Khamis, 2 Julai 2015

Sikap berahsia dalam menentukan harga petrol mencurah minyak ke kemarahan rakyat

oleh Robin Stanley Augustin
Ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran "Rakyat Didahulukan" di negara ini.
Sikap berahsia seolah-olah menjadi panduan pada zaman ini, terutamanya dalam hal harga petrol.
Pada 30 Jun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hasan Malek mengumumkan bahawa pihak berkuasa tidak lagi akan memaklumkan orang ramai mengenai perubahan harga bahan api, dan hanya akan memberitahu peruncit pada tengah malam hari terakhir setiap bulan.
Beliau mewajarkan langkah ini dengan mengatakan bahawa perubahan harga petrol telah menjadi urusan rutin, berikutan pelaksanaan sistem apungan terurus bagi harga petrol dan diesel pada 1 Disember tahun lepas.
Kemudian, pada tengah malam, melalui kaedah pengiraan kerajaan yang misteri, harga RON 95 petrol dinaikkan sebanyak 10 sen seliter dan RON 97 dinaikkan sebanyak 20 sen seliter.
Satu laporan oleh The Rakyat Post menekankan bagaimana pengiraan ini telah menghairankan pemerhati-pemerhati, kerana harga minyak mentah global telah turun sedikit berbanding bulan sebelumnya.

Menurut laporan itu, harga jualan rasmi minyak mentah Malaysia untuk Jun telah dikira pada AS$66.89 (RM251.90) setong, turun AS$248 bulan sebelumnya.
Kerajaan masih belum mendedahkan bagaimana formula apungan harga pasaran bulanan yang digunakan bagi mendapatkan harga di pam, dikira.
Sementara itu dalam satu laporan Malaysiakini, ahli-ahli parlimen pembangkang berkata yang harga petrol sepatutnya turun kerana harga minyak mentah jatuh pada akhir bulan Jun daripada AS$66 setong kepada kira-kira AS$62 setong pada 30 Jun.

PAS sepatutnya lebih kuat tanpa Pakatan, kata iLMU

PAS sepatutnya menjadi lebih kuat tanpa Pakatan Rakyat (PR), yang dilihat menjadi 'barah' kepada parti itu selama ini, demikian menurut seorang pemerhati politik.
Setiausaha Agung Himpunan Ulama Muda Malaysia (iLMU) Ahmad Fazrin Yahya berkata selama ini di bawah PR, pendirian PAS sering dilihat tidak konsisten dan berubah-ubah mengikut kehendak rakan sekutunya.
"Kita boleh teliti kembali pendirian-pendirian PAS yang tidak konsisten dalam banyak isu sejak mereka bersama pakatan bahkan ia menjadi modal dalam perbahasan ketika muktamar PAS baru-baru ini," katanya kepada Bernama.

Beliau merujuk kepimpinan ulama yang mendominasi barisan pucuk pimpinan PAS yang baharu bagi sesi 2015-2017 dan senario terkini 'perpecahan' yang berlaku dalam PR. Pada 5 Jun, Muktamar Tahunan PAS ke-61 menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama yang mahu parti memutuskan hubungan dengan DAP, manakala Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 16 Jun mengisytiharkan PR tidak lagi wujud.
Guan Eng berkata keputusan muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP 'membunuh' pakatan itu.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada keesokan hari mengakui PR tidak lagi berfungsi secara formal.
Ahmad Fazrin berkata penguasaan kembali kepimpinan ulama dalam semua jawatan tertinggi parti mampu menjadikan PAS kekal relevan dalam pentas politik tanah air.
Beliau berkata pandangan pihak tertentu kononnya tanpa dokongan kumpulan profesional kepada PAS akan menjadikan parti itu mundur, hanyalah persepsi bagi mematahkan semangat pemimpin parti.
"Bahkan jika mereka kata PAS kehilangan kepimpinan profesional, pada saya itu keterlaluan. Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ialah seorang profesional dan juga seorang ulama," katanya.

Najib kini pertahan Tabung Haji beli tanah 1MDB, untung RM170 juta

Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah Lembaga Tabung Haji yang membeli sekeping tanah pada Mei lalu daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana katanya ia menjana keuntungan RM170 juta.

Perdana menteri berkata, pembelian tanah tersebut satu langkah komersil yang menguntungkan pencarum yang menyimpan di dalam agensi yang mengendalikan urusan mengerjakan haji tersebut. "Sebelum ini disebarkan berita kononnya gunakan wang Tabung Haji nak selamatkan 1MDB.

 "Walhal, urusan itu membeli sekeping tanah, urusan komersil yang akan bawa keuntungan tidak kurang RM170 juta kepada Tabung Haji," kata Najib pada majlis berbuka puasa bersama media dan blogger di pejabat Karangkraf, Shah Alam hari ini.

Najib, yang juga penaung kepada 1MDB menafikan tindakan membeli tanah di projek Tun Razak Exchange (TRX) dari syarikat sarat hutang tersebut merupakan langkah 'bailout' seperti yang didakwa pengkritik. "Takkan kita nak gunakan wang rakyat untuk 'bailout' 1MDB.

Itu bukanlah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab," katanya. Pembelian tanah Tabung Haji itu menimbulkan kemarahan banyak pihak kerana ia melibatkan syarikat milik kerajaan yang kontroversi yang menanggung hutang mencecah RM42 bilion.

Saya tertekan, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui bahawa beliau juga tertekan dengan laporan media yang menghakis sokongan kepada BN.

Beliau membangkitkan laporan media mementingkan kecepatan dan bukan ketepatan, yang menurutnya boleh membentuk tanggapan negatif kepada kerajaan.

“Saya pun depress (tertekan). Orang politik pun depress sebab kita mudah jadi sasaran.

“Orang media rugi pengedaran (akhbar). Kita rugi daripada segi undi. Sama juga depress,” kata Najib.

Beliau bercakap demikian dalam majlis berbuka puasa bersama media di ibu pejabat Sinar Harian di Shah Alam hari ini.

Saya tidak boleh batalkan pembelian MARA - Annuar Musa

Annuar menjelaskan jika aset itu telah menjadi milik MARA, beliau tidak boleh membatalkan pembelian.
rafizi,annuar
KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak boleh membatalkan pembelian hartanah oleh anak syarikatnya, MARA Inc.
Bagaimanapun, ia tidak bermakna beliau tidak mengambil tindakan walaupun tahu lebihan bayaran bagi pembelian Doudley International House di Melbourne.
Oleh itu, tuduhan Rafizi Ramli bahawa beliau tidak mengambil tindakan adalah tidak benar.
“Kalau dia kata saya tahu dan kenapa tak ambil tindakan batalkan pembelian, elok dia renung balik ayat dia tu, sebab bila benda tu dah jadi milik MARA, adakah saya boleh undur ke belakang membatalkan pembelian? Mungkin dia tersasul, tapi ia tidak menjejaskan kita langsung.
“Dan kalau dia kata kita tak ambil tindakan, sebenarnya ada, mesyuarat pada Jun 2014 catat dalam minit ada teguran yang saya buat, sejak dari itu, kita terus buat pemantauan, tindakan ada, cuma saya tak sempat lapor kepada Rafizi sebab tak tahu dia berminat dalam kes ni, tapi kita memang ada buat laporan, ada minit, ada tindakan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat MARA pada Khamis.
Annuar berkata, Rafizi boleh berjumpa dengannya secara terus sekiranya Naib Presiden PKR itu mahu mengetahui secara jelas isu melibatkan pembelian aset di Australia.
Beliau juga menasihatkan Rafizi supaya bekerjasama dengan pihak berkuasa jika mempunyai maklumat penyelewengan.

PKR : Pastikan pekerja MAS dapat pampasan yang adil

Nancy Shukri: No business to provide a sarong

Nancy Shukri: I can work with anyone

Annuar Musa : Action taken, haven't informed Rafizi

Mara Inc top two suspended following Aussie property scam

Isu Mara: Wartawan Australia banyak beri maklumat

SUNGAI BESI - Maklumat yang diperoleh berkenaan urus niaga dan hasil jual beli hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) diperoleh dari hasil kerjasama pihak Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW) dengan wartawan Australia.
 
