Selasa, 28 Julai 2015

Muhyiddin terlalu lantang kritik 1MDB - GHB

Muhyiddin Adakan Sidang Media Esok

Muhyiddin akan buat penjelasan pada Rabu

TPM tidak akan membuat sebarang kenyataan sehingga ke tarikh yang ditetapkan
muhyiddin
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjelaskan pengguguran jawatannya pada jam 11 pagi Rabu.
Katanya, sehingga ke jam dan tarikh berkenaan beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan.
“Saya cuma nak nyatakan saya telah mengeluarkan kenyataan dan media telah melaporkan apa yang berlaku. Saya tidak akan beri kenyataan baru.
“Saya akan maklumkan esok jam 11 pagi. Saya jemput semua media dalam negara dan luar negara datang sini (rumah) dan di situ nanti saya akan jelaskan apa-apa pertanyaan persoalan yang dikemukakan oleh saudara-saudara sekalian,” katanya ketika dikerumini wartawan di kediamannya di Bukit Damansara.
Dalam kenyataan rasmi sebelum ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, menerima dengan hati terbuka penyingkiran jawatan yang disandang dalam pembentukan baru barisan menteri kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Selasa.

Kesan dari kerajaan yang ROSAK ialah kejatuhan ekonomi negara pada tahap kritikal..


Seperti biasa.. media akan dipaksa menipu dengan laporan2 menyedapkan rakyat.

Dan rakyat seperti biasa, upama ayam diberi makan dedak BR1M 

Apalagi sembah lah UMNO selagi nyawa dikandung badan..


Skandal 1MDB: NAMPAK TAK 'kelicikan' Najib !!!


Di saat kemuncak siasatan 1MDB oleh PAC yg dipengerusikan oleh Nur Jazlan, tup2 beliau ditarik masuk ke kabinet Najib..

TAHUKAH ANDA.. 
Menurut Peraturan Mesyuarat 77(4) Dewan Rakyat, tak boleh pegang(Pengerusi) PAC semasa jadi Menteri. Peraturan 98.. takrif 'Menteri' termasuk Timbalan.

Bila MP Pulai Nur Jazlan dilantik Timbalan Menteri maka secara automatik terlucutlah beliau jd Pengerusi PAC.

Kalau Pengerusi PAC tiada.. macam maner nak teruskan siasatan ??!!

Rafizi Ramli: Put The Country Back On Track, Selamatkan Malaysia

Pemecatan demi panjangkan hayat politik Najib - Zam

Kadir bimbang, bekas menteri terpalit rasuah sertai kabinet Najib

6 jam selepas dipecat Muhyiddin jumpa media

Kenapa gugur Muhyiddin? Rakyat tanya Najib

logo muhyiddin
SHAH ALAM – Pengumuman rombakan barisan Kabinet yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggugurkan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menimbulkan tanda tanya rakyat meskipun ada yang menjangka perkara itu akan berlaku.

Sinar Online mendapatkan reaksi orang ramai sejurus pengumuman dibuat, hari ini.

Menurut Arman Putera Asmuni, 42, Najib perlu menyatakan alasan menggugurkan Muhyiddin kepada rakyat supaya rakyat dapat menerima keputusannya itu.

“Mudah sahaja. Kenapa (gugur Muhyiddin)? Jika dia (Najib) boleh jawab kenapa, kita boleh terimalah rasionalnya keperluan menukar timbalan perdana menteri. Sebab (Muhyiddin) tidak sakit atau masalah kesihatan dan tidak ada kes besar yang dilaporkan secara rasmi terhadapnya, jadi, soalan saya, kenapa?

“Yang lain-lain juga kenapa ditukar portfolio dan digugurkan? Jika beliau boleh tampil dan jelaskan ‘saya gugurkan pemimpin yang ini kerana alasan ini’, rakyat boleh terima,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Najib dalam sidang media secara langsung menjelaskan tindakan beliau menggantikan Muhyiddin itu sememangnya 'sukar' namun keputusan dibuat demi memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum menghadapi Pilihan Raya ke-14.

Namun, desas-desus menyebut pengguguran itu ada kaitan dengan kelantangan Timbalan Presiden Umno itu dalam mengkritik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun, Arman Putera dilihat tidak terkejut dengan keputusan itu dan sudah menjangkakan ia akan berlaku susulan beberapa tindakan Muhyiddin sebelum ini yang mengkritik 1MDB.

“Jangkaan itu ada. Saya tidak terkejut, cuma seperti saya kata tadi, mesti ada alasan kenapa gugurkan, kenapa ditukar?,” katanya.

Gugurkan Muhyiddin, Najib lindung sesuatu

KUALA LUMPUR 28 JULAI: Rombakan kabinet yang diputuskan Datuk Seri Najib Razak dengan alasan kerana ‘pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran’ jelas menunjukkan Perdana Menteri tidak langsung mementingkan kepentingan awam.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) berikutan pendirian beliau untuk mempersoalkan isu 1MDB secara terbuka memberi gambaran jelas bahawa Najib mempunyai sesuatu yang terselindung.
“Ahli Umno yang sebelum-sebelum ini hanya mampu mengundang kontroversi seperti Zahid Hamidi, Ahmad Maslan, Rahman Dahlan dan Azalina Othman pula, ada yang dinaiktaraf dan kebanyakannya dikekalkan sebagai menteri kabinet.
“Tidak salah rasanya jika dikatakan barisan ahli kabinet ini merupakan antara yang paling hambar di dalam sejarah Malaysia,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan.

Muhyiddin 'terpelanting' bahana 1MDB

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin 'terpelanting' daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dikaitkan dengan isu 1MDB.
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, ini kerana Muhyiddin dianggap terlalu lantang mengkritik 1MDB.
"Terbaru beliau bercakap di dalam perjumpaan dengan Umno Cheras dan diviral dalam media sosial.
"Beliau menimbulkan beberapa persoalan mengenai 1MDB yang masih misteri, walaupun beliau anggota kabinet," ujarnya kepada Harakahdaily.
Walaupun, katanya kumpulan penyiasat tidak lagi selesai menyiasat berhubung 1MDB sementara PAC pula belum lagi menyelesaikan tugas penyiasatan.
Dalam pada itu, tambahnya dakwaan wang sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib masih tidak terjawab sebaliknya akhbar The Edge pula digantung.
Katanya, setakat hari ini sudah empat Timbalan Perdana Menteri yang tidak menjadi Perdana Menteri kerana tidak selari dengan orang nombor wahid yang bermula dengan Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Muhyiddin.
Menurutnya, pemecatan Muhyiddin akan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat yang terus bertanya mengenai dana awam yang terlalu besar tetapi kesannya rakyat yang terkena.
"Yakinkah para pelabur jika senario ini masih tidak terjawab?
Apakah kesudahan negara kita, ditambah pula dengan nilai ringgit semakin merudum?" tanya belau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Tambahnya, tekanan hidup dengan kenaikan kos sara hidup setiap hari terbeban akibat GST, kenaikan harga petrol dan lain-lain.

