Selasa, 7 Julai 2015

Corruption has reached a different level!

GIAT says that it may take years to recover from the misuse of public funds
rasuah
KUALA LUMPUR: The coalition for Governance, Integrity, Accountability and Transparency (GIAT) said today that there was an urgent need for reform in how political parties and election campaigns are financed in Malaysia. It also called for greater transparency in the personal accounts of politicians.
GIAT called for immediate action by the Malaysian government on reforms called for in a 2005 report on asset declarations by Transparency International Malaysia as well as a policy brief by the Institute for Democracy and Economic Affairs.
GIAT urged the government to immediately implement the following recommendations called for in the 2005 report:
  1. Adoption of a political financing and asset declaration act
  2. Public asset declarations of all members of the executive and legislative body including Senators and senior public officials
  3. Reform of the Election Commission so that regulation of political parties could be carried out in an autonomous and independent fashion
  4. Public release of political party accounts audited by an independent party
  5. Full disclosure of political party and candidate financing.

Penangan GST: Terpaksa pakai balik baju kahwin! Pemimpin boros dan bermewah....!!!

PERBELANJAAN raya terpaksa dipotong dek kerana pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta kenaikan harga minyak! 
 
Ini bukan kisah sembang-sembang di kedai kopi sebagai penghibur halwa telinga, sebaliknya rungutan sebenar dari hati rakyat Malaysia.
Penangan GST: Terpaksa pakai balik baju kahwin!  
Menurut penjawat awam, Siti Hasmah Ebaraham, 33, ‎sebagai langkah berjimat cermat dia akan memakai semula baju raya tahun lepas termasuk memotong perbelanjaan raya yang lain.
 
"Saya terpaksa potong semua perbelanjaan untuk raya, dari segi pakaian dan belanja dapur... hanya memilih pakaian untuk anak-anak yang menawarkan diskaun, kalau berpatutan baru beli, kalau mahal tak beli.
 
"Saya mempunyai empat orang anak, dulu saya pakai ambil sahaja sebab tak ada GST, tapi sekarang saya tengok ekonomi dah teruk sikit, harga barang sudah meningkat jadi semua itu saya ambil kira.
 
"Baju raya pakai yang sebelum ini... Untuk jimat kos, hanya baju baru anak-anak itupun cuma baju untuk pergi jalan," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di pusat bela-belah Sogo di ibu negara hari ini.
 
Sementara ketika diaju mengenai bajet duit raya, Siti Hasmah berkata, pemberian duit raya sama sepertimana tahun lepas.
 

Ringgit terus merosot berikutan siasatan rasuah Najib

oleh Joe Leong

Mata wang ringgit merosot ke nilai terendah untuk tempoh 16 tahun, susulan laporan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) minggu lalu yang mengaitkan secara terus Perdana Menteri Najib Razak dalam dakwaan korupsi melibatkan 1MDB. Nilai ringgit merosot kepada US$3.8070 bagi setiap RM1, paling lemah sejak Mei 1999.

 Mata wang itu telah merosot 23 peratus berbanding dollar sejak 2011. Laporan WSJ yang diterbitkan pada 3 Julai lalu menyatakan yang penyiasat telah mengesan nilai hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun yang dipercayai milik perdana menteri.

Najib telah menafikan perkara itu dan membela dirinya. "Saya tidak akan khianati rakyat. Saya akan cari (jalan) untuk tegakkan kebenaran, bertenang, kebenaran akan terbukti,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Namun laporan menyatakan bahawa prestasi tukaran ringgit adalah paling teruk di Asia tahun ini, dengan hangatnya debat politik seputar 1MDB yang terus menyelubungi Najib.

Sebuah artikel oleh Bloomberg di Hong Kong berkata, sedekat selepas Malaysia menamatkan tambatannya dengan dollar, kadar tukaran kembali kepada asal sebaik sahaja perdana menteri mencabar laporan yang mendakwa salah guna dana itu.

 “Pelabur jangka pendek mungkin tidak mahu berhadapan risiko rugi, manakala pelabur jangka panjang akan gembira untuk melihatnya sebagai peluang membuat pembelian sebaik sahaja keadaan kembali jernih,” kata ahli ekonomi Mizuho Bank Ltd yang berpangkalan di Singapura, Vishnu Varathan.

Pada 4 Julai lalu, peguam negara memaklumkan bahawa ‘task force’ khas dalam siasatannya terhadap 1MDB dan serbuannya ke atas tiga syarikat, telah memperolehi dokumen berkaitan pemindahan wang itu.

ING Group NV dalam laporannya meramalkan ringgit akan terus melemah dan akan mencecah US$3.85 bagi setiap RM1 pada hujung tahun ini, di tengah-tengah ‘kekecohan politik’ yang memburukkan lagi akaun dagangan. Barclays Plc dan Credit Suisse Group AG pula masing-masing meramalkan nilai tukaran pada 3.88 dan 3.85.

Dakwaan WSJ: Najib perlu beri kepercayaan kepada siasatan ‘bebas’

oleh Alyaa Alhadjri

Daripada bersikap defensif, perdana menteri Najib Razak dan penyokongnya patut meletakkan kepercayaan mereka terhadap siasatan ‘bebas’ badan penguatkuasaan undang-undang.

