Jumaat, 19 Jun 2015

Apa khabar peneroka2 FELDA.. APA DAH JADI PADA FGV !!!


Kenapa hanya sasar RM8 bilion saja sedangkan pendapatan FGV pd tahun lepas lebih DUA KALI GANDANYA iaitu RM16.4 bilion..

KENAPA PERLU SASAR SEPARUH SAJA ???

TAHUKAH ANDA.. Terkini FGV catat KERUGIAN SEKALI LAGI pd suku pertama 2015 sbyk RM140 JUTA berbanding suku pertama sebelumnya.

KENAPA KERUGIAN FGV RM140 JUTA TIDAK DISIARKAN DI TV3, TV1, TV2 mahupun lidah2 akhbar UMNO !!! Peneroka Felda tahu ker berita ini !!!

MANA JANJINYA 2,600 rumah nak siapkan sebelum Ramadhan !!! Siap Ramadhan 2015 atau Ramadhan PRU14 !!!


DAH GILA KA APA !!!.. 
MANA PERGINYA gula2 janji MUNAFIKUN-BN 
duit2 peruntukan tersebut pergi:

Mula2 kata, Najib umum RM500 juta,
Lps tu Menteri DAM kata RM800 juta,
TPM pula kata RM200 juta..

Dah pergi jahanam ka.. atau kene songlap ka ??.. 
atau KANTONG2 KERAJAAN SUDAH KERING !!!

Kalau kantong2 KERAjaan sudah kering, 
DUIT2 GST LAH TOLONG PENUHKAN BALIK !!!

Selangor: Umpama bercerai tapi masih tinggal serumah, kata penganalisis politik

Sekiranya Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengambil keputusan untuk membubarkan DUN, ia seperti menjerut leher sendiri kerana kuasa yang ada padanya sekarang mungkin akan tergadai, kata penganalisis politik Prof Madya Dr Zaid Ahmad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015. 
Sekiranya Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengambil keputusan untuk membubarkan DUN, ia seperti menjerut leher sendiri kerana kuasa yang ada padanya sekarang mungkin akan tergadai, kata penganalisis politik Prof Madya Dr Zaid Ahmad. 

Umpama sudah bercerai tapi masih tinggal serumah. Namun penganalisis politik melihat kenyataan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sebagai tidak ada asas untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan krisis dalam pakatan pembangkang, lebih bermotifkan survival politiknya. Semalam, Azmin meminta semua pihak supaya tidak mengheret istana Selangor dalam krisis politik Pakatan Rakyat berikutan terputusnya hubungan kerjasama antara DAP dan PAS.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Zaid Ahmad berkata sekiranya Azmin mengambil keputusan untuk membubarkan DUN, ia seperti menjerut leher sendiri kerana kuasa yang ada padanya sekarang mungkin akan tergadai.

"Pasti Azmin sudah mempunyai perkiraan untuk mengekalkan kuasa PKR di Selangor dan pilihan raya bukanlah pilihan yang terbaik," kata Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini. Berkongsi pandangan sama, penganalisis politik Md Shukri Shuib menyatakan penduduk negeri maju itu kini perlu lebih sedar berikutan pelbagai isu besar melibatkan kerajaan pakatan pembangkang itu.
"Dalam tempoh tidak sampai dua penggal berlaku pelbagai krisis dan timbul macam-macam isu sehingga menyusahkan rakyat.

Masihkah Ada Badi Untuk Parti Islam Baru?

Kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan Pas baru-baru ini barangkali sudah "tawar hati" dan "putus kasih" terhadap parti itu. Berjuang dan bersama-sama mengabdikan diri atas nama kecintaan terhadap Islam melalui Pas tetapi akhirnya "cai" telah memisahkan mereka dengan kelompok agama dalam parti tersebut.

Buat pertama kali sejak kumpulan profesional bertapak kukuh dalam Pas yang menjadikan sokongan diterima parti itu makin melebar bukan saja di kalangan masyarakat Melayu tetapi juga bukan Islam, kumpulan itu "dibersihkan"  dan seolah-olah tidak diperlukan lagi.

Pas hari ini menjadi seratus peratus dikuasai golongan yang dikenali sebagai kumpulan ulama dan mereka yang pro ulama. Kumpulan profesional semuanya kecundang dan tidak ubah mangsa pembersihan etnik secara total. Lebih buruk kumpulan profesional dan progresif Islam ini juga digelar "jebon" yang menggambarkan kebencian terhadap golongan itu.

Walaupun masih berteka-teki dan belum membuat keputusan rasmi, kelompok profesional ini secara umumnya boleh memilih sama ada menubuhkan sebuah parti Melayu/Islam yang baru atau menyertai parti tajaan PasMa yang sudah diumumkan penubuhannya sebelum ini.

Tiada gunanya lagi mereka terus kekal dalam Pas kerana bukan saja perbezaan lebih berpanjangan, malah akan membuatkan terus "sakit hati"  dengan kepimpinan barunya yang dilihat semakin tidak tentu hala tujunya antara keinginan mahu menumbangkan BN atau menghulurkan "tongkat"  kepada UMNO yang semakin lemas.

PasMa yang sebelum ini diura-urakan akan bertukar menjadi parti politik bagaimanapun dikhabarkan akan kekal sebagai sebuah NGO yang bertujuan memberi sokongan luaran kepada  PR agar terus kekal sebagai pencabar unggul untuk menyaingi dan menumbangkan BN.

GAMIS desak sembilan Naib Canselor letak jawatan

GAMIS turut melahirkan rasa terkilannya dengan sikap pihak pentadbiran universiti terbabit yang seolah-olah menutup sebelah mata mengenai ketirisan yang berlaku.
gamus_600
PUTRAJAYA: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) mendesak supaya Naib Cancelor sembilan buah universiti tempatan yang ditegur oleh Ketua Audit Negara ekoran kelemahan urus tadbir kewangan meletak jawatan.
Timbalan Presidennya, Ahmad Fahmi Mohktar menyifatkan ia sebagai satu perkara yang sangat menjijikkan apabila ia melibatkan institusi pengajian tinggi.
“Universiti selalu mendidik kami (mahasiswa) untuk melakukan kebaikan, tetapi mereka pula yang melakukan ketirisan,” ujarnya dalam sidang media pada Jumaat.
Pada masa sama, GAMIS turut melahirkan rasa terkilannya dengan sikap pihak pentadbiran sembilan buah universiti terbabit yang seolah-olah menutup sebelah mata mengenai ketirisan yang berlaku.
“Sebaliknya, pihak universiti sering campur tangan mengenai aktiviti aktivis mahasiswa,” katanya lagi.
Sebelum itu, GAMIS yang diwakili oleh Pengerusi Majlis Politik Malaysia, GAMIS, Saiful Mujahid Mohd Fadzil menyerahkan memorandum kepada Pegawai Unit Korporat Komunikasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Syazrah Nazuha Husin.
Selain menuntut Naib Cancelor meletakkan jawatan, GAMIS juga mendesak supaya pihak pengurusan universiti mengeluarkan penyata yang telah diaudit serta laporan aktiviti dengan kadar segera.
“Kita mendesak supaya peranan dan tanggungjawab universiti sebagai badan berkanun dikembalikan,” kata Saiful.