Mukhriz Mahathir tiba di rumah Muhyiddin

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru saja hadir ke kediaman bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin kira-kira jam 8.35 malam tadi.

Beliau kemudiannya terus memasuki rumah berkenaan tanpa berkata apa-apa kepada wakil media yang telah menunggu di situ sejak petang tadi lagi.

Beberapa minit sebelum itu, Muhyiddin keluar untuk pertama kalinya sejak digugurkan dari kabinet Datuk Seri Najib Razak mengucapkan terima kasih kepada rakan media dan mereka yang mengunjungi beliau.

Muhyiddin yang berbaju petak biru kelihatan tenang dan sempat melemparkan senyuman kepada kira-kira empat puluh petugas media tempatan dan antarabangsa di perkarangan rumahnya.

Beliau bagaimanapun menyatakan hanya akan membuat sidang akhbar pada keesokan harinya.

HARI GELAP BUAT MALAYSIA

Hari ini dianggap hari hitam buat Malaysia. Semuanya kerana satu sebab saja iaitu1MDB. Hanya dalam beberapa jam saja dalam hari ini, tindakan yang diambil Najib Razak untuk menyelamatkan karier dan masa depan politiknya telah menyebabkan suasana negara akan terus menjadi kelam dan gelap yang entah bila akan tiba waktu cerahnya.

Ia bukan saja berkaitan pemecatan Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, tetapi bersekali dengan Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO yang disingkirkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Pemecatan menteri yang lain seperti Hasan Malek dan G Palanivel memang tidak menghairankan dan tiada kena mengena dengan 1MDB tetapi nasib yang menimpa Muhyiddin dan Shafie jelas kerana pendirian mereka mengenai syarikat tersebut.

Dalam apa yang dilakukan Najib hari ini, ia mencatat sejarah di mana Timbalan Presiden dan Naib Presiden UMNO telah dimangsakan hanya kerana berani menyatakan kebenaran serta mahukan ianya ditegakkan berkaitan 1MDB.

Tidak pernah dalam sejarah UMNO, seorang Timbalan dan Naib Presiden UMNO diperlakukan sebegini rupa, bukan kerana mereka ada skandal atau apa-apa kesalahan jenayah yang lain, tetapi hanya kerana mengkritik sebuah syarikat pelaburan yang bermasalah iaitu 1MDB.

APA JADI DENGAN PETUGAS KHAS?

Sementara dengan penyingkiran Muhyiddin dan Shafie ini menyebabkan tiada lagi suara lantang yang berani mengkritik 1MDB, hari ini juga berlaku pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara.

Gani ketika ini sedang mengetuai pasukan petugas khas bersama SPRM, Bank Negara dan PDRM untuk menyiasat dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai dakwaan pengaliran masuk wang 1MDB berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib.

Beliau diumumkan dipecat atas alasan kesihatan sedangkan biasanya jika seseorang itu menghadapi masalah kesihatan, tuan punya badan sendiri yang membuat pengumuman untuk mengundurkan diri.

Tetapi dalam kes Gani ini ia diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa dan tambah pelik apabila Gani kemudiannya memberitahu tidak tahu menahu mengenai pemecatannya itu.

MB Selangor: Bersatu selamatkan Malaysia elak krisis

11800110_921780304576306_4520757668369083678_nSHAH ALAM, 28 JUL: Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari kerusi Timbalan Perdana Menteri hanya menjadikan krisis negara semakin parah.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan itu dilakukan hanya beberapa hari Muhyiddin memberi kenyataan Perdana Menteri perlu menjawab isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, tindakan Datuk Seri Najib Razak ternyata bertujuan mempertahankan kedudukan dan regimnya untuk terus bertahan.
“Malah pemecatan Abdul Ghani Patail selaku Peguam Negara, salah seorang anggota panel menyiasat skandal 1MDB memberi gambaran PM mempertahankan pihaknya disiasat panel bebas atas pelbagai salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan berbilion ringgit.
“Negara memerlukan reformasi menyeluruh memulihkan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa demi menyelamatkan ekonomi negara dan menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan rombakan kabinet menyaksikan Datuk Seri Zahid Hamidi naik menggantikan Muhyiddin.

Kabinet dirombak, Peguam Negara diganti, siasatan PAC jadi tanda tanya.....

KUALA LUMPUR: Beberapa kejutan yang berlaku hari ini menimbulkan pelbagai persoalan dan reaksi.

Ia bermula dengan paparan muka hadapan akhbar lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia yang memaparkan tajuk ‘Semua diminta bertenang’. Berbeza dengan saranan tajuk berkenaan, ia sebenarnya  mempunyai kesan psikologi berbalik bagi banyak pihak sejak awal pagi.

Kontrak Peguam Negara ditamatkan awal

Masih hangat dengan spekulasi rombakan Kabinet akan berlaku, kejutan besar terbit dari Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa yang mengumumkan bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah ditamatkan perkhidmatannya dalam jawatan itu atas ‘sebab-sebab kesihatan’.

Umum mengetahui, Abdul Gani sebelum ini mengetuai pasukan petugas khas pelbagai agensi dalam siasatan berkaitan isu penyalahgunaan dana dan 1MDB.

Jawatan Peguam Negara kini disandang bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Sementara itu, Abdul Gani memberitahu sebuah portal berita bahawa beliau langsung tidak tahu mengenai keputusan penamatan khidmatnya sebagai Peguam Negara, dan enggan mengulas lanjut.

Kejutan Lebih Besar

Belum reda dengan kejutan pelantikan Peguam Negara baru,  tumpuan petugas media dan orang ramai terus beralih ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Dalam sidang media yang berlangsung pada 1.50 petang tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rombakan kabinet itu turut melibatkan pelantikan baru tujuh menteri dan sembilan timbalan menteri.

