Selasa, 21 Julai 2015

"BolehLand"... MACAM-MACAM ADA !!!

APA NAK HAIRAN... Sehingga kini rekod perjalanan Altantuya dan tiga sahabatnya hilang dari rekod Imigresen.. LANGSUNG SENYAP..

The Edge serah dokumen, e-mel bercetak, hard disk

KUALA LUMPUR: The Edge Media Group telah menyerahkan dokumen, e-mel bercetak dan cakera keras yang dimilikinya mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada Bank Negara.
Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Ho Kay Tat berkata bahan-bahan itu diserahkan semalam (Isnin).
"Hari ini, satu set (dokumen) yang serupa diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Polis.
"Saya juga beri kenyataan kepada CCID," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Dalam kenyataan itu, beliau berkata: "Kami rasa selesa bila pelbagai badan penyiasat, Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Bank Negara, Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) dan Peguam Negara telah memberikan komitmen mereka untuk mendedahkan kebenaran tanpa bimbang atau pilih kasih".
"Sesungguhnya, tanggungjawab dan tugas mereka kepada rakyat Malaysia semata-mata untuk melakukan itu. Sebagaimana tugas kami mencari berita," tambah beliau.
The Edge semalam menerbitkan artikel empat halaman mendakwa bahawa 1MDB dan rakan usaha samanya, PetroSaudi International, telah menipu Malaysia berbilion ringgit.
Dalam respons segera, 1MDB dalam satu kenyataan menyelar The Edge Financial Daily berhubung laporan itu dengan mengatakan bahawa ia "sudah lapuk, tidak berasas dan dikitar semula."
"Kami terkejut dengan dakwaan tidak berasas ini, dikitar semula sekali lagi, sedangkan pelbagai rupa siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa yang sah mengenai isu-isu yang ditimbulkan berkaitan urusan 1MDB.
Kementerian Dalam Negeri pada 1 Jun mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada The Edge berhubung laporan itu.

Sumpah bai'ah: Jatuh talak kalau keluar PAS dan sertai parti lain

Sumpah bai'ah: Jatuh talak kalau keluar PAS dan sertai parti lainKOTA BHARU: Talak yang dilafaz secara bersumpah, bergurau atau berikrar adalah sah dan hakiki.

Mana-mana individu tidak boleh sewenang-wenang mempermainkan lafaz talak atau cerai atas apa alasan sekalipun.

Pandangan disuarakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad mengulas sumpah bai'ah talak tiga yang dilafaz ahli PAS sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.

Daud menegaskan mana-mana individu yang melafaz sumpah dan melanggar sumpah, dengan menyertai parti lain, perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah.

Ini kerana lafaz talak yang diikrar adalah sah.

Tegas Daud, taklik talak dengan bersumpah itu tidak boleh dielakkan dengan kafarah atau bayar denda sumpah.

Beliau menasihatkan individu yang terlibat melafaz bai'ah talak tiga dan bertindak keluar parti untuk menyertai parti lain, merujuk pengesahan cerai di Mahkamah Syariah.

Jika tidak dirujuk ke Mahkamah Syariah, mereka boleh dianggap bersekedudukan secara haram.

'Langkah pramatang hukum ahli tubuh GHB' - SUA PAS

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah mengenakan tindakan tatatertib terhadap anggota parti yang mahu menubuhkan parti Gerakan Harapan Baru (GHB) adalah langkah pramatang.

Ini kerana, setakat ini mereka belum melanggar mana-mana peraturan atau Perlembagaan parti selain tidak ada mana-mana anggota PAS lain yang membuat sebarang aduan rasmi terhadap tindakan mereka.
  
"Setakat ini tiada aduan rasmi, Facebook, Whatsapp itu kita tidak boleh ambil kira kecuali ada aduan rasmi dibuat mengikut saluran yang betul barulah kita akan ambil tindakan.
  
"Setakat ini, kesalahan itu dalam proses atau (mereka masih) merancang melakukan kesalahan. Kalau betul-betul buat baru kita ambil tindakan," katanya kepada Bernama.
  
Kemelut dalaman PAS semakin meruncing apabila beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif, atau pernah dikenali sebagai G18, yang tewas dalam pemilihan parti awal bulan lepas melancarkan GHB.
  
Ini bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang yang retak susulan keputusan PAS dan DAP untuk menamatkan kerjasama politik mereka.

Antara pemimpin itu ialah Mohamad Sabu yang merupakan bekas Timbalan Presiden Pas; Salahudin Ayub dan Datuk Husam Musa (bekas Naib Presiden); Suhaizan Kaiat (bekas Ketua Pemuda), Khalid Samad (anggota Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin (anggota Parlimen Sepang) dan Datuk Kamaruddin Jaafar (anggota Parlimen Tumpat).
  
Anggota Jawatankuasa GHB semalam mengumumkan parti baharu itu yang diuar-uar akan menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang akan ditubuhkan pada 14 September depan, diikuti konvensyen pertamanya pada 16 September.
  
Berdasarkan Perlembagaan PAS, anggota parti dilarang menyertai atau menubuhkan organisasi politik lain.
  
Mana-mana anggota yang melanggar peraturan itu akan secara automatik tidak lagi menjadi anggota PAS, katanya.
    

Negara kita sedang mengalami sebuah krisis moral

oleh Ahmad Mustapha Hassan
Keadaan negara ini semakin buruk. Rakyat negara ini kehilangan arah. Beberapa insiden negatif terus berlaku dalam lapangan sosial, ekonomi, agama dan politik.
Semua petanda menunjuk ke arah kemerosotan tahap moral di negara ini. Tiada usaha telah dibuat untuk menyekat perkembangan yang tidak sihat ini.
Negara ini tidak lagi tahu apa yang betul dan apa yang salah. Masyarakat telah menghadapi banyak insiden yang telah menjadikan apa yang salah, betul.
Seorang kanak-kanak Orang Asal telah diserang oleh tiga orang guru dan laporan polis telah dibuat, tetapi tiada apa yang berlaku. Sebaliknya ancaman telah dibuat terhadap keluarganya kerana membuat laporan polis.

Seorang guru yang menegur murid bukan Islam kerana makan dan minum di bulan puasa, dan juga menghina mereka dengan meminta mereka makan dalam tandas, tidak dihukum atas kelakuan tidak senonoh ini.
Kanak-kanak tadi dipersalahkan, dan bukannya guru dan pihak sekolah.
Jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan sepatutnya berkhidmat kepada orang awam, tetapi di negara ini orang ramai telah diminta untuk berkhidmat bagi agensi-agensi dan jabatan. Mana-mana individu berpakaian sopan mesti mengikut kehendak dan kemahuan mereka mengenai pakaian yang sepatutnya. Oleh itu skirt yang berada di atas lutut sedikit telah dilarang, dan wanita tidak boleh memakai pakaian tanpa lengan.
Tetapi perkhidmatan yang diberikan masih acuh tak acuh. Bukan perkhidmatan yang dipentingkan, tetapi pakaian.
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang berpretasi buruk tidak pernah diambil tindakan. Syarikat yang kehilangan RM42 bilion telah dipertahankan oleh pihak berkuasa. Pelbagai alasan telah diberikan untuk menutup kesalahan syarikat ini.
Dan yang terbaru adalah pendedahan Wall Street Journal. Akhbar itu melaporkan bahawa wang telah disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Rasional yang dibuat oleh jurucakap Jabatan Perdana Menteri adalah wang itu bukan untuk kegunaan peribadi Perdana Menteri.

Bagaimana makhluk ni boleh terlepas ke luar negara dlm keadaan DAH BANGKRAP ???..


PERSOALAN:

1) Ada keadaan yg membenarkan si Bangkrap boleh ke luar negara KECUALI dgn dapat kebenaran bertulis daripada KPI ataupun Mahkamah yang membenarkannya. Klu MAKHLUK ini ada 'Surat Kebenaran' tersebut sila dedahkan pada media & rakyat AGAR rakyat tahu kebenaran atau pembohongan KAMU..

2) Klu tiada 'Surat Kebenaran' tersebut, bagaimana si MAKHLUK ni boleh kata ke luar negara jumpa Justo pada 2012 & 2013 ???.. atau KAMU SEBENARNYA TELAH BERBOHONG ???

MAKIN LAMA MALA'UN NI BUKA MULUT, MAKIN TERSERLAH PUTAR BELIT & PEMBOHONGAN MEREKA !!!

Gerakan Harapan Baru: Penuh keraguan, namun amat diperlukan

Izmil Amri

Skeptik saya dengan benda bernama Gerakan Harapan Baru ini boleh disenaraikan secara berjela-jela. Nama dan logonya sahaja sudah tidak membangkitkan berahi, apatah lagi muka-muka yang dijajanya bagi menghiasi poster dan kain rentang program jelajahnya yang dilancarkan baru-baru ini.

Sebagai sebuah organisasi yang lahir dari rahim PAS dengan berselimut kekecewaan, GHB tidak lari jauh dari induknya itu.

