Jumaat, 31 Julai 2015

Reputasi Nur Jazlan musnah apabila terima jawatan timbalan menteri

oleh Robin Stanley Augustin

Tidak susah menjadi politikus. Anda hanya perlu bercakap dan bercakap, terutama ketika musim pilihanraya.
Apa yang susah adalah menjadi lebih sekadar politikus. Ia adalah tugas yang amat berat.

Anda perlu mengotakan setiap kata-kata, dan kekal dengan prinsip dan pendirian walaupun berhadapan keadaan yang sukar.

Sebaik sahaja seorang politikus dilihat melanggar prinsip dan nilai yang dipegangnya, dia akan mula dilihat hanya seorang lagi pelakon yang cuba memperbodohkan kita.

Itulah sebabnya mengapa berita tentang pelantikan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) Nur Jazlan Mohamed sebagai timbalan menteri dalam negeri, dan kenyataan susulannya bahawa pendengaran PAC berhubung isu 1MDB akan ditangguhkan sehingga Oktober ini, amat mengecewakan ramai. Seperti dijangka, kenyataan MP Pulai itu mencetuskan kemarahan ramai, daripada politikus hinggalah netizen.

Mereka mempersoalkan sama ada pelantikan itu bermakna terhentinya siasatan PAC terhadap 1MDB. Menurut laporan Bernama, ahli kabinet yang baru dilantik itu telah berikrar akan membantu perdana menteri Najib Razak dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

“Saya berjanji untuk membantu beliau dalam menjaga ketenteraman awam serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. “Saya juga akan membantu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri,” katanya seperti dipetik.

Adakah Muhyiddin akan menyerah kalah begitu saja?

oleh Arzaman Sulaiman
MUHYIDDIN PERLU BERTINDAK: Rata-rata pemerhati politik menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat rombakan Kabinet dan beberapa keputusan lain serentak sebagai satu usaha menyelamatkan dirinya dari dikritik dan terpalit dengan isu 1MBD.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pengkritik tegar isu ini dalam jemaah menteri. Tindakan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO pastinya memberi impak dan akan menjejaskan kreadibiliti dan intergriti Perdana Menteri. Jesteru itu beliau perlu disingkir.
Penyokong kuat Muhyiddin Yasssin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga perlu disingkir. Tindakan ini dibuat bagi melenyapkan pengaruh Muhyiddin dan bagi menutup mulut penentangnya dalam Kabinet malah dalam UMNO itu sendiri.
Disamping penguguran kedua-dua pemimpin ini dalam jemaah menteri tindakan Najib melantik Pengerusi PAC Nur Jazlan Mohammad dan beberapa Jawatankuasa PAC lain  dalam jemaah menteri Wilfred Madius Tangau, Reezal Merican Naina Merican dan Mas Ermieyati Samsudin adalah satu usaha melumpuhkan atau melambatkan usaha siasatan PAC yang sudah hendak sampai ke penghujungnya. Tambahan penamatan khidmat Peguam Negara Tan Sri Ghani Patil secara tergesa-gesa sedangkan tempuh kontraknya akan berakhir pada bulan Oktober nanti, turut menimbulkan persoalan.
Semua tindakan ini menjurus dan melibatkan mereka yang terlibat dalam   menyiasat  1MDB dan mengkritiknya memperkuatkan anggapan dan andaian rakyat bahawa tindakan drastik Najib Tun Razak adalah usaha terakhir beliau menyelamatkan diri dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Persoalan yang timbul kini, adakah Muhyiddin akan berpeluk tubuh menyerah dan berdoa agar keberanian dan ketegasan beliau menegur Perdana Menteri itu berasas, atau membenarkan kata-kata pembodek Najib yang tindakan Muhyiddin mengambil kesempatan dan menangguk air yang keruh?
Kalau benar Muhyiddin ikhlas berjuang untuk membetulkan keadaan dalam isu 1MDB dan memberikan keyakinan kepada rakyat kritikannya selama ini berasas beliau perlu bertindak. Diyakini tindakan pemecatan sebagai Timbalan Perdana Menteri akan disusuli dengan tindakan pemecatan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO dalam mesyuarat MKT yang bakal diadakan pada hari jumaat nanti.
Perkara ini telah dibangkitkan oleh bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin meramalkan tindakan yang diterima oleh Muhyiddin akan disusuli pula dengan tindakan memecat beliau daripada jawatan Timbalan Presiden parti dengan alasan melanggar disiplin parti. Usul ini pastinya akan diterima oleh anggota MKT sepertimana berlaku kepada Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Barisan Kabinet ‘kurang cerdik’ tidak akan mampu pertahankan Najib

oleh Robin Stanley Augustin
Rombakan kabinet baru-baru ini bertujuan untuk mengukuhkan kepimpinan negara, dengan menggugurkan pengkritik 1MDB dan menggantikannya dengan mereka yang “memiliki semangat berpasukan”.
Dengan tersingkirnya mereka yang lantang, “dream team” baru perdana menteri Najib Razak pastinya bakal menjadi pertahanan yang lebih kukuh dan bersatu bagi menentang serangan politikus, media dan orang ramai.
Akan tetapi ia seperti tidak akan tercapai, terutama apabila pasukan ini turut merangkumi menteri-menteri “kurang cerdik” yang bukanlah pembela kerajaan yang baik.
Salah seorang menteri tersebut adalah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Abdul Rahman Dahlan.
Menurut laporan The Rakyat Post, pengarah komunikasi strategik BN itu memberi jaminan yang pelantikan empat ahli Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) ke dalam kabinet tidak akan menghentikan siasatan terhadap 1MDB.
Dalam satu wawancara dengan Al Jazeera, Abdul Rahman juga berkata yang penggantungan penerbitan The Edge tidak menjejaskan kebebasan media.
Dalam posting di Facebook pula, beliau berkata telah memberi jaminan kepada Al Jazeera bahawa penggantungan tersebut tidak bermaksud terhakisnya kebebasan media dan bersuara di Malaysia.
Katanya, ini kerana penerbitan itu masih boleh menyiarkan berita melalui platform digital.
Namun, katanya lagi, kerajaan tidak akan membiarkan “tindakan mencuri dan menyiarkan dokumen sulit yang tidak dapat disahkan keasliannya”.
Mengulas soal siasatan PAC terhadap akaun 1MDB, beliau memberi jaminan bahawa keadilan akan ditegakkan.

#KitaLawan lancar siri jelajah, gerak anak muda ke Bersih 4.0

KitalawanKUALA LUMPUR, 30 JULAI- Gerakan #KitaLawan akan memulakan siri jelajah besar-besaran bagi menggerakkan anak muda ke Himpunan Bersih 4.0 yang bakal diadakan 29 dan 30 ogos hadapan.
Bermula di Sabah pada 2 Ogos nanti, program yang dinamakan pentas #KitaLawan itu akan meneruskan siri jelajahnya ke Kuala Terengganu ada 7 Ogos.
Beberapa pemimpin pembangkang seperti pengerusi Gerakan Harapan Baru, Mohammad Sabu, Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli serta pemimpin muda di kalangan aktivis dan pemimpin pelajar turut dijangka hadir.
“Malah kita jangka lebih ramai pemimpin akan hadir, kita buka kepada semua pemimpin rakyat.
“Kalau Tan Sri Muhyiddin dan Tun Mahathir mahu datang pun kita akan alu-alukan,” jelas Wakil Sekretariat #KitaLawan, Akmal Nasir dalam sidang akhbar hari ini.
Tidak terhenti setakat itu, siri jelajah tersebut akan diteruskan ke Machang di Kelantan dan Sarawak pada 8 Ogos, sementara 14 Ogos di Perak.
Menyifatkan gerakan ini sebagai satu gerakan habis-habisan dari anak muda untuk menyelamatkan negara, #KitaLawan turut akan mengadakan beberapa program lain menjelang himpunan BERSIH 4.0 nanti.
“Setiap minggu kita akan adakan kempen seperti Flashmob dan sebagainya untuk menaikkan semangat rakyat,”
“Anak muda akan terus memperjuangkan hak rakyat di negara ini,” tegasnya.
#KitaLawan berkata, mereka akan meneruskan siri jelajah tersebut ke Melaka dan Negeri Sembilan pada 16 Ogos, yang terakhir akan diadakan di Pasir Gudang dan Tebrau, Johor pada 22 Ogos nanti.

“Saya digugurkan? Alhamdulillah”-Mohamad Hasan

Desas-desus mengenai pengguguran Mohamad timbul selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkir sebagai Timbalan Perdana Menteri
Mohamad-Hasan,-UMNO
KUALA LUMPUR : “Saya digugurkan? Alhamdulillah..,” ia ringkas Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai khabar angin di media sosial bahawa beliau akan digugurkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Badan Kemajuan Anak-Anak Negeri Sembilan pada Jumaat.
Desas-desus mengenai penggugurannya timbul selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.
Terdahulu dalam ucapannya Mohamad yang juga merupakan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan memberi amaran kepada pihak luar supaya tidak mengacau pentadbiran yang diketuainya.
Jelasnya, pihak luar seharusnya menjaga kawasan masing-masing dan tidak menganggu kawasan orang lain.
“Kito duduk diam-diam. Duduk di pengkalan kito. Sey duduk sey jago pengkalan Negeri Sembilan. Tapi jangan kacau-kacau Negeri Sembilan. Keno pangkah nanti,” katanya.

