Ahad, 12 Julai 2015

Domino Semenanjung

oleh LIEW CHIN TONG
Businessman Touching Domino Pieces Arranged in a Line --- Image by © Royalty-Free/Corbis
Biar jelas, kemenangan atau kekalahan dalam pilihan raya ditentukan kerusi marginal. Untuk gandingan pembangkang baru membentuk sebuah kerajaan yang stabil dengan keabsahan (legitimasi) yang kukuh, menumpaskan UMNO di Semenanjung Malaysia harus menjadi keutamaan.
Namun untuk UMNO tumpas bagai domino, kita tidak seharusnya tumpu di kubu kuat kita, sebaliknya kita perlu mencurahkan usaha di kawasan yang paling lemah, iaitu di kerusi marginal.
UMNO memenangi 88 kerusi di peringkat nasional, termasuk 14 kerusi dari Sabah dan satu dari Labuan. 73 kerusi selebihnya datang dari Semenanjung Malaysia.
Daripada 73 kerusi di Semenanjung, UMNO akan menang sekurang-kurangnya 30 kerusi di kawasan kampung, yang mana direka khas untuk UMNO sebermulanya, dengan campuran undi FELDA, undi pos, dan kerahan jentera kerajaan ketika UMNO berkempen. Pembangkang seharusnya lupakan sahaja 30 kerusi ini.
Untuk kerusi selebihnya, yang mana kebanyakannya terdiri daripada berbilang kaum, berpotensi untuk tumpas lantaran kemarahan terhadap UMNO semenjak tahun 2008 di kalangan bukan-Melayu, dan tsunami Melayu yang bakal mengancam ekoran tekanan dan penderitaan ekonomi yang disebabkan kerajaan UMNO.
Daripada 39 kerusi marginal yang dimenangi Barisan Nasional dengan majoriti kurang daripada 10% dalam PRU yang lalu, 32 kerusi itu dimiliki UMNO. Inilah gelanggang pertaruhan untuk PRU akan datang.
Menumpukan fokus di gelanggang pertengahan, dengan menawarkan pimpinan yang mantap, dasar yang jelas, dan mesej yang meyakinkan untuk menyatupadukan semua golongan etnik – sementara meluncur di gelombang kemarahan Melayu yang sedang bertiup kencang, bakal mengalih sokongan daripada dacing untuk menyebelahi pembangkang.
Garis 6%
Tidak sukar untuk keseimbangan ini dipecahkan seandainya kita meneliti data bahawa 38 kerusi parlimen yang dimenangi Barisan Nasional dalam PRU13, hanya dengan margin kurang daripada 10%. Selain daripada 38 kerusi ini, BN memenangi kerusi Teluk Intan melalui pilihan raya kecil pada tahun 2014 dengan margin 0.6%.
Padahal satu peralihan 6% secara puratanya bakal menghancurkan 27 kerusi marginal dan BN akan mengambil alih tempat pembangkang.
Daripada 39 kerusi marginal, 10 dimenangi dengan margin kurang daripada 2%, iaitu P76 Teluk Intan (0.6%), P89 Bentong (0.7%), P96 Kuala Selangor (0.8%), P159 Pasir Gudang (1.1%), P93 Sungai Besar (1.1%), P142 Labis (1.1%), P29 Machang (1.6%), P26 Ketereh (1.8%), P12 Jerai (1.9%) dan P119 Titiwangsa (1.9%).

1MDB-WSJ: KPN nafi siasat tiga pegawai BNM

Polis memandang serius dakwaan itu kerana siasatan kes berkenaan sedang berjalan
Khalid_bnm_1mdb_600
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan tiga pegawai kanan Bank Negara Malaysia (BNM) sedang disiasat kerana disyaki membocorkan maklumat sulit kepada Wall Street Journal (WSJ).
Menurutnya, polis memandang serius dakwaan itu kerana siasatan kes berkenaan sedang berjalan.
“Buat masa ini… (tiga pegawai BNM) tiada kaitan dengan siasatan,” katanya yang dipetik daripada Kosmo Online.
Kenyataan itu merujuk kepada laporan Today, Raja Petra Kamarudin ‘The Bank Negara Scandal, Yet Again’
Ia mendakwa, tiga pegawai BNM sedang disiasat selepas disyaki cuba mengkhianat kerajaan dengan membocorkan maklumat sulit kepada WSJ.
Dalam perkembangan yang sama, BNM dalam satu kenyataannya pada Ahad menafikan dakwaan pegawainya telah membocorkan maklumat sulit kepada pihak media.
“Dakwaan ini adalah tidak berasas sama sekali,” petik kenyataan itu.
Susulan dakwaan berkenaan, BNM memaklumkan ia telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Pas Terengganu, W.P sokong bercerai dengan DAP

Penyokong Pas negeri sudah bersedia mendepani sebarang risiko keputusan yang diambil
dap_pas_600
PETALING JAYA: Pas Terengganu dan Wilayah Persekutuan menyokong penuh terhadap keputusan Majlis Syura Ulama yang menamatkan ‘tahaluf siasi’ dengan DAP.
Dalam kenyataannya, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, ahli dan penyokong Pas negeri itu sudah bersedia mendepani sebarang risiko keputusan yang diambil.
“Kita tetap yakin bahawa perjuangn Pas akan tetap memperolehi kemenangan dan yang lebih penting perjuangan ini mendapat keredhaan Allah SWT serta segala rintangan bukanlah halangan, bahkan akan lebih mematangkan PAS serta ahlinya sekalian,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Jelasnya lagi Pas sebelum ini menegaskan akan berdiri teguh dengan perkara perkara yang disepakati bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).
Bagaimanapun katanya DAP telah memungkiri persepakatan dengan maasuk campur urusan dalaman Pas selain mengecam serta mencemuh Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Sependapat dengannya, Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Nazmi Nik Din.
Katanya, keputusan itu mencerminkan bahawa PAS sama sekali tidak akan bertolak ansur dan menggadaikan prinsip perjuangan Islam yang telah menjadi teras perjuangan sejak ia ditubuhkan.
“PAS sangat konsisten dengan prinsip perjuangan Islam. Menggadaikan prinsip bermaksud mengkhianati Islam dan secara tidak langsung ianya mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia,” katanya yang dipetik daripada Ismaweb.

Jika Najib adalah pemimpin ‘Islam’, beliau seharusnya mengalu-alukan kritikan

oleh Hazlan Zakaria

Jika Al-Quran dan ajaran serta tradisi Islam adalah panduan kepada dasar-dasar kerajaan, maka Perdana Menteri Najib Razak seharusnya lebih terbuka kepada kritikan dan mengambil tindakan serius terhadap penyalahgunaan kuasa.

Lagi pun, ini adalah teras ajaran dan amalan islam seperti yang dicontohi oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad ketika mereka menjadi Kalifah selepas kewafatan baginda. Sebagai contoh, PM haruslah mengambil iktibar kata-kata Abu Bakar As-Siddiq apabila beliau diangkat menjadi Kalifah pertama umat Islam.

Najib dan orang di sekelilingnya haruslah maklum bahawa tiada bangsa, keturunan atau kepercayaan sebagai seorang Muslim, satu-sastunya pembahagi adalah keimanan, tiada sebarang bangsa istimewa yang dianugerah Tuhan sebagai pembela keimanan. “Patuhi aku selagi aku patuh kepada Allah dan pesuruhnya.

Tetapi jika aku tidak lagi patuh kepada keduanya, maka kalian tidak lagi terikat untuk setia denganku,” ahli sejarah Islam telah merekodkan sahabat itu sebagai berkata ketika beliau bercakap dengan rakyat yang beliau akan pimpin.

Pelajarannya di sini adalah buat seorang pemimpin yang mendakwa mengikut ajaran Islam seperti yang termaktub dalam Al-Quran, hadis dan sunnah Nabi, seseorang mestilah sedar bahawa tunjang kepimpinan seseorang adalah karakter dan tingkah lakunya, berbanding kerana satu pejabat atau satu keturunan.

Sekadar melepas batuk di tangga sebagai pembela Islam dan menyorok di belakang lukisan dan bangunan bermotifkan Islam terhadap tindakan seseorang tidak berkesan tanpa sebarang sabitan dan niat sebenar.

