Sabtu, 11 Julai 2015

Pas T'ganu sokong tamat kerjasama dengan DAP

KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu (BPPNT) menyokong penuh keputusan Majlis Syura Ulamak parti itu yang memutuskan untuk menamatkan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan DAP.  
 
Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, PasTerengganu juga bersedia menghadapi sebarang risiko yang akan tercetus hasil keputusan itu dan akan terus berpegang teguh dengan prinsip perjuangan Islam yang didokong selama ini.
 
"Diharap semua pimpinan dan ahli di peringkat akar umbi berlapang dada dengan keputusan tersebut serta dapatkan maklumat terkini dari pimpinan Pas dari masa ke semasa.
 
"Kita tetap yakin bahawa perjuangan Pas tetap akan memperolehi kemenangan‎ dan paling penting perjuangan ini mendapatkan keredhaan ALLAH, manakala segala rintangan yang dihadapi akan lebih mematangkan Pas dan ahlinya," katanya kepada Bernama hari ini.
 
Beliau mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh mengenai pembatalan kerjasama politik dengan DAP.

Kuasa & Duit: Sekarang, tiada siapa yang benar-benar peduli tentang membina negara

oleh Christopher Fernandez

Mungkin bukan sekarang, dengan kemarahan yang dicetuskan oleh kemelut 1MDB, tetapi pada masa lalu terdapat seruan oleh ramai individu dan organsisasi buat negara ini menjadi masyarakat yang penyayang. Apa yang telah berlaku?

Ianya kelihatan sekarang jika setiap orang untuk dirinya dan dalam pihak yang lemah dan rapuh, kumpulan marginalisasi dan tidak berpuas hati dan mereka yang kurang bernasib baik diketepikan untuk menjadi buangan masyarakat ditinggalkan menyara diri mereka sendiri.

Apa yang telah berlaku kepada imej penyayang, pemurah rakyat Malaysia? Dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dalam negara ianya sekarang kelihatan seperti tiada lagi rasa sayang dan prihatin kepada mereka yang di garis terbawah masyarakat.

Kadar hidup dalam negara ini untuk terus bertahan dengan persekitaran globalisasi telah berubah dan telah menjadi bersaing dengan garangnya dan inilah sebab kenapa jurang antara yang kaya dan miskin dalam negara ini menjadi semakin besar.

Jika Malaysia tidak lagi menjadi tempat yang prihatin kepada rakyat yang lemah dan tidak berdaya untuk bersaing, ianya kerana golongan elit dalam negara ini yang meraih kemewahan melalui korupsi dan telah gagal untuk memastikan bahawa kemewahan yang diperoleh daripada perkembangan ekonomi diagih sama rata.

Inilah sebab kenapa jika sesiapa yang benar-benar prihatin tentang seluruh pelosok negara ini untuk mendengar masalah, aduan dan rungutan rakyatnya, terdapat perasaan bahawa kerajaan telah gagal untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan seluruh populasi.

Hidup telah menjadi sukar, bosan untuk terus hidup dan wawasan pemimpin negara ini untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi telah dilihat oleh segmen rendah dan masyarakat miskin sebagai angan-angan semata dan aspirasi yang tidak dapat digapai.

Sesuatu yang perlu direnungkan oleh semua daripada kisah dua orang isteri ini

oleh Alyaa Alhadjri

Secara kebetulan ataupun takdir, isteri dua orang perdana menteri Malaysia telah memenuhi dada akhbar dua hari kebelakangan ini. Yang seorang sentiasa dilihat menyokong suaminya; sementara yang seorang lagi kelihatan seperti beliau memerlukan sokongan suaminya.

Beliau sentiasa berada di sisi suaminya; sementara yang kemudian itu pula ada ketika kelihatan menolak suaminya ke tepi.

Beliau sangat dikenali dengan caranya yang dermawan; sementara yang seorang lagi sering dituduh boros, dengan begitu menggemari permata.

Rakyat sering melihat beliau sebagai tokoh keibuan yang juga seorang yang berjaya dalam caranya sendiri; sementara mereka sering mendakwa beliau ini adalah karakter yang sebaliknya.

 Anda tidak perlu menjadi genius untuk meneka siapa adalah siapa.

Ketika suami mereka sedang berperang dengan kata-kata, Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Rosmah Mansor secara tidak langsung telah terheret ke dalam sorotan lampu, untuk sebab-sebab yang tertentu.

Malaysiakini telah menemuramah Siti Hasmah bersempena dengan hari jadi yang ke-90 bekas perdana menteri Dr Mahathir pada 10 Julai.

Dalam bahagian pertama yang diterbitkan pada 9 Julai, Siti Hasmah telah dipetik sebagai berkata: “Sebagai isteri perdana menteri, jangan bandingkan (diri anda dengan orang lain).

Secara amnya, anda perlu menyokong suami anda, anda perlu berpengetahuan, anda perlu tahu apa yang berlaku di sekeliling anda dan perlu memastikan bahawa anda tetap bersama suami anda untuk bertemu dengan rakyat.”

“Rakyat mahu tahu yang inilah isteri PM dan mereka bersama, mereka berorientasikan keluarga. Maka anda perlu menyokong suami anda, pastinya. Tetapi jangan bersaing dengannya,” kata beliau.

Siti Hasmah turut menegaskan kemudian bahawa beliau tidak akan bercakap mengenai politik, pendirian yang dipegangnya selama 22 tahun suaminya sebagai perdana menteri, dan sehingga hari ini ketika beliau dituduh sebagai dalang plot yang didakwa untuk menjatuhkan Najib.

Rosmah, sementara itu, baru-baru ini telah berkata beliau menyerahkan nasib Najib di tangan Tuhan.

Kenyataan beliau mengikuti apa yang mereka berdua tegaskan terdapat tangan ghaib yang merancang “sabotaj politik” dan memfitnah beliau melalui dakwaan yang dilaporkan bernilai bilion ringgit yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya untuk kegunaan peribadi.

Kit Siang: Maaf atas kematian Pakatan

Lim Kit Siang memohon maaf kepada orang ramai atas kegagalan Pakatan Rakyat bertahan lebih lama seperti diharapkan.

Berucap di majlis berbuka puasa di Shah Alam malam tadi, Lim berkata, di sebalik "kematian" Pakatan, DAP akan meneruskan perjuangan seperti dipersetujui dalam Dasar Bersama Pakatan.

Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu, matlamat mereka ialah mencapai matlamat negara yang bersatu, inklusif, progresif dan adil.

"(Dasar Bersama Pakatan) akan terus hidup dan menjadi asas kepada perjuangan DAP untuk mencapai Malaysia baru sehingga tertubuh kerajaan baru di Putrajaya," katanya.

Melihat kepada realiti politik di Malaysia, Lim berkata, tiada mana-mana parti tunggal boleh memerintah.

Justeru, katanya, semua pemimpin politik "progresif dan patriotik" - termasuk dalam BN - perlu bekerjasama menyelamatkan Malaysia.

"Tidak adakah seorang ahli parlimen dari BN atau Umno yang tidak berasa kecewa dengan rasuah, salah guna kuasa, ketidakadilan sosioekonomi dan runtuhnnya urus tadbir baik yang berleluasa ketika ini?

"Saya tidak fikir begitu," katanya.

1MDB & WSJ: 'Kalau Najib undur siapa ganti?"

Selepas mengadakan protes di Putrajaya semalam, kumpulan mahasiswa hari ini mengadakan bantahan sama di hadapan pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur.

Kira-kira 30 orang mahasiswa daripada Gerakan Mahasiswa Selamatkan Malaysia berkumpul dalam kesibukan orang ramai untuk menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab dakwaan The Wall Street Journal (WSJ).

Selain berucap, mereka juga mengumpulkan tanda tangan daripada orang ramai bagi menunjukkan sokongan untuk mendesak Najib meletakkan jawatan.

Kumpulan mahasiswa itu turut membawa kain rentang bertulis "Mahasiswa tuntut #Najibundur" dan plakad bertulis "Kami sayang negara" serta "Selamatkan negara".

