Rabu, 15 Julai 2015

Wang RM2 juta masuk akaun peribadi, dari mana, untuk apa?


hdr


IPOH, 15 JULAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diminta menyiasat dari mana sumber dan apa tujuan wang tunai sejumlah RM2 juta yang didakwa telah dimasukkan ke dalam akaun bank bernombor 100020000058 yang dikenalpasti milik seorang yang bernama “Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)”.
Dalam satu laporan kepada SPRM di sini hari ini, Setiausaha Sosialis Muda DAP (DAPSY) Perak, Howard Lee berkata, setakat ini tiada penafian daripada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang mana namanya dikaitkan dengan wang itu, seperti mana yang dilaporkan oleh media.
Katanya, rakyat mahu tahu dari mana sumber wang itu, dan sama ada wang yang diterima itu bersifat upah atau bayaran untuk sesuatu perkhidmatan, atau apa-apa barangan.
“Adakah cukai dibayar, atau dilaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi transaksi tersebut, jikalau ia adalah suatu transaksi perniagaan?
“Siapakah yang membuat bayaran itu jikalau bukan individu bernama ‘Roslan Bin Sohari’ seperti yang dilaporkan; dan sama ada pihak SPRM telah memanggil  beliau untuk temubual siasatan bagi mengenalpasti sumber asal RM2 juta  tunai itu?
“Mengapakah wang sebesar itu dimasukkan secara tunai dan secara berperingkat? Apakah tujuan bagi taktik sebegitu?” soal beliau dalam satu sidang akhbar selepas membuat laporan kepada SPRM.
Menurut Howard yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji, rakyat berhak mengetahui jawapan tentang persoalan-persoalan tersebut kerana ia melibatkan nama baik negara.
Katanya, SPRM bertanggungjawab mengumumkan hasil siasatan bagi membersihkan nama Rosmah dan imej negara, atau jika ada salahlaku, untuk mengambil tindakan undang-undang yang tegas.

TNB cadang ambil alih 13 aset cabang tenaga 1MDB

Tenaga Nasional Bhd (TNB) sudah mengemukakan cadangan untuk mengambil alih 5 aset tenaga domestik dan 8 aset antarabangsa cabang tenaga 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Edra Global Energy Bhd. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, TNB menekankan bahawa ia masih dalam peringkat awal penilaian ke atas aset tenaga Edra, dan oleh itu tidak ada jaminan bahawa sebarang transaksi akan dimuktamadkan.

 "Sebarang transaksi berpotensi perlu menunjukkan kedudukan kewangan dan komersial yang kukuh dan bernilai kepada pemegang saham TNB. Ia juga akan dinilai berasaskan standard tertinggi tadbir urus korporat," katanya. TNB berkata aset tenaga Edra amat bersesuaian dengan strategi pertumbuhannya. "Gabungan itu akan membantu memastikan penerusan jangka panjang yang kukuh dan harga tenaga yang kompetitif kepada pelanggan dan pengguna domestik.

"Ia juga akan membolehkan TNB meneruskan strateginya untuk mewujudkan kesan antarabangsa dan bidang yang mencatat pertumbuhan dalam permintaan tenaga yang meningkat," kata syarikat utiliti kepada menerusi satu kenyataan hari ini. Menurut TNB, ia akan menjalankan kajian pematuhan ke atas aset-aset tenaga Edra. "Jika TNB memutuskan untuk meneruskan transaksi, kriteria dan syarat bebas dan pihak ketiga yang lain juga perlu ditangani," katanya.

Belasah orang ialah ‘menikmati hidup’, kata peguam ‘bodoh’

oleh V Shuman
Inilah wajah yang hampir mengheret negara ke dalam zon perang.
Tindakan mencurinya mencetuskan rusuhan kaum kecil dan menyebabkan beberapa orang dibelasah.
Dan masih, Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, masih boleh merayakan sambutan Hari Raya Aidilifitri dengan keluarganya. Apa sebenarnya yang berlaku?
Remaja menganggur ini kini dibebaskan dengan jaminan RM3,000, selepas dia mengaku tidak bersalah mencuri telefon jenis Lenovo dari sebuah kedai di Plaza Low Yat, yang memulakan semua kekecohan.
Bagaimanapun, jika anda bertanya kepada peguam yang mewakili remaja ini, yang dikatakan rakan subahat kepada Shahrul Anuar, dua remaja itu hanya dua orang muda yang “menikmati hidup”.

Ya, anda tak silap baca. Peguam tersebut, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz (kiri), dipetik oleh Malay Mail Online sebagai berkata yang anak guamnya tidak dimotivasikan oleh politik, dan meminta peluang kedua diberikan kepada mereka.
“Apabila saya bertanya kepada mereka tentang kejadian Low Yat, mereka sendiri terkejut. Mereka hanya budak muda biasa.
“Remaja kadang-kadang buat kesilapan. Jadi mereka tak sangka perkara ini menjadi isu perkauman yang besar. Mereka tidak mewakili mana-mana organisasi. Mereka hanya budak muda yang menikmati kehidupan mereka. Kita semua pernah muda dulu, siapa yang tak pernah buat silap,” tanyanya.
Pembelaan apa ni! Sekarang, dari mana Mohd Khairul memperolehi ijazah undang-undangnya? Adakah dia benar-benar seorang peguam? Bolehkah peguam menjadi sebegini naïf?
Katanya, menikmati hidup? Jadi adakah makna “menikmati hidup” bagi Mohd Khairul ialah mencuri telefon, merosakkan kedai di kompleks membeli belah, merusuh dan membelasah orang sehingga lembik?
Dan ya, Mohd Khairul, semua orang pernah ada ketikanya sewaktu muda mereka melakukan kesilapan, tetapi tidaklah sampai tahap mencetuskan rusuhan kaum dan merosakkan harta benda awam.
Mungkin dia bercakap untuk dirinya sendiri dalam menjustifikasikan tindakan biadap yang dilakukan anak guamnya.
Mungkin Majlis Peguam perlu menilai kembali kelulusan peguam ini, kerana apa yang dilihat setakat ini ialah kenyataan yang tidak masuk akal untuk pembelaan.

Mengapa hanya Mirzan dan Mokhzani? 'Jolok' sahaja semua!

oleh Mike Tan

Siasatan pantas menjadi perkataan paling dikenali oleh rakyat Malaysia kini, apatah lagi dengan pelbagai skandal yang terbongkar- jejak wang misteri, perjanjian Mara Melbourne, perjanjian tanah Tabung Haji, perjanjian hotel Felda, hanya memberikan beberapa nama.
Nampaknya apabila timbul isu yang menjadi tajuk berita, seluruh negara bertindak balas dengan meminta seseorang atau sesuatu di siasat! Penggubal undang-undang, politikus, NGO, rakyat yang marah- tidak kisah siapapun mereka- desakan itu masih sama- mereka mahukan siasatan!
Desakan terbaru untuk siasatan dijalankan ditimbulkan oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM), diketuai oleh presiden Azwanddin Hamzah. Dalam kenyataan akhbarnya, JMM mendesak supaya Mirzan Mahathir dan Mokhzani Mahathir disiasat serta merta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia kerana kemewahan harta mereka.
Memetik isu Wall Street Journal sebagai contoh, JMM berkata yang tidak perlu menunggu bukti testimoni sebelum siasatan dilakukan kerana kekayaan mereka sudah diketahui oleh media.
JMM mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat bagaimana dua orang anak lelaki Mahathir ini pantas menjadi jutawan dan mengumpul banyak kekayaan dalam masa yang singkat.
Sumber pembiayaan mereka perlu dikenalpasti, tambahnya, kerana sangat meragukan yang Mirzan dan Mokhzani boleh mengumpulkan modal yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan mereka bernilai billion ringgit itu.

Cerita pemecatan kakitangan Ambank palsu, kata CAGM

Citizens for Accountable Governance (CAGM) menghantar emel kepada media mengenai SD yang membawa kepada penjelasan berjuta ringgit daripada akaun perdana menteri disalurkan kepada komponen parti Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya umum pada Mei 2013.

Tiada pegwai yang disingkirkan daripada Ambank kerana mengetahui berjuta ringgit dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Cerita berdasarkan satu surat akuan bersumpah (SD) itu adalah palsu, kata kumpulan yang menyiarkan dokumen itu, Citizens for Accountable Governance (CAGM). Kenyataan dibuat beberapa jam selepas CAGM menghantar emel kepada media mengenai SD yang membawa kepada penjelasan berjuta ringgit daripada akaun perdana menteri disalurkan kepada komponen parti Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya umum pada Mei 2013.

 SD itu disiarkan hari ini, mengenai pekerja Ambank dipecat kerana mahu melaporkan kepada Bank Negara mengenai pemindahan wang melebihi had yang dibenarkan ke akaun peribadi Najib di bank itu. The Malaysian Insider menghantar dua email kepada pegawai Ambank, ketua pegawai kewangan Mandy Simpson dan ketua komunikasi korporat Syed Anuar Ali. Simpson tidak membalas manakala Syed Anuar yang bercakap kepada The Malaysian Insider tetapi enggan mengesahkan kandungan SD.

Namun katanya kenyataan media akan dikeluarkan pihak bank tidak lama lagi. CAGM pada mulanya menghantar kenyataan media pada 12 Julai, mengatakan mempunyai dokumen mahkamah bagi membuktikan dakwaannya mengenai dana daripada akaun Najib disalurkan ke parti BN untuk pilihan raya.