Pengarah Strategi NOW, Rafizi Ramli berkata, hasil kerjasama tersebut membolehkan kedua-dua pihak berkongsi dan mengakses maklumat yang diperoleh dari hasil siasatan terhadap jual beli hartanah Mara.
 
"Wartawan di Australia ada di sana bagi menyiasat pembelian hartanah di sana. Maklumat yang diperoleh akan disalurkan kepada kami. Ini membolehkan penyiasatan dijalankan dengan lebih berkesan dan mudah.
 
"Kami sudah capai persepakatan bersama. Kami akan bertukar-tukar maklumat sekiranya ada di antara kami menemui petunjuk baharu," katanya dalam sidang media hari ini.
 
Terdahulu, akhbar Australia, The Age mendedahkan anak syarikat Mara itu membida harga lebih tinggi bagi memiliki blok apartmen Dudley International House AS$17.8 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juga (RM65 juta).
 
Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa dalam satu sidang media pada Rabu menjelaskan keputusan urus niaga itu dibuat pada Mac 2013 dan mengakui pembelian pangsapuri itu jauh lebih tinggi berbanding harga asal yang ditawarkan.

Kami tak menjawab kepada Rafizi, kata Pengerusi MARA

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa berkata, sekiranya Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ingin mengetahui secara jelas mengenai isu melibatkan pembelian aset di Australia beliau harus bertemu dengannya secara terus.

“Kalau Rafizi nak faham mudah dia kena berdepan dengan saya secara langsung, lebih mudah atau (berjumpa di) parlimen.

“Tapi kalau dia memilih untuk bercakap kepada media dan (baru) disampaikan kepada saya, saya takut ada kegagalan komunikasi,” katanya dalam sidang media di Pejabat MARA di ibu negara hari ini.

Annuar berkata jika Rafizi mempunyai maklumat tertentu eloklah beliau bekerjasama dengan pihak berwajib.

“Tetapi kalau beliau nak buat sidang akhbar mengikut cara beliau sendiri kita tidak ada apa masalah dan kita anggap pilihan beliau sendiri.

“Dan MARA tidak akan perlu menjawab kepada Rafizi,” katanya.

Pengerusi, CEO MARA Inc direhatkan

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa mengumumkan dua pegawai kanan badan itu direhatkan buat sementara waktu bagi tujuan siasatan.

Jawatan yang disebut adalah Pengerusi MARA Inc Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MARA Inc Sdn Bhd.

Semakan menunjukkan Pengerusi Mara Inc ialah Datuk Mohammad Lan Allani  manakala CEO untuk MARA Inc ialah Dato Abd Halim A Rahim

MARA turut melantik juruaudit Pricewaterhouse Coopers (PwC) bagi mengendalikan urusan pengauditan lebih mendalam terutama membabitkan isu berkaitan dengan perolehan aset Mara Inc Sdn Bhd di luar negara.

Katanya, juruaudit tersebut mendapati ada keraguan munasabah dalam banyak perkara berkaitan urusan pembelian hartanah di Australia.

Apabila nasib orang asing lebih terbela

Oleh Muhammad Farid Wajdi Hanif
Beberapa hari lepas saya solat di Petronas Sri Gombak. Sebelum solat, dalam surau tu ada dua orang lelaki berbual. Seorangnya tua, seorang lagi muda. Selesai saya ambil wuduk, lelaki muda tu berlalu dan yang lelaki tua tu maseh duduk sambil memegang plastik yang penuh dengan pakaian.
Saya terdengar sedikit perbualan akhir mereka. Kata lelaki muda,"Di Baitul Mal Sungai Buloh, ada kerja kosong. Pergilah."

Saya dalam hati, mungkin lelaki tua ni nak minta zakat agaknya. Kemudian mungkin lelaki muda tu suruh orang tua tu cari kerja.

Lepas solat, saya terdengar dia berbual dengan Arif. Orang tua tu tanya,"Dik, tempat adik kerja, ada kosong tak?"
Arif jawab, "Saya belajar lagi, Pak Cik.. Maaf sangat ya."

"Oh yeke..." sedih kedengaran orang tua mendengar jawapan itu.

Selepas berdoa, saya terus paling ke belakang, dan bersalam dengan orang tua itu.

"Pak cik cari kerja ke?"

"Haah.. Pak cik dah lama cari kerja..."

Walaupun nadanya sedih, namun senyumannya begitu manis sekali. Saya tidak menyangka orang sebegitu pun, mempunyai masalah kerja.

"Dah berapa lama pak cik cari? "tanya saya.

"Dah 15 hari.. Di Gombak ini saja pak cik cari dekat 15 hari."

Saya amat terkejut. Mustahil Gombak yang semaju ini, mempunyai banyak kedai, tidak punyai kerja kosong.

"Pak cik dah minta kerja pemandu lori, pembasuh pinggan kat kedai, jaga kedai, cleaner, semuanya tak dapat."

Saya lebih terkejut.

"Eh, kenapa tak dapat, pak cik? Takkan tak dapat? Kerja cleaner pun tak dapat?"

Dengan senyuman, tetapi matanya berair, dia menceritakan,

"Kebanyakan kedai dah tak mahu orang Melayu jadi pekerja. Mereka lebih sukakan pekerja Indonesia dan Bangladesh."

Duit Ringgit makin lemah, kesannya kepada kita?

Oleh Azizan Osman
Semalam saya menukar duit ringgit kepada USD atas urusan business dan ternyata untuk menukar 1 Dollar Amerika, saya perlu tukarkan dengan 3.79 Ringgit. Memang saya tahu setiap perkara ada positif dan negatifnya tetapi di dalam perkara berkaitan lemahnya Ringgit dibandingkan dengan satu mata wang yang banyak mempengaruhi urusan kewangan dan ekonomi antarabangsa, ia memberikan kesan kepada kos import pelbagai barangan dan makanan kita masuk ke Malaysia, ia lebih mempengaruhi kos harga barangan di mana akan menyebabkan pengimport akan terpaksa menaikkan harga pelbagai jenis barangan
Harga susu bayi telah dinaikkan harga beberapa kali. Harga minyak mengikut harga pasaran dan mengikut pertukaran mata wang kita dibandingkan dengan US Dollar.
Saya faham akan ada orang kata setiap perkara itu ada kesan positif dan negatifnya, tetapi analoginya begini. Jika anak anda telan dadah anda marah tak? Pasti tidak jika yang ditelannya adalah ubat sakit kepala. Tetapi kesan dadah di dalam ubat tersebut pada satu masa akan merosakkan sistem badan kita apatah lagi jika diambil berlebihan.
Maksudnya ialah setiap sesuatu perkara itu bila ianya berlaku, kita perlu nilaikan apakah kesannya kepada kita dan kepada lebih ramai terutamanya rakyat.
Lemahnya Ringgit against US Dollar mungkin ia menarik ramai pelancong ke Malaysia tetapi impak itu dibandingkan dengan harga barangan dan bahan makanan seluruh lapisan rakyat Malaysia serta kesan kepada kos bahan pembinaan yang banyaknya diimport? Kos bahan makanan yang banyak diimport? Tapi mana kesan lebih banyak kepada kita? Saya biasa hidup susah dahulu dan saya sehingga hari ini mengajak anak bangsa saya membina perniagaan kerana saya tahu, ia salah satu cara pantas untuk anda mempunyai tahap kewangan yang lebih baik (Jika berniaga dengan ada ilmu dan strategi yang betul).

"Kenaikan Harga Minyak: Hadiah Hari Raya Kerajaan Untuk Rakyat"


1. Kenaikan harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing sebanyak 10 sen dan 20 sen
berkuatkuasa 1 Julai 2015, adalah hadiah hari raya Kerajaan Umno-BN untuk rakyat Malaysia.

2. Ia menjadi bukti bahawa Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Umno-BN akan terus membudayakan tekanan ke atas rakyat dengan pelbagaikan cukai dan kenaikan harga barangan bagi memastikan survival pemimpin-pemimpin mereka terjamin

3. Kenaikan terbaru ini sama sekali tidak wajar dalam keadaan harga minyak dunia tidak memperlihatkan kenaikan ketara berbanding pada bulan April dan Mei lalu. Bahkan, harga minyak dunia mengalami sedikit penurunan sepanjang Jun berbanding harganya pada Mei lepas.

