Jumaat, 3 Julai 2015

Surat terbuka kepada Anwar Ibrahim

Mardhiyyah Nor Azizan

Saya yakin dan saya percaya, ramai anak muda seperti saya sebenarnya ingin mempunyai ruang untuk berbual dan berbincang dengan pakcik. Pastinya, idealisme dan jati diri pakcik, mempunyai banyak hal yang  dipelajari, tetapi penjara fizikal itu harus diakui menyekat hal ini.
Pakcik,

Kalau masih ingat semasa pakcik memperkenalkan diri dalam kuliah pakcik di Georgetown University, pakcik memperkenalkan diri sebagai seorang lelaki Melayu Muslim. Tiga perkataan itu (lelaki, Melayu, Muslim) merupakan perkataan yang menjadi garis pemisah sosial dalam had politik (political limit) rakyat Malaysia.
Tanpa 3 perkataan itu dalam masyarakat hari ini, hampir mustahil untuk seseorang menjadi perdana menteri mahupun menteri besar di kebanyakan negeri-negeri beraja di Malaysia. Sesungguhnya dengan 3 anugerah itu, yang diadun baik dengan ilmu dan karisma, pakcik secara tidak langsung, harus diakui menjadi “harapan” kebanyakan warga negara ini.
PAS dan DAP
Pakcik, semasa cuti semester yang lalu, saya berpeluang untuk bekerja sementara bersama-sama seorang ahli politik DAP yang sangat saya hormati, YB Yeo Bee Yin. Saya ialah seorang penyokong PAS dan secara jujurnya saya kecewa dengan pemilihan muktamar PAS tetapi saya bertambah kecewa dengan kecekapan PAS dalam mengendalikan peraturan-peraturan PAS sendiri.
Pendirian daripada kedua-dua belah pihak (PAS dan DAP) untuk memutuskan hubungan serta kecekapan dalam menguruskan persepsi masyarakat awam (mass perception) sangat jelas perlu diperbaiki.
Ya, saya sedih dan saya kecewa dengan Pakatan Rakyat (PR), pakcik.
Sepanjang 3 minggu saya bekerja membantu sahabat saya Bee Yin, beberapa “orang besar” anak muda PAS menyertai DAP dan sepertinya media dan DAP sangat memberi publisiti kepada mereka. Dan dalam pengetahuan saya, ramai juga sahabat-sahabat saya yang merupakan penyokong PAS mengisi borang keahlian DAP secara senyap-senyap tidak mahu publisiti.
Ya, saya sedih dan kecewa dengan mereka, pakcik.
Saya sedih dan kecewa dengan sikap memukul rata penyokong-penyokong PAS kepada DAP. Hal yang sama saya sedih dan kecewa dengan sikap memukul rata penyokong-penyokong DAP kepada PAS.
Kekecewaan paling besar
Pakcik,
Jika meneliti kembali kekecewaan yang saya sebutkan, kesemua kekecewaan ini datang daripada sikap rakyat Malaysia. Dengan nada yang jujur dan tegas, sebagai seorang anak muda, saya tidak mahu ibu dan ayah saya menaikkan dan menurunkan kerajaan kerana harga susu adik saya.
Saya tidak mahu ibu dan ayah saya menaikkan dan menurunkan kerajaan kerana harga minyak. Saya juga tidak mahu ibu dan ayah menaikkan dan menurunkan kerajaan kerana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

‘Saya benci kerajaan, namun cintakan negara’

Thangaraju Rasasundaram: Saya bersimpati dengan penulis. Saya berusia 52 tahun. Saya masih ingat ketika 12 tahun, saya beli Coca-cola dalam beg plastik dan minum bersama-sama kawan Melayu dan Cina, semuanya menggunakan straw yang sama.

Ia adalah kenangan yang sudah lama berlalu. Saya benar-benar ingin lihat perkara yang sama pada zaman ini. Jadi, saya faham perasaan dia. Kekal di sini dan keadaan akan berubah, okay?

Norasikin Radzi: Saya bencikan kerajaan, tapi tidak negara ini. Saya bencikan politikus tamak yang buat negara tunggang terbalik, yang menggunakan cara pecah dan perintah dan peralatkan perkauman.

Hanya agar mereka boleh memerintah selama-lamanya. Sebuah negara yang indah sudah menjadi hodoh.

Annette Lim: Saudara, saya sukakan keberanian anda menulis artikel ini. Sebenarnya, anda terlalu cintakan Malaysia sehigga perlu suarakannya. Kita perlukan lebih ramai yang berani seperti anda. Marilah bersatu untuk Malaysia yang lebih baik.

Terez Ling: Mereka yang tidak suka dengan Malaysia menjadi hodoh, adalah mereka yang cintakan Malaysia. Saya boleh katakan dengan yakin, majoriti rakyat cintakan negara, tetapi bencikan politikus.

Tony Teh: Bagi saya, apa yang paling buruk adalah sikap acuh tidak acuh dan tidak kisah yang ada pada rakyat Malaysia. Saya letakkan kesalahan kepada diri kita sendiri. Kita hanyalah biri-biri, dan biri-biri menarik perhatian serigala. Kita biarkan penyangak mengawal kita.

WORD FROM DR M IS OUT: NO SPECIAL TREATMENT FOR NAJIB, HE MUST FACE THE MUSIC


WORD FROM DR M IS OUT: NO SPECIAL TREATMENT FOR NAJIB, HE MUST FACE THE MUSIC
1. One of the greatest achievements of Malaysia is in the collection of taxes. Malaysians willingly pay taxes. They fear legal action being taken against them. They fear more the raids on their businesses and residences by the income tax authorities. I know this because I was raided when I was expelled from the party and was working as a medical practitioner.
2. They got hold of my cheque stubs and nothing I said would convince them that the money in my account was not all mine. In the end I had to pay more than twice what they claimed I had not declared.
3. The income tax people are always on the lookout for people who live beyond their means. They would raid these people and would force them to pay additional tax should they feel that the culprit had not paid up fully on their wealth.
4. But of late we see some selectivity in the focus of the income tax people.
Enormous & sudden wealth of Najib's family & their confidant Jho Low

5. For example the step son of the Prime Minister is reported to have spent hundreds of millions of USD or Ringgit buying luxury residences in London, New York and Hollywood. He also expended many millions to finance the production of the film “The Wolf of Wall Street”.
6. When the Prime Minister’s Office claimed it was inherited money the brothers of Najib protested. Their father was not rich and did not leave hundreds of millions of Ringgit to the family. Even Najib had to admit that Tun Razak did not have such money to leave to his family. So where did this money come from?
7. It was claimed that the money was from business. If he made so much money from business he would have paid income tax. Has the income tax people investigated him regarding his business profits. How much tax had he paid. It is a secret of course. But I hope it is not a cover-up.
8. Then there is Jho Low. He bought a bank for 260 million US dollars. Where did he get the money. Is it borrowed? Did he sell the bank and paid taxes on the profit.