Namun hari ini, kumpulan itu berkata semuanya "hanya satu eksperimen dalam media sosial di Malaysia". Blog itu juga menyatakan tiada peguam bernama Md Zainal Abidin yang menandatangani kenyataan media pada Ahad lalu dan mendakwa sebagai ahli CAGM.

"Tidak ada lebih 2,000 ahli CAGM dan kami tidak ada jutaan ringgit dalam akaun untuk diberikan kepada pemberi maklumat. Dan kami tidak ada SD yang melibatkan salah guna kewangan perdana menteri. "CAGM hanya satu eksperimen dalam media sosial di Malaysia," kata kenyataan blog itu, dan mengakui SD itu hanya rekaan.

'Sediakan pemangku bukan nak halau progresif PAS' - PJ Selangor

PAS Selangor tidak berhasrat untuk menghalau sesiapa untuk keluar daripada parti Islam itu, kata pesuruhjayanya Datuk Iskandar Abdul Samad.

Sebaliknya, menurut Iskandar, mereka menyediakan pemangku bagi jawatan yang disandang oleh kumpulan progresif dalam PAS yang menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai persiapan jika berlaku kekosongan.

"Ingin dijelaskan di sini bahawa bukan hasrat kami untuk menghalau sesiapa keluar dari PAS tetapi hanya sekadar membuat persiapan awal sekiranya berlaku kekosongan jawatan.

"Pentadbiran dan perjalanan parti mesti diteruskan. Oleh yang demikian pihak kami perlu membuat persiapan awal jika terdapat mereka yang memegang apa-apa jawatan berhasrat untuk menyertai atau menubuhkan parti baru.

"Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai dan bergiat aktif dalam PAS," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Selain itu, Naib Presiden PAS itu berkata, pihaknya juga akan berusaha sedaya-upaya mengekalkan ahlinya untuk terus berada dalam PAS.

Wajah-wajah suci 'melayu' yang telah ditahan polis mengikut Akta Hasutan


Low Yat: Dibelasah seperti binatang, tapi Lim tak berdendam

Cara merbahaya baru yang perlu dihalang serta merta!

oleh Ahmad Mustapha Hassan
Nampaknya tiada kerajaan yang berkesan wujud kini. Walaupun wujud sebuah, ia adalah yang paling lemah pernah ada di negara ini.
Kerajaan Umno Baru mempunyai agenda perkauman sehingga ia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai kerajaan.
Tiada guna mengambil serius parti komponen lain yang tidak relevan yang menyokong pendirian yang diambil oleh Umno Baru.
Kerana gerunkan tuan Umno Baru mereka, parti-parti picisan ini sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan hati tuan mereka.
Maka kejadian di Plaza Low Yat tidak mengejutkan sesiapa yang sebelum ini sentiasa mengikuti dasar dan tindakan kerajaan Umno Baru.
Agenda Melayu/Islamnya telah mencapai kemuncaknya, sehinggakan gangster gasar belia Melayu/Islam ini merasakan mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa dikenakan tindakan.
Banyak kejadian seperti ini telah berlaku sebelum ini tetapi tiada tindakan yang diambil untuk menghalang tindakan keganasan ini daripada berulang.
Pada 5 Julai, sekumpulan 50 belia Melayu menganggu dialong kedai kopi DAP di Masai, berdekatan dengan Pasir Gudang, Johor.
Dilaporkan yang kejadian ini dirancang oleh ahli-ahli Umno Baru Pasir Gudang.
Mereka tidak berhak menganggu perkumpulan parti politik lain.
Ahli-ahli parti politik lain tidak pernah mencetuskan kekecohan di mana-mana perhimpunan Umno Baru.
Tetapi penyangak-penyangak ini percaya yang mereka boleh bertindak sesuka hati kerana Umno Baru sedang berkuasa seterusnya memberikan mereka lesen untuk bertindak sesuka hati.
Perhimpunan itu dihadiri oleh pekerja-pekerja Iban di kawasan tersebut.
Seorang pemimpin Sarawak Mordi Bimol berkata dia bimbangkan keselamatannya kerana dia pasti kumpulan itu mahu mencederakannya.
Ini ialah antara kelakuan yang dibenarkan berlaku oleh pemimpin Umno Baru.
Daripada mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya yang bertindak di luar batas, setiausaha agung Umno Baru berkata yang besar kemungkinan Lim Kit Siang dari DAP yang memulakan keganasan.
Dia perlu merasionalkan tindakan kumpulan penyangak Umno Baru.

Pemimpin Melayu menjadi orang yang tidak dihendaki oleh komuniti mereka

oleh Christopher Fernandez
Minggu ini orang Islam di seluruh negara akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, tetapi untuk orang Melayu Islam, rentetan kejadian terbaru membuktikan yang mereka kini mempunyai tanggapan buruk kepada pemimpin komuniti yang dianggap sebagai orang yang disyaki dan dihendaki.
Mungkin disebabkan oleh kekecohan 1MDB terbongkar akhirnya membuka mata dan telinga orang Melayu serta menyedarkan mereka bahawa tiada jaminan yang pemimpin mereka akan menjaga kepentingan orang Melayu.
Mungkin ini juga yang menyebabkan hilangnya kepercayaan.

Kini orang Melayu sedang berganding bahu menentang Perdana Menteri Najib Razak (kiri) dan pemimpin Melayu yang lain, kerana rupa-rupanya “harapkan pagar, pagar makan padi”
Tetapi semuanya sudah tertulis sejak Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan dan dalam usaha membangunkan negara, gagal melakukan pengagihan kekayaan saksama yang dijana oleh pertumbuhan ekonomi sebaliknya mewujudkan elit minoriti.
Ketika kelompok minoriti elit ini merampas sebahagian besar kekayaan negara untuk diri sendiri, rakyat Malaysia, terutama sekali orang Melayu, menyedari yang mereka telah tertindas dan dinafikan hak untuk kemakmuran ekonomi, walaupun memberikan sokongan kuat kepada kerajaan BN.
Kerana inilah kebanyakan penganalisis dan pemerhati politik berpendapat yang sekiranya pilihanraya umum diadakan sekarang, ada kemungkinan besar kerajaan hari ini akan kehilangan kuasa yang telah dipegang secara eksklusif sejak kemerdekaan dari British pada 1957.
Nyata sekali orang Melayu sangat marah dan kecewa dengan pelbagai rentetan kejadian yang telah berlaku sejak terbongkarnya cerita 1MDB dan sentimen pada peringkat akar umbi ialah kemungkinan besar orang Melayu akan meluahkan kemarahan dan kekecewaan mereka selepas perayaan Hari Raya.

Perdana Menteri berhenti, kabinet lantikan beliau juga perlu berhenti

Sesungguhnya negara kita sudah terlalu lama terbiar tanpa selanggaraan yang betul serta kerajaan melakukan segala-galanya ‘for granted’. Tidak ada usaha yang kuat untuk memperkuatkan intergriti sebuah kerajaan yang mengaku berdaulat ini. Kita dibebankan dengan berbagai isu yang telah menenggelamkan imej baik negara diperingkat antarabangsa.
Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang ‘scandalous’ dalam serba serbinya seolah-olah etika dan undang-undang tidak dapat mengawal perlakuan seseorang pemimpin terutamanya pemimpin-pemimpin kerajaan yang berkedudukan tinggi di dalam parti. Bagi pandangan ramai rakyat yang berfikir, Najib serta semua barisan kabinet beliau adalah dari mereka yang tidak bertanggungjawab dan tiada seorang pun dikalangan mereka yang memimpin kerajaan mahu menerima ‘accountability’ diatas kesalahan mereka itu.
Najib dan kabinetnya telah gagal dalam segala bidang dan isu-isu yang menyentuh mereka semuanya yang melibatkan kerugian kerajaan dan agensi-agensinya dalam ribuan juta ringgit. Dalam pada terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah guna kuasa masih ada diantara pemimpin-pemimpin terutamanya dalam kabinet yang begitu berselera untuk menjadi Perdana Menteri jika Najib terpaksa berundur. Sebagai sebuah kabinet yang gagal, maka tidak sepatutnya ada diantara mereka yang dibolehkan untuk menggantikan Najib. Mereka adalah lantikan Najib dan jika Najib terpaksa atau dipaksa bersara maka seluruh anggota kabinet lantikan beliau sepatutnya berundur sama.
Ramai tidak dapat membayangkan bagaimana Muhyiddin akan lakukan jika beliau yang mengambil alih kerajaan ini. Lebih lagi kerisauan ramai jika pemimpin seperti Ahmad Zahid Hamidi dijadikan pengganti. Keadaan dibawah penggantinya  seperti Muhyiddin atau Zahid Hamidi lebih menakutkan lagi dari ketakutan terhadap kepimpinan Najib. Nama-nama pemimpin yang berselera ini amat menggerunkan sesiapa yang memahami nilai politik dan siasah negara dengan betul. Mereka ini adalah ahli kepada barisan kabinet yang telah menghancurkan negara kita dan tidak ada sebab mereka boleh mengakui berkelayakan untuk memikul tugas untuk memperbaiki negara ini.
Rakyat tidak mahu lagi terpompong dengan budaya songsang politik negara di bawah pemimpin yang sama budayanya dan ini tidak akan memperbaiki keadaan, malahan ia akan lebih menjurumuskan kita dalam jurang yang lebih dalam lagi. Jika mereka sudah terbiasa bersama budaya pimpinan Najib maka mereka ini tidak akan berupaya untuk memulakan perubahan kepada negara. Menggantikan Najib tidak akan  membawa apa-apa makna jika beliau digantikan dengan kepimpinan yang dibentuk oleh Najib sendiri.

