Khamis, 25 Jun 2015

‘Bayar lebih budaya kita’, Dr M sindir pembelian hartanah Australia Mara

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di majlis berbuka puasa oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau menyindir sikap orang Melayu yang tidak kisah membayar lebih termasuk sebagaimana dalam skandal pembelian pangsapuri oleh Mara di Melbourne, Australia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim Malaysia, 25 Jun, 2015. 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di majlis berbuka puasa oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau menyindir sikap orang Melayu yang tidak kisah membayar lebih termasuk sebagaimana dalam skandal pembelian pangsapuri oleh Mara di Melbourne, Australia.

Sudah menjadi budaya rakyat Malaysia sering membayar lebih setiap kali membeli barang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas tentang Majlis Amanah Rakyat Malaysia (Mara) yang membayar lebihan A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi membeli pangsapuri di Melbourne, Australia. Bekas perdana menteri itu dalam nada sinis berkata, rakyat Malaysia sememangnya bermurah hati dan tidak kisah membayar harga yang jauh lebih tinggi.
"Itu kita punya budaya. Bila kita beli apa-apa pun kita lebih bermurah hati, kita bayar lebih banyak.

"Bila pergi kedai beli barang saya bagi RM10, 'keep the change', katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur, hari ini. The Age dari Australia mendedahkan Mara Inc, iaitu anak syarikat Mara menawarkan harga lebih tinggi bagi memiliki bangunan Dudley International House, iaitu daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.2), di mana lebihannya dibayar sebagai rasuah di Malaysia.
Akhbar tersebut juga melaporkan seorang pegawai "atasan" Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik dikatakan menggunakan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit membeli sebuah blok pangsapuri di Melbourne.
Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa pada sidang media menjelaskan keputusan pembelian tersebut dibuat pada Mac 2013 dan mengakui pembelian blok pangsapuri itu terlalu tinggi berbanding harga asal yang ditawarkan.

Mahathir Mula Mengalah, Mahu Najib Dihukum Dalam Pilihanraya?

Apakah bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah mula tawar hati untuk terus menyerang Najib Razak berkaitan 1MDB?

Atau adakah beliau kini semakin merasakan 1MDB bukanlah senjata yang cukup tajam untuk menyingkirkan Najib daripada kerusi Perdana Menteri yang sedang didudukinya?

Ini adalah antara beberapa persoalan yang mula menjadi percakapan ramai sejak kebelakangan ini apabila Tun Mahathir didapati mula mengendur dan tidak seagresif dulu lagi mengkritik Perdana Menteri.

Sementara ada yang mengaitkannya dengan suasana bulan Ramadan yang mungkin menyebabkan beliau menjadi lebih perlahan berbanding sebelumnya, yang lain pula melihat perubahan yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir itu barangkali juga disebabkan oleh keengganan serta ketakutan pimpinan UMNO sendiri untuk bersama dengannya.

Selain mengamalkan gaya kepimpinan berdasarkan kepercayaan "cash is king", Najib juga terlihat berjaya memujuk wujudnya sebarang pemberontakan terhadapnya dengan menggunakan pendekatan "tunggu audit" oleh Ketua Audit Negara dan hasil siasatan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC.

Dalam hal ini Najib nampaknya benar-benar telah belajar daripada pengalaman Tun Abdullah yang berjaya disingkirkan sebelum ini di mana selain menyerang balas kritikan Tun Mahathir, beliau juga menyediakan benteng untuk mengukuhkan lagi kedudukannya.

Kenapa tak saman saja The Edge dan Sarawak Report, soal Dr Mahathir

Putrajaya sewajarnya menyaman akhbar The Edge dan blog Sarawak Report daripada mengambil tindakan keras kerana mendedahkan laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata, siri pendedahan The Edge dan Sarawak Report secara praktikalnya mencabar Putrajaya untuk menyaman mereka kerana jelas menentang kerajaan.
"Sarawak Report mendedahkan pelbagai perkara di mana kerajaan boleh saman The Edge juga lapor pelbagai perkara dan secara praktikalnya mencabar kerajaan untuk saman mereka kenapa mereka tidak disaman?," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini

Zahid diminta tidak ganggu The Edge

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi diminta tidak mengganggu The Edge dan juga berhenti mengancam untuk menarik permit akhbar itu kerana membuat liputan berkaitan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad.

Presiden Bersama NGO CENBET Lim Chee Wee dan Gan Ping Sieu berkata akhbar itu harus dibenarkan untuk melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab, tanpa sebarang ancaman atau ugutan.

"Kami melihatnya dengan serius kenyataan menteri berkenaan kemungkinan pembatalan lesen penerbitan harian The Edge.

"Kenyataan boleh ditafsirkan sebagai satu percubaan terselindung untuk menyekat kebebasan akhbar dan dilaporkan adalah satu ugutan media," kata Lim dan Gan dalam satu kenyataan hari ini.

Jangan jadikan media kambing hitam kepada skandal kerajaan

oleh Alyaa Alhadjri
Gangguan untuk menakut-nakutkan media tidak akan terhenti sekiranya pengamal media sendiri tidak bersedia bangkit mempertahankan diri daripada pihak berkuasa yang gemar menggunakan mereka sebagai ‘sasaran’ dalam permainan kegemaran mereka- menyalahkan si pembawa khabar.

Seperti yang ditegaskan oleh presiden bersama Centre for a Better Tomorrow (Cenbet) Lim Chee Wee dan Gan Ping Sieu (kanan), ancaman yang dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi tentang kemungkinan penarikan lesen penerbitan surat khabar perniagaan The Edge perlu diberikan perhatian yang mendalam.
“Kenyataan itu boleh dianggap sebagai cubaan jahat untuk mengekang kebebasan media dan cubaan menakut-nakutkan media.
“Kenyataan itu juga bertentangan dengan semangat kebebasan yang diberikan selepas pindaan Akta Percetakan dan Penerbitan (PPPA) 1984 tiga tahun lepas, yang telah membuang beberapa peruntukan yang menekan,” kata mereka berdua dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Ini bukanlah kali pertama Zahid mengeluarkan ancaman kepada media dan kenyataan terbarunya dikeluarkan berikutan penahanan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd Xavier, Andrea Justo, seorang rakyat Swiss, oleh polis Thailand kerana di dakwa membocorkan rahsia syarikat kepada laman web bebas Sarawak Report.
Laman berita dalam talian Malaysiakini memetik Zahid sebagai berkata yang Putrajaya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dengan matlamat mengambil tindakan ke atas The Edge Media Group dan Sarawak Report.
Dia berkata ini kerana maklumat terbaru yang dilaporkan oleh Sarawak Report dan kemudiannya diterbitkan semula oleh The Edge sebagai tidak benar dan faktanya “diputarbelit”- berdasarkan hasil siasatan awal yang mendakwa Justo telah mengubah maklumat dalam dokumen yang dibocorkan itu.
“Dengan penahanan yang dilakukan di Thailand, kami akan menyediakan apa sahaja sokongan yang diminta oleh pihak berkuasa Thai, termasuk menyediakan saksi dari Malaysia.

Emel antara PetroSaudi, 1MDB 'mencurigakan'- Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sememangya ada sesuatu yang mencurigakan dengan emel-emel antara PetroSaudi dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Sesiapa pun boleh memintas emel-emel yang dihantar. Jika dilihat kepada emel yang dihantar, sememangnya ada yang mencurigakan,” kata Dr Mahathir ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini pada Khamis.

