Sabtu, 27 Jun 2015

Lautan bergelora dijangka melanda para pemimpin PAS, kata penganalisa

oleh Alyaa Alhadjri
PAS mungkin tidak akan menghalang mana-mana ahlinya yang ingin bertukar parti tetapi pemerhati meramalkan ribut besar bakal melanda dan memberi amaran bahawa ianya akan menjadi perjalanan tidak lancar menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.
Penganalisa politik Khoo Kay Peng memberitahu Theantdaily bahawa ianya benar dalam kes ahli PAS yang tinggalkan parti untuk sertai DAP, berbanding parti baru yang dijangka akan dibentuk oleh pemimpin progresif PAS.
“Sentiasa terdapat risiko buat mereka ...secara struktur dan ideologi sebagai parti, ianya memerlukan lebih dari sekadar menurunkan beberapa calon Melayu untuk DAP bagi meraih sokongan Melayu.
“Kempen DAP secara keseluruhannya mestilah diubah,” kata Khoo dalam respon terhadap laporan terkini mengenai beberapa ahli akar umbi PAS yang meninggalkan parti dan menyertai bekas sekutu Pakatan Rakyat mereka.

Khoo menyatakan bahawa walaupun DAP sering mengekalkan pendirian berbilang bangsa dalam isu-isu negara, tetapi kebanyakan ahli dan penyokong teras mereka masih datang daripada generasi tua Cina yang mana pandangan mereka mungkin tidak mencerminkan ideologi parti.
“Dalam kes Dyana Sofya, salah satu sebab beliau tewas di Teluk Intan adalah kerana beliau seorang Melayu. Terdapat banyak aktiviti yang beliau tidak dapat sertai. Seperti yang dianjurkan di tokong-tokong.
“Malah saya juga tidak dapat sertai dalam sesetengah aktiviti (tempatan) kerana saya bukanlah berpendidikan Cina,” kata Khoo dalam merujuk calon DAP dalam pilihan raya kecil Teluk Intan, yang tewas kepada presiden Gerakan Mah Siew Keong.
Realiti ini, dakwa beliau, mungkin mengundang risiko kepada ahli-ahli Melayu muda yang menyertai DAP dengan harapan ditawarkan kerusi untuk bertanding pada PRU14.
“Ahli-ahli muda yang menyertai DAP kerana ditawarkan kerusi bukanlah perkara baru. (Ahli Parlimen Serdang) Ong Kian Ming, (ADUN Damansara) Yeo Bee Yin, (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) Tony Pua...kesemua mereka telah ditawarkan kerusi ketika mereka sertai parti.
“Ianya tidak akan membawa cara baru berpolitik untuk DAP,” dakwa Khoo.
Sementara itu, Khoo turut menyatakan bahawa presiden PAS Abdul Hadi Awang mungkin benar dalam amaran beliau untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin progresif - dikenali sebagai G18 - yang mempunyai rancangan untuk menubuhkan parti politik baru.

Tangguh pemilihan: 'MCA kaji ikut jejak UMNO' - Tiong Lai

Tangguh pemilihan: 'MCA kaji ikut jejak UMNO' - Tiong LaiKUALA LUMPUR: MCA akan mengkaji alasan penangguhan pemilihan UMNO yang dijadual berlangsung tahun depan sebagai langkah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, partinya juga mempertimbangkan keputusan UMNO itu yang diakui dapat memastikan tumpuan khusus terhadap kesepakatan parti di bawah komponen Barisan Nasional (BN)

"Saya lihat ini usaha untuk memastikan tumpuan yang khusus kepada perkhidmatan untuk rakyat; ia langkah bersiap sedia dan bersatu padu untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Kita akan mengkaji alasan yang diutarakan. Saya juga yakin semua parti mempunyai objektif yang sama iaitu misi PRU.

"Kita akan terus beri perkhidmatan kepada rakyat, kita hendak tumpukan kepada rakyat dahulu," katanya.

Tiong Lai berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian bangunan baru untuk pelajar pendidikan khas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sam Yoke di sini hari ini.

Membuatkan media patuh kepada kerajaan melalui Justo

oleh Hazlan Zakaria
Lebih daripada sekadar cubaan menyembunyikan, penghinaan terhadap pengugut korporat warga Switzerland yang didakwa, Xavier Andre Justo oleh kerajaan adalah satu cubaan untuk mendiamkan media atas alasan untuk ‘melindungi suspek sebenar’.
Frasa ‘melindungi suspek sebenar’ datang daripada filem klasik Casablanca, sesuatu yang diadptasi oleh Jerman terhadap pihak berkuasa Perancis ketika Pendudukan Perancis, lebih tepat lagi di bandar Utara Afrika Casablanca, boleh digunakan dari masa ke masa.
Terma itu menjelaskan apa yang dilakukan mereka apabila jenayah berlaku; menangkap pencetus masalah biasa, pelarian perang dan aktivis.
Walaupun ianya lebih untuk menunjukkan kepada ketua mereka yang mereka membuat kerja dan menakutkan penduduk untuk lebih patuh lebih dari perkara lain.
Kembali ke Malaysia, para pemerhati telah mengecam tindakan oleh kerajaan Malaysia untuk menyerlahkan apa yang dilihat sebagai aspek menjijikkan mengenai karakter Justo dan gaya hidup teruk dan tuding jari mereka kepada jenayah yang didakwa.
Beliau digambarkan sebagai orang jahat dengan kerajaan menuduh beliau menggubah maklumat yang didakwa dibocorkan beliau mengenai Petro Saudi International, yang mempunyai kaitan dengan perjanjian kontroversi dengan dana berdaulat milik kerajaan 1MDB.
Pengkritik dan tokoh pembangkang telah memanggil tindakan kerajaan sebagai satu cubaan untuk menidakkan maklumat yang bocor itu dan menyembunyikan sebarang persoalan mengenai penyelewengan pengurusan dana pinjaman kerajaan, yang pada asasnya dana awam.
Tetapi lebih serius dan berbahaya daripada penipuan mahir untuk melindungi kerja kotor seseorang adalah kerajaan kelihatan untuk membuat serampang dua mata.

Pertukaran pemimpin diperlukan demi Malaysia

oleh Christopher Fernandez

 Ianya difahami buat rakyat Malaysia untuk berasa kecewa dan sedih dengan prestasi prestasi pemimpin politik dari kedua-dua pihak, dengan banyak rungutan dan rasa tidak puas hati diluahkan tentang kelakuan mereka.

Para pemimpin ini dilihat menyalahgunakan kuasa mereka dan tidak ke arah pentadbiran yang baik. Realiti sebenar dalam negara ini adalah seharusnya terdapat perubahan kepimpinan atas-ke-bawah dengan peletakkan jawatan para pemimpin yang korup, tidak cekap dan tidak berguna.

Terdapat keperluan untuk membaik pulih struktur kepimpinan politik dalam negara ini dan seluruh rakyat Malaysia digesa untuk tidak mengundi calon yang disyaki tercemar dan bersalah terhadap salah laku. Rakyat Malaysia sudah cukup matang untuk mengetahui dan fahami bahawa tiadanya pemimpin yang sempurna.

Di sebalik para pemimpin sekarang mulai dilihat dengan rasa sangsi dan syak wasangka, rakyat Malaysia mengakui dan menyedari yang terdapat pihak di kalangan mereka yang menunjukkan skil kepimpinan terpuji.

Masalahnya ialah mereka dihalang dan disekat daripada berkuasa oleh badan politik pemimpin sekarang yang bersatu untuk bermain politik kotor supaya mereka kekal berkuasa sesama mereka.

Inilah yang disaksikan oleh rakyat Malaysia dari sisi arena politik percaya dan mereka berasakan kerajaan hari ini telah menyalah guna kuasa untuk memerintah sambil menghalang mereka ynag berkelayakan daripada mengambil alih dengan cara tidak adil.

Ini juga sebab kenapa rakyat Malaysia marah dan dan berang dengan kerajaan kerana mereka percaya bahawa korupsi, kronisme, nepotisme dan pakatan sulit berluluasa dan meluas dan terbabas luar kawalan.

Berhenti menghukum orang lain: kerabat Johor, Selangor memimpin di hadapan

oleh Robin Stanley Augustin

Keluarga Diraja Johor sekarang ini sedang popular dengan ramai rakyat Malaysia memuji keberanian, kebijaksanaan dan rendah diri yang ditunjukkan oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan anak-anak lelaki baginda. Pos Instagram terbaru oleh putera raja Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim telah membuatkan beliau semakin disenangi oleh rakyat jelata.

Pos itu, seperti dilaporkan oleh portal atas talian Malaysian Digest, adalah petikan ulama Zimbabwe terkemuka, Mufti Ismail Menk. “Apabila anda melihat seorang perempuan berpakaian yang tidak mengikut ajaran Islam, janganlah berfikir bahawa beliau lebih rendah dari anda secara rohaninya. Jika anda buat begitu, anda sebenarnya lebih rendah daripada beliau. Percayalah, itulah yang diajar oleh agama kamu.” “Beliau mungkin mempunyai hubungan dengan pencipta-Nya yang anda tidak ketahui. Beliau mungkin mempunyai hati yang jauh lebih baik daripada anda. Beliau mungkin mempunyai satu kelemahan luaran, dan anda mempunyai 50 kelemahan yang tersorok,” menurut pos yang tidak diselitkan sebarang kata-kata atau mesej.

Pos itu telah menerima gelombang sokongan daripada pengguna media sosial, menarik lebih 4,207 sukaan sehingga 5 petang pada 26 Jun. Pos putera muda itu pastinya menyegarkan memandangkan kekecohan baru-baru ini mengenai pakaian wanita dan apa yang “boleh diterima”. Itulah apa yang sedang berlaku atas talian, dengan Internet atau lebih tepat lagi laman media sosial telah melahirkan “mahkamah” baru, iaitu mahkamah media sosial.

