Isnin, 29 Jun 2015

PAS is past. Masa untuk PR2.0

Riesya H.

Ditakdirkan negara kita dijajah Belanda (dan bukan British), dan sistem pilihan raya kita semacam sistem di Indonesia, negara kita ini bukan lagi milik Umno/Barisan Nasional. Tetapi sudah menjadi milik rakyat. Pakatan Rakyat (dengan undi popular 5.6 juta), jauh meninggalkan BN (Cuma 5.2juta). Congak mudahnya, BN Cuma layak menerima 105 kerusi. Selebihnya adalah kerusi milik rakyat. PR.
Tapi, apakan daya. Kata P.Ramlee, “cubaaan!!”
Perlu direkodkan, dari 5.6juta undi PR, sejumlah 1.8juta adalah undi pemula. Orang yang pertama kali mengundi PR. Orang yang mempertaruhkan harapan demi masa depan yang baru. Orang yang teruja dengan slogan “ini kali lah”.
Siapakah 1.8juta pengundi pemula ini?
Mereka ini adalah sebahagian dari anggaran 2.2juta pengundi pertama kali, anak muda Gen-Y yang pertama kali mendaftar dan membuang undi. Bayangkan, lebih 80 peratus Gen-Y keluar mengundi dengan harapan baru, bersama PR.
Mereka ini juga boleh dikiaskan sebagai pengundi pragmatic, oportunistik, kiasu dan seumpamanya. Mereka mengundi atas dasar, bila saya mengundi, apakah pulangan yang terbaik untuk saya. Tentunya mereka teruja dengan tawaran mesra anak muda, dari PR. Dan tentunya mereka menolak Umno/BN kerana kebobrokan Umno, korupsi, kegagalan dalam urus tadbir dan seumpamanya.
Mereka ini adalah orang muda. Cara mereka fikir adalah berbeza. Cara hidup mereka juga berbeza. Selera mereka tentunya berbeza. Dan kesetiaan mereka tidak boleh dipegang dengan mudah.
Dan yang pasti, mereka ini mengundi bukan kerana ideologi atau dasar perjuangan parti. Malah setengah mereka tidak pernah tahu apa itu reformasi. Jauh sekali peristiwa berdarah 13 Mei.
Apa yang anak muda mahu?
Mereka ini mahukan sebuah negara yang ditadbir urus mereka yang kompeten. Baik teori mahupun perlaksanaan. Di negeri-negeri campuran (Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuian), umpamanya, terdapat hampir 1juta undi pemula yang memberi harapan kepada PR. Hampir separuh dari mereka ini adalah Melayu/Islam.
Yang pasti, mereka-mereka ini bukan mengundi kerana negara Islam atau hudud (semata-mata). Mereka mengundi kerana harapan baru. Pemerintahan baru. Kepimpinan baru. Urus tadbir baru. Negara baru. Mereka tidak teragak-agak untuk mengundi PR, kerana di sana adanya PAS yang dilihat boleh membela nilai-nilai Islam, mepertahankan hak keistimewaan orang melayu, dan sensitif dengan budaya menghormati sistem raja.
Keselesaan mereka lebih yakin, dengan adanya golongan professional dan progresif dalam PAS yang dilihat memainkan peranan secara professional dan pragmatic, dalam konteks Negara majmuk.
PAS baru, 30 tahun kebelakang

Parti berasaskan kaum sudah tiada tempat di negara ini

Maidavale: Pak Samad dan Sheikh Omar bukanlah orang yang terakhir.

Penyertaan lebih ramai orang Melayu memang tidak dapat dielakkan lagi. DAP sudah mencapai tahap maksimum sokongan Cina yang mampu diperolehinya, maka langkah seterusnya adalah pengundi Melayu.

Apabila keahlian orang Melayu sudah mencapai tahap yang tinggi, ditambah pula dengan sokongan Sabah dan Sarawak, DAP akan menjadi parti pan-Malaysia yang kuat.

Emastulen Chan: Saya setuju bahawa Pak Samad dengan segala pengalaman dan kebijaksanaannya tahu apa yang dilakukan.

TrueBlue: Samad Said tersilap jika merasakan novel-novelnya akan segera menjadi ‘barang panas’ di kalangan orang Cina selepas menyertai DAP.

Beliau ternyata silap kerana ramai ahli DAP bergelut untuk berbahasa Melayu secara asas, apatah lagi memahami karya sasteranya yang ditulis dalam bahasa Melayu tahap tinggi. Tahap itu melangkaui mereka.

Napsiah Wan Salleh: Apa-apa pun, Dap masih parti berasaskan Cina seperti mana Umno parti barasaskan Melayu. Kebanyakan orang Melayu tidak akan menyertai DAP.

Mereka akan sertai PAS atau kekal tidak berparti. DAP perlu menilai semula atau mengubah ideologi dan orientasi politiknya jika ingin mencerminkan sebuah parti bukan berasaskan kaum.

Kemungkinan besar mereka tidak akan berbuat demikian.

Ideologi adalah salah satu kultus intelektual yang paling sukar untuk diubah.

Ideologinya berasaskan kaum.

Pulau Pinang adalah model apa yang akan terjadi kepada Malaysia jika DAP menjadi pemipin kerajaan persekutuan Pakatan.

Fakta menarik Pilihanraya Umum, PAS & UMNO

Oleh Hasbie Muda
1. Kuat atau lemah kekuatan politik sesebuah parti politik diukur pada jumlah kerusi yang dimenangi di peringkat parlimen. Di peringkat negeri, ia diukur pada jumlah kerusi DUN yang dimenangi.
2. Pencapaian terbaik PAS adalah pada tahun 1999 apabila menguasai 14% kerusi parlimen (27 daripada 193 kerusi) diikuti tahun 1959 (12.5%) dan 2008 (10.4%). Pencapaian terbaik UMNO pula adalah pada tahun 1964 apabila menguasai 56.7% kerusi parlimen (56 daripada 104 kerusi) diikuti 2005 (53.4%) dan 1959 (49%).
3. Pencapaian terburuk PAS adalah pada tahun 1986 iaitu hanya 0.0056% (1 kerusi) manakala pencapaian terburuk UMNO adalah pada tahun 2008 iaitu hanya 35.5% (79 kerusi). 4. Purata penguasaan UMNO dalam parlimen adalah 43.5% manakala PAS 6.65%. Secara kasarnya UMNO 6.5 kali lebih kuat dari sudut politik.
5. Sejak tahun 1969, UMNO tidak berjaya menguasai majoriti mudah secara sendirian dalam parlimen melainkan pada tahun 2004. Itu pun hanya 50.2%. Bermakna UMNO yang 6.5 kali lebih kuat daripada PAS juga perlu berpakat dengan parti-parti lain untuk memerintah.
6. Tidak ada parti yang mampu memerintah sendirian di Malaysia melainkan keajaiban berlaku dengan izin Allah.

Jika Najib, Palanivel lanun, dah lama mereka dipaksa terjun kapal

oleh Hazlan Zakaria

Jika presiden Umno, Najib Razak dan presiden MIC, G Palanivel merupakan ketua-ketua lanun di Caribbean abad ke-17, telah lama mereka dipaksa berjalan atas papan, ditinggalkan di pulau atau sebuah perahu kecil.

Ini kerana jika Umno dan MIC merupakan kapal lanun pada masa itu, mereka mungkin perlu mengadakan mesyuarat untuk memilih pemimpin baru secara demokratik, jika pemimpin semasanya menghadapi perbezaan pendapat dari anak-anak kapal mereka sendiri.

Apa yang tidak kerap dibincangkan ialah hakikat krew lanun pada masa itu berwawasan, dalam hal pilihan raya demokratik dan mengendalikan perbezaan pendapat dalaman.

Semasa belayar di laut dan berperang, kapten dan pegawainya memerintah dan mereka terikat dengan kanun tegas yang ditadbir oleh Perlembagaan Kapal, yang semua lelaki dan wanita tandatangani dan persetujui sebelum memulakan pelayaran.

Ada yang menyatakan bahawa krew lanun turut merintis bidang hak-hak pekerja, tuntutan perubatan pekerja dan pampasan pekerja, di mana kesemuanya adalah diperincikan dan dilindungi oleh satu dokumen yang disebut-sebut sebagai perjanjian buruh kolektif pertama.

Sekiranya timbul gelora rasa tidak puas hati atau pertikaian mengenai siapa yang seharusnya memimpin anak-anak kapal, Perlembagaan Kapal membolehkan pilihan raya demokratik dilakukan walaupun semasa di laut.

Biasanya mereka yang menentang keputusan keseluruhan anak-anak kapal, walaupun mereka adalah ketua atau pegawai kanan, mungkin akan diturunkan, ditinggalkan di sebuah pulau atau perahu bersama bekalan, atau di pelabuhan terdekat.

Najib dan Palanivel pada masa lalu pasti akan dipaksa berjalan atas papan, walaupun pistol berpeluru atau pertarungan sehingga mati atau sehingga darah pertama ditumpahkan juga merupakan kebiasaan di kalangan pegawai-pegawai kapal yang berdendam.

