Sabtu, 1 Ogos 2015

Sanusi - Kabinet Baru Adalah Kabinet 1MDB !

DICTATOR COUPLE NAJIB & ROSMAH: A NEW CLIMATE OF FEAR BEGINS

DICTATOR COUPLE NAJIB & ROSMAH: A NEW CLIMATE OF FEAR BEGINS
Millions of Malaysians are tuning in to follow the antics of Najib Tun Razak and his wife Rosmah daily and there are perhaps hordes of others who are beginning to link up with the unfolding drama in the country from around the world.
For now, Malaysia, the prime minister and Rosmah are in the spotlight for all the wrong reasons. Najib and Rosmah have obviously been cornered and have no more space to wiggle and get out of the hands of grasping Malaysians who are trying to apprehend them for a number of major wrongdoings.
Beginning with their alleged involvement in the murder of Mongolian translator and part-time model, Alantuya Shaaribuu, Najib and Rosmah claim they have nothing to do with her death, although many Malaysians believe there is no smoke without fire.
Najib and Rosmah busily went about their duties as prime minister and first lady respectively though a list of allegations of wrongdoings were leveled at them from their extravagant and lavish spending to the neglect of their duties and responsibilities.
But all the while Malaysians were respectful and tolerant of the first couple, dismissing all the allegations of wrongdoings as bitter talk by the opposition for losing out in the last general election and being merely a bunch of sore losers.
The 1MDB debacle

PM Najib and Datin Rosmah Mansor
Things will have gone on for Najib and Rosmah, if not for the UK-based Sarawak Report beginning a crusade of unearthing the 1MDB debacle which threw the nation into chaos and confusion as it unraveled the mysterious disappearance of RM42 billion from the sovereign wealth fund.
This was when chaos and confusion began to erupt with Sarawak Report, the New York-based Wall Street Journal and local publishers The Edge Financial Daily providing watertight evidence, clear and irrefutable proof that US$700 was siphoned by Najib into his personal bank accounts.
Others were implicated as accomplices in what is now being described as a covert move by the prime minister, acting in his capacity as advisor to 1MDB, to fleece Malaysians of their hard earned wealth in another glaring example of the inequitable distribution of wealth in this country.
This was the tip of the iceberg and as the paper trail was followed, it involved and implicated Bank Negara Malaysia, the Attorney-General’s office and the finance ministry in what is seen as an elaborate cover-up being done now to hide their tracks.
More dirt and filth uncovered

When the mudslinging began, as accusations and attacks were hurled against Najib by the blatant hypocrite and liar, former Malaysian dictator and UMNO strongman, Mahathir Mohammad, who during his term of office misappropriated over RM 100 billion, the battle for Malaysia was thrown wide open.

Menilai punca di sebalik rombakan kabinet Najib

oleh Christopher Fernandez

Permainan ‘kerusi muzik’ oleh Najib Razak diteruskan dengan barisan Kabinet baru, dengan Muhyiddin Yassin dan nama-nama lain yang pernah menyuarakan kebimbangan ke atas isu 1MDB digugurkan, untuk memberi laluan kepada mereka yang dilihat sebagai penyokong perdana menteri. Penyingkiran Muhyiddin daripada jawatan timbalan perdana menteri bukanlah satu kejutan kerana ia “hanya menunggu masa untuk terjadi”.

Dan hakikat bahawa beliau bukan lagi timbalan perdana menteri Malaysia menunjukkan cara Najib yang berani dan ‘tebal muka’ dalam menutup mulut pengkritik dan seteru yang dilihat tidak menyebelahinya. Muhyiddin dan individu lain yang digugurkan dilihat sebagai “orang yang berlagak” yang mula mensabotaj Najib melalui isu 1MDB di mana RM42 bilion dipercayai telah hilang.

Apabila Dr Mahathir Mohamad mengkritik Najib, Muhyiddin pantas berpihak kepada bekas perdana menteri itu, dan menyebabkan Najib mula memantau timbalannya. Najib mula khuatir apabila Muhyiddin menunjukkan sokongan kepada Mahathir dengan berkata “anda tidak keseorangan”. Ia memulakan pengakhirannya sebagai timbalan perdana menteri negara.

Waktu terbaik buat penyokong dan pembangkang kerajaan

oleh Hazlan Zakaria

Kepada mereka yang ingin mencari ganjaran daripada pihak yang berkuasa, dan juga kepada mereka yang mencari sokongan untuk menentang pihak sama, sekarang adalah masa yang terbaik. Ini kerana dengan keadaan lanskap sosio-politik dan ekonomi Malaysia yang huru-hara ini menawarkan peluang besar buat kedua-dua kumpulan di atas untuk mencari apa yang mereka mahu dan apa yang mereka perlu. Kepada mereka yang ingin mengampu dan meraih durian runtuh, ini adalah masa yang terbaik. Kepada mereka yang berkuasa, terutamanya pertembungan kepimpinan gabungan politik pemerintah sedang terdesak untuk sokongan, tidak kira apa niatnya, caranya atau kualitinya.

Anda boleh menjadi tidak relevan, atau dipersoalkan dari segi moral, anda boleh jadi tin kosong atau mangkuk hayun yang keliru; semua dialu-alukan untuk memenuhi istana yang goyah di atas bukit. Anda mungkin badut yang memakai kostum, kumpulan supremasi, kumpulan individu yang boleh dipersoalkan dan anda tidak akan ditolak. Malahan, kemungkinan anda akan ditaja. Dan ganjarannya banyak dan pelbagai, sama banyak seperti mereka yang menawarkan jiwa mereka yang kelihatan semakin ramai.

Mereka yang mempunyai cita-cita menerajui kementerian, mengepalai GLC, menyusun pengagihan laporan polis, mengeluarkan kenyataan bodoh tanpa menerima sebarang akibat dan secara amnya menyertai koir yang diubah suai dalam posisi terbaik untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan atau impikan. Seperti kata mereka, ianya tidak pernah terlewat, dan walaupun mungkin tidak dapat mengajar anjing lama helah baru, anda masih lagi boleh memberi kerusi baru kepada muka-muka lama, dan gunakan mereka dengan cara baru dan menguasai muslihat.

Tidak bolehlah sentiasa hendak 'Yes Man, Yes Man' - Shafie Apdal


Mohd Shafie ApdalKUALA KUBU BHARU - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan ‎seorang pemimpin seharusnya sanggup menerima teguran bagi memastikan landasan perjuangan parti itu dapat dicapai.

Beliau berkata, ‎ Umno perlu mempertingkatkan perjuangan dalam parti itu dan pemimpin mesti bersedia untuk menerima pandangan lain.

"Tingkatkan perjuangan dan dalam perjuangan, kita harus menerima hakikat, sebagai pemimpin bangsa, kita mesti sanggup ditegur dan menerima teguran.

"Takkan semua nak 'Yes Man, Yes Man'," katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, di sini, hari ini.

Beliau  turut mempersoalkan masih ada yang menafikan kedatangan beliau sebagai perasmi dalam mesyuarat Umno Bahagian.

"‎Saya merupakan pengasas Umno Sabah, tak mungkin saya dihalang hadir ke mesyuarat parti.

"Nak wujudkan Umno di Sabah juga bukan mudah. ‎Walaupun sehari dua ini ada saya dengar nama saya dibatalkan untuk menjadi perasmi.

Ahli Parlimen BN jangan takut bersuara isu 1MDB - Wan Azizah

Mereka perlu mendengar suara rakyat yang dahagakan kebenaran skandal 1MDB.
azizah,najib
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) digesa supaya tidak takut untuk bersuara dalam isu 1MDB demi kepentingan rakyat dan negara.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, jika sayangkan negara, Ahli Parlimen BN perlu mendengar suara rakyat yang mahukan kebenaran mengenai skandal 1MDB.
“Janganlah berdiam diri di dalam isu 1MDB ini. Janganlah takut, kerana rakyat pasti akan bersama kita di dalam menegakkan kebenaran,” katanya menerusi kenyataan media.
Dalam masa sama, Presiden PKR itu berkata, pihaknya memandang serius tangkapan yang dibuat Polis Diraja Malaysia terhadap seorang bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta seorang pegawai Jabatan Peguam Negara.
Siri tangkapan itu kelihatan seperti amaran berbaur ugutan kepada SPRM, yang merupakan salah satu agensi kerajaan yang terlibat di dalam pasukan siasatan khas terhadap isu skandal kewangan 1MDB, katanya.
“Kesemua agensi kerajaan yang terlibat di dalam siasatan terhadap 1MDB wajib diberi ruang dan peluang sepenuhnya untuk melaksanakan siasatan tersebut.
“Agensi-agensi ini tidak patut diganggu, dan sebarang penukaran petugas atau tangkapan seperti yang berlaku hanya menimbulkan syak wasangka dan keraguan tentang kebebasan jawatan kuasa tersebut untuk melakukan siasatan,” katanya.

