Sabtu, 4 Julai 2015

Skandal 1MDB: Perkara terbaik buat Najib adalah memanggil pilihan raya mengejut

oleh Hazlan Zakaria

Dikepung di hadapan, diburu di segenap penjuru, Perdana Menteri Najib Razak boleh sama ada meletak jawatan secara terhormat atau tinggalkan penyiasatan yang belum selesai, tetapi perkara terbaik buat beliau mungkin adalah memanggil pilihan raya mengejut.

Tetapi semulia darah keturunan beliau, susur galur tidak menjamin keupayaan atau semangat mulia seseorang. Mempunyai darah mulia atau darah diraja tidak menjadikan seseorang itu mulia atau agung.

 Ianya memerlukan karakter dan lebih dari sekadar gelaran untuk mendapatkan perkara luhur seperti itu.

Maka tindakan terburu-buru beliau untuk menafikan berita dakwaan penyelewengan kewangan beliau, tudingan jari beliau kepada orang lain dan cubaan perhubungan awam beliau dalam menguruskan krisis ini menunjukkan beliau tidak mengambil jalan mulia, tetapi cubaan untuk mempertahankan selagi yang boleh.

 Ini kerana dakwaan ke atas beliau yang semakin memuncak daripada pemimpin lemah dan tidak tegas kepada tuduhan melulu cubaan jenayah.

Tuduhan tindakan menyeleweng Najib melibatkan 1MDB sekarang ini telah memuncak untuk mendakwa beliau telah menyeleweng wang daripada dana berdaulat itu atau menggunakannya untuk kempen politik beliau.

Sementara Dr Mahathir Mohamed, kumpulan dalam Umno, Pembangkang dan sejumlah besar rakyat telah meminta beliau bertanggungjawab sejak sekian lama, sekarang ini media asing juga telah turut menyertai, untuk apa saja sebab yang mereka ada.

Najib telah menyalahkan Mahathir dan melabel beliau sebagai punca migrain beliau.

Walaupun mungkin kerumitan serangan ke atas beliau dan jejak ‘bukti’ yang disengajakan memberikan beliau sebab untuk membuat dakwaan begitu.

Ianya jelas merujuk bagaimana ketua umum PKR yang dipenjarakan dan bekas anak didik Mahathir, Anwar Ibrahim menerima akibat tindakan doktor itu.

Senario kerajaan campuran PAS-PKR-Umno di Selangor perlu perundingan cermat - Ismail Kijo


Post Pic


SHAH ALAM: Pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) Selangor berpendapat agak sukar untuk meramal kebarangkalian wujudnya senario kerajaan campuran di antara PAS, PKR dengan Umno-BN di negeri ini, walaupun ia bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan bangsa Melayu. 
 
Menurut Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, sekiranya wujud cadangan untuk penggabungan ketiga-tiga parti yang terlibat, ia memerlukan perundingan yang sangat cermat dan halus daripada pucuk pimpinan atau parti yang berkaitan. 
 
"Selain daripada melibatkan organisasi parti yang kukuh sama ada PAS, PKR atau mungkin mahu menawarkan kepada Umno, semua ini ada kaitan kebergantungan dengan pucuk pimpinan di peringkat atas sebab ini melibatkan satu ketetapan yang mungkin menjadi satu strategi bagaimana menghadapi pilihan raya akan datang. Tapi tak tahulah. 
 
"Andai kata Pakatan Rakyat (PR) PR betul-betul berpecah dengan DAP, kebarangkalian untuk bentuk satu kerajaan pasti akan berlaku cuma mekanisme berbeza atau satu cara yang dirunding oleh pucuk pimpinan tertentu," katanya kepada Antarapos.
 
Terdahulu Antarapos melaporkan, seorang penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berpandangan bahawa wujud kebarangkalian untuk PAS bergabung dengan PKR dan Umno-BN bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor.
 
Kata pensyarah berkenaan, penggabungan itu tidak mustahil akan berlaku, berdasarkan realiti politik semasa dan juga keangkuhan DAP kebelakangan ini yang merasakan partinya lebih kuat berbanding 'rakan komponen', PAS dan PKR. 
 
Di Selangor, PAS dan DAP masing-masing memperoleh 15 kerusi, PKR mempunyai 13 kerusi, manakala BN pula dengan 12 kerusi, dan 1 kerusi disandang ADUN Bebas.  

PAS bakal berhadapan penghijrahan beramai-ramai selepas Hari Raya

oleh Rizuan Shamsudin

Kelompok pro-ulama dalam PAS telah mengambil mudah terhadap krisis dalaman yang menimpa parti itu baru-baru ini sejak mengambil alih kuasa dalam parti selepas muktamar yang lepas, apabila kelompok profesional telah ditolak.

Kepimpinan baru PAS, bagaimanapun, telah menunjukkan petanda mereka bimbang, menilai daripada amaran mereka yang disasarkan kepada golongan profesional dan penyokong mereka. Ini termasuklah yang datang dari kepimpinan tertinggi - presiden Hadi Awang, timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man - sehinggalah pegawai berjawatan rendah seperti ketua penerangan Nasrudin Tantawi.

Semua memberi amaran kepada mereka yang berniat untuk meninggalkan PAS, perjuangan mereka akan dilaknat. Mereka merujuk kepada nasib kumpulan serpihan sebelum ini seperti Hamim dan Berjasa, yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS.

Parti mereka telah ditewaskan dalam pilihan raya umum, dan hilang begitu saja selepas beberapa tahun. Mereka menyamakan situasi sekarang dengan parti Melayu Semangat 46, yang ahlinya kembali kepada Umno selepas pembubaran pada 1996. Ianya menarik bahawa kumpulan pro-ulama tidak menyebut PKR dalam perbandingan mereka.

Parti itu ditubuhkan oleh isteri Anwar Ibrahim yang memenangi beberapa kerusi parlimen pada 1999, kemudian membesar kepada parti pembangkang yang paling banyak memenangi kerusi pada pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, kumpulan profesional memegang kepercayaan bahawa mood rakyat dan kemenangan PKR untuk mewajarkan penubuhan parti baru.

Kumpulan profesional tidak lagi berasa terdapat sebab untuk kekal dalam PAS kerana tiada lagi peluang atau ruang untuk mereka di sana.

 Pemimpin PAS masih lagi bertegas untuk memujuk Umno ketika pendapat umum begitu jelas anti-BN.

PAS 'Ceraikan' DAP: Sebelum atau selepas raya?

Tiada sebarang tarikh khusus ditetapkan Mursyidul Am PAS bagi mengadakan perbincangan dengan Majlis Syura Ulama berhububng usul memutuskan hubungan dengan DAP setakat malam ini.

Ditemui media sebentar tadi Datuk Dr Haron Din berkata Majlis Syura hanya akan membincangkan mengenai nasib usul berkenaan selepas anggota badan itu dilantik.

Dan Haron yakin mesyuarat itu akan diadakan sebelum Aidilfitri.

"Kami perlu melantik ahli syura terlebih dulu. Semua ini tidak dibincangkan kerana ia terlalu baru, tetapi saya yakin mesyuarat itu akan diadakan sebelum raya," katanya di majlis berbuka puasa di Putrajaya sebentar tadi.

Walaupun usul memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan tanpa bahas dalam muktamar PAS bulan lalu.

Walaupun beberapa pihak beranggapan usul berkenaan sudah muktamad, Haron masih berpendapat ia sebaliknya kerana memerlukan kelulusan Majlis Syura Ulama.

Namun, kata Haron, DAP menganggap usul berkenaan muktamad dan mengumumkan Pakatan Rakyat sudah berkubur tanpa sebarang usaha menghalang pemutusan berkenaan.

Haron juga mengingatkan usul berkenaan terhasil daripada tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Najib, Jangan Lupa Saman Mahathir Sekali!!

Dalam usaha mempertahankan dirinya daripada serangan terbaru oleh Wall Street Journal (WSJ) yang mengaitkan dirinya dengan pengambilan dana 1MDB berjumlah hampir AS$700 juta, Perdana Menteri secara terbuka menuduh Tun Mahathir Mohamad adalah dalang di sebaliknya.

Sambil mengatakan tidak pernah mengambil sebarang dana untuk kepentingan peribadi sama ada dari 1MDB, SRC International atau mana-mana entiti yang lain, Najib Razak mengatakan dakwaan terbaru ini adalah serangan yang tidak berasas dan keterlaluan terhadap diri dan keluarganya.

Katanya, serangan itu bermula apabila beliau enggan memenuhi beberapa tuntutan peribadi Tun Mahathir yang kemudian membuatkan bekas Perdana Menteri itu mencipta krisis berhubung hutang 1MDB yang berjumlah RM42 bilion.

Sehubungan itu, Najib percaya bahawa Tun Mahathir, dengan kerjasama rakyat asing, termasuk Sarawak Report, adalah di belakang pembohongan terbaru ini.

Serentak dengan itu, beliau juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap pengkritik yang mendakwanya mencuri wang negara itu.

Pihak yang melancarkan serangan ini patut berdepan dengan tindakan akibat dakwaan yang dilakukan itu. Taktik kotor ini, sesetengahnya berunsur jenayah untuk menggulingkan kerajaan, akan menemui kegagalan, katanya dalam jawapan melalui Facebooknya malam tadi.

