Jumaat, 26 Jun 2015

Khianat jika jadi MB Selangor semula, kata PKR kepada Khalid Ibrahim

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu bermuhasabah diri sebelum menawarkan diri sebagai jalan penyelesaian kepada permasalahan Pakatan Rakyat dengan menjadi menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Jun, 2015. 
Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu bermuhasabah diri sebelum menawarkan diri sebagai jalan penyelesaian kepada permasalahan Pakatan Rakyat dengan menjadi menteri besar Selangor. 

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengkhianati rakyat jika dilantik semula memegang jawatan berkenaan atas sokongan Umno, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin. Naib presiden PKR itu berkata, majoriti rakyat Selangor sudah menolak parti ketuanan Melayu itu dan kepimpinannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
"Jelas, Tan Sri Khalid hanya boleh menjadi menteri besar semula sekiranya beliau diberi sokongan penuh oleh Umno.

"Jika itu berlaku, ini merupakan suatu khianat yang amat besar terhadap rakyat Selangor kerana mereka menolak parti dan kepimpinan Umno di dalam PRU13," katanya dalam kenyataan, hari ini. Khalid dilaporkan bersedia menjadi menteri besar semula bagi menyelamatkan rakyat daripada krisis Pakatan Rakyat (PR) yang tidak menentu sekiranya mendapat kepercayaan dengan majoriti mudah.
Ahli Parlimen Bukit Katil itu berkata, Khalid sebaliknya perlu bermuhasabah diri sebelum menawarkan diri sebagai jalan penyelesaian kepada permasalahan PR.
Katanya, gaya kepimpinan Khalid sewaktu menjadi menteri besar sering tidak seiring dengan keputusan PR melibatkan rakyat dan dilihat hanya bergantung kepada penasihat beliau semata-mata.
Katanya, disebabkan itu beliau kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dan dipecat PKR.
"Amat hairan bagaimana Tan Sri Khalid boleh menyangka beliau dapat memegang semula jawatan MB kerana beliau dipecat daripada PKR dan sekarang hanya merupakan seorang Adun bebas.
"Saya ingin mengingatkan Tan Sri Khalid yang beliau dipilih sebagai Adun atas kerusi PKR dan oleh itu beliau tidak harus beranggapan rakyat Selangor memilih beliau atas namanya semata-mata," katanya.‎

Sekali Lagi Pandangan Muhyiddin Diperlekehkan

Sudah sah kini pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan pada 2016 ditangguhkan selama 18 bulan bagi memberi laluan agar pilihanraya umum ke 14 diadakan terlebih dahulu. 

Ini bermakna, pilihanraya umum dan pemilihan UMNO kemungkinannya akan diadakan pada tahun 2018 nanti.

Dengan keputusan ini bermakna Najib terus mengulangi kebiasaan yang dilakukan Tun Abdullah Badawi ketika menjadi Presiden UMNO yang sentiasa menangguhkan pemilihan UMNO sehingga pilihanraya diadakan kononnya untuk mengurangkan perpecahan sesama ahli parti.

Najib seolah-olah selesa dengan amalan tersebut dan tidak menunjukkan keberanian walaupun sedikit pun untuk keluar daripada kepompong tersebut.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Najib Razak mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO pada petang Jumaat.

Mengumumkan bahawa penangguhan itu dilakukan berdasarkan Fasal 10.16 perlembagaan, Najib juga berkata, ia bagi memberi peluang kepada UMNO untuk terus berkhidmat kepada rakyat serta bertujuan mengukuhkan parti.

Secara umumnya apabila UMNO kian lemah dengan pelbagai isu kebelakangan ini, ramai yang mengharapkan agar pemilihan UMNO 2016 tidak ditangguhkan kerana pemimpin-pemimpin baru yang berpotensi dijangka dapat ditampilkan daripada proses pemilihan itu bagi menggantikan pemimpin sedia ada.

Ramai yang percaya, melalui pemilihan parti yang mampu melahirkan pemimpin-pemimpin baru itu, UMNO akan tampil dengan lebih segar dan mantap menghadapi pilihanraya selepas itu.

Percakaran Dr M-Najib mendapat perhatian selebriti. Apakah maksudnya....

oleh Mariam Mokhtar
Percakaran terbuka antara Najib Razak dan Dr Mahathir Mohamad kini telah mendapat sentuhan glamour dan tarikan seksual, dengan “artis” kedua memberikan sokongan di belakang Mahathir.
Mencampur adukan hiburan dan politik boleh jadi serampang dua mata. Di Hollywood, bintang filem seperti keluarga diraja dan ahli politik Washington termasuk presiden Amerika cuba untuk bergabung dengan selebriti bagi menambah kemeriahan (dan menarik sumbangan) kepada persekitaran politik yang boleh jadi menyuramkan. Perkara ini tidak sama di Malaysia.
Malaysiakini  memetik kenyataan pelakon Rozita Che Wan, popular dipanggil Che Ta, yang berkata dia merupakan peminat Mahathir, yang dalam pandangannya telah “berkorban dan menyumbang banyak kepada Malaysia.”
Dia berkata, “Mahathir “membangunkan” Malaysia daripada bukan sesiapa, untuk menjadi terkenal di seluruh dunia, ini ialah pencapaian yang membanggakan.”
Rakyat Malaysia yang lebih tua belajar daripada sejarah, yang Semenanjung Tanah Melayu merupakan gudang emas Empayar Britain dan selepas Perang Dunia Kedua, eksport getah dan bijih timah ke Britain, dibayar untuk kerja-kerja pemulihan, di Britain. Semenanjung Tanah Melayu sangat mewah, dengan kayu balak, emas dan mineral. Ia tidak pernah tidak dikenali dan terpinggir.
Sebelum Britain, Semenanjung Tanah Melayu ialah negara perdagangan utama, dengan Melaka sebagai pelabuhan utama, terletak dalam laluan perdagangan antara China dan India.

Sampai masanya kerajaan punya keutamaan yang betul

oleh V Shuman
Anda tak perlu jadi Albert Einstein untuk mengetahui yang penetapan keutamaan bukanlah kehandalan Putrajaya.
Kerajaan yang kita sayang bersungguh-sungguh mengejar tikus yang melarikan sekeping keju yang diletakkan di atas meja makan, pada masa yang sama mengabaikan tikus besar yang sedang meratah rakus di bawah kaki meja yang sama.
Berulang kali kita menyaksikan Putrajaya memperjuangkan isu-isu yang sebenarnya tidakpun menyentuh kebajikan rakyat, malah sesuka hati mengenetepikan isu yang memerlukan penyelesaian segera.
Ianya berlaku sekali lagi.
Kali ini, dalam bentuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Ahmad Shabery Cheek yang berjanji bahawa kementeriannya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bersungguh-sungguh membantu polis dalam saga penahanan Xavier Andre Justo.
Justo, bekas pekerja PetroSaudi International, telah ditangkap pada Isnin lepas, atas dakwaan membocorkan maklumat berkaitan dengan 1MDB.
Dia juga didakwa memberikan maklumat yang dicuri kepada penggendali Sarawak Report yang berpengkalan di London, Clare Brown.
The Rakyat Post  memetik Shabery sebagai berkata yang kementerian dan SKMM akan membantu dalam “apa sahaja cara” yang mungkin bukan sahaja dalam siasatan ke atas Justo, tetapi juga kepada pihak yang menyebarkan berita itu di negara kita.
“Kita sentiasa melihat yang kerajaan dihukum oleh media dan media sosial, tetapi apabila ada usaha untuk sabotaj negara ini dan ekonominya, tindakan perlu diambil,” dia dipetik sebagai berkata.
Hebatnya! Menggunakan SKMM untuk melakukan kerja kotor Putrajaya, apabila sebenarnya mereka sudah terlambat untuk melakukan apa yang mereka sepatutnya lakukan?

