Sabtu, 25 Julai 2015

'Kena ingat bai'ah itu janji dengan ALLAH' kata Nik Zawawi

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengingatkan Adun dan Ahli Parlimen daripada parti itu, agar tidak melanggar bai’ah yang pernah dibuat mereka semasa bersama Pas.
Muhammad Zawawi berkata, apabila wakil rakyat melafazkan bai’ah mereka berjanji dengan nama ALLAH. Justeru katanya, jika pelanggaran dibuat maka padah yang diterima amat besar.
“Kepada sesiapa yang hendak bertanding atas nama Pas dia mesti berjanji di hadapan saf kepimpinan.

“….Mereka berbai’ah  janji dengan ALLAH jadi jangan sesekali mereka ini langgar bai’ah (perjanjian) ini kerana besar padahnya, dalam sejarah Islam ini tiada siapa yang selamat (orang yang melanggar bai’ah ini ).
"Dia kena ingat, dia berbai’ah berjanji itu terikat hukum dengan ALLAH kalau dia mengkhianati apa semua sekali dia akan dilaknat oleh ALLAH, malaikat sekalian… orang beriman,” katanya kepada Sinar Online.

Mengulas lanjut, Nik Zawawi berkata  dalam sejarah perjuangan Pas, orang yang cuba keluar parti mereka telah mengalami kesukaran di dunia lagi.

“Saya boleh tengok macam mana kedudukan mereka seperti tidak dihormati. Kadang-kala individu ini berdepan kesusahan.

“Ini kerana bila mereka langgar perjanjian, segala mahluk yang boleh melaknat, akan melaknat....termasuk ALLAH dan para malaikat. Lebih daripada itu di hari akhirat kelak pelanggaran itu adalah satu perkara yang besar,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Muhammad Zawawi berkata, mana-mana wakil rakyat Pas yang mendukung perjuangan parti lain adalah haram bagi mereka menikmati gaji dan elaun mereka kerana kerusi yang dimenangi adalah berdasarkan tiket Pas.

PAS Bakal Kehilangan Sokongan Pengundi Melayu dan Cina Pada PRU 14.


Oleh Mahfuz Omar
1. Saya bukan lah nujum politik yang mampu membuat telahan tentang masa depan politik sesebuah parti apatah lagi membabitkan parti yang saya dukung iaitu parti PAS. Saya yakin sesuatu yang berkaitan masa depan ianya dalam Ilmu Allah. Cuma dalam politik pilihan raya kita boleh membuat analisa dan unjuran melalui "survey" dan cula undi. Inilah yang telah sebati dalam jentera gerakerja pilihan raya PAS sejak 13 kali menghadapi Pilihan Raya Umum dan berpuluh kali menghadapi Pilihan Raya Kecil.

2. Sejak berlarutan krisis dalam PR hingga kini boleh dikatakan banyak pihak menyatakan PAS akan menerima kesan kemerosotan pengundi bukan Islam dan bukan Melayu pada PRU 14 akan datang. Tidak perlu saya membariskan insiden-insiden yang telah berlaku membabitkan PAS dan rakan rakan PR yang mendorong menjadi penyumbang kepada kemerosotan undi tersebut.

3. Apa yang penting untuk dipersoalkan  ialah apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh pimpinan PAS untuk memperbaiki keadaan dalam membendung kemerosotan undi bukan melayu khususnya pengundi cina pada PRU 14 akan datang. Sehingga sekarang saya masih belum nampak sesuatu telah dilakukan.  Malah apa yang saya lihat ialah beberapa tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh Pimpinan PAS bakal mengundang kemerosotan sokongan pengundi Islam Melayu itu sendiri.

4. Respon PAS terhadap Gerakan Harapan Baru (HB) memperlihatkan kerisauan, kebimbangan dan ketakutan PAS terhadap kemunculan Gerakan tersebut. Kenyataan-kenyataan PAS yang mengecam Harapan Baru dan pimpinan Harapan Baru akan membuka ruang untuk ahli PAS memberikan respon yang baik terhadap Harapan Baru.  Ini akan menyebab berlakunya kemerosotan sokongan pengundi Melayu Islam khususnya dari kalangan pimpinan dan ahli PAS daripada pelbagai peringkat.

5. Kenyataan demi kenyataan dari kalangan pimpinan PAS yang disiarkan akhbar rasmi PAS iaitu Harakah yang menimbulkan isu kononnya ancaman yang merosakan PAS dari dalam adalah dari kalangan mereka yang pernah terlibat dengan IRC, JIM dan kini IKRAM akan menambahkan lagi kemerosotan sokongan undi Melayu Islam pada PAS. Kenyataan-kenyataan tersebut seperti mempersoalkan keikhlasan dari kalangan ahli-ahli PAS sendiri yang berlatar belakangkan fikrah IRC, JIM dan kini dinamakan IKRAM. Semua harus mengakui sedikit sebanyak kekuatan yang ada pada IKRAM yang mempunyai rangkaian di pelbagai peringkat akan menjejaskan kedudukan kekuatan PAS dari sudut politik pilihan raya. Mungkin dari sudut kekuatan PAS sebagai Gerakan Islam, PAS boleh rasa syok sendiri kerana tiada siapa lagi yang dianggap sebagai musuh dalam selimut PAS. Namun, dari sudut pilihan raya, PAS memerlukan sokongan dan undi daripada semua orang sama ada Islam atau pun bukan Islam.

6. Tindakan dan kenyataan sebegini sudah pasti akan mengguris dan melukakan pihak ahli-ahli IKRAM yang menyertai PAS mahupun yang mengundi PAS dalam setiap pilihan raya, kerana mereka telah digambarkan oleh PAS sebagai pengkhianat kepada Jemaah Islam PAS. Sikap yang ditunjukkan oleh PAS ini sudah pasti mengundang penarikan sokongan dan undi dari ahli-ahli dan pendokong IKRAM. Bukan saja IKRAM tetapi dia akan membabitkan padangan dari pihak kumpulan Islam yang lain juga akan merasai yang PAS tidak boleh menerima kelainan fikrah dari Jemaah yang bukan terhasil dari tarbiah PAS untuk bersama PAS.

Tiada ahli Kabinet bersetuju dengan adik Najib?


KUALA LUMPUR: Penggantungan akhbar The Edge oleh kerajaan dan saman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap Harakahdaily tidak akan menyebabkan isu 1MDB mati mahupun terhentinya perbincangan rakyat mengenai 1MDB.
Justeru, PAS mengingatkan kerajaan bahawa kemelut isu 1MDB dan dakwaan duit 1MDB telah masuk ke akaun persendirian Perdana Menteri tetap perlu dijawab walaupun The Edge digantung.
Menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man isu 1MDB tidak akan lenyap.
Malah, katanya sebarang cubaan dan tindakan kerajaan yang kelihatan seperti menghalang isu 1MDB itu dibincang dan dilaporkan cuma akan menyemarakkan kemarahan rakyat.
"Zaman menakut-nakutkan sudah tiada lagi.
"Kerajaan dinasihatkan usah membuat kerja bagaikan menggunakan kertas membalut api. Ia sekadar akan menyemarakkan api itu lagi," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkat, sudah tiba masanya, kepimpinan kerajaan yang sayang negara untuk bersuara daripada memdiamkan diri demi kesinambungan kerjaya politik diri dan orang tertentu.
"Apakah tiada ahli kabinet yang bersetuju dengan adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak yang turut mengutuk penggantungan akhbar The Edge?" tanya beliau.

Undang-undang hanya tutup mulut pemberi maklumat, kata kumpulan peguam

Undang-undang yang digubal bagi "melindungi" pemberi maklumat tidak berkesan dan hanya wujud untuk melindungi pihak berkuasa daripada didedahkan oleh musuh atau media, kata persatuan peguam Lawyers for Liberty (LFL) hari ini.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA) menghadkan salah laku yang boleh didedahkan dan menghalang mereka yang memohon perlindungan dari akta itu daripada berkongsi maklumat dengan pihak lain, kata pengarah eksekutif LFL Eric Paulsen.

Beliau berkata, itulah sebabnya mengapa ia sesuatu yang mengelirukan apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan pemberi maklumat hanya dilindungi oleh undang-undang jika mereka bertindak dengan menggunakan akta itu.

 "WPA jelas bukan undang-undang perlindungan pemberi maklumat yang wajar, yang digubal untuk menjaga kepentingan awam. Ia tidak juga untuk memerangi rasuah," kata Paulsen dalam satu kenyataan.

 "Ia digubal bagi meletakkan bakal pemberi maklumat dalam dilema, untuk memberi tekanan kepada mereka supaya melalui prosedur perlindungan pemberi maklumat yang palsu di mana sangat sedikit yang akan dilakukan, dan yang lebih penting, untuk menghalang mereka daripada pergi kepada media atau kepada lawan politik pihak berkuasa."

Beliau mengkhususkan kepada tiga "peruntukan yang sangat dipersoalkan" yang katanya bercanggah dengan tujuan sebenar penggubalan undang-undang itu. Seksyen 6(1) akta itu menyatakan pendedahan tidak akan tertakluk di bawah perlindungan itu sekiranya pendedahan demikian dilarang secara khusus oleh mana-mana undang-undang bertulis, seperti peruntukan kerahsiaan perbankan dan Akta Rahsia Rasmi.