Bagaimanapun sehingga ini tidak dipastikan siapakah yang bakal diambil tindakan undang-undang itu? Adakah ianya WSJ? Adakah ia  Sarawak Report yang sebelum ini banyak melakukan serangan terhadapnya dan didakwa bekerjasama dengan WSJ itu?

'Puasa semua orang nak buat, hudud tak mahu pula' - Haron Din

'Puasa semua orang nak buat, hudud tak mahu pula' - Haron DinBANGI: Mursyidul Am PAS Pusat, Datuk Dr Haron Din menyatakan kehairanan kenapa perkara wajib seperti puasa dilaksanakan oleh hampir semua umat Islam, namun hukum wajib seperti qisas dan hudud tidak dilaksanakan.

Beliau merujuk kepada negara-negara Islam yang sehingga kini katanya tidak melaksanakan undang-undang tersebut meskipun diwajibkan sama seperti puasa dan solat.

"Mengapa bila puasa ini semua orang nak buat? Kanak-kanak pun ada, orang tua yang sakit pun nak buat…orang musafir (dalam perjalanan jauh) yang sepatutnya ada peruntukan untuk berbuka pun buat.

"Namun Allah wajibkan kita laksanakan qisas yang merupakan sebahagian dari hudud, tetapi degil tak mahu laksana sampai hari ini," katanya dalam ucapan tazkirah Majlis Iftar Amal Darul Fuqaha' di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Selain itu, Dr Haron turut menyebut tentang usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan hudud oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Dewan Rakyat yang masih belum dapat dibacakan.

"Sudah sebulan kita nak bawa di Parlimen tetapi tidak disenaraikan sebagai bil yang boleh dibawa dan ditangguh ke Parlimen akan datang," katanya.

1MDB: Mari kita dapatkan kebenaran dan tiada lain melainkan kebenaran

oleh Mike Tan

1MDB seharusnya keluar dan dedahkan maklumat berkaitan tuduhan jejak dananya, salah tadbir dan perjanjian, berbanding mengeluarkan kenyataan penafian pendek.

Ini berikutan kemarahan rakuat ke atas respon pendek 1MDB dalam kaitan kepada artikel Wall Street Journal yang memperincikan dakwaan bahawa dana 1MDB disalurkan kepada akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.

Malah MCA, sebuah parti yang sering dipersenda sebagai tunduk kepada Umno dan perdana menteri itu, telah menyuarakan rasa terkejut mengenai perkara itu, menyatakan bahawa ianya ‘terkejut dengan tuduhan Wall Street Journal (WSJ) yang membimbangkan ke atas Perdana Menteri Najib Razak berkaitan dana 1MDB’.

Chong Sin Woon Pengerusi kebangsaan Sayap Pemudanya Chong Sin Woon mengeluarkan kenyataan berkata, “1MDB seharusnya tidak sekadar mengeluarkan satu kenyataan ringkas menafikan tuduhan itu.”

Penafian ini, kata beliau, tidak akan semudahnya menghentikan semua khabar angin atau syak wasangka di kalangan rakyat tetapi sekadar menghangatkan spekulasi media.

“Menyediakan maklumat dan penjelasan terperinci akan membuatkan kawalan kerosakan lebih baik dan menjernihkan suasana sambil mengurangkan rungutan orang awam, berbanding penafian yang dilihat biasa dan tidak membantu dalam meredakan syak wasangka umum.” Beliau menggesa 1MDB supaya “memberi respon serta merta untuk menjernihkan suasana, agar reputasi perdana menteri dan negara tidak terjejas”.
 
Beliau meluahkan kerisauan bahawa tuduhan dalam artikel WSJ bukan saja tersebar meluas, tetapi artikel itu sendiri telah diambil oleh agensi berita antarabangsa lain seperti China Daily dan Straits Time di Singapura.

Menegur 1MDB mengenai sikap sambil lewanya kepada artikel itu, Chong berkata bahawa “Pemuda MCA memohon 1MDB supaya bertindak lebih dengan menjelaskan lebih terperinci mengenai perjanjian dan transaksi 1MDB, dan bukan sekadar meminta dan menjangka orang awam supaya menunggu keputusan penyiasatan oleh pihak berkuasa”.

WSJ, seperti diperakui oleh Chong, adalah penerbitan yang terkenal di dunia, maklumat yang terkandung dalam artikel itu sememangnya sangat serius.

Ketika 1MDB dan selanjutnya, PM, mungkin dapat mendiamkan pembangkang mengenai isu ini di masa lalu dengan satu kenyataan ringkas, mereka tidak akan mudah dapat mengenepikan artikel WSJ.

Skandal 1MDB: Haron Din susah percaya dakwaan pada Najib

Tidak masuk akal adalah ungkapan yang dapat menggambarkan perasaan Datuk Dr Haron Din berhubung dakwaan media luar mengenai penyaluran dana ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Ditemui media di Putrajaya hari ini Haron berkata, logik akal menyatakan jika seseorang mahu mengambil dana awam ke akaun persendirian, mereka tidak akan melakukan sebegitu.

Sebaliknya, kata Haron, dana itu akan disalurkan ke akaun rahsia.

Bagaimanapun Haron tidak menyatakan sama ada bersetuju atau tidak dengan dakwaan berkenaan.

Kata Haron, banyak berita timbul baru-baru ini dan ia kelihatan benar tetapi kemudian terbukti sebaliknya selepas siasatan dijalankan.

"Jadi saya perlu periksa sama ada berita ini benar atau tidak terlebih dahulu," katanya.

Haron juga berharap tuduhan terhadap perdana menteri itu tidak benar demi kepentingan negara.

Tuntut isytihar harta

Jika tidak, katanya, perkara itu sangat malang terutama kerana ia berkait dengan ekonomi Malaysia yang semakin lemah.

Jika dakwaan itu benar, kata Haron, pelabur asing akan menjadi tidak selesa melabur di Malaysia dan orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negara.

"Sebab itu saya berharap akan ada penafian dan penyelewengan tidak pernah berlaku.

Sembang aja lebih Najib tapi tak berani nak saman Tun.. KENAPA ???

Najib hanya berani di hadapan TV3suku 
TETAPI bacul & penakut berhadapan depan mata dgn Tun Mahathir..

JANGAN RISAU... klu rasa terbeban bayar tambang JANGAN BALIK KAMPUNG..

KENAPA 'luluskan sementara' ???.. 
Ohhh patutler lagi ramai rakyat nak balik kampung guna bas ekspress 
MASA ITULAH MASA TERBAIK NAK 'ROMPAK' DUIT RAKYAT !!!

Pasukan khas siasat dana akaun PM


'Saya tunggu daripada SPR'

SHAH ALAM - Sebuah Pasukan Petugas Khas dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia telah memulakan siasatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, pasukan ini telah memperoleh beberapa dokumen yang kemudiannya dikemukakan kepada beliau untuk semakan.

“Saya mengesahkan bahawa saya menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada pasukan khas ini.

“Saya telah meneliti, menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan.Saya juga memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengatakan syarikat berkait 1MDB mendepositkan dana sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke akaun peribadi Najib.

Peguam Negara lihat dokumen siasatan 1MDB

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan beliau melihat laporan siasatan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB ke akaun bank perseorangan Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kenyataan beliau hari ini, Abdul Gani berkata, ia adalah antara dokumen yang diambil pasukan petugas khas bagi menyiasat isu 1MDB.

"Pasukan ini (pasukan petugas khas) telah memperoleh beberapa dokumen yang kemudiannya dikemukakan kepada saya untuk semakan. Saya mengesahkan bahawa saya telah menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak daripada Pasukan Petugas Khas ini.

Peguam negara sahkan serbu syarikat didakwa salur wang ke akaun Najib

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada pasukan petugas khas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Julai, 2015. 
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada pasukan petugas khas. 

Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan pasukan petugas khas menyerbu 3 syarikat yang dikatakan menyalurkan wang ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dan menambah beliau sudah menerima kertas siasatan berhubung perkara itu. Gani berkata, beliau sudah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.
Menurut Gani, semalam pasukan petugas khas  sekali lagi menghantar pasukan siasatan ke syarikat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd untuk mengadakan serbuan dan memperoleh dokumen.

"Saya mengesahkan menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada pasukan petugas khas ini. Semalam, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan ketiga-tiga syarikat ini memindahkan sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) kepada akaun peribadi Najib di Ambank.

Dalang WSJ: Beranikah Najib mengambil tindakan ke atas Tun M

Jika benar dakwaan Najib kononnya Dr Mahathir menjadi dalang di sebalik pendedahan WSJ, bekas Perdana Menteri itu perlu dikenakan tindakan undang-undang
najib,-mahathir
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu berani mengambil tindakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad jika benar beliau menjadi dalang berhubungan pendedahan Wall Street Journal (WSJ).
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, Najib perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir terlebih dahulu berbanding WSJ dan Sarawak Report.
“Sama sekali tidak berguna jika hanya mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ tetapi dalang yang dikenal pasti dibiarkan lepas bebas begitu saja.
“Dengan membiarkan lepas bebas dan tidak diambil sebarahg tindakan, “tok dalang” boleh terus mencari panggung lain untuk memainkan peranan di belakang tabirnya,” katanya menerusi entri terbarunya shahbudindotcom.blogspot.com.
Shahbudin, berkata jika dilihat menerusi kenyataan Sinar Harian, Setiausaha Politik Perdana Menteri Khairun Aseh berkata Najib akan mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ yang didakwa telah melakukan fitnah dan berniat jahat.

