Ahad, 2 Ogos 2015

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

Oleh Lim Hong Siang


Semalam saya sempat bersembang dengan seorang ahli PAS di Melaka, yang telah meletakkan semua jawatan partinya dan menyertai Gerakan Harapan Baru.

Lama dalam parti? Tanya saya. Saya masuk PAS umur 14 tahun, tahun ini umur saya 50 tahun, 36 tahun dah, katanya. Saya memandang beliau, berat? Beliau mengangguk. Jelas, satu keputusan yang agak sukar untuk dirinya.

Beliau masih ingat, nama saya "Siang" - nama kolum Siang Malam dalam Harakah seketika dahulu. Saya pun dah berhenti dah, kata saya.

 Sebagai tanda solidariti apabila Ketua Pengarangnya, Ahmad Lutfi digugurkan dari jawatan itu, dan dipindahkan ke jawatan lain. Dah lama dah mereka nak singkirkan dia, katanya, bukan saya.

Kemudian beliau menyebut antara cabaran yang dihadapi Gerakan Harapan Baru. Samada Kit Siang mahupun DAP, kini diserang sebagai chauvinis, dan mereka sedang cuba memberi penjelasan yang sebaik-baiknya untuk menyanggah persepsi itu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sesungguhnya masyarakat majmuk ini mempunyai pandangan yang agak berbeza dalam sesetengah isu, lantaran dasar pecah perintah untuk sekian lama.

Hukum bunuh untuk orang yang bawa parti Islam baru ?

Oleh Ridzwan  Abu Bakar 

"TEGAS TANGANI ANASIR DALAM JAMAAH" ditulis oleh Izwan Abdul Halim (Exco Pemuda Pas Malaysia).

Saya menerima satu artikel yang disebarkan dalam alam maya yang berjudul

Saya amat terkejut apabila membaca artikel yang menyimpulkan hukuman bunuh terhadap "kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga" yang dinisbahkan kalam tersebut kepada seorang tokoh agama di negeri Kedah.

Saya MENGANGGAP bahawa kenyataan ini amat bahaya, bahkan memasarkan kembali pemikiran takfiri di kalangan masyarakat.

Di sini saya turunkan petikan tersebut beserta ulasan secara point dari kenyataan tersebut.

" Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga, dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, nabi suruh bunuh, jangan taruh".

"Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak, ini hadith sohih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu, tapi orang yang tak percaya Hadis dan Quran payah kira, orang ni tak sah untuk lantik sebagai pimpinan" tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an Nisa.

Dari petikan tersebut ini komen saya:

1. Budaya mudah menghukum dengan hanya bersandarkan kepada 'teks' hadis yang difahami oleh pemberi kenyataan amat berbahaya, kenyataan ini secara umum (sebagaimana yang saya selami) merujuk kepada hadis yang berkaitan dengan jamaah, lalu perkataan jamaah itu disandarkan kepada satu pihak sahaja, sedangkan di kalangan para ulama hadis menafsirkan jamaah itu kepada beberapa makna, antaranya :

Mungkin PAS hanya dapat bertahan 2 tahun lagi ?

Oleh Hasbie Muda


1. Ramai yang berminat nak menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) mengemukakan persoalan ini. Mereka was-was apabila Presiden PAS meramalkan bahawa GHB hanya mampu bertahan 2 tahun sebelum melingkup.

2. Pertamanya, perkara yang akan berlaku pada masa depan adalah dalam ilmu Allah. Walau bagaimanapun sesiapa sahaja berhak membuat unjuran politik berasaskan sejarah serta kajian yang mungkin mereka lakukan. Ramalan atau unjuran untuk boleh jadi betul dan boleh jadi salah.
3. Izinkan saya berbeza pandangan dengan Presiden PAS dalam soal ini.

4. Survival sesebuah parti Islam di negara ini banyak bergantung (dengan izin Allah) kepada :
i) Dasar parti yang jelas dan teguh.

ii) Kepemimpinan parti yang diterima umum, cekap dan berkesan dalam mentadbir parti serta
iii) Keupayaan sesebuah parti untuk bersifat inklusif dengan tawaran yang memberikan manfaat kepada masyarakat terbanyak.

5. Memiliki semata-mata dasar parti yang jelas dan teguh belum tentu menjamin sesebuah parti itu mampu survive di arus perdana. BERJASA dan AKIM adalah contoh parti Islam yang gagal bertahan walaupun dasarnya jelas. Kelemahan parti-parti tersebut adalah mereka tidak dipimpin oleh kelompok kepemimpinan sebagaimana dalam perkara (ii) selain gagal dalam perkara (ii).

6. Ada juga yang memiliki percirian (i) dan (ii) tetapi tetap juga gagal kerana tidak berupaya menjadi sebuah parti yang inklusif. HAMIM yang ditubuhkan oleh Almarhum Dato' Asri menggariskan dasar yang jelas serta dipimpin oleh barisan kepemimpinan yang hebat tetapi ia hanya dilihat eksklusif untuk rakyat Kelantan dan sedikit di Kedah semata-mata selain kelompok yang tidak berpuas hati dengan kepemimpinan baru PAS pada ketika itu. Lebih malang, ketokohan Almarhum Dato' Asri berjaya ditenggelamkan oleh Ketua Ulama' PAS Almarhum Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga merupakan bekas panglima yang berada lama di belakang Asri.

7. PAS khususnya selepas 1982 sangat bergantung kepada kepada tokoh-tokoh utama yang memimpin PAS kerana mereka adalah idealogue atau institusi yang akan menghuraikan falsafah perjuangan PAS kepada masyarakat. Dulu,falsafah perjuangan PAS akan dihuraikan oleh 3 tokoh utama Kepemimpinan Ulama' iaitu Almarhum Ustaz Fadzil, Almarhum TGNA dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) . Apabila Almarhum Ustaz Fadzil meninggal pada tahun 2002, PAS masih ada dua institusi yang dominan iaitu Almarhum TGNA dan TGHH. Kedua-dua saling mengimbangi.

GHB tidak beri kesan kepada PAS, kata PAS Kedah


Post Pic

SHAH ALAM: Pergerakan wadah baru oleh kumpulan progresif PAS yang nekad menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak memberikan ancaman sepertimana dibayangkan hingga menyangka PAS akan pupus, demikian kata Pesuruhanjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi.
 
"Sama ada mereka akan pecah undi, yang itu kita tak dapat nak jangka lagi. Kita pun tidak tahu dia nak masuk pilihan raya ke tak masuk, atau dia nak tubuh parti politik betul-betul ke atau dia gempar sahaja. Politik ni macam-macam", katanya seperti yang dilaporkan dalam laman web rasmi PAS.
 
PAS Kedah katanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap GHB yang dijadualkan akan ditubuhkan secara rasmi 14 September depan.
 
"Jadi kalau kita tak kenal, payah kita nak cakap. Bila kenal baru mudah bercakap. Jadi kalau kita buat kesimpulan ni, kena tengok gelung (pagar) tu dululah, bukan kita pakai pergi langgar yang belah orang. Kita kena tengok, kenal dulu.
 
"Kita pergi tengok sempadan kita di mana, barulah kita boleh pergi turun ke bendang begitu. Kalau kita pergi langkah gelung orang, masalah. Kita kena kenal dululah," katanya.

Mat Sabu enggan komen apa-apa berkaitan PAS lagi


Pengerusi protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu berkata beliau sudah menjadi ahli biasa dan enggan mengulas apa-apa yang berkaitan dengan PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Ogos, 2015. 
Pengerusi protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu berkata beliau sudah menjadi ahli biasa dan enggan mengulas apa-apa yang berkaitan dengan PAS. 

 Pengerusi protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu menyatakan hari ini, beliau kini enggan mengulas apa-apa yang berkaitan dengan PAS.
Bekas timbalan PAS itu, lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu, berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seolah-olah berpihak kepada perdana menteri sejak kebelakangan ini.
"Itu kena tanya dia (Hadi). Kena tanya isi hati dia. Saya tak nak komen atas pandangan peribadi dia.

"Saya tak nak komen lagi hal PAS. Saya dah jadi ahli biasa," katanya selepas majlis 'Dialog Terbuka #Harapanbaru bersama Mat Sabu dan Pimpinan' di Kuala Lumpur hari ini. Selasa lalu, susulan rombakan Kabinet, Hadi menggesa wakil rakyat PAS memerhatikan terlebih dahulu barisan Kabinet yang baru diumumkan sebelum membentangkan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat.
"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu)... kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," beliau dilaporkan berkata.
Jumaat lalu, Najib memuji Hadi, menyatakan beliau menghargai sikapnya yang berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.