Apatah lagi mereka sendiri sebelum ini yang melaungkan tentang kesaksamaan badan-badan tersebut. Sudah seminggu sejak akhbar Wall Street Journal (WSJ) menyiarkan artikel menyabitkan Najib dengan dakwaan penyaluran wang rakyat sejumlah US$700 juta (RM2.6 bilion) ke akaun peribadinya, melalui badan dana milik kerajaan 1MDB.

Sementara ada yang akan mengatakan 1MDB mendapat dana daripada pinjaman, pinjaman tersebut tetap dijamin kerajaan. Ini bermakna kerajaan dan rakyatlah yang perlu membayarnya jika 1MDB gagal berbuat demikian.

Setakat ini Najib bukan sahaja mengancam untuk menyaman akhbar itu, tetapi mengisytiharkan yang beliau “tidak akan mengkhianati rakyat” – dan menyeru agar rakyat bertenang dan terus bersatu dalam menafikan dakwaan yang dilemparkan.

Pada peringkat ini, janji semata-mata tentunya tidak cukup untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap pentadbirannya. Najib sekurang-kurangnya perlu akur dengan seruan agar beliau melepaskan sementara jawatan dan memudahkan pelbagai siasatan terhadap kemelut hutang RM42 bilion 1MDB yang sedang berjalan.

Pengkritik memang memiliki segala sebab untuk terus skeptikal. Apatah lagi dengan percubaan untuk memburukkan kredibiliti WSJ dan menimbulkan keraguan terhadap dakwaan itu.

 Namun peguam negara Abdul Gani Patail mengesahkan telah menerima laporan siasatan daripada task force khas yang dianggotai polis, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pejabat peguam negara.

Pada 4 Julai lalu, Abdul Gani dilaporkan memaklumkan bahawa task force tersebut telah menyerbu tiga syarikat – SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd – berhubung dakwaan yang ia telah menyalurkan wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib di Ambank Private Banking.

Task force itu juga memaklumkan telah mengarahkan agar enam akaun bank pihak yang disyaki terlibat dengan kes itu dibekukan pada 6 Julai lalu, serta mengambil dokumen daripada 17 akaun di dua bank.

 Dalam susulan kepada kenyataan itu, laman Malaysiakini hari ini (7 Julai) memetik sumber yang tidak dinamakan, mengesahkan bahawa tiga daripada enam akaun tersebut adalah milik Najib.

GHB serah memorandum mohon Siasatan Diraja dalam isu 1MDB

GHB serah memorandum mohon Siasatan Diraja dalam isu 1MDBKUALA LUMPUR: Satu memorandum memohon penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan salah guna dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diserahkan Pemuda Gerakan Harapan Baru (GHB) kepada yang DiPertuan Agong pada Selasa.

Memorandum itu antara lain mencadangkan agar dua bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Muhamad dan Tun Saleh Abas, mengetuai siasatan ini.

Sesi penyerahan memorandum ini diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi GHB yang juga Ahli Parlimen Kulai, Dr Mohd Hatta Ramli sekitar pukul 11 pagi.

Dr Mohd Hatta berkata, langkah itu adalah bagi menyiasat kebenaran di sebalik dakwaan yang dibuat media antarabangsa, Wall Street Journal bertarikh 2 Julai lalu.

Memorandum diserahkan kepada Pegawai Istana, Zainal Din.

GHB adalah merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 16 Jun lalu dan dipengerusikan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Anwar masuk hospital lagi

Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dimasukkan ke hospital setelah peguam mendakwa keadaan kesihatannya membimbangkan.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Anwar dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur petang tadi untuk rawatan lanjut dan dijangka ditahan beberapa hari.

“Beliau akan diberi rawatan fisioterapi intensif untuk kesakitan di bahagian bahu, tekanan darah beliau akan dipantau, dan (imbasan) CT scan akan dibuat ke atas buah pinggang beliau,” kata Fahmi.

Isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga ketua pembangkang juga telah bertemu dengan Anwar.

Salah seorang peguam Anwar, N Surendran, sebelum ini berharap pihak berkuasa dapat menyegerakan rawatan terhadap Anwar bagi mendapatkan maklumat tepat berhubung kesihatannya.

Wan Azizah cadang ‘gerakan rakyat’ untuk menentang penyelewengan

Tuduhan terhadap Perdana Menteri perlu dipandang serius kerana melibatkan kebolehpercayaan rakyat terhadap negara.
azizah,najib
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan sidang Parlimen Khas diadakan bagi mendedahkan perkembangan siasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, sidang khas itu perlu memanggil Gabenor Bank Negara Malaysia serta Peguam Negara untuk mendedahkan perkembangan siasatan dakwaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Najib perlu diberi cuti sepanjang siasatan dijalankan,” katanya ketika berucap pada pertemuan tergempar ahli-Ahli Parlimen dan NGO yang diadakan di tapak Kawad Kehormat, Parlimen pada Rabu.
Presiden PKR itu menegaskan, semua kumpulan yang prihatin perlu menyusun gerakan rakyat untuk menolak sebarang bentuk penyelewengan dan sebarang usaha yang melindungi mana-mana pihak.
Wan Azizah berkata, tuduhan oleh Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri perlu dipandang serius oleh semua pihak.
Katanya, apa yang berlaku ke atas Najib itu merupakan satu sejarah ekoran seorang Perdana Menteri dituduh sedemikian rupa oleh sebuah penerbitan besar dunia.
“Tuduhan-tuduhan terbaru ke atas kredibiliti Perdana Menteri adalah satu isu negara yang besar kerana ia melibatkan kebolehpercayaan rakyat terhadap Negara,” katanya.

