Rabu, 29 Julai 2015

Siapa Akan Disiasat: Muhyiddin kata Najib mengaku RM2.6 bilion masuk akaunnya ....

Datuk Seri Najib Razak mengakui RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun banknya, kata bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu klip video yang dibocorkan ke Internet.
Dalam video itu, Muhyiddin kelihatan sedang memberitahu tetamu di rumahnya malam tadi, beliau bersemuka dengan Najib berhubung laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa didepositkan ke akan peribadi perdana menteri itu.
“Saya tanya dia (Najib) daripada siapa? Dia tak sebut nama, tetapi dari Timur Tengah. Berapa banyak? Lepas itu dia kata, susah nak kata, dia kata ‘a lot, a lot’.

“Kemudian saya kata, kenapa masuk akaun anda? Kenapa masuk akaun Najib Razak? Duit berapa? AS$700 juta.“Kalau anda kali dengan 3 (tiga perpuluhan)... RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadinya. Ini dia sebut, dia mengaku,” kata Muhyiddin dalam video itu.
Video itu terus berakhir sebaik selepas Muhyiddin berkata, “jadi, saya kata kenapa anda letak dalam akaun peribadi anda”.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhri Mahathir datang ke rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin di Damansara, Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2015.Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhri Mahathir datang ke rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin di Damansara, Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2015.
Dalam video itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat duduk bersebelahan dengan Muhyiddin. Mukhriz menziarahi bekas timbalan perdana menteri itu di rumahnya semalam, hari yang sama Najib merombak Kabinet dan menyingkirkan Muhyiddin.
Muhyiddin dipecat 2 hari selepas beliau berucap di mesyuarat Umno Bahagian Cheras, mengatakan laporan WSJ satu perkara serius yang perlu dijelaskan oleh Najib.
Najib berkata, anggota Kabinet tidak sepatutnya meluahkan perbezaan pendapat mereka dalam forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap negara dan kerajaan.

Kabinet 'Musang Berjanggut'

Pada tahun 1959, seniman Agung P Ramlee mengarah dan menerajui sebuah filem berjudul ‘Musang Berjanggut’ yang diterbitkan oleh Runme Shaw. Filem tersebut dilakonkan antara lain oleh P Ramlee sendiri sebagai Tun Nila Utama, dan Saadiah sebagai Puspa wangi. Aku masih ingat menonton filem ini di rumah bersama ibu dan Mak Ngahku.

Apa yang mempesonakanku sebagai kanak-kanak pada waktu itu ialah kepintaran Puspa Wangi berpayung di dalam hutan untuk mengelak ranting jatuh, menghindar ular berbisa hinggap selain ketekunannya mengasing rempah ratus yang dibawa oleh Tun Nila Utama. Ia melangkaui logik dan rasional seorang anak kecil sepertiku pada kala itu.

Hari ini aku menonton semula ‘Musang Berjanggut’ dan aku dapati mesej yang ingin dihantar oleh P Ramlee jauh lebih besar dari mesej miang-miang keladi, semakin tua semakin menjadi.

Bahagian kedua filem ini memaparkan kerendahan moral, kebobrokan akhlak dan ketololan kabinet Sultan Alam Shahbana, yang dipimpin oleh Bendahara atau Perdana Menterinya iaitu Datuk Bendahara Paduka Raja berserta Datuk Bentara Mangkabumi, dan Datuk Pujangga.

Lebih menjolok mata, atau menggelikan hati ialah pemaparan seorang ulama jahat (ulama su’) iaitu Datuk Nikah Kahwin yang mempunyai janggut. Mereka adalah gambaran loyalists yang kita kenal hari ini sebagai minions (atau Pak Turut buta).

Untuk mereka yang asing sekali dengan filem ini, ‘Musang Berjanggut’ mengisahkan seorang raja yang mempunyai seorang anak angkat dari kalangan rakyat jelata iaitu Tun Nila Utama.

Setelah tiba umur untuk berkahwin, raja telah menitahkan beliau mencari jodoh. Akan tetapi Tun Nila Utama enggan menikahi anak-anak gadis pembesar di negeri Pura Cendana tersebut dengan alasan perangai mereka menjengkelkan.

Beliau menegaskan ingin merantau ke luar negara untuk mencari gadis yang benar-benar perempuan dan bukannya betina. Itu akan diukur menerusi kesanggupan seorang perempuan menyaring dan memilih rempat ratus yang diisi sekali dalam satu uncang. Bahan tersebut hendaklah menjadi satu hidangan.

Setelah menempuh perjalanan yang jauh dan berusaha mencari wanita yang sabar dan tekun mengasingkan bahan memasak dalam uncang tersebut, Tun Nila Utama bertemu dengan Puspa Wangi yang bijak dan rajin.

Kedua-duanya berkahwin dan Puspa Wangi dibawa pulang dalam satu pelayaran yang panjang. Kejelitaan Puspa Wangi menggemparkan seisi negeri.

Sultan, Bendahara dan seluruh kabinet pentadbiran Pura Cendana bersatu hati untuk memikat dan merebut isteri Tun Nila Utama. Skandal besar menimpa di mana Sultan berpura-pura uzur dan menitahkan supaya Tun Nila Utama mencarikan Musang Berjanggut sebagai penawarnya.

Agenda Awani: Kabinet Baru 2015


Kenapa byk sgt 'professor kangkung' bercambah di M'sia..

Mula mula keluar kenyataan pemecatan 'PERLU' melalui Tribunal, skang cakap lain plak.. Prof 'makan gaji'...
Cam ni nak mendidik anak bangsa.. abes punah ranah jdnya..
Kalau prof. kangkung ni dgn Menteri 3.85, MANA PALING HANDAL BELITNYA !!!

Skandal 1MDB: Integriti SPRM perlu dipertahankan

SHAH ALAM - Lima panel bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu siasatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dijalankan dengan bebas, telus dan profesional tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak ketiga.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Panel Penilaian Operasi, Jawatankuasa Aduan, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah itu berkata, Pasukan Petugas Khas yang terdiri Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan SPRM mesti diberi ruang seluas-luasnya untuk menjalankan siasatan tanpa rasa gentar dan takut akibat campur tangan pihak-pihak berkepentingan.

"Dalam hal ini, kami dengan tegas menggesa agar integriti SPRM sebagai sebuah suruhanjaya pencegahan rasuah yang bebas, perlu dipertahankan dan tidak wajar dikompromi sama sekali.

"SPRM perlu dilihat sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas dalam merancang dan menjalankan semua tanggungjawab yang diamanahkan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Skandal 1MDB: Sebagai Islam, saya tak boleh bohong - Muhyiddin


Muhyiddin

KUALA LUMPUR -  Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan tidak pernah menyesal mengkritik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun tindakan itu menyebabkan beliau kehilangan jawatan nombor dua dalam negara.

Menurutnya, sebagai pemimpin yang menggalas tanggungjawab dan amanah, beliau tidak boleh pecah amanah.

"Sebagai ahli parti yang bertanggungjawab dan waktu itu saya menjadi ahli jemaah menteri, saya percaya sebagai Timbalan Perdana Menteri waktu itu dan masih Timbalan Presiden Umno, saya mempunyai tanggungjawab... amanah yang harus saya pikul dengan sebaik-baiknya.

"Jika saya tidak memikul tanggungjawab itu, bermakna saya pecah amanah, tidak bertanggungjawab untuk membantu parti, rakyat dan negara, maka saya akan gagal melaksanakan tugas saya," katanya pada sidang media, di kediamannya, hari ini.

Sehubungan itu, tegasnya, beliau menerima takdir itu dengan hati terbuka dan mengakui tidak pernah menyesal bertindak menegakkan kebenaran.

"Sebab itu apabila saya digugurkan, saya terimalah ini mungkin sudah ditakdirkan. Sebagai seorang Islam, kita tak boleh menolak semua ini. Saya terima dengan hati terbuka.

Killing The Messanger!! - Apa Kah Kemelut 1MDB Tamat?

Tindakan menamatkan kemelut 1MDB
a. Menghalang Sarawak Reports dilayari, namun portal itu terus dapat dilayari melalui sensawang lain.
b. Menggantung The Age 
c. Memecat Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Dato Seri Shafie Afdal.
d. Menamatkan Jawatan Tan Sri Gani Patail- yang merupakan anggota Pasukan Khas menyiasat 1MDB.
e. Melantik 4 anggota PAC termasuk Pengerusinya ke dalam anggota kabinet.
f. Melantik Pengarah Siasatan Bukit Aman yang baru.
g. Membuat laporan SPRM berkaitan BestariNet yang berkaitan penyediaan internet bagi sekolah-sekolah di Malaysia yang bernilai RM663juta, yang dikatakan gagal.
Melihat kepada faktor-faktor di atas, nampaknya kemelut 1MDB hendak ditamatkan melalui perubahan alih pandang.