Penggantungan The Edge: Kerajaan mengaku silap secara tak sengaja, kata GHB

Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan undang-undang drakonian Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi menyekat saluran penerangan kepada rakyat.  
Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan undang-undang drakonian Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi menyekat saluran penerangan kepada rakyat.
Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menggantung akhbar mingguan The Edge dan harian The Edge Financial Daily membuktikan mereka mengakui kesalahan sendiri, namun cuba menutup kelemahan itu dengan menghukum pihak lain, kata Dr Dzulkefly Ahmad. Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) itu berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan undang-undang drakonian Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi menyekat saluran penerangan kepada rakyat.
"Penggantungan tiga bulan The Edge yang didakwa boleh menjejaskan ketenteraman awam sangat mengecewakan rakyat.

"Kerajaan secara tidak sengaja mengakui kesalahannya dan cuba untuk menyembunyikan perbuatan jahat mereka dengan menghukum orang lain. "Tindakan ini amat dikesali dan terkutuk," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, negara kini menuju ke arah kejatuhan, dan kini bukan hanya soal mahu menukar perdana menteri tetapi memperbaharui keseluruhan institusi kerajaan yang kritikal supaya berfungsi semula dan bersemangat.
Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, antara yang paling kritikal ialah mengenai fungsi Parlimen yang mana kini ahlinya tidak lagi "bersenjata" dan memainkan perangan "semak dan seimbang" terhadap cabang eksekutif.
"Persoalan besar adalah bagaimana kebenaran boleh melemahkan kerajaan melainkan jika kerajaan itu adalah berdasarkan kepada kepalsuan," katanya.

Pada IGP, tolonglah SIASAT YANG PENTING dulu, penyelewengan dalam 1MDB, nak 'cover' UMNO sgt buat apa..??


Dah lah WSJ tak mahu layan 'surat bodoh' dari peguam Najib.. KINI PULA Polis Thai tolak permintaan M'sia untuk soal Justo buat KALI KEDUA.. Tak malu ka klu kali pertama dah 'rejected' buat apa terhegeh2 mintak lagi..

KENAPA polis M'sia TAK PAHAM-PAHAM..!!!
Yg herannya, kat dlm M'sia KENAPA hingga ke hari ini Najib & Mahathir langsung TAK DISIASATNYA ???!!!

KDN 'perhati' Claire Recastle Brown kata Zahid


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi ingatan kerajaan boleh bertindak terhadap editor Sarawak Report, Claire Recastle Brown jika mendapati ada unsur jenayah terlibat.

Kata Ahmad Zahid tindakan boleh diambik kerana kerjasama dan pertukaran maklumat risikan memang terjalin antara Malaysia dan Britain.

"Bergantung kepada siasatan polis kelak, Kementerian Dalam Negeri (KDN)
akan berurusan secara rasmi melalui Wisma Putra jika terdapat unsur prima facie untuk tindakan perundangan terhadap Claire Brown," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Claire adalah salah seorang individu yang paling utama dalam laporan mendedahkan isu 1MDB dalam Sarawak Report.

Kata Ahmad Zahid, kerjasama memang sedia terjalin antara Polis Diraja Malaysia dan Scotland Yard.

GHB: 'Pemimpin Pas perlu nyatakan pendirian' kata Mohd Amar


KOTA BHARU - Pemimpin Pas yang dikaitkan dengan‎ Harapan Baru perlu tampil memberi penjelasan mengenai status mereka, kata Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata tindakan itu wajar dilakukan bagi mengelak berlaku fitnah dan kekeliruan masyarakat terhadap mereka pada ketika ini.
"Jika berdiam diri akan menimbulkan fitnah dan kekeliruan kepada pengundi," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Pas Pengkalan Chepa di Kompleks Purnama di sini, hari ini.
Sebelum ini, bekas pemimpin kanan Pas Khalid Abdul Samad dilaporkan berkata, Harapan Baharu diuar-uar akan menggantikan Pas dalam pakatan pembangkang dan akan ditubuhkan pada 14 Sept depan.
Sementara itu, Mohd Amar berkata mana-mana wakil rakyat Pas yang bertindak menyertai Harapan Baharu perlu mempunyai sikap bertanggungjawab meskipun mereka tidak perlu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.
"Dari segi undang-undang memang dia (wakil rakyat Pas ) tidak perlu letak jawatan (sebagai wakil rakyat) tetapi dari segi moralnya dia perlu bertanggungjawab," katanya. - Bernama

Sekarang, bukankah mendedahkan kebenaran itu penting buat negara?

oleh V Shuman
Perkara yang tidak masuk akal dari Putrajaya semakin hari, semakin teruk.
Baru-baru ini kita melihat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat laman pemberi maklumat Sarawak Report (SR) sebagai satu langkah “pencegahan” untuk “menjaga kestabilan negara”. 
Ini dilakukan selepas badan itu mendakwa laman itu mengeluarkan laporan terhadap 1MDB yang berkontroversi berdasarkan dokumen yang berkemungkinan diubah.
Walaupun laman itu masih boleh diakses oleh ramai orang, tindakan untuk menyekatknya mencetuskan kemarahan orang awam kepada SKMM.
Zulkarnain Mohd YasinZulkarnain Mohd Yasin
Untuk mengukuhkan lagi tanggapan yang sekatan ini tidak berasas, ketua bahagian pemantauan dan penguatkuasaan badan itu Zulkarnain Mohd Yasin telah dipetik sebagai berkata pada Khamis bahawa masih belum ada sebarang bukti yang laman itu (SR) telah mengeluarkan laporan yang palsu.
Zulkarnain dilaporkan mengatakannya ketika satu taklimat kepada editor-editor media atas talian di Putrajaya pada pagi itu.
Bagaimanapun, pada petang hari yang sama (Khamis), SKMM melakukan apa yang Putrajaya sering lakukan - bercanggah sendiri, dengan mengeluarkan satu kenyataan menolak laporan berita yang memetik Zulkarnain itu.
Ia berkata bahawa laporan yang memetik Zulkarnain yang mengatakan tidak terdapat bukti SR mengeluarkan laporan palsu adalah “tidak tepat”.
“Kenyataan oleh (Zulkarnain) yang diterbitkan di beberapa portal berita perlu dilihat daripada konteks yang ianya masih lagi dalam penyiasatan yang dilakukan oleh pihak polis dan Pasukan Petugas Khas, dan bukan sebagai pengesahan yang tidak terdapat bukti bahawa laporan SR adalah palsu.
“Berhubungan dengan ini, tajuk utama dan artikel beberapa portal berita atas talian dalam isu ini adalah tidak tepat,” kata kenyataan itu.
Ia menambah bahawa tujuan taklimat itu adalah untuk mengingatkan editor-editor berita atas talian bahawa laporan palsu atau tidak tepat dan penyebaran maklumat sebegitu boleh menggugat keamanan dan keharmonian negara.
Harus diingat bahawa bukan satu, tetapi banyak portal telah mengeluarkan cerita daripada sudut yang sama daripada taklimat itu. 
Apakah peluang yang kesemua mereka itu salah?
Yang mana satu sekarang ini, SKMM? Siapa sebenarnya yang salah?

GHB tidak tolak PRU14 mungkin lebih awal

GHB tidak tolak PRU14 mungkin lebih awal
KUALA LUMPUR: Gabungan Harapan Baru (GHB) tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan lebih awal berdasarkan senario politik terkini tanahair.

Timbalan Pengerusi GHB, Salahuddin Ayub berkata pada saat yang cukup kritikal ini, amat penting untuk semua pihak bersedia untuk duduk semeja.

Menurut beliau, situasi politik, ekonomi dan sosial sangat kritikal dan memerlukan komitmen semua pihak untuk menyelamatkan rakyat yang terkesan kehidupan harian mereka.

"Berdasarkan senario terkini politik tanah air, Harapan Baru tidak menolak kemungkinan akan berlakunya ketidakpastian politik, sekaligus membawa kepada Pilihan Raya Umum ke-14 lebih awal.

"Adalah sangat penting bagi semua pihak bersedia untuk duduk semeja pada saat yang cukup kritikal ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, GHB akan terus menemui NGO, parti-parti politik dan individu berpengaruh serta institusi penting dalam masyarakat bagi mengukuhkan iltizam memperjuangkan isu-isu rakyat.

GHB sanggah Hadi, nafi berwalikan DAP

Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Julai, 2015. 
Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS. 

Gerakan Harapan Baru (GHB) menafikan pertubuhan itu menjadikan DAP sebagai 'wali', seperti didakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang itu berkata, Hadi tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS.
"Saya tak tahu dalam konteks apa dia cakap. Ini sebenarnya masalah (dalaman) PAS dan kelemahan dia sendiri dengan PAS.

"Tetapi nak alihkan isu dan salahkan DAP," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, penubuhan GHB sebaliknya berkaitan isu kebangkitan rakyat akibat masalah yang dilalui dalam PAS sendiri.
"Ini soal kebangkitan rakyat, kerana PAS yang bermasalah. Tidak ada kaitan dengan DAP," katanya.
Hadi dalam kenyataannya 23 Julai lalu mengingatkan ahli GHB agar tidak menjadikan DAP sebagai wali atau ketua.
Dalam kenyataannya yang bertajuk ‘Kepada sesiapa yang berkenaan PAS sahaja’, Hadi berkata hanya ahli parti yang sedar mengenai perjuangan Islam bersama fadilatnya dapat membezakan antara kawan dan wali.
"(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman.
"Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan (perjuangan Islam) tersebut, sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya, kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali," katanya.
Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi berkata, hubungan dengan DAP adalah sebagai rakan pembangkang yang bercita-cita untuk meneruskan kembali tahaluf siyasi yang terkubur dan bakal menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN).
"Tidak ada siapa dari ahli kami Harapan Baru yang 'berwalikan' DAP.