Parti baharu: Mat Sabu bincang langkah seterusnya

Mohamad Sabu
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu akan memperhalusi secara terperinci sebarang peringatan, teguran dan kecaman terhadap beliau dan rakan-rakannya yang tewas pada pemilihan lepas.

Beliau tidak menolak akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pucuk pimpinan tertinggi Pas yang berterusan mengecam hasratnya untuk menubuhkan parti Islam baharu.

"Sebarang peringatan, teguran dan kecaman, saya dan rakan-rakan akan mengambil kira dan akan bincang secara halus dan terperinci sebelum langkah-langkah seterusnya diambil," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut menyambut baik peringatan mana-mana pihak supaya lebih berhati-hati jika mahu menubuhkan parti baharu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak, daripada Mursyidul Am hinggalah ke bawah yang memberikan peringatan kepada kami dalam banyak hal sama ada menubuhkan parti yang lain ataupun mengambil langkah-langkah yang lain ke arah untuk mempertahankan Islam dan  masyarakatnya dan rakyat Malaysia secara amnya," katanya lagi.

Parti baru: Mohd Sabu ucap terima kasih atas teguran


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan peringatan jikalau berhasrat untuk menubuhkan parti baru.
Berikut tulisan beliau menerusi facebook malam ini.
Saya dan kami mengalu-alukan sebarang teguran, peringatan dan amaran daripada Mursyidul Am PAS, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Pemuda dan seluruh ahli jawatankuasa PAS dalam hal memperingati saya dan rakan-rakan jikalau berhasrat untuk menubuhkan parti baru di Malaysia ini.
Sebarang peringatan, teguran dan kecaman, saya dan rakan-rakan akan mengambil kira dan akan bincang secara halus dan terperinci sebelum langkah-langkah seterusnya diambil.
Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak, daripada Mursyidul Am hinggalah ke bawah yang memberikan peringatan kepada kami dalam hal untuk sama ada menubuhkan parti yang lain ataupun mengambil langkah-langkah yang lain ke arah untuk mempertahankan Islam dan masyarakatnya dan rakyat Malaysia secara amnya.

Kedudukan Palanivel dalam kabinet akan ditentukan tidak lama lagi - Najib

Kedudukan Palanivel dalam kabinet akan ditentukan tidak lama lagi - NajibKUALA LUMPUR: Kedudukan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel sebagai menteri Kabinet akan diputuskan tidak lama lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap tentang krisis dalaman parti itu, Najib berkata MIC harus menyelesaikan isu itu dengan ahli dan pimpinan parti itu sendiri.‎

"‎‎Soal MIC kita tidak ada pilihan, keputusan yang disahkan mahkamah‎ akan saya terima.‎

"Kedudukan Datuk Seri G.Palanivel sebagai menteri juga akan ditentukan sedikit masa lagi‎. Sekarang saya mahu MIC tentukan kepimpinan mereka‎ sendiri," ujarnya.

Pada Khamis,‎ Palanivel berkata dia merupakan presiden parti itu walaupun terdapat ura-ura bahawa Pertubuhan Pendaftaran (RoS) sudah mengeluarkan surat yang menyatakan Palanivel telah kehilangan keahliannya.

"Saya ada mendengar ura-ura itu, tetapi saya tidak mendapat sebarang surat," katanya lagi.

1MDB: Najib vows action against S'wak Report

1MDB berjasa besar kepada umat Islam - Najib

Goyang: Umno tangguh pemilihan parti 2016

KENAPA pahlawan bugis takut nak teruskan Pemilihan UMNO 2016. Takut kalah ler tu..


MASIHKAH INGAT kata Najib pada 16/5/2015 yg menyindir Tun Mahathir 
baru2 ini katanya;

"Saya masih mendapat sokongan majoriti ahli parti, walaupun sudah meminda Perlembagaan Umno yang membolehkan Presiden dicabar tanpa undi minima itu, malah saya boleh menang tanpa bertanding.."

Memalukan sungguh la ada piem macam neh. 
Sembang je berapi2 tapi habuk pun tarak.

Pemimpin UMNO dikenali dgn satu identiti iaitu.. PEMBELIT ...!! MENIPU ITU SATU KEMESTIAN !!!

Tiba2 Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa hari ini buat "U-turn" apabila mengatakan pembelian hartanah di Australia tidak diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

G18 mungkin ganti PR

Hanipa Maidin 
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin tidak menolak kemungkinan rakyat masih menaruh harapan tinggi terhadap gabungan parti politik pembangkang baharu bagi menggantikan PR yang sudah berkubur.

Beliau berkata, walaupun PR sudah berkubur, namun rakyat masih memerlukan pakatan pembangkang itu dan parti yang bakal ditubuhkan oleh kumpulan progresif 18 (G18) bakal meneruskan agenda untuk menjatuhkan Umno-BN pada PRU14 nanti. 

“Saya rasa rakyat masih perlukan PR, bila PR tidak berfungsi atau tidak wujud, sudah tentulah rakyat menunggu satu pakatan baru sama ada PR atau apa saja.

“Rakyat yang tidak suka kepada BN, mereka sedar dan tahu bahawa satu-satu cara untuk menjatuhkan BN mestilah ada pakatan parti-parti politik. Mereka yang sebelum ini telah beri harapan kepada PR, bila PR berkecai, mereka mengharap pakatan baru,” katanya kepada Sinar Online, semalam. 

Sebelum ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengumumkan Pakatan 2.0 bakal muncul bagi menggantikan PR yang sudah tidak wujud lagi. 

Penubuhan Pakatan 2.0 itu dibayangkan Teresa Kok menerusi status di laman sosial Facebooknya pada 23 Jun lalu.

Nizar hairan Pemuda PAS Ipoh suruh DAP singkirnya sebagai ketua pembangkang

 Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata keputusan DAP meneruskan sokongan mereka terhadapnya sebagai ketua pembangkang negeri tidak ada kena-mengena dengan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Jun, 2015. 
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata keputusan DAP meneruskan sokongan mereka terhadapnya sebagai ketua pembangkang negeri tidak ada kena-mengena dengan parti. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hairan dengan "pendirian peribadi" Pemuda PAS Ipoh Timur yang menggesa DAP menyingkirkannya sebagai ketua pembangkang negeri. Menurut bekas menteri besar Perak itu, jawatan ketua pembangkang dipilih 28 orang Adun dan bukan ditentukan mana-mana parti, sama seperti pemilihan ketua pembangkang di Parlimen.
"Itu hak Adun yang setuju saya jadi ketua pembangkang. Mereka hendak saya pimpin mereka dalam dewan itu.

"Ia bukan keputusan parti. Ia tiada kena-mengena parti apa-apa pun. Kalau mereka beri kepercayaan kepada saya, saya akan pimpinlah," kata Nizar kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Saleh yang menggesa DAP "menilai semula kedudukan Nizar".
Salman memberi kata dua kepada DAP selaku parti pembangkang dengan Adun paling ramai supaya melantik ketua pembangkang dari DAP sendiri, atau benarkan PAS memilih ketua pembangkang baharu.
DAP mempunyai 18 Adun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, sementara PAS dan PKR masing-masing mempunyai 5 orang.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sebelum ini berkata 18 Adun DAP bersetuju mengekalkan Nizar mengisi jawatan itu.