Tetapi mungkin mereka bernasib baik kerana 'krew' belum mahu memberontak dan mereka berjaya berselindung di sebalik perlembagaan atau peraturan-peraturan parti.

Just Justo

By Tun Mahathir Mohamad
1. Some people are very excited about Justo. Now they say the critics of the Prime Minister should
apologise. Apologise for what? The fact remains that vast amounts of money has disappeared. Can Justo bring all the money back?
2. Justo was dismissed and Petro Saudi gave him 15 million Ringgit. Is he being bribed or what? That is a handsome amount to pay an employee or director after he had done something wrong

. Normally he would just be kicked out. But we are told he is not happy with this amount and demanded for more or else he would leak documents. What is the proof that he tampered with the documents or he has more incriminating documents. How does he negate the fact as admitted by the Prime Minister in a written reply to Parliament? He said that, “a US1.9 billion dollar loan from 1MDB to a subsidiary of Petro Saudi International Limited was in order to reduce the risk on the equity holding.” Giving a loan to a joint-venture partner who was found unsuitable as a JV partner would increase the risk, not reduce it. 3. When the JV was dissolved after only 6 months of its formation, it must be because 1MDB realised that the venture was bad. What it should do is to demand the equity and the loan amounting to US1.9 billion be returned. Instead it was converted into a loan (murabahah).
4. Having given this US1.9 billion loan, where is the money now? The Government has not clarified. Is it in Cayman Islands, or in Singapore or where. That amount of money cannot be shifted around without being recorded by the banks involved. Surely Najib knows. Yet the money has not returned.

5. Even if Justo tampered with the e-mail, it does not alter the fact that 1MDB forked out US1.9 billion to the JV with Petro Saudi, which within 6 months was so worthless that the JV was aborted. And after that the investment and the loan of US700 million was converted to a loan to a partner you no longer believe could deliver through the JV. You had some direct control over a JV, but not over the borrower.
6. So what has all this to do with Justo blackmailing Petro Saudi: N othing.
7. The supporters of the Prime Minister seem unable to understand that 1MDB borrowed 42 billion Ringgit to invest in shady businesses. In the process large amounts of money has disappeared.
8. It is not just about Petro Saudi or the JV. The money has been used to buy IPP at inflated prices. This is wrong. Attempts to sell to Tenaga have only cause Tenaga shares to fall. Unless the IPP are sold at a loss there is no way investments in Edra would give profits. But if the sale is at a loss 1MDB will face problems of paying debts.

Tun M simpan banyak lagi rahsia 1MDB – Zam

Penangkapan Xavier Andre Justo menampakkan strategi yang digunakan jentera komunikasi parti dan propaganda Najib tidak bijak
zam,mahathir
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad masih menyimpan banyak lagi “rahsia benar ” mengenai 1MDB yang akan didedahkan satu demi satu dan bila perlu akan didedahkan semuanya dan bukan hanya Sarawak Report sumber maklumatnya.
Berdasarkan pengalaman sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau dikenali sebagai seorang yang mementingkan fakta yang benar dalam sesuatu isu yang dibangkitkannya terutama berhubung kepentingan negara.
Ia dibuktikan beliau dalam kes pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di mana Dr Mahathir dikatakan begitu teliti sebelum tindakan diambil.
“Dalam kes Anwar Ibrahim beliau tidak mahu percaya tentang kelakuannya yang diadukan oleh beberapa pihak termasuk oleh Ketua Polis Negara sendiri sehinggalah orang yang mengalaminya bercerita sendiri kepadanya,” tulis Tan Sri Zainuddin Maidin di entri blognya, zamkata.blogspot.com.
Oleh itu, beliau berpendapat penangkapan Xavier Andre Justo dan kaitan kononnya maklumat yang disalurkannya kepada Dr Mahathir tidak akan memberi impak.

Hadi sebut menyalak, orang terjemah anjing kata Ketua Ulamak Pusat


Abdul Hadi Awang 

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohammad menegaskan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyebut langsung perkataan anjing dalam ucapannya sebaliknya hanya menggunakan perkataan menyalak.

"Yang diucapkan ialah menyalak tapi orang terus terjemahkan menyalak itu anjing.

"Sebenarnya bukan beliau kata anjing. Tidak disebut pun perkataan anjing," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan salah anggap itu perkara biasa yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari.

"Salah anggap itu biasa. Seperti kita memasak bubur lambuk dan letak banyak kacang tapi ada satu biji kacang itu busuk. Seluruh bubur itu dianggap rosak semua. Sedangkan hanya kerana sebiji kacang itu," katanya.

Ucapan Abdul Hadi di Kepala Batas, Pulau Pinang kelmarin menarik perhatian apabila beliau dilaporkan menggelar golongan yang menentang hudud sebagai anjing.
 
Namun Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu dalam ucapan selama satu jam setengah itu, Abdul Hadi telah memetik sebuah syair Arab sebagai kiasan.

“Dalam syair itu menyebut biarlah serigala menyalak, tetapi kabilah akan teruskan perjalanan. Biasanya masyarakat Arab yang pergi berjalan di padang pasir akan berdepan dengan anjing atau serigala yang menyalak.

Pas tunggu Pakatan 2.0 lahir baru respons - Idris Ahmad

Idris Ahmad
KUALA LUMPUR - Pas mengambil sikap untuk tidak memberi sebarang respons terhadap ura-ura yang menyebut tentang 'kemunculan' Pakatan 2.0 yang dikaitkan dengan pemimpin progresif Pas yang menggelar diri mereka G18 selepas hari raya nanti.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, sehingga hari ini cerita menubuhkan Pakatan 2.0 masih belum jelas.

"Kita tak boleh kata apa lagi sebab tak lahir lagi. Dah lahir nanti baru boleh respons. Setakat ini kita pun tak tahu sebab tidak ada lagi pertubuhan baharu itu. Kita pun tak tahu nak ukur bagaimana.

Kadang-kadang yang pergi dengar itu mungkin orang Pas lagi yang mahu tahu, macam Pasma dulu lah. Sebab itu kita tak boleh beri komen apa," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Selasa laluu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkongsi gambar sekitar majlis berbuka puasa bersama pimpinan DAP dan Pas menulis bahawa, "walaupun keputusan Muktamar Pas untuk putus hubungan dengan DAP telah mematikan PR, tetapi malam ini (23 Jun) nampaknya beri harapan kepada kelahiran Pakatan 2.0."

Ringgit bersebelahan shj dgn matawang Afrika Selatan ??? Maknanya ??? TERBAIK MALAYSIA


"Ringgit Now Asia’s Worst Performing Currency" -iMoney

LIHATLAH.. Matawang MYR (Ringgit M'sia) adalah antara matawang2 di dunia yg PALING LEMAH..

Wan Junaidi: Action against The Edge and Sarawak report if offence commi...

Bukit Aman mahu akses soal Justo

IGP: Tiada unsur CBT pembelian hartanah MARA

Rafizi grills Mara boss on Melbourne purchases

‘Dasar PAS masih Islam tetapi strategi ke belakang’

SEKALI LAGI Saham FGV menjunam paling rendah dalam sejarah !!!.. DAH TINGGAL RM1.63..


APA KHABAR peneroka FELDA !!!
Tahu ker tak berita saham jatuh ni.. Jgn haraplah nak kluar kat TV3suku & TV1, TV2..

APA ?? DAH TINGGAL RM1.63 drpd asal RM5.39 ???

Bersyukurlah... Jgn marah silap2 tanah peneroka MELAYU Felda BAKAL TERGADAI.. Kalau tergadai sekalipun xper coz UMNO KAN PEMBELA & PEJUANG MELAYU

APA DAH JADI pada peneroka FELDA ???


Rafizi dakwa lapan syarikat kaburi jejak wang MARA


Ringgit menjunam paras terendah dalam 10 tahun bila pemerintah terlebih bijak

Ringgit jatuh ke paras terendah bagi tempoh 10 tahun hari ini dalam dagangan berhati-hati susulan kebimbangan isu hutang Greece, kata peniaga.
Pada 5 petang, nota tempatan itu diniagakan pada 3.7825/7855 berbanding dolar AS, daripada 3.7660/7690 pada Jumaat. 
Kebimbangan akan kemungkinan Fitch Ratings menurunkan penarafan Malaysia turut mempengaruhi mata wang tempatan.