Sememangnya, intipati kata-kata Abu Bakar diulangi dengan cara yang berbeza oleh pengganti beliau Umar Al-Khattab, sahabat kedua yang menjadi kalifah Islam. “Maka biarlah ianya takdirku untuk menjaga hal ehwal kamu, tetapi saya bukanlah yang terbaik di kalangan kamu.

Jadi pinjamkanlah bantuanmu kepadaku. Anda aku bertindak dengan kebenaran ikutlah aku, tetapi jika aku menyimpang maka betulkanlah aku,” kata Umar. Kata-kata beliau benar-benar merangkumi rasa tanggungjawab yang perlu ditunjuk dan diamalkan oleh para pemimpin Islam. Mereka mestilah sedar beban menguruskan hal ehwal negara dan hak orang yang ditadbir untuk memberi maklum balas terhadap kepimpinannya.

Gobind: Buka semula kes bunuh bos Ambank

Peguam Gobind Singh Deo mahu peguam negara membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussain Najadi yang dibunuh pada 2013.

MP Puchong dari DAP itu berkata dakwaan anak Hussain, Pascal Najadi bahawa siasatan kes itu tidak lengkap, menimbulkan keraguan serius terhadap kredibiliti polis Malaysia dan Pejabat Peguam Negara.

"Ia juga mencetuskan keraguan terhadap maklum balas ketua polis negara tiga hari lalu, bahawa kes itu telah selesai.

“Ini adalah perkara yang sangat serius. Ini bukan kali pertama kita mendengar kes di mana terdapat aduan berkaitan perkara ini,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Dr Ahmad Samsuri: Di mana tempat G18 dalam Pakatan Rakyat?

Bekas pimpinan Pas yang menggelarkan diri mereka G18, yang masih memegang jawatan sebagai ahli parlimen parti Islam itu - perlu melepaskan jawatan mereka sebelum menubuhkan parti baharu.
 
Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, ini kerana ia akan menyebabkan kekeliruan terhadap perjuangan sebenar G18.
 
“Segmen pengundi dan kerusi manakah yang ditagih oleh kumpulan ini? Kerusi DAP? Kerusi PKR? Atau mungkin DAP akan bermurah hati memberikan kerusi mereka nanti... di Ipoh Barat kah, atau di Jelutong kah, atau di Kulai ?
 
“Tentunya G18 ini sedang senyum berkira-kira membayangkan menjadi ahli parlimen di kerusi ini! Atau ada yang sudah membayangkan untuk berpindah alamat rumah ke kawasan ini nanti. Selamat berpindah kawan-kawan,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.
 
G18, sebuah kumpulan yang dianggotai oleh bekas pimpinan Pas yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini membayangkan akan menubuhkan parti baharu bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0. 
 
Awal bulan ini, Pasma mengumumkan bakal bergabung dengan kumpulan G18 dalam usaha menggerakkan penubuhan sebuah parti baharu.
 
“Adakah kumpulan ini ingin mengambil kerusi Pas di Pantai Barat, sebagaimana yg pernah diuar-uarkan? Atau mereka berharap Pas akan menyerahkan kerusinya, untuk parti yang menjadi khadam kepada DAP? Tentunya berparanglah nanti keadaannya!," kata Ahmad Samsuri sinis.

Tipu Daya Waktu Pilihanraya? - Dato Dr MAZA

PAS dan Umno 'berpakat' sebelum pilihan raya?

Oleh Fathi Aris Omar
PAS dan Umno 'berpakat' sebelum pilihan raya? Kalaulah ada, saya tidak pasti bentuknya.Tetapi saya pasti Umno tidak akan pelawa PAS menyertai BN sebelum atau menjelang pilihan raya umum.
Kerjasama PAS-Umno yang melibatkan pengagihan kerusi hampir-hampir mustahil, setakat ini.

PAS umumnya berlawan dengan Umno. Ada beberapa kali pilihan raya umum, pertandingan satu lawan satu.
Umno tidak bersedia membahagi-bahagikan kerusinya dengan PAS. Umno (dan semua parti) tahu susah hidup bergantung nasib pada rakan kongsi -- kecuali ia dominan dan kuat.
Jadi, dalam perkiraan sekarang, sama ada Umno menang atau PAS menang.
PAS hanya diperlukan apabila Umno hilang banyak kerusi. Di sini PAS boleh menampung jumlah yang hilang (kalaulah hilang banyak!)
Tetapi jika Umno berjaya pulih, termasuk menggantikan Najib Abdul Razak, peluangnya lebih baik daripada saat ini.
Lagi kuat Umno, lagi ia tidak memerlukan PAS.
Tapi mungkin juga Umno perlukan kerjasama (jika ada) dengan PAS untuk tujuan-tujuan lain.
Mereka yang anti-PAS, khususnya bekas penyokongnya, berangan-angan melihat PAS menyertai BN atau menzahirkan sejelas-jelasnya kerjasama PAS-Umno.
Saya fikir, setakat ini, angan-angan itu kekal sebagai angan-angan.
NOTA: Semua parti pembangkang, termasuk DAP, membuka pintu rundingan dan kerjasama dengan Umno. Untuk bermacam-macam tujuan. Jadi kita kena faham tujuan dan natijah akhir 'kerjasama' ini.

Kadir: Urusan 1MDB - bank S'pura merisaukan

Wartawan veteran Datuk Abdul Kadir Jasin menyuarakan kebimbangan mengenai firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh memberi risiko kepada kedaulatan Malaysia.

Antara perkara lain yang membimbangkan, Kadir berkata urusan 1MDB dengan perbankan Singapura yang mana Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) turut mengetahuinya.

"Kalau penyiasatan MAS tidak menemui apa-apa yang buruk tentulah Bank Negara dan media arus perdana telah mencanangkannya. Sebaliknya apabila MAS menyerahkan laporan siasatannya kepada Bank Negara, Gabenor (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz berkata ia adalah rahsia.

"Kita takut maklumat yang ditemui oleh MAS dan pihak-pihak luar yang lain digunakan sebagai “leverage” untuk memeras ugut pemimpin kita," kata Ketua Pengarang NSTP dalam posting blog semalam.

Abdul Kadir merujuk akaun 1MDB berkaitan di BSI Bank Ltd Singapura, di mana dana AS$ 1.103 bilion (RM3.97 bilion) daripada penebusan aset 1MDB yang disimpan di Pulau Cayman.

Bank Negara nafi pegawai bocor maklumat kepada WSJ

Bank Negara nafi pegawai bocor maklumat kepada WSJ
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan bahawa pegawainya telah membocorkan maklumat sulit kepada pihak media sambil menegaskan BNM tidak menyebelahi mana-mana pihak dan juga tidak akan memperdaya amanah rakyat.

"Dakwaan ini adalah tidak berasas sama sekali," kata BNM dalam satu kenyataan.

BNM berkata mereka telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas sebuah portal, Malaysia Today mendakwa tiga pegawai kanan BNM sedang disiasat pihak berkuasa kerana disyaki membocorkan maklumat sulit kepada Wall Street Journal (WSJ) berhubung skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengendali portal itu, Raja Petra Kamaruddin mendakwa kemungkinan besar pegawai terbabit akan menerima nasib seperti bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid pada 1999.

PAS perlu batal tahaluf siyasi secara total, kata penganalisis politik

PAS perlu melaksanakan secara total pembatalan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan DAP, dan memastikan semua anggotanya yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang meletakkan jawatan, kata penganalisis politik.
Pensyarah di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata jika ini tidak dilaksanakan, ia menggambarkan parti itu seperti tiada ketegasan untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan menimbulkan persoalan terhadap keputusan tersebut.
”Saya melihat keputusan itu agak pelik kerana Majlis Syura Ulama PAS memuktamadkan pembatalan hubungan dengan DAP tetapi ahli PAS masih memegang jawatan di Selangor dan Pulau Pinang.

"Jika mereka (PAS) benar-benar mahu memutuskan hubungan dengan DAP, sepatutnya mereka melaksanakannya secara total di mana mereka perlu menarik diri daripada sebarang jawatan kerajaan negeri di kedua-dua negeri itu," katanya hari ini. Semalam, Majlis Syura Ulama parti itu membuat ketetapan memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan DAP ekoran tindakan provokasi berterusan, melanggar semangat kerjasama pakatan pembangkang serta mencampuri soal akidah, dasar dan matlamat PAS.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini  dilaporkan berkata, tidak ada sebarang arahan dikeluarkan untuk anggota parti yang sedang berkhidmat dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor meletak jawatan meskipun Majlis Syura Ulama membuat keputusan itu.
Dr Ahmad Martadha berkata tindakan anggota PAS kekal dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang menimbulkan kecelaruan tentang maksud sebenar mengenai tindakan PAS memutuskan hubungan itu.
“Mereka dilihat masih mahukan jawatan itu. Saya rasa tindakan PAS memutus hubungan dengan DAP hanya di atas kertas tetapi tidak secara praktikal dan tidak melambangkan apa sebenarnya yang diungkap mereka," katanya.

