Khamis, 9 Julai 2015

Kegunaan peribadi atau tidak, mengambil dana awam tetap kesalahan besar

oleh Alyaa Alhadjri
Pihak yang menyiasat skandal RM42 bilion 1MDB pastinya membuat kesilapan besar jika tujuan utama mereka hanyalah untuk membuktikan perdana menteri Najib Razak tidak pernah menerima apa-apa dana untuk kegunaan peribadinya.
Di sebalik tekanan memuncak mendesaknya untuk mengambil cuti, Najib telah berkata yang siasatan task force bersama itu perlu menentukan  sama ada dakwaan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) bahawa sejumlah US$700 juta 1MDB telah disalurkan ke akaun peribadinya, memiliki asas atau tidak.
Dalam keadaannya sekarang, Najib mungkin enggan melepaskan kedudukannya. Namun beliau tiada autoriti moral untuk mempengaruhi task force tersebut, yang terdiri daripada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Pejabat Peguam Negara.
Jika pihak penyiasat mempunyai niat untuk membuktikan kebebasan mereka, mereka perlu mengabaikan arahan Najib dan melihat bukan semata-mata untuk membuktikan beliau tidak bersalah, tetapi benar-benar menganalisis aliran wang dan mengenalpasti pihak yang terlibat.
Hal yang sama juga perlu dipegang pembela-pembela Najib yang bersungguh-sungguh cuba menjejaskan kewibawaan WSJ.
Akibat tergesa-gesa mahu mematahkan pendedahan terbaru WSJ, ketua pegawai eksekutif CIMB Islamic Badlisyah Abdul Gani telah membuat analisis salah ke atas dokumen bank yang mendakwa sejumlah wang yang besar telah dimasukken ke dalam akaun peribadi Najib di Ambank.
Dokumen itu, termasuk ‘SWIFT message’ (pesanan Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication yang digunakan untuk membuat pemindahan wang), disiarkan oleh WSJ pada 8 Julai lalu untuk menyokong laporannya. Dan Badlisyah dalam posting Facebook mendakwa ada percanggahan jelas pada kod Swift dan alamat bank penghantar.
Badlisyah merujuk ‘Swift message’ bagi dua transaksi - melibatkan US$619,999,988 dan US$60,999,988, dikatakan daripada Tanore Finance, melalui Wells Fargo Bank, dan ke akaun yang didakwa milik Najib.
Beliau kemudian menyimpulkan bahawa dokumen tersebut adalah palsu dan terkejut apabila WSJ “terpedaya” dengannya.
Namun, Malaysiakini kemudian melaporkan tiada kejanggalan dalam alamat bank penghantar.
Laman itu juga menyatakan Badlisyah tersilap menyatakan bahawa kod Swift yang disenaraikan dalam dokumen milik Alfa Bank Moscow.
Dalam satu lagi posting, Badlisyah mengakui kesilapannya namun masih menegaskan dokumen tersebut adalah palsu.

Sekarang Rosmah pula didakwa terima RM2 juta dalam akaun peribadi

Blog pembocor rahsia Sarawak Report hari ini mendakwa isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menerima deposit dengan jumlah keseluruhan RM2 juta, di antara 10 Februari dan 23 April tahun ini.

Menurut Sarawak Report, jumlah itu didakwa didepositkan seorang “pembantu peribadi” Datin Seri Rosmah Mansor bernama Roslan Sohari menerusi 8 transaksi ke dalam akaun Affin Bank milik “Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)” di cawangan Bangunan Getah Asli Kuala Lumpur.

 "Sarawak Report mempunyai salinan urus niaga ini dan dimaklumkan Roslan hadir di bank itu dengan wang tunai dalam sebuah beg.

"Menurut rekod, deposit-deposit ke dalam akaun itu dibuat 'pembantu peribadi' pemilik akaun," dipetik laporan Sarawak Report. Dalam laporannya, Sarawak Report mendakwa 8 deposit itu setiap satunya berjumlah di antara RM150,000 sehingga RM300,000.

Bagaimanapun, ia mendakwa deposit dalam jumlah yang besar sebegitu biasanya perlu dilaporkan ke Bank Negara Malaysia tetapi tidak dilaporkan kerana salah seorang ahli lembaga pengarah bank itu merupakan pengerusi firma sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 "Sarawak Report boleh mengesahkan akaun bank ini diletakkan di bawah siasatan, kerana ia berkait dengan kemungkinan wang yang digelapkan berkait dengan 1MDB," laporan itu dipetik. Panggilan telefon yang dibuat The Malaysian Insider ke nombor tertera di dokumen berkenaan dan didakwa sebagai milik Roslan tidak berjawab dan masuk ke peti simpanan suara.

S’wak Report: RM2 juta dideposit ke akaun 'Rosmah Binti Mansor'

Laman pembocor maklumat Sarawak Report mendakwa RM2 juta dideposit ke dalam akaun bank yang dikatakan milik Rosmah Mansor.

Laporan itu mendakwa laporannya berasas maklumat diterima berkaitan sebuah akaun dengan Affin Bank Berhad.

Ia mendakwa sejumlah besar wang dideposit ke dalam akaun itu dalam tempoh dua bulan bermula pada awal tahun ini.

Memetik dokumen didakwa berkaitan siasatan 1MDB, Sarawak Report mendakwa seorang individu bernama “Roslan Sohari” antara 10 Februari dan 23 April tahun ini memasuki sebuah cawangan bank itu di Kuala Lumpur sebanyak lapan kali.

“Dalam kunjungan-kunjungan ini beliau mendeposit keseluruhan RM2,000,000 ke dalam akaun bernombor 1000 xxxx xxxx, yang mana para penyiasat melaporkan ia milik “Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)”.

Dihubungi Malaysiakini, pembantu Rosmah, Rizal Mansor, berkata beliau tidak dapat mengulas perkara itu pada masa laporan ini ditulis kerana sedang berada dalam sebuah majlis berbuka puasa.

Malaysiakini juga telah menyemak sebuah laman Facebook milik “Roslan Sohari”, seorang pegawai tentera berpangkat pegawai waran, yang antara lain menunjukkan gambar individu itu dengan Najib selain kelihatan berada dalam jet peribadi.

Dalam Facebook itu, pekerjaannya diletakkan sebagai “Resident Manager at the Prime Minister’s Office” (pengurus residen di Pejabat Perdana Menteri).

Rekod di Facebook itu juga mendedahkan bahawa individu itu 'mendaftar masuk' di pelbagai lokasi di luar negara ketika Najib berada di tempat itu.

Tempat-tempat itu antaranya Kazakhstan (tahun lepas), Jeddah (6 Jun 2015), Beijing (12 November, 2014 ketika perdana menteri hadir Persidangan Ekonomi Asia Pasifik) dan New York (ketika Najib hadir persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu September lalu).

APA SEBENARNYA DAH BERLAKU dlm siasatan 1MDB ???


