Isnin, 3 Ogos 2015

Skandal 1MDB: IGP tak tolak kemungkinan soal siasat Zeti, Shukri


Polis akan merakamkan kenyataan ramai lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Pejabat Peguam Negara (AGC).

Ketika ditanya sama ada ini akan termasuk Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz (gambar) dan orang nombor dua SPRM, Datuk Shukri Abdull, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan itu.

"Kita akan lihat. Menyoal siasat mereka yang kita percaya boleh memberi keterangan tentang sesuatu penyiasatan adalah sebahagian daripada prosedur," katanya kepada Malaysiakini.

"Kita akan menyoal ramai lagi dari Bank Negara, SPRM dan Jabatan Peguam Negara," katanya.

Bagi pegawai-pegawai Bank Negara, Khalid berkata siasatan itu juga berkaitan dengan laporan polis mengenai kebocoran transaksi perbankan.

"Polis juga sedang menyiasatnya dan dalam aspek ini, kami juga akan memanggil pegawai dari bank-bank komersial untuk disoal siasat," katanya.

' 1 M D B '...1 Malaysia DiBodohkan !!!

Ciri2 Melayu camni lah yang Najib suka..cakap bohong & berbelit..!!!


Suka CAKAP BOHONG..
Cakap BERBELIT-BELIT..
Kuat mengampu & JILAT..
Cakap hanya guna otak TAPI TAK GUNA AKAL..

Lantaklah negara nak melingkup dgn pimpinan camni..


DERMA RM2.6 BILION: NAJIB WAJIB YAKINKAN RAKYAT DAN MASYARAKAT DUNIA

Kenyataan media SPRM bersendiri hari ini (bukan atas nama Task Force 1MDB) tentulah mengembirakan PM.

Namun, jika Malaysia mengamalkan keluhuran undang-undang secara bebas, terlepaskah Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak daripada sebarang kesalahan jenayah dengan pendedahan hasil siasatan SPRM bahawa wang RM 2.6 billion dalam akaun peribadi beliau adalah wang penderma?

Pengumuman ini bukan sahaja gagal menutup dakwaan jenayah pecah amanah terhadap Perdana Menteri malah membuka lebih banyak ruang kekeliruan dan pertanyaan.
Jika benar wang tersebut adalah wang penderma, bagaimana SPRM boleh mencapai hasil tersebut dalam keadaan Perdana Menteri belum dipanggil memberikan keterangan?

Kenapakah dakwaan awal berkenaan wang tersebut disalurkan dari akaun 1MDB boleh pula bertukar kepada wang penderma hanya selepas 48 jam pejabat SPRM diserbu cawangan khas?

Jika SPRM bersifat telus dalam penyiasatan dan temuannya, SPRM harus mendedahkan senarai penderma dan jumlah yang diderma dan setiap daripada mereka hendaklah disiasat apa tujuan didermakan dengan jumlah yang begitu besar disalurkan.

Ini adalah kerana menjadi kesalahan bagi Perdana Menteri menerima wang secara peribadi tanpa sebarang balasan jika penderma mempunyai hubungan atau kepentingan dengan tugas rasmi Perdana Menteri menurut seksyen 165 Kanun Keseksaan. Siapakah yang sanggup menderma jumlah sebanyak itu jika tidak berharap sebarang balasan?

Walauapapun usaha yang cuba dilakukan, persoalan asas akaun tersebut adalah akaun persendirian Perdana Menteri masih gagal dinafikan. Sebarang alasan berkenaan tujuan wang tersebut disalurkan hanya perkara sekunder yang tidak mampu melepaskan Perdana Menteri daripada dakwaan jenayah.

PM mesti berusaha lebih keras untuk meyakinkan rakyat Malaysia dan masyarakat dunia najis yang berbau kini tiada kena mengena dengan beliau. Apa lagi di waktu penyiasat jenayah pula ditahan dan.diburu?

Oleh negara atau oleh penjenayah yang diburu?

SELAMATKAN NEGARA !!!

Husam Musa

Skandal 1MDB: “Ada orang lain arahkan DPP ditangkap jam 1 pagi” – SPRM

Polis menyiasat SPRM berhubung draf pendakwaan yang disiarkan Sarawak Report yang kononnya kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri
Bahri-Mohamad-Zin,-macc,-police
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal cara layanan yang diberikan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Pengarah, Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin.
Katanya, pihak polis tidak akan menahan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada jam 1 pagi melainkan ada pihak yang mengarahkan berbuat demikian.
“Saya kesal perkara ini berlaku, kami disiasat sepenuhnya hari siang dan malam. Tiba-tiba DPP kami diambil pada jam 1 pagi dan ia amat menghairan saya mengapa boleh berlaku sedemikian.
“Saya rasa pihak polis tidak buat kerja gila macam ini, kecuali ada pihak yang mengarahkan sedemikian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM pada Isnin.
Beliau mengaku disoal siasat oleh pihak polis selama tiga jam berkata, kenyataannya diambil untuk membantu siasatan pihak polis mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan.
Siasatan yang dilakukan oleh pihak polis adalah mengenai artikel yang disiarkan laman web Sarawak Report minggu lepas mengenai draf yang dikatakan kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri.
Bahri berkata, beliau yakin bahawa SPRM tidak terlibat dalam menghasilkan semula semula kertas pertuduhan itu.
“Saya yakin dengan sepenuh hati, bukan dari kami, mungkin satu bendanya adalah ‘reproduce’ semula,” katanya yang juga merupakan sebahagian daripada pasukan khas yang menyiasat 1MDB.

LAWAK DONGENG: KALAU TAK MEMBOHONG DAN MEMBODEK BUKAN UMNO NAMANYA..!!!



"DPP kami (Ahmad Sazalee Abdul Khairi) diambil pada jam 1 pagi (Sabtu)," katanya sambil menambah bahawa langkah itu amat mengherankannya.