Pakatan: Presiden PAS ulas kenyataan Guan Eng



MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa persetujuan bertulis pernah dibuat bersama antara tiga parti dalam Pakatan Rakyat bagi menghormati hak masing-masing.
“Sebab itu, kita (PAS) memberi peringatan acap kali dan sudah diadakan tandatangan bersama iaitu mereka menerima hak kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS untuk membuat sesuatu bagi melaksanakan Islam.
“Hak dia (DAP) tidak setuju terpulang kepada dia, tapi dia (DAP) hendak nasihat supaya kita berhenti itu tidak bolehlah,” ujarnya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, pagi tadi.
Beliau menjelaskan demikian ketika mengulas tindakan DAP menentang RUU persendirian yang dibawa oleh PAS ke Parlimen, baru-baru ini.
Namun, katanya PAS telah mencapai satu kejayaan apabila berjaya menarik orang bukan Islam menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam sayap parti.
Berikut adalah transkrip ringkas soal jawab beliau bersama media.
Soalan: Sekarang ini apa yang akan PAS buat kepada DAP yang telah bubar Pakatan Rakyat, adakah PAS masih lagi mahu berada dalam pakatan?
Jawapan: Pertama, bila disebut pakatan bermakna banyak parti dan bukan satu parti sahaja. Jika hanya satu parti buat keputusan itu bukan pakatan. Pakatan ini kena ada dua sekurang-kurang atau pun banyak (parti). Dalam hal ini kita faham apa makna pakatan. Sehingga hari ini, PKR masih tidak buat apa-apa kenyataan dan DAP telah membuat kenyataan dia. Ada pun dari segi buat keputusan PAS ini bukan milik saya seorang. PAS ini milik pimpinan secara kolektif dan dengan sebab itu saya perlu merujuk kepada kepimpinan PAS dan termasuklah yang menjaga teras kepada dasar PAS iaitu Majlis Syura Ulamak.
Pada Datuk Seri, adakah Datuk Seri sebagai Presiden PAS boleh terima kenyataan Lim Guan Eng yang mendakwa tidak wujud lagi Pakatan Rakyat?
Itu kenyataan peribadi dan pada saya itu satu kenyataan yang tidak tepat kerana satu parti itu bukan pakatan. Pakatan mesti merangkumi banyak parti yang ada dalam pakatan itu. Boleh buka Kamus Dewan tengok apa makna pakatan.
Pada Datuk Seri, status Pakatan Rakyat itu masih wujud?
Ya, sehingga kini masih wujud.
Tetapi, Datuk Seri, Lim Guan Eng kata PKR juga telah menyatakan Pakatan Rakyat juga sudah tidak wujud lagi?
Saya melihat Kamus Dewan apa makna pakatan dan dengan sebab itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membuat kenyataan yang menunjukkan kita berpisah. Dan ini menunjukkan pakatan antara dua parti masih ada. Manakala, dengan DAP sehingga hari ini kita masih belum dapat satu keputusan secara rasmi dan kita dapat melalui media sahaja.
Maknanya PAS akan bekerjasama dengan PKR sahaja?
Kita bekerjasama dengan semua parti yang tidak cauvinis, itu sikap kita.

'Debat dengan Azizah OK-lah, kata Nazri'

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab soalan-soalan kontroversi termasuk isu 1MDB menggunakan blog dipertahankan seorang menteri kabinet.

Menteri kebudayaan dan pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz berkata tindakan itu membolehkan Najib berfikir terlebih dahulu sebelum menulisnya dalam keadaan santai.

“Kami ada masa untuk fikir sebelum jawab, ia lebih santai.

“Tetapi jika kamu debat, sukar... suasana dan persekitarannya.

“Seterusnya, kamu ada fakta, tetapi kami tidak boleh rujuk padanya (pada masa itu),” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lepas.

Debat tidak akan menyelesaikan masalah, kata anggota parlimen Padang Rengas itu.

Nazri juga berkata, oleh kerana Mahathir merujuk dirinya sebagai rakyat biasa, Najib tidak perlu berdebat dengan perdana menteri keempat itu.

WSJ: Najib didakwa guna dana 1MDB untuk PRU13


Laporan Wall Street Journal (WSJ) hari ini mendakwa bahawa dana 1MDB telah digunakan untuk membiayai kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Laporan itu mendakwa bahawa ia dilakukan dengan 1MDB membuat pembelian aset pada harga yang tinggi dari Genting Group pada 2012.

Genting kemudiannya didakwa membuat sumbangan kepada sebuah yayasan yang didakwa ada kaitan dengan Najib sebelum PRU13 dan dana itu telah digunakan untuk berkempen.

"1MDB pada Oktober 2012 memperolehi satu unit Genting yang memiliki 75 peratus kepentingan dalam loji janakuasa arang batu 720 megawatt berhampiran Kuala Lumpur," kata laporan itu.

WSJ mendakwa, pembelian 1MDB terhadap kepentingan Genting dalam aset ku
asa itu adalah kira-kira lima kali ganda nilainya ketika itu.

Laporan itu mendakwanya "harganya yang bersamaan dengan kira-kira AS$740 juta pada masa itu, menjadi RM2.3 bilion.

OKZ 11: Pembebasan cukup bermakna kepada seluruh rakyat Perak



IPOH: "Semoga dengan pembebasan ini sebagai satu yang cukup bermakna juga kepada seluruh rakyat Perak dan memartabatkan Institusi Diraja Negeri Perak," kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Beliau berkata demikian merujuk kepada perkenan pengampunan diraja ke atas 11 orang aktivis PAS yang dipenjara setelah didapati bersalah menyertai demonstrasi di Kuala Kangsar ketika krisis politik Perak pada tahun 2009.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak itu berkata, pihaknya menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku di atas pembebasan tersebut dan melahirkan rasa syukur semua aktivis tersebut dapat kembali ke pangkuan keluarga mereka.
"Pada 18 Mac 2015 yang lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya telah memutuskan bahawa mereka semua dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 setiap seorang.
"Kami dimaklumkan bahawa ahli keluarga OKZ (aktivis PAS) telah mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan Negeri Perak agar mereka semua diberikan pengampunan dan telah berjaya," katanya dalam satu kenyataan.

Melayu, Bumiputera tetap tidak berubah jika BN kalah pilihan raya - A Kadir Jasin

Kadir turut memberikan contoh negeri Kelantan yang diperintah Pas sejak awal merdeka masih lagi mundur dan merdeka.
kadir,pkr
PETALING JAYA : Nasib orang Melayu dan Bumiputera tidak akan berubah sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 dan pembangkang menjadi pemerintah.
Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin memberi contoh nasib orang Melayu di Kelantan yang tidak berubah di bawah pentadbiran Pas.
“Setelah Pas menyertai pakatan pembangkangpun nasib orang Melayu Kelantan sama saja – mundur dan miskin,” katanya.
Katanya, agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera tetap terpelihara jika pembangkang menang kerana perkara itu termaktub dalam Perlembagaan.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Berhad (NSTP) berkata, orang Melayu akan terus kekal digula-gulakan oleh pemerintah seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang ini.
Katanya, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) contoh terbaik bagaimana orang Melayu dan Bumiputera digula-gulakan.
Malah, katanya, pemberian bonus RM500 kepada penjawat awam untuk menyambut Aidilfitri juga mempunyai niat yang sama.

OKZ11: Selepas pengampunan aktivis, bekas MB seru mahkamah pulangkan denda

Mahkamah perlu memulangkan semula bayaran denda RM5,000 yang dikenakan terhadap 11 aktivis rampasan kuasa Perak selepas mereka mendapat pengampunan diraja dan dibebaskan malam tadi, kata Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Bekas menteri besar yang kini ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu berkata, bayaran denda itu wajar dipulangkan semula kerana mereka terdiri daripada golongan yang tiada berpendapatan tetap dan bergaji rendah.
"Memandangkan mereka sudah diampuni, mohon supaya denda yang telah dibayar dipulangkan balik kepada mereka kerana rata-rata mereka adalah dari kalangan yang tiada berpendapatan tetap dan bergaji rendah," katanya dalam kenyatan hari ini.

