Isnin, 22 Jun 2015

Siap sedialah bala yg akan sampai...Upah membodek...!!!

Patutler sejak akhir2 ini Ketua UMNO Bahagian Cheras Syed Ali Syed Abbas bermati2an ampu jilat Najib.. akhirnya beliau dilantik sbg Pengerusi Perbadanan Nasional Bhd (PNS)..

KENAPA puok juok UMNO sebegini dilantik untuk menjaga & mengurus dana2 rakyat pd syarikat2 GLC ???.. Kan lebih elok dilantik dari kalangan2 yg bukan 'politician'..

KENAPA hanya spesis ini saja yg dilantik ??? Dah takde org lain ka yg lebih layak...

Khalid Samad: Ubah PAS atau berdepan dengan parti baru

Solidaritilah Kepada Mazlan Aliman

Tiga sekawan daripada kumpulan progresif Pas iaitu Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Mohd Taufek Abdul Ghani telah ditawarkan menganggotai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat setelah berlaku "pembersihan etnik"  dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Bagaimanapun ketiga-tiganya masih menimbang sama ada mahu menerima atau menolak tawaran tersebut dan adalah dijangka keputusan mengenainya akan dibuat selepas Aidilfitri nanti.

Dalam pemilihan itu, semua kumpulan progresif dibersihkan daripada memenangi jawatan di peringkat Pas Pusat, kecuali pejuang peneroka Felda, Mazlan Aliman yang "terselit" menang sebagai Ahli Jawatankuasa. 

Beliau bagaimanapun meletakkan jawatan beberapa hari kemudian dengan alasan mahu menumpukan perhatian kepada NGO Anak yang diasaskannya.

Salahuddin dan Mahfuz tewas bagi jawatan Naib Presiden manakala Mohd Taufek pula kecundang bagi kerusi Ahli Jawatankuasa Pas.

Beberapa tokoh penting Pas yang selama ini mewarnai politik negara, dikenali ramai dan memberi banyak sumbangan kepada parti itu seperti Mohamad Sabu, Husam Musa, Dr Mujahid, Khalid Samad, Hanifa Maidin, Nizar Jamaluddin dan ramai yang lain yang dicop sebagai kumpulan progresif atau profesional dalam Pas, semuanya kecundang di tangan kumpulan pro ulama.

Bagaimana proses mengenepikan kumpulan progresif ini berjalan kelihatannya sangat tersusun memandangkan dalam UMNO sendiri pun proses pembersihan sebegitu rupa tidak pernah terjadi di mana-mana pertandingan yang pernah diadakannya meskipun beberapa kali berlaku perebutan di peringkat pucuk pimpinannya.

Lantaran itu, ramai yang kecewa melihat bagaimana kumpulan progresif ini diketepikan, tambahan pula sebahagian yang memenangi jawatan baru-baru ini tidak begitu dikenali ramai dan masih hijau lagi. Mereka menang hanya semata-mata diletakkan dalam "cai" pro ulama.

Zaid nasihat Azmin pilih rakan parti sebenar

Menteri Besar Selangor perlu memilih DAP atau Pas sebagai rakan komponen baru yang akan menyebabkan berlakunya ketidakpercayaan dan kekecewaan.
azmin-ali_Zaid-Ibrahim_600
PETALING JAYA: Kemelut yang berlaku di antara parti PKR-DAP-PAS telah menyebabkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam dilema untuk memilih parti mana agar negeri Selangor dapat dipertahankan.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim turut menyatakan PKR juga harus memilih parti yang benar-benar ingin berjuang bersamanya.
Jelasnya, Azmin sememangnya bersahabat dengan pemimpin dari kedua-dua parti, namun untuk memilih salah satu parti sebagai rakan komponen baru di dalam PR akan menyebabkan ketidakpercayaan dan kekecewaan berlaku.
“Jika PKR mementingkan nilai persahabatan dan masih mengingati pengorbanan mendiang Karpal Singh dan ramai pihak lain yang bangkit bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka PKR harus tahu siapa yang seharusnya dipilih,” katanya.
Menulis di blog miliknya www.zaid.my, Zaid tetap menyatakan peluang untuk Pas dipilih sebagai salah satu komponen di dalam PR juga masih wujud.
Zaid turut mengingatkan semula bagaimana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar lantas menyebabkan Azmin dilantik bagi memegang jawatan tersebut.
Jelas beliau lagi, Azmin juga harus memutuskan sama ada mahu bersama Pas atau ia juga sebagai satu langkah untuk menjatuhkan Abdul Hadi.
“Rakyat pasti akan kecewa dengan situasi tersebut kerana rakyat mahu melihat kerja sama politik yang mana setiap bangsa saling bekerjasama. Rakyat juga sudah penat permainan politik,” ujarnya.

DAP bukan parti cina cauvinis – Khalid Samad

Kaji dahulu Perlembagaan parti sebelum membuat tuduhan melulu terhadap DAP.
Khalid Samad,keluar liberal
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dilabel kumpulan radikal atau jebon dalam Pas menyangkal dakwaan DAP sebuah parti cina yang cauvinis.
Katanya, jika DAP sebuah parti cauvinis, sudah tentu mendiang Karpal Singh dan ahli keluarganya tidak menyertai parti itu.
Lebih menarik lagi, katanya, semakin ramai orang Melayu menyertai DAP termasuk yang terbaru Sasterawan Negara, A Samad Said.
“Kita perlu melihat Perlembagaan DAP sebelum kita membuat tuduhan melulu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin.
Khalid yang gagal mempertahankan jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat pada pemilihan baru-baru ini berkata, Pas sebenarnya menjurus kepada parti cauvinis kerana mahu mengusir ahlinya yang dilabel sekular.
Katanya, Pas akan menjadi parti cauvinis sekiranya tindak tanduk menyerupai UMNO sama seperti yang berlaku terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mesra UMNO termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Perkasa.

Tersingkir daripada kepimpinan PAS jadi rahmat terselindung, kata G18

Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka daripada kepimpinan tertinggi PAS menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Jun, 2015.  
Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka daripada kepimpinan tertinggi PAS menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia. 

Pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini menyifatkan kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan itu menjadi "rahmat yang terselindung” apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini. Setiausaha jawatankuasa bertindak kumpulan 18 (G18) yang tewas itu, Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia.
"Sejak sekian lama kita bergaduh dalam PAS dengan pendekatan dan pandangan yang berbeza berhubung beberapa perkara, sekarang kita bebas untuk membentuk wadah baharu lebih inklusif untuk semua rakyat negara ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

G18 mengadakan pertemuan pertama di Muar, Johor pada 16 Jun lalu dan membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan mereka. Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatannya dipilih sebagai pengerusi kumpulan ini sementara bekas Naib Presiden Salahudin Ayub dilantik menjadi timbalan manakala bekas Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausahanya.
Semua ahli G18 yang lain dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) badan bertindak ini.
Dzulkefly berkata badan ini akan menggabungkan semua masyarakat sivil di negara ini terutama badan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi membentuk satu wadah baharu politik Malaysia berteraskan Islam yang lebih progresif berbanding parti lama mereka.
"Kami yakin wadah ini akan lebih diterima masyarakat Malaysia kerana sifatnya yang inklusif dalam sebuah negara berbilang agama dan bangsa ini," katanya yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Pusat Penyelidikan PAS itu.
Selain bersatu dengan PKR dan DAP, wadah baharu itu akan menghimpun semua NGO Islam di Malaysia yang mempunyai cita-cita sama.

Demi hudud, kepimpinan Kelantan bakal bertukar tangan? – Riesya H.


Isu hudud nampaknya belum reda.
Terkini, dengan terburainya Pakatan Rakyat, boleh lah dianggap isu hudud berjaya memainkan peranannya. Peranan untuk memporak porandakan PR.
Di zaman teknologi facebook dan whatsup hari ini, saya ingin kongsikan secebis nota menarik yang dipanjangkan kepada saya, berbunyi begini;

“I, like many Malaysians, may have underestimated Datuk Seri Najib Razak as a politician. He may have committed a lot of economic and public relation blunders. But he has managed to kill PR. Tricking PAS into believing that Umno will support hudud, Najib has cause a major rift between PAS and their PR allies, which then caused a crisis within PAS. Now that he has accomplished what he wanted, he pulled his support from hudud.
With one stroke, najib has managed to kill PR and put PAS in the ECU. He may have assured Umno’s rule for another 2-3 terms. And for that, he should be named one of Malaysia’s best politician. He took over the helm when Umno was at its worst. He didn’t try to make things right with Umno, but he destroyed the opposition.
Great game Najib.”Itu lah yang menjadi persepsi dan gambaran rakyat marhaen semacam saya yang kerdil ini.
Di perincikan lagi mesej dari cebisan berbahasa Inggeris itu, persepsi yang bole dirumuskan 1.8 juta pengundi pemula yang mengundi dan menaruh harapan kepada PR pada PRU13 yang lalu, boleh disimpulkan sebegini;
• Hudud mampu menyelesaikan segala masalah (Umno)
• Hudud, bukan hanya menghancurkan PR, tetapi juga perpecahan dalaman PAS yang parah.
• Hudud, umpan Umno yang menyangkut.
Hudud sebagai kunci pencapaian PAS
Tetapi, mungkin ramai lebai-lebai Umno tidak berpandangan sedemikian. Bagi mereka, hudud adalah segala-galanya, dan juga sebagai kunci pencapaian (key performance indicator – KPI) kepada perjuangan dan pencapaian politik mereka.
Bukan mengenai urus tadbir yang terbaik, bukan mengenai membenteras rasuah, kronisma, nnepotisma, pembaziran, kebocoran, pengsonglap duit Tabung Haji, atau tanah rakyat felda yang lebur akibat dilabur dan dijaja kepada pemberi hutang. Bukan itu semua ataupun segala macam nahi mungkar yang boleh dihidu didepan mata. Tetapi hudud.
Tidak mustahil jika Datuk Nik Amar Nik Abdullah beriya-iya begitu berani mengistiharkan perang semata-mata kerana hudud, “Kita tunggulah Oktober nanti untuk sesi Parlimen seterusnya. Kita beri peluang kepada Umno untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini. Jika tidak, kita akan perang habis-habisan,” sepertimana yang dilapor dalam sinar harian pada 20/6/2015.

Sekarang tabur janji lagi... Dasar Penipu UMNO/BN !!!


Najib & KERAjaan BN kononnya bina Lebuh Raya Pantai Barat siap pada 2019.


TAHUKAH ANDA, tahun lepas pon cakap benda sama katanya akan siap pada 2017 dgn peruntukan RM5 bilion. Tahun ini janji lain plok katanya siap pada 2019 !!!.. 'MANA PERGINYA' PERUNTUKAN RM5 BILION ITU SEKARANG !!!

Senang jadi KERAjaan BN bayar hutang 1MDB


FAKTA:
KERAjaan kutip GST RM16.4 juta sehari.
1MDB byr bunga hutang shj dah RM7 juta sehari.

KERAjaan BN bangga sistem GST M'sia adalah antara yg terbaik di dunia.

Benarkah NAJIB CUKUP JANTAN ???

Dikala Najib diserang hentam dari pelbagai pihak, pasti timbul juak2 pengampu UMNO pertahankan PAHLAWAN NAJIB..

SPR perlu siasat kesahihan laporan WSJ, kata Bersih 2.0

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof perlu menyiasat kesahihan laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digunakan untuk membiayai kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) 2.0.
Badan pemantau bebas itu berkata, badan penguatkuasa lain termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu bertanggungjawab secara bebas menyiasat dakwaan laporan media antarabangsa itu dan bukannya mengarahkan Bersih 2.0 mengumpul bukti dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.
"Sebagai pengerusi SPR, Aziz sepatutnya ambil serius dakwaan yang dibuat WSJ dan beliau perlu memulakan siasatan.

"Beliau tidak sepatutnya bercakap seolah-olah berpihak kepada sesebuah parti, membutakan dirinya melihat perkara yang jelas. Itulah sebabnya majoriti rakyat Malaysia tidak yakin dengan SPR. "Aziz mencabar kami mengumpul bukti (kami sudah lakukan) dan membuat laporan kepada pihak berkuasa (yang juga sudah dibuat) kerana beliau tahu semua itu tidak akan berhasil," kata Bersih 2.0 dalam satu kenyataan, hari ini.

PAS patutnya berjuang untuk semua, kata Khalid Samad

 Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ingin menjadikan PAS satu parti yang tidak bercakap hanya untuk orang Islam tetapi sebagai parti yang memperjuangkan keadilan untuk semua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Jun, 2015. 
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ingin menjadikan PAS satu parti yang tidak bercakap hanya untuk orang Islam tetapi sebagai parti yang memperjuangkan keadilan untuk semua. 

Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat yang tewas dalam pemilihan parti Islam itu baru-baru ini, Khalid Samad berkata antara impiannya ketika menyertai PAS pada 1983 ialah menjadikan ia parti politik arus perdana. Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam berkata wawasannya ialah supaya PAS bukan saja dilihat sebagai parti memperjuangkan kepentingan orang Islam semata-mata tetapi berjuang demi keadilan, kebenaran, kebajikan dan pembela kepada seluruh rakyat yang tertindas dan dianiaya.
Dalam satu video berdurasi 13.11 minit yang dimuat naik di Youtube, Khalid berkata demikian ketika berucap di satu forum bertajuk "Tetap Bersama Mu" di Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

"Kita nak jadikan PAS ini sebagai satu parti yang tidak bercakap hanya untuk orang Islam tetapi sebagai parti yang memperjuangkan keadilan untuk semua," katanya dalam video itu. Khalid berkata, perjuangan parti Islam itu juga bukan sekadar membincangkan perihal aurat, sembahyang, sedekah dan puasa.
"Tetapi juga supaya perjuangan itu dilihat sebagai perjuangan mencorakkan masyarakat atas dasar keadilan dan kebenaran supaya semua manusia mendapat manfaat daripada perjuangan Islam ini. Ini cita-cita kita," katanya.
Dalam video ucapannya itu, Khalid turut mengimbas kembali kejadian pada 1998 di mana berlakunya pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor bersegera ke rumah Anwar untuk memberi jaminan kepadanya parti Islam itu akan memperjuangkan keadilan dengan bersama membelanya.
Khalid berkata, tindakan Fadzil itu bukti beliau memperjuangkan keadilan dan kebangkitan seluruh rakyat Malaysia menentang kezaliman tanpa mengira kaum, agama atau parti.

GST negara kita antara YANG TERBAIK DI DUNIA !!!


Kalau 6% GST dah dikira terbaik dunia, rakyat mengesyorkan supaya tahun depan GST 60% patut dilaksanakan..

Lagi byk kutip GST.. LAGI CEPAT HUTANG NEGARA DAPAT DILANGSAIKAN !!!

100 PERATUS JUAL BARANG ORIGINAL, TIADA YANG TIRUAN LANGSUNG !!!


Kita harus bersyukur kerana boleh beli barang2 original pada harga tiruan di Petaling Street.. mana nak dapat kat negara2 GST di dunia yg lain.. 

Rakyat M'sia TIDAK PERLULAH KE PAVILION mahupun ke butik2 org kaya kerana di Petaling Street byk dijual barang2 ORIGINAL !!!

‎Mengapa tiada menteri tulis surat berhubung pendedahan WSJ, soal Kit Siang


Veteran DAP Lim Kit Siang  membangkitkan persoalan mengapa tiada menteri Kabinet yang dipertanggungjawabkan untuk menulis surat kepada akhbar antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ) susulan pendedahannya berkenaan hubung kait antara syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Lim berkata, sebelum ini, menteri-menteri Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu beria-ria menulis surat kepada agensi berita luar negara menafikan laporan mereka, namun dalam isu membabitkan WSJ, perkara yang sama tidak berlaku.
"Melalui cara surat terbuka seperti sebelum ini, kita mungkin beranggapan menteri Kabinet, mungkin Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni Hanadzlah akan dipertanggungjawabkan menulis kepada WSJ untuk menafikan pendedahan mereka.

