Isnin, 27 Julai 2015

Di sebuah negara yang bernama.. MALAYSIA.!!!!!

Air mani lebih bahaya daripada RM42,000,000,000..

ESOK DAH SELASA KALI KE-4 !!.. Nak tunggu Selasa bila nak saman WSJ ??!!


Mana samannya Najib !!!

Katanya nak failkan saman itu melalui peguamnya di Kuala Lumpur pd 7/7/2015.. TAPI MANA ??!!

Penyokong2 & tukang jilat Najib apa komen.. Kenapa membisu !!!

MAHB terlalu berkuasa di di KLIA2?

Kementerian Pengangkutan dikatakan tunduk kepada MAHB di KLIA2.
Sim-Tze-Tzin_KLIA
PETALING JAYA:Kementerian Pengangkutan dikatakan gagal menyelesaikan masalah mendapan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Dakwaan itu dibuat Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sim Tze Tzin.
Katanya, kegagalan Kementerian Pengangkutan memantau masalah yang berlaku di KLIA2, menyebabkan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) bertindak sesuka hati..
Dalam kenyataannya, Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, masalah mendapan itu timbul kerana lokasi pembinaan terminal yang dikatakannya tidak sesuai.
“Tetapi MAHB mengambil keputusan membina KLIA2 di tapak barat yang merupakan tanah gambut. Ini telah diketahui sejak 1992! Selain itu, perubahan rekabentuk finger pier kepada satelit concept yang memakan belanja jauh lebih besar juga diputuskan oleh MAHB,” dakwanya.
Tambah Tze Tzin, dia juga mendesak pihak Kementerian Pengangkutan supaya menyatakan pendirian rasmi berhubung perubahan pelan Induk yang dibuat MAHB.
“Saya mendesak Menteri Pengangkutan menjawab adakah pihak kementerian bersetuju atau tidak bersetuju perubahan Pelan Induk KLIA oleh MAHB?
“Siapakah yang membuat keputusan-keputusan tersebut, pegawai mana dalam MAHB dan Kementeri Pengangkutan?,” solanya.

Persoal Skandal 1MDB: Dari Sabah, peluru pertama buat Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin patut meletakkan jawatan kerana tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata speaker Sabah.

Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Muhyiddin patut meneladani jejak langkah Tun Musa Hitam, timbalan perdana menteri ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan Muhyiddin semalam, kata Salleh (gambar), secara tersirat bermaksud undi tidak percaya terhadap perdana menteri selepas didakwa menyebabkan orang ramai tertanya-tanya dalam isu 1MDB.

“Perkara mulia dan terhormat untuk dilakukan Muhyddin, seperti dilakukan Musa Hitam dulu, letak jawatan kerana apabila beliau tidak lagi yakin dengan perdana menteri, berdasarkan prinsip beliau tidak layak lagi kekal dalam kerajaan,” katanya dalam blog hari ini.

Bekas ketua menteri Sabah itu berkata  Muhyiddin memberikan gambarkan bahawa kabinet dan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak tahu menahu berkaitan isu sekitar kontroversi syarikat pelaburan kontroversi negara itu.

Muhyiddin semalam memberi amaran bahawa Umno berdepan krisis kepercayaan ekoran kontroversi 1MDB.

Bercakap di Mesyuarat Agung Umno Cheras malam, Muhyiddin berkata jika pilihan raya umum diadakan dalam masa yang terdekat, Umno akan tewas.

Timbalan perdana menteri juga berkata tiada seorang pun yang boleh memberi penjelasan sebenar berhubung isu 1MDB termasuk yang berada dalam kabinet.

Muhyiddin should resign since he has no confidence in PM

Salleh Said Keruak says the DPM’s remarks last night are a disguised vote of no confidence in Najib Razak for which he should do the noble thing and resign.
salleh-keruak_muhyiddin
PETALING JAYA: The deputy prime minister should resign from his post since he no longer has confidence in Najib Razak’s leadership, said Salleh Said Keruak when referring to the remarks Muhyiddin Yassin uttered last night about the prime minister and the controversy involving billions surrounding 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Latching onto Muhyiddin’s claim that all the Cabinet ministers had been kept in the dark regarding the goings-on at 1MDB, the Sabah State Speaker said, “However, I know for a fact that what Muhyiddin is insinuating is not true.”
Saying Muhyiddin had painted a “bleak picture” not only of the PM but the entire Cabinet including the DPM himself, Salleh asked, “Is Muhyiddin saying that those Cabinet meetings that he personally chaired were also on the same basis? Is he saying that he is totally in the dark about the Cabinet meetings that he himself chaired?”

UMNO IN CRISIS: Najib chickens out of sacking Muhyiddin, Dr M camp now has upper hand

UMNO IN CRISIS: Najib chickens out of sacking Muhyiddin, Dr M camp now has upper handKUALA LUMPUR - It looks like Prime Minister Najib Razak has 'chickened out' of a plan to sack his deputy Muhyiddin Yassin and replace him with Zahid Hamidi, the current Home Minister.
Perhaps, sensing the axe about to be wielded on him and his supporters, Muhyiddin had made an extraordinary no-holds-barred speech on Sunday night, where he demanded that the Auditor-General's report on Najib's scandal-tainted sovereign fund 1MDB be made public.
Muhyiddin also advised Najib to come clean on allegations that RM2.6 billion of 1MDB-linked funds had been chanelled to the PM's personal bank accounts.
"The news out in Umno was that Najib was to announce dropping Muhyiddin today but it looks like he has chickened out and this shows Muhyiddin has the upperhand," a political source told Malaysia Chronicle.
Be patient, Muhyiddin

Muhyiddin had made his controversial speech at the Cheras Umno division meeting last night
Indeed, there are fears down the Umno line that dropping Muhyiddin as DPM will trigger an irreparable rift that could quicken Najib's own ouster.
Najib has not made any comment on Muhyiddin's speech although the two had met earlier on Sunday at the Raya open house of former premier Abdullah Badawi.
However, this afternoon, Najib's office issued an unusual statement calling on the DPM to be patient and wait for the outcome of an ongoing probe on 1MDB.
"Everyone, especially members of administration including DPM Muhyiddin, should wait for the outcome of probe into 1MDB issue," said the Prime Minister's Office in a one-paragraph statement, according to Bernama.
PMO statement 'insulting' to Muhyiddin, Najib may still sack him to save himself from being arrested
The PMO's statement is unlikely to stop the bitter clash between the two men as Najib is not only fighting for political survival but also to stay out of jail, where he could be sent if found guilty of criminal breach of trust in the 1MDB financial debacle.

Muhyiddin and Najib in better times
Some in the Muhyiddin camp have ridiculed the statement from the PMO, claiming it insulted the DPM by suggesting he was 'hungry for power'.