Tidak seperti mahkamah sebenar, mahkamah ini dipenuhi dengan ribuan, jika bukan jutaan, jenis manusia yang suka menghukum dan bersikap lebih mulia-daripada-kamu yang meluahkan pandangan mereka terhadap orang lain. Kita dapat melihat “mahkamah” ini bersidang melalui kutukan tidak wajar ke atas gimnas sukan SEA Farah Ann Hadi. Farah Ann Hadi Berbanding fokus dan meraikan pencapaian beliau meraih dua pingat emas, satu perak dan tiga gangsa, sesetengan orang begitu pantas mengutuk beliau kerana leotard beliau yang terlalu “terdedah”. Mengapa mata mereka begitu tertumpu pada bahagian bawah badan beliau yang menjadi pusat serangan mereka ke atas beliau, tiada siapa mengetahuinya.

PR masih berfungsi di Selangor, P.Pinang - Shuhaimi Shafiei

Shuhaimi Shafiei  
SHAH ALAM – Kerajaan PR Selangor masih berfungsi namun yang berkubur hanyalah Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) kerana kerajaan negeri ditadbir pembangkang masih memegang teguh dasar bersama yang diasaskan daripada ketiga-tiga parti komponen.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, PR masih wujud cuma Majlis Presiden PR di peringkat nasional sahaja tidak lagi berfungsi.

“PR masih wujud di Selangor dan Pulau Pinang, hanya Majlis Presiden tidak berfungsi namun dalam berdepan situasi ini, tidak ada mana-mana pihak daripada PKR, Pas dan DAP berhak mengatakan PR mati dan tidak lagi wujud.

“Di Selangor PKR, Pas dan DAP masih menjalankan tugas bersama dalam hal pentadbiran negeri dan juga rakyat. Sebab itu saya tegaskan PR masih wujud,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Shuhaimi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memaklumkan pada Ahad ini akan berlangsungnya majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Menteri Besar di kediaman rasminya.

NGO anak peneroka bina galeri mini papar kemusnahan Felda

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, galeri mini sejarah Felda yang dianggarkan menelan belanja sekitar RM50,000 akan dibina berhadapan pejabat baru Anak yang akan memulakan operasi Julai ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 27 Jun, 2015. 
Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, galeri mini sejarah Felda yang dianggarkan menelan belanja sekitar RM50,000 akan dibina berhadapan pejabat baru Anak yang akan memulakan operasi Julai ini. 

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan membina sebuah galeri mini bagi merakamkan sejarah panjang Felda bermula dari detik penubuhannya hinggalah kepada kegagalan syarikat perladangan itu. Presidennya Mazlan Aliman berkata, galeri berkenaan yang dianggarkan menelan belanja sekitar RM50,000 akan dibina berhadapan pejabat baru Anak yang akan memulakan operasi Julai ini.
"Kita harap bila kita ada galeri, kita boleh tarik masyarakat tengok kemusnahan-kemusnahan yang sedang berlaku di Felda. Daripada sejarah Felda yang pahit dialami para peneroka.

"Biarlah orang tengok apa legasi yang ditinggalkan Tun Razak, hari ini anaknya menjahanamkan legasi itu," katanya di majlis berbuka puasa anjuran Anak bersama PAS kawasan Shah Alam petang ini. Mazlan berkata, idea membina galeri itu tercetus selepas menghadiri pameran yang diadakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar di Taiwan dua tahun lalu.
Katanya, pameran itu cukup meninggalkan kesan dan menyentuh hati sehingga apa yang dipamerkan mampu mengalirkan air mata.
"Saya tengok gambar (di galeri Taiwan) itu, menitis air mata melihat kemusnahan alam sekitar, penduduk kampung yang cacat dihalau keluar dari kampung halaman," katanya.
Beliau berkata, perancangan di pejabat baru Anak itu akan dijalankan selepas Hari Raya Aidilfitri ini.
"Kita nak melangkah setapak lagi lepas Hari Raya ini. Di sebelah depan kita nak buat dewan seminar dan galeri mini untuk kita rakamkan semua aktiviti kita dalam bentuk gambar.
"Biarlah gambar itu merakam segala-galanya apa yang berlaku di Felda," katanya.
Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat ini berkata, isu Felda tidak seharusnya dipinggirkan media dan masyarakat kerana pelaburan yang dilakukan tidak kurang besarnya.
Katanya, selain isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di luar negara, isu Felda juga perlu diberi perhatian kerana membabitkan hal kepentingan orang Melayu.

The Edge nafi dakwaan musnahkan dokumen berkaitan e-mel palsu

Pihak pengurusan The Edge Malaysia mempertikaikan tindakan pihak tidak bertanggungjawab memuat naik gambar ke sebuah laman Facebook bernama Agenda Kaki Spin berserta kapsyen: ‘Kenapa mereka tiba-tiba menutup bahagian The Edge Review dengan alasan penstrukturan organisasi? Adakah mereka ingin menyembunyikan sesuatu?’. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Jun, 2015. 
Pihak pengurusan The Edge Malaysia mempertikaikan tindakan pihak tidak bertanggungjawab memuat naik gambar ke sebuah laman Facebook bernama Agenda Kaki Spin berserta kapsyen: ‘Kenapa mereka tiba-tiba menutup bahagian The Edge Review dengan alasan penstrukturan organisasi? Adakah mereka ingin menyembunyikan sesuatu?’. 

Tidak ada sebarang tindakan memusnahkan dokumen di pejabat The Edge bagi menghapuskan bukti yang berkaitan dengan dakwaan e-mel palsu seperti yang dikatakan dalam sebuah posting Facebook, kata jurucakap syarikat penerbitan itu hari ini. "Pejabat dan kakitangan yang ditunjukkan di dalam gambar itu bukan pejabat kami atau kakitangan kami pun," katanya. "Mereka di belakang semua ini perlu jadi matang."
Sebuah laman Facebook bernama Agenda Kaki Spin mengeluarkan gambar berserta tulisan berbunyi:

"Khabar angin mengatakan kelihatan pekerja The Edge Malaysia tengah memusnahkan dokumen yang berkaitan dengan pemalsuan dokumen berasal dari Sarawak Report. "Kenapa mereka tiba-tiba menutup bahagian The Edge Review dengan alasan penstrukturan organisasi? Adakah mereka ingin menyembunyikan sesuatu?"
Edge Review merupakan majalah mingguan digital di bawah terbitan The Edge yang disahkan jurucakap itu kini diberhentikan selepas beroperasi selama dua tahun.
"Kami tiada apa yang hendak disembunyikan dan seperti yang kami katakan dalam terbitan mingguan terbaru The Edge Malaysia, kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan akan menyerahkan sebarang dokumen yang kami ada, termasuk bahan yang kami belum pernah laporkan mengenainya sebelum ini," kata jurucakap itu.

Pemilihan Umno hanya diadakan selepas PRU14, kata Ahmad Maslan



Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata tujuan mengadakan pemilihan parti selepas PRU14 perlu difahami oleh kepimpinan Umno dari semua  peringkat tidak kira dari cawangan, bahagian, negeri mahupun pusat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Jun, 2015. 
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata tujuan mengadakan pemilihan parti selepas PRU14 perlu difahami oleh kepimpinan Umno dari semua peringkat tidak kira dari cawangan, bahagian, negeri mahupun pusat. 

Pemilihan Umno hanya akan diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dalam usaha parti itu dalam memantapkan parti itu sekali gus menumpukan lebih perhatian kepada kepentingan rakyat secara umumnya. Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata perkara itu perlu difahami oleh kepimpinan Umno dari semua  peringkat tidak kira dari cawangan, bahagian, negeri mahupun pusat.
"Tujuan utama kita (membuat keputusan itu) adalah untuk menumpukan khidmat sepenuhnya kepada rakyat dan bukan kepada usaha merebut jawatan.

Yang kedua, untuk mengelakkan perpecahan (sesama anggota Umno) terutama sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata beliau kepada pemberita selepas program 'Bersama Sehelai baju.com Buat Menyapu Si Air Mata 2015' di Masjid Jamek Parit Ibrahim, Pontian Besar, malam ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada keputusan Majlis Tertinggi UMNO menunda pemilihan Umno yang sepatutnya diadakan tahun hadapan, kepada 18 bulan dari tahun hadapan, boleh berubah sekiranya ada permintaan daripada ahli Umno.
"Pemimpin yang ada sekarang ini terutamanya di cawangan dan bahagian, mereka dipilih sebelum ini, jadi mereka  patut diberi masa untuk menjalankan tugas mereka dan saya kira tempoh yang sedia ada adalah baik untuk mereka memastikan amanah yang diberikan kepada mereka itu boleh dilaksanakan sebaik mungkin," kata Ahmad.
Ahmad, yang juga ahli Parlimen Pontian itu berkata penangguhan itu bukan bermaksud parti itu mengekang demokrasi, tetapi menangguhkan pemilihan  untuk kebaikan yang lebih besar dan dalam masa yang sama mengelakkan sebarang kemudaratan dalam parti.

Ada tak kena di sebalik pengunduran Khairul - Zam

Seorang bekas menteri Umno hari ini memberi amaran, langkah Naib Ketua Pemuda Umno Johor Khairul Anwar Rahmat meletakkan semua jawatan dalam parti bukan petanda baik untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, Khairul Anwar mungkin menyatakan peletakan jawatannya disebabkan alasan peribadi, tetapi keadaan yang membawa kepada keputusan itu menunjukkan ada sebab lain.

