Ahad, 28 Jun 2015

Jangan lantik menteri buat kenyataan seperti badut - Prof Agus

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus
SHAH ALAM-  Sekiranya rombakan Kabinet dilakukan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disaran melantik menteri di kalangan anak muda yang bersih, cerdik dan beriman supaya boleh memacu negara kita ke depan.
 
Pensyarah Sains Politik Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata,‎ sudah tiba masanya menteri yang dilantik memahami denyut nadi rakyat dan bukannya dari golongan yang bercakap seperti tin kosong.
 
“Lantiklah menteri yang dapat memahami kesempitan hidup rakyat dengan keadaan ekonomi sekarang.
 
"Jangan lagi melantik menteri yang mengeluarkan kenyataan seperti badut,” katanya kepada Sinar Online.
 
Terdahulu sebuah portal melaporkan, Najib telah memberi bayangan kemungkinan akan ada rombakan Kabinet tidak lama lagi.
 
Najib, ketika menjawab mengenai  spekulasi itu, tidak menafikannya dan menggesa orang ramai bersabar.
 
"Tunggulah," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini.
 

Penundaan oleh pemimpin yang takut berhadapan ahli parti mereka

oleh Cynic View

Keputusan berbeza Umno untuk menunda pemilihan parti sehingga pilihan raya umum akan datang (yang mesti dianjurkan setidak-tidaknya pertengahan 2018) menceritakan sesuatu.

Ya, perlembagaan parti itu membenarkannya. Dan ya, dua bekas presiden parti dan perdana menteri pernah melakukan perkara yang sama. Tetapi ianya tetap tidak menjadikannya betul atau wajar buat sebuah parti yang mengamalkan demokrasi.

 Tiga puluh satu daripada 190 bahagian pastinya berfikir bahawa pemilihan parti, untuk melantik pemuda, wanita, puteri dan pegawai jawatankuasa pusat, termasuklah naib presiden, timbalan presiden dan presiden, seharusnya diteruskan.

 Maka terserlahnya dilema Umno. Sebagai parti demokrasi, seperti yang diperakui oleh ketua parti Najib Razak apabila beliau mengumumkan keputusan itu pada malam Jumaat, Umno seharusnya menerima pembangkang yang sihat. Sebuah parti pak turut akan menjurus kepada kehancuran.

Jika seseorang berasa yakin dengan polisi, hala tuju, pengendalian dan kepimpinan, tiada sebab ahli atau perwakilan tidak akan memberi sokongan. Justeru, pemilihan parti biasa adalah satu cara untuk pemimpin yang cekap, bertanggungjawab dan akauntabiliti untuk mendapatkan mandat baru.

 Jika anda sudah melakukan kerja yang baik dan prosesnya bersih dan betul, anda menang. Tetapi jika anda gagal dalam tugas anda atau tidak cekap, selamat maju jaya. Tetapi ahli politik tetaplah ahli politik, mereka akan menggunakan semua helah yang anda untuk memanjangkan usia kuasa mereka.

Taktik yang popular adalah merencana kompromi, contohnya mencadangkan tiada pertandingan untuk jawatan tertinggi, untuk mengekalkan kedudukan seseorang dalam parti (dan dengan melanjutkan dalam kerajaan).

Apalah ertinya seorang pemimpin tanpa sokongan dan mandat akar umbi untuk memerintah? Maka, ianya ternyata pemimpin tertinggi parti sekarang telah diberikan kontrak lanjutan.

Penangguhan daripada berhadapan penilaian ahli parti sehingga selepas PRU14. Tetapi anda tidak akan dapat menjangka.

 Lagipun, ini Umno. Walaupun anda buat yang terbaik untuk parti, Raja dan negara, anda mungkin akan diminta untuk meletak jawatan selepas tempoh anda tamat.

Ianya telah berlaku sebelum ini, paling terkini selepas pilihan raya umum 2008. Keputusan itu memberi tanggapan bahawa pemimpin parti tidak mempunyai banyak pilihan dan sedang berada atas tanah yang rapuh.

Isu Pakatan baharu tidak dibincangkan, Azmin gesa tumpu dasar bersama

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata pentadbirannya masih kekal dengan pendirian semangat PR dan reformasi yang dipersetujui pada awal penubuhan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada ketiga-tiga parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Jun, 2015. 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata pentadbirannya masih kekal dengan pendirian semangat PR dan reformasi yang dipersetujui pada awal penubuhan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada ketiga-tiga parti. 

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata tiada isu mengenai Pakatan Rakyat (PR) baharu dibincangkan dalam pertemuan PKR Selangor hari ini, walaupun pada ketika ini rakan parti PAS dan DAP sedang bergelut satu sama lain. Azmin berkata pentadbirannya masih kekal dengan pendirian semangat PR dan reformasi yang dipersetujui pada awal penubuhan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada ketiga-tiga parti.
"Tiada, itu tidak dibincangkan sebab pendirian kita semangat PR dan juga reformasi masih kekal," katanya ketika ditanya mengenai gabungan baharu pembangkang yang dikatakan bakal dibentuk selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan negeri tersebut di kediaman rasminya di Shah Alam, hari ini.

Katanya, jalan penyelesaian yang terbaik perlu dicari walaupun terdapat kemelut melanda kerajaan negeri tersebut kerana 2 parti dalam PR iaitu PAS dan DAP sudah memutuskan hubungan masing-masing. "Kita perlu bincang secara baik sekiranya ada masalah dan PKR sentiasa ambil peranan untuk memberikan pandangan dan nasihat supaya semua parti politik dalam PKR ini dapat tumpu soal dasar bersama yang dipersetujui," katanya.
Mengenai pertemuan hari ini, Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata tiada isu luar biasa yang dibincangkan tetapi tidak mengulas lanjut mengenainya.
"Ini pertemuan biasa dengan Majlis Pimpinan PKR Selangor dan ini adalah pertemuan bulanan dan kita meneliti dan berbincang perkembangan baharu dan beberapa dasar kerajaan negeri itu satu perkembangan biasa tidak ada luar biasa," katanya.
Azmin berkata, semua pimpinan PKR diarah meneruskan kerja seperti biasa di Selangor.

Hutang negara kita tak banyak sebenarnya tau !!! Ciput jer..

SEBAB 'hutang kerajaan ciput'.. kerajaan tarik subsidi, #GST, tol naik, minyak naik, elektrik naik, semua naik. JET MEWAP VIP Najib pon naik terbang ke sana ke mari bersama Rosmah, anak & menantu !!!

Annuar Musa cuba tutup jenayah rasuah MARA?


anuar-musaMARA


KUALA LUMPUR, 28 JUN: Tindakan Pengerusi Majlis Amanah Raya (MARA) Annuar Musa mengumumkan MARA Inc berjaya membeli bangunan kontroversi di Australia lebih rendah dari nilai pasaran menimbulkan persoalan.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, kenyataan tersebut menimbulkan rasa pelik dan turut mempersoalkan sama ada ia satu lagi usaha menutup jenayah rasuah pegawai MARA.
Kenyataan Annuar itu dilaporkan akhbar The Star dan RTM1 yang menyatakan nilai pasaran bangunan itu RM71 juta sewaktu dibeli, dan MARA Inc hanya membayar RM63.6 juta.
Menurut Tony, isu pokok skandal itu bukan menyentuh nilai sebenar hartanah, sebaliknya mengenai pegawai MARA yang bersubahat dalam jenayah rasuah dan penipuan seperti dilaporkan akhbar Australia, The Age.
“Mereka berjaya ‘songlap’ AUD$ 4.75 juta untuk kepentingan diri mereka,”ujar Tony.
Tambahnya,,kenyataan Annuar tidak melenyapkan persoalan besar mengenai skandal itu.
“Adakah benar nilai bangunan tersebut RM71 juta seperti didakwa?
“Jika berharga RM71 juta, mengapa penjual sanggup menjual dengan harga jauh lebih rendah, dan kemudian membayar ‘sogokan’ kepada pembeli?
“Adakah pemaju itu bodoh atau terlampau baik hati?”