Najib berkata, langkah menggantikan Muhyiddin satu keputusan yang amat sukar, namun terpaksa dilakukan demi memastikan Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai ‘pasukan jitu’.

Banyak pihak menyifatkan ucapan berapi Muhyiddin ketika penggulungan Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad antara punca nama beliau tidak lagi dalam barisan utama pentadbiran Najib.

Rombakan kabinet: Pengkritik disingkirkan, penyokong dan pengampu diberi habuan

oleh Alyaa Alhadjri
Seperti proses membuat keputusan lain sebelum ini di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak, barisan Kabinet terbarunya yang diumumkan pada 28 Julai juga  diselubungi misteri.
Walaupun sudah berbulan khabar angin muncul, Najib sangat licik dan menahan daripada mendedahkan apa-apa maklumat terperinci rasional tentang apa  yang dilihat sebagai rombakan Kabinet yang sangat diperlukannya.
Berada dalam senarai terdahulu mengandaikan perubahan akan berlaku, laman web The Malaysian Insider  telah memetik sumber awal hari ini yang mengesahkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan digugurkan dan diganti dengan Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi.
Media kemudiannya diberikan maklumat bahawa Najib dijangka mengumumkan keputusannya pada jam 3 petang di Putrajaya tetapi ramai yang terkejut besar apabila dia muncul secara langsung di kaca TV pada jam 1.30 petang.
Najib akhirnya mengesahkan khabar angin pengguguran Muhyiddin daripada jawatan kedua tertinggi negara, dan jawatan Menteri Pendidikan; sementara Zahid dinaikkan pangkat dan mengekalkan portfolionya sebagai Menteri Dalam Negeri.
Kerangka masa pengumuman hari ini juga dikaitkan dengan penentangan terbaru secara terbuka oleh Muhyiddin kepada Najib dalam menguruskan cabang pelaburan 1Malaysia Development Berhad, yang sebelum ini juga pernah dirakamkan mengeluarkan kenyataan yang sama sewaktu sesi latihan Umno.
Selain daripada Muhyiddin, empat orang menteri dan seorang timbalan menteri- G Palanivel, naib presiden Umno Shafie Apdal, ahli majlis tertinggi Umno Hasan Malek, naib presiden Upko Ewon Ebin dan MP Umno dari Kudat Rahim Bakri- juga digugurkan daripada jawatan mereka.
Dalam ucapannya, Najib  berkata yang ianya “keputusan yang sukar” untuk menggugurkan Muhyiddin tetapi ia satu tindakan yang perlu dilakukan untuk memastikan Kabinetnya terus beroperasi sebagai unit “kolektif”.
“Saya boleh menerima perbezaan pandangan dan kritikan sebagai sebahagian daripada proses membuat keputusan. Tetapi selaku ahli Kabinet, perbezaan ini tidak sepatutnya disuarakan dalam majlis terbuka yang boleh memberi kesan kepada tanggapan awam kepada kerajaan dan negara.
“Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab kolektif,” kata Najib.
Dalam maklum balas serta merta, The Malay Online memetik Zahid sebagai berkata yang perlantikannya sebagai timbalan perdana menteri bukanlah “ganjaran” tetapi satu “tanggungjawab”, mendesak supaya sokongan kembali diberikan kepada pentadbiran Najib.

Apakah yang menanti di hadapan Muhyiddin?

oleh Mike Tan
Betapa yang kuat pun boleh tumbang. Dahulu dianggap sebagai ‘tangan kanan’ kepada perdana menteri, tetapi beliau kini sudah tersungkur.
Selepas disingkirkan dengan biadab oleh Najib Razak, yang menggantikannya dengan pendokongnya Zahid Hamidi, rakyat Malaysia masih lagi dalam proses menerima kenyataan bahawa Muhyiddin Yassin kini bukan lagi sebahagian daripada Kabinet negara. Beliau telah berada dalam Kabinet sejak 1995, berkhidmat dalam pelbagai kementerian selama hampir dua dekad. Sehinggalah beliau dipecat hari ini.
Sementara ini adalah sesuatu yang mengejutkan, Muhyiddin sendiri pasti sudah menjangkakannya.  Penggugurannya ini berlaku dua hari selepas beliau bercakap secara terbuka tentang isu 1MDB, dan meminta Najib memberikan penjelasan kepada rakyat.
Kenyataannya mencetuskan kritikan balas daripada Najib, yang keesokannya mengeluarkan amaran keras kepada semua anggota Kabinet, termasuk Muhyiddin, agar menunggu hasil siasatan dan berhenti membuat komen yang dapat menjejaskan tanggapan rakyat terhadap kerajaan.
Dan sehari kemudian, Muhyiddin pun dipecat.
Nampaknya dua pemimpin Umno ini tidak lagi boleh berkompromi, dan apa sahaja perbincangan – kalaupun ada – sudah mencapai jalan buntu.
Jadi apa yang menunggu di hadapan ‘panglima perang’ veteran Umno dan pejuang hak Melayu ini?
Adakah beliau akan mengikut jejak langkah seorang lagi timbalan perdana menteri yang pernah dipecat – Anwar Ibrahim, dan akan menentang Najib habis-habisan?
Ini kelihatan hampir mustahil memandangkan situasinya jauh berbeza dengan Anwar, yang juga dipecat daripada semua jawatan dalam Umno pada September 1998. Muhyiddin pula masih lagi timbalan presiden Umno, dan pengaruhnya dalam parti itu barangkali tidak akan terjejas.

Malah Muhyiddin secara tidak langsung telah menyentuh soal ini dalam kenyataan terbarunya. Beliau menyatakan yang akan sentiasa setia dengan perjuangan.
Katanya: “Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.”

Rombakan kabinet usaha tutup siasatan terhadap 1MDB?

oleh Hazlan Zakaria

Dengan apa yang berlaku hari ini, nampaknya perdana menteri Najib Razak telah bertindak untuk menghalang apa-apa keputusan negatif yang mungkin timbul daripada penyiasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau telah pun merombak Kabinet, serta membuat beberapa langkah ‘mengejutkan’ dalam kedudukan kerajaan lain yang berkait dengan siasatan terhadap dakwaan salah laku syarikat dana kerajaan sarat hutang itu.

