Khamis, 16 Julai 2015

Kini giliran pihak Najib dalam perang tanggapan

oleh Robin Stanley Augustin
Tiada sehari pun berlalu tanpa ada kejutan baru tentang kontroversi saga 1MDB.
Dengan serangan bertubi-tubi, pendedahan mengejutkan dan soalan cepu emas datang daripada laman web seperti Sarawak Report dan pengkritik seperti mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR), dan memang dijangka mereka yang dikaitkan dengan 1MDB termasuklah Perdana Menteri Najib Razak dan beberapa orang penulis blog pro-kerajaan cuba menepis tuduhan yang dilemparkan oleh pengkritik.
Pertempuran antara mereka yang menentang 1MDB dan mereka yang mempertahankannya semakin memuncak kebelakangan ini, mewujudkan persekitaran yang mengujakan untuk media dan sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan skandal ini.
Perkembangan terbaru melibatkan sebuah video pengakuan yang melibatkan beberapa orang pemimpin pembangkang dan Sarawak Report yang didakwa memalsukan maklumat untuk menggulingkan kerajaan tersebar baru-baru ini.
Video tersebut dan dokumen-dokumen lain, termasuk email dari pengasas dan editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, telah diserahkan kepada polis sebagai bukti rancangan menggulingkan Najib.

Pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional  Abdul Rahman Dahlan (kiri) berkata dia telah menonton video berdurasi 10 minit yang memaparkan bekas seorang wartawan Sarawak, Lester Melanyi (bawah, kanan) yang mendakwa terlibat secara langsung dalam penerbitan dan pengedaran maklumat palsu yang dikeluarkan dalam laman web Sarawak Report.

Email itu yang dihantar oleh Rewcastle-Brown, bertarikh 1 Mac tertulis: “Terima Kasih! Ya kerja yang sangat bagus!...berjaga sepanjang malam untuk ‘palsukan’ semua dokumen ini!!!!”.
Rahman mendesak siasatan pantas polis, dan Interpol dan Scotland Yard untuk menyoal sesiapa sahaja yang terlibat dalam dakwaan memalsukan dokumen tersebut sebelum bukti dimusnahkan.
Rewcastle-Brown telah menafikan dakwaan yang Sarawak Report menerbitkan maklumat palsu tentang 1MDb dan menjelaskan yang Lester tidak pernah bekerja untuk Sarawak Report.
Menurut laporan The Malaysian Insider,  dia berkata yang Melanyi hanya bekerja untuk satu lagi projeknya, radio bebas Radio Free Sarawak dan dia sudah lama tidak berjumpa dengannya.
Menyentuh email itu, Rewcastle-Brwon berkata Melanyi menghubunginya dua minggu lalu berkenaan tentang cubaan pemalsuan dan pengubahan dokumen dan dia membalasnya secara sarkastik.

Selepas Hadi, Mustafa Ali pula mahu tiru suara propagandis dan tentera maya UMNO


th-1


Oleh LIM KIT SIANG
Dua hari lalu, saya terkejut apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, telah meniru suara propagandis dan tentera maya UMNO dengan menuduh DAP sebagai “cauvinis” semata-mata kerana DAP menuntut dihidupkan kembali pilihanraya kerajaan tempatan, yang sememangnya terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat Nasional dan Manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu.
Hadi seolah-olah tidak tahu bahawa pilihanraya kerajaan tempatan wujud di Indonesia, Turki dan Iran. Tak kanlah Hadi nak menuduh Presiden Jokowi dari Indonesia, Presiden Erdogan (Turki) dan bekas Presiden Ahmadinejad (Iran) adalah “komunis” dan “cauvinis” kerana mereka melaksanakan pilihanraya tempatan?
Hari ini saya terkejut apabila seorang lagi pemimpin kanan PAS, bekas Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali yang turut meniru suara propagandis dan tentera maya UMNO kononnya parti baru yang akan ditubuhkan oleh kumpulan progresif PAS bakal menghadapi masalah kerana ia adalah proksi DAP, dan dengan itu, orang Melayu tidak akan percaya kepada parti itu.
Sedangkan Mustafa sendiri telah mengakui bahawa label “proksi DAP” ini telah digunakan terhadap PAS apabila PAS bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Adakah PAS pernah menjadi proksi DAP? Adakah ia menjadi sebab mengapa PAS sukar mendapat sokongan orang Melayu?
Jangan lupa bahawa pada masa yang sama, PAS telah dituduh menjadi proksi DAP oleh UMNO di kalangan orang Melayu manakala DAP dituduh menjadi proksi PAS oleh MCA dan Gerakan di kalangan orang Cina.
Malah, tewasnya saya di kerusi Parlimen Bukit Bendera (dan juga kekalahan Karpal Singh di kerusi Parlimen Jelutong) dalam PRU 1999 adalah kerana kejayaan propaganda “hitam” MCA/Gerakan, iaitu mendakwa kononnya apabila DAP bekerjasama dengan PAS, maka ia telah menjadi ejen dan alat PAS.
Propaganda MCA/Gerakan pada masa itu untuk menakutkan pengundi Cina telah mendakwa bahawa undi untuk DAP adalah undi untuk PAS dan “Negara Islam”, iaitu tidak akan ada lagi daging babi,   tiada alkohol, tiada kuil, tiada gereja, tiada karaoke, tiada sekolah Cina, tiada gincu bibir untuk wanita, semua wanita dipaksa memakai tudung, wanita cantik tidak dibenarkan bekerja dan akan berlaku hukuman potong tangan dan kaki.

PRU14: PAS berhak lawan DAP tapi elok tumpu selamatkan kerusi sendiri

PETALING JAYA, 16 JULAI: DAP mengalu-alukan hasrat PAS untuk meletakkan calon-calon bukan-Islam, termasuk bertanding melawan DAP, dalam pilihanraya umum akan datang.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, bagaimanapun mengingatkan PAS agar lebih menumpukan kepada usaha mempertahankan semua kerusi yang dimenanginya melalui undi pelbagai kaum dalam PRU ke-13 lalu.
Katanya, cadangan yang disuarakan oleh Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali sebagaimana yang dilaporkan media, adalah hak demokratik mana-mana parti untuk bertanding di mana-mana sahaja.
Oleh kerana PAS secara rasmi telah memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP, maka tidak akan ada sebarang sokongan untuk mana-mana calon PAS dalam PRU akan datang, tambah beliau.
Sebagai Pengerusi DAP Selangor, Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, jika PAS mahu bertanding melawan DAP, maka DAP bersedia menghadapi cabaran itu dalam PRU ke-14 nanti.
Menurutnya, DAP Selangor juga menimbang untuk bertanding di lebih banyak kawasan-kawasan majoriti Melayu selaras dengan iltizamnya sebagai wadah pelbagai kaum, walaupun selama ini menjadi mangsa fitnah politik perkauman.
Antara kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dalam pertimbangan DAP adalah:
No Kerusi DUN % Pengundi Melayu Majoriti % PAS
1 Seri Serdang 45.5% 16,251 62.9%
2 Dusun Tua 50.9% 4,701 55.1%
3 Taman Templer 50.9% 7,467 58.2%
4 Tanjong Sepat 52.0% 682 51.4%
5 Chempaka 53.1% 9,608 63.1%
6 Lembah Jaya 54.0% 8,713 60.5%
7 Paya Jaras 56.2% 5,522 57.2%
8 Meru 58.6% 9,079 62.9%
Tony menjelaskan, sudah tentu senarai muktamad kerusi yang DAP ingin tandingi akan tertakluk kepada perbincangan dengan rakan-rakan seperjuangan dalam gabungan baru pasca-Pakatan yang tidak termasuk PAS.

Mungkinkah PAS hilang kuasa di Kelantan pada PRU14?