Pegawai Ambank dipecat kerana akaun peribadi Najib


Seorang pegawai eksekutif ibu pejabat Ambank dipecat gara-gara mempertikaikan arahan majikannya untuk menguruskan pemindahan masuk sejumlah wang SG$21 juta daripada UBS Bank Singapura ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Citizens For Accountable Governance Malaysia (CAGM).
Pegawai Ambank dipecat kerana akaun peribadi NajibMenyokong dakwaannya itu CAGM memuat naik akuan bersumpah dalam blog mereka yang memetik pegawai itu berkata, pada Mei 2013 beliau diarahkan pegawai atasannya menguruskan pemindahan wang SG$7 juta daripada UBS Bank daripada 3 transaksi ke akaun Najib.
Katanya, seminggu sebelum itu, SG$14 juta dimasukkan ke akaun sama.
Menyedari jumlah transaksi itu besar daripada yang dibenarkan, pegawai yang 14 tahun berkhidmat di Ambank memberitahu pegawai atasannya beliau perlu mematuhi proses yang ditetapkan.
"Memandangkan jumlah transaksi lebih tinggi daripada yang dibenarkan, saya perlu memaklumkan kepada Bank Negara dan saya memberitahu pegawai atasan saya perlu mematuhi prosedur.
"Wang daripada Singapura perlu ditukar kepada Ringgit dan mengikut arahan yang ditetapkan saya perlu memasukkannya ke dalam beberapa akaun semasa.
"Pegawai atasan pada ketika itu bercakap melalui telefon dengan pengerusi Ambank Tan Sri Azman Hashim, menghempas telefon dan menyuruh saya patuh kepada arahan kerana ia melibatkan pemindahan wang orang penting (VVIP) berprofil tinggi," katanya dalam akaun bersumpah yang dibuat di pejabat Pesuruhjaya Sumpah Kuala Lumpur pada 8 Mei 2013.
Dimarahi kerana ikut prosedur
Surat itu kemudian diedarkan kepada media oleh badan bukan kerajaan (NGO), CAGM.
The Malaysian Insider cuba menghubungi Ambank dan pegawai dimaksudkan tetapi masih belum mendapat maklum balas.

Polis tangkap ketua Umno bahagian


Ketua Umno Bahagian Bagan, Shaik Hussein Mydin telah ditahan oleh polis, demikian dilaporkan oleh Star Online.

Beliau ditahan oleh dua anggota polis pada jam 1.45 petang di luar balai polis Seberang Prai, ketika beliau mahu bercakap dengan pihak akhbar.

Sehingga jam 4.30 petang, difahami Shaik Hussein masih ditahan.

Tidak pasti mengapa Shaik Hussein ditangkap, tetapi dipercayai beliau mahu menyerah diri kepada pihak polis hari ini.

Star Online menspekulasikan bahawa penangkapannya mungkin ada kaitan dengan kritikan terhadap Ketua polis Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui mesej teks telefon.

Menurut New Straits Times, pembantunya berkata Shaik Hussein akan dibawa ke ibu pejabat polis di Bukit Aman untuk "siasatan lanjut".

Awal hari ini, Khalid memberitahu pemberita bahawa polis sedang mencari untuk menyoal siasat "ketua bahagian" sebuah parti politik. Beliau tidak menamakan orang itu.

Akar umbi bimbang masa depan PAS selepas putus dengan DAP

PAS perlu bersedia dengan penurunan sokongan bukan Islam selepas putus hubungan dengan DAP, kata ahli dan aktivis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Julai, 2015.PAS perlu bersedia dengan penurunan sokongan bukan Islam selepas putus hubungan dengan DAP, kata ahli dan aktivis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Julai, 2015.
Semua kerusi pantai barat tidak lagi selamat buat PAS, kata ahli akar umbi dan aktivis selepas parti Islam itu memutuskan hubungan rasminya dengan DAP. Walaupun hubungan tidak rasmi masih wujud di antara ahli PAS dan DAP tetapi keputusan parti Islam itu memutuskan hubungan sekali gus memberi isyarat mereka perlu bersedia dengan penurunan sokongan bukan Islam.
Ia merupakan sokongan komuniti pemimpin akar umbi seperti kata Dr Sheikh Ibrahim Salleh yang merupakan orang penting dalam kemenangan PAS di pantai barat dari Kedah ke Johor.

Ahli akar umbi lain dari Kuala Lumpur pula menyifatkan:“Sokongan bukan Islam kepada PAS di luar jangka ketika mengadakan hubungan bersama DAP. Jadi, bila hubungan PAS-DAP berakhir maka begitulah juga sokongannya.”Pantai barat tidak selamat lagi
Bagi sesetengah pemimpin akar umbi, penurunan sokongan bukan Islam dapat dilihat sejak sebelum muktamar bulan lalu yang meluluskan usul tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Ia berikutan keputusan DAP pada April untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Resolusi itu mengeruhkan lagi keadaan. Dr Sheikh Ibrahim berkata, bukan Islam meminggirkan PAS sejak krisis menteri besar Selangor pada pertengahan 2014.
Dalam krisis itu, Hadi tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat PKR dan DAP untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Imej PAS merosot sejak itu. Rakan bukan Islam kita mohon maaf berkata mereka tidak lagi menyokong PAS,” kata Sheikh Ibrahim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Abong.
“Sokongan kepada PAS akan sangat berkurang dalam PRU akan datang.”
Beliau berkata PAS melakukan yang terbaik di Johor dan kebanyakan tempat di pantai barat dalam pertandingan kerusi campuran di mana nisbah Islam dan bukan Islam ialah 60% kepada 40%.
“Apabila majoriti Melayu lebih daripada 60%, PAS lebih sukar untuk menang. Jadi semua kerusi yang dipegang PAS di Johor tidak selamat kerana kita kehilangan sokongan bukan Islam.
“Perkara sama berlaku kepada tempat di Kedah, Perak malah di Selangor,” katanya.
Majlis Syura Ulama (MSU) secara rasmi memberi lampu hijau untuk memutuskan hubungan dengan DAP, selepas lebih sebulan usul berkenaan diluluskan tanpa bahas.

‘1MDB’s spectre will loom over UMNO in 2018’

Bloomberg says debt and scandal ridden company is too big to fail and causing nervousness in the market
UMNO-1MDB
PETALING JAYA: The spectre of the controversial 1Malaysia Development Berhad (1MDB) will loom large over Prime Minister Najib Razak long after its demise, Bloomberg Business reports.
Dogged by controversy and with Najib now facing Wall Street Journal (WSJ) allegations that US$700 million had entered his private bank accounts, the report opines that the 1MDB saga is bound to linger on through to the general elections which must be held in 2018.
Ooi Kee Beng of the Institute of Southeast Asian Studies, Singapore, believes that as long as Najib remains the 1MDB saga will become an election issue particularly given the economic slump and the impact of the Goods and Services Tax (GST).
Largely, the public’s grouses are with regard to the manner in which 1MDB has amassed a staggering RM42 billion in debt in the space of five years, and its refusal to account to the public for its actions.
Among the unanswered questions are why the sovereign company agreed to pay what is considered extremely high fees of US$500 million to Goldman Sachs for arranging the sale of US$6.5 billion of debt.
Najib and 1MDB have to date also failed to address opposition lawmakers’ queries as to why the company purchased power plants at what appears to be a premium and how the company was able to acquire prime government land at a discount.
On top of that the company began to tether on debt default at the beginning of the year leading it to announce plans to divest itself of assets and wind down operations.

Kadir: All that 1MDB touches gets into trouble

Malaysians the primary casualties as they are being made to suffer indignity and contagion effects of the scandal-ridden 1MDB.
kadir-jasin
KUALA LUMPUR: 1MDB, the Finance Ministry-owned “strategic investment” company has become what, in Malay folklore, is called “Sang Kelembai” or “Gedembai”. Sang Kelembai was so evil and sinister that whatever it touches or touches it, turns into stone. “This famous ‘elephant rock’ is said to be the handiwork of Sang Kelembai,” said a veteran newsman in a curtain-raiser in his latest blog posting.
1MDB continues to claim its victims, lamented former New Straits Times Group Editor in Chief Kadir Jasin. “The primary casualties are all of us Malaysians. We are being made to suffer indignity and its contagion effects.”
To cite just two examples, he added, 1MDB touched Tabung Haji and the latter got into trouble. “Its depositors thronged its offices to withdraw their savings.”
“It touched TNB and TNB got into trouble. Investors dumped its shares.”
1MDB has also been cited as one of the reasons for the prolonged weakness of the ringgit in addition to the global factors, said Kadir.
Until today, he stressed, the Prime Minister has not denied the existence of the AmBank Islamic account apart from twitting that he did not use public funds for personal benefit

Ibu lebih sayangkan BMW daripada nyawa anak

Si ibu dikatakan tidak mempedulikan anaknya yang meraung dan kepanasan selepas kunci kereta tidak berfungsi.
sayang-BMW
PETALING JAYA: Seorang ibu mencetuskan kemarahan orang ramai selepas enggan membenarkan anggota bomba memecahkan tingkap kereta untuk menyelamatkan anaknya yang terperangkap dalam kenderaan itu.
Dalam kejadian dekat bandar Yiwu, China, si ibu dikatakan tidak mempedulikan anaknya yang meraung dan kepanasan selepas kunci kereta tidak berfungsi.
Bagaimanapun selepas kanak-kanak berusia tiga tahun itu pengsan, pasukan penyelamat mengambil tindakan nekad dengan memecahkan tingkap.
Menurut Yahoo News, bayi berkenaan dilaporkan selamat.
Berikutan sikap si ibu yang mementingkan kereta berbanding nyawa anak, dia menjadi bahan kutukan di laman sosial.