PM dan isteri tidak patut lengah saman malu - Khairuddin

PM dan isteri tidak patut lengah saman malu - KhairuddinKUALA LUMPUR: Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Datin Seri Rosmah Mansor perlu segera membuat laporan polis seterusnya mengemuka saman malu kepada mana-mana pihak yang menuduh mereka terlibat dalam isu dana yang dimasukkan ke akaun peribadi mereka.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, penangguhan laporan polis dan saman malu hanya memburukkan situasi selain menambah pelbagai spekulasi serta tanda tanya masyarakat.

"Saya sarankan kepada Najib dan Rosmah untuk segera buat laporan polis bagi membersihkan nama mereka terhadap tuduhan dana dimasukkan ke dalam akaun-akaun peribadi mereka.

"Ia memberi keyakinan kepada rakyat bahawa mereka berani kerana benar. Jangan lengahkan lagi kerana pelbagai lapisan rakyat sedang membuat berbagai andaian mengenai kebenaran tuduhan-tuduhan tersebut.

"Setakat menafikan itu tidak benar dan fitnah kurang meyakinkan rakyat. Rakyat tidak boleh menerima sebarang penafian secara umum tanpa bertindak membuat laporan polis bagi mensahihkan penafian tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pendapat terbaru Khairuddin itu turut dimuat naik di dalam catatan di laman Facebooknya.

‘Sindrom Mahathir’: Beliau mungkin bukanlah yang terbaik kita pernah ada

oleh Zulhilmi Zainal

Ketika bekas PM Dr Mahathir Mohamad meraikan hari jadinya yang ke-90 di saat kemelut beliau dengan Najib Razak, ianya berbaloi untuk menyatakan kegemaran khusus yang ditunjukkan oleh perdana menteri paling lama berkhidmat untuk Malaysia itu.

 Tabiat ini melibatkan seorang bekas pemimpin yang, telah meletak jawatan, tidak berupaya untuk berundur dan membiarkan penggantinya berkuasa.

 Bekas pemimpin itu mengambil setiap peluang yang ada untuk mengkritik dan menjejaskan kepimpinan penggantinya, membuatkan tidak selesa yang dilakukan berbeza berbanding sebelumnya.

Ianya tidak semestinya buruk, atau lebih baik, tetapi perbezaan pendapat sahaja sudah cukup membuatkan bekas pemimpin itu berasa tidak senang. Untuk berlaku adil, Mahathir bukanlah satu-satunya pemimpin Malaysia yang mengambil jalan sebegini.

 Beliau juga pernah mengalaminya sendiri ketika kemelut ‘Umno Baru’, apabila pentadbiran beliau telah dijejaskan oleh perdana menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman.

Keadaan ini haruslah digelar sebagai ‘sindrom Mahathir’. Lagi pun, beliau adalah orang yang paling menonjol dalam negara yang menunjukkan simptom ini, menggunakan salah tadbir kewangan Najib untuk meletakkan dirinya di barisan hadapan untuk menggesa peletakkan jawatan Najib.

Sudah tentu, Najib langsung tidak membantu dirinya sendiri, tetapi pertentangan pendapat lantang oleh Tun mestilah tidak disalah erti sebagai seruan keadilan. Ini bukanlah kali pertama beliau melakukannya.

Selepas Abdullah Ahmad Badawi menggantikan beliau sebagai PM, beliau merencanakan era kepimpinan Abdullah, yang secara relatifnya sederhana dan stabil, hanya kerana BN-Umno semakin hilang kawalan terhadap negara ini. Pada dasarnya, inilah apa yang telah beliau lakukan.

Dalam penghujung tempoh beliau sebagai perdana menteri, lelaki ini telah merendahkan demokrasi, badan kehakiman dan pihak polis, dan menggalakkan korupsi dan dasar-dasar bersifat perkauman, yang kemudiannya menjurus kepada pembangkang yang lebih kuat dan terhakisnya perpaduan nasional, dan kemudian menjatuhkan pengganti beliau, seorang pemimpin yang tidak berbahaya tetapi bukan seorang ahli politik gila kuasa, hanya untuk menaikkan seorang perdana menteri yang pada akhirnya menjadi seorang yang mencurigakan.

Beliau mempunyai kaitan dengan ini, dan beliau bukanlah seperti yang beliau beritahu polis, yang menghalang beliau daripada bercacakap di acara “Nothing to Hide” sebulan lalu, sebagai “seorang rakyat biasa”.

Duit rakyat RM46 bilion: Bagaimana pagar dapat makan padi?

Oleh Dr Wong Chin Huat
Pagar makan padi, kerana 3 sebab - pagar tidak dapat ditukar ganti, pagar berkuasa besar untuk bermaharajalela dan padi yang kritik pagar itu sering dihukum.
Semasa kita menunggu Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak meninggalkan Putrajaya, sama ada bercuti untuk membolehkan penyiasatan yang lebih bebas atau selama-lamanya, adalah penting kita mengkaji mengapa beliau boleh menjadi PM pertama yang disiasat kerana dana awam masuk ke akaun peribadinya.

Sampai hari ini, beliau tidak pernah menafikan fakta kemasukan dana yang berjumlah AS$700 juta atau RM2.6 bilion itu. Beliau cuba menafikan penggunaan dana itu untuk dirinya sendiri. Kalau bukan sendiri, untuk kegunaan siapa? Untuk kegunaan Umno membeli undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)? RM2.6 bilion yang didakwa masuk akaun Najib itu cuma sebahagian kecil bila banding dengan jumlah hutang 1MDB iaitu RM42 bilion.
Semua ini dana awam. Langsung tiada sebab untuk sebahagiannya masuk ke dalam akaun peribadi PM!
Harapkan pagar, pagar makan padi. Mengapa?
Ramai rakyat yang sekarang ingin Najib berundur. Tetapi, kita mesti jelas apa yang kita hendak selepas Najib berundur.
Apakah ini semata-mata kerana kejahatan, ketamakan dan kekurangan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor?
Suatu “kekurangan” Najib yang dikecam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ialah beliau tidak cukup keras dan terlalu liberal.
Tiada perdana menteri yang lebih keras dan lebih autoritarian daripada Dr Mahathir sendiri tetapi beliau didakwa menyebabkan kerugian sebanyak RM100 bilion dalam pemerintahan 22 tahunnya.
Skandal agung terakhir zaman Dr Mahathir yang melibatkan jualan tanah Port Klang Free Zone (PKFZ) mencatatkan kerugian RM12 bilion.
Kalau PM baharu itu memuaskan citarasa Dr Mahathir, berapa billion Malaysia akan rugi bila tamat pemerintahannya?
Kita tidak boleh marah atau hampa saja kerana “harapkan pagar, pagar makan padi”. Sebaliknya kita mesti tanya: Kenapa pagar dapat makan padi?
Kenapa ada pagar orang lain yang tidak makan padi sedangkan pagar kita sentiasa makan padi? Apakah padi tak salah?
Pagar tidak dapat ditukar ganti
Kalau pagar akan ditukar ganti jika didapati makan padi, maka pagar akan lebih takut untuk makan padi. Sebaliknya, kalau pagar akan tetap jadi pagar sekalipun semua padi habis dimakannya, kenapa pagar tidak makan padi?
Sebab terutama kita rugi RM42 bilion (1MDB) dalam masa tidak sampai 10 tahun selepas kerugian RM12 bilion (PKFZ) sememangnya ialah pilihan raya yang tidak bebas, tidak adil dan tidak bersih.
Ini bukan saja kerana penipuan “kasar” berkenaan dengan “proses” seperti pengundi hantu, kawalan media dan pembelian undi, tetapi lebih-lebih lagi kerana penipuan “halus” yang berkaitan dengan “sistem”, iaitu persempadanan semula kawasan pilihan raya yang langsung berat sebelah.
Dalam PRU13 Pakatan memenangi 51% undi tetapi masih kalah kerana cuma dapat 40% kerusi di Parlimen. Ini hasil kerja jahat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam proses persempadanan semula 2003-2005.
Kalau SPR dapat menentukan kemenangan Umno/BN seperti yang lepas, maka kita mesti bersedia untuk 1MDB yang baru sekalipun Najib digantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau orang lain.