 Ia malah mengakui, ia adalah PAS versi yang mesra Pakatan Rakyat dan patuh kepada Dasar Bersama koalisi politik tersebut. Ini pastinya membawa kegembiraan kepada DAP dan juga sebahagian kelompok di dalam PKR yang turut mual dengan pembawakan PAS akhir-akhir ini.

 Bagi mereka, parti lama itu adalah bagasi lama yang perlu dikesampingkan secepat mungkin bagi memberi ruang kepada "harapan baru" yang hadir dengan facade Mat Sabu, Khalid Samad, Dzulkefly Ahmad dan wajah-wajah yang sewaktu dengannya.

 Keperluan kepada "parti baru" ini terus diragui, dicemburui dan malah diserang bertubi-tubi para pendokong parti lama serta mereka yang terlalu sarat beranalisa.

 GHB sewajarnya mempertimbang semua kritik dan saranan ini sebaik mungkin sebelum bertindak mendaftarkan dirinya sebagai sebuah parti politik; seandainya ia benar-benar mahu menjadi pengganti parti lama dalam pakatan baru.

PR sudah mati. Tidak perlu jenuh kita berbalah lagi tentang keadaan koalisi lapuk itu. Ia sudah mati dibunuh, dirodok usul tak terbahas di muktamar PAS awal Jun lalu.

Bangkainya kini sudah berulat dan membusuk, masih belum ditanam-tanam lagi; dipamerkan kepada sekalian orang golongan yang masih gigih menafi akan kematiannya itu.

 Lebih cepat kita "move on" dan tidak terlalu obses dengan persoalan hidup mati bangkai yang sudah tidak bernyawa, lebih cepat kita bekerja mempersiapkan diri untuk menyambut kerusi kerajaan yang sedang goyah tiga suku nyawa.

Kerana itu tempoh hari dalam satu pertemuan bersama wakil-wakil parti pembangkang, kami anak muda bertanya; andai kerajaan Umno/Barisan Nasional tewas hari ini, siapa yang akan tampil menjadi sosok penyatu parti-parti pembangkang keesokan harinya dan diusung sebagai calon perdana menteri?

Wakil-wakil parti pembangkang tidak menjawab persoalan ini.

Ternyata kerana mereka sendiri pun memang tidak mempunyai jawapan. Malah kita harus ingat, pada pilihan raya umum ke-13 dua tahun sudah pun, calon perdana menteri yang sudah disepakati tidak pula mendapat persetujuan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau katanya lebih berkenan dengan Tengku Razali sebagai ganti perdana menteri.

Kecelaruan yang sedemikian itu, satu pihak yang semberono menolak konsensus dan mencabuli Dasar Bersama, hanya boleh diubati dan diselesaikan dengan membuang "baggage" berupa parti lama PAS ini, agar ia mereput dengan sikapnya itu.

Hanya dengan cara itu maka parti-parti pembangkang boleh bingkas menyusun semula koalisi politiknya dalam mendepani kemungkinan kerajaan bertukar tangan.

Nama aku Sarawak

Khairul Anwar Junus

Nama aku Sarawak. Aku dilahirkan dalam tahun 18 Ogos 1841 dari perut ibuku Brunei Darul Salam dan diserahkan kepada James Brooke Raja Pertama.

Hari jadi pertamaku adalah tanggal 24 September 1841. Ayah Ku yang kedua ialah Charles Brooke. Ayah ku yang ketiga ialah Charles Vyner Brooke dan keempat ialah Anthony Walter Dayrell Brooke tetapi baginda tidak sempat menjaga aku kerana pada 1941 aku diserahkan kepada British kerana ayahku tidak mampu untuk menjagaku selepas 100 tahun keluarga baginda menjagaku.

Ini adalah kerana Jepun datang padaku dengan niat yang tidak baik. Maka ayahku terpaksa menyerahkan aku kepada British kerana tiada kewangan untuk menubuhkan tentera menentang Jepun.

Tanggal 22 Julai 1963 aku pun dewasa dan British melepaskan aku kerana aku sudah dewasa dan mampu menjaga diri (Bujang). Akan tetapi tanggal 16 September 1963 aku dikenalkan kepada 3 orang rakan iaitu Sabah, Singapura dan Persekutuan Malaya.

Aku dipujuk untuk menubuhkan syarikat perniagaan yang diberi nama Persekutuan Malaysia, akan tetapi dalam tahun 1965 rakanku Singapura menarik diri dari menjadi rakan kongsi kerana melihat ada sedikit yang tidak kena dengan perkongsian ini.

Tiba-tiba rakanku yang bernama Persekutuan Malaya menggubal undang-undang baharu yang diberi nama Akta 354 1976 yang mana bertujuan menurunkan pangkat aku dan rakanku Sabah kepada status negeri sedangkan pada awal perjanjian, kami adalah sama rata iaitu sebagai 3 negara yang bergabung menubuhkan perniagaan bernama Persekutuan Malaysia.

Sarawak: 55 hari pemerintahan sendiri, kalaulah 55 tahun!

oleh Jimmy Adit

Sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai dan seruan perpaduan 'Sarawak for Sarawakians (S4S)' tidak boleh dipisahkan kerana pada tarikh itu, buat pertama kali dalam sejarah Sarawak telah diberi pemerintahan sendiri. Pada tarikh itu pada tahun 1963, warga Sarawak telah diberi Sarawak.

Pemerintahan sendiri itu mungkin sekejap saja, 55 hari sebenarnya – kerana pada 16 September 1963 Malaysia diwujudkan dan Sarawak bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada persekutuan yang baru dibentuk itu. Tetapi kepentingannya tidak boleh dinafikan.

The White Rajah memerintah Sarawak selama 100 tahun dari tahun 1846 – apabila Rajah pertama James Brooke datang dengan meriamnya, dan menggertak Gabenor Sarawak Sultan Brunei Omar Ali Saifuddin, Pangiran Makota Rajah Muda Hassim – sehingga tahun 1946, apabila Sarawak telah dijadikan sebuah Koloni Mahkota British.

Pada tahun-tahun menjelang 22 Julai 1963, beberapa perkembangan yang sangat penting berlaku, satu daripadanya adalah lulusnya Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan pada tahun 1948, yang membenarkan orang ramai untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran kawasan tempatan mereka, melalui ahli-ahli majlis mereka.

Pilihan raya majlis perbandaran tempatan yang pertama secara undi rahsia telah diadakan bagi Majlis Perbandaran Kuching pada bulan November 1956, dan menjelang tahun 1959, berikut Perlembagaan yang ditulis pada tahun 1957 oleh Gabenor ketiga, Sir Anthony Abell, "pilihan raya umum" pertama Sarawak telah diadakan ketika rakyat Sarawak pergi ke pilihan raya bagi memilih ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan. Perlembagaan 1957 itu, yang antara lain mengandungi peruntukan-peruntukan bagi barisan Majlis Tertinggi, yang menasihatkan Gabenor dalam isu dasar-dasar kerajaan yang diluluskan oleh Majlis Negeri, dan memastikan pelaksanaannya; dan peruntukan bagi keanggotaan Majlis Negeri – 18 ahli rasmi dan 24 tidak rasmi.

Antara ahli rasminya ialah Ketua Setiausaha dan mereka yang dilantik oleh Gabenor untuk mewakili bahagian-bahagian tertentu dalam masyarakat, manakala ahli-ahli tidak rasmi telah diambil daripada mereka yang memenangi pilihan raya majlis daerah.

Kami tak boleh diamkan bukti penipuan berbilion ringgit - The Edge


The Edge melaporkan dengan meluas mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2013 dan 2014 ketika entiti milik kerajaan itu dilihat mula berdepan masalah kewangan.
Maklumat yang ada, bagaimanapun, sukar didapati dan terhad kerana laporan audit kewangan tahunannya selalunya lewat.
Wartawan kami menemui pelbagai kenalan dan menyelidik apa sahaja maklumat yang ada dalam usaha mencari kebenaran.
Pada awal tahun ini, kami diberitahu, seseorang bersedia untuk berkongsi maklumat yang akan memberi penerangan tentang usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International.
Kami tidak diberitahu siapa dirinya sebelum mengadakan pertemuan dengannya.
Individu ini, yang kami tidak akan namakan, menunjukkan kepada kami ribuan e-mel dan lampiran dokumen.
Kami membaca kesemuanya dan yakin akan ketulenannya kerana jumlahnya yang besar dan rangkaian emel yang ada.
Kami kemudiannya menemukan seorang pakar forensik IT yang mengesahkan tidak ada sebab untuk berasa bimbang kiranya dokumen itu mungkin palsu.
Apa yang kami baca mengejutkan kami. Apa yang sepatutnya merupakan satu usaha sama yang membawa manfaat ekonomi kepada negara tidak lebih hanya sekadar satu skim penipuan berbilion ringgit dari Malaysia oleh segelintir kecil rakyat Malaysia dan rakan warga asing mereka.
Pada ketika itu, kami boleh melakukan salah satu daripada dua perkara:
1) Tinggalkan sahaja perkara yang boleh mengundang kontroversi itu dan lupakan, atau
2) Cari segala maklumat yang ada supaya kebenaran dapat didedahkan.
Kami mengambil keputusan untuk mencari kebenaran.
Seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini, mereka yang mempunyai maklumat yang boleh membawa kepada kebenaran mesti bersuara dan tidak memalingkan pandangan ke arah lain. Tidak melaporkan perbuatan salah ialah satu jenayah.
Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkata mereka ingin mendapatkan kebenaran.
Sebagai sebuah kumpulan media, kami percaya kami perlu memenuhi tanggungjawab awam, tidak kira betapa sukar dan bahayanya ia boleh jadi untuk kami.