Siasatan 1MDB dedahkan berbilion ringgit dimasukkan ke akaun Najib

Siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapati berbilion ringgit dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, lapor Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report.

Kedua-duanya memetik dokumen siasatan 1MDB yang dijalankan kerajaan Malaysia, dengan Sarawak Report mendakwa Peguam Negara sedar mengenai hal itu.

Dokumen itu menunjukkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke agensi kerajaan, bank dan entiti berkaitan 1MDB dan akhirnya ke akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan, lapor WSJ.

 Ia berkata, urus niaga terbesar melibatkan deposit sebanyak AS$620 juta dan satu lagi AS$61 juta pada Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan.

Bagaimanapun, Putrajaya menafikan laporan itu, mengatakan Najib tidak pernah menggunakan sebarang dana awam. "Perdana menteri tidak pernah mengambil apa-apa dana untuk kegunaan peribadi," kata seorang jurucakap Putrajaya.

"Lawan politik perdana menteri, enggan menerima rekodnya atau fakta, terus cuba melemahkan beliau dengan tuduhan tidak berasas dan khabar angin semata-mata untuk kepentingan politik."

Sementara itu, jurucakap 1MDB berkata, merujuk pemindahan ke akaun Najib: "1MDB tidak menyedari transaksi berkenaan atau melihat dokumen yang berkaitan."

Jurucakap itu memberi amaran yang dokumen yang diubahsuai pernah digunakan sebelum ini untuk memburukkan 1MDB dan kerajaan.

Sarawak Report melaporkan RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib dari SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.

 "Wang yang diambil dari SRC International merupakan pendedahan yang mengejutkan kerana wang ini diberi pinjam oleh KWAP dan tidak pernah direkodkan," menurut laporan itu.

Kementerian Kewangan berkata sebelum ini, SRC melaburkan dana itu dalam Gobi Coal & Energy Ltd, syarikat berpangkalan di Mongolia, namun butiran lanjut tidak didedahkan. Seorang pengarah SRC, Nik Faisal Ariff Kamil, dakwa laporan itu, dikatakan mempunyai kuasa guaman ke atas akaun Najib, menurut dokumen yang diperoleh dari siasatan itu.

Satu lagi kejutan 1MDB! Dan aliran wang berakhir di akaun…

oleh V Shuman
Sekali lagi, 1MDB telah menjadikan Malaysia sebagai tajuk berita! Dan sekali lagi, ia bukanlah berita yang baik.
Akhbar Amerika The Wall Street Journal (WSJ) dan laman Sarawak Report hari ini membangkitkan bagaimana sejumlah US$700 juta (RM2.63 juta) wang 1MDB didakwa telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri Najib Razak.
WSJ memetik dokumen daripada satu siasatan kerajaan, dan berkata pemindahan wang itu memang diketahui oleh penyiasat Malaysia.
Jika benar ini adalah kali pertama Najib – yang berada di bawah tekanan untuk letak jawatan atas pelbagai isu – terkait secara terus dengan badan dana penuh masalah itu, kata akhbar itu lagi.
“Dokumen siasatan itu adalah apa yang penyiasat percaya sebagai pergerakan wang tunai di antara agensi kerajaan, bank dan syarikat yang terkait dengan 1MDB, sebelum ia berakhir dalam akaun peribadi Najib.
“Dokumen yang dilihat Wall Street Journal termasuk borang pemindahan wang oleh bank dan carta aliran yang dilakarkan penyiasat kerajaan yang menunjukkan pemahaman mereka terhadap aliran wang tunai itu,” kata laporan itu lagi.
Akhbar itu juga bercakap dengan seorang jurucakap kerajaan, yang berkeras mengatakan Najib tidak pernah mempergunakan wang 1MDB untuk kegunaan peribadi.
Sarawak Report pula berkata, wang tersebut dipindahkan ke akaun peribadi Najib melalui pelbagai syarikat yang memiliki kaitan dengan 1MDB. Ia dilakukan secara beberapa kali, termasuk dua bulan sebelum PRU ke-13.
Nik ArifNik Arif

Menurut laporan itu, Nik Faisal Ariff Kamil – nama yang sering muncul dalam kontroversi 1MDB – telah diberi surat kuasa wakil (power of attorney) ke atas akaun peribadi Najib itu.
Maklumat bank tersebut turut didakwa dimiliki beberapa penguatkuasa undang-undang di Malaysia, termasuk peguam negara.
Setakat artikel ini ditulis, Jabatan Perdana Menteri masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Namun 1MDB telah menafikannya dengan berkata, mereka “tidak pernah memberikan apa-apa dana kepada perdana menteri.”
Dalam satu kenyataan, ia berkata, “untuk membayangkan sebaliknya, seperti yang dilakukan sesetengah media, adalah sangat tidak bertanggungjawab dan satu percubaan sengaja untuk menjejaskan syarikat.”
Ia memetik beberapa laporan berhubung dakwaan percubaan mencemarkan imej syarikat, misalnya melalui penerbitan dokumen yang diubah.
1MDB merujuk kepada warga Switzerland Xavier Andres Justo yang kini dalam tahanan polis Thailand. Justo didakwa mengugut bekas majikannya berkaitan isu 1MDB.

Rakyat Malaysia tak berkenan jawapan pejabat PM mengenai WSJ

Pengguna media sosial kelihatan tidak berkenan dan tidak yakin dengan kenyataan Putrajaya yang menyangkal laporan Wall Street Journal (WSJ) mendakwa Datuk Seri Najib Razak menerima berbilion ringgit yang dipindahkan ke dalam akaunnya.

 Pengguna Facebook melalui komen mereka menghentam perdana menteri di laman profil rangkaian sosial beliau hampir sepanjang masa sejak beliau berkongsi kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri jam 1.39 tengah hari tadi.

Mereka melepaskan kemarahan, rasa sakit hati dan menghamburkan sindiran dalam hampir 500 komen yang dibuat setakat ini.

 "Eerrr.. How about we don't believe you (Macamana kalau kami tak percayakan anda)!!” kata Damien Thanam.

Nicholas Chin menulis: "Our cute PM. like to post in fb rather than speak openly to the ppl (PM kita yang comel, suka tulis posting FB, daripada bercakap secara terbuka dengan rakyat).”

 "U should realise by now that you have lost the rakyat's support. No amount of money n propaganda can save you this time (Anda patut sedar sekarang anda kehilangan sokongan rakyat.