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

"Saya rasa pihak polis tak buat kerja gila macam ni kecuali ada pihak yang mengarahkan sedemikian," 

"Tiba-tiba DPP kami diambil pada waktu pukul 1 pagi dan ia amat menghairankan kenapa boleh berlaku perkara gila sedemikian," "Saya rasa pihak polis tak akan buat kerja gila begini kecuali ada pihak lain memaksa pihak polis melakukannya," - SPRM

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
"Tiba-tiba DPP kami diambil pada waktu pukul 1 pagi dan ia amat menghairankan kenapa boleh berlaku perkara gila sedemikian," "Saya rasa pihak polis tak akan buat kerja gila begini kecuali ada pihak lain memaksa pihak polis melakukannya," - SPRM

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
"Tiba-tiba DPP kami diambil pada waktu pukul 1 pagi dan ia amat menghairankan kenapa boleh berlaku perkara gila sedemikian," "Saya rasa pihak polis tak akan buat kerja gila begini kecuali ada pihak lain memaksa pihak polis melakukannya," - SPRM

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Nurul Izzah: Jangan Membiarkan UMNO & Najib Menghancurkan Masa Depan Malaysia

Mat Sabu: Nak Tahu Cara Najib Mentadbir Malaysia, Lihat Nayak Filem Hindustan

Mat Sabu: Kita Yakin Harapan Baru Akan Membawa Gelombang Baru Di Seluruh Malaysia Insya'Allah

DERMA RM2.6 BILION.....DONGENG 1MDB..!!!


Kalau 'benarlah' SPRM kata dana RM2.6 bilion tu datang dari penderma, bukan 1MDB, KENAPA HINGGA SEKARANG WSJ TAK DISAMAN LAGI OLEH NAJIB ??.. Kata nak saman pada Selasa, 7/7/2015.. Ni dah sebulan berlalu..


APA NAK HERAN, si 'penyiasat' pon satu bumbung (kementerian JPM) dgn Najib.. hurmmm.. ibarat perompak siasat penyangak..
"Tiba-tiba DPP kami diambil pada waktu pukul 1 pagi dan ia amat menghairankan kenapa boleh berlaku perkara gila sedemikian," 

"Saya rasa pihak polis tak akan buat kerja gila begini kecuali ada pihak lain memaksa pihak polis melakukannya," - SPRM


Skandal 1MDB: Ini perkara gila, kata pengarah SPRM lepas disiasat polis



Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin berkata beliau juga terkejut apabila timbalan pendakwa raya (SPRM) mereka ditangkap polis di malam hari. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 3 Ogos, 2015. 
Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin berkata beliau juga terkejut apabila timbalan pendakwa raya (SPRM) mereka ditangkap polis di malam hari.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disiasat polis Cawangan Khas selama lebih 3 jam di pejabatnya hari ini melahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap siasatan polis ke atas siasatan mereka terhadap operasi dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin berkata beliau juga terkejut apabila timbalan pendakwa raya (SPRM) mereka ditangkap polis di malam hari.
"Saya cukup kesal perkara ini berlaku kerana kami menyiasat dengan sepenuh hati siang dan malam bagi mencari kebenaran.

"Tiba-tiba DPP kami diambil pada waktu pukul 1 pagi dan ia amat menghairankan kenapa boleh berlaku perkara gila sedemikian," katanya sewaktu ditemui wartawan selepas disiasat polis di pejabatnya di Putrajaya, petang tadi. Bahri adalah sebahagian daripada pasukan khas yang menyiasat menyiasat 1MDB.
Beliau turut melahirkan rasa curiga dengan individu lain yang dipercayai berada di belakang siri serbuan polis ke atas mereka menyiasat 1MDB.
"Saya rasa pihak polis tak akan buat kerja gila begini kecuali ada pihak lain memaksa pihak polis melakukannya," katanya.
Sementara itu, Bahri berkata siasatan polis terhadapnya petang ini dibuat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan berkaitan kebocoran dokumen yang didakwa sebagai "draf pertuduhan".
Beliau dipercayai merujuk kepada salinan gambar dokumen yang didakwa sebagai draf pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – satu perkara yang sudah dinafikan Jabatan Peguam Negara.
"Saya yakin sepenuh hati bukan daripada kami benda itu dan ia dihasilkan semula," katanya.
Satu pasukan, dipercayai daripada Bukit Aman, tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 2.45 petang ini.

Dana luar negara: OK untuk menteri, tidak untuk NGO?

oleh Hazlan Zakaria
Adakah kenyataan yang agak terburu-buru bahawa politikus bebas menerima duit dari luar negara ke dalam akaun bank mereka, oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru dilantik Azalina Othman, bertentangan dengan kehendak ketuanya, Perdana Menteri Najib Razak?
Saya tertanya-tanya samada dia menyedari yang pernah satu ketika Perdana Menteri Najib Razak meminta pihak berkuasa menyiasat sebuah NGO kerana menerima dana asing.
Pada tahun 2012, Najib dilaporkan berkata yang pihak berkuasa akan menyiasat dakwaan bahawa sebuah badan bukan kerajaan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang menerima pembiayaan asing.
“Biarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa yang berkaitan menyiasat (dakwaan tersebut),” katanya merujuk kepada dakwaan itu, memandangkan walaupun Suaram bertindak sebagai NGO tetapi ia didaftarkan sebagai sebuah syarikat.
Saya tertanya-tanya juga sekiranya dia ada mendengar Najib berkata baru-baru ini, yang telah meminta orang asing, terutama sekali “orang putih” tidak dibenarkan masuk campur atau menentukan masa depan kita.
Bercakap di Paroi, Negeri Sembilan pada 1 Ogos, Najib dilaporkan berkata yang sepanjang pemerintahan Mahathir selama 22 tahun wujud cubaan dilakukan orang asing untuk masuk campur dalam masa depan negara kita tetapi situasi itu bertambah buruk kini kerana laman web ‘whistleblower’ Sarawak Report terus mendedahkan dakwaan yang disifatkan sebagai korupsi oleh kerajaan.
Mendakwa yang wujudnya perkara ini menggambarkan orang luar yang menentukan bagaimana kita sepatutnya mentadbir negara, tanpa berkata adakah boleh diterima sekiranya orang tempatan yang mendedahkan korupsi kerajaan atau adakah dapat diterima dalam nilai tempatan untuk menerima apa sahaja yang terjadi, Najib meluahkan kekecewaannya.

