Rabu, 22 Julai 2015

Skandal 1MDB: Sekatan perjalanan wakil rakyat, pemilik media bermotif politik

Tindakan Putrajaya menghalang 2 ahli Parlimen dan pemilik media daripada meninggalkan negara ini bermotifkan politik, kata kumpulan penyokong hak undang-undang Lawyers for Liberty (LFL), hari ini. Pengarah eksekutifnya, Eric Paulsen berkata sekatan terhadap pemimpin pembangkang Tony Pua dan Rafizi Ramli serta pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong daripada meninggalkan negara ini mungkin disebabkan kritikan dan pendedahan mereka mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Paulsen berkata, pihak berkuasa perlu ingat, kebebasan bergerak dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Kebebasan membuat perjalanan juga bergantung kepada keselamatan, ketenteraman awam, kesihatan umum dan hukuman ke atas pesalah, tetapi Paulsen berkata, semua alasan itu tidak terpakai ke atas mereka bertiga yang disekat daripada meninggalkan negara ini

"Semua alasan ini tidak berkenaan dengan seorang pun daripada mereka dan tindakan pihak berkuasa imigresen jelas bermotifkan politik, tidak rasional dan satu penyalahgunaan kuasa yang terang-terangan," katanya dalam satu kenyataan.

"Oleh kerana tiada sebab yang jelas diberikan bagi menghalang ketiga-tiga mereka dari pergi ke luar negara, atau di bawah peruntukan undang-undang yang mana pihak berkuasa imigresen bertindak, kami hanya boleh menganggap mereka menjadi sasaran kerana kritikan dan pendedahan yang dibuat mereka mengenai skandal besar 1MDB," kata Paulsen.

Pihak berkuasa imigresen menahan Pua hari ini di lapangan terbang klia2, manakala Rafizi percaya dia turut dihalang membuat perjalanan ke luar negara selepas memeriksa statusnya di laman web Jabatan Imigresen. Tong juga dikatakan turut disekat perjalanannya, selepas Malaysiakini memeriksa status perjalanannya dengan laman web jabatan itu.

Menteri BN yg kuat ampu Najib pula bakal disaman oleh Sarawak Report (SR)..


8 things about Clare Rewcastle Brown

An insight into what drives the Sarawak Report editor, as told to Esquire magazine.
claire
(1) She’s just ‘a dreadful old do-gooder’
“It helps (that I) don’t have a nefarious agenda” although “they’re always trying to make one out about me,” she says.
(2) She knows (rich) Malaysian politicians
“I’ve learned that if you piss off rich Malaysians in positions of political power, they are ruthless and unscrupulous in what they are prepared to do to get their own back,” she says.
(3) She calls Malaysian corruption for what it is
“The corruption in Malaysia is blatant,” she says. “You don’t have to do that much research to see it.”
And then she says what has become blindingly obvious to most discerning Malaysians: The corrupt have got LAZY! “They … weren’t bothering to cover it up.”
(4) She wants to ask Dr Mahathir about it!
The question she would ask him:
“Look, you ran Malaysia with an iron first. Looking back, do you accept that you probably over-concentrated power and that you gave a very dangerous piece of machinery to whoever might succeed?”
She thinks Mahathir will be furious and annoyed that there has been such blatant corruption, and worse, that it was badly done!
(5) Her biggest fear is getting it wrong
“It’s what any investigative journalist lives in dread of: getting it wrong. You try to get it right on the big things, but you can often get it wrong on the little things.”
“It’s also easier to make mistakes in an environment like Malaysia, where there’s so little transparency.”
“But touch wood, I don’t think I’ve made any clangers so far on the 1MDB story.”
(6) Having a powerful brother-in-law helps
Former UK Prime Minister Gordon Brown has been really encouraging, she says.
He told her, “Look, you should just say who you are and what you’re doing because that’s the best way to deal with them.”
(7) She’s driven by flower-power
“I grew up during the ’60s and ’70s and have a bit of an old-fashioned, flower-power attitude, you know: don’t mess with me, I’ve got rights. I see that eroding in the younger generation, in the UK too, and it troubles me.”
(8) Liberties have to be defended, she says
“Liberties have to be fought for and defended; otherwise, bullies will sneak in and nick ’em.”

Exposing 1MDB not detrimental to parliamentary democracy

DAP advisor Lim Kit Siang says it would appear that madness has become normality in certain circles in government.
1MDB, Malaysia Gov
KUALA LUMPUR: DAP elder statesman Lim Kit Siang noted that Malaysiakini, citing a senior police source, has reported that Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, Pandan MP Rafizi Ramli and The Edge Media Group owner Tong Kooi Ong are looking at criminal charges which may see them jailed for up to 20 years.
The senior police source, noted Lim who is also DAP Parliamentary Leader and Gelang Patah MP, confirmed that the trio are being investigated under Section 124 of the Penal Code. “It seems that the trio is being probed for activities allegedly detrimental to parliamentary democracy.”
If any MP had asked whether the expose of the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) scandal or any other scandal involving Ministers or even the Prime Minister could come under the new Penal Code offences of “activities detrimental to parliamentary democracy”, said Lim, he or she would have been regarded as mad or totally deficient in mental capacity.
Now, he added, it would appear that madness has become normality in certain circles in government.
On Tuesday, he reminded, he had said: “A darkness was descending on Malaysia.”
“I had not expected the darkness to descend so fast,” said Lim. “I want to ask Prime Minister Najib Abdul Razak, ‘Mr. Prime Minister, what are you turning Malaysia into?’”
“Why do you want to turn patriots into criminals?”
The offences classified as “activities detrimental to parliamentary democracy” are newly-introduced offences in Sections 124B to 124N in the Penal Code (Amendment) Act 2012 which was passed by Parliament in 2012, given the Agong’s Assent on June18, 2012 and gazetted on June 22, 2012.
The main provisions are:
  • Section 124B: “Whoever, by any means, directly or indirectly, commits an activity detrimental to parliamentary democracy shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years.”
  • Section 124C: “Whoever attempts to commit an activity detrimental to parliamentary democracy or does any act preparatory thereto shall be punished with imprisonment for a term which may extend to fifteen years.”
  • Section 124D (1): “Whoever, by any means, directly or indirectly, prints, publicises, sells, issues, circulates or reproduces any document or publication detrimental to parliamentary democracy shall be punished with imprisonment for a term which may extend to fifteen years.”
  • Section 124E (1): “Any person who, without lawful excuse, has in his possession any document or publication detrimental to parliamentary democracy or any extract therefrom, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to ten years.”

Pengkritik 1MDB disiasat, Najib tukar ‘patriot jadi penjenayah’

Putrajaya "menukarkan patriot menjadi penjenayah" apabila ia memburu pemimpin pembangkang dan pemilik kumpulan The Edge Media Tong Kooi Ong kerana membuat pendedahan kritikal berhubung dana negara yang dibebani hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata DAP.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, adalah "gila" jika beranggapan tindakan mendedahkan skandal dan salah laku yang melibatkan entiti berkaitan kerajaan atau pemimpin negara boleh dianggap sebagai kesalahan.