Satu harga yang mahal perlu dibayar untuk sokongan umum

oleh Alyaa Alhadjri
TANGGA BATU: Perdana Menteri Najib Razak tiba di Dataran 1Malaysia di Pantai Klebang di sini, dengan paluan gendang pada kira-kira jam 9 malam pada 1 Ogos.
Ahmad Zahid HamidiAhmad Zahid Hamidi
Satu sambutan meriah ketika Najib melangkah masuk, ditemani oleh isterinya Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Khalil Yaacob dan isteri, dan juga ketua menteri Melaka Idris Haron.
Acara malam itu - Solidariti Aidilfitri Bersama Perdana Menteri - telah dihadiri oleh lebih 50,000 orang, atau setidak-tidaknya jika dikira dengan jumlah meja yang disediakan.
Mereka hadir dari seluruh Melaka, setiap orang dengan satu kad jemputan yang termasuk dengan nombor cabutan bertuah untuk memenangi kereta, motorsikal, basikal, iPad, iPhone 6 dan hadiah-hadiah lain.
Sesetengah turut datang dari negeri-negeri jiran.
Idris dalam ucapan pembukaannya berkata terdapat kira-kira 10,000 orang ahli MIC dan 12,000 orang ahli MCA, dan majoriti adalah dari Umno, bersama ahli keluarga mereka.
Terdapat juga pegawai tentera yang datang dari kem tentera Terendak.
Jika Idris berniat untuk menunjukkan sokongan buat Najib, acara itu pastinya boleh diisytiharkan sebagai berjaya.
“Terdapat orang sejauh mata memandang. Lebih daripada 50,000 orang...Dari segi kualiti, semangat orang di Melaka telah terbukti ketika saya tiba dengan isteri saya.
“Inilah sebabnya saya begitu sukacita dan sangat gembira yang saya mungkin akan mempertimbangkan permintaan ketua menteri sebentar tadi,” kata Najib dalam ucapannya.
Antara yang lain, Najib berkata beliau telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM180 juta untuk projek sungai Melaka fasa kedua, dan juga peruntukan untuk memanjangkan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.
Pemanjangan lapangan terbang itu, kata beliau, adalah perlu untuk menampung usaha sama antara Melaka dan Guang Dong akan datang - sebuah wilayah di China yang mewakili 25% urus niaga dangangan Malaysia-China.

MEMANG BERBALOI BODEK, AMPU, JILAT NAJIB


JANGAN MAIN-MAIN... Lawak2 bangang & bodoh dia pon, NAIK JUGA PANGKAT..

Kalau dulu kebangsaan jer, sekarang dah antarabangsa tau.. Ada peluang ler tu naik jet mewah VVIP bersama Rosmah & Najib terbang ke luar negara (antarabangsa).. Bertuahnya badan..

Siapa kata pilihan raya esok, ada banyak masa lagi, kata Najib yang kena virus Mat Maslan..!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) dan Umno masih mempunyai banyak masa untuk meraih keyakinan orang ramai kerana pilihan raya tidak akan diadakan "hari ini atau esok".
Kenyataan beliau itu dilihat seperti menjawab dakwaan timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas yang BN akan tewas dalam pilihan raya umum jika ia diadakan sekarang.
"Ada orang kata kita akan kalah jika pilihan raya diadakan hari ini. Siapa kata pilihan raya hari ini? Bukan hari ini, bukan esok," kata Najib pada mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu hari ini.

"Kita ada cukup banyak masa untuk itu, untuk mendapatkan keyakinan orang ramai," katanya. Muhyiddin Ahad lepas memberi amaran tentang kedudukan BN dari persepsi masyarakat sekarang disebabkan oleh kontroversi yang menyelubungi sekitar 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Gambar bersama Muhyiddin-sultan, 'pemimpin sejati' dipuji

Sekeping gambar sultan, Tengku Mahkota Johor (TMJ) dan menteri besar membawa seribu makna apabila dimuat naik ke Internet petang ini.

Facebook bola sepak Johor, yang dinaungi, TMJ memuat naik gambar mereka bergambar bersama, kemungkinan dalam pertemuan mereka di Istana Serene Johor Bahru hari ini.

Tanpa menyentuh secara jelas, gambar itu dimuat bersama tulisan memuji "pemimpin sejati",

"Pemimpin sejati tidak mencipta pengikut, mereka membentuk lebih ramai pemimpin," menurut tulisan itu.

Muhyiddin sangkal tohmahan untuk tumbang kerajaan

Beliau mengulangi ikrar untuk terus memperkukuh parti dengan menyuarakan pandangan sendiri.
muhyiddin_talk_600
PETALING JAYA: Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan bahawa beliau ingin menumbangkan kerajaan.
Katanya, tohmahan pihak tertentu terhadap dakwaan berkenaan juga tidak munasabah kerana sebagai orang nombor dua dalam parti, beliau akan terus membantu memperkukuh kerajaan.
“Sekarang saya sudah ada masa untuk isteri dan anak-anak, namun, saya akan kekal, selagi tanggungjawab ada, saya akan bantu Presiden dan tidak lepaskan tanggungjawab.
“Kita kena susun langkah untuk mengatasi pelbagai masalah negara seperti beban kos hidup rakyat dan hal-hal berkaitan keselamatan,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online.
Dalam ucapannya ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kluang, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau mengulangi janji akan terus membantu Najib untuk mengukuhkan parti dan pada masa akan menyuarakan pandangan sendiri terhadap kelangsungan parti itu.
Menyentuh mengenai bahagian UMNO yang bertindak menarik jemputan untuk beliau merasmikan persidangan perwakilan, beliau menjelaskan tidak akan mengambil hati.
Sebelum ini UMNO Bahagian Raub memutuskan untuk membatalkan jemputan perasmian yang sepatutnya dibuat oleh Muhyiddin.

ROYAL SYMPATHY FOR MUHYIDDIN, REBUKE FOR NAJIB: True leaders don't create more followers, they create more leaders - Johor Prince


Former deputy prime minister Muhyiddin Yassin received a thumping morale booster from the Johor Sultan who summoned him for a private audience over his shock sacking from the Cabinet by Prime Minister Najib Razak.
It is not clear what transpired during the hour-long meet, also attended by Johor's outspoken Crown Prince Tunku Ismail and Mentri Besar (Chief Minister) Khaled Nordin.
However a picture posted by Tunku Ismail showing a beaming Muhyiddin posing alongside with royal family has gone viral.
In what appears to be another rebuke against Najib for Muhyiddin's controversial sacking, Tunku Ismail had also posted the caption 'True leaders don't create followers, they create more leaders'.

Controversial pic
Muhyiddin, a Johor boy and MP for Pagoh, had criticized Najib's handling of the 1MDB financial debacle and demanded the PM come clean on allegations that RM2.6 bil had been diverted into his personal accounts at AmBank.
Najib had said he had 'no choice' but to drop Muhyiddin as he needed a deputy who would toe his line.
The sacking has split their ruling Umno party, with the Johor divisions backing Muhyiddin and demanding his reinstatement.
Even former prime minister Mahathir Mohamad has snidely announced it was now 'a crime' to talk about 1MDB and question its dubious deals.
Nonetheless, Muhyiddin has vowed to continue to speak up on the 1MDB debacle, which many financial analysts have blamed for plunging the stock market and pushing the ringgit value to fresh lows against the US and Singapore dollars.
Royal sympathy

Selepas dipecat, sambutan 'hangat' buat Muhyiddin di Kluang

Skandal 1MDB - Kenapa Tun M Bercakap Pada Media asing

TS Sanusi - Beza Pemecatan Muhyiddin Dgn Musa/Anwar

Selepas dipecat Najib, Sultan Johor arah Muhyiddin menghadap

Usul kes Altantuya, skandal 1MDB dalam AGM Umno Kluang

Skandal 1MDB: Polis serbu pejabat timbalan pendakwa raya SPRM

Muhyiddin: Ahmad Maslan 'budak kecil sombong'

Badi Mahathir kini sudah terkena Najib



Segala tindakan Najib Razak termasuk tindakan secara pejam mata (berani) memecat timbalannya Muhyiddin Yassin, serta tindakan susulan oleh PDRM tentunya atas arahan Zahid Hamdi yang baru menerima ghanimah jawatan TPM dari Najib, menahan beberapa individu tertentu tidak akan menyelesaikan masalah Najib.