4. Kerajaan wajib berterus-terang menjelaskan bahawa hakikat kenaikan ini bukan didorong harga minyak dunia, tetapi sebenarnya dari akibat kemerosotan nilai ringgit berbanding dengan dollar. Pemimpin Umno ternyata berbohong dan memperbodohkan rakyat apabila menyatakan kejatuhan nilai ringgit baik untuk negara.

5. Ini termasuklah kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Ir. Hamim Samuri pada 14 Disember 2014, bahawa kejatuhan nilai ringgit dijangka menarik lebih ramai pelabur ke negara ini. Kerana katanya, nilai ringgit yang rendah berpotensi meningkatkan keuntungan mereka sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara.

79 ekor lembu PPK vs. 60,000 ekor lembu NFC


Kes Rasuah | Pengurus besar PPK Rompin didakwa dek syarikat bini bekal 79 lembu. TETAPI kes NFCShahrizat lagi dahsyat.. 
60,000 lembu entah di mana & RM250 juta lesap.

Tips Merompak VVIP..
NAK SELAMAT ROMPAK BIARLAH ROMPAK PULUH RIBU EKOR LEMBU !!!

Menteri Kewangan ada hands on control keatas ekonomi, tapi memerlukan penarafan Fitch?

Menteri kewangan bercakap macam pak sontoloyo; dia hands on mengawal ekonomi Malaysia, tapi memerlukan penarafan Fitch untuk menerangkan kepada rakyat, ekonomi kita sihat. Apa punya menteri kewangan ini.

Ini bererti kalau dia beritahu sendiri, sebagai orang yang mengurus ekonomi Malaysia, rakyat tidak percaya. Memang pun. 
Siapa mahu percaya dengan orang yang berpakat dan berwhatsapp hari2 dengan Jho Low yang mendedahkan negara kita kepada bencana ekonomi?

Bayangkan negara Greece baru default USD 1.7 billion dengan IMF, ekonomi nya sudah hancur. Negara kita ada tanggungan lebih dari itu dan para pemimpin UMNO yang buta economics dan Finance kata ok. Memang dalam PRU14, UMNO akan nahas.

Kita akan pergi on the ground becakap mengenai isiu 1MDB, MRT, LRT ampang yang diberi kepada George Kent, FGV, KWAP, EPF, Sime Darby, MARA dan banyak lagi. Bahkan pembelian asset oleh Tabung Haji. 
Orang sudah tidak hendak dengar isiu bangsa Melayu dalam bahaya, agama bangsa Melayu dalam bahaya dan Raja bangsa Melayu dalam bahaya. Ini cerita basi. 

Ratings agencies ini, 99% dari prognosis nya salah. Dr Mahathir dahulu tak pernah ambil kisah mengenai ratings agency ini. Kalau kita bayar lebih dan bawa pegawai2nya enjoy sana sini- bagus lah lapuran nya. Kenapa kita mahu tipu diri sendiri? Tapi Najib suka dengar hype nya sendiri. 

Secara praktikal- janganlah kita ini bersandar sangat kepada fitch atau Moodys’ atau Standard and Poor’s. Ini the big 3. Mereka telah buat kesilapan besar dalam tahun2 kebelakangan ini. 
Ejensi penarafan kata bon2 pembelian rumah di USA bagus, tapi ia menyebabkan banyak bank besar2 dan institusi pinjaman perumahan di Amerika bungkus. Bencana tersebut dinamakan Subprime Mortgages debacle.  Congress akhir nya terpaksa bail out.

Ajensi penarafan kata ENRON bagus, kemudian ternyata penarafan mereka bohong dan ENRON lingkup. Ratings agency juga yang kata jangan risau mengenai ekonomi Greece, sekarang Greece berada dalam malapetaka ekonomi.

Jadi saya tanya Najib Tun Razak- apalah besar nya penarafan oleh Fitch ini? Menteri ada hands on control over the economy- lebih faham dari Mat salih yang datang sebentar ke negara kita.

Menunggu Sikap Sebenar Shafie Apdal Pada 7 Julai Ini

Tentunya ramai yang tertunggu-tunggu tarikh 7 Julai depan di mana Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal sudah berjanji untuk memberi ulasan atau penjelasan mengenai pembelian empat hartanah oleh Mara di Australia yang menimbulkan kontroversi di kalangan rakyat.

Sebagaimana yang dilaporkan, Shafie akan membuat penjelasan itu dalam majlis berbuka puasa anjuran German Malaysian Institute pada tarikh tersebut.

Pada mulanya, melalui pendedahan oleh akhbar The Age, hanya apartment di Dudley International House yang didapati dibeli dengan harga lebih tinggi sebanyak RM13.7 juta yang kemudian didakwa dikembalikan dalam bentuk rasuah kepada beberapa pihak dalam Mara Inc yang menguruskan pembelian itu.

Tetapi melalui pendedahan selanjutnya oleh NOW atau National Oversight and Whistleblowers yang diketuai oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, rupa-rupanya tiga lagi hartanah tersebut turut juga dibeli dengan harga yang lebih tinggi daripada pasaran.

Melalui penyiasatan yang dilakukannya, NOW mendapati perbezaan harga belian berbanding harga pasaran bagi keempat-empat hartanah yang dibeli oleh Mara itu ialah kira-kira RM129 juta yang dipercayai diselewengkan dalam bentuk rasuah dan kepentingan peribadi.

Lantaran itu, NOW kini mempersoalkan ke mana dan masuk ke poket siapa wang berjumlah RM129 juta tersebut?

Lalu, tentu saja menarik untuk menunggu apakah ulasan dan penjelasan oleh Shafie Apdal pada 7 Julai nanti?

Jika dalam ulasan awalnya sebelum ini mengenai pembelian apartment di Dudley, beliau mengatakan semuanya mengikut prosedur yang ditetapkan dan hanya terdapat satu perjanjian saja dalam pembelian itu atau maksud tersiratnya ingin memberitahu tiada sebarang unsur rasuah berkaitan dengannya, apakah penjelasannya pada 7 Julai nanti menjurus ke arah mempertahankan Mara Inc juga?

Dalam isu 1MDB, Shafie Apdal adalah antara menteri yang jelas berbeza pendapat dengan Najib Razak dalam kaedah penyelesaian syarikat milik Kementerian Kewangan yang sarat dengan hutang serta mempunyai pelaburan meragukan itu.

Bagi Pas Pakatan Rakyat masih wujud - Iskandar

Ia kekal selagi pemimpin parti itu tidak duduk semeja dan menyatakan persetujuan bersama PR sudah tidak wujud.
iskandar-samad-pakatan-raky
PETALING JAYA: Pas masih berpegang teguh dengan pendirian bahawa Pakatan Rakyat (PR) masih lagi wujud, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.
Katanya, pendirian itu kekal selagi ketiga-tiga pemimpin parti tidak duduk semeja dan menyatakan persetujuan bersama bahawa PR sudah tidak wujud.
“Buat masa ini kerja sama dan hubungan PR di peringkat nasional dan Selangor masih berjalan seperti biasa,” katanya dipetik Sinar Harian.
Dalam perkara berkaitan, Iskandar berkata, Pas menyerahkan kepada kebijaksanaan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali untuk menjernihkan krisis antara parti itu dengan DAP di negeri itu.
“Memang menjadi tugas dan tanggungjawab Menteri Besar untuk pastikan kerajaan berjalan lancar dan kembali seperti sedia kala. Ini bermakna terpulang kepada kebijaksanaan Azmin untuk berbincang dengan semua parti.
“Saya tidak tahu butir perbincangan DAP dan PKR kelmarin. Saya juga sudah banyak siri perbincangan bersama Menteri Besar. Setakat ini, kita buat pertemuan berasingan iaitu Pas, PKR dan DAP,” katanya.
Beliau yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar berkata, hubungan jalinan kerjasama di peringkat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak ada masam muka malah interaksi antara Exco berjalan seperti biasa.
“Di peringkat Exco, perbincangan kita berjalan seperti biasa. Pada saya kerajaan negeri PR Selangor tidak berdepan kemelut seperti yang digembar-gemburkan.

Mustahil terlepas pandang terlebih bayar RM63j!