Skandal MARA ada kaitan dengan pemimpin UMNO?


MARA-Melbourne


KUALA LUMPUR, 28 JUN: Gejala rasuah yang berleluasa dilihat sinonim kerana dana negara dan agensi pelaburan didominasi ahli politik UMNO dan kroninya.
Dalam kenyataan bersama Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari, skandal MARA Inc dilihat ada kaitan dengan beberapa pemimpin UMNO.
Kenyataan bersama tersebut mendedahkan, UMNO mendominasi MARA melalui pelantikan enam orang dari ahli majlis MARA dari kalangan anggota parti itu.
Antaranya MARA Inc, mempunyai empat pengarah, dengan dua daripada mereka adalah ahli UMNO yang aktif.
“Malah broker perjanjian Dudley House, terkenal meminati ‘Porsche’, Erwan Azizi, mempunyai hubungan rapat dengan UMNO dan Pengarah Syarikat Biosis Bhd, sebuah syarikat dipengerusikan Timbalan Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun.
“Seolah-olah terancang, Erwan juga adalah anak kepada Dato ‘Azizi Yom Ahmad, pemaju bersama Dudley House tersebut.

Rafizi: I have inside info about Mara deals

MP to reveal contents of internal document that gives fuller picture of property transactions
Rafizi-Ramli_mara_the-age_600
KUALA LUMPUR: The MP for Pandan, Rafizi Ramli, is to reveal more details about the controversial Mara property purchase in Australia on Tuesday.
In a media statement this evening, Rafizi said he was in possession of an internal Mara document that provided extensive and important information about Mara’s involvement in property deals.
He said he would provide a media conference on Tuesday, one of a series, to give a full picture of Mara dealings.
Mara Inc, a subsidiary of the rural development agency, was implicated in a newspaper report in Melbourne about the purchase of an apartment building at an inflated price for use as a hostel for university students.
The Age newspaper reported that RM13.8 million was overpaid for Dudley House by “a group of super-rich officials” and the money used for kickbacks.

Isu demi isu dalam kerajaan Najib buat keyakinan rakyat merudum

Mohd Azizuddin
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan isu-isu besar yang melanda negara kini seperti krisis 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan terbaharu isu yang membabitkan anak syarikat Majlis Amanah Raya (Mara), Mara Incorporated Sdn Bhd telah mengikis keyakinan rakyat  terhadap kerajaan.

Sehubungan itu kata pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, kerajaan pimpinan BN, mahu atau tidak perlu mencari strategi terbaik untuk memulihkan keadaan.

"Kerajaan BN perlu mencari solusi terbaik bagi mengelak keyakinan rakyat terus-menerus menurun," katanya kepada Sinar Harian Online.

Sementara ketika ditanya bagaimana jalan terbaik untuk melakukanya, Azizuddin berkata, perkara itu terserah kepada kebijaksanaan kerajaan BN.

"Perlu buktikan yang kerajaan tidak terlibat dalam kes-kes tadi khususnya dari segi tuduhan penyelewengan.

"Hukum sesiapa yang terlibat, kena bina 'fresh image' untuk BN," katanya.

Isu Mara: SPRM sedia terima kunjungan Kit Siang

Abu Kassim Mohamed 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menerima kunjungan ahli Parlimen veteran, Lim Kit Siang sekiranya beliau mahu mendapatkan penjelasan daripada agensi pencegahan rasuah ini berhubung isu pembelian hartanah oleh Mara Incorporated Sdn Bhd di Australia.
 
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk memberi penjelasan mengenai apa jua isu kepada mana-mana pihak pada bila-bila masa.
 
"Ini adalah dasar dan pendekatan SPRM sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas, telus dan profesional," kata beliau hari ini.
 
Abu Kassim mengulas kenyataan Kit Siang, Penasihat DAP dalam blognya hari ini.
 
Dalam kenyataannya, Kit Siang mendakwa SPRM tidak kompeten dan tidak efisien dalam tindakan berhubung isu pembelian hartanah oleh Mara Incorporated Sdn Bhd.‎
 
Katanya, beliau sedang mempertimbangkan untuk berkunjung ke Ibu Pejabat SPRM untuk mendapatkan penjelasan sekiranya Ketua Pesuruhjaya boleh memberi jaminan bahawa akan memberi penjelasan yang memuaskan.

Khalid ulangi gesaan MB selesai isu air S'gor

Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini sekali lagi mengulangi gesaannya supaya Menteri Besar Azmin Ali supaya segera menyelesaikan penstrukturan semula air di negeri itu atau berundur dari jawatannya.

Sejak mengetuai pentadbiran negeri itu sehingga kini, Khalid mendakwa Azmin sengaja melambatkan proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air dan gagal mengambil pelan tindakan terperinci menyelesaikan isu tersebut.

Susulan itu, Khalid berkata beliau difahamkan ada pegawai yang sebelum ini bertungkus-lumus menyempurnakan penyusunan semula industri air kini seolah-olah hilang punca tanpa hala tuju dan garis panduan yang jelas daripada Azmin.

"Sebaliknya, apa yang beliau mampu lakukan hanyalah melemparkan pelbagai kenyataan mengelirukan, dolak-dalih retorik, dakwaan tempang dan tuduhan tidak berasas terhadap pihak-pihak berkepentingan yang lain terutama Kerajaan Persekutuan.

Azmin: Saya baru 9 bulan jadi MB S'gor

Menteri Besar Selangor Azmin Ali membidas bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengesa beliau supaya segera menyelesaikan penstrukturan semula air di negeri itu atau berundur dari jawatannya.

"Dia (Khalid) gagal selesaikan selama 6 tahun, saya baru (jadi menteri besar) sembilan bulan," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya hari ini.

Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat PKR Selangor.

Dalam kenyataannya hari ini, Khalid mendakwa sejak mengetuai pentadbiran kerajaan negeri itu sehingga kini, Azmin sengaja melambatkan proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air dan gagal menggariskan pelan tindakan terperinci menyelesaikan isu itu.

ADUN Pelabuhan Klang itu juga mengingatkan bahawa Lembah Klang bakal berdepan dengan krisis air yang serius jika penstrukturan semula air di negeri itu tidak dilaksanakan.

Kalau tidak kerana 1MDB, syiar Islam di negara ini akan malap.


Semalam Dato' Seri Najib kecewa dengan mereka yang mengkritik 1MDB kerana lupa SUMBANGAN 1MDB KEPADA ISLAM (kononnya) !!!

Makin merapu demi menyelamatkan 1MDB. RM20 juta bagi kepada masjid, RM42,000 juta tidak tahu ke mana.

ADAKAH KRONI INI JUGA TANGGUNG RUGI ???


Klu peneroka yg hanya miliki 800 unit saham pon boleh rugi ribu2 ringgit, BAGAIMANA PULA JUMLAH KERUGIAN yg ditanggung oleh kroni2 UMNO ini..

KEADILAN DALAM UMNO...
Kroni2 yg duduk dlm air-cond dpt ratusan ribu unit saham TETAPI peneroka yg berkerja berpuluh2 tahun hempas pulas di ladang DAPAT 800 unit shj..

Rompaklah, bohonglah – Fudzail

Kami Melayu mudah lupa
hati baik percaya segala
menerima apa sahaja
pembohongan atau propaganda
kerana kami sentiasa setia
tidak mahu sekali derhaka
seperti Jebat yang gila
menentang kezaliman penguasa.
 
