Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencabar menteri Barisan Nasional (BN) yang menuduhnya bertemu bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.
Cabaran itu dibuat menerusi laman Facebooknya, sebagai maklum balas terhadap cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya pemimpin pembangkang yang didakwa menemui Justo di Singapura, tampil menafikan pembabitan mereka terhadap tuduhan itu.
“Well, I dare any BN Minister to accuse me of meeting Justo. Come on, don’t be pu**ies, don’t beat about the bush. No need to wayang (act). (Baiklah, saya cabar mana-mana menteri BN yang menuduh saya bertemu Justo. Mari, Jangan pukul anak sindir menantu. Jangan bermain wayang),” tulisnya dalam Facebook hari ini.
Justo dilaporkan mengakui bertemu pemimpin pembangkang Malaysia dan pemilik media di Singapura untuk menjual dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahmad Shabery menyifatkan pertemuan itu sebagai `perkara penting’.