Pemecatan TPM: Perhimpunan Agong Khas UMNO dan BN perlu diadakan

Aspan Alias
 
Mesyuarat Majlis Tertinggi yang sepatutnya diadakan pada hari Jumaat ini telah dibatalkan. Begitu juga perjumpaan tertutup diantara President parti dan pimpinan Bahagian yang juga sepatutnya diadakan di Dewan Tun Hussein Onn pada hari yang sama dibatalkan. Setiausaha Agong UMNO T Adnan Mansor tidak pula memberitahu apakah sebabnya perjumpaan-perjumpaan itu dibatalkan.
Pembatalan itu dikatakan kena mengena dengan pemecatan Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dua hari lepas. Apa kaitan dengan pemecatan itu sama-sama kita buat perspsi masing-masing.
Tetapi seperkara yang wajar di fahami, yang dipecat itu adalah pemimpin nombor dua negara dan mesyuarat itu tidak sepatutnya dibatalkan. Malahan Najib sepatutnya memanggil perhimpunan Agong khas UMNO kerana yang terlibat itu adalah pemimpin besar dalam parti dan kerajaan. Moralnya perhimpunan Agong khas parti wajar dipanggil serta merta bagi mendapatkan pandangan perwakilan dari seluruh negara.
Lebih dari itu Najib sebagai pengerusi BN sepatutnya memanggil mesyuarat majlis tertinggi BN kerana ia melibatkan Timbalan pengerusi kepada BN. Najib tidak boleh memecat seperti membunuh nyamuk sahaja. Yang beliau pecat itu adalah Timbalan Perdana Menteri bukannya timbalan pengerusi JKKK.
Jika Najib benar-benar bermoral manusianya kedua-dua perhimpunan Agong Khas UMNO serta perhimpunan Majlis BN wajar diadakan kerana itu sahaja caranya bagi Najib mendapat sokongan secara legitimasi dari pimpinan BN dan perhimpunan agong UMNO.
Perlantikan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri itu adalah dengan 'endorsement' BN, maka adalah salah moralnya jika BN dan perwakilan UMNO tidak diberitahu secara resmi tentang pemecatan yang beliau lakukan terhadap timbalannya. Jika semasa perlantikan Muhyiddin sebagai timbalannya dahulu di restui oleh perhimpunan UMNO dan BN maka pemecatan beliau itu perlu dirujuk kembali kepada perhimpunan khas UMNO dan BN juga.

Akar umbi mula retak, mesyuarat Umno bahagian batal jemput Muhyiddin, Shafie

Keretakan di peringkat akar umbi Umno tidak dapat ditolak bakal berlaku, bermula dengan mesyuarat bahagian di mana Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijemput untuk merasmikannya, kini dibatalkan.

Sebaik pengumuman pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet semalam, Umno Bahagian Raub di Pahang juga membuat keputusan membatalkan perasmian yang sepatutnya dilakukan timbalan presiden parti tersebut.

Sumber dalaman parti berkata, keputusan tersebut dibuat kerana bimbang ucapan berapi Muhyiddin semasa perasmian Umno Bahagian Cheras berulang lagi, di mana kritikan pedas dilontar ke atas pentadbiran Datuk Seri Najib Razak."Kami bimbang dilihat akan berlawan arus selepas rombakan kabinet.

Bagaimana jika ucapan berapi yang sama semasa Bahagian Umno Cheras? Itu kami bimbang," kata sumber parti itu kepada The Malaysian Insider. Bekas timbalan perdana menteri itu dijadual merasmikan mesyuarat tersebut pada 15 Ogos ini atas jemputan yang dibuat Umno bahagian Raub itu.

Sementara itu, Umno Bahagian Batu Gajah dan Ipoh Barat juga kini membatalkan jemputan mereka kepada Shafie, yang juga naib presiden Umno, yang sepatutnya merasmikan mesyuarat itu hujung minggu ini.

Ibu pejabat Umno Bahagian Batu Gajah yang dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan keputusan tersebut dan jurucakapnya memberitahu ia dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa yang berlaku.

Bersara diam-diam atau lawan secara terbuka ....

Maureen Tan: Dia berhak kekal dalam Umno selagi mana dia mahu! Apa salahnya dia mempersoalkan 1MDB?
Pasti ada sebab lain dia dipecat.
Gurmit Kaur: Muhyiddin tidak sendirian. Dia patut dipuji kerana menyuarakan fikiran dan pandangan rakyat Malaysia.
Walaupun dia kehilangan kerjanya, dia ada pendirian yang dibanggakan.
Tuan, anda tidak sendirian.
Smple Soltion:  Mungkin tindakan ini baik untuknya... hanya perlu tunggu dan lihat.
Dszz Lee: Nanti, dia akan mengambil alih jawatan Najib selaku presiden Umno dalam masa 18 bulan. Kemudian kita akan menyaksikan Umno berpecah belah.
Satu-satunya kebaikan tentangnya ialah dia tidak mahu menjadi sebahagian daripada skandal 1MDB kerana dia lelaki yang takutkan Tuhan.
Chin Tan:  Walaupun dia telah dipecat, dia berani bersuara dan tidak melarikan diri daripada masalah, tidak seperti menteri lain.
Ho Swee Poh: Jangan bimbang bekas-TPM! Kabinet yang baru dirombak ini tidak akan berjaya menyelesaikan masalah yang melanda negara ini.
Jerome Lim: TS Muhyiddin, anda akan kekal dalam sejarah Malaysia sebagai politikus paling dihormati sekiranya terus melawan untuk Malaysia yang lebih baik. Jangan putus asa.
Chandra Segaran: Jika Muhyiddin terus melawan, dia akan berakhir seperti Anwar. Pelbagai dakwaan korupsi akan dilontarkan kepadanya.
Edmund Toh: Tubuhkan parti baru. Mungkin ‘Harapan Umno Baru’.
Doreen Robson Azcona:  Masa untuk tubuhkan parti baru dan namakan ia Malaysian United. PRU 14 tidak lama lagi.
Jefferi Chang:  Ada dua pilihan untuk bekas TPM. Bersara diam-diam atau melawan Najib secara terbuka.

Impian yang telah bertukar menjadi mimpi ngeri!

oleh Ahmad Mustapha Hassan
‘Kita akan mencorakkan nasib kita sendiri selepas menghalau penjahat British dari negara kita’. Itulah permulaan bagi mimpi indah negara ini dan warganya, sebaik Perang Pasifik tamat pada tahun 1945.
Setiap kumpulan dan puak hanya ada satu matlamat, iaitu menamatkan penjajahan British. Ketika itu, setiap insan yang dijajah di seluruh dunia mahu bebas dan ingin mencorakkan sendiri nasib dan masa depan mereka.
Di negara kita, rakyat mengidamkan kehidupan yang lebih baik memandangkan limpahan sumber asli akan kembali ke tangan kita. Kita akan gunakan kekayaan ini untuk mewujudkan kehidupan yang lebih baik untuk semua. Kita akan hapuskan dan kuburkan kemiskinan ke dalam sejarah. Sebuah masa depan yang penuh harapan dan kemakmuran menunggu kita semua.
Tahap pertama mimpi indah ini hadir pada 31 Ogos 1957. Saat-saat gembira telah tiba, dan kita menyambutnya dengan gilang-gemilang.
Kita memilih sendiri kerajaan dan tahu visi kita akan ditunaikan.
Buat pertama kali, kawasan pedalaman yang tidak pernah menerima pembangunan diberikan kemudahan dan infrastruktur agar masyarakat di sana yang ketinggalan dapat memperbaiki keadaan ekonomi mereka. Rancangan pembangunan dirangka bagi mewujudkan kekayaan untuk semua.
Semuanya kelihatan indah dan gemilang. Mimpi indah ini dilanda keretakan pertama pada tahun 1969 apabila kebencian menjadi pertumpahan darah. Tetapi ia segera diatasi dan keamanan sekali lagi menghidupkan mimpi ini.