#TangkapNajib: Tangkapan aktivis sahkan Najib kian terdesak

tangkap1Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengutuk keras tangkapan terhadap aktivis dan orang awam yang menyertai perhimpunan aman Demi Malaysia di perkarangan Sogo tengah hari tadi.
BERSIH 2.0 dalam kenyatan media menyatakan tangkapan dan kekerasan dikenakan oleh polis terhadap para aktivis dan orang awam sebagai suatu penegasan tidak wujud sebarang hak demokratik untuk membantah dan mempersoal tindakan kerajaan.
“Digesa  semua tahanan, termasuk aktivis dan pakar rujuk BERSIH 2.0 Hishamuddin Rais, Ahli Dewan Undangan Negeri Teja Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai Tan Kar Hing dan Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa dibebaskan segera.
“Penangkapan dilakukan ke atas 28 aktivis, wakil rakyat dan individu di perhimpunan #TangkapNajib tengah hari ini adalah penafian ke atas hak berhimpun dan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,” kata NGO itu.
BERSIH 2.0 turut mengutuk keras tahanan reman yang dikenakan ke atas pengurus sekretariat BERSIH 2.0 Mandeepkarpall Singh yang direman empat hari, manakala aktivis Adam Adli dan Ahmad Syukri Razab kedua-duanya direman enam hari.
BERSIH 2.0 menegaskan bahawa tindakan ganas pihak polis ke atas para aktivis dan orang awam hari ini tidak melemahkan semangat rakyat Malaysia untuk sama-sama turun menyertai perhimpunan Bersih 4 yang bakal berlangsung 29-30 Ogos nanti.

#TangkapNajib: 29 ditahan untuk disiasat

Semua 29 individu yang ditahan ekoran perhimpunan #TangkapNajib di Kuala Lumpur hari ini disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata penunjuk perasaan juga mungkin disiasat mengikut Seksyen 143 kerana menyertai perhimpunan haram.

Seksyen 124 membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, manakala Seksyen 143 boleh memperuntukkan hukuman enam bulan penjara, denda atau kedua-duanya.

Penggunaan Seksyen 124 sangat jarang kerana polis biasanya menggunakan peruntukan Seksyen 143 dan Akta Perhimpunan Aman ke atas penunjuk perasaan.

Selain penunjuk perasaan, seksyen itu juga digunakan polis ketika menyiasat orang besar The Edge Media Group Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat, selain bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk S Ambiga Sreenevasan.

KAMU berkerja utk cari redha Allah atau cari REDHA UMNO !!!


Patultla spesis ini diangkat jadi Pengerusi FINAS baru2 ini.. Sendiri faham yer.. Lepas ni jangan terkejut jika adegan2 maksiat dalam tv sebenarnya tak mengundang kepada MAKSIAT !!

Menteri dah kata adegan tersebut hanya sebuah lakonan..

JANGAN BANGKANG.. Ostajah Mashitah kan dah cakap.. "Contohi kepimpinan Najib kerana beliau memimpin ikut Sunnah Rasulullah"

APA GUNA Menteri Agama, Mufti, Ulamak & para cendekiawan UMNO yang dibayar gaji 'taxpayer' rakyat dlm isu ini !!!

Makan gaji buta atau SUDAH MATI KA..

Himpunan #Tangkapnajib: Dua Adun Ditahan

#TangkapNajib : Warga emas juga jadi sasaran tangkapan polis

Himpunan #TangkapNajib : 29 Peserta Ditahan

Anak muda: Siapa penjenayah, kami atau Najib?

Juta2 utk imam & JKKKP tapi RM2.6 bilion masuk akaun bank peribadi Najib !!!


Agaknya kalau tidak kerana 1MDB, imam2 dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) seluruh negara xdpt lah nak tunaikan haji...

Semalam Dato' Seri Najib kecewa dengan mereka yang mengkritik 1MDB kerana lupa SUMBANGAN 1MDB KEPADA RAKYAT (kononnya) !!!

Makin merapu demi menyelamatkan 1MDB.

BIARLAH KARTUN BUAT LAWAK JENAKA

Selepas Gani Patail dilucutkan jawatannya sebagai Peguam Negara bersekali dengan pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Selasa lalu,  kini berlaku dua perkara lagi yang membingungkan orangramai.

Jika penangkapan penghantar surat atau despatch sebelum ini sudah cukup membuatkan kita pening kepala memikirkan apa logiknya dengan siasatan berbilion-bilion hengget itu, apa yang berlaku hari ini mungkin menyebabkan Panadol habis dijual di seluruh negara.

Pertama, seorang berpangkat Tan Sri yang merupakan bekas penasihat SPRM ditahan berhubung siasatan skandal 1MDB.

Kedua, seorang pegawai di Jabatan Peguam Negara turut ditahan, juga berkaitan siasatan terhadap 1MDB dan Najib Razak yang didakwa dengan pengaliran masuk wang RM2.6 bilion ke akaun peribadinya.

Pasukan petugas khas yang menyiasat Najib dan 1MDB dianggotai oleh Jabatan Peguam Negara, SPRM, Bank Negara dan juga SPRM tetapi kini di kalangan mereka sendiri turut ditahan untuk membantu siasatan.

Tak pening kepala ke?

Maaflah, tak boleh tulis panjang-panjang sebab nak pergi banyak jamuan "open house" hari ini...hehhehe.

Sementara itu biarlah kartun ilham Zunar ini yang berbicara dan membuat lawak jenakanya.

Dr Mahathir kini dibiar sendiri...!

Seolah-olah kasih beralih arah - begitu dihadapi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jika sebelum ini ada antara tokoh tertentu datang mengadu mengenai pelbagai isu semasa, kini mereka dilihat sudah "menyeberang" ke sisi lain.

Ditemui media di majlis pelancaran buku karya Tan Sri Zainuddin Maidin, Dr Mahathir berkata, semua pemimpin Umno kelihatan masih komited kepada perdana menteri selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tapi saya tak tahu apa dalam hati mereka.

"Sebab sesetengah mereka pernah datang bertemu saya (untuk) mengadu tentang itu ini tapi sekarang mereka tak lagi datang berjumpa saya kerana mereka sudah menyeberang," katanya.

Kata Dr Mahathir, antara sebab beliau menjadi begitu lantang mengenai isu seperti 1MDB adalah kerana aduan diterima daripada pemimpin tersebut.

Sementara itu beliau juga tidak menjangkakan masalah timbul dalam Umno kesan pemecatan Muhyiddin kerana ahli parti itu kini "tidak mempertikaikan sesiapa".

#TangkapNajib: Adam Adli, Syukri ditahan reman 6 hari, Mandeep 4 hari

Aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh turut ditahan reman selama 4 hari kerana dikatakan menyokong Aktivis belia Adam Adli Abd Halim di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, kata peguam mereka Michelle Yesudas – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Ogos, 2015. 
Aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh turut ditahan reman selama 4 hari kerana dikatakan menyokong Aktivis belia Adam Adli Abd Halim di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, kata peguam mereka Michelle Yesudas.

Aktivis belia Adam Adli Abd Halim dan Syukri Razab ditahan reman selama 6 hari mulai hari ini manakala aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh selama 4 hari, kata peguam mereka Michelle Yesudas.
Beliau menulis di Twitter, Adam dan Syukri disiasat berhubung satu sidang media di mana mereka bercakap mengenai satu perhimpunan yang "masih belum terjadi."
Mandeep, sementara itu ditahan reman kerana dikatakan menyokong Adam di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, tetapi Yesudas berkata ia tidak benar kerana Mandeep ketika itu berada di lokasi berbeza.

Ketiga-tiga mereka ditangkap semalam, sebelum perhimpunan jalanan #TangkapNajib di Kuala Lumpur petang ini.

Solidariti media bersama The Edge 8 Ogos

Mesti Muhyiddin buat jenayah besar, sindir Tun M

Ada kemungkinan saya dipenjarakan - Tun M

‘Siasatan ke atas Ambiga tak akan halang BERSIH 4.0'

Najib minta enam bulan kurangkan hutang 1MDB

Umno mampu tadbir NS tanpa komponen BN, kata MB N.Sembilan

Jual tanah 1MDB, pendeposit Tabung Haji rugi nanti, kata PM

Himpunan #TangkapNajib: Lebih ramai polis dari peserta

Polis cekup aktivis himpunan #TangkapNajib

Rally outside Sogo short-lived, with several arrests made within half an hour

Najib bertegas sekali lagi, tidak akan berundur

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan beliau tidak akan melepaskan jawatannya meskipun banyak pihak semakin mendesak beliau berbuat demikian susulan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa turut mengaitkan dirinya.
Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka, di Melaka petang tadi, beliau yang juga presiden Umno menegaskan, suara yang mendesak beliau berundur terlalu sedikit jika dibandingkan 3 juta ahli Umno yang mengundinya sebagai presiden.
"Suara seorang suruh saya turun, saya tidak akan turun. Sebab saya tahu 3 juta ahli Umno bersama saya," katanya mengulangi kenyataan hampir sama yang pernah diucapkannya di Sabah tidak lama dahulu.