MT Umno gesa percepat siasatan isu 1MDB

Seorang anggota Majlis Tertinggi Umno menggesa pasukan petugas khas mempercepatkan siasatan mereka berhubung isu firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Secara peribadi bagi saya, keseluruhan penyiasatan perlu dipercepatkan dalam apa jua," kata Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

"Kita bermain dengan kepercayaan dan sentimen rakyat sekarang ini. Saya bimbang bahawa rakyat akan ketawa cara kita menangani sesuatu perkara," kata beliau lagi.

Dalam perkembangan yang sama, beliau mengambil berat bagaimana pihak yang bertanggunjawab mencari kebenaran diburuk-burukkan setiap hari.

"Peguam negara diserang, ketua polis, gabenor Bank Negara... Siapa pula selepas ini?

"Apa yang kita cuba lakukan di sini? Adakah kita benar-benar cuba untuk memaparkan seluruh proses dan prosedur?" soal Reezal.

Pasukan petugas khas terdiri daripada anggota polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara.

Dana RM2.6 Bilion: MT Umno sangkal dakwaan Dr M

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak pernah memberitahu Umno bahawa wang sejumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya dan digunakan untuk pilihan raya umum lalu, kata dua anggota Majlis Tertinggi Umno.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyangkal dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ahli Umno diberitahu bahawa wang itu digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya.

"Najib hanya berkata, wang itu bukan dari 1MDB dan beliau tidak pernah guna untuk kepentingan peribadi beliau. Saya dengar sendiri," kata Reezal yang juga MP Kepala Batas.

Turut bersetuju dengan beliau, Tajuddin pula mencabar Dr Mahathir untuk menyenaraikan butiran bahawa Najib didakwa mengaku wang 1MDB digunakan untuk pilihan raya.

"Bagaimana Mahathir tahu? Bila beliau bercakap dengan perdana menteri?" soal Tajuddin, timbalan menteri pertanian dan industri asas tani.

"1MDB tidak pernah membiayai pilihan raya kami. Kami mempunyai sumber dana untuk parti," kata MP Pasir Salak tanpa mendedahkan dengan lebih lanjut.

Semalam Dr Mahathir mendakwa Umno diberitahu bahawa wang yang didepositkan ke dalam satu akaun bank peribadi digunakan dalam pilihan raya umum lalu.

"Tidak ada penafian wang itu telah didepositkan ke dalam akaun peribadi. Penjelasan kepada Umno bahawa ia untuk pilihan raya itu. Umno seolah-olah berpuas hati,"  kata Dr Mahathir.


The Edge’s 1MDB documents with Bank Negara, cops

“We had a duty as a public service organisation to uncover the truth in matters of public interest and concern.”
ho-kay-tat
KUALA LUMPUR: The Edge Media Group has confirmed in a statement that it handed documents, printed emails and a hard disk to Bank Negara on Monday to prove that “there was no conspiracy or political agenda on its part. Not reporting a wrongdoing is a crime.”
“We did nothing sinister. We had a duty as a public service organisation to uncover the truth in matters of public interest and concern.”
The Group handed another set of the same material to the Commercial Crime Investigation Department of the Police on Tuesday.
“We were not involved in any theft, we did not pay anyone, and we did not tamper with any of the emails and documents that we were given,” said the statement.
In fact, said Ho Kay Tat, the Publisher and Group CEO of the Edge Media Group, in the statement, “we have secured the data so that no one can tamper with them.”
This, he added, can be independently verified by the authorities. “Some of the information was too sensitive to be published. We have published others and these have never been challenged.”
“We have engaged with various politicians and government officials who have sought our help to get a better understanding of what led to 1MDB being in the situation it finds itself today.”

Pasma kekal NGO, pantau Harapan Baru


Harapan Baru

SHAH ALAM – Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) akan kekal sebagai sebuah NGO dan mahu menjadi ejen semak dan imbang kepada parti Islam baharu yang dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menegaskan, pihaknya mahu memastikan parti politik pengganti kepada Pas itu menunaikan semua janji dalam meneruskan agenda kerjasama politik parti pembangkang dalam Pakatan 2.0 nanti.

“Kita akan terus berperanan (seperti dalam Pas dulu) untuk membuat semak dan imbang bagi menubuhkan Pakatan baharu. Matlamat akhir kita bukan saja parti baharu, bahkan tubuhkan gabungan Pakatan baharu, itu matlamat utama kita.

“Setakat ini, saya masih mempunyai kecenderungan untuk kekal sebagai NGO, sebab saya sudah lama dalam politik ini, kecuali diperlukan sangat...kita berperanan sebagai semak dan imbang untuk pastikan Harapan Baru menunaikan janji,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Sebelum ini, Pasma tidak menolak kemungkinan bahawa satu parti baharu perlu diwujudkan bagi menggantikan PR selepas gabungan parti pembangkang itu terbubar selepas Muktamar Pas Pusat memutuskan hubungan dengan DAP.

Phahrolrazi berkata, parti itu bagaimanapun perlu dibentuk sebagai entiti lain dan bukannya dari Pasma sendiri sekiranya terdapat keperluan ke arah itu.

Bagaimanapun selepas pemimpin progresif Pas atau G18 mengumumkan penubuhan parti Islam baharu itu, nama Phahrolrazi tidak tersenarai dalam jawatankuasa tertinggi entiti itu, sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa pemimpin Pasma itu dipinggirkan.

1MDB: 'Misteri' pertemuan Lester, Justo di London

Lester Melanyi mendakwa sebahagian besar dokumen mengenai 1MDB yang tersebar kepada umum sudah diubah suai bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak.

Dia juga mendakwa bertemu bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo "dua atau tiga kali" di London antara 2012 dan 2013.

Namun berdasarkan maklumat diperoleh, Lester diisytiharkan bankrap dan mengikut peraturan, seseorang yang berstatus begitu tidak boleh meninggalkan negara.

Malaysiakini membangkitkan isu itu ketika berhubung dengan Lester melalui aplikasi WhatsApp.

Malaysiakini: Anda mendakwa bertemu Justo di London, anda diberi kebenaran Jabatan Insolvensi untuk meninggalkan negara dengan status anda yang bankrap?

Lester Melanyi: Tolong buat semakan.

Malaysiakini: Kami memperoleh maklumat daripada Jabatan Insolvensi.

Lester Melanyi: Saya tahu.  Soalan pintar untuk memerangkap penipu. Anda semak bila saya di London dan bila saya diisytihar bankrap.

Malaysiakini: Bila anda diisytihar bankrap?

Lester Melanyi: Tak apalah, kawan...

Semakan Malaysiakini mendedahkan Lester diisytihar bankrap pada Jun 2012.

Adakah GST akan memberi kesan terhadap perancangan dasar kewangan?

oleh Lee Heng Guie

Keadaan ekonomi tahun ini bermula dengan baik, berkembang sebanyak 5.6% tahun ke tahun (yoy) pada suku pertama ( 5.7% pada Q4 2014). Peningkatan terbaik datang dari agihan perbelanjaan isi rumah pra-pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan pengembangan pelaburan swasta.

Walau bagaimanapun, sektor eksport merosot dan menguncup disebabkan industri minyak mentah dan gas asli cecair. Di sebalik permulaan yang baik tadi, GST akan menjejaskan momentum pertumbuhan. Walaupun cerita di sebalik perangkaan KDNK Q1 adalah kuat secara tidak dijangka, beberapa komponen ekonomi dijangka menurun dalam Q2 dan Q3 sebelum stabil pada S4.

 Pertumbuhan ekonomi berkemungkinan tidak akan terjejas, bermakna pertumbuhan tahun ke tahun KDNK tidak akan menurun secara mendadak kepada rendah dari 4% pada Q2 dan Q3. Secara keseluruhannya, ekonomi dijangka mengakhiri tahun ini dengan pertumbuhan tahunan purata sebanyak 4.6% (6.0% pada tahun 2014), dengan pertumbuhan di antara 4.5% dan 5.0% pada suku-suku tahun selepas itu.

Beberapa petunjuk masa hadapan dan juga bukti anekdot telah menunjukkan kelembapan dalam pertumbuhan menjelang Q2. Eksport menyusut 8.8% tahun ke tahun pada bulan April (-2.5% pada Q1) dan pengeluaran perindustrian, yang merupakan proksi aktiviti ekonomi secara keseluruhan, berkembang lebih perlahan daripada yang dijangkakan pada 4.0% tahun ke tahun pada bulan April ( 7.2% pada Q1). Kadar jualan pembuatan menurun 0.6% tahun ke tahun pada bulan April daripada 1.6% pada Q1.

Kedua-dua pengguna dan sentimen perniagaan telah berhati-hati ekoran kebimbangan tentang kesan GST. Indeks sentimen pengguna Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) merosot selama tiga suku berturut-turut kepada 72.6 dalam Q1, menandakan rekod paling rendah dalam tempoh enam tahun.

Ini menunjukkan yang para pengguna tidak begitu berminat berbelanja, memetik kebimbangan mengenai prospek kewangan dan pekerjaan mereka. Dengan kebimbangan mengenai bagaimana GST dan inflasi akan menjejaskan pengguna secara langsung ini, tidak mengejutkan yang indeks akan terjejas lagi dalam Q2.

Pengguna masih merasakan kesan daripada kos sara hidup yang lebih tinggi, di tengah-tengah turun naik harga petrol berikutan penghapusan subsidi bahan api. Pertumbuhan penggunaan peribadi yang meningkat pada kadar yang lebih kukuh sebanyak 8.8% pada Q1, (berbanding purata 7.4% setahun dalam tempoh 2011-2014) pasti akan mengambil masa untuk stabil pada kadar di antara 5.5-6.5% pada suku seterusnya.

Pembelian pengguna secara besar-besaran pelaksanaan sebelum GST telah susut dalam beberapa bulan kebelakangan ini, terutamanya bagi pengangkutan, makanan dan minuman, barangan elektrik dan peralatan rumah serta produk telekomunikasi.

Di antara barang-barang mahal yang mengalami penurunan jualan pertama selepas pelaksanaan GST ialah kenderaan, dengan jualan menjunam 32.7% bulan ke bulan (mom), menjual hanya 45,187 unit pada April berbanding 67,314 unit pada bulan Mac. Jualan April turun sebanyak 23% berbanding tahun lalu.

Sesetengah jenama dan model asing dilaporkan mengalami penurunan jualan sebanyak sekurang-kurangnya 50%, yang menunjukkan bahawa kesan pasca GST terhadap perbelanjaan runcit adalah lebih besar daripada yang dijangkakan. Walaupun penjualan kereta baru pulih ke kadar 13.4% mom pada bulan Mei, ianya masih turun 8.4% yoy.

Tak mahu jadi pak turut tak bermakna jadi pengkhianat

oleh V Shuman
Anda mungkin katak bawah tempurung jika anda tidak terdengar mengenai "serangan" terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, atau ketiadaannya.
Perdana Menteri telah dikritik pelbagai pihak berkaitan dengan banyak skandal yang membabitkan beliau dan setakat ini, satu-satunya respons yang pengkritik telah terima dari Najib adalah sikap berdiam dirinya seperti biasa – yang amat terkenal - atau penafian kosong.
Walaupun ramai yang mahu Najib meletakkan jawatan, ada juga beberapa orang yang menggalas tanggungjawab mustahil untuk mempertahankan beliau, atas sebab-sebab yang jelas. Pengampu-pengampu ini mempersoalkan integriti dan mencemarkan reputasi pengkritik Najib, dan tidak menawarkan jawapan yang konkrit yang boleh meyakinkan orang ramai bahawa ketua mereka adalah bersih.
Speaker Negeri Sabah, Salleh Said Keruak adalah seorang dari mereka.
Timbalan ketua badan perhubungan Umno Sabah itu telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang tidak masuk akal baru-baru ini, dalam usaha sia-sia untuk mempertahankan Najib dan kelemahan yang Umno tidak dapat dipertahankan.
Yang terbaru sekali, Salleh menyatakan yang pemimpin pembangkang Malaysia adalah pengkhianat negara.
Agensi berita nasional, Bernama memetik beliau sebagai berkata bahawa "pemimpin-pemimpin pembangkang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk mencalarkan imej negara dan pemimpin-pemimpinnya untuk memenuhi agenda mereka sendiri.
"Mereka perlu menghormati proses demokrasi yang diamalkan di negara ini, di mana rakyat menentukan siapa pemimpin mereka," beliau dipetik sebagai berkata.
Xavier Andre JustoXavier Andre Justo
Salleh membuat komen ini berikutan pendedahan oleh polis Thai bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang Malaysia telah bertemu dengan warga Switzerland Xavier Andre Justo, yang kini berada di tengah-tengah dakwaan rancangan untuk menjatuhkan 1MDB yang penuh kontroversi dan kerajaan Malaysia.

Nik Abduh: YB PAS tak boleh langgar bai'ah

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz mengingatkan wakil rakyat PAS bahawa mereka tidak boleh melanggar bai'ah (sumpah janji setia) jika berhasrat mahu meninggalkan atau keluar parti.

Katanya, calon atau wakil rakyat tersebut "menerima amanah" daripada parti sebagai wakil rakyat dengan janji setia memegang amanah bersama PAS.

"Bai'ah ini tidak boleh dilanggar. Mereka telah mengambil daripada PAS, bukan memberi kepada PAS.

"Jika mahu langgar, hantar balik apa yang mereka ambil daripada PAS. Selepas itu, urusan mereka adalah dengan Allah," tulis beliau dalam Facebooknya hari ini.

Kenyataan Nik Abduh itu dibuat di kala rancangan kumpulan progresif dalam PAS - sebahagian mereka menjadi wakil rakyat - yang tekad mahu menubuhkan parti baru selepas disingkirkan pada muktamar bulan lalu.

Sehubungan itu, Nik Abduh mencabar wakil rakyat parti itu yang mahu melanggar sumpah itu supaya mencari fatwa yang membenarkan pelanggaran bai'ah itu dilakukan.

"Carilah fatwa dari serata dunia untuk membenarkan perlanggaran bai'ah oleh wakil rakyat PAS dan laksanakan jika berani.. No hal," katanya yang juga anak lelaki Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun Nik Abduh berkata bai'ah ahli PAS kepada parti itu boleh ditarik balik jika mereka mahu keluar parti.

"Ia bermaksud ahli memberi kesetiaan mereka kepada PAS," kata anggota parlimen Pasir Mas itu.

"Bai'ah ini boleh ditarik balik jika ahli itu mahu keluar PAS. Itu hak ahli. Caranya, tanyalah ahli ilmu," katanya lagi.

Pas perlu bijak tangani isu Harapan Baru - Mahfuz Omar


Datuk Mahfuz Omar

ALOR SETAR - Kepimpinan baharu Pas perlu bijak tangani kemelut yang dicetuskan gerakan Harapan Baru dan berhak mengambil tindakan terhadap ahlinya jika didapati melanggar mana-mana peruntukan atau fasal-fasal perlembagaan parti, termasuk memecat keahlian mana-mana individu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar turut menyifatkan Harapan Baru tidak akan memberi kesan besar terhadap parti itu sekiranya kepimpinan Pas terlebih dahulu memperbaiki segala kekurangan yang ada serta mengembalikan keyakinan ahli dan masyarakat.

“Sama ada beri kesan besar atau tidak, bergantung kepada bagaimana kepimpinan parti memberi reaksi terhadap cabaran yang mendatang. Jika pimpinan Pas berjaya atasi semua kelemahan yang ada, saya percaya Harapan Baru tidak beri apa-apa kesan. Namun jika pimpinan tidak berbuat sesuatu dalam usaha memperbaiki persepsi-persepsi negatif, tanpa Harapan Baru pun beri kesan,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka beliau, semalam.

Mengulas mengenai dakwaan Pas kini berdepan dilema, gara-gara wujud dua puak dalam parti itu, di mana sebahagian masih taat pada perjuangan asal Pas manakala sebahagian pro Harapan Baru, Mahfuz berkata, kepimpinan baharu Pas perlu memainkan peranan secara bijak.

“Pemimpin perlu lihat perubahan generasi kini yang berfikiran berbeza. Mereka berdepan cabaran jauh lebih hebat berbanding dahulu, perlu ada kebijaksanaan untuk mendekati golongan ini, tidak boleh statik dengan pendekatan zaman lampau semata-mata,” katanya.

Menurutnya, kepimpinan juga harus memberi tumpuan kepada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) agar sokongan mereka tidak beralih kepada Harapan Baru, kerana tidak mustahil ia boleh berlaku jika mereka hilang keyakinan terhadap parti itu.

1MDB: Saya dedah kerana sayangkan negara dakwa Lester Melanyi

Dia mengaku mempunyai bukti kukuh komunikasinya dengan Editor Sarawak Report menerusi emel.
Clare-Rewcastle-Brown,-Rahman-Dahlan,Lester-Melyani
PETALING JAYA: Lester Melanyi mengakui dia tidak mempunyai sebarang niat atau kepentingan peribadi dengan pendedahan pemalsuan dokumen 1MDB.
Katanya, dia melakukan semua itu kerana rasa tanggungjawab dan sayangkan negara.
Utusan Malaysia melaporkan, Melanyi mempunyai bukti kukuh menerusi emel komunikasinya dengan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown seperti yang didedahkan oleh Pengarah Komunikasi Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan baru-baru ini.
Dia mendakwa pernah membantah cadangan Brown tentang pemalsuan dokumen 1MDB ketika berbual menerusi telefon dan emel.
“Apabila saya tanya dia (Brown) kenapa hendak melakukan perkara itu, dia menjawab `kerajaan BN juga menipu semasa pilihan raya,” katanya.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao Krishnan, berkata pembabitan beberapa ahli politik pembangkang yang didakwa memalsukan kandungan laporan Sarawak Report berhubung 1MDB akan didedahkan menerusi bahagian ketiga dan keempat rakaman video.
Pendedahan itu katanya, akan dibuat oleh Melanyi dan akan disiarkan secara berperingkat dalam masa terdekat.

