Ahad, 21 Jun 2015

Johor ‘medan pertempuran’ politik negara

liew chin tong
Liew menyeru individu dan ahli politik yang mempunyai idea yang sama untuk berkerjasama dengan DAP kerana parti itu tidak mempu menewaskan UMNO. 

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong menyifatkan negeri Johor sebagai ‘medan pertempuran’ penting dalam menentukan politik negara terutamanya penyusunan semula parti pembangkang sejak Pakatan Rakyat tidak wujud lagi.
“Ramai yang menyokong progresif dalam PAS namun jika Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari kabinet, sudah tentu ada penentangan suara dari UMNO di Johor.
“Ada juga suara di Johor ini yang dapat mengubah pendapat umum dan sememangnya politik di negeri ini amat menarik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Liew berkata, dalam mesyuarat jawatankuasa DAP semalam bersetuju bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud selepas PAS memutuskan usul tanpa bahas untuk memutuskan hubungan DAP dalam Muktamar Tahunan Pas ke 61 di Kuala Selangor awal Jun lalu.
Menurutnya, Muktamar adalah kuasa tertinggi dalam PAS.
“Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataan pada 17 Jun lalu turut berkongsi pandangan dengan DAP dan mengesahkan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi.
Pengerusi DAP Johor turut menyeru individu dan ahli politik yang mempunyai idea yang sama untuk berkerjasama dengan DAP kerana parti itu tidak mempu menewaskan UMNO.
“Kami sedar DAP tidak dapat mengalahkan hegemoni UMNO yang sudah mempunyai akar umbi sendiri.
Kami perlu membentuk pakatan dengan individu yang mempunyai kuasa politik dengan tujuan yang sama berdasarkan cita-cita, idea dan program,” katanya.

Siapa Chegubard cabar Dr. Mahathir debat?

KU SEMAN KU HUSSAIN.

KUALA LUMPUR: Ini adalah sebuah kisah mengenai orang muda yang mahu mencabar orang tua. Apabila cabaran tidak diendahkan, si pencabar menyangka bahawa orang yang dicabar itu takut. Sedangkan yang dicabar tidak mahu berlawan bukan kerana takut tetapi menyedari bahawa itu hanya membuang masa apatah lagi yang mencabar itu 'budak yang masih berhingus'.

Itulah ibaratnya yang terjadi apabila pengasas pertubuhan bukan kerajaan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard mencabar Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir sebagai panel bagi menjawab persoalan dan dakwaan yang timbul sewaktu pentadbiran Mahathir selama 22 tahun.

Berikut adalah sebuah rencana yang disiarkan dalam kolum Anekdot Ahad, akhbar Mingguan Malaysia (21 Jun 2015):

Apabila membaca sebuah akhbar Bahasa Inggeris semalam, saya fikir tidak ada lagi yang paling diingati dan kemuncak dalam kerjaya politik Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard melainkan mencabar Dr. Mahathir. Gambar Badrul diletakkan bersebelahan dengan bekas Perdana Menteri itu. Sudah pasti itu satu pengiktirafan besar kerana bukan semua orang boleh duduk bersebelahan Dr. Mahathir waima dalam gambar.

Walaupun kini Dr. Mahathir adalah rakyat biasa tetapi beliau pernah melalui fasa yang "luar biasa" terutama di pentas-pentas antarabangsa. Malah menjadi suara daripada masyarakat Islam seluruh dunia mengkritik dasar Barat yang berat sebelah terhadap Islam dan negara-negara di rantau ini.

Tetapi itu dululah, sekarang banyak orang menganggap Dr. Mahathir bukan siapa-siapa. Doktor pun bukan. Sebab itu banyak yang bukan siapa-siapa pun mengajak beliau berdebat.

Oleh kerana itu Badrul dilihat paling berani apabila mencabar Dr. Mahathir. Lagi berani apabila dia menganggap Dr. Mahathir takut berdebat dengannya mengenai isu-isu yang berbangkit ketika ini. Kalau mahu dianggap ini satu tanda aras kedudukan politik Badrul, boleh juga setidak-tidaknya hingga semalam, Badrul membuktikan dia juga luar biasa seperti Dr. Mahathir.

Ohh ya, sebelum terlupa, Badrul ini dari kapal PKR. Tetapi jangan lupa, dia adalah pengasas pertubuhan bukan kerajaan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

PAS sedang kehilangan sokongan daripada ahli parti yang kritikal terhadap Hadi

oleh Alyaa Alhadjri

Kepimpinan beliau mungkin disokong oleh ulama dalam PAS tetapi presiden parti Abdul Hadi Awang tidak menujukkan contoh baik melalui tindakan (atau yang tidak dilakukan beliau) dan kenyataan kontroversi yang sering dikeluarkan.

Selain tidak hadir mesyuarat penting presiden Pakatan Rakyat dan kemudian membatalkan kuputusannya, untuk kali kedua sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pendirian Hadi yang menuduh untuk kali kedua memfitnah individu lain dalam ucapannya - tindakan yang dalam Islam dikatakan sebagai ‘memakan darah daging saudara sendiri’.

Kali ini, calon presiden PAS yang tewas Ahmad Awang dilaporkan berkata beliau menimbangkan tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah beliau ketika pemilihan parti, termasuklah Hadi.

Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa walaupun beliau tidak menyesal tewas kepada Hadi dalam pemilihan itu, fitnah yang dilemparkan kepadanya telah mencetuskan keretakan dalam PAS. “Saya sedang mempertimbangkannya (menyaman), termasuklah presiden yang melabel saya sebagai calon DAP.

 “Saya tidak dapat menerima fitnah ini dan mahu membersihkan nama saya,” kata Ahmad yang hanya berjaya memperoleh 25 peratus daripada jumlah undi. Sebelum pemilihan bermula, Ahmad dilihat sebagai memimpin kelompok progresif pro-Pakatan Rakyat untuk menentang satu-lawan-satu ke atas kem ulama dikepalai Hadi.

Malahan, sesetengah ulama telah pergi sejauh dengan mencipta senarai ‘cai’ atau menu mengundi kepada perwakilan yang mengundi, menyenaraikan calon bertanding dalam kedua-dua kelompok Hadi atau Ahmad dan berjaya menumpaskan kelompok progresif daripada jawatan tertinggi parti.

Hadi, dalam rujukan kepada Ahmad, sebelum ini telah berkata dalam satu kenyataan yang telah tersebar meluas dalam satu rakaman video bahawa pertandingan presiden parti antara pilihan DAP dan calon PAS.

Walaupun berkata perwakilan bebas untuk membuat pilihan dan terdapat ulama dalam kedua-dua kem, Hadi turut menekankan: “Anda (perwakilan) boleh memilih antara yang dipilih DAP dan yang kita (PAS) mahu.”

Tambahan lagi, bekas bendahari dan pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Asmuni Awi sedang mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah ke atas sesetengah orang dalam parti.

Pada masa lalu, Asmuni telah mewakili Hadi apabila beliau berhadapan dengan saman fitnah bernilai RM2 juta daripada bekas calon PKR Bukit Besi Mohd Shamsul bin Mat Amin, difailkan sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Mampukah Khalid Samad mempertahankan Shah Alam di PRU14?

oleh Lokman Mustafa

Dalam PRU13 pada tahun 2013, Khalid Samad, salah seorang pemimpin progresif daripada PAS, berjaya mempertahankan kerusi parlimen Shah Alam yang dimenanginya lima tahun sebelum itu dengan mengalahkan calon BN Zulkifli Noordin dengan majoriti melebihi 10,000 undi.

Sesetengah penganalisa percaya ianya langsung tidak mengejutkan memandangkan Zulkifli, seorang peguam yang juga ahli politik yang berasal dari Kedah, telah mencetuskan kontroversi apabila sebuah rakaman video beliau menghina kepercayaan Hindu telah tersebar meluas sebelum pilihan raya bermula.

 Pada hakikatnya, bandar itu yang terdiri daripada berbilang bangsa, meskipun majoriti muslim Melayu, telah menyaksikan konflik ketegangan kaum, politik dan agama selama tujuh tahun kebelakangan ini.

Satu insiden yang melibatkan beberapa kumpulan Melayu berhaluan kanan mengarak kepala lembu di bangunan Setia Usaha Kerajaan negeri pada Ogos 2009 untuk memprotes pemindahan kuil Hindu berusia 150 tahun, yang kemudiannya, mencetuskan kemarahan meluas daripada kumpulan-kumpulan Hindu dan lain-lain.

Dua belas orang kemudian telah didenda RM1,000 seorang kerana berhimpun secara haram oleh Mahkamah Seksyen di sini dengan salah seorang dari mereka dijatuhkan hukuman penjara selama seminggu.

Secara keseluruhannya, Shah Alam, yang merangkumi 54 seksyen termasuklah Kota Kemuning dan Bukit Rimau di tenggara pusat bandar itu, dan TTDI Jaya, Bukit Jelutong dan juga Kampung Melayu Subang di utara, adalah tempat yang aman untuk didiami.

Bermula dengan Seksyen 1 yang sekarang ini diduduki oleh kampus utama Universiti Teknologi Mara (UiTM), ibu negeri itu pastinya telah melalui perubahan yang besar. Universiti awam yang sebahagian besarnya Melayu, pula sebaliknya, berharap sesetengah perkara kekal sama.

