Khamis, 30 Julai 2015

Skandal 1MDB sebabkan daya tarikan sukuk kerajaan merosot

Tarikan terhadap sukuk kerajaan menunjukkan tahap paling lemah dalam tempoh lapan bulan di tengah-tengah kebimbangan terhadap keperluannya untuk menyelamatkan firma pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Menurut data yang dikeluarkan di laman web Bank Negara Malaysia, Perbendaharaan telah menjual sukuk yang tamat tempoh pada Oktober 2025 berjumlah RM3.5 bilion dengan keuntungan sebanyak 4.105 peratus hari ini.
“Minat yang berkurangan terhadap sukuk-sukuk Malaysia adalah disebabkan oleh orang ramai tidak pasti mengenai masa hadapan yang disebabkan oleh liabiliti 1MDB.
"Firma pelaburan strategik itu mempunyai pinjaman berjumlah RM41.9 bilion pada akhir Mac lalu. Selain itu, ketidaktentuan keadaan politik dalam negara juga adalah salah satu faktor penyumbang," kata Ketua Strategi Tukaran Wang Asing dan Pendapatan Tetap, Macquarie Bank Ltd. di Singapura, Nizam Idris

Jemput Muhyiddin bakal cetus gaduh besar dalam UMNO - Azalina

Azalina Othman Said
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berpendapat tindakan beberapa bahagian UMNO membatalkan jemputan Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan mesyuarat bahagian selepas Timbalan Presiden UMNO itu digugurkan dalam kabinet kerana bimbang ia menjadi punca berlaku 'pergaduhan besar' dalam parti.
 
“Saya pun ketua bahagian. Itu hak saya nak jemput siapa. Sebagai pemimpin di bahagian, saya ada tanggungjawab. Dan saya yakin ramai yang batal kehadiran timbalan presiden kerana ramai yang tidak gemar dengan perangai beliau.
 
“Tak kan nak jemput Timbalan Presiden yang hari-hari asyik maki presiden parti. Nanti jadi gaduh besar antara ahli pula,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Media Bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di sini hari ini.
 
Bagaimanapun, Azalina memberitahu, ia terpulang kepada budi bicara bahagian-bahagian UMNO untuk menjemput Muhyiddin untuk merasmikan mesyuarat bahagian parti masing-masing kerana ia bukan satu halangan.
 
Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Penggerang memberitahu, Mesyuarat UMNO Bahagian Pengerang akan dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shabery Cheek pada 1 Ogos ini.
 
Mengenai tindakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir melawat Muhyiddin sebaik digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah hak Menteri Besar Kedah itu.
 

PM Britain bimbangkan Anwar, kata Azmin


Perdana Menteri Britain David Cameron menyatakan kebimbangan terhadap keadaan bekas ketua pembangkang yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata Cameron juga menyatakan perkara itu dan kebimbangan lain kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Cameron beritahu saya bahawa beliau telah bangkitkan beberapa isu kepada Najib dalam pertemuan mereka hari ini.

“Ini termasuk kebimbangan berkaitan Anwar, dan Cemeron berkata beliau (Anwar) harus diberikan rawatan perubatan, capaian kepada buku-buku dan rawatan sesuai,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke sebuah acara di Kuala Lumpur malam ini.

Cameron juga mengadakan pertemuan peribadi dengan Azmin.

Saya sedia hadapi segala kemungkinan - Mukhriz

Mukhriz Mahathir merupakan antara pemimpin politik yang menziarahi Muhyiddin Yassin.
Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersedia menghadapi segala kemungkinan di dalam 'suasana politik yang tidak menentu' ketika ini termasuk kemungkinan digugurkan daripada jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah.
 
Beliau berkata, segala kemungkinan yang bakal berlaku terhadap karier politiknya disifatkan sebagai 'asam garam' yang perlu diterima oleh mereka yang bergelar ahli politik.
 
"Saya bersedia menghadapi segala kemungkinan sekalipun. Itu adalah asam garam politik, kuasa yang ada di tangan saya diturunkan oleh Allah S.W.T dan bila-bila masa pun boleh diambil balik, kita kena redha dengan keadaan," katanya.
 
Menteri Besar Kedah itu berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Jerlun hari ini.
 
Mengenai penyebaran satu klip video ketika beliau melawat Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menjadi viral, beliau berkata, sebagai tuan rumah bekas Timbalan Perdana Menteri itu berhak untuk bercakap apa sahaja.
 
"Saya melawat dia di rumah dia, di rumah sendiri saya ingat taakanlah ada halangan untuk tuan rumah itu sendiri untuk bercakap. Saya di rumah sendiri pun macam-macam bercakap, tetapi kalau rekod dan kemudiannya diviralkan itu bukan salah Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.
 

Skandal 1MDB: AG baru tak tahu menahu tentang 'kertas pertuduhan' terhadap PM

Peguam Negara (AG) yang baru dilantik Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak tahu menahu mengenai satu draf yang dikatakan berupa satu kertas pertuduhan yang didakwa disediakan oleh AG sebelum ini terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai laporan itu, jadi saya tidak boleh komen, okay?" katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada beliau menganggap ini satu perkara yang serius, beliau menjawab: "Saya tidak tahu, bukan untuk saya komen."

Menjawab satu lagi soalan sama ada beliau akan meneliti perkara itu, Apandi, yang memegang jawatan peguam negara sejak hari Isnin, berkata: "Saya penat sangat. Jadi boleh saya berehat? Terima kasih."


Beberapa orang, seperti ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya dan peguam Lawyers for Liberty, Michelle Yesudas, telah tweet dokumen yang muncul di Sarawak Report.

Selain Najib, kertas tuduhan itu menamakan seorang bekas pengarah urusan yang ditahan oleh pasukan petugas khas 1MDB dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan, dan Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil.

Pasukan petugas itu masih dalam proses mengesan Nik Faisal yang juga pengarah urusan bekas anak syarikat 1MDB - SRC International.

Berikutan penamatan secara tiba-tiba perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, yang rapat dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah bertanya di blognya sama ada ini kerana beliau (Gani) di ambang mendakwa individu tertentu.

Apabila berita tersebar bahawa perkhidmatan Abdul Gani telah ditamatkan kerana masalah kesihatan, bekas AG itu sendiri nampaknya tidak tahu menahu mengenainya.

Umno tidak perlu tenggelam bersama-sama Najib ..!!!

oleh Alyaa Alhadjri

Wahai tuan penasihat Tun Faisal Ismail Aziz.

Apa benda yang anda sedang katakan ini?

Adakah saya dengar (baca) anda berkata yang “tidak mengapa” bagi seorang perdana menteri terlepas daripada siasatan berhubung sejumlah wang yang besar yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya?

Wang tunai dengan jumlah yang besar dari sumber meragukan telah berada dalam akaun pemimpin negara yang berkuasa mempengaruhi keputusan dan kontrak.

Ini memang ‘urusan’ pembayar cukai, Tun Faisal. Terutama jika wang tersebut berkemungkinan diambil daripada dana awam. Benar, tuduhan setakat ini masih belum dibuktikan. Tetapi pada masa sama, masih belum ada bukti yang menafikannya.

Selaku perdana menteri, Najib Razak yang kononnya “nothing2hide” ini amat suka mengingatkan rakyat bahawa “siasatan masih berjalan”. Pengkritik pula diberi amaran agar tidak mengulangi apa-apa dakwaan membabitkan skandal 1MDB.

Dalam tulisan di blognya, Tun Faisal menyertai ahli kelab “I love PM” untuk mengulang-ulang retorik yang sama – bersabar, yakin, biarkan pihak berkuasa menyiasat dan macam-macam lagi. Bolehkah kalau saya katakan “tidak!”.

Cukuplah. Rakyat tidak bodoh.

Apa sahaja hasil siasatan nanti, tiada alasan bagi Najib – selaku Menteri Kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB – untuk tidak dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana wang yang berkaitan dengan syarikat yang ditubuhkan untuk melaburkan wang pembayar cukai itu.

Pada dasarnya, tiada pertikaian terhadap fakta bahawa 1MDB telah mengumpul hutang setinggi RM42 bilion sepanjang enam tahun operasinya.

Justeru walaupun andainya Najib dibersihkan daripada semua kesalahan, kerosakan sudah pun dilakukan. Berbilion wang rakyat sudah pun hangus.

PAS belum dapat jemputan sertai Bersih 4.0


Post Pic

SHAH ALAM: Sehingga kini PAS masih belum mendapat jemputan mahupun maklumat mengenai penganjuran Perhimpunan Bersih 4.0 yang dijangka diadakan pada Ogos ini.
 