Semua Aspek Pembelaan Najib dan 1MDB adalah himpunan pendustaan dan Courtier Propaganda.

Oleh Mohd Ariff Sabri 
 
 Atau- every aspect of the defense of Najib is an accumulation of lies and courtier propaganda.
Kita sudah tahu kerajaan telah menyekat akses kepada portal berita Sarawak Report. Rahman Dahalan menteri perumahan dan pembela Najib nombor wahid, mempertahankan tindakan kerajaan.
Dengan jawatan pengarah komunikasi stratejik nya, Rahman Dahalan segera menggerhanakan pengampu2 lain seperti speaker Sabah- Salleh Said Keruak dan pemimpin2 kelas 3 cheap matinee wayang gambar UMNO.
Dia menyebut perihal patutnya tindakan tersebut kerana Sarawak Report menyiarkan berita palsu dan fitnah. Bagaimana dia sampai  kepada konklusi ini? Kita cabar dia- buktikan kepalsuan dan fitnah tersebut.
Respons yang dilakukan oleh Rahman Dahalan  dan Menteri Penerangan Sahabery Chik- adalah response thuggish dari orang yan bersikap gangster sebab mereka ada kuasa.
Kuasa fisikal mereka ada tapi kuasa meyakinkan minda, tidak ada.
Atas asas apa Rahman Dahalan membuat konklusi demikian? Atas pengakuan seorang yang orang Sarawak tahu tak boleh pakai- bernama Lester Melanyi . ini dalil Rahman Dahalan.
Tapi tidak mengapa- kebodohan bukan suatu jinayah. Kita biarkan lama mana labu Rahman Dahalan boleh bertahan. Kita biarkan Rahman Dahalan tenggelam dengan labu2 nya. Malah jika Rahman fumble, pemimpin UMNO lain menyukai nya.
Kita tahu UMNO- kalau mereka tidak kelahi dengan parti lain, mereka  kelahi sesama sendiri.
Point yang saya hendak buat- ialah betapa terdesaknya kerajaan mahu mempertahankan bangkai gajah mereka dengan nyiru pembohongan dan betapa mudah nya kerajaan melalui kuasa yang mereka ada menipu rakyat.
1MDB bukan cerita ciptaan dan rekaan. Ia bencana yang dibawa oleh Najib yang bersekongkol dengan Cina yang bernama Jho Low. Itu sebab nya saya suka ulangi dusta yang UMNO sibarkan;
UMNO suruh kita yang tidak ada apa2 ini berkelahi dengan orang Cina biasa- seperti budak2 yang buat kacau di Lowyat dan Berjaya Times Square- tapi pemimpin atasan tidur sekatil dengan orang atasan Cina.
Inilah senang nya bangsa Melayu kena tipu oleh pemimpin atasan UMNO. Kalau kita cungkil, kita akan dapati setiap pemimpin atasan UMNO ada partner cina. Tapi orang awam Melayu dihasut membenci dan berkelahi dengan orang awam cina.
1MDB dan isiu2 berbangkit darinya termasuklah manipulasi Jho Low seorang Cina yang konon sangat dibenci oleh UMNO itu, adalah suatu malapetaka besar. Ini malapetaka yang dibikin oleh Najib Razak.
Sudah terang dan nyata- ada banyak yang tidak kena dengan 1MDB. Sudah berapa kali auditor bertukar  dan bagaimana auditor tak berani memberi lapuran tanpa ingatan kelayakan?

Polis nasihat perarakan di Kuching dibatalkan

Polis menerima maklumat perhimpunan itu digunakan untuk menghasut dan membangkitkan sentimen rakyat Sarawak agar keluar daripada Persekutuan.
khalid_sarawak_polis_600
PETALING JAYA: Polis menasihatkan penganjur perhimpunan dan perarakan di bandar Kuching, Sarawak, yang akan diadakan pada Rabu dibatalkan atas sebab keselamatan dan kemudaratan awam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya mendapat maklumat perarakan itu akan dijadikan platform untuk menghasut rakyat Sarawak keluar daripada Persekutuan.
“Polis telah menerima makluman untuk mengadakan perhimpunan perarakan di atas pada 22 Julai di Kuching Sarawak.
“Walaupun makluman yang diberi adalah selaras dengan ketetapan undang-undang, namun pihak polis telah menerima maklumat bahawa ada pihak-pihak yang merancang menggunakan perhimpunan perarakan tersebut sebagai platform untuk menghasut dan membangkitkan sentimen rakyat Sarawak agar keluar daripada Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

'Elak Bangsa Johor dimanipulasi orang lain' - TMJ

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru rakyat negeri itu bersatu mempertahankan kedaulatan, hak mutlak dan kesejahteraan negeri.

Dalam kenyataan disiarkan di Facebook, Tunku Ismail berkata, perkara paling berbahaya dan menakutkan ialah apabila ada manusia sanggup bermuka-muka "demi mengejar kuasa dan kepentingan peribadi".

Justeru, katanya, rakyat Johor mesti dididik supaya tidak menjadi mangsa permainan politik dari mana-mana aliran.

 
"Bahasa politik diolah supaya perkara dusta kedengaran seakan benar, dan perkata terkutuk seperti membunuh boleh kelihatan terpuji," katanya.

DAP sedia kerjasama dengan Harapan Baru


Lim Guan Eng

GEORGETOWN - DAP sedia menjalin kerjasama dengan Gerakan Harapan Baru berikutan parti baharu itu berbeza dengan Pas, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan perjuangan kepimpinan jawatankuasa penaja parti baharu itu lebih bersifat progresif dan Islam sederhana yang jauh berbeza dengan perjuangan bekas rakan sekutunya itu.

"Kami (DAP) rasa bahawa kami boleh bekerja dengan kumpulan Muslim progresif dan sederhana memandangkan objektif mereka mahu membina Malaysia yang lebih inklusif," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Isnin lepas, penubuhan Harapan Baru yang dikatakan bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang diumumkan dan ia dipengerusikan bekas Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu. -Bernama

Tiada kenyataan rasmi Pas disingkir dari PR kata PJ Pahang


Pas

KUANTAN – Masih tiada kenyataan rasmi daripada PR bahawa Pas akan disingkirkan daripada parti sekutunya itu.

Demikian kata Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Jabbar ketika diminta mengulas mengenai penubuhan parti baharu yang didakwa akan menggantikan Pas dalam PR.

Katanya, selagi tiada sebarang kenyataan berhubung penyingkiran itu, secara automatiknya Pas masih dalam PR.

“ Pas masih lagi berada di bawah satu bumbung bersama PR, walaupun Gerakan Harapan Baru telah berdaftar sebagai sebuah parti politik.

“Apa pun kita tunggu menunggu apa yang akan berlaku selepas parti itu ditubuhkan,” katanya.

Semalam, Khalid Samad mendedahkan Harapan Baru akan menggantikan Pas dalam pakatan pembangkang yang akan ditubuhkan pada 14 September ini.

Khalid memberitahu parti baharu itu memberi peluang kepada Pas mengotakan janji parti itu yang mahu membetulkan kembali kesilapannya dalam tempoh 100 hari selepas bertindak memutuskan hubungan dengan DAP yang berada dalam PR.

Jumpa Tok Guru di lubang kubur, kata Nik Abduh


Nik Abduh Nik Abdul Aziz

KOTA BHARU - Nik Abduh Nik Abduh Aziz mengecam sesetengah bekas pimpinan Pas yang menggunakan nama ayahandanya yang juga bekas Mursyidul Am Pas  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menghalalkan tindakan menubuhkan parti baru.

Ketua Pemuda Pas itu berkata, tindakan itu seolah-olah menipu diri sendiri dan ahli Pas sudah pasti menyedari pemimpin berkenan tidak bercakap benar.

“Ahli Pas tahu mereka sedang bercakap bohong, jumpa Tuan Guru di lubang kubur nanti,”katanya ringkas kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu  Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, walaupun Allahyarham Nik Abdul Aziz sentiasa menyokong penuh PR tetapi tidak pernah menggadaikan prinsip yang dipegangnya.

“Pada saya tidak wajar menggunakan nama tokoh yang meninggal dunia untuk menyokong pendirian kita apatah lagi pendirian tersebut untuk menghancurkan parti itu sendiri,”katanya yang pernah menjadi setiausaha Akhbar Nik Abdul Aziz dari 2010 hingga 2013.

Dalam nada sindiran kepada Gerakan Harapan Baru, Ahmad Fadhli berkata,  sikap berprinsip dan tidak mudah putus asa tunjang kepada perjuangan Nik Abdul Aziz seperti mana isu perlaksanaan hudud.