Seorang peniaga berkata dolar AS meneruskan momentum aliran menaik dengan perbelanjaan pengguna AS bagi Mei mencatat peningkatan tertinggi dalam tempoh hampir 6 tahun dan ini disokong oleh unjuran kenaikan kadar faedah AS dalam tahun ini juga. Nota tempatan turut ditutup rendah berbanding mata wang utama lain kecuali euro.  
Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.8004/8045 daripada 2.7996/7020 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding yen kepada 3.0762/0799 daripada 3.0516/0543.
Ringgit lemah berbanding pound British pada 5.9400/9459 daripada 5.9318/9369, namun mengukuh berbanding euro kepada 4.2016/2061 daripada 4.2194/2235 Jumaat lepas.
Sementara itu, kelemahan prestasi ringgit serta pasaran saham tempatan ketika ini adalah reaksi spontan terhadap kebimbangan melibatkan hutang Greece yang tertunggak serta kemungkinan pihak Fitch Ratings menurunkan penarafan kredit Malaysia.
Ketika berkongsi pandangannya, Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan, berkata butiran rundingan penyelesaian antara Greece dan pemberi pinjaman asing ternyata turut menjejaskan sentimen di seluruh dunia selain memberi kesan ke atas pasaran saham serantau.
"Kami menjangkakan kesan terhadap pasaran saham tempatan ini selepas rundingan (Greece) itu gagal. Malah, pasaran sememangnya membuat jangkaan awal akan berlakunya tunggakan bayaran oleh Greece terhadap pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak €1.6 bilion, yang dijadualkan esok," katanya kepada Bernama, hari ini.
Bagaimanapun, jelas Nazri, kesan terhadap Malaysia dijangka minimum kerana pendedahan langsung negara ini terhadap Greece adalah kurang daripada 5% daripada jumlah keseluruhan perdagangan.

Sertai DAP bukan untuk perjuangkan hak Melayu


dap


Kenyataan Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Jayum Jawan seperti yang dilaporkan media bahawa penyertaan orang Melayu ke dalam DAP kerana mahu memperjuangkan kepimpinan dan hak orang Melayu jelas semberono dan memandai-mandai.
Kami melihat kenyataan sedemikian tidak tepat dalam menggambarkan mengapa kebanyakkan orang melayu terutamanya anak muda seperti kami menyertai DAP.
Berbanding dakwaan kami menyertai DAP untuk tujuan memperjuangkan hak Melayu, kami sebaliknya menyertai DAP kerana sudah jemu mendengar dan melihat politik negara ini masih berputar sekitar soal perjuangan kaum tertentu.
Kami menyertai DAP bukan untuk mengangkat kepimpinan kaum kami, sebaliknya mengangkat kepimpinan rakyat. Bukan untuk perjuangkan hak kaum kami tetapi hak setiap rakyat sebagai mana yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Kami mahu lihat demokrasi subur, yang mana usaha mewujudkan negara yang lebih baik digerakkan secara bersama, dalam satu pertubuhan berbilang kaum. Dalam kata mudah kami lebih tertarik dengan agenda perjuangan dari rakyat untuk rakyat yang lebih inklusif and progresif.
Kami bersetuju dan mahu memperjuangkan ide bahawa Malaysia adalah milik kita bersama dan setiap warga tidak kira kaum atau asal usul harus bertindak bersama seiringan untuk menjadikan ide itu kenyataan. Dengan semangat solidariti, berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.

Najib utamakan cabaran politik berbanding tadbir Malaysia


NAJIB_UMNO


BUKIT BENDERA, 29 JUN: Sepanjang dua tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat mengutamakan cabaran politik yang menghambatnya, lebih dari memastikan Malaysia ditadbir dengan baik.
Terbaru, Presiden UMNO itu mengumumkan penangguhan pemilihan partinya selama 18 bulan, yang sepatutnya berlangsung tahun depan.
Najib dilaporkan berkata, penangguhan itu bagi memberi peluang kepada UMNO untuk berkhidmat kepada rakyat dan mengukuhkan parti.
Namun, pandangan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berbeza.
Katanya dalam satu majlis anjuran DAP Air Putih di Bukit Bendera semalam, penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan adalah ‘berita baik’.
“Ini kerana Najib akan menjadi sasaran mudah dalam pilihan raya umum ke-14, lebih-lebih serangan akibat skandal yang akan terus memanjangkan ‘peperangan dalaman’ UMNO,” kata Kit Siang.
Ahli politik veteran itu berkata, tidak pernah dalam sejarah Malaysia memiliki Perdana Menteri yang menghimpun lambakan skandal sosio-ekonomi dan politik dalam masa yang begitu singkat.
Perkara ini menurut Kit Siang bakal mencetuskan ‘letupan besar’ dalam pilihan raya umum akan datang.
Kata Kit Siang, tidak seperti pilihan raya umum ke-13, skandal hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion akan menjadi ‘ibu segala skandal’, walaupun wujud percubaan terdesak dibuat untuk meredakannya.
“Ia termasuk pembinaan skrip rumit, kononnya anggapan bahawa dakwaan skandal 1MDB berpunca dari ‘gangguan e-mel’.
“Ini bukan sahaja tak berasas, malah mustahil,” kata Kit Siang.

Peluang Muhyiddin jadi Perdana Menteri sudah berakhir

Ia disebabkan sikap terlalu berhati-hati dan tidak cukup berani menyerang Najib bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad.
muhyidin_shahbudin_600
PETALING JAYA : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah terlepas peluang untuk mengambil alih tempat Datuk Seri Najib Tun Razak disebabkan sikap terlalu berhati-hati dan tidak cukup berani.
Momentum sebenar bagi Muhyiddin untuk menyingkirkan Najib adalah sebaik tersebarnya video ucapannya di Janda Baik beberapa bulan yang lalu, kata bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin
Katanya, Muhyiddin sepatutnya mengambil peluang untuk menyerang Najib bersama-sama serangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Ketika itu, selain UMNO agak berbelah bagi berkenaan penyelesaian kerajaan terhadap 1MDB, rakyat juga amat mengharapkan ada sesuatu yang drastik dapat dilakukan oleh Muhyiddin.
“Tetapi oleh kerana peluang untuk bertindak dan melangkah lebih berani itu telah dilepaskan begitu saja, momentum untuk Muhyiddin sebenarnya telah pun berakhir sekarang ini,” katanya .

Adik PM kata rakyat kini tertekan

Pengerusi CIMB, Datuk Nazir Razak berkata beliau bimbang kerana masyarakat Malaysia kini tertekan kerana tidak mendapat maklumat yang benar berhubung isu yang dihadapi negara.

Lebih buruk lagi, keadaan ini malah menyebabkan lebih banyak perpecahan di kalangan rakyat, katanya dalam satu tulisan di Instagram.

Dalam tulisan itu, Nazir turut memuatkan gambar dan tajuk sebuah buku motivasi tulisan Michelle M Paiva yang menekankan peri penting kebenaran, bertajuk 'Truth, Next Exit'.

“Institusi kita perlu membawa kita ke sana dengan cepat. Rakyat Malaysia tidak mendapat kebenaran – yang memecah belah dan menekan.

“Apabila timbul kebenaran, kita boleh mencari penyelesaian,” katanya di laman tersebut.

SPRM digesa siasat PM dakwaan 1MDB danai PRU13

Beberapa NGO hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung laporan yang mendakwa dana 1MDB digunakan untuk membiayai kempen perdana menteri dalam pilihan raya umum lalu.

Mereka juga mahu Genting Plantations Bhd dan Yayasan Rakyat 1 Malaysia disiasat oleh badan berkuasa tersebut susulan laporan Wall Street Journal (WSJ) bertarikh 19 Jun.

Laporan itu menyebut SPRM perlu menyiasat sama ada Najib didakwa menyalahgunakan kuasanya bagi membolehkan dana itu disalurkan untuk membiayai kempen pilihan raya itu.

Antara NGO yang membuat laporan itu, NGO Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) and Transparency International Malaysia (TI-M).

"Sekiranya apa yang dilaporkan oleh WSJ adalah benar, maka siasatan lengkap perlu dijalankan. Mereka tidak boleh buat sesuka hati dengan wang kita.

"Jika ia benar bahawa 1MDB ada kena mengena dengan pilihan raya umum ke-13, maka kita perlu mengetahui perkara ini," kata Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Terdesak: Najib rayu rakyat jangan percaya putar belit Dr Mahathir

Lima hari selepas gagal menghadiri forum "Nothing to Hide", Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini merayu rakyat Malaysia supaya tidak "diperdaya" kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkannya "separuh benar, jenaka yang mengelirukan dan berputar belit".
Najib pada Jumaat lepas tidak hadir pada dialog anjuran badan bukan kerajaan yang dijadualkan membincangkan isu semasa termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang turut dihadiri bekas perdana menteri itu.
Menggelar Dr Mahathir sebagai "pakar persepsi umum", Najib dalam satu lagi posting di blognya hari ini mempertahankan dirinya daripada serangan negarawan bersara itu, terutamanya berhubung hutang RM42 bilion 1MDB.