Hanya pemimpin amanah berani bercakap benar – Mufti Perlis

Beliau menghuraikan ungkapan Abu Bakar al-Siddiq 'Benar itu amanah, bohong itu khianat' mengikut keadaan semasa.
mohd-asri_600
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meneruskan siri-siri mengkritik pemimpin negara yang pada pendapat dan pandangannya gagal melaksanakan tanggung jawab dengan baik terhadap rakyat.
Kali ini, beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Maza memperli pemimpin yang suka berbohong dan mengarahkan orang lain berbohong bagi pihaknya.
Tanpa menuju kepada sesiapa secara spesifik, katanya, pemimpin yang suka berbohong bukanlah seorang pemimpin yang baik dan amat malang bagi rakyat yang terpaksa hidup di bawah pembohongan itu.
Beliau memetik kata-kata Abu Bakar al-Siddiq pada awal pelantikan sebagai Khalifah Islam yang berbunyi ‘benar itu amanah, bohong itu khianat’ dan menghuraikannya berdasarkan keadaan semasa.
“Ternyata bahawa pemimpin jika dia bercakap benar maka itulah amanah beliau.
“Apabila beliau berbohong maka itulah bukti pengkhianatan.
“Hanya pemimpin yang amanah sahaja berani bercakap benar sedangkan pemimpin yang khianat terpaksa berbohong dengan segala bahasa dan helah agar pengkhianatan tidak terdedah.
“Lebih dari itu orang lain juga akan dikerahkan berbohong untuknya maka hilanglah kewibawaan dan hiduplah rakyat di bawah pembohong dan pembohongan.
“Demikianlah mendalamnya maksudnya ungkapan Abu Bakar al-Siddiq itu,” tulisnya di Facebook.
Dr Maza berkata, walaupun kata-kata itu ringkas namun hakikatnya ia sesuai merentasi zaman dan tempat.
Beliau dipercayai merujuk kepada senario politik semasa yang digemparkan dengan pendedahan demi pendedahan melibatkan Perdana Menteri dan isterinya yang dikaitkan dengan kontroversi 1MDB.

TMJ letak jawatan presiden persatuan bola sepak Johor


Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletakkan jawatannya sebagai presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada jam 5 petang tadi.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kehormat persatuan bolasepak Negeri itu Mohd Fahmy Yahya dalam Facebook rasmi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Johor Southern Tigers.

Namun tidak dinyatakan dengan jelas mengapa baginda meletakkan jawatannya secara mengejut itu.

Dalam kenyataannya, Mohd Fahmy berkata Datuk Ismail Karim selaku setiausaha kerajaan negeri dilantik menggantikan baginda sebagai presiden Persatuan Bolasepak negeri itu yang baru.

"Bagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan.

"Segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak Negeri Johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan," kata Mohd Fahmi.

PAS 'cerai' DAP, Tok Him buat kenduri kesyukuran

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali bercadang untuk mengadakan kenduri dan majlis kesyukuran selepas Aidilfitri untuk meraikan keputusan Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP yang diumumkan semalam.

Beliau yang selaku MP Pasir Mas atas tiket PAS pada 2008, berkata langkah itu dibuat bagi membuktikan sikap dan pandangannya terhadap DAP "tepat dan betul" sehingga mendorong terputusnya kerjasama beliau dengan PAS.

Menceritakan perkara itu, Ibrahim berkata beliau ketika itu lantang menegur PAS yang didakwanya membisu dalam perkara melibatkan Islam, Melayu dan institusi raja selepas berkerjasama politik dengan DAP yang kemudiannya mendakwa Islam menjadi lemah dan perpaduan ummah terancam.

"Saya tidak boleh menerima PAS diperkudakan oleh DAP, walaupun saya bukan ahli PAS. Namun bila PAS bertahaluf siyasi dengan DAP terutamanya, Islam menjadi lemah dan perpaduan ummah terancam.

"Waktu mendiang Karpal Singh hidup, saya ingat bagai tegangnya saya dalam Parlimen apabila Karpal menegaskan langkah mayat dia dulu kalau mahu menegakkan Islam. Bila saya menyerang DAP dan Anwar, saya ditegur oleh arwah (Datuk) Nik Aziz.

Mat Sabu: KL folk look down on PAS now

Loss of Nik Aziz and domination of ulama in party leadership causing loss of support
mat-sabu_pas_kl_600
KUALA LUMPUR: People in the capital now look down upon PAS because of its conservative ulama-dominated leadership, according to defeated deputy president Mohamad Sabu, who leads a progressive faction seeking to form a new party as an alternative to PAS.
In a media interview, he said the party had lost its former appeal to non-Muslims and Malay professionals.
“PAS is beyond repair for the non-Muslims and professional. They look down on PAS now. (The) non-Muslims and civil society, especially in Kuala Lumpur,” said Mat Sabu.
The party was living out its final days and was “beyond repair” because of its decision to end working relationships with the DAP and its campaign to enforce hudud criminal penalties in Kelantan.
Mat Sabu is among 18 PAS leaders who were ousted by a sweep of ulama-backed candidates at the party elections last month.
He said the party would see no changes for another five years because of ulama domination of the powerful Shura Council, which has a five-year term. “PAS will never change. No need for us to repent and come back or anything,” Mat Sabu told the Malay Mail Online.

MURDER TRAILS DOG NAJIB: Justice for Najadi page opened, info on Sirul also obtained

MURDER TRAILS DOG NAJIB: Justice for Najadi page opened, info on Sirul also obtained
Pascal Najadi, the son of slain AmBank founder Hussain Najadi, has launched a Facebook page dedicated to solving his father's murder.
The Justice for Najadi page comes as Pascal, a private banker based in Russia, claimed his father's killing was linked to Prime Minister Najib Razak's AmBank private accounts. Najib has been accused of diverting some US$ 700mil of government money into his personal accounts at AmBank.
Pascal also claimed the 'mastermind killer' Lim Yuen Soo was still at large and in Malaysia despite a global hunt by Interpol and claims by the Malaysian IGP, the case was closed.
Najadi also sensationally claimed Lim was connected to the wife of a senior politician, but did not name the leader.
Mastermind jointly owned security firm with ex-top cop & another
The Najadi murder case has riveted national attention, given its sensational ingredients. Already out in the open is disturbing information that Lim owned a firm that provided security services - with a former senior cop and another man as his partners.
The revelation will put pressure on the Home Ministry which has been slammed for being lax in vetting security services firms, paving the way for organised crime to infiltrate the industry and allowing 'criminals to guard the kitty'.
Info on Sirul also collected

Pascal has invited all who have information on his father's murder to write to him.
So far, he says he has received "invaluable information relating to Mr. Lim Yuen Soo and former Corporal Sirul Azhar Umar, one of the men found guilty in connection with the murder of the Mongolian lady citizen Ms. Shaariibuugiin Altantuyaa."
This is what Pascal wrote in the inaugural posting on the Justice for Najadi Facebook page for is dad:
Dear Malaysian Citizens, dear international observers, dear members of the Press, dear Friends,
Our investigation team and I thank all those many of you that have reached out to share information. We are processing all leads and possible elements and are collating information in the process and in parallel to the ongoing fast evolving WSJ MDB1 corruption evidence.
Mastermind Killer wanted by INTERPOL, Mr. Lim Yuen Soo:
The plot thickens and we are thankful for some of you that have come forward with important detailed pieces of information. We urge all to send us any information that you might observe or have about those three men. Mr. Lim Yuen Soo and or former Melaka Tengah Police Chief Mr. Mohd Khasni Mohd Nor and or Mr. Ismail Mohd Noh. All three men are controlling owner shareholders of the Malaysian Security firm Active Force Security Services Sdn Bhd.
We are also most thankful to numerous quality investigative journalists that contacted us during the last 72 hours with invaluable information relating to Mr. Lim Yuen Soo and former Corporal Sirul Azhar Umar, one of the men found guilty in connection with the murder of the Mongolian lady citizen Ms. Shaariibuugiin Altantuyaa.
For all those of you that believe to have elements and leads to help our investigation, please send an email direct to our Security & Investigation Team via security@najadi.ru

MENGAPA isu bauksit di Gebeng dan Kuantan berlarutan tak sudah-sudah ???


