Ahad, 26 Julai 2015

DHPP Perak umum letak jawatan PAS dan sertai Gabungan HarapanBaru

 

PKR Perak umum sokong Harapan Baru

Harapan Baru IPOH - PKR Perak menyokong pembentukan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru)  sebagai sebuah parti politik yang sah di Malaysia.

Timbalan Pengerusinya, Dr Lee Boon Chye berkata, sokongan itu disuarakan kerana Harapan Baru dilihat satu platform yang mampu menambah kekuatan kepada PKR dan DAP dalam menghadapi BN pada PRU14 nanti.

“Saya menyokong Harapan Baru ini kerana kita bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang bersedia untuk bangkit menentang Umno serta BN.

“Bagi kami, hanya sokongan itu mampu memberi tonik kekuatan dalam menumbangkan Umno dan BN pada PRU14 nanti,” katanya ketika berucap pada sesi Dialog #harapanbaru bersama Pimpinan Harapan Baru, di sini, hari ini.

Beliau percaya, sebahagian besar rakyat menyokong kewujudan Harapan Baru sebagai sebuah parti politik berdasarkan sambutan yang diterima oleh gerakan itu dalam beberapa siri jelajah, sebelum ini.

“Lihat sahaja pada hari ini (semalam) di sini, di mana ramai yang saya dilihat dalam kalangan rakyat dan NGO bersama-sama bagi menyatakan sokongan dan kerjasama kepada Harapan Baru,” katanya.

Malaysia mengarah negara kleptokratik?

 Malaysia mengarah negara kleptokratik?
Semakin ramai warga Malaysia berpendapat negara kita mengarah kleptokrasi. Baru-baru ini, The Wall Street Journal (WSJ) yang beribu pejabat di New York, mendakwa menerima dokumen yang membuktikan beratus-ratus juta dolar dipindahkan ke dalam akaun peribadi bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada satu dana negara.
Pendedahan ini membangkitkan persoalan sama ada wujud atau tidak apa yang digelar negara kleptokratis di Malaysia.
Apabila sebuah negara kapitalis dihinggapi masalah rasuah sehingga rasuah menjadi alat pengumpulan modal yang utama, ini mengisyaratkan kemunculan negara kleptokratis. Ini membawa kita kepada gagasan negara itu tidak semestinya menjadi sesuatu yang sah dan mendatangkan manfaat.
Rasuah ditakrif sebagai pencurian melalui penipuan terhadap badan pemerintah, syarikat swasta ataupun orang awam dan terdiri daripada 3 komponen, iaitu, penyuapan, pemerasan dan nepotisme. Ada suatu benang yang menghubungkan 3 jenis rasuah, iaitu penempatan kepentingan masyarakat umum di bawah kepentingan peribadi serta pengkhianatan kepercayaan.
Menurut Syed Hussein Alatas, suatu ciri rasuah yang penting bagi kita adalah dwifungsi pada mereka yang terlibat dalam kegiatan rasuah. Umpamanya, ketika seorang pegawai disuap oleh pihak yang menawarkan pemberian supaya mengeluarkan lesen perniagaan, perbuatan mengeluarkan lesen itu merupakan fungsi baik dari segi jawatannya mahupun kepentingan peribadinya.
Rasuah itu terdapat di semua negara tetapi bukan semua negara yang dikuasai oleh daya rasuah. Jenis negara yang dikuasai oleh rasuah dapat digelar sebagai kleptokrasi. Ia harus diperbezakan daripada  kleptomani yang merujuk kepada suatu penyakit atau gangguan mental dalam mana penderitanya tidak dapat menahan dirinya mencuri (penderitanya mempunyai tabiat suka mencuri).
Pada pihak lain, negara kleptokratik ini dikuasai oleh para kleptokrat yang melibatkan diri dalam rasuah sebagai alat pengeluaran utama.
Kleptokrat-kleptokrat yang utama tidak terdiri daripada pekerja perkhidmatan awam yang memeras atau menerima suapan untuk membiayai hidup mereka, tetapi daripada elit-elit politik dan birokrasi yang menggunakan rasuah sebagai alat pengeluaran atau faktor pengeluaran dengan tujuan mengumpulkan modal.
Jadi, rasuah sebagai suatu cara dan alat pengumpulan modal tidak diamalkan hanya melalui serangan untuk merampas perbendaharaan negara. Ia berjalinkan dengan pelbagai amalan sebagai naungan dan pemburuan rent yang berinstitusi.

Henti cara politik lama sampai pertaruh isteri - Dr Maszlee Malik

Maszlee Malik
SHAH ALAM – Pengamalan politik lama yang dipenuhi sentimen dan penggunaan retorik agama, penggunaan isu perkauman, wang serta 'patronage' perlu diberikan titik noktah.

Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik berpendapat, negara masa kini memerlukan nafas segar politik baru berteraskan polisi yang baik, pertandingan idea yang matang bagi meneruskan pembelaan terhadap keadilan dan kesaksamaan.

“Politik negara perlu digantikan dengan politik yang berintegriti, amanah, bebas rasuah, berakauntabiliti dan berteraskan amanah.

“Politik dunia ketiga yang mewarnai ruang atmosfera politik Malaysia perlu dihentikan dan rakyat juga perlu dihargai akal mereka agar mereka sedar akan hak sebagai warga dan bukan hanya sebagai penerima gula-gula dari ahli politik,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Dr Maszlee turut mengulas mengenai isu bai'ah yang terjadi dalam Pas.

“Isu baiah talak tiga merupakan tindakan pre-emptif politik Pas untuk menanggani isu lompat parti pasca PRU12. Di kala kerajaan PR di Perak roboh kerana tindakan beberapa wakil rakyat dari DAP dan PKR yang telah melompat parti, Pas telah berjaya mengelakkan wakil rakyat mereka dari dibeli untuk melompat, sekali gus telah  menyelamatkan kerajaan PR di Selangor. Ini merupakan justifikasi Pas.

“Persoalannya, apakah sistem politik di tanah air ini kekurangan mekanisme undang-undang dan nilai moral kendiri untuk mengelakkan isu lompat parti, sekali gus menjamin politik yang penuh integriti? Bagaimana pula jika isu lompat parti bukan disebabkan dibeli seperti yang berlaku lewat insiden Perak, tetapi disebabkan oleh  prinsip dan disebabkan sesebuah parti itu tersasar dari landasan perjuangannya?,” soalnya

Malah katanya, "warga Malaysia perlu diperdayakan dan dihargai akal mereka agar sedar akan hak sebagai warga dan bukan hanya sebagai penerima gula-gula daripada ahli politik.

Skandal 1MDB: Bukan USD700 juta tapi USD1 bilion masuk ke akaun peribadi Najib

Beliau mendakwa angka terbaru itu diperoleh daripada pihak berkuasa.
azmin,najib
PETALING JAYA: PKR mendakwa sejumlah USD1 bilion wang 1Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB) dipindahkan ke akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya USD700 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendakwa, jumlah itu sangat besar dalam sejarah negara untuk seorang Perdana Menteri.
“Kita sebelum ini ingat jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi USD700 juta.
“Angka terbaru yang saya perolehi daripada ‘authority’ USD1 bilion dimasukan ke dalam akaun Perdana Menteri,” katanya di Pulau Pinang seperti dilapor media rasmi Kerajaan Selangor, Media Selangorku.
Menteri Besar Selangor itu berkata, masalah 1MDB menyumbang kepada kejatuhan nilai Ringgit serta menggugat kedatangan pelabur ke Malaysia.
“Keadaan ini dijangka mengakibatkan peniaga mengambil keputusan menutup perniagaan akibat terpaksa menanggung kerugian besar,” katanya.

Lagi dakwaan Pemuda UMNO cuba sabotaj Najib

Blog Mykmu.net menyenaraikan beberapa pemimpin Pemuda UMNO yang dipercayai terlibat dalam komplot itu.
pro-umno
PETALING JAYA: Sekumpulan pemimpin Pemuda UMNO Pusat dan mereka yang rapat dengan Ketua Pemuda UMNO didakwa sedang bergerak mempengaruhi Pemuda supaya tidak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Blog pro kerajaan, Mykmu.net menyiarkan ‘paparan skrin’ yang mendakwa perbualan kumpulan berkenaan menerusi aplikasi WhatsApps.
Blog berkenaan menamakan pemimpin Pemuda UMNO yang dipercayai terlibat dalam komplot untuk menjatuhkan Najib.
Mereka ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun (Wan Bro), Pengerusi Media Sosial Pemuda UMNO (EXCO) Ibdillah Ishak, EXCO Pemuda UMNO (Pengkaderan Politik), Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz, EXCO Pemuda UMNO (Profesional Muda), Shahril Hamdan, Pegawai Khas kepada Ketua Pemuda UMNO, Dax Muhammad.
Blog itu melaporkan antara perbualan kumpulan berkenaan yang mendakwa Perdana Menteri seorang yang berpura-pura jadi tidak salah mereka berpura-pura sokong PM tetapi berbuat sebaliknya.
“Individu yang menggunakan nama DAX Muhammad juga menyatakan PM merayu sokongan Khairy Jamaludin.

Di sebuah negara yg bernama.. MALAYSIA..!!


'OKAYLAH..' tu kena tangkap.. Janji Najib, Jho Low & kuncunya bebas bermaharajalela di tanahair ku yg tercinta..