Kerjasama PKR terbuka asalkan BN tumbang

PAKATAN RAKYATTANAH MERAH, 31 JUL: PKR berpendirian terbuka dalam membentuk kerjasama dengan pelbagai pihak ke arah menumbangkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang mengkhianati amanah rakyat.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti terbabit mengalu-alukan kesediaan parti politik, NGO dan pihak lain yang mendokong wadah perjuangan sama untuk bersama-sama berganding dalam gabungan itu.
“Kita terbuka untuk bersama rakyat dan semua pihak lain yang mempunyai pendirian sama dalam perkara ini.
“Kita bersama menentang kezaliman, rasuah, salahguna kuasa yang menjadi amalan BN selama ini,” katanya dalam sidang media selepas majlis Jelajah Amanat Presiden di sini, hari ini.
Beliau berkata, PKR juga akan mengadakan perbincangan dengan pimpinan tertinggi PAS berhubung perkara berkaitan dalam masa terdekat.
“Kita bertanya dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din (mengenai kenyataan dibuat),” katanya.
Difahamkan Haron membuat kenyataan bahawa kerjasama antara PAS dan PKR berakhir sekiranya parti itu menjalin kerjasama dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) dipimpin pimpinan progresif PAS yang tewas dalam muktamar parti baru-baru ini.

#KitaLawan : Polis tahan Adam Adli, Shukri Razab

Polis menahan dua orang aktivis muda yang tiba ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini, dipercayai berhubung rancangan untuk mengadakan satu perhimpunan besar di Kuala Lumpur, esok.

Dua anak muda itu ialah pegawai komunikasi NGO LENSA, Shukri Abd Razab dan aktivis siswa, Adam Adli yang ditahan ketika meninggalkan balai tersebut petang ini.

Peguam, Eric Paulsen yang menemani mereka ke balai tersebut berkata, polis pada awalnya memberi jaminan bahawa anak muda tersebut tidak akan ditahan.

Katanya, Shukri ditahan mengikut Akta Hasutan namun tiada butiran lanjut bagi penahanan Adam.

Sementara itu, aktivis BERSIH, Mandeep Karpal pula mengumumkan untuk menyerah diri kepada polis petang ini.

Fokus #KitaLawan untuk turunkan dan tangkap Najib

Fariz MusaKUALA LUMPUR 30 JULAI- Anggota Sekretariat #KitaLawan, Fariz Musa berkata fokus untuk menumbangkan Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak merupakan keutamaan kepada gerakan itu pada masa ini.
Katanya, kredibiliti Najib yang terpalit dengan skandal 1Malaysia Development berhad (1MBD) semakin diragui apabila merombak kabinet bagi menyingkirkan timbalannya baru-baru ini.
“Kita fokus dengan tema ‘Kita Lawan Najib’ kerana kita melihat apa yang berlaku pada negara berpunca dari kelemahan pentadbiran Najib.
“Sebab itu untuk selamatkan negara, kita tidak ada cara lain selain memastikan Najib ditangkap dan diambil tindakan undang-undang,” tambah Fariz dalam sidang media hari ini.
Fariz turut mengingatkan pihak polis supaya tidak mengganggu himpunan pada 29 Ogos ini. Tegasnya, rakyat hanya menuntut hak mereka dan bukan musuh kepada negara.
Sementara itu, Adun Teja, Chan Li Kang berkata, rakyat Malaysia sudah tiada pilihan selain mendesak Najib melepaskan jawatan.
Katanya, rakyat sudah memberi peluang terlalu lama, namun Najib gagal memperbaiki keadaan ekonomi, sebaliknya bertindak menggugurkan pemimpin yang mengkritik pentadbirannya.

Siasat demo bawah Kanun Keseksaan menyalahi undang-undang

N_SurendranKUALA LUMPUR 30 JULAI- Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surrendren meminta kerajaan mengotakan janjinya untuk tidak menyalahgunakan seksyen 124 kanun Keseksaan bagi tujuan politik.
Beliau merujuk kenyataan Ketua Polis Negara yang ingin menyiasat Datuk Ambiga Sreenevasan di bawah seksyen tersebut kerana mengajak orang ramai berhimpun bagi menggesa Perdana Menteri meletakkan jawatan.
“Apa-apa penyiasatan terhadap Ambiga di bawah seksyen 124, yang semata-mata untuk menyeru protes aman, akan menyalahi undang-undang, tidak mengikut perlembagaan dan penyalahgunaan kuasa polis.
“Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan membolehkan orang ramai hak untuk bantahan secara aman,” katanya pada kenyataan media.
Surrendren yang juga seorang peguam berkata, parlimen telah mengiktiraf hak membantah dengan meluluskan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang bertujuan untuk memudahkan sesuatu perhimpunan.
Katanya juga, memanggil atau menganjurkan bantahan aman tidak menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan atau mana-mana undang-undang Malaysia yang lain.
Tambahnya lagi, pada 17 April 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz juga berjanji kepada Dewan Rakyat bahawa seksyen 124 Kanun Keseksaan tidak akan digunakan untuk tujuan politik.

'Saya berhak pergi ke mana-mana bahagian' - Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kesetiaannya kepada Umno tetap utuh dan sama sekali tidak akan meninggalkan
parti keramat itu untuk menyertai parti lain.

Sehubungan itu, timbalan presiden Umno memberi ingatan kepada parti lain terutama pembangkang, agar tidak mengambil kesempatan untuk memujuknya menyertai parti mereka kerana kesetiaannya kepada Umno sama sekali tidak berbelah bahagi.

"Tak payah datanglah untuk memujuk saya (menyertai mana-mana parti) kerana itu semua tak layan.

"Saya 'totok (jati) setotok totoknya' (dalam perjuangan Umno) orang Melayu yang berjiwa Umno dan saya sama sekali tidak akan pecah amanah dalam perjuangan (Umno)," katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek
Panchor.

Sebelum itu Muhyiddin turut menyertai hampir 1,000 jemaah melakukan solat hajat dan tahlil di masjid itu.

Ucapan lebih 40 minit itu adalah yang pertama oleh Muhyiddin selepas beliau digugurkan daripada senarai Kabinet terbaharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lepas, dan digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Umno Tanjung Malim batal hasrat jemput Mukhriz

Umno Tanjung Malim memutuskan untuk membatalkan hasrat menjemput Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir untuk merasmikan serentak mesyuarat tahunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian itu, esok.

Ketua bahagian tersebut, Datuk Khusairi Abdul Talib memberitahu SuaraTV, ia bagi memastikan suasana politik di peringkat bahagian itu kekal aman.

Katanya, beliau telah berbincang dengan ketua-ketua sayap terbabit dan mereka sepakat membatalkan hasrat menjemput Mukhriz dan digantikan dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir untuk merasmikan mesyuarat berkenaan.

”Keputusan ini dibuat bagi menjaga suasana aman politik di Tanjung Malim agar tiada sebarang masalah kerana kami tidak mahu unsur-unsur yang boleh memecah belahkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak” katanya kepada SuaraTV.

Pemberontakan Umno bermula di Johor, tiga pemimpin sayap letak jawatan

Pemberontakan akar umbi Umno bermula di Selatan tanah air pada ketika bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang ke Pagoh hari ini selepas tiga pemimpin sayap bahagian di Johor meletakkan jawatan mereka susulan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2015. 
Pemberontakan akar umbi Umno bermula di Selatan tanah air pada ketika bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang ke Pagoh hari ini selepas tiga pemimpin sayap bahagian di Johor meletakkan jawatan mereka susulan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Razak. 

Pemberontakan akar umbi Umno bermula di Selatan tanah air pada ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang ke Pagoh hari ini selepas tiga pemimpin sayap bahagian di Johor mengumumkan peletakan jawatan mereka.
Dua ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Tenggara hari ini meletakkan jawatan mereka susulan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Razak selepas tindakan drastiknya memecat Muhyiddin daripada Kabinet pada Selasa lalu.
"Peletakan jawatan ini kerana saya melihat perjuangan kepimpinan tertinggi pada hari ini terpesong jauh daripada perjuangan asal pemimpin-pemimpin terdahulu.

"Kes pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet juga menyaksikan yang bercakap benar itu dicantas, yang membela rakyat akan dipecat," kata AJK Pemuda Umno Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh dalam satu kenyataan menerusi Whatsapp hari ini. Dalam kenyataan bersama itu, seorang lagi AJK daripada bahagian sama, Saiful Zakry Ripin juga mengumumkan peletakan jawatan daripada sayap parti tersebut.
Asrul membidas tindakan ke atas Muhyiddin sebagai pengkhianatan kepada perjuangan Umno yang sepatutnya mendengar keluhan rakyat.
"Perkara yang berlaku ini sangat ketara untuk rakyat seperti saya berasa pengkhianatan kepada bangsa saya, agama dan parti saya.