Solat hajat Perdana selamatkan PAS

Krisis dalaman PAS - Dr Mohd Azizuddin

NGO beri bunga tanda soladiriti pada The Edge

'Saya sokong apa saja tindakan' - Shahidan Kassim

Langgar Bai'ah Tak Selamat Dunia, Akhirat - Nik Zawawi

Skandal 1MDB: Sekat media tak selesai masalah

"Mungkin kita perlu menghapuskan perkataan ban (larangan) daripada perbendaharaan kata politik dan mengambil pendekatan membayangkan kejernihan fikiran serta rasional," kata bekas menteri kanan, Tan Sri Rafidah Aziz.

Mengulang mengenai penggantungan permit dua penerbitan The Edge Media Group oleh kerajaan semalam, Rafidah berkata, pada era ini hampir segala-galanya didorong oleh Internet dan media sosial.

"Orang ramai boleh bercakap apa saja yang mereka mahu di mana-mana," tulis beliau di Facebook.

Rafidah yang pernah menggalas tugas sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri antara Mei 1987 hingga Mac 2008 berkata, tanpa mengabaikan had terhadap kebebasan bersuara, penting untuk media tidak dihukum kerana membuat laporan yang tidak disenangi sesetengah pihak.

"Adakah pasti kita tidak menuju ke arah negara yang mengarahkan apa perlu dilaporkan dan tidak dilaporkan dalam media?" tanya beliau.

Kata Rafidah, kerajaan boleh menyekat sesetengah penerbitan tetapi ia tidak akan menyelesaikan apa-apa.

Sebaliknya kata beliau, tindakan itu akan menyebabkan rakyat lebih marah.

Skandal 1MDB: Ini adalah masa buat semua untuk bersama solidariti dengan The Edge

oleh Alyaa Alhadjri

Mungkin terdapat perdebatan beretika menyelubungi pendedahan The Edge Media Group terhadap operasi jentera pelaburan awam 1MDB tetapi ianya tidak menjejaskan hakikat bahawa ini adalah masa buat semua pengamal media untuk berdiri bersolidariti dengan rakan sejawat mereka menentang tindakan tegas terbaru kerajaan di bawah Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar 1984 yang kuno.

 Malahan, keputusan Kementerian Dalam Negeri untuk menggantung permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan bermula 27 Julai telah dikutuk sebulat suara oleh bukan sahaja kumpulan media tetapi juga organisasi masyarakat awam.

Ho Kay Tat Center for a Better Tomorrow (Cenbet) dalam sebuah kenyataan menjelaskan keputusan itu adalah satu penyalahgunaan kuasa - satu cubaan terang-terangan dalam mendiamkan suara yang telah mengetengahkan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan kepada rakyat.

Walaupun terdapat contoh yang lebih terkini, Cenbet berkata penggantungan terbaru ini mirip kepada Ops Lalang yang menindas pada 1987 ketika lesen tiga surat khabar, iaitu, The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan (yang telah ditamatkan penerbitan) telah ditarik.

“Asas penggantungan Kementerian itu - ‘memudaratkan atau akan memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau berkemungkinan mengganggu pendapat orang ramai atau berkemungkinan memudaratkan kepentingan awam dan nasional’ - tidak munasabah. “Ianya menimbulkan persoalan siapa yang mengarahkannya dan langkah ini melindungi siapa.

Terlalu jauh daripada memastikan ketenteraman dan kestabilan awam, keputusan ini dilihat lebih kepada langkah memanjangkan jangka hayat politik sesetengah individu atau kumpulan,” kata Cenbet, dalam meminta supaya penggantungan itu ditarik balik.

Pemerhatian Cenbet pastinya tidak jauh daripada daripada persepsi umum orang awam terhadap tindakan menyelebungi perkembangan terbaru yang diambil untuk mempertahankan 1MDB.

Anak pengasas Ambank yang dibunuh upah Gobind lihat semula kes ayahnya

Pascal Najadi, anak kepada pengasas Ambank yang dibunuh, Hussain Ahmad Najadi berkata, beliau mengupah khidmat peguam Gobind Singh Deo dan peguam jenayah Israel Nick Kaufman untuk mengkaji semula kecukupan siasatan polis itu dalam keadaan di sekeliling kes pembunuhan bapanya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Julai, 2015. 
Pascal Najadi, anak kepada pengasas Ambank yang dibunuh, Hussain Ahmad Najadi berkata, beliau mengupah khidmat peguam Gobind Singh Deo dan peguam jenayah Israel Nick Kaufman untuk mengkaji semula kecukupan siasatan polis itu dalam keadaan di sekeliling kes pembunuhan bapanya.

Pascal Najadi, anak kepada pengasas Ambank yang dibunuh, Hussain Ahmad Najadi, mengupah peguam Gobind Singh Deo untuk melihat ke dalam siasatan polis ke atas kematian bapanya. Najadi ditembak mati pada Julai 2013 di tempat letak kereta di hadapan sebuah kuil Cina di Kuala Lumpur. Isterinya, Cheong Mei Kuen, 51, turut ditembak tetapi hanya cedera di tangan dan paha.
Pasangan itu ketika itu sedang berjalan ke arah kereta mereka yang diletakkan di Lorong Ceylon apabila seorang lelaki bersenjata mendekati mereka dan melepaskan beberapa das tembakan.

Dalam satu kenyataan semalam, Pascal berkata, beliau mengupah khidmat Gobind dan peguam jenayah Israel Nick Kaufman untuk mengkaji semula kecukupan siasatan polis itu dalam keadaan di sekeliling kes pembunuhan bapanya. Gobind ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu dan berkata beliau diupah untuk menjadi peguam pemerhati bagi pihak Pascal dalam kes rayuan itu pembunuh upahan itu, penarik kereta Koong Swee Kwan yang didakwa dalam pembunuhan Najadi itu.
Koong, juga dikenali sebagai "Empat Mata", dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 5 September 2014 berhubung pembunuhan itu.
Dia juga dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana cuba membunuh Cheong.

Skandal 1MDB: Memilih si muflis untuk keluar daripada kesulitan?

oleh V Shuman

Jika anda ada membaca berita akhir-akhir ini, anda mungkin kenal dengan banyak karakter yang menghiasi tajuk-tajuk utama.

Tokoh-tokoh ini diangkat sebagai wira oleh kerajaan pimpinan BN dan penyokongnya, manakala mereka di pihak pembangkang, dan juga sesiapa yang mempunyai keupayaan berfikir dengan baik, melihat mereka seperti diri mereka - cubaan terdesak untuk wang dan perhatian dan juga kesanggupan mereka turun begitu rendah untuk mendapatkannya.

Tiga karakter yang mendapat liputan berita hari ini adalah - bekas wartawan Lester Melanyi, K Ramesh Rao, yang memimpin NGO yang tidak jelas, dan bekas ahli DAP Tony Tan.

Ramesh dan Melanyi baru-baru ini membuat satu cubaan kelakar untuk menjatuhkan laman pemberi maklumat Sarawak Report, manakala Tan telah mencabar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua untuk “berlaku jujur” mengenai dakwaan wang RM3 juta yang disimpan dalam akaun luar negara di bawah nama isterinya. Berikut adalah perubahan plot - ketiga-tiga lelaki ini telah muflis.

Tidak, bukan bankrap secara moral atau kekurangan idea, tetapi mereka telah diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Adakah BN dan Umno benar-benar terdesak untuk mempertahankan diri daripada serangan 1MDB sehinggakan mereka mengambil jalan keluar dengan mengambil mereka yang terdesak membantu?

Sesetengah pihak berpandangan hakikat bahawa mereka ini muflis tidak mempunyai kaitan dengan apa yang didedahkan mereka, tetapi kepada yang lain, ianya penting sekali.

Sebagai contoh, ia membantu kita mencipta satu motif. Lelaki-lelaki ini secara kewangan telah jatuh miskin dan memerlukan apa saja pertolongan yang mereka boleh dapatkan untuk mengeluarkan diri mereka daripada kesengsaraan yang dihadapi.

NAJIB CORNERED LIKE A WOUNDED BEAST: Malaysia now in real danger


NAJIB CORNERED LIKE A WOUNDED BEAST: Malaysia now in real dangerDatuk Seri Najib Razak with his good looks, convincing stature, and having been brought up in a good family and groomed for years for top leadership positions, had the potential to be the best prime minister Malaysia ever had.
He could have been loved by friends and respected by foes,. Unfortunately, Najib has turned into the most despised person in Malaysia akin to a beast that has been tormenting the community. A beast that ought to be captured, punished and condemned - put on a stake and paraded in public before being JAILED for decades.
Unable to clarify and give credible explanations to all questions posed to him pertaining to the 1MDB scandal Najib is now like a wounded beast being cornered with nowhere to run except to turn around and face the hunter.
At this juncture the beast would just use whatever remaining brute force that it could garner from its weakening strength after being pursued by the hunters with arrows, bullets, rocks, sling shots and whatever weapon which came in handy day in, day out while the beast could only groan, whine and look back once in a while hoping that the hunters would stop their pursue. In the final attempt to fight back the attack by the wounded and cornered beast would be the most vicious! Just wait and see.
With the situation being hopeless and desperate Najib has now started to distrust those that have connection or knowledge of the transactions involving 1MDB. Previously they could be his defenders but now in the blink of an eye they could be his enemies.
A battle already lost but selfish Najib refuses to let go - even though he destroys Malaysia in the process
Those in the investigation teams are also in a predicament whether to be honest and diligent or to carry on with the ‘sandiwara’ scripted by Najib because those that Najib have entrusted to investigate are many, and anyone of them could be the mole planted by his rivals.