Susulan ucapannya itu, kesemua lebih 500 perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka berdiri dan melaungkan "Hidup Najib" sebelum beliau menyambung semula ucapannya.  "Saya dipilih melalui proses demokrasi pemilihan," katanya.
Sekumpulan aktivis hari ini yang menggelarkan diri mereka Demi Malaysia menganjurkan demonstrasi #TangkapNajib di ibu negara susulan isu yang melanda pentadbiran beliau.
"Bukan saya angkuh, tapi saya diamanahkan oleh parti untuk meneruskan kepimpinan.
"Jangan ganggu saya, saya nak buat yang terbaik, saya buat ekonomi modal, ekonomi rakyat," katanya.

Skandal 1MDB: Timb pendakwa raya pula ditahan

Seorang timbalan pendakwa raya ditahan awal pagi tadi berhubung siasatan 1MDB, kata sumber.

Difahamkan, penahanan itu dibuat atas arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid dan Datuk Seri Najib Razak.

"Ini adalah cubaan menghalang siasatan kerana bukti terhadap dalang yang melakukan perbuatan berkenaan kuat," kata sumber yang enggan didedahkan itu.

Berdasarkan perkembangan semasa, sumber itu berkata, mereka tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan dibuat.

Pagi tadi bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bergelar Tan Sri dan seorang pegawai dari Pejabat Peguam Negara sudah ditahan.

Mereka kemudian dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dan hakim memberi kebenaran supaya kedua-dua individu diremah sehari.

Ditahan pada malam tadi, kedua-dua individu itu disiasat mengikut Seksyek 124 Kanun Acara Jenayah berhubung tuduhan terlibat dalam aktiviti menjejaskan demokrasi.

KP JASA: Orang Johor terima pemecatan Muhyiddin

Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka tidak memberi kesan besar kepada Umno Johor kerana ahli parti itu tidak memiliki sentimen kenegerian.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Puad Zarkashi berkata pengguguran seorang pemimpin Johor daripada jawatan timbalan perdana menteri bukan baru kali pertama berlaku.

Katanya, sebelum ini Tun Musa Hitam juga pernah digugurkan daripada jawatan sama - ketika itu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mungkin ada suara ahli yang tidak berpuas hati tetapi kata Puad, ia berlaku kerana mereka "tidak faham".

"Ini bukan benda baru. Tunku Abdul Rahman (pernah) pecat Aziz Ishak, Tun Hussein Onn pecat Ketua Pemuda Umno.

"Zaman Dr Mahathir lagi lah. (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) pun dipecat," katanya.

Ikut Westminster

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Pahat juga mengingatkan, ketika menteri dan timbalan perdana menteri pada zaman Tun Abdul Razak Husseun dan Hussein Onn, tiada ahli yang bangkit memberontak.

Bukan budaya kita menendang seseorang yang telah jatuh

Novell Teo: Nampaknya kini budaya menghentam orang yang telah dirundung malang semakin berleluasa

Tolonglah! Tak bolehkah kita teruskan sahaja? Terdapat pelbagai isu di peringkat masyarakat dan negara yang perlu perhatian segera.

Bukan budaya kita menyepak seseorang yang telah jatuh. Jika tiada yang baik untuk diperkatakan, baik diam sahaja.

Isu 1MDB satu lagi contoh di mana rakyat Malaysia gemar memberi pendapat tanpa mahu menunggu hasil siasatan. Biarkan pihak berkuasa menyiasat dahulu.

Mereka yang terlibat belum didapati bersalah sehingga sebaliknya.

Jangan bicara mereka di media.

Oh Malaysia: I hate careless flattery, the kind that exhausts you in your
efforts to believe it - William Mizner. Hanya orang bodoh yang pandang tinggi orang bodoh yang lain.

Aidun Ramjini: Najib akan tunding ke arah sumpah kerahsiaan di dalam merombak kabinet beliau. Artikel 43(6) dan Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan jelas tentang perkara ini.

Jadi ia menjadi mudah buatnya. Tiada mahkamah boleh mempertikainya.

Lee Chee Wat: Bila seseorang dah jatuh, tak perlu dipijak. Cukuplah

Seow Sing Randy Yong: Dia perlu berkata begitu agar bosnya sedar kehadirannya.

Michel Wright: Sudah tentu banyak badut di dalam Kabinet. Apa lagi nak dikata?

Christopher Kim: Johor simpanan tetap BN dalam PRU13 Muhyiddin dahulu MB Johor dan punyai sokongan padu. Anda perlu sedar saingan Najib.

Wang RM2.67bilion - Perlu Penjelasan.???.

1. Perkara utama berkiatan dakwaan wang RM2.67bilion dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri perlu penjelasan,  jika memang benar, adanya wang diterima Perdana Menteri.
2. Menjawab persoalan wang sebesar RM2.67 bilion, pertama, nyatakan bahawa wang tersebut bukannya daripada 1MDB, dan kedua wang tersebut bukan daripada mereka yang mempunyai kepentingkan dalam negara. Jika ini dibuat, AYT yakin, isu wang tersebut akan tamat.
3. Persepsi kini, wang sebanyak itu digunakan untuk membantu Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13, jika itu benar, nyatakan sahaja, bahawa wang tersebut digunakan jentera BN bukan semasa masa kempen pilihanraya akan tetapi sebelum pembubaran parlimen.
4. Tidak salah parti-parti politik menerima sumbangan kewangan, asalkan sumbangan tersebut bukan daripada syarikat-syarikat kerajaan.
5. Tiada parti yang boleh berjalan tanpa sumbangan kewangan. Adalah rahsia umum, bahawa semua parti berdaftar di Malaysia menerima sumbangan baik daripada individu atau syarikat. 
6. Cadangan agar supaya sumbangan kepada parti politik dilaporkan secara terang, dicanggah oleh parti-parti pembangkang, kerana takut, parti pembangkang tidak akan menerima sumbangan daripada pihak-pihak tertentu.
7. Umum mengetahui, belanja parti dalam berdepan dengan pilihanraya bukan sedikit. Kalau dikira, wang sebesar RM2.67bilion belum mencukupi, walaupun peraturan Suruhanjaya bagi seluruh kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sesebuah parti hanya dibenarkan berbelanja maksima RM100juta.

Pendeposit Tabung Haji akan rugi akibat penjualan tanah di TRX, kata Najib

Penyimpan di Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan menanggung kerugian sekiranya dana jemaah haji itu meneruskan rancangannya menjual sebidang tanah yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Tun Razak Exchange (TRX) terdahulu tahun ini, kata  Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri menegaskan pembelian yang dibuat pada April dengan bayaran RM188.5 juta adalah satu pelaburan yang baik tetapi Tabung Haji terpaksa mempertimbangkan menjual tanah itu dengan cepat kerana persepsi negatif yang diwujudkan sekitar 1MDB.
"Jadi, saya beritahu Tabung Haji, mereka boleh jual tanah itu kalau mereka mahu. Tetapi, kalau mereka jual, yang akan rugi ialah pendeposit," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Seremban di Paroi hari ini. 

Hutang 1MDB: Beri saya 6 bulan kata Najib

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memang mempunyai rancangan untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan memerlukan masa enam bulan untuk memulihkan syarikat itu.
 
Katanya, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan mengenai perkara itu dan rancangan untuk memulihkan syarikat itu telahpun berjalan.
 
"Memang kita ada program untuk kurangkan hutang 1MDB. Dan program itu 'viable' (berdaya maju) . Kita (kena) bagi masa. Saya kata kita perlukan masa lebih kurang enam bulan.
 
"Bukan kita kata hari ini mahu selesai hutang, esok boleh selesai, tidak, tapi ada perancangan," katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seremban di Paroi di sini hari ini.
 
Najib berkata, beberapa pihak luar turut menyatakan minat untuk melabur dalam projek 1MDB sekaligus mencerminkan aset syarikat itu sememangnya bernilai.
 
"Semalam saya berjumpa dengan Emir Qatar (Sheikh Tamim Hamad Al-Thani) yang menyatakan minat dan Qatar Investment Authority juga minat untuk melihat aset 1MDB dan berminat untuk membeli tanah di (projek) Bandar Malaysia dan Duta China ke Malaysia turut menyatakan negaranya berminat," kata Najib.
 