WSJ tuduh Najib terima RM2.6 bilion; kenapa Najib tak nak kata “ya” atau “tidak”?

KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Media antarabangsa Wall Street Journal telah menuduh Datuk Seri Najib Razak menerima wang hampir RM2.6 bilion (USD700 juta) yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi beliau sejurus sebelum pilihanraya umum 2013. Mengapa Najib tidak boleh katakan “ya” atau “tidak” terhadap dakwaan tersebut?
Persoalan itu dibangkitkan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berhubung penafian Najib yang dilaporkan oleh media arus perdana tentang laporan WSJ yang bertajuk “Investigators Believe Money Flowed to Malaysian Leader’s Accounts Amid 1MDB Probe” edisi 2 Julai 2015.
Beliau berkata, walaupun Perdana Menteri menafikan laporan WSJ, beliau tidak pula menafikan sama ada beliau telah menerima wang yang disebut itu yang dimasukkan ke dalam akaun banknya.
Najib dalam respons terhadap laporan berita WSJ melalui facebook beliau menjelaskan: “Saya ingin menyatakan secara jelas: Saya tidak pernah mengambil dana untuk kepentingan peribadi seperti didakwa oleh musuh-musuh politik saya – sama ada daripada 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti disahkan sendiri oleh syarikat-syarikat ini.”
Kit Siang mempersoalkan pula, apa yang sebenarnya dinafikan oleh Najib.

Kisah PAS pasca muktamar

Oleh ABU IMAN MUHAMAD HAKIMI
MUKTAMAR PAS Pusat telah pun melabuhkan tirai. Ada yang gembira dan tidak kurang ada yang kecewa, yang gembira meraikannya dengan lafaz tasbih, syukur dan istighfar sebagaimana yang diajar oleh Allah di dalam surah Al-Nasr,

“Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.” (Al-Nasr: 3)

yang kecewa ada yang sinis dalam ucapan, menolak lantikan dari Presiden partinya, merancang menubuhkan parti dan pakatan baru bahkan ada yang terus meninggalkan partinya



TINGGAL PAS, PAS RUGI?

Tindakan segelintir pimpinan dan aktivis PAS keluar dari PAS menimbulkan tanda tanya. Adakah tindakan itu bersifat populis agar ada yang menjejaki langkahnya atau hasil muhasabah selepas kalah dan kecewa di dalam muktamar yang lepas.

Andai ia bersifat populis, rasanya silap kerana tidak kedengaran pun ribuan ahli PAS yang mengikuti langkahnya dan andai ia muhasabah, rasanya ia bertentangan dengan sunnah perjuangan kerana Allah merakamkan di dalam al-Quran,

"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepada-Nya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu." (Muhammad: 38)

Jelas Allah sebut Islam dan perjuangannya tidak pernah rugi. Andai ada yang berpaling keluar daripada jalan ini maka akan diganti dengan orang yang lebih baik daripadanya. Paling dibimbangi, apabila diasingkan diri maka syaitan dan tenteranya akan menerpa ke arahnya.

Jangan biarkan skandal MARA berlalu sepi

Setelah negara dikejutkan dengan pelbagai insiden penyalahgunaan dana awam membabitkan beberapa institusi berkaitan kerajaan, kini tiba pula giliran Majlis Amanah Rakyat (MARA, sebuah institusi amanah Bumiputera terpalit dengan dakwaan salah laku.
Setelah diasak pelbagai pihak, akhirnya MARA tampil menjelaskan isu berhubung pembelian hartanah di Australia membabitkan transaksi ratusan juta ringgit dan dakwaan pemberian ‘kick back’ yang sedang dalam penyiasatan pihak berwajib negara tersebut.

Belumpun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memuktamadkan hasil siasatannya, Ketua Polis Negara (KPN) sudah pun membuat kenyataan bahawa kes pembelian hartanah oleh MARA di Australia itu tidak melibatkan unsur jenayah pecah amanah. Kenyataan KPN itu mengundang reaksi pengurusan tertinggi MARA yang “kurang berpuas hati” dengan pendirian polis itu.
Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa malah menyatakan komitmen untuk bertemu polis bagi memberi kerjasama sepenuhnya jika siasatan lanjut berhubung kes itu akan dibuat.
MARA, kata Annuar akan menyiasat perkara ini sehingga ke akar umbi dan akan berkongsi segala maklumat dengan orang awam berkenaan perjalanan kes selagi ia tidak mengganggu siasatan yang sedang dilakukan.
Sebelum daripada itu, MARA dilapor telah mengambil langkah proaktif dengan melantik Price- WaterHouse Coopers (PWC) bagi mengaudit pembelian aset anak syarikatnya MARA Inc, di Australia dan United Kingdom.

ISU IMDB, FELDA, MARA,TH -Rakyat Hanya Mampu Merintih

Oleh Abu Hassan Adam
Akhirnya barulah kedengaran ‘suara-suara’ penguat kuasa undang-undang di Malaysia yang merasa ‘simpati’ dengan rakyat Malaysia yang sentiasa ‘merintih, merayu’ agar sesuatu tindakan dilakukan untuk membetulkan persepsi rakyat tentang beberapa penyelewengan yang dikatakan berlaku di peringkat tertinggi negara. Rakyat tertanya-tanya tentang betul tidaknya isu sebegini berlaku dilakukan oleh para pemimpin kita. Jikalau tidak betul-betul berlaku masakan ‘pokok bergoyang’ atau pun kata orang putih,’ there is no smoke without fire’.

DS Mohd Najib ada menjelaskan sesuatu mengenai IMDB namun penjelasannya semacam ‘tersangkut-sangkut’ yang menyebabkan rakyat masih terus keliru dengan penjelasan itu apatah lagi disusuli pula dengan berbagai tuduhan yang membabaitkan IMDB itu. Tambahan pula kini telah timbul isu baru yang dikemukakan oleh akhbar berpengaruh dunia, ‘ Wall Street Journal’. Malaysiakini telah melaporkan bahawa, ‘…dalam satu lagi pendedahan sensasi, Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan para penyiasat Malaysia didakwa telah mengesan hampir AS$700 juta deposit ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Dakwaan sedemikian telah ‘dijawab’ oleh DS Najib dengan ‘…….menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di belakang dakwaan terbaru yang beliau mengambil wang dari 1MDB. Katanya, dakwaan terbaru ialah beliau (Najib) telah mengambil dana negara untuk kepentingan peribadi.Menurut Najib, beliau percaya Mahathir, dengan bekerjasama dengan rakyat asing, termasuk Sarawak Report, adalah di belakang pembohongan terbaru itu”Malaysiakini 4 Julai 2015.
Rakyat pastinya masih menunggu jawapan sebab rakyat percaya ‘two wrongs do not make a right’. Dan tepat dengan masanya pihak MACC segera campurtangan bagi menyelesaikan kemelut yang amat runcing ini. Rakyat Malaysia mahu tahu kedudukan sebenarnya. Malah dalam kenyataannya ‘Wall Street Journal’ ada menyatakan bahawa, "maklumat perbankan itu telah diterima baru-baru ini oleh beberapa penguat kuasa undang-undang utama Malaysia, termasuk peguam negara". Maknanya sudah berada dalam pengetahuan Peguam Negara. Tetapi soalnya mengapa tidak ada tindakan daripada pihak Peguam Negara ataupun pihak Polis atau pun MACC. Dan baru kini ‘dilihat’ ada sedikit ‘usaha’ uang akan dilakukan oleh MACC bagi membetulkan persepsi rakyat terhadap penyelewengan IMDB ini.

Menteri kita lebih pandai berbanding menteri Singapura!

oleh Hazlan Zakaria
Walaupun dengan latar pendidikan yang lebih hebat, prestasi yang terbukti serta jarang mengeluarkan kenyataan yang mengarut, menteri-menteri Singapura memang langsung tidak dapat menandingi menteri Malaysia dari segi kebijaksanaan dan pengalaman.
Antaranya, akibat sangat cekap dalam soal kewangan dan perkhidmatan kerajaan, menteri Singapura tidak mempunyai peluang unik sama seperti menteri di Malaysia – termasuk mempromosikan perniagaan jualan langsung, menanam kebun di bandar dan pelbagai kegiatan sampingan lain yang dapat membantu rakyat di saat krisis ekonomi.
Dan sementara menteri Singapura yang berpendidikan tinggi mematuhi undang-undang korupsi dan prinsip ketelusan dalam menjalankan tugas, mereka gagal menggunakan peluang yang ada untuk membantu rakyat dengan berkongsi laba dan pemberian daripada kerajaan.
Sebaliknya, menteri Malaysia yang senantiasa merendah diri ini mempunyai penghayatan yang mendalam terhadap kata-kata bijaksana seperti ‘menutup sebelah mata’ dan ‘anda tolong saya, saya akan tolong anda’.
Budaya ‘balas-membalas’ atau quid pro quo memang membantu mengangkat ramai  rakyat Malaysia menjadi jutawan, dan janganlah kisah sangat jika  bahawa sebahagiannya mempunyai pertalian atau bersahabat baik dengan menteri. Itu semua kebetulan semata-mata!
Kecekapan dan kebijakan menteri Singapura tidak menjamin keselamatan kerjaya mereka, tidak seperti yang dinikmati menteri Malaysia. Di Malaysia, mereka masih boleh menjadi senator jika kalah pilihanraya atau terpalit dengan skandal.
Jika itu pun tidak jalan juga, menteri Malaysia yang bijaksana kemungkinan besar akan dijadikan penasihat bertaraf menteri untuk membantu PM.
Menteri Malaysia memang serba boleh dan dapat menjalankan pelbagai peranan secara serentak. Mereka boleh menjadi ketua agensi kerajaan, atau lebih untung, ketua syarikat berkaitan kerajaan, pada masa sama masih menjadi wakil rakyat.
Ini semua kerana mereka tahu bagaimana untuk ‘bermain’ secara bijak, bukannya cerdas semata-mata, seperti rakan sejawat mereka di Singapura. Di negara selatan itu, kebanyakannya hanya mempunyai satu kerja sahaja pada satu masa.