 "Sekarang, nampaknya kegilaan menjadi normal dalam lingkungan kelompok tertentu dalam kerajaan," kata ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya ingin bertanya kepada Datuk Seri Najib Razak: Tuan Perdana Menteri, anda sedang tukarkan Malaysia menjadi apa? Kenapa anda hendak tukarkan patriot menjadi penjenayah?"

Lim mengulas berita yang polis sedang menyiasat ahli Parlimen pembangkang Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dan Rafizi Ramli (PKR-Pandan), serta Tong di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan. Malaysiakini melaporkan ketiga-tiga mereka sedang disiasat kerana didakwa terlibat aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Sumber polis memberitahu portal berita itu, siasatan yang dijalankan berkaitan dengan dakwaan yang dokumen 1MDB diusik dan dipalsukan sebagai sebahagian daripada plot untuk menggulingkan Najib.

Lim berkata hari ini, mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan, penalti untuk aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen mungkin menyaksikan Pua, Rafizi dan Tong menjalani hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Thailand akan hanya soal siasat Justo


Isu 1MDB: Bekas pekerja PetroSaudi ditahan polis

BANGKOK - THAILAND. Polis Thai tidak akan memanggil mana-mana orang lain berhubung kes warga Swiss Xavier Andre Justo yang dituduh mengugut bekas majikannya PetroSaudi International. 
 
"Aktiviti itu tidak berlaku di Thailand. Ia mengenai penjelasan berhubung kaitan kes ini tetapi kesalahan itu tidak langsung berlaku di Thailand," jurucakap polis Thai Lt-Jen Polis Prawuth Thavornsiri memberitahu pemberita di sini hari ini.  
 
Beliau ditanya mengenai pendedahan minggu lepas bahawa Justo telah menemui sekurang-kurangnya 10 orang di Singapura dan tempat-tempat lain, dan sama ada orang-orang ini akan dipanggil untuk disoal siasat. 
 
Justo dikatakan telah berjumpa mereka membincang dan merundingkan harga untuk menyerahkan salinan-salinan dokumen mengenai urusniaga Petro Saudi International dengan 1Malaysia Development Bhd. 
 
Hanya Justo, yang mengaku telah mengugut PetroSaudi International, telah disoal siasat dalam kes ini.  
 
Prawuth berkata polis Thai kini di peringkat akhir mengumpul bukti kes tetapi belum ada tarikh ditetapkan untuk mengenakan tuduhan terhadap Justo.  
 
"Saya kira tidak lebih dari sebulan, tetapi tidak ingin mendesak pegawai-pegawai penyiasat. Jika saya kata dalam tempoh 10 hari, mereka (pegawai penyiasat) mungkin merasa tertekan," katanya.  
 
Polis Thai masih mempunyai 54 hari untuk mendakwa Justo, yang hingga hari ini sudah 30 hari ditahan polis.

Bersyukur.. SATU DUNIA TAHU..KO ADO...!!!


Kita patut rasa bersyukur & berterima kasih pada Najib & kuncu2nya dlm skandal Najib-1MDB kerana secara tak langsung telah menaikkan nama M'sia di persada antarabangsa dgn pendedahan & perkhabaran mengenainya di serata dunia pada setiap hari..

Najib Razak smlm dah last day tunggu jawapan balas dari WSJ tapi WSJ buat2 bodo aja malas nak layan tuntutan kamu.. BILA LAGI NAK SAMAN WSJ.. Nak tunggu Selasa bila.. Selasa tahun depan ka ATAU SELASA NAK DEKAT PRU14 !!!

Bloomberg: Why isn't Najib responded to questions?


Biarlah Najib kekal jd PM sehingga PRU14.. Agar mudah UMNO/BN ditumbangkan..


Bila Sarawak Report & WSJ dedahkan penyelewengan 1MDB. Najib kata portal tersebut bohong & akan saman. Sampai ke sudah tiada saman dikeluarkan. Sudahnya portal tersebut kena SEKAT dari dilayari rakyat.

Tony Phua & Rafizi buat pendedahan demi pendedahan berkenaan penyelewengan 1MDB. Akhirnya mereka kena SEKAT dari ke luar negara.

Siapakah yang lebih berkuasa & 'mastermind' dalam skandal 1MDB... ???


Tun M juga lantang kritik hentam bongkar kebobrokan1MDB, KENAPA BELIAU TIDAK DISEKAT ke luar negara ???.. 

Adakah dia ahli UMNO kebal dari segala2nya... atau Panglima Bugis tidak berani untuk menyekat Tun M, berjumpa berdebat pun dia cabut lari.. 


Bacul & pondan betul Panglima Bugis..

KENAPA Najib takut sgt nak jawap persoalan rakyat SEHINGGA KINI TIADA JAWAPAN..


"KENAPA DANA AS$700 1MDB MASUK AKAUN AMBANK NAJIB..??"

Yg dijawabnya hanyalah.. Dia nafi guna utk peribadi.. Langsung tak menjawab persoalan. LAIN DISOAL LAIN JAWABNYA.. 

Sama juga sblom ini Najib diutarakan persoalan dari Tun M.. SIAPA ARAH SIRUL BUNUH ALTANTUYA ??.. Jawab Najib.. "Saya telah sumpah 3 kali bhw saya tak pernah kernal Altantuya.."

ANDA nilaikanlah sendiri mentaliti pahlawan bugis kamu..

BANGLASIA... BolehLand....


Langkah berjimat cermat.. buang staff warganegara.. ambik staff pendatang.. gaji murah..

Setel...

Skandal 1MDB: Nasib Tony Pua, Dr Mahathir tak sama

Sehingga malam ini tiada larangan dikenakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ke luar negara walaupun bekas perdana menteri itu adalah antara tokoh paling lantang mengkritik Datuk Seri Najib Razak.

Semakan di laman sesawang Jabatan Imigresen Malaysia menunjukkan status "Tiada halangan" pada nama Dr Mahathir.

Kemungkinan itu difikirkan sesetengah pihak apabila dua ahli parlimen pembangkang disahkan dilarang meninggalkan negara ini.

Mereka ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Pua disekat daripada menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang ketika ingin berkunjung ke Indonesia hari ini.

'Tindakan halang saya keluar negara satu penyalahgunaan kuasa' - Tony Pua

'Tindakan halang saya keluar negara satu penyalahgunaan kuasa' - Tony Pua
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua yang dihalang oleh pihak Imigresen daripada meninggalkan negara hari ini menyifatkan tindakan itu sebagai salah guna kuasa.

Beliau yang pada awalnya merancang untuk ke Yogyakarta, Indonesia atas urusan kerja telah dihalang untuk menaiki pesawat yang dijadual berangkat pada kira-kira jam 3.15 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

"Ini ternyata satu tindakan salah guna kuasa. Saya telah diberitahu oleh pegawai yang mengatakan bahawa arahan menghalang saya ke luar negara itu datang daripada 'pihak atasan.'