Keluarga terkilan tak dapat serah Anwar kuih raya

Qazaf: Anwar di penjara, 6 peguam sukar dapat arahan

Dah nak masuk 4 kali SELASA ni.. Bila lagi Najib nak saman WSJ ??!!..


MALAYSIA LAGI !!!..

Rekod pemerdagangan manusia Malaysia sekali lagi dikritik apabila industri penanaman kelapa sawit didakwa salah satu pesalah terbesar dalam penggunaan buruh paksa.

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan, pendatang asing tanpa izin dari Bangladesh dan Rohingya yang bekerja di ladang kelapa sawit dinafikan gaji dan sering disalah guna.

Sebuah ladang kelapa sawit yang dikawal Felda Global Ventures, pengurus ladang kelapa sawit terbesar dunia, dipetik WSJ sebagai salah satu majikan kepada pekerja buruh paksa.

WSJ melaporkan Felda menafikan pekerjanya, hampir 85% daripada mereka pekerja asing, ditahan pendapatan dan pasport mereka.

Anwar di penjara, kes qazaf tergendala

Walaupun wakalah (pelantikan) peguam telah dibacakan bagi melantik peguam untuk kes rayuan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, namun masih terdapat halangan yang perlu dilalui oleh pihak peguam.

Menurut peguam Anwar, Kamar Ainiah Kamaruzaman, pihaknya berdepan dengan cabaran untuk mendapat arahan daripada anak guamnya memandangkan bekas ketua pembangkang itu kini berada dalam penjara.

Katanya, dengan deretan permohonan daripada peguam-peguam lain untuk bertemu Anwar di Penjara Sungai Buloh, kes rayuan qazaf tersebut mungkin akan memakan masa.

"Ada cabaran kami iaitu untuk dapatkan arahan daripada Datuk Seri kerana beliau dalam penjara. Hari ini hanya untuk wakalah sahaja. Kami ada mohon tadi sejam untuk berbincang dengan Datuk Seri untuk dapatkan arahan dari beliau tetapi Pendaftar tak benarkan.

"Selepas ini kami akan buat permohonan lain. (Kerana) nak dapatkan arahan dari Datuk Seri kena duduk dan perlu buat catitan. Di penjara susah," katanya kepada pemberita selepas sesi lantikan peguam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Selain Kamar (gambar), Anwar hari ini juga melantik enam orang peguam untuk mewakilinya dalam kes rayuan qazaf itu. Antara yang dilantik ialah Datuk Dr Mohd Rafie Mohd Shafie, Dr Mohd Reza Mohd Rafie dan Fazlina Mohd Sidek.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tarikh perbicaraan kes rayuan itu, Kamar berkata ia masih belum ditetapkan memandangkan pihaknya perlu menjawab afidavit daripada pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Mereka memohon untuk batalkan rayuan Datuk Seri. Tarikh perbicaraan belum ditetapkan sebab sekarang ini ada permohonan untuk batal dan ketepikan permohonan Datuk Seri. Jadi kita kena hadapi itu dulu. Prosedurnya ialah kami akan menjawab (afidavit) dulu. Dan kita akan buat afidavit dalam masa terdekat yang boleh," katanya lagi.

1BestraiNet: PMSP akan buat laporan SPRM terhadap Muhyiddin

NGO itu mengaitkan kegagalan projek 1BestraiNet dan hubungan perniagaan antara Muhyiddin dengan pemilik akhbar The Edge.
ramesh-rao
PETALING JAYA: Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Memorandumnya akan dihantat kepada SPRM di Putrajaya jam 11.30 pagi pada Selasa.
PMSP diketuai Ramesh Rao selaku Presiden yang sebelum ini bertanggungjawab mendedahkan video pengakuan Lester Melanyi yang mendakwa Sarawak Report membuat penipuan terhadap dokumen mengenai 1MDB.
Dalam memorandum kali ini, PMSP mendesak supaya suruhanjaya bebas itu menyiasat kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan oleh Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan.
IMG-20150727-WA0004 
1BestariNet, projek seluruh negara yang diterajui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan YTL yang mana setiap ibu bapa, pelajar dan guru dibekalkan dengan kata laluan (ID) yang memberikan mereka akses kepada pelbagai alatan yang dapat menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

Skandal 1MDB: UMNO hilang ‘wow factor’ kata Pemuda UMNO Johor

Pergerakan Pemuda UMNO Johor sependapat dengan TPM permasalahan yang berlaku menjadi bebanan kepada parti itu.
WOW-Factor
PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda UMNO Johor menganggap UMNO bukan lagi parti yang dihormati.
Ketuanya, Hahasrin Hashim menegaskan perkembangan yang berlaku menyebabkan parti utama orang Melayu itu kini kehilangan ‘wow factor’.
Katanya, kepimpinan tertinggi UMNO perlu bertindak terhadap semua isu yang timbul dan bukan sekadar bercakap kosong.
Reaksi itu merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad.
Dalam kenyataannya, Timbalan Presiden UMNO itu mendesak supaya kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan permasalahan negara terutama isu skandal 1MDB.
Jika tidak, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, isu itu akan menjadi bebanan kepada UMNO sebagai parti yang mendukung kerajaan.
“Kami mahu apa sahaja yang diketengah oleh Muhyiddin semalam, diterjemahkan dalam bentuk tindakan dalam masa secepat mungkin.
“Khususnya dalam isu ekonomi, kos sara hidup, perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), masalah perumahan dan bebanan hutang syarikat pelaburan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Sekiranya perlu menstruktur semula kerajaan, parti atau semua GLC yang terlibat, lakukanlah dengan segera,” tegasnya.

Skandal 1MDB: K'jaan Umo@BN gagal kesan Jho Low


Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Kementerian Kewangan masih belum berjaya mengesan jutawan Low Taek Jho.

Katanya, Kementerian Kewangan mencari jutawan itu bagi mengemukakan surat untuk memaksa Low hadir ke pendengaran PAC berkenaan kes 1MDB pada 8 September.

“Kami tidak tahu di mana dia berada. Kami perlu mencarinya dahulu. Kami sudah meminta Kementerian Kewangan mencarinya.

“Jika mereka tidak tahu di mana dia berada, bagaimana mereka dapat serah surat?,” kata Nur Jazlan ketika dihubungi Malaysiakini.

MP Pulai itu berharap, laporan media yang meluas dalam kes ini akan membolehkan Jho Low mengetahui mengenai hasrat PAC dan hadir ke pendengaran tersebut untuk menjelaskan mengenai isu 1MDB.