Pada Ogos 2008, UiTM telah menjadi tajuk-tajuk utama akhbar apabila 5,000 orang pelajarnya berarak ke Setia Usaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai protes menentang MB Selangor pada ketika itu Abdul Khalid Ibrahim kerana mencadangkan universiti itu membuka pintunya untuk menerima 10 peratus kemasukan pelajar bukan Bumiputra.

Selepas 40 tahun, BTN masih punyai agenda tersembunyi?

oleh Mariam Mokhtar
Biro Tata Negara (BTN) bakal terus maju, selagi majoriti orang Melayu di Malaysia, mahu kehidupan yang mudah.

BTN telah wujud selama 40 tahun, tetapi pada peringkat awal, ia dikenali dengan nama lain yang agak kabur.

Ia mungkin terlepas celaan, kerana pada masa itu, tidak dapat dibayangkan bahawa kerajaan ketika itu akan menggalakkan perkauman di kalangan pelajar dan kakitangan awam.

Pada tahun 1974, Menteri Pelajaran, Dr Mahathir Mohamad. Beliau telah disambut kembali ke dalam Umno oleh Perdana Menteri Abdul Razak Hussein, selepas Tunku membuang Mahathir keluar dari UMNO, kerana politik pro-Melayu.

Apabila Tunku meletak jawatan, dan Mahathir menyertai semula Umno, Abdul Razak melantik Mahathir senator.

Adakah Mahathir menubuhkan BTN, atau adakah Syed Jaafar Albar, bapa Syed Hamid Albar dari SPAD?

Syed Jaafar telah didakwa bersifat perkauman. Siapa lagi yang terlibat? Adakah Mahathir dan ahli-ahli politik tidak toleran lain, membayangkan Malaysia, yang dikuasai oleh orang Melayu?

Mengapa ahli-ahli politik bukan Melayu yang terkenal pada masa itu, tidak menyuarakan bantahan mereka terhadap pembentukan BTN? Adakah BTN, pada peringkat awal, disembunyikan sebagai program belia?
 

Rasuah PRU13: Kumpul bukti dan lapor kepada pihak berkuasa, kata SPR kepada Bersih 2.0

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff berkata Bersih 2.0 sepatutnya kumpul bukti dan buat laporan kepada pihak berkuasa yang berkenaan jika ia merasakan laporan Wall Street Journal itu ada kebenarannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff berkata Bersih 2.0 sepatutnya kumpul bukti dan buat laporan kepada pihak berkuasa yang berkenaan jika ia merasakan laporan Wall Street Journal itu ada kebenarannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mempersoalkan tindakan pemantau pilihan raya Bersih 2.0 yang mendakwa ia gagal memperkenalkan pembaharuan yang perlu untuk mengekang penyalahgunaan tidak terbatas dan rasuah semasa kempen pilihan raya. Ia susulan laporan Wall Street Journal (WSJ) mengatakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara tidak langsung membiayai kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff berkata Bersih 2.0 sepatutnya mengumpul bukti dan membuat laporan kepada pihak berkuasa yang berkenaan jika ia merasakan laporan WSJ itu ada kebenarannya.

"Kumpulkan bukti seberapa lengkap dan buat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika berkait rasuah supaya disiasat," katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada The Malaysian Insider. Katanya, ruang yang luas sudah diberikan kepada mana-mana pihak berhubung keputusan PRU13 yang lalu.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Bersih 2.0 yang masih mengungkit perkara sama selepas lebih 2 tahun.
"Sebanyak lebih 60 petisyen pilihan raya pada PRU13 dibawa ke Mahkamah Tinggi Pilihan Raya, tentu Bersih tahu apa keputusannya.
"Ruang yang luas diberikan untuk membuat dakwaan tapi mengapa diungkit sekarang selepas hampir 3 tahun PRU13," katanya.

Daripada segi semangat, Pakatan masih wujud, kata Wan Azizah

Sekretariat Pakatan Rakyat dan pekerja parti di peringkat negeri masih beroperas, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015.Sekretariat Pakatan Rakyat dan pekerja parti di peringkat negeri masih beroperas, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015.
Daripada segi semangatnya, gabungan pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat (PR) itu masih wujud, kata presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini. Katanya, sekretariat PR dan pekerja parti di peringkat negeri masih beroperasi.
"Di semua negeri PR, ia masih bekerja, walaupun Pulau Pinang tidak lagi menamakannya PR.

"Tetapi daripada segi hubungan kerja, ia masih diteruskan. Kerana, ketua menteri berkata, kerja dijalankan seperti biasa," katanya merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Ditanya sama ada mereka masih boleh bekerja sama dalam keadaan yang agak janggal dan bermusuhan, Dr Wan Azizah memberitahu wartawan di Pulau Pinang, berdasarkan semua kenyataan yang dibacanya, mesejnya ialah mereka masih bersama.
"Kerana kami mahukan begitu, sambil kami menentang kerajaan Barisan Nasional yang sekian lama berkuasa.
"Semua pembaziran, ketirisan dan masalah negara kita ini... semua itu perkara asas. Kita semua berada pada satu platform yang sama, dan itu menjadi usaha kita, dan kita boleh terus bergerak dari sini," katanya.
Dr Wan Azizah, yang juga ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh berkata demikian di Masjid Jamek Kampung Pelet, selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan Ramadan kepada 64 surau di kawasan Parlimen beliau oleh Zakat Pulau Pinang.

Pakatan masih hidup, walaupun dengan 2 parti, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendiriannya iaitu Pakatan Rakyat (PR) masih wujud dan menegaskan walaupun ia kini terdiri daripada 2 parti - PAS dan PKR, tanpa DAP tetapi ia tetap satu pakatan.
Keyakinan beliau itu dinyatakannya hari ini memandangkan tiada sebarang pendirian yang dikeluarkan PKR berhubung masa depan PR.
"Selagi PKR tidak buat keputusan, maksudnya ia masih bersama (PR). Apa makna 'pakatan'? 'Pakatan sekurang-kurangnya perlu ada 2 (parti). Kalau satu jadi pakatan tak? Tidak boleh.

"Ini saya berjalan.. Saya masih hidup (PR masih hidup)," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di bazaar Ramadan Jalan Raja Alang di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini. PAS meluluskan tanpa bahas usul Dewan Ulama memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP pada muktamar tahunannya ke-61 awal bulan ini. Susulan itu, DAP mengumumkan PR bubar secara rasminya.
Bagaimanapun, Hadi baru-baru ini membuat kenyataan menyatakan PR masih belum berkubur.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula tidak menjelaskan pendiriannya, sebaliknya hanya menyatakan PR kini tidak lagi berfungsi secara rasmi.
Ditanya adakah keputusan PAS untuk bekerjasama dengan PKR kerana ingin mengekalkan kedudukan mereka di Selangor, Hadi menegaskan parti Islam itu akan bekerjasama dengan sesiapa saja kecuali golongan yang dianggap "cauvinis".
"Kita bekerjasama dengan semua parti yang tidak cauvinis," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hadi turut ditanya mengenai bekas calon presiden yang dikalahkan semasa pemilihan lalu, Ahmad Awang, yang dilaporkan bakal menyaman beliau atas kenyataannya semasa muktamar lalu.
Ahmad berkata semalam, Hadi mendakwa beliau merupakan calon DAP.
Hadi dengan ringkas menjawab hari ini, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan begitu.
"Tidak saya tidak ada kata begitu.. tidak ada cakap apa-apa," katanya.

Johor DAP moves to build new alliances

After breakup of Pakatan Rakyat, now to work with PAS progressives, Umno dissidents
Liew-Chin-Tong_johor_dap_umno_600
KLUANG: Johor DAP is to forge ahead with new political alliances, especially by working with PAS progressives and dissidents in Umno to end the Barisan Nasional’s hold on the state.
Johor DAP chairman Liew Chin Tong said in a statement today that Johor was the crucial battleground for a political realignment.
He said the party’s state leadership had agreed to work with all anti-Umno political forces who were willing to subscribe to the common policy framework of the Pakatan Rakyat, including the progressives in PAS.
The state leadership accepted that Pakatan Rakyat had ceased to exist and that it was the beginning of a political realignment.
“We are keenly aware the DAP would not be able to defeat Umno’s entrenched hegemony on its own,” he said. “We must form alliances and coalitions with likeminded individuals and political forces”
He said the state DAP would work with those in Johor who supported PAS progressives, and capitalise on dissent in Johor Umno if deputy president Muhyiddin Yassin, a former Johor Umno leader and former menteri besar, was dropped from the Cabinet.

Kerjasama tetap diteruskan walau PR tak wujud - Kak Wan

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 
BUKIT MERTAJAM - Biarpun Pakatan Rakyat (PR) telah diisytihar tidak lagi wujud, namun kerjasama dan semangat dalam menjalin hubungan kerja antara ketiga parti iaitu Pas, DAP dan PKR masih diteruskan, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
  
Ketika ditemui pemberita selepas majlis sumbangan Ihya Ramadan kepada surau dalam Parlimen Permatang Pauh di Masjid Jamek Kampung Pelet dekat sini hari ini, Dr Wan Azizah berkata, beliau mempunyai pandangan optimis terhadap semangat yang ada dalam pakatan pembangkang.
  
Pada Rabu lepas, beliau dilaporkan mengakui bahawa gabungan politik pakatan pembangkang tidak lagi berfungsi secara formal.
  