"Tindakannnya meletakkan semua jawatan dalam Umno Johor dengan mengejut pasti  mengundang beberapa persoalan dan membawa kemungkinan berlakunya tindakan sama di beberapa bahagian lagi di negeri itu," katanya.

Menurut Zainuddin, Khairul Anwar adalah tokoh yang berpengaruh dan dihormati di kalangan Pemuda Umno Johor.

Khairy, Justo dan Pampasan Berjuta Ringgit

A Kadir Jasin
SAYA sokong pandangan Ketua Pemuda Umno (PKU) Khairy Jamaluddin (KJ) agar kita menjadikan penangkapan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International (PSI), Xavier Andre Justo (XAJ), di Thailand sebagai satu lagi kaedah mencari kebenaran mengenai 1Malaysia Development Behad (1MDB).

KJ yang juga Menteri Belia dan Sukan dilaporkan berkata, penangkapan XAJ, boleh membantu memperbetulkan rekod mengenai dakwaan terhadap 1MDB. (Baca di sini).

PSI adalah rakan kongsi 1MDB yang paling kontroversial, khususnya kerana membabitkan ahli perniagaan misteri, Jho Low. Anak tauke Cina Pulau Pinang ini dipercayai umum sebagai dalang di belakang urus-niaga luar biasa 1MDB dan ketirisan sumber kewangannya.


Jho Low Hidup Mewah di Luar Negara

Bagaimanapun, saya rasa adalah terlalu awal untuk bersetuju dengan KPU bahawa maklumat yang dibocorkan oleh XAJ itu adalah maklumat putar-belit (distorted information).

KPU itu kata, XAJ guna fakta yang diputar-belit itu untuk memeras ugut majikannya.

Akhbar Thai, Bangkok Post memetik polis Thai sebagai berkata, XAJ yang berusia 49 tahun dibayar bersamaan 140 juta baht (kira-kira RMRM15.51 juta) untuk meninggalkan PSI setelah didapati  “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan”.

Dia juga didakwa menuntut 90 juta baht (RM9.98 juta) lagi daripada PSI untuk tidak membocorkan maklumat seterusnya kepada syarikat-syarikat yang bersaing dengan PSI.

Buat Salah Dapat Pampasan?

Logiknya, mana-mana kakitangan yang “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan” disingkir tanpa pampasan dan, kalau ada unsur jenayah, dilaporkan kepada polis.

Tapi XAJ yang dituduh “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan” syarikat dibagi pampasan  RM15.51 juta.

Pemilihan UMNO ditangguh untuk sekat pengaruh Muhyiddin?

Melalui strategi itu, Najib dikatakan akan mencalonkan hanya mereka yang setia dan dipercayainya saja untuk bertanding pada PRU14
najib,muhyiddin
PETALING JAYA: Keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menangguhkan Pemilihan UMNO dikatakan satu helah untuk mengepung pimpinan parti sedia ada.
Melalui strategi itu, beliau dikatakan akan mencalonkan hanya mereka yang setia dan dipercayainya saja untuk bertanding pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14) nanti.
Setelah memilih mereka sebagai wakil rakyat dan dikekalkan jawatan di dalam UMNO, ia lebih mudah bagi beliau menenggelamkan suara pemimpin nombor dua parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam hipotesisnya, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, sehingga tarikh pilihanraya umum akan datang, tidak ada sesiapa daripada kalangan pemimpin UMNO atau mereka yang berhajat mahu menjadi wakil rakyat yang berani menunjukkan penentangan mahupun berbeza pendirian dengan Najib.
“Akhirnya, lebih ramai yang memilih untuk menjadi “pak angguk” atau “yes man” saja dengan harapan nama mereka tidak tercicir sebagai calon pilihanraya, meski bagaimana sekali pun besar atau banyaknya isu yang meresahkan rakyat sedang berlaku dalam negara,” tulis Shahbudin di laman blognya, shahbudindotcom.blogspot.com.
Pengumuman penangguhan yang dibuat selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada petang Jumaat, turut dipersoal Shahbudin.
Katanya, walaupun Najib memberikan alasan ia dibuat berdasarkan Fasal 10.16 perlembagaan, iaitu bagi memberi peluang kepada UMNO untuk terus berkhidmat kepada rakyat serta bertujuan mengukuhkan parti, kenyataan itu menampakkan maksud sebenar beliau.
“Lebih ketara nawaitu Najib itu ialah bila mana pengumuman penangguhan pemilihan ini dilakukan teramat-amat awal iaitu dalam mesyuarat MT yang diadakan pada hari ini.

Perletakan Jawatan Penganjur Nothing2Hide, disebabkan tekanan atau meluat?

Secara tiba-tiba, tanpa ada angin atau ribut, Pengerusi Sukaguam, Khairul Anwar Rahmat yang menganjurkan program kontroversi Nothing2Hide meletakkan semua jawatannya dalam UMNO. 

Kononnya perletakan jawatan itu untuk memberi tumpuan kepada syarikat guamannya mengembangkan sayap ke Eropah dan Asia Barat yang selama ini terhalang kerana beliau terlalu aktif dalam politik tempatan.

Beliau yang kini memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bajagian Kluang, Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor dan Pengerusi Majlis Perundangan UMNO Malaysia, akan meletakkan jawatannya berkuatkuasa 2 Julai depan.

Program forum Nothing2Hide anjurannya sebelum ini mengundang kontroversi berikutan Perdana Menteri, Najib Razak yang sudah menyatakan persetujuan untuk hadir bagi menjawab persoalan mengenai 1MDB membatalkan kehadiran di saat-saat akhir atas alasan keselamatan kerana bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad turut hadir untuk bertanyakan soalan.

Berikutan ketidakhadiran Najib itu, forum tersebut telah diambil alih oleh Tun Mahathir dengan beliau dijemput berucap selama kira-kira 10 minit sebelum dihentikan oleh pihak polis. 

Lanjutan ketidakhadiran itu, Najib telah dikecam sebagai penakut dan pengecut sedangkan sebelum ini berdegar-degar menyatakan sedia menjawab apa saja persoalan mengenai 1MDB yang dipertikaikan dan menjadi bualan rakyat mengenai pelaburannya yang diragui serta hutang terlalu tinggi.

Pakatan Rakyat 2.0 mahu tumbangkan BN

PAKATAN RAKYATSHAH ALAM, 27 JUN: PKR optimis penyatuan terbentuk dalam pembangkang selepas ini lebih kukuh bagi meneruskan perjuangan menegakkan keadilan demi kepentingan rakyat.
Ketua Penerangan PKR, Datuk Johari Abdul, berkata parti itu akan menjalin kerjasama dengan semua pihak yang mempunyai misi sama dalam perkara berkenaan.
“Ia seperti mana kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembangkang bersatu dan kembali lebih kuat dengan pembabitan banyak pihak termasuk NGO.
“Kita mengalu-alukan kumpulan progresif 18 (G18) yang akan menubuhkan parti baharu dan meneruskan agenda dengan misi sama,” katanya kepada SelangorKini.
Johari mengulas kenyataan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mengenainya dan harapan rakyat terhadap pakatan pembangkang.
Ahli Parlimen Sungai Petani itu berkata, gabungan baharu yang wujud sama ada Pakatan (Pakatan Rakyat) 2.0 atau apa saja tetapi perjuangan tetap sama untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, PKR sememangnya bersedia untuk bekerjasama dengan pihak mana pun termasuk G18.
“Pakatan ketika ini mungkin dilihat tidak berfungsi tetapi kita yakin masalah yang timbul tidak berpanjangan dan akan diakhiri dengan jaya.
“Kerjasama baharu yang wujud akan lebih mantap dengan semua yang ada termasuk dengan DAP, G18 dan yang lain.” katanya.

Gagasan parti Islam baharu satu keperluan walaupun terlambat, kata aktivis pelajar

Bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol berkata, parti yang baharu seharusnya ditubuhkan 5 hingga 10 tahun dahulu lagi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Jun, 2015. 
Bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol berkata, parti yang baharu seharusnya ditubuhkan 5 hingga 10 tahun dahulu lagi.

Gagasan sebuah parti baharu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini merupakan satu keperluan, khususnya di kalangan anak muda yang berhaluan Islamik, kata aktivis pelajar Fahmi Zainol. Bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) itu berkata, parti yang sebegitu seharusnya ditubuhkan 5 hingga 10 tahun dahulu lagi.
"Ia satu keperluan, khususnya bagi kami anak-anak muda Islamik yang sudah mampu menilai setiap perkara," katanya yang kini digantung pengajian dan akan kembali menyambung pelajarannya di UM pada Ogos ini.

"Namun apa boleh buat, orang-orang tua di atas sana baru sedar perlu adanya gagasan parti baharu yang bercorakkan parti Islam dengan ciri-ciri kontemporari dan semasa," katanya kepada The Malaysian Insider. Fahmi mengulas cadangan penubuhan sebuah parti Islam baharu yang progresif dan inklusif oleh kumpulan G-18 yang terdiri daripada bekas pemimpin PAS yang tersingkir dari pucuk kepimpinan parti itu.
Pemimpin yang tewas dalam pemilihan PAS awal bulan ini menyifatkan kekalahan mereka secara blok pada Muktamar Tahunan ke-61 itu sebagai "rahmat yang terselindung” apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini.
Pada pertemuan pertama mereka 16 Jun lalu di Muar, Johor, G18 membentuk jawatankuasa bertindak dengan bekas timbalan presiden Mohamad Sabu dipilih sebagai pengerusi, bekas naib presiden Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai setiausaha dan bekas ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausaha.
Sehingga ini, cadangan penubuhan parti baharu ini mendapat dokongan pelbagai pihak termasuk PasMa, iaitu badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Pakatan Rakyat (PR) dalam PAS, NGO Islam dan juga tokoh masyarakat.

