Rabu, 8 Julai 2015

Siti muat naik doa Rasulullah kepada pemimpin yang menyusahkan rakyat

Dalam statusnya Siti tidak memperincikan pemimpin yang dimaksudkan
siti,doa
KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin telah memuat naik sekeping foto yang memaparkan doa buat pemimpin yang menyusahkan rakyat.
Melalui laman sosial Instagramnya, Siti juga menggunakan kapsyen, “Ya Allah.. Kau tunjukkan kebenaran, sesungguhnya kami memohon jauhi kami dari fitnah dan didusta,”.
Foto yang telah dimuat naik sehari lalu itu telah disukai seramai 14,495 pengguna Facebook lain.
Rata-rata peminat Siti menyambut baik doa yang dimuat oleh penyanyi nombor satu negara itu.
Bagaimanapun, tidak diketahui siapakah pemimpin yang Siti maksudkan tersebut.
Dalam statusnya sebelum ini, Siti menyuarakan sokongan secara terbuka ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan tidak akan membiarkan beliau sendirian

Pembangkang curiga kredibiliti pasukan petugas khas siasat 1MDB

Parti pembangkang hari ini mempersoalkan kredibiliti siasatan pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian (PKR), Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (PAS), dan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng (DAP) berkata pasukan berkenaan hanyalah 'pegawai bawahan' kepada 'ketua' mereka yang kini sedang disiasat.

 "Kemampuan pasukan siasatan khas yang ingin menyiasat dakwaan laporan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang syarikat bermasalah milik negara, 1MDB yang didakwa terus masuk ke akaun peribadi Najib, sewajarnya dicurigai.

"Ini kerana 4 Tan Sri yang mengetuai siasatan ini merupakan ‘pegawai bawahan’ kepada pihak yang sedang mereka siasat, ‘ketua’ mereka, iaitu perdana menteri," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Mereka juga mempersoalkan kemampuan keempat-empat Tan Sri tersebut iaitu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim dan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz untuk menjalankan siasatan secara bebas.

Mereka berkata, rakyat Malaysia juga pasti sukar mempercayai siasatan itu. "Sekiranya pasukan siasatan khas ini dikekalkan, kami pasti rakyat Malaysia sukar untuk menerima hasil siasatannya.

 "Lebih-lebih lagi sekiranya ia membebaskan perdana menteri daripada sebarang pertuduhan salah laku.

 "Ini kerana, penyiasatnya adalah kawan-kawan serta pegawai bawahan Najib sendiri," kata mereka sambil meminta individu lain dilantik menggantikan tempat 4 Tan Sri itu.

Mereka berkata, keadaan itu menjadi lebih buruk apabila Najib masih belum direhatkan daripada jawatannya.

 "Kami percaya, demi prinsip ketelusan dan kebebasan serta menjaga nama baik perdana menteri, 4 Tan Sri ini tidak mempunyai sebarang bantahan membenarkan individu lain menggantikan tempat mereka dalam pasukan khas terbabit.

Surat peguam untuk rakyat, bukan WSJ

Shahbudin Husin mempersoal surat tuntutan yang dihantar peguam Najib kepada WSJ.
shahbudin_najib_wjs_600
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dilihat hanya bermain silap mata apabila menghantar surat tuntutan penjelasan kepada Wall Street Journal (WSJ) bukannya surat tuntutan saman.
Berdasarkan surat melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, Najib menuntut WSJ menyatakan dengan jelas sama ada ia adalah hujahnya bahawa beliau telah menyalahgunakan dana AS$700 juta milik 1MDB.
“Kami diarahkan untuk mendapatkan pendirian anda kerana artikel itu secara kolektif menyarankan bahawa anda tidak pasti mengenai sumber asal dan apa yang berlaku kepada wang itu manakala intipati umum aktikel mewujudkan gambaran yang jelas bahawa pelanggan kami telah menyalahgunakan wang tersebut,” petik surat itu yang kemudian disiarkan, Shahbudin Husin.
Mengulas mengenainya, bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan itu berkata, artikel WSJ sebelum ini, mereka hanya menyebut mengenai kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Najib dan tidak menyentuh sama sekali berkaitan dengan unsur penyalahgunaan, penyelewengan atau seumpamanya berkaitan wang tersebut.
Maknanya, WSJ hanya membangkitkan mengenai kemasukan wang dan bukannya bagaimana ia dibelanjakan.
“Tetapi kenapa Najib mahukan penjelasan WSJ mengenai dakwaan penyalahgunaan pula sedangkan jika benar tiada kemasukan wang ke dalam akaun peribadinya sepertimana yang didakwa itu, saman sudah pun boleh diteruskan?
“Isunya di sini ialah kemasukan wang dan bukannya penyalahgunaan. Apakah jika benar ada kemasukan dan tidak disalahgunakan, ia bukan suatu kesalahan bagi seorang Perdana Menteri?” soalnya.

Pendedahan WSJ membuktikan dakwaan Tun M berasas

Pendedahan itu juga menyebabkan Najib berada dilema kerana rakyat tidak mempercayainya serta menolak kepimpinannya.
zam,mahathir
PETALING JAYA : Pendedahan berterusan Wall Street Journal (WS) menunjukkan kebenaran kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak demi menyelamatkan UMNO dan negara.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, pendedahan itu telah menyebabkan Perdana Menteri berada dalam dilema.
Katanya, jika Najib berundur, ia mengesahkan tuduhan dilemparkan kepadanya dan sebaliknya jika tidak berundur, sudah jelas keadaan tidak lagi memihaknya.
Zainuddin bagaimanapun berkata, apa juga yang dilakukan oleh Najib tidak lagi akan dapat memulihkan imejnya.
“Jika kehendak rakyat dan Allah berlaku maka inilah pertama kali seorang Perdana Menteri Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam jatuh secara yang paling tidak terhormat.Tentunya sekaligus melibatkan maruah UMNO.
“UMNO telahpun kehilangan kepercayaan dari orang Cina dan kepercayaan dari orang Melayu sedang terhakis dengan parahnya.
“Najib sebagai pemimpin besar. Mereka (UMNO) berada dalam keadaan cedera parah. Skandal kewangan yang berlaku menyebabkan mereka (UMNO) membuat konklusi mudah untuk menolak ‘sahlah cerita selama ini UMNO parti rasuah,” katanya dalam entri terbarunya zamkata.blogspot.com.