Klu Najib kena tangkap saper nak jaga Rosmah Mansor !!!

Whistleblower: Defisit kepercayaan halang masyarakat salur maklumat - Wan Saiful

Whistleblower: Defisit kepercayaan halang masyarakat salur maklumat  - Wan SaifulKAJANG: Defisit kepercayaan terhadap agensi penguatkuasa negara menghalang rakyat daripada menyalurkan maklumat berkaitan salah laku dan rasuah kepada badan-badan kerajaan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan berkata, keyakinan dan kepercayaan rakyat semakin pudar berikutan wujudnya persepsi negatif yang menyifatkan urusan agensi penguatkuasa dicemari campur tangan politik.

“Perkara ini (defisit kepercayaan) adalah akibat permainan politik yang telah berlaku sejak sekian lama yang mana pelbagai institusi dalam negara dituduh dengan pelbagai tuduhan.

“Polis dituduh tidak boleh dipercayai, SPRM (Suruhanjaya Pencagah Rasuah Malaysia) dituduh tidak boleh dipercayai, kehakiman dituduh tidak boleh dipercayai, dan sebagainya.

“Akibatnya, ada sesetengah pihak dalam masyarakat kita sekarang ini tidak mempercayai ketelusan dan amanah insititusi yang terbabit,” tambah Wan Saiful kepada Astro AWANI di Kajang, Selangor pada Ahad.


Jelas beliau, akibat campur tangan politik, kesan penyiasatan tidak dilihat menjurus kepada menegakkan keadilan namun lebih bersifat melindungi pihak-pihak tertentu.

“Kita tidak boleh menafikan bahawa ada juga unsur-unsur politik dalam apa yang berlaku di Malaysia terutama sejak kebelakangan ini.

"Jadi kesan-kesan yang mereka cari bukan keadilan, tapi kesan yang mereka cari adalah kesan politik, iaitu apabila didedahkan satu maklumat, ada pihak yang akan terkesan dari segi politik namun tidak diambil tindakan ke atasnya di mahkamah.

Wartawan tanya pasal skandal 1MDB hari ni.. jawapan Najib... "OKLAH.."


Setiap hari hampir RM7.4 JUTA hanya untuk bayar 'interest shj' (setahun RM2.7 bilion) HUTANG RM42 bilion 1MDB. Blom byr lagi pokoknya RM42 BILION.. (UMNO/BN mmg jilaka)

TAK TERMASUK LAGI syarikat MAS yg dah bangkrap tanggung liabiliti lebih kurang RM12 bilion dan kerugian tiap-tiap hari RM7 juta.

Idris Ahmad gesa PAS-GHB hentikan menyerang sesama sendiri


Post Pic


SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Idris Ahmad hari ini menggesa agar semua pimpinan PAS dan Gerakan Harapan Baru (GHB) menghentikan sikap serang-menyerang antara sesama sendiri bagi mengendurkan ketegangan yang kian memuncak antara PAS-GHB.
 
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, langkah serang menyerang antara pimpinan PAS dan kumpulan progresif dibawah G18 yang menubuhkan GHB tidak menguntungkan mana-mana pihak malah menunjukkan perpecahan dalaman parti.
 
"Semua pihak harus begitu (hentikan serangan terhadap PAS-GHB), tidak perlu serang menyerang. Daripada PAS pun, begitu juga daripada GHB", katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Malah PAS katanya kini mengambil pendekatan untuk menunggu sehingga 14 September bagi melihat samada GHB benar-benar didaftarkan sebagai sebuah parti politik baru sebelum mengambil apa-apa tindakan.
 
"Kita mengambil sikap tunggu dan lihat (mengenai perkembangan GHB) daripada apa yang berlaku nanti. PAS buat kerja macam biasa untuk menerangkan kepada rakyat mengenai isu-isu rakyat," ujar beliau.
 
Ditanya mengenai kenyataan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menyarankan agar parti itu segera mencari 'ubat' bagi mengelakkan PAS terus hilang sokongan pengundi khususnya bukan Islam.
 
Ujar Idris, semua bekas kepimpinan termasuk Mahfuz yang tewas pada pemilihan PAS pada 4 Jun lalu perlu bergerak kehadapan demi kepentingan parti. 
 

Three more countries looking into 1MDB files

Leaked company data from Justo also went to law enforcers in US, UK and Switzerland, says Sarawak Report
3-negara,mdb
KUALA LUMPUR: Leaked company data on PetroSaudi and 1Malaysia Development Bhd are being examined by law enforcement authorities in the United States, Britain and Switzerland, according to Sarawak Report.
A press statement issued by Sarawak Report, quoted by Malaysiakini, the leaked data had been acquired separately by Sarawak Report, The Edge, and the (UK) Sunday Times.
“It was then passed on to regulators and law enforces in the United States. The material has now also been offered to regulators and law enforcers in the UK and Switzerland and also by The Edge to law enforcers in Malaysia,” the statement said, Malaysiakini reported.
A massive cache of company documents and emails were obtained by former PetroSaudi executive Xavier Justo from its company servers.
Justo leaked the material to Sarawak Report in February, according to the statement.
The statement defended the authenticity of the data, which has been challenged by an investigator hired by PetroSaudi as well as Malaysian authorities.
It said: “The chain of events shows why Sarawak Report could not have tampered with the material, because at the same time it was acquired, it also went separately to The Edge and the Sunday Times … and was then passed on to regulators and law enforcers in the United States.”

Harapan Baru: Kita semua kawan, jawab Wan Azizah


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

BUTTERWORTH - PKR bersikap terbuka dalam menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik yang mengamalkan rangka kerja dasar yang sama, kata presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
"Saya ingat kita punya persahabatan dengan semua orang walaupun dengan Umno. Kita sama... kita mempunyai perjuangan.
 
"Kita ada kerangka kerja dasar yang sama di mana kita dan semua anggota politik bersama dengan rakyat Malaysia yang prihatin tentang krisis nasional yang melanda negara, kita ajak bersama untuk menyelesaikannya," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Jelajah Amanat Presiden di sini, hari ini.
 
Turut hadir Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman dan barisan kepimpinan PKR negeri.
 
Dr Wan Azizah berkata demikian mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din dalam Mingguan Malaysia hari ini yang menyatakan Pas bersedia menamatkan hubungan dengan PKR jika parti itu bersetuju menyertai DAP dan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) untuk membentuk satu pakatan pembangkang yang baharu.
 
Haron dilaporkan berkata kemungkinan pendirian itu dibuat selepas meneliti kenyataan Ketua Umum PKR ,Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menggambarkan seolah-olah mahu memutuskan hubungan dengan Pas.
 
Bagaimanapun, Dr Wan Azizah enggan mengulas berhubung perkara itu dan meminta untuk mengesahkan perkara itu terlebih dahulu.
 
Ditanya mengenai pendirian yang diambil PKR terhadap Harapan Baru, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberi 'jawapan selamat' dengan berkata: "Kita semua kawan... kita ada keterbukaan, mereka kawan lama kita. Kita sebagai kawan, kawanlah...atas kerangka kerja dasar yang sama, kita bersama," katanya.
 
Sementara itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, keutamaan dan pendirian PKR ketika ini adalah bersikap lebih inklusif untuk menjaga keharmonian dan memakmurkan negara serta ekonomi.
 

PAS, GHB all old friends, says PKR president

Tumpuan antarabangsa terhadap skandal 1MDB memberi Malaysia nama buruk

oleh Christopher Fernandez

Pemerhatian yang teliti bukan sahaja oleh rakyat Malaysia, tetapi juga masyarakat dunia, tertumpu kepada negara ini kerana kemelut 1MDB yang mana RM42 bilion didakwa telah lesap daripada dana berdaulat itu.

pernah terjadi dalam sejarah politik Malaysia terdapat begitu banyak perubahan plot berlaku dalam satu kemelut panjang yang bukan sahaja kontroversi tetapi tidak pernah terfikir akan berlaku bermain dalam fikiran rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.

Ketika kemelut 1MDB ini pertama kali didedahkan ianya hanya terhad dalam lanskap domestik dan portal berita Sarawak Report yang berpengkalan di London dan diterajui oleh editor British. Tetapi kemudian kontroversi itu mulai tersebar seperti api yang sedang marak.

Penerbitan Amerika seperti The New York Times, The Wall Street Journal dan Bloomberg News mulai mengeluarkan berita mengenai bagaimana jejak dokumen yang didakwa mempunyai kaitan dengan perdana menteri Malaysia dan Najib Razak dan beberapa orang lain dalam kemelut 1MDB.

Surat khabar Australia seperti The Age dan The Sydney Morning Herald turut menerbitkan cerita kontroversi mengaitkan perdana menteri Malaysia dengan pengisuan nota polimer bank yang dicetak di Australia yang mana Najib didakwa bersalah melakukan salahlaku.

 Kemelut 1MDB berterusan terungkap dengan penerbitan serantau seperti The Bangkok Post dan The Straits Times dari Singapura turut mengelurkan cerita berdasarkan penyiasatan mereka sendiri terhadap kemelut itu dan ini telah mencetuskan perubahan plot cerita ini untuk membawa ke satu hala tuju yang baru.

Rakyat Malaysia dibanjiri dengan berita dan pandangan mengenai 1MDB dan ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan bahawa pemberi maklumat asalnya, Sarawak Report, telah disekat dan portal berita itu mendakwa bahawa ianya adalah satu tindakan dengki kepada mereka kerana memdedahkan kemelut 1MDB kepada dunia.