Polis tahan timbalan pendakwaraya babit kes 1MDB

Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Sazilee Abdul Khairy, yang dipinjamkan daripada Jabatan Peguam Negara, adalah orang yang ketiga ditahan pagi ini. – Gambar fail AFP, 1 Ogos, 2015. 
Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Sazilee Abdul Khairy, yang dipinjamkan daripada Jabatan Peguam Negara, adalah orang yang ketiga ditahan pagi ini.

Seorang timbalan pendakwaraya yang terlibat dalam tangkapan baru-baru ini berkaitan dana dari sebuah agensi kerajaan yang didakwa disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ditahan polis, kata sumber.
Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Sazilee Abdul Khairy, yang dipinjamkan daripada Jabatan Peguam Negara, adalah orang yang ketiga ditahan pagi ini.
Dua yang lain, Tan Sri Rashpal Singh dan Jessica Kaur, akan dibebaskan malam ini selepas polis gagal mendapatkan tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya tengah hari tadi.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-tahan-timbalan-pendakwaraya-babit-kes-1mdb-kata-sumber#sthash.xG4BiVuB.dpuf

Sogo rally: Protesters arrested

Himpunan #TangkapNajib: Polis tangkap lebih 20 aktivis

Sogo rally: Assemblymen detained

Sogo rally: More protesters arrested

#TangkapNajib: Aktivis ditahan polis

Auntie Bersih - wanita warga emas yang dikenali ramai dalam kebanyakan perhimpunan - atau nama sebenarnya Anne Ooi, adalah antara penunjuk perasaan ditahan polis di Kuala Lumpur hari ini.

Turut ditahan, pembantu Ahli Parlimen Klang, Jay Jay Dennis.

Seorang lagi peserta ditahan kerana didakwa melontar mercun ke arah pihak berkuasa.

Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen berkata, dia terkejut kerana polis memulakan penahanan sebelum perhimpunan bermula.
Pada jam 1.30 petang, hampir 100 anggota polis dikerah bertugas di kawasan pusat beli-belah Sogo yang menjadi pusat perhimpunan berkenaan.

Turut dilihat, tiga trak dan sebuah van polis - biasanya digunakan untuk mengangkut tahanan - diletakkan di depan kompleks berkenaan.

Pagi tadi polis menyatakan akan bertindak terhadap penganjur serta peserta perhimpunan #TangkapNajib.

Antara individu ditahan polis ialah aktivis anak muda Adam Adli Abdul Halim, Mandeep Singh dan Shukri Abd Razab.

Seorang lagi aktivis Hishammuddin Rais turut ditahan tengah hari tadi.

Protes #TangkapNajib diteruskan, ramai ditangkap ingkar amaran polis

Seorang pembantah ditahan polis semasa himpunan untuk menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ditahan dan didakwa kerana skandal 1MDB di luar Sogo, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 Ogos, 2015. 
Chang Lih Kang ditahan polis semasa himpunan untuk menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ditahan dan didakwa kerana skandal 1MDB di luar Sogo, Kuala Lumpur hari ini. 

 Dua ahli Parlimen pembangkang ditangkap hari ini selepas tidak mengendahkan amaran polis untuk bersurai berhampiran kompleks membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur hari ini, menjelang protes #TangkapNajib petang ini.
Wail rakyat PKR itu – ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai Tan Kar Hing – ditahan pukul 2.20 petang selepas mereka tidak mempedulikan arahan polis yang sudah mula mengambil tindakan terhadap peserta protes itu.
Kehadiran begitu ramai pihak polis dapat dilihat dengan kira-kira 80 anggota ditempatkan di sekitar kompleks membeli-belah popular itu di mana para peserta perhimpunan sedang berkumpul.

Dalam masa yang sama, lebih ramai orang ditangkap, sebahagian besar daripada mereka dikatakan aktivis. Peserta protes juga dilihat membaling mercun dalam tindak balas mereka kepada polis dan ini menyebabkan beberapa kedai berdekatan terpaksa menghentikan perniagaan mereka.
Sumber berkata, polis juga menghentikan mereka yang memakai baju-T putih di stesen LRT Raja Laut yang berdekatan bagi menghalang mereka menyertai perhimpunan di Sogo itu.
Beberapa batang jalan juga disekat untuk menghadkan akses ke pusat bandar.
Pada jam 3 petang, polis dengan menggunakan alat pembesar suara, mengeluarkan satu lagi amaran kepada peserta untuk bersurai.
Difahamkan tangkapan setakat ini mencecah 20 orang.

Hishamuddin Rais aktivis keempat ditahan menjelang #TangkapNajib

Aktivis  Hishamuddin Rais ditangkap polis tengah hari tadi dan kini sedang menunggu peguam beliau, masih tidak diketahui sebab mengapa beliau ditangkap. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Ogos, 2015. 
Aktivis Hishamuddin Rais ditangkap polis tengah hari tadi dan kini sedang menunggu peguam beliau, masih tidak diketahui sebab mengapa beliau ditangkap. 

Aktivis Hishamuddin Rais ditangkap tengah hari ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di mana beliau ketika ini masih menunggu ketibaan peguam yang akan mewakilinya. Hishamuddin berkata beliau ditahan semasa sedang makan di Seksyen 14, Petaling Jaya.
"Saya masih menunggu seorang peguam dan saya tidak tahu sebab saya ditangkap," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, peguam Latheefa Koya juga mengesahkan penangkapan aktivis itu, mengatakan ia mungkin berkaitan dengan perhimpunan #TangkapNajib anjuran belia dan aktivis pelajar di ibu negara hari ini. Katanya, peguam G Sivamalar akan datang ke ibu pejabat polis Petaling Jaya bagi membantu Hishamuddin.

1MDB bukan duit pembayar cukai, kata Najib

Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak melibatkan wang pembayar cukai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, sambil menekankan yang ia sebuah entiti perniagaan yang hanya meminjam wang dari pihak ketiga.
"Ini bukan duit rakyat," katanya merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Seremban di Paroi, Negeri Sembilan.
Najib, yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB berkata, masalah dihadapi firma pelaburan negera itu adalah disebabkan persepsi negatif orang ramai yang menghalang ia dari disenarai awam.

"Kalau anda hendak jadikan sebuah syarikat tersenarai awam, persepsinya mesti positif. "Oleh kerana kita tidak boleh menyenarai awam, ia menyebabkan wujudnya ketidaksepadanan yang menyebabkan masalah aliran tunai," katanya sambil menambah yang masalah syarikat itu tidak "seburuk" tanggapan orang ramai.
1MDB dimiliki Kementerian Kewangan, ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai idea Najib bagi merangsang pertumbuhan ekonomi melalui perkongsian global dan pelaburan asing.
Firma itu berkata, ia tidak pernah menerima dana awam selain RM1 juta yang diperuntukkan pada masa penubuhannya.
Firma itu ketika ini berada di bawah penelitian berhubung hutang RM42 bilion yang ditanggungnya dalam masa enam tahun operasi, dan syarikat berkaitan dengannya dikatakan terbabit dalam skandal menyalurkan wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Skandal 1MDB: Dr Mahathir mungkin dijel?

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedang memikirkan semula sama ada terus atau berhenti menulis mengenai 1MDB kerana "bimbang akan disoal siasat" oleh polis.

Ditanya wartawan hari ini, bekas pedana menteri selama 22 tahun itu berkata, beliau perlu memikirkan perkara itu kerana ia "sangat serius".

"Saya mungkin dijemput polis untuk disoal siasat. Saya tak fikir mereka akan menahan saya di penjara tetapi kemungkinannya ada," katanya.

Sebelum itu Dr Mahathir melancarkan buku tulisan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, Mahathir Bukan Kawan Saya di Putrajaya hari ini.

Semalam Dr Mahathir berkata beliau enggan memberi komen mengenai 1MDB - seperti dilakukannya sebelum ini - kerana bimbang ia dianggap sebagai perbuatan jenayah.

Dipecat: Mesti Muhyiddin buat jenayah besar, sindir Dr M

Tan Sri Muhyiddin Yassin tentu sudah melakukan "jenayah besar" sehingga dipecat daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tampil dengan gaya sinisnya, bekas perdana menteri itu berkata, dia tidak memecat timbalannya walaupun ketika itu tokoh terbabit tidak memberikan sokongan kepada beliau.

"(Tun) Musa (Hitam) bersara sendiri. Saya tak suruh dia meletak jawatan," katanya.

Mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata, beliau mendapati pemimpin yang kini menjadi Ketua Umum PKR itu melakukan sesuatu "yang tidak boleh diterima".