Dalam Ini Negara....Di Luar Negara...!!!


DI LUAR NEGARA.. Perdana Menteri Romania didakwa akibat rasuah... kena cekop & harta milik beliau juga dirampas..

DI MALAYSIA, PM rasuah ke, tiris ke, salah urus ke, scandal bunuh orang ker.. yang kena dakwa ialah tukang lapor...

Itulah FAKTAnya !!!

Rombakan kabinet - Tengku Razaleigh boleh bantu Najib

MSO
Dua topik yang menjadi perbualan rancak semasa menjamu selera selepas selesai tahlil untuk arwah Cik Puan Nur Yuonne Low Abdullah isteri Tengku Razaleigh Hamzah dan solat terawih di kediaman Tengku Razaleigh di Langgak Gol Kuala Lumpur malam tadi, iaitu mengenai ura-ura Najib akan melakukan rombakan kabinet dan perihal parti baharu Harapan Baru.


Hishamuddin bertukar kementerian?
Tahlil untuk Allahyarham Cik Puan Nur itu sempena genap 40 hari pemergiannya, pada 5 Jun 2015.

Dua topik ini menjadi perhatian para pemerhati dan politician veteran yang hadir. Ia juga termasuk menjadi minat bekas pegawai tinggi polis dan beberapa orang diplomatik dan ahli korporat. Pegawai polis berkenaan yang duduk semeja dengan  saya tidak habis-habis membuat tenunan nasib mengenai masa depan politik negara mengikut profesionalnya.

Begitu sekali dia bimbang kepada masa depan politik orang Melayu apabila Umno kini dalam keadaan pemimpinnya ditimpa berbagai-bagai masalah dan tidak stabil.



Katanya, keadaan orang Melayu kini sudah ketahap paling kritikal dan sangat memerlukan penyatuan orang Melayu dari semua piahk. "Paling saya bimbangkan kekuasaan orang Melayu dalam negara ini berakhir. Jadi saya berharap sangat supaya, dalam bermain politik jangan sampai kuasa Bumiputera hilang," katanya yang menyuluh suasana itu dari sudut keselamatan kerana dia pegawai tinggi polis.

Mengenai dua topik yang menjadi perhatian tadi, cakap-cakap kononnya Najib akan melakukan rombakan kabinet selepas hari raya nanti, rompakan itu bakal memperlihatkan berlaku sedikit perubahan. Bagi saya kalau ia benar berlaku adalah untuk mengemaskan kedudukan Najib sebagai perdana menteri. Dan desas desus rombakan itu sebagai satu nootis dan peringatan kepada mana-mana menteri yang sudah menunjukkan tidak begitu senang dengan Najib. Kurang wala'.

Suasana tahlil di rumah Tengku Razaleigh.
Kononnya dalam rombakan nanti, Najib akan melakukan pertukaran porfolio beberapa menteri kanan. Antara yang dikatakan terlibat ialah Ahmad Zahid Hamidi akan beralih tempat. Najib dikatakan berhajat untuk memegang sendiri Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membolehkan beliau terus mantap dengan kedudukannya.

Apa dapat difahami Najib mahukan kekuatan PDRM bagi mempertahankan kedudukannya, terutamanya pelbagai tuduhan jenayah yang dilemparkan kepadanya mutakhir ini. Mungkin pengalaman pernah digunakan Musa Hitam sewaktu menjadi TPM dahulu, dimana Musa dilihat berjaya meneguhkan kedudukan politiknya dengan menggunakan PDRM.

Muncul pula SD 'pegawai AmBank yang dipecat'

Kumpulan pemantau antirasuah mendakwa seorang pegawai bank dipecat setelah cuba memberitahu Bank Negara berhubung transaksi melibatkan jumlah besar ke dalam akaun dikatakan dikawal oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagi menyokong dakwaan itu, Citizens for Accountable Governance Malaysia (CAGM) memuat naik akuan bersumpah dalam blognya yang didakwa dibuat oleh seorang bekas pegawai AmBank.

“Oleh kerana transaksi itu lebih besar daripada jumlah dibenarkan, saya terpaksa beritahu Bank Negara dan saya beritahu pegawai atasan saya bahawa saya terpaksa ikut prosedur,” akuan bersumpah itu dipetik.

Pegawai itu juga mendakwa pihak atasannya yang ketika itu sedang bercakap dalam telefon dengan seorang pegawai kanan AmBank kemudian menghempas telefon dan mengarahkan supaya arahan itu dipatuhi.

PMO: Mengapa Dr Mahathir tidak disebut dalam artikel dakwaan rasuah media Australia?

PMO: Mengapa Dr Mahathir tidak disebut dalam artikel dakwaan rasuah media Australia?KUALA LUMPUR: Dalam menafikan penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam skandal rasuah seperti dilapor media Australia, Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menegaskan salah laku itu berlaku ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan itu dibuat menerusi laman Facebook rasminya.

Menurut kenyataan tersebut, skandal rasuah berkenaan didakwa berlaku sepanjang tempoh 1999 hingga 2004, iaitu ketika tempoh pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir.

Namun, PMO mempersoalkan mengapa akhbar berkenaan memilih untuk langsung tidak menyebut atau mengaitkan Dr Mahathir.

Sebaliknya, laporan itu memberi bayangan Najib terlibat secara langsung dengan salah laku rasuah biarpun beliau ketika itu belum memimpin kerajaan.

Tajuk artikel dan gambar yang diterbitkan juga seolah-olah cuba mencemar imej Perdana Menteri.

Akhbar The Age dan Sydney Morning Herald dalam laporannya mendakwa Malaysia menyekat permohonan pihak berkuasa Australia untuk mendapatkan maklumat berhubung skandal rasuah yang mungkin melibatkan perdana menteri.

Kenapa ada segelintir peneroka2 yang beli saham FGV juga tak dapat dividen ???


Nazir Razak, parti Gerakan Harapan Baru bakal bergabung?

Nazir Razak, parti Gerakan Harapan Baru bakal bergabung?
KUALA LUMPUR: Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak mungkin akan menggabungkan NGO beliau dengan Gerakan Harapan Baru (GHB), parti politik yang baharu dilancar Isnin.

GHB merupakan parti yang dianggotai pemimpin PAS yang telah kalah dalam pemilihan parti itu Jun lepas manakala NGO yang dikaitkan dengan Nazir, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Global Moderate Movement (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah.

Menurut portal The Straits Times, Saifuddin telah mengadakan perbincangan dengan GHB mengenai perkara itu.

Saifuddin berkata kedua-dua pihak telah bersetuju untuk berkerjasama dengan satu sama lain.

“Contohnya, jika salah seorang daripada kami menubuhkan NGO dan seorang lagi menubuhkan parti, kami akan berkerjasama dan berbincang antara satu sama lain,” beliau dipetik berkata kepada portal itu.

Menyentuh perkara tersebut, ahli Parlimen Parti Buntar Mujahid Yusof Rawa yang merupakan salah seorang ahli GHB berkata beliau akan berbincang tentang isu itu dengan ahli yang lain sebelum mencapai sebarang persetujuan.

Politik harapan dan Gabungan Harapan Baru

Rais Naqib

Masih samar ke mana arah dan citra entiti yang menggelarkan diri mereka Gabungan Harapan Baru (GBH, atau Harapan), samada untuk menjadi parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan atau satu kempen sosial semata. Namun yang pasti, Harapan adalah satu tindak solidariti dan langkah ke depan untuk mencorak wajah baru dalam politik tanah air. Samada slogan dan laungan itu sekadar retorik semata, penulis percaya Harapan perlu diberikan perhatian dan peluang untuk menyatakan idea dan aspirasi mereka. Terutamanya dalam suasana politik yang buntu di zaman ini, rakyat wajar diberi lebih pilihan.

 Kehadiran kelompok baharu menawarkan perkhidmatan untuk rakyat harus diraikan dalam suasana penuh demokratik. Pastinya sedikit sebanyak perkembangan ini memberi kesan kepada PAS, namun sisi positifnya adalah PAS tidak akan lagi disibukkan dengan urusan dalam.

Sebagaimana yang disifatkan beberapa pemuka mereka situasi ini adalah satu proses penyucian (tazkiyah) atau tapisan dari sebarang elemen tidak tulen (asalah). Maka selepas ini, PAS lebih mudah untuk terus berdepan secara zahir dan lantang berdepan dengan mana-mana ‘musuh’ yang mereka pilih, tanpa perlu dikritik dari dalam.

Barangkali selama ini, rakyat Malaysia hanya dihidangkan dengan satu parti bernuansa Islam sedari merdeka. Berbeza dengan tentangga kita Indonesia yang menikmati hikmah kepelbagaian parti-parti bernuansa Islam. Ada beberapa cubaan parti serpihan yang cuba untuk bertapak tapi gagal.

Banyak faktor kegagalan termasuklah ketandusan pemimpin yang wibawa, sebagaimana pupusnya mazhab-mazhab fikah dalam Islam selain dari empat yang masyhur hari ini. Namun penampilan Isma pada pilihanraya yang lepas mula membuka menunjuk ruang kepelbagaiaan parti yang berteraskan nilai Islam.