Parti Islam harus ada kesediaan berkongsi kuasa - Pengarah UMCEDEL

Parti Islam harus ada kesediaan berkongsi kuasa - Pengarah UMCEDELKUALA LUMPUR: Parti politik Islam harus ada kesediaan untuk berkongsi kuasa termasuk sikap toleransi dengan kumpulan lain yang berlainan pandangan, kata Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Prof Datuk Dr Redzuan Othman.

Memetik kata-kata seorang pemikir dan ahli politik Islam Tunisia, Rashid al-Ghannushi, katanya jika sesebuah parti itu merasakan ia boleh bersendirian, tidak perlulah ia menubuhkan parti politik.

"Dalam politik mesti ada kesediaan untuk berkongsi kuasa. Bermakna, dalam politik mesti ada toleransi dengan kumpulan-kumpulan yang berlainan aliran, berlainan pandangan serta berlainan pendekatan, itu politik.

"Kalau politik dia hendakkan eksklusif, itu bukan politik namanya," kata Dr Redzuan ketika ditanya sama ada PAS mampu ke Putrajaya tanpa kerjasama daripada Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan seminar bertajuk 'Pilihan Raya dan Demokrasi Negara Turki Sekular: Peranan AKP dan Kepimpinan Erdogan Dalam Memartabatkan Islam Melalui Proses Politik' di Universiti Malaya pada Jumaat.

Sementara itu, Dr Redzuan juga berkata tidak mungkin konsep kepimpinan Erdogan dapat diamalkan di Malaysia seperti yang mahu dicontohi kumpulan tertentu.

Ya, mereka akan mulakan siasatan! Tapi adakah sesiapa akan didakwa?

Mark Kadir: Ia akan jadi cerita sama lagi!

Selepas satu atau dua bulan tiada apa yang berlaku mengenai isu pembelian tanah Tabung Haji. Mereka memberi pelbagai alasan.

Bolehkah kita jangkakan sesuatu yang berbeza untuk timbul dari penyiasatan ke atas perjanjian hartanah Melbourne?

Tolonglah!

Sengkok Tan: Semua pelaburan mempunyai risiko rugi. Dan kesilapan dalam membuat keputusan boleh berlaku dari masa ke semasa.

Tetapi ini adalah satu kes menaikkan harga untuk "menguntungkan pegawai Malaysia", menurut satu testimoni. Ini jelas sekali kes rasuah dan mereka yang bertanggungjawab mesti didakwa untuk menyelamatkan imej Malaysia dan untuk mendapatkan semula kerugian kewangan.

Adalah tidak adil untuk memaksa mana-mana menteri bertanggungjawab secara peribadi bagi tiap-tiap perbuatan kakitangannya, tidak kiralah keadaan kes itu.

Shauming Lo: Tidak adakah badan kerajaan yang 'bersih'?

Timothy Lam Ghooi Hoong: Tak ada usaha menyembunyikan?

Mari kita lihat jika ada apa-apa yang timbul hasil dari "siasatan" mereka.

Saya berani bertaruh bahawa mereka akan berkata tiada apa-apa yang tak kena mengenai perjanjian itu!

Tak percaya? Buktikan saya salah.


Ambok Chening Meri: Tak ada usaha menyembunyikan? Mimpilah.

RoS sahkan gantung Subramaniam daripada MIC, kata setiausaha agung parti

Surat yang dihantar Pendaftar Pertubuhan (RoS) dimanipulasi oleh Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagi menyingkirkan Datuk Seri G. Palanivel. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Jun, 2015. 
Surat yang dihantar Pendaftar Pertubuhan (RoS) dimanipulasi oleh Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagi menyingkirkan Datuk Seri G. Palanivel. 

Nasib tidak menyebelahi Datuk Seri Dr S. Subramaniam berhubung kepimpinan MIC selepas didedahkan hari ini yang Pendaftar Pertubuhan (RoS) secara rasmi akan mengambil perhatian penggantungannya daripada parti yang diputuskan kira-kira 10 hari lalu, kata seorang pemimpin yang memihak kepada Datuk Seri G. Palanivel hari ini. Setiausaha Agung MIC Datuk S. Sothinathan berkata RoS memberitahunya ia akan mengambil perhatian dua surat yang dihantar oleh kumpulan Palanivel mengenai pergeseran di antara kedua-dua pihak dan memberitahu kumpulan Dr Subramaniam.
"Kami menghantar surat bertarikh 17 Jun mengumumkan penggantungan Subramaniam dan 14 yang lain daripada MIC.

"Hari ini, kami menghantar surat lain menjelaskan resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat semalam dan hakikat surat yang dihantar RoS semalam diputar belit oleh Subramaniam untuk membuang Palanivel sebagai ahli MIC," kata Sothinathan kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai RoS di Putrajaya hari ini. Semalam, Dr Subramaniam mendakwa RoS mengesahkan Palanivel bukan lagi ahli parti kaum India terbesar dalam Barisan Nasional dan beliau dilantik sebagai pemangku presiden untuk menggantikannya.
"RoS dalam surat yang dialamatkan kepada CWC 2009 hari ini mengiktiraf Datuk Seri G. Palanivel bukan lagi ahli MIC seperti Artikel 91 Perlembagaan MIC," kata Subramaniam dalam satu kenyataan semalam.
"RoS juga mengiktiraf, ekoran ini Datuk Seri Dr S. Subramaniam akan berfungsi dalam kapasiti pemangku presiden untuk memimpin CWC 2009 bagi menjalankan pilihan raya semula MIC seperti keputusan RoS itu."

Wall Street Journal: BERSIH 2.0 & C4 buat laporan SPRM

bersih 3SHAH ALAM, 26 JUN: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bersama Center to Combat Corruption and Cronyism (C4) akan megemukakan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan laporan The Wall Street Journal (WSJ).
Pegawai Media dan Komunikasi BERSIH 2.0, Izmil Amri Ismail, berkata laporan itu dibuat berikutan dakwaan berlakunya penyalahgunaan dana awam untuk tujuan kempen pilihan raya.
“Laporan akan dibuat pada 29 Jun ini iaitu jam 2 petang, bertempat di Ibu Pejabat SPRM Blok D6, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya,” katanya dalam kenyataan medianya hari ini.
WSJ sebelum ini melaporkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara tidak langsung membiayai kempen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Menurut laporan bertarikh 19 Jun itu, 1MDB membantu secara tidak langsung kempen Najib melalui pembelian aset daripada Genting Group pada 2012 dengan harga lima kali lebih mahal berbanding nilai sebenarnya.
Genting didakwa menderma sebahagian pendapatan yang dikatakan hasil jualan itu kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia di bawah kawalan Najib dan kemudiannya mengumumkan beberapa projek amal ketika berkempen.

Nizar tetap ketua pembangkang di Perak

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammed Nizar Jamaluddin kekal sebagai ketua pembangkang walaupun ada pihak dalam PAS negeri itu mencadangkan beliau digantikan.

Menurut Nizar, keputusan itu diambil Adun pembangkang Perak dan mereka bersetuju beliau terus memegang jawatan berkenaan.

"Itu mungkin hanya pandangan peribadi beliau," katanya.

Nizar diminta mengulas kenyataan dibuat Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Saleh yang tidak bersetuju apabila DAP mengekalkan Nizar sebagai ketua pembangkang di DUN Perak.