Bahkan segala tindakan itu memberi alasan dan hujah baharu kepada penentang Perdana Menteri itu agar berundur. Tindakan itu menimbulkan kemarahan dan kebencian baharu kepadanya. Kalau dahulu orang di luar Umno yang serabut dan benci dengan Najib tetapi tindakan terbaru mengundang kemarahan dari dalam Umno.


Mereka yang bersimpati dengan Muhyiddin kini sudah lantang menyuarakan kemarahan dan kebencian kepada Najib. Senario ini akan kelihatan di sepanjang Umno di semua peringkat mengadakan mesyuarat peringkat bahagian yang sudah pun bermula kini. Keadaan menunjukkan Umno terbelah dua akan terpamer dari sikap dan tindak tanduk ahli ekoran tragedi itu.

Najib dalam menghadapi saat-saat genting gagal mengurangkan musuh tetapi ralik menambahkan musuhnya.

Nasib diterima Dr Mahathir Mohamad tahun 1998 ekoran memecat timbalannya Anwar Ibrahim, dimana Mahathir didesak dan diasak agar melepaskan jawatan kini sudah berjangkit, badi Mahathir sudah terkena kepada Najib. Walaupun tidak ada bangkitan segera daripada Umno tetapi momentum ke arah itu sudah bergerak.

Muhyiddin juga hari ini telah memberi isyarat dia tidak akan membisukan diri daripada terus memperkatakan isu 1MDB. Muhyiddin kata dia tidak akan berada dalam sindrom bisu. Ertinya skandal 1MDB akan dijadikan modal besar untuk Muhyiddin bergerak menggerudi Najib.

Tindakan memecat Muhyiddin itu satu perkiraan mendalam dibuat Najib. Tindakan itu sebenarnya satu pilihan terakhir yang harus dibuat secara pantas. Najib tidak ada pilihan kedua atau ketiga, hanya ada satu pilihan sahaja. Pecat Muhyiddin.

Muhyiddin bukan sahaja setakat menjadi duri dalam daging kepadanya, tetapi tindakan dan ketegasan Muhyiddin dalam isu 1MDB dan akaun peribadi Najib menjadikan, sikap Muhyiddin terhadap isu itu menjadikan ia bagaikan api dihadapan dan duri di belakang bagi Najib. Najib harus menyelamatkan diri dari keadaan itu.

Najib satu masa sukar untuk mengambil tindakan terhadap Muhyiddin tetapi dalam masa lain beliau terpaksa berbuat demikian apabila gagal menjinakkan Muhyiddin. Dipercayai Najib mula tertekan dan hilang akal apabila Muhyiddin menunjukkkan sikapnya tidak sedia berkompromi dengan Najib dengan memberi kata dua; berhenti atau Najib memecat beliau.

Sikap Muhyiddin itu menggambarkan beliau sudah tidak boleh lagi untuk berdiplomasi memikul masalah Najib, berhubung pengaliran wang dana 1MDB ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri itu sebanyak RM2.6 billion. Muhyiddin berbuat begitu kerana dia sendiri berasa malu berketuakan orang seperti Najib. Sebagai seorang yang dididik dengan nilai-nilai Islam sedari kecil Muhyiddin tidak sampai hati mengkhianati saksiah dirinya.

Muhyiddin selar kenyataan 'esok bukan pilihan raya' Ahmad Maslan

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan anggota kabinet Datuk Ahmad Maslan sebagai sombong susulan ulasannya berkaitan peluang BN dalam pilihan raya.

Ahmad dilapor berkata tidak perlu menjawab berhubung peluang BN dalam pilihan raya kerana 'esok' tiada lagi pilihan raya.

Muhyiddin menyamakan kenyataan Ahmad itu dengan budak kecil yang tidak mahu apa-apa apabila dewasa atas alasan masih lagi kecil.

Kenyataan Muhyiddin itu disambut dengan gelak ketawa oleh 400 perwakilan Umno bahagian Kluang yang mengadakan mesyuarat tahunan mereka.

Muhyiddin sebelum digugurkan sebagai timbalan perdana menteri sebelum ini berkata, sekiranya pilihan raya umum diadakan esok, BN akan kalah.

Adakah Muhyiddin merancang penyingkirannya?

oleh Hazlan Zakaria
Rombakan Kabinet berlaku beberapa hari lalu. Dan melihat kepada keadaan di mana Muhyiddin Yassin menjadikan dirinya mangsa lantas diangkat pejuang Umno, saya tertanya-tanya samada bekas Timbalan Perdana Menteri itu sengaja melakukan provokasi agar beliau disingkir daripada Kabinet.
Dengan tersenyum seraya berkata “Saya menerima” keputusan PM sambil menuturkan janji taat setia kepada pucuk pimpinan dan parti, mungkinkah keadaan ini yang dimahukannya? 
Adakah beliau merancang penyingkirannya?
Muhyiddin dan lain-lain telah diberi amaran lebih awal bahawa Perdana Menteri bakal melakukan penyingkiran bagi sesiapa yang mempersoal skandal 1MDB.
Walaupun itulah yang mula dilakukan PM, Muhyiddin terus berdegil dengan menyuarakan kritikan terbuka ke atas cara Najib Razak menangani isu tersebut. Mungkin memang itu niatnya.
Jadi, dengan penasihat-penasihat Najib mendominasi pentadbiran sebagaimana yang dijangka, adalah lebih baik bagi Muhyiddin keluar daripada Kabinet.
Walaupun beliau dilihat bertanggungjawab di dalam menyingkir bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawai bagi memberi laluan kepada Najib pada 2009, Muhyiddin dikatakan terkeluar daripada kelompok Najib.
Dan ramai yang telah menjangka bahawa beliau bakal tersingkir akhirnya.

Bagaimana kedudukan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno?…


Oleh Azri El
SEKALIPUN dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi Timbalan Presiden Umno.Malah, hari ini pun pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara, beliau berkata, akan terus berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Umno.
Namun, selamatkan kedudukannya itu selepas beliau bukan lagi TPM?
Mengikut amalan parti Melayu itu dan Barisan Nasional (BN), jawatan Perdana Menteri (PM) disandang oleh Presiden Umno, manakala TPM adalah untuk Timbalan Presiden Umno.
Namun kini, Muhyiddin bukan lagi TPM. Beliau baru sahaja ‘dipecat’ Datuk Seri Najib Razak semalam. Najib telah memberikan jawatan TPM kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menang jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan 2013 lalu dengan jumlah undi tertinggi iaitu daripada 185 bahagian.
Jika dibandingkan dengan tiga bekas TPM yang juga Timbalan Presiden Umno pada era Tun Dr Mahathir Mohamad, kes kali ini mungkin menempa sejarah tersendiri, itupun jika Muhyiddin tidak meletak jawatan secara sukarela.
Pada era Tun Dr Mahathir dahulu, TPM yang juga Timbalan Presiden Umno, Tun Musa Hitam meletak jawatan TPM pada 1987, tetapi kekal sebagai Timbalan Presiden parti selama hampir setahun, sebelum tewas kepada Tun Ghafar Baba pada pemilihan parti.
Musa Hitam ketika itu bukan dipecat daripada jawatan TPM seperti yang berlaku kepada Muhyiddin, sebaliknya semua orang tahu tindakannya meletak jawatan adalah kerana memprotes pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi saingannya ketika itu.
Kemudian, Tun Ghafar Baba dilantik menjadi TPM pada 10 Mei 1986. Pada 1993 Tun Ghafar berundur daripada jawatan Timbalan Presiden dan TPM apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno dicabar Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagi kedua-duanya, Musa dan Ghafar, mereka meletak jawatan atau kalah dalam pemilihan. Namun, bagi kes Anwar ianya berbeza kerana beliau tidak meletak jawatan atau kalah dalam pemilihan, sebaliknya dipecat daripada jawatan TPM dan parti kerana tuduhan dan kesalahan jenayah yang sudah dibuktikan di mahkamah.
Berbeza dengan kes Muhyiddin apabila beliau dipecat daripada jawatan TPM. Lalu, apakah ‘komplot’ baru dalam Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk menyingkir beliau daripada jawatan Timbalan Presiden?

Najib dan Zahid, pertembungan hitam dengan putih

oleh Shahbudin Husin
Keluarga, rakan-rakan dan orang Perak mungkin paling gembira dengan perlantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru menggantikan Muhyiddin Yassin yang dipecat pada Selasa lalu.  Sejak merdeka, inilah kali pertama pemimpin dari  Perak dianugerahkan jawatan kedua tertinggi itu dalam kerajaan.