"Saya jangka Muhyiddin mesti melakukan jenayah besar sehingga dia perlu diketepikan. Semua penjenayah mesti diketepikan di negara ini. Kita tidak mahu biarkan penjenayah memerintah negara," katanya - masih dalam nada sarkastik.

Umno NS boleh berkuasa tanpa komponen BN kata MB N9

Umno Negeri Sembilan yakin parti itu mampu mentadbir di negeri berkenaan tanpa bantuan rakan komponen dalam BN.

Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu kini menguasai 22 daripada 36 kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Katanya, Umno boleh menguasai majoriti dalam DUN kerana kebanyakan kerusi yang dikuasai ini adalah kawasan majoriti pengundi Melayu.

Memberikan ucapan bersemangat, Menteri Besar Negeri Sembilan itu juga berkias: "Jangan biar cacing naik ke mata, nanti buta... Saya tak mau presiden saya (Presiden Umno) buta.

"Tak ada EO (Ordinan Darurat), tak ada ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), itu Datuk Seri (Najib Razak) punya pasal.

"Orang kata ada senjata, jangan buang.

"Kalau yang lain nak mampuih (mati) pergi mampuih lah," katanya.

Mohamad juga membidas sesetengah pihak yang didakwanya berebut-rebut mahukan kerusi dalam pilihan raya tetapi malas berkhidmat kepada rakyat.

Demokrasi pelbagai parti mampu selamatkan Malaysia


p307h12


KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Lim Kit Siang membayangkan senario politik baru Malaysia yang tidak perlu terikat lagi dengan cita-cita sistem dua parti/gabungan tetapi sebaliknya menuju ke arah demokrasi pelbagai parti.
Hasrat Ketua Parlimen DAP itu selaras dengan perkembangan politik global di mana demokrasi pelbagai parti menjadi amalan kebanyakan negara demokrasi termasuk di rantau Asia Tenggara.
Demokrasi pelbagai parti tidak terikat kepada gabungan kekal seperti Pakatan Rakyat, Barisan Nasional atau Barisan Alternatif yang bersifat partisan (berpihak), tetapi ia merupakan gabungan pasca-pilihanraya yang bergabung atas dasar-dasar bersama untuk kepentingan rakyat.
Malah, sebelum ini Kit Siang telah menjelaskan cadangannya tidak sama serta tidak ada kena-mengena dengan apa yang dipanggil sebagai U.G. – “unity government” (kerajaan perpaduan) – yang direncanakan di antara PAS dan UMNO kerana itu merupakan pakatan kuasa politik satu kaum sahaja.
Sehubungan itu, beliau mengulangi ideanya untuk mewujudkan satu gabungan baru, kini dengan cadangan mewujudkan satu kerajaan campuran.
“Ini bergantung sama ada kita mempunyai sekurang-kurangnya 20 Ahli Parlimen UMNO dan 20 Ahli Parlimen komponen BN dari Sabah dan Sarawak yang sudi bergabung dengan 80 Ahli Parlimen DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru.
“Gabungan baru ini mampu menubuhkan satu kerajaan campuran yang baru dengan Perdana Menteri yang baru dan dasar-dasar yang baru untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang gagal,” katanya dalam majlis makan malam DAP Sungai Petani, Kedah malam tadi.
Tambah beliau, kesemua Ahli Parlimen tersebut perlu bersetuju bahawa agenda gabungan baru itu adalah semata-mata untuk menyelamatkan Malaysia daripada korupsi yang menjadi-jadi, ketidakadilan sosioekonomi dan runtuhnya pentadbiran baik.
“Ini bukan konspirasi tempatan atau antarabangsa untuk menjatuhkan Perdana Menteri melalui cara-cara ganas atau tidak mengikut Perlembagaan. Ini adalah usaha patriotik yang menggunakan saluran demokrasi serta menurut Perlembagaan,” ujar beliau.

RM2.6 Bilion: Muhyiddin mungkin kena tindakan tatatertib kata MT UMNO

AZIZ KAPRAWI
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berucap ketika merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Lembah Pantai ke-21 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke-21 di Bangsar South City.
KUALA LUMPUR, 1 Ogos:
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menghadapi tindakan tatatertib ke atas penyebaran video yang menunjukkan beliau bercakap kepada beberapa individu yang mendakwa pengakuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima RM2.6 bilion.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden parti itu boleh dirujuk kepada lembaga disiplin kerana membuat dakwaan yang disifatkan usaha untuk menjatuhkan Presiden parti.
“Dalam video itu adalah jelas bahawa dia tidak jujur ​​tentang kenyataan itu untuk menyokong Perdana Menteri terutama apabila beliau mendedahkan satu maklumat yang tidak disahkan kepada ahli pembangkang seperti Tan Sri Abdul Kadir (Sheikh Fadzir).
“Video itu telah juga diambil di dalam rumahnya maka seolah-olah ia telah diadakan. Jika perbualan itu berlaku di tempat awam maka mungkin ia tidak akan kelihatan diadakan tetapi ia berlaku di dalam rumahnya,” katanya yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan.
Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan sayap Bahagian UMNO Lembah Pantaidi sini, hari ini.

Azalina, jangan rasa jadi menteri lebih besar daripada kuasa Allah

Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, Sabtu – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim mengingatkan kepada Datuk Seri Azalina Othman Said yang baru dilantik sebagai menteri untuk tidak merasa dirinya lebih besar daripada kuasa Allah.
“Sepatutnya dia sebagai seorang menteri perlu insaf dan faham bahwa dia masih tidak terlepas daripada menjadi hamba Allah. Apabila menjadi menteri bertambahlah tanggungjawabnya menjadi khalifah Allah.
“Jawatan itu harus digunakan untuk memelihara peraturan Allah berlangsung kepada hamba-hambaNya, bukannya teruja dengan cara hidup Barat sehingga terlupa dia masih berbumbung kan langit Allah, tumpang berpijak di atas hamparan tanah Allah dan menghirup setiap detik udara Allah.
“Jadilah hamba Allah yang patuh dengan peraturan Allah termasuk dalam berlakon, berpakaian dan sebagainya,” katanya mengulas kenyataan Azalina semalam berhubung isu tapisan adegan seksi dan ghairah drama dan filem tempatan.
Ini berikutan Azalina menegur pihak di Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan perlu mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem. Baginya isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat terhadap penonton.
“Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di televisyen adalah sebuah lakonan.
“Kalau nak cakap babak-babak itu (berpelukan) boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen, (kerana) di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat,” kata Azalina.

Seorang pemimpin PAS disiasat terlibat GHB - PJ Kelantan

ahmad yakob
Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata walaupun GHB bukannya lagi sebuah parti politik namun diketahui ada ahli PAS yang terikut-ikut dengan 'pimpinan' gerakan itu selepas berakhirnya muktamar baru-baru ini.

KOTA BHARU, 1 Ogos:
PAS Kelantan mengesahkan sudah memanggil dan mengambil keterangan seorang pemimpin PAS kawasan berhubung pembabitannya di dalam Gerakan Harapan Baru (GHB).
Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yakob berkata pemimpin terbabit sudah diberikan nasihat dan diambil keterangan.
“Setiap laporan akan dihantar kepada Bahagian Tatatertib parti dan akan diputuskan oleh pimpinan parti samada digantung ataupun dipecat keahlian.
“PAS mempunyai ‘mata dan telinga’ di setiap cawangan bagi melaporkan sekiranya ada ahli terbabit dengan Gerakan Harapan Baharu (GHB),” katanya yang juga Menteri Besar Kelantan di majlis sempena Aidilfitri PAS Cawangan Mulong serta menerima ikrar ahli untuk teguh bersama pimpinan negeri di sini.
Beliau yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata walaupun GHB bukannya lagi sebuah parti politik namun diketahui ada ahli PAS yang terikut-ikut dengan ‘pimpinan’ gerakan itu selepas berakhirnya muktamar baru-baru ini.
Katanya, pemimpin kawasan yang dipanggil itu diberikan nasihat sebelum tindakan selanjutnya dikenakan kerana memikirkan beliau adalah ‘darah daging’ PAS.

GHB diingat tak guna premis PAS untuk tarik sokongan - Tuan Ibrahim


Post Pic

KUALA LUMPUR: Pimpinan Gerakan Harapan Baru (GHB) diingatkan tidak menggunakan platform PAS sebagai penggerak program mereka untuk menarik dan mempengaruhi anggota parti berteraskan Islam itu.
 
Selain itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jawatankuasa pusat juga telah mengeluarkan arahan supaya anggota parti tidak terlibat dengan GHB.
 