Keadaan itu, katanya, berlaku berikutan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas pada Muktamar Pas Ke-61, manakala Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pula telah mengumumkan 'penamatan riwayat' PR,

Inilah MENTERI ternakan UMNO yg paling 'cerdik'..


Inilah idea PALING BERNAS dari Timbalan Menteri kewangan M'sia 
Emotikon like


Ini lah menteri yg patut kita hormati dan sanjungi jilat#GST sampai mati kerana beliau mmg bijak2 berkata2...!!!

Mulai skrg rakyat M'sia dinasihatkan berhati2 bila nak tempelak pendekar GST-DAM...


KANTOI !!!..Berbohong Dalam Parlimen


Bagaimana pendekar DAM sbg Timbalan Menteri Kewangan M'sia boleh buat kenyataan palsu lago BOHONG ttg punca kejatuhan nilai ringgit setelah disangkal oleh Bank Negara itu sendiri..

Apa akan jadi pada negara jika kebangangan menteri sebegini masih tetap nak dikekalkan bersama Najib buat 22 tahun lamanya !!!!

Nak kekal atau tidak tanyalah pada pengundi2 Pontian..

APA DAH JADI JANJI 2,600 buah rumah mangsa banjir yg nak disiapkan sebelum Ramadhan !!!


Berapa yg dah disiapkan, 1,000, 2,000... ???

Sampai bila nak menipu & perbodohkan rakyat...

MANA PERGINYA gula2 janji MUNAFIKUN-BN duit2 peruntukan tersebut pergi:

Mula2 kata, Najib umum RM500 juta,
Lps tu Menteri DAM kata RM800 juta,
TPM pula kata RM200 juta..

Dah pergi jahanam ka.. atau kene songlap ka ??.. atau KANTONG2 KERAJAAN SUDAH KERING !!!

Mahfuz Nafi Terima Pelantikan AJK PAS

KUALA LUMPUR: Bekas calon naib presiden PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu awal bulan ini, Datuk Mahfuz Omar menafikan bersetuju menerima pelantikannya ke jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Menurut bekas Ketua Penerangan PAS itu, beliau tidak menerima sebarang surat lantikan seperti yang didakwa Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Macam mana saya nak terima atau tidak (pelantikan) sedangkan saya tak dapat pun surat.
"Saya akan jawab secara bersurat terima atau tidak selepas dapat surat lantikan. Buat masa ini saya ada di Kedah dan tak diberitahu apa-apa mengenai pelantikan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu pada masa sama turut terkejut apabila dimaklumkan bahawa beliau tersenarai antara lapan AJK PAS Pusat yang baharu dilantik untul sesi 2015-2017.
Terdahulu Tuan Ibrahim mengumumkan senarai penuh AJK PAS Pusat termasuk tiga calon kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti baru-baru ini.

PAS Harap Mat Sabu Tidak Tinggalkan Parti


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diminta untuk kekal dalam PAS dan meneruskan agenda perjuangan parti Islam itu walaupun tidak memegang apa-apa jawatan utama.
Timbalan Presiden yang baharu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semua pihak termasuk Mohamad perlu menerima kekalahan masing-masing dengan hati terbuka.
"Kita harapkan bahawa dia (Mohamad) akan memperkukuhkan parti selepas muktamar.
"Seluruh pihak harus menerima keputusan dengan terbuka dan semua pihak mesti berkerja keras  memperkasakan parti," katanya pada sidang media di Pejabat Agong PAS di sini, Ahad.
Sebelum ini Mohamad yang mesra dipanggil 'Mat Sabu' membayangkan akan mencari 'wadah baharu' dalam meneruskan perjuangannya dalam politik selepas tewas di tangan Tuan Ibrahim pada pemilihan parti itu awal bulan lalu.

'PAS kerja dengan semua parti yang tak chauvinis' - Hadi

PAS akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja kecuali 'chauvinis', kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian selepas beberapa kali didesak oleh wartawan mengenai pendirian PAS mengenai Pakatan Rakyat. Bagaimanpun Hadi tidak menyebut secara khusus merujuk DAP.

"Kita kerja dengan semua parti yang tidak chauvinis," kata Hadi yang mengulangi perkataan 'chauvinis' sekali lagi untuk menekankan maksudnya.

MP Marang itu berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan ke bazar Ramadan di Kampung Baru petang ini.

DAP sebelum ini sering dilabel oleh pelbagai pihak termasuk Umno sebagai parti 'chauvinis'.

DAP dan PAS menghentikan kerjasama dan DAP berkeras menyatakan bahawa Pakatan Rakyat telah mati. PAS bagaimanapun masih bertegas bahawa gabungan pembangkang masih wujud.

"Saya boleh jalan lagi, hidup lagi," kata Hadi apabila diminta mengulas bahawa terdapat pemimpin PAS yang menyatakan Pakatan telah berkubur.

'Putus dengan DAP? Tunggu mursyidul am balik' kata Hadi

Majlis Syura Ulama menunggu Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din pulang menunaikan ibadah umrah terlebih dahulu sebelum membincangkan mengenai usul memutuskan hubungan dengan DAP, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

MP Marang itu berkata mesyuarat badan tertinggi PAS itu hari ini tidak membincangkan mengenai usul memutuskan hubungan dengan DAP.

“Perbincangan mengenai usul putus hubungan dengan (parti) tersebut, perlu menunggu Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din pulang dari Mekah," kata Abdul Hadi kepada pemberita petang ini.

Sebelum ini dilaporkan Haron akan menunaikan umrah selama dua minggu bermula 15 Jun dan dijangka pulang pada akhir bulan ini.

Beliau sendiri sebelum ini berkata secara teknikalnya bukan pemegang rasmi jawatan itu kerana sudah habis tempoh dan menjangkakan pemimpin lain bakal menggantikannya.

Muktamar PAS awal bulan ini meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas untuk dibawa ke Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat untuk pelaksanaannya.

Susulan itu, DAP mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi selepas mendakwa ia berpunca daripada keputusan yang dibuat dalam muktamar parti itu.

PM dan Kabinet berhentilah, jangan membawa malang kepada rakyat lagi

FGV nampaknya akan menjadi satu lagi syarikat yang menjadi tempat mereka yang berkuasa gunakan untuk membuat keuntungan peribadi dengan jumlah yang besar. Ada sahaja syarikat-syarikat yang mempunyai tahap kewangan yang besar ia akan menjadi mangsa mereka yang berkuasa untuk mencuri dan memunggah apa yang dipunyai rakyat dan pemegang-pemegang sahamnya.
1MDB belum selesai lagi kini pandangan rakyat berpindah kepada FGV syarikat yang disenaraikan oleh Felda. Dalam pada peneroka kini terhutang dengan kejatuhan harga saham FGV, syarikat ini sedang mula berhadapan dengan persoalan tentang pelaburannya di Indonesia pula. Felda sememangnya terbilang membuat pelaburan dengan membeli harta dengan harga tinggi. Kita tahulah sebabnya tetapi kenapa tidak ada perasaan dan hati untuk peneroka yang bermatian membina Felda itu dahulu.
Sampai bila rompakan bersiri oleh pemimpin kerajaan yang berkuasa tidak dapat kita ketahui. Ia bergantung samada rakyat dan mereka yang berada dalam Dewan Legislatif Parlimen mampu menyelesaikannya. Kalau tidak silap saya melihat video di pajabat Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri itu seolah-olah menyatakan kepada kita yang perhimpunan membantah dan menuntut Najib meletakkan jawatan.
Walaupun Mahathir yang kita tahu selama ini benci dengan perarakan, perhimpunan beramai-ramai itu sudah mula boleh diterima oleh beliau sebagai cara untuk menyelamatkan negara ini dari terus terjerumus ke dalam kehinaan itu. Bagi beliau dan ramai lagi, Najib wajib meletakkan jawatan.
Pembongkaran terbaru tentang FGV ini amat menakutkan rakyat lagi. Kebetulan 1MDB dan Felda adalah dibawah dagu pimpinan Najib dan jika FGV ini menjadi satu lagi isu besar terhadap negara maka kita sudah pasti yang Najib ini sememangnya tidak ada langsung semangat untuk rakyat dan negara. Apa sahaja yang disentuh oleh Najib bakal menerima kehancuran.
Semua sentuhan Najib membawa bala dan bencana. Beliau menubuhkan 1MDB syarikat itu hancur lebur. Dibawanya Felda dibawah jagaannya sekarang Felda dan FGV dalam keadaan tenat dan akhirnya disentuhnya kerajaan, maka kerajaan sekarang terumbang-ambing keadaannya. Semasa Felda berada dalam Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah dahulu, Felda tidak menghadapi isu besar, malahan tiada isu langsung. Apabila dipindahkan kepada Najib, Felda menjadi miskin dan hampir hancur.

Kopi Susu dan Pakatan Rakyat

Polemik semasa adalah samada Pakatan Rakyat masih wujud atau sebaliknya. DAP dengan tegas menyatakan Pakatan Rakyat sudah terkubur. PKR melalui kenyataan Presidennya, DSWA, telah menyatakan kekecewaannya terhadap usul muktamar PAS dan kenyataan DAP sambil menyebut bahawa “Pakatan Rakyat tidak lagi berfungsi secara formalnya”. PAS melalui kenyataan yang dibuat oleh Datuk Mustapha Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang baharu, menyatakan bahawa Pakatan Rakyat masih wujud tetapi ‘pengsan’. Pada pagi semalam, 20 Jun 2015, TGHH pula menyebut bahawa Pakatan itu tetap wujud selagimana ada dua parti yang terlibat.

