Rabu, 1 Julai 2015

Skandal MARA: Ke mana perginya RM 66.2juta?


PAS Lupa Untuk Mati

Parti Islam SeMalaysia (PAS) pasca muktamar yang baru lalu ternyata bukan parti PAS yang kita pernah kenali dahulu. Kalau kita bergaul dengan penyokong mereka di media sosial, angkuh mereka sudah mengalahkan penyokong UMNO dah. Mengalahkan PAS sudah terlalu kuat untuk dikalahkan.

Slogan kepimpinan ulama sebenarnya suatu penyakit yang merbahaya dan kesannya telah mulai kita lihat sekarang. Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah batang tubuh yang telah gagal merampas Terengganu dalam 2 siri PRU yang lepas. Malah, tidak nampak lagi tanda-tanda yang Terengganu bakal jatuh ke tangan PAS di PRU ke-14 nanti. Tiada. Poci. Yilek.

Tuan Ibrahim Tuan Man juga adalah contoh pemimpin yang ditolak masyarakat setempat. Dia kalah pada PRU yang lalu.

Acuan 100% ulama dalam saf kepimpinan bukanlah acuan yang terbaik.

Mokhtar Senik, bukanlah nama yang boleh memberi anjakan sokongan terhadap PAS malah status FB yang memaklumkan dia disapa Umar r.a. dalam mimpi di Kemunting (telah dia padamkan) amatlah lucu dan merepek.

Entah bagaimana dia mengetahui wajah Umar r.a., tidak pula diketahui. Hanya ada 2 jawapan mudah dalam kes itu; samada dia seorang pendusta ataupun dia ditipu syaitan didalam mimpinya.

Dengan meminggirkan golongan Progresif dalam saf kepimpinan, ia umpama mencurahkan cuka ke atas luka yang mulai bernanah.

Skandal Mara, masa depan bumiputera Melayu terancam

KUALA LUMPUR: Masa depan bumiputera kini kian terancam berikutan skandal membabitkan pembelian Dudley International House yang berharga RM67.2 juta.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang merujuk kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang berkata tiada unsur harga dinaikan dan mengikut prosedur yang ditetapkan adalah mengelirukan.

"Beliau hanya ingin menyembunyikan perkara yang sebenar, sesuatu penipuan yang dilakukan akan dipastikan supaya dari sudut dokumen akan menunjukkan tiada kesalahan dan penipuan yang dilakukan dan tiada pelangaran posedur.

"Apa yang perlu dijelaskan kenapa Mara perlu membayar lebih dari harga pasaran, Laporan ketua Audit Negara pernah melaporkan agensi kerajaan termasuk Mara penuh dengan penipuan apabila barang yang murah dibeli dengan harga yang tinggi," katanya.

Tambah beliau, Mara merupakan agensi milik bumiputera yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan Melayu, namun skandal ini mengugat kepercayaan yang telah diberikan.

Kecacatan daftar pengundi masih parah di Sabah

Badan pemantau pilihan raya, BERSIH 2.0 dan Malaysian Electoral Roll Analysis Project (Merap) mengesan beberapa kecacatan pada daftar pengundi di Sabah seperti disahkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyelidik mengenai pendatang tanpa izin di negeri itu.

Sebagai contoh, kata pegawai komunikasi BERSIH 2.0, Izmil Amri Ismail, membabitkan nombor kad pengenalan dan kad pengenalan meragukan seperti diperakui RCI.

“Ada kes di Sandakan membabitkan seseorang bernama Mainah Takait yang didaftarkan dua kali menggunakan alamat sama tetapi nombor kad pengenalan berbeza," katanya.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, laporan RCI setebal 306 muka surat itu menyatakan "ada bukti mencukupi menunjukkan penduduk bukan warganegara diberi kad pengenalan biru oleh sindiket haram atau individu tertentu yang mendaftar mereka menggunakan kad pengenalan palsu."

Kenapa lepas tanggungjawab siasat Mara kepada agensi lain, DAP soal polis

Ahli Parlimen DAP hari ini bertanya sama ada menjadi "amalan biasa" polis "melepaskan tanggungjawab" kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti dalam kes pembelian hartanah Australia oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) baru-baru ini.

Wakil rakyat Petaling Jaya Utara Tony Pua bertanya sama ada ia perkara biasa bagi polis memindahkan tanggungjawab itu kepada agensi lain, dan mengkritik pihak berkuasa itu kerana mengambil "sikap santai" mengenai perkara itu.

"Rakyat Malaysia kini tertanya-tanya, memandangkan kepentingan jelas kes itu di mana berjuta-juta ringgit mungkin disalurkan daripada agensi kerajaan utama seperti Mara.

 "Adakah satu amalan biasa bagi polis hanya melepaskan tanggungjawab mereka kepada agensi lain?" soal Pua dalam satu kenyataan hari ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sebelum ini, polis akan menunggu SPRM memaklumkan kepada pihaknya sekiranya wujud sebarang unsur jenayah pecah amanah dalam kes itu.

Bagaimanapun, semalam, beliau berkata ini tidak bermakna pihak polis tidak menyiasat perkara itu. Sebelum ini, polis berkata ia akan menawarkan bantuan kepada pihak berkuasa Australia jika diminta.

 "Rakyat Malaysia tidak faham bagaimana ketua polis negara boleh bersikap begitu santai bagi kes jenayah dan rasuah yang besar itu, yang berlaku dalam institusi kerajaan kita," kata Pua.

Polis Malaysia dikritik kerana lambat bertindak balas dalam menangani skandal Mara tersebut, sementara polis Australia bertindak dalam masa dua hari dengan menjalankan serbuan.

Mara didakwa membeli beberapa hartanah komersil di Melbourne pada harga jauh melebihi kadar pasaran, dengan salah satu daripadanya didakwa melibatkan wang sogokan untuk beberapa pegawai kanan Mara. Semua pembelian dibuat pada 2013.

Luluskan kontrak lumayan semakin menjadi trend kerajaan BN, di mana tindakan tegas?


lle1


KUALA LUMPUR, 1 JULAI:  Sehari selepas pendedahan pembidaan nombor plat “Patriot” yang diberikan kepada Yayasan Patriot Negara Malaysia tanpa sebarang tender oleh Kementerian Pengangkutan, satu lagi kontrak lumayan tanpa tender didedahkan hari ini.
Ahli Parlimen Segambut berkata, satu projek bernilai RM1 bilion yang diluluskan tanpa sebarang tender oleh kerajaan Barisan Nasional telah dilaporkan oleh media arus perdana hari ini. (http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2015/07/01/RM1bil-stadium-job/?style=biz).
Katanya, laporan itu mendedahkan bahawa Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) bakal dianugerahkan kontrak membaikpulih Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil setelah kertas cadangan dikemukakan oleh syarikat terbabit kepada Kementerian Belia dan Sukan.
Beliau mempersoalkan bagaimana kontrak yang begitu lumayan boleh diluluskan tanpa tender terbuka kerana ia melibatkan wang rakyat yang amat besar jumlah dan nilainya.

Mana laporan interim 1MDB, DAP soal ketua audit negara

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini menyoal ketua audit negara di mana laporan interim mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya disiapkan pada akhir Jun.

Lim dalam satu kenyataan hari ini berkata, laporan itu “masih ditunggu” meskipun kini sudah memasuki Julai, dan menambah Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sebelum ini mengatakan laporan itu sepatutnya siap penghujung Jun.

Beliau juga mengkritik keputusan tidak menjadikan interim itu sebagai laporan awam dan sebaliknya hanya disediakan kepada ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), yang turut menjalankan siasatan mereka terhadap 1MDB.

 Lim berkata tindakan itu “memusnahkan rasional asal” meminta ketua audit negara memeriksa akaun syarikat kerajaan yang sarat menanggung hutang itu.

 “Walaupun ini hanya laporan interim ketua audit negara mengenai 1MDB, dan akan ada laporan akhir, tidak ada alasan cukup kuat mengapa ia disekat daripada awam atau ahli Parlimen yang bukan dalam PAC.

The Edge sahkan surat tunjuk sebab Kementerian Dalam Negeri kerana 1MDB

Saya ingin mengesahkan laporan berita online yang kami menerima surat tunjuk sebab dari Kementerian Dalam Negeri memberi kami tujuh hari untuk memberi jawapan bertulis menerangkan kenapa tindakan tidak boleh diambil terhadap The Edge Malaysia dan The Edge Financial Daily mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Kami dituduh menerbitkan artikel mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menimbulkan kekeliruan dan keraguan terhadap kerajaan dan institusi kewangan negara.

Kami juga dituduh bergantung kepada sebuah portal Internet untuk artikel kami.

Surat itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan khusus artikel yang dimaksudkan. Kami melaporkan mengenai 1MDB sejak ia dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu atau Terengganu Investment Authority (TIA) dan dalam tempoh enam bulan terakhir ini kami menerbitkan lebih 300 artikel mengenai 1MDB dari berbagai sumber – Bernama, Bloomberg, Reuters, The Business Times Singapore, Euromoney – dan laporan kami sendiri dari saluran media dalam The Edge Media Group.