Kenyataan itu dibuat kesan daripada usul diterima muktamar PAS lalu yang memutuskan hubungan parti berkenaan dengan DAP.

PAS masih ada kekuatan walaupun diserang - Tuan Ibrahim


KUALA LUMPUR: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menafikan PAS akan kehilangan sokongan dari pengundi Cina pada pilihan raya akan datang berikutan siutasi semasa selepas Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang lalu.
Namun katanya, PAS masih mempunyai sokongan dari pengundi Melayu yang merupakan pengundi teras kepada parti itu.
"Kita tengok ada sedikit reaksi dalam segi sokongan pengundi Cina bila kerjasama dalam Pakatan Rakyat longgar.
"Dalam masa yang sama kita masih mempunyai pengundi teras (Melayu), namun sokongan dari bukan Melayu juga kita perlukan," kata Timbalan Presiden PAS itu kepada Harakahdaily.
Beliau turut berpendapat, kemelut yang berlaku itu akan memberi peluang kepada PAS dalam melengkapkan pengundi Melayu.
"Kita bertanding di kawasan Melayu, undi Melayu mempunyai kekuatan. Jika undi teras ini dapat kita kuasai tidak mustahil kemenangan milik PAS.

Kes Justo: Antara versi menteri, polis Thai

Beberapa menteri terus membangkitkan isu maklumat milik PetroSaudi International (PSI) yang didakwa diubah suai dalam usaha membebaskan 1MDB daripada sebarang salah laku.

Pada masa sama, polis Thai pula menyatakan penangkapan bekas pekerja PSI, Xavier Andre Justo hanya berkaitan cubaannya memeras ugut bekas majikannya menggunakan maklumat dibocorkan, bukan berkaitan siasatan 1MDB.

Sumber daripada bahagian pencegahan jenayah polis Thai berkata, Interpol dan pihak berkuasa Malaysia tidak terbabit dalam siasatan ke atas Justo.

Kata sumber yang enggan dikenali itu, polis Thai menyiasat lelaki Switzerland itu dari aspek peras ugut kerana perbuatan itu disyaki dilakukan dalam bidang kuasa negara berkenaan.

Malam kelmarin Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, ketika siasatan Justo mengaitkan beberapa individu Malaysia yang memintanya memanipulasi maklumat bocor berkenaan yang diserahkan kepada laman web Sarawak Report.

Kaha Ahmad Zahid, Putrajaya sedang bersedia untuk mengekstradisi beberapa individu jika mendapat permohonan daripada pihak berkuasa Thai.

'Najib tak lulus beli apartmen di Melbourne' kata Annuar Musa

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak bertanggungjawab meluluskan pembelian hartanah kontroversi di Melbourne, Australia.

Menurut laporan Bernama menyebut, Annuar berkata Najib “tidak meluluskan pembelian itu pada 10 Mei”.

Tarikh 10 Mei itu merujuk kepada tarikh surat Najib yang merakamkan bantahannya ke atas pembelian tersebut.

"Sebenarnya, Najib tidak meluluskankan, dan ini ditulis dalam satu surat bertarikh 10 Mei.

"Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa perdana menteri tidak memberikan kelulusan untuk pembelian itu," kata Annuar seperti dipetik dalam satu laporan bahasa Inggeris Bernama.

Seterusnya, keputusan itu dirayu oleh MARA dan kementerian pembangunan luar bandar dan wilayah, katanya lagi.

"Kemudian MARA dan kementerian membawa rayuan kepada Majlis Ekonomi untuk dibincangkan kerana ia melibatkan pinjaman luar negara dan (Majlis Ekonomi) luluskan hanya 30 peratus dana MARA digunakan untuk pembelian itu.

“Bakinya dipinjam daripada bank luar negara," kata Annuar lagi seperti dipetik dalam laporan bahasa Melayu Bernama.

Annuar bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen berhubung pembelian itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Ia bagi menjelaskan dakwaannya bahawa kenyataannya Rabu lalu diputar belit sehingga menunjukkan Najib bertanggungjawab meluluskan pembelian itu.

Beliau menyalahkan Malaysiakini dan The Malaysian Insider kerana melaporkan sedemikian.

Najib turut mengeluarkan kenyataan yang mendakwa media tertentu memutar belit kenyataan Musa.

Berikut adalah rakaman sidang media Rabu lalu ketika Annuar ditanya sama ada Najib meluluskan pembelian tersebut.

Skandal MARA: Perkasa berang dihalang masuk Ibu Pejabat SPRM


'Ketua Wira Perkasa Malaysia' Irwan Fahmi Idris bercakap kepada wartawan di luar Ibu Pejabat SPRM selepas membuat laporan polis tentang isu hartanah Melbourne di Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Jun, 2015. 
'Ketua Wira Perkasa Malaysia' Irwan Fahmi Idris bercakap kepada wartawan di luar Ibu Pejabat SPRM selepas membuat laporan polis tentang isu hartanah Melbourne di Putrajaya hari ini. 

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berang kerana dihalang memasuki bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini. Perkasa mendakwa mereka dihalang pengawal keselamatan tanpa diberitahu sebarang alasan mengapa tidak dibenarkan untuk memasuki bangunan  itu.
Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata, kehadiran mereka di SPRM adalah bertujuan membuat laporan bagi mendesak siasatan dijalankan berhubung pendedahan akhbar antarabangsa mengenai skandal pembelian hartanah di Australia bernilai jutaan ringgit oleh pegawai atasan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
"Tidak tahu apa alasan mereka tidak bagi kita masuk, jadi respons kita sepatutnya pejabat kerajaan ini adalah satu tempat yang bebas, jadi saya tidak merasakan kita datang untuk bermusuh. "Saya agak kesal dengan sikap beberapa orang tidak bertanggungjawab bila kita hendak masuk merasakan satu ancaman untuk mereka. Ini satu perkara tidak baik," katanya kepada The Malaysian Insider di hadapan Ibu Pejabat SPRM hari ini.
Bagaimanapun beliau berkata, selepas rundingan dibuat hampir 30 minit maka, kira-kira 10 wakil Perkasa dibenarkan memasuki bangunan tersebut dan menyerahkan laporan kepada wakil SPRM.

Tidak pernah berlaku SPRM halang polis jalankan tugas - Musa Hassan

KUALA LUMPUR: Kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghalang tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM)  tidak pernah terjadi sebelum ini.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meluahkan rasa hairannya terhadap laporan SPRM menahan seorang pegawai IPD yang sedang menyiasat satu dakwaan serahan wang rasuah yang sepatutnya dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah, Sepang pada Selasa.

Dalam twit balasnya kepada Astro AWANI, Musa berkata menghalang polis menjalankan tugas juga merupakan satu kesalahan jenayah.

Kata Musa, sepatutnya apabila sesuatu kesalahan jenayah disyaki dilakukan oleh mana-mana pegawai polis, Ketua Polis perlu beri kerjasama kepada agensi yang menyiasat.

Musa turut bersetuju dengan salah satu pendapat pengguna media sosial bahawa PDRM tidak perlu takut sekiranya tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam kes tersebut.

Tak mahu kongsi kuasa jangan masuk politik, kata bekas pengarah Umcedel

 Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menyampaikan pembentangan beliau tentang Pilihan Raya Umum Turki dan Demokrasi dalam Sekularisme di Turki, di Universiti Malaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 26 Jun, 2015. 
Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menyampaikan pembentangan beliau tentang Pilihan Raya Umum Turki dan Demokrasi dalam Sekularisme di Turki, di Universiti Malaya hari ini. 