Langkah yang paling jelas tentunya pengguguran bekas timbalan perdana menteri dan pengkritik paling lantang Najib dalam kabinet, Muhyiddin Yassin.

Seperti yang dilaporkan, Najib mendakwa yang ia adalah keputusan yang “sukar tetapi terpaksa”, bagi memastikan Kabinetnya dapat berfungsi secara bersatu.

Zahid Hamidi, TPM baru “saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin.

Begitu juga oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang kini tidak lagi bersama saya di dalam pentadbiran Kerajaan,” katanya selepas mengumumkan rombakan itu di Putrajaya.

Namun lebih penting, Najib berkata bahawa menteri tidak seharusnya memberikan komen dan mengkritik kerajaan secara terbuka sehingga boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan.

Namun, pengkritik mengatakan yang Najib lebih berminat untuk melantik “pak angguk” yang tidak akan mempersoalkannya, bukan sangat tentang tanggungjawab bersama atau apa-apa prinsip.

 Sama seperti akal waras, prinsip adalah apa yang kelihatan kurang dalam kerajaan.

 Dan ironinya, Najiblah yang pernah berkata bahawa zaman “kerajaan tahu semua” sudah berakhir dan mengalu-alukan kritikan.

KEBODOHAN APAKAH sehinggakan yang dah kalah dlm pilihanraya pon boleh dilantik jadi menteri..??!!


Netizen marah Muhyiddin digugurkan


logo muhyiddin

SHAH ALAM - Sebaik sahaja Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan gugur dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, kebanyakan pengguna media sosial mula mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Di laman sosial Facebook, rata-rata netizen mula melahirkan rasa tidak puas hati dan berpendapat bahawa Muhyiddin patut dikekalkan untuk terus mendukung barisan kepimpinan kerajaan.
 
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhammad Izzudin Al Qassam melahirkan rasa hairan ke atas tindakan Najib itu.
 
“Najib, kenapa pecat Muhyiddin daripada jawatan TPM? Pelik la,” tulisnya di ruangan komen di akaun rasmi milik Perdana Menteri.
 
Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Jessica Lee turut melahirkan persoalan yang sama terhadap tindakan Najib.

Shafie akur, perjuangan selama ini untuk rakyat


 Shafie akur, perjuangan selama ini untuk rakyat

SHAH ALAM - "Pandangan yang saya berikan adalah demi untuk menguatkan Umno dan niat ini bertujuan untuk meletakkan negara di landasan yang sepatutnya,” demikian ujar bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
 
Berkata menerusi kenyataan pada hari ini, jelas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak untuk merombak kabinet sekiranya perjuangannya tidak selari dengan pendirian pemimpin negara ini.
 
“Selama ini saya telah memperjuangkan kepentingan rakyat dan sentimen akar umbi.
 
“Sekiranya ia dianggap tidak selari dengan pendirian, maka itu adalah hak beliau sebagai perdana menteri untuk membuat rombakan,” katanya.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dalam satu sidang media mengumumkan barisan Kabinet baharunya yang antara lain menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.
 

Dipecat: Tak perlu sedih, kata Shafie Apdal


Mohd Shafie Apdal

KUALA LUMPUR - "Tak perlu sedih, tak perlu risau kalau berjuang untuk rakyat, " kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Beliau yang ditemui di kediaman bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan mengulas lanjut berhubung pengguguran beliau dari Kabinet.

Shafie sebelum ini memegang jawatan Menteri Luar Bandar yang kini diganti Datuk Seri Ismail Sabri.

Walau diasak dengan pelbagai soalan beliau hanya melemparkan senyuman dan mengatakan tidak perlu bersedih dengan apa yang berlaku.

Shafie keluar daripada kediaman Muhyiddin kira-kira jam 4.20 petang turut kelihatan tenang dengan diiringi beberapa orang pegawai khas beliau.

Selain beliau, turut kelihatan memberikan sokongan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu adalah Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Al Habshee, bekas calon Ahli Parlimen Shah Alam, Zulkifli Nordin dan adik Menteri Besar Selangor, Umi Hafilda Ali.

Senarai penuh Kabinet baharu Najib

Senarai Kabinet penuh baharu
Perdana Menteri, Menteri Kewangan
Datuk Seri Najib Tun Razak
 
Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Dalam Negeri
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Masir Anak Kujat
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Mah Siew Keong
Datuk Seri Jamil Khir Baharom 
Datuk Seri Idris Jala 
Datuk Seri Joseph Kurup
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Datuk Paul Low Seng Kuan
Nancy Shukri
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Ir Dr Wee Ka Siong
Datuk Seri Azalina Othman Said
 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Razali Ibrahim
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
 
Menteri Kewangan II
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan 
Chua Tee Yong 
Datuk Johari Abdul Ghani 
 
Menteri Pengangkutan
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Pengangkutan
Datuk Aziz Kaprawi
 
Menteri Kesihatan 
Datuk Seri Dr S. Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan 
Datuk Seri Dr Hilmi Yahya
 
Menteri Pelancongan 
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan 
Datuk Mas Ermieyati Samsudin
 
Menteri Pertahanan 
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri Pertahanan 
Datuk Wira Johari Baharom
 

Pemecatan Gani Patail tidak sah



NEGARA dikejutkan dengan berita penamatan perkhidmatan (pemecatan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkuat kuasa semalam, 27/7/2015). Manakala Tan Sri Apandi Ali (bekas Hakim Mahkamah Persekutuan) telah dilantik sebagai Peguam Negara yang baru.
Walau bagaimanapun, Tan Sri Gani Patail, sebagaimana laporan berita online, dilaporkan sebagai tidak mengetahui mengenai pemecatan tersebut sehinggalah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Perkara yang jelas, pemecatan Tan Sri Gani Patail adalah langkah terburu-buru serta bercanggah dengan perlembagaan. Berdasarkan penelitian terhadap peruntukan Artikel 145(1) Perlembagaan Persekutuan, kedudukan dan status Peguam Negara adalah sama taraf dengan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

Perkara 145(6) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Peguam Negara tidak boleh dipecat melainkan berdasarkan sebab-sebab dan kaedah-kaedah yang sama sebagaimana pemecatan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan [..shall not be removed from office except on the like grounds and in the like manner as a judge of the Federal Court].

Najib mengikuti rapat taktik Mahathir

SURVIVAL politik Datuk Seri Najib Razak terbukti melebihi segalanya.
 