Now Malaysia's most hated couple - Najib and wife Rosmah
In facing the hunters, several people have been apprehended and most probably were given stern warnings not to disclose any damning information the investigators. But for how long could they continue defending Najib because the tide is not on his side!
Blocking the Sarawak Report is simply futile because it is still accessible. Stopping the publication of The Edge would make matters worse simply because the people would be more eager to know more and there are several channels that The Edge could use to disseminate its information!
Whatever efforts being done by Najib now is of no use. It would be a waste of resources and time for all those involved while the country is on auto pilot with our economy going south.
Daylight robbery but equally corrupt Cabinet refuses to take action; Umno warlords, including Muhyiddin, close an eye
Najib has not been able to deny that the RM2.62 billion was banked into his accounts. Najib has also failed to sue the WSJ and has not been able to counter back with proof whatever that has been written in detail in The Edge. The Edge has also challenged Najib to sue back if indeed the details are false and total fabrication. Since Najib has not been able to undertake on a legal course of action against both papers, this is an obvious admittance of guilt.
Najib prefers to let the public to be the judge hoping that he could distract, divert, tell bull stories and pretend that there is nothing wrong with him, the country and 1MDB. But there is no thick and wide enough carpet to hide the problems faced by all of them.
Najib is now sitting in the accused dock of the public court. He has been accused of so many wrong doings by the public and now there are so many witnesses taking the witness stand and each and every one of them is credible, while Najib’s defence team has none!
While Najib hopes that the charade that is going on will eventually vindicate him since he is still in control, the 1MDB scandal has gone beyond our shores involving various parties in Thailand, Singapore, Middle East, the UK, EU and the US. Najib has no power to control whatever events and activities taking place overseas. His obedient ‘bouncer ‘ the IGP has also been turned down by the Thai authorities in his personal request to meet Justo. He has been advised to follow the ‘proper channel’!
Instead of reforms, Najib worsens the abuses initiated by Mahathir
Najib may not think that the 1MDB has no effect on other countries but he should take heed on what had been done by Tun Dr. Mahathir Mohamad in disrupting the integrity of the judiciary. It has affected the people doing business especially when dealing with international partners.

The Malaysian Money Scandal


Skandal 1MDB: Jangan Tegakkan Benang Basah

1. Hanya berterus terang dan menyatakan fakta sebenar sahaja boleh menenangkan rakyat berkaitan 1MDB.
2. Hingga kini, pihak kerajaan terkial-kial menjawab isu yang ditimbulkan berkaitan syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut.
3. Isu utama yang menggamit berbagai persoalan dan perbalahan adalah berkaitan dengan usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International yang membabitkan USD1.83bilion. Sejumlah pelaburan inilah yang mengwujudkan justogate, dan penggantungan The Age Malaysia serta sekatan terhadap Sarawak reports.
4. Berbagai cerita berkaitan pelaburan USD1.83bilion, sehingga kini, tidak diketahui cerita pihak mana yang betul.
5. The Age mendakwa bahawa pelaburan USD1.83bilion antara 1MDB dan PetroSaudi merupakan satu scam untuk mencuri wang 1MDB yang dilakukan oleh sekumpulan individu termasuk Jho Low.
6. Oleh kerana laporan berkaitan pelaburan USD1.83 bilion secara terus menerus dilakukan, dengan berbagai rempah ratus, sehingga pihak kerajaan tidak mampu lagi menjawab, maka kerajaan terpaksa mengarahkan Ketua Audit Negara memeriksa syarikat gergasi tersebut. Selain itu PAC Parlimen juga turut memeriksa. Untuk menambah keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan benar-benar serius mengetahui apa yang sebenar berlaku dalam 1MDB, maka ditubuhkan Pasukan Petugas khas yang terdiri daripada Gabenor Bank negara, Ketua Polis Negara dan Persurujaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
7.Walaupun berbagai pihak bertungkus lumus memeriksa 1MDB, namun sehingga kini, tidak mampu meredahkan persepsi negatif terhadap syarikat tersebut, apatah lagi adanya dakwaan sejumlah RM2.6bilion telah disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.
8. Sehingga kini, tiada penafian daripada mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri, apa kah wang sejumlah RM2.6bilion benar-benar wujud atau sebaliknya.
9. Nampaknya terlalu sukar menjawab YA ATAU TIADA berkaitan wang RM2.6bilion. 
10. Persepsi kini, kerajaan hanya meneggakan Benang Yang Basah.

Tindakan GHB tarik ahli PAS makan diri sendiri - Dewan Ulamak

Tindakan parti Gerakan Harapan Baru (GHB) yang giat berkempen menarik ahli PAS untuk menyertai parti serpihan akan memakan diri sendiri.
 
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr. Mahfodz Mohamed sebaliknya berkata GHB sepatutnya mensasarkan ahli Umno untuk menyertai parti baru yang akan mereka tubuhkan sedikit masa lagi dan bukannya menarik ahli PAS.
 
"Sepatutnya mereka berkempen kepada ahli-ahli Umno supaya menyertai mereka.
 
"Apa yang mereka lakukan itu menghianati parti sendiri dan bercanggah dengan matlamat mereka untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) dan akhirnya akan menghancurkan parti mereka dan memenangkan Umno BN," katanya kepada Antarapos melalui aplikasi WhatsApp.
 
GHB kini mengadakan siri jelajah bagi menjelas rasional tindakan mereka mahu menubuh parti baru kelak dan mensasarkan ahli PAS untuk menyertai mereka.
 
Siri jelajah itu turut di sertai bekas pemimpin PAS yang gagal pertahan jawatan mereka untuk penggal yang seterusnya.
 
"Usaha GHB hendak menarik ahli-ahli PAS meyertai mereka adalah usaha yg tidak amanah dan tidak  jujur kerana mereka masih ahli PAS.
 

Masa depan GHB, PKR terumbang-ambing kata Dr Ramlah Adam


Post Pic

SHAH ALAM: Masa depan politik Gerakan Harapan Baru (GHB) dan PKR akan terumbang-ambing, demikian pengamatan penganalisis politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam.
 
Ujarnya, DAP adalah sebuah parti yang dominan sejak dari dulu dan akan terus bersikap demikian terutama ke atas GHB.
 
GHB diketahui umum amat memerlukan sokongan DAP buat masa ini agar kewujudan parti politik baru yang diasaskan mereka akan terus boleh diterima rakyat, sebaik sahaja diumumkan kelak.
 
Begitu juga PKR, yang sering akur pada pegangan dan keputusan DAP bersbit sesuatu isu dalam Pakatan Rakyat, ujar Ramlah.
 
"DAP pandai main batu sembunyi tangan, dia tukang cucuk dan tindakan dia tegas, nasib PKR dan GHB yang diwujudkan akan terumbang ambing.
 
"Sebab mereka ini harapan kan, bukan benda yang betul? diharapkan sahaja. Namanya harapan sahaja, diharapkan, jadi GHB ini diharapkan sahaja, sedangkan DAP ini memang solid," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.
 
Ramlah berkata dikala parti komponen dalam Pakatan Rakyat diuji krisis dalaman, DAP terus kukuh walaupun banyak serangan dilancarkan terhadap mereka.
 
"Sedangkan DAP memang solid dan mereka walaupun ada kemelut dalam itu cuba kamu tengok, berapa banyak orang cuba jatuhkan DAP?

Sindiran, kutukan cemari ucapan hari lahir Najib

Di sebalik kata-kata kasar dan sindiran yang ditulis, pentadbir laman Facebook Najib Razak tidak bertindak untuk memadamkannya
hb-najib
PETALING JAYA: Pelbagai nada ucapan mewarnai hari ulang tahun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang ke-62.
Selain bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersara dalam ucapan sempena hari lahirnya, laman Facebook Ahli Parlimen Pekan itu, turut menjadi sasaran.
“Ya! Jgn putus asa mencuri $$$ lebih dari $2,700,000,000 yg sudah dicuri awak,” tulis Dominic Andro.
“Sama2..sipencuri duit rakyat..thn dpn brim bg up skit lg bro jibby..klu x..faham2 jelah pru nnti,” komen Caleb Di Angel di laman berkenaan.
Di sebalik kata-kata kasar dan sindiran yang ditulis, pentadbir laman Facebook Najib Razak tidak bertindak untuk memadamkannya
Komen-komen berkenaan diberikan selepas Perdana Menteri memuat naik statusnya pada 23 Julai lalu, sempena hari ulang tahunnya yang ke 62.
“Hari yang bermakna bagi saya. Terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan di ulang tahun hari lahir saya ini,” tulisnya.