Kemelut 1MDB semakin kuat didedahkan kepada umum, dengan pantasnya, dan jarang sekali dalam sehari tiada sebarang perkembangan terbaru dan ini telah memberi kesan teruk kepada kerajaan Malaysia kerana masyarakat antarabangsa mulai melihat Malaysia sebagai sebuah negara penyangak akibat daripada pendedahan negatif.

Biarlah PAS berseorangan, tidak perlu sertai BN kata Mohd Amar

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan PAS masih kecewa dengan sejarah lampau yang menyaksikan ia berakhir dengan parti itu diusir dari Parti Perikatan pada 1977.

Justeru, beliau mengulangi pendirian PAS selama ini iaitu tidak perlu ia menyertai atau bergabung dengan Barisan Nasional (BN).

"PAS tidak akan masuk BN. Cukuplah sekali kita kena dan tidak akan berulang," kata Mohd Amar ketika ditemui media pada majlis perasmian blok bangunan Kolej Islam Dan Sains (KIAS) di Nilam Puri pada Ahad.

Namun beliau menyerahkan sepenuhnya nasib dan keputusan masa depan politik PAS kepada Majlis Syura Ulama.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mengulas mengenai kedudukan PAS sama ada kekal bersama blok pembangkang atau menjalinkan kerjasama dengan BN.

Pada masa yang sama katanya, PAS juga bersedia dengan senario kemungkinan sekutunya PKR tidak mahu bersama dalam perjuangan pembangkang sebaliknya membentuk kerjasama baharu dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) dan DAP.

Realiti pahit politik Malaysia: Hadi akan “dipermainkan” lagi oleh Najib


Hadi_Awang_Najib_Razak

oleh Lim Kit Siang

Saya terperanjat dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang terus membuat tuduhan palsu bahawa keinginan DAP untuk merampas kuasa politik ke tangan kaum Cina adalah sebab mengapa DAP mahu mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan dan punca perpecahan Pakatan Rakyat.
Saya baru saja menonton video wawancara Hadi dengan Channel News Asia yang di dalamnya beliau menuduh DAP melanggar “moral” Pakatan Rakyat dan mahu merampas kuasa politik demi kaum Cina dengan cara mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan.
Saya terkejut dan sekaligus sedih kerana seorang bekas pemimpin Pakatan Rakyat seperti beliau sanggup meletakkan dirinya ke tahap yang begitu rendah dengan menyebarkan pembohongan sedemikian. Ia perbuatan yang tidak berakhlak bagi seorang pemimpin politik atasan.
Ketika UMNO menyebarkan pembohongan tentang DAP, pemimpin atasan UMNO tidak melibatkan diri, membiarkan kerja-kerja kotor dilakukan oleh para propagandis dan pemain politik tingkat bawah.
Namun dalam PAS, Presiden parti sendiri terlibat secara giat menyebarkan pembohongan yang dulu diulang-ulang oleh UMNO!
Kita mungkin boleh berbaik hati dan memberi alasan bahawa Hadi mempunyai masalah ingatan sehingga sanggup berbohong dan menuduh DAP cuba merampas kuasa demi kaum Cina dengan cara menuntut supaya pilihanraya kerajaan tempatan dikembalikan dan kononnya pilihanraya itu akan merugikan Melayu kerana 60 peratus daripada kerusi Dewan Undangan Negeri dalam negara ini telah dikawal oleh DAP.
Dakwaan sedemikian adalah pembohongan terang-terangan dan tidak masuk akal atas enam sebab
i) DAP tidak menguasai 60 peratus daripada kerusi DUN kerana gabungan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat, iaitu DAP, PKR, dan PAS (sebelum Pakatan dikorbankan dalam Muktamar PAS pada 3 Jun lalu) telah memenangi tidak sampai 50% daripada jumlah keseluruhan kerusi DUN dalam PRU ke-13 yang lalu. Jumlah keseluruhan dan peratus kerusi DUN yang dimenangi oleh parti-parti Pakatan dalam PRU 13 adalah 229 kerusi atau 45% daripada 505 kerusi DUN dalam negara.
ii) DAP tidak pernah menjadi sebuah parti khusus untuk kaum Cina atau mana-mana jua kaum atau agama. Sejak penubuhan parti ini hampir 50 tahun lalu, DAP komited dengan matlamat menjadi parti untuk semua kaum dan penganut agama di Malaysia. Malah, DAP adalah satu-satunya parti politik pan-Malaysia di Malaysia, dengan cabang di semua negeri dalam negara ini.
iii) Pemulihan pilihanraya kerajaan tempatan sentiasa menjadi matlamat DAP sejak penubuhan parti ini pada tahun 1966.
iv) Suatu perbuatan yang amat mengelirukan dan tidak bertanggungjawab untuk mengatakan bahawa pilihanraya kerajaan tempatan akan memanfaatkan kaum Cina dan merugikan Melayu. Kenyataan sedemikian mengabaikan hakikat bahawa sejak lima dekad lalu penstrukturan semula kerajaan tempatan telah berlaku dan begitu juga proses urbanisasi Melayu, menghasilkan 148 kerajaan tempatan, sekitar 90% daripadanya mempunyai majoriti Melayu lebih 50%, manakala kaum Cina hanya membentuk majoriti di hanya dua atau tiga peratus daripada 148 kerajaan tempatan itu, dan 13 kerajaan tempatan bersifat majmuk dengan tujuh daripadanya didominasi Cina dan enam didominasi Melayu.
v) Suatu kemuncak sikap tidak bertanggungjawab juga untuk menuduh para pejuang pilihanraya kerajaan tempatan sebagai “cauvinis” atau “komunis”, memandangkan pilihanraya kerajaan tempatan turut diadakan di Indonesia, Turki dan Iran. Apakah Hadi cuba menyatakan bahawa Presiden Jokowi di Indonesia, Erdogan di Turki, dan bekas presiden Ahmadinejad adalah “komunis” dan “cauvinis” kerana mereka berjaya dalam pilihanraya kerajaan tempatan?
vi) Tiada asas bagi dakwaan bahawa DAP telah melanggar “moral” Pakatan dengan bertindak secara bersendirian untuk cuba memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan sehingga mencabul Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Hakikatnya, pemulihan pilihanraya kerajaan tempatan terdapat dalam manifesto Pakatan Rakyat di peringkat kebangsaan dan manifesto Pakatan Rakyat Selangor untuk PRU 13.
Pada Mac 2010, Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang telah menulis surat secara berasingan atas nama kerajaan masing-masing meminta Suruhanjaya Pilihanraya mengendalikan pilihanraya kerajaan tempatan di negeri masing-masing, namun permintaan itu ditentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Saya berasa sedih melihat Hadi menggunakan pembohongan dan pendustaan UMNO untuk memburuk-burukkan DAP sedangkan beliau sendiri tahu menerusi penglibatan beliau selama tujuh tahun dalam Pakatan bahawa semua dakwaan itu adalah dusta semata-mata.
Lebih buruk daripada itu, Hadi cuba menyemai perpecahan dalam DAP dengan mendakwa bahawa “sesetengah pemimpin DAP” dan “pemimpin negeri” tidak bersetuju dengan pemimpin parti di peringkat kebangsaan dan bahawa hubungan pemimpin PAS dengan pemimpin-pemimpin DAP yang dimaksudkannya itu “masih baik”.
Hadi boleh terus dengan khayalannya itu kerana DAP tidak akan mula menjalankan proses “menyucikan parti” hanya berasaskan dakwaan berniat jahat Hadi itu.
Lebih penting untuk setiap orang mengenal pasti kenyataan pahit dalam politik Malaysia.
Realiti pahit pertama: Pakatan Rakyat akan kalah teruk dalam pilihanraya umum akan datang jika melibatkan diri dalam pilihanraya itu tanpa mempedulikan sama sekali pelanggaran Dasar Bersama oleh PAS, menjadikan hudud satu isu panas dalam kempen pilihanraya.
Malah, sekiranya Dasar Bersama Pakatan dilanggar sebelum PRU 13 yang lalu dan hudud dijadikan isu panas, tentu keputusan yang terhasil berbeza – kerajaan negeri Selangor mungkin telah kembali ke tangan UMNO/BN dan UMNO/BN mendapat semula majoriti dua pertiga, menghasilkan akibat politik jangka panjang.

PKR enggan ambil pendirian terhadap GHB, tegas berkawan dengan semua

Pemimpin PKR hari ini menganggap mana-mana parti yang sama berjuang untuk menyelamatkan negara adalah rakannya, walaupun PAS memberi kata dua memutuskan hubungan jika parti itu menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB).

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR kekal berkawan dengan sesiapa sahaja termasuk dengan musuhnya‎, Umno. "Kita semua berkawan. Kita terbuka dengan perjuangan yang sama.

 "Kita berkawan kerana kerangka dasar yang sama dikongsi dengan sesiapa sahaja yang berfikiran sama, ‎termasuk rakyat yang peduli tentamg krisis nasional yang menjejaskan negara.

"Sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan sama, kami alu-alukan mereka bersama kami berjuang mencari jalan penyelesaian kepada masalah ekonomi dan politik yang kita hadapi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan ahli PKR di Seberang Jaya.