Keyakinan Rakyat terhadap UMNO merosot dan sedang menghilang


Oleh Zin Mahmud
Mengapa pandangan tinggi orang ramai terhadap pemimpin UMNO semakin lama semakin merosot? Ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri, pandangan orang ramai terhadap pemimpin UMNO adalah tinggi. Kemudian daripada itu, ia merosot. Mengapa?
Ini kerana pemimpin UMNO mendedahkan keburukan di antara sama lain ketika mereka bertelagah.
Ia bermula apabila Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Ketika itu kedua-duanya adalah Naib Presiden. Musa telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.Dalam kempen mereka, kedua dua calon telah mendedahkan keburukan lawannya. Bukan saja melalui ucapan tetapi juga surat layang. Musa menang dalam pertandingan itu.
Dalam pemilihan selanjutnya, sekali lagi berlaku pertandingan antara keduanya apabila Tengku Razaleigh mencabar Musa bagi jatan Timbalan Presiden. Bukan saja surat layang diedarkan tetapi juga buku buku politik diterbitkan untuk melondeh di antara satu sama lain. Media yang dikuasai oleh Timbalan Presiden juga digunakan.
Apabila berlaku krisis antara Dr Mahathir dan Musa, sekali lagi keburukan kedua belah pihak digunakan. Kali ini media dikuasai oleh Presiden.
Kemuncaknya apabila Tengku Razaleigh mencabar Dr Mahathir bagi jawatan Presiden dan Ghafar Baba cabar Musa bagi jawatan Timbalan Presiden. Semua keburukan pemimpin pemimpin itu didedahkan. Ada sebuah buku bertajuk Dosa dosa Tengku Razaleigh diterbitkan. Dr Mahathir dan Ghafar menang.

Penyingkiran Muhyiddin - Najib Mengenepikan Kehendak Akar Umbi Umno

Oleh Abu Hassan Adam
Mungkin DS Najib lupa bahawa TS Muhyiddin berada di jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah disebabkan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO, lantas membolehkan beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tanpa mandat daripada akar umbi UMNO mungkin TS Muhyiddin Yassin tidak dapat berada di kedudukan sedemikian. Begitu jugalah dengan kedudukan DS Najib sebagai Perdana Menteri adalah juga disebabkan bahawa beliau dipilih oleh ahli UMNO untuk jawatan Presiden UMNO. 

Kini TS Muhyiddin diketepikan oleh DS Najib. Apakah akar umbi UMNO akan berdiam diri dengan tindakan DS Najib sedemikian? Apakah ahli UMNO sudah boleh diperkotak-katikan begitu sahaja sehinggakan ahli UMNO sudah tidak ada maruah lagi untuk mempertahankan tokoh yang dipilih oleh mereka. Ini bukan bermakna bahawa TS Muhyiddin tidak boleh diketepikan tetapi seharusnya ‘diketepikan’ oleh ahli UMNO sendiri dan bukan oleh DS Najib yang pada dasarnya boleh diketepikan juga sekiranya ahli UMNO merasakan bahawa beliau sudah tidak layak lagi menduduki jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Itulah hakikat sebenarnya jika UMNO mengikuti lunas demokrasi sebenarnya.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan oleh rakyat Malaysia kepada TS Muhyiddin Yassin dan DS Shafie Afdal kerana berani mempertahankan prinsip perjuangan dengan menentang apa yang dirasakan tidak kena yang telah dilakukan oleh kepimpinan negara berkait dengan isu IMDB. Sekurang-kurangnya masih ada juga rupanya ‘species’ UMNO yang masih mahu mempertahankan prinsip perjuangannya kerana mempertahankan negara yang tercinta ini.
Kenyataan TS Muhyiddin Yassin memberikan gambaran sedemikian. Katanya,’Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha’

Sehari selepas pecat TPM, jumlah pengawal PM bertambah ramai

Muhyiddin beri amaran terhadap cubaan singkirnya dari Umno?

oleh Alyaa Alhadjri
Di sebalik sikap acuh tak acuh dalam menerima penggugurannya daripada Kabinet, timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin mungkin sedang memberi amaran kepada pimpinan parti daripada membuat sebarang percubaan untuk menyingkirkannya daripada jawatan parti.
Sebagai seorang yang memiliki pengalaman politik yang luas, bekas timbalan perdana menteri itu pasti sudah menjangka yang serangannya ke atas perdana menteri Najib Razak akhirnya akan menyebabkan beliau disingkir daripada pentadbiran Barisan Nasional.
Satu-satunya persoalan adalah bila dan siapakah yang akan menggantikannya.
Pada hujung minggu lalu, Muhyiddin ketika berucap dalam satu majlis Umno di Cheras mengulangi kritikannya terhadap cara Najib mengendalikan badan dana milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad – dan ia mencetuskan rombakan kabinet.
Ketika sidang media di kediaman peribadinya pagi tadi (29 Julai) yang penuh sesak, Muhyiddin mendedahkan yang Najib hanya memberitahunya tentang keputusan tersebut sejam sebelum ia diumumkan pada kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.
Menurut laporan media, Muhyiddin berada di sebuah acara di Sendayan, Negeri Sembilan – dalam kapasitinya selaku menteri pendidikan – apabila dihubungi Pejabat Perdana Menteri untuk bertemu Najib pada kira-kira pukul 11.30 pagi.
Laman The Malaysian Insider memetik MP Pagoh itu sebagai berkata: “Saya tidak sedar itu majlis terakhir saya, tetapi saya hanya dapat bertemu beliau sekitar jam 12.15 tengah hari.”
“Beliau jemput saya dan beritahu. Selepas berbincang dengan beliau, saya tanya ini (pertemuan) berkenaan rombakan Kabinet? Beliau angguk. Saya kata adakah saya tidak tersenarai? Beliau angguk. Beliau rasa susah nak cakap. Saya kata terima kasih,” katanya.
Muhyiddin namun mengulang kembali pendirian awalnya bahawa beliau akan menerima pemecatan itu dengan hati terbuka memandangkan perdana menteri memang berhak untuk membuat keputusan itu.

Terkuburnya impian 4 timbalan perdana menteri

Oleh Mohd Tawfik Yaakub
Secara rasminya semalam nama Tan Sri Muhyiddin Yassin tersenarai bersama-sama dengan Tun Ghafar Baba, Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh nombor dua dalam Umno yang kecundang sebelum berjaya menjawat jawatan perdana menteri.
Penyingkiran Muhyiddin daripada jawatan nombor dua dalam kerajaan bukanlah perkara yang mengejutkan, namun penyingkiran tersebut berlaku ketika negara dilanda pelbagai kemelut ekonomi dan politik sehingga mendapat perhatian meluas seluruh rakyat Malaysia.
Penyingkiran Ghafar dan Musa sebelum ini tidak membangkitkan kemarahan rakyat dan ahli Umno kerana pengaruh kedua-dua tokoh Umno ini kecil berbanding pengaruh Anwar.  Namun sehingga saat ini, pengaruh Muhyiddin masih sukar dinilai sama ada menyamai kekuatan Anwar ataupun lebih lemah berbanding Ghafar dan Musa. Kesukaran menilai pengaruh Muhyiddin sehingga hari ini berlaku kerana beliau masih tidak menjelaskan hala tuju politiknya sama ada kekal bersama Umno ataupun menentang bekas ketuanya.  Berkemungkinan Muhyiddin dan sebahagian rakyat Malaysia terkeliru dengan penjenamaan rombakan kabinet sama ada "dipecat", "disingkir", ataupun "direhatkan" sehingga menjadikan mereka terpinga-terpinga untuk merancang tindakan politik seterusnya.
Malah [ada sidang media yang diadakan Muhyiddin hari ini, beliau dilihat masih berada di persimpangan untuk memutuskan sama ada memperjuangkan nasibnya ataupun berehat sepenuhnya seperti Ghafar dan Musa.
Berdasarkan kepada perkembangan politik semasa, nasib sebenar Muhyiddin dalam politik akan ditentukan pada 31 Julai, 2015 dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan diyakini akan timbul cadangan oleh salah seorang ahli Majlis Tertinggi untuk memecat beliau sebagai timbalan presiden.
Secara tradisinya penyandang jawatan timbalan perdana menteri merupakan timbalan presiden Umno, maka timbul persoalan sama ada Najib, Zahid dan pemimpin kanan Umno lain akan mengekalkan Muhyiddin untuk memegang jawatan berkenaan?