Mustahil terlepas pandang terlebih bayar RM63j!
Rafizi ‎bersama Akmal Nasir mendedahkan bukti penyelewengan empat hartanah oleh Mara Inc di Australia pada sidang media di ibu pejabat NOW, Sungai Besi, Kuala Lumpur, hari ini. 
 
SUNGAI BESI - "Tidak ada istilah terlebih bayar dalam isu pembelian hartanah di Australia oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara), orang gila sahaja terlebih bayar sampai RM63 juta! Ini semua penyelewengan!," dakwa Pengarah Eksekutif Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW), Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, beliau sengaja menggunakan perkataan 'penyelewengan' kerana tidak akan ada mana-mana pihak yang sengaja terlepas pandang dana berjumlah RM63 juta.

"Kalau mereka (Mara) kata mereka terlebih bayar RM5 dalam pembelian hartanah di Australia, itu tak apalah.. Saya pun tidak kisah. Tetapi ini melibatkan dana sehingga RM63 juta!

"Ini dikira penyelewengan. Mana ada manusia dalam dunia ni boleh terlepas pandang RM63 juta?," sindir Rafizi pada sidang media hari ini.

Rafizi berkata demikian ketika meneliti pembelian hartanah yang dilakukan oleh Mara ke atas unit S5, 746 Swanston Street (281 unit) di Melbourne pada harga AUD$41.8 juta (RM138.6juta) pada 20 Ogos 2012.

Dakwa Rafizi lagi, berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh www.onthehouse.com.au, urusniaga tersebut dikatakan berlaku pada November 2012 pada harga AUD$23.5juta (RM75.7juta), sekali gus berbeza dengan jumlah dana yang dilulus dan dilaporkan oleh Mara.

"Dalam laporan Mara, harga jual beli hartanah tersebut berjumlah RM138.6 juta sedangkan harga jual beli yang dilaporkan perunding hartanah bebas pula adalah RM75.7juta.

MARA boleh didakwa elak cukai, ubah wang haram – Rafizi

Rafizi RamliKUALA LUMPUR 2 JULAI- Pengarah Siasatan NGO National Oversight and Whistleblowers (NOW), Rafizi Ramli berkata MARA boleh diambil tindakan kerana mengelak cukai dan pengubahan wang haram (Money Laundering).
Katanya, empat hartanah yang dibeli MARA Inc di Melbourne didakwa terdapat unsur penyelewengan apabila MARA mengeluarkan bayaran melebihi harga pembelian.
Beliau memberi contoh pembelian unit 746 Swanston Street yang mempunyai perbezaan dengan jumlah diluluskan MARA iaitu sebanyak AUD$18.3 juta atau bersamaan RM63 juta.
MARA didakwa membayar dengan harga RM138.6 juta (AUD$41.8 juta) lebih tinggi daripada harga yang dilaporkan iaitu RM75.7 juta (AUD$23.5 juta).
“Apabila AUD$18.3 juta hilang, maka sudah tentu pihak berkuasa cukai berminat untuk tahu apa yang berlaku,” katanya dalam sidang media di Pejabat NOW di Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini
Rafizi berkata, Bank Negara hanya meluluskan AUD$41.8 juta (RM 138.6 juta) untuk dibawa keluar oleh MARA bagi pembelian unit berkenaan.
“Apabila harga jauh lebih rendah dan ada perbezaan sehingga AUD$18.3 juta, dengan langsungnya akan jatuh pada kesalahan mengubah wang haram kerana sebahagian besar wang tidak tahu kemana dan diguna untuk apa.
“Dengan maklumat yang diberi MARA kepada SPRM, saya tidak yakin SPRM akan buka siasatan. Semua skandal yang pernah kami dedahkan sebelum ini, kami yang akan masuk lokap bukan orang yang didedahkan itu,” katanya.

Hisham: Siasat siapa luluskan 'Patriot'

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau tidak tahu tentang penjualan plat kenderaan "Patriot" semasa menjadi pemangku menteri pengangkutan.

Beliau berkata, perkara tersebut di luar pengetahuannya dan meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) melakukan siasatan sekiranya terdapat unsur salah guna kuasa terhadap kelulusan penjualan plat kenderaan itu.

"Saya tak tahu menahu tentang plat kenderaan Patriot. Mungkin ada usaha nak lagakan saya dan menteri sekarang. Saya tak ada benda nak disembunyikan.

"Saya harap SPRM boleh siasat kalau ada salah guna kuasa atau penyelewengan. Kalau boleh periksa siapa yang luluskan Patriot," katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno di PWTC hari ini.

Nilai sebuah kabinet bayangan dalam landskap politik

oleh Rita Jong
PETALING JAYA: Kabinet bayangan – sebuah alternatif kepada kerajaan pemerintah – adalah bahagian penting dalam sistem parlimen Westminster.
Malaysia akhirnya ada kabinet bayangan sendiri. Tetapi malangnya, ekoran perbalahan dan perpecahan Pakatan Rakyat, ia hanya melibatkan satu parti iaitu DAP.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendedahkan kabinet bayangan partinya bulan lalu.
Walaupun ia bukanlah satu usaha Pakatan, ia masih boleh dianggap signifikan atas beberapa faktor.
Barisan Nasional dan pendahulunya Perikatan, sudah memerintah negara lebih 50 tahun. Tetapi baru-baru ini, gabungan itu telah mengalami beberapa masalah, menyebabkan ramai ragu ia mampu terus mentadbir negara dengan cekap.
Maka, kata ramai penganalisis politik, kabinet bayangan itu muncul di saat yang tepat. Selain merupakan hal asasi dalam demokrasi berparlimen, kabinet bayangan juga akan lebih mampu memantau tugas kerajaan.
Di saat kerajaan pemerintah jatuh dan peralihan kuasa berlaku, sudah ada satu pasukan bersedia untuk menjalankan tugas.
Focusweek bercakap dengan penganalisis Profesor  Dr Jayum Jawan dari Universiti Putra Malaysia untuk mengetahui apakah nilai yang mampu ditambah kabinet bayangan kepada landskap politik Malaysia.
“Idea utamanya adalah, jika parti mendapat majoriti dalam parlimen dan akan membentuk kerajaan, menteri kabinet bayangan ini akan mampu memainkan peranan sebagai menteri, tanpa perlu belajar selok-beloknya telebih dahulu,” kata Jayum.
“Kedua, peranan kabinet bayangan adalah untuk memantau prestasi menteri. Apabila menteri tahu yang beliau sedang dipantau ‘bayangannya’, beliau akan memberikan yang terbaik. Jika beliau tidak berperanan mencapai tahap yang diharapkan, beliau tahu ada seseorang yang akan mengecamnya.”
Pendek kata, peranan menteri bayangan adalah untuk “memaksa yang terbaik daripada menteri”  demi manfaat rakyat, kata Jayum yang juga menjadi timbalan ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal-ehwal Luar Majlis Profesor Negara.
Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan mengalu-alukan pengumuman DAP itu sebagai “satu langkah progresif”.
“Negara memang perlukan pembangkang yang kuat dan tersusun, dan kabinet bayangan adalah kunci untuk menguatkan pembangkang. Langkah DAP ini akan memastikan lahirnya usaha yang lebih koheren untuk menjadikan badan eksekutif bertanggungjawab atas tindakan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengapa kita banyak membazir untuk pemutar skru dan plat kereta?

oleh Lokman Mustafa
Pada 30 Jun lalu, perdana menteri Najib Razak memberikan ucapan menginspirasikan tentang Islam dan kesederhanaan.
The Malaysian Insider melaporkan, Najib ketika berucap di sebuah majlis berbuka puasa dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyeru umat Islam untuk “mengambil konsep kesederhanaan dan membuang apa-apa unsur ekstremisme dan liberalisme, serta menjadikan nilai-nilai Islam sebagai amalan harian.”
Menekankan bahawa Islam adalah agama keamanan, Najib berkata, “Ia menumpukan kepada kesederhanaan…tidak terlalu ekstrem dan tidak terlalu liberal. Ideologi ISIS tidak diterima kerana ia bertentangan dengan nilai Islam, humanitarian dan nilai mulia.”
Namun, beliau menekankan liberalisme dalam bentuk “perarakan homoseksual” tidak dialu-alukan di sini. Beliau juga membayangkan bahawa budaya-budaya menyimpang perlahan-lahan menyerap masuk ke masyarakat Malaysia, walaupun tidak menerangkan lebih lanjut tentang perkara itu.
Turut hadir di majlis yang diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) tersebut adalah menteri dalam negeri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar.
Saya percaya ucapan perdana menteri itu perlu dianggap sebagai seruan bagi umat Islam di seluruh negara untuk berpegang kepada pendekatan yang lebih sederhana dan ringkas dalam mengamalkan agama.
Barangkali kita juga patut menekankan kesederhanaan dalam pengurusan kewangan.
Malangnya, setiap tahun kita menjadi bingung membaca Laporan Ketua Audit Negara, yang menunjukkan beberapa kegagalan serius kerajaan untuk membanteras pembaziran dan salah urus tadbir.
Misalnya, beberapa tahun lalu, laporan itu menyatakan peralatan seperti sebatang pemutar skru Philips, kamera digital, pasu plastik, kerusi panjang enam tempat duduk dan jack dua tan dibeli dengan harga setinggi RM110,221.