Saya sudah hilang sabar dengan MAHB, kata Tony Fernandes


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata sudah hilang sabar dengan pengendali lapangan terbang di negara ini, Malaysia Airport Berhad (MAHB) susulan insiden yang berlaku terhadap lapangan terbang klia2 baru-baru ini. Fernandes berkata, pihaknya sudah membangkitkan berulang kali lapangan terbang itu belum bersedia dan syarikatnya enggan berpindah daripada lapangan terbang tambang murah (LCCT) sebelum ini kerana menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku.
"Saya sudah hilang sabar...sama ada saya popular atau tidak saya tidak kisah, saya akan katakan apa yang saya rasa," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini, dalam program Pelancaran Laporan Tahunan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Sektor Pelajaran 2014 bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, MAHB perlu segera memperbetulkan keadaan di klia2 dan tidak sepatutnya menunggu sehingga insiden membabitkan keselamatan berlaku baru mereka akan mengambil tindakan. "MAHB perlu betulkan, tidak boleh sembunyikan lagi, memang sekarang belum ada isu keselamatan, tapi kita tidak boleh tunggu sehingga ia berlaku," katanya.
"Kami amat sedih, sering kali kami bangkitkan, kami tak mahu berpindah, lapangan terbang belum sedia, tengok apa yang berlaku," katanya, dan menambah, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan perkara itu, tetapi tidak MAHB.
"Beliau minta diadakan pertemuan esok, tetapi MAHB perlu bertanggungjawab."
Melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya di laman media sosial, Twitter sebelum ini, Fernandes berkata, CEO AirAsia Bhd Aireen Omar tidak perlu "membuang masa beliau" pergi ke Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk menyelesaikan perkara itu.
"Sedih kerana ceo saya @aireenomar perlu membuang masanya untuk pergi ke lapangan terbang malaysia untuk menyelesaikan perkara yang tidak sepatutnya terjadi," katanha melalui Twitter miliknya @tonyfernandes.

Bila nak dakwa jerung besar 1MDB, soal Nurul Izzah

Selepas penghantar surat ditahan bagi membantu siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Nurul Izzah Anwar hari ini mempersoalkan bilakah individu utama yang terlibat dalam skandal syarikat sarat hutang itu akan disiasat polis.

Naib presiden PKR itu berkata, dengan penahanan penghantar surat itu, jelas menggambarkan sikap pilih kasih kerajaan yang tidak serius mahu menyiasat skandal berbilion ringgit membabitkan 1MDB.

 "Kepada peguam negara, bila lagi mahu dakwa? Tak akan nak cari siapa yang membancuh teh selepas ini?

 "Agak merisaukan bila mana pemilik akaun yang menerima AS$700 juta itu seolah-olah kebal sementara 'Mat Despatch' 1MDB direman tanpa asal usul sebab kepada umum.

"Negara kita seolah-olah memberi persepsi bahawa penjenayah besar, jerung besar bab rasuah, skandal 1MDB, dibiarkan lepas, hanya 'Mat Despatch' yang ditangkap," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur petang ini.

Skandal 1MDB: 'Petugas khas sudah ada cukup bukti'

Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin berkata, beliau mendapat maklumat bahawa pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB sudah memperolehi bukti memadai untuk mendakwa individu terbabit.

Tanpa mendedahkan sumbernya, A Kadir mengaitkan maklumat daripada “bekas pengawai tinggi perundangan” itu dengan siasatan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kata (sumber), undang-undang berhubung rasuah yang terpakai ke atas penjawat awam agak jelas.

“Apa yang mereka dapat yang bukan gaji atau elaun membangkitkan gambaran rasuah dan salah guna kuasa. (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) seorang penjawat awam.

"(Sumber) menyebut bahawa PM tidak menafikan pernah memiliki akaun bank peribadi di AmBank, yang pada satu masa menyimpan RM2.63 bilion,” kata Kadir dalam tulisannya di blog kadirjasin.blogspot.com.

Pergerakan wang berkenaan sebelum pada awal bulan ini dilaporkan sebagai salah satu tumpuan siasatan pasukan petugas khas dalam kes 1MDB.

Kadir juga menyatakan kebimbangan kerana melihat tumpuan siasatan polis dalam kes 1MDB sudah menyimpang kepada aspek politik.

Sebelum ini, tumpuan siasatan polis adalah ke atas aspek jenayah dalam kes 1MDB tetapi kini beralih kepada dakwaan konspirasi untuk menjatuhkan PM dan peranan Xavier Andre Justo.

Namun, Kadir berkata beliau percaya polis atau mana-mana anggota badan petugas khas itu tidak akan dapat mensabotaj atau mengalihkan tumpuan

“Mereka perlu memainkan peranan sebagai anggota pasukan atau akan dicap sebagai pembelot,” kata bekas ketua pengarang kumpulan NSTP itu lagi.

TPM hendaklah tunggu hasil siasatan 1MDB kata PMO


Semua pihak lebih-lebih lagi anggota pentadbiran termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hendaklah menunggu hasil siasatan berkaitan 1MDB, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Muhyiddin dilaporkan menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan permasalahan negara terutama isu skandal 1MDB.
 
Jika tidak, isu itu akan menjadi beban kepada Umno sebagai parti yang mendukung kerajaan, kata beliau yang juga timbalan presiden Umno.
 
Dalam satu kenyataan lewat petang ini, PMO berkata: "Sewajarnya kita mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara serta kerajaan dan Umno.

"Insya-Allah, jika kita tenang dan terus bersatu padu, kita akan dapat menangani cabaran ini dan mempertahankan sokongan rakyat kepada kerajaan dan parti.

"Sokongan rakyat terhadap kerajaan dan parti akan terhakis jika kita berbalah sesama sendiri," kata PMO lagi.

Dalam hal ini, tambahnya, tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terus membuat pelbagai tuduhan yang tidak berasas termasuk kehilangan RM42 bilion kepunyaan 1MDB walaupun penjelasan telah dibuat oleh kerajaan, turut menyumbang kepada terhakisnya kepercayaan terhadap kerajaan dan parti.

"Kerajaan berharap semua pihak bersabar menunggu hasil siasatan yang sedang berjalan terhadap 1MDB. Ini bagi menentukan kesahihan tentang pelbagai dakwaan yang wujud.

"Pada masa yang sama, kita elakkan membuat kenyataan yang boleh mengganggu-gugat kestabilan kerajaan dan perpaduan parti dan negara," tambahnya.

MEMANG BERTUAH jadi pemimpin negara.. BERTUAH LAGI jadi isteri pemimpin negara..!!


Rakyat LAGI LAH BERTUAH kerana dapat BR1M setiap tahun sampai mati. Satu2nya negara di dunia KERAjaan bg BR1M pd rakyatnya..

S'pore mana ada bagi BR1M..
Brunei pun xda bg BR1M..