Kini, ia semakin jelas bahawa Najib sedang meniru satu demi satu langkah teknik survival politik yang ditinggalkan bekas mentornya Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau mengambil langkah berani membuang Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri setelah Umno menunda pemilihan parti ke 2018.
 
Di zaman Dr Mahathir, beliau pernah menggantikan tiga timbalannya iaitu Tun Musa Hitam meletak jawatan (1986), Tun Ghafar meletak jawatan (1993) dan akhirnya TPM Dato Seri Anwar dipecat (1998).
 
Di zaman Dr Mahathir juga, pelbagai skandal kewangan berlaku seperti skandal RM30 bilion tukaran wang asing 1992, skandal MAS, Perwaja dan sebagainya.
 
Namun, Dr Mahathir kekal sebagai PM selama 22 tahun. Formula Dr Mahathir memang terbukti berjaya.
 
Cuma Najib perlu ingat, perbezaan ketara zaman Dr Mahathir dan zaman sekarang ialah wujudnya internet. Maklumat hari ini bergerak dengan dahsyat, manakala di zaman Dr Mahathir maklumat dapat dikawal kerana rakyat terpaksa bergantung pada TV dan suratkhabar sahaja.
 
Beberapa peristiwa penting perlu diberi perhatian selepas ini:
 
Apakah Peguam Negara yang baru ini boleh bertindak berani mempertahankan siasatan pasukan petugas khas 1MDB dan memastikan Najib dipanggil untuk disoalsiat tanpa pilih kasih?
 
Apa Muhyiddin akan selamat sebagai Timbalan Presiden Umno untuk tempoh 48 jam akan datang? Jika tidak, apakah ada pemberontakan daripada Umno Johor, kubu kuat Umno menjelang PRU14?
 
Apakah ada yang menolak perlantikan terbaru ke kabinet, terutamanya Datuk Seri Nur Jazlan? Tanpa Nur Jazlan di PAC, siapakah pengerusi PAC yang baru? Apakah beliau dapat memberi jaminan tidak tunduk pada tekanan untuk membuang Tony Pua, pengkritik 1MDB sebagai ahli PAC?
 

Umi Hafilda ke rumah Muhyiddin, keluar Umno

Saksi kes liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Umi Hafilda Ali mengumumkan keluar Umno kerana tidak puas hati dengan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.

Beliau malah mengumumkan perkara itu kepada media di rumah Muhyiddin di Bukit Damansara hari ini, yang menyaksikan penyokongnya mula berkumpul.

"Atas apa yang berlaku terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, saya Umi Hafilda Ali yang pernah menjadi saksi pertama kepada kerajaan dalam kes Anwar Ibrahim mengisytiharkan saya keluar dari Umno,” katanya.

Umi Hafilda berkata beliau seorang anggota Umno bahagian Gombak.

Najib gila kuasa - Azmin Ali

Najib dikatakan membuat tindakan untuk menyelamatkan diri daripada dakwaan salah guna kuasa
azmin,najib
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan sebagai seorang yang mementingkan diri sendiri dan gila kuasa.
Dakwaan itu dibuat oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.
Menurut Azmin, tindakan Najib menamatkan perkhidmatan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail dan penyingkiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada portfolio yang disandang adalah sebagai langkah untuk menyelamatkan diri beliau daripada terus disiasat berhubung salah guna kuasa berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari kabinet hanya beberapa hari selepas beliau memberi kenyataan agar Perdana Menteri memberikan jawapan berhubung skandal 1MDB.
“(Dan)….pemecatan Abdul Ghani Patail selaku Peguam Negara, salah seorang anggota panel menyiasat skandal 1MDB, memberikan gambaran Perdana Menteri bertindak untuk mempertahankan kedudukan dan regimnya dari disiasat oleh panel bebas atas pelbagai salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan berbilion ringgit,” katanya dalam satu kenyataan .
Sehubungan itu, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menggesa seluruh Ahli Parlimen tanpa mengira parti supaya bersatu untuk menyelamatkan Malaysia daripada terus terpalit dalam krisis tersebut di bawah pentadbiran Najib.
“Ahli-ahli parlimen tanpa mengira parti perlu bersatu padu untuk menyelamatkan Malaysia. Rakyat tidak memberikan dokongan kepada mana-mana ahli Parlimen untuk duduk diam dan membiarkan negara menjunam ke dalam gaung krisis yang semakin parah,” katanya.

Shafie Apdal tidak akan mengalah

Ahli Parlimen Samporna itu berikrar tidak akan putus asa dan akan terus berjuang untuk rakyat
shafie-apdal
PETALING JAYA: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang digugurkan daripada jemaah Kabinet, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak akan berputus asa.
Sebaliknya akan akan terus menjadi berjuang untuk rakyat.
Katanya, pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak akan membuat beliau berputus asa.
“Never worries, never be sad when you fight for rakyat,” katanya ketika ditemui di kediaman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Bukit Damansara.
Dalam kenyataan sebelum ini, Ahli Parlimen Samporna itu mempertahankan tindakannya dan tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dengan pandangannya yang tidak selari dengan Najib dalam beberapa isu.
“Pandangan yang saya berikan adalah demi untuk menguatkan UMNO dan niat ini bertujuan untuk meletakkan negara ke landasan yang sepatutnya,” petik kenyataan itu.

Penyokong Muhyiddin lepas geram di Facebook Najib

Pengguna masukkan doa rakyat yang untuk pemimpin yang zalim di ruang komen Facebook Najib
najib_6comt
PETALING JAYA: Laman Facebook rasmi Perdana Menteri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi sasaran kemarahan yang dipercayai dibuat penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mereka yang marah dengan keputusan Najib menggugurkan timbalannya menggunakan ruang komen di laman berkenaan untuk melepas geram.
Mereka berkongsi komen ‘****SUPPORT Muhyiddin Yassin’ yang diulang beberapa kali dalam satu komen selain diikuti beberapa ratus orang.
Turut dimasukkan doa rakyat untuk pemimpin yang zalim.
Komen tersebut dimasukkan sebaik Najib mengemaskini status, ‘Kenyataan Media YAB Perdana Menteri Mengenai Rombakan Kabinet”.
Malah status rakaman ucapan takziah kepada keluarga bekas Presiden Indian, Dr. APJ Abdul Kalam yang meninggal dunia juga diserang dengan komen yang sama.

