Ahad, 19 Julai 2015

Najib Razak Awak kat Mana ??


Realiti di Malaysia... Wajah sebenar PDRM di mata KERAjaan UMNO/BN..

Nak lapor 'jenayah' di kalangan UMNO & kuncu2nya, silap2 haribulan korang plok akan diburu mcm penjenayah..

Harapan Baru, dari Nasionalisme Muslim ke Islamisme Inklusif? (I) Demokrasi aneka-parti

Dr Wong Chin Huat

 Parti baru Gerakan Harapan Baru (GHB) mesti bernamakan Islam demi memberikan pengundi Melayu alternatif kepada nasionalisme Melayu dan nasionalisme Muslim: Islamisme inklusif.

Pentingnya nama parti berperkataan Islam 

Saya difahamkan ada ramai – di luar dan dalam GHB – yang mendesak parti baru yang akan dibentuk oleh kumpulan itu cuma mengangkat prinsip dan semangat Islam tetapi tidak bernamakan Islam dan membuka keahlian kepada orang bukan Islam.

 Strategi ini bertujuan untuk menjadikan sebuah parti “wakil-semua” (catch-all) sepertimana yang dihasratkan oleh PKR dan sedang ditujui oleh DAP.

Akan tetapi, apakah Malaysia perlukan sebuah lagi parti “wakil-semua” kecuali ia bertujuan untuk gantikan PKR yang sekarang nampak sedikit lesu?

Pada pendapat saya, parti baru itu mesti mempunyai perkataan Islam – tetapi bukan Muslim, Mukmin atau Ummah – dalam namanya (sebagai contoh, Parti Demokrat Islamik atau Parti Progresif Islamik) kerana ia mesti bertanding dengan Umno dan PAS.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, terdapat sebanyak 43 kawasan Parlimen dimenangi oleh Umno dan diikuti oleh PAS sebagai pesaing terdekat, dan 19 kawasan Parlimen dimenangi oleh PAS dan diikuti oleh Umno sebagai pesaing terdekat.

Dalam kata lain, terdapat 62 kawasan Parlimen (28%) yang direbuti Umno dan PAS. Jika parti baru tidak dapat menandingi Umno atau PAS dalam 62 kawasan ini, sebuah kerajaan majoriti mudah gabungan Umno dan PAS boleh dibentuk jika kedua-dua parti ini dan sekutu mereka dapat memenangi paling kurang 50 lagi kerusi sahaja dalam PRU14.

Kerana Malaysia bukan Turki (sekurang-kurangnya 96% penduduknya Muslim) atau Indonesia (87% Muslim), nama seperti Parti Keadilan dan Pembangunan (AKPK) atau Parti Keadilan Sejahtera (PKS) tidak cukup “ummh” untuk penyokong asal Umno dan PAS!

Nasionalisme Melayu vs Nasionalisme Muslim vs Islamisme inklusif 

Apa yang lebih penting daripada PRU14 ialah persaingan politik jangka panjang. Umno pendukung nasionalisme Melayu dan PAS pendukung nasionalisme Muslim.

Bagi pengundi Melayu yang kurang selesa dengan parti lebih bersifat majmuk seperti PKR, DAP dan Parti Sosialis Malaysia, alternatif yang tidak lagi wujud dalam pasaran pilihan raya selepas Muktamar PAS 2015 ialah Islamisme Inklusif.

Tidak bermakna kalau wadah baru ini tidak berhijrah daripada nasionalisme Muslim PAS dan mencabar nasionalisme Melayu Umno dengan lebih berdaya dalam sekurang-kurangnya tiga aspek: pertama, persaingan demokratik aneka-parti; kedua, pembelaan orang Melayu; dan ketiga, negara madani.

Persaingan aneka-parti 

Nasionalisme wujud kerana dirasakan kelompok yang ingin dibelanya itu sedang diancam atau dikepong oleh kumpulan “musuh”, sama ada yang benar atau dilahirkan daripada imaginasi. Sebenarnya, nasionalisme akan surut jika tiada “musuh” yang kuat.

Kerana bimbang “musuh” akan mengambil kesempatan, nasionalisme biasanya mengutamakan perpaduan dalaman dan menyekat kepelbagaian dan perbezaan pendapat.

 Mentaliti ini sudah tentu tidak dapat mengangkat demokrasi.

Kerana nasionalisme, banyak negara Asia dan Afrika membuang demokrasi dan mendirikan sistem eka-parti tak lama selepas mencapai kemerdekaan.

 Di Malaysia, Umno (dalam bahasa Melayu, “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu”) ditubuhkan pada 1946 sebagai wadah untuk “bangsa” Melayu “bersatu” dalam menentang penubuhan Malayan Union yang memberikan kerakyatan kepada orang Cina dan orang India dengan syarat yang longgar.

Kerana Umno melihat dirinya sebagai pembela orang Melayu daripada ancaman/persaingan orang bukan Melayu, maka parti-parti pembangkang tidak mempunyai keabsahan (legitimacy) untuk wujud.

Kalau didominasi oleh orang bukan Melayu/Islam, maka ia mungkin akan cabar kuasa Melayu yang diwakili oleh Umno.

Sebaliknya, kalau didominasi oleh orang Melayu/Islam, maka ia sudahpun berdosa besar dengan memecahbelahkan orang Melayu! Itu sebabnya pakatan antara Umno dan PAS di Kelantan (1972-1977) yang bermula atas nama perpaduan Melayu itu berakhir dengan PAS ditikam daripada belakang sehingga hilang negeri kubu kuatnya Kelantan.

Kalau ikut logik nasionalisme Melayu ini, pembelotan PAS oleh Umno itu sebenarnya sesuatu yang munasabah malah “perlu” sekali.

Hanya dengan menghapuskan pesaing, Umno dapat menyatupadukan sokongan orang Melayu untuk membela “agama, bangsa dan negara” daripada ancaman “orang asing”.

Sikap anti-persaingan

Bertuah rakyat S'pore.. kerana di sana TAKDA UMNO !!!


Pada mulanya gabungan Persekutuan Tanah Melayu, S'pore, Brunei, Sabah dan Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia.

Tapi akhirnya bertuah S'pore & Brunei keluar dari M'sia.. Kesian yg masih bersama2 dgn UMNO... 