‎Skandal 1MDB: Saman WSJ langkah kurang bijak, kata peguam

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhati-hati susulan keputusannya mahu menyaman The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa berbilion ringgit disalurkan ke akaun peribadinya, dengan peguam berpendapat adalah kurang bijak bagi Najib dan penasihat perhubungan awamnya menyerang media kalau mahu mendapatkan sokongan di "mahkamah rakyat".

Mereka berkata Najib perlu berdepan isu disiarkan akhbar ternama itu, atau menuntut penarikan balik artikel dan permohonan maaf sekiranya laporan itu tidak tepat, sebelum mengambil tindakan undang-undang.

Peguam Ang Hean Leng berkata, pemimpin tempatan seperti Tengku Razaleigh Hamzah pernah memenangi saman terhadap penerbitan asing kerana menjejaskan reputasinya dalam skandal Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF).

 "Pilihan seperti itu terbuka kepada Najib untuk menentang WSJ dan saman boleh difailkan di Kuala Lumpur atau Amerika Syarikat," katanya.

 Bagaimanapun, sekiranya perdana menteri ingin memfailkan saman di luar Malaysia, beliau perlu menyerahkannya kepada bidang kuasa undang-undang asing.

Ang mengulas siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa menyalurkan berbilion ringgit ke akaun peribadi perdana menteri seperti disiarkan WSJ dan Sarawak Report.

Kedua-duanya memetik dokumen mengenai siasatan 1MDB yang kini dijalankan kerajaan Malaysia, dengan Sarawak Report mendakwa Peguam Negara turut sedar akan perkara itu.

Dokumen itu menunjukkan US$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan antara agensi kerajaan, bank, dan entiti berkaitan 1MDB sebelum disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan, kata WSJ.

Skandal 1MDB: Tuduhan terhadap Najib boleh jejas ekonomi, nilai ringgit, kata menteri Umno

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meminta pihak tidak bertanggungjawab berhenti melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia boleh menjejaskan ekonomi negara.
Beliau berkata ini kerana ia boleh mencetuskan sentimen yang tidak baik dalam kalangan pelabur dan seterusnya menurunkan nilai mata wang negara.
"Perlu lebih rasional dalam konteks kita menghadapi masa depan negara ini... tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini bukan sahaja mensabotaj ekonomi tetapi juga menjejaskan masa depan negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan zakat kepada penduduk Kampung Cik Zainal Tambahan Satu, Chemor, Ipoh hari ini. Katanya, tindakan Najib menjawab dengan pantas terhadap laporan The Wall Street Journal yang mendakwa kononnya kira-kira RM2.6 bilion dana 1MDB dimasukkan ke akaun peribadinya, menunjukkan beliau seorang yang berintegriti.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan semalam berkata laporan itu merupakan "sabotaj politik" yang berterusan dan yakin terdapat usaha bersepadu oleh individu tertentu untuk memburukkan kerajaan dan menyingkirkan perdana menteri yang dipilih secara demokrasi.
Semalam, 1MDB menjelaskan yang syarikat itu tidak pernah menyalurkan sebarang dana kepada Najib.
Pendedahan terbaru itu membangkitkan kebimbangan mengenai kesahihan beberapa dokumen "bocor" yang digunakan beberapa saluran media dan blog dalam talian seperti Sarawak Report bagi memperdayakan orang ramai selain mewajarkan tuduhan yang dibuat terhadap syarikat ini serta kerajaan.

PM perlu jawab dakwaan WSJ secara langsung

Datuk Saifuddin Abdullah
Datuk Saifuddin Abdullah menggesa perdana menteri memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia mengenai dakwaan itu.

KUALA LUMPUR, 4 Julai:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mejawab dakwaan yang dibuat oleh portal Wall Street Journal secara langsung di televisyen.
Bekas timbalan menteri UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah menggesa perdana menteri memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia mengenai dakwaan itu.
“Siaran langsung di televisyen lebih popular kepada rakyat Malaysia berbanding di Facebook,” katanya pada sidang media selepas majlis bicara Biro Profesional Muda di ibu pejabat MIC, hari ini.
Katanya, pendiriannya mengenai isu 1MDB sudah jelas.
“Rakyat Malaysia perlu tahu kebenarannya.
“Saya mengesyorkan pendengaran dengan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) juga dibuat secara langsung di televisyen dan ketua PAC Datuk Nur Jazlan Mohamad juga bersetuju dengan cadangan itu.”
Katanya rakyat Malaysia tidak ada prosedur operasi standard yang jelas apabila berdepan dengan isu begini.
“Perdana Menteri tidak boleh berdiri sendiri, sepatutnya Peguam Negara dan Bank Negara perlu mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan dakwaan yang dibuat.
“Berkenaan aset bank PM yang dibekukan. Bank tidak boleh buat kenyataan sendiri kerana terdapat Akta BAFIA (Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989), jadi Bank Negara perlu masuk campur.
“Sistem itu akan lebih berkesan sekiranya mereka menangani dengan baik dan tidak membiarkan PM bersendirian,” katanya.

Skandal 1MDB: Dedah akaun bank Perdana Menteri, kata Rafizi

RAFIZI RAMLI
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), AmBank atau mana-mana bank lain perlu mengesahkan sama ada akaun di bank berkenaan di bawah nama Najib itu benar-benar wujud atau tidak yang mana ia sekaligus dapat membersihkan nama beliau daripada tuduhan yang dikeluarkan oleh Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report (SR) sebelum ini. 

Cara terbaik untuk mematikan serangan ke atas kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah dengan membenarkan AmBank atau mana-mana bank di negara ini mendedahkan secara keseluruhan setiap akaun bank yang pernah beliau buka sejak menjadi Perdana Menteri dalam tahun 2009.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), AmBank atau mana-mana bank lain perlu mengesahkan sama ada akaun di bank berkenaan di bawah nama Najib itu benar-benar wujud atau tidak yang mana ia sekaligus dapat membersihkan nama beliau daripada tuduhan yang dikeluarkan oleh Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report (SR) sebelum ini.
Menurut Rafizi, sekiranya terbukti bahawa akaun di AmBank seperti yang didedahkan oleh WSJ dan SR itu tidak wujud maka dengan mudah sahaja Perdana Menteri boleh menghentikan isu berkenaan.
Namun jelasnya, sekiranya akaun di bawah nama Datuk Seri Najib Tun Razak itu benar-benar wujud ia akan memberi gambaran paling baik kepada rakyat sama ada Perdana Menteri benar-benar terlibat dalam mengambil dana milik rakyat seperti yang didedahkan oleh WSJ dan SR itu.
“Saya juga menyeru supaya Bank Negara Malaysia menggunakan semua kuasanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan untuk merungkai kontroversi ini dengan mengesahkan sama ada akaun yang nombor dan namanya didedahkan oleh WSJ dan SR itu benar-benar wujud.

Skandal 1MDB: Rakyat mahu tindakan tegas libatkan integriti PM

Merujuk kepada laporan portal The Wall Street Journal bertarikh 2 Julai 2015 yang bertajuk “Investigators Believed Money Flowed to Malaysian Leader Najib’s Account Amid 1MDB Probe”. Laporan berita ini ditulis oleh jurnalis Tom Wright dan Simon Clark.

Kedua-dua jurnalis ini mendakwa bahawa The Wall Street Journal telah menerima dokumen-dokumen siasatan ke atas 1MDB. Laporan tersebut mendedahkan bahawa terdapat beberapa aliran transaksi tunai berjumlah USD700 juta atau RM2.6 bilion telah berlaku di antara beberapa syarikat milik kerajaan yang akhirnya didepositkan ke dalam akaun AmIslamic Bank cawangan Kuala Lumpur di bawah nama Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak.

Keseluruhan rakyat Malaysia, khususnya rakyat Negeri Selangor, merasakan bahawa dakwaan tersebut amat berat dan ia telah tersebar luas dalam media atas talian. Dakwaan tersebut menyentuh penyaluran wang rakyat ke akaun peribadi. Ia bukan semata-mata mencalar integrity Perdana Menteri Malaysia tetapi juga mencemarkan reputasi Malaysia di kaca mata dunia.