PKR: Hentikan perselisihan politik, rakyat memerhati

Wan AzizahKUALA SELANGOR, 25 JUL: Semua pihak dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) patut menghentikan perselisihan politik bagi menjamin sokongan berterusan dalam pilihan raya umum akan datang.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata ini berikutan pengundi sedang meneliti setiap perkembangan dalaman Pakatan dan PKR sendiri.
“Kepimpinan politik perlu menerapkan amalan politik berasaskan nilai murni sejagat dengan menyatukan, mendengar, menghormati, mengupayakan, mengkongsikan sumber dan kuasa serta bersyura.
“Tujuan politik kita adalah untuk membina sebuah negara yang adil untuk semua dan menjaga amanah politik dengan mengutamakan prinsip kepentingan rakyat,” kata Dr Wan Azizah pada program Jelajah Amanat Presiden di Dewan Sri Siantan, di sini semalam.
Beliau turut mengingatkan empat dasar bersama asas kesepakatan Pakatan dengan satu matlamat iaitu memperjuangkan demokrasi telus dan tulen; memacu ekonomi berprestasi tinggi, mapan dan adil; keadilan sosial dan pembangunan insan; mengukuhkan hubungan persekutuan – negeri dan dasar luar negara.
Katanya lagi, bagaimanapun dasar bersama Pakatan itu hanya dapat dicapai selepas Pakatan menerajui Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.
Justeru itu, Dr Wan Azizah menggesa semua pihak dalam PKR membuat persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk sekiranya pilihan raya diadakan.
Tambah Dr Wan Azizah, antara persediaan awal yang perlu diambil termasuklah merekrut, melatih dan memantapkan keahlian PKR, mengenalpasti dan melatih pemimpin semua peringkat, membina dan menggerakkan jentera pilihan raya serta membina jaringan dengan pihak berkepentingan.
Beliau turut menggesa semua pihak dalam PKR mengenalpasti isu tempatan dan nasional untuk pembentukan dasar dan menyokong dan mendokong masyarakat madani.

'Hodohnya politik mencagar rumahtangga' - Mufti Perlis

Politik kepartian boleh menjadi begitu hodoh jika cagaran untuk kemenangan sesebuah kumpulan itu adalah rumahtangga.

Mufti Perlis, Datuk Seri Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berpolitik sepatutnya dibangunkan untuk membina masyarakat dan negara yang lebih baik.

Dengan 'mainan' politik kepartian, kata bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia itu, seseorang isteri kononnya boleh tertalak tiga gara-gara tindakan si suami.

"Justeru, teraniayalah isteri dan anak-anak di rumah hanya kerana perbuatan si suami dalam parti," katanya.

Kenyataan umum itu dibuat Mohd Asri dipercayai mengulas polemik antara kumpulan dalam PAS ketika ini yang berselisih pendapat mengenai bai'ah dilafaz wakil rakyat parti berkenaan.

Sesetengah bai'ah itu dikatakan turut 'mencagarkan' isteri seseorang calon pilihan raya apabila ia dikaitkan dengan talak.

PAS dikatakan mewajibkan semua bakal calon melafazkan ikrar itu sebelum dinamakan dalam mana-mana pilihan raya.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU), Fathul Bari Jahaya turut memberikan pandangan mengenai isu berkenaan.

The Edge: NGO anjur himpunan besar solidariti media 8 Ogos ini

The Edge: NGO anjur himpunan besar solidariti media 8 Ogos ini
KUALA LUMPUR: Sebuah perhimpunan besar bakal diadakan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) media Ogos depan sebagai tanda solidariti kepada kumpulan media The Edge yang digantung penerbitan akhbar harian dan mingguannya bermula Isnin ini.

Menurut sebuah kenyataan bersama Gerakan Media Marah (Geramm), Institute of Journalists (IoJ), Reporter Sans Frontiers (RSF), Center for Independent Journalism (CIJ) dan Foreign Correspondents Club of Malaysia, lokasi perhimpunan itu akan diadakan di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun mereka masih belum memuktamadkan lagi lokasi spesifik perhimpunan tersebut.

Selain itu, sebuah himpunan solidariti turut akan diadakan di pejabat The Edge pada Jumaat, 31 Julai 2015.

Mereka juga menggesa semua pengamal media supaya turut bersama dengan menurunkan tandatangan pada sidang akhbar yang bakal diadakan pada hari tersebut, menggunakan hashtag #AtTheEdge menggantikan nama sendiri.

Menurut kenyataan itu, hashtag tersebut turut akan digunakan bagi kesemua kempen berkaitan solidariti terhadap The Edge termasuk di media sosial.

"Selain tindakan-tindakan segera ini, kami juga mengulangi gesaan untuk kerajaan memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan - undang-undang yang dilihat menyekat kebebasan media dan bersuara di Malaysia," kata kenyataan itu.

Mereka juga menggesa supaya dihentikan campur tangan politik dalam hal ehwal media, dan akses kepada tidak dikekang oleh mana-mana undang-undang atau proses.

"Apa yang berlaku terhadap The Edge bukanlah sesuatu yang baharu dan tidak akan menjadi yang terakhir, melainkan jika kita bersuara menentangnya secara kolektif," tegas kenyataan itu lagi.

Geramm hari ini bersama beberapa NGO seperti Bersih 2.0, Jaringan Orang Asli Semenanjung (JAOS) dan Teoh Beng Hock Trust Democracy telah menghantar bunga kepada kumpulan media The Edge tersebut.

Faktor masa jadi penentu perbezaan Harapan Baru - Dr Sivamurugan Pandian.


 Sivamurugan Pandian

SHAH ALAM – Hanya masa yang akan menentukan perbezaan antara Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) dengan parti serpihan Pas sebelum ini, demikian menurut pendapat penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.
Menurutnya, survival Harapan Baru yang ditubuh bergantung kepada masa untuk membentuk peranan yang diwujudkan oleh gerakan tersebut.

“Saya rasa masa akan tentukan sejauh mana Harapan Baru ini berbeza dari parti parti serpihan Pas lain sebelum ini. Kita kena terima bahawa keadaan dahulu dengan sekarang tidak sama.

“… Situasi sudah berubah. Apa pun, bergantung kepada Harapan Baru untuk bentuk peranan yang mereka mahu lakukan.
Adakah Harapan Baru ‘berfungsi’ semata-mata alternatif kepada Pas, atau untuk memenuhi kerjasama di bawah PR,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu temubual eksklusif dengan Channel NewsAsia baru-baru ini berkata, mana-mana parti serpihan Pas tidak akan bertahan lama, malah akan berkubur dalam masa dua tahun.

GHB sedia bertanding di Sarawak

GHB yakin PKR dan DAP akan beri kerjasama untuk bertanding pada PRU Sarawak.
GHB
KUCHING: Gerakan Harapan Baru (GHB) Sarawak bersedia meletakkan calon pada pilihan raya negeri akan datang.
Jurucakap gerakan itu yang juga bekas Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden berkata, sama ada GHB akan bertanding atas tiket parti baharu, parti lain atau Bebas masih belum diputuskan.
“GHB Sarawak akan melantik jawatankuasa dalam masa terdekat. Setakat ini kami telah mengenal pasti figura-figura yang berpotensi dan berpengalaman bagi menerajui GHB Sarawak.
“Kami yakin DAP dan PKR Sarawak bersedia untuk bekerjasama dengan kami sebagaimana pendirian DAP dan PKR di peringkat pusat yang secara terbuka telah menyatakan sokongan padu kepada penubuhan GHB dan parti politik baharu nanti,” katanya.
Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ketika ini adalah sehingga Jun 2016.
Andri berkata, sehubungan itu GHB Sarawak sedia bertemu dan berbincang dengan DAP dan PKR Sarawak pada bila-bila masa.
Pada Mac lepas, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mengumumkan keputusan DAP negeri untuk keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) negeri kerana kecewa dengan tindakan PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Beliau mendakwa PAS menyeleweng daripada dasar bersama PR apabila berhasrat melaksanakan undang-undang berkenaan.
DAP memiliki 12 daripada 71 kerusi DUN, manakala PAS tidak pernah memenangi sebarang kerusi pada mana-mana pilihan raya negeri Sarawak.

PAS perlu ubat 'cirit-birit mulut' kata Mahfuz

Ketika tahap sokongan pengundi bukan Melayu - terutamanya komuniti Tionghua - semakin merosot, PAS tidak bertindak bijak sebaliknya menghamburkan "cirit-birit mulut" yang belum terubat.

Bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS wajar menumpukan usaha mengawal pengundi teras - iaitu Melayu Islam - agar tidak hilang atau merosot menjelang pilihan raya umum ke-14.

Pada masa sama, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, PAS berusaha memulihkan kepercayaan pengundi bukan Melayu Islam khususnya masyarakat Tionghua.

"Tetapi apa yang berlaku kesan di sebalik setiap perkataan yang dihamburkan ialah ia seumpama cirit-birit mulut yang perlu dicari ubat bagi segera menghentikannya," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan sama Mahfuz menjangkakan PAS bakal kehilangan undi yang ketara sama ada daripada masyarakat Melayu atau bukan Melayu ekoran kemelut dihadapi bersama Pakatan Rakyat.

Katanya, apa yang penting ketika ini ialah langkah pimpinan PAS memperbaiki keadaan.

"Sehingga sekarang saya belum nampak sesuatu yang dilakukan. Malah apa yang saya lihat ialah beberapa tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh Pimpinan PAS bakal mengundang kemerosotan sokongan pengundi Islam Melayu itu sendiri.

"Respon PAS terhadap Gerakan Harapan Baru (GHB) memperlihatkan kerisauan, kebimbangan dan ketakutan PAS terhadap kemunculan kumpulan tersebut. Kenyataan mengecam GHB dan pimpinannya membuka ruang untuk ahli PAS memberikan respon yang baik terhadap gerakan itu," katanya.