JHO LOW TOLD HE HAD CANCER AT AGE 30: Donates $ 50 mil to US centre but HOW did he get the money?

JHO LOW TOLD HE HAD CANCER AT AGE 30: Donates $ 50 mil to US centre but HOW did he get the money?
In his younger years, before his cancer scare, Jho Low made headlines as a billionaire party boy. The tabloids gleefully reported on his love of Cristal, bar tabs in the tens of thousands of dollars and wild nights on the town with the likes of Paris Hilton, Kim Kardashian and Usher.
Nowadays the 33-year-old Low, youngest member of the third generation of one of Malaysia’s wealthiest families and head of the family’s investment firm, is making news for a completely different reason: his philanthropic donations.
Over the past two years, Low has given millions to causes around the world: $1 million to Children’s National Medical Center, $5 million to National Geographic, $20 million to a conservation fund and $25 million to save the United Nations’ news service, which for almost 20 years has reported on development and disaster relief but was slated to be closed at the end of 2014 because of financial constraints. Thanks to Low’s gift, the news operation will live on as an independent nonprofit.
His largest gift to date — $50 million — is also his most ambitious. Low gave the money to a project at MD Anderson Cancer Center, the renowned facility that is part of the University of Texas medical system, to try to transform the Watson computer system of “Jeopardy!” fame into a cancer expert for the masses.
Low says he expects to announce another major donation some time in 2015, so stay tuned.

Q: You’ve been the subject of many gossip columns, but there’s been very little personal information about your family in the media. What can you tell us about your family’s background and the family business?
A: My grandfather was born in China and immigrated to Malaysia and Thailand in the 1940s. He had no formal education and had a big break in the 1960s with his business in iron ore mining and beer and liquor deliveries. He did this all the way through the ’70s and then my father took over. My father was educated at UCLA and the London School of Economics and expanded the family business to include electronics manufacturing and to New Zealand and the U.S. My brother and I are part of the third generation. I graduated from Wharton and my brother from Cambridge. We consolidated all our investments into one firm, which is based in Hong Kong. Today we have investments in 50 different countries.
Q: The year 2012 seems to have been a big turning point for you. That’s when you started the Jynwel Foundation and started spending more of your time on charitable work. What events led up to that decision?
A: In the first quarter of 2012 I went for a medical checkup in Switzerland. I had always been having annual checkups but I was thinking of taking out a big global life insurance and needed a full, thorough exam. I remember going into this room and the doctor looking really concerned. The doctor told me I was likely to have Stage 3 lung cancer.

Parti baharu: Tak boleh halang, kita tengok nanti - Nik Abduh

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz 
KOTA BHARU – Wacana keilmuan berkenaan perpaduan yang dianjurkan Majlis Profesor Negara (MPN) harus diperluaskan lagi kepada semua parti-parti politik di seluruh Malaysia.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perpaduan bukan hanya dua parti sahaja iaitu Umno dan Pas sebagaimana yang sering diperkatakan, namun ia melibatkan semua pihak di Malaysia.

“Perpaduan Umno dan Pas tidak akan selesai ataupun menyelesaikan masalah perpaduan dalam negara. Kena jemput sekali bukan Islam seperti DAP, MCA, PKR, barulah lebih menyeluruh wacana ilmiah tersebut,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau turut dijemput sebagai salah seorang panel di Wacana Perpaduan Nasional anjuran Kluster Perpaduan Nasional MPN di Hotel Perdana yang bertemakan Mencari Titik Pertemuan Perpaduan Bersama.

Nik Abduh menyambut baik penganjuran wacana ilmu seperti itu memandangkan ia membawa kepada kebaikan mengenai perpaduan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, berliau turut ditanya mengenai penubuhan parti baru oleh kumpulan yang didakwa ditolak ketika muktamar Pas baru-baru ini.

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menyifatkan ia sebagai fenomena baru dalam politik tanah air terutamanya selepas muktamar bulan lepas.

DAP, PAS dan PKR sokong Azmin kekal MB Selangor

Azmin-RakyatSHAH ALAM, 27 JUN: Pakatan yang diterajui tiga parti terus berdiri teguh di belakang Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata demikian bagi mengulas kesediaan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjawat jawatan itu semula.
“Pendapat saya, tiga parti (DAP, PAS dan PKR) menyokong Mohamed Azmin. Itu ketetapan dan majoriti Dewan Undangan Negeri secara majoriti.
“Tiada perbezaan keputusan seperti yang digambarkan,” katanya selepas merasmikan kempen ‘No Polystyrene’ dan kitar semula minyak masak di bazar Ramadan Kota Damansara, semalam.
Beliau menegaskan pimpinan Pakatan Selangor sentiasa menyokong Mohamed Azmin.
Katanya, sekiranya Abdul Khalid berhasrat mengambil kedudukan Menteri Besar, beliau perlu mendapatkan sokongan majoriti terlebih dahulu.

Kita harap ‘bulan baru’ akan menunjukkan arah yang betul

Seow Sing Randy Yong: Bulan intelek baru kini timbul dan kumpulan ulama hilang sinar mereka. Kita berharap bulan baru ini menyinar terang ke atas semua rakyat Malaysia.
Mudah-mudahan ini permulaan era baru buat negara tercinta.

Jeffrey Tan: Ya, kita sambut bulan baru dengan tangan terbuka dan perasaan teruja.

Weng Cheong Yow: Saya lihat bulan baru, saya lihat saat saat gembira. Mari kita bergerak ke depan.

Ho Swee Poh: PAS pimpinan Hadi kian sirna ditiup angin dan bakal hilang di belantara kehidupan.

Logan Somasundaram: Kita semua menantikan bulan baru.

Ricky Chong: Masa PAS sudah lepas.

Simon Chek: Sudah lama bulan mengambang itu hilang

Wong Kee Fui: Kini kumpulan profesyenal telah diketepikan. Hadi bebas bergabung dengan Umno.

Rooslan Husain: Parti baru ini tidak akan bertahan lama. Tidak ramai ahli PAS akan berhijrah dan menyertainya.

Kedai mamak bukan punca gejala sosial

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Kerajaan sepatutnya mengutamakan peningkatan sahsiah belia dengan memajukan pendidikan, bukan menyalahkan kedai mamak dan mengehadkan operasi kononnya untuk mengekang gejala sosial, kata Ahli Majlis Eksekutif DAPSY Muhammad Shakir Ameer.
“Penyakit sosial adalah cabaran seluruh dunia. ADa banyak sebab kenapa ia wujud, namun kedai mamak pastilah bukan penyebab.
““Punca utama adalah kurang pendidikan daripada keluarga di rumah , bahkan kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan sepatutnya memainkan peranan penting menghadapi penyakit sosial di kalangan belia,” ujar beliau lagi.
Kenyataan itu adalah respon kepada pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu menguatkuasakan tempoh operasi restoran hanya sehingga jam 12 tengah malam.
Menurut Syakir kenyataan Shahidan itu tidak cerdik.
Jika ia mahu dianggap logik, kata Syakir, restoran berkenaan sepatutnya ditutup lebih awal dari jam 12.tengah malam.
“Cukuplah bazirkan duit pembayar cukai dengan cadangan yang tak perlu bagi selesaikan penyakit sosial. Kita tak mahu lagi idea semacam Ahmad Maslan di dalam negara,” katanya.

Sisi Islam yang ditinggalkan PAS

Syahir Nujaba’


PAS selaku gerakan Islam paling lama dalam arena politik di Malaysia beberapa kali muncul dengan slogan-slogan yang berbeza. PAS suatu masa dahulu, ketika era keterbukaan, pernah menggunakan slogan ‘PAS for All’ bagi menarik perhatian bukan sahaja non-muslim, tetapi juga muslim yang tidak pro-Islam untuk bersama-sama mendokong PAS sebagai sebuah parti yang holistik.Slogan ini mencapai kemucaknya apabila Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai non-muslim diluluskan untuk menjadi sebahagian daripada anggota sah dalam struktur organisasi PAS.Bukan itu sahaja, artis-artis juga mula mendekati PAS. Ini sekaligus melonjakkan nama PAS ke aras yang lebih tinggi.
Terbaru, PAS sekali lagi tampil dengan slogan baru bersempena Muktamar PAS 2015. Kali ini, slogan yang digunakan adalah “Istiqamah Hingga Kemenangan”. Slogan kali ini sangat signifikan dengan tempoh perjuangan PAS yang begitu lama, hinggakan istiqamah atau kelangsungan amat penting untuk disegarkan supaya jiwa-jiwa pejuang tidak lekas berputus asa hinggalah tergapainya kemenangan.
Pun begitu, terdapat perbezaan besar terhadap ungkapan ‘kemenangan’ dari sudut pandang PAS. Ada sebahagian sangat positif, PAS sedang meniti bait-bait kemenangan kerana mampu bertahan tanpa dibubar hingga ke hari ini. Sedangkan, banyak gerakan Islam lain yang terkubur. Sebahagian yang lain pula melihat PAS masih belum menang, kerana kemenangan sebenar adalah kemenangan menyeluruh dalam pilihan raya, iaitu mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan di peringkat nasional.