Gabenor Bank Negara, Pegawainya Dan Pasukan Khas Pula Jadi Sasaran


Oleh DATO’ MAHFUZ HAJI OMAR
1. Sehari selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri dan Peguam Negara, telah sampai ke pengetahuan saya bahawa sasaran seterusnya untuk dimangsakan dan dianiaya ialah mereka yang dikatakan terlibat di dalam Pasukan Petugas Khas menyiasat Skandal 1MDB dan kes penyaluran wang RM2.67 bilion ke dalam akaun peribadi yang dikatakan milik Perdana Menteri. Teratas di dalam senarai sasaran tersebut ialah Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Shukri Abdul dan beberapa orang lagi Pegawai-Pegawai Kanan Bank Negara dan SPRM.
2. Saya juga mendapat maklumat, pelantikan Ketua Cawangan Khas (SB) PDRM yang baru yang diumumkan kelmarin adalah juga berkaitan dengan perkembangan terbaru ini. Kesemua Pegawai Bank Negara dan SPRM yang dijadikan sasaran ini dipercayai terlibat secara langsung di dalam proses penyiasatan Pasukan Petugas Khas tersebut.
Dipercayai dapatan hasil penyiasatan yang dijalankan mereka tersebut amat menakutkan pihak-pihak tertentu hingga menyebabkan berlaku pemecatan ke atas Peguam Negara dan sekarang ini giliran Pegawai-Pegawai Bank Negara dan SPRM pula untuk diganggu, dipaksa, diugut dan ditakut-takutkan terutamanya dengan pendakwaan jenayah seperti di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.
3. Tidak semena-mena, dalam tempoh 24 jam ini muncul beberapa blog misteri yang menamakan Pegawai-Pegawai ini sebagai konspirator menjatuhkan Perdana Meteri dan Kerajaan yang dipilih secara demokratik di mana saya percaya ini adalah sebahagian daripada taktik licik untuk mengolah persepsi umum bahawa Pasukan Petugas Khas ini mempunyai niat yang buruk untuk memfitnah dan menjatuhkan Perdana Menteri dan Kerajaan menggunakan isu 1MDB dan juga penyaluran wang RM2.6 bilion tersebut. Ianya juga jelas bertujuan untuk menakut-nakutkan Pegawai-Pegawai tersebut daripada menjalankan siasatan secara telus, adil dan objektif.
4. Dalam hal ini, saya memberi amaran kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, PDRM dan Peguam Negara yang baru supaya mengambil tanggungjawab segera untuk menghentikan serta merta segala bentuk serangan, gangguan dan ugutan yang dilakukan pihak-pihak tertentu ke atas mana-mana pihak terutamanya Pegawai-Pegawai Kerajaan dan agensi penguatkuasaan yang terlibat di dalam penyiasatan kes-kes berkaitan skandal 1MDB.
"Selamatkan Rakyat Dan Malaysia Tercinta!"

RM2.6 Bilion: Kadir terkilan video perbualan dengan Muhyiddin dirakam, disebar

Dalam rakaman itu, Muhyiddin dikatakan mengaku bersemuka dengan Perdana Menteri berhubung dakwaan berbilion ringgit dimasukkan ke akaun peribadi.
kadir-sheikh
PETALING JAYA: Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir membidas pihak yang menyebarkan video perbualannya dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, perbuatan menyebarkan rakaman video perbualan peribadi itu merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak beretika.
“Itu hanyalah perbualan peribadi di antara saya dan dia (Muhyiddin) mana boleh dirakam kemudian disebarkan. Apa-apa sahaja perbualan peribadi, adalah tidak baik untuk kita dedahkan kepada orang ramai.
“Memang saya ada dalam video itu, tetapi saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Tindakan curi-curi rakam perbualan peribadi kemudian sebarkan pula adalah tindakan yang tidak baik,” katanya ketika dihubungi FMT.
Dalam rakaman video yang dikeluarkan oleh sebuah portal berita, mendedahkan bahawa Muhyiddin membincangkan mengenai dakwaan wang jutaan ringgit telah dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sebahagian daripada rakaman itu tidak dapat didengar dengan jelas, namun Muhyiddin dalam video tersebut menyatakan bahawa beliau telah bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan tersebut.

TMJ bermadah tentang korup selepas 'lemas', 'najis'

Maruah dan harga diri seseorang menjadi terlalu rendah jika mereka menyokong kepada pihak yang korup, kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini.

Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu berkata, beliau sama sekali tidak akan memberikan sokongan kepada seseorang - sama ada dalam FAM atau sebarang organinasi lain - jika didapati terlibat dalam korupsi.

 
"Saya tidak akan sekali-kali menyokong seseorang di dalam FAM atau mana-mana organisasi yang korup.

"Sekiranya kita tetap memberikan sokongan kepada mereka yang kita tahu sememangnya korup demi kepentingan diri, itu menunjukkan betapa rendahnya harga diri dan maruah kita," kata Tengku Mahkota Johor itu.

Beliau bukan tokoh yang asing dalam membuat kenyataan terbuka dan keras ketika dirasakan perlu.

Baru semalam Tunku Ismail memberikan pandangan - yang dilihat berlapis - mengenai keadaan seseorang yang "lemas".

Polis siasat pihak ajak protes jalanan anti-PM

Polis akan menyiasat Datuk S Ambiga selepas dikatakan membuat kenyataan berhubung kemungkinan protes jalanan jika anggota parlimen tidak bertindak untuk menggantung pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Kenyataan ini timbul selepas Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, memberitahu Malaysiakini, bahawa beliau enggan menafikan laporan laporan berhubung perkara itu.

Dalam sidang media hari ini, Khalid meminta Ambiga menjelaskan sama ada beliau menyebut perkara itu.

Ambiga bagaimanapun berkata beliau tidak mahu berhubung dengan pihak polis melalui media.

“Saya mahu tahu artikel atau tweet mana dia (Khalid) rujuk. Saya tidak mahu berkomunikasi dengan dia melalui media,” katanya.

Puluhan ribu komen gesa Najib letak jawatan di FB

Najib FBKUALA LUMPUR 29 JULAI- Rakyat Malaysia menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan dengan ribuan mesej disampaikan di halaman Facebooknya sejak semalam.
Dalam kiriman status Najib mengenai kabinet barunya semalam, orang ramai menulis di ruangan komen dengan mesej #najibletakjawatan.
Sehingga pagi ini, terdapat lebih 40,000 komen, kebanyakan dengan hashtag berkenaan.
Kemarahan itu dipercayai berpunca akibat kegagalan Perdana Menteri memberi penjelasan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan berbilion ringgit.
Semalam, Najib mengumumkan keputusan penuh kontroversi apabila menyingkirkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan nombor dua dalam kerajaan.
Muhyiddin sebelum ini mencuri perhatian apabila menggesa 1MDB disiasat dan menyuarakan kebimbangannya terhadap kekalahan Umno dalam Pilihan Raya akan datang.
Turut digugurkan, Datuk Seri Shafie Apdal dari jawatan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.
Selain itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang menganggotai pasukan khas bagi menyiasat skandal itu juga digugurkan secara mengejut semalam.
Banyak pihak percaya penyingkiran Muhyiddin dan Gani bagi mengelakkan skandal 1MDB yang turut dikaitkan dengan Perdana Menteri disiasat pihak berkuasa.

Demo BERSIH 4 di 3 kota, 30 jam

BERSIH 2.0 hari ini mengumumkan himpunan keempat yang akan diadakan pada 29 Ogos hingga 30 Ogos secara serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

Himpunan ini akan bermula pada pukul 2 petang hari 29 Ogos dan berlanjut sehingga melepasi tengah malam 30 Ogos, sepanjang 34 jam.

Ini merupakan himpunan bermalam yang julung kali diadakan oleh BERSIH.

BERSIH mengajak orang ramai turun ke himpunan untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain menghentikan segala amalan rasuah dalam kerajaan.

Antara empat tuntutan BERSIH 2.0 dalam himpunan ini ialah membersihkan pilihan raya, kerajaan, menyelamatkan ekonomi dan menyatakan hak membantah.

Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah berkata himpunan itu diharapkan dapat menarik perhatian orang ramai selain memastikan peserta himpunan benar-benar faham tujuan ia diadakan.

"Masa itu akan ada aktiviti budaya dan bengkel kesedaran.

"Kalau bermalam, kami dapat menarik perhatian orang ramai. Kali ini kita harap semua peserta benar-benar faham tujuan himpunan BERSIH.

"Kita mahu pembaharuan, kita ingin negara ini menjadi lebih baik tidak kira siapa mengetuai kerajaan," katanya.