Tentunya juga lebih ramai yang mengharapkan beliau tidak kecundang di tengah pendakian sebagaimana beberapa Timbalan Perdana Menteri sebelum ini dan seterusnya dapat menjadi orang Perak pertama berjaya  menduduki puncak singgahsana Seri Perdana akhirnya.

Zahid sendiri barangkali kembang mekar hatinya ketika menerima perlantikan tersebut, walaupun menyatakan jawatan itu lebih berupa amanah berbanding hadiah. Perasaan dan ucapan seperti itu adalah normal kepada sesiapa saja.

Tetapi hakikatnya, Zahid sedang berdepan tugas paling sukar berbanding mana-mana Timbalan Perdana Menteri sebelum ini. Jika selama ini ramai yang melihat beliau sebagai pemimpin yang suka senyum dan ketawa, bebanan tugas berat yang menantinya tidak mustahil membuatkannya tidak sempat langsung mempamerkan wajah manisnya lagi.

Susunan tugas yang menantinya bukan saja berkaitan parti dan kerajaan yang sedang berhadapan dengan pelbagai isu, malah yang paling sukar bagi Zahid ialah mengembalikan semula kepercayaan serta keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak.

Ia pula akan berterusan sehingga pilihanraya ke 14 yang bakal menentukan sama ada UMNO mampu kekal berkuasa atau hilang segala-galanya.

Isu 1MDB dan wang RM2.6 bilion adalah isu yang paling menghenyak Najib dan meskipun sandaran boleh diletakkan kepada pasukan petugas khas menanganinya, mengubah persepsi rakyat yang tidak memihak kepada UMNO dan kerajaan adalah tugas paling utama bagi Zahid.

Ia memburuk kerana serentak dengan pemecatan Muhyiddin, Najib juga menyingkirkan Peguam Negara daripada jawatannya dan menggula-gulakan empat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC dengan jawatan menteri dan timbalan menteri.

Kenyataan ‘esok’ Ahmad Maslan lawak antarabangsa, kata Muhyiddin

Kenyataan "esok bukan pilihan raya" oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan disifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai "lawak antarabangsa" kerana katanya, ia tidak masuk akal.
Timbalan presiden Umno itu berkata, apabila menyatakan "Barisan Nasional (BN) akan tewas sekiranya pilihan raya umum (PRU) diadakan esok", beliau maksudkan parti itu mungkin akan mengalami kekalahan dalam PRU akan datang sekiranya tiada tindakan diambil terhadap isu berbangkit dan ia sebagai peringatan untuk Umno kekal berkuasa.
"Memang saya tahu esok tak pilihan raya.

"Seorang pemimpin Umno dari Johor yang ada jawatan dalam parti dan kerajaan berkata, kenapa nak kata BN akan kalah kerana esok bukan pilihan raya? "Ini mungkin 'international joke' (lawak antarabangsa).
“Anggap seperti seorang ibu tanya anaknya, esok besar nak jadi apa? Si anak boleh jawab, esok saya masih kecil," katanya sambil disambut gelak ketawa dan tepukan gemuruh perwakilan yang memenuhi Kompleks Pekan Rabu di Kluang, hari ini.
Pada 26 Julai, ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Cheras, Muhyiddin berkata, BN akan kalah sekiranya Parlimen dibubarkan esok, bagi membawa maksud sekiranya PRU14 diadakan dalam tempoh terdekat.
Ahmad, kemudiannya pada 30 Julai ketika ditanya pemberita berkata, beliau tidak perlu menjawab sama ada BN boleh menang PRU14 atau tidak jika ia diadakan esok, kerana katanya, ia hanya mungkin akan diadakan pada 2018.

TPM baru beri jaminan tak tangkap saya, kata Muhyiddin

Muhyidin ikrar tak membisu hal rakyat, skandal 1MDB

JIKA RM2.6B UNTUK DANA PILIHANRAYA, KENAPA AKAUN BANK NAJIB DITUTUP? Siapa diperbodohkan????

Siapa bodoh? Siapa diperbodohkan? Dan siapa merelakan dirinya dibodohkan?

Jawapan kepada semua persoalan itu mungkin akan diketahui oleh kita semua tidak berapa lama lagi.

Tetapi ketika itu adakah yang berani menunjalkan seseorang sebagai bodoh atau lebih rela memperbodohkan diri sendiri sebagai bodoh sekali lagi?

Ketika mula-mula The Wall Street Journal atau WSJ membuat dakwaan mengenai wang RM2.6 bilion yang dikatakan mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak, sementara ramai mahu tahu kebenaran dakwaan itu, kumpulan pro beliau pantas mengatakan ia adalah fitnah dan dusta.

Pelbagai hujah dan alasan dicari, termasuk ejaan nama Najib pada slip bank yang dikatakan tidak betul juga diambil kira untuk mengukuhkan dakwaan itu tidak benar belaka.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan pantas menafikan dakwaan WSJ itu dengan mengatakan Perdana Menteri tidak begitu bodoh untuk berbuat demikian

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, beliau berkata, "Perdana Menteri bodoh mana yang akan mengambil RM2.67 bilion daripada dana kerajaan untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

"Ia tidak munasabah langsung. Jika benar, ia adalah kebebalan yang terlalu amat sangat," katanya lagi.

Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din turut mengatakan kemasukan dana ke dalam akaun peribadi tidak masuk akal, sebaliknya mengatakan jika Najib mahu melakukannya, ia pasti disalurkan melalui akaun rahsia.

Semakin lama isu itu menjadi mainan media dan perbualan ramai, ditambah dengan Najib tidak berani tidak berterus terang mengenainya, sebaliknya hanya berkata "tidak pernah menggunakan wang 1MDB untuk kepentingan peribadi", ia kemudian bertukar sebagai konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan menggulingkan kerajaan pula.

Berdegar-degarlah "burung belatuk"  mengulangi cakap-cakap bahawa konspirasi ini sebenarnya juga bermatlamat menjatuhkan kepimpinan Melayu dan Islam di negara ini.

Susulannya Sarawak Report disekat oleh SKMM dan akhbar perniagaan The Edge digantung permitnya. Tuntutan penjelasan juga dikemuakan kepada WSJ , cuma belum diketahui khabar beritanya sehingga ini sama ada saman akan dikemukakan atau tidak.

Apabila Muhyiddin Yassin membangkitkan isu tersebut  di mesyuarat perwakilan UMNO Cheras dengan meminta Najib sendiri memberi penjelasan mengenainya sehingga akhirnya dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, apa pula "entah burung jenis apa"  berbunyi mengatakan wang dalam akaun Najib adalah hak peribadinya dan Muhyiddin atau sesiapa saja tidak berhak untuk ambil tahu tentangnya.

Menteri yang baru dilantik, Azalina Othman Said pula berkata, wang RM2.6 itu bukan isu benar kerana ia hanya melibatkan penderma dan penerima saja.

Ehh...daripada fitnah, Najib bukan bodoh dan konspirasi dan berbagai hujah pembelaan lain, tiba-tiba semuanya bertukar nada seolah-olah wang RM2.6 bilion itu benar-benar pernah masuk dalam akaun Perdana Menteri.

Maksiat: Ustaz Kazim Elias tegur Azalina

SHAH ALAM - Penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkenaan saranan Azlina terhadap Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem.

Datuk Mohd Kazim atau lebih dikenali sebagai ustaz Kazim berkata, saranan itu adalah saranan 'songsang' kerana sebagai makhluk ALLAH kita disarankan mencegah kemungkaran walaupun dalam lakonan.

"Lama sungguh saya mendiamkan diri di dalam arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info.. Tapi rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada orang yang mengatakan kalau setakat berpegang-pegang atau adegan-adegan tertentu antara bukan mahram dalam drama dan filem tak payahlah diperbesarkan, disuruhnya pulak berfikiran terbuka jangan disempitkan.

"Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha untuk menambah baik dan patuh pada perintah ALLAH wajib disokong, untuk akak yang bercakap demikian, bawak-bawaklah insaf, hidup didunia tidak lama, kuasa menteri pun apa sangat. Kita ini makhluk ALLAH, hamba ALLAH, kalau kita tidak mampu jadi baik tapi janganlah halang orang lain nak jadi baik…Yang haram tetap haram walau sekadar lakonan," tulisnya dilaman Facebook rasminya semalam.