Warkah raya buat Tuan Pesuruhjaya Selangor

Oleh Riesya H.
Selamat hari raya .Eid Mubarak. Taqabalallahu Minna Wa Minkum. Ditujukan kepada semua. Terutama sekali tuan pesuruhjaya negeri tempat saya menumpang mencari rezeki dan bermastautin, negeri Selangor. Pesuruhjaya parti yang saya undi pada PRU13, parti Pas. Tetapi tidak mungkin untuk PRU14.
Moga tuan pesuruhjaya Pas Selangor sentiasa di dalam peliharaan Allah hendaknya. Apa khabar tuan PJ? Apa khabar negeri Selangor tercinta? Diharap tuan dapat beraya sakan sebagai PJ Selangor, makmur negerinya tetapi kabur politiknya.

Tuan Pesuruhjaya, Syabas kerana menang besar pada PRU13. Lonjakan hampir sekali ganda, dari 8 kerusi pada PRU12, melonjak kepada 15 kerusi pada PRU13. Satu pencapaian cemerlang, berbanding DAP yang menambah cuma 2 kerusi, manakala PKR pula merosot1 kerusi. Umno mampu ucapkan sekalung terima kasih kepada Din Ayam, yang membantu memberi laluan kerusi Kota Damansara. Tuan layaknya boleh berbangga dengan pencapaian Pas. Tetapi satu perkara yang tuan perlu ingat, pencapaian itu bukan hasil titik peluh tuan sendiri. Masa PRU13 tuan Cuma sekadar macai, bukan numerouno. Yang jadi pesuruhjaya masa PRU13 ialah Rani. Yang layak menuntut jadi hero ialah tuan Rani, bukan tuan. Tuan Cuma mewarisi harta pencarian YB Rani. Itu saja. Mungkin rezeki tuan terlebih sedikit dari orang lain. Mungkin angkara terlebih ampu tuan presiden. Ataupun terlebih mesra dengan istana. Tidakpun, terikut cara tok guru yang nak berbaik dengan Umno. Mungkin.
Semuanya mungkin, tanpa kajian saintifik, atau mimpi berjumpa Nabi. Itu cuma telahan hamba. Mungkin juga tuan lebih selesa bercerita retorik tentang melayu, raja dan hudud. Melebihi isu tatakelola, atau menjuarai isu korupsi songlap duit 1MDB, Felda, Tabung Haji atau Mara. Atau juga tuan sudah jadi pet boy kakak tua kepada tok guru demi menyelamatkan jawatan seorang pegawai agama bergaji 40 ribu di Kumpulan Perangsang.
Tuan Pesuruhjaya
Ingat-ingatlahkan nasib yang menimpa Pak Lah. Dia menang besar pada PRU2004, dijulang sebagai hero dan pejuang bangsa. Beliau gah dengan slogan terbilang gemilang dan cemerlang. Tapi itu dulu. Setelah Umno dihempuk tsunami pada PRU2008, aura beliaupun hilang dibawa angin. Kekalahan Umno dan jatuhnya Perak dan Kedah pun di nisbahkan kepada beliau. Hilang sudah terbilang gemilang dan cemerlang. Yang ada Cuma hilang dan tenggelam.
Janganlah dibanggakan sangat dengan pencapaian PRU13. Dalam klimaks dan perubahan mood rakyat Selangor sejak langkah Kajang, dan imej Pas yang bercelaru, bukan mudah untuk kekalkan 15 kerusi. Silap haribulan, 8 kerusi pun mengah nak dicapai. Kurang dari 8 kerusi, nasib dan masa depan tak ubah sama macam Pak Lah. Hilang dan tenggelam.
Tuan Pesuruhjaya,

Halatuju politik PAS yang kabur ?


Oleh Ahmad Sabki Yusof
Tiada manusia yang boleh menafikan bahwa PAS masih bergelumang dalam krisis.Kita panggil ini "krisis organisasi".Apa masalah utama dalam organisasi PAS? Saya berani nyatakan masalah paling utama adalah halatuju politik PAS yang kabur.Saya tidak bercakap tentang matlamat PAS, matlamat PAS tetap Islam.
Sejak pasca PRU-12 lagi (2008), PAS berdepan dengan dua pandangan politik yang berbeza - pertama membentuk pakatan politik bersama PKR dan DAP atau pilihan kedua membentuk kerajaan bersama UMNO/BN.

Ramai ahli PAS percaya isu ini telah selesai bila PAS telah membuat keputusan bersama Pakatan Rakyat. Ya, ia selesai tetapi ia tidak mati disitu.
Setelah melalui pengalaman berkerajaan bersama PKR dan DAP, wujud desakan untuk PAS berundur dan mengkaji semula kerjasama ini.
Maka, timbul semula persoalan tentang model kolisi politik mana yang lebih baik untuk Islam dan Melayu - Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.
Mereka yang percaya model politik UMNO/BN lebih baik untuk Islam dan Melayu mula menunjuk sikap tidak mesra Pakatan Rakyat dan apa yang berlaku selepas itu adalah sejarah yang semua kita tahu.
Hari ini PAS masih mendakwa bersama Pakatan Rakyat walaupun PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP. Hal ini tentunya lucu kerana umum tahu bahawa Pakatan Rakyat adalah gabungan 3 parti, maka apabila terputus hubungan mana-mana satu darinya maka tiada lagi pakatan untuk Pakatan Rakyat.
Jadi apakah sebenarnya halatuju politik PAS? PAS perlu nyatakan dengan jelas untuk menghilangkan keresahan ahli dan pemimpin pertengahannya.
Apakah PAS ingin bersama dengan PKR sahaja? Sedangkan PKR ingin bekerjasama dengan semua pihak yang menuntut perubahan termasuk DAP.
Apakah PAS ingin bersendirian?
Atau, apakah PAS ingin bekerjasama dengan UMNO?

Skandal 1MDB: Selepas Sarawak Report Dan The Edge, Siapa Mangsa Seterusnya?

Secara umumnya ramai yang tidak setuju dengan tindakan kerajaan menggantung permit penerbitan akhbar The Edge selama tiga bulan hanya semata-mata kerana laporan yang disiarkannya mengenai 1MDB.

Tindakan itu menggambarkan kerajaan sedang mengambil langkah ke belakang dari segi kebebasan rakyat memperolehi maklumat, tidak sedia dikritik dan memalukan dirinya sendiri lantaran tidak upaya memberi penjelasan mengenai apa yang disiarkan oleh akhbar tersebut, lalu menggunakan kuasa yang ada sebagai pelindung.

Tambahan lagi, beberapa hari lalu, sebaik menyiarkan laporan mengenai urusniaga 1MDB dengan PetroSaudi International yang didakwanya sebagai helah oleh Jho Low untuk menipu wang negara sebanyak AS$1.83 bilion, akhbar kewangan itu juga tampil dengan kesedian untuk ke mahkamah bagi mempertahan laporan yang dibuatnya.

Ia mengatakan, laporan itu dibuat berdasarkan maklumat daripada dokumen dan ribuan email yang diyakininya sebagai benar dan sedia untuk berhujah mempertahankannya di mercu keadilan yang diiktiraf oleh perlembagaan.

Dalam masa yang sama, pemilik The Edge, Ho Kay Tat juga sudah pun menyerahkan semua dokumen, email bercetak dan cakera keras mengenai 1MDB kepada Bank Negara dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis, untuk membantu siasatan kerajaan terhadap syarikat bermasalah dan sarat hutang itu.

Jadi, dengan kesediaan ke mahkamah dan sudah menyerahkan maklumat yang mereka ada, apa logiknya lagi tindakan kerajaan menggantung permit akhbar tersebut?

Atau kerajaan sebenarnya ingin menyekat pendedahan lain yang mungkin lebih menggemparkan mengenai 1MDB, Najib Razak dan lain-lain pihak oleh akhbar tersebut?

Walaupun Kementerian Dalam Negeri atau KDN hari ini tampil dengan mengatakan penggantungan itu berasaskan tiga sebab - laporannya yang boleh menimbulkan persepsi negatif kepada masyarakat, sumber maklumat yang diragukan serta belum tentu kesahihannya dan isu 1MDB sedang disiasat oleh pasukan petugas khas, maka tidak tidak adil laporan sedemikian disiarkan, tetapi hakikatnya semua orang sedang bercakap tentang isu yang sama sekarang.

Skandal 1MDB: Seorang lagi pengarah urusan firma pembinaan direman empat hari

Kes 1MDB: Seorang lagi pengarah urusan firma pembinaan direman empat hari
PUTRAJAYA: Seorang lagi individu berpangkat "Datuk" ditahan reman empat hari mulai Sabtu bagi membantu siasatan berhubung akaun syarikat SRC International Sdn Bhd, sebuah entiti yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah urusan sebuah syarikat pembinaan dan pembangunan yang berusia 48 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu di sini lengkap dengan pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Individu tersebut yang merupakan suspek keempat ditahan untuk membantu siasatan pasukan petugas khas berhubung dakwaan menyalurkan dana ke akaun 1MDB.

Timbalan Pendakwa Raya Awam SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairy memohon perintah reman sehingga tujuh hari tetapi Magistret Nik Isfahanie Tasmin Wan Ab.Rahman hanya membenarkan reman empat hari untuk proses soal siasat dijalankan.

Menurut jurucakap agensi tersebut, individu bergelar 'Datuk' ditahan kira-kira jam 7 petang selepas beliau dibawa ke pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009.

Sementara itu di mahkamah sama, individu kedua yang ditahan reman Rabu lalu yang merupakan seorang pengarah urusan sebuah syarikat pembinaan berpangkat 'Datuk' telah dibebaskan dengan jaminan.