Sebanyak mana wang dan propaganda pun tak akan dapat selamatkan anda kali ini),” tulis Fariz Zakaria.

Kenny Wan mencadangkan Najib buktikan kepada semua yang beliau memiliki sokongan rakyat. "100% support you PM Najib.

Why not dissolve the parliament and call for early election to show everyone that you will be still democratically elected? (100% menyokong anda, PM Najib.

 Kenapa tidak bubar Parlimen dan isytiharkan pilihan raya segera untuk tunjukkan anda masih dipilih secara demokratik” katanya. Zakiy R.

1MDB: SPRM sudah mulakan siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd

SPRM sudah mulakan siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd selepas ia mempunyai asas untuk berbuat demikian.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dalam kenyataan ringkas memaklumkan, setelah semakan dijalankan, pihaknya mendapati isu ini menepati dan mempunyai asas untuk SPRM menjalankan siasatan mengikut Akta SPRM 2009.

Sehubungan itu SPRM akan menjalankan siasatan dengan bebas dan profesional secara menyeluruh.

Sementara itu seorang jurucakap SPRM ketika dihubungi Astro AWANI berkata, siasatan melibatkan wang yang dipinjamkan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC International Sdn Bhd bernilai kira-kira RM4 bilion.

SRC International Sdn Bhd adalah syarikat milik Kementerian Kewangan.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat sebelum ini mengesahkan sebahagian daripada wang pinjaman itu telah dilaburkan dalam aset yang berkaitan sumber alam asli di luar negara termasuk Indonesia dan Monglia.

Di dalam laporannya hari ini, Wall Street Journal (WSJ) hari ini mendakwa SRC International sebagai syarikat yang menyalurkan wang ke dalam beberapa akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laporan itu memetik dokumen yang kononnya diperoleh daripada siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

TNB ambil alih pegangan 1MDB dalam Jimah East Power

TNB ambil alih pegangan 1MDB dalam Jimah East PowerKUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menandatangani perjanjian jual beli saham dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk mengambil alih 70 peratus pegangan dalam Jimah East Power Sdn Bhd (JEP) bernilai RM46.98 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, TNB berkata, pemetraian perjanjian itu dibuat selepas ia menyerahkan surat penerimaan kepada surat tawaran Suruhanjaya Tenaga yang dikeluarkan kepada syarikat utiliti berkenaan pada 29 Jun 2015.

Selepas selesai pembelian itu, katanya, JEP akan menjadi anak syarikat TNB dan menambah kapasiti penjanaan sebanyak 2,000 MW sebaik unit pertama dan kedua loji tenaga JEP mencapai tarikh operasi komersil dijadualkan masing-masing tidak lewat daripada Jun dan Disember 2019.

"Projek itu akan meningkatkan kapasiti penjanaan TNB dan memberi kesan positif kepada pendapatan dan menambah nilai jangka panjang kepada pemegang saham," katanya.

Adakah siasatan SPRM ke atas dakwaan WSJ akan membuahkan hasil?

oleh Alyaa Alhadjri
PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya sebuah jabatan kerajaan yang terlibat dalam siasatan ke atas badan pelaburan negara, 1MBD telah mengesahkan ada mendapat dokumen berkaitan dengan dakwaan deposit hampir AS$700 juta, ke dalam apa yang dipercayai merupakan akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Razak.
Ini di sebalik percubaan kedua-dua 1MDB dan Pejabat Perdana Menteri untuk menimbulkan keraguan mengenai kewujudan dokumen-dokumen ini dan kewibawaannya, seperti yang dilaporkan oleh akhbar harian kewangan Amerika, The Wall Street Journal (WSJ) dan laman sesawang pendedah maklumat yang berpangkalan di UK, Sarawak Report pada 3 Julai.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kepada Semut Harian bahawa dokumen-dokumen ini adalah sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan ke atas 1MDB, yang pertama kali dilaporkan oleh WSJ dan Sarawak Report.
Sumber itu juga menyatakan bahawa SPRM telah dihubungi oleh WSJ untuk mengesahkan laporannya, berikutan persoalan-persoalan yang dikemukakan mengenai kesahihan dokumen-dokumen yang didedahkan itu.
“Jika kami tidak mempunyai dokumen itu, macam mana kami boleh katakan yang kami sedang menelitinya?" aju sumber itu kepada Semut Harian.
Dalam satu laporan susulan, wsj juga memetik jurucakap SPRM, Rohaizad Salleh sebagai berkata: "Kami akan meneliti perkara ini. Jika berlakunya rasuah, kami akan menyiasat.”
Menurut laporan asal WSJ, dokumen-dokumen siasatan menandakan kali pertama Najib telah dikaitkan secara langsung dengan penyiasatan ke atas kemelut kewangan bernilai RM42 bilion itu.
"Siasatan kerajaan itu mendokumenkan apa yang penyiasat percaya merupakan pergerakan tunai di kalangan agensi kerajaan, bank-bank dan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB sebelum ia berakhir dalam akaun peribadi Encik Najib," lapor WSJ (terjemahan).
"Dokumen-dokumen yang disemak oleh The Wall Street Journal menyertakan borang pemindahan bank dan carta aliran yang dikumpulkan oleh penyiasat-penyiasat kerajaan, yang mencerminkan pemahaman mereka tentang aliran tunai ini," kata laporan itu.
Sebagai respons, Pejabat Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan bahawa dakwaan terkini ini adalah sebahagian daripada usaha bersepadu oleh individu-individu tertentu untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia, mencemarkan kerajaan dan menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.
"Dakwaan terkini, disebabkan oleh penyiasat-penyiasat yang tidak dinamakan sebagai asas untuk menyerang perdana menteri, adalah usaha berterusan sabotaj politik.
"Telah dilaporkan bahawa jenayah kebocoran dokumen, pengubahan dan peras ugut telah dilakukan bagi mengelirukan media dan orang ramai," jelas PMO dalam sebuah kenyataan.

' Tun M 29 tahun dalam kerajaan pun tak semewah Najib'

Dr Mahathir Mohamad berkata “gaya hidup mewah” Datuk Seri Najib Abdul Razak melebihi apa yang diperolehnya selama 29 tahun berkhidmat dalam kerajaan.

“Dia (Najib) dibayar gaji perdana menteri, yang setahu saya jauh lebih kecil daripada apa yang eksekutif perniagaan dapat.

“Tetapi kerajaan bayar elaun, bil elektrik dan air, pengangkutan, rumah dan sebagainya supaya semua gaji boleh disimpan dan dibelanjakan.

“Tetapi gaya hidup mewah itu perlukan wang yang banyak. Ia mesti lebih banyak daripada apa yang saya simpan selepas 29 tahun dalam kerajaan,” tulisnya dalam blog.