Di celah-celah perdebatan dua kelompok ini, terdapat beberapa salah-guna konsep Islam yang dijadikan hujah bagi menyokong kenyataan mereka. Antaranya, mereka mendakwa, “Tidak mengapa jika tidak menang sekalipun, yang penting adalah Allah redha”. Nada yang sama diungkap seperti berikut, “Perjuangan dalam PAS bukan untuk mencapai kemenangan, tapi untuk menggapai redha Allah”. Ada pula yang mengatakan, “Kemenangan itu adalah beroleh pahala kerana kekal dalam Jemaah Islam”.Gejala penyalahgunaan konsep-konsep Islam seperti ini, bukan sahaja berlaku dalam PAS, malah juga berlaku dalam masyarakat awam terutamanya dalam konteks memberikan motivasi. Misalnya dalam isu kenaikan harga barang, ia dengan mudah disandarkan sebagai ‘ketentuan Allah’. Ketika rakyat dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi, suara-suara “Jika bersyukur, Allah tambah rezeki” kedengaran. Saat nilai rezeki dipertikai, kedengaran, “Kita mestilah bekerja dengan penuh ikhlas. Niat kerana Allah, bukan habuan dunia”. Apabila kritikan terhadap pemerintah dan pentadbiran dilakukan, suara, “Islam menyeru agar taat kepada ulil amri” pun berkumandang.
Kesemua seruan dan ungkapan ini benar belaka. Namun, apabila ia diletakkan dalam konteks yang salah, akhirnya ia menjadi fitnah kepada agama. Islam akan dilihat sebagai candu atau dadah, yang hanya digunakan bagi mengkhayalkan pihak-pihak yang tertindas.

Polis Australia 2 hari, polis Malaysia berhari-hari

KUALA LUMPUR, 27 JUN: ‘Kelembapan’ bertindak di kalangan pihak berkuasa di negara ini mendorong rakyat menganggap pasukan keselamatan sengaja mahu melengahkan siasatan atau menutup sesuatu kes.
Menurut Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua, keadaan sama juga dapat dilihat dalam skandal rasuah terbaru melibatkan pegawai MARA di Australia.
Katanya, polis di negara itu hanya mengambil masa dua hari saja untuk membuat serbuan demi menyiasat mereka yang terlibat.
Namun, kata Tony, polis Malaysia hanya menunggu sahaja siasatan dari Australia tanpa apa-apa tindakan yang proaktif.
“Rakyat Malaysia tak boleh dipersalahkan jika mempunyai pandangan polis tidak melakukan apa-apa bagi mendedahkan jenayah. Mengapa Bukit Aman harus menunggu siasatan dari Australia sebelum menjalankan siasatan sendiri?
“Walaupun jenayah berlaku di Melbourne, wang itu dari Malaysia dan penjenayah pula adalah rakyat Malaysia. Adakah ini tidak memberi alasan yang cukup untuk polis segera menyiasat?” katanya lagi.
Tambahnya, sikap polis menangani skandal hutang RM42 bilion 1MDB juga serupa.
“Apa yang kita tahu KPN hanya kata siasat sedang dilakukan. Tak ada serbuan dijalankan.
“Ini benar-benar memalukan polis Malaysia,” katanya.
Skandal rasuah terbaru melibatkan MARA didedahkan portal berita Australia, The Age.
Dalam laporannya, MARA Inc, anak syarikat MARA didakwa membeli bangunan di Australia pada harga jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran bagi mengaut keuntungan di kalangan pegawai dan pemaju tempatan.

Tergamak ISMA menyesatkan Pak Samad


Isma-president-Abdullah-Zaik-Abdul-Rahman


GEORGETOWN, 27 JUN: Fahaman taksub Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) semakin menyerlah apabila mereka tergamak menghina Sasterawan Negara A Samad Said dengan menyifatkan tokoh itu sebagai sesat hanya kerana menjadi ahli DAP.
 Menurut Setiausaha DAPSY Bukit Bendera Syerleena  Abdul Rasyid ketaksuban kumpulan pendesak Melayu itu  tidak selari dengan Islam yang penuh kasih-sayang dan  mementingkan keadilan.
“ISMA sentiasa menguar-uarkan kononnya mereka juara  dalam memperjuangkan orang Melayu beragama Islam,  namun cemuhan terhadap Pak Samad langsung tidak  selari dengan ajaran agama,”ujar beliau
Syerleena menambah DAP yang dipilih Pak Samad sebagai wadah perjuangannya, bukanlah parti cauvinis Cina dan sentiasa menerima ahli dari pelbagai kaum dan agama.
“DAP tidak akan sesekali mendiskriminasi orang lain berdasarkan kaum dan agama, DAP berpegang dengan kesamarataan dan meritokrasi warga Malaysia,

Pemilihan Umno ditangguh kerana krisis semasa kata Ku Nan

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan penangguhan pemilihan parti itu dibuat ekoran krisis membabitkan 1MDB.

Sebaliknya kata beliau keputusan itu dibuat kerana mengambil kira kemahuan akar umbi  serta keadaan semasa politik yang berlaku dalam negara.

Sebelum itu Tengku Adnan ditemui media di Setiawangsa untuk mendapatkan pandangannya mengenai keputusan Umno menangguhkan pemilihan yang sepatutnya diadakan tahun depan.

Sesetengah pihak berpendapat keputusan penangguhan selama 18 bulan itu dibuat bagi memberi lebih banyak masa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan kemelut melanda 1MDB.

"Tidak, tidak. Ia tak ada kena mengena dengan apa-apa masalah," katanya.

Semalam Majlis Tertinggi (MT) Umno bersetuju menunda pemilihan parti itu selama 18 bulan.

Pemilihan itu sepatutnya berlangsung dalam perhimpunan agung tahun depan.

Ketika mengumumkan perkara itu Najib berkata, ia adalah sebahagian daripada langkah mengukuhkan parti serta BN menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Tengku Adnan juga menafikan penangguhan pemilihan itu adalah kemahuan MT sebaliknya dibuat selepas parti itu "merasai nadi ahli Umno".

‘Pembersihan etnik’ dalam PAS antara punca Sheikh Omar sertai DAP

Kecewa dengan sikap sebahagian pemimpin PAS yang lebih gemar menjadikan parti Islam itu "eksklusif" dan berterusan dengan polemik lama yang sering dikitar semula, serta "pembersihan etnik" pada pemilihan parti awal bulan ini, Sheikh Omar Ali mengambil pendirian keluar parti dan menyertai DAP.
Bekas penuntut jurusan Usuluddin di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya itu berpendapat, keputusan pemilihan PAS yang menyaksikan kelebihan dimiliki kumpulan konservatif dari kalangan pro ulama juga menyaksikan parti itu semakin ketinggalan 30 tahun ke belakang.
Keadaan ini berbanding DAP, yang pada pandangan bekas ahli PAS berusia 30 tahun ini, nampak lebih serius dalam memperjuangkan isu yang membabitkan rakyat.

"Agak lama saya berada dalam PAS, namun sikap sesetengah pimpinan parti Islam tersebut yang terus-menerus mengulangi polemik serta titik bengik konflik dalamannya yang terlalu panjang, menyebabkan PAS menjadi begitu ekslusif dan seolah-olah tidak mahu bergerak ke hadapan mendepani isu rakyat. "Bukan tidak ada figura progresif, namun pasca muktamar lalu seolah-olah menyaksikan satu proses 'ethnic cleansing' yang akhirnya akan membawa semula PAS 30 tahun ke belakang," katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider, merujuk Muktamar Tahunan ke-61 yang diadakan di Kuala Selangor itu.
Bekas penuntut sekolah menengah kebangsaan agama di selatan tanah air itu juga yakin, DAP bukan sebuah parti yang berteraskan jalur perkauman seperti dibangkitkan beberapa pihak yang mendakwa DAP merupakan parti cauvinis.
Sebaliknya, Sheikh Omar berkata, beliau melihat semangat perjuangan demokrasi yang dibawa DAP juga selari dengan semangat yang dianjurkan Islam.
"Saya tidak khuatir dengan 'backfire' yang mungkin diterima dek kerana seorang anak muda Melayu, berlatar belakangkan pengajian agama, menyertai DAP – sebuah parti yang berteraskan semangat demokrasi, yang hakikatnya tiada percanggahan dengan semangat Islam.
"Asalkan sahaja dasarnya tidak berubah, DAP adalah untuk semua rakyat yang bercita-cita melihat perubahan iklim politik kepada yang lebih sihat dan demokratik, tanpa mengira warna kulit," katanya.
Hubungan DAP dan PAS kini semakin keruh, lebih-lebih lagi apabila Muktamar Dewan Ulama mengusulkan supaya parti itu memutuskan hubungan dengan parti sekular itu dan usul berkenaan diluluskan tanpa bahas di muktamar penuh.
Susulan daripada perkembangan itu, DAP kemudiannya mengambil pendirian dan mengumumkan tamatnya riwayat gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).
Ia kemudiannya menyebabkan sekumpulan ahli Parlimen dan bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan, terutamanya mereka daripada kumpulan progresif, menubuhkan G18, juga dikenali sebagai 'Gerakan Harapan Baru'.

DAP menarik ahli Melayu, kini 'parti yang benar-benar Malaysia'

oleh Jimmy Adit
Sasterawan negara A Samad Said menjadi ahli DAP yang paling bernilai dan tentunya BN berharap perkara itu  tidak berlaku.

Dan jika itu tidak mencukupi, lebih memilukan, keegoan BN terus tercalar apabila bekas aktivis pelajar Sheik Omar Ali juga mengumumkan pada hari Sabtu yang sama, iaitu 20 Jun bahawa beliau juga menyertai parti itu.

Di Kuching pada hari berikutnya, Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abdul Karim Rahman Hamzah (kiri) tidak dapat menyembunyikan rasa tidak senang dengan berkata Samad terlalu bersifat 'orang seni' (artis) manakala Omar masih mentah dalam politik, maka, mudah terpengaruh dengan cita-cita.

"Mereka hidup dalam dunia fantasi mereka sendiri, kita akan lihat berapa lama mereka dapat kekal dengan DAP," Karim dipetik sebagai berkata.