Rancangan PAS untuk meletakkan calon bukan Islam pada PRU14 adalah satu jenaka

oleh Robin Stanley Augustin
Tiada momen yang membosankan di Malaysia, terutamanya dalam politik.
Ketika kos sara hidup semakin meningkat GST dan keganasan di Plaza Low Yat baru-baru ini telah membuatkan ramai orang berasa gelisah, kita seringkali boleh meletak harapan kepada ahli politik kita untuk membuatkan kita ketawa kembali.
Terdapat ramai ahli politik begini di kedua-dua pihak, yang membuat kenyataan lucu seperti mereka sedang membuat persembahan dalam kelab komedi.
Yang terbaru untuk menyertai ahli politik komedi adalah tidak lain tidak bukan pengarah pilihan raya baru PAS, Mustafa Ali.
Dalam satu temubual dengan The Malaysian Insider, orang kuat PAS berkata bahawa parti Islam itu akan membariskan calon bukan Islam daripada sayap penyokong PAS, dalam pilihan raya umum akan datang.
“Memandangkan kami tidak terikat lagi dengan sebarang pakatan, kami bebas untuk bertanding di semua kerusi, termasuklah kerusi DAP.”
Beliau berkata parti itu akan memperkasakan sayap penyokong PAS yang ditubuhkan oleh ahli-ahli parti bukan Islam.
Pada pilihan raya umum 2013, parti itu membariskan tiga orang calon bukan Islam daripada sayap itu.
Dalam temubual itu, Mustafa mengakui bahawa ianya satu tugas getir buat PAS untuk meyakinkan bukan Islam untuk mengundi mereka tetapi berkata apa-apa saja boleh berlaku memandangkan pilihan raya umum masih terlalu jauh.
“Bukan semua bukan Islam bersama DAP atau MCA. Kita tidak dapat menjangka senario yang akan berlaku. Hanya pada 2016 kita akan dapat gambaran yang lebih jelas perkara yang akan berlaku,” kata beliau.
Mustafa turut berkata bahawa walaupun PAS sudah bersedia untuk menempuh pilihan raya umum akan datang bersendirian, beliau meramalkan PKR tidak akan mengabaikan mereka, lebih-lebih lagi memandangkan kedua-dua parti masih lagi bersama dalam kerajaan Selangor.
“PKR tidak akan tinggalkan PAS. Kami mempunyai kuasa yang sama dalam kerajaan Selangor. Dan saya tahu yang bukan semua pemimpin PKR selesa meninggalkan PAS hanya untuk bekerja dengan DAP.”
Seperti bahan komedi, ianya lucu sekali.
Berita ini telah membuatkan ramai rakyat ketawa. Banyak komen di bawah berita itu mengejek Mustafa, dengan sesetengah melabelkan beliau sebagai tidak tahu apa-apa dan keliru.
Apa jenus strategi pilihan rayakah ini? Meletakkan calon bukan Islam untuk mencapai cita-cita PAS seperti mana hudud versi mereka?
Strategi ini kelihatan mensasarkan untuk mendapatkan undi bukan Islam, memandangkan Mustafa berkata bahawa bukan semua bukan ISlam bersama DAP atau MCA.
Dan jika bukan Islam tidak bersama DAP atau MCA, pilihan automatiknya adalah PAS?
Bercakap dengan terlalu optimistik.
Apa yang benar-benar lucu adalah membariskan calon bukan Islam PAS di kerusi yang dipengang DAP turut dipertimbangkan.

Anda lah harapan & penyelamat kami.. YOU HELP ME, I HELP YOU


Syukur dengan kehadiran pelancong asing sumber pendapatan negara akan makin bertambah. Sudah tentu menteri Nazri Aziz adalah menteri yang paling suka BILA RINGGIT JATUH. Jika ringgit jatuh maka berduyun2 la pelancong asing dtg ke negara kita..

Justeru mereka semua ini bila berbelanja DAPAT CLAIM CUKAI GST !!!

PDRM akan jumpa Justo berhubung pendedahan maklumat sulit - Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menemui Xavier Andre Justo selepas mendapat kebenaran polis Thailand atas dakwaan dia telah berjumpa dengan ahli-ahli politik pembangkang dari Malaysia dengan niat untuk menjual maklumat sulit.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah wajar untuk PDRM bertemu dengan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) itu bagi mendapatkan maklumat secara langsung berhubung pendedahan polis Thailand susulan siasatan terhadap Justo.

"Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan berjumpa dengan Justo sebaik mendapat kebenaran daripada polis Thailand dan barulah siasatan dapat dijalankan termasuk memanggil rakyat Malaysia berhubung pendedahan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Khalid dipetik sebagai berkata rakyat Malaysia yang terbabit akan dipanggil memberi keterangan berhubung pendedahan terbaharu Polis Thailand hasil siasatan terhadap Justo.

Pada Khamis lepas, polis Thailand mengesahkan warga Switzerland itu telah mengadakan pertemuan dengan individu penting dalam pakatan pembangkang Malaysia di sebuah hotel di Singapura sebelum menjual maklumat sulit milik syarikat itu.

Wan Junaidi berkata PDRM juga seharusnya diberi ruang menyoal siasat Justo sebelum sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Peguam negara akhirnya fail pembelaan terhadap pendakwaan berniat jahat


Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan 10 lain yang disaman kerana menyalahguna kuasa dan pendakwaan berniat jahat akhirnya memfailkan pembelaan mereka, kira-kira 18 bulan selepas seorang peguam dan seorang pegawai kanan polis bersara memfailkan 2 saman gabungan menuntut ganti rugi kira-kira RM176 juta.

Peguam Parvinder Kaur Cheema, mewakili peguam Rosli Dahlan, berkata dokumen 6 muka surat itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Julai.

"Rosli akan memberi respons kepada pihak pembelaan sebelum pengurusan kes seterusnya pada 29 Julai," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Pada 28 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera mengarahkan Gani dan defendan lain memfailkan pembelaan mereka dalam tempoh 30 hari supaya perbicaraan boleh diteruskan.

Peguam Gani, Tan Sri Cecil Abraham sebelum ini meminta lebih banyak masa untuk memfailkan pembelaan dan diberikan sehingga 6 Julai. Lanjutan kedua diberikan Rosli tamat pada 13 Julai.

Dokumen dilihat The Malaysian Insider mendedahkan defendan mengemukakan pembelaan penafian kosong. Rosli dan bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuf memfailkan saman pada November 2013 terhadap Gani dan yang lain kerana, antaranya, pendakwaan berniat jahat bersabit tuduhan rasuah.

Mahkamah membersihkan mereka daripada dakwaan rasuah itu. Pada April tahun lepas, Vazeer Alam menolak permohonan untuk membatalkan saman oleh Rosli dan Ramli, mengatakan perkara itu mesti dibicarakan di mahkamah.

Vazeer Alam berkata, peguam negara, yang memegang jawatan awam, tidak boleh melepaskan diri dari disaman apabila ia melibatkan tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Pas sudah tidak relevan lagi...??


Mohamad Sabu

KEPALA BATAS - Parti Pas sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik masih kini dan perlu melakukan pembaharuan, dakwa bekas Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu.
  
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata penubuhan Gerakan Harapan Baru merupakan cara untuk membuat pembaharuan terhadap parti Islam itu supaya kekal relevan.
  
Pas masih menggunakan kaedah lama dalam berpolitik sedangkan rakyat berbilang kaum turut terlibat dalam proses membuat keputusan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran DAP negeri di sini hari ini.
  
Beliau berkata Gerakan Harapan Baru akan membuat penerangan di seluruh negara sebelum meneruskan proses pendaftaran dengan Pendaftaran Pertubuhan dalam tempoh lebih sebulan lagi.
  
Isnin lepas, beberapa bekas pemimpin kanan Pas termasuk Mat Sabu melancarkan sebuah pergerakan, dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru, yang dikatakan bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.
  
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau mengalu-alukan penubuhan Gerakan Harapan Baru sebagai sebuah parti politik namun menafikan gerakan itu adalah proksi DAP.
  
"Parti yang baru ditubuhkan itu harus memperjuangkan nasib rakyat Malaysia dan perlu fokus peningkatan ekonomi dan mampu mentadbir kerajaan dengan baik," katanya. -Bernama

TH-TRX: BOLEH CAYA KA MUKA CAMNI ???