Usul Altantuya, 1MDB dalam AGM Umno Kluang

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sambutan hangat ketika hadir ke mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Kluang, berbeza dengan mood di Seremban dan Kota Melaka semalam.

Muhyiddin, yang digugurkan sebagai timbalan presiden Umno dipercayai kritikan berhubung isu 1MDB, dijadual berucap kepada 400 orang perwakilan.

Mesyuarat pula dijangka panas apabila terdapat usul menuntut penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan dakwaan skandal terhadapnya, termasuk isu 1MDB dan pembunuhan Altantuya Shaariibu.

“Isu itu masih menjadi persoalan termasuk siapa yang memberi arahan kepada Sirul Umar Azhar,” menurut usul yang diterima media itu.

"Sebagai pengawal peribadi YAB Datuk Seri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Ini adalah nyawa manusia, amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.”

Selain itu, usul berkaitan 1MDB mempersoalkan bagaimana sebuah syarikat milik penuh kementerian kewangan yang mana perdana menteri sendiri merupakan pengerusi lembaga penasihat miliki bebanan hutang berjumlah RM51 bilion.

'Bagi ruang sikit pada kawan-kawan PAS' - Umno Lembah Pantai

Umno Lembah Pantai menyokong penuh kerjasama antara Umno dengan PAS.

Ketuanya, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata ini kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri yakin dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najub Razak.

Beliau berkata demikian ekoran kenyataan Abdul Hadi dan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din yang mahu presiden Umno itu kekal mentadbir negara.

"Dua hari lepas presiden ada sebut walaupun ada orang Umno yang suruh dia letak jawatan tetapi jelas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS mengatakan mahu Najib kekal sebagai PM.

"Ini menunjukkan ada keterbukaan pihak PAS untuk bekerjasama," katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lembah Pantai hari ini.

"Saya rasa kita boleh mula bekerjasama dengan persempadanan semula yang perlu diadakan sudah lebih 10 tahun.

"Apa yang berlaku dalam PAS hari ini adalah sebagai permulaan untuk kita bekerjasama," katanya.

GHB: Pas Kuala Terengganu putus hubungan dengan Raja Bahrin

Tindakan itu dibuat selepas Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu menerima pelantikan sebagai beliau Pengerusi GHB negeri Terengganu.
pas-ulama-raja-bahrin
PETALING JAYA: Pas Kuala Terenggaanu memutuskan segala bentuk hubungan dengan Ahli Parlimennya, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah susulan pengumuman beliau Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri Terengganu.
Keputusan itu dibuat ia mengadakan mesyuaratnya pada 1 Oogos 2015.
Dalam kenyataannya, Pas Kuala Terengganu menjelaskan tindakan itu dibuat selepas Raja Bahrin mengesahkan beliau menerima jawatan berkenaan yang diumumkan dalam Himpunan GHB di Besut, 31 Julai lalu.
“Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat pada 1.8.2015 berpegang kepada perkeliling isu GHB yang dikeluarkan oleh PAS Pusat bertarikh 29.7.2015 rujukan : PAS/PA/2.01/15-17(8) antaranya tidak lagi mengabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada YBM Ahli Parlimen Kuala Terengganu,”petik kenyataan itu.

154 Ketua UMNO bahagian sokong pecat Muhyiddin, rombak Kabinet - Aziz Kaprawi

Ini membuktikan Perdana Menteri tidak membuat keputusan bersendirian sebaliknya mendapat sokongan majoriti pemimpin UMNO.
aziz-kaprawi-umno
PETALING JAYA: Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dibuat selepas mendapat sokongan lebih 150 Ketua UMNO bahagian.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, pemimpin parti berbincang isu itu menerusi applikasi Telegram selepas Muhyiddin mengkritik 1MDB ketika berucap merasmikan majlis Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras pada Ahad lalu.
“Dalam tempoh tujuh jam (pada Isnin), 154 UMNO Bahagian menyokong Perdana Menteri membuat rombakan Kabinet.
‘”Begitu juga Ahli Majlis Tertinggi yang memberi mandat kepada Presiden untuk merombak Kabinet,” katanya merasmikan mesyuarat UMNO Lembah Pantai pada Sabtu.
Ini katanya, membuktikan Najib tidak membuat keputusan bersendirian sebaliknya mendapat sokongan majoriti pemimpin parti.
Muhyiddin digugurkan dalam rombakan Kabinet pada Selasa lalu bersama-sama Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal.

Wang dalam akaun peribadi Najib bukan milik rakyat - Rahman Dahlan

Wang dalam akauan amanah PM adalah derma daripada penyokong parti yang tidak didedahkan identitinya.
umno,-1mdb,-Rahman-Dahlan,-Najib
PETALING JAYA: UMNO memberi kebenaran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk mempunyai akaun amanah bagi pihak parti atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, ia bukan perkara baru kerana mereka yang menyandang kedudukan itu sebelum ini juga mempunyai akaun yang sama.
“Saya hendak memberitahu bahawa UMNO mempunyai peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan presiden parti untuk mempunyai akaun amanah bagi pihak parti.
“Adalah tidak mustahil dan tidak memeranjatkan jika Presiden UMNO (ketika ini) dan Presiden UMNO terdahulu mempunyai akaun amanah bagi pihak parti,” katanya yang dipetik daripada ismaweb.net.
Jelasnya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Kubang Pasu, Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan itu menerangkan wang yang berada di dalam akaun amanah berkenaan bukan milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau duit rakyat.
“Apa-apa derma diambil daripada dahulu hingga sekarang oleh UMNO tidak ada kena-mengena dengan wang rakyat. Ia adalah derma daripada penyokong-penyokong parti. Jika dia ada wang dan hendak membantu parti, itu adalah hak individu dan bukan wang 1MDB,” katanya.
Jelaskan lagi, pembangkang tidak perlu tahu sumber yang diperolehi dalam akaun berkenaan kerana tiada undang-undang yang mewajibkan mana-mana parti politik mendedahkan nama penderma mereka.

Diantara pelapik-pelapik baru dengan pelapik-pelapik pencen

Oleh Aspan Alias
Sekali fikir apa yang dialami oleh Muhyiddin sekarang adalah disebabkan sikap dan tindakan beliau yang membenarkan dirinya dipergunakan untuk kepentingan orang lain. Akhirnya beliau terhumban ketepi juga kerana memberikan sokongan dan sanggup dirinya dipermainkan oleh orang lain juga. Setengah pemikiran politik yang saya dengar bercakap Muhyiddin terbuang disebabkan oleh orang yang sama juga. 

Beliau adalah orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan Abdullah Badawi. Beliau menolak Abdullah Badawi dengan berhempas pulas bukan kerana Abdullah Badawi melakukan kesalahan kepada beliau, tetapi kerana Dr Mahathir tidak mahu melihat Abdullah terus mentadbir negara. Justeru Muhyiddin telah digunakan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir semasa itu untuk menurunkan Abdullah untuk menaikkan Najib sebagai pengganti kepada Abdullah.

Mahathir mahukan dirinya dibawa berunding di dalam semua hal pentadbiran negara setelah beliau meletakkan jawatan dan bersara setelah menjadi PM selama lebih dari dua dekad. Mahathir kecewa dengan sikap Abdullah seolah-olah tidak memahami yang beliau dinaikkan oleh Mahathir untuk menjadi proxi kepada beliau. Mahathir tidak tahan rasa kesunyian dalam persaraan. 

Abdullah berdegil dengan Mahathir maka Muhyiddinlah yang dirundingkan untuk menjatuhkan Abdullah dan menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri yang baru dan Muhyiddin yang ketika itu seorang Naib Presiden menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tetapi Najib juga tidak mahu beliau dijadikan proxi kepada Mahathir maka dalam tempoh setahun lebih Najib juga menjadi sasaran Dr Mahathir kerana kedegilan beliau seperti Abdullah dulu juga. Ditambah pula dengan sikap Najib yang dipersepsikan ramai sebagai pemimpin yang tidak jujur dan amanah maka ia menjadi satu alasan yang begitu 'convenient' bagi Dr Mahathir untuk memulakan usaha untuk menjatuhkan Najib pula. 

Mahathir telah membawa berbagai-bagai isu yang real terhadap Najib dan isu-isu yang dibawa ke tengah oleh Mahathir merupakan isu yang jelas benar tetapi yang lebih menyedihkan Mahathir ialah beliau telah gagal untuk mencari pengganti-pengganti beliau yang mahu mengikut telunjuknya dari luar.

Muhyiddin mahu jadi PM?