Lebih-lebih lagi, WSJ telah mendakwa di dalam artikel ini dan juga artikel bertarikh 18hb Jun bahawa dana 1MDB telah digunakan untuk membiayai Pilihan raya Umum ke-13 yang lepas. Ini jelas melibatkan bukan sahaja Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi juga Umno dan Barisan Nasional keseluruhan. Persoalan yang bangkit adalah berapa banyak dana tersebut dan wang rakyat yang telah digunakan untuk membiayai kempen-kempen politik Umno dan Barisan Nasional?

Sehingga kini, pihak Pejabat Perdana Menteri, mahupun pihak 1MDB hanya mengeluarkan kenyataan penafian sahaja tanpa tindakan yang konkrit. Berita dan analisis yang disiarkan oleh The Edge baru-baru ini tidak dijawab secara telus, malah diberi amaran dan pemilik The Edge, Tong Kooi Ong disiasat. Begitu juga isu Sarawak Report dan dakwaan Xavier Andre Justo yang masih tidak dijawab sehingga kini.

Bukan semua orang kaya kaki rasuah kata KJ

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini memberi teguran, tidak wajar untuk sesiapa menggelar semua ahli politik yang kaya sebagai pengamal rasuah.

"Anda tengok seorang ahli politik, anda tengok gaya hidupnya, anda rasa dia hidup di luar kemampuannya.

"Anda tidak sepatutnya terus pergi dan mengadakan sidang media dan mengatakan lelaki itu adalah perasuah," katanya dalam forum bertajuk Centrality of Integrity for the Next Generation di Bangi hari ini.

Sehubungan itu, Khairy berkata, berbanding memanggil seseorang itu mengamalkan rasuah, pihak terbabit sepatutnya membuat laporan berhubung keraguan itu kepada pihak berkuasa terlebih dahulu supaya dakwaan mereka boleh dibuktikan.

Walaupun tidak menamakan sesiapa, dipercayai kenyataan itu dibuat Khairy berikutan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog bekas perdana menteri itu semalam.

Menulis diblognya, Mahathir berkata gaya hidup mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melebihi apa yang diperolehinya selama berkhidmat selama 29 tahun dalam kerajaan.

Skandal 1MDB: TPM mahu dakwaan pada Najib disiasat

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta supaya dakwaan terhadap Datuk Seri Najib Razak disiasat oleh pihak berkuasa bagi mencari kebenaran terhadap laporan Wall Street Journal (WSJ) semalam.

Gesaan itu bermakna, jika pihak berkuasa membuka kertas siasatan, turut akan boleh disoal ialah perdana menteri sendiri.

Menulis dalam Facebooknya, Muhyiddin berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Peguan Negara perlu bertindak segera menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Najib.

"Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri dan ketua kerajaan.

Skandal 1MDB: Puteri Umno adukan Sarawak Report kepada polis

Pergerakan Puteri Umno hari ini membuat laporan polis terhadap Sarawak Report kerana dipercayai cuba memfitnah dan menjatuhkan reputasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan itu dibuat Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Balai Polis Masjid Tanah, Melaka.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mas Ermieyati mendakwa artikel Sarawak Report itu jelas merupakan fitnah kerana tidak disokong dengan bukti jelas dan kukuh serta berniat untuk memburukkan prestasi Najib dan kepimpinannya.

"Puteri (Umno) meminta siasatan menyeluruh dibuat terhadap pihak yang terlibat dan bertanggungjawab menyebarkan fitnah tersebut," katanya.

Sehubungan itu, Mas Ermieyati meminta semua pihak mengambil tindakan pantas bagi mengekang perbuatan fitnah itu yang dikhuatiri akan memperdaya dan mempengaruhi orang ramai dan boleh mencetus kekeliruan dalam kalangan rakyat.

- Bernama

Jerat jenayah bakal menjerut leher Najib

MSO

Tidak sampai 24 jam Najib Razak terus melakukan "senaman duduk bangun, bangun duduk" untuk menjawab dakwaan Wall Street Journal (WSJ) yang kononnya berbilion ringgit wang dari syarikat 1MDB telah mengalir senyap ke dalam akaun peribadinya. Angka yang disebut oleh WSJ ialah sebanyak AS700 juta bersaman dengan RM2.67 billion.


Najib, bukan menangis tetapi hidung berair.
Dengan terdedahnya maklumat gelap tentang Najib itu, menyebabkan perdana menteri yang dalam proses hendak digiringkan itu berada dalam lingkaran kawat jenayah yang agak tebal. Kalau dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya sebelum ini boleh dipersoalkan, tetapi kali ini tidak mudah dirungkaikan.

WSJ bukan sembarangan media. Ia adalah daily kewangan, ekonomi, politik liberalisme yang terhebat di dunia yang mendedahkan pelbagai skandal bertaraf dunia. Setiap sen atau dolar yang mengalir secara haram di pasaran bebas yang berlaku dalam mana-mana institusi diintip dan hiduinya.


WSJ juga berfungsi sebagai badan pemantau dan penyiasat perjalanan dan penyusupan kewangan. Ia juga bertindak sebagai polis menyiasat apa-apa laporan atau perkembangan mengenai kewangan meragukan alias haram.

Kedudukannya yang istimewa dan diiktiraf itu menyebabkan WSJ menerima maklumat daripada berbagai pihak untuk dibongkar dan didedahkan. Apakah tujuan dan matlamat pendedahan itu untuk menjatuhkan sesebuah kuasa atau individu berkuasa, tetapi ia berlandaskan fakta dan dalil yang ada.

Apabila WSJ membuat pendedahan itu ia sesuatu yang mengejutkan kerana kredibiliti daily berkenaan. WSJ bukan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, jauh sekali seperti Harakah lidah rasmi parti yang dikepalai Haji Hadi. Kalau WSJ setaraf dengan akhbar kroni itu, bolehlah ia dilupakan begitu sahaja. Usianya yang mencecah 125 tahun menjadikan ia sebuah harian pemantauan dalam pelbagai bidang yang kronik seperti kewangan,ekonomi dan politik.

Walaupun Najib dan sang setianya telah membuat "senanam duduk bangun, bangun duduk" menjelaskan dan menafikan pendedahan WSJ tampaknya ia bukan mudah untuk dipercayai. Penafian itu sendiri bersifat emosi yang berbau bodekan, untuk mengambil hati Najib dan menguleknya sahaja. Orang-orang yang kini sedang dan akan menjalani senaman itu pun sudah dikenal siapa mereka. Mereka juga bertindak pun kerana ada undang di sebalik batu.

Ahmad Maslan, Hassan Malik, Abdul Rahman Dahlan, Salleh Said Keruak, Khairy Jamaluddin, Nazri Aziz dan "seraga" dengannya sudah dimaklumi dan difahami peranan dan persembahan mereka. Inilah penyokong dan pembodekan Najib nombor satu di kala ini. Mereka ini akan menelan ubat lebih dahulu daripada Najib sekiranya Najib demam atau selesema.

'Semua kita adalah hamba' - Pak Samad

Sebagai Sasterawan Negara Datuk A Samad Said adalah orang yang faham benar realiti dunia itu yang dianggap sesetengah pihak boleh menjadi penyatu kepada sesuatu bangsa.

Beliau yang mesra dipanggil Pak Samad berkata, sasterawan sepatutnya bersifat sebagai pemikir dan pada masa sama, berkarya untuk menjemput masyarakat bersatu.

Namun realiti di Malaysia, kata Samad, adalah berbeza daripada Indonesia.

Ditemu bual Malaysiakini, Samad berkata, suatu ketika dulu dia yakin sastera boleh menjadi wadah menyatukan orang ramai tetapi keyakinannya berubah.

"Mungkin sastera (di) Indonesia bolehlah, tapi kalau sastera Malaysia tak boleh," katanya.

Apabila memilih untuk menyertai DAP baru-baru ini, beliau berharap akan ada rakan sealiran yang memahami namun hakikatnya, tiada ucapan atau dorongan daripada semua Sasterawan Negara.

"Tak dapat! Ertinya sama ada mereka neutral (tidak berpihak) ataupun mereka di sebelah sana. Saya seorang di sisi sini, tapi saya tak kisah sangat," katanya.

Kata Samad, sasterawan di Indonesia adalah berbeza kerana mereka datang dari latar revolusi sedangkan di negara ini kemerdekaan diperoleh kerana "diberikan".

"Di sana anda perlu melawan," katanya.

Dalam temu bual itu juga Samad ditanya mengenai latar belakang kemasukannya ke DAP.

Berikut adalah petikan temu bual berkenaan:

Kenapa masuk DAP?
Saya ikuti semua perkembangan dalam masyarakat dan semenjak berada dalam BERSIH, agak terdedah kepada semua ini dan saya rasakan bahawa tidak cukup untuk hanya berada di tengah NGO. Bukan nak mengatakan ia tidak berkesan, tetapi dalam usia saya, saya mahu lebih agak terlibat dan saya dapati dalam pembacaan saya, kajian saya, nilaian saya, yang saya rasakan boleh saya sandar ialah DAP.

Ada beberapa sebab. Pertama, tidak ramai tahu saya kenal Lim Kit Siang bukan baru.  Saya kenali beliau mungkin pada akhir 1960-an. Walaupun kami tidak begitu akrab, tetapi (kami) berada di dunia yang sama. Cuma dia lebih siasah, lebih politik dan saya lebih sastera.