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihak penganjur tidak memaklumkan parti yang terlibat dan tujuan perhimpunan itu diadakan.
 
"Kita pun tak dimaklumkan lagi.
 
"Penyertaan siapa yang terlibat secara tak langsung tak dimaklumkan lagi dan apa objektif perhimpunan tersebut," katanya kepada Antarapos.
 
Himpunan keempat itu akan diadakan pada 29 hingga 30 Ogos secara serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.
 
Himpunan ini akan bermula pada jam 2 petang 29 Ogos dan berlanjut sehingga melepasi tengah malam 30 Ogos, sepanjang 34 jam. 
 
Antara empat tuntutan BERSIH 2.0 dalam himpunan ini ialah membersihkan pilihan raya, kerajaan, menyelamatkan ekonomi dan menyatakan hak membantah.
 

Mat Sabu ajak penyokong GHB sertai perhimpunan BERSIH 4.0

Perhimpunan aman desak Najib letak jawatan dan tubuh kerajaan peralihan demi selamatkan Malaysia.
mat-sabu
PETALING JAYA : Gerakan Harapan Baru (GHB) mengajak penyokongnya menyertai perhimpunan aman BERSIH untuk mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.
Pengerusi GHB, Mohamad Sabu berkata, perhimpunan aman itu juga bagi mendesak sebuah kerajaan peralihan ditubuhkan untuk mentadbir negara sehingga diadakan pilihan raya bebas demi menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran.
Perhimpunan BERSIH dirancang diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini secara serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.
“Negara dalam keadaan yang sangat gawat. Ekonomi Malaysia berada pada tahap terburuk.
“Hutang negara pada 2015 berjumlah RM847.9 bilion sudah meningkat sehingga 63.8 peratus daripada GDP serta berbagai kemelut ekonomi seperti peningkatan hutang isi rumah, bebanan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), ketidaktelusan dalam urus tadbir kerajaan dan berbagai lagi persoalan yang mencemaskan,” katanya dalam kenyataan media.
Katanya, Najib selaku Perdana Menteri bertanggungjawab bagi semua permasalahan yang berlaku di negara ini.

Najib temui jalan buntu pecat Muhyiddin dalam parti – Zam

Zam dakwa kedudukan Najib terancam jika Muhyiddin terus kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO.
zam,najib,-muhyiddin
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa berdepan jalan buntu untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Tan Sri Zainuddin Maidin atau Zam mendakwa, jika Muhyiddin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal terus kekal dalam parti, ia sudah pasti mengancam kedudukan Najib selaku Presiden parti.
“Ini terdedah apabila mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dipanggilnya Jumaat di samping Taklimat Presiden UMNO mengenai penyingkiran itu dibatalkan kerana bimbang akan menimbulkan kekecohan.
“Dalam tidak menemui alasan yang kuat, Najib mungkin akan membuat kenyataan beliau tidak bermaksud untuk memecat Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO tetapi sekadar Timbalan Perdana Menteri sahaja,” katanya menerusi entri terbaru diblognya.
Bekas Menteri Penerangan itu berkata, Najib berhadapan cabaran besar jika isu pengguguran Muhyiddin dari Kabinet tidak diselesaikan.

Najib cari peguam di Amerika Syarikat untuk dakwa WSJ

Pelantikan peguam tempatan dari Amerika Syarikat merupakan cara paling mudah untuk mengheret WSJ kemuka pengadilan
najib_hafarizam_firoz_wsj_600
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghantar dua orang peguamnya ke Amerika Syarikat bagi mengambil tindakan untuk mengheret akhbar The Wall Street Journal (WSJ) ke muka pengadilan.
Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily melaporkan, mereka terdiri daripada Datuk Hafarizam Harun dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang dihantar bagi mencari peguam untuk mengambil tindakan perundangan ke atas WSJ.
Akhbar berkenaan sebelum ini menyiarkan laporan mengaitkan Najib dengan penyelewengan.
Menurut sumber, pelantikan peguam tempatan dari Amerika Syarikat merupakan cara paling mudah untuk mengheret WSJ kemuka pengadilan.
“Jika peguam Malaysia mahu mewakili Najib di Amerika Syarikat, mereka perlu mempunyai lesen yang mungkin memerlukan setahun dua untuk diperolehi.
“Cara lebih mudah ialah melantik peguam Amerika Syarikat untuk mewakili Najib,” kata sumber itu.

Gerakan Demi Malaysia teruskan Himpunan #TangkapNajib

adamBANGSAR, 30 JULAI: Gerakan Demi Malaysia tetap dengan keputusan meneruskan himpunan #TangkapNajib Sabtu ini (1 Ogos) di Sogo walaupun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta ia dibatalkan.
Adam Adli Abd Halim selaku jurucakap gerakan ,berkata amaran Ketua Polis Negara itu disifatkan sebagai taktik menghalang anak muda berhimpun mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
“Sehingga hari ini, perdana menteri masih gagal menjawab persoalan bagaimana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat menyelesaikan hutang yang ditanggung syarikat itu berjumlah puluhan bilion ringgit.
“Menyedari keperluan mendesak untuk menyelamatkan negara dan membebaskan rakyat daripada terus terjerumus ke dalam ketidaktentuan ekonomi, politik dan sosial, maka anak muda sepakat menuntut Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri serta-merta.
“Demi Malaysia menyeru seluruh anak muda dan rakyat hadir ke himpunan aman ini bermula jam 2 petang,” katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.
Mereka mensasarkan penyertaan lebih 500 orang dan menggesa peserta mengenakan pakaian berwarna putih.

Akhir yang berakhir

Suasana politik Malaysia kini berkecamuk. Nilai ringgit jatuh mendadak. Semakin ramai warga hilang pekerjaan. Graduan menganggur semakin ramai. Jenayah ganas – bunuh dan tembak – semakin menjadi-jadi.

Pendatang haram semakin ramai menerobos masuk.  Harga bahan makanan makin naik. Nilai gaji semakin turun. Harga bahan bakar petrol naik lagi. GST sedang mencekik setiap warga Malaysia – tua dan muda.

Tiba-tiba, akhbar mingguan The Edge digantung permit selama tiga bulan. Tiba-tiba, The Edge Financial Daily digantung sama dan portal Sarawak Report dipadamkan dari alam maya.

Tetiba YB Rafizi dan YB Tony Pua dilarang keluar negara. Tiba-tiba YB Tian Chua juga dilarang keluar negara. Tetiba Ambiga, Maria Chin, Adam Adli dan Hishamuddin Rais dilarang keluar negara. Apa sudah jadi?

Dalam suasana kelam kabut ini Lebai Desas bin Haji Desus terus kencang berlabon. Mengikut surah Lebai Desas Desus: Najib Razak Perdana Menteri Malaysia keenam akan didakwa. Najib akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah.

Dilaporkan berbilion ringgit telah masuk ke dalam akaun peribadi Najib sendiri. Kes 1MDB jadi buah mulut setiap yang ada mulut. Betulkah berita ini? Apakah ini hanya sembang-sembang kosong?

Akhirnya – saya memikul tanggung jawab untuk memberi pencerahan tentang apa yang sedang berlaku. Saya akan cuba menerangkan semudah yang mungkin agar Mak Cik dan Pak Cik Felda akan dapat memahami apa yang sedang berlaku di hadapan mata kita semua.

Pertama, ada sosok-sosok politik dan jurufikir yang berpendapat menuntut Najib berundur adalah satu kesilapan politik. Menurut hujah ini – Najib  dan Rosmah adalah umpan terbaik untuk memancing kebencian pengundi dalam PRU14.

Rosmah yang kini dilihat sebagai ‘puaka hidup’ akan dijadikan modal kempen oleh gabungan baru pembangkang – Pakatan Rakyat Perjuangan (PRP) dalam PRU14.

Sekali imbas perkara ini dilihat masuk akal. Sekali baca dilihat hujah ini rasional. Tetapi politik dan kerja politik memiliki hukum dan syarat tersendiri.

Hakikatnya jika sosok-sosok penyokong Pakatan Rakyat Perjuangan sedar akan peranan ‘jahat’  Najib dan Rosmah, pasti  ramai lagi ahli dan kepimpinan United Malays National Organisation yang sedang melihat perkara yang sama.

Justeru, ahli parti Ketuanan Melayu boleh dianggap ‘bebal politik’ jika tidak menyedari hal ini. Mahathir Mohamad bekas presiden, dan Muhyiddin Yassin bekas timbalan presiden parti mereka telah menyuarakan pendapat yang sama.