Kesemua kenyataan yang ini, walaupun dilihat bercanggah, ada kebenarannya dan oleh itu tidak hairanlah apabila sebahagian besar masyarakat menganggap ianya mengelirukan. Ia menyebabkan persoalan asal, samada Pakatan Rakyat masih wujud kelihatan seolah-olah masih tidak dijawab!

KOPI SUSU

Untuk menjelaskan keadaan yang sedang wujud, biar saya berikan contoh yang mudah difahamai semua, iaitu contoh ‘Kopi Susu’.

Kopi susu adalah ‘Kopi susu’, selagimana campuran bahannya adalah kopi, susu dan gula. Apabila dikeluarkan susu, maka ianya menjadi Kopi ‘O’. Kalau dikeluarkan gula selepas itu, maka ia menjadi Kopi ‘O’ kosong. Walaupun ianya masih Kopi, tetapi 3 jenis Kopi itu tidak sama malah jauh berbeza. Hanya yang tidak berapa 'betul' akan cuba mengatakan bahawa ‘Kopi susu’ adalah sama sahaja dengan Kopi ‘O’!

Maka begitu jugalah dengan Pakatan Rakyat. Ianya gabungan 3 parti iaitu PAS, PKR dan DAP. Apabila salah satu parti dari tiga parti itu keluar, maka walaupun ianya masih lagi ‘Pakatan’, sepertimana yang ditegaskan oleh TGHH, pokoknya ianya bukan lagi ‘Pakatan Rakyat’. Sekiranya ianya di antara PAS dan PKR sahaja, ianya sudah menjadi satu Pakatan Baharu yang boleh dinamakan sebagai Pakatan PKR-PAS. Boleh juga diwujudkan Pakatan lain sekiranya PKR ‘menduakan’ PAS dengan mewujudkan ‘Pakatan PKR-DAP’.

PAKATAN RAKYAT SUDAH TIADA

Pokoknya, setiap parti sudah bebas dari ikatan Pakatan Rakyat apabila salah satu parti komponen mengisytiharkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. Dengan erti kata lain, parti tersebut telah keluar dan dengan itu yang tinggal tidak lagi dinamakan sebagai Pakatan Rakyat. Maka dalam suasana itu, setiap parti bebas bergerak mengikut kehedaknya sendiri. Tiada lagi sebarang ikatan antara mereka kerana Pakatan Rakyat sudah tiada.

Dalam kenyataan Presiden PKR, beliau telah menyatakan bahawa PKR menyokong kerajaan Kelantan yang dipimpini PAS dan menyokong juga kerajaan Penang yang diketuai DAP. Ini merupakan pendirian PKR terhadap kerajaan PAS di Kelantan dan terhadap kerajaan Penang di bawah kepimpinan DAP.

Pendakwaan yang tidak sepatutnya berlaku terhadap OKZ11

Mohamad Sabu‎


Saya merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi yang memperkenankan doa keluarga dan masyarakat prihatin dengan membebaskan OKZ11 yang ditahan secara zalim selama 3 bulan di penjara.
Kita bersyukur kerana pembebasan dari penjara memberikan mereka peluang untuk kembali bersama keluarga, meneruskan kehidupan dan perjuangan membebaskan rakyat daripada cengkaman kezaliman pemerintah.
Dalam pada kita bersyukur atas pembebasan mereka, kita berpegang pembebasan ini adalah hak mereka, pemulihan keadilan terhadap mereka yang dizalimi.

Ini kerana mereka tidak sepatutnya dipenjarakan atas tindakan mengadakan perhimpunan aman yang dibenarkan oleh perlembagaan dan agama bagi mempertahankan sebuah kerajaan yang sah. Tindakan menangkap mereka adalah salah, pendakwaan ke atas mereka adalah salah, dan menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas mereka adalah jauh lebih salah.
Sesungguhnya insiden ini menjadi satu bukti kezaliman Umno/Barisan Nasionak (BN) yang menggunakan segala instrumen yang ada, termasuk badan kehakiman yang diuar-uarkan sebagai bebas, untuk terus menekan dan menzalimi rakyat.
Perjuangan menentang dan menumbangkan Umno/BN ini perlu diteruskan dengan apa cara sekalipun sehingga tertegak sebuah kerajaan yang adil di tanah air yang tercinta ini.
Saya yakin episod penahanan OKZ11 ini akan menguatkan lagi tekad mereka untuk berjuang menentang kezaliman Umno/BN.

Tiada alasan lagi, PKR desak SPR siasat dakwaan 1MDB biaya kempen Najib

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu segera menyiasat berhubung dakwaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara tidak langsung membiayai kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata PKR hari ini.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, ia akan memberi kebolehpercayaan kepada kebebasan SPR sekiranya ia mengambil tindakan terhadap Najib mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, khususnya Seksyen 10(a), yang meliputi aktiviti rasuah sebelum, semasa dan selepas pilihan raya dengan niat membeli undi.
"Sekiranya pengerusi SPR memberi pelbagai alasan mewajarkan 'slush fund' berkait 1MDB itu semasa kempen pilihan raya, dan bukannya memberikan laporan yang bebas berdasarkan siasatan yang matang, tidak terpengaruh dan teliti, maka lebih baik kita minta SPR secara rasmi menyertai gabungan BN," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas laporan Wall Street Journal (WSJ) pada 19 Jun mengatakan syarikat sarat hutang itu secara tidak langsung membiayai kempen Najib dengan membeli aset tenaga daripada Genting Group pada 2012 dengan harga 5 kali ganda berbanding nilainya sebenar. Genting kemudiannya didakwa menderma sebahagian daripada pendapatannya itu kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia yang di bawah kawalan Najib, dan yayasan itu kemudiannya mengumumkan beberapa projek amal yang dibangkitkan pula oleh Najib selepas itu semasa berkempen.

Antara PR yang "mati" dan BN yang sudah nak mati

oleh Shahbudin Husin
Kedudukan Pakatan Rakyat atau PR masih menjadi tanda tanya ramai. Sementara DAP mengatakan gabungan itu tidak wujud lagi dan PKR pula menganggapnya sudah mati, Pas sebaliknya melihat PR masih wujud atau setidak-tidaknya hanya pengsan saja.

Semua keadaan yang melanda PR ini adalah berikutan ketegangan yang berpanjangan sejak sekian lama antara Pas dengan DAP di mana kemuncaknya ialah usul Dewan Ulama dalam Muktamar Pas baru-baru ini yang memutuskan hubungan parti itu dengan DAP. Ia ada susulan tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Hadi Awang tetapi kekal bersama Pas yang dibuat sebelum ini.

Walaupun ada tafsiran yang mengatakan usul Dewan Ulama itu sebenarnya belum berkuatkuasa lagi kerana ia hanya cadangan saja dan terserah kepada Majlis Syura untuk memutuskan sama ada mahu dilaksanakan atau sebaliknya, yang lain pula mentafsirkan oleh kerana usul tersebut diterima tanpa bahas dalam muktamar, badan pembuat keputusan paling tunggi sekali, maka tidak mungkin Majlis Syura membuat keputusan yang berbeza dengannya.

Lantaran itu, bagi DAP ia bermakna PR tidak wujud lagi dengan adanya usul memutuskan hubungan tersebut. PKR juga bersetuju bahawa PR secara formalnya sudah tiada lagi berikutan putusnya kasih antara Pas dengan DAP itu.

Pas bagaimanapun bertegas mengatakan PR masih wujud di sebalik parti itu tidak mahu berkawan lagi dengan DAP. Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang berkata, pengumuman DAP mengena kedudukan PR dianggap tidak sah kerana dua parti lain iaitu Pas dan PKR tidak bersama dengan keputusan itu.

Bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali pula berkata, PR sebenarnya belum lagi berkubur, sebaliknya hanya pengsan saja.

Apa pun gambaran atau tafsiran mengenainya, kedudukan PR di mata rakyat tidaklah sama seperti dulu, terutama ketika mereka memberikan sokongan undi popular 52 peratus dalam pilihanraya umum lalu. Ketika itu, harapan rakyat terhadap perubahan amat tinggi dan mereka menyandarkan kepecayaan itu kepada PR bagi mengakhiri dominasi BN selama ini.

Dengan kemelut yang melanda ini, meskipun keyakinan terhadap perubahan itu tetap ada, khususnya kerana begitu banyak isu dan masalah berterusan berlaku dalam kerajaan yang dipimpin oleh BN, ditambah dengan serangan bertali arus oleh Tun Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak, perasaan rakyat mungkin tidak sama lagi dan sudah berbelah bagi jadinya.

Kenapa tubuhkan pemantau yang tidak dapat berbuat apa-apa?

Oleh Sonia Ramachandran
Forum “Nothing to Hide”, dan pembatalannya dan ketidakhadiran Perdana Menteri Najib Razak ke majlis itu telah menjadi buah mulut orang ramai akhir-akhir ini, dengan kecohnya majlis ini dan pembatalannya di media sosial.
Terutamanya memandangkan kehadiran Najib akan membuatkan beliau berhadapan dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan mereka berdua akan menjawab persoalan tentang buah fikiran PM 1MDB yang kontroversi.