"Mereka bagaimanapun tidak memberitahu atas alasan apa saya tidak boleh keluar negara," katanya dalam sidang media khas di ibu pejabat DAP di sini.

Tony berkata halangan tersebut mungkin berpunca daripada kritikannya terhadap syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun begitu, beliau menuntut alasan sebenar halangan tersebut dan pihak yang bertanggungjawab memberi arahan tersebut.

"Saya sebenarnya dalam rangka kerja berkaitan Penang Art District dan mahu ke Yogyakarta untuk melihat senario penganjuran acara kesenian di sana.

"Mengikut jadual, saya sepatutnya berada di sana sehingga 25 Julai untuk berangkat pula ke Singapura bagi menghadiri acara lain seterusnya pulang ke Pulau Pinang," jelasnya.

Dakwaan isteri miliki RM3 juta: Apa, kata Pua?

Skandal 1MDB: DAP mahu Najib juga disenarai-hitamkan

Tak mustahil Mahathir mangsa seterusnya, kata Lim

Pua nafi jumpa Justo, hanya sekali ke S'pura tahun ini

'Kenapa bekas CEO, presiden 1MDB bebas ke luar negara?'


Tunggu dan lihat pakatan baharu pembangkang - Mohd Amar

KOTA BHARU - Pas akan mengambil sikap 'tunggu dan lihat' cadangan penubuhan pakatan baharu pembangkang yang dilaporkan akan ditubuhkan tidak lama lagi. 
 
Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, "Tunggu ia tubuh dulu (sebelum beri komen)..silap-silap mati dalam kandungan atau keluar cacat, mana kita tahu," katanya sinis.   
 
Beliau berkata adalah pramatang untuk mengulas penubuhan pakatan baharu itu memandangkan ia belum direalisasikan.  
 
"(Pakatan baharu pembangkang) Tidak tubuh lagi...siapa yang hendak tubuh dan siapa yang terlibat, kita tidak tahu lagi," katanya.  
 
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sebuah pakatan baharu pembangkang yang akan bekerjasama dengan semua kumpulan progresif akan ditubuhkan tidak lama lagi.
 
Anwar, yang juga Ketua Umum PKR dilaporkan dalam kenyataan menerusi peguamnya, sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang akan merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan Bersih, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang bakal ditubuhkan.
 
Penubuhan pakatan baharu pembangkang itu dikatakan tidak melibatkan Pas. - Bernama

Kontrak Annuar Musa ditamatkan 17 Julai lalu


Tan Sri Annuar Musa


KUALA LUMPUR - Selepas dua pegawai kanan anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara) Incorporated direhatkan pada awal bulan ini, kini giliran Tan Sri Annuar Musa pula apabila kontraknya sebagai pengerusi agensi kerajaan itu ditamatkan pada 17 Julai lalu.

Perkara itu diakui sendiri Annuar sambil menjelaskan beliau masih menunggu status kontraknya sama ada disambung atau sebaliknya.

"Ya, kontrak saya berakhir pada 17 Julai, pada hari raya pertama, kalau nak diikutkan kontrak saya sudah tamat kerana tarikh pelantikan saya adalah pada 17 Julai 2013," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Ketika ditanya pemberita tentang surat tawaran baharu bagi penyambungan kontrak jawatan tersebut, Annuar berkata beliau masih belum menerima sebarang berita.

"Belum, masih ada belum ada apa-apa surat tawaran," ujarnya.

Dalam masa sama, beliau turut menafikan isu kontraknya itu mempunyai kaitan dengan kontroversi pembelian hartanah Mara Inc di luar negara.

Sebelum ini, Mara Inc didakwa membayar RM27 juta lebih tinggi dari harga pasaran semasa dalam pembelian hartanah di Melbourne, Australia.

Terdahulu, akhbar The Age mendakwa pegawai-pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan RM65 juta dana awam untuk membeli sebuah blok apartmen Dudley International House dengan membayar harganya RM13.7 juta lebih tinggi.

Dakwaan jatuh k'jaan: Polis siasat MP, bos The Edge

Polis sedang menyiasat anggota parlimen pembangkang Tony Pua dan Rafizi Ramli termasuk pemilik The Edge Media Group Tong Kooi Ong bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Seorang pegawai polis kanan mengesahkan bahawa ketiga-tiga individu itu sedang disiasat berhubung dakwaan berkaitan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

"Ya, mereka sedang disiasat," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan mereka akan dipanggil untuk disoal siasat atau ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya lagi, siasatan itu berkaitan dakwaan kedua-dua terlibat dalam pengubahsuaian dan pemalsuan dokumen yang berkaitan dengan 1MDB untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dihubungi kemudiannya, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan mengulas mengenai perkara itu.

Tony Pua pertimbang saman kerajaan kerana halangnya ke luar negara

Wakil rakyat DAP Tony Pua mempertimbangkan untuk menyaman kerajaan kerana mencabuli haknya bergerak dengan bebas apabila beliau dihalang menaiki penerbangan ke Jogjakarta, Indonesia, di terminal lapangan terbang kos rendah klia2 petang ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, beliau bukannya mahu lari ke mana-mana dan pemergiannya ke Jogjakarta adalah dalam rangka kerja persediaan program Penang Arts District yang akan berlangsung tidak lama lagi. "Saya akan kembali (ke dalam negara), dan bukannya mahu lari.

 "Ini adalah salah guna kuasa dalam menafikan hak saya bergerak ke mana-mana yang saya mahukan tanpa proses yang wajar.

"Saya akan hubungi peguam saya dan meneliti untuk memfailkan saman terhadap kerajaan kerana menghalang saya meninggalkan negara tanpa proses yang wajar," katanya pada sidang media tergempar di ibu pejabat DAP, petang ini.

Pua berkata, beliau tidak diberikan alasan dihalang ke luar negara pada jam 3.15 petang ini oleh Jabatan Imigresen dan hanya diberitahu ia dibuat atas "arahan pihak atasan".

"Justeru, buat masa ini saya hanya boleh spekulasi ia kerana kritikan berterusan saya terhadap 1MDB," kata setiausaha publisiti kebangsaan DAP itu.

Katanya, beliau cuba menghubungi talian terus Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim bagi mendapatkan penjelasan, namun beliau tidak dapat dihubungi.

Tony Pua nafi pernah bertemu Justo

Tony Pua akhirnya hari ini menafikan beliau pernah bertemu bekas pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo, bagi mendapatkan maklumat berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penafian ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dibuat selepas beliau sebelum ini mencabar Barisan Nasional (BN) menamakan dirinya sebagai pemimpin pembangkang yang bertemu Justo.

"Tidak pernah," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan pada sidang media petang ini.