Camna muka camni boleh DISUMBATKAN dlm Tabung Haji ???.. Siapa yg SUMBATKAN ???

75 hari yg lalu makhluk ni kata TH akan jual semula tanah 1MDB tersebut atas ambil kira nasihat Najib.

HAKIKATNYA.. sehingga kini tanah tersebut masih masih di tangan Tabung Haji..

CAMNA makhluk 'munafik' camni dapat terajui Tabung Haji !!!

Mana TV3suku, TV1, TV2 & wartawan pro KERAjaan !!!

Cuba klu kat negeri pembangkang pasti yg meroyannya puok2 pencacai UMNgOK & sekufu dgnnya nak ulas.. Pasti disiarkan hari2 kat tv, utusan dan bla bla bla...

DAH HARI RAYA KE-3.. MASIH DALAM KHEMAH...!!!


MANA JANJINYA 2,600 rumah nak siapkan sebelum Ramadhan !!! Siap Ramadhan 2015 atau Ramadhan PRU14 !!!

DAH GILA KA APA !!!.. MANA PERGINYA gula2 janji MUNAFIQUN-BN duit2 peruntukan tersebut pergi ??!!

Mula2 kata, Najib umum RM500 juta,
Lps tu Menteri DAM kata RM800 juta,
TPM pula kata RM200 juta..

Dah pergi jahanam ka.. atau kene songlap ka ??.. atau KANTONG2 KERAJAAN SUDAH KERING !!!

Kalau kantong2 KERAjaan sudah kering, DUIT2 GST LAH TOLONG PENUHKAN BALIK !!!

"Lagi Projek Perbodohkan Rakyat"


BINA highway.. Guna duit rakyat
BAYAR BALIK.. Guna juga duit rakyat

Dapat plok pd konsesi kroni. Kutip tol sampai berpuluh2 tahun. Abes tempoh sambung lagi.

Bila rakyat tuntut persoal dedahkan perjanjian, TAK BOLEH kata KERAjaan. Alasan Akta Rahsia.. Agar pemilik & peratusan kroni di dalamnya TIADA SIAPA AKAN TAHU !!!

Malangnya BERSEPAH LAGI rakyat bodoh macai penjilat tak nak tanya apa guna gst, segala cukai, hasil petroleum, pertanian, kilang dll yang di kutip selama ni... Yg 'mereka' tahu HANYA JILAT SAJA SAMPAI MATI..

KENAPA berita tak disiarkan di TV3suku, TV1, TV2 dan seangkatan denganya !!!


KERANA.. Polis Thailand tolak permohonan PDRM dapatkan maklumat siasatan Justo yang bocorkan maklumat mendakwa KERAjaan M'sia menyalahgunakan wang negara.

KENAPA Polis M'sia beriya2 sgt sibuk2 pd kes Polis Thai-Justo ???
KENAPA POLIS THAILAND TOLAK ??.. Anda sendiri tahu jawapannya bukan..

SAMA-SAMA kita nantikan pendedahan seterusnya dari Polis Thai. Makin lama puok2 UMNO nak putarbelitkan fakta & pertahankan Najib semakin terserlah satu persatu kebobrokan 1MDB !!!

1MDB: Kebenaran di luar sana, bantu kami mencarinya

SURAT TERBUKA KEPADA FOX MULDER: Tuan, saya menulis ini dalam keadaan terdesak, bagi pihak rakyat Malaysia yang lama menderita dek kerana kejadian aneh yang berterusan di negara kami, Malaysia.

Perkara bermula, dengan semua rahsia yang tidak dapat diselesaikan, diikuti dengan bisikan di gerai-gerai mamak. Ini kemudiannya "disahkan" oleh keganjilan di laman media sosial dengan pautan kepada laman "subversif" dari luar negara.

Kita mula mendengar, kemudian membaca (kadang-kadang disertai dengan gambar) mengenai gaya hidup pihak yang kaya raya dan berkuasa di negara kami. 

Media arus perdana milik kerajaan dan kerajaan tidak bercakap sepatahpun walaupun pendedahan dilakukan, satu lagi keanehan yang berlaku. Tetapi laporan dan kebocoran dari media alternatif meningkat menjadi kebanjiran. Masih tiada satu perkataanpun daripada kerajaan.

Adakah anda fikir media bersubahat menyimpan rahsia? Saya pasti anda telah menemui sikap membisu dalam kerja-kerja anda. Penafian, maklumat yang salah dan penipuan secara terang-terangan telah diucapkan di Parlimen bagi menenangkan orang ramai yang semakin resah.

Kekecewaan semakin tidak tertahan apabila media antarabangsa mendedahkan mengenai 1MDB, iaitu Area 51 kami. Ia menyebabkan beberapa media berani mula memetik laman-laman subversif dan e-mel yang bocor. Ini mendorong kerajaan untuk mkenyerang balas dengan sepenuh hati dan mengetatkan tali pada media berlesen, mengancam mereka dengan penutupan.
 

Tun M cuba sabotaj perniagaan 1MDB?

1MDB umum langkah penyatuan aktiviti syarikat yang terjejas termasuk bekerjasama dengan Lend Lease dari Australia bagi membangunkan tanah di TRX.
mahathir
PETALING JAYA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menuduh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin politik lain menggunakan pelbagai cara untuk mensabotaj perniagaannya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkaan, ia mendakwa perbuatan itu memberi kesan kepada perniagaan 1MDB, termasuk cadangan IPO Edra Global Energy.
“Pihak-pihak ini bukan saja membuat fitnah terhadap 1MDB, tetapi menggunakan pelbagai cara untuk mensabotaj perniagaan harian yang memberi kesan antara lain kepada cadangan IPO Edra Global Energy,” petik kenyataan itu.
Syarikat milik penuh kerajaan itu turut menegaskan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya termasuk kehilangan dana RM42 bilion adalah tidak berasas.
Jelasnya lagi bagi menangani cabaran yang dihadapi syarikat itu, 1MDB mengkaji semula pelan strategik pada Januari lalu dan keputusannya telah diumumkan pada 18 Februari ini.
Antara lain ia memutuskan penyatuan aktiviti syarikat, termasuk pelaksanaan usahasama dengan Lend Lease dari Australia bagi membangunkan 17 ekar daripada 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

Selangor anggap Harapan Baru isu dalaman PAS - Azmin


Timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali menganggap penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) merupakan satu "isu dalaman" PAS.

Menteri besar Selangor itu berkata demikian sewaktu diminta mengulas gerakan itu yang rata-rata disertai pemimpin PAS yang tewas pada muktamar awal bulan lalu.

Di Selangor, 2 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang digantung keahliannya oleh PAS, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) menyertai GHB.

 "Masalah dalaman PAS saya tak mahu campur. Saya percaya pimpinan boleh selesaikan secara baik supaya rakyat yakin Pakatan Rakyat (PR) bawa perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

 "Perlu ada perpaduan yang kuat dalam PR," katanya yang masih merujuk kerajaan gabungan PAS-PKR-DAP sebagai 'Pakatan Rakyat'.

Gerakan baru 'hanya akan untungkan BN' kata PJ PAS Selangor

Landskap politik baru dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) di dalamnya hanya akan menguntungkan BN, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Ini, katanya, kerana tumpuan GHB sekarang adalah untuk mengukuhkan kedudukannya di kalangan ahli PAS dan bukannya mensasarkan Umno dan BN.