Dua pemimpin Pemuda Umno Johor letak jawatan

Tanda menunjukkan Umno bergolak ekoran pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin mula terlihat lebih jelas apabila dua pemimpin pemuda di Johor meletak jawatan mereka hari ini.

Malah salah seorang daripada mereka mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "pengkhianat".

Pemimpin pemuda peringkat bahagian itu - Asrul Esreen Mohd Salleh dan Saiful Zakry Ripin - adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tenggara.

Menurut Asrul Esreen, peletakan jawatan ini disebabkan perjuangan kepimpinan tertinggi sudah terpesong jauh dari perjuangan asal pemimpin terdahulu.

"Kebanyakan keputusan diambil tidak memihak kepada rakyat. Mana slogan Rakyat Didahulukan?" katanya hari ini.

Menurut Asrul Esreen kes pemecatan Muhyiddin daripada jawatan timbalan perdana menteri juga menunjukkan seseorang yang bercakap benar akan dicantas, manakala "pembela rakyat" akan dipecat.

Dia turut mengecam tindakan Najib melantik anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadi menteri dan timbalan menteri.

Pelantikan itu dibuat ketika PAC sedang giat menjalankan siasatan terhadap agensi 1MDB.

"Perkara yang berlaku ini sangat ketara untuk rakyat seperti saya yang merasakan ini satu pengkhianatan kepada bangsa, agama saya dan parti saya.

"Perkara ini tidak sehaluan dengan perjuangan saya dan pemimpin terdahulu," katanya.

Perletakan jawatan Exco Puteri Umno Malaysia

Haziqah Nasirah Zol Bahari



Salam perjuangan, saudara Izwan.

Saya terpanggil untuk menulis kepada saudara selepas terbaca artikel tentang "Pemberontakan Umno bermula di Johor, tiga pemimpin sayap letak jawatan".
Untuk pengetahuan saudara, saya meletakkan jawatan secara serta-merta sebagai Exco Puteri Umno Malaysia dan naib ketua Puteri Umno Bahagian Kota Tinggi menerusi surat yang dihantar kepada Datuk Mas Ermieyati Samsudin bertarikh 19 Januari 2015.

Pengunduran tersebut dibuat selepas pertimbangan mendalam dalam tempoh yang panjang, atas kesedaran prinsip dan falsafah perjuangan saya sudah tidak selari dengan aspirasi saf kepimpinan Puteri dan juga parti yang secara langsung menyekat saya dalam memenuhi tuntutan jawatan seperti yang diharapkan. Saya pada ketika itu hilang kepercayaan pada pucuk pimpinan parti, namun mengundur diri secara baik atas dasar hormat kepada sahabat-sahabat Puteri yang masih yakin dan setia dengan kepimpinan presiden. Kata-kata Soe Hok Gie "...dan seorang pahlawan adalah seorang yang mengundur diri untuk dilupakan seperti kita melupakan yang mati untuk revolusi." adalah azimat yang saya pegang ketika itu.
Namun demikian, pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri menyebabkan saya tidak boleh lagi berdiam diri dari menyatakan pendirian saya terhadap pimpinan presiden yang ternyata memecahbelahkan perpaduan parti dan gagal mendengar suara rakyat yang mahukan beliau meletak jawatan selepas gagal mengurus negara dengan baik ekoran penglibatannya dalam skandal 1MDB dan isu-isu ketirisan yang amat serius.
Saya menyeru agar ahli-ahli Umno, bukan sahaja dari Johor untuk bangkit berdiri dan menyatakan pendirian dengan berani demi parti dan demi Malaysia. Berundurlah, Datuk Seri Najib Razak!
Terima kasih.

TIDAK SALAH TERIMA WANG, AYUH MENTERI UMNO...KAUTLAH SELAGI BOLEH!!

Jika ada yang berasa gembira dan lega dengan pengguguran Hasan Malek daripada kabinet, harap simpan dulu perasaan tersebut kerana nampaknya "kebebalan" dan "kedunguan" mungkin bertambah dahsyat di kalangan sesetengah menteri yang baru dilantik ini.

Hanya selepas dua tiga hari dilantik semula sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri setelah digugurkan pada 2009 dulu, Azalina Othman Said muncul yang pertama, bukan saja menunjukkan ciri-ciri pengganti kepada Hasan Malek, malah tahapnya nampak lebih kronik lagi.

Azalina ternyata sudah mula  mengidap penyakit "ampu dan bodek tahap empat" sehingga sanggup memberi pandangan di luar kewarasan pertimbangan akal dan menghumban jauh ilmu serta pelajaran yang diterimanya selama ini.

Asalkan dapat ampu dan bodek, semua perkara yang lain ditolak ke tepi dan boleh dilanggar begitu saja. 

Mengulas mengenai isu wang RM2.6 bilion yang didakwa mengalir masuk ke dalam akaun Najib yang dipercayai menjadi antara punca Muhyiddin Yassin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Azalina antara lain berkata:-

-  wang sejumlah itu bukanlah suatu isu besar kerana ia adalah budi bicara orang yang memberi duit itu.

- tiada salahnya seseorang menerima pemberian sebesar RM2.6 bilion asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.

- kalau orang derma duit pada saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma...apa salahnya?

Jika kita hayati hujah-hujah Azalina ini, tentulah ia tiada bezanya dengan banyak kenyataan Hasan Malek sebelum ini yang antaranya,  "oleh kerana ayam naik harga, jangan makan ayam" dan  "disebabkan kurang rungutan yang diterima kementerian, ini menunjukkan rakyat berpuas hati dengan GST dan kenaikan harga minyak".

Saya Tetap Setia Kepada Umno, Tidak Akan Sertai Parti Lain - Muhyiddin


MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesetiaannya kepada Umno tetap utuh dan sama sekali tidak akan meninggalkan parti keramat itu untuk menyertai parti lain.
Sehubungan itu, timbalan presiden Umno memberi ingatan kepada parti lain terutama pembangkang, agar tidak mengambil kesempatan untuk memujuknya menyertai parti mereka kerana kesetiaannya kepada Umno sama sekali tidak berbelah bahagi.
"Tak payah datanglah untuk memujuk saya (menyertai mana-mana parti) kerana itu semua tak layan.
"Saya 'totok (jati) setotok totoknya' (dalam perjuangan Umno) orang Melayu yang berjiwa Umno dan saya sama sekali tidak akan pecah amanah dalam perjuangan (Umno)," katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Panchor di sini, Jumaat.
Sebelum itu Muhyiddin turut menyertai hampir 1,000 jemaah melakukan solat hajat dan tahlil di masjid itu.Ucapan lebih 40 minit itu adalah yang pertama oleh Muhyiddin selepas beliau digugurkan daripada senarai Kabinet terbaharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lepas, dan digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Kepulangan Muhyiddin ke Parlimen Pagoh yang juga pertama kali selepas rombakan Kabinet itu sangat dinanti-nantikan oleh penyokong dan pengundi beliau yang ingin mengetahui hala tuju perjuangannya selepas ini.

Harga Runcit RON95, RON97, Diesel Turun 10 Sen


ron95
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015 berkuat kuasa tengah malam ini (1 Ogos).
Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan diesel RM1.95 seliter.
"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Ogos ini," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.
Makluman ini sekali gus menafikan penyebaran tidak bertanggungjawap di media sosial oleh pihak tertentu yang mendakwa kerajaan telah menaikkan harga ketiga-tiga bahan api setinggi 35 sen seliter.
Dakwaan itu menggunakan "Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan" sebagai sumber maklumat tersebut. - Bernama

Rosmah nafi dakwaan 'berusaha singkir Zeti'

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menafikan dakwaan dalam portal The Asia Sentinel bahawa beliau berusaha untuk menyingkirkan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dari jawatan gabenor Bank Negara.

“Sindiran dan tuduhan itu dibuat dengan niat untuk menjejaskan reputasi Datin Seri Rosmah Mansor dalam kapasiti beliau sebagai isteri perdana menteri.

“Kata-kata yang digunakan oleh En (John) Bethelesen (penulis artikel tersebut) bersifat berseteru dan 'fakta' yang tidak bermaklumat itu diolah untuk menggambarkan dan mencipta persepsi negatif ke atas Datin Seri Rosmah Mansor memandangkan tulisan itu berada di ruang awam,” kenyataan Rosmah dipetik.

Kenyataan itu dihantar melalui firma guamannya, Tetuan Noorhajran Mohd Noor.

Tulisan di portal The Asia Sentiel itu diterbitkan hari ini dengan tajuk 'Malaysian PM's wife seeks Central Bank governor's ouster'.