PKR Johor mahu tambah 8 kerusi DUN pada PRU14

Parti itu telah mengenal pasti tiga kerusi untuk ditandingi iaitu DUN Gambi, Puteri Wangsa dan Permas.
hassan-karim
PETALING JAYA : Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor akan bertanding lapan lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.
Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim berkata, setakat ini sebanyak tiga kerusi DUN telah dikenal pasti iaitu Gambir (Parlimen Ledang), DUN Puteri Wangsa (Parlimen Tebrau) dan DUN Permas (Parlimen Pasir Gudang)
“Ini bermakna, PKR Johor akan kekal bertanding di 12 kerusi Parlimen dan bersedia untuk bertanding sekurang-kurangnya 20 kerusi daripada 56 kerusi DUN,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.
Hassan berkata, kerusi yang ditandingi pada PRU13 iaitu 12 kerusi Parlimen dan 12 kerusi akan dipertahankan.
Katanya, PKR Johor bakal menampilkan lebih ramai pimpinan muda yang mempunyai pelbagai latar belakang dan bangsa yang lebih progresif di mana mereka bersedia untuk memimpin dan membawa perubahan khususnya di negeri Johor pada PRU14.
Dia berkata, selepas Pakatan Rakyat berkubur, PKR Johor sedia mewujudkan kerja sama politik dengan mana-mana parti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang bersedia melawan UMNO/ Barisan Nasional.

Takiyuddin terkejut, hairan dipecat AJK PAS Kota Baru


Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan merasakan pemecatannya sebagai ahli jawatankuasa (AJK) Kota Baru tidak logik dan sukar untuk diterima, lapor Utusan Malaysia.

Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai pemecatan itu namun tiada sebarang surat rasmi daripada kawasan itu yang diketuai Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

"Benda (pemecatan) itu sahih tetapi saya masih belum dapat apa-apa surat lagi, saya cuma dimaklumkan saja. Saya sendiri tidak faham mengapa saya dipecat.

 "Walaupun saya dulu adalah timbalan yang dipertua PAS kawasan, saya tidak kisah dilantik sebagai AJK saja, bagi saya berkhidmat tidak memerlukan jawatan. Bagaimanapun, apa yang berlaku ini, bagai tidak logik dan sukar diterima," katanya kepada akhbar milik Umno itu.

Apabila ditanya sama ada pemecatannya itu merupakan tanda Gerakan Harapan Baru (GHB) semakin agresif di Kelantan, Takiyuddin berkata, persoalan itu perlu ditujukan kepada Wan Abdul Rahim yang juga merupakan pengerusi GHB Kelantan, kerana masih belum ada penjelasan terhadap pemecatan dirinya.

Semalam, dilaporkan PAS Kawasan Kota Baru membuat keputusan memecat Takiyuddin dalam satu mesyuarat yang tidak dihadirinya pada 15 Julai lalu.

Mesyuarat itu turut memutuskan untuk memecat pengarah pilihan raya PAS kawasan tersebut, Hamid Seman.

Ada pemimpin Umno minat masuk GHB, kata Mat Sabu

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu mendakwa terdapat pemimpin Umno yang terdiri daripada wakil rakyat serta bekas wakil rakyat menyatakan hasrat untuk menyertai mereka, lapor Utusan Malaysia.

Bekas timbalan presiden PAS yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu itu berkata, ini membuktikan parti baharu yang akan ditubuhkan untuk bersama-sama dengan DAP dan PKR itu diterima banyak pihak.

"Bukan setakat itu, pemimpin Umno (sendiri), bekas menteri (malah) ada wakil rakyat yang telefon dan bertanya boleh ke untuk sertai GHB," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Pada 13 Julai lalu, GHB secara rasmi dilancarkan, dibarisi pemimpin progresif daripada PAS yang sebelum ini tersingkir semasa pemilihan parti pada muktamar bulan lalu.

Mat Sabu berkata, GHB dilihat sebagai wadah atau entiti menggerakkan semula kerjasama parti politik.

Sudah cukup masalah dengan Pas, kata Kit Siang

KUALA LUMPUR - Cukuplah masalah yang telah ditimbulkan Pas dan tiada keperluan untuk mencari masalah lain lagi dengan parti itu.
 
Demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang enggan mengulas lanjut apabila diajukan soalan supaya membabitkan Pas dalam kempen Selamatkan Malaysia dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
"Mari fokus kepada perkara ini, sama ada boleh dilaksanakan, kita tidak tahu, bagaimana kita nak yakinnya? 
 
"Sudah cukup masalah (sedia ada), tidak perlu cari masalah lagi," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.
 
Terdahulu, Kit Siang menyeru semua pemimpin politik supaya mengetepikan perbezaan parti politik, kaum, agama, usia dan jantina untuk merealisasikan kempen Selamatkan Malaysia daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
"Sama ada menteri, ahli Parlimen, pemimpin politik, bekas pemimpin politik, masyarakat sivil, pemimpin komuniti, NGO dan sukarelawan individu perlu bersedia menyahut seruan kempen ini.
 
"DAP dan semua kuasa politik progresif sentiasa bersedia kepada usaha untuk menyelamatkan negara," ujarnya.

Pas Sabah tolak Harapan Baru, kekal dengan Hadi


Harapan Baru

KOTA KINABALU - Pas Sabah akan terus menyokong kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menolak kumpulan progresif gerakan Harapan Baharu, kata Pesuruhjayanya, Aminuddin Aling.
 
Katanya, tiada alasan untuk menubuhkan Harapan Baru dan menganggap ia diwujudkan atas dasar kekecewaan pihak tertentu kerana tidak mendapat tempat dalam pemilihan jawatan pada Muktamar Tahunan Pas, Jun lalu.
 
"Kami tetap bersama tuan guru presiden (Abdul Hadi). Yang menyertai Harapan Baharu ini adalah yang kalah dalam pemilihan jawatankuasa... dan rindu pada kedudukan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, sebagai mengulas pendirian Pas Sabah mengenai Harapan Baru.
 
Dalam pada itu, Aminuddin mengingatkan anggota Pas negeri yang berhasrat menyertai kumpulan itu agar tidak menggunakan sebarang aset milik Pas Sabah bagi berkempen untuk kumpulan berkenaan.
 
"Ini satu amaran, sekiranya terdapat ahlinya di kalangan kami di sini, saya tidak mahu mereka menggunakan premis kami, itu untuk kegunaan anggota Pas sahaja, pergi cari tempat lain," katanya.

Kecewa punca DHPP Perak isytihar keluar Pas

Kecewa punca DHPP Perak isytihar keluar Pas
Ketua DHPP Perak, Nelli Raja (dua, kanan) mengisytihar keluar Pas bagi menyatakan sokongan kepada Harapan Baru.
IPOH - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Perak mengisytiharkan keluar daripada Pas sekali gus menyokong pembentukan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) sebagai sebuah parti politik yang sah.