"Kumpulan pembangkang akan meraih keuntungan jika perkembangan ini dapat menarik pengundi yang selama ini memihak kepada BN. Tetapi adakah ini akan berlaku?.


"Saya kurang yakin kerana contohnya gerakan pemimpin PAS yang kalah kelihatan memberi tumpuan kepada ahli-ahli PAS sahaja," katanya dalam satu kenyataan semalam.

GHB adalah sebuah gerakan yang ditubuhkan oleh pemimpin progresif PAS yang disingkirkan oleh golongan konservatif daripada kepimpinan parti itu dalam muktamar parti itu Jun lalu.

Gerakan itu adalah pelopor kepada penubuhan sebuah parti politik baru yang berhasrat menjadi lebih inklusif ketika PAS dilihat terseret ke kanan.

"Saya hanya dapat melihat mereka berupaya menarik atau "mencuri" ahli, penyokong dan pengundi PAS sahaja," kata Iskandar dalam satu kenyataan semalam.

"Ahli, penyokong dan pengundi Umno//BN akan terus kekal dengan Umno/BN," kata Iskandar yang juga  naib presiden PAS.

Begitu juga, dengan pecahnya Pakatan, Iskandar berkata, jika DAP bertanding di kerusi PAS, ia hanya akan memecahkan undi pembangkang dan memihak kepada BN.

"Sama ada Harapan Baru atau DAP, mereka mesti diingatkan bahawa strategi berasaskan dendam akan dapat dirasai oleh rakyat.

"Sokongan atau undi kepada pembangkang tidak akan meningkat. Perpindahan undi hanya akan berlaku di antara parti-parti pembangkang.

"Malah terdapat kemungkinan besar terdapat mereka yang akan berpindah kepada BN kerana tidak lagi melihat pembangkang sebagai satu alternatif yang berwibawa akibat dari pertelingkahan yang berlaku," katanya.

ADA BERANI KA pengkritik2 UMNO/BN & kuncu2nya !!! SILA JAWAB jika kamu ada telo !!!


Pengerusi Tabung Haji bohong, tanah TRX masih di tangan, kata wartawan veteran

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dianggap berbohong kepada rakyat dan mengingkari nasihat perdana menteri kerana sehingga kini tiada satu yang tampil mengambil alih tanah yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk A Kadir Jasin.

Menulis di blognya, bekas ketua pengarang New Straits Times itu berkata, pada Mei, Azeez berkata sekeping tanah di Tun Razak Exchange (TRX) itu akan dijual dengan meraih keuntungan dan ramai pembeli menunjukkan minat terhadapnya. Tetapi tiga bulan kemudian, tiada berita langsung mengenai penjualan tanah itu.

Timbul pula cakap-cakap ia tidak perlu dijual pada kadar segera kerana pada asalnya pembelian itu bertujuan sebagai satu pelaburan jangka panjang.

 Tetapi, Kadir mengingatkan yang arahan menjual tanah itu dibuat perdana menteri sendiri dan Azeez yang menjanjikan ia akan mendatangkan keuntungan. "Setiap hari berlalu tanah itu tidak dijual, Abdul Azeez 'berbohong' kepada khalayak ramai dan ingkar kepada perdana menteri.

"Hakikatnya, dalam keadaan sekarang dan dengan kontroversi 1MDB yang makin memuncak, tidak banyak pihak yang berani membeli tanah TH itu. "Lagipun mengapa harus beli atas tangan sedangkan masih banyak tanah TRX yang belum dijual," kata Kadir.

TH membeli tanah 0.64ha itu, untuk membangunkan sebuah menara kediaman, pada April, dengan harga RM188 juta – 43 kali ganda harga yang dibayar syarikat sarat hutang 1MDB ketika membelinya daripada kerajaan persekutuan empat tahun lalu.

Sokongan untuk Harapan Baru mencurah, termasuk dari jurulatih bola negara


Sokongan secara terbuka kepada penubuhan Gerakan Harapan Baru mencurah-curah ekoran pelancarannya Isnin lepas, termasuk daripada individu dan juga pertubuhan.

Kebanyakan mereka menzahirkan sokongan ini melalui kenyataan yang dibuat secara terbuka melalui media sosial, khasnya laman Facebook.

Antara sokongan yang mengejutkan datang daripada Karathu Muruthaiah, jurulatih bola sepak negara yang lebih dikenali M Karathu, yang secara terbuka menyatakannya kepada penyelaras Harapan Baru Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.

 "I like your Harapan Baru. I wish your new party all the success. Majukan Harapan Baru (Saya suka Harapan Baru anda. Saya doakan semoga parti baru anda berjaya. Majukan Harapan Baru)," tulis jurulatih bolasepak Perak itu kepada Wan Rahim melalui Facebook.

"Terima kasih Datuk. Datang dari personaliti semacam anda, ia memberikan makna yang besar kepada saya," tulis Wan Rahim membalas ucapan itu. Sementara itu, Ikram Malaysia menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pertama menyatakan sokongan terbuka kepada Harapan Baru.

 "Ikram dengan ini mengalu-alukan Gerakan Harapan Baru; sebuah NGO yang mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan yang inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat," kata timbalan presiden Ikram, Hasanudin Mohd Yunus dalam satu kenyataannya.

Serentak dengan pengumuman Harapan Baru oleh pengerusinya Mohamad Sabu Isnin lepas, mereka menubuhkan jawatankuasa pro-tem di setiap negeri dan kawasan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Pas, terimalah perpisahan ini...

oleh Shahbudin Husin
Ramadan dan Syawal kali ini sangat berbeza bagi Pas yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya. Ketibaan bulan mulia dan bulan kemenangan sebaliknya meletakkan Pas dalam "retak menunggu belah" dan menjadikan dua kumpulan dalam parti itu, ulama dan progresif, makin jauh daripada nilai persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam.

Bermula dengan kekalahan kumpulan progresif dalam pemilihan lalu yang memperlihatkan mereka seolah-olah tidak diperlukan lagi dan kemudian berusaha menubuhkan wadah baru iaitu Gerakan Harapan Baru atau GHB, kumpulan pro ulama yang menguasai Pas sekarang bagaikan terpukul dengan perkembangan terbaru ini.

Para pemimpin pro ulama Pas di hari-hari terakhir Ramadan seperti sudah melupakan nilai persaudaraan, meningkatkan amalan dan pencarian Lailatul Qadar, sebaliknya lebih giat melakukan pelbagai serangan kepada pemimpin kumpulan progresif yang dulu selalu duduk semeja dan makan setalam dengan dengan.

Ketua Dewan Ulama Pas, Dr Mahfodz Mohamad menyelar kumpulan progresif yang ingin meninggalkan Pas dengan mengingatkan tentang sumbangan tenaga dan wang ringgit seluruh ahli parti terhadap kemenangan mereka sehingga mampu mencapai kedudukan seperti sekarang.

Ketua Penerangan Pas, Nasharuddin Tantawi melabelkan mereka yang sedang berusaha menubuhkan Gerakan Harapan Baru ini sebagai "pengkhianat dan penjahat"  kepada perjuangan Islam manakala bekas Pengarah Pilihanraya Pas yang baru, Mustaffa Ali pula mengatakan mereka ini hanyalah proksi kepada DAP.

