Selasa, 14 Julai 2015

Cakaplah apa sahaja, Gerakan Harapan Baru sedia mendengar!

Hanipa Maidin

Macam macam yang dikatakan ke atas Gerakan Harapan Baru. Ada yang mengaitkan dengan golongan Islam liberal. Ada yang mengatakan ia akan hanya bertahan dua tahun sahaja .

Ada yang menyamakannya dengan pertubuhan pertubuhan politik serpihan daripada Pas seperti Hamim yang tidak akan bertahan lama.Ada yang mengaitkan ia pertubuhan orang orang kecewa kerana kalah dalam pemilihan Pas dan banyak lagi tuduhan tuduhan nakal dan liar ke atas GHB

Sebagai pertubuhan yang meraikan kebebasan bersuara maka GHB mengucapkan terima kasih kepada semua golongan yang memberikan pendapat mereka mengenai GHB.

Pendapat pendapat yang diberikan tersebut bukan sahaja perlu dihormati malahan perlu juga diambil kira GHB. Tidak rugi mendengar pendapat yang berbeza seperti mana tidak untung mengangap kepelbagaian pendapat satu masalah.

Teruslah bercakap kami ( GHB ) sedia mendengar !!! Memandangkan wujudnya pelbagai tuduhan ke atas GHB maka tidak salah untuk GHB membuat serba sedikit klarifikasi , bukan bertujuan memuaskan hati mana mana pihak jauh sekali semua orang, sebaliknya ianya lebih kepada menjelaskan serba sedikit kekaburan yang menjejaskan pandangan setengah pihak tentang GHB.

Jika kekecewaan yang dikatakan mencetuskan wujudnya GHB ia tuduhan yang betul dan salah dalam nafas yang sama. Majoriti penggerak GHB adalah mereka yang terlibat dalam Pas sebagai pemimpin utama sama ada di peringkat nasional atau negeri khususnya.

Sayang dan cinta mereka kepada Islam tidak pernah padam dulu, kini dan selamanya insyaAllah. Ironinya jika mereka bersama dengan Pas sebelum ini kerana Islam , jika GHB ditakdirkan menubuhkan wadah siyasah yang baru, insyaAllah Islam juga penyebab kepada keputusan penubuhan wadah siyasah tersebut.

Sebagai pimpinan utama dalam Pas sebelum ini, penggerak penggerak GHB bukan sahaja mahu Islam berdaulat di negara ini mereka juga mahu Islam dihormati semua lapisan masyarakat..Islam yang jika berjanji tidak akan khianati janji itu..

Islam yang jika memerintah pemimpinnya bertaqwa, berintegriti, amanah, cekap , jujur dan peduli rakyat. Islam yang bukan sahaja bercakap dan berslogan Islam itu rahmat untuk semua namun slogan rahmatnya hanya kekal slogan dan tidak dirasai manusia di kelilingnya.

Ya, penggerak GHB memang kecewa tapi mereka bukan kecewa dengan kekalahan dalam muktamar. Sebaliknya mereka kecewa kerana gerakan Islam yang mereka infaqkan diri , harta benda dan masa mereka tidak lagi gerakan Islam yanh mereka kenal dulu..kini gerakan Islam itu merasakan hanya kerana ia menggelarnya gerakan Islam maka apa sahaja yang ia lakukan , meskipun tidak mencerminkan Islam yang sebenar dan Indah, tetap dikira Islam kerana ia dianggap memonopoli definisi dan apa sahaja yang dikaitkan dengan Islam.

Adakah Gerakan Harapan Baru ialah cebisan teka teki yang hilang?

oleh Robin Stanley Augustin
Nampak gayanya kita akan mempunyai sebuah parti politik baru tidak lama lagi. Parti baru tersebut, Gerakan Harapan Baru (GHB) dianggotai oleh bekas pemimpin “progresif” PAS yang disingkirkan daripada jawatan kanan PAS oleh pihak “konservatif” dalam muktamar parti bulan lepas.
Adakah GHB akan menjunjung nama besarnya?
Bekas timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu, lelaki disebalik penubuhan parti itu, berkata yang parti itu akan berasaskan prinsip inklusif, progresif dan keprihatinan kepada rakyat.
Dia tidak menerangkan secara jelas pendirian GBH tentang hudud, hanya mengatakan bahawa parti itu akan mematuhi prinsip demokrasi berparlimen dan rundingan apabila membincangkan undang-undang Syariah.
Parti itu akan menerima sokongan tokoh terkemuka PAS seperti bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub, Mujahid Yusof Rawa, Dr Dzulkefly Ahmad, MP Sepang Hanipa Maidin, MP Shah Alam Khalid Samad dan bekas menteri besar Selangor Muhammad Muhd Taib, kesemua mereka akan membentuk jawatankuasa penganjur parti tersebut.

Walaupun barisan parti baru ini dipenuhi oleh bekas pemimpin atasan PAS ia bukan sesuatu yang mengejutkan, persoalan sebenar samada parti ini mampu membawa perkara baru ke dalam lanskap politik Malaysia.
Atau GHB hanya merupakan olahan semula PAS, yang lebih berwajah progresif dan lebih fleksibel?
Tidak seperti PAS, GHB terbuka kepada semua orang, termasuk yang bukan Islam. Tetapi ada perkara yang lebih diperlukan berbanding kepelbagaian kaum, atau dalam kes GHB, parti politik pelbagai agama.
Sukar untuk GHB mengubah tanggapan yang ia bukanlah parti serpihan PAS.

PAS putus kerjasama dengan DAP sesuai dengan kehendak Allahyarham Nik Aziz kata Nik Abduh...


Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata bapanya Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga bekas Mursyidul Am PAS pernah menyatakan pandangan akhir di mana jika ingin berpecah biarlah DAP yang memulakannya terlebih dahulu.

Tindakan PAS yang memutuskan hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP dalam pakatan pembangkang adalah satu keputusan yang betul dan selaras dengan kehendak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata bapanya yang juga bekas Mursyidul Am PAS pernah menyatakan pandangan akhir di mana jika ingin berpecah biarlah DAP yang memulakannya terlebih dahulu.

"Dia pesan kepada saya jangan berpecah dengan DAP sehingga DAP sendiri buat keputusan untuk kerat (putus) dengan PAS, harapannya kalau terpaksa berpecah biarlah DAP yang mulakan dahulu dan itu berlaku.

UMNO masih kuat walau hilang sokongan kaum lain...siapa percaya angkat telinga..!!!

Sesetengah pihak yang hendak menyerang UMNO sedar bahawa keyakinan ahli UMNO akan hilang jika Presiden UMNO jatuh.
Nazir-Hussin-Akthar-Hussin
KUALA LUMPUR: UMNO masih mampu bertahan dan relevan walaupun dilanda pelbagai masalah yang mempertikaikan kredibiliti Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
EXCO Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akthar Hussin berkata, sejak pemerintahanTun Abdul Razak Hussein sehingga kini, UMNO kekal relevan walaupun telah hilang sokongan kaum lain.
“Sampai ke hari ini kita masih kuat walaupun hilang sokongan kaum lain, tetapi kita masih bersatu di peringkat Pusat,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Jom Balik Kampung di Terminal Bersepadu Selatan pada Selasa.
Nazir berkata, sesetengah pihak yang hendak menyerang UMNO berpendapat bahawa keyakinan ahli UMNO akan terjejas jika Presiden UMNO sendiri jatuh.
“Mereka tahu, jika Perdana Menteri jatuh, parti akan jatuh. Tetapi jika mereka berhasrat untuk goyangkan parti, mereka sedar mereka tidak boleh,” tegasnya.
Ini dapat dilihat sokongan setiap Pemuda UMNO di setiap peringkat masih utuh bersama Barisan Nasional dan UMNO, katanya.