Yang Dipertuan Agong tidak boleh pecat Perdana Menteri

Yang Dipertuan Agong hanya mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri yang pada pendapat baginda boleh mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan.
agust,najib,agong
unnamed

PETALING JAYA: Yang Dipertuan Agong tidak boleh memecat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Penganalisis Politik, Prof Dr Mohd Agus Yusof.

Katanya, Yang Dipertuan Agong hanya mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri yang pada pendapat baginda boleh mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan tetapi tidak mempunyai kuasa memecat.
Beliau berkata, Perdana Menteri hanya boleh terlucut dari jawatannya apabila mendapat undi tidak percaya di Dewan atau hilang sokongan majoriti Ahli Dewan atau Perdana Menteri sendiri meletak jawatan.
Katanya, Perdana Menteri juga akan hilang kelayakan kerana dijatuhkan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, gila atau muflis.
Mohd Agus juga berkata, Perdana Menteri juga hilang kelayakan sekiranya Dewan Rakyat dibubarkan.
“Jadi ahli politik yang meminta supaya Yang Dipertuan Agong bertindak memecat Perdana Menteri, saya nasihatkan teliti dahulu prosedur pemecatan Perdana Menteri sebelum mengeluarkan kenyataan supaya kenyataan itu tidak berbentuk sensasi,” tulisnya di Facebook.
Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, ahli politik perlu bertindak cepat tentang isu 1MDB kerana memberi kesan kepada rakyat dan negara – ekonomi merosot, subsidi rakyat dikurangkan, kos hidup meningkat, nilai ringgit jatuh.
“Tetapi cara bertindak itu hendaklah dengan langkah bijak supaya ada integritinya,” katanya

Freeze on bank accounts a big slap for Najib

Prime Minister Najib Abdul Razak has a choice: whether to resign or be pushed out of office.
najib,akaun,beku
KUALA LUMPUR: A political analyst, taking to his blog for the second time in the day, noted that the Wall Street Journal (WSJ) report last Friday has been partly justified with the decision by the authorities to freeze six bank accounts effective Monday night. “This means that the alleged bank accounts do exist. Prime Minister Najib Abdul Razak has a choice: whether to resign or be pushed out.”
“The freeze is a big slap in Najib’s face and makes it extremely difficult for him to continue as the Prime Minister and Finance Minister. This has made world news.”
The Prime Minister, added Shahbudin Husin, hasn’t even come to the point of suing WSJ as he pledged to do. “The people are already convinced that the WSJ report was true.”
“The media has reported that three of the accounts are in the name of Prime Minister Najib Abdul Razak,” said Shahbudin. “It’s not known who owns the other three accounts but the guess is that this belongs to the three firms which channeled monies into Najib’s accounts.”
The accounts, he ventured, probably belong to the three firms which had earlier been raided by the authorities as confirmed by Attorney- General Gani Patail.
It’s interesting, said the analyst, that Najib meanwhile has yet to state whether he has the bank accounts mentioned in the WSJ report and whether extraordinarily large sums of money entered these accounts by March last year. “So far, the only thing that he has said is that he has never taken any money for his personal use from 1MDB or any other entities.”

Kembalikan kuasa kepada rakyat, adakan pilihan raya – Chegubard

Pentadbiran negara perlu diserahkan kepada kerajaan sementara yang dibentuk daripada parti yang ada di negara ini.
chegubard_rakyat_samm_600
PETALING JAYA: Menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri tidak akan menyelesaikan masalah.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berkata, ini kerana dana yang diambil Najib itu didakwa media asing untuk membiayai pilihan raya Barisan Nasional (BN).
“Apa erti mendesak Najib berundur tetapi Muhyiddin ambil alih ? Bukankah dana yg disebut konon masuk ke akaun Najib itu dimaklumkan oleh media asing untuk dana PRU BN?
“Maka isu ini bukan sahaja isu Najib tetapi isu keabsahan kerajaan yg dibentuk. Bukan saja Najib tetapi Muhyiddin, Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan semua puak BN menang haram kerana guna dana awam dengan jumlah berlebihan daripada yang dibenarkan,” katanya menerusi kenyataan media.
Chegubard berkata, rakyat juga tidak perlu percaya kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bekas Perdana Menteri itu juga pemimpin korup.
“Jika kita sandarkan laporan Asian Wallstreet Journal sebagai pembongkar korup Najib, bukankah editor kanan AWSJ juga pernah nyatakan Dr Mahathir telah lesapkan tak kurang dari RM 100 bilion ketika pemerintahannya,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, SAMM mendesak kuasa dikembalikan kepada rakyat dengan diadakan pilihan raya.
Katanya, pentadbiran kerajaan perlu diserahkan kepada kerajaan sementara yang dibentuk daripada pelbagai parti yang ada.
“Untuk merealisasikan semua ini pasti sukar tetapi apa pilihan yang ada. Sistem yang ada pasti tidak membenarkan maka gembelingkan kuasa rakyat dengan segera. Jangan tunggu lama,” katanya.