Ketuanya, S Nelli Raja berkata, tindakan itu dibuat selepas kecewa dengan komitmen dan hala tuju yang dibawa oleh kepimpinan baru Pas di peringkat Pusat dan negeri.

“Kita sebulat suara pada hari ini (semalam) bahawa semua ahli jawatankuasa DHPP Perak peringkat negeri dan kawasan berhenti dan meletak jawatan daripada terus menyokong Pas.

“Tindakan ini juga dibuat selepas beberapa bekas pemimpin Pas Pusat dan negeri yang banyak berjuang untuk pihak kami disingkirkan daripada saf kepimpinan baru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi Dialog Bersama Pimpinan #harapanbaru Bersama HarapanBaru Malaysia di Hotel Symphiny Suites, di sini, semalam.

'Kami bukan parti serpihan Pas' - DR DZULKEFLY AHMAD


PELANCARAN Gerakan Harapan Baru pada 13 Julai lalu, mewarnai kancah politik di negara ini. 

 
Melihatkan barisan kepimpinannya, ramai menyifatkan Harapan Baru sekadar parti serpihan Pas yang tidak akan bertahan lama. 
 
DR DZULKEFLY AHMAD Namun, tidak kurang ramai juga yang mengalu-alukan penubuhannya dan berharap ia mampu membawa pembaharuan dalam landskap politik tanah air. Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, Siti Nursyahidah Abu Bakar, Sinar Online, Nizam Zain, jurufoto, Rosli Talib dan juruvideo, Fauzi Mohamed bersama Setiausaha Harapan Baru, DR DZULKEFLY AHMAD bagi mendapatkan gambaran lanjut mengenai perjuangan entiti ini.
 
Kemunculan Harapan Baru dalam dunia politik tanah air agak mengejutkan. Lebih-lebih lagi ia ditubuhkan selepas Muktamar Pas ke-61. Barisan kepimpinannya pula terdiri daripada bekas pemimpin Pas. Ada tak penglibatan bekas pemimpin dari parti lain seperti DAP, PKR, atau Umno?
 
Terus terang saya sebutkan Harapan Baru merupakan satu inisiatif daripada sekumpulan bekas pimpinan Pas dan pertemuan pada 16 Jun lalu di Muar, Johor merupakan gerak pertama kami. Alhamdulillah, kami dapat sokongan dan maklum balas yang lantas mencetuskan satu gelombang mahukan kami terus membina dan menampilkan satu wadah politik baharu.
 
Memang betul, pengasas dan nukleusnya itu bekas pimpinan Pas. Tetapi nyata bahawa usaha kali ini akan menggembleng seluruh aktivis pimpinan NGO Islam dan bukan Islam, termasuklah Non Govermental Individual (NGI). Sama ada mereka golongan profesional, ahli akademik dan sebagainya.
 
Pendekatan kami adalah inklusif iaitu menggembleng seluruh tenaga umat dan rakyat, merentasi kaum, agama dan budaya. Jadi hasil akhirnya menyaksikan Islam yang sifatnya inklusif itu dapat kami terjemahkan dalam wadah politik ini dan bukan hanya apa yang dikatakan sebagai kelompok yang kecewa. Inilah kelainannya wadah politik yang baru ini.
 
Siapakah yang memberi idea penubuhan Harapan Baru? 
 
Sejujurnya, pada awal kekalahan kami memang berpandangan tidak akan menubuhkan satu wadah baharu. Saya sendiri dalam muktamar sebutkan kami sangat sayangkan Pas. Tetapi ketika kami membuat sesi brain storming dan wacana selepas itu, semuanya tanpa berkecuali, apabila menilai laluan Pas ketika ini, kami tanpa pertikaian, merumuskan bukan kami tetapi rakyat dan umat memerlukan penampilan sebuah wadah politik baharu berteraskan Islam dan melahirkan masyarakat madani dengan pendekatan syariah kontemporari. 
 
Kami sepakat mengatakan tiada pilihan lain, untuk menunggu perubahan dalam Pas itu mungkin tidak. Sebab apa? Yang ada hari ini akan terus perkukuhkan kedudukan mereka bukan perjuangan membela rakyat. 
 
Secara ringkas, Harapan Baru ialah parti pemimpin yang tewas pada pemilihan lalu?
 
Saya tidak mahu menggunakan istilah itu kerana kita tidak membangunkan wadah ini kerana tewas. Kami sudah tewas banyak kali. Mengapa setiap kali kami kalah tidak berlaku seperti ini? Mengapa kali ini? Jawapannya ada pada yang benar-benar memantau kami. Kami tidak mahu menyebutkannya kembali kerana setiap kali menyebutkan kenapa kami perlu wujud, ia menggores hati dan jiwa kami dan kami tidak senang untuk menyebutkannya acap kali. Cukuplah sekali dua. 
 

Ramalan politik

Oleh Timmy Say

Pada 2008, ada sesiapa yang menjangka kerajaan Barisan Nasional (BN) di Selangor bersama 4 negeri lain akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR)?
Pada 2013, persepsi dibina seolah-olah BN akan jatuh, berapa antara kita yang menjangka BN boleh menang dengan selesa?
Siapa pula yang dapat menjangka Tan Sri Khalid Ibrahim akan dibuang sebagai menteri besar Selangor setelah Selangor menyapu 44 kerusi daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan? Siapa yang menjangka ‘musuh’ Khalid yang menjadi pengganti beliau pada akhirnya?
Namun, ramalan politik tetap dibuat dari semasa ke semasa sebelum sesuatu peristiwa berlaku. Selepas ia berlaku, maka para pembuat ramalan politik akan bertukar pula menjadi pengulas politik menjelaskan mengapa sesuatu isu itu berlaku. Sekiranya ramalan politik itu tepat, maka kredit diambil. Jika ia tidak tepat, maka akan dicarinya hujah untuk memperjelaskan apa yang berlaku.
Ramalan politik hari ini dibuat pelbagai watak termasuklah penganalisis politik profesional, cendekiawan, media dan juga ahli politik. Namun, tiada siapa yang pasti apakah ramalan politik itu akan benar-benar berlaku. Tapi, pastinya ramalan politik tidak dibuat begitu-begitu saja – semuanya mempunyai motifnya sendiri.
Ada ramalan politik yang dibuat untuk memberi nasihat dan diskusi akademik. Ada pula yang dibuat bertujuan untuk menakut-nakutkan pihak yang hendak ditumbangkannya. Ada pula yang dibuat kerana ego dan ada yang dibuat sekadar untuk melariskan jualan.
Perkara yang paling menarik ialah apabila ahli politik membuat ramalan politik. Tidak pernah lagi kedengaran ahli politik yang meramal kejatuhan diri sendiri tapi mereka hebat meramalkan kejatuhan orang lain.
Tidak pernah lagi kedengaran ahli politik yang meramal kejatuhan parti sendiri tapi mereka hebat meramalkan hari kiamat parti lain.
Apabila ahli politik membuat ramalan politik, percayalah majoritinya dibuat dengan tujuan politik bagi memukul pihak lawan atau menaikkan diri sendiri atau pihak yang ingin dibantunya.
Ramai yang menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan habis dalam waktu terdekat kerana isu 1MDB.

