan oleh polis, aktivis anti rasuah juga mengatakan bahawa cadangan pindaan kepada Hukum No. 30/2002 yang mengawalselia KPK sebagai satu lagi cubaan untuk melemahkan badan anti-rasuah itu- menarik kembali sebahagian kuasa siasatannya, termasuk keizinan penggunaan alat perisikan kepada orang yang disyaki melakukan rasuah.
Ketika KPK berdepan dengan penilaian semula undang-undang yang boleh melemahkan kuasanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula telah lama meminta kuasa yang lebih untuk menghapuskan rasuah.
Antara lain, SPRM telah meminta kuasa untuk mengambil dan memecat kakitangannya, selain daripada mengawal selia pembiayaan politik- dua isu yang berpotensi memberi kesan kepada hasil siasatan SRC International- sebuah syarikat yang dikaitkan dengan syarikat sarat hutang cabang-kerajaan 1Malaysia Development Berhad.
Dalam kes terbaru di Indonesia, laman berita dalam talian Tempo.com pada 3 Ogos memetik Ketua Pesuruhjaya Bareskrim General Budi Waseso sebagai berkata dua aktivis Indonesian Corrruption Watch (ICW)- Adnan Topan Husodo dan Emerson Yuntho- kemungkinan besar akan disiasat atas dakwaan jenayah memfitnah pakar undang-undang Romli Atmasasmita.

Derma RM2.6b: Anak MB Johor tanya 15 soalan kepada Najib


Anak MB Johor tanya 15 soalan kepada Najib

DI mana-mana sahaja, begitu ramai yang membangkitkan isu dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah ia semakin hangat diperkatakan apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan hasil siasatannya yang mendapati punca dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri itu bukan dari tabung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi adalah sumbangan daripada penderma.

Namun hasil siasatan itu tidak menyebut dari mana dan siapa penderma berkenaan.

Susulan itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang dan Integriti Parlimen Belia Malaysia, Akmal Saufi Mohamed Khaled menggesa Najib menjelaskan sama ada derma berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya itu adalah untuk kegunaan kerajaan, Umno ataupun peribadi?

Anak kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu mengemukakan 15 soalan untuk dijawab oleh perdana menteri;

1) Ketika Datuk Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?

2) Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1MDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?

3) Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?

Clare: M'sia tak boleh ekstradisi saya

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown hari ini mendakwa bahawa polis Malaysia tidak mempunyai cara untuk mengekstradisinya walaupun mendapatkan waran tangkap terhadapnya di Kuala Lumpur.

Katanya, ia kerana 'jenayah' yang polis Malaysia tuduh dilakukannya, tidak wujud di UK dan negara-negara lain.

"'Jenayah' bagi waran tangkap yang diperolehi itu, tidak wujud di kebanyakan negara di luar Malaysia, jadi saya tidak boleh diekstradisi di bawahnya," katanya kepada Malaysiakini.

Bukit Aman hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh waran tangkap terhadap Clare di bawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan.

Pengarang Sarawak Report tidak gentar waran tangkap, anggap ‘mengarut’

Pengarang dan pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown semasa berbicara secara dalam talian di forum yang diadakan di Petaling Jaya bulan Mac lepas. – Gambar The Malaysian Insider, August 4, 2015.Pengarang dan pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown berkata, beliau tidak gentar dengan tindakan polis Malaysia yang mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman hari ini mengeluarkan waran tangkap dan mengharapkan bantuan Interpol menahan Rewcastle-Brown yang merupakan warga Britain.
Namun Rewcastle-Brown berkata, tindakan pihak berkuasa itu 'mengarut'.

"Saya menggeletar ni... sebenarnya tidak," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini. Katanya, tindakan pihak berkuasa Malaysia baru-baru ini membuatkannya menjadi perhatian media dan beliau tidak mungkin akan memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana sebab itu.