Pas tagih janji laporan awal 1MDB Audit Negara


Mahfuz Omar

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menuntut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin menunaikan janjinya untuk menyiapkan laporan awal mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya disiapkan akhir Jun lepas.

Beliau berkata Ambrin perlu tampil menjelaskan status laporan interim tersebut yang masih belum dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

“Rakyat menanti laporan tersebut. Ketua audit perlu tampil menjelaskan apakah status laporan tersebut dan bilakah laporan awal ini akan disiapkan.

“Walaupun ianya hanya laporan awal tetapi tidak seharus disembunyikan daripada pengetahuan rakyat kerana isu ini memberi implikasi besar kepada rakyat yang akhir akan menanggung segala bebanan daripada penyalahgunaan dan penyelewengan dalam 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jabatan Audit Negara pada Mei tahun lepas bercadang mengemukakan laporan awal pengauditan ke syarikat pelaburan nasional itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selewat-lewatnya akhir Jun ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan audit dibuat awal tahun ini susulan kontroversi mengenai urus niaga 1MDB yang mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion dalam tempoh enam tahun ditubuhkan.

Arul sedia berdepan dengan tindakan undang-undang

1MDB disiasat pelbagai pihak termasuk Ketua Audit Negara, BNM, dan (PAC)
arul-kanda_1mdb_600_1
PETALING JAYA: Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy menegaskan tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya wujud salah laku dalam syarikat itu.
Dalam kenyataannya pada Khamis, beliau menegaskan,telah berulang kali membuat penjelasan terhadap tuduhan yang dilontarkan oleh pelbagai pihak, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua serta kumpulan media The Edge.
“1MDB memberi kerja sama sepenuhnya terhadap semua pertanyaan ini. Segala bukti berkaitan syarikat ini telah dan akan terus dikongsi bersama pihak berkuasa yang berkaitan,” kata Arul.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan tertentu dikaitkan dengan Pua dan yang disiarkan secara dalam beberapa portal yang mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap 1MDB.
Mengikut syarikat itu, 1MDB ketika ini disiasat pelbagai pihak berwajib termasuk Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
“PAC, yang turut dianggotai Tony Pua, adalah pihak berkuasa yang dilantik secara sah untuk menyiasat sama ada RM42 bilion itu telah ‘lesap’ daripada 1MDB.
“Demi kepentingan keadilan dan proses sewajarnya, 1MDB percaya Tony Pua akan mengesahkan bahawa PAC akan menyiasat tuduhan khusus membabitkan ‘kehilangan RM42 bilion,’ sebagaimana desakannya terhadap siasatan bagi tuduhan lain yang melibatkan syarikat ini,” katanya

Menteri lulus projek 'Patriot', kata timbalan

Penjualan plat kenderaan yang bermula dengan perkataan "Patriot" oleh sebuah NGO mendapat kelulusan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, kata timbalannya Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Abdul Aziz berkata, beliau hanya mengetahui mengenai perkara itu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas permohonan berhubung penjualan plat kenderaan itu diluluskan, Sin Chew Daily.

"Projek itu sudah pasti mendapat kelulusan daripada menteri," kata Aziz menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Bagaimanapun Aziz enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Sementara itu, seorang pegawai JPJ mengesahkan bahawa plat kenderaan "Patriot" mendapat kelulusan Kementerian Pengangkutan.

"Mereka mengemukakan permohonan kepada kami (JPJ), kemudian kami pindahkan (permohonan itu) kepada kementerian, tetapi ia tidak diluluskan oleh kami," pegawai itu dipetik sebagai berkata.

Pegawai itu juga bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut dan menggesa pemberita bertanya tentang perkara tersebut kepada pihak kementerian sendiri.

Liow (lihat gambar) sehingga kini masih berdiam mengenai isu plat kenderaan itu.

Jika G18 gagal, PasMa tubuh parti baru

Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) akan menerajui sendiri usaha menubuhan sebuah parti Islam yang baru sekiranya Kumpulan progresif, G18, gagal berbuat demikian.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata pihaknya akan menyokong parti yang ditubuhkan oleh G18.

Bagaimanapun, katanya, jika ia tidak menjadi kenyataan, PasMa sendiri akan berusaha menubuhkan sebuah parti baru.

Phahrolrazi berkata pendirian PasMa ialah perlunya sebuah parti Islam yang baru dalam gabungan pembangkang selepas Pakatan Rakyat berpecah.

"Sekiranya G18 tak tubuh parti, kita (PasMA) akan ambil inisiatif, kita akan teruskan tanggungjawab (menubuhkan parti baru).

"Tapi buat masa ini, ada pihak (G18) nak tubuhkan parti, maka kita bagi laluan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Phahrolrazi menegaskan bahawa usaha menubuhkan parti baru itu memerlukan kerjasama banyak pihak dan tidak boleh secara bersendirian.

“Kita ni NGO penyokong, apa saja keperluan kita terus sokong,” katanya.

Usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan kekalahan kumpulan progresif PAS dalam muktamar parti itu bulan lalu, menguatkan lagi hasrat penubuhan sebuah parti Islam yang baru itu.

Kumpulan progresif PAS telah membayangkan kemungkinan sebuah parti Islam yang baru ditubuhkan sekiranya PAS tidak memenuhi pendekatan inklusif yang dibina pada masa ini.

ADUN Umno kata lelong 'Patriot' macam pelacuran

Seorang anggota Dewan Undangan Negeri Umno hari ini mengejutkan banyak pihak dengan mengaitkan lelongan nombor plat 'Patriot' dengan aktiviti pelacuran.

“Tindakan menjual plat ini sama seperti 'pelacuran', sacred word kepada pembida tertinggi membuatkan mereka bapa ayam, bukan patriot,” kata wakil rakyat Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid.

Menjelaskan kenyataannya itu Tengku Putra berkata, lelongan sebegitu seolah-olah pihak yang terlibat melacurkan ungkapan suci (iaitu patriot) kepada pembida.

Tengku Putra juga mempersoalkan sama ada pengendali lelongan nombor itu Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPN) memahami perkataan “Patriot” itu, dan sama ada latar belang pembida disemak.

“Antara yang menang bidaan boleh jadi pengkhianat ekonomi yang mensabotaj negara untuk buat duit segera!

"Adakah mereka ini layak pakai nombor plat ini?

“Adakah penganjur tidak mahu pastikan dulu bahawa pemegang (nombor plat) itu patriot yang sejati?” soalnya.

Tengku Putra juga berkata keadaan akan lebih buruk jika pembida yang berjaya mendapatkan nombor itu bukan warganegara Malaysia.

“Jika orang asing menang bidaan 'Patriot 1', secara simbolik, penganjur telah jual negara kita ini,” katanya.

Guan Eng umum Pulau Pinang bukan lagi kerajaan Pakatan Rakyat

Keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh EXCO dan 30 ADUN termasuk wakil tunggal Pas, Datuk Salleh Man.
lim-guan-eng_salleh-man_600
PETALING JAYA: Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mengisytiharkan kerajaan negeri Pulau Pinang bukan lagi kerajaan Pakatan Rakyat.
Guan Eng berkata, keputusan itu diambil sebulat suara pada mesyuarat EXCO yang turut dipersetujui sebulat suara termasuk 30 Ahli Dewan Undanga Negeri (ADUN) Pulau Pinang.
Katanya, keputusan itu turut dipersetujui satu-satunya wakil PAS di negeri itu, iaitu ADUN Permatang Pasir, Datuk Salleh Man.
“Berikutan itu, kerajaan negeri ini akan dikenali sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang sahaja,” katanya dalam kenyataan media.