Skandal 1MDB: Naib Ketua Pemuda UMNO sokong kenyataan Muhyiddin

Dia setuju kenyataan Muhyiddin bahawa kontroversi 1MDB boleh melebarkan jurang kepercayaan terhadap UMNO.
khairulumno
PETALING JAYA : Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kontroversi 1MDB mampu mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap parti.
Katanya, sama seperti Muhyiddin, ahli dan pucuk pimpinan juga mahukan kebenaran serta mempunyai kewajipan untuk menjaga amanah yang diberi oleh rakyat.
“Dari amanah inilah kita warisi kuasa politik yang digunakan untuk memajukan agama, bangsa dan tanah air. Jangan sampai warisan kita tergadai begitu sahaja.
“Kita harus berani, berani kerana benar maka beranilah mencari kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya.
Berhubung penggantungan akhbar The Edge, dia yang dikenali sebagai Azwan Bro berkata, tindakan itu tidak akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap isu dan tuduhan yang dikenakan terhadap 1MDB.
“Ya memang The Edge mengaku menipu Xavier Alexander Justo dalam mendapatkan data yang dicuri, namun kesalahan ini adalah antara dua penyangak yang mencuri antara satu sama lain.
“Ia tiada kena mengena dengan persoalan dan isu yang ditimbulkan mahupun menerangkan keadaan sebenar dalam semua transaksi 1MDB. Bagi saya biarlah siasatan oleh pihak berkuasa muktamad dan tindakan undang-undang diambil,” katanya.
Katanya, sekiranya benar semua emel dan dokumen itu telah diubah dan tuduhan yang dilemparkan adalah fitnah semata-mata, akhbar berkenaan bukan sahaja perlu digantung permitnya tetapi boleh ditutup terus dengan alasan yang kukuh.

Muhyiddin, berhentilah menangguk di air keruh kata Lokman Adam

muhyiddin
Oleh Lokman Adam
Semenjak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara Disember lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mula melancarkan serangan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak secara besar-besaran. Sejak itulah tugas jentera Barisan Nasional (BN) dan kerajaan yang selama hari ini fokus pada usaha menjawab pembangkang, akhirnya lari fokus kepada menjawab dakwaan-dakwaan pembangkang yang diulang oleh Tun Mahathir.
Jika sebelum ini ia lebih mudah untuk mematikan hujah dan fitnah pihak lawan, namun apabila hujah dan fitnah itu diulang oleh bekas Perdana Menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun, sudah pastilah kerja menerang dan memberikan pencerahan kepada rakyat terhadap sesuatu isu menjadi lebih sukar, kecuali jika seseorang itu sudahpun mengenali perangai Tun Mahathir.
Sebagai seorang yang berhubung dengan jentera BN setiap hari, saya secara peribadi menerima banyak keluhan akar umbi tentang betapa sukarnya mereka hendak mempertahankan kerajaan, terutamanya dalam isu-isu yang rumit untuk difahami seperti 1MDB.
Namun, apa jua cabaran yang dihadapi oleh jentera-jentera parti ini, mereka tidak pernah berputus asa, walaupun tidak dapat dinafikan ramai dalam kalangan kami syahid terutamanya mereka yang takut kedudukannya tergugat sekiranya Najib menerima nasib yang sama seperti Pak Lah.
Berkat usaha berterusan jentera-jentera ini, kerumitan memperjelaskan isu 1MDB akhirnya dapat dipermudahkan dengan bantuan pemimpin, penulis, pereka grafik, blogger, facebookers, agensi kerajaan dan pelbagai pihak lain, termasuklah ahli biasa yang membantu menyebarkan apa yang kami sediakan.
Alhamdulillah, perkembangan mutakhir berhubung pendedahan Xavier Andre Justo dan Lester Melanyi telah menyingkap satu persatu komplot mengubahsuai dokumen yang dicuri dari Petro Saudi. Sedikit sebanyak, kebenaran yang semakin tersingkap ini memulihkan kembali semangat jentera parti apabila pendedahan demi pendedahan memihak kepada kita.

DAP sokong Muhyiddin, gesa laporan interim skandal 1MDB didedah

KUALA LUMPUR - Kebimbangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh melumpuhkan negara semakin berasas apabila beliau kembali menyerang kepimpinan bosnya, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang menyambut baik tindakan Muhyiddin itu yang mengakui tidak memahami skandal syarikat yang sarat dengan hutang itu.

"Daripada pengakuan Muhyiddin malam semalam, menunjukkan tiada seorang pun yang berupaya menjelaskan isu 1MDB walaupun dalam Kabinet.

"Muhyiddin terpaksa mendapatkan maklumat itu termasuk daripada The Edge Financial Daily dan lebih mengejutkan apabila beliau sendiri ditegur rakan-rakan dalam Kabinet kerana tindakan itu," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.

Semalam, Muhyiddin menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan permasalahan negara terutama isu skandal 1MDB.

Beliau berkata, jika isu itu berlarutan ia akan terus menjejas keyakinan ahli parti dan rakyat terhadap kerajaan BN sekali gus berupaya menjejaskan peluang kerajaan untuk mendapat majoriti mudah dalam pilihan raya (umum) akan datang.

Mengulas lanjut, Kit Siang selaku Ahli Parlimen Gelang Patah juga berkata, pengakuan Muhyiddin bahawa jurucakap isu 1MDB itu sendiri tidak memahami apa yang sedang dihadapi oleh syarikat pelaburan nasional itu.

Sediakah PM gugurkan timbalannya?


Mengkritik dan dikritik adalah perkara biasa dalam dunia politik hari ini.

Namun untuk bertindak  menggugurkan seseorang pemimpin yang bersuara lantang bukanlah perkara yang mudah, lebih-lebih lagi tanpa mengundang tindak balas negatif.

Menurut penganalisis politik, Prof James Chin adalah mustahil untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui rombakan kabinetk.

Malah menurut Pengarah Institut Asia di Universiti Tasmania itu, bukanlah tugas mudah untuk menggantikan timbalan presiden Umno itu yang sudah menjadi menteri kabinet selama dua dekad.

Sebaliknya James meminta perdana menteri berhati-berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan berhubung langkah tersebut, dengan membangkitkan kes Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

"Apabila Mahathir mahu menggugurkan (timbalan perdana menteri ketika itu Tun) Musa Hitam dan (Tun) Ghafar Baba, mereka sedia pergi.