SPRM: Siasat rasuah, bukan nak jatuhkan k'jaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi menegaskan siasatan rasuah yang dijalankannya semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsi sebagai sebuah suruhanjaya bebas.

Ia, kata badan itu, bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk kerajaan.

“Sebagai suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour (rasa takut dan memihak) dan tanpa mengira siapa yang terlibat.

“SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan,” kata SPRM.

SPRM juga menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dalam kes disiasat mereka sehingga siasatan mengenai perkara itu selesai.

Suruhanjaya itu kini sedang menyiasat kemasukan dana ke akaun Najib dan  SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Azmin: Selamatkan negara daripada perompak di Putrajaya

MB AzminMELAKA, 3 OGOS: Rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik diseru berganding bahu serta bersatu hati menyelamatkan Malaysia yang kini semakin parah ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata keadaan ekonomi dan kejatuhan ringgit yang semakin menekan perlu diselamatkan segera untuk kelangsungan hidup rakyat supaya lebih terjamin selain isu 1MDB.
“Tidak pernah berlaku dalam negara, rakyat menghadapi krisis luar biasa. Krisis ekonomi cukup parah sehingga pelabur asing hilang keyakinan melabur dalam negara.
“Jika terus berlaku, jumlah pelaburan asing dalam negara merosot dan rakyat hilang pekerjaan. Lihat sahaja kepada nilai ringgit hari ini, SGD1 bersamaan RM3, USD1 pula RM4.03 sementara 1 Pound UK (RM6) yang akhirnya akan menekan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Warung Reformasi, Simpang Solok Gaung, di sini, semalam.
Mohamed Azmin hadir ke Melaka mengiringi Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk siri Jelajah Amanat Presiden kepada pimpinan PKR Melaka yang sebelum ini berlangsung di Hotel Sri Impian, Jasin.
Menyifatkan era kepimpinan Najib sebagai zaman edan, Mohamed Azmin berkata perdana menteri itu sanggup berbuat apa sahaja demi menyelamatkan kuasa sehingga meminggirkan rakyat yang memerlukan pembelaan dan kehidupan sejahtera.

Siapa bermurah hati derma RM2.6 bilion tanpa syarat?



KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengemukakan beberapa pertanyaan berhubung Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukan 1MDB.

"Kini, timbul beberapa persoalan lanjut," ujarnya dalam satu kenyataan.

1. Mengapakah akaun itu ditutup jikalau ia dianggap bukan satu kesalahan?

2. Siapa penderma yang sebegitu murah hati?

3. Apakah ini derma dan bukan rasuah untuk habuan tertentu? Apakah siasatan SPRM telah melihat perkara ini?

4. Apakah syarat-syarat derma RM2.6 bilion? Sudah dibayangkan derma sebesar ini dilakukan tanpa syarat ke akaun Perdana Menteri.

5. Apakah ini sekadar permainan perakaunan?

6. Jika betul ia bukan duit 1MDB, mengapa sehingga kini saman kepada Wall Street Journal masih tertangguh?

MACC confirms RM2.6 billion from donors

The public urged not to speculate on the matter until the investigations have been completed
najib,-macc
KUALA LUMPUR: The Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) has confirmed that the RM2.6 billion allegedly in Prime Minister Najib Abdul Razak’s personal banking accounts came from donors. The MACC’s investigation report on the matter has been submitted to the Attorney- General’s Chambers.
“The alleged RM2.6 billion did not come from 1MDB,” said MACC in a statement.
The agency urged the public not to speculate on the matter until investigations have been completed.
The agency, at the same time, confirmed that the investigation on SRC International which took a RM4 billion loan from retirement fund KWAP, would continue. “The MACC gives an assurance that investigations on SRC will continue,” said the statement. “We will be free, open and professional.”
“It would be comprehensive.”
The MACC, according to the statement, stressed that it would co-operate with the police

Najib mohon maaf....hari ni banyak cerita dongeng...!!

Najib menegaskan Kementerian Kewangan memikul tanggung jawab yang sangat besar untuk memastikan ekonomi Malaysia terus mantap di saat-saat ekonomi serantau yang mencabar.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf sempena Hari Raya Aidilfitri jika Kementerian Kewangan ada melakukan kesilapan.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kementeriannya mempunyai tanggung jawab yang sangat besar dalam mengharungi suasana ekonomi yang semakin mencabar.
“Kalau ada apa-apa kesilapan, kekhilafan, kekasaran selama ini saya bersama Datuk Seri Husni Hanandzlah (Menteri Kewangan ll) memohon ampun dan maaf.
“Kita sebagai sebuah kementerian mempunyai tangung jawab yang sangat berat menghadapi suasana ekonomi serantau yang memerlukan penumpuan tugasan yang sangat rapi,” katanya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Kementerian Kewangan pada Isnin.
Najib berkata, Kementerian Kewangan perlu membuat persediaan yang sangat baik, strategi kewangan dan strategi fisikal yang tepat.
“Supaya, pada akhirnya rakyat Malaysia akan dapat memenuhi segala-gala aspirasi mereka.
“Kita mesti faham isi hati rakyat dan insyaAllah saya yakin, percaya sebagai satu pasukan, Kementerian Kewangan mampu menggalas amanah dengan sangat baik,” katanya.
Di kesempatan itu, Najib turut mengalu-alukan kehadiran Datuk Johari Abd Ghani sebagai Timbalan Menteri Kewangan yang baru.
“Dia sebagai ‘freshie’ kita kena ‘ragging’ dia sikit,” katanya berseloroh.