RON 95 sepatutnya hanya RM1.86 seliter - Rafizi

Harga petro RON 95 sepatutnya 29 sen lebih murah jika nilai ringgit tidak merudum ekoran sentimen terhadap ekonomi negara.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata nilai ringgit berbanding dolar AS pada Ogos tahun ialah RM3.212 dan jatuh menjadi RM3.766 pada 1 Julai lalu.

"Ini bermakna, jika kadar matawang kekal seperti 1 Ogos 2014, harga RON 95 mengikut formula kerajaan sepatutnya hanyalah RM1.86 seliter berbanding RM2.15 seliter sekarang berdasarkan harga minyak mentah yang sama di pasaran.

"Tanpa perubahan harga minyak mentah, kejatuhan nilai ringgit dari RM3.212 pada 1 Ogos 2014 kepada RM3.766 pada 1 Julai 2015 menyebabkan rakyat terpaksa membayar RON 95 pada harga RM2.15 seliter sedangkan harga sebenar hanyalah RM1.86 seliter," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Justeru, Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR mencadangkan supaya kerajaan menyiarkan jadual pengiraan yang digunakan untuk menetapkan harga setiap awal bulan seperti dilakukannya untuk memastikan tiada cukai tersembunyi dikutip daripada rakyat

Dia juga mahu kerajaan memperkenalkan kembali subsidi sebanyak 30 sen setiap liter yang perlu ditanggung oleh kerajaan untuk mengembalikan harga minyak RON 95, diesel dan RON 97 kepada harga sebenar mengikut harga pasaran iaitu RM1.85 seliter (bagi RON 95).

"Ini penting untuk mengimbangi kesan kejatuhan nilai ringgit yang kini menjadi bebanan utama kepada rakyat," katanya.

Harga baru minyak di negara ini dijangka diumum kerajaan malam ini.

Muhyiddin tak akan cabar penggugurannya

Dengan berlinangan air mata, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa beliau tidak akan mencabar keputusan penggugurannya dari Kabinet.

“Saya tidak akan melawan kerana saya sangat sayangkan parti ini,” katanya dalam ucapan kepada pemimpin bahagian BN di Pagoh pada malam tadi.

Laporan China Press menyebut, timbalan presiden Umno itu juga menggesa semua pemimpin parti agar mengutamakan kepentingan parti dan tidak bertindak mengikut perasaan.

Menurut laporan itu, Muhyiddin, 68, tidak dapat menahan linangan air mata ketika berkongsi perasaan anggota keluarganya kepada para hadirin.

Muhyiddin berkata, beliau tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak disebabkan penglibatannya dalam politik sejak tiga dekad lalu.

"Kini, anggota keluarga saya sangat bimbang dengan keadaan saya,” katanya.

Pertemuan di pejabat Umno bahagian Pagoh itu dihadiri oleh kira-kira 800 orang, termasuk pemimpin MCA dan MIC tempatan.

Muhyiddin digugurkan dari Kabinet pada hari Selasa lalu, tidak lama selepas membuat kenyataan yang kritikal ke atas 1MDB.

Skandal 1MDB: 'Sebab itu saya puji Hadi' kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana boleh membuat "penilaian yang betul" berhubung dakwaan terhadap dirinya dan 1MDB.

Ini kerana, kata Najib, dalam isu 1MDB seseorang yang beragama Islam  perlu memegang prinsip mencari kebenaran sebelum menuduh seseorang bersalah.

"Sebagai orang yang berpegang pada agama, kita mesti pegang prinsip mencari kebenaran. Kita mesti pegang prinsip tiada sesiapa bersalah selagi tak terbukti kesalahannya.

"Sebab itu saya nak puji Presiden PAS," katanya.

Menurut Najib, walaupun kedua-dua mereka bersaing kerana perbezaan politik, mereka bersependapat bahawa tiada sesiapa boleh dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan.

"Ini presiden PAS (yang) cakap. Presiden PAS pun boleh buat penilaian," katanya ketika berucap di sebuah majlis di Putrajaya hari ini.

Isyarat Memecat Muhyiddin Sudah Kelihatan....Selamat Tinggal Umno..!!!

1. Datuk Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, memberi isyarat bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih merupakan Timbalan Presiden Umno tidak kebal, atas sebab itu tindakan boleh diambil samada menggantung keahlian atau memecat daripada parti.
2. Azalina yang juga MP Pangerang Johor memberi ulasan berhubungan dengan video yang dikaitkan dengan Muhyiddin yang mengatakan bahawa Perdana Menteri mengaku didepan beliau bahawa Perdana Menteri tersebut menerima RM2.67bilion dan wang tersebut dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri di Ambank.
3. Setakat ini, tiada pengakuan Perdana Menteri berkaitan wang tersebut, melainkan beliau mengatakan tidak pernah mengambil atau menggunakan wang bagi tujuan peribadi.

Azalina kata Muhyiddin tak kebal, boleh dipecat

Menteri yang baru dilantik semula ke Kabinet, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipecat jika didapati bertindak khianat kepada parti.

Laporan Berita Harian menyebut, menteri di jabatan perdana menteri itu turut kecewa kerana Muhyiddin terus mempertikaikan perdana menteri dalam isu 1MDB.

Pemimpin Umno Johor itu mengulas video menunjukkan Muhyiddin menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa wang sebanyak RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi.

“Saya tidak faham, siang kata hendak beri sokongan padu, malam keluar video. Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma...

“Apa salahnya?,” kata Azalina seperti dipetik dalam laporan Berita Harian.

Lainlah jika wang yang disimpan dalam akaun itu adalah untuk parti atau badan lain.

“Kecuali orang kata 'Datuk, saya derma duit ini untuk Umno, untuk Parlimen, untuk NGO,' saya kena ikut cakap penderma.

Tony Pua: Apa maksud 'bocor' tu, AG?

Peguam negara yang baru dilantik Tan Sri Mohamed Apandi Ali mesti menjelaskan maksud kenyataannya mengenai 'kebocoran jenayah' membabitkan kertas pertuduhan didakwa untuk Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Publisiti DAP Tony Pua hari ini berkata, walaupun Mohamed Apandi mendakwa dokumen berkenaan palsu, beliau juga berkata ada 'kebocoran jenayah' terbabit.

"Anda tidak boleh kata berlaku jenayah kebocoran jika tiada kebocoran. Jika tiada kebocoran maka tiada dokumen yang bocor.

"Persoalannya ialah, adakah dokumen itu memang kertas pertuduhan yang mungkin digunakan ke atas perdana menteri?" katanya di sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Justeru Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, peguam negara perlu membuat penjelasan mengenai kenyataannya.

Semalam Mohamed Apandi berkata "kertas pertuduhan itu menandakan ada konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dengan mengaitkannya dengan jenayah".

Antara kaedah digunakan, kata Mohamed Apandi, mengubah suai dokumen dan kebocoran jenayah.

Skandal 1MDB: Pandikar didakwa salah guna kuasa tangguhkan PAC

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia didakwa menyalahgunakan kuasanya apabila menangguhkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sehingga pengerusi baharu dilantik.
 
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU), Tony Pua menegaskan kekosongan itu boleh diambil alih oleh naib pengerusi tanpa perlu menunggu lantikan baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
 
"Tafsiran Pandikar dalam klausa 77(3) bahawa ketiadaan pengerusi ataupun naib pengerusi, tidak termasuk (peraturan mesyuarat) bila dilantik sebagai menteri.
 
"Ketiadaan itu kerana keuzuran atau mana-mana sebab, jawatankuasa hendaklah memilih salah seorang anggota menjadi pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat PAC," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.
 
Semalam, Pandikar menangguhkan mesyuarat PAC dan hanya diadakan semula selepas pelantikan pengerusinya yang baharu.
 
Beliau berkata ia adalah selaras dengan kehendak Peraturan Mesyuarat 77 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
 
Ia berikutan pelantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan tiga lagi Ahli Dewan Rakyat iaitu Datuk Wilfred Madius Tangau, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, masing-masing sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam senarai Kabinet Persekutuan yang baharu.
 

Skandal 1MDB: Sebut wang RM2.6b bukan jenayah, kata IGP

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menemui sebarang bentuk jenayah dalam rakaman video menunjukkan tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, ia tiada unsur jenayah kerana rakaman menunjukkan perbualan bekas timbalan perdana menteri itu hanya menunjukkan dakwaan wang dimasukkan ke dalam satu akaun.

“Ia hanya satu rakaman video pendek mengenai perbualan yang menyebut mengenai sejumlah wang tertentu dipindahkan ke akaun seseorang.

“Saya tidak fikir ia merupakan satu kesalahan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media bersama dengan pengganti Muhyiddin, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Kuala Lumpur.

Khalid semalam menyebut, pasukan petugas khas yang menyiasat 1MBD akan meneliti rakaman video itu.

Prosiding PAC diterus walau speaker arah tangguh

Pandikar mahu jadikan PAC ‘pak turut’ k’jaan, kata Pua

Kabinet terbaik Najib, ulasan TPM baru

‘Tangkap Najib’: IGP kata tak perlu tanya bekas AG

Zahid kata jangan buat spekulasi akaun bank Najib

DAP minta Gani jelaskan draf ‘tangkap Najib’

Pecat Muhyiddin: Kedudukan Umno Kedah, Terengganu pula tergugat?