KUALA LUMPUR, 16 JULAI: PAS berdepan dengan kemungkinan hilang kuasa di Kelantan dalam pilihanraya umum ke-14 nanti selepas ketiadaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kelemahan kerajaan negeri menangani isu tempatan, terutama usaha memulihkan semula kehidupan rakyat pasca banjir besar.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, walaupun sentimen politik nasional tidak memihak kepada UMNO-Barisan Nasional berikutan cukai GST, skandal 1MDB dan ekonomi yang semakin merudum, faktor-faktor tempatan mungkin menjadi duri dalam daging untuk PAS di Kelantan.
“Ini bukan sesuatu yang baru atau mengejutkan.
“Sebagai contoh, UMNO-BN berjaya menambah 3.8% jumlah undi di Kedah dalam PRU13 untuk menguasai kembali kerajaan negeri tetapi pada masa yang sama, UMNO-BN merosot 3.7% undi di Terengganu dan hampir hilang kuasa kerajaan negeri.
“Di Kedah, UMNO-BN berjaya kerana kelemahan pentadbiran Menteri Besar PAS, Datuk Seri Azizan Razak. Di Terengganu pula, UMNO-BN hampir tewas kerana kelemahan kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menambah, keadaan yang sama mungkin berlaku di Kelantan kerana kelemahan pimpinan kerajaan negeri yang ada sekarang.
Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan pada PRU13, PAS menang 54.5% undi popular dengan menguasai 33 kerusi daripada keseluruhan 45 kerusi DUN 45 kerusi DUN.
Bagi kerusi Parlimen di Kelantan, PAS menang 53% dengan menguasai 9 daripada kesemua 14 kerusi Parlimen.
Kit Siang mengemukakan tiga kemungkinan keputusan PRU14 untuk Kelantan jika PAS merosot undi sebanyak 3% atau 4% atau 5%:

RM2 JUTA: JAWAPAN BERANI MATI..


"Tidak ada sebab bagi mempertikaikan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mempunyai RM2 juta dalam akaun bank beliau", kata Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani Industri, Datuk Tajuddin Abdul Rahman...

PERSOALAN:
Kalau 'income' sbyk itu, pernah tak Rosmah 'declare' income tax kat LHDN !!!.. boleh gak tahu asal usul dari mana dtgnya duit tu..

Kalau rakyat biasa simpan lebih 500k (yang mencurigakan) pun dah kena kejar siasat oleh LHDN. Inikan pula RM2 juta.. Hurmmm

Selangor jelajah Malaysia hulur sumbangan Aidilfitri

BEKAS AHLI J/KUASA PAS PUSAT PENGERUSI GHBPP

Bukan semua kemenangan PAS disumbang ahli parti - Penganalisis

[Raya 2015] Iklan Aidilfitri Astro Kosong Kosong - Kisah Benar Herman

Iklan Raya 2015: Good Surprise Taxi and the Surprise Family Day (BM)

CUTI RAYA - IKLAN RAYA 2015 by FINAS

Iklan Raya TM 2015: #pakcikmisteri

Kad Raya Syafiqa (2015) l PTS Media Group


BDB AIDILFITRI COMMERCIAL 2015


Iklan Raya Naza TTDI 2015 | "Bandar-Raya"


Iklan Raya USM 2015 (Fitrah)


FITRAH, A Malaysian Story - #bettertomorrow - Hari Raya 2015


#SyukurSelalu - Menzahirkan Kebahagiaan (Iklan Raya)


Sinar Baru - Tenaga Nasional / TNB : Hari Raya 2015


Baju Raya Hitam - Jabatan Imigresen Malaysia (Iklan Raya)


Iklan Raya 2015 - Potret Teristimewa


Safe Mode dari Maxis & Waze: Mengucapkan anda “Hari Raya Selamat” (TVC 2015)


InikanRaya - Iklan Raya RTM 2015


Sana bangla, sini bangla, 1.5 juta bangla di mana-mana! Oh Banglasia..!!

Mohd Sharul Nizam:  Rakyat Malaysia yang masih berfikiran waras  membantah rancangan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh. Logikkah membawa 500 ribu murah warga asing dalam setahun? Berapa banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan dalam tempoh itu? Kita hanya mengundang masalah sosial, jenayah dan penyakit ke dalam negara kita. 
 
Janganlah disebabkan kepentingan majikan tamak dan lobi pihak ejen pembekal pekerja asing, pandangan  rakyat mengenai isu ini diketepikan. Jumlah 1.5 juta ini jauh lebih ramai daripada jumlah pasukan keselamatan di Malaysia. Akan timbul masalah keselamatan di kemudian hari. 

Sepatutnya kerajaan mengurangkan kebergantungan pekerja asing dengan menaikkan paras gaji minimum, menambah bilangan tempat untuk belia mengikuti kursus vokasional dan menggalakkan inovasi, automasi dan mekanisasi dalam sektor pembinaan dan perindustrian. 

Barulah kita boleh mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Nelson Alfred: Sudah ada lebih daripada 1 juta orang Bangladesh menjadikan Malaysia sebagai rumah mereka. Mereka mengahwini orang tempatan, orang Melayu, India dan Indonesia. Mereka ada IC, passport dan perniagaan. Mungkin ada yang akan jadi Datuk tak lama lagi dan lepas tu dapat gelaran Tan Sri dan Tun. Tunggu dan lihat, ketuanan Melayu akan hancur nanti. 

Elene Tan: Tambah sahaja satu lagi etnik atau kaum lor. Mudah je, untuk ruangan kaum tambah satu lagi dipanggil Maladeshi. 

Tc Ling: Maka kerana itu negara ini patut tukar nama kepada Banglasia kerana majoriti mereka tidak akan keluar.  Dalam beberapa generasi sahaja lagi, “tipikal” Umno Melayu akan didominasikan oleh “Melayu” yang nampak seperti Bangladesh. Memandangkan orang Bangladesh dah berada di sini, mungkin patut bagi sahaja status Bumiputera. 

Tony Warren:  Kita perlua membantu diri kita sendiri sebelum kita boleh membantu orang lain! Kita sebenarnya sedang menjerut leher sendiri. Terlalu banyak duit keluar dari negara. Mereka yang untung hanyalah mereka yang bawa masuk pekerja ini.

GHB: Rafizi kurang ajar, kata menantu presiden PAS

Ahli Jawatankuasa PAS Zaharudin Mohamad  menyifatkan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebagai kurang ajar kerana mencampuri urusan dalaman parti Islam itu.

Menantu kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu marah kerana Rafizi menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB) walaupun majoritinya masih ahli parti Islam itu. "Rafizi jangan campur urusan PAS. Nampak Rafizi ni gelojoh seperti orang terkencing sebelum sampai tandas,” katanya.

“Selagi Gerakan Harapan Baru belum keluar PAS dan belum bercerai rasmi, maka kenyataan Rafizi saya anggap campur tangan dan kurang ajar," kata Zaharudin.

Menantu kepada Hadi itu juga merupakan ketua unit hal ehwal agama Kumpulan Perangsang Selangor, sebuah syarikat kerajaan negeri. Menurutnya, jika GHB sedang tarik ahli PKR menyertainya, tiada masalah untuk Rafizi membuat kenyataan terbuka seperti itu.

"Tetapi sekarang GHB sedang giat tarik ahli PAS menyertainya bukan PKR atau Umno," kata Zaharudin melalui Facebook beliau. Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang menyokong GHB dan akan menyertai jelajah seluruh negara.

 Zaharudin juga cuba memecahkan PKR dengan berkata pandangan Rafizi itu berbeza dengan pandangan timbalan presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

"Berdasarkan Kajang Move, saya tidak nampak ini keputusan PKR atau Rafizi sendiri kerana itu adalah game kumpulan Rafizi yang di’mastermind’kan dan diwarnai Rahim Ghouse, seorang tegar IRC.

"Sebab itu kenyataan mereka sering tidak sehaluan dengan Azmin dan lain-lain," tulis Zaharudin. Selepas ini, katanya, beliau akan mengulas beberapa isu lagi berkenaan grand design IRC dan modus operandi mereka.

Selamat Hari Raya.. Dari Kami Untuk Semua Rakyat Malaysia Dan Dunia...


"ORANG RAMAI TIDAK BALIK KAMPUNG pada Hari Raya ini untuk menjimatkan perbelanjaan"


Kita harus beri peluang kepada Gerakan Harapan Baru

oleh Robin Stanley Augustin
PEMIMPIN TERHORMAT: Di Malaysia, lebih 20 parti politik telah datang dan pergi. 
Antara yang telah tutup adalah Angkatan Perpaduan Ummah, Parti Rakyat Negeri Sabah, Ikatan Masyarakat Islam Malaysia, Parti Buruh Malaya, Parti Bansa Dayak Sarawak dan Semangat 46. 
 