Anthony Loke: Orang Yang Ambil Rasuah Tak Kena Siasat, Orang Yang Bongkarkan Rasuah Kena Siasat

WOWW !!.. Najib nak jadi PM selama macam Tun Mahathir ka...


Raya Dulu...Raya Sekarang...!!!









Orang Najib, Pak Lah dikaitkan dengan skandal cetak wang, lapor akhbar Australia

Ketika sedang disiasat berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikaitkan dengan satu lagi skandal rasuah, kali ini melibatkan kontrak mencetak wang kertas polimer, lapor akhbar Sydney Morning Herald (SMH).

SMH melaporkan permintaan Canberra untuk maklumat dari Putrajaya membabitkan dua firma Bank Rezab Australia, tidak dipenuhi.

Memetik sumber, harian itu mendakwa pegawai-pegawai kanan kerajaan Australia maklum akan maklumat risikan yang mengaitkan individu dalam pentadbiran Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam kes itu.

Malaysia, kata laporan itu, tidak mempedulikan permohonan bantuan rasmi dari Jabatan Peguam Negara Komanwel untuk memberikan maklumat yang disifatkan sensitif, berkenaan urus niaga kewangan sekumpulan orang tengah.

Kes ini mencetuskan pendakwaan terhadap beberapa ahli perniagaan Australia yang bekerja dengan Percetakan Wang dan Matawang Keselamatan Australia, laporan SMH dipetik.

Menurut laporan itu, pegawai Malaysia didakwa disogok dua syarikat itu bagi memperolehi kontrak menukar wang kertas kepada polimer di antara tahun 1999 sehingga 2009.

Sebahagian daripada orang tengah yang korup itu dikatakan rapat dengan pejabat Najib dan Abdullah, laporan itu menambah.

Menurut SMH, wakil perundangan Najib menolak dakwaan itu dan mengancam mereka dengan tindakan undang-undang.

Nasihat kepada rakyat Malaysia yang lucu- tolong jangan melawak tentang 1MDB!

oleh Edmund Lee
Saya tidak pasti bagaimana mereka melakukannya, tetapi Kerajaan Bhutan berbangga menjadikan negara mereka sebagai antara sebilangan kecil negara di dunia yang mengukur Keluaran Kebahagian Negara (GNH) sebagai salah satu ukuran kesejahteraan rakyatnya.
Nampaknya ia berkesan kerana penduduk Bhutan dilaporkan secara umumnya lebih bahagia dan diperintah dengan baik oleh seorang raja monarki yang mengutamakan rakyat, seorang graduan dari Magdalen College, University of Oxford.
Mereka tidak mahu ekonomi yang berasaskan duit, ketamakan dan kekejaman individualisme mengambil alih budaya yang berasaskan kekeluargaan, alam semulajadi dan kemanusiaan.
Pastinya Raja Bhutan mengetahui apa yang dilakukannya, mengambil kira kelulusan akademiknya yang menakjubkan dan kepimpinan yang teguh.
Bolehkan Indeks Keluaran Kebahagian Negara ini dilaksanakan di Malaysia?
Mungkin tidak, apatah lagi dalam keadaan sekarang.
Tidak banyak yang boleh diketawakan buat masa sekarang di Malaysia kecuali kerajaannya.
Malah ketawa terbahak-bahak juga boleh dianggap menyinggung pihak agama dan penjaga moral yang telah dilantik dalam kalangan kita yang diberikan kuasa untuk mengawal hak paling asas kita- hak untuk kebahagiaan.
Kartunis malang kita sentiasa dibawah pengawasan, para pelawak juga terpaksa menjaga bahasa mereka- wit dan jenaka nampaknya sukar berlaku, begitulah nampaknya.
Teater Inggeris mungkin terkenal dengan ‘Phantom of the Opera’ mereka. Malaysia juga mempunyai versinya sendiri iaitu ‘Phantom Voters at The Ballot Box’.
Kerajaan kita nampaknya tidak boleh diperlekehkan atau digelakkan walaupun mempunyai ramai ‘menteri pelawak’ yang menggunakan kedudukan mereka berulang kali mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan gelak sehingga pelawak profesional sendiri tercabar untuk setanding mereka.
Kita telah berulang kali diingatkan oleh pihak penguatkuasa yang berdedikasi supaya menghalang diri daripada mengeluarkan kenyataan menghasut, tidak kisahlah selucu manapun-kalau mereka anggap ia hasutan, maka hasutanlah ia.
Ironinya, dalam usaha mengagumkan rakyat dengan keseriusan masalah, mereka sendiri tunggang langgang dengan menjadikan isu kecil sebesar-besar masalah.
Jenaka tentang perdana menteri kita atau ‘Wanita Pertama’ kita akan diberikan amaran supaya dikeluarkan dalam keadaan ‘sulit dan persendirian’. Garis panduan utama ialah- bukak mulut anda dan pandai-pandai tanggung akibat!
Mengancam kita dengan Akta Hasutan mungkin boleh menggerunkan. Tetapi, melakukannya berulang kali menjadikan kita kebosanan dan bangkit menentang.
Apa yang melucukan tentang perkara tersebut?
Ketawa boleh menyebabkan kita ditimpa masalah dan lawak terbesar antara semua – ‘1MDB’ kini disahkan sebagai perkara yang tidak boleh digelakkan.

1MDB serlahkan keperluan pemeriksaan dan imbangan bebas

oleh Hazlan Zakaria
"Melalui sikap tidak bermoral manusia mendapat apa yang kelihatan menarik, mengatasi musuh-musuhnya, tetapi binasa di akarnya," tulis Rabindranath Tagore di penghujung bukunya, Words of Freedom.
Ungkapan yang dikaitkan dengan orang bijaksana yang tidak dinamakan ini menceritakan kekecewaan beliau terhadap keadaan di India pada masa itu, sama seperti Malaysia kita sekarang – dengan siasatan ke atas 1MDB dan pemindahan berbilion ringgit dijalankan oleh mereka yang paling terancam.
Kerana pegawai-pegawai lantikan politik yang tiada jawatan parlimen ini, terhutang budi dengan mereka yang disiasat.
Negara kita duduk di persimpangan jalan, yang bertanyakan kita soalan-soalan, menuntut kita meminta akauntabiliti daripada reka bentuk cacat sistem tadbir urus kita.
Tetapi cerita ini bermula lama dahulu, dan di mana kita berada sekarang bukanlah satu kebetulan.
Kita hidup pada satu zaman di mana kuasa kerajaan kita terlalu bertumpu di tangan beberapa orang yang memegang kuasa itu, melalui arahan-arahan yang mengekalkan kuasa dalam cengkaman mereka.
Ini sehinggakan institusi pemerintahan, periksa dan imbang yang sepatutnya menjauhkan diri daripada bergantung kepada mereka yang diamanahkan dengan kuasa eksekutif, sebenarnya terhutang budi, diberi makan dan dijinakkan, oleh mereka yang mencengkam kuasa.
Begitulah mereka yang tidak bermoral dan perbuatan jahat mereka, orang-orang yang berulang-ulang membuat keuntungan, sentiasa lapar dan tidak pernah puas, melalui cara mereka yang tamak.
Mereka mahukan apa yang menarik, tetapi mengelakkan satu-satunya tanggungjawab yang mereka sepatutnya sampaikan; untuk memerintah dengan bijak dan menjaga amanah rakyat.
Sebaliknya mereka memerah kekayaan negara dan menekan rakyat dengan jari-jemari tamak mereka.