Tindakan polis siasat WSJ memalukan negara – NOW

NOW mendakwa ini bukan pertama kali pihak berkuasa mencari kesalahan pemberi maklumat.
akmal-nasir-wsj
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memalukan negara kerana mahu menyiasat Wall Street Journal (WSJ) mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer kerana mendedahkan maklumat.
Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir berkata, intimidasi terhadap media antarabangsa WSJ hanya akan merendahkan integriti polis.
Katanya, tindakan itu seperti mahu mengalih perhatian rakyat terhadap isu utama iaitu adakah dana awam RM2.63 bilion disalurkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Tindakan pantas Ketua Polis Negara untuk menyiasat bagaimana dokumen tersebut boleh bocor adalah seolah-olah beliau lebih berminat untuk mencari kesalahan pemberi maklumat iaitu WSJ sedangkan siasatan terhadap 1MDB mahupun Najib sehingga kini masih menemui jalan buntu.
“Justifikasi yang diberikan oleh Ketua Polis Negara bahawa pendedahan dokumen ini boleh mengancam ekonomi negara dan membawa kepada sabotaj ekonomi negara adalah tidak masuk akal.
“Malah, rakyat sepatutnya berterima kasih kepada WSJ yang mendedahkan kepincangan 1MDB yang wajar diberi tumpuan untuk mengelakkan lebih banyak ketirisan berlaku,” katanya.
Akmal berkata, pihak berkuasa perlu menumpukan siasatan kepada perkara utama dan berhenti daripada mencari jalan untuk menghukum pemberi maklumat.

Pecah Amanah: Arahan bercuti amalan standard antarabangsa

najib-1mdb-copySHAH ALAM, 8 JUL: Kebanyakan individu yang melakukan pecah amanah dalam organisasi korporat dan jabatan kerajaan seluruh dunia akan diarahkan bercuti atau digantung tugas sehingga siasatan selesai dijalankan, kata Bekas Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob.
Katanya, hal itu kerana kehadiran tertuduh di tempat kerja hanya memberi peluang untuknya merosakkan atau melupus bukti yang boleh mensabitkan dengan tuduhan yang dikenakan.
Dr Rosli berkata, keadaan tertuduh yang masih berkuasa juga mampu mendorongnya mengambil tindakan bagi menghalang saksi tampil ke hadapan selain kemungkinan merosakkan bukti.
“Seingat saya, belum ada ketua negara lain berhadapan tuduhan masukkan dana awam ke dalam akaun peribadi seperti tuduhan ke atas Datuk Seri Najib Razak.
“Tetapi, dah jadi amalan standard di peringkat antarabangsa iaitu individu dituduh pecah amanah kena bercuti.
“Di Malaysia, anggota kerajaan yang disiasat, contohnya pegawai Jabatan Kastam juga akan disuruh bercuti,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.
Katanya, tindakan sama juga akan diambil ke atas syarikat korporat besar seluruh dunia walaupun melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
Justeru itu, Dr Rosli menyokong penuh saranan supaya Najib bercuti bagi memelihara kredibiliti siasatan ke atasnya.
Terdahulu, pasukan khas siasatan yang terdiri daripada Bank Negara (BNM), polis, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan bagi memulakan siasatan terhadap dakwaan wang RM2.6 bilion dana 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Najib.

Dana Petronas talian hayat Najib selamatkan 1MDB?

KUALA LUMPUR – PKR tidak menolak kemungkinan dana Petronas akan digunakan sekali lagi bagi menyelamatkan syarikat atau agensi kerajaan yang bermasalah termasuk syarikat pelaburan 1Malaysia Develepoment Berhad (1MDB).

Naib Presidennya, Rafizi Ramli mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunakan “talian hayat” itu sebagai pilihan utama untuk menyelesaikan masalah syarikat yang sarat dengan hutang itu dengan alasan sebagai salah satu pelaburan.

“Apatah lagi kerana Tun Razak Exchange begitu rapat dengan KLCC, mungkin boleh digunakan alasan, ia sebahagian daripada pelaburan Petronas dalam hartanah di sekitar KLCC.

“Semasa zaman Tun Dr Mahathir pun wang Petronas digunakan untuk menyelamatkan Bank Bumiputera, Proton, MISC dan termasuk juga syarikat perkapalan milik anak bekas Perdana Menteri itu sendiri,” katanya kepada Sinar Online, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas tulisan komentar di laman Wall Street Journal (WSJ) yang memberi amaran bahawa dana Petronas mungkin akan digunakan untuk menyelamatkan 1MDB sekiranya pelaburan syarikat itu menemui kegagalan.

Amaran itu dibuat WSJ berdasarkan penelitian ke atas perkembangan isu tersebut, apabila 1MDB kini terpaksa menjual asetnya bagi menampung beban hutang.