Tanggungjawab The Edge lapor mengenai Skandal 1MDB, kata Azmin

The Edge akan gagal dalam tugasnya jika ia tidak melaporkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri Besar Selangor Azmin Ali yang menyifatkan masalah berkaitan syarikat milik negara itu "ibu kepada segala skandal".

Dalam satu kenyataan, Azmin berkata, keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung lesen penerbitan The Edge dan The Edge Financial Daily bukan sahaja satu serangan ke atas kebebasan akhbar, tetapi juga ke atas hak rakyat untuk mendapat maklumat.

"Kami merasakan tidak masuk akal untuk KDN mengatakan laporan media itu memudaratkan kepentingan awam dan negara," kata Azmin.

"Satu-satunya pihak yang akan dimudaratkan oleh pendedahan itu ialah mereka yang tangannya dicemari dengan penglibatan dalam konspirasi untuk merompak kekayaan negara ini.

Mereka yang tidak bersalah sudah tentu mengalu-alukan pendedahan sebegitu," katanya.

Timbalan presiden PKR itu juga menggesa rakyat Malaysia mengutuk tindakan "sewenang-wenangnya" kerajaan dalam menggunakan kuasanya dan meminta kerajaan membatalkan penggantungan itu.

Kedua-dua akhbar mingguan The Edge dan harian The Edge Financial Daily digantung 3 bulan bermula Isnin depan susulan pendedahan mengenai 1MDB yang dibuat mereka.

Skandal 1MDB: Tiada menteri peduli benar atau salah, kata DAP

DAP hari ini bertanya jika tiada lagi integriti atau kesedaran moral yang tinggal di hati menteri Kabinet apabila Putrajaya menyalahgunakan undang-undang negara bagi melindungi penjenayah.

Mengulas mengenai penggantungan akhbar mingguan The Edge dan harian The Edge Financial Daily, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata, rakyat menjangkakan sekurang-kurangnya beberapa menteri berkecuali daripada tindakan Putrajaya yang bermuka-muka.

 Pua berkata, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Datuk Idris Jala nampak "lebih bijak" daripada yang lain dan diharapkan menyedari kemusnahan besar melalui penipuan dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Bagaimanapun, walaupun ada sedikit kebijaksanaan, jelas menteri-menteri ini tidak ada kesedaran moral atau integriti dalam jiwa mereka.

"Mereka mungkin tidak bodoh, tetapi mereka tidak lagi peduli apa yang betul, apa yang salah," kata Pua dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, bagi mereka tidak penting yang negara ini sedang dirompak atau para saksi dan pemberi maklumat sedang dihukum.

"Mereka tidak akan bercakap menentang rasuah dan ketidakadilan kerana mereka hanya berminat mengekalkan status politik dan kuasa mereka sendiri," kata Pua.

Salur maklumat melalui media hanya undang huru-hara, kata ketua polis negara

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, membuat pendedahan melalui media hanya mengundang huru-hara. – Screenshot Twitter, 25 Julai, 2015. 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, membuat pendedahan melalui media hanya mengundang huru-hara.

Pemberi maklumat hanya dilindungi undang-undang apabila mereka menggunakan saluran yang betul untuk mendedahkan salah laku, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini, sehari selepas Kementerian Dalam Negeri menggantung The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily berhubung laporannya mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Ketua polis negara berkata, membuat pendedahan melalui media hanya mengundang huru-hara, dan menjadi tugas polis menghalang "mereka yang mempunyai motif tersembunyi" daripada mengelirukan orang ramai.
"Whistle Blowers are surely protected under Msian Laws, provided they come in the proper way, legally @PDRMsia welcomes genuine WBlowers (Pemberi maklumat memang dilindungi undang-undang Malaysia, dengan syarat mereka ikut saluran yang betul dan sah, PDRM mengalu-alukan pemberi maklumat yang tulen)," Khalid menulis di Twitter melalui akaunnya @KBAB51.

"'Trumpheting' so called 'true revealations' thru the media will only invite misunderstandings, incorrect perceptions and chaos. @PDRMsia ('Menghebohkan' kononnya 'pembongkaran sebenar' melalui media hanya akan mengundang salah faham, salah tanggapan dan huru hara)," katanya dalam tweet selepas itu. Seorang pengguna Twitter bernama Arran Sathananthar (@arran9595) mengingatkan Khalid tugas polis ialah berkhidmat kepada rakyat dan menggesa beliau tidak menyerang rakyat.
"@arran9595 @PDRMsia fully agree with you Sir. We serve the Rakyat and will not allow the R'yat to be mislead by people with ulterior motives (PDRM setuju sepenuhnya dengan anda. Kami berkhidmat kepada rakyat dan tidak akan benarkan rakyat dikelirukan oleh mereka yang mempunyai motif tersembunyi)," balas Khalid pula.

Ironi undang-undang dan politik dalam skandal 1MDB di muka depan akhbar

Muka depan akhbar The Star hari ini yang memberi tumpuan kepada 2 berita mengenai 1MDB yang memperlihatkan ironi isu itu. – 25 Julai, 2015.Muka depan akhbar berbahasa Inggeris The Star hari ini memaparkan 2 cerita berbeza - bank pusat memburu 2 individu dipercayai bekas rakan taikun Low Taek Jho, dan lesen penerbitan The Edge digantung. Pertindihan itu menunjukkan ironi undang-undang dan politik dimainkan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dari satu segi, Bank Negara Malaysia (BNM) dan penyiasat pasukan petugas khas terdiri daripada pegawai tinggi kerajaan sibuk menyiasat salah laku yang didakwa dalam 1MDB. Setakat ini pasukan itu sudah mereman 4 individu.

 Foto 2 individu yang disiarkan sedang dicari BNM menunjukkan betapa serius siasatan dijalankan untuk menjejak wang 1MDB, pada ketika syarikat itu dibebani hutang sebanyak RM42 bilion. (pautan - http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bank-negara-looking-for-duo-linked-to-1mdb)

Selain itu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan ketua audit negara juga sedang meneliti isu 1MDB.

Namun, The Edge yang berterusan melaporkan isu 1MDB dengan disertai beberapa pendedahan pula, dihukum hanya kerana membawa isu itu kepada pengetahuan umum dan mendesak ketelusan pihak berkuasa.

 The Edge bakal membuat semakan kehakiman terhadap arahan penggantungan 2 akhbarnya, The Edge Weekly dan The Financial Daily, Isnin ini.

Wakil rakyat PAS Selangor sertai GHB, enggan letak jawatan

Wakil rakyat PAS di Selangor yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) menolak desakan beberapa pemimpin PAS yang menggesa supaya meletakkan jawatan atas alasan undi yang diperoleh mereka berdasarkan sokongan Pakatan Rakyat (PR) walaupun bertanding atas tiket parti Islam itu.

Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud (gambar, kanan) berkata, tidak ada sebab beliau berbuat demikian kerana dirinya masih ahli PAS yang sah dan GHB bukan satu entiti parti politik. Katanya, undi majoriti 29,000 yang diperoleh adalah berdasarkan rakyat yang memilih PR dan bukan hanya terhad daripada ahli PAS sahaja, malah menganggapnya satu pembaziran berjuta ringgit jika memaksa diadakan semula pilihan raya.

"Saya masih ahli PAS. Saya tidak akan meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen kerana saya dipilih oleh rakyat. Yang undi saya bukan ahli PAS sahaja. "Jadi, saya masih berkhidmat untuk rakyat dan akan teruskan khidmat saya," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Bekas timbalan ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu mencabar ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor yang lain meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana mereka juga menang disebabkan tiket PR.
Katanya, PAS bukan lagi sebahagian kerajaan PR di Selangor selepas pendirian rasmi Dewan Ulama PAS Pusat membatalkan hubungan dengan DAP pada 11 Julai lalu.
"Adun PAS perlu letak jawatan sebab mereka menang atas sokongan PR bukan hanya undi PAS. Kena faham situasi di Selangor tak sama macam di Kelantan," katanya.
Ditanya kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengenai wakil rakyat yang menyertai GHB diharamkan menikmati gaji dan elaun, Dr Mariah menegaskan wang itu bukan untuk tujuan peribadi tetapi untuk rakyat.
"Selama ini saya bukan goyang kaki dan saya dibayar oleh kerajaan untuk rakyat, bukan untuk PAS atau hanya untuk isu PAS sahaja," katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, desakan supaya meletakkan jawatan kerana menyertai GHB itu tidak logik kerana bukan undi ahli PAS sahaja yang membawa kemenangan semasa pilihan raya umum lalu.

1MDB

Amin Ahmad


Isu 1MDB terus hangat dibincangkan sehingga kini. Meskipun dakwaan yang dibuat cukup serius, ia tidak kelihatan akan selesai dalam tempoh terdekat.
Apa yang pasti, dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah dalang di sebalik pendedahan isu 1MDB ini hampir pasti menjadikan pergeseran perdana menteri dengan mantan perdana menteri itu tidak akan dapat dibaiki lagi.
Namun, meskipun sama-sama menghalakan serangan terhadap kerajaan, khususnya kepada PM yang juga pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, kelompok penyokong pembangkang dan Dr Mahathir mempunyai objektif yang sama tetapi berbeza.