Setiausaha Lembaga Pengampunan Perak Datuk Razali Othman dalam kenyataan semalam berkata, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah memberikan pengampunan untuk 11 individu berkenaan selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan. Katanya, dalam mesyuarat pada 5 Mei lalu iaitu sehari sebelum pertabalan Sultan Nazrin, hanya seorang daripada 12 penunjuk perasaan menerima pengampunan apabila mengemukakan permohonan terus dan bukannya melalui pihak ketiga.
Kumpulan 11 aktivis yang dibebaskan dari penjara malam semalam susulan pengampunan diraja. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015.Kumpulan 11 aktivis yang dibebaskan dari penjara malam semalam susulan pengampunan diraja. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015.
Nizar, yang juga Adun Pasir Panjang berkata, pihaknya menghargai tindakan baginda dan mempertahankan aktivis tersebut bukan mahu menderhaka kepada sultan sebaliknya mahu menegakkan keadilan dan demokrasi di Perak. Katanya, mereka bukannya penjenayah biasa tetapi orang yang wajar disanjung tinggi kerana sudi korban diri dan berjiwa sayangkan rakyat untuk wujudkan negeri yang adil dan berlandaskan demokrasi.
Katanya, hak dan kehendak rakyat untuk memilih kerajaan negeri Perak secara demokrasi hendaklah dihormati pada setiap masa.
"Kami menjunjung kasih Kebawah Duli Tuanku Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di atas pembebasan tersebut dan merasa bersyukur semua OKZ tersebut dapat kembali ke pangkuan keluarga mereka.

Wujudkah kerajaan yang berkesan pada masa kini?

oleh Ahmad Mustapha Hassan
Situasi sangat kacau bilau kini. Seorang menteri bertelingkah dengan keluarga diraja. Semuanya berlaku sangat pantas tetapi kedua-duanya tegas dengan pendirian masing-masing malah menteri itu terus menerus melontarkan cabaran.

Ia bermula apabila sebuah forum dikenali sebagai ‘Nothing to Hide’ berlangsung tanpa penceramah utama, PM Najib Razak sendiri yang tidak hadir. Majlis diteruskan dengan penentang utamanya Dr Mahathir Mohamad, mengambil tempat di atas pentas. Dia bagaimanapun diminta berhenti oleh polis daripada meneruskan ucapannya, kurang 10 minit selepas bermula.
Ahli keluarga diraja yang mengeluarkan kenyataan berkenaan apabila seseorang mempunyai perkara yang hendak disembunyikan, pastinya dia tidak akan memunculkan dirinya di majlis. Ini di ikuti oleh kenyataan menteri yang memberitahu putera raja itu supaya tidak terlibat dalam politik atau bersedia untuk “dibelasah”. Menteri itu jelasnya salah faham dan tafsir kenyataan putera itu.
PM, orang yang disebut dalam kontroversi itu terus mendiamkan diri. Tindakan menteri yang mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar kepada ahli keluarga diraja sangat tidak dialukan. Rakan-rakan kabinetnya yang lain bertindak bijak menjauhkan diri daripada kontroversi itu.
Malangnya, tiada petanda yang Pejabat Perdana Menteri akan memberi amaran kepada menteri itu supaya tidak mengulangi tindakannya lagi.
Malah kini tindakan adik Putera Mahkota yang memuatnaik kedudukan perlembangan negeri mereka, Johor pula menyemarakkan lagi kontroversi. Apa sudah jadi!
Kemudian tiba-tiba, seorang lagi menteri kanan mengeluarkan kenyataan yang satu penghinaan kepada orang Islam dan agama Islam jika DAP membina masjid di pendalaman Kelantan yang dilanda banjir baru-baru ini. Entah apa yang difikirkan oleh lelaki ini untuk mengeluarkan kenyataan bebal seperti itu.
Dia melakukan demikian kerana takut parti Umno Barunya akan hilang pengaruh di Kelantan. Sekali lagi, seorang menteri kanan persekutuan melakukan kontroversi yang tidak sepatutnya berlaku.
Masjid telah lama dibina mengguna bantuan orang ramai daripada pelbagai kelompok tetapi kerana kejadian ini melibatkan parti pembangkang, menteri itu pastinya panic sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal itu.

Dulu Dr M benci Anwar bercakap kepada media asing, kata Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengadu mengenai politik Malaysia kepada media asing. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Jun, 2015. 
Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengadu mengenai politik Malaysia kepada media asing. 

Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa berkata Tun Dr Mahathir Mohamad kini mengadu kepada media asing tentang Malaysia, satu perkara yang beliau sendiri benci apabila ia dilakukan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Annuar, bekas perdana menteri itu sekarang menggunakan taktik sama terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Ia sesuatu yang Tun (Mahathir) sendiri sangat tak suka dahulu.

"Waktu saya dalam Kabinet Tun, Tun selalu menyebut betapa dia tidak gembira bila ada pihak, waktu itu Anwar menggunakan media luar negara. "Saya agak keliru sikit sebagai menteri yang pernah berkhidmat di zaman beliau kerana apa yang beliau sarankan dahulu tidak dipraktikkannya sekarang," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Dr Mahathir dalam wawancara dengan New York Times pada 17 Jun lalu mengibaratkan Najib sebagai seorang penjenayah.
Perumpamaan itu dibuat Dr Mahathir kerana dakwanya Najib gagal menjelaskan kedudukan kewangan negara yang menanggung banyak hutang akibat operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mengulas perkara ini dengan lanjut, Annuar berkata beliau "berdukacita" dengan kenyataan itu.
Namun beliau mengakui Dr Mahathir sebagai negarawan yang berjasa kepada negara mempunyai hak bersuara.

Pas tidak akan putus hubungan dengan PKR - Tuan Ibrahim

Hubungan yang terjalin sejak penubuhan PKR akan diteruskan walaupun berhadapan krisis dengan DAP.
tuan haji ibrahim,pas,pkr
PETALING JAYA: Pas akan terus kekal bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, hubungan Pas dan PKR tidak pernah putus walaupun berhadapan krisis seperti sekarang.
“Pas kekal dengan kerja sama bersama PKR yang tidak pernah putus sejak penubuhannya,” katanya dalam kenyataan media yang disiarkan di Facebook.
Mengenai hubungan Pas dan DAP, Tuan Ibrahim berkata, jika ada kerja sama untuk kali ketiga, parti itu mengharapkan ia kekal untuk tempoh masa yang lebih panjang berbanding sebelum ini.
“Jika ada kali ketiga, diharap kerja sama ini akan lebih panjang berbanding yang sebelumnya,” ujarnya.
Katanya, Pas masih lagi kesal dengan DAP yang berterusan mengkritik Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan memfitnah Pas mahu mengadakan kerja sama politik dengan UMNO
“Lebih baik bagi DAP untuk menumpukan serangan pada UMNO yang berkuasa di kerajaan Persekutuan,” katanya.

Aziz Bari: Polis perlu siasat Tunku Idris jika menghasut

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata, polis perlu menyiasat jika putera raja Johor bertindak menghasut melalui kenyataan berhubung hak Johor keluar daripada Malaysia.

Abdul Aziz berkata, Putera Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim tidak menikmati kekebalan undang-undang seperti sembilan orang Raja-Raja Melayu.

“Dalam apa jua kes, Peguam Negara dan pasukan polis perlu membuat pendirian sama ada putera raja tersebut melanggar undang-undang, khususnya Akta Hasutan 1948.

“Jabatan ini bertanggungjawab untuk menguatkuasa undang-undang dengan adil ke atas semua rakyat; putera raja Johor tidak kebal daripada undang-undang.

“Hanya sembilan orang raja-raja Melayu yang menikmati keistimewaan ini, tertakluk kepada peruntukan mahkamah khas untuk raja-raja,” kata Abdul Aziz dalam kenyataannya.

Katanya, tindakan itu perlu dilakukan dengan pantas, seperti operasi ke atas aktivis Sabah dan Sarawak yang didakwa menghasut untuk membawa negeri itu keluar dari persekutuan Malaysia.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, Tunku Idris juga sepatutnya mengehadkan ulasan dalam ruang lintup Perlembagaan Persekutuan.

Konteks hujah

Saman RM100 juta: 'Masih tiada permohonan ekstradisi Sirul'

Enam sudah bulan berlalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kes dan hukuman mati kepada bekas polis elit Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri.

Bagaimanapun, kata Ram Karpal, yang mewakili bapa Altantuya Shaariibuu dalam saman RM100 juta, percaya Malaysia masih belum membuat permohonan ekstradisi Sirul di Australia.

Beliau yang juga anggota parlimen Bukit Gelugor berkata sudah dua kali bertanya soalan itu di Dewan Rakyat tetapi didakwa gagal mendapat jawapan positif.