"Kita telah keluarkan arahan rasmi supaya ahli-ahli PAS tidak terlibat dengan GHB dan kita tak benarkan premis parti dipergunakan oleh GHB," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau turut menasihatkan wakil rakyat PAS yang bersama GHB agar berpegang kepada bai'ah dan tidak melanggar sumpah taat setia tersebut.
 
"Jadi wakil-wakil rakyat yang menang itu dia menang atas nama parti bukan individu masing-masing.
 
"Bila dia keluar tinggalkan parti dia melanggar bai'ah, bagi pihak parti itu ikatan kita dengan Allah dan kalau dia nak keluar juga dia kena tanggunglah apa-apa risiko daripada bai'ah tersebut," katanya.
 
Tuan Ibrahim mengulas desakan daripada PAS agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  dan ahli Parlimennya yang mahu menyertai GHB supaya meletakkan jawatan.
 
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed dilaporkan berkata, mereka perlu meletakkan jawatan bagi mengelakkan pendapatan syubhah.
 
Antara wakil rakyat yang sudah mengesahkan akan keluar PAS dan menyertai GHB setelah didaftarkan sebagai parti ialah ADUN Morib Hasnul Baharuddin.
 
Difahamkan lebih ramai ADUN dan ahli Parlimen PAS akan menyertai GHB.
 

Tiada peluang kedua jika sertai GHB - Iskandar


Post Pic

SHAH ALAM: PAS berpendirian tidak akan memujuk golongan porgresif (G18) yang menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk kembali kepada parti berkenaan.
 
Malah menurut Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad parti itu pernah memberikan peluang golongan tersebut untuk menyertai Jawatankuasa Pusat namun ditolak. 
 
"Tidak. Kami kini lebih terbuka, umum mengetahui di peringkat Pusat, kami pernah menjemput Salahuddin Ayub (bekas Naib Presiden) untuk menjadi ahli jawatankuasa pusat tapi dia enggan terima. 
 
"Saya lihat golongan seperti ini ada pendirian lain mereka fikirkan sekarang," kata Iskandar di Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Selangor semalam.
 
Bagaimanapun ujar Iskandar, mereka dialu-alukan untuk kembali menyertai PAS sekiranya hilang kepercayaan terhadap gerakan baru berkenaan di masa akan datang.
 
"Saya rasa PAS mengalu-alukan golongan progresif ini jika mereka sudah hilang kepercayaan terhadap gerakan baru itu," katanya lagi.
 

PAS Kelantan sedang 'perhati' ahli PAS yang mahu sertai GHB


Post Pic

KOTA BAHARU: PAS Kelantan sedang mengenal pasti anggotanya yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) yang didakwa bakal ditubuhkan pada September depan oleh sebilangan pemimpin kanan parti itu yang tewas dalam pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-61 baru-baru ini.
 
Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya mempunyai 'mata dan telinga' di setiap cawangan yang akan memberi laporan kepada PAS negeri sebelum aduan rasmi dikemukakan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat untuk  tindakan lanjut.
 
"Kami sedang memerhati (anggota nak sertai GHB). Kalau ikut perlembagaan parti, negeri atau dewan-dewan boleh melapor kepada PAS pusat apabila ada anggotanya telah melakukan sesuatu perlanggaran akhlak dengan parti dan Jawatankuasa Tatatertib akan buat keputusan," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri PAS cawangan Kedai Mulong di sini, malam tadi.
 

Skandal 1MDB: Tan Sri, pegawai Pejabat AG ditangkap.!!


Seorang lelaki berpangkat Tan Sri yang juga bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjadi individu terbaru ditangkap dalam siasatan berhubung skandal 1MDB.

Turut ditahan, seorang pegawai yang berkhidmat di Pejabat Peguam Negara (AG).

The Star hari ini melaporkan penahanan itu dibuat ada kaitan dengan siasatan dibuat pasukan petugas khas yang dipertanggungjawabkan meneliti isu 1MDB dan dikaitkan dengan perdana menteri.

Pasukan petugas khas itu dianggotai pegawai dari SPRM, Bank Negara Malaysia dan diselaraskan oleh Pejabat Peguam Negara.

Siasatan dijalankan apabila timbul dakwaan berlaku pengaliran dana 1MDB ke akauan persendirian milik Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun siasatan dilihat tergendala apabila Tan Sri Abdul Gani Patail digugurkan daripada jawatannya sebagai Peguam Negara.

Buku JASA bantu Najib jawab kritikan

Buku kecil diedarkan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) kepada perwakilan Umno Seremban dalam mesyuarat agung tahunan bahagian itu menjelaskan mengenai skandal dihadapi Datuk Seri Najib Razak.

Dua naskhah diedarkan dengan salah satunya mengandungi 50 halaman berjudul 22 Jawapan Najib diterbitkan JASA dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Satu naskhah lagi adalah versi dipermudah dengan ringkasan jawapan mengenai beberapa topik seperti serangan Tun Dr Mahathir Mohamad serta penjelasan mengenai 1MDB dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Malaysiakini mendapati semua kandungan yang dimuat dalam buku itu diambil daripada jawapan balas diberi perdana menteri sebelum ini, termasuk diambil dari blog beliau dengan sedikit penjelasan tambahan.

Beberapa statistik juga dipaparkan.

Antara bab yang ada ialah "Dakwaan Tidak salah meminta PM meletak jawatan kerana negara lebih kucar-kacir berbanding sebelum ini".

Penulis mendakwa tuduhan tersebut adalah pendapat peribadi Dr Mahathir apabila beliau "memilih untuk mengabaikan semua pencapaian kerajaan di bawah pelbagai program transformasi" yang dijangka menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Usaha menyingkir Muhyiddin dari Umno bukan semudah disangka

oleh Hazlan Zakaria
Selepas disingkir daripada barisan Kabinet, segelintir pihak kini menggesa agar Muhyiddin Yassin disingkirkan daripada parti Umno pula.
Namun persoalannya ialah mampukan Perdana Menteri Najib Razak berbuat demikian?
Sudah tentu penyokong Najib menganggap Muhyiddin keras kepala kerana enggan akur dengan arahan perdana menteri agar tidak membuat kenyataan tentang skandal 1MDB. Ia juga mungkin menunjukkan sikap beliau terhadap dasar dasar kerajaan.
Muhyiddn dilihat berada di pihak bertentangan di dalam pelbagai dasar, salah satunya ialah apabila beliau berkata, “Pertama sekali, saya Melayu, dan kemudian rakyat Malaysia,” sedangkan Najib pula melaungkan slogan 1Malaysia.
Ironinya, tindakan Muhyiddin yang tentu sekali menyebabkan kejatuhan bagi orang lain, telah menaikkan namanya di kalangan ahli parti Umno dan mungkin ini menyebabkan usaha menyingkirnya daripada parti Melayu itu jauh lebih sukar.
Bekas menteri Zainuddin Maidin memberitahu The Malaysian Insider bahawa Najib perlu menyingkir Muhyiddin daripada jawatan timbalan presiden parti bagi mengelakkan usaha menumbangkannya yang mungkin sedang diusahakan Muhyiddin.
Zainuddin berpendapat bahawa timbalan presiden itu memiliki pengaruh bagi mengucar kacirkan Umno.
Tambahnya, Muhyiddin selaku timbalan presiden mampu membawa usul perhimpunan tergempar dengan sokongan dua pertiga daripada jumlah keseluruhan ahli majlis tertinggi.
Ya, mungkin benar Muhyiddin memiliki sokongan daripada segelintir ahli, terutama mereka yang menyokong mantan PM Mahathir Mohamad.
Mungkin usul tersebut sedang dipertimbangkan dan akhirnya salah seorang akan tumbang kerananya.
Sekiranya mesyuarat tergempar diadakan, ia boleh digunakan bagi membangkitkan pelbagai isu termasuk mencabar Najib.

Cabaran getir bagi SSK membentuk masyarakat berpengetahuan luas

oleh Joe Leong

Setelah menghamburkan pujian bertali arus terhadap perdana menteri sambil berdiri teguh di belakangnya di sebalik kontroversi 1MDB, Salleh Said Keruak kini diangkat menjadi menteri pusat bagi sektor komunikasi dan multimedia.

Sudah tiba masanya pemimpin itu, yang dikenali sebagai SSK di kalangan komuniti Bajau di Kota Belud, Sabah mengurangkan bicara, dan membuktikan kehebatannya. Kita telah terlalu lama membaca coretannya memuji Najib Razak di dalam blognya. Tunjukkan kepada kita, kerana kini beliau telah memegang jawatan menteri.

Rakyat Malaysia berharap bahawa ahli Kabinet yang baru ini mampu memahami kehendak sebenar negara ini, ketika krisis politik semakin meruncing. Beliau sebenarnya berdepan cabaran yang cukup besar. Insiden kecil seperti kebakaran di Bukit Aman pada 29 Julai mampu tersebar meluas di laman media sosial.