Fakta yang disuarakan: Jika Najib terus memimpin Parti Ketuanan Melayu; jika Rosmah terus terkedek-kedek di TV maka jawabnya gerombolan Ketuanan Melayu dan kuncu-kuncunya akan dihumbankan oleh gerakan rakyat yang semakin ampuh.

Wang RM2.6b: Umno belum cukup hairan?

Haruskah Umno memecat presidennya, Datuk Seri Najib Razak atau timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Soalan ini dibangkitkan sejak Mei lalu, selepas Muhyiddin berkongsi kebimbangannya bersama pemimpin Umno dalam satu pertemuan tertutup di Janda Baik, Pahang.

Antara yang hadir dalam pertemuan itu ialah naib presiden Umno ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan anggota majlis tertinggi, Datuk Ahmad Maslan.

Dalam video itu, Ahmad Zahid ketawa besar apabila Muhyiddin menyebut mengenai pemimpin Umno yang “tunjuk tahu tapi tidak tahu” dan “macam pandai tapi tak pandai”.


Para hadirin juga ketawa berdekah-dekah tetapi Ahmad Maslan hanya mampu tunduk dan tersenyum simpul sambil meneguk air botol apabila Muhyiddin berkata demikian.

Namun apapun cerita di sebaliknya, Ahmad Maslan dan Ahmad Zahid masih berada dalam kabinet. Lebih untung, Ahmad Zahid, yang kini menggantikan Muhyiddin di jawatan timbalan perdana menteri.

Ahmad Maslan, MP Pontian itu pula menjadi timbalan kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed di kementerian perdagangan antarabangsa dan industri selepas serangan hendap Najib, Selasa lalu ke atas Muhyiddin.

Muhyiddin yang 'lebih tahu'

Antara perkara yang disebut oleh Muhyiddin selepas digugurkan dari Kabinet, beliau “lebih tahu sedikit” mengenai 1MDB berbanding orang lain.

Sedikit demi sedikit, kita mendapat pembayangnya. Semalam, bocor lagi satu video yang menunjukkan Muhyiddin berkongsi mengenai perbualannya dengan Najib.

Dalam video itu, Muhyiddin berkata beliau antara lainnya bertanya kepada PM, mengapa wang RM2.6 bilion itu masuk ke dalam akaun peribadi Najib.


Muhyiddin tidak perlu menunggu lama jika beliau mahu menafikan perkara itu. Rumahnya di Bukit Damansara tidak putus-putus dihurung para wartawan hingga ke hari ini.

RM2.6 Bilion: Mukhriz tahu siapa rakam video Muhyiddin

Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau tahu siapa yang merakamnya perbualannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama beliau dan tetamu lain bekas perdana menteri pada Selasa malam lalu.

Menteri besar Kedah itu bagaimanapun tidak menafikan topik perbincangan dalam pertemuan itu.

Mukhriz berata demikian ketika ditanya tentang video bocor dalam sambutan hari raya Aidilfitri Umno Gurun, Kedah, lapor Kwong Wah Yit Poh.

Dalam video mengejutkan 53 saat itu, Muhyiddin antaranya berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa RM2.6 bilion dideposit ke dalam akaun peribadinya.

Sementara itu, Sin Chew Daily melaporkan Mukhriz sebagai berkata beliau tidak fikir melakukan sebarang salah laku tetapi bersedia untuk sebarang perubahan.

Video RM2.6 bilion dalam akaun Najib hanya khabar angin, kata peguam

Dakwaan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam rakaman video mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui wang berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi miliknya mempunyai nilai guaman yang rendah sekiranya tindakan undang-undang ingin diambil, kata peguam.
Mereka berkata, rakaman itu hanya sekadar khabar angin dan tidak mempunyai nilai bukti di mahkamah.
Khabar angin tidak boleh digunakan di mahkamah, kata peguam kepada The Malaysian Insider.

Mereka sebaliknya berkata, dakwaan itu hanyalah mempunyai nilai politik untuk mengukuhkan persepsi umum, sejumlah wang dengan nilai yang besar dipindahkan ke dalam akaun Najib.
 
Peguam Datuk Bastian Pius Vendargon berkata, untuk video itu diserahkan kepada mahkamah sebagai bukti, ia perlu disahkan keasliannya.  "Untuk melakukannya, Muhyiddin perlu mengesahkan kandungan video tersebut dan mengakui beliau adalah individu yang dirakamkan di dalam video itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada video berkenaan akan memberikan kesan sekiranya Najib berhasrat menyaman The Wall Street Journal (WSJ) susulan laporan akhbar perniagaan itu mendakwa Najib menerima dana berkernaan melalui akaun AmBank miliknya pada Mac 2013.  
Najib bagaimanapun menafikan dakwaan itu, namun tidak mengulas lanjut berkenaan pemindahan wang itu.
 Beliau turut mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dengan agen asing menentang pentadbirannya.

Arahan tersedia membenarkan PAC terus menjalankan tugasnya

oleh Hazlan Zakaria
Walaupun terdapat pendapat yang bertentangan, selagi mana peraturan parlimen dijadikan rujukan, tiada apa yang menghalang Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk meneruskan siasatan kepada 1MDB.
Walaupun dengan kehilangan secara tiba-tiba empat orang ahlinya, termasuk pengerusi Nur Jazlan Mohamed ke dalam kabinet persekutuan, yang secara serta merta membatalkan penglibatan mereka dalam PAC.
Kehilangan ini telah mencetuskan perbincangan dalam kalangan pemerhati, ramai yang menyifatkan ia sebagai satu cara licik untuk mempengaruhi siastan PAC, malah sehingga ada yang mendakwa ia cubaan sengaja melewat-lewatkan siasatan.
Walaupun benar yang perlantikan pengerusi dan ahli baru hanya boleh dilakukan ketika persidangan Parlimen akan datang, tiada  peraturan yang menyebut ahli-ahli jawatankuasa yang lain perlu berundur.
Selagi mana jumlah keahlian diambil kira, Arahan Tersedia 77 (2) tertulis yang “Jawatankuasa perlu terdiri daripada seorang Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Dewan, dan tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada dua belas ahli yang dicalonkan oleh Jawatankuasa Pemilihan, sebaik sahaja sebaik-baiknya pada permulaan setiap sidang Parlimen”.
Ketika ini, dengan seorang timbalan pengerusi dan enam ahli jawatankuasa itu masih memenuhi jumlah ahli minimum dua campur enam yang diperlukan dalam Arahan Tersedia.

Tiada siasatan skandal 1MDB sehingga pengerusi PAC baharu dilantik, kata Speaker Dewan Rakyat

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, mesyuarat rutin PAC juga tidak boleh diadakan bagi mengelakkan sebarang pertikaian atau isu berbangkit mengenai kesahihan prisiding pada masa akan datang ketika kerusi pengerusi tidak diisi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Julai, 2015. 
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, mesyuarat rutin PAC juga tidak boleh diadakan bagi mengelakkan sebarang pertikaian atau isu berbangkit mengenai kesahihan prisiding pada masa akan datang ketika kerusi pengerusi tidak diisi.

Prosiding siasatan skandal kerugian RM42 bilion syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh diteruskan sehingga pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Awam (PAC) yang baharu dilantik menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamad, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Speaker Dewan Rakyat itu dipetik laporan portal BNBBC berkata, mesyuarat rutin PAC juga tidak boleh diadakan bagi mengelakkan sebarang pertikaian atau isu berbangkit mengenai kesahihan prisiding pada masa akan datang ketika kerusi pengerusi tidak diisi.
Katanya, walaupun Peraturan Mesyuarat 77 (3) membolehkan seseorang ahli jawatankuasa (AJK) PAC mempengerusikan mesyuarat menggantikan pengerusi atau naib pengerusi, namun ia hanya terpakai dalam hal dua jawatan tertinggi itu tidak dapat hadir atas sebab uzur atau sebab tertentu lain, dan bukannya atas sebab pengosongan jawatan.

Nur Jazlan pada Selasa lalu dilantik timbalan menteri dalam negeri dalam rombakan Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang turut menyaksikan penyingkiran timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pandikar berkata, mesyuarat PAC juga tidak boleh diteruskan dengan ketiadaan tiga anggotanya yang menyertai Kabinet iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermiyati Samsudin, Datuk Wilfred Madius Tangau, dan kekosongan itu katanya perlu diisi segera.
Beliau berkata sedemikian, menyanggah kenyataan timbalan pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw daripada DAP jawatankuasa bebas itu akan meneruskan pendengaran 1MDB seperti yang dijadualkan walaupun kehilangan empat ahlinya.