“Saya percaya kerajaan Malaysia tidak buat sebarang permohonan untuk ekstradisi Sirul. Saya tidak dengar apa-apa.

“Ini sebabnya kenapa kami buat permohonan ini untuk berikan pindaan pernyataan tuntutan terhadap Sirul di Australia kerana dia tidak hadir dalam kes saman ini.

“Yang lain berada di Malaysia dan tiada masalah,” katanya kepada pemberita selepas kes itu hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Suraya Othman hari ini berkata terdapat prosedur perlu diikuti oleh Shaariibuu Setev, bapa Altantuya, dan dokumen berkaitan tidak boleh diserahkan langsung kepada konsular Malaysia di Sydney.

Setev pada 2007 memfailkan saman RM100 juta terhadap Sirul, Azilah Hadri, penganalisis politik Razak Baginda, pihak polis dan kerajaan Malaysia susulan pembunuhan anaknya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa undang-undang Australia menghantar penghantaran pulang individu yang berdepan hukuman mati ke negara asal.

PAS masih bersama Pakatan, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata DAP tidak berhak mengumumkan PR dibubarkan selain dengan sinis menyatakan parti berkenaan tidak memahami maksud 'Pakatan Rakyat' sehingga terburu-buru bertindak sedemikian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015. 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata DAP tidak berhak mengumumkan PR dibubarkan selain dengan sinis menyatakan parti berkenaan tidak memahami maksud 'Pakatan Rakyat' sehingga terburu-buru bertindak sedemikian. 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan Pakatan Rakyat (PR) masih wujud dan belum berkubur biarpun rakan sekutunya DAP sudah mengisytiharkan pakatan pembangkang itu tidak lagi wujud. Malah Hadi berkata DAP tidak berhak mengumumkan PR dibubarkan selain dengan sinis menyatakan parti berkenaan tidak memahami maksud "Pakatan Rakyat" sehingga terburu-buru bertindak sedemikian.
"Itu kenyataan peribadi, pada saya ia merupakan kenyataan yang tidak tepat kerana satu parti bukanlah (boleh dipanggil) Pakatan. Pakatan mesti merangkumi banyak parti... boleh bukalah kamus dewan apa makna Pakatan... sorang-sorang boleh dipanggil Pakatan ke? Tidak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di rumahnya sebaik sahaja selesai kuliah Jumaat di Rusila di Marang hari ini. Pakatan Rakyat merupakan pakatan tidak rasmi yang dibentuk pada 1 April 2008 oleh DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Pilihan Raya Umum ke-12.
Ditanya sama ada status Pakatan itu masih lagi wujud, Hadi berkata: "Ya, masih lagi wujud".
Menurutnya setakat ini PAS belum menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung tindakan DAP bubar Pakatan Rakyat dan PAS juga belum terima kenyataan rakan sekutunya, PKR.
"PKR tidak membuat kenyataan yang menunjukkan kami berpisah dan menunjukkan pakatan antara 2 parti masih ada... dan DAP setakat ini, kami tak dapat keputusan secara rasmi (cuma) kami dapat melalui laporan media sahaja," katanya.
DAP menerusi Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat DAP sebelum ini mengumumkan parti itu kini memutuskan hubungan dengan Hadi kerana tidak lagi dapat bekerjasama dengan presiden PAS yang didakwa "tidak jujur" dan gagal untuk membincangkan dengan anggota Pakatan Rakyat yang lain berhubung rancangan PAS untuk meneruskan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.
Ini termasuk hasrat Hadi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno selain menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pakatan Rakyat masih wujud - Abdul Hadi

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan Pakatan Rakyat masih wujud dan belum berkubur sepertimana yang ditegaskan DAP sebelum ini.

Beliau juga menyifatkan DAP tidak mempunyai hak untuk mengumumkan gabungan kerjasama pembangkang itu telah dibubarkan.

Abdul Hadi berkata, DAP tidak faham maksud Pakatan Rakyat sehingga terburu-buru bertindak sedemikian.

“Itu kenyataan peribadi dan kepada saya ia tidak tepat kerana satu parti bukan sebuah pakatan. Pakatan mesti merangkumi banyak parti. Itu maksud pakatan,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, PAS belum lagi menerima sebarang kenyataan rasmi berkenaan tindakan DAP membubar Pakatan Rakyat termasuk daripada rakan sekutunya yang lain, PKR.

“Oleh kerana Parti Keadilan Rakyat tidak membuat kenyataan yang menunjukkan kita telah berpisah, ini menunjukkan pakatan antara dua parti masih ada.

“Kami juga belum lagi mendapat keputusan secara rasmi dari DAP. Kami hanya mengetuai tentang perkara ini melalui laporan media sahaja,” Abdul Hadi berkata.

Jelas sekali yang PAS rindukan kekasih lamanya, Umno

oleh Ahmad Mustapha Hassan
Kepimpinan baru PAS seolah-olah telah kehilangan haluan. Adalah menarik untuk disaksikan bahawa presiden PAS begitu gemarkan Umno Baru sehingga dia mempertahankan parti itu dengan mengatakan bahawa ia tidak seburuk firaun pada zaman dahulu, seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran.
Dalam erti kata lain, Umno Baru masih tidak boleh dipercayai. Namun PAS memikat Umno Baru untuk bekerjasama dari segi politik. Ini juga bermakna bahawa PAS bersedia untuk bekerjasama dengan 'syaitan' demi kuasa.
Sikap tidak mahu berkompromi PAS selepas PRU13, menunjukkan bagaimana terdesaknya parti untuk mendapatkan kuasa. Dalam pilihan raya 2008, ia berjaya menguasai Kedah dengan bantuan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Tetapi ia tidak tahu menguruskan negeri itu. Daripada memberi tumpuan kepada pembangunan, ia memberi tumpuan kepada agama. Ia mengeluarkan beberapa fatwa Islam dan menegaskan bahawa semua fatwa ini tidak boleh dicabar.
Di bawah pengaruh dan hala tuju sayap agamanya, PAS hanya memberi tumpuan kepada melaksanakan apa yang disebut sebagai undang-undang Islam seperti yang diarahkan oleh Allah. Mereka tidak mempunyai rancangan berani untuk membantu orang mencapai tahap hidup yang lebih tinggi. Mereka mengehadkan diri mereka kepada agama, percaya bahawa semua isu akan selesai sendiri sebaik sahaja undang-undang Islam dilaksanakan.
Kelantan di bawah PAS tidak menyaksikan kemajuan. Disebabkan obsesinya untuk melaksanakan hudud atau undang-undang jenayah Islam, ia pasti akan kehilangan kuasa tidak lama lagi.
Umno Baru berminat untuk membantu PAS, menggunakannya sebagai ejen perosak Pakatan Rakyat. Semua pengalaman pahit yang PAS telah alami dengan Umno pada masa lalu, terutamanya ketika mereka berada dalam kerajaan perpaduan, dilupakan kerana kepimpinan agama dalam PAS percaya dengan apa yang dikenali sebagai kejujuran Umno Baru, untuk menyokong hasrat PAS melaksanakan hudud di Kelantan.
Fikiran sempit mereka tidak boleh melihat apa-apa lagi.
Saya rasa bahawa ada baiknya pada ketika ini dalam sejarah PAS, jika mereka betul-betul menyertai Umno Baru, dan sekali lagi menjadi sayap Islam Umno Baru.

PAS tak dapat terima hakikat mereka bunuh Pakatan, kata DAP

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok (dua dari kiri) berkata, kehancuran PR berpunca daripada usul ketika Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini, yang memutuskan hubungan dengan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015. 
Naib Pengerusi DAP Teresa Kok (dua dari kiri) berkata, kehancuran PR berpunca daripada usul ketika Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini, yang memutuskan hubungan dengan DAP. 