Ini baru betul pasangan ideal.. Sehati sejiwa..Martabat yang tinggi....

Kepimpinan macam ni lah yg kita cari2 selama ini..

KUAT BETUL BODEKNYA si Rizal ni.. Apa yg dia dapat dari Rosmah agaknya... !!!


Untung Rosmah ada pembodek No.1 pertahankannnya..


YANG HERANNYA... alasannya 64 tahun..

HABIS TU.. Boleh plok Rosmah 'LUTUT TAK KUAT' terbang sana sini naik jet VVIP KERAjaan ke luar negara shopping sakan..

Alasan 'TAK BOLEH TUNDUK' ???.. 
abes tu boleh plok joget sakan di khayalak ramai...


JANJI NEGARA AMAN, RAKYAT DISUMBATKAN BR1M !!!


Penafian 1MDB Tidak Memadai, Najib 'Si Pahlawan Bugis' Wajib Tampil Dengan Bukti

Umpama seorang ustaz atau lebai kampung, Najib Razak semalam mengingatkan umat Islam bahawa mereka tidak akan masuk syurga jika mengerjakan solat tetapi dalam masa yang sama terus melakukan adu domba, kuat memfitnah dan menghancurkan perpaduan.

Beliau kemudian memetik sebuah hadis mengenai amalan yang mendekatkan umat Islam dengan syurga iaitu menjaga akidah, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menjaga silaturahim.

"Sembahyang tak tinggal, tapi jadi batu api, fitnah, adu domba, hancurkan perpaduan, tak jamin jadi ahli syurga. Ini peringatan untuk kita semua," katanya lagi.

Tentunya kita rasa berbangga dan menghargai ingatan ini kerana ia menggambarkan ketinggian akal budinya sebagai pemimpin utama negara ini.

Tetapi hari ini Wall Street Journal (WSJ) dalam laporan sensasinya menerbitkan tulisan yang mengaitkan penyaluran dana 1MDB berjumlah hampir AS$700 juta ke akaun peribadi milik Najib Razak.

Memetik ianya daripada dokumen siasatan kerajaan sendiri, WSJ percaya ia adalah pergerakan wang tunai di kalangan agensi kerajaan, bank-bank dan syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB sebelum ianya berakhir dalam akaun peribadi Najib.

Dalam masa yang sama, Sarawak Report juga mendakwa, sejumlah wang melalui syarikat kontroversi yang dikaitkan dengan 1MDB turut dipindahkan ke dalam tiga akaun peribadi milik Najib di sebuah bank tempatan.

Jumlah wang yang dipindahkan dan nombor akaun bank yang dikatakan milik Najib Razak juga didedahkan dalam laporan itu.

Mengapa tak dedah hasil siasatan laporan bank Singapura atas 1MDB, soal Kadir

  Datuk A Kadir Jasin berkata kini sudah hampir sebulan selepas BNM mengesahkan menerima satu laporan mengenai 1MDB daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS). – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Julai, 2015. 
 Datuk A Kadir Jasin berkata kini sudah hampir sebulan selepas BNM mengesahkan menerima satu laporan mengenai 1MDB daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS). 
Datuk A Kadir Jasin mempersoalkan mengapa pihak Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mendedahkan hasil siasatan terhadap laporan pihak berkuasa kewangan Singapura ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kata bekas ketua pengarang New Straits Times itu, kini hampir sebulan selepas BNM mengesahkan menerima satu laporan mengenai 1MDB daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
"Kalau penangkapan Xavier Andre Justo di Thailand menjadi modal besar kepada kerajaan dan penyokong perdana menteri, mengapa BNM berdiam diri mengenai hasil siasatan MAS ke atas simpanan 'unit' 1MDB di Singapura?" kata Datuk A Kadir Jasin dalam entri terbaru blognya hari ini.

Kadir merujuk kepada tindakan penyokong 1MDB yang menggunakan isu tangkapan bekas pengarah PetroSaudi tersebut untuk menutup mulut pengkritiknya.

1MDB: Media harus bersatu, jangan gentar dengan intimidasi

oleh Alyaa Alhadjri
Memandangkan kerajaan sudah memungkiri janji kononnya tidak akan campur tangan ke atas media, pengamal media perlu berdiri bersama-sama untuk melawan percubaan menghalang mereka melaksanakan tugas menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Kali ini berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hanya sehari selepas timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berjanji bahawa kerajaan tidak akan menghalang media daripada melaporkan isu 1MDB, ia sudah pun dimungkiri.
Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group Ho Kay Tat pada 1 Julia lalu mengesahkan laporan bahawa mereka sudah menerima surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kementerian memberi masa tujuh hari kepada mereka untuk memberikan penjelasan bertulis tentang mengapa tindakan tidak perlu diambil terhadap The Edge Malaysia dan The Edge Financial Daily di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Dalam laporan oleh laman The Malaysian Insider (sebahagian daripada The Edge Media Group), Ho berkata: “Kami dituduh menyiarkan artikel tentang 1MDB yang mencetuskan kekeliruan dan keraguan terhadap kerajaan dan institusi kewangan kita.
“Kami juga dituduh bergantung kepada laman di internet untuk artikel kami. Surat tersebut tidak menyatakan secara khusus artikel yang dimaksudkan,” katanya lagi.
Ho berkata lagi, The Edge telah membuat laporan tentang 1MDB sejak ia masih dikenali sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) dan sejak enam bulan lalu telah menerbitkan lebih 300 artikel tentang badan dana itu daripada pelbagai sumber – Bernama, Bloomberg, Reuters, The Business Times Singapore, Euromoney – serta laporan saluran media mereka sendiri.
Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini memberi amaran kepada The Edge kerana menyiarkan maklumat daripada bekas pekerja PetroSaudi International (PSI) Andre Xavier Justo, yang didakwa mengubah dokumen dan membocorkannya kepada laman Sarawak Report.
Amaran itu dikeluarkan berikutan penahanan Justo di Thailand atas dakwaan mengugut. Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown mendakwa warga Switzerland itu adalah mangsa balas dendam oleh 1MDB.
Menurut versi yang diberitahu oleh pihak berkuasa Malaysia, Justo diminta oleh seorang individu dari Malaysia untuk mengubah maklumat dokumen sebelum mendedahkannya kepada Sarawak Report.

Dakwaan WSJ, penafian sahaja tidak cukup


SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan penafian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), polis mahupun kerajaan tidak mencukupi untuk menghalang persepsi negatif terpalit kepada imej negara susulan laporan portal berita asing, hari ini.
 
Menurutnya, Najib perlu mengambil langkah strategik dengan mengisytiharkan hartanya bagi membersihkan nama beliau sebagai pemimpin negara.