Protes itu turut diwarnai laungan "Hidup mahasiswa" dan "Undur Najib".

Bagaimanapun, seorang lelaki bertopi, berbaju merah dan berseluar pendek menghampiri kumpulan tersebut dan mempersoalkan tindakan mereka menggesa Najib berundur.

Lelaki tersebut mempersoalkan, jika Najib tidak menjadi perdana menteri siapakah individu yang layak memegang jawatan itu.

"Kamu buat ni tak betul. Kalau kamu suruh Najib berundur, kamu rasa siapa yang layak jadi perdana menteri?" kata lelaki tersebut.

Bagaimanapun tiada sebarang pergelutan berlaku dan lelaki berkenaan kemudian beredar selepas bercakap kira-kira dua minit.

Perhimpunan itu berlangsung selama sejam - bermula kira-kira jam 2.30 petang - memang menarik perhatian pengunjung yang membeli-belah di Sogo, malah sebahagian daripada mereka meluangkan masa mendengar ucapan kumpulan berkenaan.

Tuntut kembalikan mandat

Beberapa anggota polis berkawal sepanjang perhimpunan itu berlangsung.

We don’t need Fab Four to say PM’s clean, no further action

Ariff Sabri says special Task Force probing allegations against Prime Minister Najib Abdul Razak is set to not uncover but cover up wrongdoing.
ariff,1mdb
KUALA LUMPUR: The special Task Force comprising four of the top leadership of democracy-supporting institutions has become a farce and the object of public cynicism and derision.
“Several events took place which ought to give us comfort and hope, but they did not,” said Raub MP Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz in his latest blog posting . “Like they say, it’s too good to be true.”
Consider for instance, he said, the much ballyhooed action by the Fab Four. “It was a sensational promotion of publicity. I was hoping to see more than what meets the eye.”
“People are saying they went in not to uncover but to clean up house (cover up). So that at the end of the day, they can come out to say we did not see anything that was out of the ordinary. The PM is clean. NFA (no further action).”
He argued that conflicting statements by the Attorney-General (AG) Abdul Gani Patail and the Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar do not help save the situation. “The other two come-along chose to remain quiet.”
The problem is this, thinks Ariff . “Every allegation was met with warnings, intimidation and the most common response of discrediting the messenger. “Hence, instead of investigating the crime, the police are more interested in finding the person or persons who leaked information.”
“The standard of thinking is the same as the Umno operatives’ mind-set.”
If exposing a crime is considered criminal, he lamented, “then we have a government comprising of criminals”.
“I would urge Prime Minister Najib Abdul Razak to spare the people his melodramatic conduct and just leave office. You know, the signboard at many suraus and masjid that say, pray before you are being prayed for.” (Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.”
That’s what former Deputy Prime Minister Musa Hitam’s advice that “Najib go on leave” means, ventured Ariff . “So brada man, go on leave. Temporary, then permanently. You better beware when you find your security details have been changed. Suddenly you find yourself with new bodyguards and new security escort. That means the police are about to arrest you.”

DALAM UMNO HALAL & HARAM SAMA2 BANTAI..


Bagaimana pula dgn KERAjaan UMNO/BN berpaksikan Islam-Wasatiyyah yang.. 

- Luluskan bina kilang arak..
- Luluskan pusat judi terbesar dunia..
- Luluskan lesen judi & arak..
- Bayar RM76.8 juta pada yahudi-APCO..
- Bayar pampasan berbilion2 ringgit pd kroni konsesi tol..
- Rakyat dikenakan cukai GST...
- Luluskan pembelian jet mewah VVIP KERAjaan..
- Boros, tiris & penyelewengan KERAjaan..

.. JUGA berlandaskan Al-Quran ??!!!

Satu demi satu skandal PANAS meletup di era pemerintahan Najib..


KENAPA di era pemerintahan Najib byk sgt kes pembunuhan berprofil tinggi & penglibatan VVIP ???

Siap sedialah si "dia" dgn 'bomshell' dari anak Hussain Najadi, Pascal Najadi. Beliau mendakwa, lelaki yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan ke atas pengasas AmBank itu sudah kembali ke negara ini menggunakan nama samaran..

Realiti di 'Zimbabwe'..


Bila terbongkar rasuah, dicabar.. mana bukti ??
Bila didedahkan bukti, dituduh ada orang bocorkan maklumat..

Diancam pula guna Akta OSA.
Dasar pengecut!

Rakyat sokong kenaikan harga? Menteri ini tentu gila!

oleh Jimmy Adit
Terdapat seorang menteri di Putrajaya yang mengambil jalan mudah dari penyelesaian masalah - tiada aduan bermaksud rakyat Malaysia menyokong kenaikan harga!
“Kami tidak menerima sebarang aduan. Orang ramai tidak membuat aduan, yang bermakna sokongan,” ujar menteri tersebut. Dia tidak layak disebut namanya kerana alasan yang diberikan begitu dangkal. 
Tolonglah, rakyat mana di dunia ini yang menyokong kenaikan harga?
Apa yang menjadikan rakyat Malaysia berbeza? Kerana kita terlalu cintakan kerajaan? Kerana negara ditadbir oleh pemimpin bijaksana lalu rakyat Malaysia meraikan GST dilaksanakan?
Terdapat 1001 sebab mengapa rakyat tidak membuat aduan apabila terpaksa membayar lebih bagi minyak dan barangan keperluan, tetapi besar kemungkinan mereka sudah putus asa dengan kerajaan.
Kerajaan tidak mendengar. Ia gemar membuat tindakan sembrono. Kerajaan ini menaikkan harga barangan secara senyap-senyap.
Berapa kali harga petrol dinaikkan apabila rakyat sedang tidur atau sibuk mengemas rumah atau berehat selepas penat bekerja?

Apabila bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan perlu menurunkan kos berbanding menaikkan harga barangan, menteri ini, yang tidak perlu disebut namanya kerana kita mungkin termuntah, berkata dia hormati pandangan Mahathir tetapi tidak bersetuju.
“Kita mahukan sistem terbaik,” katanya, sambil menggambarkan telah melaksana sistem terbaik, jadi tiada sebab rakyat mengeluh. Mahathir juga tak perlu mengeluh.
Rakyat Malaysia gembira. Mereka gembira kerana punyai banyak wang, mungkin jutaan yang disimpan di akaun peribadi jadi mereka gembira harga dinaikkan.
Dalam negara bergelar Malaysia, pemimpin politik dan menteri seperti mamat ini boleh berbuat apa sahaja.
Mereka mampu songlap wang dari tabung pekerja, wang pencen, simpanan mak nenek, apa sahaja, dan selepas itu naikkan harga dan cukai kerana rakyat tidak mengeluh.
Tiada rakyat di dunia yang suka harga barangan dinaikkan, tetapi bagaimana pula rakyat Malaysia?
Menteri yang namanya membuatkan aku nak termuntah ini hampir berkata, rakyat Malaysia gembira dan selesa sehingga terlupa memuji kerajaan - kerana membawa kita semakin hampir kepada kiamat!               

Umno pencetus kekacauan, perlu disingkir semuanya

Maureen Tan: Semua rakyat Malaysia perlu baca buku Dr M The Malay Dilemma untuk memahami dari mana mentaliti Ketuanan Melayu berevolusi.

 Selepas 22 tahun di tampuk kuasa, beliau menyumbang kepada ciri-ciri masyarakat Malaysia hari ini.

EmptyBarrel: Adakah kita berisiko melihat semua berkaitan Mahathir sebagai indah belaka?

Rencana ini memberi peringatan bagi semua orang agar menilai kembali dan membuat penyelidikan agar memahami peranan Mahathir di dalam pembangunan negara, serta kesannya dengan lebih objektif.

Dan tentunya, kekacauan yang ditinggalkan apabila beliau bersara selaku peneraju utama Umno.

Dan kekecewaan beliau terhadap penggantinya Pak Lah dan kini, Najib.

Sekiranya benar beliau memilih penggantinya, maka beliau mungkin tak tahu menilai yang terbaik atau mungkin terlalu meletak harapan tinggi.