Jeng.. Jeng.. Jeng.. Bagaimana ia boleh berlaku ??? Ada Toyol Dlm KWSP...????

Adakah ia berpunca kesalahan teknikal atau ada 'toyol' berlesen di dalam KWSP tanpa pengetahuan rakyat.. ???!!!

Baik korang periksa akuan KWSP masing2.. Manalah tahu kot2 akaun korang tiba2 bertambah jadi RM2 JUTA !!!

BERITA:
“Semua pengeluaran tersebut bukan dilakukan oleh saya dan kini saya meminta pihak berkenaan menyemak semula bagaimana pengeluaran wang KWSP boleh dikeluarkan orang lain dan tidak dikenali,” kata Mr Kan bekas kakitangan Jabatan Tanah dan Survei yang ditemui di Balai Polis Sentral di sini, pagi semalam.

Rahmat dari bercerainya DAP dengan PAS

Oleh Mustapha Basri

Kenyataan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok semalam bahawa perpecahan PAS dan Pakatan Rakyat adalah satu rahmat dalam penyamaran sememangnya menarik.

Selama mana yang dapat seseorang ingati, terdapat perbezaan ideologi asas antara DAP dan PAS. Kedua-dua pihak berjaya memasuki perikatan dengan Pakatan Rakyat, terutamanya kerana pengaruh Anwar Ibrahim.

Mereka berjaya untuk berpegang kepadanya selama tujuh tahun kerana kebijaksanaan dan ketabahan Arwah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Tiada siapa yang benar-benar mengharapkan DAP dan PAS untuk terus bekerja bersama-sama bagi tempuh panjang.

Sekadar menunggu masa mereka berpisah. Dengan terpadamnya lilin hidup Nik Aziz dan pemenjaraan Anwar, yang perceraian adalah satu ketetapan, dengan hudud atau tanpa hudud.

Dalam satu kenyataan beliau semalam, Teresa berkata bahawa "ia adalah tidak masuk akal untuk kepimpinan PAS yang baru dipilih meluluskan keputusan yang disahkan muktamar itu dengan Majlis Syura membuat keputusan sekali lagi, sambil Majlis Syura mengambil masa sebulan lagi untuk membuat keputusan ini.

 "Ia adalah kejahilan PAS dan sikap tidak menghormati demokrasi dan kesepakatan dalam membuat keputusan di dalam pakatan politik yang telah menyebabkan perpecahan PAS dan terpadamnya Pakatan Rakyat.

"PAS telah mengecewakan penyokong pembangkang, khianati dan bunuh Pakatan Rakyat yang telah ditubuhkan tujuh tahun lalu.

"Perpecahan PAS dan Pakatan Rakyat adalah satu rahmat tersembunyi kerana ia membuka pintu untuk penjajaran semula kuasa-kuasa politik di negara ini dan satu lembaran baru dalam politik Malaysia."

Jalinkan hubungan tidak rasmi, DAP bukan musuh tegar, kata Wanita PAS Selangor

 Kerjasama tidak rasmi PAS dan DAP seperti sebelum 2008 perlu dijalinkan, kata Ketua Wanita PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan.

Meskipun tahaluf siyasi antara PAS dan DAP kini terbatal, Wanita PAS Selangor menggesa kerjasama yang tidak rasmi seperti sebelum 2008 dijalinkan, memandangkan parti sekular itu bukannya "musuh tegar" parti Islam itu.

Ketuanya Wan Hasrina Wan Hassan berkata kerjasama antara mereka masih boleh dijalinkan dan ia sudah pasti akan melibatkan kebaikan bersama demi kepentingan rakyat dan negara.

Katanya, ini berdasarkan kepada mereka "memahami perbezaan pandangan dan sikap antara parti membolehkan mereka menjaga keharmonian politik dan kestabilan negara daripada ancaman musuh dan kuasa asing".

 Hasrina juga mengharapkan tahaluf siasi antara PAS dan PKR, satu lagi rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), dapat diperkemas memandangkan PRU ke-14 sudah semakin hampir.

 Katanya, beliau berharap, kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dapat menggunakan formula terbaik agar susunan sedia ada dapat dipertahankan demi mandat yang diberikan rakyat Selangor.

Sikap Wan Hasrina ini dilihat pemerhati politik terkedepan berbanding Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad yang terdahulu hari ini berkata, pihaknya akan menunggu keputusan PAS Pusat selepas Majlis Syura Ulama membuat keputusan hubungan PAS dan DAP putus.

Sementara itu, di Perak, PAS kemungkinan akan bertanding semua 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu selepas ia memutuskan secara rasmi hubungan dengan DAP.

"Saya tidak akan mengkhianati rakyat.." MASIH INGAT kata2 Najib ini..???

HAKIKATNYA..
Tarik subsidi dari rakyat. Lebihkan subsidi untuk isteri & kroni. Ia lebih menguntungkan lagi berbaloi-baloi... Tak gitu??!!

JANJI NEGARA AMAN, RAKYAT DAPAT BR1M Emotikon like Kami Anak Bini serta Menantu Dapat Naiki Jet Mewah VVIP KERAjaan Ke Sana Ke Mari...

Ariff: Najib and Ministers cannot be trusted

Raub MP Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz reminds those in power that one is guilty in the Court of Public Opinion until proven innocent.
Ariff-Sabri1
KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Abdul Razak appears confident the special Task Force, investigating in particular allegations against him in the Wall Street Journal report on Friday 3 July, will clear him.
However, the Prime Minister not only has refused to step down and allow investigations to proceed in his absence but has created a special Task Force mandating them to probably clean up all evidence linking him with any impropriety.
Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, who just a few weeks ago was all fire and brimstone in urging investigations into the AccountsGate scandal, has turned into a pussy cat and declared that he too was confident in the special Task Force.
“So, we should tell the PM and the DPM; unfortunately, we shall suspend our judgment on the special Task Force.”
Raub MP Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz urged the people to adopt the Napoleonic Code and consider the people who hold power guilty, in the Court of Public Opinion, until they prove themselves innocent. “This is the only way that we can keep them in check and balance.”
“We just can’t trust the Prime Minister and his cabal of ministers,” he warned in his latest blog posting.
“How can some improprieties directed at a sitting Prime Minister be met up with an insistence that he remain in office while investigations are being carried out?”
Najib, added Ariff , “will impede investigation and will use all resources available to defeat the investigations”.
Najib, he said, could call the Fabulous Four heading the special Task Force and tell them: “Make me appear pristine.”

Rombakan Kabinet: Siapa dua Menteri bakal digugurkan?

Shafie Apdal dan Shabery Cheek diramal bertukar portfolio manakala Shahrir Samad dikatakan akan dibawa masuk ke Kabinet sebagai Menteri kanan.
kabinet-malaysia-2013xx
PETALING JAYA: Dua Menteri Kabinet dijangka digugurkan menerusi rombakan kabinet yang diramal dilakukan selepas sambutan Aidilfitri.
Akhbar Mingguan Malaysia dalam ruangan Bisik-bisik Awang Selamat pada Ahad meramalkan, salah seorang Menteri yang digugurkan itu akan ditawarkan sebagai Pengerusi di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Akhbar itu turut meramalkan Menteri Pembangunan luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafiee Apdal akan bertukar portfolio.
Shafie, antara pemimpin UMNO yang dilihat tidak senada dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kontroversi 1MDB.
Malah, cakap-cakap politik mendakwa skandal pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Australia lebih mensasar untuk menjatuhkan reputasi Shafie sebagai Menteri yang bertanggungjawab.
Seorang lagi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut dinamakan akan bertukar pottfolio.

Mahfuz: Putus dengan DAP beri kesan kepada Pas


Mahfuz Omar

SHAH ALAM - Keputusan memutuskan hubungan dengan DAP yang telah dicapai oleh Majlis Syura Ulama Pas, kelmarin, bakal memberikan kesan kepada parti itu.

Bekas Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, kesan yang dimaksudkan adalah mengenai kedudukan Pas dalam Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.

“Apabila Pas sudah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Maka Pas seharusnya tidak bekerjasama dengan DAP dalam Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.