Netizen guna #derma sindir isu RM2.6 bilion Najib


Netizen guna #derma sindir isu RM2.6 bilion
ISU berkaitan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja menjadi perbualan hangat di kedai-kedai kopi bahkan ada yang menjadikannya bahan 'troll' di media sosial.
Menggunakan #derma, pengguna di laman mikro Twitter dan Facebook yang nyata tidak berpuas hati dengan dapatan siasatan berkaitan dana itu meluahkan perasaan tidak senang di laman sosial masing-masing.
"Ada ke orang #derma dekat aku ni #2.6 bilion. Bank hadkan pengeluaran," tulis pengguna Twitter menggunakan akaun Jyundoo.
Seorang lagi pemilik akaun Twitter menggunakan nama Ira Fazir Ishak mencatat, "patut la dekat Malaysia ramai yang suka minta derma. PM Malaysia suka pun terima #derma".
Pemilik akaun johortilldeath pula secara sinis menulis, "trending minggu ni #derma... derma pada masjid, surau, anak yatim, ibu tunggal, orang miskin, OKU lebih berkat dan afdal..".
Di laman sosial Facebook pula, netizen menyifatkan dana RM2.6 bilion itu sebagai derma dan tiada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai 'lawak'.
Malah ramai berkongsi gambar seorang lelaki menyerupai seorang pengemis yang berada di mesin juruwang automatik (ATM) dengan dialog, "Ya ALLAH! Siapa derma RM2.6 bilion ni? Terima kasih".

Pemimpin Umno perlu henti kenyataan bodoh


Pemimpin-pemimpin Umno diminta tidak mengeluarkan kenyataan bodoh dan yang menyinggung perasaan rakyat serta menghormati bekas pemimpin.
Sebagai seorang pemimpin tertinggi, anda hendaklah bersikap intelektual.
Berrfikir sebelum bercakap, beri kenyataan supaya rakyat faham, berfikir dan bertindak.
Bukan kenyataan yang membuatkan rakyat mentertawakan anda.
Pemimpin juga diminta menjaga hati rakyat ketika mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan rakyat bawahan.
Anda sebagai wakil rakyat, sepatutnya kenyataan anda sentiasa menyebelahi rakyat, bukan menyebelahi rakan-rakan pemimpin anda.
Walaupun anda menyokong kenyataan yang dikeluarkan rakan-rakan pemimpin lain, ianya tak sepatutnya di tonjolkan kepada umum.
Pemimpin atau Menteri juga di saran agar menghormati bekas-bekas pemimpin dan pemimpin yang lebih tua.
Jangan bersikap sombong dan angkuh dan lantang mengeluarkan kenyataan yang boleh anda di lihat bersikap kurang ajar.
Walaupun anda tidak bersetuju atau berbeza pendapat, menghormati orang yang lebih tua itu adalah adab yg diajar agama kita.
Anda menjadi tauladan kepada pemimpin-pemimpin muda dan generasi yang akan datang.


Dari Ranjau Sepanjang Jalan kepada Dusta Sepanjang Jalan. Sahnon Ahmad kepada Najib Razak