Sehubungan itu, Mustaffa Ali juga mengatakan Pas akan bertanding di kawasan yang ditandingi DAP dalam pilihanraya umum akan datang. Ternampak ada nada dendam yang gagal dikawal dalam hati Mustaffa Ali sekarang ini, tetapi seorang anggota GHB, Mujahid Yusof Rawa lantas menyoal, siapa calon yang mahu diletakkan Pas untuk bertanding di kawasan DAP itu?

Rahman Dahlan Sekadar "Hujung Tombak"......

Dalam risik-risik di kalangan pimpinan UMNO dan kerajaan, ramai yang yang masih tidak jelas bilakah Abdul Rahman Dahlan yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mula dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Strategik BN dan apakah fungsi sebenar jawatan tersebut?

Apakah ia bermakna selepas ini semua perkara mengenai BN, hanya beliau saja yang lebih layak bercakap kepada pihak media?

Ramai yang mengatakan mereka hanya mengetahui perlantikan dan kewujudan jawatan tersebut apabila Abdul Rahman sendiri menyebut beliau memegang jawatan itu dalam kenyataan akhbarnya mengenai Sarawak Report, baru-baru ini.

Susulannya, kebelakangan ini Abdul Rahman turut lebih banyak bercakap mengenai 1MDB dan mempertahankan Perdana Menteri, Najib Razak daripada pelbagai serangan mengenai syarikat pelaburan kerajaan yang bermasalah dan sarat dengan hutang itu.

Sehari dua ini, beliaulah yang kelihatan lebih ke depan bercakap mengenai 1MDB, terutama dalam isu berkaitan Sarawak Report dan kes Xavier Justo, bekas Pengarah Petro Saudi International yang didakwa bertemu dengan beberapa tokoh politik Malaysia dan taikun media di Singapura untuk menjual maklumat yang ada dalam tangannya.

Apakah peranan Abdul Rahman dengan jawatan barunya ini sekadar untuk mempertahankan Najib dan kerajaan atau beliau sebetulnya ada peranan yang lebih luas daripada itu?

Dalam kerajaan, beliau hanyalah menteri junior yang baru dilantik menganggotai kabinet selepas pilihanraya 2013 lalu. Sebelum ini, beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO ketika pergerakan itu dipimpin oleh sepupu Najib, Hishammuddin Hussein.

Zahid perlu minta maaf kerana dakwa e-mel diubahsuai Justo, kata DAP

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus meminta maaf kerana bertegas mengatakan "beberapa rakyat Malaysia" didakwa mengarahkan bekas pengarah Petrosaudi International Xavier Andre Justo mengubahsuai dokumen berkaitan sebuah transaksi yang digagalkan antara syarikat minyak dan gas itu dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata DAP.

 Ia susulan pendedahan oleh polis Thai mengenai penafian Justo yang dia mengusik dokumen itu selepas ditahan kerana didakwa cuba memeras ugut bekas majikannya.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Zahid, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Putrajaya "memperbodohkan diri sendiri" apabila menegaskan ia "peras ugut melalui emel yang diubahsuai".

 Beliau berkata, mereka seolah-olah tidak mampu memahami yang memang tidak wujud perasugut jika e-mel itu "diusik" atau dipalsukan, kerana "peras ugut" yang seperti itu boleh dengan mudah digagalkan dengan menafikan kebenarannya atau kesahihannya.

'Saya dah tunjuk emel itu, kini giliran kamu pula' - Clare Rewcastle

Ketua Pengarang Sarawak, Clare Rewcastle Brown telah mencabar pengkritik yang mendakwa dia menggunakan dokumen yang diubahsuai untuk artikelnya supaya menunjukkan bukti, sama seperti yang dilakukannya dalam respons kepada "pengakuan" seorang bekas wartawan.

Rewcastle memberitahu Malaysiakini bahawa dia terus menyiarkan emel antara beliau dan bekas wartawan Lester Melanyi, selepas Lester menuduhnya mengakui "memalsukan" dokumen dalam komunikasi emel mereka.

Katanya, apabila Lester bermain dengan satu emel yang telah dihantarnya, beliau segera menyiarkan versi yang betul.

"Mengapa PetroSaudi tidak boleh buat demikian?" tanya beliau.

Rewcastle merujuk kepada dakwaan pihak berkuasa Malaysia bahawa beliau telah menggunakan dokumen-dokumen yang telah "diubahsuai" dari PetroSaudi International  Ltd (PSI) untuk artikelnya yang kritikal terhadap 1MDB.

Belanja sakan: Apabila nafsu mengaburi pertimbangan

oleh V Shuman
Kita semua sedar kita terlalu banyak berbelanja ketika musim-musim perayaan.

Tanpa mengira bangsa ataupun agama, selagi kita memiliki pendapatan, anda tentu rasai dompet kita kian menipis dan baki di dalam simpanan semakin kehabisan. Kita berbelanja untuk baju, kuih muih dan segala perkara yang menceriakan perayaan.

Pun begitu, kebanyakan kita sering menafikannya dengan berkata, “Hanya setahun sekali, jadi okaylah tu.”

Terdapat juga mereka yang berbelanja melebihi kemampuan, kadang-kala sehingga terpaksa meminjam dari orang lain dan akhirnya perlu membayar balik dalam tempoh yang lama.

Itulah yang didedahkan akhbar Harian Metro baru-baru ini.

Tiga individu ditemubual - seorang wanita yang kehabisan wang selepas membeli beg tangan mahal, seorang lelaki yang berbelanja bagi modifikasi kereta dan seorang lagi wanita yang dihambat ah long selepas meminjam RM20,000 dari mereka.

Wanita pertama, yang hanya mahu dikenali sebagai Shila, 26, memberitahu bahawa dia “taksub” berbelanja di atas talian bagi beg tangan mahal, terutama di musim perayaan.

“Saya berpendapat beg-beg itu berbaloi dengan harganya kerana ia tahan lama,” kata Shila, yang memiliki 10 beg tangan bernilai puluhan ribu ringgit.

Selain itu, wanita tersebut dilaporkan berbelanja bagi pakaian dan kasut agar sepadan dengan beg tangannya.
 

Amy Search: Rocker legenda dan pengasas sekolah tahfiz Al Bayan

oleh Lokman Mustafa

Penyanyi utama kumpulan rock legenda Search Suhaimi Abdul Rahman atau Amy, 57, mula mencipta nama pada awal 80an, apabila album sulung mereka “Cinta Buatan Malaysia” mendapat sambutan ramai. Album tersebut turut memuatkan lagu “Isi dan Kulit” yang mengingatkan pendengar agar tidak mengadili seseorang daripada paras rupa atau dari segi penampilan luaran semata-mata.

 Selepas album ketiga “Mentari Merah di Ufuk Timur”, populariti Search terus melonjak apabila lagu balada mereka “Isabella” menjadi hits di Malaysia, Singapura dan Indonesia pada 1989.

Amy dan anggota kumpulan Search Kid, Yazid dan Nasir lantas ditawarkan membintangi filem “Isabella” dan “Fenomena” pada 1990. Kini Amy yang memiliki 5 orang anak telah hampir empat puluh tahun berkecimpung di bidang seni, namun aksinya di pentas masih ligat seperti dahulu.