‘Cable’ apa Pemuda Umno dapat beli tanah di Australia

KUALA LUMPUR 8 JULAI- Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli membidas Khairy Jamaluddin kerana memperlekeh pendedahan berhubung skandal pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Ketua Pemuda Umno itu  menyifatkan usaha National Oversight And Whistleblowers (NOW) mendedahkan tiga Exco Pemuda Umno yang terlibat dalam pembelian hartanah itu sebagai bodoh.
“Saya rasa kecewa ketua pemuda Umno yang berpendidikan di Oxford tapi mentaliti politiknya tidak banyak berbeza daripada Pekida (Pertubuhan Kebangsaan Dakwah Islamiah) dan juga rakan-rakan Umno yang tidak berpendidikan di Oxford,” sindirnya.
Menurut Rafizi beliau mempersolakan mengapa mereka yang tiada kaitan dengan MARA menjadi orang penting dalam urusniaga itu sehingga berlaku ketirisan RM129 juta.
Jelasnya, berdasarkan kaji selidik dan maklumat tidak rasmi, mereka mempunyai kepentingan perniagaan bersama dan hubungkait dengan Mara, selain sangat rapat dengan pimpinan Umno.
“Jadi saya mempersoalkan ‘cable’ mana yang dia dapat yang membolehkan mereka ini terlibat dalam urusniaga hartanah ini,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.
Isnin lalu, Rafizi mendakwa 5 Pemuda Umno terbabit dalam 3 pembelian hartanah di Australia yang belum didedahkan, iaitu 746 Swanston Street, 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street.

Walaupun tidak wajib, Najib sepatutnya ambil cuti

oleh Robin Stanley Augustin

Kita semua pernah mendengar kata-kata “Kuasa yang hebat hadir dengan tanggungjawab yang besar” oleh Uncle Ben, watak dalam siri komik Spiderman.

Bagaimana seseorang itu menafsirnya adalah hal yang berbeza. Dalam konteks Malaysia, kata-kata itu barangkali paling relevan pada hari ini.

 Ini berikutan laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa RM2.6 bilion dana 1MDB telah dipindah ke dalam akaun peribadi perdana menteri Najib Razak.

Dakwaan itu telah menyebabkan beliau didesak agar mengambil cuti sementara task force khas yang dianggotai peguam negara Abdul Gani Patail, gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar dan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed menjalankan siasatan terhadap perkara itu.

Politikus pembangkang termasuk presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail dan tokoh DAP Lim Kit Siang, serta aktivis hak asasi manusia Ambiga Sreenevasan telah menggesa Najib agar mengambil cuti untuk membenarkan siasatan yang tidak berat sebelah.

 Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula menggesa timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin memberi tekanan kepada Najib agar berbuat demikian.

 Namun menteri-menteri dan tokoh Umno, termasuk Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz berkata, Najib tidak perlu berundur sementara kerana masih belum terbukti beliau bersalah, dan hanya perlu melakukannya jika didakwa di mahkamah.

Khalid arah tweet 'Demo besar jika Najib tak letak jawatan' disiasat

Khalid arah tweet 'Demo besar jika Najib tak letak jawatan' disiasat
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengarahkan siasatan dilakukan ke atas pihak yang mengugut mahu mengadakan demonstrasi besar sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan berundur.

Dalam satu kenyataan menerusi akaun Twitternya, Khalid menggesa Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) menyiasat satu imej bertulis "Demo besar jika Najib tak letak jawatan".

"PCIRC @PDRMsia sila siasat originator message ini yg merupakan satu ugutan, hasutan dan mengancam ketenteraman awam," tulis Khalid dalam posting Twitternya sebentar tadi.

Imej yang memaparkan foto Ahli Parlimen (DAP-Seremban) Anthony Loke itu disifatkan Khalid sebagai menghasut serta mengancam ketenteraman awam.

Dalam laporan SinarTV semalam, Anthony dipetik berkata beliau tidak menolak akan berlaku demonstrasi besar-besaran jika Najib masih tidak meletakkan jawatan atau berehat sementara siasatan ke atasnya berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang dijalankan.

Polis rampas dokumen, komputer dalam serbuan 8 jam di pejabat 1MDB

Lebih sedozen anggota polis ditugaskan oleh pasukan petugas khas menyiasat wang berbilion ringgit yang dipindahkan ke akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menghabiskan masa hampir sehari suntuk hari ini menyerbu pejabat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kuala Lumpur.

Mereka berada di pejabat 1MDB di Menara IMC, Jalan Sultan Ismail, selama kira-kira 8 jam dan meninggalkan bangunan itu pada jam 6.30 petang tadi dengan kotak yang dipercayai mengandungi unit pemprosesan pusat komputer (CPU) selain bekas plastik berisi dokumen.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy enggan mengesahkan barang yang dirampas apabila ditemui ketika keluar dari bangunan itu pada jam 6.50 petang.

 “Polis tiba jam 9.40 pagi dan menjalankan siasatan dengan terperinci,” katanya dan menambah 1MDB memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa itu. Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, 1MBD kini disiasat secara rasmi.

 “Tidak ada apa yang hendak ditambah,” katanya. Seorang pegawai polis ketika ditemui media berkata buat masa ini siasatan mereka di pejabat 1MDB selesai dan tidak pasti sama ada akan ditugaskan untuk kembali ke situ untuk siasatan lanjut atau tidak.

Skandal 1MDB: Kabinet mahu Najib Razak tidak direhatkan


Najib: Tugas pasukan khas siasat jika saya ambil dana


Skandal 1MDB: Najib ulangi, tiada ambil dana demi kepentingan diri


LAGI AHMAD MASLAN... idea paling bernas HAPUS SUBSIDI RAKYAT !!!


Siapa untung jika Najib berundur?


Siapakah yang bakal mendapat manfaat daripada krisis dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang?
Siapakah bakal dilantik perdana menteri sekiranya Najib terpaksa melepaskan jawatan ekoran skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sudah menjadi perhatian antarabangsa.
The Malaysian Insider cuba menyenaraikan tokoh yang mungkin mendapat manfaat sekiranya anak kepada perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein berundur.