Pemecatan TPM: Umi Hafilda malu, umum keluar Umno

ANWAR IBRAHIM - MAT SABU 'ANTARA AKIDAH DAN AKHLAK'

Bai'ah Tak Sah, Tak Perlu Letak Jawatan - Bang Mat

PKR Desak Jawatankuasa Krisis Ditubuhkan

Opposition initiating to set up transition government

Tony Pua: "We want to put to an end to current turmoil"

Mat Sabu : Muhyiddin's exit strengthens Najib's position

PKR Sedia Gerakkan Undi Tak Percaya Kepada Najib

Perlantikan AG baru tiada kaitan dengan personaliti - Hishammuddin

Usul undi tak percaya menunggu Najib di Dewan Rakyat

DAP: PMO tak sepatut bercakap bagi pihak Pasukan Khas Skandal 1MDB

'Tukar AG ketika siasatan 1MDB akan bermasalah’

DAP ikrar terus pertahan Pua, The Edge dedah 1MDB

'Tiada sedih, bimbang bila berjuang untuk rakyat' - Shafie Apdal

Muhyiddin reda gugur kerana skandal 1MDB, serah kepada Allah

Ambiga: 1MDB critics out in 24hrs, isn't it obvious?

JANGAN DISANGKAL.. pemilihan dalam kabinet najib benar2 mengikut SUNNAH RASULULLAH S.A.W.



Kasihan... yang pertahankan kebenaran akhirnya ditendang jua.. KENAPA ??!!


Undi tidak percaya menanti Najib

Pembangkang cadang syor undi tidak percaya dibuat segera bagi memecat Perdana Menteri
mat-sabu-najib
PETALING JAYA: Pembangkang mendesak satu undi tidak percaya dibuat di Dewan Rakyat bagi menyingkirkan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Cadangan itu dibuat bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Dia yang mendakwa mewakili kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Gerakan Harapan Baharu (GHB) mengesyorkan tindakan itu dibuat di luar sidang Dewan Rakyat atau pada sesi akan datang.
Ia akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Najib.
Jelasnya, sebaik Presiden UMNO itu disingkir, sebuah ‘Kerajaan Peralihan’ akan dibentuk.
“Antaranya Perdana Menteri interim dari kalangan pimpinan terkanan (‘elder statesman’) bagi tempoh satu tahun sehingga PRU14 yang dipanggil di akhir tempoh tersebut.
“Reformasi institusi-institusi penting untuk memastikan PRU14 akan berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan dan undang-undang dikembalikan, “ katanya.
Sementara itu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memaklumkan kepimpinan pembangkang telah menyenaraikan beberapa nama untuk menjadi calon Perdana Menteri.
“Antaranya bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad.
“Mat Sabu juga boleh jadi Perdana Menteri dalam kerajaan peralihan ini sekiranya rakyat banyak menyokongnya,” katanya.

Dipecat: Muhyiddin pertahan pendirian kritik Najib

TPM redha digugur selepas cuba pertahan hak rakyat parti dan negara
muhyiddin
PETALING JAYA:  Tan Sri Muhyiddin menerima dengan hati terbuka keputusan Perdana Menteri, menggugurkannya daripada portfolio yang disandang.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Presiden UMNO, berkata dia menghormati kuasa prerogatif Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.
“Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
“Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara.
“Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha,” petik kenyataan beliau.
Ikrar Ahli Parlimen Pagoh itu, penyingkirannya tidak akan menjejaskan kesetiannya terhadap parti.
“Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO,” janji Muhyiddin.

Dipecat: Hishammuddin nasihat Muhyiddin jangan melatah

Perdana Menteri berhak membuat rombakan kabinet dan semua pihak mesti akur.
hishamuddin-muhyiddin
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran kepada mereka yang tersingkir daripada jemaah menteri kabinet termasuk Timbalan Presiden UMNO, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak melatah dan menerima hakikat.
Katanya, dalam landskap politik ketika ini apa juga keputusan boleh berlaku.
Tegasnya, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah membuat keputusan dan beliau mempunyai hak berbuat demikian.
“Dalam langskap politik hari ini kita jangan latah, kita kena rasional jangan emosi, ini hak Perdana Menteri dan Perdana Menteri telah membuat keputusan.
“Kita kena rapatkan barisan kita dan patuh apa jua keputusan ini realiti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 pada Selasa.
Diminta mengulas pertantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu, Hishammuddin berharap beliau akan lebih bertanggunjawab dan memastikan kepentingan parti dan negara sentiada diutamakan.
“Saya harap beliau (Zahid) laksanakan tanggungjawab dengan baik dan memastikan kepentingan parti dan negara sentiasa menjadi keutamaan dalam melaksanakan tugas,” katanya.

Pecat TPM, Najib amal pendekatan kuku besi

SimPETALING JAYA 28 JULAI- Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai anggota kabinet mengesahkan bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kini bersifat kuku besi dan lebih mengutamakan kuasa demi kelangsungan peribadinya, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin.
Beliau berkata, Najib kini lebih menumpukan kepada usaha untuk memperluaskan kuasa politiknya dan mengenepikan segala pandangan daripada individu paling kanan dalam pentabirannya.
“Belum pernah dalam sejarah kabinet Malaysia, Peguam Negara dan Timbalan Perdana Menteri disingkirkan pada hari yang sama.
“Ini jelas menunjukkan bahawa pentadbiran Najib ini bersifat kuku besi demi survival politik beliau hinggakan sanggup mematikan ruang demokrasi dan pandangan daripada individu terpenting dalam kabinetnya sendiri,” jelasnya ketika ditemui  di lobi The Club, di sini.
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman kabinet baru oleh Perdana Menteri hari ini yang menyaksikan penyingkiran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Pagoh itu digantikan Datuk Seri Zahid Hamidi yang turut kekal memegang porfolio Kementerian Dalam Negeri.