 Jangan terlupa, beliau sudah tua dan mungkin mudah kecewa.

Persoalannya, adakah Mahathir benar-benar berpengaruh sepertimana yang didakwa?

Matlamat parti Islam baharu lebih besar daripada hudud, kata Mujahid

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Islam mengajar umatnya mengekalkan keamanan, dan bukannya memaksa pelaksanaan undang-undang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 11 Julai, 2015. 
Parti politik baharu yang sedang dipertimbangkan untuk ditubuhkan sekumpulan pemimpin progresif PAS yang "disingkirkan" akan membuat pendirian Islam lebih besar daripada sekadar kanun keseksaan Islam atau hudud.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Islam mengajar umatnya mengekalkan keamanan, dan bukannya memaksa pelaksanaan undang-undang.

"Inilah sebabnya bekas Muryidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menangguhkan hudud. Beliau faham sangat. Beliau tahu isunya belum selesai.

"Apakah hudud segala-galanya? Ia hanya undang-undang jenayah," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual di pejabatnya di Parit Buntar

Ketika ditanya mengenai pendirian parti baharu itu mengenai hudud, beliau berkata, terdapat perkara lebih besar dalam Islam selain hudud, seperti mewujudkan kehidupan lebih baik dan selesa untuk rakyat.

Untuk melakukannya bukan dengan memperkenalkan undang-undang jenayah Islam untuk membendung jenayah. Anda berjuang umpamanya untuk gaji minimum dan mengurangkan kadar jenayah.

 "Semua itu perlu dijadikan sebahagian daripada agenda. Itu pendirian kami apabila berbicara mengenai hudud... sebab itu mereka anggap saya sebagai anti-hudud," katanya.

Mujahid, yang juga salah seorang pemimpin PAS paling dikenali dan terlibat dalam usaha antara agama yang menggalakkan perpaduan serta keharmonian antara orang Islam dan bukan Islam berkata, isu hudud perlu dilihat dalam kerangka undang-undang negara.

Bekas menteri Umno saran PAC panggil Najib dalam siasatan 1MDB

Seorang bekas menteri Umno menggesa pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed memanggil perdana menteri bagi membantu siasatannya dalam kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) supaya keyakinan rakyat terhadap pemimpin Melayu dapat dipulihkan kembali.

Datuk Zaid Ibrahim berkata, PAC boleh bertanya Datuk Seri Najib Razak dari mana wang di dalam akaun bank peribadinya diperolehi dan berbagai soalan lain berkaitan dakwaan The Wall Street Journal yang sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) berakhir dalam akaun peribadi Najib, yang kini ditutup.

Menulis di blognya, Zaid berkata, suatu kelainan yang baik sekiranya keterangan perdana menteri dapat diperolehi, bukannya hanya mendengar kenyataan presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

"Dia boleh tanya PM, siapa memiliki Tanore Finance, sebuah syarikat BVI (British Virgin Islands).

"Dia boleh tanya PM siapa bagi kebenaran pindahkan wang ke dalam akaun Ambank AmPrivate daripada Falcon International.

"Dia boleh tanya PM berapa baki simpanan dalam akaun itu apabila ia ditutup pada Ogos 2013. Apa dia buat dengan baki itu?" kata Zaid.

Jika tidak, katanya Nur Jazlan boleh bertindak seperti "pak turut dan hipokrit", di mana orang Melayu berpendidikan tinggi dalam Kabinet, Parlimen dan yang mengetuai institusi awam sangkakan yangkedudukan dan harta adalah segala-galanya.

Oleh itu, mereka terus diam membisu. “Mereka faham tentang kesalahan jenayah seperti pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang, tetapi mereka berpura-pura tidak tahu.

"Mereka beritahu diri mereka sendiri, tidak mengapa merompak dan mencuri sekiranya ia untuk kepentingan parti."

Bercakap mengenai kumpulan "pak turut" itu, Zaid berkata mereka juga sedar WSJ ialah sebuah penerbitan yang berwibawa seperti The New York Times, sambil menambah kedua-dua penerbitan pernah membuat tuduhan serius terhadap perdana menteri.

 "Tetapi, orang Melayu masih kata semua ini sebahagian konspirasi orang Yahudi. "Mereka tidak berminat mencari jawapan sebenar.

Superhero baru dari Malaysia, Toyol Man sertai 'Avengers'

oleh Zulhilmi Zainal
Peminat-peminat filem superhero di Malaysia pasti gembira. Malaysia akhirnya akan memiliki wakil dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) yang amat popular dan meluas, filem-filem saduran buku komik Marvel, yang menampilkan watak-watak superhero seperti Iron Man, The Hulk dan Captain America.
Dalam satu pengumuman mengejutkan di laman sesawangnya pada hari Khamis, presiden dan penerbit Marvel Studios, Kevin Feige mengumumkan bahawa syarikat itu akan menghasilkan sebuah filem yang menampilkan superhero dari Malaysia.
Watak asal itu, yang tidak pernah tampil dalam mana-mana buku komik sebelum pengumuman itu, adalah sebahagian daripada usaha studio itu untuk mendekati peminatnya dari semua tempat di seluruh dunia.
"Kami kini sedang mengambil filem superhero berkulit hitam Black Panther, telah menghasilkan rancangan TV superhero yang cacat penglihatan Daredevil, manakala Black Widow mewakili remaja-remaja yang gatal. Sudah tiba masanya bagi mereka-mereka yang tidak efisien dan korup untuk turut diwakili dalam MCU," kata Feige.
Nama watak itu, Toyol Man berasal dari nama 'toyol', sejenis hantu dalam cerita-cerita rakyat di rantau ini, yang memecah masuk ke rumah-rumah untuk mencuri wang dan barang kemas. 
Superhero baru ini akan diberikan kuasa unik yang akan membezakannya dari wira-wira yang lain. Tidak seperti Thor dan Hulk yang gagah dan perkasa, Toyol Man mempunyai kuasa ajaib untuk menghilangkan wang, yang digunakannya untuk membuat musuh-musuhnya tidak mampu mengumpulkan sumber untuk menentangnya.
"Kami sudah mempunyai wira-wira dengan keupayaan untuk berhadapan dengan musuh-musuh mereka dari segi fizikal, saya fikir kita perlu menampilkan kuasa-kuasa sakti yang lebih sesuai bagi golongan yang licik," jelas Feige.
Black PantherBlack Panther
Selain itu, Toyol Man juga boleh membengkokkan dan mengubah realiti untuk membuat orang lain percaya apa yang dikatakannya, kemampuan yang dia gunakan dalam kehidupan sehariannya, sebagai Perdana Menteri Malaysia. Peminat-peminat telah memerhatikan persamaan watak baru ini dengan Black Panther, yang mana identiti asalnya T'Challa merupakan raja negara Afrika fiksyen, Wakanda.

Dana RM2.6 Bilion Dipindah: Dua orang atasan 1MDB letak jawatan

Dua pengarah 1MDB meletak jawatan sebagai langkah protes selepas mengetahui dana bernilai AS$700 juta (RM2.6 bilion) untuk projek kerjasama dengan PetroSaudi dipindahkan ke syarikat lain pada 2009.

Maklumat itu, lapor The Star, diperoleh daripada penyiasat yang meneliti dakwaan salah laku terhadap dana 1MDB.

Laporan itu juga menyebut Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Tan Sri Azlan Mohd Zainol membuat keputusan meletak jawatan kerana marah apabila tuntutan mereka supaya wang berkenaan diserah semula, diabaikan.

"Ahli lembaga pengarah tidak berpuas hati apabila perjanjian ditandatangani tanpa banyak pertimbangan dan AS$700 bilion (RM2.6 bilion) yang diperuntukkan bagi projek kerjasama dipindahkan ke syarikat lain tanpa kebenaran mereka," lapor akhbar itu.

Tidak dapat dipastikan pihak mana yang mengetepikan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB untuk melakukan pindahan berkenaan serta enggan mengikut arahan supaya wang terbabit dipulangkan.

Kisah Siti Hasmah: Batik vs baju 'bling bling'


Isteri orang-orang kenamaan Malaysia memang terkenal dengan minat mendalam mereka terhadap batik.

Dalam hal ini, tiada apa istimewanya tentang obsesi Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri kepada perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, daripada aspek lain, Siti Hasmah unik dengan caranya tersendiri apabila lebih suka kepada penampilan sederhana tanpa terlalu menonjol atau berlebih-lebihan.

Siapa sangka sikap itu turut terbentuk hasil “kritikan” Dr Mahathir, perdana menteri keempat, yang memang mengambil berat pada penampilan anggota keluarganya.

“Mungkin kerana beliau (Dr Mahathir) dilihat sebagai seseorang yang berpakaian kemas dan isterinya cincai. Dia boleh kritik isterinya.

"Pada saya ini baik, (mungkin) gincu, apa ke, tak kena, merah sangat ke, rambut tak betul. Tetapi jangan melebih-lebih (berpakaian). Jangan bling bling,” kata Siti Hasmah sambil ketawa.

Mengulas lanjut tentang pakaian "bling bling", Siti Hasmah dalam temubual penuh ceria itu berkata beliau bagaimanapun berpeluang memakai pakaian sebegitu dalam acara-acara tertentu.

“Kadang-kadang, terutamanya, apabila beliau (Dr Mahathir) ketika masih perdana menteri pergi ke istana dan itulah masalah kamu boleh bling bling sikit.

“Permaisuri agung, terutamanya ketika giliran Johor, akan beri arahan untuk semua... pakai bling bling,” kata Siti Hasmah lagi sambil tersenyum.

Bukan 'imej datin-datin'

Dalam wawancara di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada Isnin, Siti Hasmah tampil dengan baju kurung merah hati dengan corak batik moden.

Tidak seperti “imej datin-datin” dengan gelang emas dan cincin besar, Siti Hasmah lebih selesa memakai rantai dan gelang mutiara.

Beliau juga sempat berkongsi tips dengan wartawan wanita Malaysiakini yang mewawancaranya tentang kelebihan mutiara kerana baginya mudah dipadankan.

“Saya tak pakai bling bling. Saya pakai mutiara. Mutiara lebih 'selamat'. Orang perempuan sila ingat perkara ini, cantik, paling sesuai dan padan dengan baju warna apa pun,” katanya sambil sempat menunjukkan mutiara yang dipakainya kepada Malaysiakini.

Berbual dengan Siti Hasmah sungguh terasa beliau tiada apa hendak disembunyikan.

Hasmah kelihatan senang sekali berkongsi minatnya tentang batik yang baginya penting untuk melambangkan penampilan identiti bangsa Malaysia.

Kerana itu, katanya, semasa Dr Mahathir menjadi peneraju negara, beliau merintis usaha memperkenalkan dan mengangkat imej batik Malaysia, yang kemudian diteruskan oleh isteri-isteri perdana menteri selepasnya.

Malah Hasmah gembira mengenakan pakaian itu ke luar negara.

GST: Surat terbuka pelajar sekolah untuk PM viral di laman sosial

Usia yang masih muda dan masih berada di bangku sekolah bukan alasan untuk tidak mengambil tahu isu yang berbangkit dalam negara.

Itu yang dibuktikan oleh surat ini yang tersebar di laman sosial ini.

Maklumat di Facebook menyatakan ia ditulis oleh seorang pelajar sebuah sekolah menengah.

Difahamkan, ia pada mulanya dimuat naik ke sebuah closed group untuk guru-guru di Facebook sebagai contoh jawapan.

Karangan
Foto: Facebook

Namun isi kandungan surat berkenaan yang jujur dan menyentuh hati pantas menjadikan ia viral.

Surat berkenaan merupakan satu tugasan daripada guru subjek Bahasa Inggeris, dengan arahannya berbunyi, "Tulis satu mesej ringkas untuk Perdana Menteri tentang GST".

Dalam surat tersebut, pelajar bernama Norfatihah Rahimee itu memaklumkan dia merupakan anak yatim, berasal daripada keluarga yang susah serta punya adik beradik yang ramai.

Kata Fatihah, dia dapat merasakan beban yang ditanggung keluarganya selepas GST dilaksanakan.

Dia juga menaruh harapan agar kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.

Cukai Barang dan Perkhidmatan, GST pada kadar enam peratus mula dilaksanakan 1 April lepas bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (CJP) yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Aset 1MDB tidak mudah dijual, kata akhbar

Penyiasat yang sedang meneliti akaun syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapati, hampir RM13 bilion aset tidak boleh dicairkan dengan mudah, dilaporkan The Star.

Memetik sumber daripada siasatan kerajaan yang sedang berjalan, akhbar harian berbahasa Inggeris itu berkata, dana pelaburan negara tersebut mempunyai jumlah aset sebanyak RM51.4 bilion pada 31 Mac 2014, di mana hampir RM19.5 bilion terdiri daripada aset semasa, termasuk wang tunai dan aset untuk dijual.

Wang tunai itu berjumlah kira-kira RM3.85 bilion, tetapi laporan itu menyatakan, daripada jumlah itu, kira-kira RM1 bilion tidak dapat digunakan kerana wujudnya "sekatan".

 "Malah aset yang ditahan untuk jualan juga tidak boleh dicairkan dengan mudah," lapor The Star memetik sumber penyiasat yang tidak dinamakan. Bagaimanapun, laporan itu tidak menyatakan jenis "sekatan" yang dihadapi 1MDB.

 Laporan itu juga memetik penyiasat yang mengatakan, kedudukan kewangan 1MDB "tidak kukuh" dan menghadapi masalah kecairan. 1MDB menanggung RM42 bilion hutang terkumpul dalam masa enam tahun beroperasi dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah sebelum ini mengakui, syarikat itu menghadapi masalah aliran wang tunai.

Laporan itu juga berkata, penyiasat mendapati juruaudit luar yang memeriksa akaun 1MDB juga tidak mengesahkan nilai aset yang dipegang 1MDB PetroSaudi Limited sebelum meluluskan penyata kewangan syarikat itu.

AS$700 juta dipindahkan tanpa kelulusan lembaga 1MDB, kata akhbar

Sejumlah AS$700 juta yang sepatutnya disalurkan ke syarikat usaha sama yang ditubuhkan antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan PetroSaudi International Ltd (PSI), dialihkan tanpa pengetahuan ahli lembaga dana negara itu, lapor The Star hari ini.

Menurut laporan itu, penyiasat mengatakan ahli lembaga pengarah 1MDB merasakan perjanjian menubuhkan syarikat usaha sama itu ditandatangani dengan tergesa-gesa, menyebabkan 2 anggota kanan lembaga itu berhenti.

Memetik penyiasat, akhbar itu berkata isunya bermula pada 28 September 2009, apabila perjanjian ditandatangani dengan segera untuk menubuhkan 1MDB PetroSaudi Ltd, yang tidak disenangi ahli lembaga.

Mereka fitnah kerana cemburu pada PM kata pengampu

“Mereka yang berterusan menghentam dan menyebar fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya berasa cemburu dengan kejayaan beliau,” kata Speaker Sabah, Salleh Said Keruak.

Tidak cukup dengan hanya cemburu, pihak yang berniat untuk menggulingkan Najib bukan hanya akan menjatuhkan kredibiliti pemimpin negara itu, malah turut mencalar imej negara di mata dunia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan portal antarabangsa yang dikatakan sering menghentam serta menyebarkan laporan berbentuk dakwaan berhubung penyelewengan badan pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Mereka (pihak yang sering menyebarkan laporan berita yang menjatuhkan kredibiliti Najib) ada agenda yang bertujuan untuk merosakkan politik negara dan mereka ini juga pasti bersubahat dengan pihak-pihak tertentu di Malaysia yang bertindak menyalurkan maklumat kepada mereka.

“Mereka sebenarnya cemburu dengan kejayaan Malaysia di bawahn kepimpinan Najib. Mereka akan cari jalan untuk jatuhkan perdana menteri secara tidak demokratik,” katanya kepada Sinar Online, semalam.

Katanya lagi, ketidaktentuan politik yang sedang berlaku dalam negara ini akan menjejaskan rentak pembangunan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang sedang dijalankan oleh kerajaan.

Najib masih belum akui atau nafi RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadinya


WSJ-NAJIB
KUALA LUMPUR, 10 JULAI: Rakyat Malaysia perlu adil kepada Datuk Seri Najib Razak atas prinsip “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah”, tetapi pada masa yang sama Perdana Menteri juga perlu adil kepada rakyat Malaysia dengan mengakui atau menafikan segera skandal-skandal kewangan yang dikaitkan dengan dirinya.
Demikian kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang apabila mengulas kenyataan Najib semalam yang meminta rakyat supaya tidak mendengar “dakwaan karut” dari media sosial tentang diri beliau dan keluarganya.
Selama ini apabila ditanya sama ada hampir RM2.6 bilion (USD700 juta) wang yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, seperti mana yang dilaporkan oleh media antarabangsa Wall Street Journal, Najib tidak pernah mengakui atau menafikannya.
Jawapan beliau yang sentiasa diulang-ulang adalah “saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri”, tanpa mengesahkan sama ada wang yang didakwa tersebut dimasukkan ke dalam akaun beliau atau tidak.
Wang tersebut didakwa digunakan untuk kempen Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 pada 2013.

Pesara bimbang bayaran pencen bulanan selepas skandal 1MDB

Bekas penjawat awam bimbang adakah pencen bulanan mereka akan terjejas susulan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meminjam wang daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

KWAP, yang ditubuhkan bagi membantu kerajaan membayar pencen pesara, meminjamkan sejumlah RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd, satu daripada 3 syarikat yang diserbu pada 3 Julai berikutan siasatan pasukan petugas khas ke atas dakwaan ia menyalurkan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan itu juga melabur RM1.4 bilion dalam anak syarikat 1MDB lain – Bandar Malaysia Sdn Bhd, 1MDB Energy Limited, 1MDB Global Investment Limited dan Jimah Energy Ventures Bhd.

 Siasatan pasukan khas itu menjurus kepada dakwaan SRC International dan 2 syarikat 1MDB lain memindahkan wang ke dalam akaun peribadi Najib antara Disember 2014 dan Februari 2015.

 "Ada beberapa ahli datang bertanya sama ada bayaran pencen bulanan mereka akan terjejas (oleh siasatan itu)," kata Datuk Omar Osman, yang mengetuai Kelab Pesara Penjawat Awam 1Malaysia.

"Kami beritahu mereka jangan risau kerana KWAP akan melakukan yang terbaik mendapatkan semula wang dilaburkan. Pesara berharap pencen bulanan mereka tidak akan terjejas dengan apa yang berlaku di dalam SRC.

 "Kami berharap apa sahaja yang dilakukan KWAP dalam membantu kerajaan membayar pencen, ia dilakukan dengan penuh hemah supaya tidak menjejaskan bayaran pencen bulanan," kata Omar, yang juga bekas presiden Cuepacs, kesatuan sekerja utama penjawat awam.

Rakyat Malaysia mahu jawapan isu wang dalam akaun PM

 Rakyat Malaysia kini tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai dua akaun bank di AmIslamic Bank, disahkan oleh pasukan petugas khas kerajaan yang menyiasat dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) yang kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke akaun peribadi beliau itu.

Kita juga tahu akaun itu kini ditutup, seperti yang dinyatakan oleh pasukan petugas itu.

Bagaimanapun, sehingga kini perdana menteri masih belum mengulas secara langsung mengenai pemindahan wang ke akaun beliau, kecuali hanya mengatakan beliau tidak pernah mengambil sebarang dana rakyat untuk kegunaan peribadi. 

Soalan yang belum dijawab dengan pasti ialah sama ada RM2.6 bilion itu benar-benar dipindahkan ke akaun tersebut, dan sekiranya benar, dari mana wang itu datang dan ke mana ia digunakan.

Berikut antara beberapa peristiwa susulan laporan WSJ pada 2 Julai:

* WSJ melaporkan AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang berasal dari Tanore Finance, sebuah syarikat di British Virgin Islands, didepositkan ke dalam akaun Najib dalam 2 transaksi pada 21 dan 25 Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun itu.

 * Sejumlah AS$11.1 juta lagi dimasukkan melalui pemindahan dalam negara, yang berasal dari SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan dan sebelum ini anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Wang ini dipindahkan dalam tiga tranche antara Disember 2013 dan Februari 2014.

Semua ini pernah terjadi, di beberapa negara ....

oleh Tan Jooi Long
Seluruh dunia menggelabah dengan hashtag Twitter #grexit yang mengutara persoalan sama Greece perlu keluar dari Zon Euro.

Turut menjadi trending di Twitter ialah sesuatu yang kena-mengena dengan Malaysia. Tak perlu saya ulas dengan lanjut.

Antara kata-kata pembuka yang paling popular di dalam kesusasteraan Inggeris ialah “Ia pernah berlaku, lebih kurang.” (All this happened, more or less.)

Ia ditulis penulis Amerika Kurt Vonnegut dalam Slaughterhouse-Five, karya satira tentang pengalaman dalam Perang Dunia II.

Tulisannya memberi inspirasi buat saya menyelidik apa yang pernah terjadi di beberapa negara, ke atas pemimpin-pemimpin mereka.

Paling akhir ialah kejatuhan Mohamad Morsi yang menjadi presiden kelima Mesir selama hanya 368 hari.

Morsi menjadi presiden pertama dilantik melalui amalan demokrasi di dalam sejarah Mesir, dan merupakan calon popular yang didokong Ikhwanul Muslimin.

Kejatuhannya berlaku selepas kemelut politik melanda dengan dicemari protes di mana jutaan rakyat Mesir berkumpul di jalanraya menuntut perletakan jawatan Morsi.

Morsi menjadi pengerusi Parti Kebebasan dan Keadilan apabila ia ditubuhkan Ikhawanul Muslimin selepas revolusi Mesir pada 2011. Ini berlaku selepas kejatuhan Hosni Mubarak yang memerintah selama 30 tahun.

Morsi menewaskan Ahmed Shafik dalam pilihanraya presiden pada 2012.

Selama 12 bulan memegang kuaa, Morsi dilihat terlalu taksub menguasai kancah politik berbanding menguruskan ekonomi dan masalah sosial. Bunyi seperti biasa didengari?

Beliau mengeluarkan deklarasi perlembagaan sementara yang memberinya kuasa penuh, dengan berkata ia perlu baginya melindungi negara dari struktur politik era Mubarak.

Selepas sambutan ulangtahun pertama perlantikan Morsi, pelbagai kumpulan mengadakan demonstrasi di seluruh egara menuntut pilihanraya presiden dilakukan.

Momentum semakin merebak dan Morsi digesa meletak jawatan.

Tiga hari kemudian, ketua tentera yang kini presiden Abdul Fattah al Sisi menggulingkan Morsi.

Mahkamah Mesir telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Morsi bagi kesalahan yang dilakukannya pada 2011.

Di Eropah Timur 26 tahun lalu pula, pemimpin Komunis gugur bak domino.

Pada Hari Krismas 1989, diktator Romania Nicolae Ceausescu dan isteri Elena berdepan skuad penembak.
 

'Pembunuh Hussain Najadi kini di Malaysia' - Pascal Najadi

Pascal Najadi - anak Hussain Najadi - mendakwa, lelaki yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan ke atas pengasas AmBank itu sudah kembali ke negara ini menggunakan nama samaran.

Bercakap kepada Malaysiakini dari Russia melalui Skype, Pascal berkata dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh satu sumber yang enggan didedahkan.

Pascal juga mendakwa suspek, Lim Yuen Soo mempunyai hubungan dengan seorang isteri ahli politik kanan di Malaysia.

Menurut Pascal, polis wajar meneliti rekod telefon Lim sejak lima tahun lalu kerana ia mungkin dapat mendedahkan komunikasi antara suspek dengan wanita yang dimaksudkannya itu.