Rompaklah lagi berkali-kali
bilion, trilion berlori-lori
wang rakyat dan dana negara
atas nama pembangunan bangsa
konon pelaburan masa depan
di atas kekayaan dari timbunan hutang
biar papa asal politikus bergaya
melaram berjoli selagi berkuasa.
 
Kami Melayu tak hilang di dunia
biar tanah tergadai semua
selagi di bawah parti kebangsaan
tidak mungkin kebangsatan
dengan pemimpin pahlawan Bugis
dikelilingi gah penyamun sadis
terus bernyanyi anak kecil bermain api
walau telah hangus satu negeri.
 
Rompaklah lagi, bohonglah lagi
kemudian pergi umrah dan haji
menderma untuk masjid dan surau
berbuka puasa dengan anak yatim
menjadi imam zohor sekali sekala
juga sakan tawaduk berya hanana
kerana air dan minyak tidak bercampur
selamat merasuah hingga dalam kubur!

Kenapa Putrajaya tidak boleh bekerjasama dengan polis Thai?

oleh V Shuman

Jika anda ada terbaca berita akhir-akhir ini, anda akan dapat melihat betapa efektifnya Menteri Dalam Negeri kita, dalam bekerjasama dengan polis Thai untuk menyelesaikan kes melibatkan bekas pengarah Petrosaudi, Xavier Andre Justo.

Kelihatan bahawa sesetengah pemimpin kerajaan bersungguh-sungguh berada di belakang kes ini, yang mereka harap untuk diselesaikan secepat yang boleh, untuk sebab yang hanya diketahui mereka.

Kita melihat lelaki yang mengetuai kementerian itu, Ahmad Zahid Hamidi, mengeluarkan kenyataan hampir setiap hari - bercakap mengenai tindakan akan diambil kepada mereka “yang bersekongkol dengan Justo untuk menjatuhkan perdana menteri, 1MDB, dan negara.”

Seperti biasa, mereka yang disasarkan oleh Putrajaya termasuklah media. Tetapi terdapat satu isu terbaru yang mana ramai orang pastinya mahukan jawapan segera.

Ya, apa yang terjadi dengan isu kem pelarian Wang Kelian?

Ada sesiapa yang tahu?

Perkara terakhir yang kita baca berkaitan kejadian menyedihkan itu adalah 21 mayat tanpa nama Rohingya yang dikebumi semula.

Bagaimana dengan penahanan berkaitan dengan kes itu?

Lebih kurang seminggu lalu, Zahid memberitahu media bahawa terdapat beberapa tahanan yang dibuat berhubung dengan kem pelarian itu, tetapi menolak untuk mendedahkan nama-nama dan jumlah yang ditahan.

Beberapa laporan media menyatakan bahawa mereka yang ditahan adalah ejen dan penyeludup Rohingya, atau dalam bahasa pasarnya, “ikan bilis”.

Najib perlekeh taraf pemikiran Melayu guna wang 1MDB bina masjid, kata Zam

Tindakan Datuk Seri Najib Razak berkata wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan untuk pembinaan masjid seperti merendahkan pemikiran orang Melayu, kata bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.
Zainuddin yang juga bekas wartawan mengkritik perhitungan yang dibuat perdana menteri yang dianggapnya tidak logik, iaitu antaranya wang 1MDB digunakan untuk membina Masjid Jamek Kampung Baru.
"Saya lihat yang sedihnya Najib ini terlalu cerdik tapi kadang-kadang perhitungannya tidak logik.

"Seperti pergi cerita bagi wang 1MDB kepada masjid, bukankah itu merendahkan taraf pemikiran orang Melayu dan orang ramai?," kata Zainuddin kepada The Malaysian Insider. Kritikan Zainuddin tersebut merujuk kepada kenyataan Najib pada Jumaat baru-baru ini mengatakan 1MDB banyak berjasa untuk pembangunan Islam.
Najib memberikan contoh pembangunan semula masjid itu, yang menelan belanja sebanyak RM20 juta adalah sebahagian daripada sumbangan syarikat itu melalui Yayasan 1MDB.
Zainuddin berkata, tindakan Najib itu dilihat seperti cuba menutup dosanya dalam syarikat bermasalah sarat hutang 1MDB.
"Kenapa kamu hendak tutup dosa sendiri dengan 1MDB itu dengan kata duit diberikan kepada masjid.
"Kamu hina orang ramai bila kata macam itu, kamu seolah-olah nak bersihkan dosa," katanya.
Katanya, perdana menteri jangan ingat rakyat semua bodoh dengan alasan yang diberinya semata-mata untuk membela syarikat tersebut.
"Jangan ingat orang ramai bodoh semua," katanya yang juga bekas ketua pengarang Utusan Malaysia.

Tangkapan Justo seperti dirancang untuk bersihkan nama Najib, kata bekas menteri Umno

Bekas menteri penerangan dan wartawan veteran Tan Sri Zainuddin Maidin berkata beberapa perkara boleh dipertikaikan sejak berita mengenai tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo itu didedahkan akhbar New Straits Times (NST). – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Jun, 2015. 
Bekas menteri penerangan dan wartawan veteran Tan Sri Zainuddin Maidin berkata beberapa perkara boleh dipertikaikan sejak berita mengenai tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo itu didedahkan akhbar New Straits Times (NST).

Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo yang didakwa membocorkan maklumat yang ada kaitan dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seolah-olah dirancang untuk membersihkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bekas menteri penerangan dan wartawan veteran itu berkata beberapa perkara boleh dipertikaikan sejak berita mengenai tangkapan Justo itu didedahkan akhbar New Straits Times (NST).
"Semua ini perancangan bawa wartawan New Straits Times pergi ke Bangkok untuk buat liputan berita ke atas Justo, yang ada hanya New Straits Times saja pergi.

"Cuba baca, mereka dibawa pergi untuk buat liputan di Bangkok dan mereka saja yang terbitkan berita itu terlebih dulu," katanya yang dikenali dengan nama pena Zam kepada The Malaysian Insider. NST menyiarkan penangkapan Justo pada muka depan akhbar itu pada Rabu lalu, malah menghantar wartawan mereka ke Bangkok sehari lebih awal untuk membuat liputan tersebut.
Malah, NST dalam laporannya juga mendakwa Justo membuat pengubahsuaian ke atas dokumen PSI yang kemudian digunakan laman pembocor rahsia, Sarawak Report yang banyak membuat pendedahan mengenai skandal 1MDB.
Zainuddin, yang juga bekas ketua pengarang Utusan Malaysia berkata laporan tersebut kemudiannya digunakan seolah-olah untuk membersihkan nama Najib sendiri.

Najib tidak akan serang keperibadian Tun M kata Dr Asyraf Wajdi

Najib ingatkan setiap tuduhan Dr Mahathir perlu dijawab dengan fakta.
najib_mahathir_asyraf_600
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan menyerang keperibadian dan mengungkit sejarah silam Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menjawab dakwaan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu.
Najib mengingatkan supaya setiap tuduhan oleh Dr Mahathir perlu dijawab dengan fakta bukan serangan peribadi.
Ini kerana, Perdana Menteri amat menghormati dan memandang tinggi Dr Mahathir sebagai negarawan ulung.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui laman sosial Instagramnya.
Katanya, beliau berbual tentang hal ehwal semasa termasuk kritikan Dr Mahthir selepas selesai Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih Perdana Menteri Bersama ulama dan pimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di kediaman rasmi Perdana Menteri pada Sabtu.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu memberitahu, sikap yang ditunjukkan Najib itu membuktikan beliau seorang pemimpin yang berjiwa besar.
“Begitulah Najib seorang pemimpin berjiwa besar walaupun difitnah dan ditohmah,” tulisnya.
Asyraf Wajdi berkata, dalam perbualan singkat itu, Perdana Menteri sangat mengambil tahu dan menyelami masalah rakyat dan banyak tindakan telah diambil dengan segera demi kepentingan rakyat tanpa diketahui umum.

'Tindak tanduk pemimpin PAS malukan Islam'

Kepimpinan PAS sekarang tidak mewakili sebuah parti politik Islam yang sebenar, dan juga kadang kala memalukan agama itu, dakwa bekas seorang pemimpin parti itu

Bercakap kepada Malaysiakini, anggota parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata perkara tersebut disebabkan oleh tindak tanduk pemimpin-pemimpin parti.

"Secara keseluruhannya, kami percaya bahawa PAS, atau lebih tepat pemimpin, telah sampai ke titik di mana kedudukan dan tingkah tanduk yang tidak mewakili parti politik Islam yang sebenar.

"Kadang kala ia memalukan Islam di mata orang ramai, orang Islam atau bukan Islam," katanya.

Dr Hatta berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dalam parti, tetapi beliau tidak melihat sebarang usaha serius untuk membetulkan keadaan.

"Sebaliknya, membantah dan pertentangan idea ditafsirkan sebagai menentang ulama," kata bekas pengarah pilihan raya PAS pusat.

Sementara itu, diminta mengulas bagaimana PAS dikatakan memalukan Islam, MP Shah Alam Khalid Samad memberi contoh antara lain keputusan PAS bertanding di Kota Damasara yang menjadi kerusi PKR sejak pilihan raya umum 2008.

Pengerusi PSM Nasir Hashim sepatutnya mempertahankan kerusi DUN bagi penggal kedua atas tiket PKR, namun PAS meletakkan calon menjadikan pertandingan enam penjuru dan akhirnya dimenangi BN.

"Nasir adalah ADUN dan tidak ada rungutan terhadap beliau sejak lima tahun kemudian tiba-tiba pada 2013, PAS letak calonnya sendiri dan tidak memberi penjelasan sebabnya, di samping mengkritik sosialisme, dan begitu dan begini," katanya kepada Malaysiakini.

Langkah itu telah dilabel sebagai pengkhianatan PAS, dan menyebabkan parti itu dikritik hebat.

PENEROKA FELDA TAHU KE TAK BERITA INI !!!


Dahulu bukan main bongkak & kurang ajar menghina 'HARAM JADAH' kpd peneroka/ sesiapa saja yg menolak penyenaraian FGV ke Bursa Saham..


HAKIKATNYA.. saham FGV dah dikeluarkan senarai Indeks Komposit Bursa Saham KL pada 4/6/2015..

Kenapa tak bahas kesan kejatuhan saham FGV kpd peneroka Felda? Faham2 sajalah. Umno menang PRU via 54 kerusi parlimen & 92 DUN yg ada Felda..


Rizab Antarabangsa Bank Negara M'sia SUSUT LAGI buat 3 tahun berturut-turut..

JANGAN RISAU.. Cukai GST dari rakyat KAN ADO !!!

Dulu mati2 promote GST harga barang murah. Barang ada GST semua murah 6% konon la...


TIBA2 sekarang gila2 promote barang takde GST ni, KENAPA PLOK JADI BEGITU ???

KENAPA TAK PROMOTE goreng atau masakan di setiap bazar Ramadhan guna barang berGST !!! Bukanhkah barang2 GST dah makin murah !!!

Kadir Jasin pertikai Justo dibayar RM15.5 juta untuk ‘tutup mulut’ oleh PetroSaudi

Xavier Andre Justo ditahan di rumahnya di Koh Samui Isnin lalu atas dakwaan cuba memeras ugut PetroSaudi. – Gambar ihsan Royal Thai Police, 28 Jun, 2015. 
Xavier Andre Justo ditahan di rumahnya di Koh Samui Isnin lalu atas dakwaan cuba memeras ugut PetroSaudi. 

Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin hari ini berkata masih terlalu awal untuk bersetuju dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung kebocoran maklumat daripada Xavier Andre Justo adalah maklumat yang diputar belit. Bekas ketua pengarang New Straits Times itu turut mempertikaikan jika begitu mengapa Justo yang dituduh bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan syarikat diberi pampasan RM15.5 juta.
"Buat salah dapat pampasan? Tak tahulah pula kalau itu amalan PSI (PetroSaudi International) atau syarikat pak Arab di mana kakitangan yang ‘bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan’ dibagi pampasan.

"Atau si XAJ (Justo) ini dia dibayar RM15.5 juta supaya ‘tutup mulut’,” katanya. Kadir berkata, jika Justo bukan seorang penipu dan pemeras ugut kelas dunia serta enggan meringkuk dalam penjara, Justo semestinya akan memberitahu polis dan mahkamah Thailand kisah sebenar, jika beliau didakwa.

Jangan biar ‘siku dan lutut’ longlai, kata ketua penerangan PAS

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menyeru ahli PAS bangkit dengan semangat jihad yang tinggi dan jitu membawa ajaran Islam dan membasmi kejahilan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 28 Jun, 2015. 
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menyeru ahli PAS bangkit dengan semangat jihad yang tinggi dan jitu membawa ajaran Islam dan membasmi kejahilan. 

Selepas memberi amaran kepada DAP yang beliau mempunyai siku dan lutut di dalam jubahnya, ketua penerangan PAS yang baharu, Nasrudin Hassan berkata ahli PAS tidak boleh membiarkan siku dan lutut mereka longlai dimamah virus takut dan malas. Beliau menyeru ahli PAS agar bangkit dengan semangat jihad yang tinggi dan jitu membawa ajaran Islam, membasmi kejahilan, memimpin dan menyelamatkan umat Islam dari terus menjadi mangsa "amukan jahiliyah."
Tanpa menyebut dengan jelas atau menerangkan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya, Nasrudin menulis di Harakahdaily: "Kita tidak boleh berpeluk tubuh, membiarkan siku lutut kita longlai dimamah virus takut dan malas berdepan situasi ini."

"Kita semua kena bangkit berjuang lantas menjulang prinsip Islam dan setiap sendi syariat serta syiarnya," tulisnya yang dilantik menggantikan Datuk Mahfuz Omar dalam barisan kepimpinan baharu PAS selepas muktamar tahunan parti itu awal bulan ini. Di awal tulisannya, beliau berkata: "Umat Islam sedang berdepan dengan pelbagai ancaman dan rintangan yang boleh merosakkan aqidah, akhlak dan fikrah mereka.
"Sebahagiannya hilang kepekaan terhadap perancangan musuh yang bermaksud untuk melemahkan Islam dan ummatnya."
Tanpa menyebut pihak manakah yang sedang merancang untuk melawan mereka, Nasrudin berkata: "Jangan sampai mereka merancang sedang kita masih mendakap tubuh."
Bagi ahli Parlimen Temerloh itu, Ramadan tidak sewajarnya menjadikan mereka letih dan lesu sehingga hilang daya upaya.
"Justeru, Ramadan adalah bulan jihad," kata Nasrudin.

Senator muda PKR harap lebih ramai beliawanis sertai politik

Siti Aishah Shaik Ismail menganggap pelantikannya sebagai senator menguatkan semangat beliau untuk menggalakkan lebih ramai wanita muda melibatkan diri dalam politik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 28 Jun, 2015. 
Siti Aishah Shaik Ismail menganggap pelantikannya sebagai senator menguatkan semangat beliau untuk menggalakkan lebih ramai wanita muda melibatkan diri dalam politik. 