Misalnya, dengan adanya Isma yang mengutarakan idea-idea jalur keras, terutama pendirian mereka tentang bukan-Islam dan hak-hak mereka, secara tidak lansung memberi letakkan PAS sebagai sebuah parti yang lebih bersifat sederhana.

Namun, perkembangan pasca muktamar dalam PAS mendatangkan impak dan persepsi yang berbeza pada rakyat, khususnya akan kewujudan kem-kem dan pendekatan yang diambil kumpulan yang berselisih dalam menanggapi perbezaan. Label ‘munafiq haraki’ kepada ahli sendiri, pada hemat penulis cukup menunjukkan parahnya krisis dalaman ini.

Mana mungkin, sebuah parti yang menzikirkan kepentingan ‘ukhuwah’ dalam tarbiyah (modul latihan pengkaderan) membiarkan budaya sebegitu mekar. PAS sudah lama di Malaysia, formulanya tetap sama. Hasilnya kita boleh nilai sebagaimana kita mampu menilai prestasi Umno.

Dalam keadaan tertentu, PAS cuba untuk menjadi parti nuansa Islam yang progresif dengan membuka keahlian bersekutu kepada bukan muslim (walaupun parti Islam yang lain di dunia lama melaksananya), tapi adakalanya PAS memilih untuk bersuara senada dengan Isma.

PKR sokong Gerakan Harapan Baru, bakal tubuh muafakat baharu pembangkang

PKR mengalu-alukan penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB), yang terdiri daripada bekas pemimpin PAS dan memberikan komitmen untuk menyertai jelajah mereka selepas Aidilfitri ini.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, beliau mengenali secara rapat pemimpin dalam gerakan tersebut dan bersama-sama berjuang untuk kepentingan rakyat.
"Saya menyambut baik pengumuman dan pelancaran Gerakan Harapan Baru yang mengumpulkan ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan aktivis yang mempunyai rekod teruji menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Gerakan yang diketuai Mohamad Sabu dan dipimpin tokoh yang lama berjuang menentang Umno dan BN ini perkembangan baik pada kala rakyat mencari-cari jawapan kepada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda negara sekarang," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, tokoh dalam GHB juga mempunyai rekod yang cemerlang lebih baik daripada tokoh muda lain.
"Saya kenal rapat dengan tokoh-tokoh ini dan bersama-sama mereka memperjuangkan isu rakyat selama ini.
"Malah, rekod mereka berjuang untuk membawa perubahan di dalam negara adalah berkali ganda lebih lama daripada saya dan pimpinan muda yang lain," katanya.
Kenyataan Rafizi itu dikeluarkan ketika perpecahan jelas berlaku dalam PKR dalam isu GHB kerana kumpulan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali lebih memihak kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan PAS.
Rafizi turut mengalu-alukan perjuangan GHB dan memberi sokongan untuk bersama-sama meraka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Saya akan memberi sepenuh sokongan dan kerjasama kepada mereka untuk menjana gelombang rakyat menumpaskan Umno dan BM menjelang PRU14.

Sikap tidak endah rakyatlah penyebab utama masalah negara hari ini

oleh Aishah Ahmad
RASIONAL: Saya amat suka artikel tulisan Mariam Mokhtar bertajuk Mayat membusuk di Malaysia mula disedari seluruh dunia
Saya setuju dengan ulasannya kerana saya telah melalui dan mengalami sendiri semua skandal dan situasi yang beliau sebutkan. Malangnya penulis, sama seperti “pemimpin” negara, tidak cuba menawarkan penyelesaian bagi masalah ini.
Di sebalik pesona yang seperti hampir dipuja ramai hari ini – berkat komennya tentang 1MDB dan kesungguhannya mahu menyingkirkan Najib Razak – era Mahathir barangkali adalah perkara terburuk yang pernah terjadi kepada negara ini.
Segala yang kita lalui hari ini dengan skandal 1MDB-Najib, dan ketidakmampuan Umno untuk menyingkirnya sebagai presiden parti (dan secara automatik, perdana menteri), adalah sepenuhnya berpunca daripada tuan doktor itu sendiri.
Mahathir memusnahkan semua semak dan imbang yang kita pernah miliki melalui sistem kehakiman yang bebas. Kebebasan itu mati di hari Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dipecat, dan beberapa hakim lagi disingkir dan digantung ketika krisis kehakiman pada 1988.
Perdana menteri kita paling lama itu juga membuat kenyataan terbuka bawah Malaysia sememangnya negara Islam, walaupun Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa ia adalah negara secular dengan Islam sebagai agama rasmi.

Keistimewaan & kelebihan siasatan dalam negara kita..

Kerana apa ???.. Kerana satu2nya negara di dunia yang ada UMNO..

LOW YAT: PAPA GOMO DAN 26 INDIVIDU DITAHAN

'RCI Low Yat', DAP mohon jumpa PM

'Rusuhan Low Yat serius, ada mahu cantas pohon perpaduan' - Pak Samad

Ada pihak ketiga mahu Malaysia gagal, kata menteri Umno

 U

1MDB: Sang Kelembai and Its Victims

A Kadir Jasin
1Malaysia Development Berhad (1MDB) continues to claim its victims. The primary casualties are all of us Malaysians. We are being made to suffer indignity and its contagion effects.
The Finance Ministry-owned "strategic investment" company has become what, in the Malay folklore, is called “Sang Kelembai” or “Gedembai”.
Sang Kelambai is so evil and sinister that whatever it touches or touches it turns into stone. 
This famous "elephant rock" is said to be the handiwork of Sang Kelembai
To cite just two examples; it touched Tabung Haji and Tabung Haji got into trouble. Its deposits thronged its offices to withdraw their savings. It touched TNB and TNB got into trouble. Investors dumped its shares.
And don’t forget, 1MDB has also been established as one of the reasons for the prolonged weakness of the ringgit in addition to the global factors.
The latest victim is an individual by the name of Badlisyah Abdul Ghani. He is the CIMB Islamic Bank chief executive officer.
Badlisyah, the latest victim of Sang Kelembai
In his enthusiasm to prove the Wall Street Journal’s expose on the Prime Minister’s billions (some RM2.63 billion to be exact) in AmBank Islamic wrong, he had to resign from his job and face internal inquiry. He could end up losing his employment benefits.
 
Soon after WSJ published its report on July 3, Badlisyah posted a Facebook comment, casting doubts on the authenticity of the documents WSJ used.

The US business newspaper, had among other things, alleged that some US$700 million flowed into Mohd Najib’s account at AmBank Islamic, believed to be from 1MDB.

The mainstream media and the Mohd Najib-linked bloggers (those he once called “bangang” (stupid)) went into feeding frenzy, publishing and broadcasting Badlisyah’s comment.

He subsequently released a statement admitting that his analysis was wrong and that the views expressed in his Facebook page were strictly his personal opinion.
Whether he was trying to prove his prowess as a banker or he harboured a deeper motive – like attempting to defend the Prime Minister – he paid a heavy for touching the Sang Kelembai.

Low Yat: Pemuda dibelasah tak berdendam

Selepas menikmati makan malam bersama rakan-rakan di Bukit Bintang, Patrick Lim memandu pulang ke rumahnya dengan tenang pada awal pagi Isnin lalu.

Bagaimanapun, pemanduannya terganggu apabila beliau bersama dua lagi rakannya diheret keluar daripada kereta yang sedang dipandunya oleh sekumpulan perusuh yang dianggarkan bilangan mereka kira-kira 100 orang.

Malah, sebuah video berhubung serangan terhadap Lim  juga menjadi viral di laman sosial. Video tersebut menunjukkan sekumpulan perusuh menyerang kereta Proton Wira hitam dan menyerang individu di dalam kereta itu.

Pihak polis pula berusaha untuk meleraikan kumpulan tersebut daripada terus menyerang sehingga menyebabkan salah seorang daripada anggota polis itu mengeluarkan pistol dan menghalakan ke udara.

Bercakap kepada pemberita buat pertama kalinya sejak kejadian itu, Lim, 21, bagaimanapun tidak menyimpan dendam.

"Ramai orang bertanya kepada saya kenapa saya tidak mahu membalas dendam. Ia adalah kerana saya mempunyai ramai kawan Melayu. Saya tidak mahu menjadi rasis.

"Kita dilahirkan di Malaysia, tak ada gunanya untuk lawan balik. Tetapi saya berharap agar tidak ada lagi kejadian seperti ini. Tak ada guna, kita rakyat Malaysia," kata Lim.

Surat terbuka buat Mat Sabu, Harapan Baru

Saudara Mohamad  Sabu,

Terlebih dahulu, izinkan saya gunakan gelaran Mat Sabu untuk berinteraksi sepanjang surat terbuka ini.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada saudara Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin yang menjayakan pembentukan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Kami di badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menyanjung tinggi keazaman saudara dan pimpinan GHB untuk meneruskan perjuangan yang dapat membawa perubahan baru dalam konteks negara, masyarakat dan politik semasa Malaysia.

Tujuan saya menulis surat terbuka ini adalah untuk menarik perhatian saudara dan pimpinan GHB supaya mempertimbangkan cadangan peribadi seorang penyelidik yang selama ini mengikuti secara dekat perkembangan politik dan ekonomi Malaysia termasuk dinamik PAS dan gerak-geri masyarakat madani.

Malaysia sedang bergelumang dengan skandal dan krisis yang membimbangkan segenap rakyat Malaysia dan pelbagai pihak yang mengikuti perkembangan semasa secara dekat. Perkembangan semasa melibatkan dinamik politik, kewangan negara, tekanan hidup masyarakat secara umum dan ekonomi yang tidak menentu, telah mencorakkan topik perbualan rakyat pelbagai lapisan.