RM2.6 Bilion: Tindakan kerajaan seolah-olah dakwaan WSJ, SR benar – Ahli UMNO

Siasatan sepatutnya tertumpu kepada kemasukan RM2.6 bilion ke akaun Perdana Menteri tetapi berubah kepada mencari pembocor maklumat.
zahid-hamidi-1MDB
PETALING JAYA: Tindakan kerajaan dan pengakuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai penangkapan beberapa orang untuk membantu siasatan berkaitan kebocoran maklumat 1MDB seolah-olah membuktikan laporan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report (SR) benar.
Blogger dan penganalisis politik, Shahbudin Husin, berkata jika maklumat yang disiarkan dalam media itu tidak sahih, maka apa sebabnya pembocor maklumat ingin dicari.
Menulis dalam entri blog terbarunya, Shahbudin membuat kesimpulan tumpuan siasatan yang sepatutnya mengenai kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, berubah haluan dan disusurkan ke arah mencari pembocor maklumat pula.
“Adakah ini yang menyebabkan saman terhadap WSJ terus tertangguh, manakala Sarawak Report hanya disekat dan The Edge digantung permitnya?” soalnya.

RM2.6 bilion didakwa dalam akaun Najib dari dana penderma, bukan 1MDB - SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukannya disalurkan oleh syarikat pelaburan yang ditubuhkan Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, SPRM turut memaklumkan penemuan berkenaan diperolehi susulan siasatan badan itu ke atas syarikat SRC International.

Laporan hasil siasatan berkenaan dana itu juga sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.

SPRM turut memaklumkan akan terus menyiasat SRC International termasuk yang melibatkan dana berjumlah RM4 bilion.

Menurut kenyataan itu lagi, melalui penubuhan Pasukan Petugas Khas wujud pelbagai siasatan yang diadakan secara serentak ke atas beberapa organisasi berkaitan.

SPRM sendiri memberi tumpuan siasatan ke atas SRC International dan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM)  pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sementara Bank Negara Malaysia (BNM) pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

1MDB tidak akan hadir prosiding PAC esok

Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, 1MDB mengatakan ia menerima makluman rasmi daripada setiausaha Parlimen mengatakan prosiding itu ditangguhkan ke tarikh yang akan ditentukan kemudian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Ogos, 2015. 
Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, 1MDB mengatakan ia menerima makluman rasmi daripada setiausaha Parlimen mengatakan prosiding itu ditangguhkan ke tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Eksekutif dan bekas eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan menghadiri prosiding inkuiri Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) esok, walaupun jawatankuasa Parlimen itu terdahulu hari ini mengatakan ia akan diteruskan. Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, syarikat pelaburan negara itu mengatakan ia menerima makluman rasmi daripada setiausaha Parlimen mengatakan prosiding itu ditangguhkan ke tarikh yang akan ditentukan kemudian.
1MDB katanya, menghormati PAC sebagai pihak berkuasa yang sah dan forum yang paling tepat menjawab sebarang persoalan mengenai 1MDB.

"Kami mempunyai keyakinan yang jawatankuasa dwi-partisan ini akan memberi peluang seadilnya untuk 1MDB memberi penjelasan tentang kedudukan syarikat kepada pihak berkuasa yang sah, mengikut keperluan proses wajar.  "Sekali lagi kami mengulangi hasrat kami untuk memberikan sepenuh kerjasama kepada PAC dan kami menanti untuk hadir dalam sesi PAC pada tarikh yang baharu," kata kenyataan itu.
Terdahulu hari ini, naib pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw berkata jawatankuasa Parlimen itu akan meneruskan prosiding siasatannya terhadap skandal kerugian RM42 bilion 1MDB esok seperti jadual asal.

PAC teruskan prosiding 1MDB esok, kata Naib Pengerusi

Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Dr Tan Seng Giaw (kiri) berkata, tidak munasabah menghentikan siasatan PAC selama hampir 3 bulan dan menjadi tanggungjawab mereka untuk memberi maklumat sahih kepada rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Ogos, 2015. 
Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Dr Tan Seng Giaw (kiri) berkata, tidak munasabah menghentikan siasatan PAC selama hampir 3 bulan dan menjadi tanggungjawab mereka untuk memberi maklumat sahih kepada rakyat.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan meneruskan prosiding inkuirinya terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) esok, kata naib pengerusinya Dr Tan Seng Giaw.
Katanya, tidak munasabah untuk menghentikan siasatan PAC tersebut selama hampir 3 bulan, merujuk kenyataan speaker Dewan Rakyat sebelum ini yang mengatakan ia hanya boleh disambung semula selepas Parlimen bersidang pada Oktober.
"Pada masa kini, orang ramai mempunyai akses kepada pelbagai berita dan pandangan. Ada yang sahih, ada yang sebaliknya. Kita cuba untuk memberi maklumat yang sahih.

"Sebagai tanggungjawab kepada masyarakat, ahli PAC akan menghadiri persidangan tentang 1MDB di Dewan Rakyat pada 4 Ogos, 2015 jam 10 pagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dr Tan juga merujuk kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang berkata kerajaan persekutuan tidak mempunyai kuasa menghentikan siasatan yang sedang dijalankan PAC terhadap 1MDB.
Pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional (BN) itu berkata, siasatan hanya boleh dihentikan sebaik sahaja jawatankuasa itu membuat rumusan dan membentangkannya kepada anggota Dewan Rakyat.
Mengulas kenyataan itu, Dr Tan berkata, sekiranya Rahman berpendirian begitu, "Beliau seharusnya membantu PAC menyambung kerja tanpa gangguan."
"Sekiranya beliau percaya hanya kerana 4 ahli berhenti menjadi ahli, PAC tidak akan menggendalakan atau menghentikan penyiasatan itu, yang terbaik ialah supaya beliau membantu PAC meneruskan kerjanya tanpa gangguan.
"Tambahan pula, apabila kebenaran sudah ditemui, kesemua tuduhan terhadap 1MDB akan didedahkan sebagai palsu. Ini strategi, bukan putar belit," katanya.
Dalam rombakan Kabinet minggu lepas, Datuk Seri Najib Razak melantik 3 anggota PAC sebagai timbalan menteri dan seorang menteri, termasuk pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamad yang kini timbalan menteri dalam negeri.
Tiga yang lain ialah Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (timbalan menteri luar), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan) dan Datuk Wilfred Madius Tangau (menteri sains, teknologi dan inovasi).
PAC dijadualkan memanggil Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy serta bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi pada 4 dan 5 Ogos.
Manakala bekas CEO 1MDB Hazem Abdul Rahman yang berkhidmat dari Mac 2013 hingga Januari 2015 dipanggil selepas itu.
Pada 29 Julai, Nur Jazlan berkata semua prosiding PAC untuk Ogos, termasuk siasatan terhadap 1MDB akan diberhentikan buat sementara waktu disebabkan lantikan Kabinet.