Dan semua yang mereka anggap musuh, yang berani untuk menyuarakan kritikan, akan mendapati diri mereka berada di hujung laras senapang skuad penembak, sama ada secara harafiah atau tidak.
Dan semua kekayaan yang mereka ragut, mereka cengkam tanpa rasa malu.

Badlisyah CIMB letak jawatan

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Badlisyah Abdul Ghani akan meletakkan jawatan berkuat kuasa 15 Ogos. – Gambar dari Facebook, 14 Julai, 2015. 
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Badlisyah Abdul Ghani akan meletakkan jawatan berkuat kuasa 15 Ogos. 

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Badlisyah Abdul Ghani yang secara terbuka mempertikaikan dokumen digunakan oleh The Wall Street Journal (WSJ) mengenai pemindahan dana ke akaun bank peribadi perdana menteri akan meletakkan jawatan berkuat kuasa 15 Ogos, lapor The Edge Markets. Badlisyah pada mulanya berkata, terdapat percanggahan dalam kod 'Swift' yang disebut dalam dokumen yang dimuat naik WSJ ke Internet bagi menyokong laporan pada 2 Julai mengenai kira-kira AS$700 juta wang dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di AmBank di Kuala Lumpur.
Beliau menyatakan analisisnya terhadap kod swift itu pada akaun Facebooknya, dengan berkata ia adalah bukti dokumen yang digunakan WSJ adalah "satu penipuan sebenar", tetapi kemudiannya diperbetulkan selepas portal berita Malaysiakini mendedahkan kesilapannya.

Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak pada keesokannya berkata Badlisyah akan disiasat pihak bank dan meminta maaf atas perkara itu. Nazir berkata Badlisyah menyentuh mengenai perkara teknikal "di mana beliau tidak boleh mengulas".
Menurut kenyataan CIMB Islamic Bank kepada Bursa Malaysia, ia memilih Mohd Shafri Shahul Hamid sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap bank itu dan bersetuju supaya Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan kumpulan memulakan proses mengenal pasti CEO baharu untuk bank berkenaan.
"Kami menghormati keputusan Badlisyah," kata Pengerusi CIMB Islamic Bank Datuk Dr Syed Muhammad Syed A Kadir.

Kita Tahu Apa Najib Buat Minggu Lalu

Saya bercadang bercakap mengenai Najib, Felda dan FGV. Sesudah memusnahkan Felda, Najib mahu terus memperlekehkan warga Felda.
Sebelum itu, izinkan saya komen sedikit mengenai siasatan pasukan khas keatas skendel akaun Najib di Ambank.
Saya harap pasukan khas ini lakukan apa terbaik untuk kepentingan negara- bukan kepentingan Najib. Objektif kita ialah selamatkan negara- bukan selamatkan Najib dan UMNO. 
Negara tidak hancur lebur jika Najib tidak lagi PM. Yang menghancur leburkan negara ialah kepimpinan yang korap dan incompetent.Kita tidak boleh biarkan negara ditadbir oleh crooks.
Najib boleh lari, tapi dia tidak boleh sembunyi selamanya.
Para pembaca budiman tentu sudah membaca kenyataan Najib bahawa dia yakin pasukan penyiasat khas akan membersihkan nama nya. Ini diikuti oleh kenyataan sokongan dari TPM dan beberapa menteri lain.
Kita semua tahu, ini semua kenyataan untuk menghiburkan diri sendiri. Jika pasukan penyiasat khas terdiri dari 4 Tan Sri yang duduk dibawah Najib membersihkan nama Najib, rakyat akan menghukum Najib dan 4 orang ini.
Sehingga hari ni- majority rakyat percaya itu adalah akaun Najib. Najib pun tidak menafikan nya- dia hanya kata duit itu tidak digunakan untuk  dirinya. Lain disebut, lain dijawab. Ini tipikal Najib. Orang ini tidak pernah boleh menjawab terus terang.
Jika demikian, nyatakan bagaimana duit itu digunakan?
Tapi bagaimana jumlah wang yang begitu besar boleh masuk kedalam akaun tanpa pengesanan dari bnm menjadi tanda tanya. Adakah Zeti Akhtar Aziz sudah di compromise?
Jika dapat clearance dari BNM , bererti Zeti bersubahat dalam suatu kes money laundering yang melibatkan PM Malaysia. The most honourable thing yang Zeti boleh buat ialah meletakkan jawatan sebagai Gabenor bank negara.
Mungkin juga membisu Zeti disebabkan khabar2 angin bahawa suami nya bawah siasatan. Ia berkaitan dengan kontrak mencitak note Ringgit Malaysia. Kedua, ada khabar angin yang menyatakan bahawa suami Zeti ada business deals dengan Jho Low.
Namapaknya, si Jho Low ini mengikat satu rangkaian tokoh2 dalam negara ini untuk memastikan scam untuk curi wang tidak di apa2kan.
Mengenai aliran keluar masuk wang, Najib memang boleh berdiam diri. Jelas sikap demikian kurang cerdik, sebab pembisuan itu tidak lagi dilihat sebagai elegant silence. Malah tokoh yang mempopuarkan frasa elegant silence itu sendiri, sekarang meminta Najib menjawab ya atau tidak.
Tun Musa Hitam pun tidak lagi yakin dengan Najib.
Dia tidak perlu jawab, maka rakyat berhak membuat konklusi mereka sendiri. Konklusi nya ialah Najib seorang crook dan negara kita diperintah oleh crooks yang berusaha mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan diri mereka dengan apa cara sekali pun.
Mengenai wang RM2.6 billion dan RM42 million dari SRC- sama ada ianya digunakan untuk tujuan peribadi, ianya hanya memerlukan pihak bank dan Bank negara mengesahkan perkara tersebut. Butiran transaski dan aliran keluar masuk wang dari akaun tidak dapat disorok.
Najib hendak lari mana? Jadi buat sementara waktu, dia menghiburan diri yang sedang gundah gulana.
Najib dengan warga Felda.

Kerinduan Pas kepada Umno persis rindunya penagih kepada dadah

MSO

Pimpinan Pas yang baharu menolak keras andaian mengatakan mereka akan membawa parti itu bergabung dengan Umno. (Diramalkan penggabungan ini paling lewat akan berlangsung dalam menghadapi pilihan raya akan datang). Dakwaan itu ditolak pagi dan petang walaupun gelagat dan sikap yang ditunjuk mencerminkan yang Pas kini lebih mesra dengan Umno berbanding dengan PKR. DAP sudah pun dihalau jauh.

Saya tidak tahu apakah kenyataan dan pendirian yang dibuat oleh ketua parti itu yang mempertahankan Najib Razak dalam beberapa isu termasuk isu 1MDB, atau seruan-seruan agar Najib diberi peluang dan berdoa untuk kesejahteraanya, bukan satu indikator positif ke arah membawa Pas untuk berkerja sama dengan Umno.

Saya mungkin naif dalam menilai gerak geri fizikal politik Pas ini, apa lagi merasai apa yang tertunjang dalam sanubari mereka. Misalnya situasi yang terpamer di Kelantan sangat menjelaskan kemungkinan itu. MB Kelantan yang mengganti Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahmad Yaakub sudah lebih dua kali berjumpa secara rasmi dengan perdana menteri, Najib Razak.