Maka, Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu merangka pelan bagi memaklumkan segala perkembangan, di dalam usaha memupuk masyarakat berpengetahuan luas. Kementerian perlu menghasilkan pelan berbanding hanya meredakan keadaan bagi pihak kerajaan, dengan berjuang memenangi hati dan pemikiran rakyat serta pengguna Internet yang dibelenggu kekecewaan.

Sekiranya SSK mahu melunaskan tanggungjawabnya kepada Raja dan Negara, beliau perlu mendapatkan sokongan semua ahli Kabinet di dalam menerima rancangannya, agar semua kementerian, jabatan dan agensi memberi maklumat terkini kepada rakyat Malaysia sepanjang masa.

Maklumat yang tepat dan pantas daripada sumber rasmi mungkin jawapan bagi menghentikan penyebaran khabar angin serta salah tafsiran tentang beberapa insiden termasuk kebakaran di Bukit Aman dan pergaduhan di Low Yat tempuh hari.

Dr SSK, punyai PhD di dalam sains politik dari Universiti Putra Malaysia. Beliau berkata selepas perlantikannya bahawa beliau menerima pandangan konstruktif serta percaya dengan kaedah menggunakan cara terbaik agar rakyat memahami dan menerima dasar-dasar kerajaan.

Sekiranya beliau menyasarkan agar rakyar memahami apa yang kerajaan lakukan, itu sangat baik. Namun sebenarnya, memang itulah tugas utama kementeriannya. Sebelum merencana strategi dan pelan, khidmat menyampaikan maklumat asas perlu dikenalpasti. Hanya setelah maklumat tersebar, barulah rakyat dapat tahu apa yang kementerian dan agensi kerajaan lakukan.

Tanda tanya rombakan kabinet tatkala skandal 1MDB

najib-1mdb-copyTANAH MERAH, 31 JUL: Pengguguran mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa anggota lain dalam rombakan kabinet pada Selasa lalu menimbulkan persoalan di tengah kemelut isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail, berkata tidak cukup dengan itu, penamatan perkhidmatan mantan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, sehari sebelum itu dengan serta merta turut menghadirkan persepsi negatif.
“Timbul persoalan dalam perkara ini apabila Mantan Timbalan Perdana Menteri, mantan Peguam Negara dan yang lain-lain dipecat.
“Itu dilihat usaha untuk terus mengukuhkan kedudukan dan berkuasa. Apa kita lihat sesiapa yang kelihatan menentang dipecat dan yang sokong dinaikkan pangkat,” katanya dalam sidang media selepas majlis Jelajah Amanat Presiden di sini, hari ini.
Beliau berkata, sesungguhnya rombakan kabinet dibuat Najib memang boleh dipertikaikan ketika pelbagai pihak menyatakan rasa tidak puas hati berhubung isu 1MDB dikaitkan dengan diri beliau.
Katanya, ini ditambah dengan pelantikan Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan tiga anggota lain ke dalam barisan kabinet baharu yang menimbulkan persepsi berbeza serta menguatkan andaian mengenai Perdana Menteri dan isu berkaitan.

Jasa@Macai Umno keluarkan buku jawab tuduhan terhadap Najib

Unit propaganda Putrajaya, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), mengeluarkan senaskhah buku 47 muka surat yang menggariskan "22 jawapan" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menjelaskan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Buku tersebut diedarkan kepada lebih 300 ahli Umno pada mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Seremban di Paroi, Negeri Sembilan, hari ini, yang dijadualkan dirasmikan Najib selaku presiden parti.
Turut disertakan sekeping risalah yang mengandungi penerangan dalam bentuk yang lebih padat, tetapi tidak dinyatakan nama penerbitnya.

Dalam buku kecil itu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dituduh mengulangi "pembohongan pembangkang" tentang pentadbiran Najib. Maklumat dalam buku itu semuanya diambil dari Najib.
Sementara risalah itu menyatakan, jika Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri seperti yang dituntut Dr Mahathir, negarawan yang berusia 90 tahun itu akan dapat "campur tangan" dalam pentadbiran negara.

Pemuda Umno Johor mahu pimpinan parti jelas isu kepada akar umbi

Ketua Pemuda Umno Johor Hahasrin Hashim berkata permasalahan persepsi yang timbul dalam segala isu terutamanya 1MDB, memberi kesan kepada sokongan pengundi atas pagar serta ahli Umno sendiri, oleh itu barisan kepimpinan perlu memberi penjelasan kepada akar umbi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Ogos, 2015. 
Ketua Pemuda Umno Johor Hahasrin Hashim berkata permasalahan persepsi yang timbul dalam segala isu terutamanya 1MDB, memberi kesan kepada sokongan pengundi atas pagar serta ahli Umno sendiri, oleh itu barisan kepimpinan perlu memberi penjelasan kepada akar umbi. 

Pemuda Umno Johor hari ini menuntut kepimpinan parti dan Kabinet baru berperanan lebih agresif dalam menerangkan isu-isu di peringkat akar umbi, berikutan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri awal minggu ini. Ketuanya Hahasrin Hashim berkata, permasalahan persepsi yang timbul dalam segala isu yang berbangkit, terutamanya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi punca kekeliruan rakyat, bukan sahaja memberi kesan kepada sokongan pengundi atas pagar, malahan ahli Umno sendiri.
Katanya, pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenggara mencadangkan supaya barisan kepimpinan turun memberi penjelasan kepada akar umbi.

"Ini adalah kerana yang berhadapan dengan rakyat adalah kami di akar umbi. Yang akan mempertahankan parti juga adalah kami di akar umbi. "Maka, bantulah kami dalam menjelaskan kepada rakyat kebanyakan," katanya dalam satu kenyataan semalam selepas mesyuarat pergerakan itu di dewan Felda Sungai Gayong.

Isu Muhyiddin tak jejaskan Umno - Puteri

Puteri UMNO yakin isu pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri pada Selasa lalu tidak akan menggugat dan menjejaskan perpaduan parti terutama di Johor.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermiyati Samsudin berkata beliau yakin semua peringkat akar umbi dalam UMNO cukup matang dalam memikirkan segala tindakan mereka.

"Apa pun dalam parti kita masih bertuah mempunyai seorang timbalan presiden (UMNO) yang begitu kuat cintanya pada bangsa dan parti dan sebab itu saya minta tiada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan lain.

"Tan Sri Muhyiddin banyak memberikan sokongan kepada Puteri yang pernah menyatakan Puteri adalah harapan penting dalam parti dan kami merakamkan ucapan terima kasih itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bakri di Muar, malam tadi.

Mas Ermiyati juga menafikan kononnya ada ketua Puteri bahagian di negeri ini yang telah melepaskan jawatan berhubung isu yang melanda kepimpinan negara ketika ini.

Kenapa PAS perlu nak marah Harapan Baru?

Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diumum baru-baru ini membuatkan mereka menjadi sasaran tembakan peluru PAS. Pimpinan PAS menyerang mereka bertubi-tubi samada dalam ceramah, mahupun blog dan media sosial.
Dalam banyak-banyak serangan, saya simpulkan peluru yang digunakan adalah berupa serangan psikologi dengan menggelar GHB ini sebagai kumpulan orang kecewa kalah pemilihan.
Serangan psikologi ini diasak dan disalut dengan dalil yang sedap didengar, tajam menikam, panas berapi - membuatkan ahli dari ceruk kampung tidak akan mendekati kumpulan ini.

Apa sebenarnya yang pimpinan PAS mahu? Sebenarnya tidak perlu sindir, tidak perlu serang. Biarlah GHB tubuh parti baru. Tidak perlu pecat, mereka akan gugur keahlian dengan sendiri jika menubuhkan parti baharu. Sepatutnya pimpinan PAS bersyukur kerana orang yang mereka singkir itu benar-benar hilang daripada PAS. Lega bukan? Tapi sebaliknya, pemimpin PAS terjerit-jerit serang psikologi seolah-olah tak mahu mereka keluar daripada PAS.
Apakah PAS mahu mereka terus berada dalam parti supaya psikologi mereka boleh didera secara halus? Jika tidak suka, biarkan mereka. PAS patut buat kenduri macam Ibrahim Ali. Syukur kerana jebon-jebon dah lari.
Perlu diingat, kamu gunakan serangan psikologi "orang kecewa kalah pemilihan". Walhal saya beranggapan mereka bukanlah memilih GHB kerana tewas pemilihan. Tetapi mereka tidak boleh terima cara pemilihan yang dilakukan.
Pemilihan itu bukan sekadar hari Muktamar. Semua orang tahu, berbulan-bulan sebelum Muktamar, mereka digelar sebagai jebon, munafik haraki, macai-DAP, geng liberal dan sebagainya. Mereka dicaci, disindir, diherdik sesuaka hati. Malah siap berdalil aqli dan naqli. Bukan itu saja, mereka diasak dengan persepsi untuk menjatuhkan presiden.
Hasil cacian dan makian itu meresap masuk ke dalam minda perwakilan dan akhirnya diterjemah melalui pemilihan. Malah pencalonan Ustaz Ahmad Awang memberi bonus kepada kempen "menghapuskan orang yang mahu jatuhkan presiden".