Sebagai antara muka paling muda pernah dilantik Ahli Dewan Negara, yang secara tradisinya dilihat sebagai tempat untuk penggubal undang-undang yang lebih tua, Siti Aishah Shaik Ismail, 30, mengakui beliau pada mulanya berbelah bahagi untuk menerima pelantikan itu. "Saya terkejut apabila menerima panggilan daripada presiden, memberitahu beliau ada rancangan untuk mencadangkan nama saya sebagai senator, kerana usia saya yang muda," kata ahli PKR itu, merujuk kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Lebih-lebih lagi, terdapat ramai calon yang lebih senior daripada saya. Tetapi parti berhasrat menumpukan kepada meletakkan wanita muda di Senat. Bagaimanapun, ketika itu, saya masih lagi 50-50 tentangnya," beliau memberitahu The Malaysian Insider.

Siti Aishah mengangkat sumpah sebagai senator terbaru mewakili parti pembangkang itu pada Isnin. Peluang itu menguatkan semangat beliau untuk menggalakkan lebih ramai wanita muda melibatkan diri dalam politik, dan beliau berasa dengan menerima pelantikan itu, generasi muda akan sedar anak muda juga boleh menganggotai Dewan Negara.
"Jika anda lihat komposisi Dewan Negara, kebanyakan mereka boleh dikatakan senior, dan mungkin ada yang merasakan saya masih muda dan mentah.
"Jadi, saya mengambil cabaran ini kerana saya merasakan sudah tiba masanya. Kita boleh menjadi satu kumpulan yang boleh menakluk tempat di mana biasanya kita tidak nampak orang muda sebagai senator.
"Prinsip yang saya sentiasa pegang ialah, yang muda harus mencipta sejarah dan bukan hanya mematuhinya," kata beliau.
Tetapi, pemegang diploma teknologi maklumat dan komunikasi dari Universiti Malaya itu bukan orang baharu dalam politik.
Datang daripada keluarga yang mengambil tahu perkembangan politik dan menamakan bekas senator Umno, Dasimah Dasir sebagai saudaranya, Siti Aishah mula terlibat dalam politik apabila menjadi penolong pegawai media bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada 2009.

Xavier’s wife and baby that NST cropped out

Sarawak Report shows a different side to Xavier Justo from the black picture in NST account
xavier-justo
KUALA LUMPUR: Photographs of PetroSaudi executive Xavier Justo’s family life published by the Sarawak Report blog show a different picture of the man from the black account carried by the Umno-controlled New Straits Times on Thursday.
The newspaper had published what it called an exclusive report, since widely criticised, of the Swiss national blamed for leaking company correspondence and emails about PetroSaudi International. The company was once a joint venture partner of 1Malaysia Development Bhd which was later dissolved.
The front-page report ran with a photograph of a bare-chested and tattoed Xavier Justo. What the New Straits Times failed to reveal, it appears, was Justo’s wife and baby boy, who were both in the photograph. It had apparently taken from Justo’s Facebook account.
Sarawak Report, however, published the full family photo, in a report under the headline “It’s all lies about Xavier”, and asked in a caption: Why did NST “selectively edit” out Xavier’s wife and family from this picture?”
The report said Mrs Justo and their nine-month-old son had left for a family holiday in Switzerland shortly before Justo was arrested by Thai police based on a complaint by PetroSaudi, in what Sarawak Report said was an orchestrated attempt to defame him.
Sarawak Report also published a photograph of a beach property which the couple had bought, intendeding to run it as a holiday resort.

1MDB: Desakan elak Arul, Shahrol disiasat PAC?


Adakah desakan peguam Umno Tan Sri Shafee Abdullah bahawa pengkritik 1MDB perlu lepas jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), menyediakan laluan bagi Arul Kanda dan Shahrol Halmi malah perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk memboikot siasatan jawatankuasa parlimen?

Dalam kenyatannya, tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang memikirkan kemungkinan tersebut selepas Shafee mengulangi gesaannya supaya MP Petaling Jaya Utara Tony Pua melepaskan jawatan dalam jawatankuasa itu semalam.

Lim mempersoalkan sama ada Arul selaku presiden 1MDB dan bekas CEOnya Shahrol akan keluar dan memboikot sesi pendengaran PAC mengenai firma pelaburan itu diiringi Shafee sebagai peguam dengan alasan bahawa Pua "berat sebelah" dan enggan meletakkan jawatan sebagai anggota PAC

"Ini akan menyediakan duluan yang sangat baik untuk Najib, walaupun dalam undang-undang dan fakta beliau adalah pihak berkuasa yang terakhir meluluskan untuk 1MDB, tidak hadir depan PAC untuk menjawab seribu dan satu pertanyaan," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Mengapa perdana menteri tidak boleh dipilih langsung?


Jawapan ringkasnya, Malaysia bukan republik kerana hanya di bawah sistem pemerintah berpresiden ketua eksekutif boleh dipilih langsung oleh rakyat.
Bukan kali pertamanya muncul cadangan supaya perdana menteri dipilih langsung oleh rakyat ataupun persoalan mengapa ini bukan caranya. Dan setiap idea sebegini dikemukakan, maka terdapat sambutan positif dari sana sini.
Kalau ini berlaku di negara seperti United Kingdom atau Australia, maka pencadangnya mungkin akan dilihat sebagai puak republik yang ingin menamatkan sistem monarki berperlembagaan dan menggantikan sistem pemerintah berpresiden (presidential government).
Mengapa perdana menteri tidak boleh dipilih langsung?Di Malaysia, individu yang mengemukakan cadangan sedemikian biasanya cuma muak dengan kelemahan sistem pemerintah berparlimen (parliamentary government) dan tidak beragenda untuk menubuhkan republik.
Saya sendiri pernah mendengar cadangan sedemikian dikemukakan oleh sekurang-kurangnya 2 orang wakil rakyat berlainan parti, negeri, kaum dan agama dalam acara dan konteks yang berlainan.
Kreativiti dan kejahilan
Cadangan “kreatif” supaya perdana menteri dipilih langsung sebenarnya berakar tentang kekurangan pengetahuan orang awam tentang perbezaan sistem berparlimen dan sistem berpresiden, apatah lagi perdebatan tentang sistem politik kita.
Bila anak murid belajar tentang sistem politik kita dalam mata pelajaran Sejarah (sekolah menengah) atau kertas Pengajian Am (tingkatan 6), mereka tidak diperkenalkan dengan perbandingan antara 2 jenis utama sistem politik di negara demokratik ini.
Barangkali ada pihak yang merasakan perbandingan begini akan menanam benih untuk gerakan republik.
Akan tetapi, tanpa perbandingan ini, kelebihan sistem berparlimen sebenarnya tidak tertonjol, dan secara tidak langsung, kelebihan sistem monarki berperlembagaan sebagai salah satu daripada 2 variasinya tidak tertonjol.
Saya berpegang kepada idea yang pengetahuan itu kekuatan, dan lanjutannya, kalau kita sayangkan institusi kita – tak kira dalam bidang politik, ekonomi, agama, bahasa atau budaya – maka kita cuma boleh pertahankannya dengan pengetahuan dan bukan kejahilan.
Kalau kita ingin kekalkan sistem monarki berperlembagaan untuk selama-lamanya, maka caranya bukan memupuk kejahilan tentang sistem pemerintah berpresiden dengan Akta Hasutan, tetapi dengan pengetahuan tentang sistem pemerintah berparlimen dan perbincangan terbuka untuk menambah baiknya.
Rencana ini ditulis dengan motivasi untuk memperluaskan pengetahuan politik dalam perbandingan (comparative politics) dan perbincangan lanjutan – termasuk di kalangan pegawai-pegawai yang ditugaskan dengan pemantauan dan penapisan – amat dialu-alukan.
Pemisahan kuasa (Separation of Power)
Dalam wacana politik, kita amat biasa dengan idea “pemisahan kuasa” di mana kuasa pemerintah dibahagi kepada eksekutif, perundangan dan kehakiman untuk mewujudkan “semak dan seimbang” (check and balance).
Dalam kedua-dua sistem berparlimen dan berpresiden, badan kehakiman mestilah bebas daripada badan eksekutif dan badan perundangan. Apa yang membezakan kedua-dua sistem ini ialah perbezaan antara hubungan antara badan eksekutif dan badan perundangan.
“Pemisahan kuasa” dalam erti yang sebenar cuma boleh berlaku dalam sistem pemerintah berpresiden kerana ketua eksekutif (presiden) dan badan perundangan (Kongres) dipilih secara berasingan.
Kedua-dua mempunyai penggal jawatan yang berasingan dan seharusnya melengkapi penggal masing-masing dalam keadaan biasa.