Susulan kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali Pakatan Rakyat (PR) hanya "pengsan" semalam, pemimpin DAP berpendapat, beliau tidak dapat menerima kenyataan pakatan pembangkang itu sudah tidak lagi wujud.  Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata, kehancuran PR juga berpunca daripada usul ketika Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini, yang memutuskan hubungan dengan DAP.
"Kenyataannya itu membuktikan beliau tidak dapat menerima realiti PAS membunuh PR dan PR tidak lagi wujud," kata ahli Parlimen Seputeh itu merujuk kepada Mustafa.

Mustafa, semalam dipetik laporan media berkata, PAS akan tetap bersama PKR untuk memastikan PR terus hidup.  "Pakatan tidak mati, hanya 'pengsan'," katanya pada sidang media di pejabat Perhubungan PAS Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS baru-baru ini memutuskan untuk memilih Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan sebagai setiausaha agung bagi menggantikan Mustafa.
Sementara Mustafa yang sebelum ini menjadi setiausaha agung PAS diturunkan pangkat sebagai pengarah pilihan raya bagi menggantikan Dr Mohd Hatta Ramli.
Menurut Mustafa, PR hanya mengalami sedikit kejutan berikutan keputusan DAP untuk keluar daripada PR.
"DAP yang memutuskan untuk meninggalkan Pakatan," katanya.

Ulama PAS akan tentukan arah tuju politik Malaysia.....


Arah tuju politik Malaysia bergantung kepada kumpulan ulama PAS, terutama dalam responsnya kepada perpecahan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat, kata The Economist. Akhbar mingguan itu melaporkan sayap parti Islam konservatif merupakan pembuat keputusan selepas mengetepikan ahli kumpulan progresifnya semasa muktamar lalu.
"Banyak bergantung bagaimana PAS yang dikuasai golongan konservatif untuk meneruskannya. Parti yang dipimpin golongan berumur nampaknya fikir masa semakin suntuk untuk memperkenalkan hudud di Kelantan dan dilihat sanggup membentuk kerjasama dengan Umno," katanya.

Katanya, sokongan daripada PAS secara tersiratnya akan membantu peluang Umno mengekalkan lagi kuasa pemerintahannya. "Ia juga akan melihat Malaysia diracuni politik perkauman yang lebih jelas," katanya.
Pakatan jatuh selepas keputusan PAS dalam muktamar memutuskan hubungan dengan DAP. Cadangan itu dibuat sayap ulama dan diluluskan tanpa bahas, menyebabkan kemarahan perwakilan akar umbi.
Pada Rabu lalu, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kerjasama itu secara rasminya sudah berakhir.
Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalani hukuman penjara semalam menggesa bekas rakan sekutunya bekerjasama untuk kekal memerintah di negeri Selangor, Pulau Pinang, dan Kelantan.
Beliau juga memberitahu pemimpin parti itu supaya bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa perubahan dan menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tamak dengan kuasa dan rasuah.

Ulama PAS tidak kesal putus hubungan dengan DAP

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata tiada kekesalan dengan usul memutuskan hubungan dengan DAP mahupun kerjasama dalam Pakatan Rakyat sebelumnya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 Jun, 2015. 
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata tiada kekesalan dengan usul memutuskan hubungan dengan DAP mahupun kerjasama dalam Pakatan Rakyat sebelumnya. 

Dewan Ulama PAS tidak pernah kesal selepas usulnya memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan pada Muktamar Tahun ke-61 parti itu, kata ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed. Mahfodz berkata, mereka sudah sedia maklum akan akibat usul tersebut sejak awal lagi.
"Bagi saya, tiada patah balik, tiada pusingan-U kerana dengan kronologi yang dibuat PKR dan DAP kepada PAS, selama ini kita sabar, tak jawab kasar-kasar,” kata Mahfodz dalam wawancara bersama The Malaysian Insider di Johor baru-baru ini.

"Tetapi apabila kita dah buat (keputusan) di Muktamar memang tak akan berlaku pusingan-U. Kita dah memikirkan, akibatnya kita dah tahu," katanya. Beliau mengulas kedudukan terkini Pakatan Rakyat (PR) selepas DAP, disusuli PKR, mengumumkan gabungan itu kini "berkubur".
Menurut Mahfodz, PAS juga tidak kesal dengan kerjasama politik yang terjalin di antara parti itu dengan DAP selama ini.
"Kita bertahaluf ini tidak ada yang rugi, selalu untung. Dengan Umno pun kita untung juga, kita boleh sampai ke kawasan Felda.
"Dengan PR kita dapat menguasai Kelantan dan dengan tahaluf siyasi, alhamdulillah, hasilnya ada," katanya.
Usul memutuskan hubungan dengan DAP dicadangkan Dewan Ulama PAS dan dipersetujui sehingga mendatangkan kemarahan beberapa perwakilan akar umbi.

Hudud: "Kelantan beri peluang sampai hujung tahun, Jika tidak, kita akan perang habis-habisanlah" - Mohd Amar

 
Mohd Amar Abdullah KOTA BHARU - Pas Kelantan memberi ‘peluang’ kepada Kerajaan Persekutuan untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini bagi membenarkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan dibentangkan di Parlimen.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, jika ia tidak berlaku, kekecewaan tersebut bukan sahaja dirasai penyokong Pas, namun ia memberi kesan kepada semua pihak yang menyokong pelaksanaan hukum Islam itu.

“Kita tunggulah bulan Oktober nanti untuk sesi Parlimen seterusnya, kita beri peluang kepada Umno untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini. Jika tidak, kita akan perang habis-habisanlah,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau diminta mengulas Rang Undang-undang (RUU) Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan tidak akan dapat dibahaskan selagi agenda dan urusan kerajaan tidak selesai, sebagaimana yang dinyatakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Masalah status 'Johor boleh keluar Malaysia'

Putera Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim mengejutkan ramai pihak dengan status Instagram berkaitan perjanjian pada 1946 yang dikatakan membenarkan negeri itu keluar Malaysia dalam keadaan-keadaan tertentu.

Bagaimanapun teks dimuat naik itu dilihat mengandungi fakta sejarah tidak tepat apabila menyebut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dibuat pada 1946, sedangkan ia dimeterai pada 1948.

Tambahan pula, status tersebut menyatakan bahawa sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia – yang hanya wujud 17 tahun kemudian pada 1963.

Lebih menarik lagi, menurut penganalisis politik Wong Chin Huat, perjanjian 1946 itu sebenarnya merujuk kepada perjanjian Malayan Union yang menggambarkan kegagalan keluarga diraja sehingga membawa kepada penubuhan Umno.

"Pada 1946, tidak ada Persekutuan Tanah Melayu, hanya ada Malayan Union yang menjadi sebab mengapa Umno dilahirkan.

"Sultan-sultan telah menyerah kuasa mereka (kepada British) dan bersetuju kepada perjanjian untuk memberi kerakyatan secara longgar atas tekanan British.

"Ini yang menjadikan orang Melayu memberontak dan rasa dikhianati. Mereka kemudian membentuk Umno (untuk menentang Malayan Union)," katanya kepada Malaysiakini.

Dr M: Melayu sendiri lindungi Melayu

Kemelut Pakatan: PAS terima qada, qadar Allah

Walaupun DAP mengumumkan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud, namun Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, masih berharap dapat menjalinkan kerjasama dengan parti tersebut.

"Kerjasama politik DAP dengan PAS akhirnya tidak dapat bertahan jua buat kali kedua. Dari sudut positifnya, hubungan PAS-DAP kali ini berlangsung lebih lama berbanding di zaman Barisan Alternatif selepas berehat selama tujuh tahun.

"Jika ada kali ketiga diharap kerjasama ini akan lebih panjang berbanding yang sebelumnya," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Pada 2001, DAP memutuskan hubungan dengan Barisan Alternatif berikutan cita-cita PAS yang ingin melaksanakan Negara Islam.

Selepas 14 tahun, perkara sama berlaku buat kali kedua.

Sementara itu, Tuan Ibrahim juga berkata PAS tetap kesal dengan serangan berterusan DAP terhadap presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta mendakwa mereka mahu bekerjasama dengan Umno.

Menurutnya, DAP sepatutnya menumpukan serangan terhadap Umno yang berkuasa di peringkat Persekutuan.