 Pua berkata, beliau juga tidak pernah bertemu bekas wartawan Lester Melanyi yang mengaitkannya dalam video 'pengakuan' beliau.

Sebaliknya, Pua mengaku bertemu pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, beberapa kali di Singapura, Indonesia dan London.

Justo sebelum ini dilaporkan bertemu pemimpin pembangkang Malaysia dan pemilik media di Singapura sebelum warga Switzerland itu ditahan di Thailand pada 22 Jun lalu.

Dia yang sedang disiasat polis Thailand kerana didakwa memeras ugut bekas majikannya, mengaku bertemu beberapa individu di Singapura untuk berunding mengenai penyerahan dokumen tertentu dimilikinya.

Tiada halangan guna pegangan Nik Aziz -Mahfuz


Datuk Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR - Semua pihak perlu menggunakan pendekatan yang baik dalam menarik sokongan rakyat terhadap mana-mana parti politik termasuk mengguna pakai pegangan bekas Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, tidak menjadi kesalahan jika kumpulan progresif Pas G18 mahu menggunakannya untuk menubuhkan parti Harapan Baru.

"Bagi saya semua orang harus guna pendekatan baik, pendekatan siapa yang lebih baik tak ada masalah, sebab Umno dan BN pun tiru pendekatan Nik Aziz.

"Umno pun terpaksa mengambil apa yang dilakukan Tok Guru, apa yang terbaik dari mana-mana (pihak) kita boleh ambil asal tidak bercanggah dengan Islam," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Pendirian bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu senada dengan kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mengatakan penubuhan Harapan Baru itu selari dengan pegangan bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Husam berkata, Nik Aziz selama ini berharap agar agenda islah bernegara dan berkerajaan dapat diteruskan dengan keyakinan kerajaan sedia ada wajib digantikan secara total.

Skandal 1MDB: Senarai hitam Najib juga, tuntut Kit Siang

Senaraihitamkan Datuk Seri Najib Razak dan tokoh lain yang berkaitan dengan isu 1MDB - itu kemahuan Lim Kit Siang selepas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dilarang ke luar negara hari ini.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, kerajaan mesti berlaku adil dan memberi penjelasan mengapa Pua dihalang membuat perjalanan ke luar negara.

Turut disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia ialah Ahli Parlimen Pandan yang juga Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

"Ahli parlimen dilarang meninggalkan negara ini. Saya fikir rakyat berhak tahu mengapa mereka dihalang.

"Saya mahu bertanya - adakah semua orang yang terbabit dalam isu 1MDB kini disenarai hitam? Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga disenaraikan? Jika ada sesiapa yang berhak disenarai hitam, ia adalah Najib," katanya.

Terdahulu, Pua gagal melepasi pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan ke Indonesia.

Semenara itu Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming yang hadir dalam sidang media sama mengesahkan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Halmi dan CEO ketika ini, Arul Kanda Kandasamy, tidak termasuk dalam senarai larangan ke luar negara.

Keanggotaan PAC: Saya tiada kuasa pecat, kata speaker

MARA henti beli hartanah, pelaburan luar negara - Annuar Musa

Skandal 1MDB: IGP Ketuai Pasukan Siasatan Ke Thailand

Police have received 1MDB documents from The Edge -IGP

Khalid Tak Pernah WhatsApp Papagomo

Kit Siang: Pakatan Rakyat 2.0 tanpa PAS bakal lahir

Bekas ahli DAP ‘tercari-cari’ bukti isteri Pua miliki RM3j

Pua and Rafizi barred from leaving country

Arahan atasan: Pua, Rafizi dihalang ke luar negara kerana skandal 1MDB


Semua ini boleh saja berlaku di BOLEHLAND..


Undang2 M'sia mmg hebat lagi adil.. Terkini, 2 pemimpin pembangkang yg lantang dgn pendedahan skandal 1MDB tidak dibenarkan meninggalkan negara. 

Dalam alasan larangan itu, pegawai imigresen hanya memaklumkan mereka mendapat arahan "daripada pihak atasan".... SIAPAKAH ITU PIHAK ATASAN ???

Anda sendiri tahu bukan.. semua ini boleh saja berlaku di BOLEHLAND..

TETAPI.. Kalau guna jet mewah VVIP yg hampir SETENGAH BILION RINGGIT untuk melancong dan bershopping bersama anak-beranak serta menantu agak2 kena tahan tak.?

Ada saja musibah berlaku di negara kita.. Kenapa ???

Kini tren LRT pula terbakar.. maka lengkaplah 'konspirasi' note RM10

Skandal 1MDB: Apabila ‘spin’ Umno gagal, keriuhan meledak

oleh V Shuman
Bayangkan anda seorang lelaki yang menjalani hidup yang biasa sebagai pengurus perkhidmatan keretapi di bandar kecil tempat anda tinggal.
Satu hari, anda bangun dan mendapati anda dituduh sebagai penipu, oleh seorang lelaki yang tidak pernah anda temui seumur hidup, di pelusuk dunia yang berbeza.
Mungkin inilah perasaan yang dialami oleh warga Britain James Steward ketika ini.
Ya, ini ialah pengurus perkhidmatan keretapi yang tinggal di Ipswich, UK, yang didakwa oleh bekas wartawan Lester Melanyi sebagai perancang yang berupaya memalsukan dokumen.
Pada Isnin lepas, Melanyi, mengeluarkan video kedua mendakwa laman web Sarawak Report (SR) memalsukan dokumen-dokumen 1MDB sebagai sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak, mengenalpasti Steward sebagai pereka laman web berpengkalan di London dengan nama “James Steward Stephen”.
Dia mendakwa yang pereka itu bertanggungjawab mencipta “90 peratus” dokumen palsu tentang 1MDB di bawah arahan editor SR Clare Rewcastle- Brown, berdasarkan maklumat yang diperolehinya dari bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andres Justo.
Bagaimanapun, Malay Mail Online (MMO) telah melaporkan yang gambar yang ditunjukan dalam “pendedahan” itu sebenarnya ialah James Steward, yang kini bekerja dengan pembekal perkhidmatan keretapi Abellio Greater Anglia, sebagai pengurus perkhidmatan pelanggan.
Gambar dalam video itu diambil dari kumpulan penasihatan British untuk perkhidmatan pelanggan dan keretapi yang lebih baik, yang digunakan untuk mengiringi rumusan ucapan Steward yang diberikan pada tahun 2010, ketika dia masih bekerja dengan syarikat lamanya.
Menurut catatan pada tahun 2010 itu, Steward telah bekerja dengan perkhidmatan keretapi itu sejak sembilan tahun lepas.
Majikannya juga telah menjelaskan melalui perhubungan email dengan MMO yang Steward merupakan pekerjanya dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan Malaysia, apatah lagi aktiviti pemalsuan.
Kebodohan yang ditunjukkan dalam “pemalsuan 1MDB” ini sangat tidak diterima waras akal.
Ini ialah peraturan no. 1 untuk tidak ‘kantoi’ menipu.
Putar belit cerita dengan karakter yang mungkin tidak wujud dan letakkan bersama gambar yang muncul apabila anda melakukan carian Google dengan nama itu.