Dalam konteks semasa, 52 peratus rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat semasa PRU-13 pada 5 Mei 2013, merasa terkilan dengan perbezaan dan perkembangan sebelum dan selepas 5 Mei 2013.

Pertama sekali, rakyat-52 terkilan kerana setelah beberapa gerakan BERSIH dan gerakan massa lain berjaya diadakan, keputusan pada 5 Mei 2013 tidak membuahkan hasil yang sepenuhnya.

Rakyat terkilan

Kedua, rakyat terkilan kerana perkembangan Pakatan Rakyat khususnya masalah antara PAS dan DAP yang membawa kepada DAP mengumumkan kematian Pakatan Rakyat.

Ketiga, rakyat-52 terkilan kerana perkembangan semasa yang menghakis keyakinan rakyat terhadap tadbir urus negara khususnya kejatuhan nilai ringgit dan skandal 1MDB, tidak memperlihatkan tindakan segera diambil oleh pemimpin-pemimpin yang selama ini berbicara mengenai bagaimana tadbir urus negara yang baik harus mendahului "isu hudud".

Perkembangan isu 1MDB kini berada pada tahap di mana wujud beberapa persepsi. Salah satu persepsi melihat pihak yang membongkar dan pihak yang terlibat dengan isu 1MDB berkait rapat dengan rejim pemerintah. Maka isu 1MDB juga merupakan isu satu-satu parti yang memerintah selama ini, dan jika berjaya ditukar pemimpin parti berkaitan, maka dianggap selesai isu 1MDB.

Adakah saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB setuju dengan persepsi sedemikian? Apakah kita biarkan seorang individu bernama Tun Mahathir Mohamad menangani pembongkaran dan penyelesaian satu skandal besar dengan batasan-batasannya dalam konteks satu-satu parti pemerintah?

Jika tidak, maka saya dengan rendah dirinya mencadangkan, soal tadbir urus negara yang baik harus mendahului soal hudud wajar diterjemah dalam tindakan segera oleh saudara Mat Sabu dan GHB sebelum terlambat.

Sejak Itu Aku Koyakkan Sijil PAS Aku... - Ust Saiful Islam

Bismillah.

Saya bukan ahli politik. Pembabitan saya di dalam PAS banyak berkisar di daerah perkaderan. Saya memilih untuk berada di ruang perkaderan kerana saya suka dengan anak muda. Bagi saya, untuk melihat perubahan, ia boleh dibuat di semua peringkat, tetapi mengusahakannya di peringkat anak muda adalah yang terbaik.

Namun usaha ini kena sabar sebab hasilnya perlu menunggu mungkin sekitar 5 ke 10 tahun. Saya memilih untuk berada di perkaderan supaya kedudukan saya di dalam PAS tidak terlalu bawah sehingga pendapat saya tidak berharga, dan tidak naik ke atas sehingga saya perlu berpolitik. Saya tiada bakat politik, dan sentiasa mengelak daripada sampai ke daerah PAS sebagai parti politik.

Namun itu tidak bermakna saya naif dengan politik.

Dalam urusan perkaderan, subjek paling berharga ialah (i) pemikiran (ii) karakter (iii) wacana bersifat futuristik

Ketika memegang jawatan kecil di dalam sebuah unit di bawah DPPP bermula daripada sekitar tahun 2005, agenda saya dan rakan-rakan ketika itu adalah menyuntik perubahan kepada pemikiran dan pendekatan dakwah PAS, khususnya di peringkat kampus. Dari segi pemikiran, agenda ketika itu ialah menautkan kembali Sunnatullah dan Syariatullah. Ia akan menyentuh tentang sinergi antara sains dan agama, 'profesional' dan agamawan, kepentingan asbab dan ketinggian tawakkal dan doa, yang menjadikan siapa sahaja di dalam PAS sama penting kerana saling lengkap melengkapkan.

Wacana "Apa Erti Saya Menganut Islam" versi 'segar' digerakkan di seluruh negara, malah di luar negara juga. Hasratnya, adalah supaya aktivis PAS mempunyai minda yang dinamik, boleh melakukan integrasi disiplin ilmu tanpa sebarang sumbatan kognitif disebabkan oleh 'sekularisme versi ambil sains tolak agama', mahu pun 'sekularisme versi ambil agama tolak sains'.

Pada masa itu juga, saya tekankan bahawa gerakan Islam mempunyai dua agenda. Agenda pertamanya adalah untuk bertindak balas terhadap kehilangan kuasa politik pasca kejatuhan Dawlah Uthmaniyyah 1924. Manakala agenda keduanya pula adalah untuk bertindak belas terhadap Barat. Mahasiswa dan mahasiswi yang mengikuti wacana saya di blog saifulislam.com ketika itu tentu tidak lupa, bagaimana banyaknya saya tekankan, pentingnya bagi amilin gerakan Islam belajar tentang sejarah Eropah Moden, agar mereka menguasai latar belakang kepada ideologi dan sistem semasa, yang akar umbinya adalah di dalam sejarah era tersebut.

Tetapi pada masa itu, saya dan tim di dalam unit berkenaan perlu banyak bersabar sebab mahasiswa mahasiswi pro PAS ramai yang lemah dari segi pembacaan, malas dan banyak beralasan, tidak kurang yang lemah akademik dan karenah-karenah itu banyak yang mengesahkan dakwaan Fathi Aris Omar dalam wacana Di Bawah Mendung Usrah, bahawa usrah adalah agenda pembodohan. Memang ia berlaku, sebab yang datang usrah malas baca buku, malas berfikir, namun berkeinginan tinggi untuk bercakap benda-benda besar. Semua itu tidak kami nafikan, tetapi kami mengambilnya sebagai tugas untuk membetulkan keadaan.

Agenda memperbaiki PAS dan membawa gelombang pemikiran baru di kalangan anak muda berjalan lancar. Kemuncaknya ialah apabila Ustaz Nasruddin Tantawi dan Ustaz Nik Abduh menjemput saya dan beberapa rakan untuk hadir ke sebuah mesyuarat dengan agenda menyemak Tarbiah, tetapi pada masa yang sama, mengusulkan pembentukan Ulama Pelapis PAS! Jika tidak silap saya, mesyuarat itu adalah sekitar Disember 2007. Wah, ini sudah luar biasa. Saya hanya berharap agar anak muda yang berubah. Tetapi jika ulama pun mahu berubah, ia seperti pucuk dicita ulam mendatang.

Tetapi perubahannya terjadi bermula pada sekitar tahun 2008. Kepulangan ustaz-ustaz muda dari luar negara, membawa idea yang berbeza. Saya mengambil beban kesalahan kerana pada sekitar tahun itu saya amat sibuk dengan kerja, dan dengan rela hati mengundurkan dari daripada unit yang didiami selama ini. Laluan diberikan kepada ustaz-ustaz muda ini tanpa sebarang prasangka.

Akan tetapi sedikit demi sedikit, saya semakin tidak berkenan dengan wacana yang dibawa. Kupasan saya tentang konsep Kepimpinan Ulama dibalas dengan sanggahan yang membimbangkan. Tidak mengapa jika pandangan saya tidak ditanggap dengan tepat lalu saya dituduh cuba menyamakan ulama Islam dengan paderi gereja zaman gelap Eropah.

Tetapi yang lebih saya khuatirkan ialah apabila logik yang dibawa untuk mempertahankan Kepimpinan Ulama ketika itu ialah, "jika ulama memimpin, ulama merujuk kepada Allah dan Rasul, dan kepimpinannya Allah bantu. Tetapi jika profesional memimpin, mereka hanya menggunakan logik akal. Justeru kamu mahu kepimpinan yang bagaimana?"

Soalan ini sangat berbahaya.

Saya bertengkar dengan rakan-rakan profesional kerana mereka 'buy' idea ini. Saya dukacita sebab graduan-graduan UK yang pro PAS, mereka ini di kaca mata negara adalah aset. Tetapi apabila mereka berada di dalam PAS, mereka berada di kedudukan yang mensesiakan kepintaran dan profesionalisme masing.

Pada masa itu, di dalam pertengkaran saya dengan golongan profesional ini, saya yang sedang marah menyebut, "jika dahulu, ana rasa masalah dalam PAS ini adalah ustaz-ustaz yang jumud. Tetapi sekarang ini ana tambah di hujungnya bahawa masalah dalam PAS ialah ustaz-ustaz jumud yang dilindungi oleh para profesional yang bengap!"

Kenyataan saya ini dibalas oleh S/U MSU bahawa bai'ah saya terbatal sebab saya menyanggah keputusan syura. Saya berkeras bahawa bai'ah saya bukan dengan 'ustaz', tetapi dengan Allah dan Rasul.

Saya mewacanakan idea Kepimpinan Ulama bukan kerana saya ada apa-apa kepentingan tentang siapa yang nak memimpin PAS. Saya tiada masalah dengan siapa nak jadi pemimpin. Sejak awal pembabitan saya dengan PAS, saya sentiasa jauh daripada hal ehwal kepimpinan di atas, apatah lagi untuk berpihak kepada mana-mana kem, di zaman yang ada kem-kem tertentu.

Tetapi saya menyanggah idea Kepimpinan Ulama ini sebab ia merosakkan kognitif anak muda melalui wacana yang pelik. Semenjak 2008 ke 2010, saya sudah sangat khuatir kerana di peringkat perkaderan, yang dominan adalah pembulian pemikiran, dengan jargon-jargon wala, bai'ah, tsiqah tidak tsiqah.