Kami akan menyusun semua artikel ini untuk membantu sebarang penyiasatan terhadap kesalahan yang kami didakwa lakukan.

Kami menulis artikel kami berdasarkan bukti yang diperiksa dengan teliti.

RM jatuh punca harga minyak naik

Matawang yang rendah akan menyebabkan harga barang import akan meningkat terutamanya makanan mentah kerana negara masih banyak bergantung dengan negara luar.
rafizi.now_
PETALING JAYA: PKR mendakwa kejatuhan kadar matawang negara telah menyebabkan rakyat tidak dapat menikmati kadar harga bahan api yang rendah sehingga membebankan mereka.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangani masalah yang berlaku dengan segera dan berkesan.
Katanya, matawang yang rendah akan menyebabkan harga barang import akan meningkat terutamanya makanan mentah kerana negara masih banyak bergantung dengan negara luar.
“Rakyat tidak akan dapat menikmati harga minyak yang murah hasil dari paras harga minyak mentah yang rendah di pasaran dunia kerana nilai matawang ringgit yang rendah.
“Walaupun bukan faktor yang paling dominan, kejatuhan nilai matawang ringgit menyebabkan rakyat Malaysia menjadi mangsa menanggung harga petrol dan diesel pada harga yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada masa sama, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan bertekad memfailkan Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) untuk mewujudkan Tabung Penstabilan Harga Minyak di Parlimen dalam sesi akan datang.

Kes Justo legakan Umno tapi tak pulih imej 1MDB

A Kadir Jasin
SHAH ALAM -  Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin membidas segelintir elit Umno yang beranggapan tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo oleh polis Thailand membersihkan maklumat buruk mengenai 1MDB.
 
"Walaupun tangkapan Justo oleh polis Thailand mungkin memberi kelegaan kepada Umno elit, ia tidak akan memulihkan keyakinan kepada ekonomi kita," katanya. 
 
Dalam pada itu, Kadir juga berkata, Malaysia berkemungkinan akan menjadi negara yang paling terjejas teruk di kalangan negara-negara Asia dengan kebankrapan negara Greece.
 
Menurut laporan majalah pelaburan Amerika Syarikat, Barron Asia, yang memetik Nomura Securities, selain Hong Kong dan Singapura, Malaysia mempunyai pendedahan terbesar kepada tuntutan bank Eropah.
 
"Ini boleh berlaku jika bank-bank Eropah mengurangkan pegangan hutang Asia mereka untuk membaiki kedudukan kewangan mereka yang disebabkan oleh terkeluarnya Greece dari Zon Euro.
 
Tambahnya lagi, laporan Barron mengatakan, pada akhir tahun lepas, tuntutan hutang bank-bank Eropah di Malaysia, bersamaan dengan 17.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan tempat kedua adalah Korea dengan hanya 8.7 peratus daripada KDNK.

Bingai punya menteri.. Menipu memanjang jilat UMNO sampai mati !!


Bila harga minyak dunia naik IKUT CARTA,
Bila harga minyak dunia jatuh TAK IKUT CARTA..

LAHIRNYA PEMIMPIN BODOH ADALAH HASIL DARI TANGAN2 PENGUNDI UMNO@BN YANG BODOH !!!


Peneroka terima penyata hutang RM146,000, Anak gesa perdana menteri bertindak

Seorang peneroka Felda terkejut apabila menerima penyata hutang sebanyak RM146,502.34 selepas proses penanaman semula ladang kelapa sawitnya yang dibuat melalui syarikat Felda Technoplant Sdn Bhd.

Ia disuarakan anaknya Zurina Amnan melalui akaun Facebook beliau yang kemudiannya mendapat reaksi yang pelbagai dari orang ramai. "Terkejut dan menangis emak saya...

Penyata hutang yang Felda Technoplant bagi semalam, ayah saya berhutang dengan Felda RM146,502.32," tulisnya.

 Katanya, hutang bapanya itu masih sedikit jika dibandingkan dengan hutang para peneroka Felda lain yang terlibat dalam penanaman semula melalui anak syarikat Felda itu selama tiga tahun.

Susulan itu, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan reaksi beliau berhubung perkara itu.

 "Jika perdana menteri prihatin dan menghargai jasa dan pengorbanan para peneroka, beliau boleh umumkan 'hutang peneroka dikaji semula'. Mungkin boleh lakukannya sebagai permulaan kepada insentif Hari Raya.

"Ia akan menjadi hadiah istimewa peneroka menjelang Hari Raya!" kata Mazlan, bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat yang meletakkan jawatan, dalam satu kenyataan. Beliau amat bersimpati dengan apa yang diluahkan Zurina itu, menyatakan beliau dan sudah sekian lama membangkitkan isu yang meninggalkan kesan besar kepada komuniti Felda itu.

 "Hakikatnya, inilah antara isu besar yang saya dan peneroka bangkitkan sekian lama. Saya masih menyimpan begitu banyak resit penyata tanam semula peneroka yang menyatakan kedudukan hutang mereka," kata Mazlan.

Setakat ini, katanya, mengikut rekod beliau, terdapat peneroka yang menanggung hutang tanam semula berjumlah RM157,000. Skim penanaman semula melalui Felda Technoplant itu merupakan antara dasar yang didakwa memberi kesan yang mendalam kepada peneroka Felda.

'Golongan muda UMNO jadi liar bila senior parti gila projek' - Atory

'Golongan muda UMNO jadi liar bila senior parti gila projek' - AtoryKUALA LUMPUR: Golongan muda dalam UMNO berisiko untuk menjadi liar dan tidak mengikut nasihat sekiranya tidak dikawal senior dan veteran di dalam parti.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, tugas memberi petunjuk itu juga dilihat perlu dipikul orang-orang lama selain sentiasa menunjukkan teladan baik kepada golongan berkenaan.

"Seharusnya pihak veteran atau mereka yang berada di peringkat atasan atau pertengahan membimbing anak-anak muda di dalam parti.

"Jangan dibiarkan mereka tidak ada petunjuk, jika tidak mereka akan menjadi liar dan hilang pedoman.

"Seperti anak-anak juga, jika tiada pemantauan, mereka tidak mempunyai contoh rujukan serta bertindak mengikut kemahuan hati," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Ahmad Atory mengulas laporan seorang pengarang sebuah akhbar yang menyifatkan kewujudan orang baharu dalam satu-satu bahagian parti bukan dianggap satu rahmat sebaliknya boleh menggugat kedudukan orang lama.

Kata pengarang itu, sindrom takut kepada bayang-bayang ini turut merebak di peringkat negeri sekali gus dilihat antara faktor perpecahan di dalam parti sendiri.

Mahkamah arah KIAS bayar RM200,000 kepada pegawai yang dipecat oleh Mohd Amar

Mahkamah Perusahaan mengarahkan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) membayar gantirugi sebanyak RM200,000 kepada bekas timbalan pendaftarnya yang dipecat, Che Ibrahim Mohamed.

Hakim Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur, Gulam Muhiaddeen Abdul Aziz yang bersidang di bangunan Perkeso, Kota Baru. memerintahkan Kias, anak syarikat kerajaan negeri Kelantan, membuat pembayaran itu dalam masa 14 hari.

Che Ibrahim merupakan bekas kadi dengan kerajaan negeri Kelantan. Beliau juga timbalan pengerusi PasMa Kelantan dan ketua PAS cawangan Kepala Jambatan, kawasan Tumpat.

Perintah mahkamah itu dikeluarkan susulan tindakan Kias memecat Che Ibrahim berkuatkuasa 1 Februari 2014 lalu melalui surat ditandatangani pengerusinya, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

Mahkamah juga mengarahkan satu testimonial pihak Kias yang memperakukan Che Ibrahim berkhidmat di Kias mulai 1 Januari 2000 hingga 1 Febuari 2014.

"Sepanjang perkhidmatannya di Kias, beliau seorang pegawai yang berkebolehan dalam menjalankan dan melaksanakan tugasan yang diamanahkan oleh pengurusan kolej.

"Pihak Kias mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas perkhidmatan beliau di sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut," kata Gulam dalam penghakiman itu. Che Ibrahim diwakili peguam Raj Kupusamy manakala Kias diwakili Nik Bahrum Nik Abdullah.

Tuduhan aibkan Umno: Nasib Rafizi 29 Julai

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan 29 Julai ini untuk memutuskan sama ada Naib Presiden PKR Rafizi Ramli akan diarah membela diri terhadap pertuduhan mengaibkan anggota Umno.

Hakim Azwarinda Affandi menetapkan tarikh itu setelah mendengar penghujahan berhubung perkara itu di penghujung kes melibatkan anggota Parlimen pandan itu.

Rafizi diwakili oleh Eric Paulsen manakala timbalan pendakwa raya Mohd Azari Harun mewakili pihak pendakwaan.

Rafizi dituduh denggan sengaja mengaibkan dan membangkitkan kemarahan anggota Umno dengan mengaitkan Umno Selangor dengan sebuah insiden keganasan.

Rafizi dituduh melakukan kesalahan bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan pada 4 Februari tahun lalu di pejabat The Edge Malaysia.

Lagi soalan untuk Annuar Musa isu Mara

Annuar Musa 
KUALA LUMPUR - Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW) hari ini mengajukan lagi soalan kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa berkaitan pembelian hartanah di Australia yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Pengarahnya, Akmal Nasir berkata, Annuar ataupun mana-mana pihak yang mempunyai jawapan perlu menjawab kerana isu itu melibatkan kepentingan awam.

"NOW ada soalan cepumas untuk Tan Sri Annuar atau mana-mana pihak jawab. Mengapa Mara meluluskan pembelian 51 Queen Street yang harganya RM18 juta lebih mahal daripada harga pasaran?

"Siapakah yang memiliki 51 Queen Street sebelum Mara Inc (Mara Incorporated Sdn Bhd) membelinya? Dan adakah hartanah keempat iaitu 746 Swanston Street turut melibatkan pembelian pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran?," katanya pada sidang media di pejabat NOW, di sini, hari ini.

Terdahulu, akhbar Australia, The Age mendedahkan anak syarikat Mara itu membida harga lebih tinggi bagi memiliki blok apartmen Dudley International House RM51.5 juta kepada RM65 juta.

Isnin lalu, NOW mendedahkan tiga lagi hartanah yang didakwa dibeli oleh Mara Inc di Melbourne, Australia iaitu 746 Swanston Street, 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street.

Felda Global to BORROW MONEY to buy into Najib crony's firm

Felda Global to BORROW MONEY to buy into Najib crony's firm
KUALA LUMPUR - Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) said it plans to rely mostly on debt to fund its US$680 million (RM2.57 billion) purchase of a 37% stake in Indonesia’s PT Eagle High Plantations, adding that its debt-to-equity ratio would remain at a reasonable level.
“The cost of debt is cheap at the moment. If you’re doing business you make sure you take it at the cheapest rate,” chief executive officer Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah said in an interview.
Shares in Felda have fallen as much as 13% to record lows after announcing the plan on June 12, with analysts and opposition lawmakers voicing concern that the proposed price was too high.
The world’s third-largest palm plantation operator had said earlier it planned to pay for 30% of Eagle High in cash and would issue new shares to acquire the other 7%.
The deal will raise Felda’s debt-to-equity ratio from 0.72 times to 1.1 times if it relies solely on borrowings, but Emir said the level is reasonable for a growing company and still lower than its rivals.
Felda will keep its cash reserves of RM2.9 billion intact so it can keep paying dividends to shareholders, Emir added.

1MDB: A challenge to two Cabinet ministers

Justify your ‘twisted’ logic in open debate
Ahmad Shabery, Rahman Dahlan, 1mdb
By Matthias Chang
Soon after the New Straits Times (NST) reported that one Xavier Justo had been arrested in Thailand for allegedly “blackmailing PetroSaudi International Ltd” (the parent company of a host of other “PetroSaudi” companies incorporated in the Cayman Islands, the British Virgin Islands and elsewhere), Malaysians were bombarded with the twisted logic that in the circumstances, each and every allegation against 1Malaysia Development Berhad (1MDB) and the Jho Low-1MDB ‘consortium’ had no basis whatsoever, because the allegations by Dr Mahathir Mohamad, The Edge newspaper and other critics were based on “fabrications” and “tampered evidence” downloaded from the computers of the PetroSaudi group of companies.
The twisted logic was propagated stridently by a few Cabinet ministers and the Umno Supreme Council.
Take for example:
Urban Wellbeing, Housing and Local Government Minister Abdul Rahman Dahlan, who was quoted as saying that some quarters had used information gathered from the Sarawak Report portal and made excessive speculation on 1MDB issues without knowing the basic truth.
I believe there are many evidence which show that Sarawak Report has falsified the information and has used unethical approach to defame our leadership (sic).”
His accusation is based on his “belief” and not hard evidence. Notably, he has failed to disclose which part of the information referred to by Sarawak Report and/or 1MDB’s other critics has been falsified.
And he is a minister.
Since when has the “belief” of a person been deemed irrefutable evidence? If this minister says that he “believes” that a cow can jump over the moon, must it be so? Must we accept his belief as correct?
What else do we need to say about this minister?
Then, we have another questionable statement by another minister.
Communications and Multimedia Minister Ahmad Shabery Chik said that people should verify news which they read on the Internet before jumping to conclusions.
Why should people only verify news from the Internet and not the mainstream media? Is this minister implying that the mainstream media tells the truth, the whole truth and nothing but the truth, and never publishes falsehoods and lies?

AMK: Apa status penjualan tanah TH di TRX?

Orang ramai terutamanya para pendeposit perlu diberikan penjelasan mengenai status penjualan tanah TRX.
fahmi-fadzil 2
PETALING JAYA: Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Fahmi Fadzil mempersoalkan langkah Lembaga Tabung Haji (TH) yang mengambil sikap berdiam diri berhubung isu penjualan tanah di Tun Razak Exchange (TRX).
Menurut beliau, meskipun perkara itu telah dua bulan berlalu tetapi sehingga kini belum ada sebarang penjelasan lanjut dibuat oleh pihak berkenaan mengenainya.
“Apakah sudah berlaku U-turn (pusingan U) dalam keputusan lembaga? Jika ya, rakyat Malaysia wajib diberi penjelasan kenapa Abdul Azeez boleh berkata satu keputusan tentang pembeli akan dibuat sekitar hujung bulan Mei,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sebelum ini, Abdul Azeez yang merupakan Pengerusi TH menerusi satu kenyataan berkata, tanah seluas 0.66 hektar di TRX yang dibeli oleh TH daripada Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menerima tiga tawaran pembeli yang berminat.
Salah satu pihak telah menawarkan harga RM188.5 juta iaitu harga yang dibayar oleh Tabung Haji untuk membeli tanah itu daripada 1MDB.
Sehubungan itu, Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak agar TH memperjelas perkara itu kepada rakyat khususnya kepada para pendeposit badan itu.

Rakyat Malaysia tidak mampu depani tekanan GST


Tabung Haji teliti dua tawaran beli tanah 1MDB

Tokoh Wartawan: Tahanan Justo helah elak isu 1MDB

'K'jaan tak sensitif, 2 kali naikkan harga minyak' - Dr Hatta

Cara kerja bani ketuanan melayu....


Siapa untung bila MARA terlebih bayar RM 18juta untuk hartanah ketiga di Melbourne?


'Menuju ke arah parti baru Islam progresif '

NGO dakwa MARA telebih bayar satu lagi hartanah

Menipu makanan ruji dalam UMNO !!!

Akan kami ingat sampai UMNO/BN terkubur pupus 

Tiba-Tiba Serah Pada Pam Buat Pengumuman, Bagaimana Jika Harganya Turun Nanti?

Mulai malam tadi ramai yang bersungut dengan kenaikan harga minyak yang diputuskan oleh kerajaan. Kenaikan 10 sen bagi petrol Ron 95 dan 20 sen bagi Ron 97 menjelang sambutan Aidilfitri kira-kira dua minggu lagi menunjukkan kerajaan seolah-olah tidak memperdulikan langsung denyut nadi rakyat.

Kenaikan ini bukan saja akan menyebabkan semua pembelian untuk sambutan Hari Raya nanti akan meningkat harganya, bahkan harga makanan, kuih muih dan juadah berbuka puasa di bazar-bazar juga pasti akan mengalami kenaikan harga bermula seawal petang ini lagi.

Kalau pun ada yang menjual dengan harga yang sama, tentulah juga saiz, berat atau rasanya akan berbeza berbanding sebelumnya.

Ini adalah perkara normal bagi peniaga. Apabila mereka membeli bahan mentah dengan harga yang lebih mahal, maka terpaksalah pula menjualnya dengan harga lebih mahal atau dikurangkan saiz, berat dan rasanya.

Persoalannya, tidak bolehkah kerajaan menangguhkan kenaikan itu demi memberi keselesaan kepada rakyat menyambut Aidilfitri?

Belum hilang rasa terbeban dengan cukai GST, kenaikan harga minyak ini umpama beban baru bagi rakyat. Ada juga yang bingung dengan kenaikan ini sedangkan harga minyak mentah dunia sedang mengalami penurunan ketika ini.

Apakah kerajaan benar-benar tiada wang sehingga terpaksa meletakkan beban silih berganti ini kepada rakyat? Atau ini barangkali makna sebenar slogan rakyat didahulukan?

Ada juga berkata, jika ada pilihanraya kecil sudah tentu kenaikan ini tidak akan berlaku dan pelbagai retorik akan didengar untuk mengekalkan harga minyak itu.

Kenaikan harga minyak kali ini juga berbeza berbanding sebelumnya kerana tiada lagi pengumuman awal sebagaimana yang biasa dilakukan kerajaan sebelum ini

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek berkata, kerajaan membuat keputusan untuk tidak lagi membuat pengumuman awal berkenaan kenaikan petrol dan diesel pada setiap hujung bulan seperti kebiasaannya.

S’gor tawar perkhidmatan bas percuma di tiga bandar

Rafizi: RON95 sepatutnya turun, bukan naik

Kes tangkapan 79 aktivis anti-GST ditunda 13 Ogos

Kadir: Tahan Justo hanya satu helah

Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin berkata penahanan bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI), Xavier Justo hanyalah satu helah untuk mengelak perhatian kepada isu 1MDB.