Mana saman Najib Razak !!!


Katanya nak failkan saman itu melalui peguamnya di Kuala Lumpur hari ini.. TAPI MANA ??!!

Penyokong2 & tukang jilat Najib apa komen.. Kenapa membisu !!!

Najib akhirnya tersudut ke jalan buntu?

Selepas pukulan mengejutkan The Wall Street Journal (WSJ) pada minggu lalu, nasib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikatakan seperti telur di hujung tanduk.

WSJ melaporkan AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana 1MDN disalurkan ke akaun didakwa milik Najib sebelum pilihan raya umum lalu.

Najib menafikannya.

Bagaimanapun ia gagal memberhentikan kritikan menggunung dan bertali arus yang terus mendesak beliau berundur selepas enam tahun mentadbir negara.

Malaysiakini bercakap dengan dua penganalisis politik  Khoo Ying Hooi (Universiti Malaya) dan  James Chin (Universiti Tasmania) berhubung perkara itu.

Adakah Najib berdepan jalan buntu?

Khoo (gambar): Jawapan pendeknya, ya. 1MDB bukan hanya mencetuskan kegemparan di kalangan pembangkang tetapi juga orang awam secara umum. Tetapi apa yang lebih penting, ia turut menggegarkan gabungan parti pemerintah BN.

Chin: Tidak juga, apa yang beliau perlu buat adalah nafi dan selagi Majlis Tertinggi Umnbo dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terima, beliau (Najib) selamat.... Hanya TPM boleh paksa beliau letak jawatan.

Tiga akaun bank Najib Razak dibekukan pasukan khas

KUALA LUMPUR 7 JULAI- Tiga akaun bank Perdana Menteri dibekukan oleh pasukan khas yang terdiri dripada Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ia adalah tiga daripada enam akaun bank yang dibekukan berkaitan transaksi sebanyak AS$700 juta atau RM2.6 bilion dana 1MDB yang dipindahkan ke akaun Datuk Seri Najib Razak.
“Ya, tiga akaun kepunyaannya (Najib),” kata sumber yang tidak mahu didedahkan kepada portal Malaysiakini. Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan butiran mengenai tiga akaun lain.
Pembekuan akaun itu ekoran siasatan selama empat hari oleh empat agensi dan badan berkaitan terhadap Najib. Ini dibuat selepas laporan Wall Street Journal mendakwa RM2.6 bilion telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail Sabtu lalu mengesahkan pasukan petugas itu juga membuat serbuan ke atas tiga buah syarikat pada hari Jumaat dan merampas dokumen dari pejabat mereka.
Tiga syarikat itu ialah SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd, dan Ihsan Perdana Sdn Bhd. Perdana Menteri menafikan dakwaan tersebut dan menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di belakang sabotaj politik terhadapnya.
Beliau juga mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap pengkritiknya, dan sedang menimbang untuk menyaman WSJ. WSJ mempertahankan laporannya, dengan berkata ia berdasarkan penyiasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Skandal 1MDB: Polis digesa buka semula kes bunuh pengasas AmBank

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang mengesa pihak polis membuka semula kes pembunuhan pengasas Ambank Hussein Ahmad Najadi.

Lim, anggota parlimen Gelang Patah, berkata perkara itu bagi memastikan kematian Hussein tiada kaitan dengan skandal 1MDB.

Beliau membuat gesaan itu selepas pasukan khas menyiasat dakwaan penyaluran wang 1MDB ke akaun perdana menteri dilapor membekukan enam akaun berkaitan siasatan itu.

“Saya gesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuka semula siasatan terhadap kes pembunuhan pengasas Ambank Hussein Ahmad Najadi yang dibunuh mati di siang hari di tengah-tengah Kuala Lumpur di Lorong Ceylon di Bukit Bintang pada July 29, 2013, untuk menentukan sama ada pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan 1MDB,” kata Lim.

Hussein didakwa dibunuh empat bulan selepas transaksi dikatakan ke akaun Najib dibuat.

Tanore Finance Corp dilapor memindahkan AS$619,999,988 dan AS$60,999,988 ke dalam akaun bank didakwa milik Najib pada 21 dan 25 Mac.

Najib Kian Terasak, Tiga Akaun Bank Adalah Miliknya

Pasukan petugas khas yang ditugaskan menyiasat penyaluran wang 1MDB sebanyak AS$700 juta ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak  akhirnya mengeluarkan kenyataan sudah membekukan enam akaun bank bermula 6 Julai 2015 lalu (semalam).

Walaupun tidak menyatakan akaun siapa yang dibekukan itu, tetapi ia segera menimbulkan persepsi bahawa dakwaan Wall Street Journal pada Jumaat lalu hampir menuju kebenarannya di mana akaun bank yang didakwa itu benar-benar wujud.

Siapakah pemilik enam akaun bank yang dibekukan itu?

Itulah persoalan yang bermain di kepala rakyat sekarang dan dalam laporan terbaru Malaysiakini pula, ia melaporkan tiga daripada enam akaun bank yang dibekukan itu adalah milik Najib.

Najib pula di sebalik didakwa menerima wang tersebut, sehingga ini belum mengesah atau menafikan memiliki akaun bank sebagaimana yang didakwa oleh WSJ itu.