 Sesetengah pihak yang kurang menyenangi penampilannya menggelarkan Amy sebagai “hantu” termasuklah seorang ahli Perkasa baru-baru ini. Episod tersebut bagaimanapun berakhir dengan permohonan maaf kepada penyanyi kelahiran Johor tersebut serta para peminatnya.

 Amy sebenarnya tak perlu mengendahkan pengkritik kerana lebih perlu menumpukan perhatian kepada keluarga dan kerjayanya, serta sekolah Quran dan Hadith Al Bayan yang baru ditubuhkannya. Ya, Amy penyanyi rock juga merupakan pengasas sekolah tahfiz.

Laporan Selangor Kini bagi keluaran 26 Jun-3 Julai menyebut sekolah tahfiznya, Al Bayan School of Quran and Hadith akan berpindah ke lokasi lebih selesa dan luas di Denai Alam, Shah Alam selepas sambutan Aidilfitri tahun ini. Kata Amy, ini berikutan permintaan tinggi ibubapa bagi mendaftar anak mereka.

Sekolah tersebut yang mula ditubuhkan pada April lalu di Sungai Buloh hanya mampu memuatkan 16 pelajar. Di Al Bayan School of Quran and Hadith, kanak-kanak berusia 7 ke 15 tahun diajar menghafal Al Quran, hadith, Bahasa Arab serta matapelajaran lain termasuk Bahasa Inggeris dan Matematik.

Banglasia: 'Bagaikan bersolat Hari Raya di Bangladesh'

BAGAIKAN bersolat Hari Raya di Bangladesh.

Itu perkara pertama, terlintas di fikiran sebaik menjejak masuk ke Masjid Jamek Kuala Lumpur di Jalan Tun Perak, pada 1 Syawal untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Manakan tidak, di depan dan belakang, di kiri dan kiri hanya kelibat warga Bangladesh yang kelihatan hampir memenuhi setiap saf di masjid berkenaan.

Terfikir, ke mana perginya warga kota?

“Mungkin ramai yang sudah balik ke kampung berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara, kecuali penulis yang perlu bertugas di Aidilfitri ini.

Ini menjadikan, yang tinggal di ibu negara, majoritinya warga asing, termasuk Bangladesh.

Bilangan mereka yang terlalu ramai menjadikan diri ini kekok dan rasa terasing, seolah-olah ketika itu, berada di Bangladesh.

Sedangkan, warga Bangladesh itu, kelihatan terlalu selesa seperti di negara sendiri.

Ahmad Shuhaimi Mohd Zabri
Warga asing membanjiri Masjid Jamek Kuala Lumpur pada Hari Raya pertama bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri setelah pihak berkuasa tidak membenarkan mereka menunaikan solat sunat Aidilfitri di Jalan Silang untuk mengelakkan berlakunya kesesakan jalan raya.
 
Ia mengimbas kembali pengalaman mengunjungi Masjid Nasional Bangladesh, Baitul Mokkarram beberapa tahun lalu.

Namun, sebaik khatib memulakan khutbah Aidilfitri di dalam Bahasa Malaysia, menyedarkan penulis, bahawa diri ini masih berada di bumi Malaysia yang bertuah.

Selepas solat, apa yang menarik disaksikan, komuniti warga Bangladesh yang besar, sambil memparagakan kepelbagaian pakaian tradisional negara itu yang berwarna warni.

Bukan sahaja mereka menyapa, bersalaman dan saling berpelukan seolah-olah mengenali antara satu sama lain, sambil mengucapkan selamat menyambut hari raya.

5 SEBAB MENGAPA KAMI SUKA ROSMAH MANSOR

VIDEO: 5 SEBAB MENGAPA KAMI SUKA ROSMAH MANSOR
Sebelum kamu teruskan bacaan, kami ingin ingatkan kamu: ini bukan artikel troll atau perli-memperli. Walaupun Satrika adalah laman satira, tapi kali ini, artikel kami serius. Kami memang sukakan Rosmah Mansor, First Lady Malaysia.
“Ye ke?”
Ye lah, serius, tak tipu.
Siapa tak kenal Datin Seri Rosmah Mansor? Ada yang mengingatinya kerana keaktifannya dalam sukan badminton, kerana PERMATA, kerana PM Najib dan banyak lagi. Biasalah dalam hidup ni, ada yang suka, ada yang tak suka. Jika kamu seorang yang popular dan kaya, peratusan untuk dibenci tanpa sebab adalah lebih tinggi dari orang biasa.

Tapi kami ada sebab mengapa kami suka Rosmah Mansor:

1. Sebab dia cool bila menjawap soalan, termasuk soalan panas.

Bila saja orang cuba tanya soalan berbentuk provokasi, Datin Rosmah akan menjawap
“Saya bukan ahli politik. Saya cuma seorang suri rumah.”
Dan ada ketikanya, beliau sempat mengusik mereka yang menghadiri acara yang beliau turut hadiri:

“Kenapa muka masam? Macam saya ada buat salah je? Saya fighting untuk kebaikan para ibu di sini. Nanti saya berucap di tempat awak, saya fight untuk taska di tempat awak pula”
Cool, kan?

2. Sebab dia prihatin
Maaf cakaplah, dia bukan cuma prihatin bila pilihanraya dah dekat, bila ada pilihan raya kecil, bila nak tawan Kajang dan sebagainya. Tetapi dia prihatin bila masa yang diperlukan. Antara sumbangan Datin Rosmah setakat ini:

Permata
Kalau kamu tak tahu apa itu PERMATA, dan kamu tak tahu yang Datin Seri Rosmah adalah penaung PERMATA, kamu patut tanya diri kamu, kamu ni dari negara mana?
“Setiap anak adalah permata” – itulah slogan PERMATA. Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA bagi memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Testimoni dari mereka yang menyertai PERMATA (macam MLM pulak)

Polis Thai tak mahu nyatakan apa yang diubah suai

Polis Thailand enggan mengulas lanjut mengenai dokumen yang didakwa diubahsuai yang dijual oleh bekas pengarah PetroSaudi International Ltd (PSI), Xavier Andre Justo kepada pihak ketiga.

Ditanya sama ada pengubahsuaian itu banyak, jurucakap polis Thai Major Jeneral Prawut Tavornsiri memberitahu Malaysiakini: "Perubahan itu kecil, tetapi penting".

Beliau berkata polis Thai telah membuat kesimpulan itu selepas menyoal Justo, yang memberitahu mereka bahawa hanya dokumen-dokumen asal dari PSI, yang telah diberikan kepada orang lain.

Prawut berkata beliau tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai dakwaan pengubahsuaian itu kerana perkara itu masih dalam siasatan.

Justo telah ditahan oleh polis Thailand sejak 22 Jun atas alasan dia cuba memeras ugut bekas majikannya untuk 2.5 juta Franc Switzerland untuk memastikan dokumen-dokumen tidak bocor.