Gabungan anak muda kecewa PR berkubur, desak tubuh pakatan baru

Mereka menggangap PKR, DAP dan Pas terlalu ego dan telah menghancurkan harapan rakyat yang mahukan perubahan selepas PRU13.
adam-adli_pkr_600_1
KUALA LUMPUR: Gabungan anak muda mengutuk PKR, DAP dan Pas kerana terlalu ego sehingga menyebabkan kehancuran kepada Pakatan Rakyat (PR).
Jurucakap kumpulan itu, Adam Adli berkata, polemik politik PR telah membunuh harapan rakyat yang mahu melihat perubahan kepada pentadbiran negara.
Namun, katanya, harapan itu musnah kerana sikap terlalu ego tiga parti itu sekaligus memberi talian hayat kepada Barisan Nasional (BN).
“Polemik demi polemik melanda Pakatan Rakyat telah membunuh harapan rakyat. Anak muda berasa mual melihat parti-parti yang kononnya berpakat, tetapi gagal mengurus egosentrik lantas memberi talian hayat kepada kerajaan BN,” katanya dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpu pada Khamis.
Sehubungan itu, Adam berkata, gabungan anak muda mendesak supaya gabungan pakatan pembangkang baru dan inklusif dibentuk bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang telah berkubur.
“Pakatan baru diperlukan untuk membela nasib rakyat yang kian terseksa dan menjadi mangsa kezaliman UMNO/BN,” katanya.
Seorang lagi ahli gabungan tersebut, Ahmad Syukri Ab Razak berkata, parti pembangkang sepatutnya malu dengan kehancuran yang berlaku dalam gabungan mereka sebelum ini.

MARA didakwa seleweng RM129 juta beli empat hartanah di Australia

Harga kesemua hartanah yang dibeli MARA Inc lebih tinggi berbanding harga pasaran dan terdapat urus niaga yang mencurigakan.
Rafizi-Ramli_now_mara_600
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyeleweng sejumlah RM129 juta untuk pembelian empat hartanah di Australia, dakwa Rafizi Ramli.
Pengarah Eksekutif National Oversight & Whistleblowers (NOW) itu mendakwa, penyelewengan berlaku apabila MARA Inc membeli aset itu dengan harga lebih tinggi berbanding harga pasaran.
Dalam empat siri pendedahannya, Ahli Parlimen Pandan itu menyenaraikan empat aset yang dibeli oleh MARA Inc dan jumlah lebihan bayaran yang telah dibuat.
Aset itu ialah The Dudley House (dibeli RM15.2 juta lebih tinggi daripada harga pasaran), 333 Exhibition Street (RM33 juta lebih tinggi ) dan 51 Queen Street (RM18 juta lebih tinggi ).
Dalam sidang akhbar pada Khamis, dia mendedahkan hartanah keempat yang dibeli MARA di 746 Swanston Street yang telah dibeli dengan harga RM138.6 juta berbanding harga pasaran RM75.7 juta.
“Ini bermakna terdapat perbezaan harga sebanyak RM63 juta diantara jumlah yang dilulus dan dilaporkan MARA,” katanya.
Naib Presiden PKR itu merujuk kepada dokumen MARA yang dibentangkan kepada Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa pada 20 Mei 2014 yang menyebut unit kediaman itu dibeli dengan harga RM138.6 juta pada 28 Ogos 2012.
Rafizi membangkitkan persoalan yang perlu dijawab oleh MARA iaitu kemana perginya lebihan wang yang telah dibayar itu.
“Jumlah yang diluluskan oleh MARA tidak semuanya digunakan untuk membeli unit-unit hartanah di 746, Swanston Street yang dilaporkan bernilai lebih kurang separuh dari peruntukan yang dibelanjakan dan dilaporkan oleh MARA Inc.

BANGLA, pendatang asing pula "BUMIPUTRA"..??!!


Apa itu SPR ????
Apa kerja mereka SEBENARNYA ???
Apa pertalian BN-SPR ???

UMNO = perompak atau Perompak = UMNO ??


Kalau duit lembu RM250 juta pon boleh disonglap oleh MAK LEMBU, inikan pula RM129 juta baru separuh drpdnya...

Betul ka maksud MARA - Majlis Amanah Rakyat ??!!!

Jika pegawai atau Ahli Majlis atau yg bersekongkol di dlmnya sendiri TIDAK AMANAH, TERJAMINKAH kepentingan melayu !!!

HARAP MINYAK AKAN NAIK SETIAP BULAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT !!!


" RISIKO TAK TUKAR KERAJAAN "


MASIH INGAT 'ugutan' takut2kan pengundi sblum PRU13 risiko tukar kerajaan !!!

Last2 pengundi DAH KENA TIPU..
KEKALKAN BN.. rakyat dpt..

MINYAK NAIK.. CUKAI GST 6%.. TOL NAIK.. SUBSIDI RAKYAT dihapuskan..

Dalam keriuhan, suara diraja bergema kebenaran

oleh Ahmad Mustapha Hassan
Kewibawaan kerajaan kini sedang menghampiri kehancuran. Suara-suara pihak tertentu yang mencerca atlit yang mengharumkan nama negara dengan memenangi beberapa pingat, termasuklah dua pingat emas.

Tindakan tidak rasmi kerajaan kepada kejadian ini sendiri berpecah belah, dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom yang mencadangkan idea bijak untuk mengubah pakaian atlit kepada sesuatu yang patut syariah. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pula lebih berempati dengan mengatakan tiada yang salah dengan pakaian sedia ada kerana itu adalah syarat persekutuan sukan yang terlibat.
Secara rasminya, tiada komen samada positif mahupun  sebaliknya daripada kerajaan.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga diraja Johor dan Selangor yang bangkit mempertahankan atlit terlibat dan mengucapkan tahniah kerana mengharumkan nama negara keluar tepat pada waktunya.  Akhirnya, suara rasional diraja melenyapkan pandangan buruk dan kekeliruan yang disebabkan oleh isu leotard ini.
Juga menyamankan dan berbesar hati apabila Sultan Selangor sendiri yang mengucapka tahniah kepada Farah Ann Abdul Hadi dan berkata yang dia sudah membuatkan seluruh Malaysia, termasuk Selangor, berasa bangga. Dia tidak bersetuju dengan mereka yang mengkritik pakaian sukan atlit tersebut.
Sementara itu Putera Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim mengkritik mereka yang menilai wanita hanya berdasarkan pakaian semata-mata. Dia memetik sarjana antarabangsa rakyat Zimbabwe, Mufti Ismail Menk yang berkata, “Apabila anda melihat wanita berpakaian dalam gaya yang tidak disukai Islam, jangan sekalipun terfikir yang dia lebih rendah imannya.
“Jika anda berbuat demikian, anda sebenarnya lebih rendah darinya. Percaya pada saya, itulah ajaran agama kita. Dia mungkin mempunyai hati yang jauh lebih baik daripada anda. Dia mungkin mempunyai satu kelemahan yang nampak, dan anda pula ada 50 kelemahan yang tersembunyi.”

Sepuluh sebab nyata mengapa saya benci Malaysia

oleh Hazlan Zakaria
Sudah banyak kali ia pecah dan dicantum semula, sehingga serpih jiwa saya sudah tidak selari. Pecahan-pecahan yang sangat rapuh, anda perlukan tukul untuk mengasaknya masuk kembali bersama.
Tepian setiap satunya mengoyak kesunyian yang lain, membelah sehingga daging dan tulang. Nasib baiklah saya sudah terlalu lali, tiada kesakitan mampu menyentuh jiwa yang sudah membatu ini.
Setiap saat hari-hari yang bernafas, dan setiap saat untuk setiap nafas. Jadi Malaysia yang dicintai inilah yang dibenci, serta drama yang menyakitkan hati kebelakangan ini.
Terutama sebagai seorang wartawan di barisan depan,  melaporkan berita dan semua perihal politik. Saya benci negara ini dengan setiap nafas yang saya sedut, di setiap tekan papan kekunci dan klik yang berbunyi.
Saya bencikan ia sungguh-sungguh, kerana kekecewaan yang berterusan. Saya bencikannya dengan sepenuh jiwa, dengan setiap saat kehidupan yang menyiksa saya.
Saya bencikan politikus yang bengap, dan politikus yang korup, semuanya kutu. Mereka yang lebih bijak- dari-anda, dan duit-anda-kini-duit-saya.