Biar sejarah nilai

Beliau juga berkata prinsip dan dasar parti akan terus menjadi panduan perjuangan PAS dan mereka menerima segala qada dan qadar Allah dengan hati terbuka.

Mahathir diselar guna taktik Anwar pada Najib

Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa berkata, semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, beliau tidak suka apabila bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecamnya di media luar negara.

Bagaimanapun, bekas menteri kabinet itu berkata, Mahathir kini menggunakan taktik sama bagi melepaskan rasa tidak puas hatinya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kecewa dengan kenyataan Mahathir dalam akhbar harian Amerika Syarikat, The New York Times Annuar berkata:

"Kita berdukacita Tun memilih untuk bersuara kepada media luar negara.

"Sesuatu yang Tun sendiri sangat tak suka dulu, waktu saya dalam kabinet Tun. Tun selalu menyebut betapa dia tak gembira bila ada pihak, waktu itu Anwar, menggunakan media luar negara.

"Walaupun saya agak terkeliru sedikit sebagai menteri yang berkhidmat di zaman dia, (tetapi) apa yang Tun sampaikan waktu dia jadi perdana menteri dulu, saya lihat dia sendiri tak praktikkan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini.

Dalam temubual bersama New York Times yang disiarkan pada 17 Jun, Mahathir menyifatkan Umno telah menjadi 'lubuk untuk ahli politik bernaung'.

Rafizi gagal cabar keabsahan Bafia, kes bocor akaun NFCorp diteruskan

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menolak permohonan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mencabar keperlembagaaan Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) ke Mahkamah Tinggi.
Hakim Zamri Bakar berkata ketiga-tiga persoalan yang dibangkitkan tidak melanggari Perlembagaan Persekutuan dan kes tersebut tetap akan didengar di peringkat Mahkamah Sesyen.
"Ketiga-tiga isu ini dibangkit oleh pemohon (tertuduh) bukan oleh mahkamah atau pihak pendakwaan," katanya ketika menyampaikan keputusan hari ini.

Rafizi bersama-sama kerani bank, Johari Mohamad yang dituduh bersubahat dengannya, memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Antara persoalan perlembagaan yang ingin dirujuk Rafizi dan Johari di Mahkamah Tinggi adalah sama ada dakwaan terhadap mereka boleh diteruskan walaupun Bafia sudah dimansuhkan, dan sama ada dakwaan di bawah Bafia itu tidak berperlembagaan memandangkan unsur niat tidak dinyatakan sebagai elemen bagi kesalahan di bawah akta itu.
Rafizi, 38, yang juga naib presiden PKR, mengaku tidak bersalah mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Pengarah Eksekutif National Feedlot Corporation (NCorp) Datuk Seri Mohamad Salleh, kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star, Erle Martin Carvalho.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.

Kerjasama politik PAS-DAP tak dapat bertahan kali kedua


KUALA LUMPUR: Kerjasama politik DAP dengan PAS akhirnya tidak dapat bertahan jua buat kali keduanya.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dari sudut positifnya, hubungan parti itu dengan DAP kali ini berlangsung lebih lama berbanding pada zaman Barisan Alternatif selepas berehat selama 7 tahun (2001-2008).
"Jika ada kali ketiga, diharap kerjasama ini akan lebih panjang berbanding yang sebelumnya," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, PAS tetap kesal dengan serangan berterusan DAP terhadap presiden parti dan fitnah bahawa PAS mahu mengadakan kerjasama politik dengan Umno.
"Lebih baik bagi DAP untuk menumpukan serangan pada Umno yang berkuasa di kerajaan persekutuan," katanya.
Tambah beliau, tiada siapa yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang bakal berlaku pada masa depan.
Katanya lagi, kekalahan hari ini mungkin adalah rahmat di masa depan, kemenangan hari ini mungkin ialah musibah yang tidak diundang.
"Siapa yang menjangka kemenangan besar Umno di 2004 merupakan pintu kepada kehilangan undi popularnya hari ini?
"Biarlah sejarah menilainya," ujar beliau seterusnya.
Apapun, tegas beliau prinsip dan dasar parti akan terus menjadi kompas perjuangan PAS.
Jelas beliau, PAS akan terus istiqamah dan menerima qada dan qadar Allah dengan hati terbuka.
PAS, ujar Tuan Ibrahim kekal dengan kerjasama bersama PKR yang tidak pernah putus sejak penubuhannya.

Saman RM100 juta: Hakim ingatkan bapa Altantuya ikut prosedur

Mahkamah Tinggi Shah Alam meminta peguam Ram Karpal Singh menyerahkan dokumen diperlukan berkaitan pindaan kenyataan tuntutan kepada mahkamah sebelum Selasa depan, untuk dihantar kepada bekas polis elit Sirul Azhar Umar di Australia.

Hakim Suraya Othman mengingatkan bahawa terdapat prosedur perlu diikuti oleh Shaariibuu Setev, bapa kepada Altantuya Shaariibuu, dan dokumen itu tidak boleh diserahkan langsung kepada konsular Malaysia di Sydney.

“Kamu harus buat permohonan melalui Borang 10 daripada Kementerian Luar Negara untuk diserahkan melalui timbalan pendaftar di sini.

“Oleh kerana Malaysia tiada hubungan rasmi mahkamah dengan Australia, prosedur menghantar dokumen undang-undang ini harus diikuti,” katanya.

Beliau juga mengingatkan bahawa plaintif akan menanggung kos penyerahan dokumen itu.

Setev pada 2007 memfailkan saman RM100 juta terhadap Sirul, Azilah Hadri, penganalisis politik Razak Baginda, pihak polis dan kerajaan Malaysia susulan pembunuhan anaknya.

Sirul dan Azilah telah berdepan hukuman mati setelah disabitkan bersalah.

Sirul bagaimanapun kini ditahan oleh pihak imigresen Australia di negara kiwi itu.

Nasib Melayu-Islam sekiranya Umno-BN tewas

Nasib Melayu-Islam sekiranya Umno-BN tewas
Oleh Kadir Jasin 

 BANYAK orang bertanya saya: Apa akan terjadi kepada Malaysia, orang Melayu dan agama Islam jika Barisan Nasional (BN) kalah?
Ini cerita panjang dan soalan ini timbul sejak pilihan raya umum 2008 lagi, apabila BN di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Keadaan menjadi lebih buruk bagi BN, apabila di bawah pimpinan Mohd Najib Abdul Razak, pencapaiannya lebih teruk dalam PRU 2013.
Tetapi sebelum saya cuba membaca bola kristal atau air di dalam mangkuk ala Nujum Pak Belalang untuk mencari jawapan kepada soalan itu, izinkan saya membuat kenyataan berikut:-
1. Kemungkinan BN kalah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang tetap ada walaupun Pakatan Rakyat (PR) sudah terkubur akibat ketidakserasian DAP-PAS.
2. Kalau PR kini hanya wujud dalam bentuk prinsip, BN hampir-hampir tidak relevan lagi di bawah pentadbiran Mohd Najib Abdul Razak. Yang wujud dan diutamakan oleh Mohd Najib hanyalah Umno dan, buat sementara waktu ini, parti-parti BN Sarawak.
3. Parti-parti BN Sarawak relevan kepada Mohd Najib kerana pilihan raya dewan undangan negeri Sarawak perlu diadakan tahun ini atau hadapan dan beliau sangat-sangat memerlukan kemenangan di negeri itu.
4. Parti-parti BN pusat hampir-hampir tidak dipedulikan atau dibawa berunding dalam perjuangan hidup-mati beliau. Mohd Najib hanya mengadakan perhimpunan solidariti (perpaduan) dengan Umno – bukan sekali, tetapi berulang kali.