Saya mahu bersetuju dengan Karim, tetapi saya berfikiran sebaliknya.

Samad, seorang uar biasa dengan kebijksanaan dan bakat, telah mencecah usia 80 tahun, serta dapat melihat apa yang Karim tidak dapat bayangkan sebagai seorang ahli politik yang terlalu lama dalam lingkungan politik sempit BN.

Hakikatnya, Samad hanya memutuskan DAP adalah parti pilihan selepas 80 tahun yang menyakitkan sebagai penonton, lantas membuktikan penilaian yang menjurus kepada keputusannya.

Bagi Omar, Karim berkata: "Apabila seseorang itu masih mentah dalam politik, dia sangat terpengaruh dengan cita-cita. Dia melihat cita-cita dalam DAP lalu menyertainya. Setelah berada di sana untuk seketika, dia akan tahu samada parti itu adalah parti yang sesuai dengannya. "

Karim berkata Omar tidak nampak kesesuaian baginya di dalam BN. Umno, MCA, MIC, Gerakan, walaupun PBB tidak mempunyai menarik buat pemuda Malaysia yang berpendidikan seperti Omar serta akauntan bertauliah berusia 34 tahun Pared Nyawi yang disebut-sebut untuk menjadi pilihan DAP Sarawak bagi Katibas untuk Pilihan Raya Negeri ke-11 kelak.
 

Kenapa Dr Mahathir pertahan bekas pengarah PetroSaudi, soal Salleh

Speaker Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mempersoalkan motif Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan bekas pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo, selepas bekas perdana menteri itu menyuarakan keraguannya berhubung tangkapan yang dibuat ke atasnya.
"Mengapa Dr Mahathir cuba untuk melindungi Justo? Jika Justo tidak bersalah maka sesungguhnya polis Thai akan melepaskannya.
"Mengapa Dr Mahathir mencadangkan Justo adalah mangsa yang tidak bersalah?" soalnya menerusi blognya hari ini, mengulas dakwaan Dr Mahathir yang tangkapan Justo "mencurigakan."

"Adakah Dr Mahathir tahu sesuatu negara lain di dunia tidak? Atau adakah Dr Mahathir bimbang Justo mungkin 'membuka rahsia' dan mengaitkan orang lain yang terlibat dalam jenayah ini?" soalnya. Justo, 49, kini dalam tahanan polis Thailand kerana cuba memeras ugut PetroSaudi berhubung perjanjiannya dengan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Polis Thailand pada Selasa mengumumkan penangkapannya di sebuah rumah di pulau peranginan Koh Samui.
Justo dilaporkan dibayar kira-kira RM15 juta untuk meninggalkan PetroSaudi dan kini dituduh meminta lebih banyak wang dalam usaha memeras ugut syarikat minyak itu berkaitan urusannya dengan 1MDB.
Media Thailand melaporkan Justo menafikan perkara ini.

Hadi enggan campur DAP lantik Nizar

Abdul Hadi Awang
MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan masuk campur isu pelantikan Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai ketua pembangkang Dun Perak.
 
Beliau sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Pas Perak untuk membuat keputusan terhadap Mohammad Nizar yang menang kerusi itu atas tiket Pas tetapi dilantik DAP untuk terus kekal sebagai ketua pembangkang Perak dalam keadaan kedua-dua parti pembangkang itu tidak lagi sehaluan.
 
“Itu serah kepada Pas Perak. Pas Perak akan tentukan (perkara itu),” katanya ketika ditanya mengenai tindakan DAP yang sepatutnya tidak menyokong Mohammad Nizar sebagai ketua pembangkang selepas kedua-dua parti itu tidak lagi bersama dalam satu pakatan berikutan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan pakatan sudah tidak lagi wujud.
 
Kenyataan Guan Eng itu sebagai tindak balas tindakan Dewan Ulama Pas mengemukakan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang diluluskan tanpa bahas pada muktamar parti itu awal bulan ini.
 
Kelmarin, Pas Perak menganggap tindakan DAP mengekalkan Mohammad Nizar sebagai ketua pembangkang adalah di luar perbincangan Pas, PKR dan DAP walaupun PR tidak lagi wujud dalam negeri berkenaan.
 

Mahu jadi MB Selangor, Khalid usah bermimpi! – Zuraida

KUALA LUMPUR 27 JUN: Khalid Ibrahim perlu berhenti memalukan dirinya dengan menawarkan untuk memegang jawatan Menteri Besar (MB) Selangor, tegas Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin.
Zuraida1Zuraida hairan bagaimana Khalid boleh mempersoalkan tentang Cekap, Amanah, dan Telus sedangkan beliau sendiri gagal dalam pentadbirannya yang lalu seperti dalam isu perjanjian air Selangor.
Tegas Ahli Parlimen Ampang itu, rakyat Selangor juga masih ingat isu Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan kes penyelesaian Khalid di luar mahkamah dengan Bank Islam.
“Selain dipecat dari KEADILAN, bagaimana seorang Adun Bebas dan Ahli Parlimen boleh berharap untuk kembali menjawat jawatan Menteri Besar yang bebas dari mana-mana parti politik? Adakah Khalid cuba untuk menjual dirinya kepada pembida yang paling tinggi? Mungkin Umno?” sindir Zuraida.
“Adalah lebih baik jika Khalid belajar untuk berkhidmat di dalam kawasan beliau dahulu. Tugasnya adalah untuk rakyat, maka jagalah Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak dengan baik dan berhenti bermimpi untuk menjadi Menteri Besar Selangor,” tempelak Zuraida yang juga Ketua Wanita KEADILAN dalam kenyataan.

Penangguhan pemilihan parti bukan sebab 1MDB - Ku Nan

TRP17Jan2015-8

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyangkal dakwaan penangguhan pemilihan Majlis Tertinggi parti itu disebabkan isu kontroversi 1MDB.
Beliau berkata, penangguhan tersebut adalah keputusan akar umbi yang mahukan kemelut dalaman parti itu diselesaikan.
“Perkara ini tiada kaitan dengan 1MDB tetapi peringkat akar umbi mahukan kemelut parti dan politik dalam negara diselesaikan terlebih dahulu.
“Ini adalah keputusan sebulat suara yang dinyatakan pada mesyuarat yang diadakan di Janda Baik sebelum ini dengan kehadiran semua wakil bahagian kecuali 14 bahagian sahaja,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan pada Majlis Shopping Raya di AEON AU2 Setiawangsa.

G-18: Pemimpin serpihan PAS 'belum duduk mahu berlunjur'


Post Pic

Oleh Zainal Salleh
Mungkinkah nasihat Presiden PAS pada ahli parti itu supaya berhati-hati dalam sifir politik mahu menubuhkan wadah baru kerana sejarah membuktikan usaha seumpama itu biasanya gagal, akan jadi satu kenyataan?
 
Kenyataan terbuka Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang membayangkan kegusarannya bahawa ada ahli PAS yang mula kehilangan akidah perjuangan dan cara amalan perjuangan mereka.  Mesej itu ditujukan pada semua anggota PAS.
 
Bagaimanapun ada kalangan yang merancang menubuhkan parti baru untuk mengambil alih tempat PAS dalam Pakatan Rakyat memberikan reaksi sinis dan menyindir bahawasanya Hadi sebenarnya bimbang ramai ahli PAS akan berhijrah keluar. 
 
Namun dalam tiga hari selepas memberikan komen yang agak “angkuh” terhadap ‘orang tua’ PAS itu, Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi sendiri diusik kumpulan politik yang juga mempunyai cita-cita sama dengan PasMa dengan cara yang agak meremehkan.  
 
Ini memaksa beliau menegur pemimpin G-18 yang terdiri daripada pemimpin serpihan PAS yang tewas dalam pemilihan pimpinan parti itu awal bulan ini supaya tidak angkuh dan taksub dengan kehebatan diri sendiri.
 
G-18 disindir taksub dengan 'kehebatan' diri sendiri
 
Phahrolrazi Zawawi berkata, sikap buruk itulah di antara punca kekalahan golongan yang berasa diri mereka progresif dan profesional kepada cabaran ustaz-ustaz muda dalam muktamar lalu. 
 
“Kalau beginilah sikap mereka, patutlah mereka kalah kepada ustaz-ustaz muda dengan ustaz pondok dalam Pemilihan PAS.
“Mereka mengambil remeh tentang keupayaan orang lain sebab itu mereka kalah dengan kumpulan yang tidak berpengalaman.
 
“Tengoklah natijahnya mereka dah kalah. Mereka kalah sedangkan kumpulan ini orang hebat.
 
“Bagaimana mereka kata cukup berpengaruh tetapi tetap kalah? Sepatutnya mereka mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku,” katanya.
 
Phahrolrazi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin yang mendakwa PasMa yang beliau pimpin itu tidak mempunyai daya tarikan yang cukup dengan akar umbi untuk memimpin sebuah parti baru.
 
Baik PasMa mahupun kumpulan G-18 masing-masing sedang mencongak menubuhkan sebuah parti politik baru bagi menggantikan tempat PAS dalam Pakatan Rakyat. 
 
PasMa ditubuhkan tahun lalu sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bermatlamat khusus merapatkan hubungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat yang dilihat berkecamuk dalam menangani krisis Menteri Besar Selangor. 

PAS-DAP di Selangor saling memerlukan - Tuan Ibrahim


Post Pic


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengharapkan kemelut yang berlaku dengan DAP tidak akan menjejaskan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.
 
Beliau mengulangi pendirian parti itu untuk terus bersama Pakatan di Selangor meskipun senario sebaliknya berlaku di Pulau Pinang menyaksikan peletakan jawatan beramai-ramai wakil PAS.
 