Skandal 1MDB: Dow Jones Balas Surat Peguam DS Najib - Pertahan Laporan WSJ

1. Dows Jones syarikat yang memiliki The Wall Street Journal telah membalas surat kepada Peguam yang mewakili DS Najib dengan menyatakan, Syarikat tersebut berdiri teguh dibelakang laporan WSJ pada 2 Julai. 
2. Laporan WSJ dibawah tajuk " Malaysia Leader's Acconts Probed" dan "Scandal In Malaysia" dipertahankan Dow Jones sebagai laporan benar dan betul.
3. Jawapan Dow Jones tersebut telah dikirim pada Selesa. Surat permintaan penjelasan daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak telah dikirim kepada Dow Jones pada 8 Julai, dan tempoh 14 hari telah diberikan untuk dijawab. 
4. Dengan jawapan daripada Dow Jones tersebut, setakat ini belum ada kenyataan daripada guaman yang mewakili Perdana Menteri berkaitan tindakan seterusnya.
5. WSJ pada 2 julai telah mendakwa RM2.6bilion telah dimasukan ke akaun peribadi Perdana Menteri melalui berbagai saluran antaranya melalui SRC International, Gandingan Menteri dan Ihsan Perdana.

Skandal 1MDB: Tony Pua, Rafizi dilarang ke luar negara...perompak dan penipu bebas melaram..!!!

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, terkejut apabila mendapati dia tidak dibenarkan meninggalkan negara ini selepas ditahan pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.

Pua yang menjadi antara tokoh paling terkedepan dalam isu 1MDB berkata, dia ditahan ketika mahu menaiki kapal terbang ke Indonesia.

Ketika ditanya alasan larangan itu, Pua memberitahu Malaysiakini, pegawai imigresen hanya memaklumkan mereka mendapat arahan "daripada pihak atasan".

Pua adalah seorang daripada pemimpin pembangkang yang lantang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan agensi tajaan kerajaan, 1MDB yang kini didakwa menanggung hutang besar.

Dia juga dinamakan bekas wartawan Sarawak Tribune, Lester Melanyi dalam dakwaannya mengenai pemalsuan dokumen disiarkan Sarawak Report.

Bagaimanapun Pua menafikan dakwaan itu.

Semakan Malaysiakini di laman sesawang Jabatan Imigresen Malaysia menunjukkan status lawatan Pua sebagai "Sila rujuk kepada pejabat imigresen terdekat".

Sementara itu semakan juga menunjukkan Pua bukanlah satu-satunya ahli politik yang dihalang ke luar negara, sebaliknya nama Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli juga diletakkan pada status sama.

Rafizi juga salah seorang pemimpin pembangkang yang banyak membuat kenyataan mengenai 1MDB.

Perkataan ‘Gerakan’ bukan sebahagian nama parti baharu, Khalid jawab Liang

Kerisauan parti Gerakan tentang Harapan Baru menggunakan nama 'Gerakan' tidak berasas kerana ia bukan sebahagian daripada nama perikatan longgar itu, kata salah seorang pemimpinnya, Khalid Samad.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata demikian ketika ditanya tentang bantahan Setiausaha Agung Gerakan Liang Teck Meng, kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung perkara itu, hari ini.

"Perkataan 'gerakan' itu bukan kata nama khas. Ia bagi menggambarkan Harapan Baru ini sebagai satu gerakan sosial.

"Jadi, ketakutan mereka itu tidak berasas," katanya kepada The Malaysian Insider.

Khalid adalah antara pemimpin PAS daripada puak progresif yang menyertai pertubuhan itu yang akan menjadi tapak kepada penubuhan parti politik pembangkang baharu susulan terkuburnya Pakatan Rakyat (PR).

Kenapa muka2 sedemikian perlu diletakkan mana2 syarikat besar/ GLC di negara kita ???


Asal aja ada hubungkait dgn 1MDB mesti ada muka dia...

Ligat & cerdik betul percaturan mereka... Itupun MASIH ADA LAGI BODOH pangkah undi utk mereka.. Inilah nasib rakyat M'sia bila dah terlalu mkn byk dedak BR1M..

INILAH MALAYSIA KU... Tak lama lagi Hari raya Qorban.. Siap sedialah akan muncul kambing2 hitam bakal dikorbankan.. KAH!! KAH!! KAH!!


DAH 2 TANGKAPAN DILAKUKAN terhadap mereka yg bersangkut paut dgn 1MDB terutama pd pemindahan dana berbilion2 ringgit ke dlm akaun milik Najib..

TAPI TUAN PUNYA BADAN punya akaun tersebut sehingga hari ini TIADA SIAPA BERANI NAK SENTUH DIA... Kenapa ???!!!

Gabungan baru pembangkang bakal lahir - LKS

Wakil daripada parti pembangkang - kecuali PAS - sudah memulakan rundingan bagi membentuk gabungan baru menggantikan Pakatan Rakyat, kata ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang.

"Sudah tentu PAS tidak termasuk," kata Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Beliau ditemui di majlis hari raya Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat di parlimen hari ini.

Menurut Lim, pengecualian PAS dibuat ekoran tindakan parti itu melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui sebelum ini.

"Namakan ia PR (Pakatan Rakyat) baru, PR 2.0 atau Gerakan Baru. Ia dalam proses pembentukan," kata Lim.

Difahamkan kumpulan Gerakan Harapan Baru sedang mengadakan rundingan dengan PKR dan DAP.

Gerakan itu dibarisi ramai pemimpin progresif PAS yang 'dikorbankan' perwakilan dalam muktamar parti itu awal bulan lalu.

Najib ke mahkamah, badan kehakiman‎ jadi tumpuan

Badan kehakiman Malaysia, dengan persepsi sekarang yang ia tunduk kepada eksekutif, boleh jadi lebih tertekan susulan tindakan Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman fitnah terhadap pesaing politiknya dan beberapa media, kata peguam.

Sama ada saman itu atas sifat peribadinya atau tidak, peguam berkata pentadbiran Najib terpaksa berdepan dengan anggapan orang ramai terhadapnya yang membawa isu fitnah ke mahkamah – menjadikan beliau perdana menteri Malaysia pertama melakukan demikian semasa masih memegang jawatan.

Najib, sebagai ketua cabang eksekutif kerajaan, mempunyai peranan dalam pelantikan dan kenaikan pangkat hakim. Beliau melantik ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang ditugaskan melantik hakim.

Walaupun memang beliau berhak mengambil tindakan undang-undang, peguam berkata, lebih baik perdana menteri membalas kritikan yang dilempar terhadapnya melalui media dan berucap di Parlimen, bagi menjelaskan isu berbangkit.