Bahana 'usul panjang jadi pendek' PAS


Menceritakan bagaimana usul memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas dalam muktamar lalu dibuat, Datuk Mahfuz Omar dengan panjang lebar menjelaskan kronologinya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini,  bekas Ketua Penerangan PAS itu berkata, usul berkenaan diputuskan dalam mesyuarat terakhir Jawatankuasa Pusat PAS dipengerusikan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada malam sebelum muktamar penuh.

Beliau berkata asalnya ia adalah usul PAS Tumpat dan usul Dewan Ulama yang mencadangkan "Pakatan Rakyat diperkukuhkan".

Bagaimanapun, katanya, jawatankuasa itu "memendekkan" usul panjang sayap PAS yang mahu memutuskan hubungan dengan DAP berdasarkan sembilan alasan "tanpa mengubah atau lari maksud sebenarnya".

Dalam pertemuan itu juga, Mahfuz berkata beliau telah menjelaskan secara terperinci baik dan buruk kedudukan politik PAS jika usul memperkukuhkan Pakatan dan usul memutuskan hubungan DAP dibahaskan oleh perwakilan.

Bagaimanapun, pada hari kedua muktamar, beliau didatangi oleh naib presiden ketika itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memaklumkan bahawa Hadi memanggilnya untuk membincangkan usul tersebut sekali lagi.

Katanya, beliau sempat mempersoalkan langkah itu kerana ia telahpun diputuskan sebelum ini.

"Tapi dia kata ada sedikit perbincangan. Jadi saya pun turun diikuti Datuk Mustafa Ali (ketika itu Setiausaha Agung PAS). Saya pun panggil Mat Sabu (Mohamad Sabu) dan Salahuddin Ayub.

"Saya kata kenapa kita tak bincang (dengan ahli jawatankuasa PAS) sepenuhnya. Dia kata kita tak sempat. Akhirnya diminta oleh presiden dan dipersetujui oleh mursyidul am, bahawa usul itu hendaklah diterima tanpa bahas.

"(Namun) bila dalam sesi perbentangan usul, saya jelas kesan daripada usul itu supaya muktmar dapat melihatnya. Sepatutnya muktamar boleh pada waktu itu, kalau mereka kata, (kami) tak nak usul itu diterima tanpa bahas, buka balik untuk dibahas.

"Semua orang boleh bersetuju ia boleh dibahas, dan (bila) dibahas dan boleh ditolak. Tapi tak jadi begitu, saya pun tidak tahu mengapa," katanya.

Buat U-turn atau tidak

Mengenai kemungkinan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS akan membuat 'pusingan U' berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP, Mahfuz berkata, parti Islam itu akan digelar hipokrit atau mengamalkan "kemunafikan politik".

Parti baharu beri harapan tawan Putrajaya, kata Mat Sabu

Perbicangan berterusan bagi menubuhkan parti politik baharu digerakkan pemimpin progresif PAS, dan satu gabungan baharu parti pembangkang, memberi harapan kepada rakyat Malaysia yang mahukan perubahan.

Bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau sudah mula bertemu dengan rakan politik dan pemimpin masyarakat sepanjang bulan Ramadan ini dan melihat parti baharu ini satu keperluan.

Menurut Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu, beliau pada mulanya beranggapan boleh "berehat" selepas kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas, namun situasi tersebut menyebabkannya dipaksa bergiat kembali dalam politik. 

Katanya, selepas pulang dari luar negara, beliau diheret memberi ucapan dalam pelbagai acara dan setibanya di Johor, beliau diberikan empat pilihan.

Di antaranya, kekal dalam PAS, menyertai pertubuhan bukan kerajaan, menyertai DAP atau PKR atau menubuhkan parti baharu.

Skandal 1MDB: 'Bola' di kaki Najib, kata Rafizi


Datuk Seri Najib Razak boleh membersihkan dirinya daripada tuduhan mengambil dana rakyat melalui agensi 1MDB dengan mengesah atau menafikan nombor akaun yang dilaporkan Wall Street Journal (WSJ) semalam adalah miliknya.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataannya hari ini berkata, perdana menteri boleh membantu untuk menjelaskan kedudukan sebenar akaun berkenaan sama ada ia wujud atau sebaliknya.

"Ini akan memberi gambaran paling baik kepada rakyat sama ada beliau benar-benar terlibat mengambil dana rakyat seperti yang didedahkan WSJ dan SR (Sarawak Report) itu," katanya.

Semalam WSJ melaporkan sejumlah hampir AS$700 juta wang 1MDB disalurkan kepada satu akaun bank perseorangan sejurus sebelum pilihan raya umum ke-13.

Menjawab dakwaan berkenaan malam tadi Najib percaya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pihak yang ada di belakang dakwaan terbaru itu.
 

Ambank harus sahkan sama ada Najib punyai akaun, kata PKR

PKR hari ini menggesa Ambank mengesahkan sama ada Datuk Seri Najib Razak mempunyai akaun peribadi bersama bank itu, bagi membersihkan nama perdana menteri susulan laporan The Wall Street Journal (WSJ) semalam.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata pengesahan itu boleh mengembalikan keyakinan terhadap Najib yang menolak tuduhan dalam artikel WSJ yang mendakwa hampir RM2.6 bilion disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri itu.

 "Saya pasti jika Datuk Seri Najib Razak tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan, cara terbaik untuk mematikan serangan ke atas kredibiliti beliau ini ialah dengan membenarkan Ambank (atau mana-mana bank di negara ini) mendedahkan secara keseluruhan setiap bank akaun yang pernah beliau buka sejak menjadi perdana menteri dalam tahun 2009.

 "Jika terbukti akaun di Ambank seperti yang didedahkan oleh WSJ dan SR (Sarawak Report) itu tidak wujud, maka dengan mudah Najib boleh menghentikan isu terbaru ini," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber kami kukuh, kata WSJ pertahan laporan mengenai Najib

Walaupun dinafikan perdana menteri, akhbar The Wall Street Journal (WSJ) tampil mempertahankan laporannya semalam yang mendakwa berbilion ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, dengan berkata ia bersandarkan maklumat siasatan dan dokumen kukuh.

Bercakap kepada CNBC, Ken Brown, ketua biro WSJ di Hong Kong, berkata pihaknya sangat cermat sebelum menerbitkan laporan itu memandangkan ia melibatkan seorang ketua kerajaan.

 "Kami amat berhati-hati dan kami percaya dokumen yang ada pada kami adalah kukuh dan bersumberkan siasatan yang boleh dipercayai, bukan siasatan berniat politik.

 "Ia merupakan laporan penting dan kami serius mengenainya. "Bila-bila ada ketua sesebuah negara... atau ada bukti menunjukkan wang dimasukkan ke akaun, akaun peribadi, dan berkait urusan kerajaan, ia menjadi penuh drama," Brown memberitahu CNBC.

Tambahnya, dokumen yang ada padanya sudah dilihat Peguam Negara dan juga perdana menteri sendiri.

Ditanya mengenai respons Pejabat Perdana Menteri (PMO), Brown berkata ia cuma menjawab perdana menteri tidak menggunakan sebarang dana bagi tujuan peribadi. "Dan mereka menuduh musuh politik mereka yang mencipta cerita ini bagi menyerangnya.

"Begitu juga kenyataan mereka terhadap laporan kami mengenai 1MDB sebelum ini, mengenai cara dana syarikat itu digunakan oleh perdana menteri dalam kempen pilihan raya yang lepas, jadi reaksinya sama," kata Brown.

WSJ: Kami amat berhati-hati, percaya maklumat tepat

Wall Street Journal (WSJ) hari ini mempertahankan laporan siasatannya berhubung dakwaan penyelewengan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah agensi berita itu juga berkata, artikel  berkenaan dibuat berdasarkan siasatan oleh pegawai kerajaan dan laporan tersebut telah dilihat oleh Najib.

Dalam laporannya semalam WSJ mendedahkan bahawa hampir AS$700 juta dana dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah didepositkan ke dalam akaun bank perseorangan atas nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" melalui proksi.

"Ia adalah satu siasatan yang serius. Dokumen yang kami lihat telah diberi juga kepada Peguam Negara Malaysia dan pihak lain di dalam kerajaan.

"Mereka sudah melihatnya dan ia juga telah dilihat oleh perdana menteri," kata Ketua Biro WSJ Hong Kong, Ken Brown dalam wawancara bersama CNBC.