Ini membuktikan kenyataan mudah bahawa ahli-ahli politik hanya bekerja apabila besinya panas ... tapi mereka jarang mempunyai apa-apa yang baru dari segi ideologi, untuk ditawarkan, memberi inspirasi, atau mengekalkan rakyat. 
 
Dan dengan itu, mereka ditutup secara semula jadi. Oleh itu saya dapati komen Robin Stanley Augustine bertajuk Adakah Gerakan Harapan Baru ialah cebisan teka teki yang hilang? amat menarik. 
Sama ada parti baru ini terdiri daripada bekas golongan progresif PAS, atau pemikir zaman baru merupakan isu kecil. Adakah GHB boleh menawarkan sesuatu yang baru, yang parti-parti politik tadi tidak boleh? 
Seperti yang diterangkan dengan betul dalam ulasan ini, kita tertanya-tanya jika GHB boleh memenuhi namanya, atau lebih tepat lagi, dakwaannya untuk menuruti prinsip keterangkuman, sifat progresif dan keprihatinan terhadap rakyat.
 Setiap parti politik turut menyatakannya. Jadi apa yang membezakannya, sebenarnya? Perlu saya ingatkan, saya gemari Mat Sabu. 
Dan saya percaya bahawa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad adalah seorang lelaki yang terhormat. Malah, golongan progresif PAS yang pernah saya temui sejak beberapa tahun kebelakangan ini kelihatan seperti mereka yang waras akalnya. 
Apa yang mengejutkan adalah walaupun mereka kuat agama Islam, mereka bergaul bebas dengan orang-orang yang menganut agama lain. Lebih baik lagi, dari pengamatan saya, mereka juga buta warna. 
 Bangsa seseorang tidak mengganggu mereka. Pendirian GHB mengenai hudud?
  Mari kita bersikap jujur ​​– seperti orang-orang Kristian yang beriman dengan Amanat Agung, di mana mereka perlu berkongsi Firman Tuhan dengan semua orang yang mereka temui, umat Islam juga percaya bahawa undang-undang syariah dan hudud dikehendaki dalam Islam. Lagipun penganut Kristian dan Muslim adalah, Ahli Kitab. 

PRU14: DAP perlu bersedia berdepan saingan tiga penjuru - Lim Kit Siang

PRU14: DAP perlu bersedia berdepan saingan tiga penjuru - Lim Kit SiangKUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengingatkan pemimpin partinya di seluruh negara agar bersedia untuk berdepan cabaran tiga penjuru di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Kit Siang berkata DAP akan bekerjasama dengan semua pihak, termasuk PKR dan pemimpin-pemimpin progresif PAS.

"DAP akan bekerjasama dengan semua pihak dan kuasa politik progresif, termasuk PKR dan pemimpin-pemimpin progresif PAS yang sedang dalam proses untuk menubuhkan sebuah parti politik baru.

"(Langkah ini) untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi negara yang gagal kerana rasuah berleluasa, ketidakadilan sosio-ekonomi dan keruntuhan tadbir urus yang baik bagi membangunkan semula negara ini di landasan yang betul ke arah yang bersatu padu, harmoni, etika, demokratik, adil, Malaysia yang progresif dan makmur," katanya ketika berucap di hadapan pemimpin DAP Selangor pada Rabu.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga menafikan dakwaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa DAP mencampuri urusan PAS.

Beliau juga kecewa dengan kenyataan bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mendakwa pemimpin progresif PAS yang menubuhkan Gerakan Harapan Baru sebagai proksi DAP.

Sementara itu, dalam satu kenyataan media hari ini, Kit Siang menjangkakan PAS bakal kehilangan Kelantan yang diterajuinya sejak lebih 25 tahun lalu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ahli Pas usah terpedaya dengan bisikan syaitan - Dr Mohd Khairuddin


Mohd Khairuddin Aman Razali

SHAH ALAM – Ahli Pas dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan tindakan sebahagian ahli dan bekas ahli Pas yang secara terbuka mengajak ahli-ahli parti sedia ada untuk meninggalkan parti tersebut.
 
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kesemua ahli Pas perlu beristiqamah, selain mengingati dasar penubuhan dan matlamat sebenar yang diperjuangkan oleh Pas.
 
“Ahli-ahli Pas tidak perlu terpedaya dengan bisikan syaitan-syaitan yang mengajak keluar dari perjuangan politik Islam menerusi Pas yang berpandukan al-Quran dan al-Sunah, Ijma' dan Qiyas dengan pelbagai janji hiasan kejayaan yang palsu sama ada oleh syaitan di kalangan jin mahupun manusia.
 
“…Pas sebagai sebuah gerakan Islam sedari awal penubuhannya pada 1951 adalah bertujuan menegakkan amar makruf dan mencegah kemungkaran serta memperjuangkan politik dan kuasa Islam. Ia tidak pernah berganjak daripada matlamat tersebut.
 
“Ia lebih layak dan berhak untuk dimakmurkan berbanding wadah baru yang dibina atas dasar kekecewaan semata-mata. Sementelah jika ia didalangi pula oleh mereka yang menentang keras usaha-usaha menegakkan undang-undang ALLAH,” katanya dalam satu kenyataan.
 

Hadi: Hayat Harapan Baru tak akan lebih 2 tahun

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak melihat parti Islam baru yang sedang ditubuhkan oleh bekas pemimpinnya akan mempunyai hayat panjang.

“Pengalaman kami, semua kumpulan serpihan ini tidak akan lebih daripada dua tahun,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Channel NewsAsia pada Selasa.

Sekumpulan pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu sebelum ini mengumumkan menggerakkan sebuah kumpalan dinamakan Gerakan Harapan Baru Baru.

Ia antaranya bertujuan merintis usaha penubuhan parti Islam baru yang lebih terbuka serta membentuk gabungan pembangkang Pakatan Rakyat 2.0.

Pakatan Rakyat kini berpecah susulan pertelingkahan berterusan PAS-DAP, terutamanya dalam isu hudud.

Mejar Zaidi: Dari PAS ke Harapan Baru

Bekas tentera udara Zaidi Ahmad, yang dipecat berkaitan isu dakwat kekal dalam pilihan raya, kini memilih Gerakan Harapan Baru (GHB) selepas percaya PAS menyimpang daripada prinsipnya.

Zaidi yang baru setahun menyertai PAS berkata, PAS kini mundur ke belakang dalam perjuangannya, terutama selepas muktamarnya bulan lalu.

Dalam muktamar itu, PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP selepas tidak sehaluan dalam isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Zaidi berkata demikian ketika ditemui Malaysiakini selepas pelancaran jawatankuasa penaja GBH oleh ketuanya di peringkat negeri Mujahid Yusof Rawa di Butterworth.

Zaidi turut menjadi salah seorang anggota jawatankuasa penaja GBH Pulau Pinang.

Beliau juga berkata PAS kini lebih berminat mempromosikan kumpulan tertentu sahaja dan justeru menjadikannya tidak inklusif lagi.

Katanya, kesemua kumpulan sama ada ulama atau progresif patut bekerjasama dalam PAS tetapi muktamar lepas menamatkan semua itu.

Mujahid berhasrat temui Nazir Razak sertai GHB

Pengerusi Jawatankuasa Interim Gerakan Harapan Baru (GHB) Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berhasrat menemui Datuk Seri Nazir Razak bagi membincangkan sama ada beliau berminat menyertai pergerakan itu.

Beliau bercadang berjumpa pengerusi Kumpulan CIMB itu selepas Hari Raya ini dan membayangkan penyertaan Nazir akan memberi faedah kepada perjuangan gerakan itu. Katanya pihaknya ada berjumpa ketua pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Datuk Saifuddin Abdullah baru-baru ini yang turut menyatakan hasrat untuk menubuhkan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Siapa tahu apabila berjumpa Nazir, mungkin beliau berkata daripada menubuhkan NGO baharu, lebih baik bekerjasama ... ia pasti memberikan kami manfaat," katanya kepada pemberita selepas memperkenalkan barisan jawatankuasa GHB Pulau Pinang, hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan melepaskan keanggotaan dalam PAS ekoran penglibatannya dalam GHB, Mujahid berkata beliau masih lagi anggota PAS kerana ia bukan satu kesalahan untuk menganggotai mana-mana NGO. Tegasnya keanggotaan hanya akan gugur secara automatik apabila seseorang anggota PAS memiliki satu lagi keanggotaan dalam parti lain dan setakat ini GHB masih belum didaftar sebagai parti politik.

Menurutnya, permohonan pendaftaran bagi GHB diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan dan menunggu kelulusan yang dijangka bulan depan atau selewat-lewatnya akhir tahun. Mujahid turut menafikan tuduhan GHB sesat daripada ajaran Islam dengan pemikiran Muslim Progresif seperti Jaringan Islam Liberal di Indonesia dan American Islam.

‎Gerakan Harapan Baru perlu turun ke akar umbi, kata Tian Chua

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berpendapat, Gerakan Harapan Baru (GHB) seharusnya turun ke peringkat akar umbi dan menerangkan tujuan mereka, walaupun tidak pasti apa yang kumpulan itu ingin tonjolkan.

Chua bagaimanapun berkata, melalui jelajah itu, kumpulan GHB akan mampu menjadi kuasa politik yang kuat. "Jelajah GHB saya tahu, saya rasa penting untuk mereka jadi kumpulan tenaga politik yang kuat, mereka perlu turun ke bawah dan jelaskan," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Chua bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya kesediaan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang menyatakan komitmen untuk menyertai jelajah tersebut.

"Tetapi saya tidak tahu maklumat lanjut. Saya tidak tahu isunya. Apa yang mereka hendak tonjolkan. Jadi saya tidak boleh beri komen," kata ahli Parlimen Batu yang lebih dikenali sebagai Tian Chua itu.

 Semalam PKR mengalu-alukan penubuhan GHB, yang terdiri daripada bekas pemimpin PAS dan memberikan komitmen untuk menyertai jelajah mereka selepas Aidilfitri ini. Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, beliau mengenali secara rapat pemimpin dalam gerakan tersebut dan bersama-sama berjuang untuk kepentingan rakyat.

 "Saya menyambut baik pengumuman dan pelancaran Gerakan Harapan Baru yang mengumpulkan ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan aktivis yang mempunyai rekod teruji menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Gerakan yang diketuai Mohamad Sabu dan dipimpin tokoh yang lama berjuang menentang Umno dan BN ini perkembangan baik pada kala rakyat mencari-cari jawapan kepada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda negara sekarang," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan, semalam. Beliau berkata, tokoh dalam GHB juga mempunyai rekod yang cemerlang lebih baik daripada tokoh muda lain.

PAS mungkin hilang Kelantan PRU akan datang, kata DAP

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada PAS masih mampu mempertahankan Kelantan ataupun akan kehilangan negeri yang ditadbir mereka sejak sekian lama itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Julai, 2015. 
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada PAS masih mampu mempertahankan Kelantan ataupun akan kehilangan negeri yang ditadbir mereka sejak sekian lama itu. 


Selepas PAS mengatakan bakal bertanding di kerusi DAP dalam pilihan raya akan datang, Lim Kit Siang membangkitkan persoalan, sama ada parti Islam itu masih mampu untuk mempertahankan Kelantan ataupun akan kehilangan negeri yang ditadbir mereka sejak sekian lama itu.
Ketua Parlimen DAP itu berkata, meskipun sentimen politik di peringkat nasional tidak memihak kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) susulan beberapa isu, faktor unik tempatan cukup untuk menewaskan PAS.

"Walaupun sentimen politik peringkat nasional tidak memihak kepada Umno dan BN disebabkan faktor seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ekonomi yang makin teruk, faktor unik tempatan memadai untuk PAS hilang Kelantan, walaupun pembangkang peringkat nasional memperolehi lebih banyak undi dan negeri lain," kata Lim dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini. Lim turut berkata, perkara itu juga bukan kebetulan sambil mengemukakan contoh, Umno dan BN memenangi 3.8% undi di Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan menguasai negeri itu, namun hilang 3.7% undi di Terengganu, yang menyaksikan mereka hampir hilang negeri itu.
"Di Kedah, Umno dan BN memenangi akar umbi kerana kepimpinan lemah bekas menteri besar PAS, Tan Sri Azizan Razak.
"Seperti di Terengganu, BN dan Umno hilang sokongan kerana kelemahan bekas menteri besar Umno, Datuk Seri Ahmad Said," katanya.
Ahli Pasir Gudang itu berkata, kejatuhan sokongan terhadap PAS dalam pilihan raya akan datang disebabkan dua faktor; kematian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; dan kegagalan kerajaan Kelantan menguruskan pembangunan semula pasca banjir di negeri itu.

Timbalan presiden PAS mohon maaf, rayu ahli jangan tinggalkan parti

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memohon maaf kepada semua ahli PAS atas krisis yang sedang dihadapi parti itu sekarang ini dan memujuk mereka agar tidak meninggalkan parti.

Timbalan presiden PAS itu berkata, ahli-ahli tidak perlu meninggalkan parti kerana pemimpin yang tidak mereka sukai akan pergi juga satu hari nanti.

"Kepada ahli-ahli parti, saya mewakili barisan kepimpinan PAS Pusat yang baharu dan lama memohon maaf atas krisis yang sedang dihadapi parti pada masa ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pemimpin datang dan pergi. Yang ada hari ini akan pergi jua satu hari nanti." Kumpulan yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menubuhkan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) – medium sementara sebelum Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan sebuah parti baharu .

Tuan Ibrahim dalam ucapan sempena hari raya itu berkata, hari raya tahun ini berbeza dengan yang sudah-sudah. "Hari Raya ini cukup berbeza kerana negara hari ini berada di dalam persimpangan dan rakyat pula terjerut di tengah-tengahnya. Hari ini Malaysia berdepan dengan pelbagai masalah."

Menurut Tuan Ibrahim yang berada dalam "cai" kumpulan konservatif dalam pemilihan PAS lalu, negara berdepan dengan kelemahan nilai ringgit dan ketidakyakinan pelabur kesan daripada kemelut politik.

Pesanan dari Ayahanda Rani Kulup...


Peniaga, pelanggan Melayu tak setuju boikot Low Yat

Low Yat: ‘Memalukan Melayu, sudahlah pukul, mencuri pula’ - Tengku Zulpuri

Rafizi nafi jadi dalang Sarawak Report


‘Jika nyonya tua ada wang, kenapa tidak Rosmah?’ - Tajuddin Abdul Rahman.

Hari Raya Tahun Ini - Rakyat Tidak Gembira, Najib Pun Tidak Ceria

Hari ini hari terakhir Ramadan dan esok kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Untuk itu, diucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin kepada semua umat Islam, khususnya pembaca dan penjenguk blog ini.

Bagaimana agaknya sambutan tahun ini? Lebih gembira berbanding tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya?

Atau lebih derita dan sengsara?

Apakah pula perbezaan menyambut hari kemenangan ini sejak negara dipimpin oleh Najib Razak berbanding Tun Abdullah Badawi dan Tun Mahathir sebelum ini?

Berdasarkan sungutan di media sosial dan perbualan seharian di kalangan pelbagai lapisan masyarakat, tidak dinafikan ramai yang menyambut Hari Raya tahun ini tidak semeriah seperti selalu. Selain peningkatan beban kehidupan, kos sara hidup dan kenaikan harga minyak yang diputuskan kerajaan kira-kira dua minggu lalu, Hari Raya tahun ini juga pertama kali disambut bersama dengan cukai GST.

Cukai pukat harimau ini akan memborong semua orang, tanpa pilih bulu dan tanpa rasa kasihan, masuk ke jaringnya. Kaya miskin, tua muda, orang berharta, golongan papa kedana, OKU, orang buta, kanak-kanak tadika dan bayi baru lahir - semuanya terpaksa membayar tambahan 6 peratus selagi mereka berbelanja.

Dengan demikian, bukan saja tahun ini perbelanjaan perlu dibuat dengan berhati-hati dan sekatan harus dibuat di sana sini, bahkan kerana beban GST ini juga mungkin menyebabkan kanak-kanak mendapat duit raya yang berkurangan berbanding selalu.

Namun jangan kita sangka, rakyat saja tidak gembira di Hari Raya tahun ini. Perdana Menteri pun sebenarnya tidak seceria seperti tahun-tahun sebelumnya pada sambutan kali ini.

Jika tahun-tahun sebelumnya Najib dan keluarganya mungkin orang paling gembira menyambut Hari Raya, manakala pada tahun lalu ia berkurangan kerana berlakunya tragedi MH17, tetapi pada tahun ini keceriaan itu mungkin tidak jauh berbeza dengan kita - ceria dalam terpaksa.

'U.S. CITIZEN' Jho Low busily gave orders at 1MDB board meets, while Najib on the HANDPHONE

'U.S. CITIZEN' Jho Low busily gave orders at 1MDB board meets, while Najib on the HANDPHONEIt has emerged that the controversial businessman, Jho Low, held court during board meetings at 1MDB and he called the shots by getting the PM on his handphone.
This is despite repeated denials from the then twenty something business school graduate friend of Najib Razak that he commanded any role at the development fund.
Mounting evidence from present and ex-officials now indicates that Jho Low not only forged deals behind the scenes on behalf of his “BB” [Big Boss Najib Razak], but that he publicly dominated these meetings of the Board.
Sarawak Report has also learnt that Taek Jho Low holds an American passport, which is in contravention of Malaysia’s strict nationality laws that only permit a single citizenship.
It perhaps explains his current refusals to submit to requests to attend the Parliamentary Public Accounts Committee hearing in KL, as has been requested.
One insider has related to Sarawak Report:
“He would attend board meetings, even though he had no official status.
If there was some dissent from board members over what was going on, Jho would get the PM on his hand phone and pass it over to the relevant person. The PM would then say to that board member ‘it’s Okay, I approve'”
The growing body of testimony about this state of affairs has accumulated not only from hearings at the PAC, but also from other statements being gathered across the range of official enquiries, according to a series of sources.
It means that a wide spectrum of investigators are now fully informed about the role of Jho Low at 1MDB and it bears out completely the information made available to Sarawak Report when we first issued our exposes about the PetroSaudi joint venture deal in March.
Then we reported how thousands of documents and emails relating to that deal revealed that Jho Low managed the negotiations in the name of the Prime Minister.
In the process he siphoned off at first US$700 million and then later hundreds more millions ‘borrowed’ from 1MDB.
This further evidence points to the same conclusion, that Low was acting for the Prime Minister, who was the sole shareholder and signatory to the fund.
Jho with Najib and family and the two directors of PetroSaudi Tarek Obaid and Prince Turki bin Sulaiman
Jho with Najib and family and the two directors of PetroSaudi Tarek Obaid and Prince Turki bin Sulaiman
When questioned about his role the day after Sarawak Report’s first expose on 1MDB, Jho also made this very point, when he reminded interviewers that the man behind the decisions was not him but Najib Razak:
“I say: ‘Guys, it’s very simple, there’s a board, who’s the shareholder?’ … Are you telling me the prime minister doesn’t make his own decisions? That the ministry, the minister of finance, who is the prime minister..
“Did the people supposed to be responsible for decision-making (at 1MDB) suddenly decide to absolve all their responsibilities and then create this PR campaign with me as the focus of it? “No one seems to ask the question who is the ultimate decision-maker on 1MDB? No one asks that. No one ever asks about the shareholder’s role.”
[Euromoney – Eric Ellis]

Jumping the Gun

OK to jump the gun with claims that allegations are "baseless"?
OK to jump the gun with claims that allegations are “baseless”?
Nevertheless, in its continuing efforts towards damage limitation this week, the Government broke its own enforced rules on silence surrounding the on-going investigations by official bodies.
The Auditor General’s ‘Interim Report’ has been circulated widely to investigators and members of the PAC, on the basis there will be no comment until the end of the enquiry.
Yet, on Tuesday the Second Finance Minister announced publicly that the report had “cleared” 1MDB.
Ahmad Husni Hanadzlah jumped the gun to say:

Asean juga terkesan dengan 1MDB, kejatuhan Najib, kata akhbar

Negara-negara Asean juga akan terkesan dengan kesan buruk daripada dakwaan penyelewengan yang melanda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Asian Nikkei Review hari ini.
Masalah Malaysia membawa kepada kejatuhan modal dengan prestasi mata wang ringgit menjadi paling teruk di Asia, kata akhbar perniagaan Asia itu, dan menambah kerisauan melanda Malaysia pada masa sama sudah merebak ke pasaran kewangan Asia Tenggara.
"Jika politik Malaysia tersekat dan tidak stabil, itu bukan hanya masalah domestik sahaja. Keyakinan di Asia Tenggara seluruhnya juga akan terkesan," katanya dalam ruangan pendapat yang disiarkan secara atas talian hari ini.

Asian Nikkei Review berkata, Malaysia merupakan ekonomi ketiga terbesar di Asean selepas Indonesia dan Thailand. Kadar pertumbuhannya pada tahun 2014 adalah 6% dan pendapatan per kapita mencecah US$10,000 (RM38,000) dengan kebanyakan rakyatnya merupakan golongan pertengahan.
Rantau ini tidak mampu menahan tekanan yang bertambah, ekoran kekalahan pasaran saham di China dan rancangan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat untuk menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat.
Pada 7 Julai, beberapa hari selepas Wall Street Journal menyiarkan dakwaan salah laku 1MDB dan RM2.67 bilion disalurkan kepada akaun peribadi Najib, kejatuhan ringgit paling teruk berlaku sejak 16 tahun lalu.
Walaupun ada campur tangan Bank Negara, kedudukan ringgit lemah melebihi RM3.80 berbanding dollar Amerika yang ditetapkan pada September 1998 semasa krisis kewangan Asia dan dibatalkan pada tahun 2005.

KONSPIRASI JAHAT MENUTUP SKANDAL 1MDB MELALUI LAPORAN POLIS DAN FITNAH

Saya merujuk kepada kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN yang mendedahkan mengenai satu laporan polis yang dibuat oleh individu bernama Ramesh Rao Krishnan Naidu yang mengaitkan saya, YB Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara), YB See Chee How (ADUN Batu Lintang), YB Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Bandar Kuching) dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan satu fitnah.
Laporan polis yang kini disebarkan oleh laman-laman yang menyokong Dato’ Seri Najib Tun Razak menuduh kononnya seorang yang bernama Lester Melanyi yang mendakwa pernah bekerja untuk Sarawak Report membuat pengakuan bahawa kami (nama-nama yang disebut di atas) adalah dalang yang memberi arahan kepada Sarawak Report untuk memfitnah Dato’ Seri Najib Tun Razak bersabit 1MDB.
Sejak semalam juga, satu video pengakuan oleh individu yang bernama Lester Melanyi ini telah disebarkan di internet.
Saya dengan tegas ingin menyatakan perkara-perkara berikut:
1. Saya tidak pernah kenal Lester Melanyi atau berhubung dengan beliau. Kali pertama saya tahu kewujudan beliau adalah apabila Datuk Abdul Rahman Dahlan mendedahkan mengenai laporan polis seperti di atas
2. Saya tidak pernah memberi arahan kepada Sarawak Report apatah lagi memberi bahan untuk disiarkan oleh Sarawak Report
3. Saya tidak pernah berhubung atau berbincang dengan Clare Rewscastle Brown, pengendali Sarawak Report mengenai 1MDB. Sepanjang kerjaya saya, saya hanya pernah bekerjasama dengan Sarawak Report dalam satu kes iaitu skandal pembalakan di Sabah yang melibatkan sogokan RM40 juta yang didakwa melibatkan seorang bernama Michael Chia dan pimpinan kanan Umno Sabah
Kesemua perkara yang saya bawa mengenai 1MDB adalah berdasarkan laporan akhbar dalam dan luar negara dan semua soalan-soalan saya di Parlimen. Kebiasaannya apabila Menteri Kewangan tidak lagi ada ruang untuk berdolak dalih, maka Menteri Kewangan terpaksa memberi fakta mengenai 1MDB yang kemudiannya saya semak dan padankan dengan laporan-laporan lain. Setelah bertanyakan ratusan soalan sejak beberapa tahun lalu, jawapan-jawapan dari Menteri Kewangan sendiri yang memerangkap Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB ini.
Oleh yang demikian, laporan polis oleh Ramesh Rao Krishnan Naidu ini adalah satu konspirasi jahat untuk cuba menutup isu 1MDB dengan memberi gambaran kononnya ia direka oleh pimpinan pembangkang sedangkan sebahagian besar pendedahan saya dan YB Tony Pua adalah berpunca dari jawapan Menteri Kewangan sendiri di Parlimen.
Saya yakin konspirasi ini tidak akan berjaya kerana skandal 1MDB ini terlalu besar dan faktanya terlalu jelas untuk ditutup. Apakah selepas ini Datuk Rahman Dahlan akan membuat satu lagi pendedahan kononnya saya juga mempunyai kuasa mengarahkan Asian Wall Street Journal (AWSJ) untuk menulis mengenai 1MDB?
Saya menyeru rakyat meneliti kredibiliti nama-nama yang terbabit di dalam perkara ini:
1. Datuk Abdul Rahman Dahlan dikenali sebagai penyokong kuat Dato’ Seri Najib Tun Razak. Sebagai seorang ahli politik junior yang kalah di bahagian sendiri (beliau tewas bertanding Ketua Bahagian Umno Kota Belud), beliau telah mendapat manfaat besar dari Dato’ Seri Najib Tun Razak sehingga dilantik menjadi Menteri Persekutuan. Sudah tentu beliau mempunyai kepentingan (vested interest) untuk mempertahankan Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan apa cara sekalipun kerana jika ada Perdana Menteri baru, besar kemungkinan beliau digugurkan dari kabinet dan kerjaya politik beliau akan tamat.