Dr Wan Azizah ditanya mengenai pendiriannya tentang GHB apabila ‎Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengugut untuk memutuskan hubungan jika memilih DAP selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengeluarkan kenyataan satu pakatan pembangkang baru bakal terbentuk.

"Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri selepas terbubarnya pakatan pembangkang.

“Kalau mereka hendak me­nu­buhkan parti baharu, saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya dipetik laporan akhbar mingguan Utusan Malaysia.‎

Mengulas mengenainya, Dr Wan Azizah berkata: "Itu akhbar Utusan. Jadi saya kena semak," katanya.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali ketika mengulas berkata, ‎pendirian parti jelas dengan kenyataan Anwar dan Dr Wan Azizah. Katanya, PKR melihat keperluan untuk rakyat Malaysia termasuk parti politik dan masyarakat awam bersatu mencari penyelesaian menangani krisis negara.

Gantung The Edge bukti akta mesin cetak perlu dimansuhkan, kata GHB

Pengerusi Gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu berkata tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung permit akhbar The Edge dan menyekat akses laman Sarawak Report adalah tindakan terdesak kerajaan selepas gagal menangani penerangan dan pendedahan dibuat media. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Julai, 2015.  
Pengerusi Gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu berkata tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung permit akhbar The Edge dan menyekat akses laman Sarawak Report adalah tindakan terdesak kerajaan selepas gagal menangani penerangan dan pendedahan dibuat media.

Mengutuk tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung permit penerbitan akhbar The Edge, Gerakan Harapan Baru (GHB) akan bersama perhimpunan soladariti bagi membantah tindakan Putrajaya itu. Pengerusinya GHB Mohamad Sabu berkata, tindakan KDN yang bukan sahaja menggantung permit akhbar The Edge malah pernah menyekat akses laman Sarawak Report adalah tindakan terdesak kerajaan selepas gagal menangani penerangan dan pendedahan dibuat media.
"Harapan Baru memandang serius perkembangan mutakhir politik negara serta mengecam tindakan menjerut kebebasan media oleh pihak kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Justeru, Harapan Baru akan bersama-sama dalam perhimpunan solidariti dan semua tindakan bagi menyatakan kebersamaan kami. "Menentang tekanan terbaru kerajaan ini melalui Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 (PPPA) untuk menyekat kebebasan media serta menuntut penghapusan akta zalim PPPA," kata bekas timbalan presiden PAS itu dalam satu kenyataan hari ini.
Jumaat lalu KDN  menggantung permit penerbitan akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama 3 bulan berkuat kuasa 27 Julai.
Terdahulu laman Sarawak Report disekat dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi amaran terhadap pengamal media menyiarkan semula laporan yang diambil daripada laman tersebut.
The Edge dan Sarawak Report merupakan media yang berterusan mendedahkan skandal urus niaga syarikat sarat hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sertai DAP untuk perjuangan, bukan kuasa, kata ahli Melayu

Syefura Othman mengakui menemui keserasian sejak menyertai DAP setahun lalu kerana berpendapat  ia benar-benar memperjuangkan keadilan dan hak rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Julai, 2015. 
Syefura Othman mengakui menemui keserasian sejak menyertai DAP setahun lalu kerana berpendapat ia benar-benar memperjuangkan keadilan dan hak rakyat. 

Ahli Melayu DAP mengakui mereka menyertai parti itu atas prinsip perjuangannya dan bukan untuk kuasa, seperti didakwa kolumnis Utusan Malaysia baru-baru ini.
Mereka juga terpelajar dan cukup "kebal" untuk menolak "kuota 30% untuk apa sahaja", kata Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (gambar, kiri) kepada The Malaysian Insider. "Mereka faham pemilihan ke Jawatankuasa Tertinggi Pusat bukan semata-mata diberikan kerusi kerana Melayu layak mendapat banyak perkara.

"Kita perlu buktikan kemampuan untuk mendapatkannya. Contohnya anak-anak Karpal Singh. Mereka dipilih kerana mereka bagus, dan mereka bukan Cina," katanya. Memetik contoh lain, bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno itu berkata, begitu juga keadaannya dengan Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto.
Katanya, Kasthuri dipilih bukan kerana dia anak bekas pemimpin DAP, P. Patto, tetapi kerana kebolehannya dan ketulusannya.
Bagaimanapun, menjadi anggota parti itu merupakan satu tindakan yang berani bagi anak Melayu kerana mereka berdepan kritikan secara terbuka, termasuk dilabel anjing suruhan Cina, pengkhianat Melayu dan murtad, antara lain.
Begitu yang ditulis kolumnis Utusan Malaysia Ku Seman Ku Hussain pada 4 Julai lalu yang mengatakan anggota DAP Melayu ketika ini sekadar "pak turut" dan mereka perlu ada kedudukan tinggi untuk mengubah persepsi yang parti pembangkang itu berhaluan Cina.
Ku Seman turut melabelkan Melayu DAP sebagai "generasi paling malang" dan menjadi tukang sorak untuk parti itu menyerang kepentingan Melayu.
"Kalau faktor DAP kerana melampaui batas kaum dan agama, yang menonjol dan berkuasa dalam DAP hanya satu kaum sahaja. Beberapa pemimpin Melayu kanan satu demi satu keluar kerana tebalnya cauvinis Cina dalam DAP.
"Cakap sahaja untuk semua kaum tetapi Cina sahaja yang berkuasa. Maknanya kaum menjadi keutamaan DAP. Cuma budak-budak Melayu ini sahaja yang bengap untuk memahaminya,” tulis Ku Seman sebelum ini.
Namun, Ariff berkata, jumlah dan kedudukan mereka tidak penting, sebaliknya, isu yang diperjuangkan parti harus menerima sokongan rakyat.
Semua yang perlu dilakukan, katanya, hanya dengan melihat kepada kualiti kepimpinan DAP sedia ada, sambil menambah, ahli Parlimen mereka adalah antara yang terbaik.

Harapan Baru Menyokong Rally Kebebasan Media

Harapan Baru memandang serius perkembangan mutakhir politik negara serta mengecam tindakan menjerut kebebasan media oleh pihak kerajaan Umno-BN.
Keputusan Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan berkuatkuasa 27 Julai ini dan terdahulu menyekat laman ‘Sarawak Report’ adalah tindakan terdesak sebuah kerajaan yang tidak mampu menangani penerangan dan pendedahan pihak media bersabitan dengan pelbagai dakwaan skandal tentamg urusniaga syarikat milik kerajaan 1MDB.
Harapan Baru berpendirian bahawa peruntukan perundangan sedia ada suduh cukup untuk menyelesaikan sebarang pertikaian dalam laporan media, tanpa perlu menggunakan undang-undang drakornian Akta Cetak dan Penerbitan 1984 yang menyekat dan menindas media.
Kalau pun ada pertikaian tentang aspek etika tentang cara The Edge Media Group mendapatkan maklumat sehari dua ini, ia tidak boleh dijadikan sebab penggantungan tersebut.
Pendedahan kedua-dua media ini telah banyak menerangkan dan mendedahkan pelbagai salah-laku urusniaga 1MDB. Kerajaan wajar menjawab atau menafikan segala dakwaan dengan bukti yang kukuh serta konkrit dan bukan dengan langkah menghukum mereka dengan penggantungan.

Skandal 1MDB: PKR dakwa Najib terima USD1 bilion

Najib-1MDBSEBERANG JAYA, 26 JUL: PKR mendakwa sejumlah USD1 bilion wang 1Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB) dipindahkan ke akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya USD700 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Menurut Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, jumlah itu sangat besar dalam sejarah negara untuk seorang Perdana Menteri.
“Kita sebelum ini ingat jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi USD700 juta.
“Angka terbaru yang saya perolehi daripada ‘authority’ USD1 bilion dimasukan ke dalam akaun Perdana Menteri,” katanya di Pulau Pinang.
Katanya, masalah 1MDB menyumbang kepada kejatuhan nilai Ringgit serta menggugat kedatangan pelabur ke Malaysia.
“Keadaan ini dijangka mengakibatkan peniaga mengambil keputusan menutup perniagaan akibat terpaksa menanggung kerugian besar,” katanya.

Skandal 1MDB: Gantung The Edge untuk lindungi negara dan kestabilan ekonomi kata menteri Umno

Kerajaan bimbang jika berita yang dilaporkan itu merupakan pembohongan untuk menjatuhkan pemerintah maka pilihan terbaik bagi kerajaan dengan menggantung sementara akhbar berkenaan.
rahman-edge
PETALING JAYA: Tindakan menggantung penerbitan akhbar The Edge bagi melindungi negara daripada keganasan politik dan memelihara ketidakstabilan ekonomi.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kerajaan bimbang sekiranya berita yang dilaporkan itu merupakan pembohongan semata-mata.
“Oleh kerana itu, menjadi kewajipan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan ini bagi melindungi negara,” katanya menerusi kenyataan media di Facebooknya.
Abdul Rahman berkata, The Edge sepatutnya menyerahkan dokumen yang mengandungi dakwaan terhadap 1MDB kepada pihak berkuasa bukannya menyiarkan maklumat itu tanpa diketahui kesahihannya.
“Sementara menunggu hasil siasatan menyeluruh, pilihan terbaik yang kerajaan ada ialah menggantung sementara penerbitan media ini.
“Adalah salah untuk mereka menerbitkan sesuatu laporan yang serius tanpa diketahui kesahihannya,” katanya lagi.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menasihatkan orang ramai supaya menunggu siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) termasuk soal siasat terhadap pengurusan tertinggi 1MDB pada Ogos ini.