Oleh Anuar Mohd Nor
Umno bergolak – pemecatan Timbalan Perdana Menteri dan angkatan yang mempersoalkan 1MDB menyaksikan pergolakan baru dalam Umno. Datuk Seri Zahid Hamidi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam apa yang dikatakan usaha untuk mengukuhkan kabinet yang akan menyokong Datuk Seri Najib Razak . Tindakan memecat – menggantikan bukan sahaja tertumpu pada rombakan dalam kabinet malah penukaran – menggantikan Peguam Negara merupakan langkah yang dikatakan untuk menguatkan keadaan Najib yang tercabar hebat. Semua disusun atas alasan tertentu – memastikan Najib terus menjadi Perdana Menteri.

Apa alasan Muhyiddin – sewaktu mengkritik hebat 1MDB – menyuarakan kegusaran rakyat – menyatakan ketakutan Umno akan tewas – mendesak mendengar keluhan rakyat – isu GST dan sebagainya di Cheras, sewaktu penutupan Perhimpunan Bahagian Umno Cheras baru-baru ini. Adakah Muhyiddin mahu mempercepatkan proses desakan Najib meletak jawatan dan mahu menjadi Perdana Menteri baru dengan tergesa-gesa. Adakah Muhyiddin tidak sabar-sabar mahu menjadi Perdana Menteri – sehingga akhirnya menjadi alasan beliau di pecat. Adakah suara Muhyiddin dikatakan suara Dr Mahathir – yang mahukan Perdana Menteri yang mengikut cara dan arahan beliau.
Apa dalam minda Muhyiddin dan apa strategi beliau seterusnya selepas menzahirkan kritikan tersebut. Adakah beliau menganggap Najib akan terus meletak jawatan? Adakah beliau anggap beliau akan dilantik sebagai PM setelah mengkritik secara terbuka kepimpinan Najib. Apa pun sesuatu yang pasti – beliau tidak mendesak Najib untuk melepaskan jawatan seperti mana beliau secara terang mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk meletak jawatan. Lebih dari itu beliau pasti tahu – kritikan beliau akan mengundang reaksi dari Perdana Menteri Malaysia. Adakah Muhyiddin sebagai orang lama dalam politik tidak terfikir beliau mungkin di pecat apabila mengeluarkan kritikan keras tersebut. Kenapa ambil risiko sebegitu – sekiranya beliau mahu bercita-cita mengambil alih tampuk pemerintahan negara, kritikan dan desakan suara-suara lain sudah cukup kuat dan adakah beliau rasa sekiranya beliau membuat konklusi keseluruhan maka Najib terpaksa melepaskan jawatan. Satu andaian yang meleset dan bukan dari seorang yang sudah matang berpolitik.

Sultan Johor titah Muhyiddin menghadap petang ini

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menitahkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap baginda, hari ini.

Sumber ketika dihubungi Astro AWANI, berkata Muhyiddin dijangka menghadap Sultan Johor pada 3.30 petang di Istana Bukit Serene di sini.

"Saya dimaklumkan Sultan akan memanggil beliau ke Istana berikut," kata sumber tersebut.

Sementara itu, portal berita The Malaysian Insider dipetik berkata, perjumpaan itu dijangka akan membincangkan isu pengguguran beliau daripada Kabinet serta isu-isu semasa.

Muhyiddin juga dijangka akan mengadakan pertemuan bersama NGO Melayu di Johor  pukul 5 petang ini di sebuah hotel di Senai.

Pada Ahad, Muhyiddin telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Kluang di Kluang.
Ia merupakan mesyuarat pertama yang dirasmikan Muhyiddin selepas digugurkan daripada barisan kabinet.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin sebelum ini membuat kenyataan tidak menghalang mana-mana bahagian untuk menjemput Muhyiddin merasmikannya.

Skandal 1MDB: Cawangan Khas serbu rumah Timbalan Pendakwa Raya SPRM, cari dokumen 1MDB

KUALA LUMPUR: Polis menyerbu pejabat Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ahmad Sazilee Abdul Khairi pada Sabtu malam untuk mencari dokumen yang berkaitan dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut sumber SPRM kepada Astro AWANI, serbuan selama dua jam bermula pukul 7 malam oleh sekumpulan pegawai Cawangan Khas merampas sejumlah dokumen berkaitan.

Serbuan di pejabat Ahmad Sazilee di Bahagian Operasi Khas SPRM, Putrajaya itu turut merampas satu komputer riba.

Difahamkan, polis turut merampas dokumen "Perintah Operasi" iaitu dokumen yang ditandatangani Ketua Bahagian Operasi yang bertanggungjawab menjalankan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd, sebuah entiti milik 1MDB.

Kira-kira 12 pegawai dan anggota polis terbabit dalam serbuan itu.

Sebelum itu, polis juga dilaporkan memeriksa kediaman Ahmad Sazilee, yang dipinjamkan dari Jabatan Peguam Negara.

Ahmad Sazilee, yang dipinjamkan dari Jabatan Peguam Negara merupakan antara tiga individu yang ditahan pada awal pagi Sabtu bagi membantu siasatan polis berhubung beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Pengarang blog politik Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Skandal 1MDB: Polis Cawangan Khas serbu pejabat timbalan pendakwa raya di SPRM

Pegawai Cawangan Khas daripada Polis Diraja Malaysia melakukan serbuan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi mengambil semua dokumen berkaitan siasatan 1Malaysia Development Bhd malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider, 2 Ogos, 2015, 
Pegawai Cawangan Khas daripada Polis Diraja Malaysia melakukan serbuan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi mengambil semua dokumen berkaitan siasatan 1Malaysia Development Bhd malam tadi. 

Pegawai Cawangan Khas menghabiskan masa selama 2 jam melakukan serbuan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Sazilee Abdul Khairy malam tadi, mengambil dokumen berkaitan siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menurut sumber daripada agensi anti-rasuah itu.
Sazilee, yang dipinjamkan kepada SPRM daripada Jabatan Peguam Negara, ditahan semalam berhubung dakwaan wang daripada syarikat berkaitan kerajaan disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Difahamkan yang Cawangan Khas, unit perisikan polis, pergi ke pejabat Sazilee di Bahagian Operasi Khas SPRM di Presint 3, Putrajaya, di mana mereka merampas dokumen dan sebuah komputer riba.

Antara dokumen yang disita adalah yang memperincikan skop operasi siasatan. Terdahulu, pegawai polis juga pergi ke rumah Sazilee di Presint 11, Putrajaya.
Bahagian Operasi Khas bertanggungjawab dalam siasatan SPRM ke dalam 1MDB dan SRC International, kata sumber.
SPRM adalah sebahagian daripada pasukan petugas khas kerajaan yang menyiasat 1MDB serta dakwaan yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) yang AS$700 juta (RM2.67 bilion) mengalir melalui syarikat berkaitan 1MDB dan akhirnya masuk ke akaun bank peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur.

Hadi, Haron jumpa Najib 3 kali bincang isu hudud, kata sumber

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din serta Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah 3 kali bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan cadangan pelaksanaan hukum hudud di negara ini, kata satu sumber pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.
Sumber itu memberitahu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom membayangkan dalam satu pertemuan pada Ramadan lalu kesungguhan Putrajaya untuk memastikan hukum Islam itu boleh dilaksanakan di negara ini.
Menurut sumber, Jamil berkata demikian ketika menjawab persoalan peserta Majlis Dialog dan Buka Puasa bersama NGO Islam anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di dewan serba guna, Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hujung Ramadan lalu.

Dalam dialog itu, seorang peserta dari Kelantan bertanya, apa sebenarnya sikap kerajaan terhadap pelaksanaan hudud khasnya usul persendirian yang dibawa oleh presiden PAS di Dewan Rakyat untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1965 yang dikenali sebagai Akta 355 bagi membolehkan sebahagian hukum hudud dilaksanakan. Peserta itu memberitahu forum, PAS sudah berpecah 2 dan berpecah daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana isu hudud dan apakah kesungguhan Putrajaya.

Kaya betul KERAjaan Najib. Asal aja jumpa geng mereka pasti tabur janji projek berbilion2 ringgit..


APA NAK HERAN.. satu akaun bank peribadi Najib (yg dah terkantoi) pon dah ada RM2.6 bilion. Rosmah pula RM2 juta.. Itu blom lagi akaun2 bank yg blom terkantoi..


Pandai betoi mereka laki bini 'MENABUNG'.. Menabung atau korek tabung rakyat..??!!

Survival politik Muhyiddin dijangka berakhir selepas 3 juta sokong Najib..!!!