Sebaliknya, katanya, rakyat perlu berfikir sejenak dan menganalisis fakta yang ada, sambil menambah, begitu banyak sumbangan beliau kepada negara sepanjang enam tahun lalu sejak mengambil alih pentadbiran negara. "Tun ialah seorang ahli politik veteran dan pakar persepsi umum. Beliau faham yang kenyataan politik tidak semestinya mencerminkan kebenaran, tetapi ia mengenai apa yang menjadi kepercayaan masyarakat umum.
"Sebab itu dia terus membuat sindiran, bercakap separuh benar, membuat jenaka yang mengelirukan dan memutar belit kenyataan, supaya pandangannya nampak menarik dan memuaskan," kata Najib dalam satu siri berterusan di ruangan Soalan Lazim blog blog, khusus untuk menangani tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
"Begitu banyak yang kita lakukan dalam tempoh enam tahun yang lalu, tetapi Tun tidak mengendahkan semua ini sebaliknya hanya membangkitkan dakwaan dan masalah kerana beliau tahu, dengan cara itu beliau dapat mempengaruhi fikiran rakyat menentang kerajaan sekarang dan saya," katanya dalam blognya www.najibrazak.com.
"Saya menggesa ahli Umno dan BN bersama dengan semua rakyat Malaysia tidak diperdaya setiap kali Tun menyerang. Fikirlah sejenak dan analisis fakta yang ada."

'Transaksi komersial 1MDB & IPIC tak dijamin k'jaan'

1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menjelaskan transaksi komersial antara syarikat itu dan International Petroleum Investment Corporation (IPIC) baru-baru ini tidak dijamin oleh Kementerian Kewangan mahupun kerajaan.

"Adalah diketahui umum bahawa IPIC mengeluarkan jaminan pada 2012 bagi pembayaran faedah dan pokok terhadap dua bon bernilai AS$1.75 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB, dengan nilai pokok keseluruhan AS$3.5 bilion dan hampir AS$2 bilion dalam bentuk faedah.

"Kerajaan tidak menyediakan jaminan bagi kedua-dua bon ini," kata 1MDB sebagai respons terhadap pelbagai kenyataan salah yang dikeluarkan oleh Tony Pua berhubung kertas terma ikatan antara 1MDB dan IPIC baru-baru ini.

Sehubungan itu, 1MDB berkata perbuatan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara tersebut yang mendakwa perjanjian ikatan antara 1MDB dan IPIC, transaksi perniagaan berkenaan telah menambah beban jaminan kerajaan Malaysia, adalah tidak bertanggungjawab.  

Siasatan MARA SPRM dibayangi misteri Beng Hock


MARA-Melbourne


KUALA LUMPUR, 29 JUN: “Jika benar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sebuah badan berintegriti, mengapa kes kematian Teoh Beng Hock sehingga kini tak dapat diselesaikan?” soal Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Menurut beliau, tidak ada gunanya Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mengeluarkan kenyataan berlagak baik bahawa SPRM perlu diberi ruang untuk menjalankan siasatan penuh dan menyeluruh terhadap skandal pembelian hartanah MARA di Australia.
“Bulan depan adalah ulang tahun kematian keenam Teoh Beng Hock yang kehilangan nyawanya di Ibu Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam pada 16 Julai 2009. Sehingga kini tidak ada pegawai SPRM yang dihukum.
“Jika SPRM tidak dapat memastikan bahawa pegawainya menjunjung tinggi integriti dan akauntabiliti dalam kematian Beng Hock, tidak peliklah keyakinan orang ramai terhadap komitmen mereka melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah hampir tidak wujud,” katanya dalam kenyataan.
Kelmarin, LPPR dilaporkan berkata pihaknya mempunyai keyakinan tinggi bahawa SPRM akan menjalankan siasatan berhubung isu pembelian hartanah MARA di Australia dengan bebas, telus dan profesional.
Kata badan itu, SPRM dari semasa ke semasa sentiasa memaklumkan perkembangan kes yang disiasat khususnya yang berprofil tinggi dan berkepentingan awam.
Dakwa LPPR lagi, mereka percaya tidak timbul isu SPRM cuba menutup mana-mana kes yang disiasat termasuk dalam skandal melibat MARA ini.

Siapa dalang rasuah MARA yang mahu dilindungi?

KUALA LUMPUR, 29 JUN: Kenyataan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar bahawa tiada kes pecah amanah dalam skandal Majlis Amanah Raya (MARA) menimbulkan persoalan.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata, kenyataan itu seolah-olah melindungi individu tertentu dalam agensi berkenaan.
“Khalid tidak menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Jelas ada kes prima facie melibatkan pegawai tinggi MARA yang menggelapkan wang ketika diamanahkan melaksana pelaburan kerajaan,” kata Tony.
Ujarnya, langkah Khalid menutup kes sebelum siasatan mengecewakan, sedangkan pemaju hartanah kontroversi itu mengaku mereka sememangnya menaikkan harga hartanah itu.
“Ia dibuat dengan menaikkan harga melampau bagi memiliki bangunan Dudley International House di Melbourne,” ujar Tony.
Laporan akhbar Australia The Age yang membongkar skandal MARA melalui wartawannya Nick McKenzie turut mengemukakan invois palsu, bukti aktiviti rasuah dalam transaksi tersebut.
Wartawan itu mendedahkan, semua dokumen palsu itu kini dalam tangan phak polis Australia.
Tambah memalukan, akhbar Sydney Morning Herald’s Asia-Pacific mempersoalkan kewibawaan polis Malaysia dengan menulis ‘pegawai MARA curi AUD$4.74 juta dari kerajaan Malaysia dan pembayar cukai. Wartawan kami dedah aktiviti itu’
“Mengapa Bukit Aman sedaya-upaya cuci tangan mereka dari kes itu, berpura-pura tak ada jenayah dilakukan?
“Adakah MARA mahu curi banyak lagi dan larikan diri? Atau yang lebih lebih penting, siapa yang mereka cuba lindungi? soal Tony.

Giliran Muhyiddin Tidur Tak Lena

Walaupun Perdana Menteri, Najib Razak masih dibelenggu dengan isu 1MDB yang nyata telah menghakis sokongan rakyat terhadapnya, tindakannya lebih awal mengumumkan penangguhan pemilihan UMNO 2016 selama 18 bulan sekurang-kurangnya dapat membuatkannya tidur dengan lebih lena selepas ini.

Dengan menangguhkan tarikh pemilihan itu yang didakwa mendapat sokongan akar umbi, Najib secara tersiratnya memberi isyarat bahawa tidak ada sebab beliau harus berundur atau mengalah kepada tekanan yang mahukannya meletakkan jawatan.

Tidurnya bersama Rosmah Mansor pasti lebih lena sambil di buai mimpi indah yang mengasyikkan.

Berkenaan isu 1MDB, selain masih menunggu laporan audit dan hasil pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, beberapa perkara yang berlaku kebelakangan ini juga membuatkan Najib mempunyai helah untuk mengelirukan rakyat berkaitan syarikat pelaburan yang bermasalah dan sarat dengan hutang itu.

Penangkapan Xavier Justo di Thailand atas dakwaan menjual maklumat dan email yang sudah diuli berkenaan urusniaga 1MDB dengan PetroSaudi telah dijadikan senjata paling ampuh untuk mengelirukan rakyat seolah-olah semua keburukan berkaitan syarikat pelaburan itu, termasuk yang ditimbulkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, tiada asasnya lagi.

Hakikatnya, kaitan penangkapan Justo hanyalah berkaitan urusniaga dengan PetroSaudi saja, itu pun belum dapat dipastikan sejauh mana berubahnya maklumat yang sudah diuli itu memandangkan siasatan masih dijalankan, tetapi ia tidak mengubah sama sekali hutangnya berjumlah RM42 bilion, pembelian IPP dengan harga tinggi, bayaran faedah antara RM2.4 hingga RM2.7 bilion setahun dan sebagainya lagi.

Namun, isu penangkapan itu telah juga diuli untuk lebih menyucikan Najib berbanding keadaansebenar syarikat pelaburan itu yang umpama "bala" kepada rakyat negara ini.

Mengambil kesempatan daripada penangkapan Justo juga, Najib cuba mencantikkan lagi nama 1MDB dengan menggunakan hujah sumbangannya kepada pembangunan masjid Kampung Baru berjumlah RM20 juta kononnya syarikat itu turut memainkan peranan kepada pembangunan Islam di negara ini.

Selain sumbangan RM20 juta itu terlalu kecil berbanding hutangnya RM42 bilion, fakta yang cuba diketepikan ialah apa saja konteks pembangunan dan peningkatan syiar Islam memang menjadi tanggungjawab kerajaan tiada kira sama ada wujud 1MDB atau sebaliknya.