Najib menang, Mahathir tewas – sekurang-kurangnya buat masa ini ..!!

oleh Mariam Mokhtar

Kekalahan yang memalukan bagi Muhyiddin Yassin.

Penggugurannya dari jawatan timbalan perdana menteri dalam Kabinet Najib Razak pasti telah mencetuskan kemarahan tuannya, Dr Mahathir Mohamad. Mahathir barangkali sedang berang sekarang.

Najib memilih saat untuk bertindak. Beliau boleh ‘menutup mulut’ Mahathir lebih awal.

Tetapi Najib yang licik sedar bekas perdana menteri itu memiliki pengikut-pengikut setia, terutama di kalangan golongan muda Malaysia yang tidak melalui kediktatoran Mahathir. Maka Najib menunggu masa yang sesuai walaupun tembakan bertalu-talu dihala kepadanya.

Apabila Muhyiddin mengkritiknya secara terbuka hujung minggu lalu berhubung isu 1MDB, Najib pun menyerang. Lewat Isnin, Najib telah pun memutuskan nasib Muhyiddin dan empat lagi menteri yang digugurkan dalam rombakan Kabinet.

Dendam memang lebih memuaskan jika tidak dilaksanakan serta-merta. Muhyiddin Muhyiddin disingkir bukan kerana tidak cekap, tetapi kerana berani melakukan apa yang telah dilakukan kebanyakan rakyat Malaysia selama ini – menjalankan hak bersuara dan menyatakan pandangan tentang kerajaan.

Politikus pembangkang seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli berani mengkritik Najib dan kerajaan dalam pelbagai isu. Mereka telah dilarang ke luar negara.

Adakah Muhyiddin juga akan dikenakan larangan yang sama? Baru tiga bulan lalu beliau menggesa rakyat Malaysia agar menyokong Najib. Seruan itu turut disambut ‘wanita besi’ negara Rafidah Aziz, yang turut membuat gesaan yang sama.

 Namun dalam politik, tiga bulan adalah satu tempoh yang panjang. Dan beberapa hari lalu, ketika Najib kelihatan lemah, Muhyiddin akhirnya membuat langkah. Tetapi kritikan terbuka itu terlambat beberapa bulan.

Muhyiddin boleh diganti, pemecatan hanya alihkan perhatian

oleh J Aslan
Politik adalah kotor. Lupakan sahaja Muhyiddin Yassin yang digugurkan dari kabinet. Ia satu muslihat. Seperti hering merah, dicipta untuk mengalihkan perhatian daripada masalah sebenar yang dihadapi oleh Perdana Menteri Najib Razak, yang sedang bergelut untuk mempertahankan kelangsungan politiknya.
Memandangkan Muhyiddin nampaknya tidak menerima banyak sokongan daripada majlis tertinggi Umno, Muhyiddin boleh diganti. Beberapa hari lagi kita akan menyaksikan gerakan memperlekehkan Muhyiddin, cubaan untuk menggambarkannya sebagai politikus yang korup dan tidak cekap.
Tetapi Muhyiddin ialah pengalih perhatian. Serangan sebenar ialah kemusnahan yang dilakukan kepada Pasukan Petugas Khas yang sedang menyiasat 1MDB dan ‘pembubaran’ Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen.
Najib menggugurkan Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara. Kemudian Najib bertindak melantik bekas hakim Mahkamah Tinggi Apandi Ali sebagai Peguam Negara yang baru.  Paling mengejutkan, Gani yang akan bersara pada Oktober, mendakwa tidak mengetahui apa-apa mengenai perlucutan jawatannya.
Penyingkiran Gani selaku Peguam Negara, menimbulkan keraguan tentang usaha siasatan yang telah dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas kepada 1MDB. Khabar angin bertiup kencang yang mengatakan bahawa Pasukan Petugas Khas telah menemui bukti mencukupi yang tidak menyebelahi Najib.
Jika itu tidak cukup kontroversi, Nur Jazlan kini pula terpaksa berundur sebagai pengerusi PAC. Dia juga berkata yang siasatan 1MDB kini akan ditangguhkan. Tiga ahli PAC lain, termasuk Reezal Merican Naina Merican yang lantang bersuara, juga dimasukkan ke dalam Kabinet. PAC kini tunggang langgang.
Dengan hanya satu tindakan, Najib telah melumpuhkan Pasukan Petugas Khas dan PAC. Jika ini bukan satu campur tangan, apa lagi?
Sangat memalukan tindakan Najib yang dilakukan secara terang-terangan, sementara sekelopok manusia “yes man” dalam Kabinet terus mempertahankannya. Adakah tiada lagi orang dalam Umno yang cukup berani memperjuangkan kebenaran dan keadilan?
Salah tetap salah. Ketidakupayaan untuk membezakan benar dan salah memusnahkan integriti. Najib dan ahli pasukan Kabinet “yes man” nya telah kehilangan seluruh integriti untuk mengangkat keadilan dengan masuk campur dalam siasatan 1MDB.

Pemecatan Muhyidin tidak untungkan pembangkang, kata pengkaji

Pengerusi Eksekutif Ilham Centre Hisomudin Bakar, berkata insiden pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri tidak akan menjadi pemangkin perubahan undi kepda pembangkang Cuma ia sekadar protes mengikut lokaliti tertentu sahaja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Julai, 2015. 
Pengerusi Eksekutif Ilham Centre Hisomudin Bakar, berkata insiden pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri tidak akan menjadi pemangkin perubahan undi kepda pembangkang Cuma ia sekadar protes mengikut lokaliti tertentu sahaja.

.Insiden pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan menjadi pemangkin perubahan undi kepada pembangkang, kata badan pengkaji politik Ilham Centre hari ini.
Jika ada pun, kata pengerusi eksekutifnya Hisomudin Bakar, ia sekadar protes mengikut lokaliti tertentu sahaja.
"Tiada apa boleh diharapkan daripada pengundi Melayu. Sukar berubah, malas berfikir, selesa dengan apa yang ada. Retorik ketuanan kaum. Cina ancaman utama. Ini formula untuk Umno/Barisan Nasional (BN) terus berkuasa," kata Hisomudin dalam kenyataannya hari ini.

Namun kata beliau, ancaman sebenar sekarang kepada kerajaan adalah pengundi muda Melayu. Ini kerana mereka terdedah dengan maklumat pantas melalui media sosial dan portal di Internet.
"Justeru, segmen ini perlu direbut. Segmen ini sangat rapuh (fragile). Jumlah besar kelompok ini menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang," kata beliau.
Menurut Ilham Centre, sepanjang penglibatan dalam kajian lapangan, pola pengundi Melayu cukup unik dan mereka sukar membuat perubahan politik.
Antara rumusan pola pengundi Melayu adalah, pilihan politik atas dasar parti dan yang menjadi turun temurun.
"Jika ada anak ada cucu berlawanan arus, mereka memilih untuk berdiam diri. Faktor pilihan atas calon dan isu terlalu minima," katanya sambil menambah pengundi Melayu juga berfikiran selapis dan mudah.
Mereka tidak suka memikirkan perkara besar, rumit dan berbelit-belit apatah isu melibatkan jumlah angka besar yang sukar dihadamkan pengundi Melayu.
Lokaliti mereka yang berada di pedalaman pula, jauh daripada sumber maklumat primer menambah kelebihan kepada Umno dan BN, katanya.
Justeru, majoriti kerusi Parlimen pedalaman menjadi milik Umno dan BN.
Mereka pula menurut Hisomuddin, yang banyak membuat kajian politik Melayu, lebih mempercayai berita disampaikan parti pemerintah.

Di bawah pemerintahan KERAjaan 'munafiqun', di mulut bermati2an kata benteras judi sehabis2an...


TETAPI DI BELAKANG KAUT HASIL CUKAI JUDI BERBILION2 RINGGIT !!!

TAHU TAK KORANG, KELUARKAN & LULUSKAN LESEN JUDI salah satu 'sunnah Rasulullah' !!!

Agaknya xder hasil cukai JUDI & ARAK NEGARA AKAN MUFLIS KOT...

Rakyat nak tahu KENAPA RM2.6 BILION MASUK AKAUN NAJIB BUKANNYA ROSMAH !!..

Kalau duit syarikat masuk ke dlm akaun peribadi memang salah la BONGOK !!!.. 
Tak kiralah duit tu digunakan utk peribadi atau pon tidak...

Kat mana ni...!!