Turun ke jalan raya, amaran buat Najib – Mat Sabu

matsabuPETALING JAYA 28 JULAI: Pengerusi Gerakan Harapan Baru, Mohammad Sabu memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa rakyat akan turun ke jalan raya sekiranya Perdana Menteri menggunakan kekerasan secara berterusan untuk menyekat mana-mana individu yang mengkritik pentadbirannya.
Bercakap dalam sidang media di The Club Petaling Jaya hari ini, beliau berkata, tekanan itu bagi membolehkan Perdana Menteri dijatuhkan melalui demokrasi yang ditentukan rakyat sendiri.
“Sekiranya beliau meneruskan amalan biasa dalam Umno yang memenjarakan lawan politik pembangkang ketika pergolakan dalaman Umno, kami pasti ratusan ribu rakyat akan turun ke jalan raya untuk mempercepatkan kejatuhan beliau.
“Dan saya sendiri yang akan sedia mendahuluinya,” jelasnya.
Perkara itu katanya adalah seiring dengan penafian hak demokrasi oleh Perdana Menteri selepas beberapa siri penahanan dan penangkapan pimpinan pembangkang termasuk beberapa pihak yang lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri itu.

Undi tak percaya terhadap Najib untuk selamatkan negara

PR baruPETALING JAYA 28 JULAI: Gabungan pemimpin pembangkang dari KEADILAN, DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) menggesa seluruh Ahli Parlimen (MP) termasuk dari Barisan Nasional bersatu bagi mengemukakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ia berikutan ketidaktentuan politik dan sosial dalam negara serta pendedahan terbaru skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) melibatkan Najib secara langsung seperti didedah akhbar Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini.
Pengerusi GHB, Mohammad Sabu menjelaskan tindakan itu perlu bagi menyelamatkan masa depan negara.
“Seluruh negara kini menjadi mangsa apabila urusan pentadbiran negara dan pembangunan dikorbankan demi percaturan politik Najib.
“Kedegilan Najib untuk terus berkuasa akan mengheret negara dengan ketidaktentuan selagi ia tidak diselesaikan segera,” tambah Mohammad Sabu pada sidang media di Bandar Utama, di sini.
Hadir sama, Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli; MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengarah JawatanKuasa Pilihan Raya KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin dan ramai lagi.
Pemimpin GHB antaranya Khalid Samad, Saari Sugib, MP Sepang, Hanifa Maidin serta Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).

Memang benar qada qadar kamu yang 'kipas' tegar sejak tragedi 1998 lagi..

JANGAN LUPA, harap tunaikan janji bawa masuk 1.5 juta bangla ke Malaysia.. 
Agar Barisan Netanyahu dapat kekal dunia & akhirat..

Najib gugur Muhyiddin demi kepentingan politik, negara

Menurut Najib rombakan kabinet dibuat bagi hadapi cabaran mengurus menjelang PRU14.
muhyidinyassin
PUTRAJAYA: Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri satu keputusan yang amat sukar.
Pengakuan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika pengumuman rombakan Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, pada Selasa.
Katanya, tindakan itu terpaksa dibuat atas alasan kepentingan kerajaan dan negara.
“Rombakan kabinet hari ini dibuat bagi memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14,” ujarnya.
Menurut beliau, keputusan menggugurkan Muhyiddin, tiga orang menteri dan seorang timbalan menteri serta perubahan portfolio dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor.
“Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Barisan Nasional (BN) kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke -13,” ujarnya.

Saya reda digugur demi hak rakyat, 1MDB - Muhyiddin


Muhyiddin Yassin

SHAH ALAM - Dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha,” demikian reaksi bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Meluahkan rasa terbuka terhadap keputusan yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi, jelas Muhyiddin menerusi laman Facebooknya, beliau menerima keputusan tersebut serta menghormati kuasa prerogatif Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

“Saya menerima keputusan Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada Kabinet dengan hati yang terbuka.

“Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah.

“Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan penghargaan kepada peluang untuk menggalas tugasan yang diberikan sejak 2009 lalu.

“Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Berhati-hatilah dengan spesis sebegini...!!

Bila manusia sering bertukar-tukar 'wajah' 
demi kepentingan tertentu..

Muhyiddin, TPM kedua disingkir selepas Anwar dalam sejarah Malaysia

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilucutkan jawatannya kini menyertai Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu-satunya timbalan perdana menteri yang pernah dipecat dalam sejarah politik Malaysia.

Jawatan itu bagaimanapun, sering diselubungi kontroversi, di mana dahulu Tun Musa Hitam yang memegang jawatan itu dari 1981 hingga 1986, meletakkan jawatan kerana perbezaan pendapat dengan perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, serta Tun Ghafar Baba, yang mengambil alih jawatan pada 1986 tetapi dikalahkan Anwar pada 1993.

Anwar dipecat pada 2 September, 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat.

 Muhyiddin, 68, mula menceburi politik apabila bertanding sebagai calon dan memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada 1978, yang dipegangnya selama dua penggal hingga 1986.

Beliau kemudian bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang yang juga dimenanginya, membuka jalan baginya untuk menjadi menteri besar Johor pada 1986. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai timbalan menteri dalam dua kementerian.

Selepas khidmatnya sebagai menteri besar Johor tamat, Muhyiddin memegang beberapa portfolio berbeza sebelum dilantik sebagai timbalan perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Razak pada April 2009.

Beliau memegang portfolio sebagai menteri pendidikan pada April 2009 dan dua bulan kemudian mengumumkan yang kerajaan akan memansuhkan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang diperkenalkan Dr Mahathir pada 2003.

Muhyiddin juga mengundang kontroversi pada Mac 2010 apabila mengisytiharkan yang beliau seorang Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian, apabila bercakap berkaitan dengan slogan 1Malaysia Najib.

Ahli PAC dilantik ke Kabinet, siasatan skandal 1MDB kini meragukan


Timbul persoalan hari ini apabila anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diangkat ke dalam Kabinet ketika siasatan masih berlangsung berhubung skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, bersama Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dan Datuk Mas Ermieyati Samsul dilantik menjadi timbalan menteri.

Nur Jazlan kini memegang jawatan timbalan menteri dalam negeri, manakala Reezal Merican dilantik sebagai timbalan menteri luar dan Mas Ermieyati dilantik menjadi timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan.

Seorang lagi anggota PAC, Datuk Wilfred Madius Tangau kini merupakan menteri sains, teknologi, dan inovasi. Sebelum ini, jawatankuasa bipartisan itu dianggotai 13 ahli, merangkumi 8 daripada Barisan Nasional dan 5 daripada pembangkang.

Dengan rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, terdapat keperluan menggantikan 4 anggota PAC itu untuk meneruskan inkuiri terhadap 1MDB minggu hadapan. Bekas dan eksekutif 1MDB dijangka hadir ke inkuiri PAC bermula 4 Ogos hadapan.