“Jika tidak, rakyat akan melihat Pas sebagai hipokrit kerana masih terus dilihat mempunyai hubungan dalam pemerintahan Selangor dan Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, kedegilan Pas untuk terus berada dalam kerajaan akan memberikan implikasi hilangnya undi teras kepada parti itu.

“Majlis Syura Ulama Pas juga telah menyerahkan keputusan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk dilaksanakan mengikut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

“Jawatankuasa Kerja Pas Pusat perlu menentukan dengan bijaksana apa yang perlu dilakukan dengan ahli Pas yang masih berada dalam Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.

“Saya hanya memberikan pandangan bahawa ahli Pas perlu berundur daripada kerajaan. Terpulang kepada mereka,” katanya.

NGO: Najib, Rosmah mesti isytihar harta sekarang

Sejak tersebarnya dakwaan sebanyak RM2 juta telah didepositkan ke dalam akaun bank isteri kepada perdana menteri Rosmah Mansor, maka menjadi tanggungjawab mereka berdua mengisytiharkan harta dengan segera, kata Ketua Eksekutif NGO C4 Cynthia Gabriel.

“Ini adalah salah satu jalan terakhir yang tinggal untuk Najib mengembalikan kredibiliti dan kepercayaan orang ramai yang semakin menyusut," katanya dalam satu kenyataan.

“Daripada bercakap soal integriti penjawat awam atau memetik fatwa agama untuk menyelamatkan imej yang telah buruk penting bagi Najib, Rosmah dan ahli keluarganya mengisytiharkan harta mereka secara terbuka dan memaklumkan butiran perbankan mereka memandangkan ia kini bawah penelitian yang serius,” katanya lagi.

Cynthia berkata Najib mesti mengambil peluang untuk membuktikan beliau tidak bersalah dengan menunjukkan senarai asetnya dalam bentuk harta dan bukan kewangan, kepada rakyat Malaysia berbanding membangkitkan bahawa ia sabotaj politik oleh musuhnya terhadap peribadi dan kredibilitinya.

Parti baharu: Mujahid diminta lepas jawatan - PAS Perak


Razman Zakaria

IPOH - Pas Perak meminta Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa melepaskan jawatan sekiranya mahu menyertai parti politik baharu.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, perkara itu sewajarnya dilakukan memandangkan Mujahid memenangi kerusi berkenaan atas tiket Pas.

“Pada hakikatnya, Mujahid perlu melepaskan jawatan beliau sekiranya mahu menyertai parti selain Pas.

“Cumanya, yang nak ditekankan dan perlu beliau fahami adalah, setiap Ahli Parlimen Pas mempunyai ‘perjanjian khas’ dengan parti,” katanya ketika dihubungi  semalam.

Sebelum ini, Mujahid dalam kenyataannya membayangkan parti politik baharu akan ditubuhkan untuk mewujudkan suasana politik baharu yang mengambil berat mengenai hak dan kepentingan semua bangsa.

Razman berkata, beliau kesal dengan kenyataan Mujahid selain menyifatkan bekas AJK Pas Pusat itu seolah-olah mengkhianati ahli Pas yang membantunya ketika memenangi kerusi Parlimen terbabit pada PRU13 lalu.

“Kalau tidak masakan dia boleh memenangi kerusi berkenaan tanpa pertolongan jemaah dan penyokong Pas dan PR di sana,” katanya.

Julang demokrasi, wibawa pemimpin bersih

Kita telah sampai kepada hari-hari penghujung Ramadan yang mulia. Kita telah bersama-sama melaksanakan Jihad Al-Akbar seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat tatkala pulang dari perang Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan:

“Kamu pulang dari Jihad Al-Asghar, jihad kecil, kepada Jihad Al-Akbar, jihad yang lebih besar.” Sahabat-sahabat baginda bertanya: “Apakah itu Jihad Al-Akbar?” Jawab baginda: “Jihad melawan hawa nafsu.”

Nafsu amarah, nafsu serakah, egoisme adalah penyakit yang menghinggapi manusia, individu mahupun kolektif. Nafsu amarah mencipta sengketa, perbalahan, peperangan dan pertumpahan darah dan penindasan di sana sini.

Akibat dari nafsu serakah, dunia dan kelangsungan manusia diancam oleh perubahan iklim. Negara berada dijurang kemuflisan kerana segelintir manusia menjadi hamba nafsu serakah.

Wang rakyat dijadikan wang sendiri. Dan egoisme menyempitkan dada manusia dari melihat kebajikan rakyat yang lebih utama dan luas.

Maka Ramadan adalah madrasah ruhiyyah, bulan penyucian diri dari penyakit hati, memerangi hawa nafsu dan ego. Jihad Ma’nawi ini pastinya akan membawa keberkatan dan kerahmatan kepada umat Islam dan umat manusia keseluruhannya.

Hari ini istilah “jihad” dikelirukan. Golongan militan yang membunuh manusia tidak berdosa, Islam dan bukan Islam, mendakwa mereka melaksanakan jihad. Kekeliruan ini ditambah oleh media antarabangsa yang menggelarkan pengganas Islam sebagai “jihadist”.

Kehidupan insan adalah satu perjuangan yang punya marhalah atau tingkatnya. Imam Ibnul Qayyim ketika memperkatakan tentang marhalah ini, memulakannya dengan jihad melawan nafsu untuk mempelajari kebenaran, kemudian jihad beramal dengannya, kemudian jihad bersabar di atas bebanan amal tersebut.

Semua ini dikira sebagai jihad. Mana-mana kekurangan pada marhalah-marhalah ini atau tergopoh-gapah kadang-kadang tidak membawa kepada amal yang dituntut.

Alhamdulillah, dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini, saya bertuah dapat mengiringi DYMM Tuanku Sultan Selangor menjelajah masjid-masjid di seluruh pelusuk Negeri bagi menjalani pelbagai kegiatan amal seperti memberi bantuan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin, iftar serta solat tarawih bersama rakyat jelata.

Inisiatif DYMM Tuanku telah memberikan dorongan  kepada pengurusan masjid untuk meningkatkan kegiatan ibadah, ilmu dan kebajikan dalam kerangka melaksanakan jihad ma’nawi untuk mencapai keberkatan kepada rakyat dan solidariti sesama manusia.

Selami hasrat, harapan rakyat

Dengan semangat ini, Kerajaan Selangor melihat setiap usaha untuk merancakkan pembangunan berkualiti dan membela nasib rakyat sebagai jihad ma’nawi.

Dan inisiatif DYMM Tuanku menemui rakyat perlu dicontohi oleh semua peringkat kepimpinan agar sentiasa mendampingi rakyat dan tidak mencipta jarak antara pemimpin dengan rakyat.

Kita juga perlu mengambil iktibar dari keperibadian dan susuk kepimpinan Khalifah Umar Al-Khattab. Tarikh al-Tabari melaporkan Khalifah Umar berkata:

"Apabila saya berada dalam kedudukan yang selesa, tetapi rakyat sukar menemui saya; maka saya terus turun ke tempat yang sama taraf dengan rakyatku."

Untung ZAHRA dapat cakap depan Muhyiddin, nasib saya berbeza - Siti Hajar

Untung #SayaZAHRA dapat cakap depan Muhyiddin, nasib saya berbeza - Siti HajarKUALA LUMPUR: Nasib anak muda, Siti Azzahra Abd Razly atau dikenali sebagai #SayaZAHRA yang meluahkan perasaan di hadapan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kesengsaraan golongan muda  dilihat lebih baik daripada seorang penasihat usahawan, Siti Hajar Aladin yang menghantar surat terbuka kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu yang hampir sama pada 2013.

Jelas Siti Hajar, kerana surat terbukanya kepada Perdana Menteri di laman Facebook, dia pernah ditemuramah sebuah stesen televisyen pada ketika itu namun program itu akhirnya digantung.

"Untung ‪#‎SayaZAHRA‬. Dapat peluang bercakap depan Timbalan Perdana Menteri, jika saya dapat mikrofon, memang saya akan luah semuanya.

"Saya dahulu pernah dipanggil untuk ditemuramah dalam stesen televisyen untuk mengulas surat terbuka kepada Najib namun akhirnya program itu digantung," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Luahan hatinya itu turut dicatat di laman Facebook miliknya.

Pada September 2013, Siti Hajar pernah membuat surat terbuka kepada Najib dan menyatakan keluhan hatinya mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selain kenaikan harga minyak pada masa itu yang membebankannya.

"Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan pertengahan (RM3,000 – RM5,000).

Skandal 1MDB: Petugas khas, mencari kebenaran atau membersihkan nama?

oleh Shahbudin Husin
Pasukan petugas khas yang dianggotai oleh empat agensi iaitu PDRM, SPRM, Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara bagi menyiasat dakwaan pengaliran masuk wang 1MDB berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, sedang menjadi tumpuan seluruh negara ketika ini.

Semua ingin mengetahui apakah hasil siasatan mereka nanti? Apakah kebenaran yang sebenar-benarnya akan didedahkan kepada umum atau akhirnya hanya nama Perdana Menteri yang disucibersihkan oleh pasukan itu?

Menimbulkan lebih keghairahan ramai untuk mengetahuinya ialah berikutan dua akaun bank milik Datuk Seri Najib Razak sebagaimana yang didakwa oleh The Wall Street Journal (WSJ) itu didapati benar-benar wujud oleh pasukan petugas khas, tetapi sudah ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 9 Mac 2015 lalu.

Persoalan lanjutannya tentu saja mengapa akaun  itu ditutup? Apakah bertujuan untuk mengelakkan dikesan? Adakah ia ditutup kerana wangnya sudah dipindahkan atau telah habis dibelanjakan?

Oleh kerana dokumen daripada akaun yang sudah ditutup itu turut diambil oleh pasukan petugas khas, menarik juga untuk diketahui ialah bagaimana wang itu dibelanjakan? Adakah untuk peribadi, mengurus parti, belanja pilihanraya atau lain-lain keperluan?

Selain itu, pasukan petugas mengumumkan sudah membekukan enam akaun bank lain serta mengambil sejumlah dokumen untuk penelitian dan siasatan.

PRN Sarawak: Sekiranya DAP ke pedalaman, PKR ke bandar…mengapa tidak?

oleh Jimmy Adit
Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen seperti gemar cadangan DAP bersendirian - tanpa PKR - pada pilihanraya negeri akan datang.
Mengapa tidak? Berjuang sendirian. Chong tidak akan tahu kekuatan DAP sebenar jika tidak mencuba. Beliau tidak akan tahu samada Dayak sudi menerima DAP, kerana dianggap parti di kawasan bandar. Ini kerana ia lebih gemar memilih kerusi bandaran.
Usahakan kerusi di pedalaman kerana inilah idea di sebalik Impian Sarawak DAP.
DAP telah mengeluarkan banyak wang, masa dan keringat bagi menambat hati pengundi pedalaman DAP, berbanding PKR, menurut Chong. Maka PKR perlu ke tepi sekiranya tidak bersedia bertempur dengannya.
“Dengan cara PKR beroperasi, yang hanya aktif ketika pilihanraya, jawapan saya ialah mungkin ada atau mungkin tiada calon di sana. Tetapi saya mahu berkata kami telah mengenalpasti calon berpotensi bagi sesetengah kerusi di pedalaman yang dahulu ditandingi PKR.
“Mengapa kami berpindah ke kawasan pedalaman? Alasannya - kami lihat kekosongan ditinggal calon pembangkang selepas setiap pilihanraya tetapi sebelum kami ke situ, kami perlu pastikan calon sesuai bagi bertanding di beberapa kawasan,” kata Chong.
DAP nampaknya bersedia melakukan serangan akhir, bagi mematahkan segala usaha termasuk daripada PKR.
Chong dengan yakin berkata, “Mari kita bertanding dengan positif, berbanding PKR memburuk-burukkan usaha DAP di pedalaman.”

Bantuan mangsa banjir Kelantan DAP berjaya walau hubungan dengan PAS putus


 Penyelaras Impian Kelantan Young Syefura Othman bercakap mengenai bantuan rumah mangsa banjir di Pantai Timur ketika ditemubual The Malaysian Insider, baru-baru ini.

Perpecahan Pakatan Rakyat (PR) tidak menghalang Gabungan Impian Kelantan yang digerakkan DAP dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) mesra PAS menyiapkan rumah bagi mangsa banjir di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang menjelang Ramadan baru-baru ini.

Walaupun secara rasminya DAP sudah tidak mempunyai hubungan dengan PAS selepas muktamar bulan lalu yang menyaksikan semua pemimpin progresif tersingkir, penduduk di kampung tersebut dapat menyambut Aidilfitri dengan rumah baharu.

45 rumah mangsa banjir yang disasarkan untuk dibina dan dibaiki sebelum Ramadan berjaya disiapkan tepat pada masanya dengan peruntukan RM350,000 diperoleh daripada sumbangan orang ramai.

 Selepas banjir besar melanda negeri Pantai Timur itu akhir tahun lalu, Gabungan Impian Kelantan yang dipengerusikan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa memulakan tabung bantuan mangsa banjir dan berjaya mengumpulkan lebih RM900,000.

 “Selepas habis beri bantuan makanan kepada mangsa banjir, duit lebih banyak lagi jadi kita fikir untuk mula buat rumah,” kata Penyelaras Impian Kelantan Young Syefura Othman dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider, baru-baru ini.

Gabungan Impian Kelantan yang dilancarkan Februari lalu terdiri daripada beberapa kumpulan seperti Impian Kelantan, Yayasan Darul Hijrah, Royalti, Cakna UT, Badan Bertindak NGO HUSM, KB Care, Kuala Krai Care, Sukarelawan Kebajikan Pasir Putih, Persatuan Perubatan Ibnu Sina, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Yayasan Amal Malaysia (Kelantan) dan Yayasan Pembangunan Ummah.

Pecahkan momok anti Melayu Syefura berkata, bantuan diberikan DAP melalui Impian Kelantan bukan bermaksud ini persediaan mereka untuk bertanding di negeri Pantai Timur itu pada pilihan raya umum akan datang.

 “Kita hendak tunjuk kepada rakyat Kelantan yang DAP ni bukan anti Melayu dan kita juga mempunyai sifat kemanusiaan,” katanya.

Katanya, walaupun sebelum ini DAP sering kali dimomokkan sebagai parti yang anti Melayu dan Islam, kerjasama diberikan penduduk setempat untuk Impian Kelantan amat mengejutkan.

 “Mula dari Februari kita masuk kampung sampai sekarang, sampai siap projek tidak ada satu masalah langsung.

 “Ketua kampung bekerjasama dengan kita, memang mereka mengalu-alukan NGO luar untuk membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata, guru besar Sekolah Kebangsaan Pasir Tumboh turut memberikan kerjasama baik dan memberikan Impian Kelantan menggunakan kemudahan sekolah. “Guru besar dia sangat baik. Saya sangat berterima kasih dengan dia,” katanya.

Tanah TRX-1MDB: Kenyataan Pengerusi TH satu pembohongan

Selepas dua bulan, status penjualan hartanah yang dibeli TH dari 1MDB masih jadi tanda tanya
apanama-trx-TH
PETALING JAYA: Pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB diminta supaya turut menyiasat Lembaga Tabung Haji (TH).
Ia perlu dilakukan kerana sehingga kini urusan penjualannya masih menjadi tanda tanya dan keadaan itu menimbulkan kerisauan di kalangan pendeposit.
“Ingat, wang yang digunakan untuk ‘membeli’ tanah kerajaan dari 1MDB adalah wang pendeposit dan bukan-nya wang Tabung Haji, Kerajaan ataupun milik mana-mana pemimpin atau keluarga mereka.
Mungkin pihak task force yang menyiasat 1MDB juga harus memberi sedikit tumpuan khusus kepada isu Tabung Haji ini kerana ramai pendeposit sudah mula risau,” tulis blogger APANAMA.
Katanya lagi, mereka perlu tahu status pembelian hartanah di TRX yang dikatakan dengan 40 kali ganda dari 1MDB.
Soalnya lagi sekiranya tanah berkenaan dijual semula, TH perlu menyatakan keuntungan dan sekiranya masih belum dijual, ia perlu menyatakan alasannya.
Ekoran pendekatan kunci mulut Pengerusi Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, penulis blog APANAMA menyifatkan kenyataan yang dibuat sebelum ini satu pembohongan.
“Berikut Kenyataan Pengerusi Tabung Haji yang dibuat DUA BULAN lepas pada 9hb Mei 2015, berikutan nasihat Perdana Menteri, hanya PEMBOHONGAN?,” tulisnya.