Muhyiddin dipecat kerana 1MDB? Wakil rakyat Johor diminta nyata pendirian

KLUANG, 29 JULAI: Ahli-ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional dan Menteri Besar Johor diminta menyatakan pendirian terbuka tentang skandal 1MDB serta pemecatan tokoh politik Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Setiausaha Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan, Tan Hong Pin mempersoalkan sama ada Ahli-ahli Parlimen BN Johor hanya menjadi “pak turut” kepada Datuk Seri Najib Razak sehingga tiada siapa berani berdiri bersama Muhyiddin yang mengkritik skandal 1MDB.
Katanya, kesemua 21 orang ahli Dewan Rakyat dari Johor telah diberi amanah daripada rakyat dan harus menjawab kepada rakyat dalam isu yang melibatkan kepentingan seluruh rakyat termasuk warga Johor.
“Saya berasa kecewa dengan tindakan Tan Sri Shahrir Abdul Samad membela Najib dalam suatu program wawancara semalam. Selama ini beliau terkenal dengan keberanian dan kelantangan beliau berpegang kepada prinsip.
“Sehubungan itu, saya amat menaruh harapan kepada seorang lagi tokoh yang juga terkenal dengan kelantangan beliau, iaitu Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ahli Parlimen kawasan Pulai. Adakah beliau akan terus berani dan lantang dalam mempertahankan amanah yang diberikan oleh rakyat?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Perdana Menteri merombak Kabinet dengan beberapa perubahan. Selain memecat Muhyiddin, beliau turut melantik Nur Jazlan sebagai timbalan menteri; sekaligus menarik beliau keluar dari jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Parlimen yang sedang menyiasat skandal 1MDB.
Selain itu, kesemua Menteri yang dilihat mengkritik Najib telah digugurkan manakala Tan Sri Gani Patail yang turut menyiasat skandal 1MDB juga diberhentikan perkhidmatannya.

Prosiding PAC siasat skandal 1MDB tidak ditangguh – Dr Tan

Dr Tan Seng Giaw akan mengambil alih mempengerusikan prosiding itu bagi menggantikan Nur Jazlan yang dilantik Timbalan Menteri.
tan-seng-giaw_Nur-Jazlan_1mdb_600
PETALING JAYA: Prosiding siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB yang dijangka dihadiri pegawai tertinggi pada Ogos ini tidak akan ditangguh.
Timbalan Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw berkata, beliau akan mengambil alih mempengerusikan prosiding siasatan itu.
Bercakap kepada sebuah laman portal, Ahli Parlimen Kepong itu berkata, beliau akan memastikan prosiding 1MDB akan dijalankan mengikut jadual sehingga selesai.
Katanya, semua prosiding PAC yang telah dijadualkan tidak akan terjejas kerana jawatan Pengerusi akan diambil alih olehnya.
“Tidak ada sebab mengapa prosiding 1MDB perlu ditangguh.
“Sentimen rakyat yang tidak henti mahu mengetahui perkembangan siasatan 1MDB tidak akan terjejas dengan pelantikan empat anggota PAC dalam rombakan Kabinet,” katanya.
Rombakan Kabinet yang diumumkan Selasa lalu, Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed serta tiga lagi ahlinya, Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau dilantik menganggotai Kabinet.
Nur Jazlan dalam kenyataannya pada Selasa berkata, semua prosiding PAC yang diatur pada Ogos ini termasuk 1MDB akan ditangguhkan sehingga barisan PAC baru dilantik pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Malaysia akan jadi seperti Game of Thrones – Nazir Razak

Beliau menasihatkan pergolakan politik perlu diselesaikan dengan baik jika tidak mahu menjadi seperti epik Game of Thrones yang berakhir dengan kemusnahan.
Nazir-Razak1
PETALING JAYA: Adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Tun Razak memberi amaran kemungkinan negara menjadi seperti epik bersiri Game of Thrones jika pergolakan politik tidak diselesaikan dengan baik.
Pengerusi CIMB memberi amaran itu menerusi akaun Instagram dengan memuat naik sebuah poster epik terbabit bersertakan keterangan.
“Melalui pergolakan politik ini, kita mesti memelihara dan melindungi integriti institusi kita atau kita akan menjadi seperti Game of Thrones,” tulis.
Game of Thrones merupakan epik bersiri yang menceritakan pergelutan antara beberapa empayar mendapatkan takhta tertinggi untuk menjadi kerajaan yang paling berkuasa.
Nazir juga sebelum ini tidak bersetuju dengan pergantunggan The Edge yang mendedahkan laporan mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad.

Mampukah Muhyiddin ulangi kejayaan Anwar, Ku Li



SELEPAS 17 tahun berlalu peristiwa seorang pemimpin kanan Umno disingkirkan, hari ini tragedi itu berulang kembali.

Tanggal 2 September 1998 detik terakhir dalam sejarah negara Timbalan Perdana Menteri digugur. Namun rupa-rupanya episod serupa kembali berulang semalam.

Cuma membezakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dicederakan dengan pertuduhan lebih aib, berkaitan isu liwat dan rasuah. Setahun sebelum Tun Dr Mahathir Mohamad mengenepikan regunya itu, buku menghodohkan Anwar dijaja di Perhimpunan Agung Umno.

Buku 50 Dalil Sebab Anwar Tidak Boleh Menjadi PM dikatakan dimasukkan ke dalam beg setiap perwakilan Umno ketika itu.

Ini bermakna setahun berlaku pertembungan antara Anwar-Mahathir. Banyak kesimpulan dibuat terhadap krisis kedua-dua pemimpin terbabit.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Ketua Pemuda Umno, satu-satunya pemimpin Umno yang tampil mempertahankan Anwar tatkala itu.

Pindaan Akta Pencegahan Rasuah di parlimen ketika Anwar memangku jawatan Perdana Menteri juga antara penyebabnya.

Ada juga penganalisis politik yang mendakwa bahawa pertembungan perniagaan antara Tun Daim Zainuddin dan penyokong Anwar juga menjadi tetek-bengek membawa penyingkiran bekas Presiden Abim terbabit.

Kesimpulan daripada drama pertembungan itu dilihat ada kaitan kemungkinan Anwar boleh menggantikan Dr Mahathir.

Ternyata episod pertembungan Anwar-Mahathir begitu kritikal. Mungkin agak berbeza dengan apa berlaku semalam.

Ramai tidak nampak ada gelombang besar kecuali isu 1MDB. Benarkah ia sekadar 1MDB yang disebut orang ke merata dunia.

Isu 1MDB bukan sekadar seperti buku 50 dalil yang ditulis Khalid Jefri. Ia hanya sekadar persepsi dan pertuduhan umum.

Sebaliknya isu 1MDB dikatakan lengkap dengan data dan dokumen. Bermula dengan laporan Sarawak Report kemudian dipanjangkan pula The Wall Street Journal (WSJ).

Laporan tambah meluas dengan penglibatan The Edge Financial Daily. The Edge dibayar keringat oleh KDN kerana mendedah isu 1MDB dengan digantung permit tiga bulan.

Pecat TPM: Mesyuarat MT UMNO, sambutan Hari Raya dibatalkan

GHB yakin agenda hududnya diterima DAP dan PKR

Bukit Aman catches fire

Bersih 4 Rally On August 29 To Call for Najib's Resignation

Najib akui RM2.6b dalam akaunnya kata Muhyiddin (Video)




Satu rakaman video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin membincangkan mengenai dakwaan bahawa wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi perhatian hari ini.

Video sepanjang 53 saat itu menunjukkan bekas timbalan menteri besar itu berbual dengan beberapa orang tetamu di kediamannya, antaranya Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Sebahagian daripada rakaman itu tidak dapat didengar dengan jelas, namun secara umum, Muhyiddin dalam video itu nampaknya membangkitkan bahawa beliau sudahpun bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan tersebut.

Ia berhubung dakwaan yang dilaporkan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu, bahawa penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib.

Dalam video itu, Muhyiddin memberitahu para tetamu bahawa beliau sudah bertanya mengenai sumber wang tersebut dan mendapat jawapan bahawa dana berkenaan diperolehi daripada satu individu di Timur Tengah.

"Then saya kata kenapa masuk akaun you? Kenapa masuk akaun Najib Razak?," soal Muhyiddin.

"Dia mengaku. Jadi saya tanya: Mengapa letak dalam akaun peribadi sendiri?,” kata Muhyiddin lagi dalam bahasa Inggeris.

Ketika dihubungi, Abdul Kadir mengesahkan bahawa perbualan itu sememangnya berlaku namun menegaskan bahawa ia tidak sepatutnya dirakam.

Beliau juga enggan memberi pandangannya mengenai isi perbualan berkenaan.

"Saya tidak mahu komen mengenainya. Ia adalah perbualan tertutup. Ia tidak sepatutnya dirakam.

"Mukhriz sudah meminta hadirin supaya tidak merakamnya,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi petang ini.

Berikut adalah transkrip penuh perbualan:

Muhyiddin: I asked him (Najib) from whom? He did not mention siapa nama dia, from somewhere in the Middle East.

Berapa banyak? Lepas tu dia ..(tidak jelas)... susah nak kiralah. Dia kata 'a lot', 'a lot'.

Then saya kata kenapa masuk akaun you? ...(tidak jelas)... kenapa masuk akaun Najib Razak? Duit berapa? 700 million US dollar. Kalau kali tiga point something... 2.6 billion that goes into his personal account.

Ini dia sebut. He admitted. So I said why did you put into your personal account?