Tony Pua: "We have the numbers; 1MDB probe will go on."

TINDAKAN TEGAS AHLI PAS HADIRI GHB - HADI

Zahid dismisses arrest rumours over ex-DPM viral video

‘Polis tak larang Demi Malaysia, BERSIH 4.0 berhimpun’ - KPN

Bukit Aman terbakar, IGP bidas cubaan resahkan rakyat

Bukan polis siasat Zeti, kata Khalid

IGP ingatkan Ambiga: Nafi atau didakwa

Petugas Khas siasat video 'panas' 1MDB, kata IGP

‘Tak perlu undi tak percaya pada Najib kerana 1MDB’ - Tajuddin

NGO anak muda mahu Najib ditangkap, dibicara

Kit Siang cabar AG nyatakan jika berani dakwa Najib

Pak Samad mahu letak persepsi Melayu pada DAP

Kabinet baru ibarat drama tiada penghujung kata Rafidah

Beliau memberi nasihat kepada mereka yang dilantik agar tidak membiarkan negara ini terjerumus ke dalam lohong hitam ekonomi dan politik yang merosakkan.
Rafidah-Aziz_comt_600
PETALING JAYA: Rombakan barisan jemaah menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Selasa diibarat seperti babak baru dalam drama yang tiada penghujung.
Luahan itu dibuat bekas Ketua Pergerakan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz di laman Facebooknya.
Katanya, mereka yang dilantik perlu memastikan apa yang dilakukan masuk akal dan bergerak ke hadapan dengan menjadikan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan.
“Jangan biarkan negara ini terjerumus ke dalam lohong hitam ekonomi dan politik yang merosakkan” tulisnya.
Dalam status berasingan bekas Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri meluahkan isi hatinya dengan situasi politik yang berlaku.
Am I imagining things …OR am I really hearing the collective sigh of the Rakyat on whats happening in Malaysia , and to Malaysia , now ? Some friends tell me they dont know whether to laugh or to cry..
Maybe we need to do both for our sanity”, tulisnya.

Skandal 1MDB: Peguam ragu AG baru boleh bertindak pada PM

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak patut menganggotai pasukan petugas khas siasatan1 1MDB, begitu pandangan seorang peguam kanan.

Pengamal undang-undang yang enggan namanya disebut itu berkata terdapat percanggahan kepentingan kepada Apandi kerana beliau menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail, yang menurutnya berlaku secara misteri.

Beliau membangkitkan pelantikan Apandi yang dibuat atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – yang terpalit sama dalam kontroversi sekitar syarikat pelaburan negara itu.

Peguam kanan itu berpendapat tugas itu patut diserahkan kepada orang nombor dua dalam Jabatan Peguam Negara, iaitu Peguam Cara Negara Datuk Azailiza Mohd Ahad.

Muncul pula audio 'tangkap Najib', tapi MB N9 nafi

Selepas kebocoran video kenyataan menggemparkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, muncul pula rakaman suara yang kritis kepada perdana menteri yang didakwa dibuat oleh menteri besar Negeri Sembilan.

Rakaman hampir dua minit itu antaranya menyebut bahawa kritikan Muhyiddin terhadap 1MDB adalah betul dan perkembangan kes itu, termasuk pendakwaan beberapa pihak, tidak logik.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan  yang menurutnya tidak berasas itu.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak ada kena mengena langsung dengan rakaman audio itu, apatah lagi dengan pengakuan individu itu,” katanya.

Skrin bangunan di London papar punca penyingkiran Muhyiddin

Ia mengaitkan pengguguran Muhyiddin dengan kritikan beliau terhadap 1MDB.
london
PETALING JAYA: Penyingkiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinet Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi perhatian warga London.
Dalam satu gambar yang dikirim melalui Whatsapp, paparan skrin menunjukkan punca pemecatannya.
Ia ditayangkan di sebuah bangunan di Mackenzie Walk.
“ Perdana Menteri Malaysia rombak kabinet, menyingkirkan timbalannya selepas mengkritik 1MDB,” antara intipati yang dimuat naik.
Bangunan berkenaan menjadi tumpuan ramai kerana menempatkan restoran makanan terkenal di bandaraya itu, All-Bar-One.

Pemuda akar umbi PAS WP letak jawatan

Ketua Pemuda PAS Lembah Pantai Mohd Hafiz Habil bersama pimpinan tertinggi Pemuda kawasan itu hari ini mengumumkan melepaskan jawatan susulan krisis dalaman yang melanda parti Islam itu.

Katanya, buat masa kini, beliau tidak melihat ada usaha damai dalam parti justeru mereka mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

“(Keputusan itu) berasas tindakan kami yang hilang kepercayaan. Dan tindakan untuk menyertai Gerakan Harapan Baru, saya tidak tolak (ia) sebagai satu kemungkinan.

Selain Mohd Hafiz, Naib Ketua Pemuda Muhamad Fadzil Ahamad, Ketua Penerangan Pemuda Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan, dan anggota jawatankuas pusat (AJK) Pemuda Mohd Zulfadhli Zulkifli serta Mohd Zulnazmi Zulkifli turut melepaskan jawatan.

TPM baru ikrar banteras judi haram 100 peratus...Judi "lesen BN" bila pula..???


Kagum meritokrasi DAP: Aziz Bari, Melayu terbaru jadi ahli

TI-M isytihar siasatan skandal 1MDB sudah ‘mati’

Audio tangkap Najib bukan suara saya, kata MB N9

AG baru: Budak suruhan atau penyelamat negara?

SEKALI LAGI NAJIB harumkan nama negara di mata dunia..


Asal aja cerita pemecatan TPM di akhbar2 luar negara PASTI DIKAITKAN DENGAN SKANDAL NAJIB-1MDB..

Ada tak berita camni terpampang kat akhbar2 di M'sia..??!!

Haaaa... Tak sabar rasanya nak tunggu berita panas Rosmah pula 'Keluar dari Putrajaya' terpampang di akhbar luar negara...

Makin lama dikekalkan dlm kabinet 'Fan Club' Najib makin dahsyat KEJILATANNYA terhadap Najib..

Adoii.. kalau rasa tak betul dakwaan Muhyiddin itu, MANA TINDAKAN PEGUAM NEGARA BARU, APA TINDAKAN POLIS & SPRM !!!

Pecat TPM: Tentang integriti yang hilang, kata Mahfuz


Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggantikan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa untuk menyembunyikan perkara sebenar berhubung kontroversi 1MDB.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata adalah malang bagi Muhyiddin apabila tidak dapat bercakap sesuatu perkara dalam konteks melindungi kepentingan negara dan rakyat atas kapasitinya sebagai seorang anggota kabinet.

“Jika pun persoalan Tan Sri Muhyidin itu adalah atas kapasiti sebagai seorang anggota Kabinet, apa masalahnya untuk beliau berkata sesuatu dalam konteks melindungi kepentingan negara dan rakyat?

"Apa yang dibangkitkan oleh Muhyidin ialah persoalan integriti dan amanah seorang perdana menteri yang telah pun  hilang," katanya dalam satu kenyataan.

Mahfuz juga merpersoalkan, apakah salah untuk seorang timbalan presiden Umno menyatakan demikian di hadapan ahli-ahli Umno?

Apatah lagi, umum mengetahui Muhyidin menyatakan semua itu dalam program dalaman Umno dan yang terakhir pada ucapan perasmian mesyuarat agung Umno Cheras atas kapasitinya sebagai timbalan presiden Umno, kata Mahfuz.

Malah, beliau mendakwa negara kini berada di ambang keruntuhan kerana mereka yang terpilih dilantik menganggotai kabinet kali ini adalah kerana mereka boleh berkomplot dan berkonspirasi untuk melindungi Najib.

Skandal 1MDB: Pemuda Umno Labis minta Najib rehat

LABIS - Pemuda Umno Bahagian Labis bersependapat bahawa adalah tidak wajar empat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dibawa masuk ke dalam barisan Kabinet yang baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Mohd Shahir Ali Huddin berkata, ini kerana mereka sedang terlibat di dalam penyiasatan satu kes besar di peringkat nasional dan pengguguran Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail juga adalah suatu yang mengejutkan.

“Bagi kami tidak wajar beberapa ahli PAC dibawa masuk ke dalam barisan kabinet dan situasi ini mewujudkan satu lagi persepsi buruk rakyat terhadap kredibiliti siasatan yang sedang dijalankan dan kami meminta Datuk Seri Najib berehat bagi melicinkan proses siasatan. “Pada pandangan kami, Datuk Seri Najib pasti mengetahui bahawa rakyat tidak akan mempercayai apa juga keputusan siasatan yang dijalankan kerana apa sahaja jawatankuasa atau ‘task force’ yang diwujudkan masih tertakluk kepadanya sebagai Ketua Eksekutif  Negara,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pemuda Umno Bahagian Labis di Bilik Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Labis, di sini, malam semalam.