Meeting Justo for the truth is not a crime

Those who allege tampering of documents would have to prove it in Court through subject matter experts taking the witness stand
Clare-Rewcastle-Brown,-Xavier-Andre-Justo
It appears that apologists for the Najib administration are trying to imply in the mainstream media in particular that opposition leaders, an Umno leader and The Sarawak Report Editor Clare Rewcastle-Brown met with ex-PetroSaudi International director Xavier Andre Justo, 49, apparently in Singapore.
If so, it would seem to indicate that something positive, on their part, did take place in search of the truth on the scandal-ridden 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Such meetings by themselves are not a crime. There must be a law before there can be a crime. No law, no crime. Nullum crimen, nulla poena sine praevia lege poenali (there exists no crime and no punishment without a pre-existing law.)
The apologists would like the people to believe that the meeting or meetings with Justo was actually part of a conspiracy, based on tampered documents, to bring down Prime Minister Najib Abdul Razak.
In law, those who allege tampering would have to prove it through subject matter experts taking the witness stand in Court, not in the media.
The theories of the apologists, to digress a little, don’t explain the Wall Street Journal Report of Friday 3 July which alleged that nearly USD700 million entered Prime Minister Najib Abdul Razak’s personal banking accounts at AmBank Islamic private banking services.
Najib himself has never denied the allegations. Instead, his lawyers have merely sent a letter to the WSJ demanding to know whether the American paper stood by its story. The letter was in fact sent after the WSJ had issued a statement confirming that it stood by its story and that it would vigorously defend any law suit launched against it over the said allegations.
Najib meanwhile keeps saying that he would never steal (for himself) the people’s money, that he had never used any monies (meaning AmBank) for personal purposes, that he would not be so stupid as to steal government money and keep it in the country in his personal accounts, and that he would never betray the people i.e. steal their money and use it for personal purposes.
The jury is not out on the WSJ report.

Merosak atau bawa manfaat, gerakan sivil terus mekar di Malaysia

Gerakan masyarakat sivil di Malaysia menyaksikan pertumbuhan mendadak mutakhir ini, menyamai iklim politik negara yang rancak dan mencerminkan keperluan rakyat yang semakin mahukan suara mereka didengar, kata pemerhati politik dan pemimpin gerakan tersebut.

Sejak liberalisasi masyarakat sivil sedekad yang lalu, rakyat Malaysia menyaksikan kewujudan ratusan pergerakan baru yang mendakwa mereka mewakili suara penyokong mereka dalam bidang seperti kebebasan sivil hinggalah hak bangsa dan agama.

Pertumbuhan ini, kata pemerhati politik, adalah hasil daripada kebimbangan yang semakin memuncak di kalangan rakyat biasa mengenai isu dan kontroversi yang melanda negara ini, terutamanya dalam bidang tadbir urus.

 "Salah satu peranan utama kumpulan masyarakat sivil ialah mereka membantu menjana kesedaran awam tentang isu nasional dan antarabangsa, serta menuntut tindakan atau maklum balas daripada kerajaan," kata penganalisis dan pensyarah kanan di Universiti Malaya, Dr Khoo Ying Hooi.

 "Dalam jangka masa panjang, ia sebenarnya mempunyai kesan membentuk norma tingkah laku negara." Aktivis Tariq Ismail berkata, keperluan untuk "voices of reason" (suara alasan) membawa kepada tertubuhnya kumpulan bukan kerajaan beliau yang dikenali sebagai Aura Merdeka.

Beliau berkata, meningkatnya pengaruh pelampau kaum dan agama akhir-akhir ini menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai, sambil menambah, masyarakat sivil perlu menjalin usaha menetapkan matlamat yang sama yang boleh diperjuangkan berdasarkan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

"(Masyarakat sivil) perlu menetapkan standard dan memberikan inspirasi kepada semua rakyat Malaysia, dari semua lapisan masyarakat," kata Tariq, yang merupakan cucu kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Bagi G25, salah satu badan sivil terbaru dan paling berpengaruh setakat ini, bahaya dan "seriusnya pelanggaran undang-undang syariah terhadap Perlembagaan Persekutuan negara" mendorong 25 bekas kakitangan awam Melayu itu bangkit dan membenarkan suara kesederhanaan mereka didengar.

GHB vs PAS: Antara akhlak dan perjuangan

Al Amin Mohamed Sultan

Gerakan Harapan Baru (GHB) adalah satu pasukan yang sedang bergerak laju dalam mencorakkan warna baru dalam arena politik tanah air.

Ada yang mengatakan mereka ini sebagai serpihan PAS walaupun masyarakat umum lebih memahami mereka ini adalah gabungan individu yang terkeluar daripada kepemimpinan PAS melalui pembersihan terancang dalam muktamar.

Maka, setelah kalah sepatutnya mereka duduk diam-diam sahajalah, buat apa-apa yang rasional dalam terus memajukan parti.

Sayang seribu kali sayang, keputusan yang mereka ambil adalah unik kerana mereka ingin meneruskan agenda yang lebih besar.

Ianya dalam erti kata meneruskan sistem dual parti politik di Malaysia untuk memantapkan blok pembangkang iaitu Pakatan Rakyat yang kini sedang punya pakatan yang longgar terutama daripada aspek sokongan umat Islam melalui PAS.

Blok Pakatan Rakyat ini dilihat aspek yang penting sebagai unit “check and balance” kepada Barisan Nasional iaitu kerajaan yang memerintah sejak daripada kemerdekaan sehingga sekarang.

Kekuatan sistem dual parti iaitu kerajaan dan pembangkang adalah penting agar rakyat sentiasa mendapat khidmat yang terbaik. sebagaimana konsep dua peniaga yang akan saling meningkatkan kualiti barangan dan servis kepada pembeli untuk memenangi hati mereka.

Penulis agak keliru dengan reaksi beberapa pemimpin dan organisasi yang mempunyai perbezaan pendapat dengan penubuhan GHB. Ini termasuklah pandangan terhadap organisasi yang mengusaha dan menyokong penubuhan gerakan ini terutamanya respons daripada PAS.

Setiap organisasi bebas untuk mempunyai perbezaan pendapat seperti mana juga bebasnya sesetengah pihak yang bersetuju dengan penubuhan GHB ini.

Semua pihak bebas untuk mempunyai pandangan mereka sendiri kerana kita berada dalam negara yang menghormati suara orang lain dalam pengamalan sistem demokrasi. Umum memahami akan ada golongan yang cemas dan tercabar dengan kewujudan pesaing-pesaing baru.

 Tetapi mereka sepatutnya melihat dari perspektif positif kerana ianya akan memantapkan lagi satu-satu organisasi itu apabila sudah mempunyai pesaing, lebih-lebih lagi gerakan yang persis kepada perjuangan mereka dengan lebih memahami gerak kerja antara satu sama lain. Ianya akan lebih mematangkan dan mengharmonikan ruang serta medan perjuangan.

Malahan lebih enak sekiranya dipandang sebagai rakan daripada melihatnya sebagai musuh. Tetapi adakah mereka mempunyai jiwa yang cukup besar untuk berpandangan sebegitu?

Perkara yang lebih penting daripada itu adalah berkaitan akhlak bagi seorang pemimpin.

 Kita dapat melihat bagaimana sesetengah pemimpin PAS menyerang karektor dan peribadi individu-individu yang memperjuangkan dan menyokong GHB ini.

Najib tidak akan jatuh, kecuali….

Amin Iskandar

Seorang penganalisis politik antarabangsa yang sudah lama melakukan kajian terhadap Malaysia meramalkan Datuk Seri Najib Razak akan terus kekal sebagai perdana menteri walaupun beliau kini diselubungi skandal besar membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Profesor William Case daripada Pusat Kajian Asia Tenggara, City University of Hong Kong mengatakan Najib akan berjaya melepaskan diri walaupun berdepan dengan pelbagai tuduhan kerana beliau mengawal siasatan dijalankan terhadapnya dan mempunyai sejarah panjang terselamat daripada pelbagai skandal.