Demo besar BERSIH 4 tuntut Najib undur - 29 Ogos

Kadir Jasin ingatkan ada hikmah, hidup berterusan kepada Muhyiddin Yassin

PAC 'tanpa pengerusi' ikrar terus siasatan skandal 1MDB

Undi tak percaya PM: Muhyiddin ikut arahan whip BN

PM's Facebook page bombed with hashtag calling for resignation

‘Pemecatan Muhyiddin boleh musnahkan Umno’

Muhyiddin nafi 'perancangan' dengan anak Mahathir

Buat masa ini, Muhyiddin tak sertai Dr Mahathir

Najib pecat Muhyiddin dengan anggukan

'Najib hanya beri jemaah menteri 5-10 minit lihat fakta 1MDB'

Muhyiddin: Jawatan nombor 2 Umno saya tak tergugat

Selepas Kamalanathan, Palani juga lawat Muhyiddin

Liputan terbesar media selepas bukan lagi TPM

Muhyiddin: Saya selesa, tiada hasrat, hajat ketuai PAC

Muhyiddin kata Najib akui RM2.6b dalam akaunnya

Anggukan Najib Penamat Karier

Muhyiddin: Saya Tak Pernah Menyesal

Saya Bukan Platform Tun M

Kunjungan Mukhriz Tiada Pakatan

Bangsa Johor masih bersama Muhyiddin?

RAKYAT BUKANNYA BODOH NAJIB !!!


KAMU INGAT SIASATAN PAC TERHADAP 1MDB AKAN TERHENTI TERGENDALA KA !!!

SEDAR TAK NAJIB !!!.. TAK BACA ka Peraturan Mesyuarat 77.. J'kuasa Kira2 Wang Negara (PAC):

77(2): Minima 6 ahli
77(3): Tiada Pengerusi boleh mesyuarat

DAN.. Pemangku Pengerusi PAC boleh teruskan siasatan 1MDB !!!

Pasangan mantop secocok yg dinanti-nantikan..


SEJARAH TAK MENIPU... Mana2 TPM tak ngam dgn PM akan dicantas...


Kalau lah bekas TPM-TPM berikut boleh bertahan;

Musa Hitam: HAMPIR 5 TAHUN
Ghafar Baba: 7 TAHUN 
Anwar Ibrahim: HAMPIR 5 TAHUN
Muhyiddin Yassin: 6 TAHUN

Agak2 ler... ZAHID HAMIDI BOLEH JADI TPM BERAPA LAMA..??!!

Kalau benar.. KENAPA IA BOLEH BERLAKU..??!!

Benarkah ada menteri yg dah terpalit rasuah dilantik semula jadi MENTERI PENUH dlm kabinet Najib ??!!

Muhyiddin on no-confidence vote: I don't know if it'll happen

Skandal 1MDB: Saya setuju dengan Muhyiddin, kata Syed Ali

Pecat TPM: Muhyiddin tanya, Najib hanya angguk

Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isterinya dalam sidang media di kediamannya, sebentar tadi
 
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan telah mengetahui pengguguran jawatannya sebelum pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.
 
Menurutnya, ketika diminta kepastian tentang penggugurannya, Najib hanya mengangguk.
 
"Beliau (Najib) beritahu (pengguguran Muhyiddin) selepas perbincangan dan berikan pandangan serta pendapat beliau dan saya juga jelaskan apa-apa yang patut saya jelaskan.
 
"Kemudian saya tanya, apa tujuan saya dijemput, adakah ada kaitan dengan rombakan jemaah menteri? Beliau mengangguk.
 
"Kemudian saya tanya, adakah 'you' nak cakap apa-apa dengan saya, dia rasa susah nak cakap. Adakah bermakna nama saya tidak tersenarai? Apabila dia mengangguk, saya kata terima kasih," katanya pada sidang media di kediamannya, di sini hari ini.

Skandal 1MDB: Tak perlu tangguh mesyuarat PAC

Badan Pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) hari ini mempertikaikan pengumuman Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa susulan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam rombakan kabinet semalam, semua prosiding yang diatur pada Ogos termasuk membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan ditangguhkan sehingga ahli baharu PAC dilantik pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

KPRU ingin membawa perhatian umum kepada Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat di mana dinyatakan dalam Peraturan 77(3) bahawa semasa ketiadaan Pengerusi PAC atau naib pengerusi oleh kerana keuzuran atau lain-lain sebab, PAC hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi seorang pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat PAC itu.

Hal ini bermaksud, prosiding PAC yang diatur pada Ogos membabitkan 1MDB tidak perlu ditangguhkan. Sebaliknya, Naib Pengerusi PAC boleh mempengerusikan mesyuarat PAC mengenai 1MDB akan datang.

Biarpun naib pengerusi tidak hadir dalam mesyuarat, PAC hanya perlu memilik daripada kalangan ahli PAC seorang pengerusi untuk meneruskan mesyuarat PAC mengenai 1MDB.

Sementara itu, Peraturan 77(2) menyatakan bahawa PAC hendaklah mengandungi tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada dua belas orang ahli yang akan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segeranya selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.

Peruntukan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bermaksud pelantikan empat ahli PAC ke dalam kabinet tidak menjejaskan prosiding 1MDB. Asalkan terdapat sekurang-kurangnya enam ahli PAC hadir dalam mesyuarat, prosiding PAC mengenai 1MDB boleh dan wajar diteruskan tanpa berlengah-lengah lagi.

Pecat TPM: Amaran timbalan pengerusi tetap Umno pada Najib

Timbalan Pengerusi Tetap Umno Datuk Mohamad Aziz memberi amaran bahawa rombakan kabinet, termasuk pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri, boleh memusnahkan parti.

“Ini tidak baik sama sekali untuk Umno yang mana tindakannya pada depan depan akan memusnahkan parti.

“Jika ia berlaku kita tahu siapa yang harus dipersalahkan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh TheStar.

Mohamad juga speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mengingatkan Najib bahawa kedudukannya, seperti Muhyiddin, dikecapi hasil sokongan akar umbi.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno semalam digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, tindakan yang dilihat penganalisis susulan kenyataan kritikalnya dalam isu 1MDB.

Menyentuh tentang syarikat pelaburan negara itu, Mohamad mempertikaikan apa salahnya seorang timbalan perdana menteri bercakap tentang “isu ang membimbangkan rakyat”.

“Najib patut tahu apa lebih penting – 1MDB atau kelangsungan Umno,” beliau dipetik sebagai berkata oleh harian berbahasa Inggeris itu.

Nasib 'kereta kebal' Umno dari Sabah

Tokoh penting yang bertanggungjawab membawa Umno masuk ke Sabah dan pernah digelar "kereta kebal" oleh Datuk Seri Najib Razak akhirnya kini diketepikan, gara-gara mainan politik sesetengah pemimpin negeri itu.

Dilucutkan jawatan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal bagaimanapun dilaporkan tetap tabah serta reda.

Namun di sebalik ketenangan itu beliau dan pegawainya tetap bimbang kerana tempoh pilihan raya umum akan tiba tidak terlalu lama lagi.

Seorang pegawai kanan Shafie memberitahu Malaysiakini, Naib Presiden Umno itu adalah antara orang yang banyak mempertahankan kerajaan dan Najib daripada serangan pihak lain selama ini.

Namun ketika mesyuarat tertutup Majlis Tertinggi Umno Shafie terpaksa bertanyakan beberapa isu sensitif yang didapati merunsingkan rakyat.

"Antara isu utama dibincangkan rakyat ialah 1MDB, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan serta Felda," katanya yang enggan didedahkan identitinya.

Tak nampak penyelesaian

Sumber memberitahu, Shafie digelar "kereta kebal" kerana keberaniannya mempertahankan parti daripada serangan musuh.

Apabila ditanya mengenai kemungkinan Datin Seri Rosmah Mansor turut disentuh Shafie, pegawai terbabit enggan mengulas lanjut.