Mereka membina rumah besar dan menikmati faedahnya, menukarkan semuanya kepada kegilaan massa. Mereka membelanjakan duit rakyat seperti duit bapak mereka, dan menawarkan hanya sekupang- BR1M- kepada rakyat bawahan.

Kumpulan pemberi maklumat ke Australia, buat aduan Mara mungkin lari cukai

National Oversight and Whistleblowers (NOW) akan membuat laporan kepada pihak berkuasa Australia untuk menyiasat Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang mungkin mengelak cukai dan terbabit dengan penggubahan wang dalam pembelian 4 hartanahnya di Melbourne pada penghujung 2012 hingga awal 2013.

Pengarahnya, Akmal Nasir akan ke Australia minggu depan untuk membuat aduan itu kepada pihak berkuasa berkenaan kerana NOW percaya pihak berkuasa di Malaysia akan terus melengahkan tindakan terhadap isu berbangkit yang berkait dengan pembelian itu.

 “Sebarang transaksi di Australia yang cuba menyembunyikan harga sebenar akan disiasat untuk pengelakan cukai dan penggubahan wang,” kata Pengarah Bersama NOW Rafizi Ramli pada sidang media hari ini.

 Katanya, jumlah keseluruhan wang yang ‘diselewengkan’ pegawai Mara bagi 4 pembelian itu mencecah RM129 juta. Rafizi berkata, pada minggu depan NOW akan mendedahkan identiti individu yang terbabit dan butiran bagaimana transaksi itu dibuat.

RM63 juta dalam hartanah ke-4 Mara di Australia tidak diisytihar, kata Rafizi

Cabang pelaburan Majlis Amanah Rakyat (Mara), Mara Inc, mengisytiharkan harga belian yang lebih tinggi dalam taklimat rasminya untuk hartanah Australia ke-empat di Melbourne, walaupun membayar RM63 juta kurang dari itu, kata National Oversight and Whistleblowers (NOW) hari ini.

Pengarahnya Rafizi Ramli berkata, Mara memberikan taklimat kepada pimpinannya mengenai pembelian 746 Swanston Street pada harga RM138 juta, tetapi sebenarnya, ia hanya membayar sekitar RM75 juta untuk hartanah itu.

 Rafizi berkata ini berdasarkan taklimat rasmi Mara yang diadakan di Melbourne pada Mei tahun lepas, berbanding dengan senarai jualan di laman web Australia untuk hartanah tersebut pada 2012, apabila pembelian itu dibuat.

"Besar kemungkinan jumlah ini adalah rasuah kerana semua wang yang diluluskan Mara tidak digunakan untuk membeli hartanah itu," kata Rafizi pada satu sidang akhbar. NOW sebelum ini berkata, Mara Inc juga membayar melebihi kadar pasaran dalam pembelian dua hartanah lain di Melbourne daripada syarikat yang tidak diketahui.

'Baguslah tutup kedai asal harga kereta murah' - Tun M

Tun Mahathir Mohamad hari ini menyindir pendirian Institut Automotif Malaysia (MIA) bahawa persaingan dalam pasaran kereta memberi manfaat kepada kepada pengguna.

Pengerusi Proton itu sebaliknya membayangkan persaingan sebenar berlaku secara tidak adil.

“Jika kalah kita mungkin gulung tikar. Ratusan ribu pekerja, jurutera dan pengurus akan hilang kerja. Keluarga mereka akan menderita.

“Tetapi semua ini tidak mengapa kerana pengguna akan dapat kereta lebih bagus dengan harga lebih murah daripada negara luar,” sindirnya.

Isnin lepas, Ketua Pegawai Eksekutif MAI Radzaif Mohamed dilapor berkata persaingan melalui industri terbuka baik untuk pengguna selain membolehkan pemain industri lebih meneroka pasaran.

Mahathir membangkitkan bahawa negara-negara pengimport penting kereta sebenarnya mengenakan piawaian dan syarat yang menyekat kereta Malaysia daripada pasaran masing-masing.

“Jadi pengguna di Jepun, Jerman, Korea dan China tidak boleh menikmati faedah seperti di Malaysia,” sindirnya lagi dalam blognya hari ini.

Perdana menteri 22 tahun itu juga menegaskan bahawa kapasiti industri di Malaysia masih tidak sama tahap dengan negara pengimport besar lain.

“Kita mungkin boleh menang dalam pertandingan tilawah al-Quran tetapi bukan dalam bidang automotif.

“Kita main bagus dalam badminton dan skuasy tetapi bukan bola sepak,” katanya lagi.

Kerjasama Umno-PAS dalam PRU depan?

Persengketaan antara dua parti iaitu Umno dan PAS telah berlangsung sekian lama dan dianggap mustahil dapat diselesaikan.

Malah, perbalahan beberapa dekad juga pernah memecahbelahkan anggota keluarga dengan berdasarkan cerita-cerita daripada orang Melayu di kampung-kampung.

Bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sering menggambarkan bahawa kerjasama dengan Umno seperti 'dosa' yang tidak dapat dimaafkan.

Bagaimanapun, perkara sebaliknya mungkin boleh berlaku selepas ketiadaan Nik Aziz, selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi menggiatkan agenda hudud dan bersedia bekerjasama dengan Umno bagi mencapai matlamat keagamaan itu.

Tambahan pula, Hadi sering digambarkan sebagai penggerak utama agenda kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama Umno Kelantan juga menyokong PAS untuk melaksanakan hudud.

Oleh itu, seorang bekas pemimpin kanan BN percaya bahawa Umno dan PAS akan berganding bahu demi kepentingan bersama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Tidak kira apa yang pengkritik atau penganalisis akan kata, tetapi percayalah, ini adalah idea yang boleh dilaksanakan dari segi politik – bekerjasama demi pilihan raya," kata pemimpin yang tidak mahu namanya disiarkan kepada Malaysiakini.

PAS umpama bermimpi di siang hari kata Pemuda Umno Kedah


Shaiful Hazizy Zainal Abidin

ALOR SETAR - Pemuda Umno Kedah menyifatkan hasrat Pas Kedah yang mahu kembali merampas pemerintahan kerajaan negeri pada PRU akan datang umpama ‘bermimpi di siang hari’.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainal Abidin berkata, seeloknya, parti itu ‘mengukur baju di badan sendiri’ sebelum membuat kenyataan atau angan-angan itu.

“Keyakinan itu hanyalah keyakinan kosong. Ia tidak lebih daripada sekadar laungan perang psikologi untuk menaikkan semangat ahli mereka sahaja,” katanya.

Menurutnya, pihaknya yakin rakyat mempunyai kematangan dalam membuat penilaian, di mana Pas Kedah dilihat masih terkesan dengan pertandingan muktamar lalu sehingga bakal membentuk sebuah parti baharu termasuk kewujudan Pasma, yang disokong bekas-bekas pemimpin Pas yang kecewa.

“Saya yakin atas dasar itu, rakyat Kedah tidak akan mempertaruhkan masa depan mereka terhadap sebuah pakatan yang rapuh dan mampu runtuh pada bila-bila masa,” katanya.

Shaiful Hazizy berkata, percubaan Pas Kedah menampilkan imej kepimpinan ulama adalah sebuah pendekatan yang lapuk dan usang, sedangkan apa yang diperlukan adalah sebuah kerajaan yang komited dan tidak terbatas berdasarkan imej ulama semata-mata.

Pasca muktamar, Mahfuz risau Kelantan tumbang pada PRU14

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bimbang kerajaan PAS Kelantan tumbang jika kepimpinan parti gagal meraih semula sokongan rakyat selepas berlangsungnya muktamar bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata PAS perlu mengambil tindakan drastik untuk memperbaiki "kerosakan dan imej PAS yang tercalar" dengan melihat secara menyeluruh kesan pemilihan parti - yang menyaksikan tersingkirnya pemimpin progresif - kepada masyarakat dan anak muda.