Tindakan polis yang membatalkan forum itu saat-saat akhir, bagaimanapun, telah membawa lebih persoalan berbanding jawapan.
Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) menyeru supaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk menyiasat arahan polis untuk membatalkan forum itu.
Pengerusi Proham Kuthubul Zaman memberitahu Theantdaily bahawa Suhakam mempunyai kuasa untuk melakukan inkuiri yang mungkin akan menjumpai sebarang salah kuasa polis berkaitan kebebasan bersuara apabila mereka membatalkan forum itu dan menghalang Mahathir daripada terus bercakap.
“Suhakam kemudian akan membuat saranan supaya tidak akan berulang lagi kelakuan seperti itu oleh polis,” kata beliau.
Tetapi Suhakam sendiri telah berkata baru-baru ini yang mereka “lebih teruk daripada harimau tidak bertaring”.
Jadi kebaikan apa yang akan dibawa oleh inkuiri itu?
“Kerajaan perlu mengambil perhatian terhadap saranan Suhakam dan membuatkan ianya mandatori kepada polis untuk patuh kepada saranan itu.
“Malahan, setiap saranan Suhakam mestilah dipatuhi. Ini adalah perkara biasa di negara-negara lain,” kata Kuthubul, yang juga bekas presiden Majlis Peguam.
Beliau berkata beliau sangat risau mengenai sekatan hak asas awam iaitu kebebasan bersuara.

Berakhirkah pakatan rakyat?

Oleh. Prof Mohamed Mustafa Ishak
Ramai pemerhati politik melihat BN pasti menghadapi tentangan paling sengit dan berisiko tinggi dalam PRU-14 akan datang jika PR terus kuat dan memperlihatkan keupayaan mentadbir beberapa negeri yang dimenangi dengan baik sehingga meningkatkan keyakinan rakyat ke atas mereka dalam mentadbir negara.
Namun, mungkinkah segala peluang itu terkandas apabila DAP secara unilateral mengumumkan pada 16 Jun lalu bahawa Pakatan Rakyat telah berakhir.

Hakikatnya, hubungan Pas dan DAP telah menghadapi pelbagai masalah sejak awal lagi. Kedua-dua parti ini berjaya ditarik sedikit ke tengah melalui kerjasama politik dalam PR kerana masing-masing mahu menang pilihan raya dan menawan Putrajaya.
Selain itu kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya melunakkan perbezaan fahaman di antara kedua-dua parti tersebut. Anwar dan kemudiannya DAP sama-sama mencuba untuk melentur dan mengubah dasar perjuangan Pas supaya lebih ke tengah dan berubah daripada Islam konservatif kepada Islam yang lebih liberal dan pragmatis.
Matlamat dan peranan ini diserahkan kepada sejumlah barisan pemimpin Pas berpendidikan sekular yang menamakan diri mereka sebagai kelompok profesional dalam Pas.
Musuh-musuh politik mereka pula menggelarkan mereka sebagai kelompok Anwarinas dalam Pas. Kelompok ini telah dilunakkan dengan ghanimah politik dan ekonomi apabila jatuhnya Putrajaya ke tangan pembangkang dalam PRU nanti.
Kelompok profesional atau Anwarinas inilah yang telah mengakibatkan tersingkirnya Nasharudin Mat Isa dan Hasan Ali dari barisan kepimpinan Pas.Kelompok inilah juga menjadi punca tercetusnya ketegangan, konflik, dan kemudiannya perpecahan dalam Pas sehingga Presiden Pas dan kelompok agama dan pro ulama dalam Pas dipertikai dan dicabar habis-habisan secara terang-terangan.
Kemuncaknya, Muktamar Pas 2015 menyaksikan satu pertembungan bersejarah yang belum pernah berlaku dalam sejarah lebih 50 tahun Pas. Muktamar Pas 2015 menjadi saksi kepada pertembungan kalah mati kelompok ulama dan profesional/Anwarinas yang sekali gus menentukan hala tuju Pas di masa depan. Ahli-ahli Pas telah memilih kelompok ulama dan sekali gus berjaya mengelakkan Pas dirampas kelompok profesional/Anwarinas.

Ahmad Maslan menipu

Beliau mendakwa serangan Dr Mahathir punca kejatuhan ringgit sedangkan kenyataan Bank Negara berbeza.
mahfuz-maslan
PETALING JAYA: Datuk Ahmad Maslan menipu rakyat Malaysia apabila menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad punca kejatuhan merudum nilai ringgit.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Timbalan Menteri Kewangan itu terdesak untuk melindungi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Katanya, kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) membuktikan Ahmad Maslan berbohong malah mengulangi pembohongan itu dalam Dewan Rakyat.
Mahfuz berkata, Ahli Parlimen Pontian itu perlu menarik semula kenyataannya dan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada sesi akan datang kerana membuat kenyataan mengelirukan dalam dewan.
Ahmad Maslan sebelum ini mendakwa serangan Dr Mahathir terhadap Najib menjejaskan nilai ringgit berbanding mata wang lain.
Bagaimanapun, BNM mengeluarkan kenyataan yang menafikan dakwaan itu.
Ia menyatakan punca kejatuhan ringgit adalah perkembangan global dan dalam negeri.
Perkembangan global termasuklah jangkaan pelabur berhubung dengan dasar monetari bank-bank pusat utama serta trend harga minyak mentah dan gas.
Faktor-faktor dalam negeri termasuklah kebimbangan terhadap entiti berkaitan kerajaan (GLC) dan isu berkaitan penarafan tetapi tidak dinyatakan serangan Dr Mahathir sebagai punca.
“Saya mendesak Ahmad Maslan bertanggungjawab untuk menarik balik kenyataan palsu yang dibuat oleh beliau,” kata Mahfuz.

Ada ruang Pas bekerjasama dengan DAP dalam ‘pakatan baru”- Kit Siang

Kerjasama itu hanya boleh diteruskan jika Pas boleh menerima rangka kerja dan dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini.
kit siang
KLUANG: Pas masih mempunyai ruang untuk bekerjasama dengan DAP dalam pakatan baru.
Bagaimanapun Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, Pas perlu bersedia berpegang kepada rangka kerja dan dasar sama yang dipersetujui sebelum ini.
“Jika tidak dan tadbir urus baik tidak menjadi agenda utama (pergerakan baharu), kita akan menghadapi masalah.
“Mulai sekarang, kita mahu mengisytiharkan agenda utama kita ialah kesejahteraan rakyat, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan semua aspek,” katanya.
Kit Siang berkata demikian selepas Majlis Sembang Santai dan Berbuka Puasa di Taman Indah Jaya, Kluang pada Sabtu, lapor Bernama.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, DAP menyifatkan penjajaran politik merupakan perkara paling mustahak ketika ini untuk terus memperjuangkan rangka kerja dan dasar bersama pembangkang tanpa Pakatan Rakyat dengan penubuhan pergerakan baru.
Dia berkata, rangka kerja dan dasar itu diyakini masih boleh diteruskan selagi mempunyai objektif yang sama.
“Ini adalah satu cabaran dan saya yakin kita boleh buat begitu melalui pergerakan baru,” katanya.

Hudud: Now Hadi offers help to Terengganu

PAS assembly members will back an Umno-led state government move to enforce Islamic criminal law, he says.
hadi_pas_hudud_tergannu_600
KUALA TERENGGANU: With hudud in Kelantan still hanging in the balance, PAS president Abdul Hadi Awang has announced backing for neighbouring Terengganu’s Umno-led government in bringing about the Islamic criminal code.
Speaking in Kuala Berang on Saturday, Hadi said the Umno-led government could expect full support from the 15 PAS members of the state assembly, according to news reports.
Hadi said the state government needs to explain the hudud issue first to the public, including non-Muslims.
Terengganu Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman had been quoted as saying that the state government had no problem in implementing hudud provided the public, especially non-Muslims, understood the Islamic law.
Hadi said that PAS agreed with Ahmad Razif in explaining hudud especially to non-Muslims before it was enforced.
PAS was willing to work with Barisan Nasional on Islamic jurisprudence, he said.

Tuan Ibrahim mahu Mat Sabu kukuhkan PAS


Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini supaya "memperkukuhkan parti", selepas dilapor mungkin mencari "wadah baru" untuk meneruskan perjuangan.

"(PAS) harap dia akan kukuhkan parti," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.

Tuan Ibrahim menjawab soalan mengenai kenyataan Mohamad yang mungkin mencari "wadah baru" bersama pemimpin progresif dalam program Malam ‘Jasamu Dikenang’ di Muar baru-baru ini, selepas ditolak dalam pemilihan parti.

Mengulas lanjut mengenai program itu bagi mengenang jasa pemimpin yang tewas, Tuan Ibrahim berkata PAS tidak menghalang mana-mana pemimpin terlibat dalam apa jua aktiviti asalkan ia tidak terkeluar dari landasan parti.

"Bila nak buat, kita tidak ada hak untuk larang. Aktiviti kita mesti jangan keluar dari parti,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat.

Tanda-Tanda UMNO Tidak Selamat

UMNO di era kepimpinan Najib Razak sekali lagi menjadi bahan persendaan pelbagai lapisan masyarakat berikutan tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang atau MBPP meruntuhkan struktur tulisan UMNO yang terletak di hadapan ibu pejabatnya di Georgetown.

Tindakan MBPP itu dikatakan kerana perletakan struktur itu tidak mempunyai lesen tetapi UMNO Pulau Pinang difahamkan sedang dalam proses memohonnya.