Kalau akaun Najib tidak dibekukan (alasan dah ditutup) dan dokumen WSJ tidak digunakan... Habis tu skrg ni dok siasat utk apa sebenarnya ??

Nak siasat Najib atau siasat WSJ ???

Sudah-sudahlah dengan wayang kulit UMNO ni. Rakyat bukannya bodoh macam penyokong UMNO

KENAPA PERLU 'SOROK'..??!!!

KANTOI !!.. "Laporan awal siasatan 1MDB cacat" - PAC

Najib, ambil cuti dan bersihkan nama anda - Cenbet

oleh Sonia Ramachandran

Keraguan terhadap kebebasan, ketelusan dan keberkesanan pihak berkuasa tempatan yang menyiasat dakwaan dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Najib Razak tidak dapat dielakkan. Ini kerana Najib adalah perdana menteri dan menteri kewangan negara ini, dan pihak-pihak berkuasa yang menjalankan siasatan berada di bawah, dan perlu menjawab kepadanya.

Inilah sebabnya mengapa Centre for a Better Tomorrow (Cenbet) menyeru Najib mengambil cuti sehingga siasatan selesai. “Inilah satu-satunya perkara yang betul dan terhormat, agar penyiasat dilihat benar-benar bebas untuk menyiasat sedalam-dalamnya dakwaan besar ini.

“Mengambil cuti adalah sebahagian daripada aspek tadbir urus yang baik yang dipromosikan Cenbet. Ia bukanlah pengakuan bersalah, tetapi menunjukkan keteguhan dalam prinsip integriti. Ia akan membolehkan perdana menteri fokus menangani kontroversi ini dan tidak diganggu oleh tugas-tugas kerajaan.

Cenbet percaya bahawa tiada orang yang bersalah sebelum dibuktikan di mahkamah,” kata pengerusi bersama Gan Ping Sieu.

 Gan Gan juga mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil Najib untuk membersihkan namanya di “mahkamah persepsi”. Katanya, najib perlu mengarahkan Ambank (AMMB Holdings Bhd) untuk menjelaskan tentang dakwaan transaksi seperti yang dilaporkan akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Katanya, Najib juga perlu mengarahkan Bank Negara untuk menyatakan sama ada ia sedar tentang dakwaan transaksi itu. Ini kerana bank pusat itu pasti akan diberitahu tentang pemindahan jika melibatkan jumlah yang besar. Selain itu, Gan mencadangkan Najib untuk mengarah atau mendesak 1MDB dan Ambank menyaman WSJ kerana memfitnah.

 “Jika penyiasat membersihkan Najib daripada apa-apa salah laku dan langkah-langkah di atas mengukuhkan lagi yang beliau tidak bersalah, beliau boleh kembali bertugas dengan penuh maruah.

 “Najib pasti akan menunjukkan teladan yang baik dan mengekalkan standard moral yang lebih tinggi di mata rakyat. Ini tentunya memberi kebaikan kepada negara,” katanya lagi.

Panel penyiasat rampas minit mesyuarat 1MDB, penyata bank - Peguam Negara

Panel penyiasat rampas minit mesyuarat 1MDB, penyata bank - Peguam NegaraKUALA LUMPUR: Pihak berkuasa merampas antara lain minit mesyuarat Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), buku minit serta penyata bank dalam serbuan ke pejabat syarikat itu di sini pada Rabu.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan serbuan ke atas premis itu bermula pada pukul 9.40 pagi dan proses menggeledah dokumen mengambil masa sembilan jam.

Pasukan Penyiasat Khas turut merampas beberapa penyata dan dokumen berkaitan urus niaga termasuk perjanjian perniagaan.

"Dokumen seperti buku lejar, perjanjian perniagaan dan fail berkaitan hal tanggungjawab sosial korporat 1MDB.

"Pasukan penyiasat turut merampas beberapa komputer notebook," kata panel penyiasat itu dalam satu kenyataan bersama.

Dokumen WSJ tidak akan digunakan dalam siasatan 1MDB

Pasukan Petugas Khas siasatan akaun 1MDB mengesahkan enam akaun bank yang dibekukan tidak membabitkan akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
gani-wsj
PETALING JAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak akan menggunakan dokumen yang disiarkan oleh Wall Street Journal (WSJ) atau pihak-pihak lain dalam siasatan akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibekukan.
Ini kerana Pasukan Petugas Khas siasatan akaun 1MDB mengesahkan enam akaun bank yang dibekukan tidak membabitkan akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Berkaitan dengan arahan pembekuan enam akaun bank pada 6 Julai 2015, tiada akaun bank di AmBank Islamic dimiliki Perdana Menteri,” petik kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Petugas Khas siasatan 1MDB.
Kedua-dua akaun bank milik Najib dikatakan sudah ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 9 Mac 2015.
“Pasukan Petugas Khas telahpun memperoleh semua dokumen yang berkaitan akaun-akaun itu,” kata pasukan itu.
Pasukan Petugas Khas itu dipimpini Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
“Semua dokumen siasatan yang diterimanya hanya melalui saluran Pasukan Petugas Khas,” tegas kenyataan itu.

Laporan awal siasatan 1MDB cacat- PAC

1MDB tidak memberi kerjasama penuh dalam membekalkan dokumen kepada Jabatan Audit Negara.
Datuk-Nur-Jazlan_jan_1mdb_600
KUALA LUMPUR: Laporan awal Jabatan Audit Negara terhadap syarikat 1MDB dianggap cacat susulan syarikat pelaburan milik kerajaan itu tidak memberi kerja sama penuh untuk memberi dokumen.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan berkata, perkara itu dimaklumkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam pembentangan laporan tersebut pada pagi Khamis.
“Jabatan Audit Negara masih belum mendapat kerja sama yang baik daripada 1MDB dalam memberi dokumentasi untuk mereka menjalankan audit.
” Kita minta pihak pengurusan 1MDB tolong bagi kerjasama kepada Jabatan Audit Negara untuk memberi segala dokumentasi dan maklumat yang diperlukan untuk mereka meneruskan audit supaya segala laporan dapat dimuktamadkan pada akhir tahun ini,” katanya dalam sidang media pembentangan Laporan Interim terhadap pengauditan 1MDB dan sesi taklimat bersama PAC di Parlimen.
Mengulas lanjut, Nur Jazlan berkata, antara dokumen yang belum diserahkan ialah penyata bank dan beberapa perjanjian lain.
Katanya segala dokumen tersebut penting untuk memenuhi skop siasatan.
Ahli Parlimen Pulai itu bagaimanapun berkata, pihaknya berpuas hati dengan hasil laporan interim 1MDB oleh Ketua Audit Negara dan usaha yang dilakukan pihak berkenaan.
Katanya pihak PAC akan mengunakan segala maklumat yang dikumpul oleh Jabatan Audit, untuk menyoal dan menyiasat Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Shahrol Azrai Ibrahim dan bekas Pengerusi dan bekas CEO, Mohd Azim Abdul Rahman pada Ogos ini.

Kenapa 1MDB tidak serahkan penyata bank?


Tony Pua

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua mempersoalkan mengapa 1Malaysia Development Berhad(1MDB) tidak memberi kerjasama penuh menyerahkan penyata bank kepada Jabatan Audit Negara.

Menurutnya, penyata bank adalah dokumen paling penting dalam siasatan ke atas syarikat tersebut.

"Bagaimana nak buat siasatan jika tiada penyata bank. Penyata bank adalah perkara paling penting dalam penyiasatan.

"Mereka (1MDB) juga lambat menyerahkan dokumen selain terdapat dokumen penting lain tidak disertakan,"katanya selepas sidang media, hari ini.

Beliau berkata, tiada sebarang alasan sepatutnya dikemukakan 1MDB kerana tidak menyerahkan penyata bank tersebut.

"Penyata bank boleh dicetak tidak sampai lima minit. Tiada alasan," katanya.

Katanya lagi, jika 1MDB tetap enggan memberikan penyata bank tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengarahkan syarikat milik kerajaan itu berbuat demikian.

"Ini kerana perdana menteri yang telah mengarahkan siasatan tersebut dijalankan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata laporan interim yang disediakan Jabatan Audit Negara adalah amat memuaskan.

1MDB tidak serah dokumentasi penting pada Audit


Nur Jazlan Mohamed

KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara berdepan dengan masalah apabila kurang mendapat kerjasama daripada pihak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari segi dokumentasi.
 
Pengerusi Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negara (PAC),  Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, perkara itu antara isu yang dibangkitkan Jabatan Audit semasa menyiapkan laporan interim syarikat tersebut.
 
"Secara keseluruhan PAC berpuas hati dengan kerja yang dilakukan Jabatan Audit nampak menyeluruh dan dibuat dengan telus.
 
"(Bagaimanapun) ada dua perkara yang ditimbulkan dari segi dokumentasi seperti penyata bank dan perjanjian-perjanjian syarikat tidak diberi kerjasama yang baik dari pengurusan 1MDB. 
 
"Jadi kita minta mereka beri kerjasama kepada audit untuk teruskan kerja mereka supaya laporan itu dapat dimuktamadkan, " katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat daripada Ketua Audit Negara,  Tan Sri Ambrin Buang mengenai proses pengauditan 1MDB, hari ini.

PAC: Auditor-General uses four auditors and treasury

Five UM students granted leave for judicial review

PAC says 1MDB didn't fully cooperate

What you need to know on WSJ's money trail exposé

Ketua Audit yakin dapat dokumen dari 1MDB

PAC: 1MDB tidak beri kerjasama penuh

'BUNGA-BUNGA' tol naik dah mula berputik..

Sudah bersedia nak BERJIHAT !!!
Rakyat M'sia bertuah kerana DAPAT BERJIHAT TIAP2 HARI 
KERANA 'bertuhankan' UMNO

Siapa Pemilik Akaun Yang Ditutup..!!!


Tiada akaun PM dibekukan kerana akaun sudah tutup.

Alahai... klu camtu siasatlah plok SIAPA PEMILIK 'akaun yg ditutup' itu sebelum ianya ditutup !!!

MASIHKAH ANDA INGAT.. kes rekod keluar masuk Altantuya ke M'sia di Imigresen dipadamkan.. Sehingga skrg Najib gagal menjawabnya.. HA!! HA!! HA!!

Semenjak Najib terpalit dgn SKANDAL 1MDB saham FGV terus jatuh, KENAPA ???


Asal aja UMNO sentuh pasti melingkup.. Dari asal sahamnya RM5.39 skrg DAH TINGGAL RM1.54 !!!

APA KHABAR PENEROKA FELDA !!! Tahu ka tak saham FGV semakin jatuh setiap hari. KENAPA TV3suku, TV1, TV2 tak hebohkan berita saham jatuh FGV saban hari !!!

Setiap tahun Najib terus bg 'gula-gula' pada peneroka. Hakikatnya saham FGV terus jatuh & susut hari demi hari..

Masa depan tanpa Umno Baru dan pembangkang berwibawa

oleh Ahmad Mustapha Hassan
Umno Baru dalam proses memusnahkan diri sendiri. Tanpa Umno Baru, Barisan Nasional juga tidak wujud.
Kemusnahan Umno Baru bermula sewaktu ia mula-mula ditubuhkan. Ia berasakan prinsip tidak demokratik hanya semata-mata mahu menjaga kekebalan kepimpinan tertinggi.
Sebaik dipilih, tiada cara ahli biasa boleh menyingkirkan pemimpin tersebut. Mana-mana institusi yang dibentuk dalam cara ini alamiahnya akan menjadi autokrasi malah boleh menjadi totalitarianisme.
Hakikatnya, Umno Baru meletakkan pemimpinnya sebagai diktator yang tidak boleh dicabar oleh ahli-ahlinya yang takut hendak mencabar sistem.
Pembangkang Pakatan Rakyat pula, sebaliknya, mempunyai struktur yang sangat longgar dan gabungan tidak rasmi parti terlibat yang menentang Umno Baru atau kepimpinan BN.
Hanya wujud satu matlamat dan ianya adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang sedang memerintah.

Agenda bersama ini tertulis dalam “Buku Jingga” yang terlalu umum sifatnya dan mereka yang enggan mematuhi peruntukan dalam buku ini tidak dikenakan apa-apa bentuk tindakan displin.
Maka kerana itu gabungan itu boleh berpecah pada bila-bila masa. Pakatan pada mulanya mampu terus kekal kerana kepimpinan ulung oleh ketua umum Anwar Ibrahim.
Tanpanya hubungan antara parti, menjadi sangat rapuh, dan boleh hancur bila-bila masa. Dan inilah yang berlaku apabila PAS bertegas mahu melaksanakan agenda hududnya.
Ini bertentangan dengan semangat dan kandungan “Buku Jingga”.  Tidak adapun disebut tentang pelaksanaan kod jenayah agama dalam buku dasar itu.
DAP, yang alamiahnya sekular, tidak mempunyai pilihan selain terpaksa memutuskan hubungan dengan PAS. Maka, Pakatan selaku gabungan tiga parti berkubur.

Apa yang anda perlu tahu tentang legasi Dr Mahathir

oleh Yeoh Guan Jin
Siasatan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) semakin memuncak, tekanan berterusan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak.
Laporan bertarikh 3 Julai oleh Wall Street Journal  yang mendakwa dana dari 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun peribadinya mewujudkan desakan supaya dia  bercuti sementara siasatan dilakukan.
Pengkritik utamanya, mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, telah memintanya mendedahkan maklumat akaun peribadi untuk menafikan tuduhan tersebut.
Mahathir sejak kebelakangan ini, sehingga lah laporan WSJ dikeluarkan, telah mendesak Najib untuk meletakkan jawatan kerana masalah-masalah ini. Dia sangat kritikal kepada salah pengurusan dana di bawah pentadbiran Najib. Alasan utamanya mahukan Najib berundur ialah kehilangan RM42 bil dari 1MDB.
Tetapi adakah pentadbiran Mahathir sebelum ini benar-benar bebas daripada masalah?
Sepanjang 22 tahun dia berkuasa, terdapat beberapa skandal kewangan yang menyebabkan kerugian hampir RM 50 bilion. Misalnya ialah kerugian forex pada tahun 1992-1994 yang menyebabkan negara kehilangan sebanyak RM16 bilion, skandal BMF yang kerugian RM 12.5 bilion dan skandal Perwaja Steel yang menyebabkan kerugian RM10 bilion.

Dalam kebanyakan kes ini, tiada seorang pun yang dipanggil untuk bertanggungjawab kepada kerugian yang terjadi. Dalam kes Perwaja Steel, ahli perniagaan Eric Chia, yang diberikan amanah menguruskan kerjasama Jepun-Malaysia ini pada tahun 1998, telah di heret ke mahkmah kerana pembayaran tidak sah melibatkan RM76 juta. Dia kemudiannya dibebaskan dan masih tidak ada pihak bertanggungjawab atas kerugian yang dilakukan oleh Perwaja Steel.

WSJ: Bila PDRM dan SPRM mahu siasat Najib?

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) perlu dilihat lebih berintegriti apabila mengendalikan sesuatu kes berprofil tinggi yang melibatkan Pegawai Tinggi Kerajaan dan tidak hanya bersungguh-sungguh membuat siasatan apabila ia melibatkan pihak pembangkang, demikian tegas Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Datuk Kamarul Bahrin.

Dalam isu pendedahan The Wall Street Journal (WSJ), beliau melihat berlaku sikap pilih kasih di dalam siasatan yang dijalankan oleh PDRM dan juga kenyataan yang dibuat apabila ia melibatkan individu tertentu yang mana di dalam kes ini adalah merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Gesaan supaya siasatan dibuat ke atas Datuk Seri Najib Razak juga pernah disuarakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang menyifatkan beliau pernah berbohong mengenai status wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikatakan disimpan di BSI Bank di Singapura.

"Bukti-bukti dalam bentuk dokumen yang dikemukakan oleh WSJ dan Sarawak Report perlu dipandang serius oleh SPRM dan PDRM memandangkan ia melibatkan maruah negara dan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara yang seterusnya akan memberi impak besar kepada rakyat Malaysia," katanya.

Malangnya kata beliau, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar pula akan menyiasat WSJ di bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 berhubung dengan dakwaan yang dibuat.

"Saya melihat kepada setiap kenyataan yang dibuat oleh KPN dan tidak menemui sebarang kenyataan yang menunjukkan bahawa beliau akan turut sama menyiasat Datuk Seri Najib Razak sebagaimana dakwaan yang dikemukakan oleh WSJ bagi memastikan kesahihannya.

Skandal 1MDB: Akaun PM tak dibeku kerana sudah tutup kata petugas khas

Pasukan petugas khas berkaitan isu 1MDB menjelaskan bahawa enam akaun bank yang dibekukan mereka tidak termasuk milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Berkaitan arahan pembekuan pada 6 Julai 2015 terhadap enam akaun bank, tiada akaun-akaun bank di AmBank Islamic dipegang oleh perdana menteri pada tarikh dibekukan itu kerana akaun-akaun bank itu sudah ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 9 Mac 2015,” kata pasukan itu.

Pasukan petugas juga mengumumkan memperoleh dokumen bank berkaitan akaun-akaun itu.

PAC: Ada dokumen 1MDB belum serah untuk audit

1MDB masih belum mengemukakan dokumen-dokumen tertentu yang diminta oleh Ketua Audit Negara untuk siasatannya, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau mendedahkan bahawa dokumen-dokumen itu termasuk beberapa penyata bank syarikat dan perjanjian.

Menurutnya, Jabatan Audit Negara masih tidak mendapat kerjasama yang baik daripada 1MDB bagi mendapatkan dokumen untuk diaudit.

Berikutan itu, PAC menggesa pihak pengurusan 1MDB bekerjasama dengan jabatan tersebut dengan memberikan semua dokumen dan maklumat yang diminta, supaya ia boleh meneruskan audit dan menyiapkan laporan menjelang akhir tahun ini.

Nur Jazlan memberitahu pemberita demikian semasa waktu rehat mesyurat PAC hari ini di mana Ketua Audit Negara Ambrin Buang membentangkan penemuan awal jabatannya dalam auditnya ke atas akaun 1MDB.

Sesi itu dijangka berterusan sehingga lewat petang ini, dengan kemungkinan akan disambung esok jika lebih banyak masa diperlukan.

NAJIB LAGI !!...


Skandal 1MDB: WSJ pula disiasat bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997...Najib..???


Polis siasat mesej demo besar anti-Najib

Najib dijadual berucap pada sidang anti-rasuah IACC


Warga maya cemuh posting Ramadan Ahmad Maslan

1MDB Tidak Beri Kerjasama Kepada Jabatan Audit Negara - PAC

KUALA LUMPUR: Laporan awal Ketua Audit Negara terhadap pengauditan 1MDB menunjukkan bahawa syarikat tersebut tidak memberikan kerjasama dari segi dokumentasi.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara  (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata perkara itu telah dinyatakan Jabatan Audit Negara dalam pembentangan laporan tersebut, Khamis.

Putrajaya beri amaran sebar berita palsu 1MDB boleh masuk penjara

Carian Google mendapati pengguna Internet berkongsi pelbagai gambar berkenaan isu 1MDB dan menjadikannya bahan gelak media sosial. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagaimanapun berkata mereka yang menyebarkan gambar diubah suai berdepan dakwaan. – Gambar The Malaysian Insider, 9 Julai, 2015. 
Carian Google mendapati pengguna Internet berkongsi pelbagai gambar berkenaan isu 1MDB dan menjadikannya bahan gelak media sosial. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagaimanapun berkata mereka yang menyebarkan gambar diubah suai berdepan dakwaan. 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memberi amaran keras terhadap mana-mana pihak didapati menyebarkan berita palsu mengenai siasatan yang sedang dijalankan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dalam posting di Facebook hari ini, SKMM berkata, adalah menjadi satu kesalahan berkongsi atau menyebarkan berita yang mengandungi maklumat palsu mengenai 1MDB mengikut Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menyebarkan gambar yang diubahsuai, berita yang tidak sahih atau sebarang spekulasi mengenai siasatan ke atas 1MDB menerusi laman sosial termasuk aplikasi Whatsapp," kata SKMM di laman Facebook rasminya.

"Jika didapati bersalah, hukumannya adalah denda tidak melebihi RM50,000 dan/atau tidak lebih satu tahun penjara. #1MDB #falsenews."

Tolong tolong !! Malaun mencuri....

Saya syakki kasut saya dicuri oleh seorang malaun sebab saya nampak dalam kamera CCTV.
Saya report Polis.
Polis kata dia akan siasat macam mana saya boleh dpt tengok kamera CCTV.

Cina tukang pasang CCTV pun kena siasat.
Kedai India jual kamera CCTV kena siasat.
Baii jual plag utk kamera CCTV kena siasat.
Jawa jual skrin LCD utk CCTV kena siasat.
Malaun tu je tak kena siasat...

Hanya di 'Zimbabwe', penjahat dipandang mulia dan berada pada kasta tersendiri.


Soalan lazim - pendedahan WSJ, jejak dana 1MDB

DAP optimistik, pembangkang mampu tawan Putrajaya

Rahsia Siti Hasmah: Jangan pandai-pandai janji

1MDB: Tun Mahathir gesa Najib dedah akaun

Skandal 1MDB: Najib perlu bersumpah jika tidak boleh tunjuk akaun bank

Rakyat hanya mahu tahu atau atau tidak ada kemasukkan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
najib-money-trail
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membuat pengakuan ya atau tidak berlakunya kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya seperti yang didakwa Wall Street Journal (WSJ).
Ini kerana, rakyat hanya ingin mengetahui kebenarannya dan bukannya mendengar jawapan Perdana Menteri yang melencong kepada amanah rakyat yang tidak pernah dikhianati atau pengakuan beliau tidak menggunakan wang untuk diri sendiri.
“Yang dunia ingin tahu ialah tentang kemasukan wang ke dalam akaun peribadinya, maka jawablah dengan jujur dan tunjukkan buktinya sekali.
“Mudah dan habis cerita. Rakyat pun pasti akan gembira dengannya,” tulis Shahbudin Husin diblognya, shahbudindotcom.blogspot.com.
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju turut menasihatkan Najib supaya tunjukkan buku akaun banknya kepada rakyat seperti yang disarankan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya sekiranya diteliti maksud tersirat Dr Mahathir ialah kalau susah sangat nak mengaku “ya” atau “tidak”, tunjukkan saja buku akaun bank sebagaimana nombor akaun yang sudah didedahkan oleh WSJ itu.
“Biarlah buku bank berbicara jika mulut dan lidah sudah tidak boleh berkata apa-apa,” katanya.
Bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Wilayah Persekutuan itu juga bersetuju dengan Mohd Sayuti Omar yang mencadangkan agar Najib bersumpah.
“Ini pun bagus juga, kalau dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibuu, Najib boleh bersumpah, tentulah tiada masalah juga untuk melakukannya sekali lagi dalam kes wang bilion- bilion ini.
“Sebagai pemimpin, apatah lagi Perdana Menteri, jangankan menerima kemasukan wang sebesar AS$700 juta atau RM2.6 bilion boleh dicurigai dan merupakan suatu kesalahan, malah jika nilainya RM1 pun tetap kesalahan juga,” ujarnya.

PAS Perlis tak halang ahli sertai himpunan G18

PAS Perlis tidak akan menghalang ahlinya untuk menghadiri perhimpunan kumpulan progresif yang digelar Gerakan Harapan Baru di negeri itu pada hari raya ketiga nanti.

Pesuruhjayanya Mohd Shukri Ramli (kanan) berkata, beliau terbuka menerima kehadiran kumpulan tersebut dan tidak menghalang sekiranya terdapat ahlinya yang ingin menghadiri perhimpunan itu.

"Kita terbuka. Ini demokrasi. Kita tak akan halang, ahli boleh pergi. Tak ada masalah.

"Buatlah (perhimpunan), kita tak ada halangan dan tak akan larang ahli untuk hadir," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya sama ada beliau tidak bimbang sekiranya terdapat ahli yang mungkin akan mengikut gerakan itu, ADUN Sangkang itu berkata, perkara itu tidak menjadi masalah memandangkan rakyat kini cerdik dan boleh berfikir.

"Rakyat sekarang dah cerdik, mereka boleh fikir," katanya ringkas.


Ditanya sama ada beliau akan hadir pada perhimpunan itu, Shukri berkata: "Tengok keadaan," katanya sambil ketawa kecil.

Semalam, kumpulan Gerakan Harapan Baru bersama rakan dalam DAP dan PKR merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran di Perlis pada hari raya ketiga untuk memulakan momentum ke arah entiti pembangkang baru.

PAS akan pecat ahli sertai parti lain, kata Hadi

PAS menasihati mana-mana ahli mereka untuk kekal di dalam parti Islam itu, termasuk kumpulan pemimpin progresif yang menggelarkan diri mereka G18, atau dipecat keahlian mereka, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berucap pada majlis berbuka puasa di Kelantan Isnin lalu, Hadi berkata, PAS tidak menghalang mana-mana pihak yang berhasrat menubuhkan parti baharu.

 “Tetapi kita kena ingat sejarah politik dan penubuhan parti di negara ini bagaimana nasib parti berkenaan setelah ia diasas kerana kecewa,” katanya, dalam program di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).

Memetik kenyataan yang dikeluarkan di pas.org.my itu, Hadi berkata, untuk menubuhkan sebuah parti Islam baharu, asas Islam yang kukuh diperlukan, bukan kerana perasaan kecewa dan tidak puas hati. “Sebagai sebuah parti Islam yang baharu perlu ada asas Islam, bukan kerana tidak puas hati terhadap parti yang didukungi.

Kita keluar dan buka lagi parti baharu dan begitulah seterusnya,” katanya. Beliau turut menyalahkan media sosial yang menjadi medan memperbesar-besarkan isu. “Media sosial seperti Facebook memberi ruang perkara yang kecil menjadi besar sehingga menampakkan PAS sedang bergolak," katanya.

Muktamar PAS di Kuala Selangor baru-baru ini menyaksikan parti Islam itu bukan sahaja memutuskan hubungan dengan DAP, tetapi pemimpin dari kalangan kumpulan progresif turut tewas kepada kumpulan konservatif pada pemilihan ketika itu.

Mereka yang tewas dalam pemilihan itu termasuk timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, naib presiden Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat, dan beberapa lagi individu lain.

PAS tidak dapat diselamatkan lagi, kata anak bekas presiden

Anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor, Faiz Fadzil mempersoalkan tindakan pengerusi muktamar tahunan PAS baru-baru ini yang menafikan hak perwakilan membahaskan topik begitu penting iaitu usul memutuskan hubungan dengan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Julai, 2015. 
Anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor, Faiz Fadzil mempersoalkan tindakan pengerusi muktamar tahunan PAS baru-baru ini yang menafikan hak perwakilan membahaskan topik begitu penting iaitu usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Apabila Muktamar Tahunan meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas, ketidakadilan keputusan itu menyebabkan anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor, Faiz Fadzil, 38, mula bersuara. Faiz, seorang peguam, pada hari itu mempersoalkan pengerusi muktamar tentang alasan PAS - parti yang disebut-sebut memperjuangkan idea Islam - menafikan hak perwakilan membahaskan topik begitu penting.
"Saya marah pada hari itu. Sebagai peguam dan anak yang dibesarkan dengan berpegang kepada prinsip-prinsip Islam, saya tak dapat terima mereka menafikan hak asasi kami untuk bersuara.

"Jadi saya lawan mereka, mereka yang mendakwa berjuang melawan kerajaan yang menentang demokrasi, tetapi melakukan perkara yang sama," kata Faiz dalam wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini. Namun gesaannya tidak didengari, usul diluluskan dan selepas sebulan, seluruh negara menyaksikan parti terbesar Islam negara itu mula berantakan.
Bagi Faiz, muktamar baru-baru ini menandakan kematian visi PAS yang diilhamkan ayahandanya - daripada halangan bercakap terhadap perwakilan sehinggalah kepada kempen memburukkan sesama sendiri yang menyaksikan satu puak mengawal keseluruhan parti.
Ia membuka matanya kepada hakikat PAS sebagai sebuah parti inklusif yang berjaya memenangi sokongan dan penghormatan orang Islam dan bukan Islam - kini tidak dapat diselamatkan lagi.
Sebaliknya, PAS hanya merupakan bayang-bayang silam masa lampaunya yang gemilang, terkekang dalam retorik ucapan, dan jauh dari realiti politik dan keperluan rakyat, kata Faiz.
Dan ini dapat dirasai semua ahli PAS kerana barisan kepimpinan baharu pro konservatif mengambil alih parti menerusi cara yang tidak demokratik, katanya.
Ia termasuklah berkempen menerusi kuliah agama, memfitnah golongan progresif sebagai "liberal", "anti-hudud" dan "agen DAP"; mempunyai sokongan media milik Umno, dan mengedarkan 'cai' kepada perwakilan sebelum mengundi.
Namun semua kempen ini selama sebulan menyaksikan tiada satu perkara baru pun terbit dari barisan kepimpinan baru yang disanjung-sanjung selama ini, kata Faiz.

Umno perlu pilih Najib atau parti, kata bekas menteri


Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil jalan mahkamah terhadap The Wall Street Journal (WSJ) tidak lagi mampu menyelamatkannya, sebaliknya hanya membeli sedikit masa untuk memanjangkan kuasanya, kata bekas menteri, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Bekas menteri penerangan itu berkata, kini terserah kepada pemimpin Umno menentukan nasib Najib, sama ada mengekalkannya atau menyingkir demi menyelamatkan parti.

"Mahkamah tidak lagi boleh menyelamat dan membersihkan dirinya. Ia sekadarkan dapat memanjangkan kuasanya buat sementara dalam keadaan tidak diyakini rakyat; ketidakstabilan politik dan kekeruhan ekonomi.

 "Sekarang hanya terserah kepada para pemimpin Umno untuk memutuskan sama ada untuk membiarkan keadaan ini terus berlaku sehingga berlaku keadaan yang lebih buruk dan lebih memalukan.

 "Mereka mesti membuat pilihan yang bijak dan keputusan tegas berani sama ada untuk menyelamatkan Najib atau untuk menyelamatkan Umno sekalipun terpaksa mengorbankan Najib," katanya melalui blog Zamkata.

Beliau berkata, susulan pendedahan demi pendedahan media antarabangsa itu, jelas tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini ada asasnya.

 "Dengan pendedahan berasas yang terus menerus dilakukan oleh WSJ maka rakyat semakin dapat melihat kebenaran Tun dalam alasan tindakannya untuk menyelamatkan Umno dan negara," katanya.

Zainuddin berkata, pemimpin Umno yang memahami perasaan rakyat akan dapat membuat keputusan yang terbaik.

 "Jika Umno disokong oleh orang-orang menjiwai perasaan rakyat maka mereka akan dapat membuat keputusan yang tepat dalam keadaan yang runcing," katanya.

Beliau berkata, susulan dakwaan terhadap Najib berhubung dana berjumlah RM26 bilion yang disalurkan ke akaun peribadinya, orang Melayu kini tiada tempat bergantung.

"Orang Melayu tiada lagi tempat kuat untuk bergantung, PAS juga sedang runtuh, Umno berada pada taraf moral yang cukup rendah.

"Apakah ini yang dilihat oleh media asing sebagai satu peluang untuk meruntuhkan kuasa Melayu dan Islam yang bertakhta di negara ini sejak lebih 60 tahun lalu," katanya.

Bukan ‘kewartawanan longkang’ yang gugat politik Malaysia

oleh Jimmy Adit
Berikutan penangkapan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI) Xavier Justo, Sarawak Report telah dihentam kerana dokumen-dokumen yang "diubah" dan "diganggu".
Di Sarawak, timbalan presiden PBB Abang Johari Openg berkata kita semua harus "abaikan apa sahaja yang dilaporkan oleh Sarawak Report".
"Kita sedar bahawa laporan-laporan Sarawak Report adalah meragukan. Penangkapan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI), Xavier Justo pasti telah memberi gambaran bahawa banyak laporan-laporannya tidak mempunyai kesahihan.
"Begitu juga laporan-laporan Sarawak Report sebelum ini mengenai kepimpinan Sarawak, ia juga tidak mempunyai kesahihan... jadi apa yang boleh saya katakan di sini ialah abaikan apa sahaja yang dilaporkan oleh Sarawak Report," beliau dipetik sebagai berkata.
Memang ironi. Anda tidak meminta orang ramai mengabaikan sesuatu dengan cara mempertikaikan kesahihannya dan bercakap dengan panjang lebar mengenainya. Apabila anda berbuat demikian, ia membuatkan orang ramai berfikir dan bertanya soalan.
Saya mahu mengabaikan Sarawak Report (SR), tetapi rasa ingin tahu saya dirangsang oleh kecaman Abang Johari. Mesti ada ramai lagi yang telah turut terangsang oleh beliau. 
Seperti Abang Johari, ramai pemimpin-pemimpin kerajaan telah menuduh laman blog itu melahirkan pembohongan dan menjadi mesin propaganda dunia barat.
Ada juga yang menyifatkan laporan laman itu sebagai kewartawanan longkang.
Blog ini mungkin tidak jujur sepenuhnya dalam laporannya, tetapi ia bukannya tidak jujur sepenuhnya. Jika tidak, ia tidak akan mencetuskan ribut yang sedang menggoncangkan negara pada masa ini.