Skandal 1MDB: Nazir jumpa Najib bincang isu The Edge tapi enggan dedah

Beliau akui berjumpa secara peribadi tentang tindakan kerajaan tetapi enggan dedahkan butiran kepada media.
naazir,najib
PUTRAJAYA: Datuk Seri Nazir Tun Razak berkata beliau ada berbincang dengan abangnya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai tindakan kerajaan menggantung penerbitan akhbar The Edge selama tiga bulan.
Bagaimanapun, Pengerusi CIMB itu berkata, beliau tidak akan memberitahu maklumat perbincangan secara peribadi dengan Perdana Menteri kepada media
“Saya ada berbincang dengan abang saya mengenainya (gantung The Edge) tetapi tidak akan memberitahunya kepada media,” katanya.
Sebelum ini, Nazir menerusi akaun Instagram memberi komen akhbar The Edge berperanan penting dan menjadi tunjang kepada ahli perniagaan kerana menyalurkan maklumat kepada komuniti perniagaan.
Beliau membuat komen itu selepas kerajaan menggantung penerbitan The Edge selama tiga bulan bermula 27 Julai ini.
Mengulas komennya di Intasgram itu, Nazir berkata kenyataan itu tidak bermaksud beliau cuba mempertahankan pihak-pihak tertentu.
Katanya, beliau hanya mempertahankan kebebasan memberi pendapat dan kebebasan bersuara.
“Ia bukanlah untuk membela sesiapa tetapi ia dibuat atas dasar prinsip kebebasan media,” katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka mentan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Puspanitapuri pada Ahad.

Seluruh dunia tak boleh akses Sarawak Report

Laman pendedah maklumat Sarawak Report tidak boleh diakses di seluruh dunia dan pengarangnya mengesyaki ianya digodam pihak tertentu.

Percubaan untuk mengakses laman sesawang tersebut dari seluruh negara gagal sejak awal pagi ini dan tertera “tiada perkhidmatan”.

Pengarang dan pengasas Clare Rewcastle-Brown memberitahu The Malaysian Insider mereka mengesyaki ini adalah percubaan untuk menggodam laman tersebut. 

Laman Sarawak Report pada ketika ini sudah pun disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Skandal 1MDB: 'Negara lain juga siasat perjanjian 1MDB-PetroSaudi'

Sarawak Report mendakwa penguatkuasa undang-undang di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Switzerland kini sedang menyiasat kebocoran maklumat berhubung usaha sama syarikat pelaburan 1MDB dan PetroSaudi.

Dalam kenyataan medianya semalam, Sarawak Report berkata, berdasarkan 'rantaian peristwa' selepas bekas eksekutif PetroSaudi Xavier Justo membocorkan maklumat perjanjian itu pada Februari lalu, ia menunjukkan bahawa bahan itu secara berasingan diperolehi oleh penguatkuasa undang-undang di negara masing-masing.

"Rantaian peristiwa menunjukkan mengapa Sarawak Report tidak mengusik material tersebut kerana pada masa sama ia telah diperolehi (oleh negara lain). Ia juga secara berasingan diberi kepada The Edge dan Sunday Times... Kemudian diserahkan kepada pengawal selia dan penguatkuasa undang-undang di Amerika Syarikat.

Rizab Antarabangsa Bank Negara M'sia SUSUT LAGI buat 3 tahun berturut-turut..


JANGAN RISAU.. Cukai GST dari rakyat KAN ADO !!!
JANGAN RISAU.. Penyangak negara songlap puluhan bilion ringgit, PENGHANTAR SURAT YANG DITAHAN !!!

Apa salahnya PM dijatuhkan?

oleh Shahbudin Husin
Bukanlah rahsia lagi bahawa pendedahan demi pendedahan mengenai 1MDB adalah supaya Perdana Menteri, Najib Razak sedia berundur, diundurkan atau meletakkan jawatan. Dalam bahasa mudah, matlamat akhirnya adalah untuk memastikan Najib dijatuhkan dan tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Dengan pelbagai isu berkaitan 1MDB, khususnya yang terbaru mengenai pengaliran masuk wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya sehingga sebuah pasukan petugas khas ditubuhkan, Najib kini bukan saja menjadi beban kepada UMNO dan BN memenangi pilihanraya akan datang, tetapi juga beban kepada negara terus bergerak maju ke hadapan.

Sebab itu, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad tidak henti-henti mahukan agar Najib segera berundur daripada jawatannya. Sempena ulangtahun kelahiran Najib yang ke 62 ini, Tun Mahathir menyindir dengan kata-kata, "bersaralah dengan aman dan nikmatilah persaraan itu."

Di media sosial, malah di laman Facebook milik Najib sendiri, sentiasa saja ada komen yang mahukannya berundur atau bertanyakannya bila mahu meletak jawatan, tidak kira sama ada yang ditulisnya berkaitan politik mahukan sekadar perkara-perkara santai yang lain.

Apabila seorang bekas Pengarah PetroSaudi International,  Xavier Andre Justo ditahan oleh polis Thailand kerana melakukan ugutan dan kemudian beberapa pihak dari negara ini didapati turut menemuinya bagi mendapatkan maklumat yang ada dalam tangannya, gesaan Najib berundur dan meletakkan jawatan telah bertukar kepada konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri dan menggulingkan kerajaan.

Soalnya, apakah salahnya menjatuhkan Najib? Adakah Najib tidak boleh dijatuhkan seperti Raja Arab Saudi atau adakah kerajaan hanya boleh dijatuhkan ketika pilihanraya saja?

Sebenarnya jatuh menjatuh adalah perkara biasa dalam politik. Memang itulah resam dan tujuan akhir berpolitik. Tun Mahathir Mohamad selama 22 tahun berkuasa sentiasa saja ingin dijatuhkan oleh musuh dan pesaing politiknya. Beliau mampu bertahan kerana berjaya menepis segala serangan terhadapnya.

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dijatuhkan selepas tragedi 13 Mei 1969 dan Tun Abdullah Badawi pula ditolak jatuh kerana prestasi buruk BN pada pilihanraya 2008 yang disebabkan oleh angkara "budak-budak tingkat 4" yang menguasi pentadbirannya.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak pimpinan Nizar Jamaluddin hanya berkuasa selama 11 bulan setelah dijatuhkan oleh BN dan di Selangor pula, usaha menjatuhkan Azmin Ali sentiasa saja kedengaran. Di Sabah, beberapa tahun sebelum ini, jatuh menjatuh pemimpin dan kerajaan negeri begitu meriah sekali.

Apa Khabar Muhyiddin, Masihkah Takut Dengan Tuhan?

Jika berdasarkan ucapan Muhyiddin Yassin kepada pemimpin akar umbi UMNO di Janda Baik sebagaimana videonya tersebar luas sebelum ini, beliau semacam boleh disandarkan harapan  untuk bertindak berani menegakkan kebenaran berkaitan isu 1MDB yang kini semakin merimaskan rakyat.

Dalam rakaman curi itu, Muhyiddin bukan saja melontarkan beberapa cadangan yang rasional dan objektif dalam menangani kemelut 1MDB, malah yang lebih mencairkan kita ialah ungkapannya, "saya tidak takut sesiapa kecuali Tuhan."

Sebagai pemimpin nombor dua negara dan lahir pula daripada keturunan ulama yang agak terkenal di Muar Johor, tersebarnya video itu bukan saja mencambahkan harapan tentang titik-titik perubahan yang menjadi dambaan semua dan semoga kebenaran tidak terus disembunyikan, malah seperti "sinar semakin menghampiri hujung terowong".

Namun dengan perjalanan masa, ramai yang mulai ragu-ragu dengan keberanian sebenar Timbalan Perdana Menteri itu kerana beliau akhirnya didapati lebih banyak berdiam diri dan tenggelam begitu saja, meskipun jelas kemelut dalam negara berkaitan 1MDB kian hari kian kronik jadinya.

Lebih dari itu, beberapa saranannya  untuk menyelesaikan isu tersebut dan bagi mengembalikan keyakinan rakyat, tidak pun dipedulikan oleh Perdana Menteri, Najib Razak.

Saranan Muhyiddin agar Ahli Lembaga Lembaga Pengarah 1MDB dipecat, CEOnya disiasat dan dan polis dibenarkan masuk menyiasat syarikat pelaburan itu, hanya "masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri saja"  buat Najib.

Penubuhan pasukan petugas khas yang dianggotai oleh Peguam Negara, SPRM, Bank Negara dan PDRM kemudiannya pula tiada kena mengena dengan permintaan Muhyiddin itu, sebaliknya ia berikutan pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai pengaliran masuk wang 1MDB berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Berkaitan pendedahan WSJ itu, Muhyiddin hanya ada mengeluarkan kenyataan media yang antaranya mahukan Najib memberi penjelasan lebih meyakinkan atau membuat penafian kerana ianya merupakan tuduhan yang bersifat peribadi kepadanya.

Muhyiddin juga mahukan Najib mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ jika terbukti dakwaan itu suatu fitnah bagi membersihkan namanya dan mengembalikan semula kredibiliti ketajaan.