Prosiding PAC ditangguh, kata 1MDB

1MDB berkata, prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah ditangguhkan kepada satu tarikh lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, 1MDB berkata, ia menerima notis rasmi melalui Kementerian Kewangan daripada setiausaha Dewan Rakyat, yang juga setiausaha panel bipartisan itu yang prosiding yang dijadualkan, telah ditangguh ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini ialah 4, 5, 6, 17 dan 18 Ogos di samping 8 dan 10 September 2015, katanya.
  

Skandal 1MDB: Polis soal siasat pengarah SPRM

Polis sedang menyoalsiasat Pengarah SPRM (Operasi khas) Bahri Mohamad Zin di pejabatnya di Putrajaya.

Dipercayai ianya berkaitan dengan dakwaan kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

Tiga pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tiba di ibupejabat SPRM pada jam 2.45 petang manakala pegawai SPRM berkenaan tiba pada jam 3.10 petang.

Kira-kira 30 wartawan yang hadir, telah diarahkan untuk menunggu di luar ibu pejabat SPRM.

Sebelum ini, polis menahan tiga orang berhubung dengan kes tersebut.

Mereka ialah bekas penasihat SPRM, Tan Sri Rashpal Singh; pegawai Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur dan Timbalan Pendakwa Raya (SPRM), Ahmad Sazilee Abdul Khairy.

Ketiga-tiga telah pun dibebaskan

SPRM: RM2.6 bilion masuk akaun Najib duit penderma, bukan 1MDB....

Rafizi beri kenyataan pagi tadi...petang cerita dogeng dah keluar..!!! ha..ha..ha,,,derma oh derma..!!
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma.

Ia, kata suruhanjaya itu lagi, bukan berpunca daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB.

“Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada peguam negara,” kata SPRM.

“Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB,” kata SPRM.

Dalam kenyataannya hari ini, SPRM juga mengingatkan bahawa badan itu hanya menumpukan siasatan terhadap dakwaan kemasukan dana ke akaun Najib dan  SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Siasatan berkaitan 1MDB dilakukan oleh pihak polis manakala Bank Negara pula meneliti hal berkaitan kaedah dan tatacara kewangan, kata SPRM.

“Bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM,” kata suruhanjaya itu lagi.

SPRM juga terus memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional.

“Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh,” katanya.

SEBELUM PIHANRAYA KAMU RAYU KAMI... LEPAS PILIHANRAYA KAMU TINDAS KAMI...


DAH MENGAKU SILAP silalah letak jawatan..
Jadilah PM yang ada maruah diri..

SUDAH 3 TAHUN BAGI PELUANG apa yg kamu dah buat & buktikan peluang yg dah diberi sebelum ini..

NAK BAGI PELUANG KIKIS DUIT RAKYAT SAMPAI KERING KA ???

PECAH REKOD !!! RINGGIT JATUH LAGI..


Ekonomi dunia tak gawat pun spt 1997-1998 tup2 RINGGIT JATUH RM3.85 berbanding $1 Dolar AS.. DAH SAMPAI 'TARGET' 3.85 Ahmad Maslan.. yabedabedooo...

Apa dah jadi Najib Razak. Sblom ini kamu kata Kenaikan Penarafan Fitch Ratings terbaru memberi prospek stabil kepada Malaysia & bukti dasar kewangan k'jaan baik berbanding negatif sebelum ini..

BILA NAK CECAH RM4.00 !!! Tak sabar rasanya nak lihat negara jatuh melingkup dbawah pemerintahan Najib..

'Saya antara yang paling gembira bila ringgit jatuh' - Nazri Aziz
'Ringgit jatuh Mahathir punya pasal' - Ahmad Maslan

PELIK !!!.. SEHINGGA KE HARI INI NAJIB LANGSUNG TAK DITAHAN.. KENAPA..??!!


Malaysia Darul Kelakar 
Emotikon smil


Skandal1MDB-Najib.. YANG KENA TAHAN;

- Rakyat berdemo #Tangkapnajib
- Despatch,
- Timbalan Pendakwaraya SPRM kena TAHAN,
- Bekas penasihat SPRM
- Pegawai di pejabat Jabatan Peguam Negara
- Pengerusi Eksekutif Putrajaya Perdana Bhd
- Pengarah urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd
- Pengarah Eksekutif Kumpulan Putrajaya Perdana Bhd

RM2.6 Bilion: Rafizi beri amaran pada putar alam, cerita dongeng

PKR mendakwa isu pembiayaan parti-parti politik sengaja dibangkitkan oleh pemimpin BN untuk menutup persoalan besar berkaitan aliran wang 1MDB.

Naib presidennya Rafizi Ramli mendakwa persoalan besar yang patut dijawab berkaitan perbelanjaan RM42 bilion wang pinjaman 1MDB dan dakwaan terdapat dana syarikat itu dimasukkan ke akaun perdana menteri.

Katanya, berdasarkan kenyataan pemimpin Umno, terdapat gambaran seolah-olah dana RM2.6 bilion itu sumbangan dermawan antarabangsa dan bukan dana 1MDB.

“Berdasarkan perkara ini, siasatan ke atas 1MDB dan dana RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi perdana menteri akan menyimpulkan bahawa tidak ada unsur rasuah dan kes ditutup begitu sahaja,” katanya.

Najib sudah menghantar surat peguam terhadap The Wall Street Journal (WSJ), media antarabangsa yang melaporkan dakwaan aliran ke akaunnya sebelum ini.