RAKYAT MALAYSIA GELISAH

Seingat aku, belum pernah berlaku lagi dalam sejarah di Malaysia rakyatnya dalam keadaan yang amat gelisah, tertekan, ‘kacau-kena’ ( meminjam loghat orang Perak) sepertimana yang dialami kini. Tentulah agak keterlaluan aku membuat kesimpulan yang sebegini dengan tidak mendasarkan hujah aku kepada kajian dan fakta-fakta yang konkrit. Namun aku merasakan bahawa dengan melihat dan memerhati keadaan ‘pergolakan’ dalam masyarakat kini maka dapat dibuatkan kesimpulan sedemikian.
            Dimana-mana saja akan kedengaran rakyat mengeluh dan  mempersoalkan tentang ‘arah tuju negara Malaysia’. Mereka tertanya-tanya ke mana agaknya negara hendak dibawa oleh para pemimpin negara kini. Apakah para pemimpin negara kini memikirkan tentang keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara ataupun hanya memikirkan tentang usaha untuk menyelamatkan diri dan hanya mementingkan diri dan keluarga.
            Rakyat Malaysia ‘gelisah’ mengenangkan  video yang memaparkan tentang kenyataan TS Muhyiddin Yassin yang menjelaskan tentang perbualannya dengan DS Najib yang mengakui bahawa wang sebanyak RM 2.6 billion telah dimasukkan ke dalam akaun beliau. Dan kisah ‘tayangan video’ itu telah merebak seperti api yang membakar hutan di kawasan hutan Yosemeti di California. Bukan sepertimana kebakaran yang merebak di bangunan milik Polis di Bukit Aman. Lebih dari itu. Rakyat hanya mampu ‘gelisah’ dan menunggu apakah tindakan seterusnya yang sepatutnya dilakukan oleh pihak berwajib.
            Tengah malam kelmarin aku dikejutkan dari tidur oleh rakan karib dari kampung yang bertanya tentang samada aku sudah tonton video tentang perbualan TS Muhyiddin mengenai akaun milik DS Najib. Lantas fikiran aku terus memikirkan bahawa sekiranya orang kampung aku, kampung pingitan dan pendalaman sudah mula ‘bangun’ membicarakan kisah DS Najib dan IMDB maka aku amat yakin seluruh negara kini sedang membincangkan isu yang sama. Maknanya seluruh negara sedang dalam keadaan ‘gelisah’, tertekan dan amat kecewa dengan keadaan yang berlaku kini.
            Isu IMDB dan ‘wang RM 2.6 billion’ bukan isu biasa yang ‘bangkai gajah boleh ditutup dengan nyiru’. Angka 2.6 billion sudah merupakan angka sebutan rakyat seluruh Malaysia sehinggakan kanak-kanak yang berumur tujuh tahun pun sudah mula menyebutnya (walaupun mereka tidak tahu tentang biji buahnya). Angka sedemikian tidak mudah untuk ‘dipadamkan’ di hati dan fikiran rakyat Malaysia walaupun berbagai usaha ‘pengalihan’ dan ‘penafian’ dilakukan. Namun ia tetap ‘menghantui’ pemikiran rakyat Malaysia.
            Media sosial dengan berbagai saluran maklumat yang meledak pemikiran rakyat telah memperkatakan tentang wang 2.6 billion ringgit. Di mana saja kita berada isu ini diperkatakan. Betul kata peribahasa Melayu, ‘ mulut tempayan boleh disumbat (ditutup) tetapi mulut manusia tidak boleh ditutup dan disumbat’. Nampaknya semakin hari semakin ghairah rakyat Malaysia memperkatakannnya. Ada juga asasnya mereka berbuat demikian. Rakyat sedar bahawa wang sebanyak  itu adalah wang mereka. Titik peluh mereka. Dan rakyatlah yang akan bertanggungjawab terhadap apa saja yang akan berlaku kepada wang sebanyak itu. Rakyat sebagai pembayar cukailah yang akan membayar segala hutang piutang negara nanti. Lantas ada asasnya mereka gelisah.

GHB dilancarkan 31 Ogos guna permit parti KITA


Post Pic


GEORGE TOWN: Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mengambil alih Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan bercadang melancarkan semula parti itu 31 Ogos ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. 
 
Beliau berkata, pengambilalihan parti itu akan dibuat melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual diadakan tidak lama lagi. 
 
"Selepas EGM itu kami akan memohon kelulusan Pendaftar Pertubuhan, ia sama seperti penggabungan PKR dan Parti Rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan dua Anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), di sini hari ini. 
 
Mujahid yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar berkata, usaha untuk menubuhkan pakatan baharu akan lebih mudah selepas proses pengambilalihan parti itu selesai.
 

PAS mampu 'hidup sendiri' - Penganalisis


Post Pic


SHAH ALAM: PAS tidak perlu takut untuk bergerak sendirian tanpa adanya sokongan daripada rakan pembangkang yang lain, demikian tegas penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling.
 
Ujar Zainal, PAS sebelum menyertai Pakatan Rakyat sudah membuktikan ia mampu bergerak sendiri tanpa perlu bergantung pada polpulariti parti politik lain. 
 
"Selama ini PAS memang bergerak sendiri sehingga ia dipujuk menyertai pembangkang. Bermakna ia sebuah parti boleh bergerak sendiri cuma tidak memperolehi sokongan kaum Cina di tempat lain. 
 
"Jika PAS keluar daripada pembangkang, maka PAS akan mempunyai sokongan yang berkurangan namun masih boleh bergerak sendirian di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Pendirian PAS untuk bergerak sendirian semakin kerap didengar berikutan Pakatan Rakyat kini semakin goyah.
 
Ia lantaran tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP selepas parti dominasi Cina itu berterusan menyerang peribadi presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bersabit isu pelaksanaan hudud di Kelantan.
 
Terdahulu, DAP bertindak memutuskan hubungan dengan DAP.
 
PAS kini hanya bekerjsama dengan PKR sekaligus memanjangkan hayat Pakatan Rakyat.

Malaysia dan politik sosok peribadi

Minggu ini, perdana menteri dari parti yang dilantik oleh 47% rakyat Malaysia menggugurkan timbalan perdana menteri dan beberapa menteri yang lain, dan menggantikan dengan beberapa muka lama dan muka baru dalam rombakan Kabinet.
Jika saya menggunakan perkataan “pecat” sudah pasti itu satu perkataan yang keras, sama keras seperti peristiwa pada 1998 di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri.
Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatannya ini dikatakan kerana kritikan keras beliau terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta isu-isu yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika peristiwa ini berlaku, ramai di kalangan kawan saya berseloroh, pada satu lagi “parallel universe” yang berasingan, Muhyiddin sedang merancang untuk membuat demonstrasi dengan mengumpulkan 100,000 penyokong di hadapan Masjid Negara selepas solat Jumaat. Malah, ramai juga di kalangan kawan juga berkata, jika Muhyiddin mampu melakukan perkara yang sama seperti Anwar lakukan pada 1998, sudah pasti kerajaan sudah mampu bergoyang.
Tetapi Muhyiddin bukan Anwar, dan Najib bukan Mahathir.
Krisis politik terjadi apabila berlakunya krisis ekonomi, mengikut pengamatan saya. Semasa kemelesetan ekonomi penghujung 1980an, juga berlaku krisis politik.
Krisis Ekonomi Asia pada penghujung 1990an, juga berlaku krisis politik. Krisis ekonomi dunia penghujung 2000an, juga mengakibatkan krisis politik.
Sebenarnya krisis ekonomi dunia sejak dari zaman bekas Presiden Amerika Syarikat George W Bush belum pernah pulih walaupun Barack Obama sudah 7 tahun melakukan “perubahan”.
Oleh itu, kita lihat krisis politik tidak pernah pulih kerana krisis ekonomi juga tidak pernah pulih, bahkan semakin parah.
Analisis politik tanpa analisis ekonomi adalah satu analisis yang gagal. Tetapi ramai di kalangan kita sering melihat sosok peribadi seseorang untuk menganalisis politik.