“Allahyarham menyokong penuh tindakan dan hasrat kerajaan negeri untuk meneruskan perjuangan menguatkuasakan hudud selepas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan pusat akan memberi laluan kepada Kelantan.

RINGGIT LEBIH STABIL BERBANDING MATAWANG NEGARA MAJU ???

FAKTA:
1) Ringgit di kelompok mata wang 'TERBAWAH' bersama2 negara Afrika jauh meninggalkan drpd mata wang negara maju spt Hong Kong, S'pore & Korea Selatan..

2) Ringgit lebih teruk drpd matawang Colombia, India, Indonesia & Filipina..
3) Lidah siar UMNO/BN kuat ampu bohong..

Kejayaan yang DICEMBURUI rakyat terutama pembangkang...

Kejayaan BN menjahanamkan ekonomi negara, mengamalkan budaya rasuah, menswastakan segala aset negara, menjadikan hutang negara lebih 700 bilion ringgit, dan banyak lagi malang2 berlaku merupakan kejayaan yang DICEMBURUI rakyat terutama pembangkang...

Mana Wang 1MDB RM2.6Bilion pergi? #UndurNajib #TangkapNajib

Pas bakal kehilangan pejuang isu rakyat - Prof Dr Agus

GHB mempunyai ruang dan peluang untuk menarik sokongan rakyat serta menjadi sebuah parti politik yang kuat namun akan berdepan masalah di peringkat awal.
mohammad-agus_pas_harakan_600
PETALING JAYA: Sokongan terhadap Pas dijangka akan terjejas dengan tiadanya kumpulan progresif yang bakal menubuhkan parti Islam baru menerusi Gerakan Harapan Baru (GHB).
Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata, tiadanya kumpulan progresif dalam Pas bermakna tiada lagi pemimpin Islam yang akan memperjuangan isu rakyat seperti isu Felda, GST, 1MDB dan isu-isu negara yang lain.
“Ketiadaan kumpulan progresif dalam Pas boleh memberi kesan kepada kekuatan Pas. Mana-mana parti pun begitu apabila berpecah. Pada tahun 1978, apabila Pas berpecah, Berjasa menang. Pada tahun 1990, apabila UMNO berpecah, Pas menang.
“Sejarah ini perlu dilihat dan diteliti, biarpun senario sekarang dengan tahun 1978 dan 1990 adalah berbeza,” katanya menerusi posting terbaru di Facebook.
Mohamad Agus berkata, berdasarkan sejarah lepas parti serpihan Pas tidak akan kekal lama.
Bagaimanapun, senario itu berbeza dengan GHB kerana politik semasa yang memperlihatkan semangat golongan muda inginkan perubahan serta kemelut yang dihadapi UMNO sekarang.
Katanya, GHB mempunyai ruang dan peluang untuk menarik sokongan rakyat serta menjadi sebuah parti politik yang kuat namun akan berdepan dengan pelbagai cabaran diawal penubuhan.
“Pemimpin GHB masing-masingnya tokoh hebat tetapi kontroversi dengan sejarah masing-masing.
“…(Dan), keupayaan sumber kewangan GHB. Tanpa sumber kewangan, GHB sukar bertahan. Stamina mudah habis tanpa sumber yang mencukupi,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar A Samad berkata, beliau yakin GHB tidak akan mendapat sambutan dan tidak mustahil pelancaran parti baru akan ditangguhkan lagi.
“Malah saya juga tidak terkejut jika penubuhan parti tersebut dibatalkan dan kumpulan itu hanya bergerak sebagai NGO,” katanya dalam kenyataan media.

Lawatan Hari Raya: Anwar tidak dibenar bersalam dengan ahli keluarganya.

Beliau hanya dibenarkan bercakap dengan ahli keluarganya melalui telefon di sebalik tabir kaca penjara Sungai Buloh sempena lawatan Hari Raya Aidilfitri.
anwar_zahid_600
PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan sikap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak membenarkannya untuk bersalaman dengan ahli keluarganya.
Menurutnya, sempena hari raya Aidilfitri ini, beliau hanya dibenarkan bercakap dengan ahli keluarganya melalui telefon di sebalik tabir kaca penjara Sungai Buloh.
“Kesal dgn sikap Menteri Dalam Negeri yang tiada prikemanusiaan tidak membenarkan bersua, bersentuhan dan bersalaman dengan keluarga sempena raya.
“Terutama anak cucu yang balik dari luar negara tempoh singkat untuk beraya dengan saya,” katanya seperti yang disiarkan dalam status Facebook Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pada 21 Julai ini, genap 163 hari dipenjarakan selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Laporan WSJ: Peguam tunggu arahan Najib

Datuk Seri Najib Razak mungkin akhirnya akan mengeluarkan surat tuntutan terhadap The Wall Street Jorunal (WSJ) selepas media itu tidak memberikan penjelasan mengenai laporan kewangan mengaitkan perdana menteri dengan dana 1MDB.

Memetik peguam Wan Azmir Wan Majid, Berita Harian melaporkan tempoh 14 hari diberi Najib kepada WSJ berakhir semalam dan tiada sebarang reaksi diterima daripada media berkenaan.

"Jika kami tidak menerima sebarang jawapan hari ini, maka perdana menteri mempunyai beberapa pilihan undang-undang.

“Antaranya mengemukakan saman atau mengeluarkan surat tuntutan kepada WSJ,” katanya.

Wan Azmir dari firma guaman  Hafarizam Wan & Aisha Mubarak berkata, keengganan WSJ memberi maklum balas ataui penjelasan boleh dianggap sebagai pengakuan bersalah.

Beliau juga berkata, masih terlalu awal untuk mengetahui apa tindakan selanjutnya yang akan diambil Najib dan firma guaman itu masih menunggu arahan daripada perdana menteri.

Pada 8 Julai lalu Hafarizam Wan & Aisha Mubarak menghantar surat tuntutan kepada penerbit WSJ, Dow Jones, berhubung dua laporan mengenai "skandal di Malaysia".

Laporan itu masing-masing disiarkan pada 2 Julai dan 6 Julai, dan ditulis bersama oleh Simon Clark serta Tom Wright.

Antara lain laporan itu mendakwa hampir AS$700 juta wang 1MDB disalurkan ke akaun persendirian Najib.

KDN 'analisis' maklum balas The Edge

The Edge Media Group telah menjawab surat tunjuk sebab kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan syarikat berkenaan menyiarkan laporan yang tidak tepat.

Kementerian tersebut mengesahkan penerimaan jawapan kepada surat tersebut dan pihaknya sedang mengkajinya.

"Kami sedang menganalisis maklum balas The Edge. Kami akan bertindak mengikut prosedur yang ditetapkan," kata Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Hashimah Nik Jaafar ketika dihubungi Malaysiakini.

Ekoran penahanan bekas staf PetroSaudi International Ltd (PSI) Xavier Andre Justo oleh polis Thailand pada 22 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi memberi isyarat bahawa tindakan terhadap The Edge bakal diambil.

Ini kerana Putrajaya percaya Justo telah menjual dokumen yang "diuli" kepada laman web pembocor maklumat Sarawak Report yang kemudiannya diterbitkan semula dalam penerbitan The Edge.

Syarikat tersebut menerbitkan The Edge Financial Daily dan The Edge Weekly.

Surat tunjuk sebab itu dihantar pada 1 Julai dan diberi tempoh tujuh hari untuk menjawabnya.

Inilah akibatnya jika puok2 UMNO/BN percaya kpd pendusta & kaki hina Nabi Muhammad SAW..


Banyak masa habis terangkan 1MDB kepada pelabur, kata Guan Eng


Usaha Pulau Pinang tarik pelabur asing terjejas kerana terpaksa beri penjelasan mengenai 1MDB, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Firma pelaburan Putrajaya yang sarat dibebani hutang, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mendominasi perbincangan perdagangan dalam usaha Pulau Pinang menarik pelabur asing, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Katanya, perbualan mengenai dana yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, mengambil banyak masa dan ini tidak membantu kerajaan negeri menjual Pulau Pinang kepada pelabur.

Lim yang baru-baru ini berada di Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam misi perdagangan berkata, perbualan mengenainya biasanya tertumpu kepada RM42 bilion hutang yang ditanggungnya.

 "Separuh daripada masa kami dihabiskan untuk menerangkan isu 1MDB walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang tiada kaitan dengannya.

Najib patut saman WSJ, bukan sekat Sarawak Report

PKR hari ini mengecam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak menafikan atau mengambil tindakan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) berhubung dakwaan berbilion ringgit dipindahkan daripada dana milik negara ke dalam akaun peribadinya.
Naib presidennya Nurul Izzah Anwar berkata, pembongkaran pelbagai bukti terhadap Najib menuntut penjelasan daripadanya tetapi sehingga kini, perdana menteri terus berdiam diri berhubung isu itu.
"Bukti yang didedahkan ini seharusnya memaksa perdana menteri memberikan penjelasan yang terperinci dan mengambil cuti tanpa ganti sehinggalah siasatan terhadapnya selesai.