Dari Ranjau sepanjang Jalan kepada Dusta Sepanjang Jalan.
Semasa saya dalam tingkatan 6 dahulu, kita membaca buku Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. Mungkin penuntut tingkatan 6 hari ini membaca buku karya Najib Razak- Dusta Sepanjang Jalan.
Dalam karya Shahnon, yang menderita sepanjang masa ialah Lahuma dan Jeha serta 7 orang anak. Lahuma mati, Jeha jadi gila, tujuh anak terpaksa menggalas pejuangan menentang elemen alam dan social.
Semenjak jadi PM dalam tahun 2009, rakyat Malaysia hanya kenal dusta sepanjang Jalan karya Najib Razak. Dalam karya Najib Dusta Sepanjang Jalan, yang menderita ialah seluruh bangsa Malaysia. Yang menderita ialah 28 juta rakyat Malaysia kerana keadilan dan amanah sudah dimatikan oleh Najib. Najib belum mati politiknya sedang kawan2 keliling nya gila kuasa.
Kerana itulah yang sebenarnya berlaku hari ini- sebaik sahaja celik mata, Najib dan klik nya memikir bagaimana mahu auta rakyat.
Kemasukan derma asing tidak perlu kelulusan BNM?
Najib ini talibarut siapa? Ejen siapa? Ejen penderma RM2.6 biliun?
Wang USD 681 ialah sumbangan. Kerana ianya sumbangan, tidak perlu lapur kepada BNM. Wang yang disimpan dalam akaun Brazen Sky Ltd dalam BSI Singapura tidak boleh memasuki Malaysia kerana mesti beritau BNM.
Kenapa kemasukan USD681 tidak perlu mendapat kelulusan BNM? Mungkinkah kerana ianya masuk kedalam akaun peribadi Najib Razak?
Jika demikian, kita ada suatu set undang2 yang apply keatas kita rakyat jelata, hamba sahaya yang setia dan satu set undang2 untuk Najib, tuan keatas kita.
SRC derma juga kepada najib?
Bagaimana pula penjenisan penyaluran wang dari SRC melalui Gandingan mentari dan Ihsan Perdana kedalam akaun Najib? Adakah itu pun derma dari SRC sebuah syarikat milik kerajaan dan wang yang ada dalam SRC adalah wang pembayar cukai?
Jika derma apa guna drama mengujudkan pasukan penyiasat khas yang dianggotai 4 Tan Sri? jika derma mengapa pecat peguam negara? kenapa Muhyidin di pecat dari jawatan. jika derma, mengapa tangkap pegawai2? jika derma megapa Nik Faisal dan Dato Subuh melarikan diri? Jika derma, mengapa tidak Najib sebut awal2?
Dan jika ianya derma, mengapa baru sekarang SPRM mahu declare? SPRM pun kena tekan atau mungkin diupah untuk tukar cerita?
Jangan lupa rajah diatas.
Semua bangsa Malaysia mesti hafal dan ingat rajah diatas. Ketahuilah- semua wang yang disalurkan kedalam akaun Najib Razak itu ialah subangan dan sedekah. Sumbangan dan sedekah bukan rasuah atau suapan, atau bakshish, atau tumbuk rusuk atau duit kopi atau duit bawah meja. Ianya halal lagi suci apatah lagi ianya derma dari tanah arab kepada Najib Tun Razak. Ianya rasuah hanya bila Najib menyetujui ianya rasuah.
Antara bodoh dan di perbodohkan.

Lucutkan juga jawatan Mukhriz Mahathir

Perdana Menteri patut memecat pemimpin UMNO yang tidak menyokong beliau.
Mukhriz,-najib
 Oleh Syed Rosli Jamalullail
Saya berasa bahawa mana-mana pemimpin UMNO yang tidak menyokong Datuk Sri (Najib Tun Razak) maka memang patutlah Datuk Sri memecat mereka.
Semenjak dari dahulu lagi saya dapat melihat pemimpin seperti Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang merupakan Menteri Besar Kedah tidak pernah sekalipun menyatakan sokongan beliau kepada Presiden parti dan Perdana Menteri. Kenapa ?
Tidakkah sepatutnya Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar jawatan yang dilantik oleh Perdana Menteri harus menyatakan sokongan kepada Ketua beliau sendiri?
Saya berasakan bahawa Mukhriz Mahathir ini sudah tidak sesuai lagi berada dalam jawatan penting kerajaan kerana beliau mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada Perdana Menteri itu sendiri.
Tindakan Perdana Menteri memecat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal adalah tepat kerana mereka tidak memberikan sokongan kepada Perdana Menteri lagi.
Maka wajar lah juga Mukhriz Mahathir dipecat dari jawatan kerajaan.