Menurutnya, mereka juga menerima serta menghormati keputusan yang dibuat Najib yang menggugurkan bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana beliau sebagai Ketua Eksekutif Negara berhak untuk menamakan atau menggugurkan mana-mana ahli Kabinet.

Katanya, hasil dari mesyuarat khas seluruh kepimpinan di peringkat cawangan Labis juga sependapat bahawa apa yang dinyatakan Muhyiddin hanyalah meminta penjelasan tentang isu-isu semasa yang berlegar di kalangan rakyat dan ahli Umno khususnya.

“Maka, boleh disimpulkan bahawa kenyataan tersebut adalah bersifat untuk memperkukuhkan parti di dalam menghadapi PRU14 yang akan datang. Serangan demi serangan jelas dilihat tidak ditujukan kepada parti, tetapi kepada individu.

Aziz Bari sertai DAP

 Pakar undang-undang Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari membuat keputusan menyertai DAP hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Jun, 2015. 
Pakar undang-undang Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari membuat keputusan menyertai DAP hari ini.

Pakar undang-undang Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menyertai DAP hari ini, menjadikan beliau tokoh Melayu terkini menyertai parti itu, selepas Sasterawan Negara A. Samad Said. Beliau bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam di bawah PKR dalam pilihan raya umum ke-13 dan kalah.
DAP bakal mengumumkan keputusannya untuk menyertai parti itu tidak lama lagi dalam sidang akhbar.

Batal mesyuarat MT, Najib tak seberani Dr Mahathir


Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin membidas tindakan Datuk Seri Najib Razak membatalkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang sepatutnya berlangsung esok susulan pemecatan timbalan presiden serta naib presiden parti daripada jawatan kerajaan. Menurutnya, ia berbeza dengan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu yang tetap meneruskan mesyuarat walaupun tidak pasti akan sokongan ahli MT terhadapnya sewaktu memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Walaupun (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan (Datuk Seri) Shafie Afdal yang menjadi mangsa pemecatan tidak berpotensi untuk menimbulkan kekacauan tetapi kenyataan mereka untuk hadir di MT sudah cukup mengancam perasaan Najib.

"Ini berbeza dengan Dr Mahathir yang walaupun tidak pasti sokongan terhadapnya tetapi memanggil mesyuarat MT sebaik sahaja memecat Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri. "Najib nampaknya tidak berani mengambil risiko walaupun beliau pasti sebahagian besar anggota MT menyokongnya," kata Zam dalam tulisan terbaru di blognya.
Muhyiddin dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran dalam rombakan Kabinet pada Selasa lalu, menyaksikan Najib menyingkirkan mereka yang mempersoalkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara terbuka.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut disingkirkan sebagai menteri.
Kedua-duanya masih mengekalkan kedudukan dalam Umno.

Dari pemecatan Gani hingga kebakaran HQ polis

Badan antirasuah Transparency International Malaysia (TI-M) menyifatkan siasatan 1MDB yang sedang berlangsung ibarat hidup segan mati tak mahu, atau lebih teruk lagi sudah “mati”.

Dakwaan berkaitan 1MDB kini disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kura Wang Negara serta pasukan petugas khas melibatkan polis, Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara.

Perkembangan terbaru menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan sebagai timbalan perdana menteri setelah bersikap kritikal terhadap 1MDB, syarikat pelaburan negara cetusan ilham perdana menteri.

Presiden TI-M Akhbar Satar membangkitkan beberapa perkembangan yang baginya mengejutkan dan menimbulkan keraguan terhadap siasatan dijalankan, iaitu:

  • Pemecatan Tan Sri Gani Patail sebagai peguam negara. Gani terlibat dalam pasukan siasatan khas 1MDB.
     
  • Pelantikan pengarah polis Cawangan Khas (SB) yang baru Mohamad Fuzi Harun serta insiden kebakaran di Bukit Aman yang dikatakan hanya memusnahkan dokumen “tidak penting”.
     
  • Pelantikan empat daripada 13 anggota PAC, termasuk pengerusinya ke dalam kabinet.

NAJIB HADAPI JALAN BUNTU UNTUK SINGKIRKAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Presiden UMNO Datuk Seri Najib menghadapi jalan buntu untuk menyingkikran Tan Sri Muhyiddin dari kedudukannya sebagai Timbalan  Presiden UMNO yang sepatutnya dilakukannya  dengan pantas setelah menyingkirkannya dari Timbalan Perdana Menteri.

Ini terdedah  apabila mesyuarat MKT yang dipanggilnya esuk disamping Taklimat Presiden UMNO  mengenai penyingkiran itu dibatalkan kerana dibimbangi akan menimbulkan kekecohan.

Walaupun Muhyiddin dan Shafie Afdhal  yang menjadi mangsa pemecatan tidak berpotensi untuk menimbulkan kekacauan tetapi kenyataan mereka untuk hadir di MKT sudah cukup mengancam perasaan Najib.

Ini berbeza dengan  Tun Dr. Mahathir  yang walaupun tidak pasti sokongan  terhadapnya tetapi  telah  memanggil mesyuarat MKT sebaik sahaja  memecat Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri  tetapi Najib nampaknya tidak berani mengambil risiko walaupun  beliau pasti sebahagian besar anggota MKT menyokongnya.

Saya tidak boleh membayangkan  apa akan terjadi pada UMNO sekiranya Muhyiddin terpaksa dikekalkan kedudukannya hingga mesyuarat Perwakilan UMNO akan datang.

Dalam tidak menemui alasan yang kuat , Najib mungkin akan membuat kenyataan beliau tidak bermaksud untuk memecat  Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO tetapi sekadarkan Timbalan Perdana Menteri sahaja.

Jika keadaan ini berterusan maka  Najib akan  menghadapi cabaran yang lebih besar kerana mesyuarat-mesyuarat Bahagian UMNO  yang sedang dipanggil  di seluruh negara pastinya yang akan menjmput Muhyiddin dan  tidak akan sepi dari perbincangan mengenai pembuangannya dan akan  membuat keputusan mengenainya.

Beliau tentunya tidak segera memanggil mesyuarat MKT jika beliau tidak mempunyai keyakinan bahawa semua proses penyingkiran Muhyiddin akan berjalan dengan lancar dengan didahuli mesyuarat MKT untuk pemecatan Muhyiddin dan dikuti dengan  taklimat kepada ketua-ketua UMNO.

Tetapi pembatalan kedua jadual ini membuktikan bahawa Najib telah mebuat salah perhetongan yang menambahhkan lagi jumlah kesilapannya   sekian banyak yang sedang dihetong oleh rakyat.

Jika belaiu  takut berhadapan  dengan wakil-wakil UMNO  di majlis taklimat maka  bagaimakah jika beliau dijemput untuk merasmikan mesyuarat -mesyuarat  UMNO bahagian?. Apakah beliau akan bersifat selective dengan menghadiri hanya mesyuarat UMNO bahagian yang diketahui menyokongnya?

Jawatan TPM memang ghanimah buat Zahid

Kata Zahid Hamidi perlantikan beliau sebagai pengganti Timbalan Perdana Menteri mengganti Muhyiddin Yassin bukan merupakan satu ghanimah atau pun habuan. Itulah ulasan dan tanggapan Zahid sebaik beliau diumumkan akan menjadi timbalan perdana menteri. Kenapa Zahid memilih ayat dan perkataan itu? Ghanimah.

Dari segi psikologisnya apabila seseorang itu bercakap mengenai sesuatu tajuk dan tema tertentu, bermakna dia bergulat dalam tajuk atau tema tersebut. Kalau dia berada di luar tema dan tajuk itu dia tidak akan bercakap mengenainya. Zahid akan memilih perkataan lain untuk menyanjungi dirinya. Bolehlah difahami bila Zahid menggunakan tajuk dan tema itu dia dibayangi tema dan tajuk itu.

Ghanimah, bererti harta yang diperolehi hasil dari peperangan. Harta musuh yang dirampas. Ia halal untuk dimakan atau pun diguna pakai, tetapi bukan berlebihan. Mereka yang berhak mendapat ghanimah ialah mereka yang terlibat dengan peperangan dalam membela dan mempertahankan sesuatu. Dalam konteks Islam pembelaan dan pertahanan yang dimaksudkan ialah Islam.