Kedua-dua pihak bercakap tentang penyelewengan tetapi kelompok pembangkang tentunya mahu membuktikan, pentadbiran Umno–Barisan Nasional sudah tidak mungkin boleh dipulihkan lagi sementara Dr Mahathir ada menegaskan, Umno-BN berisiko tewas dalam pilihan raya akan datang sekiranya Datuk Seri Najib Razak dikekalkan dan isu ini tidak ditangani.Syarikat berkaitan kerajaan
Sebenarnya, masalah 1MDB bukanlah bermula ketika penyelewengan dikesan. Kita setakat ini hanya beroleh sejumlah maklumat yang cukup meyakinkan, menunggu pasukan petugas khas yang dilantik untuk menyiasat lebih lanjut dan apa yang akan berlaku daripada dapatan siasatan ini.
Masalah 1MDB sebenarnya bermula sejak ia mula dibentuk. Ia menjadi sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ketika kempen liberalisasi ekonomi sedang aktif dilakukan. Untuk saya, ia adalah simbol jelas betapa kerajaan tidak serius dengan kempen tersebut.
Secara teorinya, GLC akan mendorong situasi yang disebut dalam bidang ekonomi sebagai kesan himpitan keluar (crowding out effect).
Ketika ekonomi Malaysia rancak berkembang pada dekad 1990-an, nilai pelaburan yang diterima mencecah 40 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Namun, sejak kegawatan ekonomi 1997/1998, ia menyusut kepada sekitar 20 peratus, dan ini tidak mengambil kira krisis kewangan global pada 2008.
Yang agak membimbangkan ialah pelaburan di Malaysia terlalu bergantung kepada arahan kerajaan, bukan kekuataan swasta. Satu dekad selepas kegawatan ekonomi 1997/1998, pelaburan swasta menyusut kepada satu pertiga tahap terbaiknya pada dekad 1990-an.
Satu daripada penjelasan utama kepada lembabnya pelaburan swasta di Malaysia sejak kegawatan pada lewat abad lalu ialah perkembangan meluas GLC.
Di sini, kita mesti sedar perbezaan ketara GLC dan swasta – ada atau tanpa campur tangan kerajaan. Ia nampak remeh, tetapi perbezaannya boleh menjadi sangat besar dalam aktiviti ekonomi.
Kajian Asia Development Bank (ADB) pada 2013 yang mengesahkan berlakunya kesan himpitan keluar ini. Ia menunjukkan hubungan negatif antara dominasi GLC dan pelaburan swasta – di mana GLC dominan, pelaburan swasta tidak signifikan dan di mana GLC tidak dominan, pelaburan swasta lebih signifikan.
Lazimnya, dalam pengalaman di Malaysia dan negara-negara lain, pelaburan swasta tidak signifikan di mana GLC dominan kerana 1) peraturan, 2) layanan dan 3) akses kredit yang lebih sukar diperolehi mereka berbanding GLC. Ringkasnya, pelabur swasta melihat wujud kecenderungan persaingan tidak adil untuk mereka.
Penyelewengan
Lebih daripada soal persaingan dan juga prestasi, yang lebih rumit ialah menangani masalah, sama ada kerana kualiti yang lemah, kerugian atau penyelewengan.
Kita beberapa kali berdepan dengan masalah ini sejak dasar pengkorporatan dan "penswastaan" (yang sebenarnya lebih tepat disebut sebagai dasar mewujudkan syarikat berkaitan kerajaan) bermula lewat dekad 1980-an.
Malah, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam satu jawapan berkaitan siasatan salah tadbir syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) menyatakan sukar untuk mereka melakukan siasatan kerana MAS ialah sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang mempunyai kedudukan istimewa.
Jika itu situasinya, maka tidak banyak yang kita boleh harapkan daripada siasatan isu 1MDB ini kerana ia bukan sahaja sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan, tetapi pengerusi lembaga penasihatnya ialah PM Malaysia sendiri.
1MDB, lebih daripada semua GLC lain, dilihat menikmati banyak kemudahan untuk melakukan pinjaman dan memiliki pelbagai aset. Setakat ini, daripada seluruh isu 1MDB yang dibincangkan secara terbuka setakat ini, terlalu banyak persoalan yang sah dikemukakan tetapi terlalu sedikit jawapan yang memuaskan diperolehi.
Menjatuhkan Najib dan menggantikan beliau dengan PM baru tidak menjamin kejadian yang sama tidak berulang. Kita pernah mendengar dakwaan skandal "Oil for Food" yang dibangkitkan Dr Mahathir semasa mahu menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi ia seolah-olah tidak lagi berbangkit selepas Pak Lah berundur.

G18: Membakar diri di tengah nyalaan api

Khairol Najib Hashim


Itulah ungkapan yang boleh saya ungkapkan kepada kalian. Tulisan ini bukanlah untuk mengampu atau menyanjung kalian, tetapi sebagai coretan kata untuk kalian daripada anak muda kampung yang kerdil ini untuk melihat sebuah negara yang lebih demokratik, aman, sejahtera dan Islam sebagai dasar dalam kehidupan.
G18, kalian memang tidak asing dalam hati kawan mahupun lawan.
Tiap-tiap perihal penindasan rakyat, muka kalian lah yang akan tampil awal, dan istiqamah sehingga ianya berjaya.

Lokap, penjara dan pusat tahanan itu sebagai teratak yang kalian idamkan . Herdikan, cacian, makian sebagai halwa telinga kalian.
Hidup rakyat, hancur regim, tumbang Umno/Barisan Nasional itu zikir harian yang wajib dipanculkan daripada mulut kalian.
Kampung mahupun bandar,
Anak muda mahupun veteran,
Sebut sahaja nama kalian,
Pasti akan dipersembahkan gerak kerja kalian.
Ada sahaja nama kalian turun ke lapangan,
pasti ada yang hadir kerana ingin dengarkan apa yang kalian perkatakan.
Begitulah kalian dalam kacamata masyarakat.
Kalian gadaikan hidup kalian demi sebuah perjuangan.
Kalian tinggalkan kerjaya pensyarah,
Kalian tinggalkan kerjaya jurutera,
Kalian berhenti daripada kakitangan kerajaan
Kalian tinggalkan ilmu perubatan yang kalian pelajari di alam kampus demi menghadap karenah masyarakat,
Kalian korbankan anak isteri kalian,
Kalian serahkan masa keluarga kalian untuk ummah,
Kalian gadai tanah, gadai rumah, gadai diri kalian untuk rakyat.
Kalian bakar diri kalian.
Kalian inginkan Islam mulia di dunia ini,
Kalian inginkan Islam mentadbir negara,
Kalian inginkan politik Islam,
Kalian ingin tonjolkan indahnya Islam di mata masyarakat majmuk dan anak muda.
Kalian inginkan sebuah negara yang mengamalkan cara hidup Islam seperti Rasulullah membuka Madinah dan Mekah.

Mampukah Pakatan 2.0 ke Putrajaya tanpa PAS?

Abdul Muntaqim Abu Bakar


Baru-baru ini Lim Kit Siang mengumumkan perbincangan berkenaan penubuhan gabungan baru pakatan pembangkang sedang berjalan tanpa melibatkan PAS. Manakala Khalid Samad pula memaklumkan, Gabungan Harapan Baru (GHB) bersedia menggantikan PAS dalam pakatan baru tersebut.
Perkembangan ini sebenarnya tidaklah mengejutkan, melihatkan krisis yang berlaku dalam Pakatan Rakyat dalam tempoh setahun setengah ini. Justeru itu, penubuhan PR 2.0 tidak dapat dielakkan bagi menghadapi PRU-14 yang dijangkakan berlaku dalam tempoh dua tahun ini.
Namun begitu perlu dianalisis adakah PR 2.0 ini mampu untuk ke Putrajaya tanpa PAS? Dalam PRU-13, walaupun selalu dicanangkan PR mendapat 52% undi popular, namun secara tepatnya PR memperoleh undi popular sebanyak 50.9% manakala Barisan Nasional pula mendapat 47.4%. Baki 1.7% undi pula diperoleh parti-parti kecil yang lain dan calon-calon bebas.

Peningkatan undi PR pada PRU-13 berbanding PRU-12 ialah sebanyak 4.1%. Manakala daripada angka itu 50.9% yang diperolehi PR pada 2013, PAS menyumbang sebanyak 14.8% undi. Dalam sejarah PRU di Malaysia, tidak kira sama ada PAS bersendirian ataupun bersama dalam koalisi pembangkang, undi popular PAS hampir sekata, iaitu sekitar 15% (hal ini dianalisis Nazri Noor dalam artikel “PAS, undi tetap, kerusi tidak menentu”).Maka sekiranya dalam PRU-14 nanti berlakunya pertembungan antara BN-PR 2.0-PAS, maka PR 2.0 perlu melihat adakah mereka mampu menuju ke Putrajaya tanpa sokongan sebanyak 15% ini. Mungkin adanya pendapat, PR 2.0 mampu menarik sokongan orang Melayu melalui GHB. Tetapi masih terlalu awal untuk menyatakan demikian. Tambahan pula jangan dilupa dalam Muktamar PAS yang lepas hanya sekitar 20% sokongan yang diberi kepada golongan "progresif".
Mungkin boleh dibuat senario "khayalan" berkenaan apa yang akan berlaku dalam PRU-14 nanti. Sekiranya PAS secara bersendirian (dalam situasi yang paling teruk) hanya berupaya meraih 10% undi manakala 5% lagi kekal bersama PR 2.0, dan berlaku pula peningkatan undi 4.1% kepada PR 2.0 (sebagaimana lonjakan 2008-2013), maka PR 2.0 hanya berupaya mendapat 45% undi popular sahaja. Keadaan ini sudah tentu menjarakkan lagi peluang PR 2.0 untuk ke Putrajaya berbanding sekarang.