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata isu baru berkaitan pembiayaan parti-parti politik hanyalah untuk mempersiapkan orang ramai dengan “skrip” ke arah kesimpulan tiada unsur rasuah dan kes ditutup.

“Saya yakin rakyat Malaysia yang celik tidak akan termakan dengan putar alam begini,” katanya.

Mana tindakan LHDN siasat RM2.6 bilion masuk akaun Najib, soal Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kredibiliti Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berdiam diri dengan dakwaan sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Ogos, 2015. 
Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kredibiliti Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berdiam diri dengan dakwaan sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tiada tindakan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap dakwaan sejumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, jika sekarang Umno memerlukan RM2.5 bilion untuk pilihan raya umum (PRU), ia tetap melanggar aturan peraturan dan undang-undang pilihan raya, dan akaun perbelanjaan setiap calon perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.
"Adalah salah jika ia melebihi jumlah tertentu. Saya pohon maaf jika peraturan ini sudah digugur. Ia diadakan untuk mengelak daripada rasuah berlaku," katanya dalam kenyataan tulisan di blognya hari ini.

Dr Mahathir berkata, sepanjang tempoh khidmatnya menjadi presiden Umno, sebanyak lima PRU diadakan dan jika disemak perbelanjaan tidak banyak wang digunakan terutama peruntukan daripada ibu pejabat parti, namun Barisan Nasional (BN) tidak pernah menang kurang daripada dua pertiga kerusi Parlimen. Beliau mengakui pernah berada dalam situasi dipaksa LHDN membayar cukai pendapatan walaupun duit di dalam akaunnya itu adalah diberikan oleh Umno bagi tujuan parti dan pilihan raya.
Katanya, ketika disingkirkan daripada Umno pada 1970, Jabatan Hasil Dalam Negeri ketika itu menggeledah rumah dan kliniknya, serta menjumpai keratan cek digunakan dan mendakwa beliau tidak melaporkan pendapatan sepenuhnya.

RM2.6 Bilion: Skandal 1MDB akan ditutup, tiada unsur rasuah, dakwa PKR

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendakwa, Datuk Seri Najib Razak dan orang-orangnya akan ‘menjual cerita’ bagi memperlihatkan seolah-olah tidak ada kes ke atas beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Ogos, 2015. 
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendakwa, Datuk Seri Najib Razak dan orang-orangnya akan ‘menjual cerita’ bagi memperlihatkan seolah-olah tidak ada kes ke atas beliau.

Berdasarkan pengamatan situasi semasa, PKR mendakwa tidak mustahil isu pemindahan wang daripada syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke akaun peribadi perdana menteri akan ditutup.
Setiausaha agung parti, Rafizi Ramli mendakwa, Datuk Seri Najib Razak dan orang-orangnya akan "menjual cerita" bagi memperlihatkan seolah-olah tidak ada kes ke atas beliau.
Katanya, siasatan ke atas 1MDB dan dana RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi perdana menteri akan berkesudahan dengan kes ditutup kerana didapati tidak ada unsur rasuah.

"Isu yang dibawa kebelakangan ini berkaitan pembiayaan parti politik hanyalah untuk mempersiapkan orang ramai dengan skrip yang disediakan, iaitu siasatan berkenaan 1MDB dan dana di dalam akaun peribadi Najib  mendapati tiada unsur rasuah dan kes ditutup begitu sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, tindakan Najib membangkitkan semula isu pembiayaan politik adalah usaha tersusun mengalihkan fokus daripada 1MDB.
"Sejak beberapa hari yang lepas, ada cubaan yang tersusun oleh pimpinan Umno untuk membawa isu baru iaitu pembiayaan parti-parti politik.
"Perkara ini mula-mula disebut Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan dan disambut sendiri Najib," katanya.

RM2.6 BILION: MAKNANYA BENARLAH LAPORAN WSJ, SARAWAK REPORT DAN THE EDGE SELAMA INI...

Kita selalu melihat lambang "u turn" di jalan-jalan dan perbuatan "u turn" juga kerap berlaku dalam kehidupan seharian manusia. Di jalanraya  banyak jalan susur untuk pergi ke mana-mana destinasi lain daripada jalan utama dan dalam kehidupan seharian juga kerapkali sesuatu perkara disusurkan daripada matlamat asal yang mahu dituju.

Begitulah lumrah dan rencah dalam kehidupan manusia. Hanya mereka yang teguh pendirian, sentiasa berbuat yang benar dan tidak takut dengan kebenaran saja yang tidak memilih laluan "u turn" atau jalan susur jika sudah membuat keputusan untuk melalui jalan lurus sehingga sampai ke matlamat yang mahu dituju sejak awal lagi.

Melalui penubuhan pasukan petugas khas oleh Peguam Negara sebelum ini, ia adalah untuk menyiasat dakwaan kemasukan wang berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.

Selepas melakukan lima tangkapan dengan terakhir seorang despatch dan kemudian Gani Patail disingkirkan sebagai Peguam Negara atas alasan kesihatan, kita tidak pernah mendengar apa-apa khabar berita lagi tentang pasukan itu.

Cuma yang kita tahu kemudiannya tiga orang telah ditahan untuk membantu siasatan. Mereka ialah bekas pengerusi sebuah panel penasihat SPRM, Tan Sri Rashpal Singh, kakitangan di Jabatan Peguam Negara, Jessica Sidhu dan seorang yang berjawatan timbalan pendakwaraya di SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairy.

Buat seketika, ramai yang bingung dengan penangkapan mereka ini. Apa tujuan orang yang ada kaitan dengan pasukan penyiasat tiba-tiba ditahan polis?

Akhirnya semalam, Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan penangkapan ketiga-tiga mereka ini  ialah untuk membantu siasatan berkaitan kebocoran maklumat 1MDB.

Katanya, kerajaan memandang serius isu kebocoran itu kerana maklumat berkaitan siasatan 1MDB telah digunakan untuk menjejaskan imej Perdana Menteri.