"Tetapi Najib dan Kabinetnya hanya membisu setakat ini berkenaan laporan WSJ," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. Lim berkata, berbeza seperti sebelum ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menulis surat terbuka kepada akhbar New York Times membantah wawancara mereka bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berbicara soal 1MDB, Umno dan Dr Mahathir menyuarakan kekecewaannya terhadap Najib.
Tindakan itu katanya meletakkan Dr Mahathir, sebagai perdana menteri yang paling lama berkhidmat sebagai anti nasional, sama seperti pengkritik-pengkritik yang lain.
"Dan yang paling ironi, Dr Mahathir juga pernah membuat dakwaan terhadap pengkritiknya ketika masih menjadi perdana menteri," kata Lim.

Nizar kekal ketua pembangkang Perak, kata DAP negeri

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dikekalkan  sebagai ketua pembangkang Perak atas kapasiti beliau sebagai wakil rakyat dan disokong oleh DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Jun, 2015. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dikekalkan sebagai ketua pembangkang Perak atas kapasiti beliau sebagai wakil rakyat dan disokong oleh DAP. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menang kerusi itu atas tiket PAS akan kekal sebagai ketua pembangkang Perak, kata Pengerusi DAP negeri Nga Kor Ming, walaupun kerjasama antara kedua-dua parti itu sudah berakhir. Nga berkata Nizar yang juga pernah menjadi menteri besar Perak selama 10 bulan ketika Pakatan Rakyat (PR) menang dan mentadbir negeri itu pada 2008, menerima sokongan semua 18 Adun DAP dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Nizar akan kekal sebagai ketua pembangkang walaupun PR tidak lagi wujud dalam negeri ini. Selain wakil daripada DAP, saya percaya Nizar juga memperoleh sokongan daripada 5 lagi Adun PKR,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Lima lagi wakil, termasuk Nizar adalah daripada PAS dan secara bersama, mereka membentuk 28 Adun pembangkang dalam DUN. Nga, yang juga Adun Kepayang berkata ini adalah respons sama ada DAP akan menarik sokongannya kepada Nizar untuk kekal sebagai ketua pembangkang, memandangkan DAP dan PAS tidak lagi menjalinkan kerjasama politik.
Ini adalah susulan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang diluluskan tanpa bahas di muktamar tahunan PAS awal bulan ini.

Mukhriz akui Tun M tidak pernah bantunya dalam politik

Menjadi anak bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun tidak menjamin laluan mudah kepada Mukhriz untuk diterima rakyat.
mukhriz mahathir
PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan beliau tidak pernah mendapat bantuan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terlibat dalam bidang politik.
Menteri Besar Kedah itu berkata, kejayaan yang dikecapi beliau adalah hasil usaha sendiri yang bermula dari bawah setelah beberapa kali kecundang dalam perjuangan politik UMNO.
Katanya, walaupun sebagai anak bekas Perdana Menteri ia langsung tidak menjamin bahawa peluangnya untuk diterima rakyat menjadi lebih mudah.
“Hakikat bahawa saya anak bekas Presiden yang menerajui parti selama 22 tahun tidak menjamin perjalanan politik saya akan menjadi mudah – kononnya laluan sudah dibuka orang tua saya.
“Bagaimanapun, saya belajar mengenai hikmat di sebalik setiap kejadian yang saya lalui. Kekalahan di Bahagian ayah saya sendiri menarik perhatian ramai terhadap usaha saya untuk bergiat aktif dalam UMNO,” katanya dalam nukilan sempena hari Bapa di Facebook.
Dalam nukilan itu, Mukhriz berkata beliau tidak akan membenarkan ahli keluarganya terlibat dalam perniagaan di Kedah.
“Selepas saya dilantik Menteri Besar, saya mengumumkan pendirian tidak membenarkan kaum keluarga terlibat dalam sebarang perniagaan yang melibatkan Kerajaan Negeri Kedah,” katanya sebagai mengikut jejak langkah bapanya.
Katanya, sewaktu masih menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir tidak membenarkan kaum keluarganya terlibat dalam politik atau perniagaan bagi mengelak timbulnya kekeliruan untuk beliau memilih keluarga atau rakyat.

AJK PAS Pusat: 'Terima atau tidak saya jawab secara bersurat,' kata Mahfuz


Post Pic

SHAH ALAM: Bekas ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu beliau akan menjawab tawaran menjadi ahli jawatankuasa kerja (AJK) parti itu secara bersurat.
"Sama ada terima atau tidak saya akan jawab secara bersurat," ringkas melalui aplikasi WhatsApp kepada Antarapos.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelantikannya sebagai ahli jawatankuasa kerja (AJK) PAS Pusat semalam.
Tiga pemimpin PAS dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti itu dalam muktamar baru-baru ini, dilantik menganggotai Jawatankuasa PAS pusat bagi tempoh dua tahun.
Mereka ialah bekas naib presiden Salahudin Ayub dan bekas ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar sementara bekas AJK PAS Pusat Mohd Taufek Abdul Ghani pula dilantik semula ke jawatan tersebut.
Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.
Tuan Ibrahim berkata, surat pelantikan ini sudah dihantar sejak minggu lalu dan sehingga kini masih belum ada penolakan.

AJK PAS Pusat: Salahuddin umum pendirian selepas Aidilfitri


Post Pic

SHAH ALAM: Meskipun sudah diumumkan sebagai ahli jawatankuasa kerja (AJK) PAS Pusat yang dilantik semalam, Salahuddin Ayub masih belum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak pelantikan berkenaan.
 
Bagaimanapun, bekas Naib Presiden PAS itu berkata beliau akan membuat keputusan dalam masa terdekat ini dan selewat-lewatnya selepas sambutan Aidilfitri.  
 
Katanya, keputusan tersebut bukan mudah kerana ia adalah perhitungan hidup dan mati kariernya dalam parti Islam itu.
 
"Saya akan membuat keputusan dalam masa yang terdekat (mungkin selepas kita menyambut Syawal yang mulia).
 
"Malam tadi saudara Zubir (pegawai ibu pejabat PAS) menyerahkan surat rasmi pelantikan saya sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
 
"Bermakna bermula lagi satu episod dalam kehidupan saya untuk membuat satu keputusan penting. Keputusan yang bakal saya buat (sama ada menerima atau menolak) adalah perhitungan hidup mati karier saya dalam PAS," katanya dalam satu kenyataan kepada Antarapos.  
 
Malah, Salahuddin berkata keputusan yang dibuat itu nanti berdasarkan pilihannya sendiri selepas mendapat beberapa pandangan serta pertimbangan yang sewajarnya.
 
Katanya, keputusan itu penting dalam perjuangan politiknya sekali gus tidak ada sesiapapun berhak menentukan perjalanannya selepas ini.
 
"Almarhum Ustaz Fadhil Nor pernah menasihati saya dalam membuat keputusan penting dalam perjuangan politik.
 

Ridhuan Tee kritik A Samad Said sertai DAP

Dia menasihatkan jika berpolitik pastikan wadah yang dipilih itu boleh membawa ke syurga.
riduan tee,samad said
PETALING JAYA: Penceramah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengkritik Sasterawan Negara, A Samad Said kerana menyertai DAP.
Beliau menasihatkan Samad atau dikenali Pak Samad supaya menyertai parti politik yang boleh membawa ke syurga.
“Hebat Melayu Ultra Kiasu ini sehingga tidak memilih parti UMNO atau Pas sebagai wadah.
“Nasihat saya, bila berpolitik (atau bekerja) pastikan wadah politik boleh membawa kita ke syurga,” tulisnya menerusi rencana di akhbar Sinar Harian.
Pak Samad baru-baru ini mengumumkan menyertai DAP dan sanggup menjadi ‘hamba’ parti itu dan tidak mahu sebarang jawatan mahupun dicalonkan wakil rakyat.
Ridhuan Tee turut mengkritik DAP yang bercadang menaja pembinaan  masjid di Kelantan.
Katanya, tindakan DAP itu merupakan sebahagian perang psikologi dan operasi psikologi oleh parti berkenaan yang dilabelnya dengan panggilan Utra Kiasu.
“Macamlah Kerajaan Kelantan begitu haprak sehingga tidak mampu untuk membina masjid di buminya sendiri,” tulisnya.
Katanya, tawaran membina masjid itu bukan kerana kerajaan Kelantan tidak mempunyai peruntukan tetapi pembinaan masjid mengikut keperluan bukan dibina sewenang-wenangnya.