Katanya, pemimpin Umno mungkin suka dengan penahanan warga Switzerland itu, namun tidak membantu memulihkan keadaan ekonomi negara yang terjejas dengan hutang 1MDB.

"Penahanan bekas eksekutif PSI, Justo oleh polis Thai mungkin mencetus kegirangan di kalangan elit Umno, tetapi ia tidak membantu meningkatkan keyakinan dalam ekonomi kita.

"Ada yang kata, ia sengaja dibuat-buat – satu helah untuk mengalihkan perhatian kita daripada isu 1MDB,” katanya dalam satu tulisan di blog kadirjasin.blogspot.com

Bekas ketua pengarang kumpulan NSTP itu turut menimbulkan kebimbangan bahawa Malaysia mungkin terjejas teruk dengan kebankrapan negara Greece.

Ini kerana, Malaysia, selain Hong Kong dan Singapura, akan terdedah kepada tuntutan bank Eropah, jelasnya.

“Ini boleh berlaku jika bank Eropah mengurangkan pegangan hutang Asia untuk membaiki imbangan akaun mereka, akibat penyingkiran Greece (Grexit) dari Euro Zone,” katanya.

Beliau berkata demikan dengan merujuk kepada satu laporan majalah pelaburan Barron's Asia berhubung krisis kewangan Greece.

Penarafan kredit Fitch ‘stabil’ bukan kejayaan untuk Putrajaya, kata PKR

Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata penarafan negara tidak akan benar-benar bertambah baik sehingga Putrajaya serius memerangi rasuah serta pembaziran, selepas Fitch kekal meletakkan kredit Malaysia pada A-. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Julai, 2015. 
Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata penarafan negara tidak akan benar-benar bertambah baik sehingga Putrajaya serius memerangi rasuah serta pembaziran, selepas Fitch kekal meletakkan kredit Malaysia pada A-. 

Penarafan negara tidak akan benar-benar bertambah baik sehingga dan hanya jika Putrajaya serius memerangi rasuah serta pembaziran, kata PKR hari ini selepas Fitch kekal meletakkan kredit Malaysia pada A-. Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata, dalam tempoh itu pembangkang akan terus memantau dan memerangi rasuah, dengan kontroversi terbaru membabitkan pembelian terlebih mahal hartanah di Melbourne oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan skandal kewangan syarikat kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
“Kes seperti yang terkini hartanah Mara di Australia dan kewangan antarabangsa 1MDB terus menjadi masalah dalam ekonomi dan pentadbiran negara secara keseluruhannya,” kata Wong dalam satu kenyataan, hari ini.

Wong berkata, memandangkan peranan utama Fitch adalah untuk melihat keupayaan peminjam untuk menyelesaikan pinjamannya, penilaiannya bukan sokongan kepada pemerintahan baik oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sebaliknya, beliau berkata Fitch berkata kedudukan fiskal Malaysia terus lemah. Katanya, penilaian itu bukan ‘ucapan tahniah’ untuk Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Kos pinjaman kekal pada A-, dengan penambahbaikan kecil pada ramalan daripada negatif kepada stabil.
“Dalam kata lain, kerajaan Umno-BN secara berkesan mengelak hutang, tetapi ia masih jauh untuk pulih daripadanya,” katanya.

Minyak naik, "duit raya" oleh kerajaan BN kepada rakyat.


Rafizi: Kerajaan patut turun harga minyak ketika harga minyak dunia turun

Rafizi PCKeputusan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk menaikkan harga minyak sebanyak 10 sen bagi RON95 dan 20 sen bagi RON97 menunjukkan jemaah menteri yang ada sudah terpisah sepenuhnya dari suara hati rakyat di bawah. Kenaikan harga minyak ini berlaku pada kala rakyat sudah pun terbeban dengan kenaikan harga barang terutamanya akibat GST.
Semakan harga minyak mentah dunia bagi sepanjang bulan Jun 2015 menunjukkan penurunan dari harga sekitar USD66 setong pada awal Jun kepada harga sekitar USD62 setong di akhir Jun. Semakan harga RON95 yang dipadankan kepada harga minyak mentah juga menunjukkan bahawa harga RON95 ditetapkan pada RM1.70 seliter bagi Februari 2015 pada kala harga minyak mentah dunia sekitar USD60 setong.
Ini bermakna apabila harga minyak mentah dunia menurun ke arah paras USD60 setong seperti yang berlaku di akhir Jun, harga RON95 sepatutnya diturunkan ke arah paras RM1.70 seliter. Sebaliknya, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga RON95 yang bertentangan dengan paras harga minyak mentah dunia.
Saya telah berulang-ulang kali menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Razak mesti menangani masalah kejatuhan nilai matawang ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat dengan segera dan berkesan kerana kejatuhan itu membebankan rakyat melalui 2 cara iaitu:
1) Harga barang import akan meningkat terutamanya makanan mentah kerana negata masih banyak bergantung kepada import
2) Rakyat tidak akan dapat menikmati harga minyak yang murah hasil dari paras harga minyak mentah yang rendah di pasaran dunia kerana nilai matawang ringgit yang rendah
Walaupun bukan faktor yang paling dominan, kejatuhan nilai matawang ringgit menyebabkan rakyat Malaysia menjadi mangsa menanggung harga petrol dan diesel pada harga yang lebih tinggi. Kegagalan menangani kejatuhan nilai matawang ringgit ini adalah tanggungjawab Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan.

Tubuh Tabung Penstabilan Harga Minyak dan kembalikan subsidi

KUALA LUMPUR 1 JULAI: Ekoran kenaikan harga minyak berkuatkuasa tengah malam tadi, kerajaan sekali lagi digesa supaya mewujudkan Tabung Penstabilan Harga Minyak.
Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, mekanisme tabung seperti ini sudah menjadi keperluan mendesak kerana keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengekalkan subsidi minyak.
Susulan itu, Ahli Parlimen Pandan itu akan memfailkan rang undang-undang persendirian pada sidang Parlimen akan datang untuk mewujudkan tabung berkenaan. 
“Saya menyeru supaya rakan-rakan Ahli Parlimen dari Barisan Nasional juga menyokong rang undang-undang persendirian ini kerana ia menyentuh kebajikan rakyat terbanyak.
“Saya juga akan duduk dengan pelbagai kumpulan termasuk NGO untuk menggerakkan satu kempen mendesak agar subsidi minyak dikembalikan.
“Saya yakin Datuk Seri Najib hanya takut dengan gelombang bantahan rakyat dan jika bantahan itu jelas, beliau akan terpaksa mengembalikan subsidi minyak untuk meringankan beban rakyat,” kata Rafizi dalam kenyataan.
Beliau turut mengulangi gesaan supaya kerajaan mengekalkan subsidi minyak, walaupun dalam bentuk yang berbeza dari amalan sebelum ini.
Sebelum ini, Rafizi yang juga Setiausaha Agung KEADILAN mencadangkan kerajaan perlu memberi subsidi sekurang-kurangnya 30 sen seliter bagi mengambil kira perubahan kadar mata wang dan faktor-faktor lain.
“Anggaran saya jika subsidi 30 sen seliter bagi setiap pembelian petrol atau diesel ini diperkenalkan, Kerajaan Persekutuan menanggung sekitar RM7 bilion subsidi setahun.

RMK11 bakal beri lebih kuasa kepada majikan, pekerja diperah

Majikan dijangka akan lebih mudah mengambil dan memecat pekerja di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), apabila undang-undang berkaitan dipinda, yang akan menggembirakan komuniti perniagaan tetapi menggerunkan kalangan kesatuan kerana ia melemahkan keupayaan pekerja untuk tawar menawar dengan majikan mereka.

Menurut Bab 5 RMK11 bertajuk "Meningkatkan modal insan untuk negara maju", undang-undang akan dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan pasaran buruh.

Teks RMK11 jelas menyatakan pindaan akan dibuat terhadap Akta Pekerjaan 1955, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967, undang-undang yang mentadbir hubungan pekerja-pembayar gaji selama lebih 5 dekad.

 Laporan itu menyatakan pindaan kepada undang-undang perhubungan buruh akan “menangani ketegaran proses pemecatan sedia ada” dan “menyelesaikan pertindihan dan percanggahan peruntukan serta meningkatkan fleksibiliti waktu bekerja dan pendaftaran keahlian kesatuan sekerja”.

Walaupun Kementerian Sumber Manusia yang ditugaskan meminda undang-undang itu masih belum mengumumkan secara spesifik pindaan yang akan dibuat, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) memberi beberapa tanda berhubung apa yang mampu mereka kawal.

Senarai hasrat MEF Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan berkata sebelum RMK11 dimuktamadkan, persekutuan itu menghantar kertas cadangan kepada Unit Perancang Ekonomi mengenai harapan majikan dalam rancangan itu.

Ahli MEF terdiri daripada kira-kira 5,000 syarikat dan 22 persatuan perdagangan. Antara lain, ia mencadangkan pekerja perlu dibenarkan mengheret majikan ke mahkamah jika pemecatan mereka tidak berkait dengan salah laku.