"Kita ambil serius isu kebocoran ini dan polis akan menyiasatnya dengan profesional. Kami mahu menentukan bagaimana maklumat itu dibocorkan sama ada melalui SPRM, Peguam Negara, Bank Negara atau pihak polis sendiri," katanya yang juga Menteri Dalam Negeri.

Pulakkk!!! 

Sistem keadilan negara telah gagal, kata BERSIH 2.0

Keluarga aktivis #TangkapNajib rayu keadilan

Reman 3 aktivis, polis salah guna kuasa, kata peguam

LETAK JAWATAN KERANA MEREKA ADA MARUAH DIRI !!!

Belanja duit negara A$5,000 (RM14,000) naik helikopter urusan parti, Speaker Parlimen Australia letak jawatan. Sini shopping terbang ke luar negara pakai jet mewah VVIP KERAjaan.. OK jer !!!

Bezanya kalau di luar negara w'pon bukan beragama Islam. Tahu letak jawatan atau tindakan undang2 terhadapnya diambil KERANA MEREKA ADA MARUAH DIRI !!!

Berbanding di M'sia nama saja beragama Islam, tapi tiada maruah diri malah begitu rakus guna harta rakyat demi kerseronokan, kemegahan & kesenangan mereka..

PAS mula bertindak, 2 pemimpin GHB bakal digantung keahlian

PAS membuat keputusan bertindak ke atas ahlinya yang menyertai Gerakan Harapan Baru minggu lalu selepas tekanan semakin kuat agar tindakan diambil ke atas mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Ogos, 2015. 
PAS membuat keputusan bertindak ke atas ahlinya yang menyertai Gerakan Harapan Baru minggu lalu selepas tekanan semakin kuat agar tindakan diambil ke atas mereka.

PAS dijangka mula bertindak ke atas ahlinya yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) termasuk menggantung keahlian mereka pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hujung minggu ini.
Menurut sumber, PAS membuat keputusan itu minggu lalu selepas tekanan semakin kuat agar tindakan diambil ke atas mereka.
"Besar kemungkinan 2 pemimpin PAS yang aktif di Kelantan akan digantung keahlian mereka," kata sumber itu.

Tindakan ini dipercayai diambil ekoran PAS Kota Baru, yang diketuai Penyelaras GHB Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, memecat Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan sebagai ahli jawatankuasa (AJK) PAS Kota Baru. Keputusan memecat Takiyudin dibuat dalam mesyuarat PAS kawasan tersebut pada 15 Julai lalu, 2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Dalam mesyuarat tersebut, Rahim dikatakan turut memecat pengarah pilihan raya PAS kawasan tersebut, Hamid Seman. Kedua-duanya merupakan AJK yang dilantik.
Dalam mesyuarat itu juga, Rahim dikatakan turut menyerahkan tugasnya sebagai yang dipertua PAS Kota Baru kepada timbalannya, Dr Rosli Allani Abdul Kadir manakala beliau sendiri mengambil cuti.
Semalam, PAS Kuala Terengganu mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menang atas tiket PAS dalam pilihan raya umum lalu selepas beliau dilantik sebagai penyelaras GHB negeri Terengganu.

'UMNO guna formula SMPPSS persiapan PRU-14' kata Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: UMNO akan menggunakan formula SMPPSS iaitu berdoa dan berusaha 'Siang, Malam, Pagi, Petang, Subuh dan Senja' sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata, formula itu diyakini dapat memenangi jiwa serta minda rakyat untuk terus menyokong UMNO pada PRU akan datang.

"Kita perlu terus mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Pembangkang yang sedang kucar-kacir sekarang ini, tapi kenapa pula kita yang hilang keyakinan untuk menang?" katanya kepada Astro AWANI di sini, hari ini.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas kenyataannya sebelum ini yang berkata tidak perlu menjawab sama ada Barisan Nasional (BN) boleh menang PRU atau tidak jika ia diadakan esok, kerana menurutnya PRU hanya mungkin akan diadakan pada 2018.

Bagaimanapun pengguna media sosial mempertikaikan kenyataan itu selain menjadikannya bahan jenaka sesama mereka.

Dalam pada itu, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkata kenyataan 'esok tidak lagi PRU' Ahmad sememangnya 'lawak antarabangsa' kerana ia tidak masuk akal.

Shafie minta mana-mana pihak henti politikkan kenyataan Muhyiddin

Letter of revision seeking to revise remand orders for Adam Adli & two activists

Tiada ruang bagi kerajaan sembunyi maklumat siasat 1MDB - Reezal Merican

P'Aktivis #TangkapNajib dilayan seperti penjenayah' - Peguam

ESOK DAH SELASA KALI KE-5 !!.. Dah SEBULAN hoiii..


 Nak tunggu Selasa bila nak saman WSJ ??!!.. Selasa tahun depan ka !!

Mana samannya Najib !!!

Katanya nak failkan saman itu melalui peguamnya di Kuala Lumpur pd 7/7/2015.. TAPI MANA ??!!

Penyokong2 & tukang jilat Najib apa komen.. Kenapa membisu !!!

Wan Azizah: Lawan BN habis-habisan

yb  DSWA parlimenJASIN, 3 OGOS: Semua pimpinan PKR diseru melipat ganda usaha memperjuang keadilan dan nasib rakyat yang kini semakin parah berikutan kegagalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengurus tadbir negara.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata semangat kepedulian tinggi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela nasib rakyat wajar diteladani semua pimpinan walaupun beliau kini dipenjarakan.
“Benar, jasadnya kini dipenjara tetapi kebimbangan dan kepeduliaannya kepada nasib rakyat tidak pernah padam.
“Apakah harga yang wajar dibayar kepada Anwar di dalam penjara selepas sekian lama memperjuangkan hak dan keadilan rakyat.
“Bagaimana pula kita menyambut pengorbanan beliau, adakah untuk jawatan dalam parti? Pesannya kepada semua ahli parti supaya menjaga amanah rakyat untuk keadilan dan kesejahteraan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada siri Jelajah Amanat Presiden di Hotel Sri Impian, di sini, semalam.
Menceritakan detik sayu setiap kali bertemu Anwar di Penjara Sungai Buloh, Wan Azizah berkata suaminya itu tidak pernah mengeluh sengsara dikurung sebaliknya sering meminta ahli parti memikirkan masalah rakyat tanpa perlu bimbang berkenaan dirinya.