1. Tun Dr Mahathir Mohamad
Sebagai pemain utama, Dr Mahathir sudah tentu mendapat manfaat yang paling banyak kerana menyerang Najib secara konsisten hampir setiap hari.
Namun apakah manfaat yang beliau dapat? Bolehkah beliau dilantik sebagai perdana menteri semula?
Agak sukar kerana beliau bukan ahli parlimen, tiada jawatan dalam Umno, sudah terlalu tua dan zamannya sudah berlalu.
Namun, Dr Mahathir boleh mencaturkan siapa orang yang dikehendaki menggantikan Najib sebagai perdana menteri. Buat masa ini beliau memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dr Mahathir juga boleh memastikan orang yang beliau sayang dan suka mendapat tempat yang sewajarnya selepas kejatuhan Najib.

2. Tan Sri Muhyiddin Yassin
Sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, sudah menjadi tradisi Muhyiddin akan menggantikan Najib sekiranya apa-apa berlaku.
Najib juga pada 2009 menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas bekas presiden Umno itu didesak meletakkan jawatan.
Umno sudah pun membuat keputusan menangguhkan pemilihannya selama 18 bulan. Jadi dengan secara automatik, Muhyiddin akan memegang jawatan itu sehinggalah mandat untuk Barisan Nasional (BN) tamat.
Tetapi bagaimana kalau hasil penyiasatan mendapati beliau turut terlibat dengan skandal 1MDB?
Tidak mungkin sebagai seorang timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Umno, beliau tidak tahu jika duit yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib itu duit parti atau untuk kegunaan parti dalam pilihan raya ke 13.
Beliau berada dalam kabinet Najib dan berada dalam Majlis Tertinggi Umno bersama Najib.

Skandal 1MDB: 'KENAPA' Najib takut nak keluarkan 'notice of demand' terhadap WSJ..



Skandal 1MDB: Ketua Pembangkang kemuka 3 tuntutan

Ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pertemuan tergempar Ahli-Ahli Parlimen dan wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) di tapak kawad kehormat, Parlimen Malaysia hari ini.
Ucapan pembukaan
1) Tuduhan-tuduhan terbaru ke atas kredibiliti Perdana Menteri adalah satu isu negara yang besar kerana ia melibatkan kebolehpercayaan rakyat terhadap negara.
2) Pendedahan oleh Wall Street Journal itu juga mempersoalkan keabsahan Plihan Raya Umum ke-13 yang lalu sekiranya sejumlah wang rakyat digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya Barisan Nasional.
3) Oleh kerana persetujuan Perdana Menteri diperlukan sebelum satu sidang Parlimen tergempar dipanggil mengenai sesuatu isu, sudah tentu sesi Parlimen itu tidak akan dipanggil. Ini merendahkan martabat Parlimen di mata rakyat apabila ia tidak berbuat apa-apa pada ketika krisis keyakinan rakyat terhadap Perdana Menteri memuncak.
4) Justeru, sebagai Ketua Pembangkang setelah berbincang dengan pimpinan kanan pembangkang yang lain, saya mengambil inisiatif untuk memanggil satu sidang tidak rasmi ini dalam bentuk caucus untuk memberi peluang kepada Ahli Parlimen dan wakil-wakil masyarakat menyuarakan pandangan mereka mengenai isu ini.
5) Saya berharap ini merintis amalan yang sama di masa hadapan yang mana Ketua Pembangkang akan terus memanggil sesi tergempar tidak rasmi dalam bentuk caucus seperti ini untuk menjemput Ahli Parlimen dan wakil masyarakat bersuara.
Ucapan penggulungan
Wawi1) Tuduhan-tuduhan bersabit dengan 1MDB membawa kesan ekonomi yang langsung kepada negara. Beberapa dasar negara termasuklah pemberian subsidi kepada rakyat telah berubah antaranya disebabkan oleh beban kewangan 1MDB yang ditanggung kerajaan.
2) Tuduhan oleh WSJ terhadap Perdana Menteri perlu dipandang serius kerana ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia bila mana seorang Perdana Menteri dituduh sedemikian rupa oleh sebuah penerbitan besar dunia.
3) Saya percaya perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan setelah mendengar pendapat Ahli-ahli Parlimen dan wakil masyarakat yang bersuara:
i – Satu sidang Parlimen khas dipanggil dengan Gabenor Bank Negara Malaysia dan Peguam Negara dipanggil untuk memberi keterangan di Parlimen mengenai perkembangan siasatan isu berhubung 1MDB
ii – Perdana Menteri wajar bercuti sementara siasatan dijalankan
iii – Semua kumpulan yang prihatin dengan perkara ini perlu menyusun gerakan rakyat untuk menolak sebarang bentuk penyelewengan dan sebarang usaha yang melindungi mana-mana pihak

Skandal 1MDB: Siasat perkara utama, bukan hukum WSJ

KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas The Wall Street Journal (WSJ) di bawah Seksyen 4 Jenayah Komputer 1997 kerana mendedahkan maklumat dilihat seperti ingin mengalih perhatian daripada persoalan utama iaitu sejumlah RM2.6 bilion telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW) Akmal Nasir berkata, tindakan pantas Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menyiasat bagaimana dokumen tersebut boleh bocor seolah-olah beliau lebih berminat untuk mencari kesalahan pemberi maklumat iaitu WSJ sedangkan siasatan terhadap 1MDB mahupun  Najib Razak sehingga kini masih menemui jalan buntu.