"Bagaimanapun, apabila dia memecat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Mahathir hampir hilang kawalan parti. Oleh itu, ia tidak mudah, jika Najib mahu menggantikan Muhyiddin, "katanya kepada Malaysiakini.

Ujar James lagi, Najib mesti mendapatkan calon pengganti yang lebih berwibawa sekali gus dapat mengawal penyokong Muhyiddin.

Siapa pula nombor 2?

Namun, menurut James, Naib Presiden Umno, Datuk seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat mampu menjadi calon pengganti timbalan perdana menteri.

James berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan sri Muhyiddin Yassin pada mesyuarat Cheras Umno semalam, bahawa isu 1MDB akan merosakkan parti pemerintah.

Program Transformasi Ekonomi (ETP) ciptaan Najib semakin berjaya.


SEJARAH TAK MENIPU..
Sejak UMNO/BN memerintah negara berpuluh2 tahun lamanya nilai matawang negara terus jatuh DAN TERUS JATUH MERUDUM !!!

APA YANG NAIK ???
Yang naik hanyalah Najib, Rosmah, anak & menantu terbang NAIK ke luar negara naiki jet mewah VVIP kerajaan.. DAN kos sara hidup rakyat terus NAIK !!!

Asal aja UMNO/BN sentuh pasti menjahanamkan..


SUDAH TERBUKTI !!!.. Syarikat penerbangan kebanggaan negara musnah & bangkrap di bawah tgn2 kotor UMNO/BN.. Dahlah bangkrap tanggung liabiliti lagi lebih kurang RM12 bilion dan kerugian tiap-tiap hari RM7 juta..

Mcm mana nak berkat jika 'rompak' duit rakyat yg kos asal pembinaan KLIA2 yg hanya RM1.7 bilion.. tup2 meningkat mendadak mnjadi RM5 bilion !!!

TPM: Anggota kabinet tak senang saya baca The Edge

DAP saran Mahathir sertai gabungan 'Selamatkan M'sia'

'Selamatkan M'sia' - Lim enggan ulas peranan PAS

Skandal 1MDB: BN akan tumbang jika PRU sekarang

Pengundi sudah lebih daripada meluat - TPM

Mengakui agak 'takut' selepas video pertama kenyataannya berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi viral baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin malam tadi berkata, beliau harus berpegang kepada kata-kata, 'berkata benar biar pun pahit'. 
 
Kenyataan terbaharu itu merujuk kepada andaian sekiranya Parlimen dibubarkan pada masa ini, Barisan Nasional katanya tidak akan menang berlandaskan senario politik hari ini.
 
"Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang pada PRU  akan datang.
 
"... Tetapi kalau dikata kalah, tetapi masih tak kalah, betul tak? Bagi saya satu hikmah yang ALLAH  beri kepada kita selepas PRU  lalu tahun 2008 Pak lah pimpin parti, kita dapat undi yang lebih rendah dan jumlah 140 kerusi (saya tak berapa ingat) tetapi saya bimbang ia berterusan bukan nak ulang cerita lama.
 
"Kalau- kalau tidak ada perubahan kepimpinan, undi kita akan terus merosot sebab itu saya gerakkan satu usaha dengan niat ikhlas untuk terus parti kita kekal berkuasa dapat sokongan kita angkat Najib jadi PM dengan kemenangan 133 kerusi, orang kata merosot, tetapi kalau Pak lah ambil mungkin jadi 120 atau  lebih kurang daripada itu, nasib baik kita masih selamat," katanya semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat Umno  Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.
 
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ahli Umno untuk melihat perkembangan ini kerana situasi semasa tidak memihak kepada parti itu.
 
"... tetapi trend itu sudah menurun , tidak lagi lebih dua pertiga, hanya jumlah kerusi majoriti mudah.
 
"Kalau begitu keadaannya menjadi satu perkara yang paling penting dalam Perhimpunan Agung Umno sama ada di bahagian, sayap Umno, untuk melihat apa hal yang sudah berlaku dalam parti, perkembangan dalam kerajaan dan dalam negara kita yang menyebabkan sentimen yang saya sebut tadi hampir berada dalam keadaan sebahagian besar rakyat tidak menjadi pengundi kita, kenapa berlaku? Saya rasa ini lebih daripada meluat, ini bukan saya sebut," kataya.

Serang Al-Aqsa: Hamas isytihar perang zionis Israel


Harakat al-Muqawwamatul Islamiyyah (Hamas) mengisytiharkan perang secara rasmi dengan kerajaan Zionis Israel, pasca penyerbuan dan kemusnahan Masjid Al-Aqsa yang dilakukan pengganas Yahudi pagi semalam.
Dalam kenyataan selang beberapa jam selepas serangan di Masjid Al-Aqsa itu, jurucakap Hamas, Dr Sami Abu Zuhri menegaskan, pejuang Palestin tidak akan berpangku tangan atas pelanggaran salah satu tempat suci ketiga umat Islam di dunia dengan merujuk kemungkinan konfrontasi ketenteraan dengan penjajah Zionis Israel.
"Penyerbuan dan perosakan Masjid Al-Aqsa adalah peningkatan serius dari penjajah Zionis untuk meyahudisasi masjid. Dan kami menyeru kerajaan dan puak pejuang untuk mengangkat tangan melindungi tempat-tempat suci bagi umat Islam," ujarnya dipetik laman Eramuslim.
Dilaporkan 17 Muslim Palestin cedera dan 3 yang lain ditangkap oleh petugas Zionis Israel dalam kejadian itu yang dicetuskan oleh rempuhan 120 warga Yahudi yang diketuai Menteri Pertanian Zionis Israel Uri Ariel untuk memperingati hari kejatuhan Haykal Sulaiman.
Berikut beberapa foto kesan rempuhan pengganas Yahudi itu.