Pakar sejarah Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman mengingatkan perkongsian kuasa menjadi elemen terpenting dalam memastikan kejayaan sesebuah pakatan politik di Malaysia. Redzuan berkata perkongsian kuasa merupakan elemen penting yang ditekankan Rashid al-Ghannushi yang merupakan pengasas parti pembaharuan Tunisia, Hizb al-Nahdah.
“Beliau menyebut, dalam politik mesti ada kesediaan berkongsi kuasa. Kalau terlibat dalam politik, fikirkan seorang sahaja yang mahu berkuasa, jangan masuk politik, masuk tarekat atau silat. Bukan politik.

“Dalam politik mesti ada toleransi serta kumpulan yang berlainan aliran, pandangan dan pendekatan. Itu politik. Jika eksklusif, itu bukan politik maka baliklah ke mana-mana,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah bertajuk Peranan AKP dan Kepimpinan Erdogan dalam Memartabatkan Islam melalui Proses Politik di Universiti Malaya hari ini. Redzuan yang juga bekas dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial berkata, pendekatan yang diguna pakai Ghannushi itu bukan sahaja sesuai dipraktikkan di Tunisia malah kepada kumpulan dan parti Islam.
Katanya, parti Islam harus ada kesediaan untuk berkongsi kuasa kerana pendekatan hitam atau putih yang digunakan sebelum ini sudah tidak bersesuaian.

‘Ini bukan wang haram, tapi harum’ - Pak Samad


IMG-20150625-WA0017KOTA BHARU, 26 JUN: Isu tawaran dibuat DAP untuk membantu pembinaan masjid di Pasir Tumboh, Gua Musang baru-baru ini tidak dilaporkan dengan tepat oleh kebanyakan media, kata Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
Menurut beliau yang mesra disapa sebagai Pak Samad, apa yang berlaku ialah DAP menghulurkan tangan untuk membantu penduduk yang pernah menjadi mangsa banjir besar di kawasan berkenaan.
Bantuan itu pula, katanya, ditawarkan selepas DAP menerima aduan daripada penduduk kampung sendiri.
Kekeliruan itu, katanya, meributkan sesetengah pihak sehingga mereka mempertikaikan sumber wang berkenaan, sama ada ia halal atau haram.
IMG-20150625-WA0014“Ini bukan wang haram tetapi wang ini adalah wang harum.
“Ia hasil sumbangan hati dermawan untuk Kelantan,” katanya di majlis perasmian pameran amal Bruce Lee di KB Mall semalam.
Pameran itu diadakan sempena ulang tahun kelahiran aktor filem aksi itu yang ke-75.
Wang yang dikumpulkan daripada penjualan lukisan Bruce Lee akan disalurkan kepada Gabungan Impian Kelantan untuk meringankan beban ditanggung mangsa banjir di negeri itu.

Skandal MARA: Kalau ragu, kenapa tubuh syarikat?


MARA-Melbourne


KOTA BHARU, 25 JUN: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan tindakan MARA bersetuju menubuhkan syarikat luar pesisir bagi membeli hartanah di luar negara, sedangkan transaksinya meragukan.
“Kesemua hartanah yang dibeli Mara Inc terlibat dengan syarikat yang sangat meragukan.
“Jika soalan ini mereka tak dapat jawab, lebih baik mereka letak jawatan bersama-sama,” kata Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.
Akhbar Australia The Age melaporkan Mara Inc membeli empat aset hartanah termasuk Dudley House berharga AD$ 22,5 juta (RM65 juta), sebuah blok bangunan di Swanston Street dengan harga sama selain dua lagi dengan harga AD$42 juta.
Pembelian aset terbabit didakwa melibatkan rasuah di kalangan pegawai MARA dan pemaju tempatan di samping ahli-ahli politik Malaysia.
Justeru kata Kit Siang, kenyataan Pengerusi MARA Annuar Musa yang memberi seminggu untuk Mara Inc menyediakan penjelasan terperinci berkaitan pembelian aset di Australia terlalu lambat dan tidak pro aktif.
“Annuar bukan sahaja mahu akaun pembelian bangunan Dudley Street di Melbourne, bahkan semua laporan mengenai beberapa transaksi Mara Inc di Australia.

Pimpinan Pakatan Rakyat adakan pertemuan Ahad ini

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie mendedahkan, semua pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Ahad ini.
“Pertemuan akan diadakan awal, namun hanya membabitkan kalangan Ahli Jawatankuasa PKR (Parti Keadilan Rakyat) Selangor.
pakatan-rakyat-940x470-1“Pada 7.28 malam, kita akan berbuka puasa bersama. Ini termasuklah 10 pimpinan bagi setiap parti, ketua kampung dan pengerusi masjid dari semua parti,” katanya ketika ditemui pemberita di luar bangunan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), hari ini.
Mengenai kemungkinan pertemuan itu akan dijadikan platform untuk PR membincangkan isu mereka, Shuhaimi berkata, ia bukan agenda pertemuan itu.
“Saya tidak rasa kita ada masa yang cukup. Semua pasti lapar dan mereka mahu makan dan selepas itu kami akan tunaikan solat tarawih.
“Ia hanya majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Selangor, Kamu (wartawan) juga dijemput untuk berbuka bersama kami,” katanya.
Pada Muktamar Tahunan PAS ke-61, awal bulan ini, parti Islam itu telah membentangkan usul memutuskan kerjasama dengan DAP, namun usul itu masih belum diluluskan Majlis Syura Ulama.
Ia berikutan pendirian DAP yang mahu memutuskan kerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana tidak bersetuju dengan keputusan PAS membentangkan usul hudud pada April lalu.
Selepas membawa usul berkenaan pada Muktamar Tahunan PAS, DAP mengumumkan PR sudah tidak wujud, kerana PAS mahu memutuskan kerjasama dengan parti itu.
“Tiada sesiapa pun dalam ketiga-tiga parti ini yang boleh umumkan Pakatan Rakyat telah mati. Mungkin ketika DAP menyatakan Pakatan telah mati, ia hanya terma perbincangan rasmi.

Tunjuk emel asal kalau jantan, Tony Pua cabar 1MDB, PetroSaudi

DAP mencabar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International mendedahkan versi asal dokumen yang didakwa diubahsuai, susulan penangkapan bekas pengarah syarikat itu atas tuduhan peras ugut. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata ini langkah terbaik bagi dua syarikat itu membidas pelbagai tuduhan dan pendedahan yang diterbitkan organisasi media dan Sarawak Report.
Menurut ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, 1MDB sejak Januari tahun ini "tidak melakukan sebarang usaha" mengemukakan bukti dan dokumen bagi menidakkan laporan Sarawak Report.

Menurutnya, 1MDB tidak pun menafikan butiran pendedahan seperti tindakan pengurusan tertinggi 1MDB menandatangani perjanjian pelaburan bernilai USD$1 bilion usahasama dengan PetroSaudi dalam masa lima hari bertemu PetroSaudi. Syarikat bermasalah itu tidak menafikan US$700 juta dan US$550 juta dipindahkan kepada Good Star Limited, satu syarikat yang dikuasai taikun Low Taek Jho, kata Pua.
Menurutnya lagi, sehingga kini 1MDB tidak mampu memberikan maklumat tentang pelaburan dibuat dengan US$2.318 bilion di Kepulauan Cayman yang kini ditebus dan sebahagiannya dibelanjakan dengan bakinya disimpan dalam bentuk "unit" yang misteri di BSI Bank Singapura.
Malah, penerbit Sarawak Report, Clare Rewcastle mengundang pihak berkenaan menyamannya di mahkamah jika beliau salah nyata emel-emel atau dokumen di lamannya.
"Tiada usaha dari PetroSaudi, 1MDB atau Jho Low berbuat demikian. Semua yang kita dapat adalah penafian umum yang lemah, sekadar mengenepikan tuduhan serius sebagai maklumat diubahsuai.
"Ayuh 1MDB. Jadi jantan atau mengakulah. Berhenti bersembunyi di balik kain kerajaan menggunakan kerahsiaan dan pada masa sama menyalah gunakan kuasa," kata Pua dalam kenyataan.