"Namun, selain surat meminta keterangan daripada WSJ, rakyat Malaysia masih lagi tidak mendapat apa-apa penjelasan daripadanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. "Mengapa perdana menteri masih lagi belum menyaman WSJ, sekiranya fakta yang dilaporkan media tersebut adalah salah?
"Perdana menteri juga tidak menafikan dakwaan wang AS$700 juta itu dipindahkan ke dalam akaun beliau.
"Mengapakah perdana menteri masih lagi belum menerangkan bagaimanakah jumlah wang yang begitu besar dipindah masuk ke dalam akaun peribadi beliau?," soal Nurul Izzah.
Kontroversi yang menyelubungi perdana menteri, yang dikaitkan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menjadi penyebab akses ke laman web pemberi maklumat Sarawak Report itu disekat, kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
"Tindakan ini memperlihatkan percubaan kerajaan yang terdesak untuk menyekat pendedahan penting daripada terus tersebar, sementara skandal 1MDB hangat dibincangkan dalam sambutan Aidilfitri tahun ini.
"Apa yang lebih membimbangkan, keparahan isu 1MDB ini juga dibuktikan lagi melalui dokumen dan pendedahan dari media tempatan dan antarabangsa seperti The Wall Street Journal (WSJ) dan The Edge, dan barangkali seterusnya menerusi pendedahan laporan ketua audit negara yang masih lagi belum didedahkan kepada awam.”
WSJ dan Sarawak Report mendakwa siasatan ke atas 1MDB yang sarat hutang itu menemui berbilion ringgit didakwa disalurkan ke dalam beberapa akaun peribadi Najib.
Kedua-duanya memetik dokumen daripada siasatan 1MDB yang dijalankan kerajaan Malaysia.
WSJ berkata, dokumen menunjukkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) berlegar di kalangan agensi kerajaan, bank dan entiti yang dikaitkan dengan 1MDB sebelum akhirnya dimasukkan ke akaun peribadi Najib dalam 5 deposit berasingan.
Dua hari lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan ia mengarahkan pembekal perkhidmatan Internet tempatan menyekat akses kepada Sarawak Report, mengatakan kandungannya mengganggu keselamatan negara.

Lanskap politik baru: Rakyat akan untung


8708584871_488d634e5a_z
Tajuk di atas ialah jawapan saya kepada soalan yang dijadikan sebagai tajuk kenyataan YB Dato’ Iskandar Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor yang dikeluarkan pada 18 Julai 2015, iaitu kononnya lanskap politik baru akan hanya menguntungkan Barisan Nasional.
Lanskap politik baru ini tertimbul susulan tindak-tanduk dan gerak-geri sesetengah pemimpin pusat PAS yang membelakangkan Rangka Kerja Dasar Bersama Pakatan Rakyat atau Common Policy Framework yang merupakan tunjang kepada Manifesto Pakatan Rakyat Selangor, sehingga memenangkan Pakatan Rakyat di Selangor di mana PAS menjadi parti yang menerima manfaat paling besar dalam PRU yang lepas dengan tambahan kerusi DUN dari lapan (PRU12) kepada 15 (PRU13).
Maka adalah tidak susah untuk memahami situasi pada PRU14 nanti, di mana parti yang membelakangkan Rangka Kerja Dasar Bersama Pakatan Rakyat atau CPF akan menerima padah dan dihukum seberat-beratnya oleh penyokong dan pengundi yang telah memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat pada PRU13 yang lalu.

'Siapa dalang di belakang Lester Melanyi?'

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa pihak berkuasa mencari dalang di belakang percubaan Lester Melanyi untuk mengaitkan beberapa pemimpin pembangkang dalam dakwaan memalsukan dokumen berkaitan 1MDB.

Ini susulan pendedahan terbaru berkaitan kesilapan dalam video pengakuan Lester yang mana sekeping gambar individu yang tiada kaitan dengan Sarawak Report yang digambarkan sebagai "pereka web".

Lester menuduh individu itu yang dikenali sebagai James Stewart Stephens, bertanggungjawab terhadap dakwaan 90 peratus dokumen yang direka-reka, yang digunakan oleh laman web pendedah maklumat itu untuk mengaitkan 1MDB.

Menurut Malay Mail Online, gambar yang dikeluarkan oleh Lester pada hakikatnya dikenali James Stewart, yang bekerja dengan rangkaian keretapi Abellio Greater Anglia di United Kingdom.

Syarikat tersebut menolak dakwaan bahawa Stewart sebagai pemalsu.

Mengulas perkara tersebut, Rafizi berkata jelas bahawa pengakuan Lester Melanyi itu palsu dan bermotif keuntungan kepada dirinya selepas beliau sendiri mengakui menerima wang untuk menghasilkan video itu.

"Saya juga percaya bahawa pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia wajar menyiasat Lester Melanyi untuk mengetahui siapa dalang di belakangnya yang membayar Lester Melanyi untuk menyebarkan tuduhan palsu kerana tuduhan-tuduhan itu mengganggu siasatan skandal 1MDB yang sedang berjalan sekarang," katanya dalam satu kenyataan.

Skandal 1MDB: Pengarah Syarikat Direman

PUTRAJAYA: Pengarah syarikat pembangunan hartanah yang ditahan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat dana 1MDB direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini.
Lelaki berusia 39 tahun yang juga seorang kontraktor itu ditahan pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dihadapkan ke mahkamah pagi Selasa.
Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, anak guamnya ditahan reman selama empat hari berkaitan isu berkepentingan nasional.
"Mereka memohon untuk direman tujuh hari tetapi majistret membenarkan empat hari sahaja," katanya.
Difahamkan, penahanan itu bagi membantu siasatan kes 1MDB.

The Edge Sedia Ke Mahkamah Pertahan Dakwaan 1MDB, Jho Low

PETALING JAYA: The Edge Financial Daily kini bersedia ke mahkamah untuk mempertahankan artikelnya berhubung firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
"Kami ingin mengulangi apa yang telah dinyatakan sebelum ini bahawa kami bersedia mempertahankan apa yang disiarkan berkaitan Jho Low dan 1MDB," kata akhbar kewangan itu dalam catatan editorialnya pada Selasa.
Malahan, The Edge turut menawarkan untuk menyediakan dokumen berkaitan kepada penyiasat kerajaan.
Catatan itu disiarkan bersama maklum balas 1MDB berkaitan pendedahan empat mukasurat The Edge Financial Daily  mengenai  Jho Low, PetroSaudi dan dana 1MDB.
Sebelum ini, 1MDB menyelar The Edge kerana didakwa menyiarkan 'laporan yang tidak bertanggungjawab.
Pada 29 Jun, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada The Edge berhubung laporannya mengenai 1MDB.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong perlu bertanggungjawab berhubung laporan tidak tepat berkaitan 1MDB.

"BIAWAK HIDUP": Buta mata dan hati demi WANG, KUASA dan KEDUDUKAN...

Orang yang tidak bermaruah serta harga diri demi habuan sahaja yang sanggup menjadi penasihat Najib. Buta mata dan hati demi WANG, KUASA dan KEDUDUKAN...

BERANIKAH NAJIB NAK SAMAN WSJ..??!!!


Di Mana Mulanya Krisis PAS?

Apa yang terjadi dengan PAS sebenarnya? – Arifin Zakaria

1. Dua soalan popular ketika hari raya tentang PAS. Pertama kenapa habis sepasukan pimpinan lama dibuang? Sedangkan dengan merekalah kami kenal PAS. Era 80-an dan 90-an nama popularnya Mat Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa, Solehudin Ayub dll. Pasca reformasi popular dengan Dr Dzul, Dr Mujahid, Mazlan Aliman, Ustaz Ghani Samsudin, Nizar Jamaludin dll. Tetapi kenapa mereka dibuang kesemuanya?

2. Soalan kedua popular. Benarkah bekas pimpinan yang tewas ini hendak tubuh parti? Kenapa perlu tubuh parti? Tidak bolehkah bersabar dan tunggu perubahan seterusnya dalam parti? Tidakkah nanti dituduh tidak boleh terima kalah lalu tubuh parti? Tidakkah UMNO sebenarnya yang mengupah mereka ini agar tubuh parti? Tidakkah mereka ini berada dalam percaturan JIM/IRC/IKRAM/HIS untuk ranapkan PAS? Inilah dua jenis soalan yang kerap ditanya. Saya cuba menjawab dengan pengetahuan dan maklumat yang ada pada saya.

4. Menjawab soalan pertama. Mereka ini dibuang setelah melalui kempen yang panjang. Ada yang mengatakan 18 bulan pasca muktamar 2013 hingga 2015 kempen non stop dilancarkan untuk membuang mereka. Sebenarnya tidak. Sebelum itu lagi. Sejak pemilihan tahun 2009 lagi.

Mereka ini dilihat menentang UG atau Kerajaan Perpaduan dengan PAS - Umno. Sebenarnya UG ini tidaklah sama maksud dengan apa yang Presiden lontarkan pada tahun 2009. Presiden TGHA lontarkan UG yang menggabungkan kesemua parti politik termasuk PKR dan DAP untuk buat perubahan dalam kerajaan.