Apa yang menjadi  perbualan ramai ialah Pemuda UMNO Pulau Pinang hanya mengecam dan memberi amaran dari jauh berkaitan tindakan itu melalui kenyataan media saja.

Sejak bila Pemuda UMNO sudah hilang keberaniannya?

UMNO Pulau Pinang juga hanya semalam mengadakan mesyuarat, juga mengecam dan melahirkan rasa kesal atas tindakan MBPP yang disifatkan tergesa-gesa kerana tidak memberi notis yang sewajarnya terlebih dahulu.

Ramai yang menyifatkan tindakan MBPP meruntukkan struktur tersebut tetapi tiada usaha bertahan atau menyerang balas yang bersungguh-sungguh daripada UMNO Pulau Pinang sebagai satu lagi bukti menunjukkan parti itu semakin "tidak selamat"  kedudukannya.

Ini kerana ia memperlihatkan kehilangan upaya UMNO Pulau Pinang dalam mempertahankan sesuatu yang menjadi simbol atau mercu perjuangan parti itu.

Ada juga yang berkata kepimpinan UMNO Pulau Pinang hanya tahu "main selamat" dan tidak peduli pun sama ada parti itu selamat atau sebaliknya.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah banyak kali mendesak agar Perdana Menteri meletakkan jawatan kerana  menurutnya UMNO dan BN "tidak selamat" dalam pilihanraya umum akan datang jika  Najib terus memimpin parti dan negara.

Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar antara yang dilantik jawatan AJK PAS Pusat

PAS 1
Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

KUALA LUMPUR, 21 Jun:
Tiga calon kumpulan progresif yang tewas pada pemilihan dalam Muktmar PAS baru-baru ini dilantik menganggotai Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.
Ketiga-tiga mereka ialah bekas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan bekas AJK PAS Pusat, Taufek Abdul Ghani.
Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.
Turut hadir, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad serta Setiausaha Agung PAS yang baru, Datuk Takiyuddin Hassan.
Lima lagi kekosongan jawatan tersebut diisi oleh Mohamad Husin; Muhtar Suhaili, Zainal Abidin Kidam; Datuk Wan Mutalib Embong dan Dr Najihatul Salihah Ahmad.
Bagi jawatan Bendahari PAS, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad dilantik menggantikan penyandang sebelum ini iaitu Asmuni Ani.
Manakala bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali diamanahkan sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS.
Bagi jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri, enam negeri menerima ketua baru apabila Kamarudin Sidek dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka; Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi (Kedah); Datuk Dr. Mahfodz Mohamed (Johor).

Hadi tak terima Anwar calon PM Pakatan pada PRU13

hadi sugulKLUANG, 21 JUN: Pakatan Rakyat akan menghadapi krisis jika memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kata Lim Kit Siang.
Ketua Parlimen DAP itu berkata, ini adalah salah satu sebab mengapa tindakan Hadi menyatakan Pakatan masih wujud memang tidak masuk akal.
Katanya, sebelum PAS memutuskan untuk menamatkan sebarang hubungan dengan DAP pada 6 Jun lalu, Pakatan sendiri telah gagal berfungsi sebagai satu unit kerana tindak-tanduk Hadi.
“Pakatan telah wujud beberapa tahun ini hanya bersandarkan pada nama tapi bukan realitinya, kerana Hadi telah melanggar dua prinsip asas Pakatan iaitu Dasar Bersama dan konsensus bahawa persetujuan ketiga-tiga parti diperlukan untuk apa jua usul yang dibuat.
“Malah, krisis Pakatan mungkin akan datang lebih awal lagi jika berjaya memenangi majoriti kerusi Parlimen dalam PRU 13 lalu kerana Hadi tidak pernah menerima Anwar sebagai calon PR untuk menjadi Perdana Menteri.
“Dengan latar belakang sedemikian, saya berasa amat terkejut apabila Hadi boleh mendakwa Pakatan masih tidak berkubur, sedangkan Sekretariat PR untuk beberapa tahun kebelakangan ini mendapati hampir mustahil bagi menetapkan mesyuarat dengan kehadirannya,” kata beliau dalam kenyataan.

Umno tak wajar politikkan agama bagi meraih sokongan

oleh V Shuman
Sekiranya akal dan politik terkandung di dalam buku yang sama, akal tentu di halaman pertama manakala politik di halaman terakhir. Mereka tak mungkin bersama.
Inilah hakikat dengan ahli politik BN dan Umno yang sering menghambur kenyataan merepek, seakan terdapat satu anugerah bagi mereka yang membuat kenyataan seperti itu.
Inilah yang berlaku di mana Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamed berkata usaha DAP membina masjid suatu penghinaan terhadap umat Islam di negara ini.
Mustapa, yang juga pengerusi perhubungan Umno Kelantan dipetik berkata sedemikian sebagai mengulas langkah DAP membiayai pembinaan masjid di Pasir Tumboh, Gua Musang, Kelantan. 
Menurut beliau, ianya usaha merendahkan hasrat kerajaan pusat yang membina 24,000 masjid dan surau di seluruh negara.
DAP sebenarnya hanya berbuat begitu selepas mendapat permintaan dari imam dan penduduk di kawasan tersebut. Mustapa terus menghina dengan berkata siasatan perlu dibuat bagi memastikan samada pembiayaan tersebut “halal”.
Mengapa pula imam dan penduduk perlu meminta bantuan dari DAP, sekiranya kerajaan pusat, Umno negeri dan PAS menghulurkan sumbangan untuknya?
Bagaimana mahu memastikan ianya “halal”?
Hanya kerana DAP dianggotai non-Muslim tidak bermakna sumbangan mereka tidak halal.
Sedarkah Mustapa tentang amalan rasuah yang diamalkan BN dan Umno yang juga ditegah agama Islam?
Adakah kerajaan pusat memberi sumbangan yang selayaknya?

Hadi perlu kembali kepada Buku Jingga jika mahu kekalkan Pakatan, kata profesor

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih boleh bersama Pakatan Rakyat jika beliau tidak meneruskan hasrat membawa rang-rang undang-undang persendirian berkenaan hudud yang menjadi punca keretakan hubungan politik antara PAS dan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015. 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih boleh bersama Pakatan Rakyat jika beliau tidak meneruskan hasrat membawa rang-rang undang-undang persendirian berkenaan hudud yang menjadi punca keretakan hubungan politik antara PAS dan DAP. 

Talian hayat Pakatan Rakyat (PR) boleh disambung semula jika Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia sekali lagi memegang kepada prinsip Buku Jingga dan agenda Negara Berkebajikan yang dibawa gabungan itu sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, kata Prof Mohamed Mustafa Ishak. Ketua Kluster Politik Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) itu berkata, presiden PAS itu perlu membatalkan hasratnya membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993.
Sekali gus, beliau harus mengetepikan agenda perjuangan PAS dan kembali kepada keadaan sebelum kerajaan Kelantan meluluskan pindaan kepada kanun itu.

"Ini bermakna, tiada hudud dan tiada agenda undang-undang syariah Islam yang PAS boleh ketengahkan dalam PR," katanya dalam ruangan rencana akhbar Utusan Malaysia, hari ini. Mustafa berkata, PAS tidak boleh meneruskan hasratnya membawa rang-rang undang-undang persendirian itu kerana ia merupakan perbezaan utama yang membelenggu hubungan politik antara PAS dan DAP.
Katanya, PAS kini menghadapi pilihan sukar, sama ada memilih agenda Islam atau “survival” bersama PR kerana PKR juga pastinya akan memberikan tekanan sama ke atas parti Islam itu demi Selangor dan Putrajaya.
"Tepuk dada tanyalah iman. Jika PAS terus memilih agenda Islam, maka DAP kelihatannya sudah mempunyai pilihan baru untuk menyambung nyawa PR.
"PasMa sedia menanti untuk disunting menjadi galang ganti PAS dalam sebuah pakatan baharu yang akan dibentuk jika PAS terpaksa meninggalkan PR," katanya.

Dr Mahfodz mahu ulama ke hadapan tangani isu masyarakat

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed tidak mahu ulama mengehadkan penglibatan mereka dalam masyarakat dengan membataskan diri kepada hukum agama semata-mata, melebihi urusan dunia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015. 
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed tidak mahu ulama mengehadkan penglibatan mereka dalam masyarakat dengan membataskan diri kepada hukum agama semata-mata, melebihi urusan dunia. 

Ketua Dewan Ulama PAS yang baharu, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, menaruh harapan tinggi mahu melihat golongan ulama lebih terkehadapan dalam menyelesaikan masalah politik dan sosial yang menjejaskan negara. Beliau percaya ulama tidak perlu mengehadkan penglibatan mereka dalam masyarakat dengan membataskan diri kepada hukum agama semata-mata, melebihi urusan dunia.
"Dalam politik Malaysia, ulama mestilah ke depan menangani masalah, bukan tentang hukum hakam sahaja, tetapi juga isu politik semasa.