Beliau hanya menafikan tidak pernah mengambil wang 1MDB atau mana-mana entiti lain untuk kepentingan peribadinya.

Namun, dengan laporan tiga akaun bank itu adalah milik Najib, sebahagian dakwaan WSJ itu seperti sudah ada jawapannya.

Siapa pemilik tiga akaun yang lain yang dibekukan itu?

Ada kemungkinan ia adalah milik SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd yang dipercayai menyalurkan wang tersebut serta sudah diserbu pejabat mereka sebagaimana pengakuan Peguam Negara, Gani Patail pada Sabtu lalu.

Dengan pendedahan Malaysiakini bahawa tiga akaun bank yang dibekukan itu milik Najib, ia sekali lagi memberikan tamparan kepada Perdana Menteri untuk terus bertahan mengekalkan jawatannya.

WSJ kemuka 'bukti' aliran wang ke akaun Najib

 
Wall Street Journal (WSJ) memuat naik dokumen yang mana didakwa perincian bagaimana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Menurut WSJ, sumber dokumen-dokumen tersebut adalah daripada "Penyiasatan kerajaan Malaysia".

Beberapa butiran antaranya seperti lima digit terakhir bagi akaun AmIslamic Bank Bhd telah disunting.









MPs lauds NGOs urge for a good governance

NGO: We want an independent probe

"Clear yourself" Wan Azizah tells PM

Demo Besar Jika Najib Tak Letak Jawatan

Rafizi: Tanpa bilik pun, kami boleh bermesyuarat

Tiada bilik buat MP bincang WSJ di Parlimen

Akaun Najib: Pembangkang mahu sidang khas Parlimen

WSJ dumps money trail docs online

‘Tiga daripada enam akaun dibekukan milik Najib’


Skandal 1MDB: Kerajaan Sementara Boleh Pulih Krisis Negara

Skandal 1MDB: PR Mahu Sidang Parlimen Tergempar

KERAJAAN BUAT HUTANG, RAKYAT KENA TANGGUNG !!!


Tak lama lagi KERAjaan rancang untuk memotong lebih banyak subsidi..

UNTUK APA ??.. untuk nak kukuhkan kedudukan fiskal kerajaan & kurangkan defisit katanya.. atau lebih mudah difahami NAK KURANGKAN HUTANG NEGARA...

Skandal 1MDB: Siapa Punya Akaun...??? Kenapa Nama Dirahsiakan...!!!


Akhirnya Pasukan Petugas Khas sudah mengeluarkan perintah pembekuan terhadap enam akaun bank dipercayai pihak yang terbabit dalam kes itu.

PERSOALAN:
Mengapa nama pemilik akaun tersebut dirahsiakan ??.. Kalau didedahkan SUDAH TENTU 'dia' akan direhatkan/ bercuti buat seketika sementara menunggu siasatan dan rakyat akan tahu..

Sptmana pada kes MARA mereka yg terlibat (nama didedahkan) telah direhatkan bg bantu siasatan..

NAMPAK TAK !!! yg 'berkemungkinan' ada pembabitan VVIP..

Skandal 1MDB: Tuduhan terhadap Najib perlu ada saksi - Hadi Awang

Skandal 1MDB: Tunku Aziz Dakwa Tun M Bocor Maklumat kepada WSJ

Skandal 1MDB: Ambiga gesa Najib bercuti, adakan pilihan raya semula

Skandal 1MDB: 'Siasatan tak telus bakal cetus demo besar-besaran'

Pulau Pinang sedia bekukan urus niaga tanah 1MDB

PAS pertahan Hadi, Haron berhubung dakwaan WSJ - Nasrudin

Takiyuddin: Hadi tak hadir pertemuan diparlimen kerana kurang sihat

Kerajaan Umno@Bn rancang potong lebih banyak subsidi

Langkah pengurangan subsidi itu akan dibuat secara berperingkat menerusi beberapa tempoh pada masa akan datang
subsidi-bahasa
PETALING JAYA: Kerajaan merancang untuk memotong lebih banyak subsidi petrol, gas cecair petroleum dan minyak masak dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Langkah itu dilakukan sebagai mengukuhkan kedudukan fiskal kerajaan biarpun langkah tersebut adalah kurang popular terutama dalam situasi di mana imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang tercalar akibat skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Kenyataan itu dibuat oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah yang berkata, turut akan dikurangkan ialah hutang perumahan kakitangan kerajaan yang jumlahnya berbilion ringgit.
Bagaimanapun katanya, kesemua langkah pengurangan itu akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
“Ini membantu kita untuk terus mengukuhkan serta meneruskan usaha-usaha yang telah dilakukan selama ini di sebalik segala cakap-cakap yang tidak senang dengan langkah tersebut. Saya sifatkan cakap-cakap belakang itu adalah sesuatu yang sementara,” katanya dalam satu temuramah eksklusif dengan Bloomberg.
Tambah beliau, keputusan Fitch Ratings untuk menyemak naik penarafan negara memberikan ruang kepada Malaysia untuk melaksanakan pengukuhan fiskal.
“Kita tidak mampu untuk memberikan subsidi selamanya. Pada satu peringkat, terdapat terlalu banyak subsidi sehingga sistem kerajaan sudah tidak mampu untuk menanggungnya,” ujar beliau lagi.