Apabila saya hadir ke kampus-kampus untuk berceramah tentang cinta, selepas habis program, ada ahli Jemaah Islam Kampus meminta bertemu dengan saya di tengah malam untuk meluahkan rasa bimbang dan sedih mereka tentang pembulian fikrah, label melabel, dan penyenaraian hitam ustaz yang berfikrah seperti saya.

Saya hanya mengangguk, memberi semangat, namun menyalahkan mahasiswa itu sendiri. Sebabnya, di zaman saya, kalau ada ustaz ceramah merepek, kami akan tanya, bantah, tegur, dan sesekali melawan. Tetapi kalian hanya mengeluh di belakang. Maka saya hulurkan rasa faham, tetapi saya tidak simpati. Jika kalian nampak masalah ini, kalian wajib menyuarakannya. Sok sek di belakang, ia tidak ke mana.

Bagi sahabat-sahabat yang akrab, mereka tahu yang saya sudah pun hilang kepercayaan tentang keupayaan PAS untuk berubah, seawal 2008. Biar pun ketika itu politik PAS berada di tahap yang amat memberangsangkan, namun di peringkat perkaderan ia penuh kebimbangan.

Desakan demi desakan yang diajukan kepada pimpinan Pusat bahawa mahasiswa mahasiswi pro PAS ada banyak masalah tidak diendahkan mereka. Apa yang penting bagi pimpinan ketika itu ialah meminta laporan setakat mana mahasiswa pro PAS atau tidak. Apabila masalah di kalangan mahasiswa dan mahasiswi ini dibiarkan, saya menjangkakan masa depan PAS akan ada banyak masalah.

Menuju usia 40, saya tidak mahu hidup saya dibelenggu konflik dan masalah. Biar pun sudah tiada apa-apa jawatan di dalam PAS, saya tidaklah pula mengisi hari dengan aktiviti jahiliah atau tak tahu nak buat apa. Malah kehidupan selepas tiada jawatan di dalam PAS adalah lebih sibuk. Sesekali ada kawan menjenguk ke rumah, bertanya khabar. Semuanya saya raikan.

Namun di hujung pertemuan, mereka akur bahawa saya sudah hilang keyakinan terhadap keupayaan PAS untuk berubah. Politik itu seperti buih. Ia boleh ditiup menjadi besar dan cantik. Tetapi perkaderan itu 'real'. Jika perkaderan sudah dimakan anai-anai, rumah yang teguh menunggu rebah.

Kemuncaknya, apabila Muktamar PAS 2014 berlangsung di Johor, saya sudah membulatkan hati. Sepanjang muktamar, dunia menyaksikan sebuah parti Islam bersorak sorai, boo, label melabel, dari atas hingga ke bawah, dan doa dipakai untuk menyindir sesama ahli. PAS sudah tidak lagi komited dengan identiti Islam.

Pada tahun itu, saya koyak sijil keahlian PAS seumur hidup saya dan saya hanya simpan cebisan bertulis Bismillah, ayat 7 Surah Muhammad dan tandatangan al-Marhum Ustaz Fadzil Noor kerana itu sahaja yang bagi saya masih berharga untuk disimpan, dan dikenang dalam kesedihan.

BERSIH 2.0: Lepas raya turun ke jalan raya?

Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH 2.0) membayangkan untuk mengadakan sebuah lagi demonstrasi selepas hari raya nanti.

"Bersempena dengan hari raya Aidilfitri ini, BERSIH 2.0 menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada yang terkasar bahasa dan terlepas kata.

"BERSIH 2.0 juga dengan rendah hati berharap agar rakyat Malaysia semuanya bersedia, andainya sekali lagi kita perlu turun ke jalan raya bagi mendesak perubahan di negara tercinta," kata jawatankuasa BERSIH 2.0 dalam kenyataan medianya.

Dalam perutusan Aidilfitrinya, jawatankuasa BERSIH 2.0 juga melahirkan kebimbangan berhubung pelbagai kejadian yang berlaku kebelakangan ini terutamanya berhubung isu "rompakan harta rakyat" dan "rusuhan Low Yat".

Bagaimanapun, jawatankuasa itu berkata apa yang lebih membimbangkan ialah pihak keselamatan mengambil masa lebih lima jam untuk meleraikan kekecohan tersebut walaupun kejadian itu berhampiran ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur.

Berani bererti sanggup tolak perkauman


pix dyana
Oleh Dyana Sofya
Pada hari Sabtu yang lalu kita dikejutkan dengan kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur sehingga menyebabkan keganasan dan kerosakan harta benda bernilai RM70,000. Sehubungan dengan itu, satu lagi kekecohan berlaku pada Ahad malam di Plaza Low Yat sehingga menyebabkan lima orang cedera termasuk dua anggota media.
Laporan beberapa media mengatakan insiden ini bermula apabila seorang individu didapati mencuri telefon bimbit dan telah diserahkan kepada pihak berkuasa, dan dilepaskan. Sejurus itu, individu terbabit datang semula bersama rakan-rakannya dan menimbulkan kekacauan di dalam Plaza Low Yat.
Pihak yang tidak bertanggungjawab pula menyebarkan pelbagai khabar angin melalui sosial media dan meniup api perkauman di dalam insiden ini sehingga membawa kepada situasi penuh beremosi.

Budaya samseng
Saya mengutuk keganasan yang berlaku di Plaza Low Yat. Ini merupakan contoh penularan budaya samseng di kalangan anak muda. Hanya dengan isu satu telefon bimbit berpuluh anak muda turun ke Low Yat menggunakan keganasan untuk membuat sesuatu tuntutan yang tidak pasti. Budaya samseng yang menular di kalangan anak muda jika tidak dibendung mampu membawa kepada bahana yang lebih besar. Masakini budaya samseng berada di mana-mana, di jalan raya, rapat umum, kancah politik, padang bola dan juga media sosial!

Politik dan dasar perkauman perlu ditolak, elak kejadian rusuhan berulang


CJuLUG6UYAEBnqQ.jpg-large


IPOH, 15 JULAI: Punca insiden curi telefon bimbit di Plaza Low Yat memang bukan isu kaum tetapi rusuhan berikutan kejadian di kawasan membeli belah Kuala Lumpur tersebut merupakan masalah perkauman.
Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menangani persoalan yang menjadi tumpuan rakyat – bagaimana kejadian mencuri yang sekecil itu boleh merebak menjadi isu perkauman semata-mata kerana provokasi dan pembohongan melalui internet?
“Hakikatnya, selepas negara merdeka sejak 1957, perpaduan kaum masih rapuh. Pentadbiran Barisan Nasional berdekad lamanya gagal mengukuhkan hubungan antara kaum, sebaliknya semakin regang,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berpendapat bahawa masalah pemisahan antara kaum itu berpunca daripada politik dan dasar-dasar yang berasaskan kaum yang diamalkan oleh UMNO dan BN.
Beliau berkata, sudah sampai masanya politik dan dasar-dasar berasaskan kaum ditolak untuk memberi ruang kepada dasar-dasar serta usaha yang lebih inklusif dan adil.

DAP “cauvinis” kerana mahu rakyat diberi hak mengundi di peringkat akar umbi?


TRP_resize_watermark_170514_limkitsiang_L-940x470


 KUALA LUMPUR, 15 JULAI: Hampir 90% daripada kesemua 148 pihak berkuasa tempatan di Malaysia adalah kawasan majoriti orang Melayu. Tetapi pucuk pimpinan PAS telah menuduh DAP “cauvinis” kerana menuntut pilihanraya tempatan diadakan agar rakyat, khususnya orang Melayu, mempunyai hak membuat keputusan di peringkat akar umbi.
Sehubungan itu, DAP kesal dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkan meniru fitnah UMNO dan kumpulan rasis kerana menggelar parti sosial demokrasi pelbagai kaum itu sebagai “cauvinis”.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, tuduhan Hadi menjadi lebih teruk kerana dakwaan “cauvinis” itu ditujukan terhadap usaha DAP untuk mengembalikan demokrasi di peringkat akar umbi.
“Kalau ya pun Hadi mahu mengkritik DAP, biarlah kemukakan kritikan yang ‘original’ dan kreatif, dan bukannya meniru cara propagandis dan ‘cybertrooper’ pro-UMNO yang penuh dengan fitnah dan pembohongan,” katanya dalam satu kenyataan, sebagai membalas dakwaan Hadi yang dilaporkan membuat tuduhan tersebut terhadap DAP, sebagaimana yang petik media massa pada Ahad lalu.
Malah Kit Siang turut bertanya: “Adakah Hadi benar-benar faham makna ‘cauvinis’?”
Semakan kamus memperlihatkan bahawa “cauvinis” bererti orang yang bersikap melampau terhadap kaum, agama, atau negara, iaitu bersifat fanatik dan berat  sebelah, dan memandang rendah orang lain.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menasihatkan Hadi supaya jangan mudah percaya dengan fitnah golongan rasis kerana tuduhan kononnya DAP (baca:kaum Cina) akan menguasai kawasan orang Melayu melalui pilihanraya tempatan adalah satu pembohongan besar yang tidak masuk akal.
Katanya, alasan yang tidak masuk akal dan kurang cerdik itu tidak boleh dipakai kerana:
  1. DAP tidak menguasai 60% kawasan Dewan Undangan Negeri di Malaysia kerana Pakatan Rakyat (yang telah terbubar apabila Muktamar PAS memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP) gagal memenangi lebih 50% kawasan DUN pada pilihanraya umum ke-13. Ketiga-tiga parti – PAS, PKR dan DAP – hanya menang 229 kerusi DUN atau 45% daripada kesemua 505 kerusi DUN di negara ini.
  2. DAP bukan dan tidak pernah mahu menjadi parti untuk kaum Cina atau mana-mana kaum dan agama kerana ia beriltizam sebagai parti untuk semua rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama.
  3. Usaha menghidupkan kembali pilihanraya tempatan adalah matlamat asal DAP sejak penubuhannya pada 1966, dan Kit Siang mempunyai bukti jelas tentang hal itu melalui ucapan-ucapan beliau di Parlimen sepanjang tahun 1971-74.
Beliau juga menyatakan bahawa amat rasis, berbahaya dan tidak bertanggungjawab untuk menuduh bahawa pilihanraya tempatan akan menguntungkan kaum Cina dan merugikan Melayu.