Peguam S.N. Nair berkata, langkah Najib menyaman pasti meletakkan kehakiman dalam keadaan tidak selesa.

 "Akan terdapat banyak tekanan apabila saman itu didengari oleh hakim-hakim yang muda," kata Nair yang mempunyai kepakaran khusus dalam saman fitnah, baik untuk plaintif mahupun defendan.

Beliau berkata badan kehakiman ketika ini dilihat sebagai yang paling lemah di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.

 "Kehakiman tidak menentukan siapa perdana menteri tetapi perdana menteri mempunyai pengaruh ke atas siapa yang menganggotai Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang memilih hakim bagi tujuan kenaikan pangkat," katanya.

Hebatkan Gerakan Harapan Baru (GHB)?

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Setelah selesainya pemilihan kepimpinan baru PAS, muncul gelombang dari pemimpin yang kalah dari kumpulan progresif untuk menubuhkan parti baru.Sebabnya satu yang utama: Mereka kecewa dan marah dengan kumpulan ulama yang merancang pembersihan kumpulan progresif dalam PAS.
Kumpulan progresif ini melihat PAS sudah menjadi parti agamawan, bukan lagi ‘PAS for All.’

Apa kesannya kepada PAS?
Satu yang saya perhatikan ialah tanpa kumpulan progresif ini, tiada lagi pemimpin PAS yang kelihatan merakyat dan memahami isu-isu semasa negara. Tiada lagi kenyataan menarik dari pemimpin PAS untuk mengulas isu Felda, GST, 1MDB dan lainnya.
Kedua, ketiadaan kumpulan progresif dalam PAS boleh memberi kesan kepada kekuatan PAS. Mana-mana parti pun begitu apabila berpecah. Pada tahun 1978, apabila PAS berpecah, Berjasa menang. Pada tahun 1990, apabila UMNO berpecah, PAS menang.
Sejarah ini perlu dilihat dan diteliti, biarpun senario sekarang dengan tahun 1978 dan 1990 adalah berbeza.
Boleh kekalkah Gerakan Harapan Baru? Sejarah menunjukkan sukar bagi parti serpihan kekal kuat. Berjasa, Hamim dan S46 tak mampu bertahan.
Bagaimana pula Gerakan Harapan Baru?
Sukar untuk dinyatakan. Tetapi dilihat kepada semangat golongan kelas pertengahan dan anak muda yang mahukan perubahan politik serta masalah yang dihadapi oleh kepemimpinan UMNO sekarang, ada banyak ruang yang boleh digunakan oleh kumpulan progresif untuk menarik sokongan rakyat.
Gunalah ruang itu sebaiknya.
Masalahnya, ada empat cabaran awal GHB.

Hentikan serang menyerang sesama kita

Oleh Mazlan Aliman
Samada kita PAS, PKR, DAP, GHB atau NGO, hentikan serang menyerang sesama kita. Syawal yang disambut dengan bermaaf maafan, kunjung mengunjung eratkan silaturrahim; jangan dirosakkan atas tuturkata dan tindak tanduk kita yang melampau.
Apa medan dan wadah yang digunakan adalah untuk kepentingan rakyat. Tingkatkan daya intelek dan segarkan idea baru. Pendidikan politik khususnya penduduk luar bandar sangat penting kerana kadar celik politik mereka masih rendah.

Sekadar menuding jari mencari aib dan kesalahan mana mana pihak adalah amalan lapuk. Memperlekeh dan merendahkan seseorang, menyebarkan cerita silam dengan tujuan menjatuhkan nama baik individu tertentu adalah tercela. Kita mesti bergerak ke hadapan dengan gagasan besar bagi menyelamatkan negara dari kerosakan dan kehancuran.
Samada kita berslogan Istiqamah sehingga kemenangan atau membawa Harapan Baru, buktikan dengan iltizam melalui contoh tauladan yang baik. Ini cerminan yang diperhatikan masyarakat.
Moga usaha kita diberkati dan dirahmati Allah.

Berundur? Tapi siapa yang boleh ambil alih dan memimpin negara ini?

Cynic View: Untuk membolehkan “undur secara baik” ini terjadi, mesti ada pihak lain yang sedia untuk memimpin negara ini, membaiki kerosakan dan mengembalikan keyakinan warga, bisnes, pelabur dan membawa kita ke peringkat lebih tinggi.
Perlu ada baik pulih secara menyeluruh berhubung dasar-dasar buruk yang memecahkan rakyat. Perkhidmatan awam dan agensi kerajaan perlu menjalani penilaian terperinci dan diperbaiki, serta dimansuhkan jika tiada kegunaan. Perlu ada tekad politik untuk membina semula negara ini dan institusinya.
Beritahu saya, bagaimana kita boleh melakukan perkara ini dengan barisan pemimpin politik sekarang? Yang ada hanya muka lama yang sama yang tidaklah terlalu bagus, naik kerana mengampu dan pentingkan diri sendiri. Saya tidak lihat sesiapa yang sanggup menawarkan dirinya untuk berkhidmat kepada negara dan tidak mengharapkan wang ringgit.
Budaya politik kita telah meminggirkan bakat terbaik (ramai yang telah meninggalkan negara ini) dan apa yang tinggal hanyalah yang tidak berguna.
Tengku Rosmi Tengku Yazid: Tidak. Umno tidak perlu berundur, hanya pemimpin yang perlu berbuat demikian. Umno juga perlu mengambil intelektual-intelektual baru, bukannya pasukan “half past six” seperti sekarang.
Ping Lew: Lima puluh tahun lebih adalah peluang yang cukup untuk Umno dan BN. Singapura dalam tempoh sama telah menjadi negara dunia pertama dan antara tiga negara terkaya di dunia.
Ingat, Singapura tiada sumber asli seperti Malaysia. Singapura juga mencapai status pendidikan yang tinggi. Mungkin soalan yang sepatutnya adalah, berapa tahun lagi yang diperlukan sebelum Umno musnahkan negara ini?

Saya tak akan cerai isteri, PAS yang langgar bai’ah - Khalid Samad


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak akan menceraikan isterinya kerana PAS Selangor tidak pernah mengangkat sumpah bai'ah sedemikian jika ahlinya bertindak keluar daripada parti itu.

Bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu sebaliknya membidas parti Islam itu yang disifatkannya "melanggar bai'ah kepada ahlinya" dan lari daripada perjuangan asal.

 "Parti yang langgar bai'ah, bukan kami. PAS yang lari daripada perjuangan sebenar," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya di Parlimen hari ini.

 Khalid merupakan salah seorang daripada kumpulan progresif PAS yang menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB), yang akan menjadi tapak kepada penubuhan gabungan parti politik pembangkang yang baharu.

Beliau menafikan ada mengangkat "bai'ah cerai isteri" seperti yang dikatakan, menjelaskan yang sumpah tersebut tidak dimasukkan dalam bai'ah semasa pilihan raya umum 2013 (PRU13) lalu. "Masa PRU13, sumpah cerai isteri tidak termasuk dalam bai'ah PAS Selangor," katanya.