Skandal 1MDB: Malaysia tidak boleh ektradisi Clare Brow

Clare Brown mesti dituduh melakukan kesalahan di Malaysia dan UK sebelum boleh diektradisi ke negara ini.
surendran-claire
PETALING JAYA: Pemilik dan Pengasas Sarawak Report, Clare Rencastle-Brown tidak boleh diektradisi ke negara ini.
Ahli Biro Politik PKR, N Surendran berkata, berkata mengikut undang-undang United Kingdom, seseorang itu boleh diektradisi jika turut melakukan kesalahan di negara berkenaan.
“Mengikut Akta Ektradisi UK 2003, seseorang yang hendak diektradisi mesti disabitkan kesalahan mengikut undang-undang di negara berkenaan.
“Kes prima facie terhadap tertuduh perlu dibuktikan untuk membolehkan hakim daerah mengeluarkan arahan ektradisi.
“Dalam kes Clare ini, dia tidak melakukan kesalahan di UK. Oleh itu, dia tidak boleh diektradisi ke Malaysia,” katanya menerusi kenyataan media.
Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi amat melucukan apabila berkata Clare mungkin diektradisi ke negara ini kerana mencampuri urusan politik dalaman.
“Adakah Zahid yakin kerajaan UK akan membenarkan rakyatnya diektradisi ke negara ini kerana mendedahkan skandal berbilion ringgit?” katanya.
Katanya, tindakan terdesak itu hanyalah taktik kerajaan untuk mengalihkan isu skandal 1MDB dan dakwaan RM2.6 bilion disalurkan ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, Sarawak Report mendedahkan dakwaan itu bersertakan dokumen-dokumen lengkap yang sepatutnya dijawab oleh kerajaan dan Perdana Menteri bukannya mengambil tindakan menakut-nakutkan pihak yang mendedahkan skandal.

Mengapa pertaruh isteri untuk kepentingan politik?

Dr Maszlee Malik

Isu baiah talak 3 merupakan tindakan pre-emptif politik PAS untuk menangani isu lompat parti pasca Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Di kala kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak roboh kerana tindakan beberapa wakil rakyat daripada DAP dan PKR yang melompat parti, PAS berjaya mengelakkan wakil rakyat mereka daripada dibeli untuk melompat, sekali gus menyelamatkan kerajaan PR di Selangor.

 Ini merupakan justifikasi PAS.

Persoalannya, apakah sistem politik di tanah air ini kekurangan mekanisme undang-undang dan nilai moral kendiri untuk mengelakkan isu lompat parti, sekali gus menjamin politik yang penuh integriti?

Apakah sehingga kesucian ikatan rumah tangga perlu dipertaruhkan demi kepentingan politik kepartian?

Bagaimana pula jika isu lompat parti bukan disebabkan dibeli seperti yang berlaku lewat insiden Perak, tetapi disebabkan oleh prinsip dan disebabkan sesebuah parti itu tersasar daripada landasan perjuangannya?

Saya berpendapat pengamalan politik lama yang dipenuhi dengan sentimen, penggunaan retorik agama, penggunaan isu perkauman dan penggunaan wang serta "patronage" perlu diberikan titik noktah.

Malaysia memerlukan nafas segar politik baru berteraskan polisi yang baik, pertandingan idea yang matang, penumpuan kepada isu tata kelola yang baik (good governance) dan pembelaan terhadap keadilan dan kesaksamaan.

Skandal 1MDB: HEBAT SPRM buat kerja.. Penghantar surat pun juga ditahan..


KENAPA 'VVIP' spt NAJIB, JHO LOW sehingga kini takut nak 'disentuh'. Apatahlagi nak ditahan disiasat ???

SPRM bekerja utk SIAPA sebenarnya..??!!!
Untuk rakyat atau Pahlawan Bugis..??!!

Mufti Perlis kritik bai’ah Pas kerana musnahkan rumah tangga

Amat malang jika politik kepartian dijadikan cagaran sehingga menganiayai isteri dan anak-anak yang tidak bersalah.
baiah-pas-maza
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengkritik bai’ah ahli Pas sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga.
Katanya, bai’iah atau sumpah lafaz taaf setia itu oleh ahli dan pemimpin Pas terhadap parti juga menganiaya isteri dan anak-anak.
Katanya, walaupun tujuan berpolitik untuk melahirkan negara dan masyarakat yang lebih baik tetapi amat buruk jika politik kepartian dijadikan cagaran dalam rumah tangga.
“Tujuan berpolitik sepatutnya untuk membina masyarakat dan negara yang lebih baik. Namun, alangkah buruk jika politik kepartian itu dijadikan cagaran sehingga memusnahkan rumah tangga. Isteri di rumah (kononnya) tertalak tiga kerana tindakan suami dalam ‘permainan’ politik kepartian.
“Teraniaya isteri dan anak-anak di rumah hanya kerana tindakan suami dalam parti,” katanya.
Mohd Asri berkata, namun sekiranya lafaz ta’liq atau menceraikan isteri seperti terkandung dalam bai’ah itu sekadar untuk menakutkan atau menyakinkan maka beliau berpendapat talak tidak jatuh.
Namun, jika ahli Pas maksudkan dalam erti kata lain dia memang inginkan talakkan isterinya jika dia melanggar sumpah ataupun janji itu kerana malu ataupun kecewa, maka talaknya jatuh berdasarkan niat asalnya, katanya.
“Secara umumnya, saya bersetuju dengan pandangan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h dalam al-Fatawa al-Kubra bahawa jika yang melafazkan ta’liq itu tidak berniat talak, tapi sekadar untuk meyakinkan ataupun menakutkan maka talak tidak jatuh.
“Namun, jika dia maksudkan dalam erti kata lain dia memang inginkan talakkan isterinya jika dia melanggar sumpah ataupun janji itu kerana malu ataupun kecewa, maka talaknya jatuh berdasarkan niat asalnya,” katanya.

Tiada bai'ah taklik talak tiga kata PAS Terengganu


Satiful Bahri Mamat

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu hanya melafazkan bai’ah atau sumpah taat setia terhadap perjuangan parti tanpa sebarang penambahan lafaz taklik talak tiga sebagaimana yang dikatakan berlaku di negeri lain.
 
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat yang juga Adun Paka berkata, bai’ah dilakukan oleh semua calon Pas Terengganu sama ada menang atau kalah pada pilihan raya lalu.

“Kita berbai’ah di hadapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas pelantikan calon di Rusila, Marang. Semua berbai'ah sama ada menang atau tidak, tapi kita tak ada tambahan lafaz cerai talak tiga seperti negeri lain.

“Bai’ah yang kita lafaz antaranya tak boleh khianat, tak boleh lari daripada perjuangan sama ada menang atau kalah,” katanya ketika mengulas isu bai’ah dalam Pas yang dikatakan mengandungi lafaz taklik talak tiga jika mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat meninggalkan parti. 

Isu itu timbul berikutan beberapa calon Pas yang bertanding dan menang pada pilihan raya lalu dikatakan akan meninggalkan Pas untuk menyertai Harapan Baru.

Satiful berkata, pihaknya tidak mengetahui alasan negeri lain seperti Kelantan dan Selangor menambah lafaz taklik tersebut namun bersetuju dengan pandangan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Mohamad bahawa talak dilafaz secara bersumpah,
bergurau atau berikrar sah dan hakiki serta tidak boleh dielakkan sekalipun dengan kafarah atau bayar denda sumpah.

Azmin: Jangan biar ‘orang luar’ ganggu hala tuju PKR

Azmin PKRSEBERANG JAYA, 26 JUL: Kemelut melanda Pakatan Rakyat (Pakatan) bukan alasan dan masalah besar sebaliknya perlu dijadikan pemangkin untuk PKR terus kukuh mendepani cabaran melaksanakan aspirasi rakyat.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, seluruh ahli parti dan pimpinan perlu bermuhasabah dalam melaksanakan tanggungjawab tanpa perlu membiarkan orang luar menentukan hala tuju parti.
Katanya, tanpa menafikan ada masalah yang perlu ditangani, namun ini masanya untuk menonjolkan kepimpinan serta memperkukuh muafakat.
“Saya percaya dan cukup yakin krisis yang sedang kita hadapi ini kalau ditangani dengan bijaksana, Insya-Allah peluang kita menjadi parti yang mendapat dukungan bukan sahaja daripada anggota parti dan rakyat dalam menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada Majlis Pimpinan PKR Pulau Pinang.
Katanya, PKR perlu menunjukkan ciri kepimpinan baik disaat krisis yang berlaku untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) memandangkan idea menubuhkan Pakatan hasil cetusan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tambahnya, semua masalah perlu diketepikan buat seketika dan memanfaatkan peluang terbaik untuk bersama rakyat membawa perubahan kepada negara.

Azmin: “1 saat pun Anwar tidak patut dipenjara”

Azmin PKRSEBERANG JAYA, 26 JUL: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dibebaskan segera dan pulangkan kepada rakyat untuk membawa perubahan total kepada negara.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata meskipun Anwar dibalik tirai besi, namun beliau tetap memberikan nasihat supaya parti kekal berada di landasan tepat meneruskan perjuangan rakyat.
“Datuk Seri Anwar tidak berhak berada di penjara.
“Bukan lima tahun, bukan empat tahun malahan satu saat pun tempatnya mesti dipulangkan balik kepada pangkuan keluarga dan rakyat,” katanya di Hotel Sunway dalam majlis Jelajah Amanat Presiden.
Mohamed Azmin berkata nasihat dan amanat yang ditinggalkan Anwar terus dijadikan pemangkin supaya PKR terus mara ke hadapan.
Katanya beliau sempat bertemu dan berbincang panjang bersama Anwar di Penjara Sungai Buloh selama dua jam setengah Jumaat lalu.