Penubuhan GHB menongkah arus, tak bermaruah - Nasrudin Hassan.


Post Pic

SHAH ALAM: PAS menyifatkan penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) oleh kumpulan progresif PAS menongkah arus politik serta mengelirukan masyarakat, kata Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan.
Malah menurut beliau, langkah kumpulan berkenaan juga disifatkan tidak bermaruah kerana masih lagi ahli PAS.
"Tindakan G18 (kumpulan progresif PAS) sangat tidak bermaruah. Mereka masih lagi ahli PAS, ini merosakkan PAS dari dalam. Tindakan mereka itu adalah satu pengkhianatan kepada ahli dan parti."
"Ia satu kesalahan dan pastinya mereka akan dirujuk kepada tindakan disiplin parti berasaskan peruntukan perlembagaan PAS yang sedia ada," katanya dalam Facebook rasmi PAS.
Dakwa Nasrudin, GHB hanya mampu menarik individu yang berkepentingan dan mempunyai agenda tertentu selaras dengan tujuan ia ditubuhkan.
"Individu yang punya rasa sayang pada PAS tidak akan tergamak meninggalkan PAS semata-mata mereka tidak menang dalam pemilihan muktamar atau semata-mata pemimpin pilihan mereka kalah," ujar beliau.
"Langkah awal mereka adalah songsang dan akhirnya mereka menyongsang arah. Malangnya mereka berjaya mengelirukan sebahagian kecil ahli PAS dengan pembawaan dan ajaran songsang mereka untuk menubuhkan satu lagi parti kononnya parti berteraskan Islam."

Pas-DAP tidak mungkin berbaik semula kata Ketua Penerangan

 Pas-DAP tidak mungkin berbaik semula
SHAH ALAM – Cukup, cukuplah DAP! Itu isyarat diberikan Pas yang tidak mahu lagi terjatuh ke dalam lubang yang sama sampai dua kali dalam menjalin kerjasama politik dengan parti itu.
 
"Untuk masa terdekat ini, memang sukar untuk kita berbaik semula dengan DAP. Kita tidak mahu masuk lubang yang sama sampai dua kali," kata Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan ketika ditanya mengenai kemungkinan dua parti pembangkang itu 'rujuk' semula setelah membatalkan tahaluf siyasi yang dijalin sejak 2008.
 
Ini berikutan kenyataan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang baru-baru ini membayangkan kemungkinan dua parti berkenaan bersekutu semula pada masa akan datang.
 
Mengulas kenyataan itu, Nasrudin berkata: "Jika DAP mahu buat 'U-Turn', kepimpinan Pas kena tengok balik kedudukannya macam mana. Setakat ini, DAP sudah dua kali keluar dari pakatan pembangkang iaitu pertama kali ketika Barisan Alternatif, dan kini PR. Apa yang saya boleh kata, buat masa ini, sukar (untuk berbaik semula)."
 
Nasrudin berkata demikian ketika menjawab soalan dalam sesi dialog bersama pengurusan dan wartawan kanan Sinar Harian ketika berkunjung ke pejabat akhbar ini di sini, semalam. 
 

Rafizi sertai jelajah Gerakan Harapan Baru


Rafizi Ramli

SHAH ALAM – Naik Presiden PKR, Rafizi Ramli mengesahkan akan menyertai jelajah yang dianjurkan oleh Gerakan Harapan Baru selepas Aidilfitri ini.
 
Beliau yang menyambut baik pengumuman dan pelancaran Gerakan Harapan Baru berkata, beliau akan terus menyokong gerakan tersebut selain bakal memberikan kerjasama baik bagi melancarkan operasi serta matlamat gerakan itu.
 
“Gerakan yang diketuai oleh Mohamad Sabu dan dipimpin oleh tokoh-tokoh yang telah lama berjuang menentang Umno ini adalah satu perkembangan baik pada kala rakyat mencari-cari jawapan kepada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda negara sekarang.
 
“Saya kenal rapat dengan tokoh-tokoh ini dan telah bersama-sama mereka memperjuangkan isu rakyat selama ini. Malah, rekod mereka berjuang untuk membawa perubahan di dalam negara adalah berkali ganda lebih lama dari saya dan pimpinan muda yang lain,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.
 
Rafizi dalam pada itu turut menyuarakan keyakinan terhadap gerakan tersebut. 
 

Isu kewangan negara tenat buat rakyat keliru - Ku Li

SHAH ALAM – Rakyat sebenarnya terkeliru kerana terlalu banyak dakwaan mengenai penyelewengan dana melibatkan pemimpin negara dan badan pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
 
Walhal katanya, semua dakwaan yang disebarkan berkaitan isu tersebut hanya satu isu yang tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak.
 
Tengku Razaleigh Hamzah “... kita sedang dibanjiri berita buruk mengenai keadaan tenat kewangan negara. Berbagai kontroversi serta kononnya skandal kewangan besar-besaran yang menjadi buah mulut hangat diperkatakan di media sosial. Rungutan mengenai keadaan buruk ini kedengaran di sana-sini. Kedudukan tersepit syarikat pelaburan negara, 1MDB, tidak kurang diperkatakan.
 
“Bagaimanapun apa yang nyata ialah semuanya ini cuma omong kosong yang tidak membawa apa-apa faedah. Hakikatnya rakyat kini terkeliru kerana terdapat terlalu banyak kenyataan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya dan tidak mencerminkan keadaan sebenar,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.
 
Beliau dalam pada itu turut menyeru kepada semua pihak khususnya pemimpin negara untuk berusaha bersama-sama dalam membantu mengatasi masalah tersebut.
 
“Kita menaruh penuh harapan agar masih ada lagi maruah di negara tercinta ini. Juga diharapkan akan tampil budiman bermaruah yang mampu memberi keterangan berasaskan fakta berkaitan yang ada pada mereka demi mententeramkan keadaan.
 

Dakwaan skandal Australia tak berasas kata PMO

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan dalam akhbar Australia bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai kaitan dengan skandal rasuah antara 1999 hingga 2004.

PMO menyifatkan dakwaan itu sebagai “usaha terdesak” untuk mengaitkan Najib dengan dakwaan salah laku orang tengah itu.

PMO berkata artikel itu tiada walau satu pun dakwaan langsung tentang perdana menteri.

Ia bagaimanapun tidak mengulas dakwaan The Age dan Sydney Morning Herald bahawa pihak berkuasa Malaysia enggan bekerjasama dengan penyiasat Australia.

Kedua-dua akhbar itu mendakwa Jabatan Peguam Negara Komanwel telah membuat permintaan bantuan bersama untuk penyerahan maklumat sensitif berkaitan urusan kewangan sekumpulan rakyat Malaysia.

Mereka digambarkan sebagai orang tengah dalam dakwaan rasuah pegawai kerajaan untuk memastikan kontrak untuk dua syarikat Bank Rizab Australia untuk mencetak wang polimer untuk Malaysia.

Orang tengah itu dikatakan mempunyai kaitan dengan pegawai dalam pejabat Najib dan perdana menteri sebelum itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dedahkan laporan interim 1MDB Ketua Audit Negara kepada umum

Najib-1MDBSHAH ALAM 15 JUL: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu laporan interim Ketua Audit Negara terhadap 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) didedahkan kepada umum.
Wan Azizah berkata tidak adil dan tidak wajar untuk merujuk isi kandungan dokumen yang kononnya menyatakan, tiada sebarang bukti salahlaku, walhal orang ramai tidak boleh mengesahkan kesahihan kenyataan tersebut.
Katanya, kenyataan Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah bukan sahaja tidak memperjelaskan isu sebenar, malah ia menambah kekalutan dan cuba mengelirukan orang ramai hakikat sebenar yang berlaku.
“Ini kerana orang ramai dihalang dari membaca laporan tersebut, bagaimana boleh menyimpulkan sama ada kenyataan Husni itu benar atau palsu,” kata Wan Azizah dalam kenyataan media.
Katanya, Ketua Audit Negara diarah Perdana Menteri dan Kabinet untuk menjalankan audit, bagi memastikan sama ada sebarang salahlaku berlaku di dalam operasi dan pengurusan 1MDB.
Jumlah hutang yang mencecah RM42 bilion amat merisaukan orang ramai, terutama pelabur antarabangsa dan tempatan.
“Oleh kerana audit ini dilakukan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan sepenuhnya operasi dan pengurusan 1MDB kepada umum, maka saya menggesa agar Laporan Interim Ketua Audit Negara ini didedahkan kepada umum serta-merta,” katanya.