Skandal 1MDB: Waran tangkap terhadap editor Sarawak Report

Polis Malaysia telah memperolehi waran tangkap terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Waran itu berkaitan dengan kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan di bawah Seksyen 124B dan 124I.

Clare dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menjalankan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Dia juga dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menerbitkan laporan palsu yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

Dalam satu kenyataan ringkas, Pengarah CID, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis juga juga akan membuat permohonan untuk menyenaraikan Clare dalam senarai orang yang dikehendaki ASEANAPOL serta notis merah Interpol.


Waran tangkap itu diperolehi ketika pihak polis menangkap beberapa individu dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.

ISU DERMA RM2.6B MAMPU LONJAKKAN ZAHID LEBIH CEPAT JADI PM

Derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Razak sedang menjadi isu besar dalam negara sekarang ini. Walaupun SPRM seolah-olah sudah membersihkan Perdana Menteri dengan mengatakan ia adalah sumbangan penderma dan boleh terlepas daripada tindakan undang-undang, hukuman persepsi sedang memasuki fasa yang lebih berat lagi.

Secara umumnya, baik rakyat biasa mahupun ahli UMNO, malah sesiapa saja yang berakal waras, tetap sukar menerima pemberian wang sebesar itu sebagai derma semata-mata.

Lebih ramai yang mengaitkannya dengan penyonglapan, berkaitan rasuah atau penggubahan wang haram. Lagi pula peraturan untuk penjawat awam kerajaan dari segi menerima sumbangan, hamper dan sebagainya sudah cukup jelas mengenainya.

Ikut logik akal, kalau nama Najib Razak itu sekadar seorang ofis boy atau despatch dan bukannya Perdana Menteri, tentulah tiada sesiapa mahu menderma sebesar itu kepadanya.

Dalam hal ini, Najib harus mendedahkan siapakah penderma, bagaimana wang itu dibelanjakan, berapa lebihannya dan mengapa akaun banknya yang menerima kemasukan RM2.6 bilion itu sudah ditutup?

Badan penguatkuasa seperti SPRM, PDRM dan Peguam Negara seharusnya juga melihat semula perkara ini, jika tidak bukan saja undang-undang rasuah negara menjadi ketawa dunia, malah akan merangsang lebih ramai pemimpin politik mempunyai simpanan wang tanpa had dalam akaun peribadi masing-masing.

Lagi lama Najib berdiam diri dan tidak berterus terang, lagi membengkak perasaan rakyat dan ahli-ahli UMNO terhadap beliau. Menteri Besar Johor, Khaled Nordin dan anaknya yang meluahkan perasaan mengenai rasuah dan wang RM2.6 bilion dalam laman sosial masing-masing adalah manifestasi  denyut nadi rakyat sebenarnya.

Secara nyata dan disedari oleh sesiapa saja, isu ini kian menjadikan Najib dan UMNO makin dibenci dan dijauhi, sekaligus membuatkan harapan memenangi PRU 14 jauh lebih sukar daripada sebelum ini.

Di media sosial sejak semalam, rakyat meluahkan pelbagai bentuk kemarahan, sindiran dan kecaman terhadap Najib berkaitan wang RM2.6 bilion itu. Kata-kata Tun Mahathir bahawa UMNO akan kalah selagi Najib menjadi Perdana Menteri dan Muhyiddin pula mengingatkan pergerakan dua peratus pengundi saja berbanding pilihanraya 2008 sudah cukup untuk menjadikan BN sebagai pembangkang dalam pilihanraya akan datang, mulai diterima ada asas dan kebenarannya.

Najib dengan pelbagai isu sebelum ini, ditambah dengan pengesahan SPRM mengenai wang RM2,600 juta pernah masuk ke dalam akaun peribadinya sebelum pilihanraya 2013 lalu, menjadikan dirinya kini sebagai beban utama kepada UMNO dan BN.