Tegas Tuan Ibrahim, tahaluf siyasi Pakatan di Selangor akan terus didokong selagi mana ia tidak melanggar al-Quran dan sunah.
 
"Kita bergabung atas tahaluf ini dengan bersyarat iaitu syarat yang Allah dan Islam tetapkan.
 
"Selagi mana syarat tidak dilanggar,kita tetap bersama Pakatan," katanya kepada Antarapos.
 
Untuk rekod, satu pertemuan antara komponen Pakatan akan diadakan pada hujung minggu bagi membincangkan kedudukan serta masa depan gabungan itu di Selangor.
 
Pertemuan itu akan diadakan dalam satu majlis berbuka puasa Menteri Besar Mohamed Azmin Ali bersama semua wakil rakyat Parlimen serta dari DUN Pakatan Selangor, ahli majlis dan ketua kampung di kediaman rasminya.
 
Difahamkan pertemuan itu akan dijadikan ruang untuk ketiga-tiga parti berbincang secara tidak rasmi selepas muktamar tahunan PAS awal bulan ini membuat pendirian memutuskan hubungan demgan DAP.
 
Usul dibawa Dewan Ulama PAS diluluskan tanpa bahas dan menyaksikan DAP mengambil langkah serupa dengan menggesa wakil parti Islam itu di Pulau Pinang meletakkan jawatan.
 
Bagaimanapun PAS menegaskan keputusan itu belum dimuktamadkan sehingga ia dibawa ke peringkat Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Pusat.
 
Yakin Pakatan Selangor akan terus bersama
 
Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berpandangan kesemua komponen Pakatan di Selangor mahu terus mengekalkan hubungan sekaligus meneruskan pentadbirannya buat penggal kedua sejak 2008.

Bukan mudah parti serpihan PAS mahu kekal - Mohamad Khalil


Post Pic


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua  Dewan Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi 'menasihatkan' bekas pemimpin utama pada penggal lalu agar patuh pada arahan presiden yang meminta tidak meninggalkan wadah perjuangan hanyai untuk menubuhkan parti baru.
 
Beliau memberitahu sebagai anggota parti mereka perlu patuh segala arahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku presiden PAS dengan tidak sesekali melanggar ketetapan berkenaan.
 
Anak sulung kepada Presiden PAS juga memberitahu ahli serta barisan pimpinan parti perlu istiqamah dan meneruskan perjuangan menegakkan Islam.
 
"Dari sudut ahli PAS dia kena ikut arahan partilah, kena istiqamah dengan part," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan parti baru akan ditubuhkan susulan selepas beberapa kepimpinan tertinggi utama yang membantu mencorakkan perjuangan pas sebelum ini ditolak ketika muktamar parti itu, bulan lepas.
 
Susulan perkembangan terbaru itu, Abdul Hadi menerusi surat terbuka kepada ahli PAS pada Selasa lalu mengingatkan semua pemimpin dan ahli parti bahawa sejarah menunjukkan mereka yang keluar parti itu dan bersama parti baharu akan tenggelam.
 
Beliau berkata, setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jemaah yang diwujudkan di atas prinsip dan matlamat beraqidah teguh bersama konsep pendekatannya dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.
 
Mana-mana pihak boleh tubuhkan parti baru tapi perlu ambil kira banyak perkara
 
Mengulas lanjut, Mohamad Khalil berkata parti berteraskan Islam itu tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baru memandangkan amalan demokasi dalam negara.
 

Menggali kebenaran di universiti


140412-demo mansuhkan ptptn-dataran merdeka (44)


Tanggal 29 Jun dan 7 Julai, 13 mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dua mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dihadapkan ke Lembaga Disiplin atas beberapa pertuduhan.
Secara ringkasnya, pertuduhan pihak universiti terhadap mahasiswa UKM adalah atas tindakan berani menjunjung kebebasan yang menjadi nadi institusi keilmuan dan demi membela kebajikan mahasiswa.
Walaupun program tidak mendapat kelulusan, diistilahkan “haram” sepertimana di UIAM apabila wacana ilmiah membicarakan isu GST diharamkan pada saat akhir, adakah kesalahan besar apabila mahasiswa bangkit secara kolektif menuntut masalah air di UKM diselesaikan?
Secara keseluruhannya, mahasiswa berkumpul untuk melihat kebebasan akademik kembali mekar di universiti-universiti tempatan. Kami tidak mahu menjadi sekadar “penghafal teori dan zombi akademik” keluaran universiti.
Sekarang, 13 mahasiswa UKM dan dua mahasiswa UIAM menjadi mangsa baru kerakusan kuasa pihak universiti.
Presiden PMUKM dan Presiden SRC UIAM, Sallehudin dan Hanif Mahpa antara yang bakal dikenakan tindakan atas kesalahan menganjurkan program yang kononnya “haram”.
Apabila membahaskan tentang ilmu, the ultimate aim pastilah mendapatkan kebenaran. Ini adalah tugas hakiki yang diperakui sarjana sejak zaman berzaman.
Bagaimanapun tidak terbatas menjadi tanggungjawab universiti semata-mata, mahasiswa juga ada peranannya.
Sekiranya asas sebuah universiti tidak dihayati dengan baik maka universiti sebenarnya melatih robot yang tidak mempedulikan kebenaran, tetapi hanya menerima apa yang diprogramkan dan bertindak balas sebagaimana dimahukan pihak berkuasa..
John Henry Newman, dalam siri syarahannya yang dibukukan dengan tajuk The Idea of A University (1851), menjelaskan pendidikan mesti membolehkan kebenaran mudah difahami.
Sekiranya sesuatu yang praktikal perlu dimasukkan sebagai subjek universiti, ia mesti melatih pelajar menjadi anggota masyarakat yang baik.

1MDB: Apa motif Shafee mahu singkir Tony?


SHAFEE ABDULLAH_DIALOG_FORUM


KUALA LUMPUR, 25 JUN: Usaha UMNO menggugurkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua daripada menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dilihat satu lagi perancangan parti berkenaan untuk menutup skandal hutang mega 1MDB.
Usaha itu kini giat dijalankan peguam Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah yang terkenal sebagai pendakwa dalam perbicaraan fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Shafee mendakwa saya banyak buat kenyataan dan memberi kesan terhadap siasatan ke atas 1MDB.  Kerana itu, dia mahu saya keluar dari jawatankuasa PAC.
“Kenyataan Shafee merepek. Bagaimana hanya dengan buat kenyataan dan jalankan tanggungjawab saya  sebagai ahli parlimen yang dipilih rakyat saya membahayakan siasatan ke atas 1MDB?” soal Tony.
Tony antara individu paling lantang membongkar skandal 1MDB. Selain giat memberi kenyataan akhbar  mengenai skandal itu, beliau turut ligat berforum dan berceramah untuk menjelaskan isu berkenaan  kepada rakyat.
Kelantangan Tony membuatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak turut merasai bahangnya sehingga  akhirnya menyaman Pengerusi DAP Selangor itu Mac lalu.

Rambut bukan aurat: Sisters In Islam dibidas

SIS bukan berjuang untuk syariat Islam sebenar tetapi bertunjangkan hawa nafsu yang kononnya dihiasi dengan hujah akademi dan syarak.
sisters in islam
PETALING JAYA: Sisters In Islam (SIS) dibidas kerana memberi pandangan bahawa rambut bukan sebahagian daripada aurat wanita.
Pegawai Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Firdaus Zalani berkata, perjuangan SIS bahawa rambut wanita bukan aurat bukanlah perjuangan demi mendapat kebenaran syariat Islam yang sebenar.
Sebaliknya, ia hanya perjuangan bertunjangkan kepada hawa nafsu samata-mata yang dihiasi kononnya dengan hujah akademik dan syarak.
“Kalaulah benar mereka pendokong al-Quran seperti yang ditunjukkan dalam kes ini, maka dalam kes hudud merekalah yang sepatutnya paling hadapan menyokongnya kerana kesemua hukuman hudud disebut jelas lagi terang di dalam Al-Quran.
“Kalaulah mereka benar ingin memenuhi seruan al-Quran, tidak mungkin mereka akan pertikai hak pewarisan isteri,anak perempuan yang selama ini dilaungkan kerana al-Quran menyebut dalam masalah ini jelas satu persatu. Kita kenal siapa mereka dan apa mereka perjuangkan walaupun mulut mereka cuba berkata sebaliknya,” katanya seperti yang disiarkan di laman web muis.org.my.