Adakah Nazir Razak akan menyelamatkan Malaysia?

oleh Rita Jong
PETALING JAYA: Malaysia telah menjadi tumpuan berita atas sebab-sebab yang tak kena. Kemelut 1MDB (1Malaysia Development Bhd) telah menjadi senjata untuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menyeru secara terbuka supaya Perdana Datuk Seri Najib Razak disingkirkan.
Parti-parti politik di kedua-dua belah sisi terperangkap dalam perbalahan sesama sendiri. Ini satu masa yang amat buruk bagi politik Malaysia.
Menambah kepada keadaan huru-hara ini adalah satu laporan dalam Asia Sentinel baru-baru ini bahawa adik Najib, Datuk Seri Nazir Razak, yang juga seorang pengkritik politik Putrajaya, sedang mengumpulkan golongan sederhana seperti Datuk Saifuddin Abdullah untuk membentuk sebuah parti politik baru. 
Tetapi Nazir, 49 tahun yang juga merupakan pengerusi CIMB Group, segera menafikan tuntutan itu, dan sebaliknya menjelaskan bahawa beliau hanya meneliti idea untuk membentuk sebuah organisasi bukan kerajaan atas kebimbangan terhadap "persekitaran sosio-politik dan kesannya ke atas ekonomi".
"Dalam konteks ini, saya telah berbual dengan rakan-rakan yang sama fikiran seperti saya termasuk Saifuddin, berkenaan keperluan untuk membolehkan rakyat Malaysia berpandangan sederhana bagi menyuarakan pandangan, kebimbangan dan cadangan mereka. Kami telah membincangkan penubuhkan sebuah NGO, tetapi ia hanya satu idea pada masa ini," katanya.
Tetapi persoalannya ialah, adakah sebuah NGO seperti ini akan melakukan perbezaan, walaupun jika diterajui seseorang seperti Nazir? Ramai yang tidak bersetuju.
Di sebalik keturunan beliau, Nazir merupakan muka baru dalam politik. "Pengetahuan politiknya sedikit," kata pakar sains politik Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
"Seperti tokoh-tokoh korporat lain, Nazir mendapat maklumat sekunder dari perunding-perunding atau penganalisis risiko. Beliau tidak mempunyai orang kuat politik sebagai rakan kongsi, jadi adalah diragui sama ada NGO itu akan dapat membawa sebarang kesan sebenar," kata Shamsul.

Pecat TPM: Facebook Najib dibanjiri mesej 'letak jawatan'

Ahli Umno ‘tak senang’ dengan kabinet baru - Zam

Crown prince willing to die for his beloved Johor

Tunku Ismail Sultan Ibrahim posts a heartfelt message of allegiance to Johor hours after a shocking Cabinet reshuffle announcement.
demi-johor
PETALING JAYA: The Crown Prince of Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim has made a heartfelt declaration of allegiance to his state, posting his message on Facebook and stating that he was even willing to die for it.
Dressed in army fatigues and looking at the camera wearing a grim expression, the bright red, white and blue Johor flag formed the backdrop of the image with the words, “DEMI JOHOR” (For Johor) in white capital letters emblazoned on it.
“This the flag I serve,” the message posted on the Johor Southern Tigers read.
“This is the flag I will fight for, and this is the flag I will die for. It has been a privilege and honour serving you, my fellow Johoreans. You are not alone.”
This patriotic declaration was posted last night, hours after a shocking Cabinet reshuffle announcement that saw Muhyiddin Yassin, a son of Johor and the MP for Pagoh since 1978, being dropped as deputy prime minister and replaced by Home Minister Ahmad Zahid Hamidi.
Garnering some 12,083 “likes” and 588 shares at the time of writing, Tunku Ismail’s ardent supporters left encouraging messages, stating their agreement with him and thanking him for being such a good leader.
Calvin Chang wrote: Daulat Tuanku, you are our malayasian hero of the king. Tunku MAHKOTA JOHOR. ( TMJ ) the most popular respect king of johor tiger (sic)”
Redlionkhalid Al Khalid meanwhile said: “Bertuah penduduk johor.. Ade Sultan dan Tengku (Tunku) yg memahami kesengsaraan rakyat” (How lucky Johoreans are to have a Sultan and Tunku who understands the suffering of the people).
“For the future of ALL MALAYSIANS, let us Johorians be united in one heart, one race and one mind. We are Bangsa Johor. Our hope to be as ONE-JOHOR to be led by DYMM Sultan Johor and TMJ. Daulat Tuanku,” said Netty E Komattu.

Tidak wajar singkir Muhyiddin kerana skandal 1MDB

ALOR SETAR - Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak wajar dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri jika kelantangannya terhadap isu 1MDB dijadikan ukuran.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, semua pemimpin layak menyuarakan pandangan masing-masing terhadap isu berbangkit.

“Situasi sekarang, rakyat tertanya-tanya kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan drastik dengan menyingkirkan Muhyiddin.

“Sedangkan banyak lagi isu yang perlu diselesaikan bersama melibatkan 1MDB, GST dan peningkatan kos sara hidup,” katanya.

Menurut beliau, Najib perlu memperjelaskan tindakannya itu kepada semua rakyat terutama ahli Umno yang memberi kepercayaan terhadap gandingan mereka untuk memimpin negara ini.

“Jika penyingkiran itu disebabkan kenyataan isu 1MDB, pada saya ia tidak patut dilakukan apatah lagi ia dibuat begitu cepat ketika mesyuarat Umno bahagian sedang berlangsung. Ia boleh dianggap tindakan tidak demokratik.

“Perdana Menteri harus memberi jawapan kepada persoalan itu secara terbuka dan jelas untuk pengetahuan bersama semua rakyat,” katanya.

Md Shukri berkata, pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu bukan persoalan utama tetapi yang dipertikaikan ialah penyingkiran Muhyiddin.

Badan pemikir pertikai PAC tangguh prosiding skandal 1MDB


Sebuah badan pemikir mempertikaikan pengumuman penangguhan prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB susulan pelantikan pengerusinya sebagai anggota jemaah menteri.

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berhujah Peraturan 77(3) Dewan Rakyat menyebut semasa ketiadaan pengerusi atau naib pengerusi PAC kerana keuzuran atau sebab lain, PAC hendaklah memilih salah seorang anggotanya mempengerusikan mesyuarat.

“Hal ini bermaksud, prosiding PAC yang diatur pada Ogos membabitkan 1MDB tidak perlu ditangguhkan.

“Sebaliknya, naib pengerusi PAC boleh mempengerusikan mesyuarat PAC mengenai 1MDB akan datang.

“Biarpun naib pengerusi tidak hadir dalam mesyuarat, PAC hanya perlu memilih daripada kalangan ahli PAC seorang Pengerusi untuk meneruskan mesyuarat PAC mengenai 1MDB,” kata Pengarah eksekutif KPRU Ong Ooi Heng.

Rombakan Kabinet akan musnahkan parti, kata timbalan pengerusi tetap Umno

Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet akan menghancurkan parti tidak lama lagi, kata timbalan pengerusi tetap parti Tan Sri Mohamad Aziz.

Beliau memberitahu The Star, Najib sewajarnya dipersalahkan sekiranya Umno jatuh, kerana beliau bertanggungjawab menyingkirkan Muhyiddin dan naib presiden parti Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet.

Speaker Dewan Undangan Negeri Johor itu mengingatkan Najib yang beliau memerintah parti itu kerana adanya sokongan daripada akar umbi, sama seperti Muhyiddin dan Shafie.

 "Semua ini tidak baik untuk Umno di mana tindakannya (Najib) akan memusnahkan parti tidak lama lagi.

Kalau ia terjadi, kita tahu siapa hendak dipersalahkan. "Saya tak tahu apa jenis nasihat yang diterima Najib, tetapi sekarang beliau kena terima akibat daripada apa yang dilakukannya," Mohamad dipetik berkata.

Katanya, satu kesilapan apabila Najib memecat Muhyiddin dan Shafie, walaupun kedua-duanya sebelum ini mempersoalkan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dilanda skandal.

Majalah Time nasihat Obama elak Najib


Sebuah artikel yang disiarkan oleh majalah Time semalam menyarankan supaya Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengelak bertemu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Mendahului senarai lima sebab untuk Obama berbuat demikian ialah skandal 1MDB.

Menurutnya, semua berita dari Malaysia adalah negatif dan ia menegaskan bahawa Najib memecat timbalan beliau dan peguam negara semalam, yang didakwanya satu tindakan untuk membersihkan pengkritik.

Laporan yang diterbitkan dalam talian itu semalam berkata, Perdana Menteri Britain, David Cameron berdepan tekanan domestik kerana mahu meneruskan lawatan ke Kuala Lumpur minggu ini walaupun kontroversi itu semakin membesar.

Ulasan itu ditulis oleh editor bersekutu majalah Time, Charlie Campbell, dan ditulis sebagai satu senarai yang menyimpulkan setiap satu daripada lima isu yang sepatutnya menjadi alasan untuk mengelakkan bertemu Najib.

Cameron dijadual tiba di Kuala Lumpur esok, manakala Obama dijangka menghadiri Sidang Kemuncak AS-Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur di Kuala Lumpur pada akhir bulan November.

FB PM dibanjiri mesej 'letak jawatan'

Laman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah dibanjiri dengan mesej "#najibletakjawatan" sejak semalam, selepas beliau menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam posting Najib mengenai kabinet barunya, ruangan komen telah dibanjiri hampir keseluruhannya dengan mesej yang sama: #najibletakjawatan.