Md Shukri Shuib

ALOR SETAR – Kedudukan politik Umno Kedah dan Terengganu kelihatan mula terancam selepas rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lalu.
 
Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, perkara itu kerana beberapa pemimpin yang dilihat tidak menyokong kepimpinan Najib secara terbuka mungkin akan ditukar ganti.
 
“Kesan daripada tindakan penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai menteri bukan sahaja membawa tanda tanya akar umbi Umno, malahan menjadi Johor dan Sabah yang merupakan antara kubu terkuat Umno telah tercalar.
 
“Bahkan situasi politik Umno serta kerajaan di Kedah pula mula menjadi topik perbualan awam mengenai kedudukan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sama ada akan kekal atau tidak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Menurutnya, perkara itu juga masih menjadi persoalan sama ada Najib hanya merombak Kabinet atau turut melakukan perkara sama terhadap kedudukan beberapa menteri besar yang dikuasai BN.
 
“Kedah mula terancam apabila Mukhriz dilihat sebagai pro kepada Muhyiddin berhubung isu 1MDB yang mahukan siasatan telus dijalankan.
 
“Pada masa sama, beliau juga tersepit untuk memberi sokongan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kepimpinan kerajaan Najib,” katanya.
 
Md Shukri berkata, politik Kedah lebih sensasi apabila Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin juga dengan lantang mendesak Mukhriz meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah jika tidak menyokong Najib.

Tindakan lengahkan masa tak cukup untuk selamatkan Najib

oleh Robin Stanley Augustin

Cakaplah apa saja yang anda mahu, tetapi rombakan Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada hari Selasa memang licik. Najib bukan sahaja membersihkan Kabinetnya dari pengkritik-pengkritik dan penentang, tetapi juga menangguhkan masa bagi 1MDB, yang mana beliau merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.

Pertamanya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Luar Bandar dan Wilayah Shafie Apdal digugurkan seperti sampah. Kemudian melalui rombakan Kabinet, Najib melantik empat ahli Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) ke Kabinetnya.

Nur Jazlan Mohamed Pelantikan mereka, termasuk pengerusi PAC yang lantang, Nur Jazlan Mohamed telah melumpuhkan PAC – yang sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Tiada menteri atau timbalan menteri boleh menganggotai PAC, dan ini menyebabkan keempat-empat mereka melepaskan jawatan.

PAC hanya boleh menyambung semula tugasnya selepas anggota baru dilantik dalam sesi Parlimen akan datang, yang dijadualkan pada bulan Oktober. Walau bagaimanapun, timbalan pengerusi PAC Tan Seng Giaw tidak bersetuju dengan ini, mendakwa bahawa PAC boleh terus berfungsi.

Secara kebetulan, Peguam Negara (AG) Abdul Gani Patail juga digantikan pada Selasa atas sebab-sebab kesihatan, walaupun beliau kemudian mendakwa tidak tahu-menahu mengenai penyingkirannya.

Gani adalah salah seorang daripada empat anggota pasukan petugas berprofil tinggi itu yang menyiasat dakwaan salah laku kewangan dalam 1MDB, serta dakwaan bahawa wang itu telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

PM Britain gesa Najib selesaikan skandal rasuah, mahu Anwar diberi rawatan

Perdana Menteri Britain David Cameron bercakap di depan tetamu pada satu majlis di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar Reuters, 31 Julai, 2015. Perdana Menteri Britain David Cameron bercakap di depan tetamu pada satu majlis di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar Reuters, 31 Julai, 2015. Perdana Menteri Britain David Cameron yang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak semalam meminta perdana menteri Malaysia itu menyelesaikan masalah kerajaan seperti skandal rasuah, lapor akhbar United Kingdom (UK), The Telegraph.
Cameron mengadakan perbincangan panjang dengan Najib dalam lawatannya bagi mengukuhkan hubungan perdagangan dan sempat menggesa Putrajaya memberikan rawatan sewajarnya kepada pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan meliwat, lapor akhbar berkenaan.
Penasihat keselamatan negara Sir Kim Darroch dilaporkan The Telegraph berjumpa dengan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai bagi berbincang tentang kebebasan media dan rawatan ayahnya.

Cameron pada ketika ini didesak beberapa pemimpin pembangkang untuk membatalkan lawatan ke Malaysia ketika beliau mengarahkan pelabur membiayai projek infrastruktur "Northern Powerhouse" di Britain. "Tak salah adakan lawatan, tiada apa perlu disembunyikan. Kita perlu berbincang mengenai beberapa isu termasuk isu yang dimaksudkan.
"Kita sering adakan perbincangan dengan masyarakat sivil, pemimpin pembangkang, pejuang anti rasuah dan yang lain-lain dalam lawatan itu nanti," kata Cameron seperti dilaporkan The Telegraph.
Cameron dalam lawatannya ke Malaysia juga sempat bertemu pemimpin masyarakat sivil termasuk wartawan, peguam dan pemimpin kumpulan G25 yang memperjuangkan kebebasan media dan ruang demokrasi yang lebih baik.

Skandal 1MDB: Bekas pengerusi PAC nafi dakwaan ‘dibeli’

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar, kiri) menafikan dirinya "dibeli" selepas dilantik sebagai timbalan menteri dalam negeri.
Ahli Parlimen Pulai itu menjelaskan, jawatan baharu dalam Kabinet lebih berat berbanding menjadi pengerusi PAC.
"Adalah tidak adil menuduh saya sedemikian," kata Nur Jazlan kepada The Star.

"Bagi saya, penghijrahan saya daripada badan perundangan di kementerian adalah lebih mencabar daripada PAC, "katanya seperti dilaporkan The Star. "Saya berhijrah, apa masalah dengannya?,"
Nur Jazlan turut menegaskan beliau "masih orang yang sama" dan berharap dapat menjalankan tugas-tugasnya di kementerian seperti dilakukannya dalam PAC.
Beliau turut menambah PAC sudah berfungsi selama beberapa dekad sebelumnya.
"Saya hanya menjalankan tugas dengan sokongan anggota PAC, yang dianggap lancar. PAC akan diteruskan di bawah lantikan pengerusi yang baharu," katanya.

Sekarang anda ketahui kerja-kerja ‘paling teruk' di Malaysia

oleh Mariam Mokhtar

Apakah pekerjaan yang paling kotor di Malaysia? Buat beberapa lama, ramai yang menganggap bahawa jalan mudah untuk mendapat kekayaan dan kuasa adalah dengan menjadi ahli politik, tetapi peristiwa-peristiwa baru-baru ini jelas telah menafikan pendapat ini.

Ia tidak lagi melibatkan siapa yang anda kenali, tetapi kemahuan anda untuk memberikan kesetiaan abadi anda.

Sebelum kita boleh menilai sesuatu pekerjaan, kita perlu mempertimbangkan perkara-perkara berikut: tekanan, rakan sekerja, gangguan seksual, gaji rendah, keadaan kerja yang buruk, masa yang panjang, rasa bosan di tempat kerja, eksploitasi, peluang di masa depan, kenaikan pangkat, penyakit, tuntutan fizikal, keletihan mental dan cara kerja berpasukan, atau ketiadaannya.

Seorang pengulas sosial berkata, "Saya tidak boleh memutuskan kerja yang paling teruk dalam senarai saya – ahli politik atau wartawan. Wartawan menulis, kerana dia tiada apa-apa untuk dikatakan. Sebaliknya ahli politik banyak berkata-kata, tetapi tiada apa yang berbaloi untuk ditulis. “Gaji wartawan rendah, prospek pekerjaannya lemah dan tahap tekanannya tinggi.

Dalam keadaan hari ini, perkataan yang diletakkan secara salah boleh membawa bencana bagi wartawan, penerbitannya dan ratusan rakan sekerjanya, dari pemilik kepada penjual akhbar di bandar-bandar lain. " Seorang lagi pemerhati sosial berkata, "Ahli politik pastinya mempunyai satu pekerjaan yang terbaik di dunia.

Anda tidak perlukan ijazah atau kelayakan profesional. Anda hanya perlukan kebolehan beromong kosong, satu gerombolan orang-orang yang bersedia untuk menjadi macai anda. Mereka menyua sehelai kertas di depan muka anda untuk anda baca kepada hadirin, kemudian anda hanya perlu mendukung bayi menangis untuk diambil gambar, membuat kunjungan di kampung-kampung kawasan anda sekali setiap lima tahun, dan berdiam diri mengenai isu-isu kontroversi."

Seorang lagi berkata: "Mesti susah menjadi guru Bahasa Inggeris di luar bandar Malaysia. Sekurang-kurangnya, murid-murid di pusat-pusat bandar tidak keberatan berbahasa Inggeris, kerana ramai yang ingin menunjuk-nunjuk kepada teman wanita mereka.