“Dakwaan terbaharu oleh Wall Street Journal hari ini memerlukan perhatian segera.

Penafian melalui kenyataan Perdana Menteri, 1MDB, polis mahupun Putrajaya sudah tidak mencukupi untuk menghalang persepsi negatif daripada merebak berterusan.
 
“Pas menggesa Najib mengambil langkah strategik iaitu melakukan pengisytiharan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan beliau bersama isterinya untuk membersihkan nama segera. Bank-bank yang dinamakan perlu dijadikan saksi dalam pengisytiharan harta ini supaya ia nampak telus dan berwibawa.
 
“Langkah mengisytiharkan harta ini dilihat jauh lebih efektif untuk menangkis tuduhan terhadap Najib pada kali ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
WSJ melaporkan hampir AS$700 juta disalurkan 1MDB ke dalam lima akaun peribadi didakwa milik Najib yang berasingan pada Mac 2013.

Dr M: Kenapa LHDN tak serbu Seri Perdana?

Adakah pegawai cukai pernah mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?

Perkara itu diajukan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu tahu jumlah kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) daripada Najib.

Mahathir berkata beliau tumpuan terpilih diberikan pihak yang sering memantau golongan yang hidup melebiji kemampuan, termasuk menyerbu mereka.

Katanya, kekayaan Najib dikaitkan degan kepentingan perniagaan, yang sepatutnya bermaksud perdana menteri harus membayar lebihan cukai.

“Adakah orang cukai pendapatan siasat dia susulan keuntungan perniagaan ini?

“Berapa banyak cukai dia bayar?

“Sudah tentu perkara ini rahsia. Tetapi saya harap tiada cubaan menutup perkara ini,” kata Mahathir.

Mahathir: IRD should check on Najib, others

The Prime Minister’s father, Razak, was not a rich man, yet he leads a lavish lifestyle.
mahathir-1MDB
KUALA LUMPUR: The income tax people are always on the lookout for people who live beyond their means. They would raid these people and would force them to pay additional taxes should they feel that the culprit had not paid up fully on their wealth.
For example, executives of 1MDB and its subsidiaries are paid high salaries. “Have they paid taxes on their earnings?” asked former Prime Minister Mahathir Mohamad in his latest blog posting.
In touching on the Inland Revenue Department (IRD), in his latest posting, Mahathir related for starters his personal experience. “They (IRD) got hold of my cheque stubs and nothing I said would convince them that the money in my account was not all mine,” he recalled. “In the end, I had to pay more than twice what they claimed I had not declared.”
One of the greatest achievements of Malaysia is the collection of taxes, he conceded. “Malaysians willingly pay taxes. They fear legal action being taken against them. They fear more the raids on their businesses and residences by the income tax authorities.”
“I know this because I was raided as well when I was expelled from the party, Umno, and was working as a medical practitioner.”
But of late, he suspects that there’s some selectivity in the focus of the income tax people.
Mahathir knows that Prime Minister Najib Abdul Razak, as adviser to 1MDB, is not paid anything.

1MDB: Najib didesak bersumpah, isytihar harta atau saman

Najib perlu beri respon segera mengenai dakwaan yang dikeluarkan oleh WSJ dan Sarawak Report itu
najib_azizah_600
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak membuat kenyataan bersumpah dan mengisytiharkan harta dan aset-aset yang dimilikinya.
Wan Azizah menegaskan Perdana Menteri perlu memberi respon segera terhadap dakwaan yang dikeluarkan di dalam Wall Street Jounal (WSJ) dan Sarawak Report yang mendakwa sejumlah wang yang cukup besar telah dimasukkan ke akaun yang didakwa milik Najib.
“Perdana Menteri tidak punyai pilihan dan tidak boleh berdolak-dalik. Beliau wajib mengeluarkan satu respon serta-merta yang khusus dan boleh dipercayai mengenai dakwaan yang teramat serius ini,” katanya.
Presiden PKR itu turut mendesak supaya badan siasatan bebas ditubuh secepat mungkin untuk menyiasat dakwaan-dakwaan terhadap Najib itu.
Wan Azizah turut berkata, beliau bersedia menghadap Yang Di-Pertuan Agong, jika perlu, bagi mengenalpasti mekanisme untuk membolehkan badan siasatan bebas ini diwujudkan.
Laporan WSJ mendakwa pihak penyiasat mendapati sejumlah USD700 juta dana milik negara dimasukkan ke dalam satu akaun peribadi yang didakwa milik Najib.

MANA MAU SOROK SKANDAL NAJIB-1MDB !!!


Satu dunia dah heboh pasal hampir Usd700 juta (RM2.6 bilion) yg didakwa dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur 
pada bulan Mac 2013, dua bulan sebelum PRU13 pada 5 Mei 2013.


Kalau berita ini tidak benar harap pihak KERAjaan M'sia ambil tindakan saman.. 
ADA BERANI NAJIB !!!



Biar 3 Tun tentukan nasib Najib

Menghadapi dakwaa terbaru, seorang pemimpin pembangkang menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta bosnya, Datuk Seri Najib Razak, bercuti.

Kemudian, kata Lim Kit Siang, tiga tokoh membabitkan dua bekas perdana menteri - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi - serta bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam, mmutuskan sama ada Najib wajar kembali ke jawatan berkenaan.

Walaupun Dr Mahathir kekal kritis terhadap Najib dan skandal 1MDB, Abdullah dan Musa pula tidak membuat kenyataan mengenainya.

Kata Lim, Muhyiddin mesti memohon untuk bertemu Najib dan ia bukan hanya bagi pihak kabinet, malah mewakili parlimen dan negara dalam usaha meminta anak bekas perdana menteri itu bercuti.

Ahli Parlimen Gelang Patah dari DAP itu membuat kenyataan mengulas laporan The Wall Street Journal yang mendakwa wang bernilai AS$700 juta disalurkan ke akaun bank dipercayai milik Najib.

Layanan istimewa buat Rosmah..!!

Beberapa orang tetamu yang berada di situ turut menyaksikan tingkah laku anggota polis wanita berkenaan terhadap Rosmah
rosmah_polis_500
PETALING JAYA: Sebuah video yang menunjukkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat layanan istimewa apabila beliau dipakaikan kasut oleh seorang anggota polis mendapat perhatian di media sosial.
Difahamkan, visual itu diambil pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Media yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Tun Razak dan berlangsung di Kompleks Media Karangkraf di Shah Alam pada Khamis.
Menerusi video yang berdurasi 31 saat itu, seorang wanita yang merupakan anggota polis dilihat memakaikan kasut ke kaki Rosmah yang ketika itu berdiri di pintu.
Beberapa orang tetamu yang mengiringi turut menyaksikan tingkah laku anggota polis berkenaan terhadap isteri Perdana Menteri itu yang hadir ke majlis tersebut dengan mengenakan pakaian berwarna merah.
Selepas memakai kasut, Rosmah kemudiannya beredar dari situ dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang telah diubah suai menjadi `buggy’.
Pengguna Facebook menggunakan nama Yusry Danie yang memuat naik video tersebut menulis status;
“Nak tya sikit…Si tukang pemakai kasut tu… mahai ka gaji dia? Sampai macam tu sekali layanan pada seorang PM.
“Bersangka baik – dia tengah halau semut pada kain dan betulkan kainnya,” tulisnya.