Mara terlebih bayar RM18 juta hartanah ketiga di Australia, kata badan pemantau

.Badan pemantau National Oversight and Whistleblowers (NOW) hari ini mendakwa Majlis Amanah Rakyat (Mara) terlebih bayar sebanyak RM18 juta dalam pembelian hartanah ketiga di Melbourne.

Ini bermakna badan itu setakat ini terlebih bayar sekurang-kurangnya RM66 juta bagi pembelian hartanah di Australia, kata Pengarah NOW, Akmal Nasir.

Akmal berkata, Mara Inc membayar A$22 juta hanya beberapa bulan selepas pembeli yang tidak dinamakan membeli hartanah di 51 Queen Street itu, pada harga A$16.65 juta.

Ia melibatkan perbezaan harga RM18 juta, selain RM14 juta yang Mara didakwa juga terlebih bayar dalam pembelian The Dudley House, dan hampir RM30 juta untuk hartanah di 333 Exhibition Street, katanya.

"Bukti yang diberikan setakat ini menunjukkan terdapat satu modus operandi yang sistematik, dan NOW yakin ada unsur jenayah pecah amanah di sini," kata Akmal pada satu sidang media hari ini.

Akhbar Australia The Age sebelum ini mendakwa perbezaan harga dalam pembelian Dudley itu diambil sebagai wang sogokan oleh beberapa pegawai kanan Mara.

Greece menuju negara bankrap, rakyat berdemo

Kadir: Greek exit adds to M’sia’s woes

External events starting with Greece’s debt burden are adding to Malaysia's internal woes.
kadir-jasin_malysia_1mdb_Justo_600
KUALA LUMPUR: Muslims believe that Ramadan is a blessed month. “But even during this ‘barakah’ month of Ramadan, we appear not to be blessed,” said a veteran newsman in his latest blog posting.
The arrest of a former PetroSaudi International (PSI) director, Xavier Andre Justo (XAJ), by the Thai police might have caused elation among the Umno elite but it does nothing to shore up confidence in the economy. “Some say it’s a put on, a ruse to throw us off the 1MDB track.”
“We are still grappling with old issues, the likes of 1MDB, the FGV, the PPFI, the SRCI, low commodity prices and the outflow of funds. All these have been dampening the economy and dragging down the ringgit,” said former New Straits Times Group Editor in Chief Kadir Jasin.
The pump price of RON95 has just gone up another 10 sen to RM2.15 per litre and RON97 up by 20 sen to RM2.55, he added. “Diesel remains unchanged at 2.05. Is this considered a blessing?”
Elsewhere, he reminded about the attempt to use Tabung Haji to extend a lifeline to the debt-ridden 1MDB and the decimation of Felda Global Ventures (FGV) share prices. “By the way, has Tabung Haji Chairman Abdul Azeez Abdul Rahim been able to sell the pilgrimage fund’s Tun Razak Exchange (TRX) land at a profit as he had promised months ago?,” he asked. “He then said buyers were lining up to buy the land to give a profit of RM5 million within a week of Tabung Haji buying the 1MDB land.”
More recently, he added, the people were made aware of the Ministry of Finance-owned Pembinaan PFI’s RM27 billion borrowing from the Employees Provident Fund (EPF), the life savings of private sector workers, and SRCI’s RM4 billion borrowing from KWAP, the retirement fund.
As if these were not enough, warned Kadir, the external factors are also acting against Malaysia.
Greece has to default on its external debts and will most likely exit the Euro, he predicts.
What is Greece to us?
Literally nothing!

Bank Negara perlu SANGGAH kenyataan 1MDB yang timbulkan keadaan PANIK


Oleh Zainuddin Maidin 

Dalam keadaan orang pantas percaya kepada pekara-pekara yang negatif, maka kenyataan 1MDB bahawa serangan berterusan Tun Mahathir terhadapnya telah menyebabkan kerosakan ekonomi, boleh menimbulkan keadaan panik di kalangan orang ramai.
Bank Negara sewajarnya mengeluarkan suatu kenyataan segera untuk menjelaskan kedudukan sebenar ekonomi negara untuk mengawal kesan buruk dari kenyataan agensi kerajaan sendiri.
Jika kenyataan ini diharapkan oleh 1MDB akan menyebabkan orang mengalih tuduhan kepada Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir maka ini adalah perhetongan perang sarap yang tersesat.
Tun berada pada kredebeliti yang tinggi dan popularti Najib diperingkat yang terendah sekalipun beliau telah berusaha untuk kelihatan berada setiap hari di Pasar Ramadhan dan menunjukan kemanusiaan yang tinggi sehingga pada banduan Anwar Ibrahim.(Banduan bukan VIP tidak dapat layanan seperti ini. Jadi macam mana orang nak percaya penapian pihak penjara tiada layanan istemewa )
Di majlis more di surau-surau dan juga di kedai -kedai mamak selepas sembahyang trawikh pekara utama yang dibincangkan orang ramai yang tidak bagitu memahami ekonomi ialah soal ekonomi dan yang terkini ekonomi rosak kerana Tun Mahathir dan 1MDB.
Penyelesaian bagi mereka mudah sahaja. Jangan belanja wang,jimat cermat( minum teh tarik kedai mamak tak apa) yang tentunya akan membantut hasrat kerajaan untuk menggiatkan ekonomi dengan menggalakan penggunaan termasuk wang pemberian BRIM.
Kenyataan 1MDB itu yang mengakui serangan Tun Mahathir terhadapnya telah membantut pengurusan perniagaannya dan merosakan ekonomi negara tambah meyakinkan rakyat kerana mereka berada dalam keadaan yang meyakinkan mereka; kenaikan harga minyak,kesan GST yang masih belum terkawal,kenaikan harga ayam dan penangguhan pemilihan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Bibit-bibit keruntuhan ekonomi sebuah negara

ISLAM menggariskan tiga faktor utama yang menjadi punca keruntuhan sesebuah ekonomi iaitulah riba, tipu dan makan harta orang lain secara jalan batil.

Hari ini telah disaksikan, keruntuhan ekonomi berskala besar telah berlaku ke atas sebuah negara Eropah, Greece dari akibat riba yang diharamkan Allah SWT. Bibit-bibit keruntuhan ekonomi jahiliyah kini sedang bermula sebagaimana jatuhnya kuasa kapitalis, sosialis dan komunis.

Tidak mustahil esok dan lusa perkara sama boleh berlaku ke atas negara kita sekiranya kerajaan yang memerintah tidak berpegang kepada sistem ekonomi Islam digariskan Allah SWT.

Kerana ketiga-tiga faktor keruntuhan dan kezaliman ekonomi tersebut sememangnya lengkap menjadi amalan Malaysia sejak sekian lama. Riba, penipuan dan mengambil harta rakyat di atas jalan yang batil berlaku secara berleluasa.

Hari ini satu lagi malang menimpa rakyat negara ini apabila bahan bakar utama yakni petrol dinaikkan 10 sen dan 20 sen seliter. Kenaikan harga minyak ini bakal mencekik leher rakyat atas kesan berangkai peningkatan harga barangan yang pasti berlaku selepas ini.

Rakyat kekal menjadi mangsa yang dibebankan setelah pelaksanaan GST menghimpit kehidupan mereka. Kerajaan yang terperuk oleh pemikiran jahiliyah melihat kaedah seperti itu sebagai usaha menyelamatkan ekonomi. Walhal itulah keruntuhan diperingkat dasar yakni rakyat, sebelum ia merudumkan seluruh ekonomi negara.

Tugas saya bercakap buat Bangsa Johor, titah TMJ

Tengku Mahkota Johor mempunyai satu prinsip – baginda bukan boneka. Dan oleh itu baginda akan bersuara apabila dirasakan perlu.

Pada 5 Jun lalu, beliau memuat naik sebuah tulisan berkaitan dialog terus terang Nothing to Hide 1MDB, yang mengundang reaksi keras daripada menteri pusat.

Tulisan baginda juga menarik perhatian luar biasa orang ramai, terutamanya di kalangan pengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malaysiakini mengadap Tunku Ismail Sultan Ibrahim di sebuah hotel mewah di Johor Bahru bagi mendapatkan jawapan apa sebenarnya yang mendorong baginda bersuara mengenai kegagalan Najib hadir dalam acara itu.

Bagaimanapun, di sebalik segala perhatian diberikan, baginda tampil sederhana dan rendah diri, seperti penampilan sederhananya dalam wawancara itu – dengan kemeja T tanpa kolar dan cuma seluar sukan.

Baginda percaya rakyat Malaysia memandang serius kenyataannya bukan kerana sosok baginda tetapi idea yang dikemukakan.

“Ia idea bagaimana mempertahankan apa yang benar. Saya tidak serang sesiapa; saya hanya nyatakan pandangan tentang peranan, tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin sebab rakyat pilih kamu,

“Dan kamu kena faham bahawa peranan ahli politik untuk berkhidmat kepada rakyat,” titah baginda.