Sarawak Report cabar NST buktikan pengubahsuaian dokumen PetroSaudi

Menurut Sarawak Report, dokumen yang dikatakan NSTP diubahsuai dalam laporannya adalah persembahan slaid 'JV Structure Steps Plan', yang setakat ini cuma menunjukkan ia pernah dibuka Xavier Andre Justo pada 17 Januari 2013, dan mencabar akhbar tersebut membuktikan sebarang pengubahsuaian. – Gambar Polis Diraja Thai, 26 Jun, 2015. 
Menurut Sarawak Report, dokumen yang dikatakan NSTP diubahsuai dalam laporannya adalah persembahan slaid 'JV Structure Steps Plan', yang setakat ini cuma menunjukkan ia pernah dibuka Xavier Andre Justo pada 17 Januari 2013, dan mencabar akhbar tersebut membuktikan sebarang pengubahsuaian. 

Laman pendedah maklumat Sarawak Report mencabar akhbar New Straits Times Press (NSTP) membuktikan pengubahsuaian dokumen PetroSaudi International yang dilaporkannya dalam berita penangkapan bekas pengarah syarikat itu, Xavier Andre Justo. Menurut Sarawak Report, dokumen yang dimaksudkan NSTP dalam laporannya adalah persembahan slaid "JV Structure Steps Plan", yang setakat ini cuma menunjukkan ia pernah dibuka Justo yang menggunakan nama pengguna "xavierj" pada 17 Januari 2013.
"Bagaimanapun, tiada bukti apa pun bagi menyokong dakwaan yang Justo mengubahsuai atau menukar dokumen asal – beliau sekadar membuka dan menyalin dokumen itu," kata Sarawak Report.

"Bagaimana kami boleh tunjukkan tiada pengubahsuaian (oleh Justo)? "Kami boleh lakukannya kerana seperti PetroSaudi sendiri, kami menyimpan semua versi dokumen ini dari salinan bahan di pelayan mereka," kata Sarawak Report.
Berdasarkan semakan mereka, satu-satunya pengubahsuaian yang dilakukan dibuat firm guaman White & Case, pembikin asal dokumen itu yang menggunakan nama "WC users" pada 22 September 2009.
"Perubahan yang dilakukan sekadar menambah nama satu syarikat Jersey yang diperbadankan beberapa jam selepas mereka menerbitkan power point itu pada 21 September 2009.

Zaid Ibrahim: 'Politik sekarang sangat menarik'

Zaid Ibrahim: Politik sekarang sangat menarik 
Zaid (tiga kanan) bersama semua pemimpin yang hadir membuka buku koleksi gambar Bruce Lee sebagai gimik perasmian di KBMall semalam. 
 
KOTA BHARU - Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membuat 'kemunculan semula' dalam dunia politik tanah air.
 
Menurutnya, sebarang keputusan masih belum dibuat walaupun mengakui menerima banyak tawaran daripada pelbagai pihak.
 
"Itu (tawaran) sedang fikirlah sekarang ni. Tengok keadaan macam mana nanti. Keadaan politik Malaysia pun makin rancak sekarang," katanya kepada media semalam.
 
Beliau hadir di Pameran Amal Lukisan ulang tahun ke 75 Bruce Lee anjuran Gabungan Impian Kelantan dan beberapa badan swasta di sini.  
 
Selain Zaid, kepimpinan tertinggi DAP seperti Lim Kit Siang, Anthony Loke, Teresa Kok, A Samad Said, Naib Pengerusi PKR negeri, Abu Samah, dan beberapa pimpinan Pas kawasan Kota Bharu juga turut hadir bagi memeriahkan lagi pembukaan pameran jualan yang diadakan selama tiga hari itu.
 

Haron Din kata G-18 untungkan musuh

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengingatkan tindakan pemimpin progesif meninggalkan parti itu hanya akan menguntungkan "musuh" serta melemahkan gerakan Islam.

Menurut laporan The Star hari ini, Haron menasihati kumpulan digelar G-18 itu supaya tidak meninggalkan PAS atau mereka akhirnya akan dilupakan.

"Sekumpulan kambing akan menjadi lebih selamat apabila mereka bersama, tetapi kambing yang memilih untuk bersendirian berdepan risiko diterkam serigala," katanya.

Haron yang tidak pernah memenangi sebarang kerusi dalam mana-mana pilihan raya berkata, dengan berpisah daripada kumpulan utama, mereka bukan saja menyebabkan perpecahan parti, malah gerakan Islam.

"Tindakan mereka hanya akan menguntungkan musuh," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan "musuh" yang dirujuknya itu.

G-18 dilaporkan sedang mempertimbangkan beberapa pilihan politik selepas mereka disingkirkan secara berkumpulan oleh perwakilan PAS yang bermuktamar di Kuala Selangor pada 4 hingga 6 Jun lalu.

Justo: Kemenangan sementara buat Najib

Minggu lalu, kebanyakan orang Malaysia tidak mengenali Xavier Andre Justo, rakyat Switzerland berusia 49 tahun yang kini dalam tahanan polis Thailand.

Secara tiba-tiba, Justo menjadi popular apabila ditangkap Isnin lalu, berhubung tuduhan memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International.

Serentak dengan penahanan Justo, akhbar kawalan kerajaan Malaysia menerbitkan berita yang memburuk-burukkannya, walau warga Switzerland itu belum lagi dituduh di mahkamah.

Akhbar New Straits Times semalam contohnya, merumuskan dengan yakin bahawa Justo seorang kaki joli.

“Apa yang menyebabkan beliau melakukan jenayah? Nampaknya, jawapannya adalah untuk membiaya kehidupan mewahnya.

“(Imej) Justo di media sosial memberi gambaran kehidupan hedonistik dan kemewahan – rumah agam di syurga, kolam mandi, gelanggang tenis dan menggayakan tattoo sambil duduk di atas motosikal Harley Davidson,” laporan itu dipetik.

Sudut laporan ini samalah dengan pendedahan di Internet sebelum ini mengenai gaya hidup mewah jutawan Jho Low, yang dikaitkan dengan 1MDB.

Begitu juga dengan gaya hidup penasihat komunikasi Najib, Paul Stadlen yang digambarkan sering berparti dan minum arak di blog Sarawak Report.

Adakah Justo, bekas pengarah jabatan teknologi maklumat PetroSaudi International, diburuk-burukkan sebegitu rupa untuk membalas dendam?

Akhbar peniagaan The Edge dan laman berita Sarawak Report juga kini menjadi sasaran kerajaan kerana menerbitkan laporan berdasarkan maklumat daripada Justo.

Menurut Zahid Hamidi, maklumat diperolehi Sarawak Report yang kemudiannya dilaporkan oleh The Edge itu merupakan maklumat yang tidak benar memandangkan fakta sebenar telah "diuli".