Skandal 1MDB: Penghantar surat individu kelima direman

PUTRAJAYA: Seorang penghantar surat menjadi individu kelima yang direman bagi membantu siasatan berhubung akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Perintah reman empat hari bermula hari ini terhadap lelaki berumur 27 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim di Mahkamah Majistret di sini.
Menurut pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ditemui di mahkamah, perintah reman itu bertujuan membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a), Akta SPRM 2009 iaitu menerima rasuah.
Mahkamah sama sebelum ini mengeluarkan perintah reman terhadap empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes 1MDB, bagaimanapun dua daripadanya dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Penghantar surat berkenaan ditahan di rumahnya di Bentong, Pahang pada 6.30 petang semalam.
Suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan pemilik tunggal sebuah syarikat perdagangan berumur 28 tahun yang juga direman empat hari bermula Jumaat lepas. - Bernama

Pas sedia berpisah dengan PKR – Haron Din

Pengumuman penubuhan pakatan pembangkang yang baharu seolah-olah PKR mahu memutuskan hubungan dengan Pas.
Haron_Din
PETALING JAYA: Pas bersedia meninggalkan PKR sekiranya sekutunya itu menyertai pakatan pembangkang baharu bersama DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB), kata Datuk Dr. Haron Din.
Mursyidul Am Pas itu berkata, pendirian PKR tentang penubuhan pakatan pembangkang baharu seperti yang diumumkan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggambarkan seolah-olah parti itu ingin memutuskan hubungan dengan Pas.
Jelasnya, sekiranya penubuhan pakatan pembangkang baharu itu menjadi kenyataan, Pas tidak akan membantah tindakan tersebut.
“Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri selepas terbubarnya pakatan pembangkang.
“Kalau mereka hendak me­nu­buhkan parti baharu, saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya seperti yang dilaporkan Mingguan Malaysia pada Ahad.
Anwar dalam satu kenyataan baru-baru ini membayangkan tentang penubuhan pakatan baharu yang merangkumi semua kumpulan progresif termasuk Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan GHB.

PAS tidak hadapi masalah besar - Mahfodz

PAS tidak hadapi masalah besar - Mahfodz
GOMBAK: Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyifatkan solat sunat hajat perdana yang dianjurkan pihaknya tiada kaitan dengan kemelut dalaman yang melanda PAS kini.

Baginya, solat sunat hajat perdana yang diadakan di Markas PAS Pusat di Taman Melewar, di sini hanya untuk mendoakan keselamatan dan kelangsungan parti tersebut secara umum.

“Doa kami umum ... asasnya saya minta ahli-ahli PAS supaya terus istiqamah dan bersatu padu. Kami juga memohon supaya disatukan dan agar Allah menjaga keselamatan dari apa jua dugaan. Jadi, majlis ini tiada kena mengena dengan hal lain daripada PAS," katanya ketika ditemui di majlis tersebut pada Sabtu malam.

Tambah Mahfodz, dugaan yang dihadapi PAS ketika ini antara asam garam politik yang harus dihadapi seluruh ahli serta kepimpinan PAS dalam memperjuangkan agama Islam.

“Kita dah hadapi macam-macam dugaan sejak dulu sampai sekarang. Memandangkan PAS ni parti Islam, memang dugaannya banyak.

“Daripada dulu pun, bila dengan UMNO ada yang tak mau balik semula ... keluar. Tapi, dasar PAS tidak berubah. Yang berubah ialah manusia termasuklah pemimpin-pemimpin tertinggi.

Putus hubungan jika PKR sertai pakatan baharu, kata PAS

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yakin PAS tetap kuat dan berdiri teguh memperjuangkan Islam walaupun sekumpulan ahlinya akan menubuhkan ‎parti baharu iaitu Gerakan Harapan Baru. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Julai, 2015. 
Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yakin PAS tetap kuat dan berdiri teguh memperjuangkan Islam walaupun sekumpulan ahlinya akan menubuhkan ‎parti baharu iaitu Gerakan Harapan Baru. 

PAS sedia menamatkan hubungan dengan PKR sekiranya parti itu bersetuju menyertai DAP dan ‎Gerakan Harapan Baru (GHB) membentuk satu pakatan pembangkang baharu, kata Datuk Dr Haron Din dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia. Mursyidul am PAS itu dilaporkan berkata, kemungkinan pendirian itu dibuat selepas meneliti kenyataan Ketua Umum PKR  Datuk Seri Anwar Ibrahim ‎baru-baru ini yang menggambarkan seolah-olah mahu memutuskan hubungan dengan parti Islam itu.
"Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri selepas terbubarnya pakatan pembangkang.

“Kalau mereka hendak menubuhkan parti baharu, saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya seperti dilaporkan edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia. Haron berkata, pihaknya yakin PAS tetap kuat dan berdiri teguh memperjuangkan Islam walaupun sekumpulan ahlinya akan menubuhkan ‎parti baharu GHB.
Katanya, ini kerana PAS pernah mengalami situasi sana melalui sejarah penubuhan ‎Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim).
"‎Semoga GHB tidak tinggal harapan sahaja dan masa akan menentukan. Jika umur kita panjang, kita akan melihat apa yang berlaku seterusnya," katanya.
Anwar dalam kenyataan pada 24 Jun lalu membayangkan penubuhan pakatan baharu yang merangkumi semua kumpulan progresif termasuk Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan GHB.
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, PAS tidak akan dilibatkan dalam pakatan baharu tersebut kerana parti Islam itu menjadi punca kematian Pakatan Rakyat.

Harapan Baru: Hijrah daripada nasionalisme Muslim ke Islamisme inklusif? (III) Syariah

Dr Wong Chin Huat

Kalau parti Gerakan Harapan Baru (GHB) tetap ingin mengejar perlaksanaan syariah yang bersifat “bentuk”, maka ia akan mendapati dirinya terperangkap dalam polimek lama seperti PAS.

Selain demokrasi aneka parti dan pembelaan Melayu, isu ketiga yang harus membezakan parti baharu dan PAS ialah pelaksanaan syariah. Untuk memudahkan perbincangan termasuk untuk pemahaman pembaca bukan Islam, izinkan saya memetik tulisan Prof Jaser Audah tentang maqasid sebagai mukadimah.

Saya memohon maaf dan tunjuk ajar kalau ada fahaman yang silap atau kurang tepat. Undang-undang syariah mempunyai maqasid (bentuk plural untuk “maksud”) atau tujuan, yang merupakan prinsip yang umum.
Fahaman klasik menggariskan lima maqasid yang lebih bersifat peribadi iaitu pelestarian atau pemeliharaan agama (Hifdz Ad-Din), pemeliharaan nyawa (Hifdz An Nafs), pemeliharaan akal (Hifdz Al Aql), pemeliharaan keturunan (Hifdz An Nasb) dan pemeliharaan harta-benda (Hifdz Al Maal).
Dari deduksi Quran dan Hadis, pemikir-pemikir moden menambahkan maqasid yang lebih bersifat kemasyarakatan dan sejagat. Sebagai contoh, Sheikh Muhammad al Gazali menambahkan 2 maqasid iaitu pemeliharaan kebebasan dan pemeliharaan keadilan.
Undang-undang syariah juga mempunyai bentuk yang khas, daripada hukuman yang khas yakni jenis hudud (had), jenis qisas (balasan) dan jenis takzir (dalam bentuk penjara dan “arsy”/ganti rugi), kehendak keterangan sehinggalah mahkamah, hakim dan peguam yang berlainan atur caranya.
Pada pendapat saya, bergantung kepada sama ada yang ditekankan ialah maqasid atau bentuk, perlaksanaan syariah mempunyai implikasi yang amat berbeza.
Perlaksanaan maqasid syariah
Jika maqasid yang ditekankan, selagi maqasid itu tercapai, maka undang-undang yang tidak berasalkan tradisi Islam juga sesuai diguna pakai untuk umat Islam.
Di bawah penekanan ini, maka umat Islam cuma memerlukan undang-undang syariah yang khas diguna pakai untuk mereka dalam perihal agama, akal dan keturunan.
Dalam semua perkara lain, undang-undang yang sama akan diguna pakai.
Undang-undang tidak membezakan umat Islam dan orang bukan Islam dan tidak perlu digubal oleh atau dengan merujuk kepada ulama.
Satu contohnya ialah Akta Tandatangan Digital 1997 yang menentukan bagaimana kita dikira menandatangani dalam dunia maya. Ia tidak bersifat “kafir” sungguhpun tiada sebarang rujukan kepada syariah.
Pelaksanaan bentuk syariah
Sebaliknya, jika bentuk yang ditekankan, maka segala undang-undang yang diguna pakai untuk umat Islam harus digubal, kalau bukan oleh ulama Islam pun, sekurang-kurangnya dengan membuat rujukan kepada tradisi dan konvensyen syariah.
Akan tetapi, apakah undang-undang yang berunsurkan Islam itu boleh diterima oleh atau sesuai untuk orang bukan Islam?
Pandangan yang “keras” ialah kalau negara itu didominasi oleh umat Islam, maka orang bukan Islam harus menerima pilihan majoriti. Larangan Islam terhadap paksaan Islam sudah tidak wujud dalam pertimbangan golongan ini.
Pandangan yang lebih “lembut” ialah sesebuah negara boleh mengadakan undang-undang yang berlainan untuk umat Islam dan orang bukan Islam, seperti sistem milet pada zaman Khalifah Ottoman.
Tidak adil untuk orang bukan Islam
Ramai umat Islam rasakan gagasan “satu negara, 2 set undang-undang” ini adil sekali kerana umat Islam dan orang bukan Islam masing-masing boleh dikawal oleh undang-undang yang diwajibkan atau disukai.
Mereka mendakwa orang bukan Islam yang menolak perlaksanaan hukuman Hudud itu “mencampurtangan dalam hal ehwal umat Islam” kerana kononnya undang-undang syariah tidak terpakai ke atas orang bukan Islam.