Dakwaan WSJ: Najib boleh meringkuk dalam penjara



HUSAM MUSA

Hari ini Jumaat 16 Ramadhan, adalah masa terbaik untuk Datuk Seri Najib Razak membuat penafian terbuka terhadap dakwaan terbaru ke atasnya oleh Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report (SR).
Kelambatan penafian hanya akan mengukuhkan dakwaan itu.
Penafian oleh pengurusan 1MDB tidak memadai. Ia lebih sebagai satu helah sementara. Memang pun dalam laporan WSJ dan SR tidak ada disebutkan kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Najib datang langsung dari akaun 1MDB.
Oleh itu, DS Najib tidak boleh berlindung di belakang penafian 1MDB.
Jika wang itu tidak pernah diterima oleh Najib, akaun yang diperincikan nombornya, nama bank dan nama pemegangnya adalah tidak benar sama sekali, tidaklah satu perkara yang sukar untuk dinafikan.
Satu perenggan penafian sudah mencukupi.
Dakwaan ini adalah sangat serius. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan DS Najib kehilangan jawatan PM bahkan akan meringkuk di dalam penjara.
Tiada sebab untuk beliau tidak mengeluarkan penafian segera.
Penafian segera adalah langkah pertama, disusuli pendedahan atau paling kurang pemeriksaan oleh Bank Negara ke atas akaun yang di dakwa untuk meyakinkan rakyat beliau benar-benar bersih.
Jika tidak, lupakan saja cadangan rombakan kabinet.
Bagi pihak yang cuba bernaung di bawah lindungan Najib, pastikan anda tidak bergayut di dahan yang rapuh.
Bulan Ramadhan dan Jumaat yang berkat patut digunakan oleh DS Najib untuk membersihkan nama beliau.

Jutaan hilang tapi masih terlepas - Dr Asri

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mengeluh berhubung penguatkuasaan undang-undang dalam negara yang menyaksikan pesalah berat terlepas begitu sahaja.

Sebaliknya, kata Asri, pihak yang terlibat dalam jenayah kecil pula ditahan polis dan diheret ke penjara.

“Kusimpati pada wajah seorang warga yang ditahan polis kerana tidak membayar saman motosikalnya.

“Kusedih seorang yang diheret ke penjara kerana mencuri setin susu untuk anaknya.

“Tapi kuhairan mereka yang dikaitkan dengan kehilangan laksa dan juta harta kita masih tersenyum bergaya dan tiada siapa yang menahan dan mengheretnya untuk dibicara,” katanya.

Beliau tidak mengatakan secara langsung siapa yang dimaksudkannya tetapi ia secara kebetulan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilanda kontroversi baru.

WSJ: PKR mungkin menghadap Agong

PKR menggesa sebuah badan siasatan bebas ditubuhkan secepat mungkin untuk menyiasat dakwaan AS$700 juta wang daripada badan dikaitkan dengan dana 1MDB disalurkan ke akaun perdana menteri.

Jika perlu, kata presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail, mereka akan berusaha menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk mengenal pasti mekanisme untuk membolehkan badan siasatan itu diwujudkan.

Dalam kenyataannya hari ini, Azizah juga menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi berdolak-dalik berhubung perkara itu.

“Beliau wajib mengeluarkan satu respon serta-merta yang khusus dan boleh dipercayai mengenai dakwaan yang teramat serius ini,” kata Azizah.

Beliau juga membuat gesaan yang sama dengan PAS supaya Najib membuat mengisytiharkan harta dan aset-aset yang beliau miliki melalui sebuah kenyataan bersumpah.

Wall Street Journal (WSJ), sebuah media berpengaruh di peringkat global, melaporkan terdapat pergerakan dana hampir AS$700 juta daripada badan dikaitkan dengan 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri.

Laman pembocor maklumat Sarawak Report pula melaporkan sebanyak AS$681,999,976 (RM2.6 bilion) dipindahkan daripada dana Abu Dhabi Aabar ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum 5 Mei 2013.

1MDB: PKR ejek 'Bugis bimbang', menteri balas PM ceria

Di sebalik dakwaan serius terhadap kewibawaannya oleh media antarabangsa Wall Street Journal (WSJ), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didakwa tetap tampil ceria.

“Orang ini ceria dan angin baik ketika mempengerusikan mesyuarat pagi ini.

“Maaf musnahkan khayalan kamu,” kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Rahman menulis demikian di Twitter ketika membalas ejekan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil bahawa “Bugis warrior” (pahlawan Bugis) sudah jadi Bugis worrier (orang Bugis yang bimbang).

1MDB: SPRM akan siasat dakwaan WSJ pada Najib

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) akan menyiasat dakwaan hampir AS$700 juta disalurkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika terdapat amalan rasuah.

“Kami akan teliti perkara itu.

“Jika terdapat sebarang kesalahan rasuah, kami akan siasat,” kata Rohaizad Yaakob, jurucakap SPRM kepada The Wall Street Journal (WSJ).

Perkembangan itu sekali gus menjadikan Najib pertama kali disiasat secara langsung susulan isu berkaitan 1MDB.

WSJ, sebuah media berpengaruh di peringkat global, melaporkan terdapat pergerakan dana hampir AS$700 juta daripada badan dikaitkan dengan 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri.

Laman pembocor maklumat Sarawak Report pula melaporkan sebanyak AS$681,999,976 (RM2.6 bilion) dipindahkan daripada dana Abu Dhabi Aabar ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum 5 Mei 2013.

1MDB: PMO dakwa 'pendedahan' sebahagian sabotaj politik

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyifatkan 'pendedahan' dalam Wall Street Journal (WSJ) sebagai kesinambungan daripada "sabotaj politik" terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dalam satu kenyataan hari ini, PMO berkata meskipun kepimpinannya yang berjaya menerajui ekonomi Malaysia berdepan dengan arus global, terdapat usaha oleh individu-individu tertentu untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi negara, mencemarkan kerajaan dan menyingkirkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.