Sehingga pagi ini, terdapat sejumlah 34,952 komen, kebanyakan dengan hashtag #najibletakjawatan. Post ini juga mendapat 16,926 'likes'.

Beberapa penyokong Najib berusaha untuk menangani kebanjiran spam itu dengan hastag "#WeSupportYouNajibRazak".

Siapa pula anggota Pasukan Petugas Khas siasat 1MDB?

KUALA LUMPUR: Selepas pemecatan mengejutkan terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, PAS bimbang wujudnya gangguan dan campur tangan yang bakal menghalang Pasukan Petugas Khas ini daripada terus menyiasat isu 1MDB secara telus dan beramanah.
"Oleh itu, PAS memohon Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz selaku salah satu ketua Pasukan Petugas Khas isu 1MDB dapat bertindak mendedahkan semua anggota penyiasat di dalam pasukan tersebut dengan kadar segera," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ini, ujarnya bagi membolehkan mereka dikenali umum sambil menerima sokongan rakyat untuk meneruskan siasatan terhadap 1MDB.
Tambahnya, tindakan ini diharap dapat memberikan tekanan terhadap mereka yang berkepentingan daripada mencampuri apa-apa urusan siasatan yang dijalankan.
Kata beliau lagi, kemunculan satu blog misteri semalam sejurus selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menamakan Tan Sri Zeti Akhtar sebagai satu konspirator untuk menjatuhkan kerajaan tidak boleh dipandang ringan.

'Muhyiddin, Shafie tidak boleh diam'

Hari ini, rasmilah bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi menjadi timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan. Turut digugurkan, Datuk Seri Shafie Apdal dari jawatan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Sebaik selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kedua-duanya nampaknya menerima keputusan tersebut dengan reda dan berlapang dada.

Walau tidak lagi bergelar menteri, Muhyiddin, 68, dan Shafie, 57, juga cuba menunjukkan bahawa kritikan dan persoalan yang dilontarkan mereka adalah “demi rakyat”.

Parti pembangkang kini berusaha untuk merisik mereka, namun kedua-duanya masih setia dengan Umno. Maka, jalan apakah di hadapan mereka?

Sewaktu masih dalam Kabinet, mereka terikat dengan tanggungjawab bersama sebagai anggota jemaah menteri seperti yang ditegaskan Najib. Namun, kini tidak lagi.

Di dalam Umno, kedua-duanya masih kekal dalam jawatan yang dipilih secara demokratik.

Muhyiddin masih lagi timbalan presiden seperti kehendak perwakilan Umno dalam pemilihan parti tahun 2013. Begitu juga Shafie, naib presiden.

Muhyiddin dan Shafie boleh memilih untuk berdiam diri dan mengaku tewas di tangan Najib, atau mengotakan ikrar mereka agar “rakyat” dapat mengetahui duduk perkara sebenar dalam isu 1MDB.

Fakta yang muncul dalam siasatan kes 1MDB setakat ini cukup memeranjatkan. Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin semalam memberitahu, Pasukan Petugas Khas mempunyai cukup bukti untuk mendakwa pihak yang  terbabit dalam kes 1MDB.

Tanpa mendedahkan sumbernya, A Kadir mengaitkan maklumat daripada “bekas pengawai tinggi perundangan” itu dengan siasatan ke atas akaun Najib, didakwa

Semalam, dengan tidak semena-mena, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mendapati beliau tidak lagi menjawat jawatan itu. Alasannya, beliau terpaksa diganti kerana faktor kesihatan.

Aneh sekali, seorang peguam negara yang menganggotai satu pasukan penyiasat penting digugurkan secara mengejut, kata peguam kanan, Datuk S Ambiga.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed pula tidak dapat terus berada di jawatan tersebut kerana Najib mengumumkan beliau dilantik ke jawatan timbalan menteri hari ini.

Melihat kepada perkembangan ini, Muhyiddin dan Shafie tidak mampu untuk berdiam diri. Mereka perlu membuka mulut – sebesar yang boleh – seperti mulut bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bak kata orang tua-tua, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Tiada apa sangat yang mereka perlu gusarkan.

Paling teruk, mereka mungkin dipecat dari jawatan dalam Umno, jika terus mengkritik kerajaan dan membangkitkan persoalan mengenai 1MDB.

Tapi Najib akan hilang kawalan ke atas parti jika berbuat demikian, seperti yang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad selepas memecat timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Hormat Muhyiddin, beliau masih orang nombor dua dalam Umno, kata MB Johor


Umno bahagian di Johor boleh menjemput Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan mesyuarat mereka kerana beliau masih memegang jawatan itu walaupun tidak lagi menjadi timbalan perdana menteri, kata menteri besarnya.

Datuk Mohamed Khaled Nordin mengingatkan ahli Umno agar terus menghormati Muhyiddin sebagai orang nombor dua dalam parti walaupun tidak lagi menganggotai Kabinet, menyatakan ia merupakan prerogatif perdana menteri untuk menggugurkan timbalannya.

"Semasa perdana menteri datang ke Johor pada 15 Mei 2015 yang lepas, Perhubungan Umno Johor membuat keputusan perdana menteri perlu diberi kekuatan untuk menyelesaikan segala isu dan masalah yang dihadapi, khususnya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," Khaled berkata dalam satu kenyataan.

 "Oleh itu, jika soal untuk mempunyai kekuatan itu termasuk rombakan dilakukan terhadap barisan Kabinet, dan termasuk terpaksa menggugurkan Muhyiddin, kita menerima ketetapan itu, lebih-lebih lagi kerana kita sedar ia adalah hak dan budi bicara perdana menteri.

 "Kita mendoakan barisan Kabinet yang baharu dibentuk ini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi negara, sebagaimana keyakinan perdana menteri untuk menyelesaikannya dalam masa yang munasabah," Khaled berkata. Beliau juga berharap rakyat Johor, terutamanya ahli Umno, akan bersabar melalui tempoh ini dan menghormati kedudukan Muhyiddin sebagai orang nombor dua berkuasa dalam parti.

" Di Johor, saya tiada sebarang halangan bagi mana-mana bahagian yang sudah dan ingin menjemput beliau merasmikan mesyuarat Umno bahagian masing-masing. "Saya berharap rakyat dan ahli Umno khususnya daripada Johor dapat bersabar dan melalui saat-saat ini dengan penuh kesabaran dan kekuatan," katanya.

Dinamika politik harapan baharu

Oleh Abd Shukur Harun
Politik bukan sebuah dunia angan-angan dan khayalan atau sebuah mimpi indah untuk mendapatkan kuasa tetapi politik ialah sebuah dunia yang sangat dinamik, hamparan realiti dan pragmatik sifatnya.
Sebab itulah mereka yang mahu melibatkan diri dalam politik mestilah bersedia untuk menghadapi dunia realiti, menerima hakikat bahawa politik itu – yang tentunya mengenai kuasa – bukan boleh dirancang hanya berdasarkan khayalan dan jangkaan menurut emosi serta khyalan.

Maka itu mereka yang menjadi pemimpin politik atau aktivisnya perlu bersikap realistik, menerima hakikat bahawa politik itu sangat dinamik, berubah mengikut keadaan. Bertahun-tahun Nellson Mandela sebagai tahanan politik di Afrika Selatan kerana perjuangan aparthednya, kemudian ia dibebaskan dan menjadi presiden negaranya.
Di tanah air kita, sejak merdeka, parti politik dan pemimpinnya datang dan pergi silih berganti, menang dan kalah atas kehendak masa dan keadaan. Sebab itu Winston Churchill, bekas perdana menteri Britain yang terkenal itu pernah berkata:
“Politics is almost as exciting as war and quite as dangerous. In war you can only be killed once, but in politics many times.”
(Politik adalah hampir menyenangkan seperti perang dan cukup berbahaya. Dalam perang, anda hanya boleh dibunuh sekali, tetapi dalam politik banyak kali.)
Oleh itu dalam politik, parti dan pemimpin serta pendukungnya boleh kalah dan menang, kalah lagi dan menang lagi, begitu seterusnya.
Dalam hubungan inilah, saya kira pemimpin dan pendukung Gerakan Harapan Baru (GHB), yang akan menjadi parti politik tidak lama lagi sangat memahami realiti dan dinamika politik ini dengan segala risikonya.
Kalau tidak masakan pendukung GHB ini (nama sementara), dengan penuh tekad hendak menubuhkan badan politik baru.
Bukan semata-mata kerana dikalahkan dalam pemilihan di muktamar PAS Jun lalu, tetapi lebih jauh dari itu kerana didorong oleh kesedaran mereka bahawa sebuah badan politik baru yang progresif, dinamik, terbuka dan peduli rakyat sangat perlu ditubuhkan untuk mendepani cabaran yang ada.