Ucapan Dari Penjara Saudara ANWAR IBRAHIM


Adakah PM Najib akan lakukan apa yang dilakukan bekas presiden Taiwan?

oleh Rama Ramanathan

Taiwan boleh membantu kita membayangkan cara untuk mencapai sebuah Malaysia yang lebih baik. Taiwan mempunyai dua gelombang pendatang. Pada tahun 1644, pengikut setia dinasti Ming, yang diburu oleh tentera Manchu, melarikan diri ke Taiwan; jumlah mereka jauh mengatasi penduduk orang asli. Pada tahun 1949 kira-kira dua juta orang kumpulan Nasionalis, yang diburu oleh Komunis, melarikan diri ke Taiwan.

Keturunan gelombang pertama sering dipanggil orang Taiwan, manakala gelombang kedua dan keturunan mereka dipanggil orang tanah besar. Walaupun orang tanah besar membentuk hanya 15% daripada keseluruhan penduduknya, bagi kebanyakan abad kedua puluh mereka menguasai bidang politik, profesion dan angkatan tentera.

 Jeneral Chiang Kai Shek merupakan pemimpin parti Nasionalis, Kuomintang (KMT), di tanah besar China. Beliau memerintah China selama 22 tahun. Selepas dikalahkan oleh golongan komunis pada tahun 1949, Chiang melarikan diri ke Taiwan. Selama 30 tahun beliau memerintah Taiwan secara kuku besi. Beliau menubuhkan Perlembagaan, tetapi ia adalah untuk China, yang Taiwan merupakan sebahagian darinya.

Beliau mengisytiharkan Perlembagaan itu, kemudian menggantungnya dan menguatkuasakan undang-undang tentera. Semua ahli-ahli dewan negaranya merupakan anggota KMT. Dari pilihan raya mereka di tanah besar pada tahun 1947 hingga tahun 1990-an, mereka mengekalkan kerusi mereka. Chiang Ching-kuo Apabila Jeneral itu meninggal dunia pada tahun 1973, anaknya Chiang Ching-kuo menjadi pemimpin KMT. Tidak lama kemudian dia menjadi pemerintah tertinggi. Pada mulanya Ching-kuo merupakan pemerintah autokratik, sama seperti bapanya.

Walau bagaimanapun, pada akhir hari, beliau menjadikan Taiwan sebuah demokrasi. Seperti Deng Hsiao Ping di China, Ching-kuo boleh melaksanakan "sosialisme dengan ciri-ciri Cina" – iaitu kapitalisme yang 'dipandu' oleh golongan autokrat yang menjadi ahli parti.

Mat Sabu, Salahuddin pengkhianat, PAS akan ambil tindakan disiplin - Nasruddin

Tindakan disiplin bakal dikenakan terhadap bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan bekas Naib Presiden Salahuddin Ayub kerana melanggar perlembagaan parti dengan menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GBH), kata Nasruddin Hassan.

Ketua Penerangan PAS itu dipetik akhbar Sinar Harian berkata, tindakan 2 bekas pemimpin yang tewas semasa pemilihan parti Jun lalu mengetuai GHB atau dahulunya dikenali G18 dianggap satu kesalahan besar dan tidak bermaruah.

 Katanya, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan Salahuddin juga masih terikat dengan peraturan parti kerana belum mengisytiharkan diri sebagai bebas. "Sementara mereka berstatus ahli PAS, mereka merosakkan PAS dari dalam. Layaknya tindakan mereka itu adalah satu pengkhianatan kepada jemaah atau parti.

"Ia kesalahan besar dan pasti mereka akan dirujuk kepada tindakan disiplin parti berasaskan peruntukan perlembagaan PAS," katanya dipetik akhbar harian itu. Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, mereka juga mengadakan jelajah seluruh negara bagi menghasut ahli PAS meninggalkan parti dan mempunyai agenda terpesong daripada prinsip perjuangan Islam.

Keahlian PAS G18 benar-benar gugur?

PAS Pusat dan PAS Selangor perlu membuat ketetapan bersama dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung status keanggotaan kumpulan progresif PAS yang mahu menubuhkan parti Islam baru.

Gesaan itu dibuat oleh anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad berhubung kenyataan PAS Selangor bahawa keanggotaan mereka gugur setelah mengisytiharkan Gerakan Harapan Baru (GBH).

Khalid berkata kenyataan PAS Selangor itu bercanggah dengan ketetapan PAS pusat malah mengelirukan banyak pihak.

“Buat mesyuarat, tulis surat kepada kami, beritahu apa yang pihak PAS nak sebenarnya. Kalau sekarang ini mereka kata tak perlu buat apa-apa kerana masih belum tubuh parti baru lagi, maknanya tak perlu buat apa-apa.

“Dan tak perlu semua orang keluarkan kenyataan yang akhirnya bercanggah antara satu sama lain. Buat malu saja. Buat mesyuarat dulu.

“Bulatkan keputusan dan keluarkan kenyataan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Isnin lalu, kumpulan yang kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas mengumumkan penubuhan GHB untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik Islam baru yang lebih terbuka.

Sudahlah mengungkit, kata Khalid Samad

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad tidak perlu mengungkit sumbangan memenangkan kumpulan progresif parti itu sebelum ini.

Ini kerana, kata bekas anggota jawatankuasa pusat PAS itu, kumpulan progresif juga turut menyumbang tenaga untuk calon-calon mereka di kawasan lain.

“Tidak patut ungkit mengungkit, habis pahala saja,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Khalid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mahfodz yang mengingatkan pemimpin progresif parti yang berhasrat meninggalkan PAS agar tidak lupa pada sokongan anggota yang bekerja keras dan menyumbangkan wang ringgit bagi memenangkan mereka dalam pilihan raya.

Mahfodz turut mengingatkan bahawa kemenangan kumpulan progresif bukan dari hasil titik peluh mereka sendiri sebaliknya daripada sokongan semua pihak, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, ADUN Hulu Kelang Saari Sungib berkata anggota PAS seolah-olah terperangkap di dalam satu “doktrin ulama sentiasa benar” dalam membuat keputusan dan kenyataan.

Nasrudin Hassan: Harapan Baru pengkhianat

PAS menyifatkan Gerakan Harapan Baru (GBH) yang diketuai bekas timbalan presiden, Mohamad Sabu, sebagai pengkhianat kepada jemaah Islam.

Ketua Penerangannya Nasrudin Hassan berkata GBH hanya menjadikan PAS sebagai batu loncatan politik peribadi mereka, lapor Utusan Malaysia.

“Golongan ini merupakan pengkhianat dan penjahat kepada jemaah Islam kerana masih ahli PAS, tetapi bertindak merosak parti dari dalam dengan menghasut ahli agar menyertai parti baru yang mereka bakal tubuh nanti.