Beliau merujuk kepada emel dan dokumen yang berpunca daripada Justo. Menurut laporan akhbar New Straits Times, Justo meminda e-mel dan dokumen yang dibocorkan ke blog Sarawak Report.

Bagaimanapun, media prokerajaan yang dikelola Stadlen kini masih belum dapat menunjukkan fakta yang benar dan fakta yang salah itu.

Anwar failkan qazaf terhadap Shafee

image
Dr Wan Azizah (tengah) mewakili suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan laporan tuntutan qazaf terhadap Tan Sri Dr Shafee di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM, 26 Jun:

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan qazaf ke atas peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan terhadap Anwar dalam kes Liwat II.
Qazaf bermaksud menuduh secara salah lelaki atau wanita Islam melakukan zina atau kegiatan homoseksual tanpa empat saksi.
Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat laporan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini mewakili suaminya kerana tidak dibenarkan meninggalkan penjara.
“Laporan ini dibuat berdasarkan tuduhan Shafee terhadap Anwar kerana melakukan liwat, tanpa membawa empat saksi sebagaimana yang dituntut undang-undang.
“Demi keadilan dan untuk menegakkan undang-undang syariah di Selangor, kami menggesa tindakan Shafee itu disiasat di bawah Seksyen 36 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Turut hadir anak Anwar, Nurul Izzah, Nurul Iman dan peguam keluarga itu, Fadhlina Sidek.
Menurut Fadhlina, pada asalnya adalah Anwar sendiri akan membuat laporan berkenaan. Bagaimanapun, beliau tidak dibenarkan meninggalkan penjara.
“Jabatan Penjara mencadangkan agar pegawai Jais untuk ke penjara bertemu dengan Anwar namun tiada yang datang dan katanya kami perlu ke Jais dan membuat laporan mewakili Anwar,” katanya.
Dalam satu sesi dialog yang dianjurkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pada 17 Februari, Shafee menerangkan secara terperinci aksi seks antara Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pemimpin pembangkang dan peguamnya mengkritik Shafee dan mendakwa ia menyalahi undang-undang kerana mendedahkan bukti. 

Malaysia Muflis dan Bangkrap Seperti Greece Jikalau Cukai GST 6% Tidak Dilaksanakan?


Malaysia Muflis dan Bangkrap Seperti Greece Jikalau Cukai GST 6% Tidak Dilaksanakan?
Anda semua di sini sebagai rakyat marhaen yang membanting tulang setiap hari ada 2 pilihan, samada anda perlu berusaha keras membayar cukai tambahan iiatu cukai GST kepada kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib atau anda bakal melihatkan kerajaan Malaysia terpaksa menambah hutang negara melalui pinjaman bagi survival pentadbiran kerajaan Malaysia hari ini sekaligus berisiko besar untuk Malaysia mulis dan bangkrap seperti negara Greece.
Ini antara bait-bait perkataan yang pernah keluar daripada mulut seorang Perdana Menteri Malaysia dalam satu seminar Pengukuhan Ekonomi Negara sebelum ini.
Tetapi yang berlaku sekarang?
  1. Kenakan cukai GST
  2. Cukai pendapatan masih lagi tinggi
  3. Hutang negara semakin melonjak
Malaysia muflis
Cuma yang Berita Semasa persoalkan, mengapa dan kenapa kerajaan Malaysia sudah tahu Malaysia bakal berhadapan dengan muflis dan bangkrap :
  1. Masih lagi berikan BR1M yang mencecah bilion setiap tahun?
  2. Berhutang sehingga RM42 bilion untuk 1MDB?
  3. Tukar jet baru?
  4. Saiz kabinet Malaysia semakin besar
  5. Belanja kos sehingga RM7,000 juta semata bagi mendapatkan khidmat nasihat penasihat. Bukankah negara sepatutnya menjadi lebih baik? Apa sudah jadi sekarang? Apa rakyat Malaysia tiada idea yang bijak dan bernas sehingga terpaksa panggil orang luar?
  6. Anda mahu tambah lagi?

Punca dan Sebab Greece Bangkrap VS Malaysia Muflis?

Bila bohong, kita akan terperangkap, kata Mahathir

Wan Azizah failkan tuntutan qazaf terhadap Shafee

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mewakili suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan tuntutan qazaf terhadap Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana tuduhan liwat.
Ini berikutan kenyataan Shafee dalam satu program dialog terbuka di Kelana Jaya pada 17 Februari lalu yang secara terbuka memfitnah Anwar meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tanpa menampilkan mana-mana empat saksi.
Laporan dibuat Dr Wan Azizah di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Shah Alam, hari ini.

PAS menuju suram di saat rakyat menunggu ‘bulan baru’

oleh Lokman Mustafa
Bulan Ramadan tahun ini, seperti mana di tahun-tahun lalu, memang ditunggu-tunggu.
Sejak Rabu minggu lepas, masjid-masjid di seluruh negara penuh sesak menjelang waktu solat Isya’ kerana ramai yang berhasrat menunaikan solat Tarawih selepasnya.
Di Shah Alam, saya saksikan para jemaah melimpah sehingga ke luar masjid serta surau.
Baik yang tua, muda, berkereta mewah, berskuter, samada berjubah, berkurta, berbaju melayu dan berkemeja, semuanya ada.
Ramadan ternyata bulan gemilang buat umat Islam.
Tetapi tidak seperti tahun yang sudah-sudah, bulan mengambang yang menjadi lambang Pas kelihatan sedikit suram.
Pihak progresif dan ulama yang menjadi ahlinya kini kian renggang.
Hari ini, timbul pula berita Kumpulan 18 yang terdiri daripada golongan progresif yang disingkirkan sedang menyusun kembali halatuju perjuangan mereka.
Sebuah parti baru bakal bermula?
Begitulah tajuk yang terpampang di portal-portal berita.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad memberi gambaran sekiranya pembentukan parti baru itu berlaku, ia didorong soal perjuangan.
“Jika Pas pada hari ini bersifat keras, tak mampu berkawan dan bekerjasama dengan pihak lain seperti diharuskan syariat Islam maka parti baru perlu dibentuk,” katanya.

Perpecahan Pakatan tidak beri manfaat kepada BN, kata penganalisis

Pakatan Rakyat (PR) yang terkubur berikutan kekalutan dan hubungan tegang di antara parti dalam gabungan itu tidak memberikan Barisan Nasional (BN) kedudukan lebih baik di kalangan pengundi, kata para penganalisis.
Pada masa sama, mereka mengatakan pihak pembangkang kini mempunyai tugas sukar untuk memenangi kembali kepercayaan pengundi yang hilang selepas pergaduhan mereka dalam beberapa bulan ini.
Malah, PR ataupun satu gabungan baharu mampu pulih daripada masalah asalkan mereka dapatkan parti yang berkredibiliti untuk menggantikan PAS, kata Profesor James Chin, pengarah Asia Institute dari University of Tasmania.