Bagaimana masa hadapan kita di bawah kerajaan baru?

oleh Ahmad Mustapha Hassan
Pengkritik, penulis dan yang lain-lain yang berpusat kepada kepentingan kaum akan sentiasa mengemukan soalan ini: apakah akan terjadi kepada orang Melayu apabila kerajaan baru mengambil alih atau apakah yang akan berlaku kepada orang Cina dan India. Persoalan ini selalu ditanya dalam baur perkauman.
Tidak pernah mereka terfikir untuk bertanya apakah yang akan berlaku kepada seluruh rakyat Malaysia apabila wujudnya perubahan kerajaan. Memandangkan kita mengamalkan sistem demokratik, kerajaan baru yang dipilih pastinya mendapat sokongan rakyat. Dalam kata lain rakyat percaya kerajaan baru akan membawa kehidupan yang lebih baik untuk mereka.
Salah untuk menyamakan komuniti etnik kepada seorang individu. Komuniti bukanlah entiti homogenus yang tetap. Ia terdiri daripada kelas ekonomi dan budaya yang berbeza. Secara alamiahnya ia  pelbagai dalam satu kumpulan.
Langkah ekonomi yang diambil oleh Kerajaan Perikatan, selepas mereka mengambil alih negara ini dari British pada 1957, hanya memanfaatkan industri biji timah dan getah. Hanya mereka yang tergolong dalam kumpulan ini meraih manfaat daripada usaha ekonomi kerajaan ketika itu. Rakyat yang lain kekal sepertimana mereka berada dalam jajahan British.
Hanya apabila tragedi melanda negara pada 1969, barulah perubahan bersungguh-sungguh mahu dilakukan. Tetapi sekali lagi bukan semua menerima manfaat daripada rancangan baru ini. Tindakan afirmatif yang dijalankan oleh kerajaan hanya memberi manfaat kelompok atas orang Melayu dalam masyarakat.
Boleh dikatakan yang komuniti orang Melayu terbahagi kepada tiga kelas. Kelas atas terdiri daripada golongan aristokrat, birokrat tertinggi dan kelas perniagaan tajaan kerajaan dan kelas menengah terdiri daripada golongan birokrat menengah dan profesional sementara kelas rendah yang paling ramai terdiri daripada petani, pekerja dan peniaga kecil.
Jadi apabila merujuk kepada perubahan kerajaan, ia perlu mencerminkan kelas mana akan memberi manfaat dan kelas mana yang akan rugi. Untuk seketika hanya kelas atasan masyarakat menerima manfaat daripada agenda ekonomi kerajaan Umno Baru.
Selebihnya untuk yang lain, kemanisan diberi dalam bentuk imbuhan. Dan itulah sebenarnya agenda kerajaan Umno Baru.
Mereka tidak mempunyai dasar jangka panjang untuk mengubah struktur masyarakat yang akan memastikan serakan  manfaat yang lebih saksama.

Rakyat Malaysia buat aduan di Australia siasat Mara beli hartanah

Sekumpulan rakyat Malaysia yang tinggal di Australia akan melaporkan aduan kepada pihak berkuasa di sana susulan tindakan Majlis Amanah Rakyat (Mara) membeli blok pangsapuri di Melbourne.

Kumpulan itu, Saya Anak Bangsa Malaysia in Australia (SABM Australia), berkata aduan dibuat kepada Lembaga Semakan Pelaburan Asing (FIRB), Bank Rizab Australia dan Pejabat Percukaian Australia.

SABM Australia berkata FIRB patut menyiasat pemilikan asing dan Bank Rizab perlu siasat bagaimana wang berjuta dolar yang dikatakan sebagai rasuah boleh dikirim ke luar negara dengan begitu mudah.

 “Dengan sokongan Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) di Malaysia, SABM Australia akan melaporkan aduan kepada pihak berkuasa berkenaan di Australia untuk menyiasat dengan segera,” katanya.

Kumpulan itu berkata, jika dakwaan itu dibuktikan benar, “pegawai rasuah dan wang haram mereka” menyebabkan harga hartanah Australia meningkat.

“Ini menyokong kebimbangan Bendahari Persekutuan Australia Joe Hockey mengenai wang asing masuk ke pasaran hartanah yang sedia tinggi hingga menyebabkan Hockey menggesa siasatan lebih ketat dibuat terhadap pelabur asing pada awal tahun ini,” katanya.

Mereka berkata siasatan Australia sangat penting kerana pihak berkuasa Malaysia nampak seperti tidak berminat menyiasat kes itu. Ia memetik sebagai contoh kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata polis tidak akan menyiasat Mara pada masa ini kerana belum ada elemen pecah amanah ditemui.

 “Ini amat mengejutkan kerana ia bukan hanya persoalan mengenai pecah amanah. Pihak terbabit jelas dituduh melanggar undang-undang anti penggubahan wang.

 “Sungguh mengagumkan apabila polis Malaysia begitu tergesa-gesa isytihar mereka tidak akan terbabit dalam siasatan itu tanpa terlebih dulu melihat kepada sudut penggubahan wang haram,” kata SABM Australia.

PAS selepas muktamar ke-61 kembali ke belakang

Minda Jentayu

Jika kita menggunakan istilah “Leadership of the Clergy” untuk merujuk kepada amalan kepimpinan PAS,  ia mungkin akan dirasakan janggal. Bunyinya seolah-olah satu konsep yang diambil dari agama lain di mana wujudnya pembahagian diantara golongan “clergy” dan golongan “lay” atau orang-orang biasa. Namun, itulah hakikat konsep kepimpinan ulama.  Ia sangat asing pada Islam dan sebenarnya lebih hampir pada fahaman sekular yang membahagikan di antara urusan agama dan duniawi. Ia seolah satu langkah ke belakang atau “rollback’ yang akan memundurkan PAS.
Namun, implikasi dari perkembangan yang berlaku pada Muktamar PAS ke 61 bukan sekadar satu perubahan semantik semata-mata. Ia juga mempunyai implikasi strategik yang  amat ketara.  Malahan, ia merupakan kemuncak strategi membina kembali  “containment” pengaruh PAS dan melemahkan Pakatan Rakyat.
Sebelum PRU 1999, pengaruh PAS dilhat sebagai terbatas. Prestasi pemimpin-pemimpin PAS di luar Kelantan amat tidak menentu. Adakalanya menang dan adakalanya kalah dalam pilihanraya.  Bagi Umno, PAS diterima sebagai “necessary evil”.

Dengan adanya PAS, Umno dapat memaparkan dirinya sebagai golongan sederhana.  Dalam konteks hubungan antarabangsa, PAS boleh digunakan sebagai jembalang untuk mengingatkan pengkritik, sekiranya Umno lemah Malaysia akan jatuh kepada golongan fundamentalis agama.  Pendekatan strategik  yang digunakan dalam menanggani PAS ialah pendekatan “containment”. Biarkan PAS bertapak di kawasan-kawasan tertentu, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur. Biarlah PAS wujud dalam  “sphere of influence” yang terbatas dan terbendong ini. Prestasi ulama PAS pula tidaklah begitu memberansangkan. Walau pun mampu memberi ceramah dan pidato berapi-api serta mengistiharkan berbagai hukum, mereka umumnya tidak berkesan dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Kebanyakan mereka tidak mampu membahaskan isu-isu dasar dengan berkesan. Kalau ada pun, sekadar membuat saranan umum memgenai perlu kembali kepada Islam, perlu ikut sistem ekonomi dan pendidikan Islam tetapi tidak melebihi dari itu.
Dalam isu-isu berkaitan dasar fiskal, mengenai strategi merubah ekonomi Malaysia dari ekonomi yang dipacu pelaburan kepada ekonomi yang dipacu inovasi dan bagaimana meningkatkan pelaburan, golongan ulama umumnya mati punca. Demikian juga, apabila muncul skandal-skandal mega golongan ini juga kelihatan ibarat rusa sesat di tengah pekan. Sama ada skandal BMF, Maminco, Perwaja atau skandal spekulasi matawang Bank Negara yang berlaku 20-30 tahun dahulu mahupun skandal-skandal yang mutakhir seperti skandal PKZ, MAS, 1MDB dan NFC, golongan ulama nyata tidak dapat menguasai isu-isu semasa ini.  Mereka lebih selesa membisu dalam isu-isu sebegini.
Umno menganggap adalah memadai dengan pendekatan “containment” terhadap PAS. Ini berlarutan sehinggalah dua perkembangan yang membimbangkan Umno. Pertama ialah perkembangan politik selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari kerajaan pada tahun 1998. Ia menyaksikan lonjakan aktivitisma politik di kalangan rakyat Malaysia.
PKR masih belum wujud, ramai di antara aktivis Melayu menyertai PAS. Ini termasuklah golongan professional.  Penyertaaan mereka ini membawa beberapa perubahan penting kepada PAS. Golongan ini lebih canggih dari segi pemikiran politik dan keupayaan menanggani isu-isu semasa.  Mereka dapat mengolah isu dan idea dalam bahasa dan gaya yang mempunyai daya tarikan kepada golongan kelas pertengahan Melayu. Golongan ini juga selesa menjalinkan hubungan  dengan golongan bukan Islam, sama ada dengan DAP atau NGO-NGO yang turut disertai bukan Islam. Golongan ulama sebaliknya lebih bersikap “insular”. 