Katanya, dakwaan terkini itu yang bersumberkan penyiasat yang tidak dinamakan sebagai asas untuk menyerang perdana menteri, adalah kesinambungan daripada sabotaj politik tersebut.

PMO berkata, ia telah dilaporkan bahawa dakwaan jenayah pembocoran dokumen, pengubahsuaian dan pemerasan telah berlaku untuk mengelirukan media dan orang ramai

Menteri Umno kata WSJ amal kewartawanan longkang

Seorang menteri berkata beliau sanggup bertaruh RM1,000 berhubung sumber laporan The Wall Street Journal (WSJ) berhubung dakwaan kaitan dana 1MDB dengan akaun bank perdana menteri.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata beliau sanggup bertaruh RM1,000 bahawa sumber WSJ hanyalah laman pembocor maklumat Sarawak Report.

“Saya nampak kamu bertaruh RM500, saya naikkan kepada RM1,000,” tulisnya di Twitter sebagai reaksi kepada seorang pengguna.

Pemegang akaun Capt Rahmat sebelum itu menulis kepada Rahman bahawa “RM500 – saya kata sumber WSJA (Wall Street Journal Asia) adalah Sarawak Report”.

Memetik “penyiasat Malaysia”, WSJ melaporkan hampir AS$700 juta dana daripada 1MDB berakhir di akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Rahman juga melancarkan siri serangan di Twitter terhadap WSJ, sebuah media antarabangsa terkenal, susulan laporan sensasi dan mengejutkan itu.

1MDB: Paling tidak PM harus cuti, kata PKR

WSJ: Dakwaan kaitan ditemui antara 1MDB dan akaun bank PM

Embezzlement claim: 'Najib should take leave'


'Parti baru akan selesai masalah rakyat, hudud kemudian' - Muhammad Faiz

Rafizi: Orang gila je terlebih bayar RM63 juta


1MDB nafi salurkan dana ke akaun Najib

1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini berkata ia tidak pernah memberi sebarang dana kepada Datuk Seri Najib Razak, susulan laporan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report mengatakan berbilion ringgit disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri.

Syarikat pelaburan strategik negara itu berkata, ia sesuatu yang "sangat tidak bertanggungjawab" bagi media untuk membuat dakwaan itu, menyifatkannya satu percubaan untuk sengaja melemahkan syarikat bermasalah itu yang kini hebat dikritik kerana hutangnya yang mencecah RM42 bilion.

"1MDB ingin menjelaskan, syarikat ini tidak pernah menyalurkan sebarang dana kepada perdana menteri.

Untuk mencadangkan sebaliknya, seperti dilakukan beberapa media, adalah sangat tidak bertanggungjawab dan satu percubaan yang sengaja bertujuan melemahkan syarikat ini," kata 1MDB dalam satu kenyataan hari ini.

 WSJ dan Sarawak Report hari ini melaporkan, siasatan ke atas syarikat yang sarat dibebani hutang itu mendapati berbilion ringgit dipam ke dalam beberapa akaun peribadi Najib.

Kedua-duanya memetik dokumen yang diambil daripada siasatan ke atas 1MDB yang sedang dijalankan kerajaan Malaysia, dengan Sarawak Report mengatakan Peguam Negara juga menyedari perkara tersebut.

Najib - Ikut Ajaran Islam, Kita Perlu Cari Kebenaran

Kena abadikan ayat2 nasihat terbaru dari Najib yang banyak disiarkan oleh askar2 beliau semalam !  

- "Ikut ajaran Islam, kita perlu mencari kebenaran,"


- Tambah Najib, sesuatu berita yang dilaporkan para wartawan mendorong kepada pembentukan persepsi masyarakat. Namun sekiranya persepsi tersebut berasaskan kepada ketidakbenaran sesuatu maklumat, amat sukar untuk ubah persepsi tersebut.


Saya harap cybertrooper Najib yang mendengar pesanan beliau itu faham dan amalkan apa yang bos anda ceritakan itu. Jangan masuk telinga kiri keluar telinga kanan .... kosong je kat tengah2 tu.

Najib kata sebagai orang Islam kita kena CARI kebenaran. Jangan terima buta jer apa yang disampaikan oleh sesiapa pun walaupun apa yang disampaikan itu banyak menimbulkan keraguan.


Kalau ragu2, kita kena tanya ! Kalau kita ditanya soalan yang tidak mampu kita jawab, maka kita kena cari jawapannya ... BUKAN menghentam sipenyoal hanya kerana dia bertanya.

Si Penyoal itu sedang mencari Kebenaran. Kalau kita sendiri tidak mampu jawap, maka bantulah orang yang bertanya itu dalam mencari Kebenaran. Sama-sama kita cari Kebenaran itu.


"Contohnya, kalau kata berbilion ringgit hilang, mana buktinya?" ujar Najib sambil tersenyum ..


Jika jawapan2 yang diberikan itu kelihatan longgar dan tidak menyakinkan, apakah sebagai seorang Islam kita harus mendiamkan diri ? Bagi yang tidak berapa cerdik mungkin mereka tidak dapat merasakan sebarang keraguan kepada jawapan2 longgar yang diberikan tapi jangan pula dipaksa orang lain yang lebih cerdik supaya berada sama2 di level mereka dan menerima buta seperti mereka !

Bagi menjawab ayat Najib di atas itu, saya rasa kena bagi satu analogi supaya mudah faham.

Bayangkan sebuah Koperasi di mana kita semua menjadi ahlinya. Sesekali kita dengar Pengerusi dan Koperasi merasmikan majlis dan memberi bantuan ..... baguslah ! Kita puji Pengerusi. Bagus, teruskan usaha anda !

Satu hari kita dengar pelbagai cerita mengenai aktiviti Koperasi yang agak tidak menyenangkan. Kita tanya Pengerusi ..... dan dia jawab itu khabar angin jer.

Cerita2 khabar angin itu terus tersebar dan ceritanya semakin besar dan disertai dengan beberapa bukti yang agak kuat, contohnya Koperasi membeli perabut dengan harga yang jauh lebih mahal dari pasaran,...... kita mula rasa tak sedap hati sekali lagi dan kita bertemu Pengerusi untuk bertanya, kali ini dengan contoh2 yang kita dengar itu.

Pengerusi sekali lagi kata itu semua khabar angin. Kita terima lagi ..... sebab Koperasi kelihatannya teguh. Itu bukti yang kita pegang.

Kemudian kita lihat Koperasi mula berdepan masalah yang berkait rapat dengan khabar2 angin sebelum itu. Koperasi dah tak cukup duit nak bayar hutang, terpaksa meminjam.