Tidak cukup dengan aksi itu, perubahan sikap media massa seperti telivesyen dan akhbar "PB", yang sebelum ini menghentam dan menyerang Pas dan kerajaan Kelantan, malam siang tiba-tiba berubah angin dan perangai memberi ruang istimewa kepada pemimpin Pas. Menjadi mesra dan baik dengan kerajaan Kelantan. Mereka tidak lagi loket untuk memberi ruang kepada berita-berita positif mengenai Pas dan kerajaan Kelantan.

Apakah perubahan itu sebagai membuang tabiat buruk kerana ada undang disebalik batu?

Sekali lagi apakah perubahan itu kebetulan, atau ia berlaku kerana mengikut edaran cuaca yang tidak menentukan kini. Maksudnya ia berlaku secara alamiah yang tidak ada sangkut paut dengan semangat dan strategi politik Pas?

Walaupun anggapan saya naif, saya tetap mengira yang Pas ada hati dan keinginan kepada Umno. Pas merindui Umno seperti penagih rasa rindu dengan dadah. Ketiadaan dadah menjadikan mereka "terbawau-bawau" sepertilah Pas terngiau-ingau untuk bersama Umno. Keperluan itu kerana berberapa perkara untuk kebaikan ummah juga. Dalam konteks Kelantan adalah untuk kepentingan rakyat Kelantan. Kedudukan kewangan kerajaan negeri kini sangat terdesak kerana kurangnya pendapatan jadi salah salah satu faktor kenapa Pas mahu berkerjasama dengan Umno. Ia adalah demi survive kerajaanya.

Tun M nasihat supaya tidak melindungi dan menyembunyi fakta jenayah

Seseorang yang tahu tentang perlakuan jenayah tetapi melindungi dan mnyembunyikan fakta jenayah dikira bersubahat dan boleh didakwa.
mahathir_najib_600_1
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak yang tahu jenayah berlaku tetapi melindungi dan menyembunyikan fakta tentangnya dikira bersubahat melakukan jenayah itu.
Katanya, orang yang bersubahat itu boleh dikenakan tindakan undang-undang yang sedia ada di negara ini.
“Mereka boleh disabitkan kesalahan membantu dan bersubahat melakukan jenayah. Mereka juga harus diambil tindakan undang-undang” tulisnya menerusi entri terbaru diblognya.
Mantan Perdana Menteri selama 22 tahun itu berkata, kerajaan Malaysia mahu dilihat sebagai sebuah negara yang benar-benar mempercayai hak asasi manusia, demokrasi dan juga undang-undang.
Namun, apabila pemberi maklumat mendedahkan kesalahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan, secara tiba-tiba mereka yang mendedahkan maklumat itu disabitkan kesalahan, katanya.
“Pihak Kerajaan telah menyatakan bahawa pemberi maklumat harus dilindungi. Secara tidak langsung, mereka berguna untuk masyarakat kita.
“(tetapi) Mereka silap, adakah mereka tidak tahu bahawa pemberi maklumat tidak boleh mendedahkan maklumat yang membabitkan Perdana Menteri. Selain itu boleh (melibatkan orang lain dibolehkan) tetapi tidak Perdana Menteri,” tulisnya.

Kit Siang: WSJ report not in Auditor-General’s brief

A-G Ambrin Buang made it clear to the media last Thursday after meeting PAC members on 1MDB at Parliament House
kit-siang,ag
KUALA LUMPUR: It must be news to everyone that the Auditor-General’s (A-G) terms of reference include probing into the Wall Street Journal report on Friday 3 July alleging that Malaysian government investigators found nearly USD700 million (RM2.6 billion) deposited into Prime Minister Najib Abdul Razak’s personal accounts at AmBank in March 2013, shortly before the last General Election.
But this cannot be true, said DAP elder statesman Lim Kit Siang, as the WSJ report and allegation came out after the A-G had completed the preliminary report on 1MDB at the end of June for submission to the Parliamentary Public Accounts Committee (PAC).
It would appear that the A-G must also be a mind-reader to be able to surmise how his investigative terms of reference into 1MDB could expand or even shrink, added Lim, depending on the latest twists and turns of the 1MDB scandal, all without receiving anything in black and white from his superiors.
Lim, who is also DAP Parliamentary Leader and Gelang Patah MP, was referring to a statement by second Finance Minister, Husni Hanadzlah, in which he said the preliminary report by the A-G found no evidence of wrongdoing, the “reckless allegations by some parties, including the disappearance of RM42 billion and transfer of USD700 million to a certain individual, do not arise”.
He said: “It is my hope that all baseless allegations will be put to rest. We have to remain patient and look forward to the final report by the A-G and the Public Accounts Committee (PAC).”
“Huzni must have missed the A-G Ambrin Buang’s comments to reporters after last Thursday’s briefing in Parliament with PAC members on 1MDB,” said Lim.

Mokhzani didakwa miliki 18 kereta bernilai lebih RM36 juta

Dr Mahathir dan Mokhzani dicabar menyaman sekiranya pendedahan itu tidak benar.
Mokhzani
KUALA LUMPUR: Anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani didakwa memiliki kekayaan luar biasa dalam tempoh singkat sehingga mampu memiliki koleksi kereta bernilai RM36.2 juta.
Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, Mokhzani, anak kedua Dr Mahathir, memiliki 18 koleksi kereta pelbagai jenama.
Sehubungan itu, katanya, Dr Mahathir juga perlu tampil menjelaskan sumber yang diperolehi anaknya itu yang dilihat di luar kemampuan sebenar.
“Dr Mahathir perlu tampil memperjelas tentang dana modal anaknya. Malah, Mokhzani juga perlu tampil menjelaskan segera,” katanya dalam sidang media pada Selasa.
Katanya, pendedahan yang dibuat hari ini hanyalah melibatkan harga kereta yang dimiliki Mohkzani tidak termasuk termasuk rumah dan aset lain.
“Saya belum dedahkan lagi kekayaan anak-anak Dr Mahathir yang lain termasuk Mukhriz,” katanya.
Katanya, Dr Mahathir lantang mengkritik kelemahan orang lain sedangkan anak sendiri tidak diperlaku sedemikian.

RIGHT UNDER IGP'S NOSE: Najadi's mastermind killer meeting wife of senior Umno politician for 'TEA & CHATS'

Hunt for Mastermind Killer Mr. Lim Yuen Soo 
Dear Malaysian Citizens, Netizens, dear International Observers, dear Members of the Press & Media, dear Friends,
We have received information from a well informed Malaysian source that the Mastermind Killer Mr. Lim Yuen Soo is travelling in and out of Malaysia frequently using a new identity and a PRC Passport document.
We furthermore secured information that Mr. Lim Yuen Soo indeed is well known to the wife of a Senior UMNO Politician according to the source.."they know each other well, they met regularly for tea and chats...".
RIGHT UNDER IGP'S NOSE: Najadi's mastermind killer meeting wife of senior Umno politician for 'TEA & CHATS'We are also informed from a reliable Malaysian conduit that the syndicates all categorically deny having anything to do with the assassination of my late father Hussain Najadi.
The Email address security@najadi.ru via our servers in Moscow, Russian Federation is available for those who can share material information about the mastermind killer Mr. Lim Yuen Soo, former Melaka Tengah police chief Mr. Mohd Khasni Mohd Nor and or Mr. Ismail Mohd Noh and or their Malaysian Security Company Active Force Security Services Sdn Bhd. We treat all identity of informants as SECRET.
Please repost, share and tweet as high and wide as you can, do not get intimidated by Najjib & Co, they are nervous now. You ALL Malaysians are the sovereign.
The plot thickens.
More tomorrow.
Thank you all for your continued in great numbers amazing and invaluable support.
Good night and Good luck.