Individu simbah cat di premis DAP dikenal pasti kata Polis

DAPflag-paint-L
Polis kenal pasti identiti individu terbabit simbah cat melalui rakaman CCTV.

Polis telah mengenal pasti individu yang terbabit dalam kejadian vandalisme bangunan ibu pejabat DAP di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Farid Alathrash Wahid berkata, polis yakin tangkapan akan dibuat tidak lama lagi berdasarkan siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memberi petunjuk kepada identiti suspek.
“Amaran keras diberikan kepada mereka yang terlibat dalam perilaku ini. Buat masa ini, polis masih mengesan suspek untuk tangkapan dan di bawa ke mahkamah,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut hari ini.
Beliau turut menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil dan membantu pihak polis jalankan siasatan.
Mior berkata, berdasarkan pemerhatian rakaman CCTV, dipercayai suspek bukanlah orang yang sama terbabit dalam ketiga-tiga insiden itu.
Malam tadi, Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang disimbah cat merah menjadikan ia kejadian kedua sejak Sabtu lalu.

'Siapa kata Najib takut didakwa jika berundur?' kata Timb Menteri Umno

Seorang pemimpin kanan Umno menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan berundur kerana bimbang didakwa di mahkamah.

Sebaliknya, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata Najib “cukup jantan” untuk menyelesaikan masalah negara.

“Jika beliau undur diri, beliau pengecut.

“Beliau bukan orang sebegitu dan (beliau) perdana menteri yang bertanggungjawab menghadapi cabaran,” katanya kepada Malaysiakini.

Dalam video yang dimuat naik baru-baru ini, Mahathir antaranya berkata Najib enggan berundur kerana bimbang berdepan pertuduhan jenayah.

Rakaman itu dibuat dalam pertemuan tertutup perdana menteri keempat itu dengan 50 aktivis NGO di Putrajaya minggu lepas.

Ganjaran kerana menjimatkan wang cukai merupakan idea buruk

oleh Robin Stanley Augustin

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan telah mengilhamkan pendekatan baru untuk perbelanjaan kementerian dan jabatan, melalui cadangan beliau bahawa kementerian atau jabatan yang berhemat dalam perbelanjaan mereka akan menerima sebahagian daripada penjimatan itu.

Pendekatan baru ini berbeza daripada kriteria semasa bagi kementerian dan jabatan, yang menghabiskan dana yang diperuntukkan kepada mereka.

"Adalah menjadi tradisi sekarang untuk kita melihat bajet yang diluluskan setiap tahun, dan memuji kementerian-kementerian yang menghabiskan semua dana yang diberikan."

"Kriterianya ialah bahawa peruntukan itu dibelanjakan sampai habis, tetapi adakah itu satu-satu kriterianya?

Mengapakah kita tidak mencabar diri sendiri? Kita boleh mencapai objektif dan KPI (indeks prestasi utama) kita, tetapi boleh turut mengurangkan perbelanjaan," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional Bernama.

Najib, yang berkata sedemikian semasa Dialog Perdana Perkhidmatan Awam Ke-14, menjelaskan bahawa pemberian semula sebahagian daripada simpanan itu akan menjadi satu bentuk penghargaan terhadap kecekapan kementerian atau jabatan dalam menjimatkan kos.

Ini katanya akan turut membolehkan kementerian dan jabatan yang berjimat cermat untuk melaksanakan program-program lain, atau memberi insentif kepada pegawai-pegawai mereka.

Najib memberikan contoh dengan menyatakan bahawa jika Kementerian Pendidikan dapat menyimpan RM1 bilion daripada peruntukannya, ia perlu diberi sebahagian daripada simpanan itu.

“Jika kita menjimatkan kos, perbendaharaan akan mendapat semula peruntukan itu. Akan ada mereka yang mengatakan bahawa mereka dapat menjimatkan kos, tetapi wang itu diserahkan kepada perbendaharaan dan mereka tidak mendapat semula simpanan itu," katanya.

Pendekatan baru ini akan dibincangkan dengan pihak-pihak berkepentingan dalam kerajaan dan perkhidmatan awam.

Perpecahan pembangkang ada baiknya

oleh Hazlan Zakaria

Walaupun perpecahan Pakatan kelihatan menyedihkan – seperti desas-desus mengenai perceraian pasangan televisyen ikonik siri kartun popular The Simpsons – ia mungkin ada baiknya.

Keadaan sedang bergelora, seperti yang dikatakan oleh ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah, yang boleh mencetuskan peluang-peluang baru kerana apa-apa sahaja boleh berlaku.

Sentimen ini disuarakan oleh bekas menteri, Zaid Ibrahim yang memerhatikan bahawa perpecahan Pakatan membuka pintu kepada sebuah entiti baru untuk muncul, sesuatu yang mungkin akan membawa zaman yang lebih baik dan dapat mencabar BN.

Saya pasti yang inggu lepas merupakan ibarat ‘rollercoaster’ emosi bagi ramai orang di Malaysia, tetapi saya yakin ia adalah lebih buruk bagi penyokong tegar Pakatan dan peminat The Simpsons.

Ini kerana selepas perpecahan di antara PAS dan DAP yang hanya lebih melonggarkann pakatan pembangkang persekutuan tidak rasmi itu, timbul pula berita bahawa perkahwinan Marge dan Homer dalam The Simpsons juga retak menanti belah.

 'Perkahwinan' politik selama enam tahun antara parti-parti komponen Pakatan boleh tumbang, sama seperti perkahwinan Homer dan Marge selama 26 tahun. Mungkin ini ada hikmahnya, bagi kedua-dua Pakatan dan siri kartun popular itu.

Untuk Homer dan Marge, ia adalah salah satu perkara terakhir yang boleh dilakukan untuk menyegarkan siri kartun yang telah lama bersiaran itu, yang telah menangani hampir setiap topik dan isu yang ada. Seperti banyak siri televisyen yang telah lama bersiaran, The Simpsons memerlukan perubahan baru untuk melariskannya.

Tambahan pula Homer adalah seorang suami yang tidak memenuhi tanggungjawabnya, melayan Marge secara agak buruk dan jarang menghargainya.

Sebuah perpisahan antara Marge dan Homer akan membantu menghidupkan siri kartun itu, dan juga membantu mewujudkan kembali minat terhadapnya.

Walau apa pun, perpecahan Pakatan berfungsi sebagai kejutan dari tidur terhadap pemimpin-pemimpin dan penyokongnya, yang pakatan itu sebenarnya tidak dapat dipertahankan.

Ia juga telah meningkatkan keperluan bagi adanya sebuah landasan kerja yang sebenar, berbanding dengan pakatan pilihan raya yang dicetuskan secara bidang terjun.

Sudah tentu, peristiwa-peristiwa yang membawa kepada perpecahan itu menunjukkan bahawa perbezaan asas antara PAS dan DAP yang membentuk dua pertiga daripada pakatan itu, adalah lebih dari sekadar perebutan bagi kerusi atau undang-undang mana yang boleh digunakan.

Perbezaan mereka adalah dari segi ideologi dan struktur, kerana PAS mahu menubuhkan sebuah negara Islam untuk membawa Rahmatul Lil 'Alamin, atau keberkatan Allah kepada seluruh dunia, manakala mahukan pendekatan yang lebih sekular kepada pembangunan negara.

Penganalis: PAS 'progresif' cuma mitos

Sekiranya Pakatan berpecah, ramai tertanya-tanya, apa yang berlaku kepada PAS yang selama ini dilihat lebih progresif dan terbuka kepada rakyat Malaysia?

Malangnya, gelaran itu dilihat penganalisis politik mungkin tidak lebih sekadar mitos.

Wan Saiful Wan Jan memberitahu Malaysiakini, “mitos” itu disebarkan oleh media yang sering mengutip pandangan daripada kumpulan progresif dalam PAS.

“Apa yang berlaku sebelum ini kumpulan progresif lebih lantang, dan kenyataan mereka sering dipetik oleh media.

"Ini memberi gambaran bahawa PAS telah berubah, sedangkan pada faktanya kumpulan konservatif sentiasa ada dan ia menjadi idea dominan dalam PAS.

"Ia tidak pernah berubah,” katanya.

Ketua Srikandi Keadilan antara lima dilantik Senator

Empat merupakan muka baru manakala seorang lagi lantikan semula untuk tempoh tiga tahun.
lima senator

KUALA LUMPUR : Ketua Srikandi Keadilan, Siti Aishah Shaik antara lima individu yang dilantik sebagai Senator di Dewan Negara.
Upacara Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara diadakan sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Isnin.
Selain Siti Aishah, tiga muka baru yang mengangat sumpah sebagai Senator ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pahang, Datuk Hoh Khai Mun; Ketua UMNO Cawangan Hilir Barat Batu Rakit, Datuk Abdul Rahman Mat Yasin dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pahang, Norahan Abu Bakar manakala, wakil DAP, Dr Ariffin S M Omar dilantik semula.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang ketika ucapan pembukaannya mengingatkan Ahli Dewan Negara supaya mematuhi lafaz taat iaitu taat setia, melindungi dan mempertahankan negara.
Beliau berharap supaya Ahli Dewan Negara yang baru dilantik berperwatakan keperibadian tinggi, beradap, bersopan santun dalam perbahasan di Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
“Sekarang saya rasa amat risau sebab terdapat juga segelintir Yang berhormat tidak menghormati Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
“Terdapat juga yang melanggar Peraturan Mesyuarat dan Perlembagaan Negara ketika perbahasan,” katanya.
Tambahnya, perbuatan itu jelas menunjukkan Ahli Dewan Negara dan Ahli Parlimen mengingkari lafaz sumpah yang diikrarkan.
“Oleh itu, kita semua hendaklah memahami segala peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Negara,” ujarnya.

Pemikiran politik multi-kaum - Saifuddin Abdullah


TAJUK artikel ini adalah berdasarkan cadangan saya di forum bertajuk “Dilema Kepemimpinan Politik Melayu” anjuran Institut Asia Tenggara Jeffrey Cheah (JCI) di Universiti Sunway, pada 17 Jun lalu. Ahli panel yang lain ialah Datuk Dr Vaseehar Hassan (Institut Kets de Vries) dan Dr Ahmad Farouk Musa (Islamic Renaissance Front) dan Prof Woo Wing Thye (JCI) sebagai moderator.
Pembentangan saya telah dibahagikan kepada tiga, iaitu pandangan alam, langkah ke hadapan dan pemikiran politik multi-kaum.
Pemikiran politik multi-kaum - Saifuddin AbdullahDari segi pandangan alam, sebahagian orang Melayu masih bergelut untuk mempunyai pendirian jelas tentang identitinya dan interaksinya dengan "orang lain". Siapakah Melayu? Satu ketika dahulu, yang wujud ialah orang Pahang, Kelantan, Johor, dan sebagainya atau keturunan Jawa, Bugis, Minang, dan sebagainya, serta Orang Asal. Istilah “Melayu” datang kemudian. Perlembagaan Persekutuan mendefinisi Melayu, contohnya,
Melayu bermakna beragama Islam. Tetapi, Umno sebagai parti Melayu, menerima orang Kristian di Sabah sebagai anggotanya.
Adakah Melayu sebagai Muslim, melihat bukan-Muslim sebagai "kafir harbi" dan "kafir dhimmi" atau sebagai "warganegara sesaksama"?.
Kedua, pertembungan antara nilai tradisional dan realiti baru. Contohnya, dalam krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini, kepemimpinan tertinggi Pas kelihatan tidak memahami prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan.
Ketiga, sebahagian Melayu belum meninggalkan zon selesanya dalam berhadapan dengan cabaran globalisasi dan hakikat Melayu sudah berperanan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Keempat, ketika Melayu dipilih sebagai pemimpin negara dan hak istimewanya dijamin Perlembagaan serta dimeterai melalui beberapa undang-undang dan dasar, namun masih ada yang hidup dalam ketakutan akan bayangan “orang lain”, sehingga muncul suara-suara yang mahu ditingkatkan perlindungan bagi Melayu.
Dan kelimanya, ialah salah tafsir tentang makna perpecahan sehingga mencampuradukkannya dengan hak individu untuk memilih sokongan terhadap parti politik.
Dari segi langkah ke hadapan, bagi saya, ia bukan soal “ketuanan Melayu”, tetapi adalah soal “ketuanan Perlembagaan”. Dalam hal ini, terdapat tiga isu, iaitu, memastikan Perlembagaan ditafsir dengan betul; semua undang-undang/enakmen adalah bertepatan dengan Perlembagaan; dan Perlembagaan tidak ditulis-semula melalui pintu belakang.

Ringgit lemah PETANDA kenaikan kos lebih tinggi, amaran pakar ekonomi

Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), kumpulan pengguna terbesar Malaysia memberi amaran semua harga barangan daripada makanan hingga lampin bayi akan naik sejurus cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikenakan.
Ini kerana kejatuhan ringgit paling rendah sejak 9 tahun lalu menyebabkan kenaikan kos import bahan mentah dan barangan siap sehingga mendorong kenaikan harga di kedai pada minggu berikutnya.
Menurut pakar, kejatuhan ringgit merupakan satu lagi elemen yang mencengkam ekonomi ketika negara menghadapi tekanan kejatuhan harga minyak, hutang tinggi dan inflasi.
Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan kejatuhan ini bersifat sementara dan negara mempunyai asas kukuh untuk menangani impaknya.
Namun beberapa pakar ekonomi mempertikaikan kelemahan mata wang mencerminkan tahap ekonomi itu sendiri.
"Nilai mata wang sesebuah negara seperti termometer yang mengukur tahap kesihatan ekonomi," kata bekas ketua setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Ramon Navaratnam sambil menambah bacaan ekonomi sekarang tidak berapa baik.
Jika ekonomi "sakit" bermakna semua golongan akan menghadapi tempoh yang sukar.
Fundamental

Pada 9 Jun, ringgit jatuh RM3.77 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), nilai hampir sama dengan RM3.80 semasa krisis kemelesetan ekonomi Malaysia pada 1997.

YR1M Najib punya atau kerajaan?

1mdb skandalKUALA LUMPUR, 22 JUN: Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua hari ini mempersoalkan adakah Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) yang dinaungi Perdana Menteri Najib Tun Razak adalah badan kebajikan swasta atau badan kerajaan.
Persoalan itu dibangkitkan Tony apabila portal berita Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan YR1M menjadi satu badan dana membiayai kempen Najib pada PRU-13 lalu.
 Menurut Tony, YR1M menerima sumbangan bernilai RM35 juta daripada Genting Plantation sebaik sahaja  pengambilalihan Genting Sanyen oleh 1MDB berjaya.
“Sebelum ini, kita tahu semua keputusan 1MDB perlu kebenaran bertulis Najib tanpa pengecualian.
“Sumbangan syarikat seperti Genting Bhd menimbulkan konflik kepentingan yang jelas,” ujar Tony.
Menurut Tony, laman web YR1M menyatakan yayasan itu dipengerusikan Najib tanpa menamakan mana-mana individu terlibat secara rasmi.
Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati yayasan berkenaan adalah syarikat berhad, dianggotai empat ahli lembaga pengarah termasuk Najib, Datuk Azlin Alias, Datuk Wan Ahmad Shihab Wan Ismail dan Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin.
“Jelas dari maklumat dan dokumen yang disediakan, YR1M adalah badan amal yang dikawal sepenuhnya secara langsung dan tidak langsung oleh Perdana Menteri. YR1M boleh digambarkan sebagai “yayasan kewangan”, dimana dana boleh digunakan mengikut kehendak dan kemahuan beliau. Seperti yang didakwa WSJ,

Lawatan kali kedua Obama ke Malaysia mencurigakan

Malaysia perlu menarik diri daripada Pejanjian TTPA kerana berat sebelah, merobek kekayaan negara dan mencemar kedaulatan negara.
nik,obama
PETALING JAYA: Lawatan kali kedua Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke negara ini pada November depan amat mencurigakan, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.
Katanya, lawatan itu kemungkinan Obama mahu meraih sokongan Malaysia untuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang semakin lesu dan tidak mendapat sokongan Senat negara itu termasuk sokongan ahli Demokrat beliau sendiri.
“Mengapa tiba-tiba seorang Presiden Amerika begitu tertarik dengan Malaysia dan rantau ini?
“Adakah mungkin kerana beliau ingin meraih sokongan untuk TPPA yang semakin lama semakin lesu,” katanya dalam kenyataan media.
Nik Nazmi berkata, kerajaan Malaysia perlu menyatakan pendirian sama ada sanggup membenarkan Amerika Syarikat dan syarikat-syarikat besar negara itu merobek kekayaan negara.
“Atau membuat keputusan yang betul dan mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara ini,” katanya.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor itu menyatakan kesungguhan Obama untuk meluluskan perjanjian berkenaan yang sehingga sekarang masih dirunding dengan penuh sulit, menimbulkan kesangsian dan seolah-olah mempunyai niat tersirat.

DAP cabar kerajaan buktikan BTN tidak bersifat perkauman

logo btnKUALA LUMPUR, 22 JUN: DAP menyarankan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim untuk berhenti bersikap hipokrit apabila mendakwa Biro Tata Negara (BTN) tidak bersifat perkauman.
Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto berkata, tindakan Razali mendakwa BTN bukan bersifat perkauman sama sekali tidak masuk akal berikutan enam slaid yang dimuat naik dalam laman web mereka baru-baru ini jelas menunjukkan sebaliknya.
 Katanya, Razali yang sebetulnya harus mengemukakan bukti mengapa BTN masih perlu dikekalkan  walaupun ia langsung tidak menyumbang kepada pembangunan negara.
“Macam mana Razali boleh cabar pengkritik bahawa BTN bukan jurucakap perkauman sedangkan jelas ada  bukti kukuh mengenainya. Dengan mempertahankan agensi keji itu, dia yang sepatutnya mengemukakan  bukti.
“Bukan saja BTN perlu dimansuh dan dibubarkan, pembuat dasar BTN juga harus didedahkan bersama  nama-nama mereka yang bertanggungjawab memberikan arahan,” katanya dalam kenyataan.
Timbalan Pengerusi Wanita DAP Pulau Pinang itu menyatakan, enam slaid BTN tersebut antara lain secara jelas memperincikan pecahan dan analisis jumlah kerusi yang dipegang BN serta pembangkang dari 1959 hingga 2013.

AJK PAS: Salahuddin, Mahfuz, Taufek masih berteka-teki


Tiga pemimpin PAS dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti itu baru-baru ini, masih berteka-teki sama ada akan menerima pelantikan untuk menganggotai Jawatankuasa PAS pusat bagi sesi ini ataupun tidak.

Semalam bekas naib presiden Salahuddin Ayub dan bekas ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar sementara bekas AJK PAS Pusat Mohd Taufek Abdul Ghani diumum dilantik ke jawatan tersebut.

Setakat ini, ketiga-ketiga pemimpin PAS itu mahu menunggu surat pelantikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Salahuddin menyifatkan keputusan menerima atau menolak pelantikan sebagai ahli jawatankuasa PAS pusat sebagai "perhitungan hidup mati karier" beliau dalam PAS.

Walaupun telah menerima surat tersebut, beliau yang lebih 30 tahun bergelumang dalam bidang politik menganggap ia satu episod baru dalam hidupnya untuk membuat keputusan penting selepas gagal mempertahankan jawatannya sebelum ini.

Sementara itu, Mahfuz yang juga MP Pokok Sena pula berkata setakat semalam, beliau belum menerima surat pelantikan itu dan akan menjawabnya selepas menerimanya kelak.

Mahfuz sebelum ini berkata, beliau berasa seronok selepas tidak memegang jawatan dalam kepimpinan tertinggi PAS kerana boleh memberi tumpuan kepada parlimen dan kawasannya.

Manakala Taufek yang pernah menjadi pesuruhjaya PAS Negeri Sembilam turut memberikan jawapan yang sama dengan Salahuddin dan Mahfuz, sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya tunggu surat lantikan dulu baru komen," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

'Kalau sekular kami tak masuk PAS' - Khalid Samad

Anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini menolak tanggapan bahawa kumpulan progresif dalam PAS berfahaman sekular.

Katanya, jika perkara itu benar sudah pasti mereka tidak akan memilih parti Islam itu sebagai wadah perjuangan.

“Jika kami sekular, kami tidak akan masuk PAS,” kata bekas anggota jawatankuasa pusat PAS itu.

Nasionalisme Johor makin diketengah



Sejak berlakunya pertelingkahan terbuka putera Johor dengan seorang menteri kabinet, semakin banyak tulisan ke arah membentuk patriotisme dan nasionalisme negeri dimuat naik ke laman sosial.

Facebook Johor Southern Tigers hari ini memuat naik tulisan yang menegaskan supaya “Johor mesti sentiasa jadi Johor”.

Laman rasmi pasukan bola sepak negeri itu antaranya menceritakan kembali apa sebenarnya maksud Johor dan sejarah awal Johor moden.

“Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab 'jauhar' yang bermaksud 'permata berharga'.

“Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “batu permata”,” tulisan dalam Facebook itu dipetik.
 
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini bertelagah dengan menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz selepas beliau mengkritik kegagalan perdana menteri hadir dalam program dialog 1MDB di Kuala Lumpur.

Sejarah Johor moden

Nazri memberi amaran supaya baginda mesti sedia untuk 'dibelasah' jika mahu mencampuri urusan politik. Manakala Tunku Ismail pula melalui sebuah video menunjukkan isyarat “marilah”.

Ketika kehangatan isu itu, adindanya Tunku Idris pula memuat naik sebuah tulisan di Instagram yang antaranya menyebut jika perjanjian antara Johor dan Malaya tidak dipatuhi, negeri itu terkeluar daripada Malaysia.

Senarai mereka yang ‘kebal’ di Malaysia

oleh Mariam Mokhtar
Pertelingkahan terbuka antara Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, atau lebih dikenali dengan panggilan TMJ, dengan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Nazri Aziz telah menunjukkan, betapa wujud dua undang-undang di bawah Umno baru.
Satu untuk rakyat biasa, dan satu lagi untuk menteri Umno Baru. Ironinya, ia memerlukan seorang putera untuk memaksa menteri mengakui hal itu.
Najib Razak patut mengarahkan menterinya untuk berhenti menambahkan ketegangan antara institusi diraja dan menteri. Tanpa mengira siapa yang betul atau salah, tidak wajar untuk seorang menteri berkelakuan begitu.
Nazri berkelakuan seperti penjual ikan di pasar dengan bertukar kata-kata kesat. Ada juga yang mengatakan beliau seperti gangster. Kebisuan Najib mencerminkan kepimpinannya yang teruk, dan meningkatkan permusuhan dan kewujudan bersama yang rapuh antara rakyat, menteri dan kerabat diraja.
TMJ tidak berlapik apabila mengkritik Nazri di media sosial dan berkata, “Anda seorang menteri, bukannya Tuhan yang tidak boleh ditegur.  Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat.”
Tunku IsmailTunku Ismail
Putera itu mahu mengingatkan politikus tentang peranan dan tanggungjawab mereka dan berkata, “…Sekiranya perkara seperti itu pun anda tak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.”
“Saya membayangkan masa depan di mana setiap orang ada hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun keadaan Malaysia hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur,” katanya lagi.
TMJ benar. Menteri di Malaysia “pantang ditegur”. Menteri tidak akan buat salah. Mereka tidak tertakluk kepada undang-undang seperti rakyat lain. Menteri dan kroni mereka terlepas daripada apa-apa hukuman. Setiap keputusan mahkamah seakan berpihak kepada mereka, dengan denda minimum.
Berikut mungkin individu kebal paling dikenali di Malaysia:
Dr Mahathir Mohamad mungkin bersuara tentang korupsi Najib dan hubungannya dengan Altantuya, tetapi senarai kesalahan Mahathir sendiri adalah panjang, kalau pun tidak lebih panjang daripada Najib. Dasar monopoli dalam industri utama di Malaysia daripada padi kepada tenaga, pengangkutan kepada telekomunikasi membuktikannya. Apabila ada masalah, seperti apa yang berlaku dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), tiada siapa yang didapati bersalah.

Tidak Berektika: Notis mengelirukan punca salah faham kes qazaf Anwar

Peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman bercakap kepada media di hadapan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Beliau kesal dengan notis mengelirukan yang daripada pihak pemohon dan menganggap ia perbuatan tidak beretika. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 Jun, 2015. 
Peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman bercakap kepada media di hadapan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Beliau kesal dengan notis mengelirukan yang daripada pihak pemohon dan menganggap ia perbuatan tidak beretika. 

Peguam yang bakal mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes permohonan mengetepikan qazaf ketua umum PKR itu terlewat tiba ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini ekoran notis yang mengelirukan daripada pihak pemohon. Peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman yang bakal mewakili Anwar berkata, peguam pemohon memaklumkan kes itu akan disebut pada 11 pagi ini namun sebaliknya ia sudah bermula 2 jam lebih awal.
"Kami hadir hari ini sebab mendapat notis daripada peguam pemohon hari ini ada satu pengurusan kes pukul 11. Pendaftar sahkan kes didengar pukul 9.

"Ini adalah satu kelakuan tidak beretika dan mengelirukan kepada pihak Anwar. Kes pukul 9, mereka beritahu pukul 11," katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur hari ini. Peguam Roslizam Rahim yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan 2 pemohon lain sebelum ini berkata permohonan itu dibuat disebabkan permohonan Anwar menjadi akademik selepas bekas ketua pembangkang itu didapati bersalah di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan dipenjarakan 5 tahun pada 10 Februari lalu.
Roslizam berkata permohonan itu juga dibuat kerana Ketua Pendakwa Raya Syarie Shamsuddin Hussain dan pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak lagi berkait dengan kes ini.

Adun Selangor dinasihati menghadap sultan

Ahli dewan undangan negeri (Adun) PKR, PAS dan DAP di Selangor perlu menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar Mohamed Azmin Ali susulan pertelingkahan serius dalam Pakatan Rakyat (PR), kata ketua kluster Tadbir Urus, Undang-undang dan Pentadbiran Awam Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Jun, 2015. 
Ahli dewan undangan negeri (Adun) PKR, PAS dan DAP di Selangor perlu menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar Mohamed Azmin Ali susulan pertelingkahan serius dalam Pakatan Rakyat (PR), kata ketua kluster Tadbir Urus, Undang-undang dan Pentadbiran Awam Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood. 

Semua ahli dewan undangan negeri (Adun) PKR, PAS dan DAP di Selangor dinasihatkan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan segera bagi menyatakan sokongan terhadap menteri besarnya Mohamed Azmin Ali susulan pertelingkahan serius dalam Pakatan Rakyat (PR), kata ketua kluster Tadbir Urus, Undang-undang dan Pentadbiran Awam Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood. Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Nik Ahmad berkata beliau berpendapat perkara itu perlu dilakukan bagi mengelakkan ketidakyakinan terhadap kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Azmin supaya dapat meneruskan pentadbirannya dengan lancar.
Nik Ahmad berkata, pertelingkahan daripada resolusi DAP yang mengisytiharkan PR terkubur mengganggu-gugat kerajaan sedia ada.

"Pada pandangan saya, untuk mengelak ketidakyakinan terhadap kerajaan negeri di bawah menteri besar sekarang, elok jika semua Adun PKR, DAP dan PAS menghadap Sultan Selangor untuk menyatakan menteri besar masih mempunyai sokongan majoriti di DUN. "Apabila sudah ada sokongan majoriti dan mendapat perkenan sultan tidak perlu DUN dibubarkan," katanya kepada Sinar Harian.
Pada masa yang sama, katanya, kekalutan di Selangor itu tidak berlaku di Pulau Pinang walaupun PR terbubar kerana DAP memegang majoriti kerusi di negeri itu.

Menantu Hadi digugurkan, Haron Din kekal ketuai Majlis Syura PAS

Datuk Dr Haron Din dikekalkan sebagai mursyidul am PAS selepas selesai mesyuarat pertama Majlis Syura semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Jun, 2015. 
Datuk Dr Haron Din dikekalkan sebagai mursyidul am PAS selepas selesai mesyuarat pertama Majlis Syura semalam. 

Menantu presiden PAS, Zaharudin Mohamad tidak dilantik semula sebagai ahli Majlis Syura ulama selepas sesinya tamat, baru-baru ini. Zaharudin yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu tidak termasuk dalam senarai ahli yang dilantik AJK PAS Pusat, Dewan Ulama, Pemuda atau Wanita.
Dalam mesyuarat pertama Majlis Syura semalam, mereka mengekalkan Datuk Dr Haron Din sebagai mursyidul am manakala Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub sebagai timbalannya.

Bagaimanapun, Zaharudin boleh dilantik semula melalui kuota 5 ahli yang dilantik Majlis Syura untuk mencukupkan keahlian 17 orang. Majlis Syura mengadakan mesyuarat yang pertama mereka semalam di Pejabat Agung PAS Jalan raja Laut, Kuala Lumpur.
Ahli Majlis Syura terdiri daripada 4 dilantik AJK PAS Pusat, 4 oleh Dewan Ulama manakala 2 masing-masing daripada Pemuda dan Wanita.
Ahli yang dilantik itu kemudiannya akan melantik 5 lagi untuk menjadikannya 17 ahli.

Sebelum muktamar difitnah, sudah kalah dibelasah, kata bekas naib presiden PAS

Bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub belum memutuskan sama ada mahu menerima jawatan sebagai ahli kawatankuasa kerja (AJK) PAS Pusat dan akan mengumumkannya selepas Hari Raya Aidilfitri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Jun, 2015. 
Bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub belum memutuskan sama ada mahu menerima jawatan sebagai ahli kawatankuasa kerja (AJK) PAS Pusat dan akan mengumumkannya selepas Hari Raya Aidilfitri. 

Bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kesal dengan sikap ahli parti Islam itu yang masih mengecamnya walaupun tewas mempertahankan jawatannya semasa pemilihan muktamar ke-61 awal Jun lalu. Sejurus diumumkan dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja (AJK) PAS Pusat semalam, Salahuddin berkata pelbagai respons diterimanya, ada yang memberi nasihat dan memujuk, malah ada juga yang memberi amaran dan ancaman memutuskan persahabatan.
"Kesian saya. Sudahlah sebelum muktamar ditohmah fitnah, dah kalah pun kena belasah lagi. Tapi saya tak boleh marah-marah.

"Itulah asam garam dunia politik yang saya telah pilih dengan jiwa raga saya," katanya dalam satu kenyataan malam tadi. Bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu bagaimanapun belum memutuskan sama ada mahu menerima jawatan itu dan akan mengumumkannya selepas Hari Raya Aidilfitri.
"Saya akan membuat keputusan dalam masa yang terdekat (mungkin selepas kita menyambut Syawal yang mulia)," katanya.
Salahuddin adalah di antara pemimpin progresif PAS yang "dibersihkan" daripada parti itu dalam muktamar lepas.
Katanya, keputusan yang bakal dibuat, sama ada menerima atau menolak jawatan itu adalah perhitungan hidup mati kariernya dalam PAS.
Salahuddin berkata, kariernya bermula dengan perjuangan PAS sejak tahun 1981 menjadi timbalan yang dipertua kawasan Pontian hingga menjadi naib presiden pada 2015.

'M'sia harus tarik diri dari TPPA' - Nik Nazmi

Saya tertarik dengan laporan-laporan yang mengatakan bahawa Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat, akan membuat lawatan ke Malaysia sekali lagi pada bulan November, walaupun baru sahaja membuat lawatan pada bulan April tahun ini.

Apa yang lebih menarik adalah lawatan pada bulan April itu merupakan lawatan pertama seorang presiden Amerika Syarikat selepas hampir 50 tahun. Lawatan terakhir adalah pada tahun 1966 yang diketuai oleh Presiden Lyndon B Johnson.

Mengapa tiba-tiba seorang presiden Amerika begitu tertarik dengan Malaysia dan rantau ini?

Adakah mungkin kerana beliau ingin meraih sokongan untuk Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang semakin lama semakin lesu?

Pada bulan lepas, pentadbiran Obama gagal untuk mendapatkan sokongan Senat, terutamanya daripada golongan ahli parti Demokrat beliausendiri bagi mendapatkan Kuasa 'Fast-Track' untuk  berunding perihal TPPA.

Bagaimanapun, Kongres Amerika Syarikat baru-baru ini meluluskan juga Trade Promotion Authority, dengan majoriti tipis dan kini ia perlu mendapatkan semula kelulusan di Senat.

Kesungguhan Obama untuk meluluskan perjanjian ini, yang sehingga sekarang masih tetap dirunding dengan penuh sulit, menimbulkan beberapa persoalan mengenai niat beliau.

'Perhitungan hidup mati saya dalam PAS' - Salahuddin Ayub

Bekas naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata keputusan sama ada menerima atau menolak pelantikan sebagai ahli jawatankuasa PAS pusat adalah "perhitungan hidup mati karier beliau dalam PAS.

Menurutnya, beliau masih belum menjawab secara rasmi "tetapi beberapa jam yang lalu, telah riuh rendah di media baru tentang berita perlantikan saya sebagai AJK Pusat."

"Ada yang memberi nasihat dan memujuk. Ada yang memberi amaran dan ancaman memutuskan persahabatan," katanya dalam catatan di Facebook semalam, sambil menambah beliau "tak boleh marah-marah"

"Itulah asam garam dunia politik yang saya telah pilih dengan jiwa raga saya.

"Kesian saya. Sudahlah sebelum Muktamar ditohmah fitnah , dah kalah pun kena belasah lagi," tegasnya.

Dalam catatan itu, beliau berkata pejabat agung PAS telah menyerahkan surat rasmi perlantikannya  sebagai AJK PAS pusat.

"Bermakna bermula lagi satu episod dalam kehidupan saya untuk membuat satu keputusan penting.


"Keputusan yang bakal saya buat (sama ada menerima atau menolak) adalah perhitungan hidup mati karier saya dalam PAS," katanya.

Mengenai tawaran tersebut,  Salahuddin berkata: "Saya akan membuat keputusan dalam masa yang terdekat (mungkin selepas kita menyambut Syawal yang mulia).

"Almarhum Ustaz Fadhil Nor pernah menasihati saya dalam membuat keputusan penting dalam perjuangan politik.

'Tak perlu lagi kita pandang ke belakang' - Nik Nazmi

Nik Nazmi Nik Ahmad 
SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mendukung usaha PKR dalam membentuk penyatuan berasaskan NGO, parti-parti politik dan individu berpengaruh bagi meneruskan kelangsungan politik pembangkang.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia merupakan langkah bijak memandangkan PR kini tidak lagi berfungsi secara formal.

“Kita rujuk balik kenyataan Presiden PKR (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan seperti yang telah diberitahu, PR kini tidak lagi berfungsi secara formal, jadi lebih baik kita pandang ke depan.

“Kita akan fokus untuk bina gerakan pembaharuan ini. Penyatuan ini yang penting bagi kita sekarang dan tidak perlu untuk kita pandang ke belakang,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan kemasukan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia sebagai pengganti Pas.

Pada Selasa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa PR tidak lagi wujud apabila parti itu memutuskan hubungan politik dengan Pas.

Pas tak setuju parti baharu sertai PR kata PJ Pas Terengganu

Satiful Bahri Mamat
KUALA TERENGGANU – Pas tidak akan sesekali bersetuju jika parti baharu yang akan dibentuk mahu menyertai PR.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Satiful Bahri Mamat berkata, pihaknya akan buat bantahan apatah lagi parti baharu yang dikatakan itu merupakan serpihan daripada Pas.

Menurutnya, kesediaan membentuk PR sebelum ini adalah melalui persetujuan tiga parti iaitu Pas, PKR dan DAP, manakala parti baharu tidak boleh sewenang-wenangnya menyertai PR.

“Kalau ada parti baru serpihan Pas, sudah tentu Pas tak setuju. Dia hendak bergabung dengan kekuatan apa? Atas alasan apa nak gabung,” katanya.Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berserta beberapa bekas anggota jawatankuasa (AJK) parti itu tidak menolak kemungkinan membentuk sebuah parti baharu bagi meneruskan perjuangan politik mereka.

Satiful yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu menjelaskan, mana-mana isu yang tidak mendapat persetujuan daripada ketiga-tiga parti sebelum ini tetapi diteruskan juga sudah tentu memberi kesan kerjasama tersebut.

Antaranya katanya, isu pertandingan tiga penjuru di kerusi Kota Damansara pada PRU13 lalu berlaku berikutan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) diturunkan di kerusi itu.

“Pas tak setuju dengan calon PSM kerana dia hendak tanding atas tiket dia. Mana-mana perlu dapatkan persetujuan. Kalau tak setuju, tak boleh,” katanya.

Beliau mengharapkan semua ahli Pas kembali ke matlamat asal untuk sama-sama menguatkan parti dan memastikan hala tuju lebih baik dalam PRU14 akan datang.

“Kita harap ahli istiqamah hingga menang. Yang penting ahli istiqamah dengan bahtera yang ada.. yang kalah, kita harap jangan cepat buat keputusan yang bertentangan dengan parti tetapi ambil masa perbaiki diri mungkin akan dipilih semula pada pemilihan akan datang,” katanya.

Kerjasama terbaik Pusat dan Kelantan sejak 1990

Kerjasama terbaik sejak 1990  
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Mustapa (dua, kanan) dan Ahmad (kiri) ketika kunjungan hormat di pejabat Menteri Besar, Januari lalu.

KOTA BHARU - Hubungan antara kerajaan Pusat dan Kelantan kini disifatkan yang terbaik sejak Pas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1990.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimanapun menegaskan, kerjasama yang terjalin bukan ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan atau campuran, sebaliknya demi memastikan perpaduan Islam dan Melayu terjamin.

“Tidak pernah dalam sejarah kerjasama antara kerajaan Pusat dan negeri seperti sekarang, ia bermula dengan banjir, lepas itu jawatankuasa teknikal hudud.

“Ini satu perubahan paradigma besar yang mungkin ramai tidak sedar,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan agensi media Kelantan, di sini, semalam.

Mustapa mengakui, sebelum ini kedua-dua pihak sentiasa bertelagah dan banjir yang berlaku di negeri ini menjadi titik pertemuan antara dua pihak terbabit.

“Dengan cara ini, banyak perkara yang dapat diselesaikan walaupun ada juga perbezaan tetapi (secara keseluruhan) ia membawa banyak kebaikan. Saya sudah beberapa kali mengadakan mesyuarat di pejabat Menteri Besar, dulu perkara ini tidak ada dan ini satu  perkara besar dalam konteks perpaduan Islam dan Melayu.