Dalam isu kemelut 1MDB, jika dilihat dari laporan itu dan semua dokumen – surat-surat, transaksi bank, dan lain-lain – anda perlu memberikan kredit kepada SR kerana menerbitkan pendedahan itu.
SR tidak menjalankan laporan biasa. Amat menghairankan bagaimana ia dapat memperolehi dokumen-dokumen ini. Penyiasat-penyiasat dan juruaudit 1MDB turut bingung dengan jenis bahan dan maklumat yang mereka perlu teliti untuk mencari kebenarannya.
Hakikatnya, laporan-laporan SR tidak boleh diabaikan. Tiada apa-apa yang boleh diabaikan jika kebenaran adalah apa yang anda cari, kerana untuk mendapatkan kebenaran anda perlu meneliti laporan-laporan tadi. Itulah yang sedang dilakukan penyiasat tadi.

PM harus jawab tuduhan WSJ di Parlimen

oleh Hazlan Zakaria

Daripada mengelak seruan Pembangkang supaya tuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibincangkan di Parlimen, ahli-ahli parlimen BN sebaliknya harus meminta PM berucap di Dewan Rakyat berkenaan dakwaan merisaukan mengenai penyalahgunaaan dana awam. Ini kerana kesetiaan mereka bukan sahaja kepada bos mereka, tetapi lebih kepada rakyat yang telah memilih mereka.

BN boleh mendakwa yang mereka memegang mandat memerintah, tetapi mandat ini berasal dari rakyat dan Dewan adalah sumber kuasa itu. Mereka harus ingat bahawa sebagai wakil rakyat, tugas pertama dan utama mereka adalah untuk menegakkan kepercayaan dari rakyat, dan bukan hanya memastikan parti mereka memegang kuasa. Jika mereka tidak berbuat demikian, mereka telah gagal melaksanakan tugas mereka.

Lebih penting lagi, tidak kira bersalah atau tidak bersalah, Najib mesti menunjukkan akauntabiliti dan sekurang-kurangnya melakukan apa yang boleh untuk mengekalkan keyakinan bukan sahaja dalam Dewan, tetapi juga keyakinan rakyat. Jika beliau mengelak dari menjawab di Parlimen, ia mungkin cukup untuk memberi kesan kepada kewibawaan beliau dalam memegang mandat Parlimen.

Dalam sistem demokrasi berparlimen, Parlimen merupakan badan tertinggi dalam tadbir urus, di bawah naungan perlembagaan, dan oleh itu badan eksekutif yang mentadbir negara sekalipun harus bertanggungjawab kepada badan perundangan.

Oleh itu, apabila ketua eksekutif negara, Najib sendiri berhadapan dengan tuduhan-tuduhan sebegini, beliau mesti berucap di Parlimen yang memberinya kuasa dia mentadbir negara. Beliau adalah bertanggungjawab kepada keseluruhan Parlimen dan keseluruhan rakyat yang mengundi.

Ahli parlimen BN bagaimanapun, telah menolak untuk menyahut seruan pembangkang untuk menjalankan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan dakwaan penyalahgunaan kewangan yang dikaitkan dengan PM sendiri, dalam sebuah pendedahan oleh penerbitan perniagaan antarabangsa The Wall Street Journal.

Langkah itu diambil selepas Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi menasihatkan untuk tidak melakukannya, dengan alasan bahawa walaupun mungkin ada sebab untuk berbuat demikian di bawah undang-undang, ia tidak perlu kerana ia boleh memberi kesan negatif dan menyebabkan kekeliruan.

Skandal 1MDB: Apa yang diketahui setakat ini isu aliran wang ke akaun Najib

Laporan The Wall Street Journal berkisar sekitar RM2.6 bilion disalur kepada 2 akaun AmBank milik Datuk Seri Najib Razak, menerusi 5 deposit berasingan. – Gambar The Malaysian Insider, 9 Julai, 2015. 
Laporan The Wall Street Journal berkisar sekitar RM2.6 bilion disalur kepada 2 akaun AmBank milik Datuk Seri Najib Razak, menerusi 5 deposit berasingan. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan cabaran paling sukar terhadap kepimpinannya ketika tekanan semakin memuncak berikutan tuduhan pengaliran wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya. Satu pasukan khas terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, polis, pihak berkuasa anti-rasuah dan Bank Negara Malaysia sedang menyiasat tuduhan yang dibuat The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai lalu.
WSJ melaporkan pendedahannya itu muncul daripada siasatan kerajaan Malaysia ke atas dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Harian perniagaan itu turut memuat naik ke Internet dokumen aliran wang ke dalam akaun Najib bagi menyokong laporannya. Laporan WSJ berkisar sekitar AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang disalur kepada dua akaun Najib di AmBank, Kuala Lumpur. Wang itu dipindahkan menerusi 5 deposit berasingan dari 2 tempat - satu secara tempatan, bermula dengan akaun SRC International Sdn Bhd, dan satu lagi dari satu syarikat Kepulauan British Virgin.
Menurut WSJ, jumlah terbesar daripada wang itu - AS$681 juta - dipindahkan ke akaun Najib pada Mac 2013, sebelum pilihan raya umum pada Mei tahun itu.
Ini berbeza daripada laporan terdahulu WSJ bulan lalu yang menyebut 1MDB mungkin secara tidak langsung mendanai sebahagian kempen Najib dalam pilihan raya umum, selepas firma itu membeli aset kuasa dari Genting Group pada harga yang tinggi.
Genting kemudian didakwa "menderma" sebahagian wang itu, sebanyak RM35 juta kepada sebuah yayasan kebajikan di bawah Najib, yang kemudian mempromosikan projek yayasan kebajikan ini sewaktu kempen pilihan rayanya, lapor WSJ.
Najib menafikan pengambilan dana bagi kepentingan peribadi, namun sebagai menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, beliau sudah diperhatikan berhubung urus niaga meragukan firma milik kerajaan itu dengan timbunan hutang sebanyak RM42 bilion dalam tempoh operasi 6 tahun sahaja.
1MDB sendiri kini disiasat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara.
Namun tuduhan terbaharu ini, beserta dokumen memperincikan aliran wang ke dalam akaun perdana menteri, adalah yang paling berat.
Berikut perkara yang sudah diketahui serta soalan yang masih kekal misteri sejak laporan WSJ seminggu lalu.
Pegawai polis bergegas memasukkan barang rampasan dari pejabat 1MDB di Kuala Lumpur selepas diserbu semalam. Syarikat dana negara itu memang dalam perhatian sejak pendedahan pelbagai transaksi yang meragukan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Julai, 2015.Pegawai polis bergegas memasukkan barang rampasan dari pejabat 1MDB di Kuala Lumpur selepas diserbu semalam. Syarikat dana negara itu memang dalam perhatian sejak pendedahan pelbagai transaksi yang meragukan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Julai, 2015.
Siapa pemilik wang? Sumber wang masih belum diketahui tetapi kiriman wang secara tempatan datang daripada SRC International Sdn Bhd, syarikat tenaga dimiliki Kementerian Kewangan sewaktu pemindahan itu dilakukan.
SRC bagaimanapun mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP) pada tahun 2011 bagi tujuan pelaburan dalam perlombongan dan sumber semulajadi.
Jejak wang itu ke akaun Najib bermula dengan pergerakan RM50 juta dari SRC kepada anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd, dan kemudian kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Dari sini, RM42 juta dipindahkan ke akaun Najib di AmBank dalam 3 deposit berjumlah RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta.