ANTI-NAJIB FORCES GAIN GROUND: Support of 107 MPs in hand, 10 more sought in no-confidence vote against him


ANTI-NAJIB FORCES GAIN GROUND: Support of 107 MPs in hand, 10 more sought in no-confidence vote against himKUALA LUMPUR - Prime Minister Najib Razak's announcement of delaying the Umno party elections by 18 months has set in motion a frenzy of activity by his rivals, who aim to topple him 'before the end of this year'.
The anti-Najib faction in Umno drew first blood when Johor youth leader Khairua Anwar Rahmat resigned from all posts, citing personal reasons.
"The entire country knows apart from the charges (of conspiring with former premier Mahathir Mohamad to embarrass Najib), Khairul also recently supported the Johor Crown Prince who had urged leaders to put the interests of the people first and not the ideology of the party," wrote former minister Zainuddin Maidin in a blog posting that warned of greater turmoil with more Johor leaders poised to resign their posts in sympathy with Khairul.
Kalimullah 'eye-opener'
Datuk Khairul Anwar Rahmat
Khairul's move also drew a response from former NST group editor-in-chief Kalimullah Khairul Hassan - a well-known supporter of another former prime minister, Abdullah Badawi.
"A brave decision. Wish there were more like him in BN," Kalimullah posted on Twitter.
Although Badawi's quiet style is in contrast with the feisty Mahathir's, he is still an influential power-broker in Umno with son-in-law Khairy Jamaluddin the national Umno Youth Chief.
While Khairy has made sure to shout out his support for Najib, there are many in Umno who cite the phrase 'still waters run deep' when describing his loyalty to his boss.
Even Home Minister Zahid Hamidi may not stand behind Najib if the furore over the RM42 billion 1MDB financial scandal worsens, they add.
So far within Najib's Cabinet, his deputy Muhyiddin Yassin and Sabah minister Shafie Apdal have openly criticized 1MDB - Najib's brainchild sovereign fund accused of 'losing' RM28 billion of public money.
Will Ku Li rise to the ocassion or FLOP AGAIN - 107 MPs in hand, another 10 to go
Ku Li and Dr M
Meanwhile, within the Umno faction loyal to Kelantan prince Tengku Razaleigh, confidence is rising that he can finally become PM after a near three-decades wait.
Political insiders tel Malaysia Chronicle, the anti-Najib camp now holds the support of 107 Members of Parliament and are working hard to get another 10.
"The pressure is now on Ku Li. He has been too soft and slow. There is already agreement from the anti-Najib factions in Umno and support from the Opposition for him to be caretaker PM once the no-confidence vote is successfully made," the political source said.

ASAL SAJA UMNO SENTUH pasti hancur !!!


Inilah kerja mereka Najib & Isa Samad..

APA DAH TINGGAL RM1.68 drpd asal RM5.39 ???

Bersyukurlah... Jgn marah silap2 tanah peneroka MELAYU Felda BAKAL TERGADAI.. Kalau tergadai sekalipun xper coz UMNO KAN PEMBELA & PEJUANG MELAYU

Hadi panggil penentang hudud ‘anjing’

Presiden Pas menjelaskan beliau menggunakan perkataan salak ini sebab kerana mereka yang menentang hudud melawan hukum Tuhan
hadi-awang-hudud-pas
KEPALA BATAS: Pas akan meneruskan agenda untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan walaupun terdapat sesetengah pihak yang menolak pelaksanaan undang-undang hudud,parti itu tidak akan berganjak.
Malah mengorak langkah dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi membolehkan sebahagian undang-undang hudud dapat dilaksanakan di negeri berkenaan.
“Dalam hal ini, Pas mengambil sikap untuk mengajak manusia secara damai. Pas tak mahu berkelahi. Malangnya ada orang yang nak ajak berkelahi, nak ajak berlawan. Biarlah…biar dia sahaja yang bersuara kita bawa agenda kita. Biar anjing menyalak, serigala menyalak…qabilah berjalan terus sampai ke destinasi,matlamat yang dituju.
“Ini slogan yang kita bawa, salaklah dia nak salak pun. Saya terpaksa sebut perkataan salak ini sebab dia melawan hukum Tuhan. Kita akan terus bawa agenda ini, kita tidak akan berganjak,” katanya pada Ceramah Perdana Kepimpinan Pas Pusat di Markas Tarbiyah PAS negeri, Pongsu Seribu.

Nasrudin: G18 dan PasMa tak ke mana...

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menganggap rancangan anggota PAS yang tidak berpuas hati untuk menubuhkan pati baru sebagai "fenomena sementara" yang beransur-ansur hilang tidak lama lagi.

Beliau, yang dilihat mewakili kumpulan pro-ulama dalam PAS, berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat cadangan tersebut sebagai "demam selepas muktamar".

Bagaimanapun, kepimpinan baru seolah-olah berhati-hati dengan kemungkinan penubuhan parti baru oleh NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysa (PasMa) atau daripada pemimpin progresif PAS yang tewas dalam pemilihan parti, yang dikenali sebagai G18.

"Saya nasihatkan meraka supaya tidak mengganggu hasrat PAS menjadi parti alternatif kepada Umno dan BN," kata Nastudin kepada pemberita selepas ceramah yang diadakan oleh kepimpinan PAS yang baru di Pongsu seribu, Kepala Batas, semalam.

Nasrudin berkata langkah PasMa dan G18 mengelirukan rakyat dan "mengganggu" situasi dalam negara.

"Mereka tidak ke mana dan rancangan mereka tidak boleh pergi jauh," kata Nasrudin.

Minta SPRM siasat ADUN N9 guna cek tendang

ADUN Negeri Sembilan dikatakan memberi enam cek tendang membabitkan dua cek bernilai RM1 juta dan empat cek bernilai RM500,000 bertarikh 28 Mac 2007.
cek-tendang
SEREMBAN: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan didakwa menggunakan cek tendang kepada seorang ahli perniagaan.
Dakwaan itu dibuat Nadi Keadilan Rakyat dan Pemuda Pas Negeri Sembilan yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.
Dalam sidang akhbar yang diadakan pada Sabtu, Pengerusi Nadi Keadilan Rakyat, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa, enam cek tendang membabitkan dua cek bernilai RM1 juta dan empat cek bernilai RM500,000 bertarikh 28 Mac 2007 itu diragui pihaknya.
“Atas urusan apa Adun ini mengeluarkan cek bernilai RM4 juta kepada ahli perniagaan tersebut? Adakah urusan perniagaan? Jika perniagaan, kita nak tahu bisnes apa yang dilakukannya.
“Lebih menghairankan, cek tersebut merupakan cek tendang dan ini merupakan satu bentuk penipuan yang dilakukan Adun tersebut. Perkara ini salah dan melanggar integriti seorang Yang Berhormat,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian Online.

Apa lagi Melayu mahu sebenarnya?