Usul putus hubungan Pas-DAP tidak akan ditarik balik - Dewan Ulama

Majlis Syura dijangka mengumumkan status hubungan PAS-DAP selepas Aidilfitri nanti.
Mahfodz-Mohammad_pas_dap_600
KUALA LUMPUR: Dewan Ulama Pas Pusat tidak akan menarik semula usul putus hubungan DAP yang diterima pada Muktamar Pas tanpa bahas baru-baru ini.
Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohammad berkata, pihaknya hanya meluluskan usul itu dan sekarang terpulang kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan muktamad.
“Wallahualam (Hanya Allah yang tahu), (kami) tidak tahu,” katanya ketika ditanya adakah Dewan Ulamak menyesal dengan pembentangan usul putus hubungan tersebut.
Beliau berkata, keputusan muktamad mengenai usul itu hanya akan diputuskan selepas Majlis Syura mengadakan mesyuarat selepas sambutan Aidilfitri.
“Dewan Ulamak hanya mencadangkan supaya Majlis Syura dan Pas Pusat buat keputusan.
“Sampai sekarang, usul itu tidak diputuskan lagi, Majlis Syura belum bermesyuarat. Mungkin selepas raya,” ujarnya.
Katanya, beliau menerima apa sahaja keputusan yang diputuskan oleh Majlis Syura kelak.
“Usul itu (putus hubungan dengan DAP) terima atau tidak, saya akan tetap wala’ kepada Majlis Syura,” ujarnya.

PAS: 1.5 juta pekerja Bangladesh persediaan UMNO/BN hadapi PRU14?

Kebimbangan itu ditambah dengan pengumuman pemilihan UMNO tahun depan ditangguhkan, dipercayai sehingga selepas PRU14.
Khairuddin-At-Takiri_umno_bn_600
PETALING JAYA: Pas bimbang pengambilan masuk 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh secara berperingkat ada hubung kait dengan persediaan UMNO/Barisan Nasional menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin At-Takiri berkata, kebimbangan itu ditambah dengan pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pemilihan UMNO tahun hadapan ditangguhkan 18 bulan.
Selain itu, katanya, pengambilan 1.5 juta pekerja asing itu bukan sahaja meningkatkan lagi masalah jenayah di negara ini malah menimbulkan ketidakstabilan sosial.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, mengikut rekod Kementerian Sumber Manusia, terdapat 6.7 juta orang warga asing dengan hanya 2.1 juta daripadanya memegang Pas Lawatan Kerja Sementara di negara ini.
“Dengan kemasukan baru berjumlah 1.5 juta warga Bangladesh sudah pasti akan memberi implikasi kurang baik terhadap struktur sosial dan pemilikan pekerjaan dalam kalangan rakyat tempatan,” katanya.
Katanya, kadar pengangguran yang mencatatkan 3.2 peratus pada awal tahun ini dijangka turut meningkat dengan kehadiran warga asing, walaupun kerajaan telah membelanjakan sejumlah dana untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Bolehkah rakyat percaya lagi kata-kata kerajaan?

oleh Ahmad Mustapha Hassan

Pegawai kerajaan zaman sekarang nampaknya sentiasa ‘flip-flop’ dalam tindakan dan keputusannya. ‘Jungkir-balik’ tindakan dan kata-kata ini bermula daripada orang paling atas, iaitu perdana menteri Najib Razak. Beliau dahulu pernah berjanji akan memansuhkan Akta Hasutan namun mengingkarinya.

Maka, tidak hairanlah jika orang lain di bawahnya turut berkelakuan serupa. Lihat saja kes Majlis Amanah Rakyat (Mara) membeli Dudley House di Melbourne, Australia untuk dijadikan hostel bagi pelajar-pelajar Mara.

Apabila akhbar Australia The Age melaporkan skandal pelaburan kontroversi ini, pengerusi Mara Annuar Musa mengisytiharkan pembelian itu telah dibuat mengikut prosedur. Mara telah membayar harga yang terlebih tinggi, iaitu dengan jumlah AUS$22 juta. Walhal hartanah itu hanya bernilai AUS$17.8 juta.

Menurut laporan tersebut, lebihan bayaran telah diambil oleh pegawai-pegawai yang terlibat. Apabila beliau mengadakan sidang media pada 24 Jun lalu, Annuar berkata yang perdana menteri telah meluluskan pembelian itu.

Tetapi 24 jam kemudian, beliau berkata Najib tidak bersetuju pula. Yang menariknya, perubahan kenyataan ini dipersalahkan kepada media dengan mendakwa mereka telah membuat laporan yang salah.

Ini memang cara lazim mereka, dan yang paling mudah. Maka kesalahan diletakkan kepada media. Mereka tersilap lapor tentang sidang media itu. Ini telah menjadi cara standard dan paling mudah bagi pegawai kerajaan melepaskan diri dari mana-mana kontroversi.

Dr M: Apa kena mengena tangkapan Justo?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menangkis seruan agar pihak yang mengkritik 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf.

Ini kerana, penangkapan bekas pengarah PetroSaudi International tidak menjawab persoalan utama dalam isu melibatkan usaha sama di antara 1MDB dan PetroSaudi.

Dalam tulisan di blog chedet.cc, Mahathir merujuk kepada dana AS$1.9 bilion yang dipinjamkan 1MDB kepada PetroSaudi.

Mahathir berkata, Najib memberitahu Parlimen bahawa 1MDB meminjamkan AS$1.9 bilion kepada anak syarikat PetroSaudi untuk mengurangkan risiko pegangan sahamnya.

Sepatutnya, pinjaman itu dikembalikan selepas usaha sama 1MDB dan PetroSaudi terbatal, kata Mahathir.

"Memberi pinjaman kepada rakan kongsi JV (usaha sama) yang tidak sesuai, (langkah itu) hanya akan meningkatkan risiko, bukan mengurangkannya.

Bagaimana bayar hutang RM42 bilion jika Ipic terima aset 1MDB, soal Dr M

Syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu menjelaskan apakah bentuk aset yang akan diterima International Petroleum Investment Company (Ipic) selepas syarikat pelaburan dari Abu Dhabi itu menyalurkan AS$1 bilion awal bulan ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu bertanya, jika aset semasa, sama ada tanah atau loji jana kuasa yang dimiliki 1MDB, akan diserahkan kepada Ipic, maka bagaimana syarikat milik Kementerian Kewangan itu akan menjelaskan hutang RM42 bilionnya.
“Ipic sudah membuat pembayaran tunai dan akan mendapat faedah interim. Menghairankan tidak disebutkan apakah aset 1MDB yang akan dimiliki Ipic,” katanya menerusi kiriman terbaru di blognya, chedet.cc hari ini.

Hudud: Umno belum sedia kata PAS Terengganu

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu meminta isu hudud tidak dijadikan isu politik Umno dan BN di negeri ini, apatah lagi apabila mendakwa tidak melihat kesungguhan kerajaan negeri ini terhadap pelaksanaan hudud sebagaimana di Kelantan.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat ketika mengulas mengenai kesediaan kerajaan negeri bekerjasama dengan Pas ke arah pelaksanaan hudud sebelum ini memberitahu, sehingga kini beliau tidak melihat sebarang tindakan yang boleh membuktikan kerajaan negeri benar-benar bersedia ke arah itu.

Apatah lagi katanya, pembentangan bajet pada hujung tahun lalu juga turut menjelaskan sikap kerajaan negeri apabila tiada peruntukan khusus untuk memperkukuh pelaksanaan syariah di Terengganu. 

“Jadi, saya tidak mahu dijadikan isu politik sahajalah. Tidak ada kesungguhan daripada kerajaan negeri untuk benar-benar melaksanakan enakmen tersebut.

“Pelaksanaan ini bawah bidang kuasa kerajaan negeri, mahkamah dan sebagainya. Kuasa tersebut ada pada pemimpin Umno peringkat Pusat dan juga di peringkat negeri. Jadi apa sebenarnya kerjasama yang dia nak daripada kita? 

“Kalau dia kata hendak kita sokong dalam dewan, memang undang-undang itu sememang dibentangkan zaman Pas, sudah diwartakan zaman kita. Kalau kata hendak beri penerangan kepada rakyat, saya rasa belum pun kita memerintah, sejak Kelantan (meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan) tahun 1993 dah menguar-uarkan, sudah kita beri penerangan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini.

Dalam laporan media sebelum ini, Umno Terengganu bersedia bergabung dengan Pas dalam menguatkuasa hukum hudud, bagaimanapun perlu terlebih dahulu melihat kejayaan Kelantan berkaitan pelaksanaan hukum itu.

Bagaimanapun, Satiful menyifatkan Umno sebagai tersepit ketika ini dan bersikap seolah-olah menyokong hudud, sambil mengingatkan bahawa Umno perlu membuktikan perkara itu melalui sokongan terhadap pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen kelak.

Hadi tidak gelar orang lain anjing kata Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi di Kepala Batas, Pulau Pinang kelmarin bukan bertujuan menggelar orang lain sebagai anjing. 
 
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebaliknya Abdul Hadi telah memetik sebuah syair Arab sebagai kiasan.
 
“Dalam syair itu menyebut biarlah serigala menyalak, tetapi kabilah akan teruskan perjalanan. Biasanya masyarakat Arab yang pergi berjalan di padang pasir akan berdepan dengan anjing atau serigala yang menyalak.
 