Rahsia cinta setengah abad Mahathir-Hasmah


Bukan mudah mempertahankan perkahwinan lebih lima dekad. Apatah lagi ketika apa sahaja tentang diri mereka menjadi perhatian 30 juta rakyat Malaysia.

Tetapi, selama 56 tahun bersama, Tun Mahathir Mohamad dan pasangannya Tun Siti Hasmah membuktikan perkara itu tidak sesusah mana, asalkan betul caranya.

Ketika diwawancara Malaysiakini di Putrajaya baru-baru ini, Hasmah mendedahkan hubungan unik mereka yang lebih gemar memilih cara senyap jika “berperang” atau berselisih faham.

“Kalau ada apa yang dia tak suka dia akan beri kamu 'layanan senyap', tak mahu bertegur, sehinggalah kamu sedar sendiri. Dan kemudian tiba-tiba dia akan kata 'helo, kamu OK?',” katanya sambil ketawa kecil.

Malah, beliau menyifatkan lelaki yang kebetulan seniornya di Kolej Perubatan King Edward VII (kemudian bergabung membentuk Universiti Malaya) di Singapura itu juga menggambarkan keadaan Mahathir ketika merajuk.

“Oi, macam budak kecil!” katanya spontan yang mengundang gelak ketawa, sekali gus menceriakan keadaan.

Romantik cikgu tutor

Kami mewawancara Hasmah dalam sebuah bilik Yayasan Kepimpinan Perdana yang Mahathir menjadi penasihat kehormatnya.

Dalam bilik itu, walaupun tanpa kata-kata, kasih sayang mereka jelas terpampang melalui gambar-gambar dan potret yang tergantung di dindingnya.

How to pay Zahra better?

The only sustainable way to pay Zahra better is to ensure that there is a virtuous cycle of higher pay, higher skills and higher productivity.
zahra-chin-tong
By Liew Chin Tong
The #sayaZahra video campaign by Majlis Tindakan Ekonomi Melayu resonates with so many Malaysians. The six-minute video is very powerful. It is an indictment of the failure of public policies, leaving a generation who have graduated with paper qualifications but living like beggars.
Zahra spoke about many facets of the lives of ordinary Malaysians such as income, education, housing, transport, social safety net (when faced with accidents or illness). In this piece, I would just like to focus on the question of “how to pay Zahra better”.
Twenty years ago, freshly graduated lawyers in Kuala Lumpur were paid around RM2,000 a month, considered quite a satisfactory pay. Today, freshly graduated lawyers get slightly more than RM2,000 a month. Taking inflation into account, there has been a massive decline in income level for the young lawyers.
Zahra aspires to be a qualified lawyer, and her pay now is probably less than the freshly graduated lawyers. So, how do we pay her better? How do we reverse the decline of income level for young lawyers?
To pay Zahra better, there is an urgent need for restructuring the Malaysian economy dramatically.
Regulating minimum wage could be one of the many answers; however, minimum wage can only work well at the bottom level. It is almost impossible for the government to determine the pay scale at other levels in a rigid way. Yet, the government has in its policy toolkit various ways to influence the outcome.
The only sustainable way to pay Zahra better is to ensure that there is a virtuous cycle of higher pay, higher skills and higher productivity. That can only happen when Malaysia no longer depends on unskilled foreign labour.
Garbage collectors
To pay Zahra and her peers more, the Malaysian economy would have to start with paying garbage collectors better. Only when those at the bottom are paid much better, then a rising tide would occur.
Say if we pay a garbage collector RM2,000 per month, Malaysian society would pay freshly graduated lawyers RM4,000 per month (probably worth the same as RM2,000 in 1995).
If garbage collectors are paid RM2,000, everyone else’s income will go up, if not all freshly graduated lawyers would choose to become garbage collectors instead.
You must think that I am joking. How could one fathom the possibility of a garbage collector being paid RM2,000 per month in the current job market. But it is possible if we re-organise our economy.
Currently, garbage collection and urban cleansing are lucrative contracts often given to crony contractors by local authorities or solid waste management agencies.
Usually the cronies would take a cut and hand the real job to a sub-contractor. Often there is more than one middleman/rent-seeker that does nothing except to profit from the contract or license he obtained through political connections.

"Rosmah lebih jantan berbanding Najib"

Ia berdasarkan keberaniannya tampil mengesahkan kewujudan akaun bank selepas ia didedahkan Sarawak Report

PETALING JAYA: Datin Seri Rosmah Mansor dilihat lebih jantan berbanding suaminya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Fakta itu diukur berdasarkan keberaniannya tampil mengesahkan kewujudan akaun banknya selepas ia didedahkan Sarawak Report.
“Ternyata, dalam keadaan tidak boleh membongkok dan menderita sakit lutut, beliau lebih “jantan” berbanding suaminya untuk mengakui sesuatu kebenaran yang perlu diketahui oleh rakyat dan orang ramai,”tulis bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin.
Katanya lagi, Rosmah melalui peguamnya cepat bertindak membuat penafian berhubung kewujudan akaun tersebut.
Mengulas lanjut mengenai tindakan yang dibuat Rosmah dalam entrinya di shahbudindot.com, Shahbudin membangkitkan beberapa pertanyaan.
“Tetapi, jika dilihat daripada laporan Sarawak Report, mereka juga tidak mengaitkan kemasukan wang RM2 juta itu dengan 1MDB, pemberian sesiapa atau datangnya dari sumber yang tidak sah, sebaliknya hanya mengatakan ada beberapa kali deposit wang yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama “Roslan Sohari” ke dalam akaun bank peribadinya.”
Menyentuh mengenai kenyataan yang dibuat peguam Rosmah, dia mempersoalkan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap Sarawak Report sama ada akan menyaman atau meminta penjelasan.
Bagaimanapun, langkah yang dibuat Rosmah dilihatnnya lebih ke hadapan berbanding Perdana Menteri masih tidak memberikan sebarang reaksi berhubung dakwaan wujudnya transaksi wang dana 1MDB, sebagaimana yang dilaporkan Wall Street Journal (WSJ).

G18 'samurai' baharu PR, kata penganalisis


Md Shukri Shuib

ALOR SETAR - Parti baharu yang bakal ditubuhkan hasil cetusan idea gabungan Pasma dan kumpulan bekas pimpinan Pas, G18 diibaratkan sebagai samurai baharu kepada politik pembangkang.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, istilah itu diberikan kerana pemimpin berkenaan mempunyai semangat ‘kamikaze’ iaitu sanggup mati dalam Pas, asalkan hidup bersama PR.

“Penubuhan parti baru memang diperlukan pada masa ini. Pas semestinya tidak berapa gemar kelompok yang tewas terus popular dalam parti itu.

“Jadi penubuhan parti baru hasil gabungan Pasma dan G18 cukup relevan dan platform bagi mereka terus aktif mewarnai demokrasi Malaysia,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu membolehkan kumpulan yang tewas tidak terus pencen dan boleh melontar pandangan termasuk kritikan bernas terhadap Pas.

“Pas harus berlapang dada kerana saya yakin Pasma dan G18 mampu memberi impak besar kepada politik pembangkang dan negara.

“DAP dan PKR harus beri bantuan khas kepada penubuhan parti baru itu jika benar kelompok itu membawa harapan baru kepada politik pembangkang,” katanya.

PR jangan terlalu selesa politik BN sekarang

Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohamad
KUALA TERENGGANU - Pemimpin Umno negeri menganggap pilihan raya masih jauh untuk menilai sama ada kedudukan politik ketika ini berpihak kepada BN atau pakatan pembangkang.

Menafikan dakwaan bahawa perkembangan politik semasa berpihak kepada PR, Pengerusi Biro Perlembagaan Umno Terengganu, Nawi Mohamad turut mengingatkan pembangkang tidak perlu terlalu berasa selesa dengan situasi ketika ini.

Menurutnya, jika pihak terlibat melihat isu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno sebagai faktornya, perhitungan itu mungkin boleh menjadi sebaliknya apabila menjelang pilihan raya.“Ini kerana perkara yang berlaku telah diambil tindakan oleh kepimpinan dan apabila semua perkara selesai, keadaan akan kembali baik.

Sekarang ini rakyat masih tak faham dengan apa yang berlaku.

“Mungkin apabila mereka sudah dapat penjelasan dengan situasi yang ada sekarang ini akan selesai segala masalah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.