Tambahnya, justifikasi yang diberikan oleh Khalid bahawa pendedahan dokumen ini boleh mengancam ekonomi negara dan membawa kepada sabotaj ekonomi negara adalah tidak masuk akal.

"Malah, rakyat sepatutnya berterima kasih kepada WSJ yang mendedahkan kepincangan 1MDB yang wajar diberi tumpuan untuk mengelakkan lebih banyak ketirisan berlaku.

"Ini bukanlah kali pertama pihak berkuasa memberi tekanan terhadap pemberi maklumat tetapi intimidasi terhadap agensi antarabangsa seperti WSJ hanya merendahkan integriti polis dan memalukan negara," katanya.

Justeru, NOW ingin mengingatkan pihak berkuasa agar menumpukan siasatan kepada perkara utama dan berhenti daripada mencari jalan untuk menghukum pemberi maklumat.

PM: Saya tak pernah ambil dana 1MDB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengulangi penegasan bahawa beliau tidak pernah mengambil dana firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk kepentingan diri beliau.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri.

"Tuduhan Wall Street Journal merupakan satu niat jahat yang didokong dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara yang bertujuan memaksa saya melepaskan jawatan perdana menteri dan presiden Umno," katanya dalam satu kenyataan dalam blognya hari ini.

Najib berdepan tekanan ekoran pendedahan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report yang mendakwa hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) wang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib di AmBank, sebelum pilihan raya umum 2013.

Menteri kewangan itu juga berkata satu pasukan petugas khas sedang menyiasatan untuk menentukan sama ada tuduhan WSJ bahawa beliau mengambil dana itu untuk kepentingan peribadi, berasas ataupun tidak.

"Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut," katanya.

Skandal 1MDB: AG nafi pasukan khas bekukan akaun Najib


Skandal 1MDB: Buru dalang di sebalik kebocoran siasatan, kata AG


'Belajar tinggi2 tapi akhirnya mengemis juga '

Saya sayang negara kita Malaysia.
Jangan beri peluang kpd perompak, penyamun, penyangak dan MELAYU YANG TAK BERAMANAH memerintah negara kita.


Rezeki Itu Dijamin Allah SWT, Bukannya UMNO !!!

Nilai Ringgit Malaysia menghampiri 'pointer' 3.85 Ahmad Maslan

TERIMA KASIH & TAHNIAH rakyat Malaysia 

Skandal 1MDB: Surat Peguam Najib Kepada WSJ Lebih Bertujuan Meredakan Rakyat

Perdana Menteri Najib Razak akhirnya memulakan proses undang-undang terhadap akhbar perniagaan, The Wall Street Journal atau WSJ berikutan laporannya yang mendakwa terdapat kemasukan dana 1MDB berjumlah kira-kira AS$700 juta ke dalam akaun peribadinya.

Tindakan undang-undang itu, sebagaimana dalam beberapa samannya kepada beberapa pihak sebelum ini, turut dilakukan melalui firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, dan dihantar melalui email kepada penerbit WSJ.

Sudahlah tindakan undang-undang diambil lewat sehari sebagaimana yang dilaporkan sebelumnya bahawa ia akan dilakukan pada Selasa, apa yang mengejutkan surat kepada WSJ yang dihantar pada Rabu itu, sebenarnya belum lagi berupa tuntutan saman, sebaliknya hanya merupakan tuntutan penjelasan saja.

Surat peguam itu mahu WSJ menyatakan dengan jelas dan tanpa ragu-ragu sama ada ia adalah hujahnya bahawa Najib telah menyalahgunakan dana AS$700 juta milik 1MDB.

"Kami diarahkan untuk mendapatkan pendirian anda kerana artikel itu secara kolektif menyarankan bahawa anda tidak pasti mengenai sumber asal dan apa yang berlaku kepada wang itu manakala intipati umum aktikel mewujudkan gambaran yang jelas bahawa pelanggan kami telah menyalahgunakan wang tersebut," kata surat itu lagi.

Mereka memberi tempoh selama 14 hari kepada WSJ untuk menjawab tuntutan yang dikemukakan itu.

Sama ada Najib akan meneruskan saman atau sebaliknya bergantung kepada penjelasan yang diberi oleh WSJ nanti.

Jika dilihat dalam artikel WSJ sebelum ini, mereka hanya menyebut  mengenai kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Najib dan  tidak menyentuh sama sekali berkaitan dengan unsur penyalahgunaan, penyelewengan atau seumpamanya berkaitan wang tersebut.

Skandal 1MDB: Tak Menghairankan Jika PM Didakwa

A Kadir Jasin

PEMBAHAS Zed-85 dalam komen 12.52AM menulis: “Sekadar perbandingan, dahulu Anwar berjawatan TPM disabitkan kesalahan didapati bersalah dalam rasuah walaupun tidak ada nilai satu sen pun dalam kesalahan.

Sekarang ini terdapat lebih RM2 ribu juta yang dipersoalkan dalam siasatan.

Kita mungkin boleh anggapkan ini adalah "Stress Test" untuk sistem yang sedia ada sama ada prinsip "Nobody is above the law" benar-benar berfungsi di negara (kita).”