Bukti yang kita pegang selama ini iaitu kekukuhan prestasi Koperasi, dah goyang. Maka sekali lagi kita bertanya kepada Pengerusi. Kali ini Pengerusi jawab soalan2 kita .... malangnya jawapan2 yang diberikan itu tidak menyakinkan sesetengah kita malahan menimbulkan lebih banyak keraguan pula.

Mara Dalam Jangkitan Sistemik

A Kadir Jasin

SAYA tidak mengulas secara khusus skandal pembelian hartanah oleh Majlis AMANAH Rakyat (Mara) di Australia kerana bagi saya ia tidak sedikit pun memeranjatkan.

Lagi pun kes ini masih berjalan dan lebih banyak hal didedahkan. Yang terbaru Pengerusi Mara Incorporated, Mohammad Lan Allani dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd Halim A. Rahim digantung jawatan dan firma audit PWC dilantik bagi menyemak pembelian harta oleh Mara Inc.
Mohammad Lan digantung jawatan
Cuma saya berdoa dakwaan ini tidak betul. Tetapi jika ditakdirkan betul maka kita semua rugi sekali lagi kerana kitalah mangsa mutakhir pengkhianatan amanah ini.
Selepas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak ada apa lagi yang memeranjatkan, mustahil dan luar biasa. 1MDB mencetuskan piawaian dan tanda aras baru urus niaga dan urus tadbir syarikat dan agensi berkaitan kerajaan.
Ini cerita bapa borek anak rintik. Kata orang Johor, “engkau garuk belakang aku, aku garuk belakang engkau” atau kata orang putih, birds of a feather flock together – burung yang sama bulunya berkumpul bersama.
"Birds of a feather flock together"
Inilah bahana apabila orang yang berkuasa berasa bahawa kuasa menghalalkan segala-galanya. Atau apabila orang yang berkuasa terlalu banyak makan budi dan ada rangka-rangka bergantungan dalam almari.
Bukan rahsia lagi. Banyak orang tahu dan lagi banyak dengar apa yang berlaku ketika peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada penghujung tahun 2003.
Mereka tahu dan dengar mengenai fail-fail segar Badan Pencegah Rasuah (SPR/ACA) – kini Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (PSRM/MACC) - yang diserahkan oleh Dr Mahathir kepada Abdullah.
Mereka tahu dan dengar bagaimana kandungan fail-fail itu tidak diambil tindakan sebaliknya digunakan untuk mengukuhkan kedudukan politik orang tertentu.
Beberapa watak dalam fail-fail ACA itu bukan sahaja tidak didakwa malah diberi habuan lumayan dengan syarat mereka menyokong pentadbiran baru.
Amalan “engkau garuk belakang aku, aku garuk belakang engkau” berterusan ke zaman Mohd Najib Abdul Razak apabila individu-individu yang dihukum dan disingkir oleh Umno pada era Abdullah kerana politik wang kembali dimuliakan dan diberi kuasa luar biasa kerana mereka tahu “what you did last summer”.
Poster "I know what you did last summer"
Jadi apa yang berlaku (atau dituduh berlaku) di 1MDB, Mara, Felda, Felda Global Ventures (FGV) Berhad, Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Pembinaan PFI Sdn Bhd, SRC International dan mungkin banyak lagi tidak langsung memeranjatkan saya.
Bila bapa borek, logiknya anak rintik. Bila atuk borek, bapa rintik, cucu tentu tidak banya berbeza warna dan coraknya.

Guan Eng buat Azmin Ali makin tertekan - Faekah

Faekah Husin mendakwa tidak mustahil Azmin akan meminta sokongan wakil rakyat UMNO untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar Selangor.
feakag,azmin,guang eng
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali semakin tertekan dengan pengumuman Lim Guan Eng bahawa Pulau Pinang bukan lagi negeri Pakatan Rakyat, dakwa Faekah Husin.
Pegawai Khas kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu berkata, Azmin masih gagal menyelesaikan kemelut politik antara Pas dan DAP yang menjejaskan pentadbiran Negeri Selangor.
Katanya, dengan perkembangan terbaru di Pulau Pinang itu sudah pasti membuatkan Azmin ‘pening kepala’ untuk menyelamatkan kerajaan Selangor.
Menurut Faekah, hubungan tergantung antara Pas dan DAP menimbulkan sikap saling mencurigai sesama EXCO yang sudah semestinya tidak sihat untuk pembangunan negeri dan rakyat.
“Sekarang kerajaan negeri sibuk dengan usaha memperbaiki kerosakan yang mereka cipta sendiri hasil Langkah Kajang yang gagal,” katanya kepada FMT.
Katanya, dengan perkembangan terbaru itu, Azmin perlu membuktikan beliau mendapat sokongan majoriti, sama seperti desakan yang dikenakan terhadap Khalid apabila beliau dipecat PKR.
Jelasnya, Azmin perlu menerangkan kepada rakyat apakah bentuk kerja sama dalam kerajaan negeri Selangor yang ada ketika ini selepas PKR dan DAP mengumumkan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud.
“Walaupun krisis DAP dan Pas tiada kesudahannya, Azmin sudah pasti sedang mencari jalan untuk menyelamatkan kedudukannya.
“Sebagai seorang yang berpengalaman sebagai ‘perunding’ sudah pasti Azmin memiliki banyak idea dan bertungkus lumus membuat tawaran kepada semua pihak. Tidak mustahil Azmin meminta tolong UMNO,” katanya.

Serangan terhadap pejuang Ikhwan sangat kejam



(وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَٰكِنْ لَا تَشْعُرُونَ)
"Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati. Sebenarnya (mereka) hidup tetapi kamu tidak menyedarinya". (Surat Al-Baqarah: 154)
Tindakan polis di bawah kerajaan kudeta Mesir yang telah membunuh 9 orang pejuang Ikhwan Muslimin dalam satu serbuan di sebuah bangunan di Bandar Sittah Oktober, Kaherah adalah sangat kejam dan tercela.
Serangan tersebut dikatakan sebagai tindak balas terhadap pembunuhan Peguam Negara Mesir Hisyam Barakat. Ia sangat melampaui batas kemanusiaan. Sikap mereka tidak ubah sepertimana Zionis yang sentiasa dahagakan darah umat Islam.
Isu ni perlu dipandang serius oleh seluruh dunia Islam kerana rejim pemerintah dilihat menggunakan angkatan tentera dengan sewenang-wenangnya dalam usaha menghapuskan gerakan Islam tersebut. Melaksanakan pemerintahan kuku besi, diktator, membunuh rakyat awam, jelas melanggari hak kemanusiaan.
Biarpun ribuan pejuang Ikhwan Muslimin dibunuh oleh musuh-musuh Allah, namun mereka tidak akan sesekali mampu memadamkan api perjuangan Islam di bumi Anbiya' tersebut.