KABINET AMPU: PASTIKAN AMALAN JILAT DIPERTINGKATKAN


Tips nak jadi menteri di Malaysia..

JANGAN hentam Najib terang2an..
JANGAN hentam Rosmah..
JANGAN hentam skandal 1MDB..
..akan tetapi PASTIKAN AMALAN JILAT DIPERTINGKATKAN

kalau nak duduk kekal lama dalam kabinet Pahlawan Bugis..

Rombakan Kabinet: 7 menteri, 9 timbalan menteri baharu dilantik, 5 digugur

Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan:  
Datuk Seri Mohd Najib Razak

Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri:  
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri Kewangan: 
Datuk Chua Tee Yong
 Datuk Johari Abd Ghani

Timbalan Menteri Dalam Negeri:  
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Tuan Masir Anak Kujat

Menteri Kewangan II: 
 Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Menteri Pengangkutan: 
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Pengangkutan: 
Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan: 
Datuk Seri Dr Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan:  
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri: 
Datuk Mah Siew Keong
      Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
  Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Datuk Azalina Othma
Nancy Shukri
  Datuk Seri Abd Wahid Omar
Datuk Ir Dr Wee Ka Siong
Datuk Paul Low Seng Kuan
   Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom
 Senator Datuk Seri Idris Jala
Tan Sri Panglima Joseph Kurup

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:
  Datuk Razali Ibrahim
  Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
  (Hal Ehwal Agama)

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: 
 Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: 
Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Pertahanan:  
Datuk Seri Hishammuddin Hussien
Timbalan Menteri Pertahanan: 
Datuk Wira Mohd Johari Baharum

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: 
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: 
Senator Datuk Lee Chee Leong
  Datuk Ahmad Maslan

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II: 
Datuk Seri Ong Ka Chuan

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi:  
Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan: 
Datuk Noriah Kasnon

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: 
Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Timbalan Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

Menteri Belia dan Sukan:  
Khairy Jamaluddin
Timbalan:  
Datuk Saravanan Murugan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan:  
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: 
Datuk Halimah Mohd Saidique

Menteri Komunikasi dan Media: 
]Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Keruak
Timbalan Menteri Komunikasi dan Media
Datuk Jailani Johari

Menteri Pendidikan:  
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan: 
 P. Kamalanthan
Senator Chong Sin Woon

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK): Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan KPDNKK:  
Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Sumber Asli dan Sekitar:  
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Sekitar: 
Datuk Dr Ir Hamim Samuri

Menteri Petanian dan Industri Asas Tani:  
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:  
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: 
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan: 
 Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan II: 
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Menteri Luar Negeri: 
Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan: 
Datuk Seri Reezal Merican

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi:  
Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri  Sains Teknologi dan Inovasi:  
Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: 
Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: 
Datuk Azizah Mohd Dun
      Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Kerja Raya: 
 Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raya
Datuk Rosnah Shirlin

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri Richard Riot
Timbalan Menteri Sumber Manusia : 
Datuk Seri Ismail Muttalib

Menteri Wilayah Persekutuan: 
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Timbalan: 
Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan

Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan:  
Datuk Yap Kain Ching

Pembangkang desak Muhyiddin dan ahli Parlimen BN tubuh kerajaan peralihan

Tanpa disertai PAS, pemimpin pembangkang dari PKR, DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) hari ini mendesak bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) supaya menubuhkan sebuah kerajaan peralihan.

Pengerusi pro-tem GHB Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kerajaan peralihan itu dicadangkan ditubuhkan selepas Dewan Rakyat bersidang pada sesi akan datang iaitu pada Oktober.

Katanya, ia wajar disokong dengan empat terma rujukan yang khusus, termasuk dengan melantik seorang "perdana menteri interim" daripada kalangan pemimpin terkanan dalam negara.

 Perdana menteri interim ini diharap boleh memainkan peranan bagi tempoh satu tahun sehingga pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diadakan, kata Mat Sabu pada satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.

 "Terma kedua ialah dengan melakukan reformasi terhadap institusi-institusi penting bagi memastikan PRU14 berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan dan undang-undang dikembalikan. "Terma ketiga ialah perlunya diadakan rombakan terhadap dasar-dasar ekonomi yang menindas rakyat.

 "Manakala terma terakhir ialah dicari penyelesaian kepada skandal-skandal utama negara termasuk syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dengan matlamat memastikan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Mengulas desas-desus Muhyiddin akan disingkirkan dari Kabinet seperti laporan The Malaysian Insider pagi ini, Mat Sabu yang bercakap sebelum pengumuman mengenai rombakan Kabinet dibuat perdana menteri mengatakan, bekas timbalan perdana menteri itu perlu menyokong usaha ke arah kerajaan peralihan tersebut.

Rombakan Kabinet: TPM dan 4 menteri digugurkan, 4 muka baharu, 3 dinaikkan pangkat, 2 muka lama masuk

PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada barisan kabinet baharu demikian diumumkan pada Selasa dan tempatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri diambil alih oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Ahmad Zahid akan terus memegang portfolio Menteri Dalam Negeri.

Pengumuman rombakan kabinet secara langsung menerusi televisyen itu menyaksikan lima orang digugurkan dan tujuh dilantik menteri baharu.

Mereka yang digugurkan:

- Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri/Menteri Pendidikan)

- Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

- Datuk Seri Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

- Datuk Seri G. Palanivel (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

- Datuk Dr Ewon Ebin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)

Daripada tujuh menteri baharu itu, tiga merupakan timbalan menteri yang dinaikkan pangkat.

Mereka ialah:

- Datuk Hamzah Zainudin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

- Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

- Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan)

Muka baharu ialah:

- Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)

- Senator Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia)

Dua lagi muka lama yang menyertai semula kabinet:

- Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

- Datuk Seri Ong Ka Chuan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II)

-- BERNAMA

Bapa Digugurkan Jawatan TPM, Najwa Dapat Sokongan

PETALING JAYA: Anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu penyanyi Najwa Mahiaddin mendapat sokongan peminat selepas bapanya digugurkan daripada memegang jawatan dalam kabinet.

Najwa yang memuat naik status “Allah knows best” (Allah lebih tahu) di laman sosial Twitter miliknya turut menganggap apa yang berlaku adalah qada dan qadar daripada Allah.

Status Najwa Mahiaddin yang mendapat sokongan peminat selepas bapanya digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.