Laporan interim 1MDB oleh Ketua Audit Negara diserahkan kepada PAC hari ini

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang (kanan) menyerahkan laporan interim mengenai hutang 1MDB kepada Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed (kiri) di bangunan Parlimen hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 9 Julai, 2015. 
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang (kanan) menyerahkan laporan interim mengenai hutang 1MDB kepada Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed (kiri) di bangunan Parlimen hari ini. 

Laporan interim Ketua Audit Negara mengenai syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini. Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang menyerahkan laporan tersebut kepada Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed di bangunan Parlimen hari ini.
Hari ini merupakan pendengaran berhubung laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang diadakan di Parlimen dan sesi pendengaran masih lagi berlangsung.

Skandal 1MDB: Siasat Najib, jangan pilih kasih

Saya mengharapkan PDRM dan SPRM tidak bersikap pilih kasih di dalam menjalankan siasatan berhubung dengan tuduhan yang dikemukakan oleh Wall Street Journal (WSJ).

Tuduhan ini berhubung dengan dana sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang didakwa telah dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Portal berita Malaysiakini melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata WSJ akan disiasat bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 berhubung dengan dakwaan yang dibuat.

Saya melihat kepada setiap kenyataan yang dibuat oleh KPN dan tidak menemui sebarang kenyataan yang menunjukkan bahawa beliau akan turut sama menyiasat Datuk Seri Najib Razak sebagaimana dakwaan yang dikemukakan oleh WSJ bagi memastikan kesahihannya.

Sehingga ke hari ini tidak ada sebarang siasatan yang telah dijalankan ke atas Datuk Seri Najib Razak oleh pihak PDRM berhubung dengan dakwaan yang dikemukakan oleh WSJ tersebut.

Hal ini berlawanan dengan aduan yang diterima oleh PDRM berhubung dengan laporan yang dibuat ke atas Ahli Parlimen pembangkang sepertimana sebelum ini.

Pihak PDRM dilihat lebih ‘cergas’ dan tidak akan mengambil masa yang lama untuk memanggil Ahli Parlimen berkenaan bagi disoal siasat.

Malah, MP Batu pernah pada bulan Mei 2015 yang lalu ditahan secara tergesa-gesa dan dilayan seperti seorang penjenayah gara-gara didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan anti-GST di Kuala Lumpur.

Di dalam kes skandal 1MDB yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak ini, mengapakah laporan yang dikeluarkan oleh WSJ pada 3hb Julai 2015 yang lalu baru disiasat barulah diserbu hari ini (8hb Julai 2015) oleh pihak PDRM? Mengapa begitu lama masa yang diambil oleh PDRM untuk bertindak di dalam kes ini?

Dalam tempoh masa lima hari ini berbagai-bagai perkara boleh berlaku dan kemungkinan besar bahan bukti yang dikehendaki telah diseludup keluar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Penafian tiada kaitan kes Najadi, 1MDB ditolak

Anak kepada Hussein Ahmad Najadi hari ini menolak penjelasan polis bahawa kes pembunuhan pengasas AmBank itu tiada kaitan dengan isu sekitar 1MDB.

“Macam mana mereka boleh kata macam itu sedangkan tiada siasatan,” soal Pascal di Facebook yang ditulis daripada Saint Petersburg, Russia.

Filem tempatan kritik kerajaan Umno@Bn dilarang siaran di televisyen

Filem Melayu yang disiarkan stesen TV tempatan kini diketatkan lagi kawalannya oleh Putrajaya, termasuk larangan mengkritik kerajaan.

Putrajaya mengetatkan lagi kebebasan bersuara dengan larangan terbaru adegan yang kritikal terhadap kerajaan dalam semua filem tempatan yang disiarkan di televisyen.

 Larangan itu dikeluarkan menerusi pekeliling Lembaga Penapisan Filem (LPF) bertarikh 23 Jun, menyatakan babak dan dialog yang "menyindir, mempersendakan, mengkritik kerajaan dan sensitiviti politik negara" akan dipotong daripada filem tempatan di televisyen, bersama adegan dan dialog yang "mencemar imej kerajaan".

 Contoh adegan itu termasuk kakitangan awam menerima rasuah atau menyalahgunakan kuasa mereka, menurut pekeliling berkenaan.

Mempertahankan langkah itu, Pengerusi LPF Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata tindakan itu perlu untuk melindungi imej Putrajaya.

 “Kita memang tidak boleh membenarkannya kerana ia termasuk dalam imej kita. Ia boleh bawa imej buruk kepada kerajaan, kita elakkan ia,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Adegan seperti itu sudah pasti dipotong, tidak boleh dielakkan. Kerana ada orang kita dalam stesen televisyen yang buat tapisan,” katanya.

Selain kritikan terhadap kerajaan, pekeliling itu turut melarang adegan “wanita memakai pakaian menampakkan susuk tubuh, bentuk payu dara, kemaluan, paha, punggung dan pakaian dalam (kecuali sari bagi wanita India)” dalam filem buatan tempatan untuk disiarkan di televisyen.

Adegan watak melanggar undang-undang juga akan dipotong “kecuali paparan watak jahat dan ada pembalasan”, menurut garis panduan baharu itu.

Dakwaan WSJ terhadap Najib menguji badan kehakiman Malaysia

Dakwaan WSJ terhadap Najib menguji badan kehakiman Malaysia
KUALA LUMPUR: Blogger terkenal Datuk A. Kadir Jasin berkata kontroversi yang dicetuskan oleh The Wall Street Journal (WSJ) yang didedahkan minggu lepas melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, merupakan ujian tekanan untuk badan kehakiman negara.

"Kita mungkin boleh anggapkan ini adalah "Stress Test" untuk sistem yang sedia ada sama ada prinsip 'Nobody is above the law' (tiada siapa mengatasi undang-undang) benar-benar berfungsi di negara (kita)," tulis beliau dalam blognya, The Scribe A Kadir Jasin pada Rabu.

Katanya sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra lagi berlaku kes pecah amanah, rasuah serta salah guna kuasa melibatkan orang kanan politik namun mereka akhirnya meletakkan jawatan.

Menurut Kadir, antara kes tersebut melibatkan bekas menteri kabinet Abdul Rahman Talib, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris, dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan contoh orang-orang yang berkuasa yang telah dibawa ke mahkamah.

Katanya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai tugas yang jelas iaitu menangani dakwaan yang dibuat WSJ itu.

"Soalnya sekarang, adakah Abdul Gani bersungguh mahu menghadapkan pihak-pihak yang terlibat, termasuk Mohd Najib, ke muka pengadilan?" soal bekas ketua pengarang New Straits Times itu.