Ramai orang mempunyai sentimen yang serupa dengan pembahas Zed-85. Tetapi ramai terkejut dan berasa tidak masuk akal apabila timbul cakap-cakap dan ramalan bahawa Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak mungkin menghadapi tindakan undang-undang.
Kemungkinan ini menjadi semakin jelas apabila dakwaan akhbar Wall Street Journal (WSJ) bahawa beliau pernah mempunyai simpanan AS$681 juta (kira-kira RM2.6 bilion) tidak dinafikan, sama ada oleh beliau sendiri atau oleh bank yang dinamakan, iaitu AmBank Berhad.
Sama ada akaun berkenaan masih cergas, tidak aktif atau sudah ditutup bukan isunya. Persoalannya ialah Mohd Najib pernah ada RM2.6 bilion dalam akaun itu.
Dalam posting Facebooknya, beliau sekadar berkata: “Let me be very clear: I have never taken funds for personal gain as alleged by my political opponents – whether from 1MDB, SRC International or other entities, as these companies have confirmed.”
(Biar saya katakan dengan jelas. Saya tidak pernah ambil tabungan untuk kegunaan peribadi seperti yang didakwa oleh musuh politik saya – sama ada daripada 1MDB, SRC International atau pihak-pihak lain seperti yang telah disahkan oleh syarikat-syarikat ini.”)
Sampai hari ini beliau tidak menafikan bahawa akaun atas nama beliau dengan simpanan AS$681 juta itu pernah wujud, tetapi ditutup tidak lama selepas pilihan raya umum 2013.

Skandal MARA: “KJ seolah-olah bukan lulusan University Oxford”

Ketua Pemuda UMNO menuduh perbuatan Rafizi mengaitkan EXCO Pemuda dengan pembelian hartanah MARA sebagai perbuatan bodoh.
rafizi-kj
PETALING JAYA: Rafizi Ramli membidas kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menuduhnya mengamalkan politik bodoh.
Naib Presiden PKR itu berkata, kenyataan Menteri Belia dan Sukan yang mendapat pendidikan di Universiti Oxford itu saling tidak tumpah dengan tindakan Persatuan Kebajian dan Dakwah Islam Malaysia (PEKIDA).
“Saya kecewa apabila Ketua Pemuda UMNO yang mendapat pendidikan dari Oxford mengeluarkan kenyataan itu. Bahkan, EXCO Pemuda UMNO juga tidak banyak beza dengan PEKIDA,” katanya dalam sidang media pada Rabu.
Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, isu yang sepatutnya dijawab oleh Khairy adalah bagaimana individu yang tidak ada kaitan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) terlibat secara langsung dengan transaksi pembelian hartanah di Australia.
“Kalau dalam bahasa kasar, mesti tiga orang EXCO Pemuda UMNO itu mempunyai kabel dan kabel mana dia terlibat. Setelah kita selidik, ketiga-tiga orang ini adalah kenalan rapat dan juga terlibat dengan Pemuda UMNO.

Harapan Baru bergerak dari Perlis selepas raya

Kumpulan progresif dalam PAS - yang kini digelar Gerakan Harapan Baru - bersama rakan dalam DAP dan PKR akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Perlis pada hari raya ketiga untuk memulakan momentum ke arah entiti pembangkang baru.

Perhimpunan tersebut dijangka menampilkan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan pemimpin progresif lain yang tewas dalam pemilihan muktamar parti itu di Selangor awal Jun lalu.

Hampir semua pemimpin progresif - kecuali Mazlan Aliman - gagal mendapat tempat dalam Jawatankuasa Pusat PAS serta sayap parti itu.

Secara keseluruhan PAS kini dikuasai oleh kumpulan konservatif.

Mohamad berkata, mereka mahu memulakan gerakan gabungan baru bermula di utara semenanjung selepas Pakatan Rakyat dianggap terbukur dengan terputusnya hubungan antara PAS dan DAP.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata perhimpunan itu adalah yang pertama daripada siri yang dirancang bermula selepas Aidilfitri nanti.

"Janji untuk membentuk gabungan baru adalah realiti, bukan angan-angan," katanya  ketika ditemui selepas menghadiri perbicaraan di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

Menurut Mohamad, mereka akan mengadakan jelajah ke setiap negeri untuk menjelaskan kepada rakyat mengapa gabungan ini penting dan perlu.

"Kita juga akan jelaskan bagaimana bentuk gabungan itu nanti," katanya.

KANTOI !!.. Tiba2 Blogger Umno 'DELETE' artikel penafian RM2.67 bilion disalur ke akaun Najib..

Adakah ini bermakna ianya sememangnya akaun milik Najib ??? 

Realiti di Malaysia... Wajah sebenar PDRM di mata KERAjaan UMNO/BN..


Setiap tahun Najib terus bagi 'gula-gula' pada peneroka. Hakikatnya saham FGV terus jatuh & susut hari demi hari..

Asal aja UMNO sentuh pasti melingkup.. Dari asal sahamnya RM5.39 skrg DAH TINGGAL RM1.60 !!!

IGP: Leakage of banking information is a grave concern for the nation

IGP on 1MDB Taskforce: There has been no interference

Skandal 1MDB: Siasat sebelum tahan Tun Mahathir

Mat Sabu acquitted of defamation over Bukit Kepong remarks

Khairy tiada beza dengan Pekida, kata Rafizi

Bekas pendakwah, aktivis mesra PAS sertai PKR

"Keluarga 1MDB": Rosmah hanya mampu doa hadapi fitnah

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor berkata, beliau hanya mampu berdoa kepada Allah berhubung dakwaan dan fitnah yang dilemparkan terhadap suaminya Datuk Seri Najib Razak.

Malah, beliau juga menasihatkan semua pihak supaya tidak memfitnah antara satu sama lain di bulan Ramadan yang mulia ini.

"Kita serah pada Allah SWT. Itu yang paling mustahak.

"Hari baik, bulan baik jangan kita fitnah satu sama lain. (Jangan memfitnah) itu adalah ajaran al-Quran.

"Kita serah pada Allah. Kita hanya mampu berdoa," kata Rosmah ketika ditanya mengenai perasaannya berhubung pelbagai dakwaan terhadap Najib baru-baru ini kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada para pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Ayer Keroh, Melaka.