Pendedahan media, pembangkang mengenai skandal 1MDB bukan lawan demokrasi

Peguam menyuarakan kebimbangan apabila polis mula menyiasat pemilik media, penerbit dan pembangkang, kerana "aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen", menjelaskan mereka hanya menyuarakan pendapat berhubung syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibebani hutang.
Mereka berkata, polis menyalahgunakan kuasa di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana pendapat yang disuarakan terhadap 1MDB tidak bermaksud untuk menjatuhkan kerajaan.
Seksyen 124 berkaitan aktiviti yang dianggap memudaratkan sistem demokrasi berparlimen. Ia mengandungi beberapa peruntukan termasuk percetakan, penjualan, pengedaran, dan memiliki apa-apa dokumen atau penerbitan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 20 tahun, jika disabitkan kesalahan. Melalui penggunaan seksyen itu, peguam berkata, pihak berkuasa menyasarkan untuk mendiamkan pemberi maklumat, menghentikan kewartawanan penyiasatan, dan mengalihkan perhatian isu pokok membabitkan 1MDB.
Peguam M Visvanathan berkata, ini kali pertama sepanjang pengetahuannya polis menggunakan seksyen tersebut sejak Parlimen meluluskan pindaan Kanun Keseksaan pada 2012.
"Tetapi saya tidak faham bagaimana tindakan media mampu menggugat sistem politik negara," katanya, dan menambah, dakwaan yang dibuat hanya berkaitan 1MDB dan beberapa individu yang rapat dengan syarikat pelaburan strategik negara itu.
Visvanathan berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini berhubung polis sudah merekodkan percakapan ketua pegawai eksekutif dan penerbit The Edge, Ho Kay Tat bagi membantu siasatan berhubung artikel akhbar kewangan harian itu berkenaan 1MDB.
Khalid berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan menambah, polis turut merakamkan kenyataan pemilik kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong.
Media melaporkan polis turut menyiasat 2 pemimpin pembangkang iaitu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli - menggunakan seksyen yang sama.
Mereka yang menjadi sasaran dalam pendedahan skandal 1MDB hanya menyuarakan pendapat, kata peguam Amer Hamzah Arshad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2015.Mereka yang menjadi sasaran dalam pendedahan skandal 1MDB hanya menyuarakan pendapat, kata peguam Amer Hamzah Arshad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2015.
Peguam Amer Hamzah Arshad berkata, beliau melihatnya sebagai sesuatu yang pelik apabila polis menggunakan Seksyen 124, kerana mereka hanya menyuarakan pendapat. "Tiada sebarang revolusi untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak sah. Mereka yang menjadi sasaran hanya menyuarakan pendapat mereka, yang mana ini dibenarkan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia," kata Amer.

Laman pro Umno desak Muhyiddin undur kalau tak setuju dengan PM

Blog pro Umno MyKMU.net hari ini mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya beliau tidak bersetuju dengan perdana menteri, beliau yang harus berundur.

 Ia berkata demikian mengulas beberapa kenyataan pedas dibuat timbalan perdana menteri itu semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras di Kuala Lumpur malam tadi.

Antara lain beliau mengatakan, Barisan Nasional (BN) akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dilakukan dalam tempoh terdekat ini.

 "Kebenarannya begini sajalah Tan Sri, pahit dan susah juga nak sebut tapi kita perlu sebutkan juga, Tan Sri juga yang ajar ni. "Kalau tak yakin nak memastikan kemenangan Umno/Barisan Nasional, kalau tak boleh nak beri persepsi baik kepada Umno/BN dan paling penting, kalau tak boleh nak jadi timbalan yang setia, ikut macam nasihat di bawah," tulis pengarang blog itu.

Di bawah teks itu dimuat naik klip video ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkata, “sekiranya anda tidak gembira dengan ketua anda, anda yang perlu berundur, bukannya ketua anda”.

 Muhyiddin turut mendedahkan dalam ucapannya, beliau ada meminta Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan sebagai pengerusi kepada lembaga penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tetapi ia tidak diendahkan perdana menteri.

Beliau juga mengakui mengambil serius laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sejumlah wang yang didakwa disalurkan ke dalam akuan peribadi Najib, mengatakan presiden Umno itu perlu menjelaskannya sendiri, bukan hanya melalui kenyataan Jabatan Perdana Menteri.

Felda guna buruh paksa, dakwa WSJ

Akhbar The Wall Street Journal dakwa industri kelapa sawit Malaysia guna buruh paksa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2015.Akhbar The Wall Street Journal dakwa industri kelapa sawit Malaysia guna buruh paksa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2015.
Rekod pemerdagangan manusia Malaysia sekali lagi dikritik apabila industri penanaman kelapa sawit didakwa salah satu pesalah terbesar dalam penggunaan buruh paksa. Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan, pendatang asing tanpa izin dari Bangladesh dan Rohingya yang bekerja di ladang kelapa sawit dinafikan gaji dan sering disalah guna.
Sebuah ladang kelapa sawit yang dikawal Felda Global Ventures, pengurus ladang kelapa sawit terbesar dunia, dipetik WSJ sebagai salah satu majikan kepada pekerja buruh paksa.

WSJ melaporkan Felda menafikan pekerjanya, hampir 85% daripada mereka pekerja asing, ditahan pendapatan dan pasport mereka. Kebanyakan daripada mereka diambil bekerja melalui pihak ketiga.
Industri minyak sawit dianggarkan bernilai AS$30 bilion (RM115 bilion) di seluruh dunia dan eksport Malaysia sekitar AS$12 bilion.
Kira-kira 3 minggu lalu, aktivis dan pemimpin politik Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kebimbangan berkenaan cadangan penyingkiran Malaysia daripada senarai negara dengan rekod pemerdagangan manusia yang buruk, menurut laporan media.
The New York Times dan Huffington Post berkata, Senator AS Senator Robert Menendez akan menjalankan siasatan jika AS menaikkan taraf Malaysia daripada kedudukan ke-3 - paling rendah  dalam laporan 2014 Trafficking in Persons’ (TIP) ke tangga ke-2.

Ringgit paling rendah sejak 17 tahun....hebat kerajaan Najib & Rosmah...!!!

Nilai ringgit hari ini mencatatkan kemerosotan paling rendah sejak 17 tahun dalam pasaran antarabangsa ekoran kebimbangan terhadap eksport yang lembap.

Ringgit dilaporkan jatuh 0.1 peratus kepada 3.8110 berbanding satu dolar Amerika Syarikat.

Ia angka paling lemah sejak September 1998, lapor Reuters.

Mata wang ini pernah diikat pada RM3.8 untuk sedolar Amerika Syarikat daripada tahun 1998 hingga 2005.

KLIA2 ditenggelami air, kata CEO AirAsia

Terminal lapangan terbang antarabangsa bagi syarikat penerbangan tambah murah dilapor menakung air susulan rekahan di bahagian laluan teksi.

Air juga didakwa bertakung seperti kolam di tempat laluan pesawat, lapor Bloomberg.

Menurut AirAsia Bhd, pengguna terbesar lapangan terbang itu, perkara itu boleh menyebabkan kelewatan penerbangan serta berpotensi mengundang risiko keselamatan.

Pegawai Eksekutifnya Aireen Omar berkata, walaupun pelepasan dan pendaratan tidak terjejas, pihaknya telah meminta pihak berkuasa menyelesaikan masalah itu kerana dikhuatiri mencederakan penumpang.

"Lapangan terbang itu masih tenggelam," Aireen dilapor sebagai berkata dalam satu temubual di Kuala Lumpur.