Jadi apabila Zahid Hamidi diberi jawatan itu ia tidak dapat menafikan jawatan itu adalah ghanimah kepadanya. Ia adalah habuan atas pembelaan yang diberikan Najib kepadanya. Ini bermakna selama ini, sepanjang krisis antara Najib dengan Muhyuddin, Zahid adalah pembela Najib nombor satu. Zahid sebagai menteri tidak menilai tindakan Muhyiddin dari jalur kebenaran tetapi mengutamakan hubungan personalnya dengan Najib.

Zahid mempunyai merit untuk berbuat demikian. Najib adalah bos sejak di zaman Pemuda Umno lagi sekitar tahun 80an. Zahid juga menjadi setiausaha politik kepada Najib didua kementerian. Bolehlah dianggap Zahid adalah rakan atau boy yang dididik oleh Najib. Banyak cerita ceritai mengenai telah Zahid dan kesanggupan Zahid sepanjang menjadi boy kepada anak bangsawan bernama Najib.

Politik Zahid bervariasi sebenarnya. Kerencaman politiknya sudah kelihatan dari awal lagi. Mereka yang rapat dengannya akan mengetahui hal ini. Zahid seorang politikus persis chemeleon (Pak Ko). Dia pandai dan bijak mengambil kesempatan. Zahid adalah orang yang mempunyai dua kepala. Dia menahan lukah di dua pergentingan dalam satu masa. Kerencaman politiknya macam gamat yang akan hidup dan bertangkup semula kalau pun dikerat 18.

Pecat Muhyiddin: Najib belum selamat lagi?


Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin

SHAH ALAM – Kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri didakwa masih belum 'selamat' lagi meskipun beliau sudah menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Kabinetnya.

Demikian kata penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin sambil menegaskan bahawa Najib hanya selamat jika beliau boleh memecat keahlian Muhyiddin dalam Umno seperti yang pernah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

“Adakah Najib sanggup menanggung risiko selepas ini? Muhyiddin ada kuasa dan keupayaan khususnya untuk berjumpa bahagian demi bahagian, cawangan demi cawangan terutamanya ketika musim pemilihan sekarang ini.

“Ataupun Najib terpaksa mengambil tindakan drastik seperti mana yang diambil oleh Dr Mahathir pada 1998 apabila dia bukan saja menggugurkan Anwar, tapi dia memecat Anwar daripada kedudukan Timbalan Presiden Umno,” katanya kepada Sinar Online.

Dalam pada itu, Shaharuddin selaku Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) juga berkata, karier politik Muhyiddin bergantung kepada keupayaannya sendiri, sama ada hanya berdiam diri setelah dipecat ataupun terus bergerak mengumpul kekuatan untuk menjatuhkan Najib.

“Semua bergantung kepada dia, sama ada dia nak melawan ataupun mengambil tindakan yang agak agresif, (ketika itu) Muhyiddin kena bersedia hadapi risiko-risiko yang bakal dihadapi seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

“Jika Muhyiddin tidak buat begitu atau tidak melawan, maknanya Najib dengan sendirinya akan bebas atau tiada ancaman di situ. Apa pun semuanya bergantung kepada kekuatan Muhyiddin dengan kekuatan orang-orang yang berada di belakangnya,” ujarnya.

Skandal 1MDB: 'Badan petugas perlu ambil keterangan bekas TPM'

Pasukan petugas khas mengenai isu 1MDB yang juga menyiasat dakwaan RM2.6 bilion didepositkan ke akaun bank peribadi perdana menteri, digesa menyiasat dan mengambil keterangan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membantu siasatan.

Ini perlu dilakukan kerana Muhyiddin nampaknya mempunyai maklumat mengenai dana yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, kata aktivis Umno Shahbudin Husin dalam posting blognya hari ini.

Ini ekoran tersebarnya video bocor yang menunjukkan Muhyiddin memberitahu rakan-rakannya bahawa beliau telah bersemuka dengan Najib mengenai perkara itu dan mendakwa perdana menteri mengakui wang itu dari Timur Tengah dan didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Dengan itu, kata Shahbudin, bukan saja Muhyiddin perlu disiasat dan diambil keterangan dengan segera oleh pasukan petugas khas yang sedang menyiasat isu wang RM2.6 bilion itu, malah juga Najib yang dikaitkan oleh bekas timbalan perdana menteri itu.

"Tiada alasan lagi untuk berlengah daripada menyiasat dan mengambil keterangan kedua-dua mereka kerana ia sudah menjadi perbualan yang merata ketika ini," kata Shahbudin dalam blognya.

Selasa lalu, Muhyiddin digugurkan dari jawatan timbalan perdana menteri dalam rombakan kabinet dan ini dikaitkan dengan tindakannya mempersoalkan pengendalian isu 1MDB oleh Najib.

Tindakan ancam pengkritik 1MDB langsung tidak akan bantu Najib

oleh Khoo Kay Peng
Malang sekali bahawa kontroversi 1MDB telah mencetuskan beberapa reaksi yang paling aneh daripada pihak berkuasa. Sebahagian daripada tindak balas ini memberi gambaran bahawa pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi kejatuhan 1MDB sedang bekerja keras untuk menyembunyikan kebenaran.

Tindakan menghalang ahli-ahli politik pembangkang, aktivis dan wartawan daripada meninggalkan negara, menyekat laman Internet dan menggantung kedua-dua mingguan dan harian The Edge adalah tindakan yang paling tidak dikehendaki daripada pihak berkuasa. Pejabat Perdana Menteri (PMO) juga masih mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas Dow Jones kerana mencetak beberapa tuduhan 'berniat jahat' terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selain daripada tindak balas negatif dan tindak balas kepada pengkritik, kerajaan telah gagal memberikan jawapan menyeluruh, boleh dipercayai dan tepat kepada persoalan-persoalan dan keraguan yang timbul akibat kekurangan akauntabiliti.
Oleh itu, adakah salah bagi akhbar-akhbar, laman web dan orang awam untuk menerbitkan, menganalisis dan membuat kesimpulan mereka sendiri jika pihak berkuasa tidak memberikan mereka pendedahan sepenuhnya?
Tidak termasuk tuduhan-tuduhan penipuan peribadi, ada sebab-sebab yang cukup sahih bagi badan pelaburan milik penuh kerajaan, 1MDB untuk menyediakan akses yang cukup dan telus kepada semua urusniaganya.
Jumlah hutang yang semakin meningkat dan aliran tunai yang lemah syarikat itu adalah dua contoh ketara pengurusan yang lemah. Ia tidak seharusnya menyalahkan pengkritik-pengkritik kerana keputusan pelaburannya.
Krisis 1MDB bukan satu isu mikro. Ia mendedahkan petanda masalah yang lebih besar dalam sistem politik kita. Ia memberikan contoh bagaimana keputusan penting utama dibuat oleh pentadbir. Ia menonjolkan kekurangan sistem semakan-dan-imbangan, sikap berhemat, akauntabiliti dan tadbir urus yang bertanggungjawab di dalam sistem ini.

Nazri Aziz mengarut lagi, kali ini berkenaan Muhyiddin

oleh V Shuman
Lupakan Ahmad Maslan atau Hasan Malek bagi "melayan" anda dengan komen-komen separuh masak mereka mengenai perkara-perkara yang sensitif.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz kini telah secara rasmi mengambilalih panji "karut-marut" daripada rakan-rakan partinya.
Serangan lisan sombong Nazri terhadap tengku mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini telah terkenal di seluruh negara.
Kali ini beliau telah melibatkan diri dalam pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, menyatakan bahawa ia “cari nahas".
The Malaysian Insider memetik beliau sebagai berkata yang Muhyiddin jelas telah menentang keputusan Kabinet mengenai isu 1MDB.
Beliau menyifatkan kritikan pedas Muhyiddin mengenai 1MDB dalam mesyuarat Umno bahagian Cheras pada 26 Julai, sebagai "jerami yang mematahkan belakang unta."
"Dalam Kabinet, kita sudah bersetuju, hanya Husni boleh cakap mengenai 1MDB sehinggalah pasukan petugas khas selesai menjalankan tugasnya," katanya, merujuk kepada Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah.
"Tetapi beliau (Muhyiddin) tidak patuh kepada keputusan Kabinet dan terus melancarkan serangan Ahad lepas ketika mesyuarat Umno Cheras itu" beliau dipetik sebagai berkata. 
Nazri turut menyatakan yang adalah lumrah bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melantik orang-orang yang setia kepadanya, kerana pelantikan Kabinet adalah hak mutlak PM.
"Masa-masa begini kita tidak boleh ada Kabinet yang berpecah. Perdana menteri lakukan tindakan yang betul dengan melantik Zahid sebagai timbalan perdana menteri. Jelas sekali, beberapa orang menteri yang digugurkan itu, terutamanya daripada Umno, tidak mematuhi arahan dalam kes 1MDB, atau memang masa mereka sudah tiba. Secara peribadi, saya rasa tidak selesa apabila timbalan menyerang perdana menteri dan tidak menunjukkan sokongan. Itu tidak betul," kata Nazri.
Masa sudah tiba? Patuh arahan? Tidak betul?
Apa yang dikatakan Nazri? Adakah dia faham apa yang dikatakannya?