Seorang pemimpin harus memimpin, kata adik Najib


Gambar yang dikirim Datuk Seri Nazir Razak menunjukkan Tun Abdul Razak berjalan di hadapan di atas jambatan sempit ketika melawat sebuah penempatan Felda. – Gambar Instagram nazir.razak, 8 Julai, 2015.Adik kepada perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak hari ini memuat naik gambar bapanya, Tun Abdul Razak memimpin sekumpulan individu termasuk anggota polis meniti jambatan sempit di kawasan petempatan peneroka Felda suatu ketika dahulu.

Nazir melalui laman Instagram miliknya, nazir.razak berkata, bapanya itu gemar melawat kawasan peneroka Felda. "Tun Razak gemar melawat petempatan peneroka Felda, ada jambatan sempit, dan anggota rombongan (termasuk polis) ikut dari belakang.

 "Begitulah mereka pada masa itu," katanya dalam kapsyen mengiringi gambar itu. Kiriman itu mengundang beberapa respons pengguna laman media sosial itu, antaranya "wanarvee" yang berkata, "pemimpin yang memimpin, pemegang amanah. Alfatihah", dan pengguna dengan nama "sukrihusin", yang berkata, "bapa anda seorang pemimpin".

Abang Nazir, Datuk Seri Najib Razak kini berdepan dengan krisis apabila didakwa menerima hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion) melalui akaun peribdainya beberapa bulan menjelang pilihan raya umum pada 2013. Dakwaan itu dikeluarkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) minggu lalu.

Bang Mat bebas tuduhan memfitnah polis Bukit Kepong

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang dituduh memfitnah polis Bukit Kepong, dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini. – Gambar oleh Hasnoor Hussain, The Malaysian Insider, 8 Julai, 2015. 
Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini membebaskan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang dituduh memfitnah polis Bukit Kepong dan keluarga mereka.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu. Keputusan tersebut disambut dengan sorakan Allahuakbar daripada mereka yang hadir di galeri.

Mat Sabu didakwa membuat fitnah menerusi kenyataannya berhubung kejadian Bukit Kepong pada 1950, yang menyaksikan 25 anggota polis dan keluarga mereka dibunuh oleh komunis.

 Beliau didakwa berkata, Mat Indera yang mengetuai serangan itu adalah seorang wira negara dalam melawan British. Beliau dikatakan membuat komen itu pada satu ceramah di Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.

Beliau juga didakwa mengatakan pengasas Umno Datuk Onn Jaafar dan perdana menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman tidak layak digelar wira negara kerana mereka juga hamba penjajah British, dan pembangkang (Pakatan Rakyat) akan menulis semula sejarah negara ini jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

2 akaun dibekukan milik SRC, Ihsan Perdana, kata sumber


Dua daripada 6 akaun bank yang dibekukan pasukan petugas khas menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ialah milik SRC International Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd, dedah sumber di saat penyiasatan terhadap dakwaan berbilion ringgit dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak sedang berlangsung.

Perkara itu didedahkan sehari selepas The Malaysian Insider memetik sumber melaporkan 3 daripada akaun bank yang dibekukan milik Najib. SRC International dan Ihsan Perdana serta Gandingan Mentari didakwa menyalurkan kira-kira AS$11 juta (RM42 juta) kepada akaun peribadi Najib di AmBank Private Banking di Malaysia, lapor The Wall Street Journal (WSJ) Khamis lalu.

 Jumlah lebih besar AS$681 juta dipindahkan ke akaun Najib dalam dua transaksi pada Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada tahun itu.

Wang ini dpindahkan daripada syarikat di British Virgin Islands.

Ihsan Perdana bertanggungjawab menjalankan tanggungjawab sosial korporat 1MDB sementara SRC International merupakan bekas anak syarikat 1MDB sehingga ia digabungkan pada 2012 Pasukan petugas khas yang dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, polis dan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu Ihsan Perdana, SRC International dan Gandingan Mentari Jumaat lalu.

Pasukan khas itu kini sedang meneliti dokumen yang diambil dari premis berkenaan. Arahan membekukan 6 akaun itu dikeluarkan pada Isnin, kata pasukan itu. Mereka turut merampas dokumen berkaitan 17 akaun bank dari 2 bank untuk siasatan lanjut.

Blogger Umno tarik balik artikel SRC International nafi RM2.67 bilion disalurkan ke akaun Najib

 MYKMU menarik kembali artikel yang memetik sumber berhubung pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamal menafikan wang sebanyak RM2.67 bilion disalurkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar MYKMU, 8 Julai, 2015. 
MYKMU menarik kembali artikel yang memetik sumber berhubung pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamal menafikan wang sebanyak RM2.67 bilion disalurkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar MYKMU, 8 Julai, 2015.

Blogger pro Umno, MYKMU menarik kembali artikel yang memetik sumber berhubung pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamal menafikan wang sebanyak RM2.67 bilion disalurkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Menurut MYKMU, penarikan kembali artikel bertajuk "Eksklusif Nik Faisal dakwa ia bukan akaun Najib Razak” adalah kerana permintaan beberapa pihak termasuk sumber rapat dengan pengarah syarikat SRC International.
"Atas permintaan beberapa pihak termasuk sumber rapat dengan Nik Faisal sendiri kami menarik  alik artikel sebelum sehingga siasatan 'task force' selesai, harap maklum," kata MYKMU merujuk kepada pasukan petugas khas.

Siasatan pasukan petugas khas dimulakan susulan pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report mengenai berbilion ringgit yang disalurkan ke dalam akuan peribadi milik Najib.

Kes bunuh pengasas Ambank tiada kaitan 1MDB - IGP

Skandal 1MDB: Kebocoran maklumat perbankan, polis siasat WSJ

Skandal 1MDB: Najib hantar WSJ emel minta sahkan dakwaan

Skandal 1MDB: Apa susah Najib nafi akaun tak wujud?