Saya ada bukti Persekutuan lengahkan penstrukturan air- Azmin Ali

Beliau memberi amaran akan mendedahkan bukti itu kepada umum jika Kerajaan Persekutuan terus melengah-lengahkan penstrukturan air.
azmin_water_600
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mendakwa mempunyai bukti bahawa Kerajaan Persekutuan sengaja melengahkan perjanjian penstrukturan semula industri air di negeri itu.
Katanya, Kerajaan Persekutuan merupakan pihak yang seharusnya dipersalahkan diatas kelewatan perjanjian tersebut sehingga memberi kesan kepada rakyat di negeri itu.
“Kerajaan Persekutuan berdolak dalik dan sengaja melengahkan perjanjian air tersebut,” tegasnya ketika ditemui di Parlimen pada Selasa.
Azmin memberi amaran isu itu tidak diselesaikan dengan kadar segera, beliau akan mendedahkan kepada umum perbuatan tidak bertanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
“Saya amat kecewa kerana pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sering menukar pendirian mereka.
“Saya tidak mahu merumitkan suasana, kerana pendirian kerajaan negeri mahu memuktamadkan perjanjian ini secepat mungkin,” katanya.

Tun M kutuk Anifah Aman kerana tidak tahu malu

Anifah sepatutnya malu dengan laporan media antarabangsa yang telah lama mengkritik Perdana Menteri dan negara ini.
najib_Anifah-Aman_600
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kerana tidak tahu malu apabila media luar memburukkan negara ini.
Katanya, akhbar di Amerika Syarikat dan London telah terlebih dahulu membuat kritikan terhadap negara dan Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi Anifah tidak pula merasa malu.
“Media barat dan akhbar terkemuka di Amerika dan London pernah menyiarkan rencana panjang sehingga empat muka berkenaan skandal 1MDB, Najib dengan cara hidup mewahnya, Jho Low sahabat karibnya dan Riza Aziz, anak tirinya yang membiayai filem lucah “The Wolf of Wall Street,” tulisnya dalam blog.
Dr Mahathir berkata, Anifah tidak pula berasa malu dengan semua laporan itu sehingga tidak ada sepatah kata pun disuarakan.
New York Times baru-baru ini menyiarkan kritikal Dr. Mahathir terhadap Najib dan sebagai menteri bertanggungjawab hal ehwal luar negara, Anifah menganggap perbuatan itu memalukan negara.
Dr. Mahathir menekankan, pihak yang harus malu ialah Najib kerana masih gagal menjawab skandal yang dilemparkan terhadapnya.
“Di negara lain, skandal seperti ini yang melibatkan seseorang pemimpin, dia tetap akan letak jawatan dan pohon maaf. Tetapi di Malaysia ada orang yang mempertahankan pemimpin tanpa sebab, hanya kerana keselamatan jawatan,” tulisnya.

Skandal 1MDB: Ketua pembangkang gesa sidang Parlimen khas diadakan

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menggesa satu sidang Parlimen khas diadakan dengan memanggil Gabenor Bank Negara Malaysia dan Peguam Negara memberi keterangan di Dewan Rakyat berhubung perkembangan siasatan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, gesaan itu diputuskan setelah mengumpul semua suara dan pandangan ahli Parlimen dan wakil masyarakat berhubung krisis yang melibatkan negara itu.

"Perdana menteri wajar bercuti sementara siasatan dijalankan dan semua kumpulan yang prihatin dengan perkara tersebut perlu menyusun gerakan rakyat menolak sebarang bentuk penyelewengan dan sebarang usaha yang melindungi mana-mana pihak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan khas bersama ahli Parlimen progresif dan badan bukan kerajaan di perkarangan Parlimen hari ini.

Kumpulan progresif PAS mahu suruhanjaya diraja siasat laporan WSJ

Kumpulan progresif dalam PAS yang kini menggelar diri mereka Gerakan Harapan Baru, hari ini menggesa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan sejumlah wang yang besar disalurkan kepada akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

 Permintaan itu dibentangkan dalam satu memorandum oleh anggota Pemuda kumpulan tersebut di Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini.

 "Kami berharap Yang di-Pertuan Agong dapat menubuhkan RCI bagi segera menyiasat dakwaan yang dilemparkan Wall Street Journal (WSJ) terhadap Najib," kata penyelaras kumpulan itu, Mohd Sany Hamzan.

Ini melibatkan integriti dan moral negara kita dan dakwaan yang berkaitan dengan pecah amanah dan rasuah oleh pemimpin kerajaan," katanya kepada media selepas menyerahkan memorandum kepada pegawai istana.

Tindakan kumpulan itu merujuk kepada pendedahan WSJ minggu lepas RM2.6y bilion (AS$700 juta) disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib daripada syarikat berkaitan firma pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjelang pilihan raya umum Mei 2013.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan Najib yang mengatakan beliau tidak pernah mengambil dana awam untuk kegunaan peribadinya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa Gerakan Harapan Baru Dr Mohd Hatta Ramli berkata, mereka juga menamakan dua bekas ketua hakim Tun Salleh Abbas dan Tun Abdul Hamid Muhamad untuk mengetuai RCI yang dicadangkan tersebut.

Pulau Pinang bakal bekukan aktiviti urus niaga tanah berkaitan 1MDB

Pulau Pinang merancang untuk mengambil tindakan menghentikan segala urus niaga tanah berkaitan dengan syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibuat di negeri itu, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini.