SEKALI LAGI VIDEO CURI 'MENEMBAK' NAJIB, MUHYIDDIN PERLU SEGERA DISIASAT

Sekali lagi video rakaman curi "menembak" Najib Razak tersebar dengan meluas. Dan sekali lagi juga ia berkaitan dengan Muhyiddin Yassin, cuma mungkin yang merakamnya saja orang yang berbeza.

Beberapa bulan sebelum ini telah tersebar rakaman video mengenai ucapan Muhyiddin di sebuah program tertutup UMNO di Janda Baik di mana beliau "memuntahkan peluru" dengan mahukan Najib memecat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, menyiasat CEOnya serta membenarkan polis masuk menjalankan siasatan terhadap syarikat pelaburan kerajaan yang bermasalah dan sarat hutang itu.

Rakaman itu telah menggegarkan negara buat seketika dan ia menunjukkan perbezaan pendirian yang ketara antara Muhyiddin dan Najib. Sementara Najib dilihat banyak berlengah dan bermain dengan masa dalam menangani isu 1MDB, Muhyiddin jelas lebih terbuka dan objektif mengenainya.

Video di Janda Baik itu kononnya dirakam curi oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segambut, Kapten Azri Mohd Zain. Heboh ketika itu siasatan sudah dijalankan, termasuk kenyataan oleh Ahmad Zahid Hamid yang merupakan penganjur program tersebut dan kini sudah dilantik Timbalan Perdana Menteri, yang mengatakan "tiada maaf" bagi perakam video tersebut.

Malangnya sehingga sekarang tiada khabar berita mengenai hasil siasatan mengenainya. Senyap sesenyap-senyapnya walaupun isu 1MDB sudah melarat sehingga kepada dakwaan kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Najib.

Hanya yang kita tahu perbezaan pendirian itu akhirnya terlerai Sabtu lalu apabila Muhyiddin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan digantikan oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Kini hanya sehari selepas dipecat daripada jawatannya, tersebar sekali lagi video rakaman curi melibatkan Muhyiddin yang juga "tembakannya" ditujukan kepada Najib. 

RM2.6 Bilion: Bekas TPM diberitahu, akaun Najib bukan urusannya kata Tun Faisal

Apa yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak bukan urusan bekas Timbalan Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz.

Ini selepas didedahkan dalam satu klip video bocor bahawa Muhyiddin telah bersemuka dengan Najib tentang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

"Duit yang masuk ke dalam akaun peribadi, itu hak dan rahsia peribadi individu yang tidak perlu diisytiharkan kepada orang ramai.

"Sama seperti duit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi kita," kata Tun Faisal (gambar) dalam satu posting blog hari ini.

Bekas exco Pemuda Umno itu berkata lainlah jika ada dakwaan bahawa duit itu datang dari sumber yang salah.

"Barulah seseorang itu perlu membuat perisytiharan, tetapi bukan kepada umum. Dia hanya perlu buat perisytiharan kepada pihak berkuasa yang membuat siasatan," katanya lagi.

Dalam rakaman video itu, Muhyiddin berkata, Najib mengaku wang itu masuk ke dalam akaunnya dan ia datang dari Timur Tengah.

"Apabila ada pihak yang hendak masukkan sejumlah wang ke dalam akaun peribadi seseorang sebagai bantuan dana politik, itu adalah bantuan dana politik kepada individu tersebut.

"Terserahlah bagaimana dia hendak menggunakannya asalkan tidak untuk tujuan yang menyalahi undang-undang sebab itu dana politik peribadinya.

"Sama ada dia hendak menggunakannya untuk membantu orang, hendak diberikan kepada jentera atau apa saja, itu adalah hak beliau," kata Tun Faisal,

Tambahan pula, katanya, tidak ada bukti bahawa wang yang diterima oleh Najib itu datang daripada dana negara.

"Dalam kes akaun peribadi Najib Razak, duit dikatakan datang dari sumber 1MDB dan hasil pelaburan usaha sama dengan Petrosaudi.

"Dalam hal ini, penyiasat boleh merujuk penyata akaun dan dokumen daripada 1MDB dan Petrosaudi, sama ada benar duit dari sumber ini masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak atau tidak.

Satu lagi bahagian Umno batal jemput Muhyiddin

Sebuah lagi bahagian Umno telah menarik balik jemputannya kepada bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merasmikan mesyuarat perwakilannya.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos dipetik oleh portal SuaraTV sebagai berkata dia bimbang Muhyiddin akan mengulangi perkara yang sama semasa merasmikan penutupan mesyuarat perwakilan Umno Cheras Ahad lalu.

Muhyiddin antara lain berkata Umno akan kalah jika pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi.

Jamal dipetik berkata, Umno Sungai Besar amat gembira apabila Muhyiddin bersetuju untuk merasmikan mesyuarat bahagian itu, yang dijadualkan pada 30 Ogos, dan pihaknya telah membuat persiapan.

Bagaimanapun, mereka bimbang jika apa yang berlaku di bahagian Umno Cheras akan berlaku lagi, Jamal dipetik sebagai berkata.

Katanya, bahagian berkenaan telah menghantar surat rasmi kepada Muhyiddin semalam untuk menjelaskan penarikan balik jemputan itu.

Timbalan Presiden Umno: Apa Kah Tan Sri Muhyiddin Akan Dipecat?

1. Dakwaan Mantan Timbalan Perdana Menteri- Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat pada 28 Julai bahawa Perdana Menteri telah mengaku wang yang dilapor The Wall Street Journal pada 2 Julai berjumlah USD700juta telah dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, mungkin menjadi pemangkin kepada pemecatan mantan TPM tersebut daripada jawatan Presiden Umno. Dengan dakwaan tersebut, tidak mungkin Muhyiddin boleh duduk dalam mesyuarat Majlis Tertinggi atau perhimpunan agung parti, kerana akan mempengaruhi arah tuju parti.
2. Dengan kedudukan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Parti, beliau boleh menggunakan berbagai flatform parti seperti mesyuarat bahagian untuk membidas dan memberi gambaran buruk kepada Perdana Menteri, yang akhirnya boleh menjadikan faktor menghuruarahkan parti.
3. Kedudukan Muhyiddin tidak sama dengan kedudukan Tun Musa Hitam semasa meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, di mana mantan TPM itu mengekalkan jawatan Timbalan Presiden. Musa tidak boleh menyalahkan Presiden Parti atau Perdana Menteri, kerana tindakan meletakkan jawatan merupakan pilihan Tun Musa sendiri. 
4. Adalah diyakini pembatalan Mesyuarat AMT pada Jumaat bertujuan untuk menenangkan keadaan. Apabila keadaan tenang, Najib bakal mengambil tindakan drastik, termasuk memecat atau menggantung jawatan Muhyiddin.
5. Kenyataan Muhyiddin pada Mesyuarat Bahagian Cheras pada malam Sabtu lalu, dengan mengatakan jika PRU-14 diadakan "esok" BN akan kalah, boleh dijadikan sebagai alasan untuk menggantung mantan TPM itu daripada Umno atau memecat terus.
6. Menurut sumber, 155 Bahagian Umno seluruh negara telah menyatakan berdiri teguh dengan keputusan DS Najib melakukan rombakan kabinet termasuk pemecatan Muhyiddin dan Dato Shafie Afdal. Tindakan Najib hanya menerima sokongan 12 bahagian Umno Johor, manakala di Sabah hanya 2 bahagian tidak menyokong keputusan Perdana Menteri.
7. Sebenarnya, Najib tiada pilihan, beliau perlu memecat atau mengantung dua pemimpin kanan parti itu, kerana jika tidak, impaknya akan lebih besar kepada parti. Jika Muhyiddin dan Shafie tidak dipecat, samalah menyimpan musuh dalam rumah sendiri.