Skandal 1MDB: PKR akan fail saman batal kemenangan BN

PKR akan memfailkan saman sivil untuk membatalkan kemenangan di kerusi-kerusi BN dalam pilihan raya umum lalu susulan laporan dana 1MDB digunakan untuk kempen pilihan raya.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata saman itu akan difailkan secepat mungkin.

Katanya laporan itu menimbulkan persoalan berhubung kewibawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, BN dan Umno untuk mentadbir negara ini.

“Laporan WSJ (The Wall Street Journal) dan Sarawak Report menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa bergelut untuk keluar daripada tuduhan itu,” katanya.

Anggota parlimen Lembah Pantai itu berkata mereka akan mengheret perkara itu ke mahkamah kerana percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan mengambil apa-apa tindakan.


WSJ sebelum ini melaporkan AS$700 juta (RM2.6 bilion) dari dana 1MDB dideposit ke dalam akaun bank peribadinya sebelum pilihan raya umum ke-13.

Najib telah memulakan tindakan undang-undang terhadap WSJ berkaitan laporan itu.

Bagaimanapun, ia bukan surat tuntutan seperti kebiasaan, sebaliknya peguam Najib menghantar e-mel kepada Dow Jones, pemilik WSJ, meminta penerbitan itu mengesahkan sama ada mempertahankan laporannya.

NGO: 14,000 peneroka mangsa 'dendam' Najib

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) membantah keputusan Felda yang tidak menyenaraikan 13,947 peneroka untuk menerima insentif hari raya seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak semalam.

Presidennya Mazlan Aliman berkata tindakan itu didakwanya "zalim dan balas dendam" dan mengulangi langkah "diskriminasi" tahun lalu apabila peneroka dinafikan bonus sebanyak RM947.78 ekoran tindakan mereka menyaman terhadap agensi itu.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata NGO itu berasa dukacita dan kesal dengan tindakan agensi tanah itu.

Untuk rekod, katanya, peneroka yang tidak bersama Felda atau melaksanakan tanam semula secara persendirian adalah sebahagian kecil peneroka yang gigih berdikari mengusahakan kebun seluas 10 ekar milik mereka.

"Namun, sebahagian besar dari kelompok ini masih menghantar Buah Tandan Segar (BTS) ke kilang sawit Felda.

"Jika mereka bertindak menyaman Felda dalam kes Kadar Perahan Gred (KPG), ia adalah hak peneroka yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ini kerana usaha dan rundingan telah menemui jalan buntu, manakala ketidakadilan dalam kes KPG terus berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Najib mengumumkan seramai 98,688 peneroka menerima durian runtuh menerusi pembayaran dividen Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan duit raya yang keseluruhannya berjumlah RM88.8 juta yang akan dibayar mulai 13 Julai ini.

IGP: WSJ disiasat bawah Akta Jenayah Komputer

Polis akan menyiasat The Wall Street Journal (WSJ) susulan kebocoran dokumen berkaitan dakwaan terdapat dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata WSJ akan disiasat bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 kerana capaian tidak dibenarkan dengan niat melakukan kesalahan selanjutnya.

Kita akan siasat Wall Street Journal,” katanya.

Khalid juga berkata pihak polis akan turut mengambil keterangan daripada pegawai bank yang mungkin terlibat.

“Kalau kita biarkan sesiapa pun mendedahkan maklumat perbankan seseorang individu ataupun mana mana syarikat, ini boleh mengancam ekonomi negara dan membawa kepada sabotaj ekonomi,” katanya.

Menurut pemimpin tertinggi polis itu, perkara itu juga akan disiasat bawah Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) atas kesalahan sabotaj ekonomi.

Polis serbu pejabat 1MDB

Polis menyerbu pejabat 1MDB di Menara IMC, Jalan Sultan Ismail hari ini, dipercayai bagi menyiasat mengenai kebocoran dokumen bank syarikat pelaburan itu.

Laporan The Star Online menyebut, sepasukan anggota polis dengan tiba di pejabat tersebut sejak jam 11.30 pagi.

Wartawan portal berkenaan juga dilaporkan melihat tiga kereta peronda dan sebuah van polis di luar bangunan tersebut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pagi ini berkata, polis menyiasat akhbar perniagaan Wall Street Journal mengikut Akta Jenayah Komputer berhubung kebocoran dokumen itu.

Kebocoran dokumen itu berhubung dakwaan WSJ bahawa terdapat dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Pasukan tindakan khas melibatkan PDRM, Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara pada Jumaat lalu menyerbu premis anak syarikat 1MDB - SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd, and Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Pasukan berkenaan mengumumkan enam akaun bank telah diarah dibekukan.

Skandal 1MDB: 'Tak hairan jika PM diheret ke mahkamah'

Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin berkata tidak menghairankan jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diheret ke mahkamah dengan tuduhan jenayah.

Ini kerana, Najib langsung tidak menafikan mengenai wang berjumlah AS$681 juta (kira-kira RM2.6 bilion) dalam akaun AmBank seperti didedahkan Wall Street Journal, kata Kadir.

“Sama ada akaun berkenaan masih cergas, tidak aktif atau sudah ditutup bukan isunya. Persoalannya ialah Mohd Najib pernah ada RM2.6 bilion dalam akaun itu.

“Kalau akaun itu tidak wujud, apa susahnya beliau sekali gus menafikannya atau AmBank menafikan yang akaun atas nama Mohd Najib itu tidak pernah wujud.

“Tetapi yang lebih utama bukan kewujudan akaun itu tetapi daripada mana datangnya dana AS$681 juta itu dan apa kegunaannya,” kata Kadir.