Apabila ditanya samada ahli politik veteran itu akan meminta maaf  kepada Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jika dokumen-dokument tersebut adalah palsu, Dr Mahathir berkata dia akan menilai situasi itu kelak.

“Saya perlu melihat kesemuanya dahulu,” tegasnya.

Ada konspirasi sebalik penahanan bekas pengarah PetroSaudi, dakwa Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa wujud konspirasi yang dirancang pihak tertentu di sebalik penahanan bekas pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo.
Dr Mahathir berkata, penahanan Justo oleh pihak berkuasa Thailand itu agak mencurigakan kerana dia melakukan kesalahan jenayah di Arab Saudi.
"Kita tengoklah apa dia cakap tetapi dia punya keadaan itu mencurigakan sedikit, macam ada perancangan.

"Ini orang pandai-pandai belaka, macam-macam perancangan ada sekarang ini," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Mahathir pertahan Tony Pua, semua anggota PAC berat sebelah

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata audit tidak boleh membongkar segala kesalahan dalam urus niaga 1Malaysia Development Berhad kerana hanya bergantung kepada akaun yang boleh dimanipulasi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Jun, 2015. 
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata audit tidak boleh membongkar segala kesalahan dalam urus niaga 1Malaysia Development Berhad kerana hanya bergantung kepada akaun yang boleh dimanipulasi. 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak meletakkan kepercayaan tinggi kepada fungsi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) dan Jabatan Audit Negara boleh membongkar dan menyelesaikan kemelut syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dr Mahathir berkata, audit tidak boleh membongkar segala kesalahan kerana hanya bergantung kepada akaun yang boleh dimanipulasi.
Katanya, PAC pula bersifat berat sebelah kerana salah seorang ahlinya, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua cenderung kepada pembangkang manakala yang lain memihak kepada Umno.

"Tony Pua dia berat sebelah. Tapi yang lain-lain pun berat sebelah kepada Umno. Jadi kita kira semua berat sebelah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) di Kuala Lumpur, hari ini. Sehubungan itu, katanya lebih baik tidak perlu diadakan pendengaran PAC dan audit, dan Umno serta perdana menteri Datuk Seri Najib Razak boleh terus bertahan sehingga pilihan raya.
"Jadi tak perlu adalah, dan kita (Umno) boleh tahan sampai pilihan raya," katanya.

GERAMM: Siasat skandal bukan salahkan media

geramm1622757_639867469405812_2095588228_nSHAH ALAM, 25 JUN: Kerajaan Persekutan sepatutnya tidak mensasarkan agensi media selaku pelapor berita dengan tekanan ekoran pendedahan kes salah laku.
Kumpulan pendesak perubahan media Malaysia, Gerakan Media Marah (GERAAM) dalam kenyataan media mahu kerajaan menyiasat dakwaan serius itu dilaporkan media.
Menurutnya, kerajaan perlu berhenti membazirkan wang rakyat dalam usaha mengancam, menakutkan dan menutup mulut media yang hanya melaporkan berita hasil kebocoran dan penyebaran luas maklumat mengenainya.
“Kerajaan sepatutnya melihat kepada tanggungjawab dan kebertanggungjawaban yang lebih utama terhadap rakyat; menyiasat dakwaan, memperbaiki keadaan dan menghukum mereka yang bersalah,” katanya hari ini.
Jelas GERAAM, Perdana Me1nteri Najib Razak menyalahkan media yang melaporkan dakwaan korupsi melibatkan pembelian sebuah bangunan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Melbourne, Australia.

Nur Jazlan minta Shafee@Peguam Umno tak campur urusan PAC

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamad meminta supaya peguam Umno Tan Sri Shafee Abdullah supaya tidak masuk campur dengan urusan jawatankuasa itu.

Nur Jazlan berkata Shafee juga tiada hak untuk meminta MP Petaling Jaya Utara Tony Pua supaya meletakkan jawatannya dalam PAC kerana menjadi terlalu kritikal terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Beliau (Shafee) tidak mempunyai hak untuk meminta ahli PAC yang merupakan ahli badan perundangan, cabang ketiga daripada kerajaan serta dipilih oleh rakyat.

"Secara peribadi saya fikir dia (Pua) telah membantu untuk mengetengahkan isu 1MDB yang mana majoriti rakyat Malaysia percaya bahawa PAC akan menolak isu ini dan memihak kepada kerajaan.

"Kami bekerja dengan baik sebagai satu pasukan," kata Nur Jazlan kepada Malaysiakini.

Menurut Nur Jazlan lagi, Pua tidak pernah menggunakan sebarang maklumat daripada perbicaraan PAC mengenai 1MDB dalam mana-mana kenyataannya dan kebanyakkannya daripada jawapan Parlimen dan sumber lain.

Overpaying is our culture, says Dr M of Mara fiasco

Dr M: Why not sue Edge and S'wak Report?

Dr M smells a rat in Justo's arrest

"Operasi Carambola"


TETAPI bila duit2 MARA kene songlap di bawah jagaan UMNO, KENAPA mereka membisu..


1MDB: 'Molek juga kalau PAC dapat keterangan daripada Justo,' kata Nur Jazlan

Warga Switzerland, Xavier Andre Justo  yang ditahan polis Thailand dijangka dihantar pulang sebaik saja siasatan polis selesai. – Gambar Polis Diraja Thailand, 25 Jun, 2015. 
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhasrat untuk mendapatkan keterangan dari eksekutif teknologi maklumat (IT) dari PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Justo yang telah ditahan selepas didakwa telah membocorkan maklumat berkaitan dengan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development  Berhad (1MDB).

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata isu 1MDB adalah lebih besar daripada kontroversi politik  dan akan meneruskan siasatan untuk mendapatkan kesimpulan berdasarkan fakta untuk tatapan rakyat berkaitan isu syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Molek juga kalau PAC mendapatkan keterangan dari Justo malangnya perkara itu jauh kemungkinannya," ujar Nur Jazlan melalui pesanan teks kepada Astro AWANI.

Menurut Nur Jazlan, PAC akan meneruskan siastan dengan mengumpul maklumat, mengambil keterangan saksi dan menganalisa fakta yang diperolehi.

 Nur Jazlan yang kini berada di luar negara untuk lawatan kerja berkata demikian ketika mengulas penangkapan Justo yang didakwa telah membocorkan maklumat berkaitan dengan 1MDB sehingga isu itu dikecohkan di Malaysia.
"Kalau ada yang tak betul, kenapa bayar beliau (Justo)?

Menurutnya, maklumat daripada Justo itu boleh menjadi sebahagian yang penting untuk siasatan tetapi bukan untuk keseluruhan isu 1MDB.

Skandal MARA: Contohi polis Australia bertindak cepat, Hanipa beritahu PDRM

Pemimpin PAS (dari kiri) Khalid Samad, Dr Dzulkefly Ahmad dan Hanipa Maidin di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur selepas membuat laporan berhubung tuduhan salah laku pembelian sebuah pangsapuri oleh Mara di Australia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefly, 25 Jun, 2015. 
Pemimpin PAS (dari kiri) Khalid Samad, Dr Dzulkefly Ahmad dan Hanipa Maidin di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur selepas membuat laporan berhubung tuduhan salah laku pembelian sebuah pangsapuri oleh Mara di Australia. 

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin menggesa polis Malaysia segera bertindak menyiasat dakwaan sogokan dalam kontroversi pembelian hartanah di Australia yang melibatkan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Hanipa, yang juga seorang peguam, berkata ini kerana rakan sejawat mereka di Australia sudah melakukan beberapa serbuan sejak liputan kes itu mula tersiar.
"Hari ini dilaporkan polis di sana sudah membuat serbuan.

"Diharap polis di sini perlu bertindak cepat. Jangan setakat kita serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja. "Kita harap polis akan menyiasat kes ini secara keseluruhan," katanya selepas mengiringi bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad membuat laporan polis berkenaan kontroversi itu, pagi ini.
Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan pihak berkuasa Australia melancarkan beberapa serbuan di Melbourne susulan laporan kontroversi itu oleh akhbar The Age.
Polis Persekutuan Australia turut merampas beberapa komputer dan fail di sebuah rumah di Vermont South pagi ini, dan banyak lagi serbuan dijangka dibuat dalam operasi yang diberi nama Operasi Carambala itu.
Sementara itu, Dzulkefly dalam laporannya menggesa polis menyiasat pembelian hartanah di Australia yang dilakukan Mara.

Khairy mahu panggil ahli Umno bakar bendera DAP

Ku Nan: Umno pun tak tahu siapa bakar bendera DAP

Ku Nan tuduh Malaysiakini portal Yahudi

Ku Nan mendakwa portal pro pembangkang itu cuba memutar-belitkan cerita dan sengaja mahu mencetuskan provokasi
ku nana,MK
PETALING JAYA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berang dengan laporan Malaysiakini dan menuduh portal itu sebagai Yahudi dan Nasrani.
Menerusi twitternya, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mendakwa, portal tersebut cuba memutar-belitkan berita yang disiarkan.
“Ingat-ingatlah laman-laman web yg putar belit. Salah kita kunjungi mereka. Ini kerja Yahudi Nasrani dan pengitipan CIA terhadap kita,” katanya.
Kenyataan itu dikatakan merujuk kepada laporan portal berkenaan mengenai gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di perkarangan ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara yang tidak kelihatan.
Tengku Adnan atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Nan mendakwa portal itu sengaja mahu mencetuskan provokasi.
Katanya, secara realiti kesemua wajah Presiden UMNO disimbahi cahaya lampu.

Muktamar Chai: Pemimpin kena tolak mungkin teguran ahli - Ahmad Yakob

Ahmad Yakob KOTA BHARU - Penolakan beberapa kepimpinan utama Pas melalui Muktamar ke-61 parti Islam itu baru-baru ini bukanlah isyarat untuk mereka keluar dan menubuhkan parti lain.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, sebaliknya, keputusan yang dibuat melalui muktamar tersebut adalah mewakili perwakilan yang melihat sendiri kepimpinan ke arah dasar yang diperjuangkan Pas selama ini.

“Bagi saya, ia merupakan rutin biasa dalam mana-mana jemaah dan pertubuhan di mana perwakilan yang membuat keputusan. Mungkin itu satu teguran kepada pemimpin kita, mungkin ada yang dilihat tidak menepati dengan kehendak dasar,” katanya kepada media selepas merasmikan Kolokium Dasar Berkebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan parti baru akan ditubuhkan susulan selepas beberapa kepimpinan tertinggi utama yang membantu mencorakkan perjuangan pas sebelum ini ditolak ketika muktamar parti itu, bulan lepas.

Penyokong Tuan Ibrahim ‘dipancung’ dalam kabinet baharu PAS Pahang

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, timbalan presiden baharu PAS, dikatakan turut menjadi sasaran golongan konservatif dalam parti Islam itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Jun, 2015. 
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, timbalan presiden baharu PAS, dikatakan turut menjadi sasaran golongan konservatif dalam parti Islam itu. 

Kumpulan konservatif dalam PAS bukan sahaja menyingkirkan golongan profesional tetapi juga menolak pihak yang tidak bersama dalam kumpulan mereka. Di Pahang, dua orang kanan bekas pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pemimpin yang dianggap sederhana dalam parti Islam itu, turut disingkirkan.
Dalam pembentukan kabinet PAS Pahang di bawah pesuruhjaya baharu Rosli Jabar, Yusof Embong, bekas timbalan pesuruhjaya 1 yang disebut-sebut sebagai bakal pengganti Tuan Ibrahim, hanya dilantik sebagai ahli perhubungan PAS Pahang.

Nasib bekas ketua penerangan, Suhaimi Saad, lebih teruk lagi apabila tidak dilantik memegang apa-apa jawatan dalam PAS Pahang walaupun sudah lama berada dalam kepimpinan negeri. Serangan terhadap Yusof bermula sejak sebelum muktamar PAS ke-61 lagi, apabila laman Facebook pro-konservatif Tuc Tok Usin Ceroi menyerangnya.
Turut diserang adalah pembantu Tuan Ibrahim, Ahmad Nazaruddin Mohamed yang didakwa bersekongkol dengan Yusof.
Sekarang ini fokus serangan laman Facebook Tok Usin adalah DAP manakala semua posting lamanya dibuang.

Parti baru tidak semudah atur demonstrasi


Oleh Muhaimin Sulam
Awalnya tulisan ini hanya untuk beberapa rakan saya yang pernah berkongsi meja mesyuarat Tingkat 5 Pejabat Agung. Namun, saya kira perlu dikongsi dalam ruang maya yang ada. (saya hanya ada empat grup whatsapp politik)
Soal untuk menubuhkan parti baru tentu ada baik buruknya. Menubuhkan parti bukanlah kerja mudah. Saya tidak nampak keperluan untuk dihebohkan pada masa sekarang. Tanah kubur masih merah lagi. Ia mungkin perlu tapi perancangan hendaklah jauh teratur dari seperti kaedah untuk menganjurkan demonstrasi.

Terma 'wadah baru' mungkin lebih realistik dan wibawa. Maaf, penubuhan parti baru hanya sekadar bersifat reactionary dari post muktamar.
Adalah satu keperluan untuk memastikan team yang dianggotai AJK Pas yang tersingkir sebagai peneraju berada dalam satu persefahaman. Jika tidak, 'yang kalah' ini pasti berbalah dengan 'yang kalah'. Jauh untuk menongkah kezaliman pemerintah.
Kedua, selalu kita menyebut bahawa orang yang berada dikeliling pemimpinlah yang banyak merosak pemimpin itu sendiri. Hal ini, harus kita amati dalam lingkaran diri kita. Jangan menang sorak, kampung tergadai. Saya bersimpati pada sahabat sahabat kita yang masih diberi kepercayaan oleh parti di peringkat Pusat dan Negeri. Biarlah mereka memutuskan yang terbaik. Apakah  9 dari 10 butir peluru harus kita lepaskan pada mereka juga?
Saya menyedari hal asas ini agak diabaikan. Jika tidak, biarlah saya menjadi penyair. Dan tatkala itu, tiada siapapun mengisahkan kita semua.
Sekian.
Wasalam

Nasrudin: Pemimpin G18, rujuk sejarah juang PAS

PAS menasihatkan pemimpin progresif PAS (G18) yang mahu menubuhkan parti Islam baru supaya merujuk sejarah panjang perjuangan Islam yang dibawa PAS selama ini.

Menurut MP Temerloh itu lagi, jika mereka berbuat demikian, maka pemimpin kumpulan itu akan menemui kesempurnaan perjuangan Islam yang dibawa parti itu.

"Bagi mereka yang merasakan perlunya satu lagi parti Islam, ada baiknya mereka dengan ikhlas merujuk sejarah perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS yang panjang.

"Ini kerana mana-mana individu yang melihat kembali sejarah dan merujuk sumber-sumber Islam dengan jujur dan ikhlas akan segera mendapati kesyumulan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

"Kita beristiqamahlah sehingga kemenangan," katanya melalui kiriman Whatapps kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas kenyataan kumpulan progresif yang menyatakan keperluan mempunyai sebuah parti Islam baru kerana PAS didakwa bersikap tidak terbuka malah Majlis Syura dikatakan mengongkong kepimpinan.

Semalam MP Khalid Samad membayangkan penubuhan parti Islam yang baru yang inklusif kepada semua kaum tanpa mengira kepercayaan dengan syarat mereka bersetuju dengan perjuangan terasnya antara lain memerangi rasuah dan menegakkan keadilan.

Bekas anggota jawatankuasa PAS pusat itu juga berkata hasrat itu akan menjadi menjadi kenyataan sekiranya PAS tidak memenuhi pendekatan inklusif yang dibina pada masa ini.

Mengulas kenyataan beberapa bekas rakan sejawat mendakwa Majlis Syura PAS mengongkong kepimpinan PAS, Nasrudin berkata semua dasar, keputusan atau polisi Majlis Syura Ulama berpaksikan al-Quran, Sunnah, Ijmak dan qias yang muktabar.

'Tak timbul'

"Sekiranya kita benar-benar beramal dengan akhlak sebagai ahli gerakan Islam, tidak akan timbul isu bahawa keputusan Majlis Syura sebagai satu kongkongan.

"Sebaliknya ia merupakan satu panduan untuk ahli PAS kekal di atas aqidah perjuangan seperti yang telah ditegaskan oleh datuk tuan guru presiden PAS," katanya.

Sementara itu, Harakahdaily hari ini melaporkan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim mengakui pemilihan parti pada muktamar baru-baru ini memberi "kesan yang sangat besar" berbanding pemilihan sebelum ini.

Hadi Ketinggalan - Suhaizan



PETALING JAYA: Pemimpin progresif PAS yang tewas pada pemilihan awal bulan ini yakin parti politik baharu yang bakal ditubuhkan untuk menggantikan PAS dalam pembentukan Pakatan 2.0 tidak akan 'tenggelam'.

Setiausaha G18, Suhaizan Kayat menyifatkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agak ketinggalan apabila memberi peringatan bahawa ahli dan pemimpin parti Islam baharu itu akan 'tenggelam' apabila ia ditubuhkan.

"Zaman sekarang sudah berubah. Lanskap politik sudah bertukar. Apa yang bakal ditubuhkan G18 ini berbeza dengan sejarah lama.

"G18 bukan dibentuk atas inisiatif satu dua pemimpin serpihan PAS. Ia sebaliknya adalah gerakan rakyat, hasil sokongan rakyat," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini Hadi memberi amaran bahawa pemimpin dan ahli PAS yang menyertai parti dan pertubuhan lain akan 'tenggelam' bersama parti baharu itu.

Kenyataan Hadi disokong Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengatakan bahawa sejarah membuktikan penubuhan parti serpihan PAS tidak mampu bertahan lama.

Mohd Amar menamakan Parti Melayu Semangat 46 dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) sebagai contoh.

Peringatan presiden PAS perlu disusuli tindakan tegas, kata penganalisis politik

Peringatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar, kanan) mengenai betapa perlunya anggota dan pemimpin PAS istiqamah dengan perjuangan sebenar parti, perlu disusuli dengan tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar etika, demikian menurut seorang penganalisis politik.
Pensyarah kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib berkata setiap individu dalam PAS termasuk para pemimpin, tidak wajar sewenang-wenang bergerak bebas dengan pertubuhan yang tidak lagi mesra dengan parti itu.
"Sekiranya tindakan tegas termasuk pemecatan tidak dilakukan, ia memberi gambaran presiden serta kepimpinan PAS sedia ada hanya berani bercakap tetapi tidak berani mengambil tindakan atas kepincangan yang berlaku.

Apakah PAS tidak mempunyai lembaga disiplin parti yang boleh mengambil tindakan tegas dalam hal ini? "Terdapat beberapa pemimpin PAS yang sering mengeluarkan kenyataan seolah-olah mereka bukan lagi ahli PAS terutama apabila secara terang-terangan menyebut tentang penubuhan parti Islam baharu bagi mengantikan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) . Adakah kenyataan mengenai penubuhan parti baharu sebagai pesaing kepada PAS tidak dianggap menderhakai perjuangan PAS?" katanya.
Pada 23 Jun, Hadi melalui satu surat terbuka kepada seluruh anggota PAS, yang dipapar di laman sosial Facebook miliknya, mengingatkan setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jemaah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat berakidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, selain wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah PAS.
Berpendapat  PAS tidak sepatutnya kelihatan berani hanya ketika berdepan dengan parti lawan, Shukri berkata PAS sebaliknya perlu bertanggungjawab mendidik dan mendisiplinkan anggota serta pemimpin parti mereka terlebih dahulu.

ROS sahkan Palanivel bukan lagi ahli MIC

Datuk Seri G Palanivel bukan lagi ahli MIC manakala Datuk Seri Dr S Subramaniam kini menjadi pemangku presiden parti itu, demikian menurut Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ini dinyatakan dalam sepucuk surat ROS kepada jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC yang dipilih pada 2009, yang diiktiraf oleh ROS sebagai penyandang jawatan yang sah parti itu.

Surat itu juga menyatakan bahawa Subramaniam mempunyai mandat untuk memimpin CWC dalam mengadakan pemilihan semula kepimpinan MIC.

Tangan Najib pembawa malang

Oleh Aspan Alias
Semua sentuhan Najib membawa masalah kepada negara terutamanya dalam hal melibatkan kewangan dan khazanah negara yang merugikan. Tidak payah kita sebut sejarah lama. Jika kita mulakan dengan hal kapal selam hinggalah kepada isu FGV dan kini isu pembelian harta di Cauldfield di Melbourne semuanya adalah transaksi di bawah dagu Najib.

Pendek apa sahaja yang disentuh oleh Najib akan membawa malang kepada negara dan rakyat yang menanggung semua salah laku beliau. Dalam pada itu beliau tetap berdegil dan tidak mahu berundur dan setiap salah lakunya yang diketahui umum beliau akan dialihkan pandangan ramai kepada perkara yang lain tidak tepat sasarannya.

Isu yang saya selalu sebutkan ialah pimpinan kita sejak berapa lama dahulu tidak mahu mengambil ‘accountability’ terhadap noda dan kesalahan yang dilakukan mereka. Memerentah hendak lama tetapi kesalahan tetap dilakukannya. Kesalahan mereka tidak mahu diakui tetapi sebaliknya menyalahkan orang lain. Apabila disoal oleh rakyat jawapan tidak diberi dengan betul atau tidak dijawab terus. Jika menjawab pun hanyalah jawapan-jawapan loyar buruk sahaja dan tidak tepat.

Semua tanggungjawab hendak dipikul tetapi satu pun tidak terlunas dengan baik dan sempurna malah semuanya dalam kepincangan. Rakyat keliru dengan sifat dan tindak laku pimpinan kita. Gaya ada tetapi tidak mempunyai ‘substance’ dan kalau dikaji dengan teliti mereka ini layak bersama saya sahaja duduk dan minum dikedai mamak setiap hari.

Kita cuba ingatkan isu-isu yang lepas yang berkait dengan Najib. Isu scorpene semua orang tahu ia melibatkan isu RM lebih dari RM7billion. Akhirnya timbul isu sampingan selain dari isu tambahan harga yang begitu tinggi, iaitu isu pembunuhan Altantuya yang sampai hari ini tidak mendapat penyelesaian yang betul walaupun telah dibawa ke Mahkamah. Dr Mahathir telah bertanya siapa yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya, jawapannya tidak diberi sehingga hari ini.

Felda mantap dan selamat semasa perbadanan itu berada di Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah dahulu, tetapi kelemahan Abdullah Badawi yang terbilang dengan mudah tidurnya telah membenarkan Najib membawa Felda untuk diletakan dibawah urusan beliau semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Felda yang mempunyai resab yang melebihi RM4 billion sekarang sudah tinggal sejemput sahaja. Peneroka yang tidak pernah berhutang sekarang sudah berhutang kerana pembelian saham FGV yang beliau janjikan bulan dan bintang dahulu. Sekarang harga saham FGV telah merudum dan sekarang berlegar di sekitar RM 1.70 sen sahaja. FGV ibarat berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.

Dulu ramai yang menentang Felda di senaraikan di Pasaran Saham termasuk pegawai – pegawai yang kanan dalam perbadanan itu tetapi mereka ini diharam jadahkan oleh Najib. Sekarang peneroka sudah mengalami masalah yang belum pernah mereka alami kerana tindakan Najib yang memandai-mandai. Kata-kata sumbang sudah terlepas usaha yang kononnya untuk kepentingan peneroka telah gagal.

Siasatan yang dinamakan "Operasi Carambola" bermula..

Pantas & cekap polis Australia buat kerja bertindak kes rasuah MARA di Melbourne. Pagi tadi dah serbu, rampas fail & komputer. Tak yah nak tunggu 7 hari mahupun 14 hari..
POLIS MALAYSIA ???

Kontrak 3 Tahun: Nampaknya masyarakat M'sia bertambah majmuk & aman... UMNO/BN akan selamat


KENAPA mereka ini degil & liat nak bercuti ketika dlm siasatan ???


MASIH INGAT kata2 Al Marhum Ustaz Fadzil Noor..
"Berharap Tun Dr Mahathir agar umurnya cukup panjang sempat untuk melihat kerosakan (UMNO/BN) yang pernah dilakukannya"

INILAH MALAYSIA KU 'NEGARA ISLAM' WASATIYYAH


Kedai makan operasi selepas 12 mlm - TAK BOLEH
Pusat maksiat operasi slps 12 mlm - TAK MENGAPA

Shahidan Kassim kata.. "Kedai makan tidak boleh beroperasi selepas pukul 12 malam sebagai langkah membendung gejala sosial"

Najib kata Malaysia akan jadi negara berpendapatan tinggi & katanya lagi rakyat Sarawak tetap sokong NAJIB & BN..


Dah berpuluh2 tahun BN memerintah Sarawak inilah hasilnya.. Masih terdapat beratus2 ribu rakyat Sarawak TIDAK DAPAT BEKALAN ELEKTRIK 24 JAM !!!

Negeri kaya raya dgn sumber alamnya tapi rakyatnya 'SEMAKIN KAYA'.. Pemimpin BN pula bertambah miskin papa kedana.. TQ BN !!!

PAS mampu ganti Umno – Tuan Ibrahim


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yakin PAS mampu menjadi sebuah parti yang kuat serta parti kepada orang Melayu dalam meningkatkan syariat Islam.

Beliau ketika ditemui Harakahdaily berkata, pemilihan pada muktamar lalu memberi kesan yang sangat besar berbanding pemilihan sebelum ini.

"Ada beberapa aspek yang memberi kesan kepada PAS apabila barisan kepimpinan yang didokong barisan ulama terutamanya dari sudut organisasi.

"Kita perlu duduk dan merangka strategi bagi memantapkan gabungan antara ulama, profesional dan aktivis parti," katanya.

Menurut beliau lagi, PAS perlu mantapkan cawangan dan meningkatkan keahlian supaya menjadi parti yang mendominasi dalam muafakat Pakatan Rakyat.

"Walaupun kita lihat ada masalah timbul PAS perlu menjadi parti yang kuat, kita ada keahlian lebih sejuta orang.

Pembuangan Husam di Kelantan satu kesadisan

MSO

Badan Perhubungan PAS Kelantan untuk sesi 2015/17 telah pun dibentuk yang memperlihatkan berlaku perubahan mengejutkan. Perubahan itu sesuatu yang postif untuk memantapkan badan eksekutif PAS Kelantan itu. Apa yang paling mengejutkan apabila nama Husam Musa sebelum ini sebagai Timban Pesuruhjaya II tidak ada langsung dalam penyusunan itu.

Ahmad Yaakub kekal sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan. Manakala Mohd Amar Nik Abdullah sudah semestinya sesuai dengan kedudukannya sebagai TMB menjadi timbalan Ahmad, dilantik menjadi Timbalan Pesuruhjaya I. Pesuruhjaya II pula Dr Johari Mat yang dinaikkan darjat. Manakala Pesuruhjaya III Adun Kemuning, Dr Mohd Fadzli Hassan.

Kehadiran Mohd Fadzli ini dilihat sebagai mengisi kekosong tempat Husam Musa dan ia juga merupakan kenaikan pangkat. Tepat sekali kalau anggota Exco itu diletakkan disitu sebagai pemimpin pelapis PAS masa depan yang educated dan berfahaman dan bersikap sedarhana.


Setiausah Badan Perhubungan yang selamanya dilihat sebagai jawatan terpenting menjadi nadi kepada badan pengurusan itu, diberikan kepada Adun Wakaf Baharu yang juga Exco Kelantan Abdullah Che Nawi. Setiausaha sebelum ini Zulkefli Mamat yang sudah lama diusahakan agar disingkirkan kerana beberapa kelemahan dan kurang berkesan dalam kerja-kerjanya kesetiausahaannya, akhirnya "terkanyar" juga.


Foto ini mencerminkan keakraban Husam dengan Tokguru.
Pun begitu tenaga dan pemikiran Adun Pulai Chondong itu masih diperlukan apabila beliau diberi tanggungjawab menjadi Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, bagi mengganti tempat Wan Nik Wan Yusuf. Sebelum ini beberapa cadangan dikemukakan kepada Ahmad Yaakub dan desakan agar Zulkefli ditukar, termasuk saya sendiri pernah mencadangkan kepada MB secara terbuka itu supaya Zulkifli dibuang, tetapi tidak berhasil.

Mungkin ada rahsia besar kenapa Zulkefli Mamat masih lagi dipegang oleh Ahmad Yaakub. Mungkin kerana apa yang pernah disebut oleh MB itu, "kita masih ada agenda belum selesai" sebagai jawaban kepada desakan itu, dengan Zulkefli menjadi pengikatnya. Keberadaan Zulkefli dalam badan perhubungan itu lebih kepada untuk memberi peluang dia menyelesaikan masalah yang masih belum selesai dan menjadi liabiliti kepada parti.

Nama-nama lain yang dibawa masuk ke dalam badan perhubungan ialah Wan Nik Wan Yusuf masih lagi dikekal dan berada dalam badan perhubungan itu. Bekas Setiausaha Politik MB itu dilantik menjadi Penolong Setiausaha Badan Perhubungan. Di sini semacam diingini kombinasi Wan Nik dengan Che Abdullah untuk memberi kesan baik kepada badan perhubungan kerana perfomence Abdullah sendiri dalam kerja-kerja kepartian maupun kerajaan boleh dipertikaikan. 

G18 desak Najib disiasat skandal ‘Melbourne Deal’

Pembelian hartanah itu diluluskan oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan beliau perlu bersedia disiasat.
najib-mara-hanipa
KUALA LUMPUR: Kumpulan 18 atau G18, golongan progresif dalam Pas, tampil mendesak Datuk Seri Najib Razak disiasat ekoran skandal pembelian hartanah di Australia oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata, Perdana Menteri perlu bersedia disiasat apabila Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa mengakui bahawa pembelian tanah tersebut telah mendapat kelulusan Najib sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
“Perdana Menteri mengatakan bahawa ‘Melbourne Deal’ mesti disiasat. Oleh kerana pendedahan oleh Pengerusi MARA mengatakan bahawa yang turut meluluskan adalah Perdana Menteri, kita minta Perdana Menteri mesti bersedia untuk disiasat.
“..Dan kita harap pihak polis tanpa mengira setinggi mana pangkat seseorang mesti bersedia untuk menyiasat,” katanya selepas membuat laporan polis terhadap isu berkenaan di IPD Dang Wangi pada Khamis.
Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu bertindak secepat polis Australia yang telah melakukan beberapa serbuan sejak isu pembelian hartanah tersebut terbongkar.

Mengapa Shafie Apdal berdiam diri isu MARA?

Sebagai Menteri Kanan dan Naib Presiden UMNO, Shafie tidak boleh 'cuci tangan' dalam isu melibatkan amanah rakyat.
Ahmad-Amzad_Shafie_mara_600
PETALING JAYA: Sikap berdiam diri Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam isu lebihan bayaran terhadap hartanah di Australia oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) menimbulkan tanda tanya.
Ketua Penerangan Pas Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, Shafie tidak sepatutnya cuci tangan dalam skandal pembelian hartanah The Doudley di Melbourne itu.
Tambahnya, selaku Menteri Kanan dan Naib Presiden UMNO, Shafie tidak boleh berdiam begitu saja.
“DS Shafie Apdal yg bertanggungjawab terhadap MARA, takkan cuci tangan begitu sahaja? Beliau Naib Presiden UMNO. Antara pemimpin paling kanan,” katanya menerusi kenyataan media.
Ahmad Amzad berkata, skandal pembelian itu amat mengejutkan kerana keputusan pembelian telah dimuktamadkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara konsensus Majlis Ekonomi.
“Masih amanahkan Majlis Amanah Rakyat di bawah pentadbiran UMNO,” katanya.

FGV didakwa buat urus niaga ‘luar biasa’ - Anak

FGV didakwa membeli saham syarikat peladangan dari Indonesia dengan harga lebih tinggi dan telah membayar deposit walaupun perjanjian belum muktamad.
Mazlan Aliman,fgv
KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures (FGV) didakwa membeli saham syarikat peladangan dari Indonesia dengan harga lebih tinggi berbanding harga pasaran.
FGV juga didakwa telah membayar deposit melebihi 10 peratus sedangkan perjanjian belum muktamad, sekali gus didakwa urus niaga luar biasa.
“Harga pasaran semasa sahamnya hanya RP 400 (0.1128 sen) tapi FGV membelinya pada harga RP700 (0.1974 sen) sesaham,” kata Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman
Dia berkata, tindakan FGV yang telah membayar bayaran deposit melebihi 10 peratus sedangkan perjanjian tersebut belum dimutamadkan antara kedua-dua syarikat, boleh dipertikaikan.
“Bayaran deposit belian lebih dari 10 peratus. Ini diluar daripada ‘normal sale dan purchase agreement’ (SNP).
“Sekiranya deposit belian tidak boleh diteruskan, deposit dipulangkan tanpa apa-apa faedah ini juga diluar ‘normal sale dan purchase agreement’,” jelasnya.
Katanya, disebabkan pembelian yang dibuat FGV terlalu tinggi, satu penyiasatan terperinci perlu dibuat ke atas pihak yang bertanggungjawab.

Dilema dan penyakit parti baru Islam


Kononnya, 65 peratus penyokong PAS akan bersama kumpulan "profesional" yang ingin menubuhkan parti Islam baru.

Kononnya lagi, jika parti Islam baru ini bertanding tiga penjuru dengan PAS dan Umno, parti baru ini boleh menang!

Kononnya, saat ini, Umno berada dalam keadaan yang sangat merosot.

Jika pilihan raya umum diadakan sekarang, dengan pelbagai isu seperti GST dan 1MDB, Umno hanya menang lebih 40 kerusi parlimen!

Beginilah garis berhujah untuk mengolah persetujuan semua agar parti baru ini dapat diwujudkan.

Dan, lebih lucu lagi, projek menubuhkan parti baru ini kelihatan lebih ghairah dijayakan berbanding kempen memastikan pemimpin "profesional" menang dalam pemilihan PAS awal bulan ini.

Pemimpin-pemimpin ini yang kelihatan tidak bersatu sebelumnya, yang tidak menduga perancangan rapi dan "serangan hendap" aliran pro-Abdul Hadi Awang, tiba-tiba menyedari mereka masih popular dan masih mendapat dukungan.

Namun, ada beberapa masalah konteks dan latar peristiwa yang mengaburi projek parti baru Islam "inklusif" tersebut.

Pertama, ia akan dianggap sarang pemimpin yang tewas, kecewa dan takut tidak dapat bertanding lagi dalam pilihan raya umum nanti (melalui tiket PAS).

Bayangan agenda DAP

Maksudnya, mereka ini golongan "opportunis" (penting diri) yang tersisih dan patah hati tetapi tidak cerdik dalam politik sehingga tidak menduga diserang hendap sebegitu rupa oleh kumpulan "ustaz muda" (istilah saya, neo-Taliban).

Kedua, parti baru ini muncul dalam seruan DAP ingin menubuhkan "gabungan baru" pembangkang tanpa PAS.

Yakni, inisiatif ini selalu dibayangi oleh agenda tersembunyi DAP, sebuah parti yang dimomokkan sebegitu rupa (betul atau salah) sehingga tidak membantu citra positif kumpulan aliran "profesional" PAS.

Ketiga, parti baru Islam ini kemungkinan besar tidak mengutamakan agenda hudud, syariah dan Negara Islam seperti mana sikap DAP yang menolak agenda yang sudah menjadi darah daging PAS.

Sekali lagi, parti baru ini akan dianggap kowtow pada DAP. Tanggapan seumpama ini merosakkan imej parti baru sebelum ia ditubuhkan!

Keempat adalah justifikasi asas kewujudan parti baru ini berbanding PAS. Apakah keistimewaannya dan di mana silapnya PAS sehingga harus ada satu lagi parti Islam?

Dr Mujahid harap Hadi 'lebih matang'

Seorang bekas ahli jawatankuasa PAS pusat berkata beliau berharap kenyataan balas yang lebih "matang" daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap pemimpin dan anggota PAS yang mencari pakatan baru di luar parti, berbanding berkata mereka akan "tenggelam".

MP Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof mendakwa bahawa Hadi "memperkecil dan memandang rendah" mereka yang mencari wadah baru di luar parti itu seolah-olah mereka sebagai sebuah "kapal tenggelam atau nyamuk" apabila presiden mengeluarkan surat terbuka kepada ahli PAS.

Dr Mujahid berkata Hadi juga menolak Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang diasaskan oleh segelintir ahli yang tidak berpuas hati, dan bercadang menubuhkan parti politik baru.

"Saya rasa, mana-mana presiden dari mana-mana parti akan bertindak dengan cara yang sama tetapi saya berharap respon beliau perlu lebih matang, dan beliau boleh menghormati hak demokrasi sesiapa sahaja pun untuk membentuk parti baru atau pakatan.

"Jika saya jadi presiden, inilah apa yang saya akan cakap. Saya akan menyuarakan harapan bahawa kita boleh bekerjasama dengan parti baru ini jika kita bersetuju mengenai gambaran yang lebih besar. Kita perlu bekerjasama dengan orang lain demi kepentingan bersama rakyat.

"Tetapi malangnya ia datang daripada mulut seorang presiden yang memperkecilkan hak demokrasi anggota PAS.

Usah ada cubaan sembunyikan kebenaran dalam kontroversi Mara

oleh Alyaa Alhadjri
Malang sekali yang akhir-akhir ini, perbuatan menghukum penyampai pesanan seolah-olah telah menjadi hobi kepimpinan negara.
Sasaran mereka dalam kebanyakan kes adalah media dan pihak lain yang telah mendedahkan dakwaan salah urus kewangan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dengan skandal terbaru melibatkan pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Melbourne.
Akhbar Australia, The Age melaporkan pada 23 Jun bahawa sekumpulan pegawai Mara, dengan menggunakan dana pelaburan kerajaan Malaysia, telah menaikkan harga secara meragukan bagi sebuah blok apartmen lima tingkat, Dudley International House daripada A$17.8 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juta (RM65 juta).
Laporan itu juga mendakwa bahawa $ 4.75 juta (RM13.7 juta) tambahan telah diseludup keluar daripada Australia, dan dibayar sebagai rasuah kepada pegawai-pegawai Malaysia yang bertanggungjawab bagi pembelian itu.
Pegawai-pegawai ini telah dikenalpasti sebagai bekas ADUN Umno Mohammad Lan Allani, yang kini merupakan pengerusi Pelaburan Mara dan ketua pegawai eksekutif Mara, Halim Rahman.
Pembelian hartanah itu telah dibuat oleh Mara Inc – sebuah anak syarikat Mara – pada tahun 2013 untuk digunakan sebagai asrama bagi pelajar biasiswa. Bangunan ini, di pinggir bandar Caulfield East, menempatkan sehingga 115 pelajar Mara yang menuntut di Monash University.
Dalam sebuah respon segera kepada laporan itu, pengerusi Mara Annuar Musa berkata dalam sebuah sidang akhbar pada 24 Jun bahawa agensi persekutuan itu sudah menyedari beberapa dakwaan ini, dan ia telah mengaudit Mara Inc kira-kira dua bulan yang lalu. 
Annuar juga menyatakan bahawa Najib, sebagai menteri kewangan dan pengerusi majlis ekonomi kerajaan, telah meluluskan pembelian itu walaupun beliau mendakwa yang Mara tidak menyedari bahawa harga itu terlalu tinggi.
"Setahu kami pada masa itu, nilainya adalah jauh lebih tinggi, penilaian oleh penilai antarabangsa adalah lebih tinggi dan kami membeli pada nilai yang lebih rendah.
"Kami tidak mengetahui bahawa nilainya adalah A$17.8 juta, ini akan disiasat," kata Annuar, seperti yang dipetik oleh Malaysiakini.

Skandal MARA: Adakah Kabinet berani minta Najib bercuti?

KUALA LUMPUR, 25 JUN: Perdana Menteri Najib Tun Razak yang dibelenggu pelbagai skandal seharusnya dinasihat bercuti oleh Kabinet jika badan eksekutif itu benar-benar menyebelahi rakyat, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Kit Siang mengatakan skandal hutang mega 1MDB, FGVH, Tabung Haji dan MARA kini dikaitkan dengan Najib apabila semua syarikat itu mempunyai konflik kepentingan denganya.
“Adakah Kabinet berani dan cukup patriotik mencadangkan pada mesyuarat esok supaya Najib bercuti sehingga skandal yang melibatkannya diselesaikan?” soal Kit Siang.
Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, pentadbiran Najib kini seperti retak menanti belah apabila skandal melibatkan dirinya didedahkan satu demi satu oleh media.
Tidak sekadar dikritik pihak pembangkang, pentadbiran Najib turut dikritik sebahagian besar veteran UMNO diterajui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Terbaru, MARA Inc sebuah anak syarikat milik Majlis Amanah Raya (MARA) didedahkan terlibat dalam rasuah dan penggubahan wang haram di Melbourne, Australia.
Skandal rasuah itu didedahkan akhbar Australia, The Age yang melaporkan wujud penipuan dalam pembelian bangunan Dudley House di Melbourne pada 2013.

Tabung Haji jual tanah TRX elak tohmahan, kata menteri Umno


Keputusan Lembaga Tabung Haji (TH) menjual tanah yang dibeli daripada syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bagi menghentikan persepsi buruk terhadap isu itu, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu Dewan Negara hari ini, proses pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) berasaskan landasan perniagaan dan tiada unsur lain mempengaruhi keputusan itu.
Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penjualan semula tanah yang dibeli daripada 1MDB kerana persepsi buruk. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Jun, 2015. "Untuk proses pembelian TRX, ia dibuat sepenuhnya berdasarkan kepada landasan perniagaan dan mematuhi syariah. Itu sebabnya proses pembelian dibuat dengan begitu rapi walaupun tawaran bermula Mei 2013 namun proses membelinya pada 2015.

"Namun atas sebab pandangan dan persepsi lebih mengatasi pandangan perniagaan, supaya tidak wujud banyak fitnah terhadap peristiwa tersebut, TH ambil keputusan untuk jual supaya tidak timbul tohmahan," katanya di Dewan Negara hari ini. Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mohammad Olian Abdullah.
Jamil berkata, kesan buruk terhadap persepsi itu menyebabkan TH terkena tempias, merujuk kepada gerakan perhimpunan serta menghantar memorandum badan bukan pertubuhan kerajaan (NGO) berkaitan isu itu.

500,000 pekerja Bangladesh akan dibawa masuk lagi ke Malaysia tahun ini

bangla2

KUALA LUMPUR, 25 Jun:

Permintaan tinggi terhadap khidmat pekerja asing terutama dari Bangladesh bakal menyaksikan kira-kira 500,000 orang dijangka dibawa masuk ke negara ini, tahun ini.
BDnews24 dipetik melaporkan Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh mengesahkan perkara itu dalam kenyataan media pada Rabu lalu, sambil berkata pekerja akan diambil dari 1.4 juta pengkalan data sedia ada
Menurut kenyataan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pengambilan dibuat menerusi agensi swasta dalam mesyuarat bersama Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh,  Khandker Mosharraf Hossain di Putrajaya.
Pangkalan data itu dibuat bagi perjanjian pengambilan secara kerajaan dengan kerajaan (G2G).
Kira-kira 600,000 pekerja dari Bangladesh ketika ini bekerja di Malaysia, yang merupakan antara pasaran buruh terbesar Bangladesh.
“Selepas agak lama tiada pengambilan, Malaysia memulakan kembali membawa masuk tenaga kerja dari Bangladesh bagi sektor kilang di bawah mekanisma G2G pada 2013.

Isu PR tidak halang anak muda minat bersama Pas kata KP Terengganu

Kamaruzaman Abdullah  
KUALA TERENGGANU – Perkembangan politik semasa dalam PR ketika ini mendorong segelintir anak-anak muda membangkitkan persoalan mengenai masa depan Pas dan PR.

Situasi itu bagaimanapun dilihat secara positif oleh Pemuda Pas Terengganu sambil menyifatkan ia bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan dan menggambarkan mereka sebenarnya berminat bersama-sama Pas.

Ketuanya, Kamaruzaman Abdullah berkata, bagi meleraikan persoalan itu, penerangan dilakukan untuk memastikan anak-anak muda memahami sebaik-baiknya isu yang berlaku, di samping mengelakkan mereka terpengaruh dengan pendapat tidak jelas.

“Isu (dalam PR) dapat perhatian oleh anak muda. Kita beri penerangan kepada mereka kerana ada yang tidak menyertai mana-mana cawangan atau organisasi Pas di peringkat negeri.

“Kadang-kadang mereka ini hanya mendapat maklumat daripada media sosial seperti Facebook dan twitter sahaja. Jadi, peranan kita untuk beritahu perkara ini dengan jelas,” katanya.

Beliau menyifatkan isu yang memperlihatkan pertembungan antara Pas dan DAP kebelakangan ini sebagai kocakan politik yang mampu mematangkan ahli dalam menghadapi cabaran politik pada masa akan datang.

Di samping itu katanya, krisis itu membawa pengajaran tersendiri kepada rakyat terutama berhubung sikap Pas yang tidak berganjak daripada prinsip perjuangan demi kepentingan politik semata-mata kerana Pas bukan hanya organisasi politik, malah sebuah gerakan dakwah.

Pemimpin Umno anjur forum Nothing2Hide sokong teguran putera Johor

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur perdana menteri selepas gagal menghadiri forum Nothing2Hide. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Jun, 2015. 
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur perdana menteri selepas gagal menghadiri forum Nothing2Hide.

Naib Ketua Pemuda Umno Johor, Datuk Khairul Anwar Rahmat hari ini menyokong teguran Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai konsep kepimpinan dengan mengutamakan rakyat. Khairul yang juga merupakan penganjur forum "Nothing2Hide" berkata, putera Johor itu mengungkapkan konsep kepimpinan dalam Islam dengan begitu baik sekali iaitu adab dalam berbeza pendapat.
Khairul berkata, keutamaan yang paling tinggi adalah rakyat serta kebajikan dan kemaslahatan umat seluruhnya.

"Kepentingan dan kerakusan peribadi serta ideologi politik sempit wajar diketepikan demi mencapai konsep negara makmur yang diberkati Allah. "Islam tidak mengajar kita terlalu taksub dengan fikiran kita sendiri, atau dengan kelompok sesama kita saja sehingga kita menutup mata terhadap pandangan orang lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Difahamkan, ini adalah kenyataan pertama Khairul sebagai respons terhadap teguran Tunku Ismail ekoran kekecohan pada hari forum "Nothing2Hide" berlangsung.
Forum itu sepatutnya dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menjawab isu kontroversi seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan urusan pembelian tanah oleh Tabung Haji.
Selepas Najib gagal hadir pada forum tersebut, Tunku Ismail mengkritik Najib kerana gagal menghadiri majlis berkenaan.
Tunku Ismail berkata, sudah dijangkakan Najib yang seharusnya menjelaskan tentang syarikat sarat hutang 1MDB, yang turut dihadiri pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada hari itu.

Konflik boleh 'diselamatkan' jika DAP ubah sikap, jangan tuding jari kepada PAS - Nuridah Salleh

Post Pic
KUALA LUMPUR: Kemelut yang menyelubungi hubungan PAS-DAP masih boleh 'diselamatkan' dengan syarat komponen Pakatan Rakyat itu mengetepikan sikap ego dan pentingkan diri dengan membuka laluan untuk rundingan.
 
Menurutnya Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh, perpecahan dalam Pakatan itu bukan disebabkan PAS tetapi kehendak DAP sendiri yang tergesa-gesa membuat keputusan.
 
"Ya, betul..jadi kita lihat maknanya apabila bersama kita dapat sebenarnya untuk menunjukkan kepada rakyat khususnya tentang tujuan Pakatan Rakyat itu sendiri.
 
"Jadi ustazah rasa itu bergantung kepada sikap DAPlah," katanya.
 
Beliau berkata usaha tersebut akan menemui kegagalan sekiranya DAP kekal dengan sikap dan pendiriannya.
 
"Pada pandangan ustazah ia sebenarnya bergantung kepada sikap kedua-dua pihak.
 
"Ustazah rasa sikap PAS dah ada ketetapan iaitu pada PAS sesiapa yang ingin berbaik dengan PAS maknanya boleh bersama dalam mencapai kejayaan dan juga ketika untuk menjatuhkan kezaliman," katanya kepada Antarapos.
 
Malah beliau turut melahirkan rasa kesal dengan keputusan DAP mengumumkan penamatan riwayat Pakatan yang dianggap tindakan tergesa-gesa.
 

S'jaya diraja perlu siasat kes hartanah MARA

Selaku Ahli Parlimen, saya memandang serius laporan yang dibuat oleh akhbar Australia The Age yang mendakwa berlakunya penyelewengan di dalam urusan pembelian hartanah Dudley International House di Melbourne, Australia oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Hartanah ini telah dibeli melebih RM13.8 juta dari harga sebenar.

MARA yang ditubuhkan pada 1966 di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 (Akta 489) adalah sebuah institusi awam yang ditubuhkan memajukan, menggalakkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan khususnya untuk kaum bumiputera  khususnya orang Melayu dalam kawasan luar bandar.

Sesuai dengan namanya, maka MARA berkewajipan untuk menjaga dan melindungi sepenuhnya amanah yang diberikan rakyat terutama apabila menjalankan urusniaga yang membabitkan dana awam yang bernilai jutaan ringgit seperti pembelian hartanah di Australia ini.

Penjelasan yang diberikan oleh Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa berhubung perkara ini pada hari ini tidak langsung membantu menerangkan bagaimana MARA boleh membeli hartanah tersebut dengan harga 27% lebih tinggi dari harga sebenar.

Kenyataan yang dibuat Pengerusi MARA menimbulkan persoalan yang lebih besar iaitu adakah MARA tidak langsung mendapatkan laporan dan nasihat penilai bertauliah sebelum MARA bersetuju untuk membeli hartanah tersebut pada harga RM65.4 juta.

Padahal, ianya adalah amalan yang sepatutnya dilakukan di dalam mana-mana urusan pembelian hartanah.

Tambah membingungkan lagi bagaimana pembelian hartanah ini yang melalui pelbagai proses tapisan dan kelulusan termasuk di peringkat lembaga pengarah MARA dan majlis ekonomi yang dipengerusikan perdana menteri.