'Menuju ke arah parti baru Islam progresif ' - Faiz Fadzil

Ekoran ketidaktentuan mengenai masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat, anak seorang bekas presiden parti itu berharap parti baru jika diwujudkan, akan menerima orang Islam dan bukan Islam sebagai ahlinya - selagi mereka menyokong dasar perjuangan Islam dan dibenarkan untuk mengundi dalam parti itu.

Harapan ini disuarakan oleh Faiz Fadzil, 38, anak kepada Allahyarham Datuk Fadzil Noor, yang menjadi presiden PAS sesi 1989-2002.

"Bagi saya, dasar perjuangan Islam mesti ada, dan ia lebih bersifat pragmatik, progresif dan inklusif semua kaum. Tidak ada paksaan untuk memeluk Islam tapi ada individu yang melihat kepada baiknya Islam dan dia boleh sertai (parti baru itu)," katanya.

Menurutnya, Islam adalah sebuah agama yang lengkap dan harus melihatnya dalam konteks pentadbiran, keadilan, urus tadbir yang baik dan kebajikan rakyat dan bukan semata-mata hudud.

"Bagi ahli-ahlinya, ia mestilah inklusif dan buka keahlian kepada umat Islam, dan bukan Islam yang menyokong dasar perjuangan Islam. Sebelulm ini PAS pun buka DHPP, satu sayap yang menyokongnya (tapi), ia tak buka keahlian.

Greece terlepas 'deadline' bayar hutang IMF

Greece
GREECE dilaporkan telah melepasi tarikh akhir untuk ‎menjelaskan hutang negaranya sebanyak. €1.6 bilion kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), selepas menteri zon euro enggan melanjutkan hutang atau jaminan keluar (bailout) mereka.
 
Tetapi para menteri itu berkata, mereka akan membincangkan cadangan saat akhir dari Greece bagi program bailout baru, lapor BBC.

Greece merupakan negara maju pertama yang gagal membayar balik pinjaman kepada IMF dan kini secara rasmi tertunggak. 

Terdapat kebimbangan bahawa keadaan ini boleh meletakkan Greece berisiko tidak lagi akan menggunakan matawang euro.
 
Sementara itu, IMF mengesahkan Greece gagal untuk membuat pembayaran, tidak lama selepas 22:00 GMT pada Selasa.
 
"Kami telah memaklumkan kepada Lembaga Eksekutif kami bahawa hutang Greece kini tertunggak dan hanya boleh menerima pembiayaan IMF hanya selepas tunggakan dijelaskan," kata jurucakap IMF, Gerry Rice.
 

Pakatan dijangka kalah jika pilihanraya mengejut di Selangor, PAS mungkin ‘lenyap’ - DAP



tony pua

KUALA LUMPUR, 1 JUL – Sekiranya pilihanraya mengejut diadakan di Selangor, Pakatan Rakyat dikhuatiri tewas, namun PAS kalah teruk, tidak akan mendapat sokongan dan akhirnya lenyap dari peta politik Selangor.
Demikian bacaan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam analisanya terhadap permasalahan yang sedang melanda pentadbiran negeri itu.
Senario itu digambarkan seandainya kemelut jawatan Menteri Besar Selangor tidak mencapai penyelesaian serta kemungkinan berlakunya pilihanraya negeri dengan jangkaan kemerosotan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.
“Jika DAP dan PKR mahu menggantikan Tan Sri Khalid, manakala PAS mahu mengekalkan beliau dengan sokongan UMNO, Dewan Negeri akan terbelah dua tanpa majoriti jelas,” katanya dalam kenyataan awal pagi tadi.
“Dalam keadaan sedemikian, Tan Sri Khalid mungkin akan meminta supaya pilihanraya diadakan di Selangor,” ujar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Jika pilihanraya mengejut diadakan, parti-parti komponen Pakatan Rakyat dijangka akan mengalami kekalahan; namun parti yang paling teruk terjejas ialah PAS.
Menurut beliau sekiranya PKR dan DAP mengalami kemerosotan sokongan 3% undi Melayu dan 10% undi bukan Melayu, kedua-duanya dijangka kehilangan kerusi di Batu Tiga, Ijok, Kota Anggerik, Taman Medan dan Pelabuhan Klang di pihak PKR; manakala Kuala Kubu Baru dan Sungai Pelek bagi DAP.
Kerusi Pelabuhan Klang adalah kerusi yang disandang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Minyak naik: Kerajaan dera rakyat sebelum Aidilfitri


KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno BN disifatkan mendera rakyat khususnya umat Islam yang bakal menyambut 1 Syawal dengan hadiah kenaikan harga minyak berkuatkuasa 1 Julai (hari ini).

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Riduan Mohammad Nor berkata, kenaikan pada kali ini selepas kenaikan beberapa  bulan lalu adalah satu siri penderaan melampau oleh kerajaan yang tidak prihatin dengan masalah rakyat.

Bercakap kepada Harakah 30 Jun lalu, beliau berkata PAS kesal dengan keputusan kenaikan ini kerana rakyat sebenarnya sudah terlalu terbeban dengan himpitan kos hidup selepas 1 April dengan pelaksanaan GST.

"Kos hidup meningkat sedangkan kerajaan langsung tidak memberi apa apa bantuan khususnya kepada kakitangan awam. Bantuan raya RM500 hanya apa sangat yang boleh dibuat khasnya kepada mereka yang ramai anak.

"Selepas beri RM500 bantuan kakitangan awam beraya, kerajaan kutip semula dengan kenaikan harga minyak. Satu tangan memberi satu lagi tangan ambik semula," kata beliau lagi.

Sambil menyifatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terlalu boros dengan pembaziran dan projek yang gagal, Dr Riduan berkata kini semua kegagalan kerajaan mengurus kewangan negara dibebankan kepada rakyat dengan kenaikan harga minyak, GST dan pelbagai kenaikan caj perkhidmatan lain.

Janji autonomi tidak ikhlas tanpa penghapusan AUKU

oleh Alyaa Alhadjri

Apa sahaja janji oleh Perdana Menteri Najib Razak (kanan) yang kerajaan sudah bersedia untuk memperkasakan universiti tempatan untuk melakukan keputusan sendiri hanya akan menemui jalan buntu selagi mana tidak disusuli dengan pindaan atau penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Walaupun pindaan kepada Akta yang diluluskan pada 2012 (sekurangnya di atas kertas) memberikan kebebasan yang lebih kepada pelajar, perkara yang sama tidak boleh dikatakan kepada mereka yang berada dalam akademik.
Sejak 2012, kerajaan telah menganugerahkan 12 universiti tempatan dengan status ‘autonomi’ tetapi pengkritik mengatakan yang ianya tidak lebih sekadar naik taraf ‘kosmetik’ tanpa isi yang diperlukan untuk meningkatkan ranking dan prestasinya.
Agensi berita kebangsaan Bernama pada 29 Jun memetik Najib sebagai berkata yang kerajaan telah bersedia untuk memberi lebih kuasa kepada universiti untuk membuat keputusan mereka dalam usaha memperkasakan institusi pengajian tinggi negara.
Najib berkata dengan memberi kuasa kepada universiti, mereka boleh membuat keputusan sendiri tanpa perlu merujuk kepada ‘agensi pusat’ dan ini akan membantu pengeluaran lebih banyak tenaga manusia untuk merancakkan persaingan negara.
“Ini ialah aspirasi kerajaan dan, pada masa yang sama, saya juga berharap untuk terus mewujudkan hubungan baik dengan para pelajar,” dia berkata dalam majlis berbuka puasa bersama pelajar-pelajar dari universiti awam, institusi pendidikan tinggi swasta dan institute latihan perguruan.

Pengkritik telah menyatakan yang beberapa keputusan penting yang perlu diberikan termasuklah kuasa universiti untuk melantik naib canselornya sendiri, selain daripada peruntukan sumber untuk penerbitan buku, kajian dan jurnal tanpa adanya elemen halangan peribadi.
Autonomi untuk melantik pentadbiran universiti, hujah mereka, akan membataskan campur tangan politik dalam apa sahaja keputusan yang dilakukan.
Selain daripada kebebasan akademik, kerajaan juga perlu menyelesaikan kebimbangan terhadap tindakan yang diambil oleh pentadbiran universiti kepada pelajar yang menceburi politik dan cubaan mendiamkan mereka yang berani menyuarakan isu yang menyentuh kebajikan pelajar.
Hanya beberapa jam sebelum Najib  berucap di majlis tersebut, dilaporkan yang pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengeluarkan amaran keras dan mendenda empat daripada 13 orang pelajar yang terlibat dalam bantahan mengenai kekurangan air di kampus, tiga bulan lepas.

Di sebalik syahdu Ramadan, politik PAS, Umno semakin rancak

Ketika umat Islam di seluruh dunia meningkatkan amal soleh mereka, di Malaysia, dua parti politik Melayu-Islam terbesar, PAS dan Umno, menyaksikan pertembungan dalaman mereka semakin rancak pada bulan Ramadan yang mulia.

Majlis berbuka, tazkirah Ramadan, moreh dan bersahur yang sepatutnya merupakan program ibadat, bertukar menjadi aktiviti mendapat sokongan dan menyerang lawan masing-masing dalam kedua-dua parti itu.