Beliau berkata, keputusan kerajaan negeri itu susulan kebimbangan urus niaga firma milik Kementerian Kewangan itu melibatkan unsur mencurigakan memandangkan ia setakat ini mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion dalam tempoh 6 tahun beroperasi.

"Sebagai ketua menteri Pulau Pinang, saya akan melihat sama ada kita mempunyai kuasa atau tidak untuk membekukan segala aktiviti berkaitan 1MDB dalam kerajaan negeri bagi menghalang pengamalan salah laku," katanya.

 Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata demikian dalam satu pertemuan khas ahli Parlimen dengan kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di perkarangan Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata dalam ucapannya, ia terpulang kepada kerajaan yang ditadbir parti pembangkang untuk mengikut jejak langkah Pulau Pinang.

Skandal 1MDB: Ambiga gesa Putrajaya adakan pilihan raya semula


Datuk Ambiga Sreenavasan menggesa Putrajaya mengadakan pilihan raya semula susulan daripada pendedahan skandal terbaru Datuk Seri Najib Razak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu pertemuan khas bersama ahli Parlimen progresif, kumpulan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik, Ambiga menyarankan perdana menteri untuk bercuti memberi ruang siasatan dijalankan.

"Perdana menteri harus bercuti. Pemimpin pembangkang juga perlu membuat desakan berjumpa dengan beliau dan meminta Najib melakukan perkara demikian. "Terdapat siasatan yang berjalan sekarang ini dan ianya tidak akan lengkap sekiranya beliau masih lagi menjadi perdana menteri.

 "Mesti ada pilihan raya umum yang baru kita menuntut ianya dilakukan dalam tempoh setahun ke setahun ini," katanya dalam satu pertemuan di hadapan perkarangan Parlimen hari ini.

Mahu Tapi Malu, Muhyiddin Perlu Dibantu

Gambaran yang barangkali sesuai mengenai perasan dan isi hati Muhyiddin Yassin ketika ini ialah "mahu tapi masih malu-malu", manakala Najib Razak pula, di sebalik mahu terus bertahan seperti sudah "tiada perasaan malu" lagi.

Jika di negara lain, pemimpin yang ditimpa musibah seperti Najib ini pasti sudah lama berasa malu dan mengambil keputusan mengundurkan diri secara baik dan terhormat. Dalam konteks sejarah Perdana Menteri Malaysia pula, beliaulah yang paling buruk prestasi dari segi sokongan rakyat, tetapi tidak malu untuk terus bertahan seolah-olah cukup gemilang.

Berdepan dengan kedudukan Najib yang kian meruncing susulan dakwaan terbaru oleh Wall Street Journal, Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri mungkin mahu terus melangkah dan menunjukkan keberaniannya sebagaimana pernah mendesak Tun Abdullah Badawi mempercapatkan pengunduran pada 2008 lalu tetapi perasaan "malu-malu" itu membatasi langkah seterusnya.

Sudah tentu jika melakukannya sekali lagi desakan seperti itu, beliau akan dituduh semata-mata mengejar kepentingan peribadi lantaran jawatan Perdana Menteri secara automatik akan terjatuh ke pangkuannya.

Susulan kenyataan akhbar yang dikeluarkannya dua hari lalu mengenai dakwaan WSJ itu, Muhyiddin sepantasnya diminta oleh banyak pihak agar berbuat sesuatu yang boleh menyelamatkan UMNO dan negara.

Ini kerana melalui tuduhan WSJ mengenai penyaluran wang ke dalam akuan peribadinya, Najib masih belum memberi jawapan yang meyakinkan terhadap dakwaan itu. Beliau hanya membuat penafian kosong tanpa menyentuh mengenai benar atau tidaknya kewujudan akaun bank sebagaimana yang didakwa itu.

Sementara Najib membuat penafian, WSJ tetap berpegang kepada laporan yang mereka tulis dengan menyatakan ia berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai dan sudah diteliti.

Lantaran itu, ia menyebabkan UMNO mulai berbelah bagi dan rakyat pula makin menjauhkan sokongan dan kepercayaan terhadap Najib.

TMJ: Jangan terpengaruh strategi 'pecah dan takluk'

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat negerinya supaya sentiasa bersatu dan tidak terpengaruh dengan strategi 'divide and conquer' (pecah dan takluk) oleh mana-mana pihak.

Menulis dalam Facebook Johor Southern Tiger, Tunku Ismail juga meminta rakyat Johor supaya tidak terpengaruh dengan provokasi yang dibuat sesetengah pihak berhubung penggunaan 'Bangsa Johor'.

Titah baginda, 'Bangsa Johor' merupakan warisannya dan dikenali sejak 1885, iaitu 72 tahun sebelum adanya Malaysia.

"Saya ingin mengingatkan Bangsa Johor untuk sentiasa bersatu. Ramai orang luar dan sesetengah pihak yang kurang senang melihat kita bersatu.

"Ada pula yang mahu buat provokasi dengan membuat kenyataan kenapa bukan Bangsa Malaysia... Kami berbangga dengan sejarah kami. Kami tidak kacau mana-mana pihak. Ini adalah asal usul sejarah Kami.