"Sebab itulah dalam muktamar, ucapan saya ada menyentuh tentang tahaluf siyasi," katanya dalam wawancara dengan The Malaysian Insider. Mahfodz menarik perhatian ramai apabila sayap yang dipimpinnya pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 awal bulan ini meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.
Rentetan usul itu, Pakatan Rakyat (PR) kini berakhir apabila DAP mengumumkan gabungan itu berkubur dan PKR kemudian menganggap PR tidak lagi berfungsi secara formal susulan pengumuman itu.
Pemerhati politik tanah air sememangnya menjangka PR akan berakhir, namun sebahagian besarnya tidak menyangka ia akan terkubur begitu segera, kira-kira 2 minggu sahaja selepas usul dibuat PAS itu.
Di sebalik kekecohan ini, Mahfodz, 71, tetap tenang menjalani rutin sehariannya di kediaman beliau di Kampung Parit Medan, Ledang, Johor.

Veteran UMNO dakwa Tun M tidak sayang Melayu

Veteran UMNO Malaysia yang kecewa dengan tindakan bekas Perdana Menteri itu mengkritik negara sendiri kepada media asing
mustapha-mahathir
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan tidak lagi sayang kepada bangsa, parti dan negara.
Kenyataan itu dibuat Veteran UMNO Malaysia yang kecewa dengan tindakan bekas Perdana Menteri itu mengkritik negara sendiri kepada media asing.
“Beliau juga sudah tidak sayang lagi kepada negara ini dan mahu melihat politik negara ini tidak stabil. Beliau juga sudah tidak sayangkan bangsa Melayu dan mahu melihat Melayu terus berpecah dan menjadi minoriti dalam majoriti. Malah tindakan Dr Mahathir akan membuka jalan kepada runtuhnya kuasa Melayu di negara ini.
“Biar apapun tindakan Dr Mahathir sudah pasti akan merugikan Melayu dan UMNO. Dr Mahathir telah memilih untuk melihat Melayu dan MNO berkecai. Kalau itulah pilihannya, maka Dr Mahatahir akan dikenang sebagai tokoh yang merosakkan UMNO dan Melayu,” kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub yang dipetik dari Sinar Harian Online.

GST: Rakyat terpaksa ‘ikat perut’

GST Grafik BaruSHAH ALAM, 21 JUN: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ternyata menyebabkan rakyat terpaksa ‘ikat perut’ dalam perbelanjaan.
Ibu kepada tiga anak, K. Vicky 41, berkata beliau dan suami kini lebih mengutamakan perbelanjaan anak berbanding keperluan lain.
“Kalau tanya kesan GST memang semua negatif, tiada yang positif bagi saya. Apapun kita terpaksa juga hadap GST walaupun tak suka.
“Selepas GST, memang nampak perbezaannya, kami nampaknya terpaksa berkorban untuk anak-anak,” katanya kepada Selangor Kini.
GST yang mula diperkenalkan April lalu menerima pelbagai reaksi kurang senang rakyat termasuk golongan selebriti.
Sementara itu, Umi Salmah Hamid, 39 dari Seksyen 28 mengakui perbelanjaan untuk Aidilfitri nanti juga terpaksa dicatu ekoran GST.
“Walaupun tinggal berdua dengan suami, namun GST ini tetap beri kesan pada perbelanjaan kami, apalagi mereka yang berkeluarga besar.
“Kebanyakan barang keperluan naik harga sejak GST, tiada apa yang turun sejak itu,” katanya.

'BN masih boleh jatuh walau Pakatan berpecah' - Wan Saiful

Jika Umno terus merosakkan diri dengan perbalahan dalaman dan dakwaan rasuah dan BN masih kucar-kacir, maka penganalisis politik yakin pembangkang mempunyai peluang mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

"Parti komponen BN mempunyai masalah, MIC menjadi jenaka tetapi tiada siapa yang ambil peduli untuk bercakap mengenainya," kata Wan Saiful Wan Jan, yang mengetuai badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Beliau merujuk kepada perebutan kepimpinan MIC, di mana Presiden Datuk Seri G Palanivel telah menggantung keahlian Timbalannya, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Bagaimanapun kemudiannya, Subramaniam mengumumkan beliau sebagai pemangku presiden dan keahlian Palanivel ditarik.

Wan Saiful berkata, kedudukan MCA pula tidak berada dalam keadaan stabil, sementara dalam Umno pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdepan seranan berterusan daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ia agak positif bahawa pembangkang mempunyai peluang yang adil untuk mengambil Putrajaya jika Umno terus memusnahkan dirinya sendiri," kata Wan Saiful

Bagaimanapun, Wan Saiful menambah perkara tersebut tertakluk kepada berapa lama lagi gabungan pembangkang yang baru akan terbentuk dan jika ia berjaya menangani cabaran pada masa depan.

Dr Mahathir terus menyerang, kata Najib takut letak jawatan

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini terus menyerang Datuk Seri Najib Razak, mengatakan perdana menteri itu mungkin enggan meletak jawatan kerana beliau takut dikenakan tindakan undang-undang.
Dalam satu video yang dimuat naik di blog Din Turtle, bekas perdana menteri itu, pada satu majlis diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya berkata, selagi Najib kekal berkuasa, negara akan merosot dan tidak stabil.
"Tentang nasihat, saya dah nasihat. Tentang ugut pun, saya dah ugut. Tapi dia kata dia tak akan berhenti.

"Sebab dia tak akan berhenti, saya ingat, pasal dia takut. Kalau dia berhenti, 'maybe' kena 'criminal charge'," katanya. Ini, katanya, berkaitan hutang RM42 bilion yang ditanggung dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Mana pergi duit itu? Dia kena terangkan. Dia cakap memanglah, melabur sana, melabur sini, tetapi tiada bukti selain daripada membeli tanah dengan harga yang murah dan membeli kilang elektrik dengan harga yang terlalu tinggi.
"Jadi, banyak sangat kesalahan Najib ini dan saya percaya selagi dia menjadi perdana menteri, negara kita akan merosot dan menjadi sebuah negara bermasalah dan tidak lagi stabil, tidak lagi menjadi tempat kita selesa hidup dengan sempurna," katanya.
Dr Mahathir berkata, itu satu daripada sebabnya mengapa beliau mengisytiharkan beberapa bulan lalu yang Najib perlu meletak jawatan tetapi katanya, ramai yang masih tidak memahami isu di sekitar 1MDB.
"Susah nak fikir RM1 bilion, satu juta (ringgit) pun kebanyakan orang Melayu tak kenal. Ini RM42 bilion, susah kita nak fikir. Sebab itu mereka ambil jalan mudah, (dan berkata) takpalah, apa sangat kesalahannya," katanya.

Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan dibentangkan dan diluluskan..


TETAPI.. Rang2 undang yg berkaitan
1) Kebobrokan KERAjaan UMNO/BN.. DITOLAK !!!
2) Kepincangan urustadbir KERAjaan BN.. DITOLAK !!!
3) Isu pemimpin berperangai lebih buruk dari haiwan ditolak..!!!!

Siapa sangka Ahmad Maslan seorang pendekar..!!!

Ahli Parlimen Pontian itu memaklumkan bahawa dirinya adalah Penasihat Majlis Pendekar Malaysia
ahmad-maslan-pendekar
PETALING JAYA: Siapa sangka Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mempunyai kehebatan dalam dunia persilatan.
Dalam status ucapan takziah yang dimuat naik di laman Twitternya, sempena kembalinya ke rahmatullah, tokoh Pendekar Negara, Tan Sri Omardin Mauju, Ahli Parlimen Pontian itu memaklumkan bahawa dirinya adalah Penasihat Majlis Pendekar Malaysia.
“Negara kehilangan Mahaguru Tokoh Persilatan TanSri Omardin. Allahyarham lantik saya sbg Penasihat Majlis Pendekar Msia,” tulis beliau.
Status yang dimuat naik itu kemudian mendapat reaksi daripada pengikut Ahmad.
Dalam status yang dimuat naik sebelum itu, beliau turut berkongsi gambar dan mengimbau saat-saat manisnya dengan pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), yang menghembuskan nafasnya pada pagi Sabtu.

Kerajaan gabungan alternatif jika Pas tarik diri di Selangor

  • Azmin Ali 
SHAH ALAM - Saranan DAP Selangor mengenai pembentukan kerajaan gabungan di negeri itu adalah alternatif sekiranya Pas bertindak menarik diri daripada memberi sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Zaheruddin Othman berkata, syor DAP itu sebagai satu langkah ke hadapan persediaan bagi memastikan kerajaan Selangor tidak tumbang.

“Cadangan ini dikemukakan bertujuan mengekalkan kuasa mereka (DAP dan PKR) dalam kerajaan negeri.

“Seboleh mungkin DAP dan PKR cuba mempertahankan dan kekal memerintah di Selangor selama yang mungkin hingga PRU14,” katanya.

Zaheruddin berkata, beliau yakin sekiranya Mohamed Azmin menerima cadangan DAP itu, mustahil untuk Adun Pas melepaskan jawatan sebaliknya akan terus berjuang mengekalkan kedudukan mereka.

Katanya, kerjasama PR yang dibentuk sebelum ini bertujuan memancing undi dan meyakinkan rakyat, namun dalam hal menubuhkan kerajaan negeri adalah sesuatu berbeza.

“Tunggulah menjelang PRU14 nanti PR akan muncul semula. Sewajarnya lepas pilihan raya mereka perlu mesyuarat semula untuk bentuk kerajaan negeri,” katanya.

Bekas aktivis Pemuda PAS Sheikh Omar sertai DAP

Ditengah-tengah hubungan DAP dan PAS yang semakin meruncing, seorang aktivis parti Islam itu dan seorang aktivis reformasi menyertai parti sekular itu.

Bekas pemimpin pemuda PAS Johor Sheikh Omar Ali dan aktivis reformasi Norazimah Mohamad Noor kini secara rasmi ahli DAP.

Sheikh dan Norazimah menyerahkan borang keahlian mereka kepada penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu majlis berbuka puasa di Kluang Johor semalam.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang menyertai DAP Sabtu lalu, dan MP Kluang Liew Chin Tong turut hadir dalam majlis itu.

Sheikh Omar menjelaskan bahawa beliau mengambil keputusan menyertai DAP kerana senario politik yang kian parah di negara ini.

Anwar Bukan Calon PM: Krisis Pakatan mungkin lebih awal jika ia menang PRU13, kata Kit Siang

Lim Kit Siang berkata usul PAS di muktamar baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP adalah ‘kemuncak kepada segala kesabaran’. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015. 
Lim Kit Siang berkata usul PAS di muktamar baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP adalah ‘kemuncak kepada segala kesabaran’. 

Pakatan Rakyat (PR) mungkin menghadapi krisis dalaman jika ia berjaya mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum lepas, kata pemimpin DAP Lim Kit Siang. Mengakui perkara ini, Ketua Parlimen DAP itu berkata, ini kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri bagi pakatan pembangkang yang kini tidak lagi berfungsi itu.
"Malah, krisis PR mungkin berlaku lebih awal jika ia berjaya memenangi majoriti kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 dua tahun lalu kerana Hadi tidak pernah menerima Anwar sebagai calon perdana menteri Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tahun lepas, pemimpin PKR Rafizi Ramli berkata, PAS yang diketuai Hadi, menolak Anwar sebagai calon PR untuk menjadi perdana menteri dan sebaliknya, bercadang menamakan Tengku Razaleigh Hamzah daripada Umno untuk jawatan tertinggi itu. Menyerang Hadi, Lim berkata usul PAS di muktamar baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP adalah "kemuncak kepada segala kesabaran".

Pertembungan antara Islam dan sekular tumbangkan 3 gabungan pembangkang

Pertelingkahan PAS-DAP dilihat sebagai pertembungan antara Islam dan ideologi sekular, sama seperti perjuangan dilalui Malaysia, sebagai sebuah negara, dalam arena politik selama berdekad lamanya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015. 
Pertelingkahan PAS-DAP dilihat sebagai pertembungan antara Islam dan ideologi sekular, sama seperti perjuangan dilalui Malaysia, sebagai sebuah negara, dalam arena politik selama berdekad lamanya. 

Minggu lalu, parti dalam Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan pakatan pembangkang itu tidak lagi wujud – selepas hampir setahun melalui satu hubungan yang berantakan. PAS boleh dikatakan memulakan segalanya apabila memutuskan ikatan dengan DAP menerusi usul yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamar tahunan parti yang menyaksikan jawatan dalam pemilihan disapu bersih golongan konservatif.
DAP bertindak balas dan mengumumkan hubungan kerjasama 7 tahun antara mereka sudah berakhir.

Keesokan harinya, PKR yang tiada pilihan lain, kemudiannya mengatakan PR “tidak lagi berfungsi secara rasmi”.Tetapi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tegas menyatakan PR tidak mati.
Ketika rakyat Malaysia memikirkan apa yang mungkin berlaku – PR dilihat sangat hampir (paling hampir dalam sejarah) mengakhiri pemerintahan Barisan Nasional (BN) – tetapi keadaan itu bagaimanapun bukan kali pertama berlaku.
Pertelingkahan PAS-DAP dilihat sebagai pertembungan antara Islam dan ideologi sekular – perjuangan sama dilalui Malaysia, sebagai sebuah negara, dalam arena politik selama berdekad lamanya.
PR ialah pembangkang peringkat persekutuan yang ke-4 terkubur sejak kemerdekaan. The Malaysian Insider melihat kepada gabungan lain sebelum PR dan sejauh mana kejayaan mereka
Barisan Sosialis Rakyat Malaya (1958-1969)
Barisan sosialis ini merupakan gabungan pembangkang yang paling lama bertahan dalam sejarah Malaysia, iaitu 11 tahun, tetapi memberi kesan yang minimum dalam politik negara.
Ia gabungan 2 parti, terdiri daripada Partai Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Buruh Malaya (LPM).
Ia ditubuhkan pada 1958 dan memenangi 8 kerusi menerusi pilihan raya umum 1959, hanya 2 tahun selepas Malaya memperoleh kemerdekaan daripada British.
Dalam pilihan raya 1964, jumlah kerusi yang dimenanginya turun kepada hanya 2 dan tidak lama selepas itu, ia dibubarkan selepas pilihan raya 1969 yang penuh pertelingkahan, apabila Perikatan pada masa itu hilang majoriti dua pertiga buat pertama kalinya.
PRM bagaimanapun tidak termasuk parti yang untung besar ketika pembangkang menang besar ketika itu. Sambil DAP, Gerakan dan PAS meraih undian, PRM tidak menang walau 1 kerusi pun.
LPM dibubarkan sebagai parti pada 1969, mengakhiri barisan itu.
Gagasan Rakyat/Angkatan Perpaduan Ummah (1990-1995)
Gabungan ini mungkin yang paling banyak membawa harapan sebelum PR, kerana ia merupakan pakatan pelbagai parti, termasuk satu lagi parti Melayu-Islam.
Tidak lama selepas sekumpulan besar pemimpin Umno keluar parti dan membentuk Semangat 46 diketuai Tengku Razaleigh Hamzah, parti itu menubuhkan Gagasan Rakyat dengan PRM dan DAP untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 1990.
Pada masa sama, beberapa parti majoriti orang Islam – antaranya S46, PAS, Bersama dan Hamim berpadu menubuhkan APU, satu pakatan parti Islam.
DAP menang 20 kerusi Parlimen dalam pilihan raya itu, sementara Semangat 46 menang 8 dan PAS menang 7 kerusi.
APU yang dianggotai Semangat 46 dan PAS menyapu bersih semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan untuk membentuk kerajaan di sana. Tetapi APU menghadapi masalah bekerja bersama di Kelantan, sementara Gagasan Rakyat bergaduh mengenai siapa yang patut menjadi ketua pembangkang di Parlimen.
Lim Kit Siang, yang mengetuai DAP dengan jumlah kerusi Parlimen terbesar pada masa itu, diminta memberikan laluan kepada calon Melayu Bumiputera memegang jawatan ketua pembangkang.
Tetapi hubungan itu musnah apabila sensitiviti antara PAS dan DAP tidak dapat ditangani, dan Gagasan Rakyat dibubarkan sejurus sebelum pilihan raya 1995.
Barisan Alternatif (1999-2004)

PAS harap pembangkang ulangi kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah, Gagasan Rakyat

PAS bersetuju meneruskan hubungan dengan PKR, namun ia bergantung kepada kesediaan PKR untuk bekerjasama dengan PAS dalam membentuk gagasan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015. 
PAS bersetuju meneruskan hubungan dengan PKR, namun ia bergantung kepada kesediaan PKR untuk bekerjasama dengan PAS dalam membentuk gagasan.

Kerjasama di kalangan parti pembangkang dijangka akan mengulangi pengalaman hubungan antara Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat menjelang pilihan raya 1990 lalu apabila PAS tiada lagi hubungan dengan DAP tetapi kekal dengan PKR. Menurut sumber, pendekatan ini akan diambil pemimpin PAS selepas mereka meneruskan hubungan dengan PKR, namun hubungan dengan DAP kini putus apabila usul mengenainya diterima tanpa bahas pada muktamarnya yang lalu.
Namun begitu, ia bergantung kepada kesediaan PKR untuk bekerjasama dengan PAS dalam bentuk gagasan itu, kata bekas calon presiden Ahmad Awang.

"Ia terserah kepada PKR, sama ada mereka sedia atau tidak bekerjasama dalam bentuk itu, dan apakah DAP juga bersedia," katanya kepada The Malaysian Insider. Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya mengesahkan, selepas 7 tahun kerjasama politik antara parti itu dan DAP, ia akhirnya tidak dapat bertahan buat kali keduanya.
Namun katanya, "PAS kekal dengan kerjasama bersama PKR yang tidak pernah putus sejak penubuhannya."

Dedah wajah sekular UMNO – Mohd. Azam

ustaz
Mohd Azam berkata, penundaan dan alasan untuk memberi laluan kepada Presiden PAS mendahulukan membentangkan RUU tersebut hanya menyerlahkan lagi wajah sekular disembunyikan UMNO.

KUALA LUMPUR, 20 Jun:

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Mohd. Azam Abd Samat berkata, usaha PAS untuk menegakkan undang-undang syariah Islam telah menjadi hasrat sejak penubuhannya dan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan PAS.
Menurutnya, apabila memperolehi kekuasaan pemerintahan negeri, PAS telah membentang dan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993 serta Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) pada tahun 2001 dan Hudud dan Qisas pada tahun 2002 di Dewan Undangan Negeri Terengganu.
“Demikian itu, usul pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang adalah sebahagian usaha dan percubaan PAS ke arah tujuan yang sama.
 “Ia tidak dapat dibentangkan buat kali kedua pada Sidang Parlimen baru-baru ini bukanlah satu kegagalan tetapi kerana tertakluk kepada Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya seperti yang dipetik dari Harakahdaily.