Najib pasti jelaskan dakwaan RM2.6 bilion dalam akaunnya, kata Ahmad Maslan

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan beri penjelasan berhubung dakwaan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2015.Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan beri penjelasan berhubung dakwaan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2015.
Datuk Ahmad Maslan berkeyakinan Datuk Seri Najib Razak akan menjelaskan dakwaan sejumlah wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu dalam masa terdekat. Ketua penerangan Umno itu berkata, kekangan masa Najib ditambah kesibukan melayan Perdana Menteri Britain David Cameron yang berkunjung ke Malaysia menjadikan perdana menteri menangguhkan isu berkenaan dulu.
“Saya berharap ia akan segera dilakukan, tetapi saya tahu beliau kini tengah sibuk kerana perdana menteri Britain ada dengannya. Kita duduk main politik, beliau sedang menjaga negara termasuk hubungan antarabangsa.

Komen skandal 1MDB jadi satu jenayah -Tun M

Bekas Perdana Menteri menjawab teka teki kenapa beliau mengambil pendekatan berdiam diri berhubung skandal 1MDB.
mahathir
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas sebarang perkara berkaitan mengenai 1MDB kerana ia boleh dianggap satu jenayah sekirangnya membangkitkan isu itu.
Kenyataan itu diberikan selepas beliau dilihat mengambil pendekatan berdiam diri terhadap isu yang pernah dibangkitkannya sebelum ini.
“Saya tidak boleh menjawab sebarang soalan mengenai 1MDB sekarang kerana ia menjadi satu jenayah bercakap mengenai 1MDB,” katanya ketika ditanya wartawan selepas menghadiri satu majlis di ibu negara.
Ia kenyataan pertama yang terpacul daripada mulut beliau selepas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Dalam rombakan yang dibuat pada Selasa lalu, Najib menjelaskan tindakan itu dibuat selepas Muhyiddin mempersoalkan pembabitannya secara terbuka dengan skandal itu.
Sebelum ini, Dr Mahathir secara lantang mengkritik kerajaan berhubung skandal yang berlaku dalam syarikat pelaburan milik negara itu.
Bahkan beliau mendesak Najib yang juga Pengerusi Lembaganya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas 1MDB terjebak dengan masalah hutang yang membebankan negara.

Sokongan kepada perasuah akan merendahkan diri sendiri -TMJ

TMJ menjadikan dunia bola sepak dan persatuan berkaitan sebagai pelambangan berleluasanya gejala rasuah
TMJ
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulangi ketegasan beliau terhadap gejala rasuah.
Dalam status yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers, beliau menjadikan dunia bola sepak dan persatuan berkaitan sebagai pelambangan berleluasanya gejala rasuah.
Jelasnya, sokongan kepada mereka yang bergelumang dengan rasuah hanya akan merendahkan moral mereka yang berkenaan.
“Saya tidak akan sekali-kali menyokong seseorang di dalam FAM atau mana-mana organisasi yang korup.
Sekiranya kita tetap memberikan sokongan kepada mereka yang kita tahu sememangnya korup demi kepentingan diri, itu menunjukkan betapa rendahnya harga diri dan maruah kita,” katanya.
Manakala dalam status lain yang dimuat naik sebelum itu, TMJ menegaskan pendirian beliau terhadap keburukan gejala rasuah.
Katanya, kuasa yang dimiliki seseorang itu tidak akan menjadikan dirinya seorang perasuah, namun akibat takut kehilangan kuasa dan sifat tamak membuatkan mereka bergelumang dengan korupsi.
“Saya tidak sanggup menerima betapa hipokritnya keadaan. Mencegah korupsi bukan sahaja baik, tetapi ianya sebagai benteng diri, ianya mencerminkan harga diri kita,” katanya.

RM2.6 bilion masuk akaun Najib bukan isu besar, kata menteri Umno

Pendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai RM2.67 bilion masuk akaun peribadi perdana menteri bukan isu besar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2015.Pendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai RM2.67 bilion masuk akaun peribadi perdana menteri bukan isu besar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2015.
Pendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa sejumlah RM2.67 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukanlah isu besar, kata Datuk Seri Azalina Othman Said. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tiada salahnya seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.
“Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma… apa salahnya.

“Kecuali orang kata, ‘Datuk saya derma duit ini untuk Umno, untuk Parlimen, untuk NGO’, saya kena ikut cakap penderma.“Dalam isu duit (RM2.67 bilion), saya tak melihatnya sebagai isu besar… bagi saya itu budi bicara orang yang derma duit,” katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.
Muhyiddin dalam satu klip video yang dibocorkan ke Internet berkata Najib mengakui RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun banknya.
Dalam video itu, Muhyiddin kelihatan sedang memberitahu tetamu di rumahnya, beliau bersemuka dengan Najib berhubung laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa didepositkan ke akan peribadi perdana menteri itu.

‘Hanya Najib fikir kabinetnya terbaik, rakyat tak’ - Mahathir

Mahathir: Suatu jenayah jika bercakap mengenai skandal 1MDB

Dasar Induk kukuhkan bangsa Melayu - Perkasa

1MDB "Checkmate"

Muhyiddin, Memang Hero Ke?

Can it get any worse for Najib?

After sacking his deputy, it does look like the PM’s prospects of holding on to power are slim, unless he takes further drastic action.
najib
The last six months have been a nightmare for Najib Abdul Razak. The normally reticent prime minister acted with surprising speed, in Malaysia’s season of discontent. Najib’s crisis, and questions about his leadership, appeared to snowball from the time he reluctantly returned home from a golfing holiday with Barack Obama, to the current questions about his involvement in the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) saga.
Family members of those in public office rarely involve themselves, or spring to the defence of the public figure, but Najib’s brother felt compelled to add his voice to the debate.
Malaysians were surprised by the sacking of Deputy PM, Muhyiddin Yassin. The stunt sent shock waves through the Malay community and one Malay, in her sixties, said, “Muhyiddin’s sacking is unprecedented. We didn’t think Najib had the guts for this.”
A Malay student, in her early twenties, said, “Muhyiddin is harmless. He did not deserve this treatment from Najib.”
As Najib appears to barricade himself behind a seemingly impenetrable fortress of men and women who are loyal to him, we ask if it can get any worse for him, and is his position safe? Was Muhyiddin’s “landmark sacking”, a desperate tactic to plug the sinking ship called ‘Putrajaya’? The seven reasons below are proof that Najib’s prospects of holding on to power are slim, unless he takes further drastic action.
1. Out of touch with reality
The Malays were once ruled by Sultans whose rule was absolute. The ruler decided what was best for his subjects. The ruler was frequently out of touch with public opinion, because he surrounded himself with sycophants. He led an elitist life and tended to ignore the suffering of the masses. Najib’s governance looks very much like the sultans of old.
2. Loyalty of his cabinet
There is validity in forming a cabinet of politicians who are loyal to Najib, and who will help sweep the nation’s problems under the carpet. Is his premiership safe for now? There are many ways of measuring loyalty. Will the loyalty, of his ministers and Umno-Baru divisional heads be sold, and who will be the bidder?
3. The 4Rs of race, religion, royalty and rural people
For decades Umno-Baru used divisive tactics to manipulate the people according to race, religion and loyalty to king and country. Bumiputera votes matter.
In 21st century Malaysia, Malays are more exposed to the world, are more educated, are widely travelled and many have shed their ‘serf-and-baron’ mentality. They are not afraid to speak their mind and mean what they say.

Baru saja Dr Aziz Bari masuk DAP, terus dipanggil polis


pix aziz bari


KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Hanya selepas beberapa jam menyertai DAP semalam, pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari, telah dipanggil oleh polis ke Bukit Aman untuk disoal siasat hari ini berhubung isu titah Sultan Selangor tahun lalu.
Beliau akan ke Bukit Aman di sini pada jam 3 petang ini.
Menurut pembantu peribadinya, Andy Lim, polis menyiasat kes tersebut di bawah Akta Hasutan yang melibatkan tulisan Dr Abdul Aziz tentang isu air di Selangor.
“Kami mendapat tahu tentang hal ini selepas sidang akhbar diadakan untuk mengumumkan penyertaan Dr Abdul Aziz ke dalam DAP,” katanya.
Pakar Perlembagaan Persekutuan itu memilih untuk menyertai DAP kerana ia menawarkan ruang yang lebih luas untuk beliau menyumbang kepakarannya kepada parti, rakyat dan negara.
Sebelum itu, Dr Abdul Aziz merupakan Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sejak 1989 sehinggalah beliau digantung tugasnya pada Oktober 2011, juga melibatkan pandangan perundangan beliau terhadap titah Sultan Selangor.

RM2.6 Bilion: Zahid beri jaminan Muhyiddin tak akan ditangkap

Timbalan Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan ditangkap.

Zahid, yang juga menteri dalam negeri berkata demikian sebagai mengulas khabar angin bahawa Muhyiddin akan ditahan selepas video yang bocor menunjukkan beliau mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan dakwaan menerima RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya.