Siasatan Malaysiakini juga mendedahkan Lim bukanlah sekadar ahli perniagaan yang menguruskan "pusat hiburan dan parkir kereta" seperti digambarkan polis.

Lim dipercayai memiliki sebuah firma kawalan keselamatan dikenali sebagai  Active Force Security Services Sdn Bhd.

Majlis Syura Ulama restu PAS, DAP bercerai

PAS mendapat kelulusan daripada Majlis Syura Ulamanya (MSU) untuk memutuskan hubungan dengan DAP - sambil kekal meneruskan keadaan sedia ada dengan PKR.

Setiausaha MSU Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata majlis itu mengadakan perbincangan mengenai isu itu semalam.

Katanya, keputusan diambil MSU akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat PAS untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kenyataan dikeluarkan melalui Nik Muhammad Zawawi, MSU mendakwa kesal dengan tindakan "provokasi berterusan" yang dibuat DAP sehingga melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat.

Namun yang lebih menarik, MSU mendakwa keputusan memutuskan hubungan dengan DAP itu dibuat kerana parti berkenaan "campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS".

"Oleh itu, Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR," katanya.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak menjelaskan bagaimana DAP campur tangan dalam isu aqidah seperti disebutkan PAS.

GABENOR BANK NEGARA DR.ZETI WAJAR LETAK JAWATAN

Sepandai-padai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor  bertindak dengan pantas menerusi peguamnya meminta Bank Negara menyiasat segera pembocoran akaunnya di Afffin Bank yang menerima RM2 juta.

Tindakan ini mengesahkan tentang wujudnya akaun simpanan itu yang dengan sekaligus menyebabkan  orang ramai terfikir  bahawa tidaklah semua laporan Sarawak Report palsu. Berasaskan kebenaran ini, awam juga  membuat kesimpulan mudah maka laporan lain-lain  SR juga adalah benar walaupun sedang dipertikaikan.

Menerusi peguamnya ,Rosmah memberikan tempoh 72 jam  kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap pembocoran akaunnya yang kejadian ini melanggar Akta Perkhidmatan Bank 2013.

Saya  kurang ariff apakah isteri  seorang Perdana Menteri boleh bertindak sendirian, memerentahkan Bank Negara  untuk kes peribadi  disamping mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya. Adakah pekara ini telah ditimbang dengan semasak-masaknya lebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri atau ini tindakan sendirian Rosmah?
.
Pada pandangan saya integriti dan reliability Gabenor Bank NegaraTan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz  yang selama ini dihormati di dalam dan di antarabangsa  yang  ternama sebagai di antara Ketua Bank Pusat Terbaik di Dunia, sekarang berada dalam keadaan tercabar yang melibatkan keyakinan kepada Bank Negara dan juga pandangan dunia kepada Malaysia.

Jangan tuduh pengkritik mahu gulingkan kamu, pesan Musa Hitam kepada Najib

Tun Musa Hitam meletakkan beban kesalahan kepada pasukan perhubungan awam Datuk Seri Najib Razak kerana gagal mengendalikan situasi dengan baik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Julai, 2015. 
Tun Musa Hitam meletakkan beban kesalahan kepada pasukan perhubungan awam Datuk Seri Najib Razak kerana gagal mengendalikan situasi dengan baik. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjawab dengan tegas satu persatu tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan bukan sekadar mendakwa ia satu komplot bagi menggulingkannya, kata Tun Musa Hitam. Bekas timbalan presiden Umno itu berkata, adalah lumrah buat seseorang yang memegang tampuk kuasa jika ada pihak yang ingin melihatnya tumbang dan ia sebahagian daripada resam berpolitik.
"Selain menjawab soalan dan menjelaskan keraguan daripada penyokong dan seterunya, Najib tidak sepatutnya membuat tuduhan yang ia dibuat bagi menggulingkan pentadbirannya," kata Musa kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara eksklusif merujuk kepada kenyataan Najib mutakhir ini yang berulang kali memberikan alasan itu bagi menepis kritikan yang terus dilemparkan kepadanya berkaitan pengurusan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 2 Julai lalu, The Wall Street Journal (WSJ) mendakwa sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi Najib – satu tuduhan yang dinafikannya. Pada masa sama, Najib menuduh pengkritik nombor satunya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahahthir Mohamad adalah dalang di sebalik dakwaan itu.
Menurut Musa, kebanyakan bekas perdana menteri sebelum Najib mungkin boleh didakwa dengan tuduhan sama namun mereka bernasib baik kerana pada zaman mereka, ruang "demokrasi digital" belum  wujud.
Beliau merujuk kepada media sosial yang membolehkan sebarang salah laku kerajaan dan ketidakcekapan kerajaan dilondehkan dengan mudah.

Seluruh dunia dapat teka individu yang dimaksudkan Siti Hasmah

Orang ramai bukan tidak tahu tetapi takut untuk bertanya siapakah yang dimaksudkan itu.
zam-hasmah
PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, ramai yang dapat meneka individu yang berkenaan selepas membaca temubual Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bersama Malaysiakini.
Katanya, seluruh dunia dapat meneka dengan pantas individu yang dimaksudkan itu walaupun isteri bekas Perdana Menteri itu tidak menyebutnya.
“Walaupun tidak dimaksudkan kepada sesiapa tetapi apabila Dr Siti Hasmah mendedahkan bahawa ‘resipi untuk menjadi isteri pemimpin negara ialah jangan bersaing dengan suami anda’ maka seluruh dunia dengan pantas dapat mengenali siapakah yang mempunyai sifat ini, memberikan jawapan yang sama dan menunjukan orang yang sama.
“Bila yang sudah tahu bertanya kepada rakannya, Siapakah dalam pikiran dan perhitungan engkau,jawapannya ialah- ” Sudah geharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula,” tulisnya diblog zamkata.blogspot.com.
Zainuddin atau Zam berkata, sebenarnya orang ramai bukan tak tahu tetapi takut untuk bertanya siapakah yang dimaksudkan itu.
Katanya, menerusi tembubual itu, beliaupun tahu Dr. Siti Hasmah tidak menujukan kepada sesiapa tetapi oleh kerana banyak cerita-cerita popular mengenai seorang isteri, maka Dr. Siti Hasmah tidak dapat menyekat kebebasan orang untuk membuat tafsiran.
“Pengenalan saya pastinya sama dengan pengenalan orang ramai tetapi saya tetap amanah menyimpannya sebagai rahsia peribadi,” katanya.

Marina: Politics? I can't tow the line

'Saya perlu jujur, tolong henti serang Najib' - Ahmad Maslan

DAP serah Rara tugas bantu mangsa seks, banjir

‘Dinasti Lim’ dalam DAP - Siapa mahu anak ke penjara?

Tabik Dua Belah Tangan, Rosmah Terbukti Lebih 'Jantan" Berbanding Najib

Bukan setakat sebelah tangan, tetapi tabik dua belah tangan kepada isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang dengan berani dan tidak menunggu terlalu lama untuk tampil mengesahkan bahawa pendedahan Sarawak Report mengenai akaun bank miliknya adalah betul dan benar-benar wujud.

Ternyata, dalam keadaan tidak boleh membongkok dan menderita sakit lutut, beliau lebih "jantan" berbanding suaminya untuk mengakui sesuatu kebenaran yang perlu diketahui oleh rakyat dan orangramai.

Kalau boleh, seluruh negara harus memberikan tabik hormat dua belah tangan kepadanya yang baru-baru ini dinobatkan sebagai "First Lady kedua tercantik di Asia" atas keberanian tersebut.

Tidak seperti suaminya, Najib yang sehingga sekarang masih tidak berani mengesahkan sama ada akaun bank yang didedahkan oleh Wall Street Journal adalah miliknya dan kemasukan wang ke dalam akaun tersebut benar-benar berlaku atau sebaliknya, hanya tidak sampai dua hari, Rosmah melalui peguamnya tampil mengesahkan kebenaran dakwaan Sarawak Report itu.