Tak mengapa jadi ‘Mugabe’, asalkan terus berkuasa

Tiada berita lebih besar di Malaysia minggu ini selain penggantungan permit penerbitan akhbar mingguan The Edge dan harian The Edge Financial Daily.
Mana tidaknya, petanda sesebuah pemerintah atau kerajaan itu menuju kediktatoran adalah menekan media atau menutup surat khabar, sesuatu yang pernah dilakukan diktator-diktator “ulung” Asia Tenggara seperti bekas Presiden Indonesia, Suharto.
Ironinya, jika dahulu majalah Tempo “dikerjakan” Suharto kerana laporan tentang skandal pembelian kapal perang, akhbar The Edge kini digantung kerana menyiarkan laporan tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Alasan digunakan Suharto pada ketika itu untuk menutup Tempo dan beberapa akhbar lain yang melaporkan skandal “anak emasnya” B. J. Habibie sama seperti digunakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu memudaratkan ketenteraman awam! Pada masa sama, “ikan-ikan bilis” berkait dengan 1MDB satu persatu didakwa di mahkamah.
Mungkin juga semua ini hanyalah kebetulan akan tetapi menghairankan “jerung besar” seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa The Wall Street Journal (WSJ) menerima RM2.67 bilion wang 1MDB dalam akaun peribadinya tidak pula berdepan apa-apa siasatan atau tindakan.
Akan tetapi semuanya sudah dijangka dan diramalkan seorang penganalisis politik antarabangsa yang sangat faham tentang Malaysia.
Katanya Najib sudah pasti akan melepasi siasatan pasukan petugas khas berhubung 1MDB kerana semua agensi terlibat berada di bawah kuasanya.
Jadi Mugabe
Minggu lalu ketika rakyat Malaysia sibuk merayakan Syawal, penulis sempat minum kopi dengan 2 aktivis politik veteran tanah air yang terlibat secara langsung dalam isu-isu besar negara sejak 1970an.
Seorang mengatakan usia pemerintahan Najib akan berakhir tidak lama lagi ekoran skandal-skandal melanda dirinya dan perlawanan dari dalam Umno yang sudahpun bermula.
Katanya tidak mungkin Najib mampu menahan serangan dari dalam Umno dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berlaku secara bertali arus.
Seorang lagi pula percaya Najib akan kekal berkuasa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa.

Tiada halangan Najib bentang laporan 1MDB audit negara kepada Parlimen, kata DAP

Aturan Mesyuarat Parlimen dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bukanlah penghalang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membentangkan laporan awal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh ketua audit negara, kata Tony Pua.
Setiausaha publisiti kebangsaan DAP itu berkata, sehingga kini Najib selaku menteri kewangan masih berdegil untuk membentangkan laporan awal itu yang boleh menjawab pelbagai tuduhan mengenai 1MDB.
“Dakwaan menteri (Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan) jelas tidak masuk akal. Walaupun prosiding PAC tidak boleh diumumkan sehingga laporan PAC dibentangkan di Parlimen, itu ialah laporan PAC dan bukan laporan ketua audit negara.

“PAC langsung tiada kuasa menghalang dokumen yang dihantar kepada jawatankuasa secara berasingan dipaparkan kepada umum atau pihak lain.“Apa yang memungkinkan perkara itu terjadi ialah arahan daripada menteri kewangan yang memiliki laporan ketua audit negara,” katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.
Rahman yang juga menteri perumahan, kesejahteraan bandar dan kerajaan tempatan pada Khamis menulis di Twitter, Najib tidak mempunyai kuasa mendedahkan laporan awal 1MDB oleh ketua audit negara kerana terikat dengan aturan mesyuarat Parlimen.
Katanya, laporan yang dihantar dan dibincangkan oleh PAC tidak boleh didedahkan sehingga ia dibentangkan di Parlimen.

Walau dipenjara Anwar tetap juang nasib rakyat - Wan Azizah

AzizahARAU, 26 JUL: Meskipun jasad terpenjara, namun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap memperjuangkan nasib rakyat apabila melahirkan kebimbangan berhubung perkembangan semasa ekonomi negara.
Tanpa memikirkan soal dirinya sendiri yang menjadi mangsa hingga dipenjarakan sejak 10 Februari lalu, kegusaran itu dilahirkan setiap kali bertemu peguam dan ahli keluarga.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menceritakan detik sayu setiap kali bertemu Anwar di Penjara Sungai Buloh yang sering meminta ahli parti memikirkan masalah rakyat tanpa perlu bimbang mengenai dirinya.
“Tiap kali melawat dia sering berkata jangan risaukan dia (Anwar). Ingatkan masalah rakyat, masalah (cukai) GST.
“Apa yang saya boleh katakan, hargailah detik dan sesuatu yang kita ada.
“Bila telah tiada, kita akan rasai kehilangannya,” katanya ketika menyampaikan Amanat Presiden di Pauh, Arau, Perlis.

Kuman diseberang Lautan Nampak, Gajah didepan Mata tak Nampak.

sudahkah melihat dan membaca dokumen asal?
Saya hendak tanya satu soalan dan para pembaca pun boleh nilaikan. Semua orang yang keluar kenyataan bahawa Sarawak Report guna dokumen yang telah diubah, palsu dan sebagainya- adakah mereka semua sudah melihat dokumen asal?
Sudahkah Zahid Hamidi sebagai contoh, melihat dan membaca dokumen asal? Dan membandingkan dengan  dokumen yang dikatakan diguna oleh Sarawak Report dan menghukum bahawa ianya sudah dicemari dan dipalsukan?
ugutan ekstradisi.
Bukan senang hendak extradisi seseorang kecuali kenyataan Zahid itu dikeluarkan hanya untuk tujuan menunjukkan kepada rakyat, bahawa Zahid melakukan sesuatu untuk melindungi Najib.
Kenapa hadkan kepada Claire Ruecastle Brown? Jika Brown di ekstradisi, Zahid mesti consistent- WSJ pun kena ekstradisi. Dan ekstradisi juga semua warga asing yang menulis mengenai 1MDB . Asia Sentinel, The Economist Magazine dan sebagai nya. Punggah semua mereka ini.
hal ini satu dunia dah tahu.
Bagaiman nak lindung, jika satu dunia sudah tahu apa Pm Najib lakukan? Adakah selepas ini, Zahid mencadangkan perkara ini dibangkitkan di PBB? Bahawa press luar negara serta pertubuhan menggugat kestabilan dan keamanan negara anggota? Mungkinkah Anifah Aman bercakap mengenai perkara ini di PBB? 
jika isu ini dibangkitkan oleh warga negara malaysia, bagaimana?
Jika Sarawak Report tidak menerbitkan pencerahan dan pendedahan mengenai 1MDB, Jho Low, Peter Mahoney, Tarek Obaid, dan lain, skendel kewangan ini masih tetap didedahkan oleh parti pembangkang.
Soalan nya: bolehkah pembangkang pula dikatakan mencampuri urusan dalam negara kerana bercakap dan mengkritk perkara yang serupa yang dibangkitkan oleh Sarawak Report?
Yang mereka bangkitkan ialah salah gunakuasa, penyongglapan wang, rasuah, dan kemungkinan jenayah sudah dilakukan oleh pemimpin negara ini terutama PM. Yang mereka bangkitkan adalah kebarangkalian suatu jenayah telah dilakukan oleh Jho Low, Nik Faisal Ariff Nik Kamil, Shahrol Helmi, Tarek Obaid, Peter Mahoney, dan rakan2 Jho Low yang lain dalam dan luar Malaysia.
tidak ada sesiapa pun melihat dokunen asal.
Saya percaya, semua yang membuka mulut mengenai dokumen dipalsukan dan diubah tidak melihat dokumen asal.  Jadi bagaimana terus bohong kepada rakyat Malaysia bahawa dokumen yang digunakan adalah dokumen palsu atau sudah diubah?
kenyataan pgi.
Adakah mereka bersandarkan kenyataan yang dibuat oleh firma penyiasat PGI yang kenyataan mereka belum dapat disahihkan dalam forum yang sesuai seperti dalam mahkamah terbuka? PGI diupah oleh Petrosaudi- dia tentu cakap perkara yang menyokong Petrosaudi. Sandaran yang tidak kukuh.
Rahman Dahalan tidak pernah tengok, Shabery Chik tidak pernah tengok, polis pun tak pernah tengok. Tunjukkan kepada rakyat Malaysia, supaya tidak timbul dakwa dan dakwi, bahawa dokumen sudah dipalsukan dan diubah.