Zahid berkata, beliau menerima banyak panggilan bertanyakan sama ada benar bahawa bekas timbalan perdana menteri itu akan ditahan.

Menurut Zahid, beliau memberi jaminan kepada mereka bahawa ia tidak benar.

"Khabar angin ini benar-benar tidak masuk akal," katanya sambil menambah bahawa beliau menghubungi peguam negara dan ketua polis negara untuk mengesahkan dakwaan itu, dan mereka menyangkalnya.

"Saya kemudian menghubungi (Muhyiddin) pada pukul 2 pagi (semalam) untuk memberi jaminan kepada beliau dan isterinya bahawa polis tidak mencari mereka," kata Zahid dalam temu bual dengan The Star yang disiarkan hari ini.

Zahid berkata tidak ada sebab untuk Muhyiddin ditangkap dan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin tersebut.

AG: Kertas pertuduhan palsu menunjukkan konspirasi jatuhkan PM

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata apa yang didakwa draf kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak yang disiarkan di laman web pemberi maklumat Sarawak Report adalah palsu.

Beliau juga berkata, kertas pertuduhan itu menunjuk ke arah satu konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dan memberi amaran tindakan tegas terhadap pelakunya.

Ia, katanya, menunjukkan satu ancaman terhadap demokrasi Malaysia dan beliau akan arahkan semua tindakan diambil untuk menyiasatnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas tengah malam tadi, beliau berkata, undang-undang akan digunakan sepenuhnya tanpa pengecualian terhadap sesiapa yang didapati bersalah.

Semalam, Malaysiakini melaporkan kertas pertuduhan itu telah disebarkan di media sosial berserta dakwaan yang ia ada kaitan dengan penamatan secara tiba-tiba perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara pada hari Isnin.

Walaupun sebab rasmi yang diberikan ialah masalah kesihatan, tetapi Abdul Gani sendiri nampaknya tidak tahu menahu mengenainya dan enggan mengulas sama ada ia ada kakitan dengan siasatan pasukan petugas khas terhadap 1MDB.

Lewat malam tadi, ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, melalui twitter, menafikan berhubung kertas pertuduhan itu.

Sementara itu, Mohamad Apandi berkata kertas pertuduhan yang didakwa itu, "tidak di dalam dan tidak pernah sampai" kepada jabatan tersebut.

Masih terlalu awal, beri ruang Kabinet baharu - Hadi

KUALA NERUS – Pas ingin memberi ruang terlebih dahulu kepada barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan tanggungjawab, sebelum memutuskan sebarang tindakan lanjut termasuk membuat undi tidak percaya terhadap pemimpin utama negara itu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal untuk menghukum Kabinet baharu.

Mengenai pengguguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula,  beliau berkata, ia merupakan masalah dalaman dan terpulang kepada parti itu sendiri.

“Pas mengikuti perubahan ini (rombakan Kabinet).. soal tukar orang (Muhyiddin) itu hal dalaman Umno dan terpulang kepada dia (PM).

“Masih terlalu awal untuk kita hukum (Kabinet baharu).. kita perlu beri ruang kepada mereka untuk menjalankan tugas dengan betul.. selesaikan masalah 1MDB.. masalah ekonomi negara.. masih banyak masalah yang perlu diselesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir menyempurnakan Ihtifal Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah (MTT) Darul Iman di Tok Jiring, di sini, semalam.

Jelas Abdul Hadi lagi, Pas bukan sebuah parti yang ingin merebut kuasa, sebaliknya ingin melaksanakan amanah rakyat dengan sebaiknya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan beliau lebih cenderung terhadap Umno, Abdul Hadi menafikan dakwaan itu dan menurutnya beliau ingin menyelesaikan masalah rakyat.

Mashitah dan penipuan tentang kepimpinan PM

Golongan agamawan yang memanggil diri mereka sebagai "pewaris nabi" dan menggunakan label "alim ulama" (maksudnya "orang yang berilmu") adalah golongan yang cukup disegani di kalangan orang Melayu Islam.
Kalau sesiapa menyoal pandangan mereka, pasti banyak orang Melayu Islam yang akan tersentap dan nyaring menyanggah "kau tu siapa, ulama ke? Ulama belajar lebih 80 cabang ilmu" dan sebagainya. Dengan sikap yang amat taksub ini, tidak hairanlah yang golongan ulama boleh berkata apa saja dan masih boleh mendapat tepukan gemuruh daripada mereka.
Saya amat terpegun beberapa hari yang lepas membaca tentang ucapan Datuk Mashitah Ibrahim tentang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kononnya mencontohi Nabi Muhammad.

Paling menghairankan, bidang kepakaran Mashitah adalah bidang agama tetapi beliau memberi analisa yang begitu cetek dengan membanding sunah Nabi Muhammad dengan kepimpinan Najib yang sekarang ini begitu hebat dikritik. Mungkinkah Mashitah menggunakan posisinya sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk cuba mempengaruhi rakyat jelata supaya menyokong kepimpinan Najib dengan berkata yang kononnya Najib mencontohi Rasulullah? Mari kita fikirkan.
Hujah utama Mashitah ialah yang Rasulullah mengamalkan kepimpinan yang sederhana (atau dalam bahasa Melayu pentaksub Arab, "wasatiyah"). Kehidupan ini dikatakan sebagai moderat dan tidak ekstrem. Inilah dikatakan sebagai falsafah kepimpinan Najib. Adakah ini benar?
Perlu diingat, semasa Isis (Negara Islam Syria dan Iraq) pertama muncul dulu, Najib satu-satunya pemimpin yang memuji kemaraan mereka. Pujian Najib ni amat mengejutkan pembaca di media sosial yang sudah sedar pada masa itu yang Isis organisasi ekstremis amat merbahaya. Namun begitu, perdana menteri kita sendiri memuji Isis! Bagaimana pula begitu?
Ada 2 jawapan kepada masalah ini. Satu, Najib tidak sedar tentang apa yang dipercakapkannya. Jikalau demikian, beliau tidak mencontohi Nabi Muhammad. Nabi Muhammad pengikut setia Al-Quran (Surah Yunus, Ayat 15) dan jika fakta ini benar, maka Najib perlu mengetahui tentang apa yang dipercakapkannya sendiri. Dia perlu menyelidiki maklumat itu sebelum bersetuju.
Kemungkinan kedua, Najib memang sedar dan mengagumi Isis yang sememangnya teroris dan pembunuh. Jika ini benar, maka Najib sendiri bukanlah pemimpin sederhana tetapi pemimpin yang ekstrem. Kerenah jahat Isis setakat ini memang tidak dapat dipuji mahupun diberi alasan oleh pemimpin dunia malah mereka mengutuk Isis.
Jadi tindakan Najib memuji mereka sememangnya salah langkah yang jauhnya hingga ke laut, kata orang. Itulah sebabnya kita tidak mendengar apa-apa lagi mengenai Isis daripada Najib.
Pada saya, ucapan Najib yang memuji Isis itu dilakukan kerana beliau tidak menyedari siapa itu Isis. Beliau hanya bertaklidkan anasir jahat dalam Jabatan Perdana Menteri yang ada bersimpati dengan perjuangan pertubuhan tersebut. Namun begitu, beliau belum lagi mencontohi Nabi Muhammad yang hanya akan mengikut perkara diketahuinya.

Skandal 1MDB: Pasukan Petugas Khas mula diganggu

KUALA LUMPUR: "Seperti yang dijangka daripada kenyataan saya semalam, Pasukan Petugas Khas mula diganggu dengan tuduhan-tuduhan dan khabar angin yang bakal mengganggu kelancaran penyiasatan ke atas skandal 1MDB," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurutnya, ura-ura yang sedang melanda Gabernor Bank Negara Tan Seri Zeti Akhtar Aziz selepas kemunculan blog misteri ekoran pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Gani Patail adalah buktinya.
Katanya, mereka yang menyiasat kini dilihat menjadi sasaran siasatan yang tidak tahu lagi hujung pangkal tuduhannya.
"Di sini, saya ingin mengulangi gesaan saya kepada Tan Sri Zeti agar mendedahkan semua identiti para penyiasat Pasukan Petugas Khas kepada pihak awam dengan kadar segera," ujarnya dalam satu kenyataan.
Ini, kata beliau adalah langkah terbaik untuk melindungi mereka dan membolehkan mereka terus menyiasat tanpa sebarang kerisauan melalui sokongan rakyat.

3 Umno bahagian tetap mahu Muhyiddin, Shafie rasmikan mesyuarat

Tiga Umno bahagian akan meneruskan rancangan untuk menjemput menteri Kabinet dipecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal untuk merasmikan mesyuarat mereka, memberikan isyarat terdapat perpecahan di dalam parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu.
Umno Bahagian Kluang, Hulu Selangor dan Kemaman kekal dengan keputusan mereka Muhyiddin dan Shafie akan menghadiri mesyuarat mereka dan bersedia berdepan sebarang risiko.
"Ya, kami akan meneruskan program Ahad ini bersama dengan Tan Sri," kata Ketua Umno Bahagian Kluang Md Jais Sarday.