“Mereka ini juga tidak pernah berasa bersalah, jauh sekali sayang kepada PAS kerana hanya menjadikan PAS sebagai batu loncatan untuk mencapai cita-cita politik mereka,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Isnin lalu, GBH mengumumkan penubuhan kumpulan itu bagi merintis penubuhan sebuah parti Islam baru yang lebih terbuka. Mereka juga berusaha ke arah pembentukan gabungan baru pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat 2.0.

PKR boikot semua program Aidilfitri BN selagi Anwar terpenjara

PKR memboikot semua program Hari Raya anjuran Barisan Nasional (BN) di peringkat nasional dan negeri sebagai tanda protes terhadap pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama lima tahun di Sungai Buloh, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Presiden PKR itu berkata, pihaknya kesal Anwar yang diiktiraf di peringkat antarabangsa terus dipenjara sebagai seorang tahanan politik.

"Pada ketika ketidaktentuan hala tuju ekonomi dan urus tadbir kerajaan kian meruncing, walhal pemimpin demokratik yang sah dan dipilih rakyat melalui undi popular masih terpenjara.

"Sebagai tanda protes terhadap sabitan dan pemenjaraan Anwar, PKR akan memboikot kesemua program anjuran Barisan Nasional di peringkat Nasional dan Negeri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar dilaporkan mendapat kad jemputan rumah terbuka raya daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) bersama Dr Wan Azizah pada Jumaat ini walaupun sedang menjalani hukuman penjara sejak Februari lalu.

Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri (BIUPA) yang bertanggungjawab mengeluarkan kad jemputan itu bagaimanapun mengakui tersilap memasukkan nama Anwar.

"Dalam hubungan ini, BIUPA memohon maaf dan mengaku membuat kesilapan dalam menghantar kad jemputan berkenaan," kata PMO dalam satu kenyataan.

PAS akan letak calon bukan Islam bertanding kerusi DAP - Mustafa Ali

Calon bukan Islam PAS bakal menentang calon DAP dalam pilihan raya akan datang, kata pemimpin parti Islam itu susulan terdapatnya perpecahan dalam parti tersebut. Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, itu persediaan yang akan mereka hadapi dan mereka bersedia untuk kehilangan personaliti serta ahli berpengaruh. Pecahan pemimpin progresif dalam PAS membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) dengan rancangan menjadi parti politik tahun ini.

 Jangkaan melihat mereka akan menyertai DAP dan PKR untuk membentuk pakatan pembangkang baharu yang mana kelihatan tanpa penyertaan PAS, susulan pergeseran antara DAP dan PAS yang menamatkan Pakatan Rakyat. PAS bersedia untuk bergerak sendiri, kata Mustafa yang juga bekas setiausaha agung parti itu, kepada The Malaysian Insider.

Beliau menegaskan, PAS juga tidak akan bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) walaupun timbul khabar angin sedemikian. "Sekarang ini rasanya PAS akan bersendiri. Kita akan mengukuhkan sayap penyokong. Jadi Malaysia akan melihat lebih ramai calon bukan Islam diketengahkan PAS dalam pilihan raya.

"Kita tiada halangan, jadi kita bebas tanding semua kerusi, termasuk kerusi DAP," kata Mustafa. Dewan Himpunan Penyokong PAS, (DHPP) dibentuk keanggotaan daripada bukan Islam dalam Pilihan Raya 2013, dan parti itu meletakkan tiga calon bukan Islam mereka dari sayap berkenaan.

Meskipun dengan calon bukan Islam, adakah PAS boleh dipercayai? Mustafa mengakui sukar bagi PAS meyakinkan bukan Islam untuk mengundi mereka, namun mengatakan tidak mustahil ianya berlaku, lebih-lebih lagi pilihan raya akan datang masih jauh.

Pilihan raya umum akan datang dijangka sekitar pertengahan 2018. "Tidak semua bukan Islam bersama DAP atau MCA. Kita tidak tahu senarionya. Pada 2016 kita akan melihat gambaran jelas," katanya. Kumpulan progresif tidak melihat diri mereka sebagai "parti serpihan".

Gani Patail tak patut dalam pasukan khas, kata bekas peguam negara

Bekas peguam negara menggesa Tan Sri Abdul Gani Patail supaya keluar daripada pasukan petugas khas bagi menyiasat perdana menteri berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mengatakan ia akan meningkatkan persepsi umum dan integriti dalam penyiasatan itu.

Pandangan Tan Sri Abu Talib Othman itu juga turut disokong beberapa peguam yang berkata, peguam negara itu tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada proses siasatan atau pejabatnya akan dianggap sebagai tidak bebas. Gani ketika ini mengetuai pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan penyelewengan dana 1MDB dan wang berjumlah RM2.67 bilion yang didakwa disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

 Pasukan itu juga terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) dan polis. Abu Talib dan beberapa peguam berkata langkah Gani untuk tidak melibatkan diri daripada pasukan petugas khas itu akan meningkatkan keyakinan orang ramai dan integriti terhadap tiga badan penyiasat – polis, SPRM dan BNM – dalam melaksanakan tugas mereka.

Mereka juga berkata prinsip "check and balance" antara agensi penyiasatan dan pendakwa raya mesti dipatuhi bagi memastikan keadilan kepada semua pihak, termasuk orang awam. Abu Talib berkata adalah tidak wajar bagi Gani, yang juga pendakwaraya, untuk menjadi ahli pasukan petugas itu.

Beliau berkata, pihak polis, SPRM dan bank pusat mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah undang-undang yang luas dan pengalaman berkenaan untuk menjalankan tugas mereka tanpa pengawasan peguam negara. "Mereka harus dibenarkan untuk menyiasat berdasarkan cara mereka dan mengemukakan laporan untuk pertimbangan peguam negara/pendakwaraya," kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider.

Abu Talib yang berkhidmat sebagai peguam negara dari tahun 1980 hingga 1993, berkata adalah menjadi tugas peguam negara untuk menentukan sama ada terdapat bukti mencukupi dikumpulkan untuk mendakwa pesalah. "Kami sudah mengamalkan prinsip 'check and balance' selama ini dan ia tidak wajar untuk mengabaikannya bagi memastikan keadilan untuk semua," kata pesara yang berusia 77 tahun itu.

24 tahanan rusuhan Plaza Low Yat dilepaskan polis

Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat mula tercetus Sabtu lepas, didakwa berpunca akibat rasa tidak puas hati seorang remaja lelaki yang dituduh mencuri telefon bimbit di sebuah kedai telefon. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Julai, 2015. 
Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat mula tercetus Sabtu lepas, didakwa berpunca akibat rasa tidak puas hati seorang remaja lelaki yang dituduh mencuri telefon bimbit di sebuah kedai telefon. 


Tiga individu masih ditahan manakala 24 lagi dibebaskan hari ini dengan jaminan polis, berikutan insiden pergaduhan dan rusuhan di Plaza Low Yat pada hujung minggu lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata mereka yang masih ditahan ialah penulis blog Wan Mohd Azri Wan Deris yang dikenali sebagai Papagomo, aktivis Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagi Ali Tinju serta Ketua Umno Bahagian Bagan, Pulau Pinang Datuk Dr Shaikh Hussein Mydin.
Mereka ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Hasutan 1948, katanya ketika dihubungi hari ini.

Zainuddin berkata mereka yang dibebaskan termasuk empat jurujual telefon bimbit di plaza berkenaan serta perusuh yang terlibat dalam kejadian pergaduhan itu.

Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat mula tercetus Sabtu lepas, didakwa berpunca akibat rasa tidak puas hati seorang remaja lelaki yang dituduh mencuri telefon bimbit di sebuah kedai telefon di situ.

Isu salah guna kuasa: BN mesti ambil tanggungjawab penuh - Anwar Ibrahim

Isu salah guna kuasa: BN mesti ambil tanggungjawab penuh - Anwar IbrahimKUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas situasi semasa, terutamanya yang dikaitkan dengan hal-hal berkaitan pentadbiran dan salah guna kuasa, kata bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“BN mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas keadaan yang kita hadapi sekarang ini. Amalan rasuah, salah guna kuasa dan tatakelola yang teruk telah menyebabkan Malaysia jadi begini,” dakwanya.

Anwar turut membuat perbandingan keadaan semasa boleh menjadikan negara ini mengalami keruntuhan ekonomi seperti di Greece.