Ramai menyangka perang dalam PAS akan selesai apabila kumpulan konservatif berjaya menguasai parti itu dan kumpulan progresif tewas, namun ia tidak begitu, malah semakin panas.


"Tidak, ia tidak reda bahkan semakin rancak, dalam PAS dan juga dalam Umno. Kebanyakan aktiviti tertumpu di waktu malam selepas mereka berpuasa pada waktu siang," kata pengkaji politik dari Ilham Center, Mohamad Hisomuddin Bakar kepada The Malaysian Insider.

Beliau yang kini berada di Kelantan berkata, aktiviti "makan colek" selepas solat Terawih menjadi pusat aktiviti politik di negeri itu sekarang, apabila mereka berkumpul ramai-ramai sambil makan di surau dan masjid.

Walaupun Kelantan merupakan kubu kuat PAS sejak bertahun lama, spekulasi timbul mengatakan parti baharu yang bakal mencabar parti Islam itu akan lahir di negeri itu.

"Persiapan ke arah itu sedangkan dilakukan," kata seorang pemimpin veteran PAS Kelantan yang tidak senang dengan apa yang berlaku dalam PAS baru-baru ini.

Kumpulan G-18, iaitu pemimpin PAS yang tersingkir daripada pucuk pimpinan parti itu, sangat aktif sepanjang Ramadan.

Pengerusi jawatankuasa bertindak G-18, Mohamad Sabu dalam tazkirah Ramadan di Masjid Al Muhtadin, Kulim, Kedah Ahad lepas menjadikan "satukan akhlak dan akidah" sebagai tema tazkirahnya.

Beliau mendakwa, punca perpecahan yang berlaku dalam PAS sekarang adalah kerana sebahagian pemimpinnya hanya berpegang kepada akidah tetapi tidak berakhlak. Sementara itu, barisan kepimpinan baharu PAS juga menganjurkan majlis besar sepanjang Ramadan ini.

Kiasan "anjing dan serigala" dalam ucapan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pulau Pinang beberapa hari lepas kini menjadi momokan.

Ketika PAS melepasi kemuncak perangnya selepas puak pro-Hadi berjaya menewaskan puak progresif dalam muktamar lalu, Umno belum sampai ke tahap itu, tetapi tetap bergelora dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima tekanan berhubung dasar dan pentadbirannya.

Hutang Greece vs Hutang Malaysia..

Jika rakyat baik hati undi lagi BN & Najib terus jd PM selama 22 tahun InsyaAllah Malaysia akan cuba capai impian seperti Greece..

Greece Kehabisan Wang Tunai Dan Ini Apa Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Drachma, matawang Greece telah digantikan dengan Euro pada tahun 2002 selepas menyertai European Union (EU). Penggunaan matawang euro itu telah meningkatkan keyakinan pelabur ke atas perkembangan ekonomi Greek.
  • European Union (EU) ialah kesatuan politik-ekonomi 28 negara yang terletak di Eropah. Ia terdiri daripada institusi seperti European Commission (EC), Council of the European Union, European Council, Court of Justice of the European Union, European Central Bank, European Court of Auditors, dan European Parliament.
Pada Disember 2004, European Commission telah mengeluarkan amaran rasmi kepada Greece selepas mendapat tahu pemalsuan data status kewangan negara dimana perbelanjaan melebihi pendapatan bagi menyertai keahlian eurozone. Kerajaan Greece mengakui defisit tidak pernah berada di bawah 3pc sejak 1999 seperti mana peraturan yang telah ditetapkan oleh EU di dalam kriteria penyatuan Maastricht .
  • European Commission (EC) iaitu sebuah badan eksekutif European Union (EU) yang bertanggungjawab mencadangkan undang-undang, melaksanakan keputusan, memartabatkan perjanjian EU dan menguruskan urusan seharian EU.
  • Eurozone ialah nama rasmi bagi kawasan Eropah yang menggunakan matawang kesatuan, Euro. Ia terdiri daripada 19 buah negara seperti Austria, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Ireland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Portugal, Slovakia, Slovenia, dan Sepanyol.
Walaupun kewangan Greece tidak menentu, kerajaan Greece tetap menganjurkan Sukan Olimpik 2004. Perbelanjaan kos yang tinggi menekan kerajaan Greece.
Eurozone

Krisis hutang negara Greece bermula pada tahun 2009 dan masih berlaku sehingga kini. Dari Oktober hingga Disember 2009, credit rating Greece diturunkan oleh agensi-agensi perkhidmatan kewangan seperti Fitch, Standard & Poor’s dan Moody’s. Ini semua terjadi kerana bertahun-tahun kerajaan Greece cuai dalam perbelanjaan dan pinjaman.
  • Credit rating ialah penilaian ke atas risiko kredit penghutang bagi memenuhi komitment kewangan negara berdasarkan urusan terdahulu. Ia juga merujuk kepada kebolehan peminjam untuk membayar balik hutang pinjaman.

Maka, George Papandreou, Perdana Menteri baru waktu itu telah mengambil langkah pencegahan dengan mengumumkan satu program yang akan memotong perbelanjaan untuk rakyat. Tindakan kerajaan Greece mengumumkan dua lagi langkah-langkah penjimatan yang sukar antara Januari dan Mac 2010 telah menimbulkan bantahan dan mogok besar-besaran. Antara pelan yang diumumkan ialah peningkatan cukai GST dan cukai rokok dan alkohol, peningkatan harga gas, pembekuan pencen dan had maksima bagi gaji kakitangan awam.
Krisis semakin genting, pada 23 April 2010 Papandreou telah meminta secara rasmi pakej bantuan kewangan kecemasan yang melibatkan penyertaan European Union, European Central Bank (ECB) dan International Monetary Fund (IMF). Susulan itu, pada 2 Mei 2010, €110 billion telah diberikan kepada Greece sebagai satu pakej bailout di atas persetujuan bersama Papandreou, IMF dan pemimpin-pemimpin eurozone.
Sekiranya Greece gagal membayar balik pinjaman, ia akan membahayakan negara-negara EU yang lain. Bagi menghalang risiko kegagalan Greece membayar hutang sekiranya itu berlaku, pemimpin-pemimpin Eropah termasuk IMF, ECB dan EU bersatu membentuk ‘Troika’ bagi melindungi eurozone daripada krisis Greek. Bagi mencapai objektif ‘Troika’, Greece mesti bersetuju dengan rela hati dan mempunyai kebolehan untuk penstrukturan semula.

Bagi memenuhi syarat pinjaman, kerajaan Greece telah mengumumkan pakej penjimatan ketiga yang melibatkan:
1. Pemotongan 8% elaun sektor awam.
2. Had sektor awam sebanyak €1,000 diperkenalkan kepada bonus dua kali setahun dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang berpendapatan lebih €3,000 sebulan.
3. Had €500 sebulan kepada bulan ke-13 dan ke-14 bagi gaji pekerja awam, dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang menerima lebih €3,000 sebulan.
4. Had €800 sebulan kepada bulan ke-13 dan ke-14 bagi ansuran pencen dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang menerima lebih €2,500 sebulan.
5. Pemulangan cukai istimewa ke atas pencen yang tinggi.
6. Mengenakan cukai yang luarbiasa ke atas keuntungan syarikat.
7. Peningkatan nilai hartanah (dan cukai tinggi).
8. Peningkatan tambahan 10% untuk semua kereta import.
9. Perubahan bayaran pemberhentian kerja dan bayaran kerja lebih masa.
10. Meningkatkan cukai GST
11. Peningkatan 10% cukai ke atas barangan mewah dan cukai ke atas alkohol, rokok dan minyak.
12. Umur pencen pekerja wanita disetarakan dengan umur pencen pekerja lelaki.
13. Mekanisma pemberian pencen diubah mengikut jangkaan perubahan hidup.
14. Dana kewangan stabil dibentuk.
15. Umur purata persaraan pekerja kerajaan ditingkatkan dari 61 tahun kepada 65 tahun.
16. Bilangan syarikat awam dikurangkan dari 6,000 kepada 2,000.
17. Bilangan majlis perbandaran akan dikurangkan dari 1,000 kepada 400.
Pengumuman langkah penjimatan itu telah menyebabkan mogok dan demonstrasi di dua buah bandar utama Greece yang turut bertukar menjadi ganas sehingga melibatkan kematian. Walaupun kerajaan Greece telah menerima pakej bailout dan mengumumkan langkah penjimatan, credit rating Greek terus menjunam jatuh.

Krisis hutang Greece makin meruncing pada tahun 2011 dengan pelbagai protest, tentangan, dan keganasan yang berlaku di sekitar bandar besar Greece dan di luar bangunan parlimen. Meskipun begitu, pakej penjimatan keempat dan kelima tetap diluluskan oleh parlimen. Ia bermakna lebih banyak tekanan ke atas rakyat Greece. Tahun 2011 turut menyaksikan penstrukturan semula kerajaan dan perletakan jawatan Papandreou sebagai Perdana Menteri Greece selepas pelan referendumnya dikecam.
  • Referendum ialah undian awam bagi satu isu yang memerlukan pandangan orang awam sebelum memutuskan sesuatu keputusan.