Sincerely yours,
Pascal Najadi

M'sia halang permintaan info skandal dari Australia

Putrajaya didakwa “menghalang” permintaan kerajaan Australia untuk mendapatkan maklumat berhubung skandal yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pendahulunya Tun  Abdullah Ahmad Badawi.

Laporan Fairfax Media yang disiarkan dalam Sydney Morning Herald itu mendakwa kerajaan Malaysia tidak endah pada permintaan bantuan bersama rasmi dariapda Jabatan Peguam Negara Commonwealth.

Permohonan itu, dakwa laporan itu, untuk menyerahkan maklumat sensitif berkaitan urus niaga kewangan kumpulan orang tengah Malaysia dalam kes rasuah penting di Australia.

Laporan itu menyebut bahawa Fairfax Media mendedahkan bahawa skandal itu sensitif di Malaysia kerana orang tengah disyaki terlibat dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan individu dalam pejabat Najib dan Abdullah.

Dakwaan itu berkaitan cetakan wang kertas polimer yang dikeluarkan oleh firma Australian Reserve Bank.

PAS beri amaran pada 'pemimpin progresif' GBH

Seorang pemimpin PAS Pusat mendakwa parti Islam baru yang akan ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GBH), bertentangan dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan cerminan gagasan pemikiran 'Islam Ala Amerika'

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata gagasan pemikiran itu dipopular oleh Mohamad Sabu dalam ceramahnya sekitar 1990-an bagi menggambarkan Islamisasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu sebagai bukan agenda Islam yang sebenarnya.

Dr Zuhdi berkata gagasan berkaitan pemikiran tersebut terdapat dalam buku bertajuk "The Cambridge Companion to American Islam" yang disusun oleh Juliane Hammer dan Omid Safi.

"Buku ini cuba memaparkan, desakan agar ajaran Islam dikonsepkan dan ditafsirkan semula supaya dapat diterima oleh pemikiran dan budaya masyarakat Amerika hari ini.

"Sudah tentu Islam yang digambarkan bukanlah Islam yang sebenar. Sebagai contoh, baru-baru ini muncul seorang imam gay di Amerika, Daayiee Abdullah, yang amalan Islam jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenar," katanya dalam kenyataannya.

Beliau mengulas pengumuman kumpulan profesional dalam PAS yang kalah dalam pemilihan parti bulan lalu dan menubuhkan GBH untuk mengasaskan penubuhan parti politik baru berteraskan Islam.

Low Yat: Husam sambut baik polis tangkap blogger Papagomo

Husam mendakwa sudah lama Papagomo menyebarkan berita palsu dan kemuncaknya pada Sabtu lalu.
husam-musa_papagomo_600
PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengalu-alukan tindakan polis yang meminta blogger Papagomo ditangkap kerana menyebarkan maklumat palsu berhubung insiden pergaduhan di Low Yat.
Beliau mendakwa, sudah lama blogger terbabit menyiarkan laporan tidak benar dan kemuncaknya pada Sabtu lalu apabila dengan sengaja dia memutarbelitkan insiden itu.
Katanya, maklumat palsu blogger itu telah mencetuskan suasana panik dan kerisauan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Tindakan polis menahan blogger rasis itu sangat dialu-alukan. Baru hari ini polis menyedari bahaya yang ditimbulkan oleh mereka ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Polis mengeluarkan arahan tangkap terhadap blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris selepas gagal menyerah diri.
Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor berharap, polis tidak selektif dalam membendung kesan daripada laporan palsu blogger itu.
“Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan keamanan tanah air, saya rasa lega. Sekurang-kurangnya tidak ada laporan palsu lagi untuk ketika ini,” katanya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, selain Papagomo, beberapa individu lain turut dicari termasuk Ali Tinju yang telahpun ditahan kerana melakukan provokasi.

Low Yat: Peguam tuduh Ketua Polis Negara berbohong

Peguam kepada suspek kes curi telefon di Low Yat mendakwa KPN tidak bercakap benar kepada media berkenaan kes itu.
kpn-bohong
PETALING JAYA: Seorang peguam kepada tertuduh kes curi telefon bimbit di Low Yat sehingga tercetusnya pergaduhan menuduh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berbohong.
Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, salah seorang peguam kepada Shahrul Anwar Abd Azizi, 22, mendakwa Khalid tidak menceritakan kejadian sebenar kepada media.
“KPN menyatakan dua orang naik ke tingkat atas untuk mencuri telefon. Ini bohong.
“Selepas bersama anak guam di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini (Selasa), anak guam kami menyatakan hanya seorang sahaja naik ke atas dan bukannya dua orang,” katanya kepada wartawan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Mohd Khairul Azam juga mendakwa, Ketua Polis Negara juga berbohong apabila mengatakan salah seorang suspek yang dibebaskan telah membuat fitnah ditipu oleh peniaga telefon bimbit.
Dia berkata, kenyataan yang dipetik blogger oleh Khalid berkenaan telefon klon juga tidak benar.
“Anakguam kami tidak pernah menimbulkan cerita telefon klon ini dan anakguam kami tidak pernah ada apa-apa hubungan dengan mana-mana blogger,” tegasnya.
Dia berkata, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dilihat semakin sudah hilang kredibiliti apabila membuat kenyataan mengelirukan orang awam dan mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.
“Mana mungkin polis menangkap, menyiasat dan terus menuduh anakguam kami sebagai penjenayah seperti mana kenyataan KPN semalam kerana mahkamah, hakim dan bukti-bukti belum dikemukakan.
“Seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan sebagai bersalah,” katanya yang turut memuatnaik kenyataannya di Facebook.

Tolak ahli politik rasis demi masa depan Malaysia – Mufti Perlis

Beliau menasihatkan ahli politik berhenti menggunakan isu kaum dan agama sebagai senjata untuk memperjuangkan agenda masing-masing.
Mohd-Asri_low-yat_600
PETALING JAYA: Semua ahli politik di negara ini diminta supaya berhenti menggunakan isu kaum dan agama dalam memperjuangkan agenda politik masing-masing.
Jika masih ada ahli politik yang menjadikan isu kaum dan agama sebagai senjata membangkitkan kebencian rakyat, maka rakyat Malaysia perlu menentangnya demi masa depan negara ini.
Nasihat itu diberikan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berpendapat insiden di Plaza Low Yat merupakan kesan sentimen perkauman dimainkan oleh sesetengah pihak sejak kebelakangan ini.
“Untuk masa depan Malaysia, ahli-ahli politik yang suka menjadikan isu kaum dan agama sebagai senjata membangkitkan kebencian antara rakyat hendaklah ditentang oleh kita semua,” katanya di Facebook.
Katanya, disebabkan kepentingan politik kepartian, terdapat sesetengah pihak dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang sering meniup api perkauman sejak pilihan raya yang lalu.
“Hasilnya, api kebencian antara kaum mula semarak khususnya dalam jiwa anak-anak muda.
“Tangan-tangan siapakah gerangan yang cuba membangkitkan permusuhan kaum dan juga satu pihak lagi mereka yang cuba memperlihatkan sentimen anti agama tertentu khususnya Islam, bertanggungjawab terhadap perasaan kebencian antara kaum dan agama yang sudah mula subur,” tulisnya.

Mufti: Api perkauman ditiup dari PRU lalu

Ramai tertanya-tanya kenapa begitu mudah tercetusnya insiden keganasan di Malaysia sekarang ini.

Bagi mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, beliau percaya perkara itu hasil bibit-bibit sentimen perkauman yang dimainakan kebelakangan ini, bermula sejak pilihan umum lalu.

Bukan sahaja atas kepentingan politik kepartian, nada sama, kata Asri, turut dikongsi oleh golongan aktivis dan NGO di negara ini.

“Hasilnya, api kebencian antara kaum mula semarak khususnya dalam jiwa anak-anak muda,” katanya.

“'Tangan-tangan siapakah gerangan' yang cuba membangkitkan permusuhan kaum dan juga satu pihak lagi mereka yang cuba memperlihatkan sentimen anti agama tertentu khususnya Islam, bertanggungjawab terhadap perasaan kebencian antara kaum dan agama yang sudah mula subur.”

 
Menulis di Facebook, Asri berkata, demi masa depan Malaysia, ahli politik yang suka menjadikan isu kaum sebagai senjata membangkitkan kebencian hendaklah ditentang semua pihak.

Ahli Pas Jangan Terlibat Parti Baharu - Tuan Ibrahim

Low Yat Plaza suspect pleaded not guilty

'Ali Tinju' arrested over Low Yat brawl

Tiada salah berdemo desak Najib undur, kata MP

Low Yat: Peguam tertuduh dakwa IGP berbohong

Mahathir beri amaran, sembunyi bukti bersubahat

Maklumat bocor kepada WSJ, polis siasat semua, kata IGP

Low Yat brawler 'shocked' over aftermath

KENAPA KERAjaan M'sia halang permintaan info skandal dari Australia ??!!


Takut rahsia bocor ka Najib Razak!!!

Laporan Fairfax Media yang disiarkan dalam Sydney Morning Herald itu mendakwa kerajaan Malaysia tidak endah pada permintaan bantuan bersama rasmi dariapda Jabatan Peguam Negara Commonwealth.

HANYA DI NEGARA 'KERIS-TELANJANG ZIMBABWE'..


Nak siasat penyelewengan PM..
Lps tu agensi yg terlibat report plok bawah PM..

SAMPAI KIAMAT LA TAK JUMPA BUKTI PENYELEWENGAN PM !!!

Hanya negara yg diperintah org gila saja buat camni..

Masa untuk akhiri zaman gelap Malaysia

oleh Ahmad Mustapha Hassan
Selepas mendapat kemerdekaan pada 1957, Malaysia memulakan perjalanan menuju pembangunan dan berikutan rusuhan kaum pada 1969, melaksanakan langkah-langkah untuk mewujudkan negara bersatu berasaskan demokrasi, kebebasan mengamalkan agama dan semangat bersatu-padu.
Namun masuk ke era 1980-an, Malaysia mula lari daripada wawasan pengasas-pengasas negara ini.
Kerana takut akan pengaruh PAS, kepimpinan negara ketika itu telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan Islamisasi sebagai dasar.
Ia mula memberi kuasa yang lebih besar kepada institusi rasmi agama.
Hanya daripada menguruskan hal-ehwal kekeluargaan, seperti perkahwinan dan penceraian serta pengumpulan zakat, institusi ini mula masuk ke daerah lain kehidupan sosial umat Islam.
Sebaik sahaja mereka mula meluaskan skop kuasa – dan tanpa pemantauan ketat oleh kerajaan tentang had-hadnya – mereka mula melaksanakan kegiatan mereka secara menekan.
Mereka menjadi “raksasa” dalam kehidupan umat Islam.
Mereka turut cuba menekankan autoriti mereka kepada golongan bukan Islam, seperti yang dapat dilihat dengan kod etika pemakaian di jabatan kerajaan.
Ini adalah satu sisi daripada fasa hitam sejarah negara.
Kepimpinan kerajaan dan politik pada permulaan era 1980-an juga amat tergesa-gesa untuk menggerakkan negara mencapai status negara maju, secepat mungkin.
Ia melaksanakan pelbagai pendekatan untuk melonjakkan negara menjadi negara moden dan maju.
Namun menyedihkan, ia bukannya mencapai matlamat seperti yang diharapkan, tetapi memberikan keputusan yang bertentangan.
Semua agensi kerajaan yang diuruskan seperti jabatan kerajaan telah dikorporatkan.
Langkah itu dibuat dengan harapan ia akan menambahkan kecekapan dan manfaat kepada negara dan warga.

Tetapi mereka yang mengendalikan institusi-institusi ini tidak diberikan latihan yang mencukupi, sama ada dari aspek fizikal mahu pun mental, bagi menguruskan badan-badan korporat ini dengan lebih cekap.

1MDB: Uruskan masalah sendiri, jangan sibuk arah orang lain

oleh Abdul Halim Ishak
ISU THE STAR: Saya menulis di sini bagi mengulas artikel oleh Alyaa Alhadjri. 

Seperti yang dinyatakan, memang tidak mengejutkan apabila media di Malaysia sering menjadi “kambing hitam” apabila mereka melaksanakan tugas dengan melaporkan isu keborosan atau pun mendedahkan salah laku kerajaan.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, seperti yang dinyatakan dalam komentar itu, dipinda ketika pentadbiran Dr Mahathir Mohamad untuk mengawal dan menundukkan media yang tidak dikawal oleh Umno.

Undang-undang itu membenarkan menteri dalam negeri mengharamkan mana-mana penerbitan tanpa sebab munasabah, dan pihak penerbitan tidak mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan di mahkamah. Pendek kata, keputusan menteri adalah muktamad.
Ketika Operasi Lalang, The Star dan Sin Chew Daily digantung selama kira-kira enam bulan pada Oktober 1987. Satu-satunya tujuan keputusan itu adalah untuk membuli mereka. Politikus pembangkang dan aktivis sosial juga turut ditahan agar mereka tidak boleh bersuara tentang salah laku kerajaan.
Sementara pada satu sisi media ditundukkan (dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984), mereka juga dibiasakan untuk mengamalkan penapisan-sendiri (self-censorship) – sepanjang 31 tahun sejak akta itu dipinda.
Keberanian The Star untuk berani mencuba mempraktikan sedikit kewartawanan bebas dengan melaporkan tentang isu 1MDB menunjukkan usaha mereka untuk melepaskan diri daripada kebiasaan tersebut. Barangkali ia disebabkan edaran yang semakin berkurang serta isu tanggapan kewibawaannya yang sering dipersoalkan.

GST hambarkan kemeriahan Aidilfitri, rakyat kurang berbelanja....pemimpin terus bermewah, rakyat berduka..!!

Walaupun tinggal beberapa hari lagi umat Islam bakal meraikan sambutan Aidilfitri, namun raya pada tahun ini dirasakan hambar baik bagi pihak peniaga mahu pun pembeli selepas kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula April lalu.

Minggu ini minggu terakhir bagi umat Islam membuat persiapan raya sebelum 1 Syawal yang dijangka tiba pada Jumaat ini namun suasana di Jalan Tuanku Abdul Rahman dapat dirasakan sedikit lengang berbanding tahun sebelum ini.

Kamal Arifin berasal dari Shah Alam melontarkan persoalan itu yang dikatakan agak janggal susulan GST yang menyebabkan berlaku peningkatan harga barang.

 “Tahun lepas seminggu nak raya memang ramai di Sogo dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Tetapi tahun ini memang kurang. “Mungkin ada kena mengena dengan GST. Benda ini kita akui terima hakikat.

 “Dulu sampai berselisih. Mungkin satu faktornya ialah ekonomi,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider yang sedang berehat di Kompleks Campbell menunggu isteri dan anak selesai membeli-belah.

Kamal, 48, yang bekerja di sektor swasta berkata, susulan penguatkuasaan GST oleh Putrajaya, bajet raya keluarganya kini meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu.

Katanya, ekoran harga barangan yang semakin meningkat, fokus sambutan hari raya kali ini lebih tertumpu kepada pakaian tiga orang anaknya.

 “Tahun lepas untuk bajet perayaan kami tiga beranak kira-kira RM1,500 ke RM2,000 tetapi tahun ini pertambahan dua kali ganda.

 “Saya dan isteri pakai seperti biasa tak mengapa. Tetapi anak-anak tak boleh. Mereka kena baju baru,” katanya yang agak pasrah menceritakan keadaan ekonomi semasa.

Berkongsi sentimen sama, Patimah Abu Bakar yang datang dari Langkawi berkata fenomena di Jalan TAR itu tidak pernah dilihat pada tahun sebelumnya yang disifatkannya sedikit janggal.

Katanya, GST satu fenomena yang terpaksa dilalui rakyat Malaysia dan selebihnya bergantung pada kebijaksanaan dalam berbelanja.

 “Tahun ini kurang orang. Tak pernah seperti sebelum ini.

Apa yang Najib boleh pelajari dari keputusan presiden FAM dan TMJ?

oleh Zulhilmi Zainal

Bagi peminat-peminat bola sepak Malaysia, dua laporan berita pada hujung minggu lalu pasti telah menarik perhatian mereka.

Sabtu lalu, presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang juga seorang anggota exco Fifa, mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatannya di FAM jika Harimau Malaya gagal untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2019.

Ini berikutan prestasi memalukan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sepanjang tahun, termasuk kekalahan 6-0 di halaman sendiri kepada Palestin, dan seri 1-1 di halaman sendiri kepada Timor Leste.

Pada petang Ahad, presiden Persatuan Bolasepak Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga merupakan mahkota putera Johor, secara tiba-tiba mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai presiden PBNJ.

Sekarang, bagaimana pula dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak? Sudah pasti ada pengajaran daripada kedua-dua kerabat diraja ini.

Bukankah seseorang itu perlu melakukan perkara yang mulia dan meletakkan jawatan, apabila dikritik banyak pihak?

 Dalam kes Tengku Abdullah, beliau telah dikritik hebat kerana prestasi buruk pasukan kebangsaan dalam peringkat kelayakan Piala Asia 2019 (dua perlawanan yang disebut di atas), yang bermaksud bahawa peluang mereka untuk layak kini tipis.

Kenyataan menerangkan janjinya untuk meletakkan jawatan telah dikeluarkan selepas satu mesyuarat FAM pada hari Sabtu, menurut Malay Mail Online.

Sementara itu, FAM juga telah menerima kritikan daripada peminat sepanjang tahun disebabkan beberapa isu seperti dua perlawanan pertunjukan yang sia-sia menentang kelab England Tottenham dan Liverpool, yang kemudiannya memerlukan Liga Super Malaysia (MSL) ditunda sepanjang 50 hari yang belum pernah terjadi sebelumnya, liga disambung semula pada bulan Ramadan yang menyaksikan peminat menjauhkan diri dari stadium dan kutipan tiket yang mengecewakan, dan perubahan kerap ke atas jadual liga.

Selain itu, ranking FIFA pasukan kebangsaan juga telah semakin menurun tahun ini, sesuatu yang peminat anggap memalukan bagi sebuah negara yang mempunyai seorang ahli exco Fifa.

Low Yat: Ali Tinju ditangkap bawah Akta Hasutan

Polis menahan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom berkaitan dengan insiden Low Yat.

Lebih dikenali sebagai 'Ali Tinju', dia ditahan kerana didakwa membuat ucapan bersentimen perkauman di luar plaza itu pada malam Ahad, demikian menurut China Press.

Mohd Ali menjadi terkenal pada tahun 2012 apabila beliau menganjurkan "senaman punggung" di luar rumah bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk S Ambiga.

Ia sebagai respons kepada peranan Ambiga dalam penganjuran perhimpunan BERSIH untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Low Yat: Polis akan tahan ahli politik, Papagomo hari ini kata KPN

Polis akan menahan seorang ahli politik dan blogger upahan Umno, Papagomo selepas gagal menyerahkan diri berikutan cuba mencetuskan ketegangan kaum di Plaza Low Yat pada Ahad lalu, lapor The Star Online.

Ahli politik berkenaan didakwa menyampaikan ucapan berbaur hasutan di luar Plaza Low Yat seperti disiarkan di laman sosial manakala Papagomo didakwa menyebarkan gambar kononnya "mangsa" kekecohan sehingga memburukkan lagi keadaan. "Kita sudah arahkan mereka serah diri tetapi mereka tidak berbuat demikian.

"Hari ini, kita akan cari dan tahan mereka," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar seperti dilaporkan portal milik MCA itu. Video ucapan perkauman ahli politik itu kemudiannya menjadi viral malah disiarkan di laman media sosial Facebook.

Khalid berkata, individu lain berucap di hadapan bangunan Plaza Low Yat mengajak orang ramai merusuh, juga ‎perlu bersedia menghadapi nasib sama. "Kita bagi mereka peluang serah diri tetapi ‎mereka mensia-siakannnya.

"Sekarang ingat kata saya, kita akan datang tangkap mereka," katanya. Khalid berkata, polis akan mengenal pasti individu lain yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu di media sosial dan medium lain.

"Walaupun saya dah beri amaran, masih ada pengguna media sosial yang menyiarkan gambar daripada insiden lain dan mendakwa ia berlaku di Low Yat.

"Jangan api-apikan situasi yang sudah diselesaikan," katanya. Khalid semalam dilaporkan berkata, antara individu yang menyebarkan berita berniat jahat ‎adalah Papagomo, dan memberi amaran kepada beliau:

"Lebih baik Papagomo serah diri daripada ditahan polis." Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa juga mengesahkan polis sedang mencari pemimpin bahagian parti yang memiliki gambar rakaman video itu.

Menurut pengurusan Plaza Low Yat, suspek ditangkap pada Sabtu, 5.40 petang, selepas didakwa cuba mencuri telefon bimbit daripada sebuah kiosk di pusat beli belah tersebut.

Tukar Najib tidak memadai untuk rakyat – Anwar Ibrahim

Rakyat yang semakin tertekan dengan kos hidup yang semakin meningkat mahukan perubahan menyeluruh melibatkan sistem pentadbiran dan kerajaan.
anwar
PETALING JAYA: Usaha untuk menukar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan digantikan dengan Perdana Menteri baharu tidak memadai untuk rakyat yang kini semakin tertekan.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah sia-sia jika setiap tahun pimpinan atasan ditukar tetapi sistem yang korup dan usang masih tidak lagi berubah.
Katanya, rakyat memerlukan perubahan yang menyeluruh dalam kerajaan dan pentadbiran .
“Usaha menukar Datuk Seri Najib yang dikepalai Tun Dr Mahathir Mohamad, tanpa reformasi sebenar, hanya akan memuaskan kelompok-kelompok kroni mereka.
“Ia tidak akan membawa perubahan sebenar buat rakyat,” katanya menerusi kenyataan yang dihantar oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
Anwar membuat kenyataan itu menerusi peguamnya.
Beliau berkara, rakyat di bandar, pekan dan kampung mahukan perubahan dan reformasi.
“BN mesti mengambil tanggung jawab sepenuhnya di atas keadaan yang kita hadapi sekarang ini.
“Amalan rasuah, salah guna kuasa, keangkuhan dan tatakelola yang teramat teruk telah menyebabkan Malaysia jadi begini. Keruntuhan ekonomi Greece sepatutnya menjadi amaran apa yang mungkin berlaku kepada negara yang kita cintai ini,” ujar beliau lagi.
Anwar menegaskan Najib kini telah melakar sejarah baru buat negara.
“Buat pertama kali dalam sejarah kita, seorang Perdana Menteri disiasat atas dakwaan penyelewengan wang,” jelasnya lagi.

Kenyataan Pas Selangor tak masuk akal – Tony Pua

Mustahil sebuah kerajaan yang rasional boleh dibentuk jika DAP dan Pas tidak boleh bekerjasama
tony-pua-pas-sgor
KUALA LUMPUR : DAP Selangor mempersoalkan pendirian Pas bahawa parti itu masih lagi bersama kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.
Pengerusinya Tony Pua menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad tidak masuk akal.
“Macam mana kita adakan satu kerajaan yang rasional di mana satu parti tidak bekerjasama dengan parti lain..tak masuk akal.
“Tidak boleh kata MB (Menteri Besar) di tengah-tengah, kita berdua (Pas dan DAP) duduk di kiri dan kanan tapi tidak boleh bekerjasama,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat DAP pada Selasa.
Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, DAP masih lagi kekal komited dalam kerajaan sedia ada sehingga pihaknya berjumpa dengan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sekali lagi selepas Hari Raya Aidilfitri.
“Kita telah jumpa dia (Azmin) dua minggu lepas dan kita akan berjumpa dengannya sekali lagi selepas hari raya bagi menyelesaikan perkara ini.
“Biar kita selesaikan perbincangan dengan Menteri Besar dahulu, baru kita keluarkan pendirian. Kita akan selesaikan perkara ini segera,” katanya.
Pua mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad bahawa parti itu tetap bersama kerajaan negeri Selangor kerana keputusan Majlis Syura Ulama baru-baru ini hanyalah memutuskan kerja sama politik dengan DAP.
Iskandar berkata, tiada sebab anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) dari Pas dalam exco kerajaan negeri Selangor meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama itu.

Dr Dzulkefly, Khalid Samad belum dipecat Pas

Bagaimanapun, berdasarkan Perlembagaan parti, keahlian mereka 'terbatal' apabila menyertai parti baru.
dzul-khalid-samad
PETALING JAYA: Pas Selangor tidak memecat keahlian bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang telah dilancarkan pada Isnin.
Setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman berkata, Pas tidak memecat mereka, namun berdasarkan perlembagaan parti, keahlian Pas akan ‘terbatal’ apabila seseorang itu menyertai parti baru.
“Mereka tidak dipecat, tetapi Perlembagaan menyatakan keahlian Pas ‘terbatal’ apabila menyertai atau mengistiharkan untuk menyertai parti baru.
“Persoalanya, apakah mereka masih berminat untuk bersama dalam Pas?,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Khairudin dalam satu kenyataan media berkata, Pas Selangor menyerahkan semua jawatan yang disandang Dr Dzulkefly dan Khalid Samad kepada ahli lain.
“Berkuatkuasa serta merta semua kepimpinan Selangor di peringkat kawasan dan cawangan agar mengambil dan memangku jawatan yang telah dikosongkan oleh mereka yang telah berpindah ke parti baru. Ini selaras dengan perlembagaan Pas yang ada.
“Kita menghormati keputusan mereka dan ini sekaligus menamatkan keahlian mereka menurut Fasal 13(1)(c) Perlembagaan Pas,” kata Khairuddin.
Sementara itu, Dr Dzulkefly ketika dihubungi menafikan beliau telah dipecat.
“Saya tidak menerima sebarang surat pemecatan dan sekiranya berlaku demikian saya menungu surat rasmi daripada Pas Selangor,” katanya.

Asmuni, Nizar terajui Harapan Baharu Perak


Asmuni Nizar

IPOH - Gerakan Harapan Baru (Harapan Baharu) Negeri Perak menampilkan bekas Bendahari Pas Pusat, Asmuni Awi ‎sebagai penyelaras sementara Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Timbalan Penyelaras.

Asmuni yang dihubungi Sinar Harian‎ sebentar tadi berkata, selain Mohammad Nizar beberapa individu yang merupakan bekas pimpinan Pas negeri turut dipilih  mengisi jawatankuasa Harapan Baharu Perak.

Katanya, antara individu yang berada dalam jawatankuasa itu termasuklah bekas Yang Dipertua Pas Tambun, Dr Khairuddin Abd Malik; bekas Adun Lubuk Merbau,  Mohd Zainuddin Mohd Yusof dan bekas Bendahari Pemuda Pas Pusat, Fakhrulrazi Mokhtar.

Semalam, beberapa bekas pemimpin kanan Pas melancarkan Harapan Baru untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.

Pengerusi jawatankuasa penajanya, Mohamad Sabu berkata, gerakan itu akan menjadi wadah bagi menyatukan semua parti politik bawah naungan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sealiran dengan ideologi mereka.

Parti baharu mendukung gagasan muslim progresif?



DR MOHD ZUHDI MARZUKI 

PARTI baru yang bakal ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GBH) jelas memperjuangkan matlamat yang ingin dicapai oleh golongan Muslim Progresif seperti yang disebut dalam buku "Progressive Muslim: On Justice, Gender and Pluralism" susunan Omid Safi.

Malah mereka sendiri berbangga menggelar diri mereka sebagai kumpulan progresif, sekaligus memperakui hakikat itu. Gagasan pemikiran Muslim Progresif ini sebenarnya selari dengan Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia, yang selalu disebut sebagai Islam Liberal.

Selain itu, gagasan pemikiran Muslim Progresif ini adalah cerminan kepada gagasan American Islam atau Islam Ala Amerika yang pernah dipopular oleh Mohamad Sabu sekitar 1990-an.

Mohamad Sabu sering menggunakan istilah Islam Ala Amerika ini dalam ceramah-ceramah beliau dahulu, bagi menggambarkan Islamisasi yang dirintis oleh Anwar Ibrahim semasa beliau dalam Umno ketika itu sebagai bukan agenda Islam yang sebenar.

Berkaitan Islam Ala Amerika ini, ada sebuah buku yang disusun oleh Juliane Hammer dan Omid Safi bertajuk "The Cambridge Companion to American Islam". Buku ini cuba memaparkan, desakan agar ajaran Islam dikonsepkan dan ditafsirkan semula supaya dapat diterima oleh pemikiran dan budaya masyarakat Amerika hari ini.

Fikirlah sendiri.. Tepuk Dada Tanya Iman.. Bukannya Tepuk Dada Tanya Nafsu..


1MDB-WSJ: Semua disiasat susulan 'maklumat sensitif' bocor - KPN


Polis mengesahkan akan menyiasat semua pihak yang relevan susulan dakwaan tiga pegawai kanan Bank Negara membocorkan “maklumat sensitif” kepada The Wall Street Journal (WSJ).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian ketika ditanya sama ada tiga pegawai itu akan disiasat.

Turut disiasat, katanya, termasuk pihak daripada bank serta anggota pasukan petugas khas yang dibentuk sebelum ini.

Penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin ialah pihak pertama mendakwa bahawa tiga pegawai Bank Negara disiasat susulan pembocoran itu.

Khalid mengesahkan terdapat laporan polis dibuat susulan perkara itu.

Katanya, polis juga mengambil maklum bahawa Raja Petra sekarang sedang berada di luar negeri.