Pasaraya naik harga satu sen kena tindakan, bagaimana dengan kerajaan naik harga petrol sewenang-wenangnya?


suki2


JOHOR BAHRU, 3 JULAI: Bolehkah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan dikenakan terhadap kerajaan Barisan Nasional dan syarikat minyak yang menaikkan harga petrol sewenang-wenangnya sewaktu harga pasaran minyak dunia tidak berubah?
Persoalan itu dibangkitkan oleh Pengarah Dasar DAP Johor, Wong Shuqi, berikutan kenaikan harga RON95 dan RON97, masing-masing 10 sen dan 20 sen, tanpa sebarang notis pada tengah malam 30 Jun lalu.
Katanya, kenaikan itu dilaksanakan sewaktu tiada perubahan harga minyak global.
Sedangkan sebelum ini kerajaan telah memutuskan untuk memotong subsidi kerana mahu mengapung harga mengikut pasaran minyak global, tambah beliau.
“Kerajaan pusat telah menghebohkan bahawa ia tegas mengambil tindakan terhadap peniaga yang menaikkan harga sesuka hati. Contohnya, ada sebuah pasaraya yang menaikkan harga barangannya sebanyak 1 sen telah dikenakan denda.
“Jadi adakah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan akan dikenakan terhadap kenaikan harga petrol ini?” soal beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Laporan Bernama pada 29 Jun lalu memetik Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek sebagai berkata 1,184,565 pemeriksaan telah dibuat sepanjang pelaksanaan Ops Catut sejak 15 Januari lalu, di mana 4,507 kes telah diambil tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM822,216 serta kompaun berjumlah RM591,936.
Beliau juga menyatakan peniaga yang melanggar akta anti catut itu boleh dikenakan denda RM100,000 terhadap individu atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya atau denda RM500,000 ke atas syarikat, jika sabit kesalahan.
Shuqi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Senai berkata, kerajaan telah menjadikan peniaga yang menaikkan harga selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai sasaran dengan menggunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

Malaysia terima kesan buruk akibat kekurangan pemimpin berintegriti

oleh Joe Leong
Masalah Malaysia hari ini ialah kurangnya model contoh yang baik di dalam masyarakat, yang dapat dipandang tinggi rakyatnya - terutama kanak-kanak. Namun kita berbangga kerana masih terdapat beberapa pihak di kedudukan tinggi yang sedar situasi yang berlaku.

“Rakyat perlu dipimpin melalui tauladan dan integriti,” Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, yang juga Tengku Mahkota Johor mencoret di laman Facebooknya baru-baru ini, sedang beliau mengeluh kurangnya integriti di kalangan pemimpin hari ini.

Perkataan ‘integriti’ membawa maksud mendalam. Ia melangkaui ketulenan dan kejujuran, dan melambangkan keaslian sebenar yang tiada cacat celanya. Seseorang yang memilikinya dianggap bermoral tinggi dan berprinsip, dan dia juga melambangkan keluhuran di dalam pemikiran, pertuturan dan tindak tanduknya.

Dia tulus dari segenap aspek dan merupakan seseorang yang mampu memenuhi kepercayaan dan hidupnya mampu dijadikan tauladan. Insan berperawakan tinggi dan terhormat inilah yang dikehendaki masyarakat Malaysia sekarang ini.

Namun buat masa ini, rakyat Malaysia hanya mampu saksikan pemimpin di dalam kerajaan dan di bidang lain yang amat bertentangan dari ciri-ciri yang didambakan ini.

Sekiranya integriti merupakan kuasa pembimbing, maka tentunya kita tidak akan saksikan perdana menteri hari ini berperang mulut dengan mantan perdana menteri sehingga mencetus pergeseran apabila pengikut mereka turut serta menambah pertelagahan.

Apa yang dikatan TMJ ialah pemimpin dari setiap sektor baik kerajaan, NGO, ataupun organisasi lain di Johor perlu memberi inspirasi kepada rakyat dan tidak memanipulasi mereka. Walaupun nasihatnya ditujukan kepada rakyatnya, tetapi ia perlu didengari semua rakyat Malaysia.

Jelasnya, “Jangan cuba mengurus dan memanipulasi rakyat. Inventori boleh diuruskan, tetapi rakyat perlu dipimpin melalui tauladan dan dengan berintegriti.”

Benar sekali, perang mulut di antara Najib Razak dan Dr Mahathir Mohamad telah menghasil ketegangan dan ketidaktentuan, lantas mencetus impak negatif ke atas kewangan dan kebolehan Malaysia menarik pelaburan asing.

Hukum alam dalam politik

Malaysia akan mengalami dentuman kuat politik angkara desakan rakyat yang mahukan negara ini dengan aspirasi baharu.
Hukum alam dalam politik HUKUM alam adalah tanda kebesaran Tuhan. Kita diingatkan berulangkali bahawa pada setiap kejadian alam itu ada kesannya untuk menghasilkan sesuatu perubahan struktural.

Perubahan tidak berlaku tanpa kejadian yang membawa impak besar seperti gempa bumi atau dentuman astroid yang jatuh ke bumi mahupun letupan gergasi (big bang) yang membentuk bumi kita hari ini.

Ekoran daripada peristiwa gegaran, dentuman serta letupan gergasi adalah untuk membuka ruang baru kehidupan dan supaya yang bernyawa dan hidup menyesuaikan diri untuk kekal menyambung kehidupan dan seterusnya berada dalam kitaran kehidupan dengan senantiasa berubah bentuknya demi untuk kesinambungan kehidupan selanjutnya.

Yang gagal akan dihukum menjadi mangsa pupus selamanya.

Landskap Politik

Perkataan landskap membawa makna bahawa politik juga tertakluk kepada hukum alam yang berubah-ubah hasil dentuman dan gegaran politik yang kemudiannya mendesak satu bentuk baru supaya kesinambungan kehidupan politik dapat diteruskan.

Seperti hukum alam, kelihatannya kejam apabila yang gagal berubah akan terpupus dihukum pasca gegaran dan dentuman politik yang maha dasyat.

Parti politik perlu menjangkakan dentuman ini dan tidak boleh berasa selesa seperti gerombolan dinosur yang berbangga dengan kehebatan fizikalnya tetapi kemudian dihukum dengan pupus kerana gagal mengadaptasi landskap baru pasca dentuman.

Parti politik yang berwaspada ialah mereka yang bersiap sedia pada kemunculan landskap baru dan kemudian kekal bertenaga mengharungi gegaran dan memimpin pasca gegarannya.


Awas Dentuman Kuat

Malaysia akan mengalami dentuman kuat politik bukan gara-gara kebijaksanaan strategi parti politik tetapi angkara desakan rakyat yang mahukan negara ini dengan aspirasi baharu, cara berfikir yang baru dan kepimpinan negara yang baru. Suasana sekeliling telah merubah cara mereka menilai isu negara melalui maklumat yang tidak boleh dikawal.

Patriotisme bukan lagi mentera ahli politik untuk memukau rakyat kerana patriotisme sekarang ialah tentang kehidupan yang selesa dan kebajikan yang kelompok marhaen lewat kerajaan yang bertanggungjawab.

Ini bukan soal tak sayangkan negara tetapi kebobrokan regim yang fasad pemerintahannya. Semasa dentuman ini berlaku di mana parti-parti politik? Adakah mereka dalam khayalan selesa mereka yang akan tersentak dan kemudian pupus? Ataukah parti politik menyediakan dirinya untuk menyambut dentuman ini dengan bersiap sedia kemungkinan-kemungkinan yang panjang trauma pasca efeknya lalu memimpin lanskap baru?


PAS dan ‘Al Marhum’ Pakatan Rakyat

Progresif PAS kalah kerana gagal yakinkan tawan Putrajaya bawa ke syurga, kata penganalisis

Bagi Dr Wong Chin Huat, progresif PAS perlu memberitahu kepimpinan parti yang menawan Putrajaya memberi ganjaran syurga, sebagaimana puak konservatif menekankan syurga dalam kempen hudud mereka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 4 Julai, 2015. 
Bagi Dr Wong Chin Huat, progresif PAS perlu memberitahu kepimpinan parti yang menawan Putrajaya memberi ganjaran syurga, sebagaimana puak konservatif menekankan syurga dalam kempen hudud mereka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 4 Julai, 2015.
Golongan progresif PAS dilihat gagal meyakinkan kepimpinan parti Islam itu kemenangan Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya akan mendapat lebih ganjaran pahala dan memudahkan laluan ke syurga, kata Dr Wong Chin Huat. Pemikir politik Institut Pulau Pinang itu berkata, dengan parti Islam baharu yang akan ditubuhkan kelak, golongan progresif PAS atau kini dikenali sebagai G18 itu perlu menetapkan hala tuju mereka dengan membawa gambaran Islam sebenar. 
“Puak konservatif kata kalau kita laksanakan hudud sekarang, banyak pahala. Progresif pula kata kalau kita buat sekarang, nanti berpecah tak dapat ke Putrajaya dan itu semua tak masuk akal.

“Yang perlu dibuktikan adalah bahawa pergi ke Putrajaya itu membawa lebih banyak pahala. Itu saya tak dapat lihat dalam perdebatan.“Pergi ke Putrajaya itu lebih banyak pahala kerana dari Putrajaya, kita lebih senang pergi ke syurga. Itu (mereka) tak nampak,” katanya dalam satu forum "Wacana Parti Islam ke 2: Harapan atau Cabaran" di Senawang, Negeri Sembilan, malam tadi.
Wong berkata sudah tiba masa hudud diberikan pencerahan secara menyeluruh dan tidak dimomokkan lagi dengan hukuman potong tangan dan rejam.
Katanya, Islam seharusnya dilihat dalam kerangka lebih luas sebagaimana yang ditekankan dalam maqasid syariah, iaitu memelihara agama, nyawa, akal, zuriat dan harta.
“Bila kita sebut tentang maqasid, saya tak pernah dengar orang kafir kata bantah maqasid syariah.
“(Dia) kalau kita lihat benda itu untuk hentikan rasa dendam. Saya tak pernah dengar orang kata, nak hentikan rasa dendam itu sesuatu yang buruk, kuno, tak berperikemanusiaan dan tak moden," katanya.
Dr Dzulkefly Ahmad berkata golongan progresif tidak mampu melawan indoktrinisasi yang dilakukan konservatif dalam PAS.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 4 Julai, 2015.Dr Dzulkefly Ahmad berkata golongan progresif tidak mampu melawan indoktrinisasi yang dilakukan konservatif dalam PAS. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 4 Julai, 2015.
Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang juga merupakan panelis pada malam itu, berkata apa yang digariskan Wong dapat dijadikan rujukan kepada parti baharu. Katanya, apa yang diketengahkan Wong adalah realiti dalam PAS, namun golongan progresif tidak mampu melawan indoktrinisasi yang dilakukan konservatif.
“Jangan ada lagi pemisahan dari reda Allah. Jangan sampai kita percaya bahawa kemenangan ini akan membawa kita tersimpang dari Allah.
“Dengan kemenangan, Allah buka seluasnya medan ibadah pada Allah," katanya.
Mengulas mengenai penubuhan parti baharu, Dzulkefly berkata ia akan menjadi parti yang memecah pantang larang dengan keberanian dan tidak melanggar hukum syarak.