Kenyataan Anwar yang disampaikan melalui peguamnya itu turut menggesa agar beberapa langkah dilaksanakan bagi menangani situasi yang dihadapi negara pada masa ini.

“Pertama adalah reformasi institusi utama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilihat belum dapat membendung kegiatan rasuah dan salah guna kuasa.

“Kedua adalah reformasi pilihan raya seperti yang digesa Bersih 2.0, dan ketiga adalah pemansuhan Akta Hasutan dan undang-undang lain,” katanya.

Awal lagi hendak umum tiada penyelewengan dalam 1MDB - Khairuddin

Awal lagi hendak umum tiada penyelewengan dalam 1MDB - Khairuddin
KUALA LUMPUR: Terlalu awal untuk Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan tiada salah laku atau unsur penyelewengan terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas‎ Naib Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Ahmad Husni juga tidak boleh mengumumkan 1MDB 'bersih' sebelum membentang butiran penuh laporan awal Ketua Audit Negara kepada rakyat.

"Saya nampak Ahmad Husni mempunyai motif untuk mengelirukan rakyat dengan memberi gambaran seolah-olah syarikat 1MDB bersih. Berani atau tidak Ahmad Husni mempamerkan butiran penuh laporan awal Ketua Audit Negara kepada keseluruhan rakyat?

"Biar rakyat baca seterusnya buat penilaian serta pentafsiran sama ada wujud atau tidak elemen salah laku dalam 1MDB. Ahmad Husni sekarang hanya memetik perenggan tertentu saja untuk dizahirkan kepada rakyat," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Khairuddin mengulas kenyatan Ahmad Husni yang meminta semua pihak untuk menghentikan segala dakwaan tidak berasas berkaitan urus niaga 1MDB selepas laporan awal siasatan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati tiada bukti sebarang salah laku.

Menjawab Kenyataan Ketua Dewan Ulama & Persoalan Baiah

Jangan lupa ahli PAS yang menangkan kamu'

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berharap pemimpin progresif parti itu yang berhasrat meninggalkan mereka tidak lupa pada sokongan anggota.

Katanya, ini termasuk anggota PAS yang bekerja keras dan menyumbangkan wang ringgit bagi memenangkan mereka dalam pilihan raya.

Beliau mengingatkan bahawa kemenangan kumpulan progresif bukan dari hasil titik peluh mereka sendiri sebaliknya daripada sokongan semua pihak, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang lapor Harakahdaily.

“Jangan tuan puan lupa dengan sokongan ahli-ahli PAS yang bekerja keras siang dan malam serta wang ringgit yang disumbangkan bagi memenangkan anda selaku wakil rakyat PAS, maka kerjaya kamu sebagai ahli parlimen dan ADUN bukan hasil titik peluh kamu sendiri.

“Tetapi hasil sokongan dan dukungan daripada semua pihak daripada Tuan Guru Presiden dan pimpinan tertinggi parti dan seluruh ahli-ahli PAS,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Mahfodz justeru menyeru mereka meletakkan jawatan jika mahu meninggalkan PAS bagi mengelakkan “pendapatan syubhah”, yang akhirnya memberikan kesan kepada ketenangan hidup dunia dan akhirat.

"Seruan ana kepada wakil rakyat di Parlimen dan ADUN secara jujur dan ikhlas supaya sahabat-sahabat meletak jawatan kerana tuan-puan adalah wakil rakyat bukan wakil DAP mahupun Gerakan Harapan Rakyat,” katanya.

'Banyak sangat parti Islam'

Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob pula dilaporkan bimbang kemunculan parti Islam baru akan melemahkan dan memecahbelahkan lagi perpaduan umat Islam.

Katanya, perpecahan yang disebabkan perbezaan ideologi politik itu hanya menyebabkan suara umat Islam menjadi lebih kecil dalam sebuah negara majmuk yang mempunyai berbilang bangsa dan agama.

“Mana-mana pihak bebas menubuhkan parti. Tetapi untuk membentuk sebuah parti baru yang juga berasaskan Islam, saya takut akan mengecilkan dari segi suara.

“Banyak sangat parti Islam,” beliau dilaporkan sebagai berkata. -mk

Selamat Berjuang Buat Gerakan Harapan Baru

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) konsisten menyokong kepelbagaian parti-parti politik yang bakal hadir ke Parlimen Malaysia dari masa ke masa. Konsep dwiparti yang mewujudkan semak dan imbang  akan benar-benar menguntungkan negara dan rakyat Malaysia.
IKRAM merasakan semua NGO yang diwujudkan, selagi mana memelihara dan menghormati Perlembagaan Malaysia, Rukun Negara dan Perjanjian Malaysia dengan objektif dan aktiviti yang tersendiri, tentunya sedikit sebanyak boleh memberikan keuntungan yang sama.
IKRAM akan kekal mengadakan 'engagement' dengan pelbagai pihak termasuk PAS, UMNO, PKR, DAP dan pelbagai parti politik dan NGO lain.
IKRAM bersama ahli-ahlinya yang terlatih dan berpengalaman, serta berbekalkan dengan ilmu Islam dan ilmu-ilmu lainnya akan cuba mengurus sebarang perbezaan ketika berinteraksi dengan mereka.
Maka, IKRAM dengan ini mengalu-alukan kelahiran GERAKAN HARAPAN BARU, sebuah NGO yang mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan yang inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat.
IKRAM ingin mengingatkan pelbagai pihak agar tidak perlu cemburu, sempit fikiran, sebak dada dan merasakan HARAPAN BARU sebagai pesaing mereka, kerana mereka adalah satu lagi suara gelombang rakyat yang muncul dengan membawa pemikiran yang bakal menguntungkan negara dan ummah.

Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus
Timbalan Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Asyik isu 1MDB, bila nak fikir kesusahan rakyat?

Daripada asyik menumpukan perhatian terhadap skandal kewangan, kerajaan sebaliknya perlu merangka langkah untuk mengurangkan beban rakyat di negara ini.
 
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ia adalah penyelesaian terbaik bagi mengekalkan sokongan rakyat terhadap kerajaan, selain membuktikan kerajaan mampu memahami kesulitan yang dihadapi rakyat.
 
“Memandangkan kita tenat dilanda krisis, amatlah munasabah GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) ditangguhkan kerana ia memberi kesan negatif ke atas rakyat.
 
“Kerajaan perlu beri perhatian penuh kepada kegundahan rakyat jelata yang terjebak dengan kegawatan ekonomi dan kewangan akibat kejatuhan nilai Ringgit serta gaji dan upahan bersih yang tidak seberapa,” katanya dalam satu kenyataan. 
 
Katanya, kerajaan juga boleh mengambil inisiatif dengan memperkenalkan percukaian lain yang tidak membebankan rakyat.
 
“Kita perlu mengatasi kesusahan rakyat jelata dalam usaha mereka menyambung hidup seharian di samping mencari penyelesaian terhadap kos sara hidup yang kian melambung,” ujarnya lagi.
 
Terdahulu, kerajaan mengumumkan harga runcit minyak petrol dan diesel bagi Jun dinaikkan sebanyak 10 sen bermula tengah malam 1 Jun.
 

Politik dan dasar perkauman perlu ditolak, elak kejadian rusuhan berulang


CJuLUG6UYAEBnqQ.jpg-large


IPOH, 15 JULAI: Punca insiden curi telefon bimbit di Plaza Low Yat memang bukan isu kaum tetapi rusuhan berikutan kejadian di kawasan membeli belah Kuala Lumpur tersebut merupakan masalah perkauman.
Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menangani persoalan yang menjadi tumpuan rakyat – bagaimana kejadian mencuri yang sekecil itu boleh merebak menjadi isu perkauman semata-mata kerana provokasi dan pembohongan melalui internet?
“Hakikatnya, selepas negara merdeka sejak 1957, perpaduan kaum masih rapuh. Pentadbiran Barisan Nasional berdekad lamanya gagal mengukuhkan hubungan antara kaum, sebaliknya semakin regang,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berpendapat bahawa masalah pemisahan antara kaum itu berpunca daripada politik dan dasar-dasar yang berasaskan kaum yang diamalkan oleh UMNO dan BN.
Beliau berkata, sudah sampai masanya politik dan dasar-dasar berasaskan kaum ditolak untuk memberi ruang kepada dasar-dasar serta usaha yang lebih inklusif dan adil.