Mohd Najib gembira dijulang Pemuda Umno
5. Ini adalah manifestasi dendam kesumat dan Mohd Najib terhadap parti-parti bukan Bumiputera BN, khususnya MCA dan Gerakan, kerana gagal menyekat tsunami Cina pada PRU 2013.
6. Selepas PRU 2013, status MCA, Gerakan dan MIC setaraf dengan PPP sekadar membanyakkan bilangan. Manifestasi ketidakpedulian Mohd Najib itu diserlahkan oleh kemelaratan krisis MIC. Ini cerita guru “ponen”. Bila guru macan itu jaga kelas, budak-budak nakal belakang bilik darjah bermaharajalela.
7. Mohd Najib meletakkan seratus peratus kelangsungan (survival) politik beliau dan BN kepada Umno. Beliau mengharapkan Umno menyokong beliau dan orang Melayu menyokong Umno.
8. Mohd Najib sangat yakin orang Melayu-Bumiputera serta orang miskin luar bandar boleh disogok untuk terus menyokong beliau. Yang terbaru, walaupun kewangan negara dalam keadaan genting dengan hutang bertimbun, Mohd Najib mengisytiharkan bonus raya untuk sejuta lebih kakitangan awam.
9. Beliau yakin mata dan telinga orang Melayu-Bumiputera serta orang miskin luar bandar boleh ditutup dengan BR1M agar tidak menghiraukan isu-isu genting seperti 1MDB, Felda/FGV dan PFI serta ekonomi yang menurun, harga barang dan perkhidmatan yang semakin mahal akibat pelaksanaan GST dan banyak lagi isu yang menekan. [Anggaran terbaru Bank Dunia mengatakan ekonomi Malaysia akan berkembang 4.5 peratus saja tahun ini berbanding enam peratus tahun lalu.]

Anifah Aman bidas surat terbuka Tun M kepada New York Times

Menteri Luar mdakwa Dr Mahathir cuba merosakkan nama negara di kaca mata media antarabangsa
anifah-aman_mahathir_600
KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kesal dengan tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat terbuka kepada editor akhbar New York Times.
Katanya, tindakan itu dilihat sebagai percubaan untuk merosakkan negara sendiri di kaca mata media antarabangsa yang didorong dendam politik peribadi.
“Ia adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana warga negara, apatah lagi seorang bekas perdana menteri, untuk menyebarkan pembohongan dan memutarbelit mengenai kedudukan syarikat-syarikat milik negara,” katanya yang dipetik daripada Bernama
Dalam surat terbukanya kepada agensi berita itu, Anifah menangkis serangan Dr Mahathir terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), UMNO dan tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain disifatkan sebagai keterlaluan ia juga dianggap tidak benar.
Bahkan katanya, langkah pembaharuan yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Najib telah membolehkan Tun Mahathir mempunyai kebebasan untuk bersuara dengan begitu kritikal.
“Kebanyakan rakyat Malaysia lebih suka melihat Dr Mahathir bersara secara hormat daripada terus merosakkan kedudukan negara sendiri untuk kepentingan politik peribadinya,” katanya.

Segambut estate standoff: After the demolition

Segambut estate standoff: Before the demolition

Segambut estate standoff: Negotiations between residents and enforcement officers

Segambut estate standoff: In action

Segambut estate standoff: FRU on site

Pua: How can 1MDB have a “shifty character” as Chief?

Tony Pua pledges that if Arul Kanda comes to the PAC hearing with half-baked answers, he will personally ensure that he will receive the fairest of hearings.
arul tony pua
KUALA LUMPUR: The Opposition has expressed amazement that the Ministry of Finance tolerates 1MDB Chief Arul Kanda Kandasamy, “such a shifty character”, to lead its most controversial subsidiary laden with debts in excess of RM42 billion. “The evasive half-truth response by 1MDB to the question of the use of Bank Exim’s proceeds was the reason why nobody trusts the answers by the company and consequently, extinguishing whatever confidence left in the Najib administration.”
“When the Public Accounts Committee (PAC) discovered that statutory audit has not commenced on 1MDB, Arul Kanda responded with a claim that audit has started with one of the subsidiaries.
Petaling Jaya Utara MP Tony Pua was pledging that if Arul Kanda comes to the PAC hearing with half-baked answers, he will personally ensure that he will receive the fairest of hearings by the Committee.
Pua said that former Prime Minister Mahathir Mohamad had reasons to label Arul Kanda “dishonest”. “The former Prime Minister may be wrong about a lot of things but he was absolutely spot on about the integrity and character of the 1MDB President,” said Pua who is also DAP National Publicity Secretary.
“It was Arul Kanda’s perpetual refusal to come clean on the state of 1MDB and its dodgy transactions which has destroyed the credibility of not only 1MDB, but also Prime Minister Najib Abdul Razak.”
Pua was calling on Deputy Finance Minister Ahmad Maslan as well to honour his promise to provide a written reply to the EXIM Bank loan, which has not been received as at Thursday evening.
“In the event where he fails to honour his promise, we will not hesitate to once again refer him to the House Rights and Privileges Committee for misleading the Parliament,” said Pua. “He will have the ignominy to apologise again for his mistake for the second time in less than a year.”
Pua was taking issue with answers given by Arul Kanda and two Deputy Finance Ministers on an EXIM Bank loan to 1MDB.
He referred to Arul Kanda issuing a statement on Thursday to clarify the matter. “However, nothing was clarified in the clarification drafted in the most sly and evasive manner,” lamented Pua.
He said Arul Kanda’s short two paragraph statement speaks for itself:

Semua anak kapal MT Orkim Harmony dibebaskan


Kesemua 22 anak kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi ini, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata pembebasan kru kapal itu adalah menerusi rundingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan perampas kapal berkenaan.

Beliau berkata kapal MT Orkim Harmony akan dibawa ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba seawal jam 6 petang ini.

"Bagaimanapun, seorang daripada anak kapal berkenaan mengalami cedera ringan dan akan dihantar ke hospital berdekatan sama ada di Kuantan atau Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi berkata perampas bagaimanapun berjaya melarikan diri menaiki bot penyelamat kapal berkenaan.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.


- Bernama

Percakaran dengan istana Johor rumit buat Umno nampaknya

Ironi. Mungkin itu ungkapan paling sesuai menyimpulkan “pergeseran” Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ).
Pergeseran (atau persengketaan atau perang mulut) Nazri /TMJ tercetus berikutan komen putera raja Johor itu terhadap ketidakhadiran perdana menteri di forum "Nothing to Hide" mengenai 1MDB.
Oleh kerana Datuk Seri Najib Razak orang Umno, pergeseran itu boleh dilihat sebagai percakaran antara Umno dengan istana Johor.

Umno ditubuh secara rasmi di Istana Besar di Johor Baru, 11 Mei, 1946, sekaligus menunjukkan sokongan kerabat diraja Johor terhadap Umno khususnya menentang penjajah Inggeris. Datuk Onn Jaafar sendiri orang Johor.
Semua amat membanggakan Umno. Dan untuk sekian lama, memang parti itu kebal di Johor dan kerap menggelar negeri di selatan tanah air itu kubu kuatnya.
Jadi tidakkah ironis apabila Umno sekarang bercakaran dengan istana Johor?
Keadaan belum reda. Di Johor, rata-rata pelbagai pihak menyebelahi TMJ, terrmasuk orang Umno sendiri. Ini merumitkan Umno.
Ada exco negeri (tentunya daripada Umno) mahu Nazri mohon maaf. Malah Puteri Umno Johor pun menuntut demikian dan diberitakan sudah menyerahkan memorandum kepada menteri pelancongan itu.
Nazri masih enggan kerana menurutnya, beliau bertindak semata-mata mempertahankan bosnya, perdana menteri  dan presiden Umno.
Jelas pada hemat Nazri, komen TMJ mengenai ketidakhadiran Najib di forum Nothing to Hide ialah satu bentuk serangan dan tuduhan melulu ke atas Najib.

Apakah masa depan yang menanti parti-parti Pakatan?

oleh Robin Stanley Augustin

Jadi, Pakatan Rakyat sudah berkubur. PKR akhirnya mengakui apa yang memang sudah menjadi kebimbangan ramai.

Masa depan Pakatan boleh dikatakan sudah berkecai selepas DAP mengumumkan pengakhiran gabungan itu.