Walaupun lontaran yang tidak masak, tetapi bukan UG itu yang ditentang. Tetapi jauh daripada itu sememangnya wujud usaha hendak menggabungkan PAS dengan Umno hasil kerja kuat bekas Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa (UN) dan bekas Naib Presiden Dato Dr Hasan Ali (DHA) dan bekas Timbalan Mursyidul Am yang kini menjadi Mursyidul Am Dato Dr Harun Din (DHD).



Pasca PRU 2008, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri bersama Khir Toyo berunding dengan pimpinan PAS untuk membentuk kerajaan PAS Umno di Selangor dan di Perak. Rundingan ini pada awalnya dinafikan Pengarah Pilihanraya PAS ketika itu Dato Mustafa Ali. Tetapi bocor apabila Pak Lah sendiri membocorkannya. Ada pertemuan di sebuah lokasi tidak jauh bangunan parlimen. Berakhir dengan PAS menolak pelawaan tersebut.

Tetapi Ustaz Nasha dan Hasan Ali meneruskan agenda ini. Kerap mereka berdua bertemu Pak Lah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tokoh tokoh Umno baik di bangunan parlimen atau di Hotel Meridien. Watak kedua orang ini dilihat pelik dalam tempoh 2008-2011. Dilihat mesra UMNO dan menjadi pengacau kepada Pakatan Rakyat dan kerajaan PR di Selangor. Kerap Hasan Ali mengambil tindakan berseberangan dengan kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Diantaranya pengakuan bekas Pengerusi ngo GERAK Nazree Yunus, beliau didatangi Hasan Ali dan orang orangnya termasuk Roslan SMS dan SETPOL Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri untuk membuat pendedahan tentang salahguna kuasa Tan Sri Khalid. Beliau membuat report SPRM, TS Khalid Ibrahim sudah menguna peruntukan kerajaan untuk menghadiahkan lembu korban ke parlimen Bandar Tun Razak kawasannya sendiri. Kemudian tuduhan kedua menggunakan peruntukan kerajaan untuk servis kereta peribadi. Tujuannya adalah untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid dan menaikkan Hasan Ali sebagai MB. Tetapi setelah disaman Tan Sri Khalid, Nazree berubah dan menyertai PKR serta mendedahkan perancangan jelik ini.

Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasha dilihat meneruskan usaha ini sehinggalah sebelum PRU 2013 pertemuan diantara Hasan Ali, Ustaz Nasha dengan PM Najib di Hotel Meridien. Pertemuan ini didedahkan Hasan Ali kepada rakan-rakannya sendiri. Kata beliau PM Najib sedia memberi kerjasama membantu beliau dan Ustaz Nasha membuat satu gerakan politik Melayu Islam atas nama ngo ala ala PERKASA. Najib sedia bantu wang ringgit dan segala kepakaran.

PAS bukan musuh tetapi pesaing GHB

Mujahid Yusof Rawa

Laporan berita dalam The Malay Mail Online yang memetik saya berkata dalam Bahasa Inggeris "… our number one opponent is PAS... " diviralkan seolah “musuh utama” (diterjemahkan) Gerakan Harapan Baru (GHB) adalah PAS dimanipulasikan.

Perincian kenyataan saya adalah dalam konteks medan pilihan raya sebagai pesaing kerana dijangka GHB apabila menjadi entiti politik akan berhadapan dengan PAS jika berlaku pertandingan tiga penjuru.

Konteks "opponent" bukan musuh secara umum tetapi pesaing politik dalam merebut sokongan pengundi.

Selain itu, konteks "opponent” itu juga membawa maksud pendekatan Islam yang berbeza yang ingin dibawa oleh GHB berbanding PAS.

Sekian harap penjelasan ini sebagai jawapan kepada kenyataan di luar konteks yang dipetik oleh portal dan pihak-pihak tertentu secara tidak bertanggungjawab. 

Siapakah dalang sebenar di sebalik penubuhan Gerakan Harapan Baru?

Syahir Nujaba

Julai 2015 merupakan detik yang bersejarah bagi generasi yang lahir lewat 80-an hingga pertengahan 90-an.

Jika selama ini, setiap kali musim perayaan, kami hanya mendengar cerita daripada atuk-atuk serta ayah-ayah kami, kali ini kami berpeluang merasa sendiri pengalaman melalui sebuah perubahan lanskap politik negara secara besar-besaran.

Jika selama ini, mereka bercerita tentang British dan Jepun yang menjajah Tanah Melayu, kami hanya mampu dengar sahaja.

 Jika selama ini mereka bercerita tentang perbezaan idealisme kemerdekaan antara Melayu-Raya dengan negara bangsa barasaskan sempadan geografi, kami hanya mampu dengar sahaja.

Jika selama ini mereka bercerita tentang pengunduran Tun Hussein Onn dari Umno disebabkan cubaan membentuk parti tanpa sempadan bangsa, kami hanya mampu dengar sahaja.

 Jika selama ini mereka bercerita tentang pengasasan gerakan-gerakan Islam seperti IRC, Abim, Jim, Haluan, PAS, parti ini berpecah dengan parti itu, liciknya pemimpin ini, teruknya dizalimi pemimpin itu, kami hanya mampu dengar sahaja.

Kini tidak lagi. Gerakan Harapan Baru (GHB) yang terbentuk kali ini benar-benar berada di depan mata kami. Kami merasainya sendiri, mengkajinya sendiri, melihatnya sendiri.

Inilah detik bersejarah yang bakal kami ceritakan kepada anak cucu kami kelak dengan penuh keyakinan, jika dibandingkan dengan cerita-cerita sebelah pihak daripada nenek dan ibu-ibu kami yang kami sendiri tidak dapat pastikan sejauh mana keabsahannya.

Kami lihat bagaimana berlakunya perubahan pendirian dalam kalangan senior kami yang dulunya sangat pesimis terhadap satu pihak, kini mula beransur terbuka.

Bahkan kini kami masih melihat kelompok itu wujud nyata dalam generasi kami, paranoia tidak tentu hala, menunggu masa untuk bersikap lebih terbuka. GHB yang ada di depan kami ini kami ikuti perkembangannya sejak dari mula.

 Hujahan pihak-pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju kami dengar melalui rantaian maklumat premier.

Sebahagian kami mendapat maklumat awal, sebahagian lagi masih terkejar-kejar dengan perkembangan yang berlaku.

Sebahagian generasi kami sudah begitu yakin dengan pendirian mereka, sebahagian lagi masih bersikap "tunggu dan lihat". Walau di pihak manapun kami sebelahi, kami adalah generasi yang hidup pada era ledakan maklumat.

Kami mampu capai dan analisis lebih daripada sepuluh artikel berbeza pandangan dalam masa sehari.

Kami lihat bagaimana sempitnya hidup beragama hinggakan kain hijau dan merah menjadi isu berat, songkok dan kopiah tidak boleh bertemu, janggut dan misai tidak pernah sehaluan, bukan Islam adalah najis, imam bendera merah menjadikan solat tidak sah, dan longgokan ayat-ayat Al-Quran yang dimanipulasi demi kepentingan politik.

Puisi panjang harapan baru

Teman-temanku yang dikasihi

Petang itu aku berdiri di anjung masjid
Menyaksikan senja merah beransur hilang
Membawa pulang Ramadhan Kareem
Kutulis puisi ini dalam dakapan
Aidilfitri yang harum semerbak
Menebarkan kasih sayang sesama umat
 
Teman-temanku yang dikasihi
Detik yang lalu jangan ditangisi
Kerana ia bukan lagi bersama kita
“If you cry because the sun has gone out of your life”,
Your tears will prevent you
from seeing the stars,”
kata penyair dunia Rabindranath Tagore
 
Teman-temanku yang dikasihi
Dengan rahmat yang tersembunyi
Kita ditemukan dengan bahtera baru
Bernama Harapan Masa Depan
Sebuah badan politik bernuansa Islam
Yang akan memulakan perjalanan jauh kita
Untuk mendukung harapan rakyat
Teman-temanku yang dikasihi
 
Kamu ini bukan dari kumpulan terbuang
Tetapi emas tempawan yang tinggi nilainya
Kerana jasa dan pengorbanan
Keringat dan airmatamu selama ini
Terukir dalam sejarah dan tak akan terpadamkan
Kamu hadir dan mengalir mewarnai politk tanah air
 
Teman-temanku yang dikasihi
Kamulah juragan yang akan mengemudikan
Bahtera politik baru ini untuk sampai ke seberang
Di sana rakyat sedang menunggu penuh harapan
Merindukan keadilan, demokrasi dan kemakmuran
Bukan api perkauman dan kebencian
yang membakar segalanya
 
Teman-temanku yang dikasihi
Mari kita membawa rakyat kepada kehidupan baru
Kerana rakyat sudah lama
Terperangkap di lembah kemiskinan, ketidakadilan
Ketika pemimpin politik lama
Terus bergelut dengan krisis
Kerana mengamalkan politik kuno