Tidak boleh biar siku lutut longlai dimamah virus takut - NASRUDIN




Umat Islam sedang berdepan dengan pelbagai ancaman dan rintangan yang boleh merosakkan aqidah, akhlak dan fikrah mereka. Sebahagiannya hilang kepekaan terhadap perancangan musuh yang bermaksud untuk melemahkan Islam dan ummatnya.
Kita tidak boleh berpeluk tubuh, membiarkan siku lutut kita longlai dimamah virus takut dan malas berdepan situasi ini. Kita semua kena bangkit berjuang lantas menjulang prinsip Islam dan setiap sendi syariat serta syiarnya. Jangan sampai mereka merancang sedang kita masih mendakap tubuh.
Ramadhan tidak sewajarnya menjadikan kita letih dan lesu sehingga hilang maya upaya justeru Ramadhan adalah bulan jihad. Bulan kebangkitan ummah untuk melonjak izzah (kemuliaan dan kehebatan). Bangkitlah dengan semangat jihad yang tinggi dan jitu demi membawa risalah Islam, membasmi kejahilan, memimpin dan menyelamatkan ummah dari terus menjadi mangsa amukkan jahiliyah.
Meninggalkan jihad menjadikan kita hina. Nabi saw pernah bersabda:
ماَ تَرَكَ قَوْمٌ الجِهَادَ إلاَّ عَمَّهُمُ اللهُ بِالْعَذَابِ
Tidaklah sesuatu kaum yang meninggalkan jihad melainkan Allah swt menimpakan azab (kehinaan) ke atas mereka seluruhnya. (Riwayat at Tabarani fil Awsat)
Kita tidak punya banyak masa untuk madah berhelah. Leraikan segala yang membelenggu diri. Ayuh kita turun bergelanggang. Sahut semboyan juang dan usah peduli seruan yang mendorong untuk kita khianati amanah perjuangan Islam ini.
Ingat penegasan Allah swt:
لَّا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا
Tidaklah sama keadaan orang yang duduk bersahaja (tidak turut berjuang) dari kalangan orang yang beriman - (selain daripada orang yang berkeuzuran) - dengan orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang yang tinggal duduk bersahaja dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik dan Allah melebihkan orang yang berjuang atas orang yang duduk bersahaja dengan pahala yang amat besar. (Surah An-Nisa': 95)

'Lepas ni rompaklah sebanyak mana pun' - Mahfuz


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa pemikiran "sangat berbahaya" kepada pembangunan insan kerana memberi mesej salah kepada rakyat dalam isu 1MDB, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Dalam kenyataan beliau hari ini Mahfuz berkata, kenyataan Najib mengenai sumbangan 1MDB untuk pembangunan masjid menunjukkan seolah-olah seseorang boleh melakukan dosa sebanyak mungkin sebelum 'mencucinya' dengan sedikit sedekah atau pun mengerjakan umrah.

"Inilah yang dilakukan 1MDB.

"Pengurusan yang pincang dengan penyelewengan membabitkan tanggungan hutang RM42 bilion dicuci dengan sumbangan membina masjid dan membawa imam-imam menunaikan ibadah haji dan umrah.

"Mudahnya memerintah Malaysia," katanya.

Mahfuz mengulas kenyataan dibuat Najib semalam mengenai sumbangan diberi 1MDB untuk "pembangunan Islam" di negara ini.

Untuk mengukuhkan hujah itu, perdana menteri memberi contoh sumbangan diberi Yayasan 1MDB untuk mengisi sebahagian daripada kos pembangunan semula Masjid Kampung Baru bernilai RM20 juta.

Siasat 1MDB: Ada jawapan jika Najib diberi cuti

KUALA LUMPUR: Kontroversi dakwaan pemalsuan emel yang melibatkan syarikat Petrosaudi tidak dapat membersihkan 1MDB sepenuhnya dan melarikan 1MDB daripada kemelut kewangan yang sedang dihadapinya.
Rakyat dinasihatkan berhati-hati dengan agenda mengalihkan perhatian mereka daripada persoalan lebih penting melibatkan 1MDB.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, konspirasi pemalsuan emel juga tidak menjawab, antaranya:
Mengapa Lembaga Tabung Haji perlu membeli tanah TRX secara bertunai?
Mengapa Lembaga Tabung Haji menghadapi masalah untuk menjual semula tanah tersebut?
Apa sebenarnya yang dilaburkan 1MDB di Kepulauan Cayman sehinggakan ‘duit’ yang sepatutnya dibawa balik kini hanya berada dalam bentuk ‘unit’ yang tidak diketahui usulnya di Singapura?
Mengapa ada bank antarabangsa yang menuntutnya membayar balik duit pinjaman lebih awal sebelum habis tempoh?
Mengapa kerajaan perlu menyediakan kredit standby sebanyak RM950 juta untuk 1MDB? Apakah duit ini telahpun dihabiskan?
Di mana duit 1MDB dan mengapa 1MDB menghadapi masalah dalam membayar hutangnya?
Katanya, kesemua soalan di atas akan menemui jawapan sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberikan cuti daripada tugas sehingga siasatan selesai.

Father, son and Umno cronies in Mara deal

MPs highlight the shadowing hand of Umno members behind Dudley House scandal.
Mara scandal
KUALA LUMPUR: Two MPs have linked the chain of Umno involvement in the Dudley House scandal and said that Mara was a classic example of government agencies controlled and dominated by “a sinister nexus of patrons, cronies and politicians”.
The Dudley House scandal showed such transactions were facilitated by cronies and powerful Umno politicians with access to billions in government funds, said MPs Steven Sim and Zairil Khir Johari in a statement today.
Sim is MP for Bukit Mertajam, and Zairil is MP for Bukit Bendera.
They called for the Mara Council, the decision-making body of the rural development agency, to comprise a balanced mix of bipartisan politicians, civil servants and non-partisan professionals, and for Mara to be made directly responsible to Parliament rather than the Ministry of Rural and Regional Development.
“When government agencies and their businesses are caught in such a political web, there is no doubt that decision-making will be skewed by vested interests,” they said, pointing out the Umno links in Mara and Dudley House.
Sim and Zairil pointed out that Erwan Aziz, the broker for the Dudley House deal was a director of a company chaired by Umno Youth deputy leader Khairul Azwan Harun.
Erwan, who has been described as “Porsche-loving”, was also the son of Azizi Yom Ahmad, a joint developer of Dudley House, a student hostel in Melbourne.

Najib tiru Mahathir selamatkan diri

Najib tiru Mahathir selamatkan diri

MSO

Lewat petang tadi Mohd Najib Razak mengumumkan pemilihan Umno yang dijadualkan pada tahun depan ditangguh selama 18 bulan. Ini bermakna pemilihan Umno baru boleh diadakan pada tahun 2018. Memandang pada tahun itu kemungkinan pilihan raya umum ke 14 akan diadakan, bermakna pemilihan Umno akan diadakan selepas itu.
Najib menggunakan Fasal 10.16 perlembagaan Umno untuk membuat penangguhan itu. Fasal berkenaan memberi kuasa kepada MT untuk menangguhan pemilihan pada peringkat MT, kawasan dan cawangan.
Beliau memberi tahu selepas mesyuarat MT petang ini. Katanya penangguhan itu untuk membolehkan parti dikukuhan dan melakukan kerja yang dirancang. Ia juga bagi memberi peluang kepada rakan-rakan komponen memantap kedudukan untuk menghadapi pilihan raya. Salah satu rakan komponen BN yang sedang dibelit kemelut dan masalah ialah MIC yang tiba-tiba kehilangan presiden apabila RoS mengistyharkan G Palanivel lucut keahlian.
Tindakan Najib itu walaupun mengikut kehendak perlembagaan dan beta pun ikhlas untuk memperkukuhkan Umno dan BN tetapi ia sudah tentu dilihat lebih untuk melindungi kedudukannya sebagai presiden Umno dan perdana menteri.
Najib sangat menyedari yang kedudukannya kini sedang diancam dimana kalau beliau tidak mengambil langkah pengukuhan diri dia boleh hanyut. Beliau mungkin sudah meramlakan serangan terhadapnya kini kemungkinan ada orang akan merempuhnya pada pemilihan itu. Jadi sebelum dirempuh elok beliau melindungi diri.
Keputusan yang dibuat itu sudah dijangka awal-awal. Begitulah politik orang tidak berani berdepan dengan realoiti. Keputusan itu bagaimana pun menyebabkan Dr Mahathir Mohamad yang bermati-matian untuk menjatuhkan Najib akan mati terkangkang. Harapan Mahathir dan kuncu-kuncunya untuk melihat Najib tersingkir gagal. Mahathir sangat menanti perhimpunan tahun depan selepas segala usaha dilakukan sebagai gelanggang untuk menyingkirkan Najib. Harapan itu kini menemui jalan buntu.
Mahathir telah melakukan pelbagai usaha untuk mengerudi Najib agar jatuh. Dari sebesar-besar isu kehilangan alias kerugian RM42 billion dalam syarikat perlaburan strategi yang dinaungi Najib 1MDB, tragedi pembunuhan Altantuya hingga kepada isu keborosan isteri Najib Rosmah Mansor telah dibangkitkan Mahathir. Namun semuanya tidak memberi bekas dan Najib tetap utuh di persada kekuasaanya.
Lantaran itu Mahathir sangat berharap masa untuk Najib dijatuhkan ialah pada perhimpunan. Tetapi apabila perhimpunan (pemilihan) itu ditangguh Mahathir kini hilang akal. Mahathir kini bolehlah bernyanyi lagu "cukuplah sampai di sini".

Agenda Tersembunyi: Kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh tidak masuk akal

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini adalah satu keputusan yang tidak masuk akal, kata Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani Abd Hamid.
 
Menurutnya, jumlah itu terlalu besar apatah lagi jumlah pekerja asing berdaftar pada 2014 sudah mencecah 2.1 juta.
 
“Jumlah pekerja asing yang tidak berdaftar pula dianggarkan lebih daripada empat juta. Malah mengikut satu kenyataan Kementerian Sumber Manusia sendiri menyatakan bahawa pekerja asing di Malaysia dianggarkan berjumlah lebih 6.7 juta dan laporan tersebut turut menyatakan keadaan ini sangat membimbangkan.
 
“Ini bermakna jika dasar ini dilaksanakan, jumlah pekerja asing di Malaysia akan mencecah 8.2 juta, atau 26 peratus penduduk di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
 
Beliau turut mempersoalkan, dalam sektor apakah pekerja-pekerja asing itu akan ditempatkan?.
 
“Perkara ini perlu diperjelas terlebih dahulu, dan saya gesa menteri bawa perkara ini ke Parlimen untuk dibahas dengan teliti.
 
“Sepatutnya kerajaan menggariskan dasar-dasar untuk membantu industri dan sektor yang memerlukan tenaga kerja dengan beri insentif menaik taraf peralatan dan pendidikan semula pekerja. Bukannya dengan penyelesaian jangkamasa pendek seperti membawa masuk lebih ramai pekerja asing,” katanya.