Jais, yang juga exco kerajaan negeri Johor berkata, beliau bersedia berdepan dengan sebarang tindakan. "Tak mengapa, tunggu sehingga Ahad ini apabila Muhyiddin datang. Saya juga akan berucap dalam majlis itu," katanya.
Bekas timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran itu dijadualkan akan merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Kluang pada Ahad ini di Dewan Jubli Intan.
Muhyiddin sepatutnya merasmikan mesyuarat Umno Raub pada 15 Ogos tetapi bahagian tersebut membatalkannya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan rombakan Kabinet.
Umno Bahagian Batu Gajah dan Ipoh Barat juga membatalkan jemputan mereka terhadap Shafie yang dijadualkan merasmikan mesyuarat mereka minggu ini.
Sementara itu, seorang jurucakap Umno Johor berkata langkah meneruskan program bersama Muhyiddin tidak salah memandangkan masih memegang jawatan timbalan presiden.
"Tan Sri Muhyiddin masih pemimpin kami, beliau masih timbalan presiden. Lagipun kami sudah menjemputnya sebelum berlaku kemelut rombakan Kabinet baharu ini. Adakah salah kami menjemput pemimpin utama Umno?" katanya dengan syarat tidak dinamakan.
Selain Kluang, Muhyiddin juga bakal merasmikan Umno Bahagian Kemaman, tempat bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang pernah bersengketa dengan Najib semasa penggugurannya baru-baru ini.

RM2.6 BILION: SAMA SEPERTI KES ALTANTUYA, NAJIB MESTI BERANI BERSUMPAH SEKALI LAGI

Isu wang RM2.6 bilion yang didakwa masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak kembali hangat memanaskan atmosfera politik negara berikutan bocornya video rakaman Muhyiddin Yassin memperkatakan mengenainya sejak semalam.

Dalam video perbualan yang antaranya dihadiri oleh Mukhriz Mahathir dan Abdul Kadir Sheikh Fadzir itu, Muhyiddin yang baru dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri mengatakan Najib mengakui tentang kemasukan wang itu ke dalam akaun peribadinya ketika beliau bersemuka dengannya.

Dengan ini, walaupun sudah ditubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasatnya, orangramai akan kembali bercakap, mengeluarkan hujah dan mencipta pelbagai teori mengenainya selagi tiada penafian yang betul-betul kukuh dan mantap daripada Najib sendiri.

Di kepala orangramai ketika ini, mereka percaya wang itu betul-betul wujud dan sekaligus menjadikan kepercayaan rakyat semakin menipis serta menjauh daripada Najib. Tambahan lagi sehingga ini, beliau hanya mengatakan tidak pernah menggunakan wang 1MDB unfuk kegunaan peribadi saja.

Dengan terbocornya video yang mengatakan Muhyiddin sudah bersemuka dan Najib sendiri mengaku mengenai wang itu, ia tambah mengukuhkan lagi keyakinan ramai mengenainya.

Meskipun dipecat dan kehilangan jawatannya, berbanding Najib, Muhyiddin nampaknya lebih memenangi perang persepsi dan kepercayaan rakyat berkaitan isu wang RM2.6 bilion ini.

Mengukuhkan lagi ialah Najib tetap membisu meskipun setelah video perbualan Muhyiddin itu tersebar luas. Jabatan Perdana Menteri juga kelu lidah dibuatnya. Hanya Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang tampil menyebut bahawa dakwaan Muhyiddin itu tidak betul kerana katanya, Najib tidak pernah menggunakan wang 1MDB serta tiada sebarang kemasukan wang ke dalam akaun peribadinya.

Tetapi yang lebih kelakar ialah bila ada pula mengatakan urusan wang itu merupakan hal peribadi Najib dan tidak ada sesiapa, termasuk Muhyiddin, berhak mengetahui atau mencampurinya.

Dalam cubaan mengampu dan membodek yang kononnya bertahap pemikir itu, ia dalam waktu yang sama seolah-olah mengesahkan wang RM2.6 bilion itu benar-benar mengalir masuk ke dalam akaun bank Perdana Menteri.

Hikmah Di Sebalik Pemecatan Muhyiddin

A Kadir Jasin
MOHON sabar kalau cerita ini panjang. Sukar hendak dipendekkan. Jadi saya mulakan dengan membuat kesimpulan iaitu:
Penyingkiran (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin pada 28 Julai dan penamatan undur tarikh (back-dated) perkhidmatan Peguam Negara (Tan Sri) Abdul Gani Patail 27 Julai tidak menyelesaikan apa-apa masalah sebaliknya memburukkan lagi keadaan negara dan imej (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak.
Implikasi dua peristiwa itu serta perubahan-perubahan lain yang menyusurinya di Jabatan Peguam Negara, PDRM, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC) dan PAC adalah seperti berikut:-
1.Perdana Menteri terselamat daripada kemungkinan diheret ke mahkamah bersabit 1MDB dan SRC International. Satu “donia” sudah dengar cerita duit SRC International yang nawaitunya untuk kegiatan CSR (tanggungjawab sosial korporat) tetapi masuk akaun peribadi Perdana Menteri.
2.Menyiasat dan merangka pertuduhan melibatkan wang CSR SRC International lebih mudah kerana jumlah yang lebih kecil dan melibatkan hanya dua buah bank tempatan berbanding 1MDB yang membabitkan AS$700 juta.
3. Mohd Najib berjaya mengekalkan kuasa eksekutif tetapi di mata khalayak yang mengerti beliau telah hilang kuasa moral (moral authority) untuk memerintah.
4. Kuasa eksekutif beliau menjadi semakin kukuh kerana pengkritik beliau dalam Umno dan kerajaan telah disingkirkan atau digula-gula dengan pemberian jawatan menteri dan timbalan menteri.

Pasukan Petugas Lumpuh

5. Sekali gus pemberhentian undur tempoh Abdul Gani memporak-perandakan penyiasatan Pasukan Petugas 1MDB. Penyiasat akan terhenti atau dialih matlamatnya, pegawai ditukar dan fail-fail hilang atau dibakulsampahkan. (TI Malaysia berkata, Pasukan Petugas itu boleh dianggap terkubur tetapi MACC berkata ia akan meneruskan penyiasatan).
6. Tetapi maklumat berkaitan dengan penyiasatan 1MDB akan terus tersebar kerana banyak pihak dalam dan luar mempunyai maklumat dan dokumen mengenainya. Sudah terlambat menimbus bangkai gajah kerana sudah ditokak-tokak dan cebisannya dilarikan singa, cheetah, harimau bintang, dubuk (hyena), rubah, hereng, biawak dan helang.

1MDB ibarat bangkai gajah
7. Dengan melantik pembesar-pembesar Umno yang kemaruk kuasa dan bermuka-muka menjadi menteri dan timbalan menteri, Mohd Najib boleh mengarahkan mereka mengesan dan membinasakan pencuri-pencuri bangkai gajah itu. Inilah yang sedang berlaku dengan rancak sekarang iaitu mengalihkan perhatian daripada menyiasat jenayah kepada memburu pihak-pihak yang mendedahkan jenayah.

Skandal 1MDB: PKR dakwa Anwar tahu lebih awal Muhyiddin akan dipecat

Menteri Besar Selangor itu berkata, Anwar memaklumkan perkara itu kepadanya ketika melawat Ketua Umum PKR di Penjara Sungai Buloh pada 24 Julai lalu.
muhyiddin-yassin
PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan telah tahu lebih awal Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Anwar telah memberitahunya “sesuatu yang besar akan berlaku dalam masa terdekat ini”.
Menteri Besar Selangor itu berkata, Anwar memaklumkan perkara itu kepadanya ketika melawat Ketua Umum PKR di Penjara Sungai Buloh pada 24 Julai lalu.
Media rasmi kerajaan Selangor, Selangor Kini melaporkan, Azmin dan Naib Presiden PKR, Tian Chua, juga telah mengulangi ‘sesuatu perkara besar akan berlaku dalam masa terdekat’ ketika berucap dalam program Jelajah Amanat Presiden di Kuala Selangor pada 24 Julai lalu.
Tian Chua mengaku perkara besar yang dimaksudkan olehnya dan Azmin dalam program itu melibatkan pemecatan Muhyiddin.
“Ya, memang ini yang kami maksudkan masa itu (Jelajah Amanat Presiden). perpecahan dalam UMNO akan menyebabkan sama ada Muhyiddin dilucutkan atau Najib sendiri disingkir.
“Kita dah pantau keadaan ini agak lama dan dalam isu 1MDB terdapat suara berbeza dikeluarkan pemimpin UMNO.
“Kita juga lihat tingkah laku Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ‘mengambil’ orang tertentu ketika siasatan yang menyulitkan lagi situasi Najib,” kata Tian Chua yang dipetik Selangor Kini.