Mengenai kemungkinan dipecat daripada PAS susulan menyertai GHB, Khalid berkata, keputusan muktamad terletak di tangan parti. Beliau bagaimanapun mengakui menyedari risiko terkeluar daripada parti serta-merta dengan penyertaannya dalam parti baharu itu.

"Kalau tak dipecat pun, jika saya menyertai kumpulan baharu ini, secara automatik saya pun terkeluar daripada PAS," katanya.

GHB guna ‘Gerakan’, parti Gerakan mengadu RoS

Komponen Barisan Nasional (BN) Gerakan memfailkan bantahan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini bagi menghalang Gerakan Harapan Baru (GHB) daripada menggunakan perkataan "Gerakan" dalam namanya.

Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng berkata ia merupakan nama rasmi parti itu dan orang ramai mungkin akan keliru dengan penggunaan perkataan itu oleh GHB.

Gerakan didaftarkan pada tahun 1968 sebagai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) tetapi ia lebih dikenali sebagai Gerakan.

 Liang berkata ramai ahli dalam Gerakan turut membantah GHB menggunakan perkataan itu. "Orang akan sentiasa mengingati 'PGRM' apabila mereka menyebut 'Gerakan'.

Tetapi sekarang puak PAS progresif merancang untuk mendaftarnya sebagai sebuah parti baru di bawah 'GHB', yang mungkin akan mengelirukan orang ramai.

"Selain itu, GHB berasal dari PAS, dan Gerakan dengan tegas, enggan dikaitkan dengan pihak yang menggalakkan agenda hudud," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Harapan Baru warnai semula sejarah lama

M FAQIH

KETIKA Gerakan Harapan Baru diuar-uar bakal diperkenal pada 14 September hadapan, reaksi dalam kalangan rakyat masih berbelah bagi.
Bekas pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tanpa sembunyi meluahkan rasa hairan terhadap kondisi politik PAS sekarang.
“Saya hairan bagaimana seorang pemimpin yang bukan sekali ditahan ISA kerana perjuangan tiba-tiba mempamerkan sikap berbeza hanya disebabkan tewas dalam pemilihan di muktamar.
“Pemimpin itu berpuluh tahun diasuh dengan tarbiah Islam. Dia juga sejak dahulu tidak serik turun naik balai polis kerana perjuangan.
“Namun kerana dek tewas dalam muktamar, tiba-tiba watak cekal dan berani berubah. Alasan senarai chai tidak boleh diterima orang,” katanya yang kini menetap di Gombak.
Pesara Jabatan Perikanan juga mengalun nada serupa. Beliau tidak nampak alasan kukuh mampu dikemukakan Harapan Baru bagi menghalalkan kewujudannya.
Penaja Harapan Baru, Ir Khalid Samad sebelum ini berkata gerakan itu menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang. Harapan Baru dijangka mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama pada 16 September 2015.
Seorang pegawai kerajaan dari Gerik, Perak pula menjangka PAS akan kehilangan sokongan bukan Melayu selepas ‘kahwin mutaah’ dengan DAP gagal dipertahankan.
“Tengoklah nanti apa yang akan berlaku di Selangor dan negeri-negeri lain yang mempunyai pengundi Melayu dan bukan Melayu hampir setara.
“Kepemimpinan baharu PAS perlu mengakui hakikat itu sebelum terlambat,” ujarnya.
Namun hujah itu tidak disenangi seorang pesara Jabatan Imigresen di Kota Bharu. Beliau juga menganggap tindak tanduk kumpulan Harapan Baru sebagai pihak yang kecewa kerana semata-mata ditolak perwakilan muktamar Jun lepas.
Beliau tidak menduga sama sekali ada pemimpin PAS yang lumat dengan tarbiah menjadi ketidaktentuan hanya selepas gagal berada di barisan hadapan.
Bekas pendidik, Drs Zainuddin Awang Hamat menyatakan orang yang sedang diamuk rasa dendam lebih mudah mengkhianati sasarannya.

Jangan bimbang! Gerakan Harapan Baru bukan PAS 2.0

oleh Yap Lay Sheng
GHB AKAN JADI DEMOKRATIK: Kebimbangan bahawa parti dengan nilai Islam yang baru Gabungan Harapan Baru (GHB) akan menjadi sebuah lagi parti agama yang mahukan teokrasi adalah tidak berasas. Wujud kecenderungan di kalangan golongan sekular untuk menakutkan-nakutkan orang ramai, dengan tujuan memesongkan hala tuju politik nasional. Ini adalah kisah yang biasa kita dengar: penyertaan parti politik agama akan membuka jalan menghakiskan nilai demokrasi kita dan menuju teokrasi agama.
Namun kebimbangan ini terbina daripada tanggapan bahawa GHB dan PAS boleh dengan secara mudah digolongkan bersama sebagai parti Islam untuk orang Melayu. Ini adalah satu generalisasi yang tidak membantu, dan hanya mengelirukan berbanding menjelaskan.
Sementara PAS boleh dijelaskan sebagai gerakan agama dan melihat demokrasi sebagai jalan mencapai objektifnya, GHB pula adalah parti politik dan mengambil nilai agama untuk mengabsahkannya. PAS menjadikan politik untuk memberikan kuasa kepada gerakan agamanya, manakala agama secara cermat dijadikan legitimasi bagi misi politik GHB.
Dalam kata lain, agama adalah raison de’etre (matlamat paling utama) PAS, manakala demokrasi pula menjadi perkara utama bagi GHB. Ini paling jelas dapat dilihat dalam struktur kedua-dua PAS dan GHB.
Hierarki dalam struktur parti PAS menekankan komunikasi atas ke bawah. Ini kerana agama sering digunakan untuk menyanggah suara mereka yang berbeza. Majlis Syura yang pada mulanya diwujudkan sebagai peranan penasihat, telah menjadi autoriti membuat keputusan yang dominan, malah melangkaui badan yang diperuntukkan kuasa dalam perlembagaan parti, iaitu Jawatankuasa PAS Pusat.
Khalid SamadKhalid Samad
Sentimen ini dinyatakan oleh Khalid Samad, bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan antara pemimpin utama yang memulakan inisiatif GHB.  Menurutnya, “Majlis Syura sepatutnya hanya bertindak sebagai penasihat dan rujukan kita. Ia hanya boleh membuat keputusan dalam hal tertentu, bukan operasi harian”.
Malah ketika krisis Menteri Besar Selangor, difahamkan bahawa Majlis Syura telah membuat keputusan unilateral untuk mencadangkan calon PAS bagi jawatan itu. Dalam proses itu, jawatankuasa pusat dipinggirkan. Langkah yang kelihatan tiada apa-apa ini sebenarnya menunjukkan betapa dalamnya prinsip agama dalam budaya parti.
Ini menjejaskan kebertanggungjawaban dalam keputusan yang dibuat kepimpinan PAS, memandangkan ahli Majlis Syura tidak perlu melalui proses pemilihan dan mekanisme demokratik telah dilanggar.
Agama digunakan untuk melanggar perlembagaan dan parti itu telah menjadi sebuah struktur diktator dari ‘atas ke bawah’.
Pada masa sama, komposisi kepimpinan dalam GHB kebanyakannya golongan ‘profesional’ yang kurang kelayakan rasmi dalam bidang agama. Dengan tiadanya hubungan rasmi antara agama dan parti, GHB menawarkan struktur ‘bawah ke atas’ yang lebih demokratik. Ia juga membayangkan konsep politik Islam dalam GHB akan berbeza dengan apa yang dibawa PAS.