“Syair itu membawa maksud agar kabilah tidak takut dengan anjing dan serigala dan teruskan perjalanan. Jadi ia sebagai kiasan atau kata-kata semangat kepada kita agar jangat cepat menyerah dalam perjuangan walaupun ada banyak cabaran,” katanya.
 
Menurutnya, beliau turut berada dalam ceramah tersebut dan ucapan Abdul Hadi perlu dilihat dalam konteks menyeluruh.
 
“Saya harap semua faham, ucapan ini bukan mengejek atau gelar sesiapa sebagai anjing. 
 
“Ceramah Abdul Hadi berlangsung satu jam setengah, jadi tak boleh kita ambil satu patah perkataan saja lalu perbesarkannya. Sebab bidalan itu perlu dilihat konteks kiasan,” katanya.
 
Katanya, Abdul Hadi juga tidak menyebut mana-mana pihak dalam ucapannya itu.
 
“Ucapan beliau umum, tidak ditujukan atau menyebut mana-mana individu, kumpulan atau parti. Jadi, tidak perlu sesiapa terasa,” katanya.

PAS, NGO Islam semakin bergeser

Almarhum Usraz Fadzil Noor sememangnya mempunyai pendekatan yang begitu terbuka dan inklusif dalam usaha membawa perjuangan Islam. Dan ini adalah antara sebab almarhum akan sentiasa dirindui ramai.

Pada minggu lalu saya telah menceritakan pendekatan Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz terhadap masyarakat umum dan parti pembangkang lain.

Pendekatan inklusif atau terbuka yang membanyakkan interaksi atau saling berbincang dan berhubung telah menghasilkan pembentukan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, prestasi PAS melonjak sehingga memenangi 27 kerusi Parlimen dalam pilihan raya tahun itu.

Prestasi ini dengan sendirinya membuktikan keberkesanan dan kebijaksanaan pendekatan inklusif Almarhum.

Sikap terbuka terhadap NGO Islam

Pada hari ini saya ingin menceritakan pula sikap keterbukaan Almarhum terhadap NGO Islam yang tidak bersama PAS.

Hubungan NGO Islam dengan PAS sebelum itu dipenuhi syak wasangka dan ketidak-kepercayaan antara satu sama lain. Masing-masing mendakwa mereka berada di pihak yang betul dan lebih menepati kehendak dan tuntutan perjuangan Islam.

Masing-masing mendakwa yang pihak satu lagi telah tergelincir dengan tidak membawa mesej Islam dengan sifat kesyumulannya. Di kalangan mahasiswa khususnya, persaingan untuk mengukuhkan pengaruh menghasilkan suasana yang agak tegang.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor memanfaatkan peristiwa pemecatan dan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 untuk mengenepikan segala perbalahan antara NGO Islam dan PAS melalui pembentukan GERAK.

GERAK menyatupadukan keseluruhan NGO Islam dan NGO bukan Islam dalam satu gelombang kebangkitan rakyat menentang kezaliman Umno/BN.

Melalui GERAK, NGO Islam seperti Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dibawa bekerjasama dengan PAS dan persamaan diraikan dan perbezaan diketepikan.

Dalam menghasilkan gelombang kebangkitan ini, maka hubungan antara PAS dan NGO Islam menjadi semakin rapat sehingga kebanyakan dari prejudis dan buruk sangka di antara satu dengan lain dapat di atasi.

Pada masa yang sama, melalui kerjasama ini, pimpinan NGO tersebut mula menyedari bahawa PAS tidak sepertimana yang disangka mereka selama ini. PAS dilihat lebih terbuka dan prihatin terhadap masalah semasa dari apa yang dianggap mereka sebelum ini.

Persepsi NGO terhadap PAS

Oleh itu beberapa pimpinan dan ahli NGO Islam telah menyertai PAS. Ada dari mereka dilantik sebagai pimpinan. Selepas beberapa tahun, prestasi dan pengorbanan mereka disaksikan oleh ahli PAS sendiri dan mereka turut dipilih sebagai pimpinan.

Reformasikan politik Islam, bukan layan khabar angin parti baharu, kata G18

Pemimpin PAS perlu melihat gambaran yang lebih besar bagaimana memajukan politik Islam yang lebih menyeluruh dan progresif berbanding melayan khabar angin mengenai pembentukan parti Islam baharu, kata bekas pemimpin PAS.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, salah seorang daripada pimpinan yang disingkirkan pada muktamar lalu, atau lebih dikenali sebagai G18 berkata, masyarakat melihat PAS semakin menguncup dan tidak mengamalkan politik terbuka dan menyeluruh.

“Itu lebih besar untuk dibincangkan daripada kita bincang (mengenai) ahli hari ini yang dikatakan G18 kononnya nak keluar parti,” katanya merujuk jawatankuasa tindakan yang ditubuhkan pemimpin progresif PAS yang tewas dalam muktamar lepas.

Kenyataan Mujahid itu seperti secara halus menjawab pandangan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperkecilkan kemungkinan G18 menubuhkan sebuah parti baharu.

Kata Tuan Ibrahim, walaupun G18 berhak menubuhkan parti baharu, namun ia tidak perlu melakukannya semata-mata kerana tewas dalam pemilihan parti.

Mujahid sebaliknya berkata, PAS seharusnya mencari jalan membawa politik Islam ke arus perdana dan menjadikannya lebih menyeluruh dan progresif.

Katanya, PAS juga mesti bersedia untuk melakukan perubahan. “Apabila kita melihat benda yang besar di depan kita, kita lakukan jauh lebih besar dari isu pembersihan, cantas mencantas sesama ahli.

"Maka segala apa yang dihujahkan terlalu kecil apabila kita melihat kepada keperluan besar yang perlu kita bina dan cipta untuk bawa politik Islam,” katanya.

Mengulas amaran diberi Tuan Ibrahim kepada pemimpin yang kalah supaya wala' kepada pimpinan parti, Mujahid berkata, G18 masih merupakan ahli parti yang setia kepada kepimpinan.

Parti baharu: Umno akan beri kelulusan segera

Dua pengumuman penting sudah dilakukan Umno minggu lepas. Presidennya Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemilihan Umno akan ditangguhkan selama 18 bulan.
Parti baharu: Umno akan beri kelulusan segera
Pengumuman ini disusuli dengan kenyataan Datuk Ahmad Maslan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan mengambil tempat sebelum pemilihan Umno.
Ini menimbulkan kemungkinan PRU14 akan bertindih dengan pilihan raya negeri Sarawak tahun depan.
Persoalannya ialah apa yang menyebabkan Najib, meskipun dilanda masalah cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), begitu yakin dengan ramalan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir yang BN akan tewas jika beliau yang menerajui BN pada PRU14 adalah tidak tepat?
Jawapannya ada pada ura-ura parti baru yang bakal ditubuhkan oleh mereka yang tewas dalam pemilihan PAS kali ini.
Umno mengetahui undi kaum Bumiputera dan Melayu terbahagi kepada tiga kelompok – mereka yang menyokong Umno, mereka yang menyokong PAS dan mereka yang tidak menyokong kedua-dua parti itu.
Bagi Umno, majoriti kerusi yang ditandinginya, mereka perlu berdepan dengan PAS di kawasan majoriti Melayu. Di kerusi campuran, Umno berdepan dengan calon PAS ataupun PKR ataupun parti pembangkang di Sabah.
Undi yang diperlukan Umno adalah daripada kalangan mereka yang menyokong Umno. Umno boleh menang jika undi kepadanya bertambah atau undi kepada lawannya berkurang atau terbahagi dalam perang 3 penjuru.
Mengharapkan undi Umno meningkat pada situasi rakyat sedang merana kos sara hidup yang tinggi dan dua parti komponennya MCA dan MIC yang kini tempang adalah perkara yang amat berisiko. Umno hanya mengharapkan undi mereka kekal.
Oleh itu, Umno hanya boleh bergantung kepada pecahnya undi daripada kalangan mereka yang melawannya dan ura-ura penubuhan parti baharu oleh mereka yang tewas di pemilihan PAS baru-baru ini adalah berita yang amat dinantikan dan menggembirakan Umno.
Bagi Umno, parti baharu yang dicanang ini bukanlah satu ugutan kepada undi mereka kerana parti baharu ini terdiri daripada kalangan mereka daripada pembangkang dan sememangnya tidak menyukai Umno, yang dulu bersama PAS tapi kini tidak menyukai PAS.
Mereka adalah daripada “market” penyokong pembangkang yang sama. Keadaan akan berbeza kalau mereka ini parti serpihan Umno yang beralih kepada pembangkang seperti Semangat 46.
Namun soal undi adalah perkara kedua. Perkara yang diintai Umno ialah konflik perebutan kerusi yang bakal dicetuskan parti yang baharu ini di kalangan parti pembangkang.
Umum mengetahui, bab pembahagian kerusi adalah perkara yang paling sensitif di kalangan parti pembangkang.
Kerusi yang sudah ada di tangan (ditandingi di PRU yang lepas) jarang akan diberikan kepada orang lain. PAS, PKR dan DAP masing-masing sudah hampir pasti mengekalkan kerusi yang bakal ditandingi mereka nanti di PRU14.
Jika parti baru ini tertubuh, di manakah mereka akan bertanding?