SHAH ALAM - Selepas digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada rombakan Kabinet Selasa lalu, penganalisis menjangkakan survival politik Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Umno bakal berakhir.

Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Madya Dr Darussalam Abu Bakar berkata, perkara itu boleh dilihat selepas Muhyiddin disingkirkan, beberapa bahagian dalam parti itu menarik balik jemputan bagi beliau merasmikan mesyuarat perwakilan.

Bahagian berkenaan adalah Umno Bahagian Raub di Pahang dan terbaru, Umno Bahagian Sungai Besar yang turut berbuat demikian.

Ujarnya dalam Umno, Muhyiddin dianggap sebagai pemimpin yang tidak dialu-alukan dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana sikapnya yang vokal dan mengkritik, bukanlah  budaya Umno.

“Kalau dalam mesyuarat boleh, tetapi sehingga menjadi viral di media massa menyebabkan kepimpinan Umno menganggap perkara itu tidak sepatutnya berlaku kebocoran sebegitu di kalangan pemimpin.

“Ini kerana Umno masih lagi dengan cara konservatif dan  masih kuat sikap Melayu lamanya,” ujarnya.

YANG PENTING.. jaga hati rakyat supaya UMNO & BN BOLEH MENANG lagi 'rompak' kekayaan negara & kantong rakyat...


Najib terpalit skandal hutang RM42 bilion..
BUKAN ISU PENTING !!!

RM2.6 bilion masuk akaun bank peribadi Najib..
juga BUKAN ISU PENTING !!!

Mengapa saya akan sertai Bersih 4

Saya akan sertai perhimpunan aman Bersih 4 kerana saya ingin (1) pilihan raya bersih; (2) kerajaan bersih; (3) hak untuk membantah; dan (4) ekonomi diselamatkan.

Apakah tuntutan Bersih 4?
Ada ramai yang salah faham Bersih 4 mengambil sikap yang terlalu personal terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga menjadikan pengunduran beliau matlamat perhimpunan raksasa ini.

Sebenarnya, Bersih 4 mempunyai empat tuntutan, yakni:  (1) pilihan raya bersih; (2) kerajaan bersih; (3) hak untuk membantah; dan (4) selamatkan ekonomi. Saya percaya tiada sesiapa yang akan bantah tuntutan yang terakhir, iaitu “selamatkan ekonomi”, kerana orang ramai memang merasakan kesempitan kerana cukai baharu (GST), inflasi, jatuh nilai ringgit dan sebagainya.
Untuk mencapai tuntutan ini, selain polisi-polisi ekonomi yang lebih berkesan, kita perlu memerangi rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengurusan teruk yang melanda negara kita termasuk skandal 1MDB yang berhutang sebanyak RM42 bilion, dan berkaitan dengan itu, RM 2.6 bilion didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Apa pula yang menyebabkan rasuah begitu berleluasa? Bersih 2.0 (Gabungan untuk pilihan raya Bersih dan Adil 2.0) mencadangkan tiga sebab yang bersifat sistemik.
Pertama, pilihan raya yang dimanipulasikan sehingga ahli dan parti politik yang rasuah tidak perlu risaukan kemarahan pengundi.
Kedua, kuasa eksekutif terlalu dipusatkan sehingga pemimpin bukan saja tidak takutkan pembangkang, malah juga langsung tidak takutkan kritikan dan bantahan daripada rakan-rakan separti atau segabungan.
Ketiga, sekalipun marah, rakyat tidak berani membantah kerana kebebasan bersuara disekat atau dihukum. Dan sekatan atau hukuman tidak semestinya berkaitan dengan isu rasuah, sebaliknya pengkritik kerajaan mungkin dilemparkan pelbagai tuduhan daripada anti-raja, anti-agama, sehingga kini, anti-demokrasi.
Sebenarnya, tiga tuntutan Bersih 2.0 yang terdahulu itu adalah ringkasan daripada agendanya yang menggariskan 10 reformasi institusi.
Tuntutan “pilihan raya bersih” itu sebenarnya mengandungi dua reformasi institusi:
1. Penambahbaikan sistem dan proses pilihan raya
2. SPR menjadi badan yang bertanggungjawab kepada Parlimen
Tuntutan “kerajaan bersih” pula mengandungi enam reformasi institusi yang ingin memecah pemusatan kuasa Eksekutif:
1. Larangan untuk perdana jadi menteri kewangan
2. Penambahbaikan Parlimen
3. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi badan bertanggungjawab kepada Parlimen
4. Pisahkan Peguam Negara daripada Pendakwaraya
5. Gubalkan undang-undang Kebebasan Maklumat (FOI)
6. Deklarasi Aset untuk nenteri dan pegawai tinggi
Tuntutan “hak untuk membantah” pula mewakili dua lagi reformasi institusi yang terakhir:
1. Mansuh/Pindaan undang-undang zalim
2. Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)

#TangkapNajib: Tangkapan bukti Najib terdesak

Jingga13 Malaysia menyelar tindakan Polis Diraja Malaysia menangkap 29 para demonstran #TangkapNajib di Sogo hari ini dan menganggap ia tindakan anti demokrasi serta melanggar hak asasi serta kebebasan bersuara dan berhimpun yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan .
Turut ditahan ialah Afzainizam Abdul Rahman, koordinator Anak Muda Jingga13 Malaysia bersama para demonstran lain dengan cara cukup brutal oleh pihak polis memberikan gambaran jelas tindakan yang bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat demi mempertahankan kebobrokkan serta penyelewengan seorang perdana menteri dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tindakan ini membuktikan Datuk Seri Najib Razak semakin tertekan dan mengesahkan segala dakwaan terhadap skandal adalah benar sehingga menggunakan polis untuk menekan rakyat.

Jingga 13 Malaysia mendesak agar kesemua tahanan tersebut dibebaskan segera dan tidak dikenakan sebarang tindakan. Apa yang perlu diberikan perhatian oleh pihak polis ialah menangkap Najib demi menyelamatkan Malaysia yang dicintai. Jingga13 Malaysia yakin walaupun apa tindakan oleh rejim Najib tidak akan melunturkan semangat dan perjuangan anak muda dan rakyat Malaysia. #BebaskanTahanan #TangkapNajib #DemiMalaysia

#TangkapNajib: Tangkap aktivis, taktik basi

Khairul Naim


Kurt Cobain, lagenda muzik Grunge pernah menyebut, “the duty of youth is to challenge corruption” (tugas anak muda adalah untuk menghapuskan rasuah).
Semalam, 3 aktivis anak muda, Adam Adli, Syukri Razab dan Mandeep Singh ditahan. Sekali lagi, pihak polis yang merupakan penguatkuasa undang-undang terpenting di Malaysia gagal, atau tersilap dalam membuat pertimbangan munasabah bagi melakukan tangkapan.
Sehingga catatan ini ditulis, maklumat yang diterima menunjukkan penahanan yang dilakukan mempunyai kaitan dengan himpunan #TangkapNajib yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini, 1 Ogos 2015.

Menurut laporan The Malaysian Insider, Adam Adli dan Syukri ditahan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan, manakala aktivis Bersih, Mandeep Singh ditahan mengikut Seksyen 124 (b) Kanun Keseksaan. Aktivis dan penulis, Hishamuddin Rais juga dikatakan ditahan tengah hari tadi, dan sebab penangkapan masih belum dapat dipastikan.
Sementara itu, ramai sudah ditangkap kerana meneruskan protes #TangkapNajib dan ingkar arahan polis. Individu berpakaian putih (tema protes #TangkapNajib) juga ramai yang ditahan.
Di samping itu, kawalan juga sangat ketat apabila kira-kira 80 anggota ditempatkan di sekitar Sogo yang merupakan lokasi peserta berhimpun.
Dalam catatan ini, saya tidak akan sesekali membuat tuduhan murahan bahawa tangkapan ini dilakukan untuk menakutkan rakyat atau untuk meneruskan budaya takut.

Najib ‘bunuh diri’ biarkan Muhyiddin, Shafie kekal dalam Umno

Selepas membuat keputusan berani menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet pada Selasa, Datuk Seri Najib Razak dijangkakan akan memecat bekas timbalan perdana menteri itu daripada jawatan timbalan presiden Umno.
Selain Muhyiddin, Datuk Seri Shafie Apdal yang turut digugurkan daripada Kabinet dijangka akan dipecat sebagai naib presiden Umno.
Akan tetapi ianya masih belum berlaku malahan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat yang dikatakan seharusnya menjadi medan memecat Muhyiddin dan Shafie terpaksa ditangguhkan.