Sambil mempertikaikan dari segi pelanggaran Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan mahu Bank Negara bertindak mengenai kebocoran maklumat itu, peguam itu juga menafikan kemasukan wang yang didakwa Sarawak Report itu ada kaitan dengan 1MDB.

Tetapi, jika dilihat daripada laporan Sarawak Report, mereka juga tidak mengaitkan kemasukan wang RM2 juta itu dengan 1MDB, pemberian sesiapa atau datangnya dari sumber yang tidak sah, sebaliknya hanya mengatakan ada beberapa kali deposit wang yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama "Roslan Sohari"  ke dalam akaun bank peribadinya.

Melalui kenyataan peguam yang dikeluarkan malam tadi juga, bagaimanapun tiada sebarang pengumuman sama ada tindakan saman atau surat meminta penjelasan terhadap Sarawak Report akan diambil atau tidak.

Berbeza dengan Najib, berdepan serangan berterusan daripada Wall Street Journal dan Sarawak Report serta desakan ramai yang mahukannya menjawab dengan jujur tentang dakwaan pengaliran wang masuk ke dalam akaun peribadinya yang didakwa berjumlah RM2.6 bilion, beliau bukan saja tidak berani memberi jawapan yang meyakinkan, malah melencong kepada kata-kata,  "saya tak ambil wang 1MDB untuk peribadi"  dan "saya tidak pernah khianati amanah rakyat" atau yang membawa maksud seumpama dengannya.

Tanpa SPR yang ‘bersih’, pilihanraya semula tidak bermakna apa-apa

oleh Alyaa Alhadjri
Dengan meyakini bahawa kebebasan dan kesaksamaan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) masih lagi di tahap meragukan, pilihanraya semula pada masa ini tidak akan menjamin apa-apa perubahan dalam kerajaan, mahu pun memastikan dasar yang lebih telus.
Beberapa tahun yang lalu, gabungan Bersih 2.0 menganjurkan demonstrasi yang disertai 30,000 rakyat Malaysia untuk bangkit melawan dakwaan salah laku oleh SPR, menjelang PRU ke-13.
Himpunan Bersih 3.0 – yang ketika itu diketuai bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan – adalah antara demonstrasi terbesar yang pernah dibuat di Malaysia. Sehingga hari ini, gabungan itu masih mencabar SPR dalam isu kesahan proses persempadanan semula yang dijalankan di Sarawak.
Ambiga mungkin telah melepaskan jawatannya sebagai pengerusi bersama Bersih 2.0, namun beliau masih sedar sepenuhnya bahawa masalah yang berlaku dahulu masih lagi tidak diselesaikan, malah ketika persediaan dibuat bagi PRU ke-14.
Janji reformasi oleh SPR hanyalah dibuat separuh masak, terutama berhubung dakwaan percanggahan dalam daftar pemilih.
Justeru, pasti ada yang tertanya-tanya apakah kebaikan dalam seruan terbaru Ambiga agar SPR mengadakan pilihanraya semula, berikutan dakwaan penglibatan perdana menteri Najib Razak dengan skandal kewangan 1MDB.
Dalam pertemuan khas bersama ahli parlimen, kumpulan bukan kerajaan dan politikus pada 7 Julai lalu, Ambiga menyertai suara-suara yang menggesa Najib mengambil cuti sementara siasatan terhadap dakwaan terhadapnya berjalan.
Laman The Malaysian Insider memetik pengerusi Negara-Ku itu sebagai berakta: “Perdana menteri harus bercuti. Pemimpin pembangkang juga perlu membuat desakan berjumpa dengan beliau dan meminta Najib melakukan perkara demikian.”
"Terdapat siasatan yang berjalan sekarang ini dan ianya tidak akan lengkap sekiranya beliau masih lagi menjadi perdana menteri.”
"Mesti ada pilihan raya umum yang baru kita menuntut ianya dilakukan dalam tempoh setahun ke setahun ini,” katanya dalam satu pertemuan yang dibuat di perkarangan parlimen, selepas ahli parlimen pembangkang dilarang daripada menggunakan bilik mesyuarat.
(Negara-Ku adalah gerakan sivil gabungan pelbagai NGO.)

Suka atau tidak, Mahathir adalah tokoh yang hebat

oleh Mike Tan

 TRIBUT HARI LAHIR: Beliau dikenali ramai, dan digelar dengan pelbagai nama.

Dikenali sebagai doktor yang menjadi perdana menteri paling lama Malaysia, beliau juga penulis muda yang sangat mengambil berat kaumnya, sehingga hampir-hampir mengubah arus perjalanan negara demi menjaga masa depan mereka.

Namanya dikenali merentasi generasi. Pemujanya memanggilnya dengan nama ‘Tun’, darjah kebesaran yang dikurniakan selepas 22 tahun memimpin negara.

Ketika itu, ramai rakyat Malaysia merasakan seperti melihat keajaiban. Dr Mahathir Mohamad, individu yang memegang negara dalam genggamannya sejak sekian lama akhirnya bersara.

Pengaruh dan kuasanya begitu besar, sehingga penentangnya menggelarnya dengan nama ‘Maha Firaun’, merujuk Firaun yang zalim dalam kisah Nabi Musa a.s dalam Quran.

Malah ada yang skeptikal dengan perletakan jawatan itu, mengatakan Mahathir sudah terlalu biasa mengawal segala untuk berhenti begitu sahaja. Apatah lagi anaknya Mukhriz Mahathir masih dalam Umno.

Dan bapa mana yang tidak akan membuat yang terbaik untuk membantu anaknya berjaya, terutama jika si anak dilihat akan mengikut jejak langkahnya?

Ketika itu, ramai merasakan Mahathir akan berhadapan kesukaran untuk membiasakan hidup tanpa kancah politik.

 Tidak keterlaluan jika mengatakan majoriti rakyat Malaysia menghembus nafas lega melihat beliau akhirnya melepaskan kuasa, sekurang-kurangnya secara rasmi.

Hari ini, ketika Mahathir menginjak usia 90 tahun, ramai yang mendendangkan irama yang berbeza.

RM2 juta: Laporan Sarawak Report berupa serangan jahat, kata peguam Rosmah

Laporan Sarawak Report berupa serangan jahat, kata peguam Rosmah
KUALA LUMPUR: Dakwaan Sarawak Report terhadap Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan cubaan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai isteri Perdana Menteri, kata peguam yang mewakili Rosmah.

Kenyataan yang dikeluarkan syarikat guaman Messrs Noorhajran Mohd Noor itu turut menyentuh soal pelanggaran jelas fungsi bank dan pendedahan tanpa izin yang bertujuan menyerang anak guamnya.

“Memandangkan profil klien saya sudah didedah di peringkat nasional dan antarabangsa, adalah diharapkan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dapat menjalankan siasatan segera dalam tempoh 72 jam dan memaklumkan hasil siasatan tersebut,” kata kenyataan itu.

Laporan Sarawak Report bertarikh 9 Julai 2015 telah mengaitkan Rosmah dengan transaksi berjumlah RM2 juta yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Selain itu, kenyataan syarikat guaman tersebut mendesak pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya mengambil tindakan di bawah Akta SKMM 1998 (Akta 588) jika kandungan pendedahan Sarawak Report itu terbukti berniat jahat dan melanggar undang-undang Malaysia.

SAH Akaun Rosmah ! Tapi Nafi Ada Kaitan Dengan Dana 1MDB ..... Kita Tanya Ada Masuk Atau Tidak ?

Terbaru adalah pendedahan SR mengenai sebuah akaun Affin Bank yang didakwa milik Rosmah di mana didedahkan kemasukan beberapa deposit berjumlah RM2 juta yang dilakukan oleh seorang bernama Roslan Sohari.

Mamat itu pula mengaku di FB sebagai Resident Manager at the PMO dan Mkini turut menyiarkan gambar2 perjalanan beliau diserata dunia yang secara kebetulan turut sama dikaitkan dengan kehadiran Najib Rosmah.

Link antara Roslan dan Najib Rosmah ADA kalau mengikut apa yang disiarkan.