Progresif PAS hadapi kesukaran pada PRU14

Kumpulan progresif yang disingkirkan dalam kepimpinan PAS sewaktu pemilihan lalu mungkin berdepan tempoh yang sukar pada pilihan raya umum akan datang jika mereka memutuskan untuk menubuhkan parti.

Bercakap kepada Malaysiakini, penganalisis politik Wan Saiful Wan jan berkata ini kerana kumpulan konservatif lebih banyak menguasai sokongan akar umbi berbanding parti baru itu.

"Saya rasa ia akan menjadi cabaran sengit kepada setiap orang. Kumpulan konservatif dalam PAS mempunyai sokongan akar umbi, manakala parti baru mungkin tidak mempunyai sokongan yang mencukupi, belum lagi.

"Ia bergantung kepada sejauh mana cepatnya kumpulan progresif menubuh parti baru dan bagaimana cepatnya mereka membina momentum ke arah pilihan raya umum akan datang. Tetapi kelemahan mereka akan terjadi pada jentera akar umbi," kata Wan Saiful.

Beliau menjawab soalan berhubung peluang parti Islam baru akan melonjak lebih berbanding PAS dan Umno pada pilihan raya umum ke-14 kelak.

Parti baru yang sedang difikirkan oleh pemimpin progresif PAS, sebagai tindak balas kepada apa yang mereka mendakwa menjadi "semakin tertutup" dalam kepimpinan baru PAS.

Mereka yang dikenali Harapan Baru atau Gerakan G18, katakan sebuah parti baru, jika dibentuk, akan menjadi lebih terbuka dan inklusif daripada PAS, dengan membuka keahlian kepada bukan Islam.

1MDB: Jangan jadi pemfitnah 'hujung jari' kata Menteri Umno


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkan umat Islam yang menggunakan laman sosial agar tidak menjadi ‘keyboard warrior’ untuk menyebarkan fitnah termasuk berkaitan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata sebelum ada internet, masyarakat menggunakan 'hujung lidah' untuk menyebarkan berita dan juga fitnah, bagaimanapun sekarang semuanya dilakukan dengan 'hujung jari'.

"Hujung lidah ini, orang dah kurang guna untuk cakap pasal orang, sekarang guna bentuk hujung jari pula.

"Hujung jari ni jadi 'keyboard warrior', pakai whatsapp, telegram, instagram, MMS, SMS dan segala macam sekarang.

"Apa lagi kalau cakap benda tidak betul, duduk cakap 1MDB, selepas itu ramai yang ulas dan cerita, bila mana Xavier Andre Justo kena tahan pula, pakat-pakat nak lepas diri pula," kata Jamil.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri dan penyampaian peralatan kesihatan, dana kepada tahung kebajikan hospital Wilayah Persekutuan di Auditorium Angkatan Tentera Tunku Mizan (HATTM) Kuala Lumpur,

Shabery: Pua patut undur dari PAC

Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua sepatutnya menarik diri daripada menganggotai jawatankuasa itu kerana sikap berat sebelahnya terhadap siasatan isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata kerajaan kini dalam proses mencari kebenaran untuk menyelesaikan masalah 1MDB tetapi ahli politik DAP itu sering mengeluarkan kenyataan menghakimi sewaktu proses siasatan oleh PAC masih berjalan.

"Dia patut keluar daripada PAC. Dia akan malukan bukan saja PAC, tetapi juga sistem Parlimen itu sendiri.

"Dia patut bertanggungjawab," katanya kepada wartawan di satu majlis di Petaling Jaya hari ini.

Ahmad Shabery juga menyifatkan tindakan Pua yang juga anggota Parlimen Petaling Jaya Utara yang cenderung mengkritik 1MDB sebagai merendahkan martabat dirinya.


"Jadi orang itu (Pua) sudah tentu tidak layak untuk berada di dalam PAC. Dia buat kenyataan berat sebelah, dia sepatutnya malu, parti dia sepatutnya rasa malu, orang yang menyokong dan yang berkaitan dengannya juga sepatutnya berasa malu," katanya.

Sebelum ini, peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyarankan supaya Pua berundur diri daripada PAC bagi membolehkan siasatan ke atas 1MDB dijalankan dengan telus dan adil.

Bagaimanapun, kenyataan itu disifatkan Pua sebagai usaha untuk menyekatnya daripada bersuara.

- Bernama

Pemimpin kita kurang sikap integriti – TMJ

TMJ menghuraikan erti kepimpinan yang dipesan oleh nenda baginda, Almarhum Sultan Iskandar ibni almarhum Sultan Ismail.
TMJ
PETALING JAYA: Kebanyakan pemimpin pada hari ini kurang memiliki sikap integriti yang merupakan sikap agung bagi seorang pemimpin.
Komen itu dibuat oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menerusi laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers.
“Sifat kepimpinan yang paling agung adalah integriti. Malang sekali, dalam dunia masa kini, sifat ini semakin sukar dijumpai,” titah baginda.
TMJ bertitah, pemimpin pengecut pula merupakan manusia paling bahaya.
Titah baginda, salah satu ujian dalam kepimpinan adalah untuk mengenalpasti sesuatu masalah sebelum ia menjadi darurat.
Baginda bertitah, erti kepimpinan itu merupakan pesanan yang diberikan oleh nenda baginda, Amarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.
“Baginda juga mendidik saya bahawa pemimpin yang hebat memperoleh kekuatan untuk mencapai visinya daripada semangat yang kental dan bukannya daripada jawatan atau kedudukannya.
“Ingatlah bahawa kunci kepimpinan yang cemerlang pada hari ini adalah dengan mempunyai pengaruh, bukannya dengan menunjukkan kuasa.

Amaran TMJ tentang pemimpin pengecut

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan bahawa pemimpin yang pengecut merupakan manusia paling bahaya sekali, sambil menekankan tentang pentingnya integriti dalam kepimpinan.

Tunku Ismail berkata nenda baginda - Almarhum Sultan Iskandar - selalu berpesan bahawa sifat kepimpinan yang paling agung adalah integriti, yang menurut baginda, semakin sukar dijumpai.

"Baginda juga berpesan bahawa seorang pemimpin yang pengecut merupakan manusia yang paling bahaya sekali, dan salah satu ujian dalam kepimpinan adalah untuk mengenal pasti sesuatu masalah sebelum ianya menjadi darurat.

"Baginda juga mendidik saya bahawa pemimpin yang hebat memperoleh kekuatan untuk mencapai visinya daripada semangat yang kental dan bukannya daripada jawatan atau kedudukannya," tegas baginda dalam Facebook Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail bertitah bahawa baginda bersyukur kerana telah dibesarkan dan dididik oleh dua pemimpin yang unggul, iaitu Almarhum Sultan Iskandar dan ayahanda baginda Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail bertitah, nasihat baginda kepada semua pemimpin dalam setiap sektor kerajaan, NGO dan organisasi di Johor adalah supaya memberikan inspirasi dan memimpin segenap lapisan rakyat.

"Jangan cuba memanipulasi dan menguruskan orang. Inventori barangan boleh diuruskan, tetapi rakyat harus dipimpin melalui tauladan dan dengan berintegriti.

Bukit Aman mahu akses soal Justo

Polis Malaysia mahu menyoal bekas pekerja PetroSaudi International, Xavier Justo, yang kini ditahan di Thailand atas dakwaan memeras ugut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau telah menyampaikan permintaan itu kepada pihak polis Thailand, dan akan mengadakan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat dua hala pada 2 Julai.

"Saya telah membuat permohonan kita diberi ruang untuk temu bual Justo sebelum tindakan diambil ke atasnya.

"Pada 2 Julai timbalan ketua polis Thailand akan datang, jadi kita akan berbincang apakah langkah seterusnya yang akan kita ambil terhadap Justo," katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Bagaimanapun, Khalid tidak menjelaskan mengapa polis Malaysia mahu menyoal Justo.

Kerajaan telah mendakwa bahawa Justo telah mengubah emel yang didakwa dicuri dari syarikatnya, untuk memburukkan 1MDB dan rakan perniagaan PetroSaudi.

Belum Siasat dan Didakwa: Tetiba Menteri Umno kata tangkapan Justo bukti 1MDB selama ini betul


Penangkapan bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo di Thailand baru-baru ini membuktikan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selama ini "betul" dan bukan seperti digambarkan media, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ia sekaligus membuktikan dakwaan-dakwaan yang disiarkan media atastalian terhadap 1MDB, tidak berasas, katanya sewaktu berucap di Dewan Negara, pagi ini.

"Penangkapan Xavier Andre Justo memberikan impak yang besar kepada 1MDB terutama berkaitan kepada tuduhan-tuduhan yang disiarkan media atas talian. ; "Bermakna, 1MDB berada atas landasan yang betul," katanya.