RM2.6 Bilion: LHDN dah bertindak?

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak akan mempersoal lagi berhubung punca wang AS$700 juga (RM2.6 bilion) yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir berkata beliau akan menunggu sehingga ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuat laporan akhir, walaupun tidak dapat menerimanya bulat-bulat.

“Saya tidak ingin sentuh 1MDB walaupun saya sebagai rakyat yang membayar cukai berhak untuk menyoal kewangan negara.

“Tetapi seperti yang saya jelaskan saya terpaksa bayar cukai pendapatan dan denda ke atas wang yang terdapat dalam akaun saya,” katanya.

Beliau bagaimanapun terus membangkitkan sama ada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah bertindak terhadap dakwaan wang berbilion ringgit dalam akaun Najib itu.

“Soal yang saya ingin tanya ialah apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah bertindak dengan kuasa yang diberi kepadanya ke atas wang sebanyak RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun peribadi Datuk Sri Najib,” katanya.

Najib telah menafikan perkara itu dan menghantar surat peguam bagi memohon penjelasan terhadap The Wall Street Journal (WSJ) yang melaporkan dakwaan sensasi itu.

Dr M berani akaunnya 22 tahun dibongkar


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sedia akaun peribadinya selama 22 tahun menjadi perdana menteri sebelum ini diperiksa bagi membuktikan bahawa beliau telus.

Katanya bagi menghalalkan tuduhan RM2.6 bilion wang berada dalam akaun Datuk Seri Najib Razak, beliau pula dituduh perkara sama.

“Tidak ada satu sen pun dari wang derma untuk pilihan raya yang dimasuk dalam akaun saya.

“Saya sedia semua akaun peribadi saya selama 22 tahun diperiksa oleh orang yang tidak ada kepentingan bagi mengesahkan pengakuan saya ini atau sebaliknya,” katanya.

'Dulu BN tak perlu RM2 bilion untuk menang PRU' - DR M

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membangkitkan sama ada Umno memerlukan peruntukan besar untuk menang dalam pilihan raya sedangkan perkara itu tidak berlaku sebelum ini.

Katanya, jika disemak lima kali pilihan raya semasa beliau menjadi presiden Umno, tidak bayak wang yang digunakan, terutama peruntukan daripada ibu pejabat.

“Namun BN tidak pernah menang kurang dari 2/3 kerusi di parlimen,” katanya lagi.

Mahathir berkata jika sekarang Umno memerlukan RM2 bilion untuk sesebuah pilihan raya, ia tetap melanggar aturan peraturan dan undang-undang pilihanraya.

“Akaun perbelanjaan pilihanraya tiap seorang calon pilihanraya perlu dilapor kepada pihak berkuasa. Adalah salah jika ia melebihi jumlah tertentu.

Betul Cara, Ikan Belida Boleh Dipancing

A Kadir Jasin
PEMBAHAS RD – orang Baling kahwin wanita Kubur Panjang – mengulas: “Dr.M sudah agak lama mendiamkan diri. Yang paling saya risau dan hairan, mengapa JebatMustDie terus juga mendiamkan diri.”
Saya amat biasa dengan Baling dan Kubur Panjang; membuat liputan lawatan Almarhum Tun Tunku Abdul Rahman Putra ke Baling pada tahun 1969 dan kakak saya berkahwin orang Kubur Panjang.
Berkenaan Tun Dr Mahathir Mohamad, khabarnya beliau ke Jepun. Untuk JebatMustDie pula kita berdoa agar beliau sihat wal afiat dan akan kembali berkarya.
Dalam keadaan laut yang bergelora. Ombak dan badai menggila. Bahtera kita patah kemudi, terkoyak layar. Nakhoda cemas. Anak-anak kapal mengganas.
Orang yang arif mengenai hukum lautan berkata, siapa yang menabur angin dia akan menuai badai. He who sows the wind shall harvest the waves.
Siapa yang menabur angin akan menuai badai
Ketika bahtera merdeka kita dilandai badai, kemudi patah layar berkecai, nakhoda cemas anak kapal mengganas, tentulah ada pendeta dan tukang cerita yang buntu akalnya dan tumpul mata penanya.
Saya pun sekali sekala berasa terancam juga. Maklumlah kita mentimun mereka durian. Kita menggolek kita kena, mereka bergolek kita kena.
Namun saya bersyukur. Alhamdulillah dengan sokongan dan doa para pembahas serta pembaca mata pena tua saya masih tidak kering dakwatnya.

Annuar Musa bakal dilantik Pengerusi PAC?

Ahli Parlimen Ketereh itu dikatakan telah dipanggil oleh Perdana Menteri bagi tujuan pelantikan itu.
annuuar-,[pac
PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa dikatakan bakal dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu.
Desas desus menyatakan Ahli Parlimen Ketereh itu merupakan antara nama yang layak untuk menduduki kerusi panas tersebut bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang kini telah menganggotai Kabinet sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Annuar ketika dihubungi hanya menjawab ‘tiada komen’, lapor sebuah portal.
Nama beliau tiba-tiba menjadi sebutan untuk menerajui PAC selepas dipanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tujuan pelantikan itu, lapor portal itu lagi.
Selain Annuar, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar juga turut dikaitkan bakal dilantik sebagai anggota PAC bagi mengisi tiga jawatan kosong selepas anggota yang mewakili Barisan Nasional (BN) dalam PAC, Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau turut dilantik dalam barisan Kabinet baru.
Berikutan pelantikan itu, PAC tidak dapat meneruskan prosiding 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya bersambung pada Selasa dan Rabu ini dengan memanggil Presiden 1MDB, Arul Kanda dan bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Halmi.