Oleh Amin Iskandar 

 Bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah kerana ia boleh menyebabkan akidah orang Melayu tergugat.
Kanak-kanak bukan Islam tidak boleh makan di kantin sekolah pada bulan Ramadan kerana anak Melayu akan “terliur” dan terganggu puasanya.
Gadis bukan Islam tidak boleh berpakaian menjolok mata kerana kerana berkemungkinan menyebabkan pemuda Melayu “tidak tahan”.
Sedangkan hampir di setiap kawasan perumahan terdapat masjid atau surau.
Setiap hari selepas sembahyang subuh, tazkirah atau kaset ceramah mengajak orang Melayu agar beriman dan membuat kebaikan dimainkan dengan kuat sehingga kedengaran walaupun dua kilometer jauhnya.
Akan tetapi orang Melayu masih lemah imannya. Jika terlihat sahaja perkara “mungkar”, keimanan mereka akan tergugat.
Apa dah jadi dengan orang Melayu pada hari ini?
Mengapa begitu lemah sekali keimanan orang Melayu walaupun mereka merupakan majoriti di negara ini?
Dua puluh tahun lalu, tidak begini orang Melayu di negara ini. Tidak tahulah di mana silapnya.
Mungkin juga kerana begitu ramai “ustaz separuh masak” menguasai jabatan kerajaan pada hari ini.
Konflik diri
Seorang teman lama menulis di laman Facebook semalam: “Tengok waze KL jammed. Expected. Melayu pantang dapat gaji. Dia sanggup keluar walaupun puasa. Tapi bila tengah kerja dia akan balik awal atau buat kerja slow, alasan puasa. Melayu.”
Tepat sekali apa yang diungkapkan. Begitulah realiti yang berlaku.
Di bulan Ramadan, ramai sekali orang Melayu yang malas bekerja kerana alasan berpuasa.
Produktiviti “hancur” walaupun mereka sedar yang majikan membayar gaji sama dan malahan dapat bonus untuk mereka beraya selepas sebulan berpuasa.
Namun apabila keluar untuk bershopping raya, tenaga orang Melayu akan "bertambah" walaupun berpuasa. Luar biasa kekuatan mereka.

Langkah Khairul bantutkan politik baru Umno

Keputusan melepaskan semua jawatannya dalam Umno oleh penganjur forum Nothing2Hide - Datuk Khairul Anwar Rahmat merupakan suatu berita yang agak mendukacitakan.

Khairul Anwar, pada hemat saya, merupakan sosok muda Umno progresif yang lebih sederhana dan moderat dalam beberapa contoh pembawaannya yang pernah saya terlibat secara langsung.

Antaranya ialah pengalaman semasa insiden 'mana surat?' di bazar Ramadhan Kluang setahun yang lalu melibatkan saya, ahli Parlimen Kluang - Liew Chin Tong dan ADUN Mengkibol - Tan Hong Pin.

Sehari selepas peristiwa tersebut, Khairul Anwar telah menghubungi saya dan memohon maaf atas apa yang telah berlaku.

Dakwanya, beliau tidak terlibat secara langsung dalam pengarahan menghalang rombongan kami daripada menziarahi bazar Ramadan.

Beliau seterusnya mengemukakan cadangan agar rombongan kami sekali lagi menziarahi bazar tersebut bersekali dengan rombongan beliau pada satu tarikh lain yang dipersetujui. Program yang dirancang berjalan lancar.

Saya masih ingat, semasa perbualan kami menerusi telefon, beliau menegaskan bahawa beliau amat menekankan pendekatan politik baru.

Ketua Penerangan PAS dakwa 80% laporan portal 'putar belit'

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mendakwa laporan portal dari media baru di internet menyediakan kepada akar umbi PAS dengan maklumat yang mana bukan sahaja salah tetapi juga berat sebelah.

"Sebanyak 80 hingga 90 peratus laporan mereka dan cara mereka melaporkan adalah spin (putar belit) daripada cerita yang betul," kata Nasrudin kepada kira-kira 200 hadirin dalam ceramah di Markaz Operasi PAS Pongsu Seribu di Kepala Batas semalam.

Nasrudin membuat rumusan tersebut berdasarkan pengalaman beliau sendiri di lapangan.

"Dua hari lepas, saya menghadiri satu dialog dengan ahli PAS di Alor Gajah dan Jasin di Melaka. Ada di antara mereka yang menyoal mengapa, selaku ketua penerangan parti dalam muktamar, saya mencabar DAP berlawan siku dan lutut.

Hentikan tragedi Greek 1Malaysia sekarang, YAB Perdana Menteri

oleh Tan Jooi Long
 "Rakyat bertanya soalan A, anda jawab soalan B; dan kemudian anda mengatakan anda telah menjawab soalan.

"Apabila rakyat bertanya lagi, anda cakap anda telah menjawab dan bahawa rakyat dipengaruhi oleh pembangkang."

Sekiranya cemuhan hadir dari pemimpin ulung DAP Lim Kit Siang atau Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, ia mungkin mudah difahami.

Lagipun, mereka itu ahli politik pembangkang yang tidak akan memberi ketenangan sedikitpun kepada pihak-pihak tertentu.

Malangnya bagi Perdana Menteri Najib Razak, teguran yang menyengat tidak juga datang dari Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang lantang.

Ianya tweet pendek oleh bekas timbalan menteri Umno Saifuddin Abdullah - 39 perkataan yang memberi maksud mendalam berbanding 1000 perkataan.

Walaupun Saifuddin tidak menyebut mana-mana nama, jelas kepada siapa ia ditujukan.

Twitter tersebut menyebabkan kacau kerana ia dilihat tidak datang dari seorang ahli politik tetapi individu berprofil tinggi iaitu adik Najib sendiri, Pengerusi Kumpulan CIMB Nazir.

Tangguh pemilihan: 'Sedarlah, UMNO kini terdesak cari muka baru' - Khairuddin

Tangguh pemilihan: 'Sedarlah, UMNO kini terdesak cari muka baru' - KhairuddinKUALA LUMPUR: Pemilihan UMNO 2016 disifatkan platform paling penting untuk memilih tokoh-tokoh pemimpin baru parti sekali gus membuka lebih banyak ruang bagi pemimpin Pemuda dipilih bagi menduduki barisan kepimpinan yang lebih diterima rakyat.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, masanya sudah sampai buat pemimpin-pemimpin lama untuk berundur bagi memberi peluang kepada pemimpin muda untuk bersama-sama membantu menerajui kepimpinan parti.

"Orang muda akan memberi nafas dan semangat baru kepada parti. Ini merupakan masa yang sesuai untuk memilih muka baru dan diterima rakyat.

"Oleh yang demikian adalah tidak wajar bagi Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya dijadikan platform ke arah transformasi imej UMNO menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"UMNO adalah sebuah parti yang cukup matang yang mana sesiapa saja pemimpin baru yang bakal dipilih akan mempunyai matlamat yang sama bagi menjamin kesinambungan serta survival parti keramat orang Melayu ini," katanya kepada Astro AWANI.

Khairuddin mengulas keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jumaat yang menangguhkan pemilihan UMNO selama 18 bulan.

Orang muda akan memberi nafas dan semangat baru kepada parti. Ini merupakan masa yang sesuai untuk memilih muka baru dan diterima rakyat
Kata Najib, keputusan itu dibuat bagi memastikan kemantapan ‎parti pada PRU14 nanti.‎

Skandal Mara - cabaran buat Najib, pukulan kepada Shafie Apdal

oleh Shahbudin Husin
Rakyat negara ini sekali lagi dikejutkan apabila skandal pembelian sebuah apartment di Melbourne, Australia oleh sebuah anak syarikat Mara iaitu Mara Inc., terdedah kepada umum. Skandal ini didedahkan oleh akhbar The Age yang membuat penyiasatan selama lapan bulan lalu mendapati apartment  Dudley Internatinal House tersebut dibeli dengan harga RM13.7 juta lebih mahal yang kemudian didakwa dipulangkan dalam bentuk rasuah kepada kepada beberapa pihak di dalam negara.