Menurut Husni, kerajaan akan mempertimbangkan mengambil tindakan selepas siasatan pihak berkuasa Thailand selesai.

"Kerajaan sedang menunggu laporan yang lengkap sebelum kita mengambil apa-apa tindakan," katanya menjawab soalan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Mohd Salim yang mahu tahu langkah kerajaan menangani kemerosotan pendapatan negara berikutan kejatuhan harga minyak dan penurunan nilai ringgit.

Bercakap lanjut, Husni menggesa ahli-ahli Dewan Negara menilai sebarang laporan tentang syarikat sarat hutang itu dengan lebih kritis. "Apa yang penting di sini kita sebagai ahli Dewan Negara, sesuatu isu itu kita mesti lihat secara fakta dan bukan fakta ad hoc atau tuduhan atau teori.

 "Semuanya perlukan kepada pembuktian dan pembuktian inilah (menyebabkan) kerajaan melantik ketua audit negara bagi membuat siasatan. "Yang penting di sini, kerajaan mempunyai pelan rasionalisasi yang sudah mula dilaksanakan," katanya.

KEPERLUAN APA mesti melalui 3 syarikat & 3 buah negara ???.. Apa sebenarnya dah berlaku dlm MARA ???


Mana satu korang nak percaya, The Age atau KPN ???


Harap jangan ada plok watak 'KAMBING HITAM' tiba2 timbul..

Makin lama SkandalMARA ini berpanjangan Najib tetap nak jadi PM buat 22 tahun lamanya mcm Mahathir..

Mengapa Annuar Musa tidak siasat skandal pembelian MARA lebih awal?

Rafizi Ramli mendakwa Tan Sri Annuar Musa sudah tahu skandal itu sejak beliau diberikan taklimat pada 20 Mei 2014 ketika melawat Australia.
Annuar-Musa_Rafizi-Ramli-_mara_600
SUNGAI BESI: Pengerusi Majlis Amanah Raya (MARA), Tan Seri Annuar Musa didakwa tahu lebih awal skandal pembelian hartanah Dudley International House oleh MARA Inc.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, Annuar tahu perihal skandal pembelian itu ketika diberi taklimat pada 20 Mei 2014 ketika menyertai delegasi MARA ke Australia bersama Datuk Lan Allani.
Malah, dakwanya, Annuar juga menyedari tiga aset lain yang dibeli MARA yang terletak di 746 Swanston Street, 333 Exhibition Street dan di 51 Queen Street.
“Datuk Lan Allani merupakan individu yang dikaitkan bertanggungjawab dengan pembelian hartanah ini,” katanya dalam sidang media di Pejabat National Oversight & Whistleblowers (NOW) pada Isnin.
“Mengapa Annuar tidak mengarahkan siasatan lebih awal sejak 2014 sewaktu beliau diberikan taklimat di Australia dan bukannya selepas ia didedahkan oleh akhbar Australia,” soalnya.
Selain itu, Annuar turut diminta menjelaskan mengapa pembelian hartanah Dudley International House, MARA Inc menubuhkan syarikat milik penuh di luar pesisir pantai yang didaftarkan di British Virgin Island (BVI).
“Jika maklumat yang hendak diperoleh dari Pulau Cayman adalah ketat, syarikat BVI lebih ketat.
“Mengapakah sebuah syarikat agensi kerajaan seperi MARA Inc menggunakan BVI, bukankah setiap transaksi yang dilakukan kerajaan harus didedahkan kepada umum,” kata Rafizi.

Mara Inc didakwa ada 3 hartanah lain di Australia

Mara Inc didakwa ada 3 hartanah lain di Australia 
KUALA LUMPUR - Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW) hari ini mendedahkan tiga lagi hartanah yang didakwa dibeli oleh anak syarikat Majlis Amanah Raya (Mara), Mara Incorporated Sdn Bhd di Melbourne, Australia.
 
Pengarah Eksekutifnya, Rafizi Ramli mendakwa, dokumen dalaman Mara berbentuk taklimat kepada Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa menunjukkan Mara Inc mempunyai pegangan penuh tiga lagi hartanah lain iaitu 746 Swanston Street, 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street.
 
"Saya berjaya mendapat satu dokumen dalaman Mara yang digunakan dalam satu taklimat kepada Annuar dan delegasi Mara mengenai pembelian hartanah itu.
 
"Taklimat itu diberikan pada 20 Mei 2014 di Melbourne, Australia dan selain dari Annuar sendiri, delegasi Mara itu turut disertai oleh Datuk Lam Allani iaitu individu yang dikaitkan bertanggungjawab dengan pembelian hartanah ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat NOW, di sini, hari ini.
 
Terdahulu, akhbar Australia, The Age mendedahkan anak syarikat Mara itu membida harga lebih tinggi bagi memiliki blok apartmen Dudley International House AS$17.8 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juga (RM65 juta).
 
Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa dalam satu sidang media pada Rabu menjelaskan keputusan urus niaga itu dibuat pada Mac 2013 dan mengakui pembelian pangsapuri itu jauh lebih tinggi berbanding harga asal yang ditawarkan.
 
Mengulas lanjut, Rafizi juga berkata bagi tujuan mengaburi mata, Mara Inc didakwa menubuhkan beberapa syarikat untuk memiliki hartanah tersebut.

PKR tekan bos MARA isu skandal hartanah

Tidak bertindak ke atas pembelian empat hartanah di Melbourne, Australia oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa, sekali lagi dipersoalkan, kali ini oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Annuar sepatutnya melancarkan siasatan segera selepas lawatan rasmi beliau ke Melbourne pada 20 Mei tahun lalu, bukan hanya dua bulan lalu, kata Rafizi yang juga anggota Parlimen Pandan, hari ini.

Memetik kata-kata "orang dalam" di satu taklimat yang dikatakan dihadiri oleh Annuar di Melbourne, Rafizi berkata ia didedahkan bahawa pembelian empat hartanah tersebut melibatkan tujuh syarikat di Kepulauan Virgin British, Labuan, Singapura dan Australia.

Syarikat tersebut bertindak sebagai "lapisan" untuk pengantara yang dikaitkan dengan Mara Incorporated Sdn Bhd, yang menurut Rafizi sepatutnya mencetuskan syak wasangka.

Mara guna syarikat di 3 negara untuk beli hartanah di Australia, kata PKR


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli (kiri) menunjukkan salinan dokumen berhubung skandal Mara kepada pihak media, turut sama hadir Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW )Akmal Nasir di Kuala Lumpur , hari ini.

Syarikat pelaburan Mara Inc iaitu anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara) menggunakan “syarikat berlapis” di 3 negara berbeza untuk melindungi pembelian 2 hartanah di Australia, kata National Oversight and Whistleblowers (NOW), hari ini.

Pengarahnya, Rafizi Ramli yang juga setiausaha agung PKR berkata bagi pembelian hartanah di 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street, Mara menggunakan anak syarikat mereka di Labuan, Singapura dan Australia dalam satu rantaian transaksi yang panjang untuk membelinya. Bagi kedua-dua transaksi, nama syarikat berbeza, tetapi rantaian itu kekal sama; ia bermula di Labuan dan berakhir di Australia.

Akhbar Australia The Age mendedahkan mengenai pembelian The Dudley oleh Mara baru-baru ini, mendakwa “sogokan” untuk pegawai Mara dibuat menerusi sebuah syarikat Singapura. “Penggunaan syarikat berbeza membangkitkan curiga. Anda tertanya-tanya mengenai 2 pembelian itu, kedua-duanya melalui Singapura,” kata Rafizi.

Bagi hartanah 333 Exhibition Street, Mara Inc didakwa membuat pembelian menerusi Powerwell Holdings Limited, berdaftar di Labuan, diikuti syarikat Singapura Carlton Garden Lte Ltd, dan Australia iaitu Peters Equity Pty Ltd, semuanya dimiliki oleh Mara.

Pembelian hartanah 51 Queen Street dibuat menerusi Vortex Holdings Limited di Labuan, Marinn Property Pte Ltd di Singapura dan Queville Pty Ltd di Australia. Secara keseluruhan, untuk pembelian 4 hartanah di Melbourne termasuk Dudley dan 746 Swanston Street, Mara menggunakan 8 syarikat berbeza.

DAP persoal jika polis terpengaruh dengan kenyataan menteri dalam kontroversi Mara

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua ingin tahu jika Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar terpengaruh dengan kenyataan menteri apabila menyifatkan pembelian apartmen kontroversi Majlis Manah Rakyat (Mara) di Australia tiada elemen pecah amanah.

"Bagaimanakah polis secara tiba-tiba dan begitu cepat memutuskan skandal Mara tiada unsur pecah amanah atau kesalahan kanun jenayah? "Adakah ini kerana menteri berkenaan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada dua hari lalu iaitu 27 Jun, 2015 mengisytiharkan transaksi itu berdasarkan prosedur dan sah?" soal ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam kenyataannya hari ini.