"Jikalau anda nak bangga dan panggil diri anda Bangsa Malaysia atau Lima Malaysia teruskan. Ia bukan satu jenayah," titah baginda

Lim saran Mahathir pengerusikan RCI siasat Najib

Data bocor - k'jaan Umno@Bn beli perisian intipan awam

Memalukan negara ialah Najib dengan 1MDB - Mahathir

WSJ aftermath : 6 Bank accounts frozen

Najib, Jho Low sekapal dengan bos PetroSaudi


SEKALI LAGI Saham FGV menjunam paling rendah dalam sejarah !!!.. DAH TINGGAL RM1.62..


APA KHABAR peneroka FELDA !!!
Tahu ker tak berita saham jatuh ni.. Jgn haraplah nak kluar kat TV3suku & TV1, TV2..

APA ?? DAH TINGGAL RM1.62 drpd asal RM5.39 ???

Bersyukurlah... Jgn marah silap2 tanah peneroka MELAYU Felda BAKAL TERGADAI.. 
Kalau tergadai sekalipun xper coz UMNO KAN PEMBELA & PEJUANG MELAYU

Najib, 1MDB memalukan negara, kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kembali kritikan bahawa beliau memalukan negara dengan bercakap kepada media antarabangsa berhubung isu 1MDB dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Menjawab kritikan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman itu, Mahathir berkata pihak yang memalukan Malaysia sebenarnya Najib dan 1MDB, bukan beliau.

“Sesungguhnya yang memalukan negara ialah Datuk Seri Najib dengan 1MDB-nya.

“Sebelum ini negara tidak pernah dicemuh dengan tuduhan-tuduhan yang tidak terjawab seperti sekarang,” katanya.

Menulis di blognya hari ini, Mahathir berkata, jika “skandal” seperti itu berlaku di luar negara sudah tentu pemimpin itu akan meletakkan jawatan dan memohon maaf.

“Tetapi di Malaysia ada orang yang mempertahankan pemimpin tanpa sebab, hanya kerana keselamatan jawatan,” sindirnya.

Beliau mengulas kritikan Anifah padanya kerana memberikan wawancara kepada akhbar Amerika The New York Times.

“Mungkin Anifah tidak pernah baca suratkhabar Amerika sebelum usaha untuk memburukkan nama saya dijadikan asas mempertahankan perdana menteri Najib.

“Tetapi seluruh dunia tahu berkenaan Datuk Seri Najib, Jho Low dan 1MDB,” katanya.

'Anak tiri berlagak kaya'

Kenapa Najib tidak nafi akaun Ambank miliknya?

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak menafikan akaun Ambank seperti yang didakwa Wall Street Journal (WSJ) adalah miliknya.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata sewajarnya Najib tampil melakukan pembelaan awal pada dirinya dengan menafikan segala tuduhan tersebut.

"Tersangat pelik bila Najib yang dituduh oleh WSJ menerima sejumlah wang dan dimasukkan ke dalam akaun Ambank tidak tampil menafikan perkara tersebut.

"RM2.6 bilion diterima dari tiga syarikat dikatakan mempunyai hubung kait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu," katanya.

Tambahnya, tanpa ada penafian tetapi dengan hanya berkata jika Najib ingin mengambil duit negara beliau tidak akan menggunakan akaun di dalam negara ini.

"Persoalannya kepada beliau tidak menafikan akaun yang didedahkan WSJ dengan nombor akaun tersebut adalam akaun peribadi miliknya.

1MDB: Enam akaun bank terlibat dalam siasatan dibekukan

KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat dakwaan dana disalurkan ke akaun perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memaklumkan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes terbabit telah menerima arahan pembekuan.

Perintah pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015.

Selain itu, Pasukan Petugas Khas itu juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan.

“Pasukan Petugas Khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit,” menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu pasukan itu juga memaklumkan siasatan masih lagi berjalan dan semua pihak diminta agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Sabtu lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya memaklumkan siasatan ke atas tiga syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan pemindahan sejumlah dana yang besar ke akaun Perdana Menteri telah dilakukan dan memperoleh sejumlah dokumen yang berkaitan.

Pembangkang dan NGO bincang isu 1MDB di padang kawad parlimen

Pembangkang dan NGO bincang isu 1MDB di padang kawad parlimen
KUALA LUMPUR: Kumpulan pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  hari ini mengadakan perhimpunan di padang kawad Menara Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penggunaan wang terbabit untuk kegunaan pilihan raya yang lalu.

Perhimpunan dikatakan dibuat di lokasi tersebut atas berikutan lokasi asal yang dicadangkan iaitu bilik mesyuarat di bangunan sementara pentadbiran parlimen telah ditempah awal oleh Kementerian Belia dan Sukan.


Parlimen, Shahir Omar

Dalam satu kenyataan, Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil berkata bahawa mereka pada mulanya dihalang masuk ke bilik mesyuarat kerana diberitahu bilik mesyuarat yang ditempah itu telah dibatalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kemudian menafikan kenyataan tersebut dengan menegaskan bahawa mana-mana Kementerian tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan tempahan bilik di Parlimen.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong pula berkongsi gambar di laman Twitter dengan menulis “ahli-ahli parlimen 'bersidang' dengan duduk di lantai di ruang terbuka kerana tidak dibenarkan guna bilik mesyuarat."