Pada masa yang sama, beliau turut menggesa kepimpinan PAS tidak beretorik dengan "kata-kata manis" dengan menyembunyikan masalah termasuk ketidakpuasan hati rakyat dan penyokong seperti tiada apa-apa yang berlaku dalam PAS, sedangkan pada hakikatnya rakyat menuntut tindakan PAS mengenainya.

"Ya, kalau gagal (atasi masalah pasca muktamar) sokongan akan merosot. Apatah lagi dengan sokongan kewujudan parti baru, sudah pasti, ia akan memberikan implikasi yang buruk. Yang sangat menjadi kebimbangan saya ialah kehilangan Kelantan.

"Kita boleh kata tak (ada) apa. (Tapi) jangan sampai orang kita menyembunyikan sesuatu, yang tidak sepatutnya kita sembunyikan (seperti) menyembunyikan ketidakpuasan hati rakyat, penyokong dan sebagainya," katanya.

Dengan mengandaikan pilihan raya umum boleh diadakan lebih awal sama dengan Sarawak atau pada 2017, Mahfuz berkata kepimpinan PAS perlu segera dan drastik mencari jalan penyelesaian dan menunjukkan rasa jiwa besar serta merendahkan ego masing-masing demi kebaikan parti.

Beliau menjawab soalan berhubung harapan beliau kepada kepimpinan baru PAS dan implikasi jika gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ketika diwawancara dengan Malaysiakini, Mahfuz berkata faktor kewujudan parti baru juga perlu ditangani kerana menurutnya boleh memberi "implikasi yang sangat tidak sihat" dan PAS perlu memperlihatkan sikap lemah lembut dan kasih sayang sewaktu mengadakan rundingan dengan mereka.

"Keutamaan kita ialah PAS meletakkan matlamat Islam. Jadi bagaimana nak menyelamatkan imej Islam? Imej Islam mesti diselamatkan supaya oran lihat Islam agama yang baik dan lemah lembut, kasih, sayang, bukan dilihat," katanya.

Sokongan 'tak menggembirakan'

Skandal MARA: Bukan isu baharu, Now terlambat, kata Annuar

KUALA LUMPUR - "Mereka terlambat," kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa ketika diminta mengulas pendedahan NGO, National Oversight & Whistleblowers (Now) mengenai empat lagi hartanah yang dibeli anak syarikat agensi itu, Mara Inc di Melbourne, Australia dengan harga mencurigakan.

 Menurut Annuar, apa yang didedahkan NGO itu bukan perkara baharu kerana pihaknya sudahpun menyerahkan segala dokumen berkaitan pembelian empat hartanah itu kepada SPRM baru-baru ini.

"Sebab itu saya kata mereka terlewat, kita (bertindak) lebih dahulu daripada mereka," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Annuar berkata, dokumen yang diserahkan kepada SPRM bukan sahaja berkaitan hartanah yang dibeli Mara Inc di Australia, malahan juga di England.

"Kita tak ada niat pun nak sembunyikan penyelewengan jika betul-betul ada kes.

“Saya tidak sembunyikan apa-apa. Kalau ada maklumat, kita boleh (bagi), tapi bukan dedahkan begitu saja.

“Kalau salah (pendedahan itu) boleh datangkan keburukan pada masa akan datang  dan pendakwaan boleh dibuat oleh pihak yang dituduh," katanya.

Putrajaya diminta jelaskan skandal 1MDB, bukan kenakan tindakan atas The Edge

Lawyers for Liberty menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada The Edge berhubung apa yang didakwa Putrajaya sebagai berita yang "tidak disahkan" yang diterbitkan akhbar perniagaan mingguan itu mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), mengatakan ia satu cubaan jelas mendiamkan media.

Pengarah Eksekutifnya Eric Paulsen berkata, sangat ketara sekali yang Putrajaya sedang membalas dendam terhadap The Edge kerana ia kritikal mengenai skandal itu dan memainkan peranan penting dalam membuat liputan mengenai wang berbilion dalam 1MDB yang tidak dapat dikesan.

Katanya, tingkah laku autoritarian seperti itu menghantar satu "chilling message" (mesej yang menggerunkan) kepada akhbar itu untuk menapis sendiri liputan yang dibuatnya ke atas isu seperti 1MDB, jika tidak, ia boleh mengundang tindakan balas.

"Tidak masuk akal untuk Kementerian Dalam Negeri mencadangkan yang tindakan boleh diambil terhadap akhbar itu sekiranya ia menerbitkan berita yang 'belum disahkan' atau 'diputarbelit'.

"Apa yang pihak berkuasa perlu lakukan jika terdapat berita yang 'belum disahkan' atau 'diputarbelit' ialah, membuat satu penerangan menjelaskan isu tersebut, bukannya menggunakan cara yang tidak adil dan tidak demokratik untuk bertindak balas," kata Paulsen dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, taktik ugutan itu bukan sesuatu yang baru kerana The Edge dan portal berita The Malaysian Insider dan Malaysiakini serta media bebas yang lain turut menjadi sasaran, manakala akhbar pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia dibenarkan menerbit berita secara bebas.

1MDB: Putrajaya tuduh The Edge cetus 'kekeliruan'

Kementerian Dalam Negeri telah menuduh Kumpulan Media The Edge menyiarkan artikel mengenai 1MDB yang telah mencetuskan kekeliruan dan keraguan mengenai kerajaan dan institusi kewangan.

"Kami juga dituduh bergantung kepada satu portal internet untuk artikel kami," kata penerbit dan ketua pegawai eksekutif kumpulan itu, Ho Kay Tat dalam satu kenyataan media semalam.

Ini telah disampaikan kepada syarikat itu dalam satu surat bertarikh 29 Jun oleh Kementerian Dalam Negeri.

Kumpulan Media The Edge menerbitkan The Edge Malaysia dan The Edge Financial Daily.

Syarikat itu diberi tempoh tujuh hari untuk memberi penjelasan mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap kedua-dua penerbitan itu di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

Ho berkata, syarikatnya telah memohon lanjutan tarikh akhir untuk menyediakan jawapan yang diperlukan.


"Kami telah melaporkan mengenai 1MDB sejak ia dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dan dalam tempoh enam bulan lepas, kita telah menyiarkan lebih 300 artikel mengenai 1MDB dari pelbagai sumber - Bernama, Bloomberg, Reuters, The Business Times Singapura, Euromoney - dan laporan kami sendiri dari saluran media dalam Kumpulan Media The Edge," kata Ho.

Tiada konflik kepentingan dalam pertemuan dengan Arul Kanda – Shahrir Samad

image17
Shahrir berkata, dalam pertemuan yang turut dihadiri Abdul Rahman itu, beliau hanya bertanyakan hala tuju syarikat tersebut kepada Arul Kanda, tanpa menyentuh sebarang isu membabitkan siasatan PAC.

JOHOR BAHRU, 1 Julai: 

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempertahankan pertemuan dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy sebelum ini.
Beliau menegaskan, tiada sebarang konflik kepentingan berlaku susulan pertemuan itu, dengan siasatan yang sedang dijalankan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas syarikat itu.
Sebaliknya, Shahrir yang pernah mengetuai PAC pada 2004 berkata, dalam pertemuan yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan itu, beliau hanya bertanyakan hala tuju syarikat tersebut kepada Arul Kanda, tanpa menyentuh sebarang isu membabitkan siasatan PAC.
“Saya hanya bertanya soal perancangan masa hadapan, apa yang dia (Arul) nak buat. Soal sejarah, saya tak masuk campur.
“Saya sendiri tak tahu apa yang PAC nak buat, saya tak tahu apa yang PAC nak tanya. Saya juga tak tanya berkaitan akaun, saya cuma tanya lepas ini apa cadangannya,” katanya kepada The Rakyat Post, ketika ditemui baru-baru ini.
Baru-baru ini, Shahrir dilaporkan mengadakan pertemuan bersama Arul yang jelasnya bertujuan memahami isu dan konflik berhubung syarikat pelaburan itu dengan lebih mendalam.
Pertemuan itu berlangsung sehari, selepas tarikh Arul Kanda sepatutnya berjumpa PAC, yang mana perkara itu turut diakui Presiden 1MDB itu.