Maka terciptalah sejarah di Malaysia. Buat pertama kali jawatan timbalan perdana menteri tidak dipegang timbalan presiden dan diberikan kepada naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Buat pertama kali juga naib presiden Umno tidak menjadi ahli Kabinet.
Ternyata Najib masih belum selesai dengan Umno sebelum menyingkirkan Muhyiddin dan Shafie daripada Kabinet.
Sebaliknya Najib terpaksa memanggil pengerusi badan perhubungan Umno negeri dari seluruh negara untuk menjelaskan tindakannya menggugurkan Muhyiddin dan Shafie.
Pertemuan itu diadakan selepas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberikan amaran Muhyiddin perlu dihormati kerana masih orang nombor dua parti.
Menteri besar Johor itu menjadi orang pertama membela Muhyiddin kerana beliau sendiri berdepan dengan kemarahan akibat daripada tindakan drastik Najib itu.
Pemimpin Umno negeri dan rakyat Johor kebanyakannya sangat marah dengan tindakan Najib dan panglima baharunya, Datuk Seri Azalina Othman Said akan menerima akibat dalam pilihan raya akan datang jika terus “menghentam” Muhyiddin.
Jelajah seluruh negara
Di mata ahli-ahli Umno, Muhyiddin dan Shafie dianggap “hero” kerana dibuang daripada Kabinet kerana berani mengkritik syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebagai timbalan presiden dan naib presiden juga, sudah tentulah Muhyiddin dan Shafie mempunyai pengaruh yang kuat dalam Umno.

The Day of the Long Bugis Keris?

Najib launches a Blitzkrieg.

I have been watching and analysing events. Plus I am in Raub. Happily catching up with non-political literature. Then Herr Najib struck. He dismissed and sacked several people. No, it was an execution.
The AG was sacked from office. Najib dropped Muhyidin and Shafie Apdal from the cabinet. He removed Palanivel, the head of the MIC.The dismissal of Palanivel unfortunately is not of relevance currently.

Why was it done in a hurry? There is only one conclusion. Najib had to act quickly to stop the noose that is tightening around his neck. The AG and the task force of 4 discovered irrefutable evidence about the wrongdoings of Najib.

The AG is to retire in October this year. He can’t suddenly fall so sick so as to be suddenly infirmed and demented. He has just formed a task force investigating into 1MDB. This isn’t an enterprise form-able by a severely debilitated and demented person. He may be suffering from kidney problems and other ailments but the faculties are still intact.

He can still walk and chew bubble gum at the same time.I cant say the same about some UMNO ministers.

Unless of course, as I think, the AG was in the final stages of preparing to charge Najib and others.

As to the draft charge sheet someone sent to me- I immediately said this may be a fake. A man of Ghani’s calibre although he earned a passable law degree from UM will not write ameritus instead of emeritus. Did the person who write that passed the LLB at UM? Unlikely. This appear to me likely to be the writing of an office boy.   

But don’t discount the possibility that the charge sheet was the product of an imaginative mind in the PM’s propaganda team. So many office boy standard there.

I wrote an article about this. I mentioned about the possibility of the task force of the 4 horsemen digging and unearthing proof of Najib’s guilt. Many commentators were skeptical at that time. They wryly asked how can the 4 defy Najib? I cannot reveal much more then.

The sacking of Ghani Patail confirms my theory that the special task force has been doing a make a sound in the east and then strike in the west strategy. Many people will know that this is one of the 36 stratagems.

In the fog of war, the first casualty is truth

There appears to be no limit as to what the Prime Minister can do and get away with if the lesser mortals in particular, in their collective strength, don’t know their roles and functions.
najib-gani
In the fog of war, it’s said, the first casualty is truth. The propaganda mills, now on a war footing in Malaysia, have started churning out, in defiance of the perception and the truth, on Abdul Gani Patail’s premature removal as Attorney-General on Monday and the Cabinet reshuffle on Tuesday.
However, the jury is still not out on both these events, for three reasons viz.
The first issue is the Rule of Law. The question is whether it has broken down with some people considering themselves above the law. The alleged conspiracy against the Prime Minister and/or the government theory cannot be trotted out conveniently when the long arm of the law catches up with a high-ranking suspect in government. It conveys the distinct impression that the Prime Minister considers himself above the law. The Federal Constitution holds that all are equal before the law.
The second issue is the public perception that there seems to be no limit as to what the Prime Minister, already having lost the moral high ground, can do and get away with. This would not be true if everyone, especially the lesser mortals in their collective strength, knew their roles and functions; and

Skandal 1MDB: 'Saya perlu tutup mulut', kata Nur Jazlan

JOHOR BAHRU – “Saya perlu tutup mulut kerana simpan rahsia kerajaan,” itu ucapan spontan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengenai pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 29 Julai lalu.

Beliau sebelum ini menjadi tumpuan ketika menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang menjalankan prosiding 1MDB.

Nur Jazlan mengakui pada mulanya menolak ketika Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan tawaran pelantikan terbabit kerana menganggap ia bukan satu tugas mudah.

“Benar pada mulanya saya menolak... kerana tugas sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri adalah tanggungjawab berat selain memerlukan kesabaran, kegigihan dan pandangan tinggi.

“Namun, apabila beliau (Zahid) menyebut saya membawa sejarah arwah bapa (Tan Sri Mohamed Rahmat), saya menjadi sayu. Walaupun pada awalnya gementar dengan tawaran itu, akhirnya saya akur kerana kepercayaan diberikan.

“Itulah cara Umno. Persahabatan, kekeluargaan dan sejarah dibawa, mengikat kita untuk terus berkhidmat dan berkorban tanpa memikirkan kesan kepada diri sendiri walaupun jiwa bergolak, saya terima kerana sejarah perjuangan dan wasiat arwah bapa,” katanya.

Di Melaka hati Najib senang, janjikan projek bernilai berbilion ringgit

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjanjikan projek bernilai berbilion ringgit kepada Melaka selepas negeri itu menunjukkan sokongan padu kepada beliau dalam satu majlis malam ini.

Walaupun belum diluluskan, Najib berkata, dia akan meminta Unit Perancang Ekonomi (EPU) melihat kepada projek yang dicadangkan itu dan percaya timbalan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan turut memberi sokongan.

"Saya nak nyatakan di saya akan bawa cadangan ini dan saya akan bincang dengan jemaah menteri setelah diteliti EPU.

"Saya lihat memang ada potensi dan seluruh coastal highway (lebuh raya pesisir pantai) ini akan berjaya," katanya berucap di majlis Malam Solidariti Aidilfitri di Melaka malam ini.

Skandal 1MDB bukan isu utama UMNO, Najib tak akan letak jawatan presiden parti

1MDB bukan isu utama UMNO, Najib tak akan letak jawatan presiden parti
MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan beliau tidak akan turun sebagai Presiden UMNO kerana tiga juta anggota parti itu teguh berdiri di belakangnya.

Beliau berkata sebagai seorang yang dipilih melalui prinsip demokratik berdasarkan perlembagaan parti yang baharu, beliau perlu diberi ruang bagi berkhidmat dengan cara terbaik untuk UMNO dan rakyat.

"Berkat dari sokongan UMNO yang saya rasa masih jitu dan ampuh, suara seorang suruh saya turun, saya tidak akan turun sebab tiga juta ahli UMNO ada bersama saya.

"Bukan saya angkuh tetapi saya telah dipilih (sebagai Presiden UMNO) jadi jangan ganggu saya melakukan yang terbaik.

"Ada kata saya tidak bijak kerana buang sistem kuota untuk bertanding presiden parti, tetapi saya mahu parti kita lebih inklusif lebih demokratik maka saya serah kepada ahli UMNO tentukan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Bandar Hilir di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka; Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin; dan Ketua Bahagian UMNO Kota Melaka Datuk Abdul Latiff Tamby Chik.

Najib berkata anggota UMNO perlu memberikan sokongan kepada dirinya bukan kerana sebab peribadi, tetapi kerana beliau adalah Presiden UMNO.

APA DAH JADI dgn Menteri Agama, Mufti, Ularmak2 UMNO..??!!


Makan gaji buta atau SUDAH MATI KA... KAMU berkerja utk cari redha Allah atau cari REDHA UMNO !!!

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda;

"Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, ORANG RAMAI AKAN MEMILIH ORANG-ORANG YANG JAHIL SEBAGAI PEMIMPIN MEREKA. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." -(H.R. Muslim)