Selepas skandal Mara, kontrak Annuar Musa sebagai pengerusi belum disambung

Kontrak Tan Sri Annuar Musa sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak disambung selepas berkhidmat hampir dua tahun dengan agensi kerajaan yang berdepan dengan skandal hartanah di Australia itu.

Ditemui pada majlis rumah terbuka di Parlimen hari ini, beliau mengakui kontraknya masih belum disambung selepas berakhir pada 17 Julai baru-baru ini.

"Ya, kontrak saya berakhir pada 17 Julai. Kalau nak diikutkan, kontrak saya sudah tamat, kerana tarikh pelantikkan saya adalah pada 17 Julai 2013," katanya.

Annuar menjadi tumpuan selepas akhbar Australia, The Age, mendedahkan salah sebuah anak syarikat Mara, Mara Inc, yang dikaitkan dengan skandal pembelian pangsapuri di Melbourne.

Apabila ditanya sama ada beliau sudah menerima surat tawaran kontrak pemyambungan, beliau berkata masih belum menerima sebarang tawaran.

 "Belum. Masih belum ada apa-apa surat tawaran," katanya. Annuar juga menafikan isu kontraknya tidak disambung sebagai pengerusi Mara mempunyai kaitan dengan kontroversi hartanah yang dihadapi mereka.

MARA henti beli hartanah di luar negara

Majlis Amanah Rakyat (MARA), yang terlibat dalam skandal pembelian aset di Australia, memutuskan untuk berhenti melabur dalam hartanah di luar negara, kata bekas pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa.

Beliau yang juga MP Ketereh berkata agensi kerajaan itu juga akan menjual sebahagian daripada asetnya untuk membayar pinjaman.

"Kami membuat keputusan untuk tidak meneruskan pelaburan di luar negara.

"Jika kami mendapat tawaran yang menarik terhadap aset yang kami beli, kami bersedia untuk mencairkannya," katanya ketika ditemui dalam majlis rumah terbuka Parlimen.

Mara juga memutuskan untuk menjual aset Ashley House di London, di mana agensi tersebut mungkin mendapat 20 peratus pulangan.

Annuar berkata MARA akan hanya menjual apartmen Dudley Internatinal House dan tiga lagi aset mereka di Australia sebaik sahaja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melengkapkan siasatan.

Khidmat Annuar selaku pengerusi MARA selama dua tahun tamat Jumaat lepas.

Baiah bukan masalah, kata Khalid Samad


Khalid Abdul Samad

KUALA LUMPUR - Bai'ah atau sumpah janji setia bukan satu masalah besar kepada kumpulan progresif Pas yang menyertai parti baharu, Harapan Baru (HB).

Demikian kata Ahli Jawatankuasanya, Khalid Samad sambil mengulangi desakannya supaya Pas Pusat mengeluarkan pendirian rasmi mengenai perkara itu.

"Bai'ah bagi kami ianya tidak merupakan satu masalah dan saya berkali-kali mengharapkan Pas Pusat akan mengadakan mesyuarat dan satu pendirian yang rasmi dikeluarkan.

"Sekarang ini banyak sangat pandangan dan pendirian (pemimpin Pas), biar ada pandangan rasmi, kemudian mereka kena hantar surat kepada kami dan kami akan respon setelah menerima surat itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz semalam yang mengingatkan wakil rakyat Pas bahawa mereka tidak boleh melanggar bai'ah jika berhasrat meninggalkan parti.

Katanya, calon atau wakil rakyat Pas telah menerima amanah daripada parti sebagai wakil rakyat dengan janji setia memegang amanah bersama parti Islam itu.

Sehubungan itu, Nik Abduh mencabar wakil rakyat Pas yang mahu melanggar sumpah itu supaya mencari fatwa yang membenarkan pelanggaran bai'ah itu dilakukan.

SR fail laporan fitnah pada Rahman, Lester

Sarawak Report akan membuat laporan polis terhadap Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan bekas wartawan Lester Melanyi kerana fitnah jenayah.

Dalam kenyataannya, laman pemberi maklumat juga akan menyaman Abdul Rahman, New Straits Times dan pihak lain yang difikirkannya telah memfitnah Sarawak Report.

Sarawak Report juga sedang berunding dengan peguam untuk melaporkan Rahman kepada polis Malaysia dan juga mengeluarkan prosiding fitnah terhadapnya dan pihak lain.

Ia termasuk New Straits Times dan penerbitan lain, yang didakwa sengaja mempromosi kesalahan yang direka bagi merosakkan kredibiliti laman web berkenaan.

Laman web itu juga akan membuat laporan fitnah jenayah oleh Lester kepada polis dan memberi amaran kepada beliau dan sesiapa sahaja yang terus mempromosi cerita itu pada masa kini dan akan datang.

Tindakan undang-undang itu dibuat susulan sokongan Rahman terhadap pengakuan Lester berkaitan dakwaan plot oleh Sarawak Report untuk memalsukan bukti terhadap 1MDB.

Polis tahan Papagomo Original di Perak

Khalid Abu Bakar
SHAH ALAM - Polis menahan individu yang menamakan dirinya di laman Facebook sebagai Papagomo Original di Perak hari ini. 
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid ‎Abu Bakar menerusi Twitternya berkata, "syabas JSJ D5 @PDRMsia berjaya tangkap Papagomo Original di Perak".

Bersyukur.. SATU DUNIA TAHU..

Kita patut rasa bersyukur & berterima kasih pada Najib & kuncu2nya dlm skandal Najib-1MDB kerana secara tak langsung telah menaikkan nama M'sia di persada antarabangsa dgn pendedahan & perkhabaran mengenainya di serata dunia pada setiap hari..

Sudah tentu menteri Nazri Aziz antara menteri yg paling gembira.. Nnti pelancong berpusu2 masuk M'sia. RINGGIT KAN DAH JATUH. Ringgit jatuh baik untuk pelancongan. KAH!! KAH!! KAH!!

Najib Razak smlm dah last day tunggu jawapan balas dari WSJ tapi WSJ buat2 bodo aja malas nak layan tuntutan kamu.. BILA LAGI NAK SAWAN WSJ.. Nak tunggu Selasa bila.. Selasa tahun depan ka !!!