DAPSY terima pandangan Anak Muda, sedia untuk dialog


teo kok seong


KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Teo Kok Seong, menerima baik pandangan dan cadangan mewujudkan kerajaan alternatif yang lebih baik yang dikemukakan oleh kumpulan Anak Muda yang diwakili oleh 146 aktivis.
Beliau berkata, sejak kewujudan Pakatan Rakyat, DAPSY bersama badan induknya DAP memang selama ini berpegang kepada segala yang termaktub dalam Dasar Bersama,yang dimeterai dalam Buku Jingga pada 2008.
“Kami juga mengambil kira bahawa mandat rakyat pada pilihanraya umum ke-13 yang lalu adalah berdasarkan segala yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat pada ketika itu.
“Cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam kenyataan Anak Muda memanglah amalan DAP selama ini, iaitu DAP berpegang kepada prinsip dan bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pakatan Rakyat – gabungan tiga parti PAS, PKR dan DAP – sudah tidak wujud lagi berikutan keputusan sebulat suara Muktamar PAS awal bulan lalu untuk memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP.
Semalam sekumpulan 146 aktivis muda Malaysia telah mengemukakan tuntutan mengenai perlunya sebuah kerajaan yang alternatif, dengan menggariskan tiga asas utama:
* Gabungan baru demi rakyat;
* Prinsip kerjasama yang lebih tegas; dan
* Gabungan yang benar-benar inklusif.
Menurut Kok Seong yang juga Ahli Parlimen Rasah, DAPSY menolak mana-mana pihak yang cuba membelakangi kepentingan rakyat serta melupakan janji-janji kepada rakyat selepas pilihanraya.
“Kami bersedia untuk bertemu atau berdialog dengan Anak Muda yang prihatin kepada keadaan politik terkini serta kebajikan rakyat,” tambah beliau.

DAP “egosentrik”? Benarkah begitu wahai anak muda?

oleh WAN HAMIDI HAMID
DAP untuk Malaysia
Sekalung tahniah untuk sekumpulan 146 aktivis politik yang menggelar diri sebagai Anak Muda atas keberanian menyuarakan keinginan mereka kepada sebuah kerajaan alternatif.
Pada masa yang sama, mungkin kerana salah faham atau kurang maklumat, ada yang membuat generalisasi bahawa “Anak muda berasa mual melihat parti-parti yang kononnya berpakat, tetapi gagal mengurus egosentrik lantas memberi talian hayat kepada Kerajaan minoriti Barisan Nasional”.
Sebenarnya ayat lazim seperti ini tidak akan membantu kepada penyelesaian masalah. “Mual”, “egosentrik”, “talian hayat” kepada musuh politik adalah antara kata-kata yang penuh dengan pelbagai telahan negatif.
Tuduhan seperti itu sama seperti sikap seorang guru sekolah yang menyangka dirinya adil dengan menghukum kedua-dua pembuli dan mangsa yang dibuli tanpa sebarang siasatan.
Gabungan baru demi rakyat
Kumpulan anak muda tersebut mahu kepada Gabungan Baru Demi Rakyat dengan mengharapkan “Parti-parti pembangkang perlu konsisten dalam menjadikan harapan rakyat sebagai fundamental kerjasama, seterusnya memangkas perbezaan dan memberi tumpuan untuk merealisasikan perubahan”.
Memang baik tujuannya. Malah, jika disemak semula Dasar Bersama Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga serta beberapa perisytiharan bersamanya, memang itulah yang dilaksanakan oleh ketiga-tiga bekas komponen Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP sejak 2008.
Sehinggalah PAS yang dipimpin ulamak memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP, dan keputusan itu dibuat sebulat suara dalam Muktamar PAS bulan Jun lalu.
Mengapa PAS berbuat demikian? Kerana pimpinannya menyalahkan DAP yang bertegas mahu berpegang kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat, iaitu tidak menyentuh tentang soal hudud, sedangkan PAS pimpinan ulamak bermati-matian mahu menguatkuasakan hudud tanpa mempedulikan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.
Adakah DAP yang wajar dituduh bersikap egoistik dan angkuh kerana berpegang kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat? Adakah DAP yang membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dan kerjasama dengan PAS? Adakah DAP yang terlibat dengan gara-gara “unity government” dengan UMNO?
Memang bukan golongan anak muda ini yang membuat tuduhan-tuduhan sedemikian. Mereka jauh lebih matang untuk bermain dengan sentimen seperti ini.
Namun, tuduhan berat sebelah ini sering memenuhi ruang alam siber dan media sosial. Dan ia kadang-kadang dimamah juga oleh mereka yang masih mengikat diri dengan politik kaum dan agama.
Jelas bererti eksplisit
Jika perlu wujud satu gabungan pembangkang nasional yang baru, ia perlu meneliti semula dasar bersama Pakatan atau mungkin memperkenalkan draf yang baru yang sepatutnya lebih baik.
Kumpulan anak muda telah mencadangkan supaya “Gabungan yang baru ini perlulah lebih kemas dengan dipandu terma-terma rujukan yang lebih jelas”.
Memang cukup baik saranan ini. Tetapi golongan muda itu mungkin terlupa untuk menyatakan secara terbuka dan eksplisit apakah “terma-terma rujukan yang lebih jelas”.
Adakah ia mahu gabungan baru menyatakan secara eksplisit untuk melaksanakan hudud atau menyatakan secara eksplisit hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia?
Atau ia perlu menyebut secara jelas bahawa gabungan baru menolak cadangan penubuhan “Negara Islam” (yang mana isu ini telah memecahbelahkan Barisan Alternatif selepas PRU 1999)? Atau menolak “negara sekular”, jika ada?
Atau adakah ia perlu secara eksplisit mempersoalkan apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan?
Prinsip kerjasama lebih tegas

BIRTH OF 1MDB, 'DEATH' OF NAJIB RAZAK: Banks named, a/c nos given - plentiful proof to 'hang' Najib

BIRTH OF 1MDB, 'DEATH' OF NAJIB RAZAK: Banks named, a/c nos given - plentiful proof to 'hang' Najib
by Mohd Ariff Sabri 

 Abu Dhabi Commercial bank transferred RM2.3 billion into Najib’s personal account. SRC International, formerly a subsidiary of 1MDB which later was given up for free to MOF, transferred RM42 million into Najib’s account.
News about the payments were carried by Wall Street Journal, Reuters and Sarawak Report. These publications are serious outfits not easily given to publishing bitchy stuff so liked by the PM.
The monies (not fund units yes) were paid into account numbers 2112022011880 and 2112022011906. The owner of both accounts is said to be of Najib Tun Razak's. Prime candidate as serial liar and plunderer.
But we need to verify the owner of these accounts. The banks involved can deny if these accounts are invalid or not Najib's. So far they have been no denials from these organisations.
Banks named, accounts nos. given but Najib sycophants insist no proof given


But we have detected what amounted to as mere denials and they say that, we say this riposte. But a riposte is a knee jerk and instinctive response. Such as a mere refutation from the PM on his tweeter, I think. It amounts to nothing as it is just a mere denial. What can he say other than that? The manner he said- let me be clear sounded to me similar as to when Clinton said, i did not have sex with that intern.
Some ministers have come up with some feeble counters such as treating the reports as gutter journalism and unsubstantiated reports. How do you know that? Mere verbal jousting meant nothing.
So, in the absence of robust and rigorous defenses, the rakyat will accept that PM has done all those things. There was a report that carried the stupid response by one of Najib's aide that the money paid into the account was not used for personal purposes. This amounted to an admission, that indeed money was paid into the boss's accounts. if that truly took place, even if the money were not used for personal purposes, the placement of government's money into a personal account is bloody wrong!
I hope UMNO leaders won't excuse this conduct because it was done by a Malay. The sense of entitlement has gone too far.
The birth of 1MDB and the fall of Najib Razak
But before that....what if the story began like this:-
Some years ago, a young Chinese with deep pockets managed to meet up with HRH Sultan of Terengganu. The meeting was probably arranged by a sister of the Sultan for Jho Low. For that was his name.

Jho low talked about the formation of a sovereign fund for Terengganu. He even suggested a name for it. Terengganu Investment Authority. TIA was to be the custodian of Terengganu’s oil royalties and revenues. It would invest wisely. The Sultan of Terengganu liked the idea. It was a smart idea. Only he didn’t know the fee Jho Low had in mind.