The Age secara terbuka mendedahkan antara mereka yang terbabit dengan rasuah itu ialah Pengerusi  Mara Inc. Datuk Mohamad Lan Alani, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Halim Abd Rahim serta beberapa yang lain.

Secara umumnya skandal ini memburukkan lagi nama kerajaan di mata dunia kerana ia berlaku di luar negara dan didedahkan pula oleh akhbar asing. Sudah tentu pandangan buruk antarabangsa terhadap negara tidak dapat diketepikan.

Di dalam negara pula, skandal ini menimbulkan lebih banyak kemarahan kerana mereka yang terlibat itu terang-terang mengkhianati rakyat memandangkan Mara itu sendiri adalah hasil singkatan yang membawa maksud cukup murni iaitu Majlis Amanah Rakyat.

Mara secara khususnya ditubuhkan untuk membantu Bumiputera dalam peningkatan bidang keusahawanan dan pendidikan agar mereka mampu bersaing dengan kaum-kaum lain. Dalam kes apartment yang dibeli di Melbourne yang dikaitkan dengan unsur rasuah sebanyak RM13.7 juta itu, ia adalah khusus untuk kegunaan para pelajar tajaan Mara yang belajar di Universiti Monash, Australia.

PAS masih bersama Pakatan Rakyat - Nasrudin

Saari Sungib: Kalau Kita Nak Ke Putrajaya, Pakatan Rakyat Mesti Solid, Mesti 1 Hati 1 Jiwa

Isu hudud: Biar anjing, serigala menyalak, kata Hadi

Salahkah orang Melayu menyertai DAP?

DAP sedang berusaha untuk bagi memenangi hati orang Melayu walaupun ia mengambil masa panjang
Profesor-Dr-Jayum-Jawan
PETALING JAYA: Kecenderungan orang Melayu untuk menyertai parti DAP dikatakan kerana mencari platform baru setelah ditolak dari dalam parti lain.
Bagaimanapun atas prinsip kebebasan hak dan demokrasi, pilihan itu tidak salah kerana ia milik mutlak individu.
Bagi Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Jayum Jawan, di dalam mana-mana parti sekalipun, orang Melayu tetap memperjuangkan hak Melayu.
“Mereka yang menyertai DAP, niat mereka tetap sama iaitu memperjuangkan kepimpinan Melayu. Jadi tidak kisah sama ada orang Melayu masuk DAP, PAS atau UMNO,” katanya.
Sewaktu dihubungi FMT, Jayum tidak menafikan bahawa DAP sedang berusaha bagi memenangi hati orang Melayu.
Bagaimanapun, usaha memikat mereka masih kurang dan tidak mencukupi walaupun mempunyai prospek.
“DAP masih belum mempunyai peluang besar untuk masuk ke kawasan pengundi bukan Cina, sebab itu DAP kini giat berkempen untuk masuk ke kawasan orang Melayu, Sabah dan Sarawak,” jelasnya.
Tambahnya, dalam usaha ke arah itu, parti berkenaan perlu memperbetulkan persepsi bahawa ia bukan sahaja berjuang untuk kepentingan kaum Cina bahkan untuk semua rakyat Malaysia.
“Kalau DAP berjaya mengubah persepsi tersebut mungkin orang lebih tertarik, tetapi setakat sekarang ini, orang bukan Cina masih tunggu dan lihat adakah DAP sudah berubah atau tidak,” katanya.
Selain, Jayum turut melihat langkah yang diambil oleh DAP untuk menarik orang Melayu bagi menyertai parti itu merupakan suatu langkah jangka masa panjang.

Himpunan perjuangan bermula disini tarik kehadiran anak muda - Tengku Zulpuri Shah

Tengku Zulpuri Shah 
TEMERLOH – Himpunan Perjuangan Bermula Di Sini yang diadakan di sini, malam kelmarin, telah berjaya menarik kehadiran antara 600 hingga 800 rakyat khususnya golongan muda yang ingin mengetahui apa yang berlaku sehingga terkuburnya PR.
 
Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, program penerangan penubuhan parti baharu itu dihadiri rakyat biasa dan ahli politik.
 
Menurutnya, beliau antara yang dijemput hadir pada program itu turut berharap penubuhan parti baharu terdiri daripada ahli Pas yang tersingkir dalam Muktamar Pas lalu dapat disegerakan.
“Dari awal kita (DAP) muhasabah diri kerana memerlukan gabungan parti lain untuk menumbangkan BN.
 
“Apa yang berlaku antara DAP dan Pas perlu diterangkan kepada rakyat secara jelas dan pada masa sama DAP juga mengharapkan parti baharu yang ditubuhkan itu nanti dapat bergabung semula dengan kita dalam PR,” katanya.

Khairul Anwar: ' Saya masih ahli Umno'

Khairul Anwar Rahmat 
KLUANG - Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat menegaskan bahawa dirinya masih ahli Umno selepas melepaskan semua jawatan yang disandang dalam parti berkenaan.
 
Khairul Anwar berkata, beliau  tidak akan sesekali meninggalkan parti Umno kerana sebelum ini parti itu banyak memberi ruang dan peluang kepadanya untuk menjadi seorang pemimpin.
 
Katanya, tindakan melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang, Naib Ketua Pemuda Umno Johor dan Ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia adalah tindakan peribadinya.
 
"Saya akan kekal dengan jawatan berkenaan sehingga 10 Julai ini namun akan menghantar surat peletakan semua jawatan itu berkuatkuasa 11 Julai, Isnin ini kepada pucuk pimpinan parti.
 
"Alhamdulillah, ahli jawatankuasa serta ahli Pemuda Umno Kluang memahami keputusan yang diambil selepas saya fikirkan sedalam-dalamnya ini malah saya juga dihubungi peminpin Umno pelbagai peringkat yang bukan saja banyak memberi perangsang, dorongan malah nasihat berguna," katanya selepas perjumpaan tertutup bersama ahli jawatankuasa serta ahli Pemuda Umno Kluang, di sini, semalan.
 
Khairul Anwar semalam mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam parti berkuatkuasa 11 Julai ini. 

Taktik penangguhan UMNO untuk kenal pasti sokongan - Penganalisis


Taktik penangguhan UMNO untuk kenal pasti sokongan - PenganalisisKUALA LUMPUR: Keputusan menangguhkan Pemilihan UMNO oleh selama 18 bulan daripada jadual Perhimpunan Agung parti tahun depan seperti yang diumumkan Presiden parti Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai usaha memanjangkan hayat politik individu dan parti.

Menurut pandangan penganalisis politik Prof Madya Dr Shaharuddin Baharuddin, penangguhan tersebut mempunyai beberapa tujuan selain sebagai usaha mengelakkan perpecahan parti.

"Tindakan yang sama pernah terjadi pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ia adalah peluang untuk parti mengatasi konflik dalaman yang boleh membawa perpecahan dalam parti.

"Ini suatu tindakan politik biasa yang kita boleh katakan sebagai taktik penangguhan untuk memungkinkan Najib mengekalkan kedudukannya," ulasnya.

Mengenai tempoh penangguhan tersebut dan kesannya, Shaharuddin berpendapat bahawa semuanya bergantung kepada keadaan.

"Dalam tempoh tersebut, pemimpin parti mungkin sudah tahu siapa yang menyokong atau sebaliknya. Mungkin juga akan berlaku rombakan dalaman," katanya.

Mengambil contoh senario semasa, Shaharuddin memetik beberapa isu kontroversi seperti syarikat pelaburan Negara 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Tabung Haji dan juga Majlis Amanah Rakyat (MARA).