Ramai yang cuba mempertikaikan kesahihan akaun itu sebagai milik Rosmah ..... konon kerana nombor IC yang tertera di dokumen itu bermula dengan  A, memandangkan hanya mereka yang lahir selepas tahun 1964 saja yang IC mereka bermula huruf A ....




Seperti biasalah ...... lain kali dapatkan KEPASTIAN dari tuan punya badan dulu sebelum cepat menuduh apa2 ..... kerana ternyata dari laporan terbaru Astroawani, peguam Rosmah telah mengesahkan bahawa akaun itu memang milik Rosmah !!

“Akaun bank yang dirujuk dalam laporan berkenaan adalah akaun peribadi anak guam saya. Ia telah dibuka pada tahun 1984 ketika anak guam saya berkhidmat dengan Island & Peninsular Sdn Bhd (kini dikenali sebagai I&P Group Sdn Bhd),”

Nampaknya pro Rosmah kena lah bertanya juga kenapa Rosmah boleh memiliki IC lama yang bermula dengan huruf A .... kan ?

Satu Cerita Daripada Berjuta Derita

A Kadir Jasin

SEORANG ibu tunggal. Miskin. Ada dua orang anak. Yang bongsu sihat. Yang sulung dilahirkan sempurna, tapi jadi cacat akibat demam panas. Makan cecair melalui tiub - intravenous feeding.
Perlukan tiub bersekali butang penutup. Perlu diganti setahun sekali. Dulu kos mesin RM700. Sekarang RM742 kerana GST.
“Orang miskin macam saya pun kena bayar GST,” rintih si ibu tunggal itu.
Sebuah cerita derita daripada berjuta. GST cukai terangkum simpul mati. Tiada siapa terkecuali. Siapa berbelanja dia kena. Tak kira si miskin atau si kaya.
GST buat Fitch gembira. Naikkan rating hutang negara. Hasil kerajaan bertambah. Rakyat jelata susah. Perniagaan turut terima padah.
Persatuan Peruncit Malaysia (Malaysia Retailers Association (MRA)) kata, pertumbuhan jualan makin kecut. Pengguna makin takut.
Mereka turunkan unjuran kali ketiga untuk tahun semasa kepada empat peratus saja.
Pengguna enggan berbelanja. Kos sara hidup yang tinggi jadi punca. Kelemahan ringgit bawa bencana. Itu kata mereka.
Ibu tunggal. Anak cacat. Beban GST. Banyak perniagaan terhenti. Itulah antara sejuta cerita derita menjelang hari raya.
Wallahuaklam.

MAJLIS SYURA ULAMA PAS PUTUSKAN HUBUNGAN TAHALUF SIASI DENGAN DAP, TETAPI KEKAL DENGAN PKR

Keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Di Dalam Isu Hubungan Dengan DAP

PAS terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum. Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam.
Dalam masa yang sama Pas tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.
Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS.
Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.
Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

DATUK DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Setiausaha Majlis Syura Ulamak,
24 Ramadhan 1436 / 11 Julai 2015

RM2 juta: Peguam Rosmah nafi wang dideposit dari 1MDB....dari mana sumbernya....????

Sebuah firma guaman yang bertindak bagi pihak isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menafikan bahawa wang yang didepositkan ke dalam akaun bank beliau seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Report, adalah dari 1MDB.

Firma guaman Tetuan Noorhajran Mohd Noor berkata pelanggannya itu tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau sebarang penyelewengan dana dan menafikan sekeras-kerasnya sebarang kaitan wang itu dengan 1MDB.

Ia berhubung dakwaan laman pemberi maklumat Sarawak Report semalam bahawa RM2 juta dalam bentuk wang tunai telah didepositkan ke dalam akaun bank Rosmah antara 10 Februari dan 23 April tahun ini.

Dalam satu kenyataan malam ini, firma guaman itu juga mengkritik ketua pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown (gambar) atas laporan tersebut.

Walaupun merujuk kepada laporan itu sebagai "tidak betul" dan "palsu", tetapi firma guaman itu tidak menyebut sebarang tindakan untuk menyaman Sarawak Report atau ketua pengarangnya.

Laman pemberi maklumat itu berkata laporan itu berdasarkan kepada dokumen daripada penyiasat kerajaan.

Berikutan laporan yang disiarkan itu, pasukan petugas khas - yang menyiasat dakwaan RM2.6 bilion dana yang dikaitkan dengan 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak -  mengesahkan ia juga menyiasat dakwaan berhubung akaun Rosmah tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, pasukan petugas itu berkata ia sudah tahu tentang perkara itu sebelum pihak media membuat pendedahan mengenainya dan siasatan sedang dijalankan.

RM2 juta: Firma guaman sahkan akaun Rosmah tapi mahu tindakan

Firma guaman yang bertindak bagi pihak Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengesahkan akaun Affin Bank yang didakwa menerima RM2 juta deposit tunai seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Report, adalah kepunyaan isteri perdana menteri.

Bagaimanapun, firma guaman itu berkata kebocoran maklumat akaun itu, melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan oleh itu menuntut Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan.

Firma guaman Tetuan Noorhajran Mohd Noor dalam satu kenyataan malam ini berkata perlindungan maklumat dan kerahsiaan dan kekangan terhadap pertanyaan khusus mengenai hal ehwal pelanggan tertentu, juga diperuntukkan di bawah Akta yang sama.

Katanya, dalam satu pelanggaran jelas fungsi bank dan memandangkan profil pelanggannya di peringkat nasional dan antarabangsa, ia berharap BNM dengan segera dan/atau dalam tempoh 72 jam menjalan satu siasatan dan mengeluarkan penemuan terhadap pendedahan yang tidak dibenarkan di pihak bank itu.

RM2 juta: Rosmah sahkan akaun bank, gesa tindakan terhadap Sarawak Report

Datin Seri Rosmah Mansor mengakui akaun bank didedahkan laman pembocor maklumat merupakan miliknya yang dibuka pada 1984 akan tetapi menggesa tindakan diambil terhadap Sarawak Report.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan isteri perdana menteri itu melalui Firma Guaman Messrs Norhairan Mohd Noor Rosmah berkata, tindakan boleh diambil terhadap Sarawak Report mengikut Akta SKMM 1998 berhubung dakwaan sebanyak RM2 juta disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

"SKMM digesa untuk mempertimbangkan kerana kandungan artikel tersebut menyinggung dan melanggar undang-undang Malaysia dan tindakan sewajarnya perlu diambil selari dengan Akta SKMM 1998 (Akta 588)," kata firma guaman tersebut dalam kenyataan dikeluarkan malam ini.

 "Akaun bank yang dirujuk merupakan akaun peribadi anak guam kami. Ianya dibuka pada 1984 ketika anak guam kami bekerja di Island & Penisular Sdn Bhd (sekarang ini dikenali sebagai I&P Group Sdn Bhd)."

Firma tersebut berkata lokasi syarikat tersebut dan Perwira Habib Bank Bhd (sekarang Affin Bank Berhad) terletak di bangunan sama dengan Wisma Equatorial, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur Sarawak Report semalam mendakwa Rosmah menerima deposit dengan jumlah keseluruhan RM2 juta, di antara 10 Februari dan 23 April tahun ini.

Menurut Sarawak Report, jumlah itu didakwa didepositkan seorang “pembantu peribadi” Rosmah bernama Roslan Sohari menerusi 8 transaksi ke dalam akaun Affin Bank milik “Rosmah Binti Mansor (Datin Seri)” di cawangan Bangunan Getah Asli Kuala Lumpur.

Rosmah turut menafikan melakukan sebarang kesalahan jenayah atau salah laku penyaluran dana berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) .

"Laporan itu dianggap sangat amat tidak wajar, mengancam salah dan berniat untuk menyinggung dan mengganggu anak guam kami

Bank Negara M'sia cuba tutup pembohongan 1MDB ???


Kenapa Tun M begitu takut sekali jika Najib masih berdegil tak mahu lepaskan jawatan PM atau berehat sementara siasatan 1MDB dijalankan ???

Adakah beliau akan tahu jika Najib degil gak ia akan bawa musibah & malapetaka kepada UMNO/BN pada PRU14 kelak ???