“Walaupun skandal (1MDB) ini antara yang paling besar, saya percaya Najib akan terselamat kerana pasukan petugas khas akan melaporkan secara terus kepadanya dan beliau mempunyai sejarah terselamat daripada pelbagai skandal,” kata Case dalam wawancara bersama CNBC pada 12 Julai lalu merujuk kepada pasukan petugas khas menyiasat 1MDB.

Menurut Case, walaupun Najib kini diserang hebat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ianya tidak akan memberikan kesan besar kerana presiden Umno itu kini disokong kuat partinya.

Case berkata, walaupun kredibiliti Najib dikritik hebat selepas The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan sebanyak AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke akaun peribadinya, perdana menteri akan terus bertahan selagi Umno mahukannya kekal.

 “Kita harus faham apa fungsi Umno sebenarnya. Umno bukan sahaja kenderaan untuk pilihan raya, ia juga merupakan ‘mesin naungan gergasi’.

 “Dan orang menyertai parti ini bukan sahaja untuk mempertahankan komuniti Melayu, akan tetapi untuk menguntungkan diri mereka sendiri.”

 Wartawan CNBC yang menyoal Case terkejut dengan hujah Case, Najib bakal menyelamatkan diri walaupun berdepan tuduhan berbilion ringgit wang 1MDB dipindahkan ke akaun peribadinya dan kini diserang hebat Dr Mahathir. Case benar-benar memahami politik Malaysia.

Kenyataan Rahman Dahlan memalukan diri sendiri

Pengarah Komunikasi Strategik BN dikatakan tidak membuat ‘kerja rumah’ sebelum membuat kenyataan
rahman
PETALING JAYA: Pendedahan Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai suatu klip video pengakuan bekas editor Sarawak Report mengenai pemalsuan dokumen berhubung 1MDB yang bersekongkol dengan parti pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, mengecewakan.
Teka teki mengenai laporan dan individu yang dikaitkan terbongkar meskipun dalam sidang akhbar di pejabatnya, beliau memaklumkan akan berbuat demikian sekiranya mendapat jaminan polis.
Pada peringkat awal nampak seolah-olah pendedahannya itu amat mengejutkan dan bakal memberi impak besar kepada isu 1MDB yang semakin menekan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak .
Bagaimanapun, kenyataan Sarawak Report selepas itu mendedahkan kelemahan Dahlan apabila ia menafikan editor yang kononnya dirahsiakan identiti itu pernah bekerja dengan portal berkenaan.
“Lester Melanyi, editor yang membuat pengakuan itu dikatakan bekerja di sayap lain iaitu Radio Free Sarawak dan bekas pengarang Sarawak Tribune yang digantung penerbitannya kerana menerbitkan karikatur kontroversi berkenaan Nabi Muhammad SAW pada 2006 dan kemudiannya meletakkan jawatan.
“Lebih memalukan ialah report polis itu sebenarnya dibuat oleh Ramesh Rao Krishnan Naidu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, sebuah NGO mesra BN yang memang selalu tampil sama ada membuat laporan polis, mengadakan tunjuk perasaan kecil-kecilan dan membuat kenyataan untuk mempromosi dirinya,” tulis Shahbudin Husin.

Pas akan lawan GHB

Kepimpinan Pas masih belum memutuskan tindakan ke atas ahlinya yang menyertai GHB.
Datuk-Ahmad-Yakob
TUMPAT : Pas tidak akan bekerjasama dengan Gerakan Harapan Baharu (Harapan Baharu) yang ditubuhkan oleh beberapa orang anggotanya.
Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob berkata, selain dasar perjuangan yang belum jelas parrti itu dianggap sebagai lawannya.
“Kami tak boleh bersama sebab dia (Harapan Baharu) parti lain. Kami sedia lawan mereka dalam pilihan raya umum,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di rumahnya di Wakaf Baharu.
Isnin lepas, beberapa pemimpin kanan Pas daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu (Harapan Baharu) bertujuan untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.
Ia dipengerusikan bekas Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, manakala anggota jawatankuasa interimnya terdiri daripada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas Setiausaha Agung Pas Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Ditanya mengenai tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap pemimpin Pas yang menyertai Harapan Baharu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata parti itu mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’.

Tuntutan RM100 bilion Sabah seharusnya membuka mata rakyat Sarawak

oleh Jimmy Adit

Perkembangan yang perlu diberi perhatian telah berlaku di Sabah yang seharusnya memberi minat kepada Sarawak. Telah dilaporkan baru-baru ini bahawa Perdana Menteri Najib Razak telah bersetuju untuk membentuk jawatankuasa khas untuk mengkaji 40 peratus hak daripada hasil bersih yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan daripada negeri itu.

Anifah Aman Tiada yang disebut mengenai siapa yang akan menyertai jawatankuasa itu, tetapi warga Sabah Anifah Aman, yang juga menteri luar, dipetik sebagai berkata: “Jawatankuasa ini sangat diperlukan kerana ‘orang luar’ sedang cuba meracuni minda generasi muda dan mendakwa bahawa ketika Malaya mengambil alih Sabah, mereka turut mengambil alih hartanya sekali.

“Ini telah meraih momentum dan kami berasa yang kami (rakyat Sabah) harus tekankan ini dengan menyatakan kedudukan politik kami. Lagi pun, ianya adalah hak kami. “40 peratus hak untuk Sabah adalah sah di bahawa Perlembagaan Persekutuan. Ianya adalah hak kami dan kami sememangnya berhak terhadapnya.”

Menariknya, nampaknya, orang yang membuat langkah pertama terhadap 40 peratus hak ini adalah pemimpin pembangkang Sabah, ketua Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah Jeffrey Kitingan. Jeffrey, menurut laporan, telah mendakwa bahawa Sabah berhak terhadap kesemua tunggakan 40 peratus hak itu sejak 1975, dikatakan kali terakhir dibayar pada 1974, seperti yang termaktub di dalam Perkara ke-10 Perlembagaan Persekutuan. 17 Jun lalu, ADUN Bingkor telah memanggil Kerajaan Sabah untuk menghantar sepucuk surat kepada kerajaan persekutuan untuk meminta ianya dibayar kira-kira RM100 bilion faedah kompaun terkumpul dan ianya tertunggak sejak 1975.

Realiti di bumi Malaysia yg dikepalai oleh pemerintah UMNO/BN..


Hakikatnya....
Bila kaki fitnah UMNO/BN dibebaskan...

Ditangkap mahupun bebas tiada bezanya..

Patut La Ramai.....Suku Sakat Datang..!!


Kenapa ibonda Rosmah tertunduk malu ka atau terasa hiba kerana 'ramai' yang datang ke teratak istana mewah pasangan bahgia Rosmah-Najib.. ???

Bagaimana pula dgn keluarga Anwar Ibrahim & keluarga menyambut Hari Raya tahun ini.. ???.. Hanya Allah saja Yang Maha Mengetahui perancangan Najib & kuncu2nya...

SIAPA YANG JAHANAMKAN melayu sebenarnya !!!

INGAT TAK.. makhluk ni dapat kontrak bina UiTM Tapah, kos bina HANYA RM285 juta.. tapi claim RM1.3 bilion pd konsesi selama 23 tahun..