"Kebanyakan orang tidak membuat keputusan tentang undi mereka sehingga saat terakhir. Jadi PR ataupun badan baharunya punyai masa untuk pulih. "Perkara paling penting adalah untuk mencari parti yang berkredibiliti untuk menggantikan PAS," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sementara itu, penganalisis politik Dr Wong Chin Huat berkata, G-18, kumpulan progresif PAS yang diketepikan semasa pemilihan parti baru-baru ini, akan menjadi faktor penentu sekiranya pembangkang berjaya dalam pilihan raya umum akan datang.
"Keseluruhannya, bagaimana besarnya manfaat (menghidupkan semula dasar kesederhanaan dan sokongan bukan Islam) serta kekalahan (penolakan pengundi Islam) bergantung kepada bagaimana G-18 muncul sebagai kuasa baru.
"Sekiranya G-18 berlaku baik, impak negatif kepada pembangkang secara keseluruhannya adalah kecil," kata zamalah kanan Institut Pulau Pinang itu.
Seperti Chin, Wong juga mengatakan yang perpecahan PR serta cakap-cakap tentang gabungan baharu tanpa PAS, pembangkang mungkin kehilangan undi daripada penyokong parti Islam tersebut.
"Tetapi mereka boleh menghalang kekalahan dari kalangan rakyat sederhana yang hilang kepercayaan serta pengundi bukan Islam," tambahnya.

Pemimpin Umno seru GLC henti beli ruangan iklan The Edge

Paparan blog Umno Bahagian Cheras dengan kenyataan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyeru syarikat berkaitan kerajaan berhenti mengiklan di dalam akhbar The Edge. – 26 Jun, 2015. 
Paparan blog Umno Bahagian Cheras dengan kenyataan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyeru syarikat berkaitan kerajaan berhenti mengiklan di dalam akhbar The Edge.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mencadangkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar berhenti membeli ruangan iklan dalam penerbitan The Edge. Beliau yang baru dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS) berkata, The Edge "memutarbelitkan fakta pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia dan laporannya bukan dari sumber yang sah".
"Bagi saya tahap kesabaran ada hadnya tetapi kalau ianya sampai peringkat boleh mencemar nama baik negara maka tindakan tegas perlu diambil kepada akhbar ini (The Edge).

"Saya menyeru syarikat-syarikat GLC terutamanya agar jangan membeli ruangan iklan dalam akhbar berkenaan ternyata tidak bertanggungjawab dalam penyiaran beritanya.“Tindakan akhbar berkenaan menyiarkan laporan tidak tepat berkenaan pembelian hartanah di Australia boleh menjejaskan nama baik dan ekonomi negara.
"Sedikit sebanyak boleh menjejaskan kepercayaan dan keyakinan pelabur terhadap negara ini," katanya menerusi blog beliau hari ini.
"Sebagai pengamal media mereka jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata sebaliknya kena mengkaji impak penyiaran berita berkenaan kepada kepentingan ekonomi dan masa depan negara," katanya.

Bruce Lee laris di Kota Bharu


IMG-20150625-WA0016KOTA BHARU, 26 JUN: Setelah menjelajah ke tiga negeri demi kemanusiaan Pameran Amal Lukisan Bruce Lee kini singgah di negeri Cik Siti Wan Kembang pula mulai semalam.
Majlis pelancaran pameran itu disempurnakan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang juga merupakan penasihat Impian Malaysia kira-kira jam 5 petang di KB Mall.
IMG-20150625-WA0017Suasana majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran ramai pimpinan politik termasuklah Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, Sasterawan Negara A Samad Said dan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli serta Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke.
Turut hadir bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Speaker DUN Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim.
Pameran yang memaparkan sejumlah hasil seni berimejkan Bruce Lee itu bukan sekadar pameran kosong, malah aktiviti jualan turut diadakan untuk pengunjung demi mengutip dana untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Kelantan.
bruce leeMenurut Penyelaras Impian Kelantan Young Syefura Othman, pameran selama tiga hari itu menyasarkan kutipan RM20,000.
“Namun, nampaknya baru saja dilancarkan hari ini, kutipan telah mencecah RM23,000. Ini adalah satu perkara yang menggembirakan, terima kasih rakyat Kelantan,”ujar Syefura ketika dihubungi.
Sebelum ini pameran sama turut diadakan di di Pulau Pinang, Ipoh dan di Selangor. Di Selangor sahaja, kutipan mencecah RM150,000 untuk tempoh seminggu pameran diadakan di The Mines, Serdang.

IT'S A FRAUD: S'wak Report shows proof of Najib-linked CONSPIRACY against Dr M

Sarawak Report has closely researched the extremely serious and libellous allegations, which claim documents relating to our coverage the PetroSaudi 1MDB joint venture were “tampered” and “distorted” in order to “creatively alter” the truth.
We can now prove that these allegations are demonstrably untrue, by examining the evidence on which they were based.
IT'S A FRAUD: S'wak Report shows proof of Najib-linked CONSPIRACY against Dr MSo, our message to those who have accused us is check your facts before you sound off your accusations and start to worry about libel suits, if you have defamed us or an innocent man who is now in jail.
We can confirm that there is zero evidence brought forward so far to substantiate the claims of “distortion” made over the past 48 hours by the New Straits Times and taken up by certain media, bloggers and UMNO politicians.
Indeed, the little evidence that has been provided by these parties can be shown to confirm the exact opposite, which is that there has been no tampering of documents.
Even so, people who could also have made the very same checks have falsely alleged that Sarawak Report and the Edge newspaper lied and deliberately misled readers with “distorted” information about 1MDB’s missing billions.

What proof have such eager accusers been able to find?
Most notoriously the Home Minister Zahid Hamidi has claimed to the press that this allegation proved that our reports were “intentionally spinning” and that facts had been “twisted”. As a result he threatened to “charge the perpetrators.”:
“We believe that (the perpetrators) must be fully responsible for any action (that will be taken) resulting from the false reporting or intentional spinning (of facts),” he said.
Yet we can show in precise detail how these comments can be proved to be entirely untrue.

Examine the evidence!

Behind the allegations is PetroSaudi, which is an involved party with a strong interest in discrediting our information
Behind the allegations is PetroSaudi, which is an involved party with a strong interest in discrediting our information
Our proof has been obtained by examining the evidence on which the company PetroSaudi, which is behind the allegations, based its claims.
PetroSaudi is itself under investigation for its role as a partner in the joint venture with 1MDB, from which billions are now scandalously missing.
This biased party was clearly a driving force at the centre of a highly orchestrated attempt this week to discredit some of the evidence that has been used to expose wrong doings by the joint venture in our reports.
Thus is was that on Tuesday staff from the UMNO owned newspaper New Straits Times were transported to Bangkok, in order to photograph the staged arrest of an alleged PetroSaudi whistleblower, whom they claimed was the source of millions of emails that have provided Sarawak Report information about siphoning of billions of ringgit from 1MDB.
Showcase arrest - but what does the evidence add up to?
Showcase arrest – but what does the evidence add up to?
This was a former Director of the company, whom PSI falsely labelled as an “IT expert”.
Indeed, it was PSI who had lodged the series of denunciations to the Thai police, which formed the basis of the charges that led to his arrest and detention. PetroSaudi have accused their former colleague of taking their data and “distorting” it, supposedly in order to “extort” and “blackmail” the company – a crime PSI has claimed took place in Thailand.
So, it was hardly in the capacity of a neutral party that PetroSaudi offered the NST an interview with their ‘expert’ interviewee for the story.
This turned out to be an unnamed employee of the UK based “cyber intelligence” firm, Protection Group International, who had allegedly examined the documents uploaded onto the web by Sarawak Report.
Ready for hire - but did PGI really make the claims quoted?
Ready for hire – but did PGI really make the claims quoted?
It was a series of astonishing “quotes” from this anonymous spokesman from PGI, which provided the bedrock for all the subsequent allegations in the Malaysian media, designed to discredit the evidence in Sarawak Report.
The PGI “expert” reportedly told NSI: