Selasa, 23 Jun 2015

Mara perlu menyiasat perjanjian ‘Dudly House’ di Australia

oleh V Shuman
Ini sangat menyedihkan! Satu demi satu, perjanjian yang meragukan melibatkan Malaysia di luar negara telah terbongkar.
Kes terbaru melibatkan “sekumpulan pegawai Malaysia yang sangat kaya” yang di dakwa membeli satu blok apartmen di Melbourne, Australia, dengan harga melebihi harga pasaran dan menyimpan perbezaan harga yang wujud itu.
Suratkhabar Australia The Age, dalam laporan ekslusifnya baru-baru ini, membongkar satu penjanjian meragukan yang berlaku di sebalik pembelian bangunan lima tingkat asrama pelajar yang dikenali sebagai Dudley International House, sebagai satu penipuan hartanah terbaru.
Bangunan itu dimiliki oleh agensi kerajaan Mara, dan pihak yang didakwa terlibat dalam perjanjian itu melibatkan pegawai tertinggi Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik.
Menurut laporan itu, kumpulan itu didakwa membayar lebih sebanyak A$4.75 juta (RM 13.8 juta) untuk apartmen itu, dan jumlah itu kemudiannya menjadi rasuah.  Bidaan kemudiannya melonjak daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM 65.3 juta).
Dan seperti mana perjanjian meragukan yang lain, terdapat syarikat bayangan yang ditubuhkan khusus untuk memindahkan dana berkaitan dengan perjanjian itu, dan invois palsu yang diberikan oleh firma Malaysia kepada pemaju perumahan, untuk perkhidmatan palsu yang diberikan.
The Age juga mendakwa yang kumpulan orang yang sama terlibat dalam pembelian hartanah, bangunan pejabat dan blok apartmen bernilai hampir A$80 juta di Melbourne.
Suratkhabar itu menembual kontraktor Australia John Bond, yang bakal diisytiharkan muflis selepas dia menyiapkan bangunan Dudley House, tetapi tidak pernah dibayar untuk kerjanya.
“Perjanjian ini menindas penduduk Australia dan melibatkan korupsi yang sangat serius tetapi tiada seorang pun dipertanggungjawabkan,” dia dipetik berkata.
Suratkhabar itu mendakwa yang penjualan apartmen itu ialah sebahagian daripada skandal rasuah dan pelaburan wang haram global yang diketuai oleh pemaju Australia yang tamak dan pegawai asing yang berkuasa- pujian yang kita tidak perlukan.

Ia menamakan orang Malaysia dalam skandal tersebut ialah ahli perniagaan Yusof Gani, Azizi Yom Ahmad, anaknya Erwan (yang menggunakan rangkaiannya untuk memastikan perjanjian itu berlaku), bekas ahli politik yang kini pengerusi Pelaburan Mara Mohammad Lan Allani, dan ketua eksekutif Mara, Halim Rahman.

Kemelut PR semakin meruncing


KEMELUT perpecahan Pas, DAP dan yang terbaru PKR, kian meruncing sehingga kebanyakan penyokong hanya mampu menunggu dan melihat apakah kesudahan 'drama' tersebut. Berlainan pula penganalisis dan pemerhati politik, mereka mempunyai ‘jangka’ yang lebih tepat mengenai masa depan sesebuah parti.
Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, SITI FATIHAH AWANG bersama blogger terkenal, yang juga penulis buku politik Malaysia, Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali sebagai MSO.


Kelihatannya sudah hampir pasti golongan progresif dalam Pas akan keluar Pas untuk membentuk sebuah parti baharu. Berdasarkan sejarah lalu dan perkembangan semasa, apakah ramalan tuan mengenai hala tuju dan untung nasib parti ini?

Sekiranya perkembangan yang berlaku dalam Pas hari ini jadi kenyataan iaitu parti akan berpecah ekoran perebutan dalam muktamar lalu, maka ia mengundang satu musibah kepada parti berkenaan. Dengan melihat sejarah lampau, jelas setiap kali parti atau mana-mana parti juga mengalami perpecahan atau krisis dalaman, ia akan menyebabkan sesuatu yang buruk.

Misalnya, kalau perpecahan itu sampai melewati pilihan raya, sudah pasti parti yang berpecah itu tidak akan menang pilihan raya berkenaan, dan memerintah negeri mahupun negara. Mengenai Pas, sekiranya ia berpecah, ia akan meletakkan Pas sebagai parti yang akan hilang kuasa dan secara tidak langsung Pas akan menjadi parti yang tidak sepopular hari ini. Penghormatan orang ramai terhadap Pas juga akan terjejas. Manakala perpecahan yang parah mungkin membawa kepada parti itu seperti kedudukannya 20 tahun lalu.

Rakan komponen PR pernah mendakwa Pas ditipu Umno dalam isu perlaksanaan hudud di Kelantan. Namun Pas Kelantan beri peluang kepada Umno hingga hujung tahun ini bagi mengotakan janji. Apakah Umno ikhlas bantu Pas melaksanakan hudud di Kelantan atau hanya sandiwara memastikan Pas keluar daripada PR?

Dalam soal ini, Umno ada dua pandangan atau keadaan mengenai hukum hudud ini. Pertama, Umno sebagai parti yang didominasi orang Melayu dan Islam, mereka tidak menolak hudud sebab hudud termaktub dalam al-Quran. Justeru, Umno sama sekali tidak menentang dan menolaknya. Apabila kerajaan Pas Kelantan berhasrat melaksanakannya, maka Umno menyokong kerana itu satu kewajiban.

Bagi saya, tidak timbul Umno ingin memperdayakan Pas dengan hukum hudud ini, sebab dalam konteks Kelantan, Umno memang serius. Sokongan dinyatakan dalam Sidang Dun Kelantan itu menjelaskan perkara itu. Adapun di luar Kelantan di peringkat Parlimen, Umno sebagai parti berkomponen dengan beberapa parti dalam BN, mereka harus mengambil kira sama parti lain jika  mereka menyokong hudud. Jadi, Umno ada dua 'mata' atau pandangan, di Kelantan sokong, di pusat bersikap berhati-hati. Dengan kedudukan ini, jika mahu dikatakan Pas tertipu dengan Umno seperti tanggapan sesetengah pihak, mungkin benar kerana Umno tidak bersungguh merealisasikan perkara itu di peringkat Parlimen.

Hanya setakat menyokong di Kelantan dan ia tidak mencukupi. Tindakan itulah menyebabkan orang menuduh Umno bersandiwara. Sokongan itu atas desakan politik semata-mata. Apabila Umno sokong hudud di Kelantan, menyebabkan orang Kelantan tidak mengatakan Umno sebagai parti menolak Islam lagi. Itulah strategi politiknya. Pas telah beri tempoh masa kepada Umno hingga hujung tahun ini. Jika Umno tidak serius dengan hudud, Pas akan bertindak. Sama-sama kita perhati apakah akan berlaku kelak. Tetapi daripada perspektif saya dengan mengambil kira kerencaman ideologi dalam BN yang dikuasai Umno, saya yakin Umno tidak serius dengan hudud dan Pas akan kecewa kalau ia ‘berserah’ kepada Umno untuk melaksanakan hudud.

Jika ditakdirkan Pas terkeluar daripada PR dan sebuah parti Islam baharu dijemput menyertainya bagi menggantikan tempat Pas, ke manakah hala tuju Pas dalam politik Malaysia. Bagaimana pula nasib Pas pada PRU14?

Masuk DAP pilihan tepat – A Samad Said

Walaupun DAP bermula sebagai sebuah parti Cina, namun terdapat keistimewaan dalam perjuangan terhadap semua kaum,
Samad-Said_dap_600
PETALING JAYA: Sasterawan negara Datuk A. Samad Said berkata tindakannya memilih untuk menyertai DAP merupakan satu pilihan yang tepat.
Beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Samad berkata, keputusan untuk menyertai DAP telah difikirkan sejak dua tahun lalu.
“Menjadi ahli DAP membuatkan saya lebih bersemangat untuk berbakti kepada masyarakat.
“Walaupun DAP bermula sebagai sebuah parti Cina, namun terdapat keistimewaan dalam perjuangan terhadap semua kaum,” katanya yang dipetik dari Malay Mail Online.
Pak Samad mengakui sebaik sahaja menyertai DAP, beliau menerima banyak panggilan telefon dan mesej dari rakan-rakan Islam yang marah dengan tindakannya itu.
Katanya, sikap itu menunjukkan masih ada pihak yang berfikiran sempit terhadap orang Melayu yang menyertai DAP.
“DAP bukan parti Cina semata-mata tetapi ia merupakan sebuah parti Malaysia.
“Sangat memalukan bagi rakyat Malaysia yang telah mencapai enam dekat kemerdekaan tetapi masih berfikiran sebegitu,” katanya lagi.
Jelasnya, pilihannya itu dibuat hanya berdasarkan sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Majoriti ahli Perkasa mengundi Pakatan Rakyat..???

Majoriti ahli Perkasa atau 65 peratus adalah ahli UMNO namun majoriti mereka dikatakan mengundi Pakatan Rakyat kerana tidak lagi yakin dengan UMNO.
ibrahim ali
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendedahkan majoriti ahli Perkasa tidak lagi mengundi UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, walaupun 65 peratus ahli Perkasa adalah ahli UMNO, namun kepercayaan mereka terhadap parti yang sudah wujud sejak 50 tahun lalu itu semakin terhakis.
“Keseluruhan mereka tidak berpuas hati dengan UMNO,” ujarnya dalam sidang media di Ibu Pejabat Perkasa, pada Selasa.
Jelasnya, Perkasa kini mempunyai 300,000 ahli yang berdaftar, namum melalui perjumpaan dari hati ke hati yang dilakukannya, mendapati kebanyakkan mereka mengundi Pakatan Rakyat.
“Kalau ahli UMNO dalam Perkasa mengundi UMNO, kenapa banyak kawasan yang UMNO kalah,” kata bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Pada masa sama, Ibrahim berkata, tinjauan yang dilakukan Perkasa mendapati UMNO semakin tidak mendapat tempat di kalangan pengundi Melayu.
Ini disebabkan isu semasa seperti pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kontroversi Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum selesai.
“Walaupun UMNO menolong Melayu Bumiputera, tetapi ia hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga. Ia tidak mencukupi,” katanya.
Ibrahim menyifatkan UMNO kini diibaratkan seperti telur dihujung tanduk.
“Dengan penuh kejujuran dan ikhlas, memang telur dihujung tanduk, dan survival UMNO amat kritikal,” katanya.

Wawasan Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz

Oleh Khalid Samad
Ramai yang menyebut nama kedua Almarhum UFN dan Almarhum TGNA dengan penuh kagum dan kasih sayang. Tidak kurang juga yang mengaku diri mereka sebagai pengikut kedua-dua tokoh ini. Namun malangnya, ramai pula yang tidak memahami dengan jelas wawasan yang dibawa oleh kedua tokoh ini. Kedua-dua mereka mempunyai wawasan untuk menjadikan PAS sebagai sebuah parti politik arus perdana dengan Islam dilihat sebagai pembela nasib rakyat.


Selama ini, sebelum mereka berdua berjaya membawa wawasan mereka ini, PAS dilihat sebagai sebuah parti yang membawa isu-isu yang dipentingkan oleh hanya sebahagian kecil ummat Islam. Pengaruh PAS terhad hanya kepada golongan tertentu dan PAS tidak dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan untuk keseluruhan rakyat, samada Muslim atau bukan Muslim.

PENDEKATAN BAHARU

Melalui pendekatan baharu yang bersifat inklusif, kedua mereka telah berjaya mengubah imej PAS dan dengan itu membetulkan imej Islam itu sendiri. PAS mula dilihat sebagai parti yang membela nasib rakyat dan Islam ditonjolkan sebagai agama pembawa rahmat untuk seluruh manusia. Hasil dari itu maka penerimaan rakyat terhadap PAS semakin meningkat dan semakin ramai menjadi ahli untuk menggerakkan wawasan yang dibawa mereka berdua.

Perjuangan PAS yang dibawa dijelaskan mereka berdua melalui bahasa-bahasa kontemporari berhubung keadilan, ketelusan, kebajikan dan ‘good governance’ atau tata kelola yang baik. Mereka mengambarkan betapa nilai dan akhlak Islam menjamin pentadbiran yang telus dan adil dan betapa ianya akan mendatangkan manfaat kepada semua manusia. Oleh kerana bahasa dan mesej yang bersifat inklusif, maka PAS telah mampu menghasilkan suasana kondusif untuk memungkinkan kebersamaan rakyat, NGO dan parti pembangkang yang lain.

KEPENTINGAN TAHALUF SIYASI

Keterbukaan mereka memungkinkan ‘tahaluf siyaasi’ diamalkan secara ikhlas dan jujur sehingga terbentuknya Barisan Alternatif pada tahun 1999. Selepas pemergian Almarhum UFN, maka wawasannya terus diperjuangkan oleh Almarhum TGNA dan saff pimpinan yang telah dibentuk bersamanya sejak sekian lama. Maka terhasil pula Pakatan Rakyat.

Kesanggupan PAS untuk berkerjasama dengan parti politik lain yang turut mempunyai kommitmen terhadap pembentukan masyarakat yang adil dan berkebajikan hanya menambahkan populariti PAS di kalangan masyarakat umum. Perbezaan antara parti dihormati dan tiada usaha untuk memaksa sikap dan pendirian PAS ke atas mana-mana pihak. PAS melalui Almarhum TGNA mengambil pendekatan menerang dan memujuk, khususnya terhadap rakan PR dan bukan memaksa dan mengugut.

HUBUNGAN PERIBADI ANTARA PIMPINAN

Kommitmen Almarhum TGNA terhadap PR tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Pada zaman Almarhum, hubungan peribadi antara pimpinan parti PR semakin rapat. Samada dengan DSAI atau pimpinan DAP seperti LKS, LGE dan mendiang Karpal Singh, TGNA mempunyai hubungan peribadi yang baik dengan mereka.

Almarhum TGNA pernah mengingatkan kami bagaimana Almarhum UFN mempunyai hubungan baik dengan DSAI dan pimpinan DAP dan bagaimana ianya perlu demi memenangkan perjuangan Islam yang diperjuangkan. Almarhum juga pernah menyebut bahawa apa yang beliau lakukan adalah untuk meneruskan kaedah dan pendekatan Almarhum UFN di mana sikap Islam bukan sekadar disebut tetapi dihayati.

Tiada siapa yang boleh lupa bagaimana Almarhum UFN telah ke rumah DSAI sebaik sahaja DSAI dipecat oleh Dr. Mahathir, ketika banyak pihak yang bergembira di atas pemecatan tersebut. Selain dari ianya menzahirkan perasaan persahabatan yang tulus ikhlas, ianya juga memperlihatkan sikap menentang kezaliman yang tegas, walaupun yang dizalimi bukan dari parti yang sama.

Almarhum UFN dan TGNA memahami bahawa hubungan peribadi yang baik dan rapat amat penting untuk menjayakan PR. Adalah mustahil untuk PR berfungsi dengan jayanya sekiranya pimpinan tidak bertemu dan menjalinkan hubungan! Dan hubungan ini satu hubungan yang ikhlas dan tulus supaya semua terlibat dapat merasa yakin bahawa dengan PAS semua pihak akan memperolehi keadilan dan pembelaan serta tidak sama sekali akan dizalimi apatah lagi dikhianati.

Tahaluf Siyasi : Bukan ambil kesempatan

Oleh USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM
PRESIDEN PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungan beliau di Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor ada menyebut bahawa PAS bertahaluf siyasi dengan bukan Islam ataupun kumpulan bukan Islam adalah bukan untuk mengambil kesempatan ke atas mereka untuk Islam mencapai kemenangan tetapi adalah untuk menunjukkan rahmat dan keindahan Islam sekaligus bersedia bersama dalam perkara kebaikan dan kemanusiaan.

Tahaluf siyasi adalah perjanjian persefahaman antara Islam dengan Kafir di atas tujuan tertentu yang tidak melibatkan aqidah dan dasar Islam seperti bersatu dan bekerjasama dalam penentangan terhadap unsur penyelewengan dan kezaliman dan juga isu kemanusiaan yang bersifat sejagat.

Para ulama berselisih pendapat dalam hal ini. Ada yang berpendirian haram secara mutlak dan ada berpandangan diharuskan apabila menepati syarat-syarat tertentu.

Syarat-syarat bertahaluf inilah yang selalu terlepas pandang dan ada juga yang tidak mempedulikannya.

Atas sebab inilah wajar juga dilihat bahawa hukum asal bertahaluf itu merujuk kepada isu aqidah bukannya sekadar kepentingan dan aspek taktik dan startegi organisasi sahaja.

Ini supaya jangan sampai kita bertahaluf sehingga menggadaikan prinsip dan matlamat perjuangan Islam iaitu mendirikan Daulah Islamiyyah dan juga melaksanakan syariat Islam berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.

Marilah kita merujuk dan meneliti ayat al Quran, Allah SWT berfirman, dalam Ali-Imran ayat 51.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

"..Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.."

Ayat ini datang sesudah ayat ke-50 dan 51 al-Maedah, dimana perintah Allah SWT kepada orang beriman agar berhukum dengan hukum Syariat Islam yang diturunkan oleh Allah SWT.

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

"..Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.."

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

"..Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah..."

1MDB: Perolehan aset tidak didorong oleh agenda politik

1MDB: Perolehan aset tidak didorong oleh agenda politik

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menafikan mana-mana pihak yang menyatakan perolehan asetnya didorong oleh agenda politik.

Dalam satu kenyataan media, 1MDB berkata, "Seperti yang kami menyatakan sebelum ini, kami hanya memperoleh aset apabila kami yakin bahawa aset itu mempunyai nilai jangka panjang.

"Bagi mereka yang menyatakan bahawa perolehan aset kami didorong oleh pertimbangan politik semata-mata adalah palsu.

"Pada hakikatnya semua tohmahan sedemikian adalah pengulangan tuduhan lama yang dilakukan oleh pihak yang sering membangkang kerajaan termasuk mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad."

Menurut kenyataan itu lagi, Dr Mahathir tidak pernah mengemukakan bukti untuk menyokong kenyataannya – yang RM42 billion hilang daripada 1MDB.

"Tuduhan-tuduhan ini tidak mempunyai asas dan tidak mempunyai sokongan bukti. Realitinya, hutang RM42 billion itu dibayar dengan aset bernilai RM51 billion.

Polis Thai tahan pekerja IT PetroSaudi berhubung kebocoran rahsia 1MDB

Xavier Justo ditangkap di rumahnya di Thailand oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Diraja Thai semalam dan didakwa cuba memeras ugut serta tuduhan melakukan ugutan terhadap PetroSaudi International. Dia juga didakwa membocorkan maklumat berkaitan syarikat bermasalah 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Jun, 2015. 
Xavier Justo ditangkap di rumahnya di Thailand oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Diraja Thai semalam dan didakwa cuba memeras ugut serta tuduhan melakukan ugutan terhadap PetroSaudi International. Dia juga didakwa membocorkan maklumat berkaitan syarikat bermasalah 1MDB

Polis Thailand menahan seorang bekas eksekutif teknologi maklumat (IT) daripada PetroSaudi International yang membocorkan maklumat berkaitan syarikat bermasalah 1Malaysia Development Bhd. The Malaysian Insider difahamkan Xavier Justo ditahan di sebuah pulau negara itu semalam dan dihantar ke Bangkok hari ini.
"Xavier Justo ditangkap di rumahnya di Thailand oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Diraja Thai semalam dan didakwa cuba memeras ugut serta tuduhan melakukan ugutan terhadap PetroSaudi International.

"Banyak komputer, pemacu cakera keras dan beberapa bahan bukti lain dirampas selepas waran tangkap dikeluarkan dan siasatan ke atas tertuduh sedang dijalankan.“Sementara itu PetroSaudi International sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya atas pertuduhan lain," kata PetroSaudi dalam satu kenyataan hari ini.
Jurucakap PetroSaudi International berkata:"Kami lega kerana Justo kini akan dihadapkan ke mahkamah. Kami kesal menjadi mangsa jenayah yang dipolitikkan di Malaysia.”

Beri masa untuk tempoh bertenang, elak konflik baru - Tuan Ibrahim


Post Pic

KUALA LUMPUR: Ahli dan pimpinan PAS diminta bertenang serta tidak mengeluarkan sebarang komen yang boleh mencetuskan konflik terutamanya dengan perkembangan berlaku kebelakangan termasuk polemik yang timbul pada Muktamar Tahunan Kali ke-61, dua minggu lalu.
 
"Bagi PAS dalam sejarah tahaluf tak pernah taruk diri, biasanya kita ditendang keluar.
 
"Kita akan menjaga setakat mana kita mampu memelihara hubungan itu dan sekiranya tiada jalan PAS harap kita boleh mencari jalan untuk kita bersama," kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyentuh tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat.
 
Justeru beliau mengharapkan ahli serta penyokong PAS agar memberi laluan kepada 'tempoh bertenang' bagi mengelakkan timbul polemik baru.
 
"Kita harap dapat hadapi keadaan ini dengan tenang dan saya cadangkan supaya beberapa tempoh ini tempoh bertenang supaya tidak banyak serang-menyerang.
 
"Supaya kita fokus kepada parti masing-masing," katanya.
 
Selain itu, Tuan Ibrahim berkata ketegangan yang timbul dalam kalangan pemimpin PAS susulan keputusan pemilihan parti turut mengundang rasa kurang selesa.
 

Profesional kecundang mahu mufarakah dari PAS.....

Kumpulan profesional PAS yang kecundang dalam pemilihan saf kepimpinan parti itu awal bulan ini cuba menggunakan formula sakti Anwar Ibrahim yang menghasilkan penubuhan Pakatan Rakyat tujuh tahun lalu.
Himpunan pemimpin yang gagal mencabar kepimpinan ulama yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang nampaknya kini senang meneruskan perjuangan mereka dengan gelaran G18 (Kumpulan 18).
Yang pastinya gelanggang mereka kali ini bukan dalam PAS. Semua petunjuk menuding ke arah pembabitan mereka dalam wadah baru. Cuma yang tidak jelas sama ada ia bersifat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau parti politik.
Hakikat bahawa formula sakti Anwar ini akan digunakan di luar padang politik PAS, membuktikan bahawa memang ada ‘kesepakatan di kalangan mereka’ untuk benar-benar menjatuhkan Hadi dan ulama sebelum muktamar lalu.
G18 mengatur supaya slogan “Harapan Baru” bergema ke seluruh pelosok negara selepas aidilfitri bagi menyebarkan khabar kelahiran sebuah “wadah baru yang lebih kukuh dan inklusif untuk rakyat Malaysia”.
Yang pastinya juga, harapan baru yang mereka mahu sebarkan pada rakyat Malaysia itu bukanlah bersandar pada payung politik PAS lagi.
Slogan ini sahaja sudah cukup mengesahkan betapa kuatnya pengaruh Anwar pada G18 ini. Slogan inilah yang digunakan parti Anwar, PKR, untuk membuat kejutan besar menafikan Umno-BN majoriti dua pertiga di parlimen pada 2008.
Cuma yang berbeza sedikit ialah terjemahan yang digunakan dalam bahasa Inggeris ialah “The New Hope and Dream” dan bukan “New Dawn” yang digunakan oleh PKR.
Malah konsep permuafakatan yang diketengahkan oleh G18 ini ‘salin tak tumpah’ dengan idea Anwar yang berjaya menumpulkan perbezaan di antara DAP dan PAS hingga tertubuhnya Pakatan Rakyat – menghimpunkan NGO dan parti politik yang mempunyai cita-cita sama.

ROSLI NI TAK BERGAUL DENGAN ORANG, SEBAB TU TAK DAPAT ZAKAT..MENTERI JENIS NI PUN ADA...!!!


“Saya tidak mampu memberi kekayaan, tetapi setidak-tidaknya saya dapat menghulurkan kasih sayang dan pengorbanan kepada mereka. Inilah tanggungjawab saya setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 1.30 petang.”

Menyara tiga orang anak yang bersekolah dengan wang bantuan persekolahan sebanyak RM300 sebulan merupakan bebanan hebat buat Rosli Hamid yang lumpuh kedua kakinya selepas terlibat dalam kemalangan motosikal.

Rosli, 46, kini terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada wang Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain berdoa mendapat bantuan wang zakat yang sudah dipohonnya sejak tahun lepas.

Beban Rosli yang kini menetap di Kampung Air Itam, Terachi, Kuala Pilah itu dilihat semakin berat selepas dikatakan terpaksa berpindah dari rumah sewa yang didudukinya dengan kadar RM100 sebulan kini.

Berkat Ramadan: Berpakat demi rakyat


chin ting


Selepas Pakatan Rakyat ‘dibunuh’ pihak tertentu, aspirasi rakyat yang mahu melihat perubahan politik berlaku dalam negara ini perlu dipertahankan.
Tanpa jawatan dan kadang-kadang diaibkan, pemimpin PAS tetap dilayan dengan baik oleh rakan daripada DAP.
Gambar ini, misalnya, membuktikan aspirasi rakyat masih diperjuangkan melalui persefahaman dan kerjasama antara pemimpin kedua-dua parti.
Antara yang dapat dilihat dalam gambar dari akaun Facebook Liew Chin Tong ini Mohamad Sabu, Lim Kit Siang, Salahuddin Ayub, Khalid Samad, Datuk Johari Abdul dan penyanyi Aishah.
Tidak ketinggalan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Menurut status Facebook Chin Tong, mereka bertemu untuk berbuka puasa di sebuah tempat di Kuala Lumpur.

Apakah kita ingin suburkan Ramadhan dengan kebencian?


ramadhan_


Sejujurnya saya merasa amat letih. Saban tahun ketika Ramadan menginjak masuk, pasti ada kenyataan berbaur penghinaan terhadap rakyat yang menganut agama selain Islam.
Dan tahun ini tidak terkecuali. Kali ini seorang penolong kanan di sebuah sekolah pula menghamburkan kata-kata, “minumlah air kencing sendiri”. Sama ada ia tidak sengaja atau mungkin sebagai perencah menyedapkan ucapannya, tetapi sebagai seorang penolong kanan ia bukanlah tindakan wajar.
Ramadan adalah bulan mulia untuk kita meningkatkan taqwa. Tetapi dalam masa yang sama, ia seharusnya menjadi medan untuk meningkatkan ukhwah dan empati bukan sahaja sesama Muslim tapi kepada semua makhluk di muka bumi ini.
Tidak perlulah mengeluarkan kata-kata sampai ke tahap seperti “minum air kencing sendiri”. Adakah itu mencerminkan akhlak Muslim?
Tindakan tanpa toleran dan keras ini sebenarnya semakin menjauhkan masyarakat bukan Islam kepada Islam. Sedangkan kita mempercayai bahawa Islam ini “rahmatan lil alamin”.
Bagaimana kita mahu menterjemahkan terma “rahmat kepada seluruh alam” ini jika kita terus kekal terperangkap dalam stigma keangkuhan hanya kerana kita ini kaum majoriti dalam negara ini.
Kita sepatutnya memahami bahawa aqidah dan akhlak perlu berjalan seiringan.
Islam mengajar penganutnya bersederhana dan sebagai manusia yang merupakan sebaik-baik kejadian kerana Allah mengurniakan akal untuk berfikir. Seharusnya gunakan akal tersebut untuk mengamalkan kesederhanaan bukan ekstremis.

DAP gesa kaji semula GST tangani kemelut semasa


GST_naik


KUALA LUMPUR, 23 JUN: Pendekatan menyeluruh kerajaan dalam menyemak semula pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk suku tahun pertama amat mendesak sebelum ringgit semakin merudum.
Menurut Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong, setelah pelaksanaan GST, nilai ringgit malaysia menyaksikan penyusutan dan ekoran itu, penyemakan semula praktik cukai berkenaan harus dilakukan segera.
“Saya seru kerajaan laksanakan kajian secara menyeluruh pada suku tahun pertama pelaksanaan GST dengan telus dan jelas bagi menangani pelbagai masalah.
“Jawatankuasa khas kabinet mengenai kos hidup, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Bank Negara bercakap tentang beberapa jenis kajian yang akan dimulakan,”ujar Chin Tong.
Ahli Parlimen Kluang itu berkata, kajian sedemikian belum ada lagi sejak GST dilaksanakan sedangkan keadaan ekonomi semakin teruk terutamanya nilai ringgit yang semakin jatuh dan sistem GST yang dilihat kelam-kabut.
Tambahnya, antara isu yang penting dilihat dalam semakan semula GST termasuklah impak negatif cukai itu terhadap penggunaan domestik apabila rakyat Malaysia terpaksa membayar cukai berlebihan berbanding sebelumnya.
Selain itu isu akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan yang diwartakan kerajaan pada 2014 terhadap para peniaga juga perlu semakan semula kerana dianggap melampau dalam mengawal harga.

Siasat Najib segera


najibhehe


KUALA LUMPUR, 23 JUN: DAP menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) segera menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB atas dakwaan penipuan pilihan raya, kemungkinan menggelapkan wang rakyat serta pecah amanah.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata berkata, siasatan perlu dibuat berikutan tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mempertahankan Najib dan penggunaan dana awam 1MDB.
“Walaupun Nazri mengatakan ‘merompak wang daripada sumber tertentu untuk membiayai perkara lain’ adalah dibenarkan, beliau tidak langsung tidak menjelaskan ke mana hilangnya wang 1MDB.
“Najib, Genting Group, 1MDB dan Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) bukan saja perlu disiasat SPR kerana melakukan penipuan pilihan raya tapi atas penyelewengan dan kemungkinan menggelapkan dana awam, pecah amanah serta rasuah,” katanya.
Nazri semalam menyatakan jika laporan Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini yang mendakwa 1MDB menyediakan wang untuk Najib berkempen pada PRU lalu adalah benar, maka terbukti wang itu sebenarnya digunakan untuk rakyat.
“Sekiranya laporan WSJ itu terbukti benar, jadi baguslah, kerana ia menunjukkan wang itu tidak hilang.
“Apa salahnya wang tersebut dibelanjakan untuk rakyat? Ini bukan penyelewengan dana, ini menunjukkan kita tidak membazirkan wang,” dakwa Nazri.

Siapa Tenggelam Dan Siapa Bimbang?

Kewujudan sebuah parti baru yang bakal diterajui oleh kumpulan progresif Pas yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini nampaknya semakin hampir menjadi kenyataan. 

Tidak saja PasMa dengan penuh yakin mengumumkan penubuhan parti baru itu akan direalisasikan tidak lama lagi bersama beberapa NGO dan bakal menjadi pengganti kepada Pas dalam Pakatan Rakyat, bahkan kumpulan progresif itu sendiri sudah ada jenamanya sendiri yang dinamakan G18 yang sekaligus menggambarkan iltizam untuk terus mara ke hadapan dengan wadah baru dan tidak mahu lagi menoleh ke belakang bersama kenangan silam.

Kumpulan G18 ini turut mempunyai jawatankuasa penajanya yang diketuai oleh Mohamad Sabu manakala timbalannya pula ialah Salahuddin Ayub yang ditawarkan oleh Pas menduduki kerusi Ahli Jawatankuasa lantikan bersama Mahfuz Omar dan Mohd Taufek Abdul Ghani, dua hari lalu.

Maka, tidak syak lagi tawaran yang dibuat kepada Salahuddin itu ada maksudnya yang terselindung.

Dalam perkembangan yang sama, PasMa akan terus kekal sebagai NGO yang bersama-sama mendukung perjuangan Pakatan Rakyat bagi mencapai hasrat mengambil alih pentadbiran negara ini daripada BN.

Sumber yang dekat dengan kumpulan progresif juga memberitahu, parti baru itu sebenarnya sudah pun ada melalui pengambilalihan sebuah parti yang sudah lama ditubuhkan tetapi selama ini tidak aktif. Ia  hanya menunggu masa untuk diumumkan saja lagi.

Kemungkinan juga parti yang diambil alih itu akan menjalani proses pertukaran nama bagi menyesuaikannya dengan perjuangan Islam yang progresif, moden dan inklusif yang mahu dibawanya nanti.

KSU berniat baik luluskan projek lebih RM100 juta...Ini macam pun ada..!!!


Ayam dibekalkan kepada mangsa banjir 

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Arif Ab Rahman berpendapat tindakan bekas KSU kementerian itu yang kini telah bersara, menandatangani projek pertanian bernilai RM268 juta sebelum ini, dibuat 'dengan niat yang baik'.
      
Beliau berkata, kuasa KSU untuk menandatangani kontrak kebiasaannya setakat RM100 juta, namun tindakan itu dibuat untuk mempercepatkan pelaksanaan projek berkenaan.
    
"Saya rasa di sini tiada penyelewengan kerana saya rasa KSU yang lepas menandatangani kontrak ini dengan niat yang baik, atas kapasiti untuk mempercepatkan projek," katanya pada sesi bersama media, mengenai tindakan susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2014 Siri 2, di sini hari ini.
      
Majlis tersebut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.
      
Mohd Arif mengulas mengenai tindakan bekas KSU kementerian itu yang menandatangani kontrak pertanian di bawah Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) melebihi RM100 juta yang sepatutnya diluluskan oleh menteri berkenaan sepertimana yang dinyatakan dalam laporan audit.
      
Mohd Arif berkata, projek itu bagaimanapun sah untuk dilaksanakan, dan pihak audit juga menyatakan ia tidak termasuk dalam kes yang perlu dihukum kecuali mengingatkan bahawa proses penurunan kuasa daripada menteri perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum sesuatu projek melebihi RM100 juta ditandatangani oleh KSU.

Ringgit jatuh: Beri kesan buruk dan baik

KUALA LUMPUR - Kejatuhan nilai mata wang ringgit yang disifatkan kritikal bukan sahaja membawa keburukan, bahkan turut memberi impak positif kepada rakyat negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, mana-mana pihak atau syarikat akan mendapat manfaat sekiranya menjalankan eksport keluar negara dalam dengan menggunakan mata wang dollar.

"... tetapi bagi syarikat atau pihak yang lebih banyak bergantung kepada banyak input yang diimport, mereka akan menerima kesan daripada kejatuhan ringgit," katanya ketika ditemui Sinar Online selepas tamat program #TanyaGomen di sini, hari ini.

Ditanya mengenai pemulihan ringgit yang dilihat kritikal buat masa sekarang, beliau bagaimanapun memberi respons bahawa ia bergantung kepada keadaan semasa dalam negara.

"Kita tidak boleh cakap (ulas). Ia sebenarnya bergantung pada keadaan semasa.

“Sekarang kita ada banyak isu dan ia mempengaruhi ringgit mata wang kita," ujarnya lagi.

Surat terbuka: Kamu akan 'tenggelam', kata Hadi

Ahli Umno P.Pinang bakar bendera DAP

Belasah TMJ: Polis sudah siasat Nazri, kata IGP

Keluar PAS, kafir: Saya akan saman - Ustaz Nor Azli Musa

Mahfuz dilantik semula, tiga lain kekal

Datuk Mahfuz Omar  
  • Ketua Penerangan Pas Pusat Datuk Mahfuz Omar menyampaikan usulnya mengenai masa depan Pakatan Rakyat pada persidangan hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 6 Jun 2015. 
SHAH ALAM – Bekas Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar dilantik semula sebagai pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan ia merupakan salah satu daripada empat lajnah yang mengekalkan pengerusi pada penggal lepas.

Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, selain Mahfuz, tiga lagi lajnah tidak menerima pengerusi baharu iaitu Lajnah Politik dan Pilihan Raya yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lajnah Dakwah oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Lajnah Pendidikan oleh Datuk Mohd Amar Abdullah.

“Disebabkan perubahan agak besar dalam Jawatankuasa Pas Pusat, hampir semua lajnah mendapat pengerusi yang baharu kecuali empat lajnah tersebut.
“Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang lepas juga bersetuju membentuk 24 portfolio dengan menggabungkan dua lajnah sebelum ini, iaitu Lajnah Asas Tani dan Lajnah Alam Sekitar menjadi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman web Pas, hari ini.

Beliau juga berkata lajnah gabungan itu akan dipengerusikan seorang muka baharu, Sanusi Mohd Noor yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah.

Mengulas lanjut, beliau berkata lagi, satu portfolio baharu telah diwujudkan iaitu Lajnah Hubungan NGO dan dipengerusikan oleh seorang muka baharu, iaitu Prof Madya Zainal Abidin Kidam yang juga bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel).

Sementara itu, katanya Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) akan dipengerusikan semula oleh beliuau sendiri seperti di awal penubuhannya pada 2000 sebelum ini.

“Manakala satu lagi perubahan adalah jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Pusat Penyelidikan Pas (PPP) juga telah ditukarkan kembali kepada Pengarah PPP seperti di awal penubuhannya dahulu,” katanya lagi.

Berikut adalah senarai penuh Pengerusi dan Pengarah Lajnah-lajnah dan Jabatan di kalangan AJK Pas Pusat bagi sesi 2015-2017:

Masih adakah sinar Pas, DAP berbaik?

KUALA LUMPUR - Masihkah ada sinar di sebalik 'awan hitam' yang menyelubungi Pas dan DAP?
  
Persoalan ini pastinya antara perkara yang bermain diminda rakyat khususnya pemerhati politik ekoran kemelut yang melanda PR ini kian parah, sekali gus menyaksikan Pas dan DAP 'berpatah arang, berkerat rotan'.
  
Hubungan yang dibina sejak 1 April 2008 atas nama PR dengan tujuan untuk 'membela kebajikan rakyat' kini lumpuh. Ia seakan-akan kehilangan nakhoda, selepas ketiadaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara atas tuduhan liwat.

Seperti yang diketahui banyak pihak sebelum ini, keutuhan dan kesepaduan serta masa depan PR sebenarnya banyak bergantung kepada Anwar, yang memainkan peranan sebagai orang tengah kepada Pas dan DAP khususnya dalam membina kepercayaan antara kedua parti itu.
  
Sebelum ini, Pas dan DAP pernah bersama dalam Barisan Alternatif (BA) pada 1999 bersama dua parti lain iaitu Parti Keadilan Nasional  dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
  
Lantaran tidak bersetuju dengan dasar Pas memperjuangkan penubuhan negara Islam, DAP keluar daripada BA pada 2001 manakala Keadilan dan PRM bergabung membentuk PKR pada 2003.
  
Kini nasib yang sama bakal dilalui PR seolah-olah mengulangi episod hitam yang pernah berlaku semasa BA.
  
Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata sesebuah pakatan yang dibentuk tidak sepatutnya tertumpu kepada ketokohan seseorang pemimpin semata-mata, sebaliknya perlu mempunyai matlamat akhir yang sama.
  
"Dalam konteks PR, memang benar Anwar adalah gam yang menyatukan tiga parti dan tanpanya, pakatan akan berpecah. Persoalannya, sampai bila nak guna Anwar?," katanya.
  
Keretakan bermula apabila DAP memutuskan hubungan dengan Pas di Sabah dan Sarawak ekoran isu hudud dan kemudiannya memutuskan hubungan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi masih kekal bekerjasama dengan Pas.
  
Pas kemudian menerusi satu usul tergempar Dewan Ulama sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP, tetapi kekal bersama pakatan pembangkang. Usul itu kemudiannya diterima tanpa bahas pada Muktamar tahunan Pas ke-61 pada awal bulan ini.
  

Adakah jelajah kem progresif PAS akan membawa hasil?

oleh Rizuan Shamsudin
Rakyat yang masih ingat siri jelajah Reformasi yang digerakkan ikon politik Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat daripada Umno pada 2 September 1998 pasti mampu membandingkan peristiwa itu dengan road tour pemimpin progresif PAS hari ini.
Pemimpin progresif yang dipancung dalam Muktamar PAS ke 61 awal Jun lalu kini mendapat tempat istimewa di hati ahli dan penyokong PAS. Ke mana sahaja mereka pergi akan menerima sambutan hangat.
Dua pentas disediakan untuk mereka. Iaitu Terbuang Tapi Terbilang dan Jasamu Dikenang. Pemimpin yang ditampilkan setakat ini ialah Mohammad Sabu, Mujahid Yusuf Rawa, Faiz Fadzil dan Dr Hatta. Mat Sabu menjadi tumpuan utama.
Ceramah beliau di Lembah Pantai beberapa hari lalu dihadiri tidak kurang seribu orang. Rakyat ingin mengetahui sesuatu yang baharu dari pemimpin PAS yang tersingkir. Ingin mengetahui gerakan politik mereka dan tidak mustahil akan terus menyokong ke mana sahaja hala tuju politik tokoh-tokoh itu meski pun meninggalkan PAS.

Perkara yang sama terjadi dalam gelombang Reformasi 1998. Anwar dinanti-nantikan kunjungannya ke seluruh negara. Rakyat ingin  mengetahui dari mulut beliau sendiri mengenai fitnah liwat dan kekejaman rejim Mahathir.
Mulai 5 September 1998, Anwar bergerak dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk berceramah di Masjid Negara dan menganjurkan perhimpunan raksaksa 100,000 di Dataran Merdeka yang menjadi simbol kebangkitan besar-besaran penentangan ke atas kekuasaan Dr Mahathir.

Hanipa: Senario politik dulu, kini berbeza

Sekalipun Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa mereka yang meninggalkan perjuangan PAS akan 'tenggelam', namun pemimpin progresif yang kalah dalam pemilihan parti menegaskan mereka boleh kekal bertahan.

Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat Hanipa Maidin memberitahu Malaysiakini bahawa senario politik sekarang berbeza berbanding senario yang dinyatakan Hadi.

"Sekiranya kita cuba membandingkan keadaan sebelum ini, biasanya mereka yang meninggalkan PAS tak kemana. Tapi senario politik berbeza sekarang.

"Saya percaya terdapat ramai ahli PAS yang waras, mahu PAS untuk mengambil peranan utama dalam politik Malaysia dan bersama dengan Pakatan (Rakyat)," katanya, mempertahankan pembentukan kumpulan baru dalam parti itu, yang digelar G18.

Kumpulan G18 dibentuk oleh pemimpin yang disingkirkan dalam kepimpinan PAS dalam muktamar PAS sesi ini.

Wall Street Journal hanya ulangi tuduhan Tun M kata 1MDB

1MDB hanya memperoleh aset setelah yakin ia akan membawa nilai jangka panjang dan menafikan pengambilalihan didorong oleh pertimbangan politik.
1mdb_wsj_600
PETALING JAYA:1Malaysia Development Berhad (1MDB) membidas laporan Wall Street Journal yang mengecam syarikat pelaburan milik penuh kerajaan itu terlebih bayar untuk perolehan aset tenaga.
1MDB melalui satu kenyataan media menegaskan, pihaknya hanya memperoleh aset setelah yakin ia akan membawa nilai jangka panjang dan menafikan pengambilalihan didorong oleh pertimbangan politik.
“Hakikatnya, semua tuntutan yang diketengah hanya ulangan tuduhan lama yang didorong oleh musuh-musuh politik kerajaan, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Tuntutan itu tidak pernah dibuktikan atau tidak disokong dengan bukti, termasuk Dr Mahathir sendiri yang pernah mendakwa RM42 bilion lesap daripada 1MDB. Ini kerana realitinya, RM42 bilion adalah hutang yang disokong oleh aset RM51bilion,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, 1MDB hanya mengambil kira kepentingan nilai jangka panjang apabila menguruskan transaksi kerana selain syarikat, ia juga mengambil kira aspek seluruh negara.
Oleh kerana semua urusan pemerolehan yang dibayar melibatkan pandangan serta nasihat penasihat penilaian bebas,1MDB percaya nilai yang dibayar atas perolehan aset sejajar dengan potensi yang sedia ada dan masa depan aset.

Regim Zionis As-Sisi khianati umat Islam buka kedutaan di Tel Aviv

KUALA LUMPUR: Tindakan Kerajaan Kudeta Mesir di bawah rejim pimpinan Presiden Abdel Fattah as-Sisi untuk membuka kembali pejabat Kedutaan Mesir di Tel Aviv merupakan satu petaka malang pada Ramadhan yang mulia ini dan pengkhianatan ke atas seluruh umat Islam.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, keputusan itu membuktikan karektor sebenar rejim Mesir bahawa mereka selama ini adalah tali barut kepada negara pengganas dunia dan bersekongkol dengan Zionis Israel untuk menggulingkan pemerintahan Kerajaan Mesir pilihan rakyat di bawah pimpinan Dr Mohamed Mursi.
"Saat dunia dan masyarakat antarabangsa mengutuk penjajahan Israel ke atas kedaulatan Palestin dan kezaliman serta pembunuhan terhadap kaum Muslimin di Tanah Suci umat Islam itu, rejim Mesir menghulur tangan menjabat hubungan diplomatik," ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat hubungan tersebut sebagai usaha pengukuhan geostrategik Israel sekaligus untuk mengarus dan menguasai kepentingan politik dunia.
Menurutnya, ia bakal mengundang tragedi hitam ke atas kemanusiaan sejagat amnya dan Islam secara khususnya akan terus dikambinghitamkan dengan pelbagai tuduhan terorisme.
Situasi itu, ujar beliau kelak akan dimanipulasi untuk menjadikan Mesir sebagai jambatan menghubungkan Israel dengan negara-negara umat Islam dirantau Asia Barat dan Timur Tengah khususnya.

PasMa berganding dengan G-18, NGO tubuh parti Islam baharu

Datuk Phahrolrazi Zawawi yang mengetuai PasMa berkata pengumuman kerjasama dengan kumpulan progresif dari PAS dalam menubuhkan sebuah parti Islam baharu akan dibuat selepas Hari Raya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Jun, 2015. 
Datuk Phahrolrazi Zawawi yang mengetuai PasMa berkata pengumuman kerjasama dengan kumpulan progresif dari PAS dalam menubuhkan sebuah parti Islam baharu akan dibuat selepas Hari Raya.

 Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan bergabung dengan pemimpin kumpulan progresif PAS serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain membentuk parti Islam baharu menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Presiden PasMa itu berkata, hanya satu parti baharu saja yang akan dibentuk selepas ini bagi membentuk pakatan baharu selepas PAS menamatkan hubungan dengan DAP.
"Kami akan bersama-sama dengan G-18 dan NGO Islam yang lain bagi membentuk sebuah parti baharu untuk gantikan PAS dan membentuk pakatan baru," kata Phahrolrazi kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada 18 pemimpin PAS yang tersingkir selepas ditewaskan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini, termasuk Mohamad Sabu, Datuk Husam Musa, Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli, Mohamed Hanipa Maidin dan lain-lain.

Phahrolrazi menjelaskan, parti baharu itu bukan hanya bekerjasama dengan DAP sahaja sebagaimana dilaporkan sebuah media arus perdana hari ini, tetapi juga dengan PKR. "Kita sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan G-18 bagi membincangkan perkara ini.
"Insya Allah lepas raya nanti pengumuman akan dibuat mengenainya," katanya.

PAS tidak akan kerjasama kerana Umno lemah, kata Perkasa

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, pimpinan PAS tidak terlalu bodoh untuk membaca senario politik semasa kerana mereka terdiri daripada pemimpin lama yang berpengalaman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Jun, 2015. 
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, pimpinan PAS tidak terlalu bodoh untuk membaca senario politik semasa kerana mereka terdiri daripada pemimpin lama yang berpengalaman. 

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menjelaskan PAS tidak akan menjalinkan kerjasama dengan Umno kerana parti Melayu itu kini berada dalam keadaan yang lemah dalam senario politik semasa. Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, pimpinan PAS tidak terlalu bodoh untuk membaca senario politik semasa kerana mereka terdiri daripada pemimpin lama yang berpengalaman.

"PAS ini walaupun mereka parti Islam, pemimpin mereka pemimpin lama termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dia tahu membaca perkembangan politik semasa.
"Dalam keadaan Umno dan kepimpinan menghadapi pelbagai tekanan, tak akan mereka nak kerjasama? Selalunya kerjasama dengan orang kuat. PAS kuat dan orang yang nak bekerjasama pun kuat.

"Kalau seorang lemah seorang kuat. Tak akan yang kuat nak kerjasama dengan yang lemah?" katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur hari ini. Ibrahim berkata walaupun idea untuk bekerjasama di antara 2 parti itu satu cadangan yang baik namun dari segi realitinya ia tidak akan berlaku sehingga muncul pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Katanya, PAS dan Umno masing-masing mempunyai niat tersendiri apabila positif untuk menjalinkan kerjasama yang kononnya demi untuk kebaikan orang Melayu.
“Masing-masing bermain politik. PAS tunjukkan pro aktif terhadap Umno kerana nak dapat sokongan hudud.
"Umno pun tersepit dengan politik semasa dengan pelbagai isu. Mereka perlu PAS. Masing-masing buat kenyataan tapi tak ke mana-mana pun.
"Tidak akan ada kerjasama paling tidak sehingga pilihan raya,” katanya.

'Pembangkang akan muncul bersatu, lebih kuat' - Anwar

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang membawa tiga parti berlainan ideologi duduk semeja - kekal optimis dengan masa depan pembangkang sekalipun Pakatan Rakyat sudah berkubur.

Beliau, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun, percaya pembangkang akan lebih kuat selepas "disusun semula dengan kekuatan baru".

"Saya percaya bahawa Pembangkang, setelah disusun semula dengan kekuatan baharu termasuk NGO-NGO, akan muncul bersatu dan lebih kuat selepas ini.

"Yakinlah, saya tidak akan sesekali meninggalkan perjuangan ini selagi nyawa dikandung badan," katanya dalam satu perutusan melalui peguamnya yang diedarkan oleh PKR.

Sedar beberapa perkara berlaku mutakhir ini, Anwar berkata niat dan semangat pembangkang untuk menyelematkan Malaysia daripada dakwaan kepincangan tatakelola dan autoritarianisme BN terus utuh.

Beliau berkata tekanan dan ketegangan dalam Pakatan Rakyat adalah fitrah sebuah gabungan politik yang telus dan demokratik dan tidak bermakna ia tidak boleh diselesaikan dan mengatasi masalah yang dihadapi.

Ayah sokong parti baharu jika masih hidup, kata anak Fadzil Noor

Muhammad Faiz Fadzil, anak kepada bekas presiden PAS, Datuk Fadzil Noor, berkata arwah ayahnya akan menyokong penubuhan parti baharu seperti yang dicadangkan kumpulan progresif yang tewas pada pemilihan parti baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Jun, 2015. 
Muhammad Faiz Fadzil, anak kepada bekas presiden PAS, Datuk Fadzil Noor, berkata arwah ayahnya akan menyokong penubuhan parti baharu seperti yang dicadangkan kumpulan progresif yang tewas pada pemilihan parti baru-baru ini. 

Anak kepada bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil yakin jika bapanya Datuk Fadzil Mohd Noor masih hidup, beliau akan menyokong parti baharu yang sedang dalam proses pembentukan. Faiz mengulas video Youtube yang disebarkan di laman sosial bagi menunjukkan Fadzil akan menentang penubuhan parti baharu sekiranya masih hidup.
"Anda mungkin tak setuju dengan saya, tapi saya percaya Ustaz Fadzil Noor (UFN) pasti menyokong parti baharu yang didokongi oleh pemimpin yang dilahirkannya yang banyak berjasa kepada karier perjuangannya,” tulis Faiz dalam laman Facebooknya hari ini.

"Parti baharu adalah meneruskan perjuangan UFN walau berlainan.”Menurut Faiz, ayahnya satu-satunya pemimpin zaman 70-an yang menentang kemasukan PAS ke dalam Barisan Nasional (BN) semasa pemerintahan perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.
Katanya, Fadzil pada ketika itu beralih untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk menjadikan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) kumpulan pendesak Islam yang kuat di negara ini.
"Dia kembali aktif bersama PAS setelah PAS ditendang keluar daripada BN dan sertai PRU 1978 sehingga sanggup dibuang kerja dari UTM. Jelas perjuangan UFN istiqamah menentang Umno-BN dan mahu tubuhkan kerajaan.
“Sebab itu UFN merencana pelbagai strategi politik termasuk menarik golongan profesional menyertai PAS, memadamkan fahaman ahli terhadap Amanat Hadi dan Tahaluf dengan Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif," katanya merujuk kerjasama PAS dengan parti politik lain sebelum ini.

Pakatan baharu: Apakah jaminan ia tak akan terkubur juga?

Pakatan baharu: Apakah jaminan ia tak akan terkubur juga?
KUALA LUMPUR: Cadangan untuk mewujudkan pakatan politik baharu adalah bukan satu perkara yang luar biasa, malah ia dilakukan atas keinginan survival sesebuah parti itu sendiri, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan.

Menurut beliau, bagi menjamin pakatan baharu ini tidak terkubur seperti apa yang berlaku kepada Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini, ia perlu dilihat sebagai sebuah pakatan yang tidak bersifat ‘ad hoc’ (bukan sesuatu perkara yang dilakukan untuk tujuan tertentu tanpa perancangan awal) semata-mata.

“Kelemahan yang ada dalam PR sekarang atau sebelum ini ialah, tidak ada satu agenda yang ditandatangani sewajarnya oleh semua parti.

“Kalau mahu pastikan kesinambungan dan kekuatan daripada parti-parti komponen, amat penting untuk ada perjanjian yang benar-benar jelas dimeterai bersama.

“Apa yang ingin diperjuangkan oleh pakatan tersebut tidak boleh bersifat ad hoc. Bila nak dekat pilihan raya baru mahu tubuhkan...nanti ada satu isu kita tidak bersama. Tidak boleh macam tu.

"Ia sepatutnya ada satu agenda lebih besar, di mana perlu ada satu perjanjian pakatan," jelas beliau dalam satu temu bual bersama Astro AWANI hari ini.

Apa yang ingin diperjuangkan oleh pakatan tersebut tidak boleh bersifat ad hoc. Bila nak dekat pilihan raya baru mahu tubuhkan...nanti ada satu isu kita tidak bersama. Tidak boleh macam tu.
Share
Wan Saiful berkata, pakatan baharu ini perlu mengambil contoh apa yang telah dilakukan oleh kerajaan United Kingdom (UK) sekarang.

"Kerajaan UK kini adalah sebuah kerajaan berbentuk pakatan antara konservatif dan demokrasi liberal. Mereka ada perjanjian persefahaman yang bertulis dan boleh disaksikan oleh semua orang.

"Perjanjian ini merangkumi semua perkara yang diperjuangkan oleh pakatan tersebut, dan itu yang sepatutnya dibuat oleh pakatan baharu sekarang," jelas beliau.

Menurutnya lagi, walaupun perjanjian perjuangan bersama itu telah dimeterai, parti-parti komponen juga bebas untuk mempunyai pandangan yang berbeza sambil menjalankan agenda-agenda tersendiri.

Azmin: Sultan mahu k'jaan S'gor terus stabil

Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata Sultan Selangor mahu kerajaan negeri terus stabil untuk membangunkan negeri dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat susulan masalah dalaman Pakatan Rakyat.

Azmin berkata baginda mengambil maklum mengenai penjelasan beliau berhubung perkara itu dalam pertemuan mereka semalam.

"Pada kesempatan ini, saya juga telah memaklumkan kepada DYMM Tuanku Sultan tentang masalah dalaman Pakatan Rakyat di peringkat nasional.

"Saya memberi jaminan kestabilan dan keutuhan Kerajaan Negeri Selangor untuk terus fokus kepada usaha memenuhi aspirasi rakyat melalui penjanaan pertumbuhan ekonomi dan keadilan sosial.

"DYMM Tuanku Sultan mengambil maklum tentang penjelasan yang saya berikan dan Baginda mahu Kerajaan Negeri Selangor terus stabil untuk membangunkan Selangor dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti itu, PKR dan PAS tidak lagi wujud susulan keputusan Muktamar PAS baru-baru ini untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah 'membunuh' gabungan itu.
  
Akur dengan keputusan tersebut, Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan semalam seolah-olah menyalahkan PAS sebagai punca pakatan pembangkang berpecah namun ingin teruskan kerjasama dengan kedua-dua parti.

Ahli Umno yang berang, bakar bendera DAP

Bendera DAP dibakar di perkarangan bangunan Komtar, yang menempatkan pejabat kerajaan negeri Pulau Pinang, hari ini.

Insiden itu berlaku apabila kira-kira 50 ahli dan penyokong Umno yang diketuai setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir pergi ke sana untuk menyerahkan memorandum kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Protes itu adalah sebagai tindak balas terhadap keputusan majlis tempatan itu merobohkan struktur logo Umno di Menara Umno.

Turut sama ialah Ketua Pemu

da Umno negeri, Rafizal Abdul Rahim; Ketua Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said;  Ketua Bahagian Tanjong, Ahmad Ibnihajar dan Ketua PERKASA Pulau Pinang, Mohd Rizuad Belia Mohd Azudin.

Sebelum Musa dan pemimpin yang lain sampai ke tingkat tiga tiga di mana terletaknya pintu masuk ke pejabat pentadbiran kerajaan negeri, anggota keselamatan telah pun menutup pintu besi di situ.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan beberapa orang penyokong, yang kemudiannya menjerit dan menghentak pintu itu.

Selepas rundingan diadakan, Musa dan beberapa yang lain dibenarkan masuk.

Rafizal pula melaungkan mengapa wakil lambat keluar untuk menerima memorandum mereka, sedangkan dakwanya, mereka begitu cepat merobohkan struktur logo Umno.

PERKASA ramal PAS akan menang besar pada PRU14

Presiden NGO pendesak Melayu (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali meramalkan PAS akan untung besar dalam pilihan raya umum ke-14 apabila memutuskan hubungan dengan DAP.

Beliau melihat, PAS akan dapat merampas sokongan undi penyokong Umno kerana parti lawan itu tidak lagi memenangi hati orang Melayu terutamanya dari segi ekonomi serta pendidikan.

Katanya lagi, PAS akan lebih kuat apabila tidak lagi berada dalam Pakatan Rakyat kerana undi Melayu akan tertumpu kepada parti Islam itu.

“Tinjauan kita dalam perspektif politik orang Melayu, apabila PAS berpisah dengan DAP, ia bukan tindakan yang rugikan PAS.

"Sebaliknya PAS akan untung besar sekiranya Umno tidak ambil tindakan segera yang proaktif.

“Ini kerana di kawasan majoriti orang Melayu, mereka (pengundi) bagi sokongan pada Umno kerana tidak ada pilihan selain Umno walaupun tidak puas hati dengan Umno,” katanya.

Ibrahim bercakap kepada pemberita dalam sidang media di ibu pejabat PERKASA hari ini.

Ibrahim juga membayangkan bahawa sejumlah besar ahli PERKASA merupakan penyokong PAS.

“65 peratus ahli PERKASA adalah ahli Umno. Sebahagian daripada mereka tidak puas hati dengan Umno sejak 2008, sebanyak 90 peratus undi PERKASA kepada pembangkang,” katanya.

TU DIA !!! Rasuah A$4.75 (RM13.7 juta). Tak cukup2 nak merompak merasuah dalam negara


TETAPI YANG LAINYA.. tokey kilang kipas jilat sampai mati..


SIAPA PUNYA KERJA merosotnya pemberian biasiswa JPA terhadap bumiputera !!!.. DAP ka, PKR ka atau PAS ka ??


DAH PECAH LUBANG !!!.. kenapa nak tunggu esok ??? Adakah 'skrip' jawapan ntuk hari ini blom disediakan ???


APAKAH PERSAMAAN KETIGA-TIGA MEREKA INI !!!..


APA DAH JADI dgn duit2 rakyat yg telah diamanahkn kpd mereka ini ???

Daripada ABI HURAIRAH RADHIYALLAHU'ANHU RASULULAH SAW bersabda:

"Kelak pada AKHIR ZAMAN akan ada pemimpin yang aniaya, menteri-menteri yang fasik, hakim-hakim yang curang dan ulama-ulama pendusta. Barangsiapa di antara kamu nanti SEMPAT MENEMUI ZAMAN INI, maka hendaklah ia tidak menjadi pegawai pajak, kaki tangan kerajaan dan PENGUASA UNTUK MEMBANTU KEBURUKKAN yang telah mereka lakukan. -"(HR.Thabrani)

Dana PRU13: Laporan WSJ, PAC akan soal bos 1MDB

Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) akan menyoal eksekutif 1MDB mengenai dakwaan yang dibangkitkan oleh Wall Street Journal (WSJ) minggu lalu apabila mereka memberi keterangan pada awal bulan Ogos, kata pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Bagaimanapun, buat masa ini, jawatankuasa itu tidak akan memanggil saksi baru, termasuk dari Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).

Nur Jazlan berkata ini supaya PAC boleh memberi tumpuan kepada mereka yang terlibat dalam urus tadbir 1MBD terlebih dahulu, iaitu Kementerian Kewangan, CEO, juruaudit, dan pengarah.

Beliau memberitahu Malaysiakini, saksi tambahan, jika dianggap perlu, hanya akan dipanggil selepas ia dilakukan.

"Ya (kita akan panggil YR1M untuk soal) jika ada keperluan kerana didakwa Genting menyumbang kepadanya," katanya.

Tun Razak tubuh Felda, Najib jahanamkan

Najib-FeldaKUALA LUMPUR 23 JUN: Felda merupakan legasi Tun Razak, namun pada zaman pemerintahan anaknya, Najib Razak agensi itu tidak lagi boleh mempertahankan namanya dan menghadapi pelbagai masalah pengurusan.
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Perladangan KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, agensi itu kini dilihat gagal menguruskan wang para peneroka dan terus dibelit pelbagai dakwaan ketirisan.
“Di zaman pemerintahan Najib, Felda mengalami banyak masalah terutama penyelewengan dan ketirisan. Apa yang malang ketirisan itu melibatkan wang peneroka. Maka legasi Tun Razak untuk menambahkan pendapatan peneroka miskin, tidak kesampaian.
“Apa yang jelas Felda banyak membazirkan wang. Keuntungan yang diperolehi Felda bukan untuk dinikmati peneroka, walhal duit yang dilaburkan adalah hasil titik peluh para peneroka itu,” katanya kepada Keadilan Daily.
Shamsul memberi contoh pembaziran terbaharu, apabila Felda didakwa membayar sebanyak RM680,000 sebulan hanya untuk membersihkan ibu pejabatnya Menara Felda melalui tender yang dianugerahkan pada September 2013 lalu.

Pegawai Mara didakwa korup, beli hartanah Australia RM65 juta

KUALA LUMPUR 23 JUN: Seorang pegawai ‘atasan’ Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik dikatakan menggunakan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit membeli sebuah blok pangsapuri di Melbourne, Australia, lapor akhbar The Age hari ini.
Dalam laporan eksklusifnya, akhbar Australia itu mendakwa ‘sekumpulan pegawai Malaysia yang sangat kaya’ membayar lebihan A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi membeli sebuah pangsapuri di bandaraya itu pada 2013.
Ketiga-tiga mereka didakwa menawarkan harga lebih besar bagi memiliki bangunan Dudley International House, daripada harga A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.2), di mana lebihannya dibayar sebagai rasuah di Malaysia.
Akhbar itu turut mendakwa pemaju bangunan itu di Australia mengeluarkan invois palsu yang membutirkan kononnya perkhidmatan ‘jururunding dan nasihat’ daripada firma Malaysia.
Ia memetik seorang pemiutang Australia, ahli perniagaan John Bond yang memberitahu: “Pembelian itu menipu warga Australia dan melibatkan rasuah yang serius, tetapi tiada sesiapa pun dipertanggungjawabkan,” katanya.
The Age turut berkata, kumpulan warga Malaysia sama juga terlibat dalam pembelian pelbagai hartanah seperti blok pangsapuri dan pejabat di Melbourne bernilai A$80 juta.
Dudley International House merupakan sebuah asrama pelajar dibeli Mara, badan kerajaan yang memberi biasiswa dan pinjaman pendidikan kepada pelajar Bumiputera.

Wan Azizah: Terus lawan kezaliman BN demi rakyat

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah ketika menyampaikan sumbangan sempena Ramadan kepada 64 buah surau dalam Parlimen Permatang Pauh di Kampung Pelet pada 21 Jun lalu. PERMATANG PAUH 23 JUN: Perjuangan melawan kezaliman Umno BN akan tetap diteruskan biarpun Pakatan Rakyat (PR) kini tidak lagi berfungsi secara formal.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perjuangan ini tidak akan terhenti dan perbezaaan pandangan yang wujud tidak seharusnya menyekat KEADILAN. DAP dan PAS untuk memastikan Umno BN meneruskan agenda pembohongan terhadap rakyat.
“Kita tidak boleh membiarkan BN meneruskan agenda mereka untuk memecah belahkan PR sepertimana yang sedang mereka usahakan.
“Pelbagai penganiayaan, pemborosan, salah guna kuasa, kezaliman yang mereka lakukan tidak harus dibiarkan berleluasa sehingga kini, ” kata Wan Azizah.
Jelas Presiden KEADILAN itu lagi, pihaknya kini perlu mengukuhkan hubungan yang ada bagi mengelak sebarang konflik diambil kesempatan oleh pihak musuh.
Tambahnya, usaha bagi memastikan perbezaan pandangan di kalangan pimpinan tidak menjejaskan keyakinan rakyat.
Katanya, yang lebih penting ialah menumbangkan Umno BN supaya tidak berjaya untuk meneruskan pemerintahan mereka menjelang pilihan raya umum akan datang.
Hadir sama dalam program sumbangan tersebut ialah Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pulau Pinang; Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang juga Adun Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man; Exco Kerajaan Negeri, Dr Afif Bahardin; Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin serta Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang, Dr Azman Samat.

Surat terbuka kepada ahli PAS: Dilema aqidah dan pendekatan



DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

Menemui semua ahli PAS semoga berada dalam limpahan rahmat Allah SWT.
Setiap pengikut perjuangan Islam wajib menyedari dan faham, bahawa ada dua aspek penting dalam perjalanan perjuangan Islam yang sangat mencabar. Gagalnya kita memahaminya, boleh mneyebabkan ada kalangan yang kecundang atau tercicir di tengah jalan dalam perjalanan perjuangan ini, kerana tidak menghayatinya dengan betul. Kedua-dua aspek tersebut mewajibkan hidayah, melalui ilmu, kebijaksanaan dan terpentingnya memohon petunjuk Allah dengan khusyuk setiap rakaat salat dan bila-bila masa sahaja.
Pertama: Aqidah perjuangan; dan kedua: pendekatan yang dilakukan, beramal, dakwah dan melaksanakan Islam bagi membawa rahmatnya kepada seluruh manusia.
Kedua-dua aspek ini dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. bersama para sahabatnya R.A. yang setia bersamanya dengan petunjuk Allah daripada al-Quran, dalam semua keadaan. Ianya ditunjukkan dalam Marhalah Makiyyah dan Madaniyyah, iaitu di masa lemah dan kuat di masa belum wujudnya negara dan setelah tegaknya negara.
Pertama
Beristiqamah bersama aqidah perjuangan Islam adalah sangat berbeza dengan perjuangan yang hanya bergantung kepada ideologi ciptaan manusia.
Ianya menuntut kita tetap bersama Islam dengan keimanan kepada Allah dengan segala nama dan sifatnya yang mulia. Islam adalah benar, rahmat dan adil, dalam segala hukumnya yang wajib, sunat, makruh, haram dan harus. Percaya kepada janji Allah daripada dunia sehingga akhirat, walau pun perkaranya ghaib dan tidak dapat dicapai oleh akal dan panca indera. Perkara aqidah adalah tetap dan tidak berubah dan tidak boleh diubah; walau apapun dugaannya.
Kedua
Aspek ini menuntut kita beristiqamah melaksanakan pendekatan yang dizinkan Allah, halal dan haramnya adalah dengan cara yang diizinkan oleh Allah, berhubungan dengan bukan Islam dan musuh dengan cara yang diizinkan Allah juga. Walaupun hukumnya dari segi aqidah tegas dan tetap.
Sirah Nabawiyyah melaporkan pendekatan Rasulullah S.A.W. menerima perlindungan keluarganya yang dipimpin oleh Abu Talib di atas semangat kekeluargaan tanpa menerima Islamnya, menerima pembelaan salah seorang pemimpin kaumnya Mut’im bin ‘Adi yang menentang kezaliman walaupun dia bukan Islam, meminta khidmat petunjuk jalan berhijrah ke Madinah daripada seorang bukan Islam bernama Abdullah bin ‘Uraiqit dengan keimanan menegakkan negara di Madinah dan menjanjikan hadiah gelang emas kerajaan Parsi kepada Suraqah bin Malik, musuh yang datang untuk membunuhnya di tengah jalan.
Hakikatnya ialah, apabila Abu Talib dan lain-lain menawarkan keamanan dengan meninggalkan aqidah, maka ianya ditolak dengan keras. Apabila pemimpin Makkah menawarkan pertabalan menjadi raja yang berkuasa dan tawaran harta kekayaan dengan syarat meninggalkan aqidah perjuangan maka ditolak dan bersedia untuk mati kerana mempertahan aqidah dan perjuangannya.

PAS: Tiada tindakan pada Khalid Samad

PAS tidak akan mengambil tindakan displin terhadap MP Shah Alam yang menggesa parti 'cermin diri' terlebih dahulu sebelum menyatakan DAP sebagai chauvinis.

Bercakap kepada Malaysiakini, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pandangan Khalid sekalipun bertentangan panduan parti, ia tidak dianggap kesalahan.

"Buat masa ni kita akan memerhati perkembangan tapi kami tidak bercadang untuk mengambil tindakan.

"Kita lihat bahawa pandangan berbeza ini bukan suatu kesalahan, cuma (beliau) kena perbetulkan la kenyataan dia," kata Tuan Ibrahim.

Pada Ahad, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS bekerja dengan semua parti kecuali chauvinis.

Beliau juga tidak merujuk kepada mana-mana parti terbabit. DAP sering dilabel sebagai parti 'chauvinis'.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim yang kenyataan Abdul Hadi tidak merujuk kepada DAP.

"Apa yang dimaksudkan sebagai chauvinis (oleh) presiden tu bukan merujuk kepada DAP dan perkataan DAP pun tak disebut dalam kenyataan beliau. Belau tidak sebut secera langsung mana-mana parti," katanya.

Semalam Khalid mempersoal jika DAP boleh dilabel sebagai chauvinis kerana lebih ramai orang Melayu akan menyertai parti itu.