Pengumuman – yang dikatakan sesetengah pihak sebagai terlalu awal – dibuat selepas Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP menerima usul muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan mereka.

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz sejak itu berkata, Pakatan tidak mati, kerana ia hanya memerlukan sekurang-kurangnya dua parti, dan keadaan kini bergantung kepada PKR dan PAS.

Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang pula berkata, suda tiba masanya rakyat Malaysia melangkah ke hadapan dan ada keperluan untuk gabungan politik baru yang berasaskan prinsip.

Katanya lagi, kini amat penting untuk mengatur semula pihak dan kuasa politik di negara ini, selain terus menghidupkan harapan rakyat Malaysia yang ingin melihat perubahan berdasarkan ideal Pakatan iaitu perpaduan negara, keadilan, kebebasan dan maruah rakyat.

Mujahid Sementara itu, bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Mujahid Rawa berkata, Pakatan akan lahir kembali dan menjadi sesuatu yang lebih baik.

Katanya lagi, Pakatan tidak boleh wujud tanpa salah satu parti yang mengasasnya, dan mana-mana parti baru yang mahu mengisi ‘vakum’ yang wujud kini perlu berpegang kepada nilai yang sama.

Dengan pengakuan DAP dan PKR sendiri, Pakatan sudah mati. Apa seterusnya untuk DAP, PKR dan PAS?

PAS nampaknya tidak akan berpatah balik daripada agenda Islamisnya, sementara DAP dan PKR kemungkinan besar akan terus bekerjasama.

Adakah kita akan lihat bangkitnya Phoenix daripada abu Pakatan Rakyat?

Rakyat Malaysia Amat Kecewa !....

Oleh Abu Hassan Adam
Dalam bahasa puitisnya boleh dikatakan, ‘ke manalah nak ku gantungkan harapan….”. Sebenarnya itulah ungkapan atau keluhan yang sering didengari diucapkan oleh masyarakat Malaysia mengenangkan ‘nasib’ yang menimpa bangsa Malaysia kini. Seeingat aku belum pernah lagi berlaku keadaan yang sebegini dalam negara yang tercinta ini. Belum pernah.

 Suasana yang wujud di negara kita kini sebenarnya menuntut dengan sebenar-benarnya supaya rakyat di negara ini menahan kesabaran ketika menghadapi cabaran yang paling getir ini. Belum selesai isu IMDB sudah timbul pula ‘kerenah’ yang ditimbulkan oleh PAS dan DAP. Dan sedang pemimpin-pemimpin ‘terkial-kial’ untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh PAS dan DAP, MIC pula membuat ‘angkara’. Walaupun PKR dan MCA nampak ‘tenang’ tetapi sebenarnya mungkin mereka juga menghadapi masalah dalaman yang amat runcing. Peribahasa Melayu mengatakan ‘air tenang jangan disangkakan tidak ada buaiya’.
UMNO ‘berlagak’ sebagai parti yang seolah-olah mereka tidak menghadapi sebarang kemelut kini. Sebenarnya apa yang berlaku dalam UMNO kini adalah lebih parah daripada apa yang berlaku dalam PAS dan DAP. Apa tidaknya. Sekiranya UMNO dalam keadaan yang cukup ‘selamat’ tentulah Tun Mahathir tidak seperti ‘kucing kehilangan anak’ mempersoalkan tentang IMDB yang dianggap sebagai ‘duri dalam daging’ yang akan menghancur-leburkan harapan ahli UMNO.
Di sana sini kelihatan DS Najib ‘mendabik dada’ mengatakan bahawa beliau mendapat sokongan ‘padu’ dari rakyat khususnya ahli UMNO. Betulkah ‘sokongan’ yang diterimanya itu tulin dan lahir daripada hati yang penuh ikhlas. Dan lagi pun untuk membuktikan bahawa UMNO juga sedang dalam perpecahan ialah apabila ada pertembungan dua pemimpinnya ia itu antara Tun Dr. Mahathir dengan DS Najib. Apakah pertembungan dan pertentangan antara dua tokoh ini belum boleh diertikan sebagai UMNO sedang berpecah?

Pembelian Felda di Indonesia usaha ‘bailout’ kroni Najib, kata penganalisis

Salah sebuah aset perladangan terbesar milik Eagle High Plantations di Indonesia, syarikat yang diterajui seorang ahli perniagaan yang rapat dengan Datuk Seri Najib Razak. – Gambar Eagle High, 19 Jun, 2015. 
alah sebuah aset perladangan terbesar milik Eagle High Plantations di Indonesia, syarikat yang diterajui seorang ahli perniagaan yang rapat dengan Datuk Seri Najib Razak. 

Felda Global Ventures Bhd, syarikat perladangan tersenarai paling besar di Malaysia, menggambarkan pembelian aset gula bernilai AS$746 juta (RM2.8 bilion) milik ahli perniagaan Indonesia, Peter Sondakh sebagai bukti integrasi ekonomi di kalangan 10 negara anggota Asean. Bagaimanapun, pelabur dan ahli bank mempersoalkan perolehan itu, dengan berkata pembelian itu terlalu mahal bagi Felda dan berupa usaha menyelamatkan Sondakh yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pembelian itu berlaku ketika masih hangat isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dan ia menimbulkan kebimbangan mengenai tadbir urut syarikatmelibatkan syarikat berkai kerajaan (GLC) yang mendominasi ekonomi Malaysia, serta penggunaan dana awam oleh kerajaan.

Saham Felda mencatatkan rekod kejatuhan minggu ini berikutan pengumuman pembelian ekuiti majoriti bukan-kawalan dalam kumpulan perladangan PT Eagle High Plantations dan 95% projek gula di kepulauan Papua, kedua-duanya dimiliki Rajawali Group milik Sondakh. Di bawah pembelian itu, Felda bercadang membayar AS$679 juta bagi 37% kepentingan dalam Eagle High dan AS$66.5 juta lagi bagi aset gula.

Bukan Islam tidak akan menyokong PAS lagi, kata Mat Sabu

​Mohamad Sabu yang tumbang selepas kemaraan golongan konservatif dalam PAS berkataamat sukar mendapatkan semula sokongan bukan Islam kepada parti itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 Jun, 2015.
Mohamad Sabu yang tumbang selepas kemaraan golongan konservatif dalam PAS berkataamat sukar mendapatkan semula sokongan bukan Islam kepada parti itu. 

Mohamad Sabu adalah antara pemimpin paling popular PAS di luar parti dan di kalangan orang bukan Islam. Beliau dipinggirkan partinya selepas gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan baru-baru ini. Dalam bahagian pertama temubual bersamanya, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bimbang kehilangan kepercayaan sokongan pengundi bukan Islam yang selama ini menyokong parti Islam itu. Biarpun beliau diundi semula ke dalam kepimpinan parti, PAS tidak akan mendapat kembali sokongan orang bukan Islam, kata bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu.
Lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan popular di kalangan bukan Islam, beliau memberitahu betapa sukarnya beliau berusaha memujuk ahli akar umbi PAS keluar dan berhimpun dengan bukan Islam dalam demonstrasi anjuran kumpulan reformasi pilihan raya Bersih.

Bagi Mat Sabu, masa depan adalah suram bagi parti itu, yang memegang ideologi agama yang menyumbang kepada kejatuhan Pakatan Rakyat (PR). Beliau berkata, buat masa ini tiada lagi jalan penyelesaian bagi PAS mendapatkan semula sokongan orang bukan Islam.
"Orang bukan Islam yang kecewa dan patah hati terhadap semua keadaan ini.
"Tambahan pula, PAS kini dipimpin oleh tokoh dari Pantai Timur, yang jarang bersemuka dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mat Sabu berkata, pemimpin Pantai Timur dari Kelantan dan Terengganu mungkin berfikir mereka tidak memerlukan sokongan bukan Islam kerana mereka hanya berinteraksi dengan orang Melayu setiap hari.
"Mereka tidak akan merasa seperti apa yang kita lakukan di sini di Pulau Pinang dan Selangor. Pemimpin Kelantan juga berkata adalah bagus melakukannya tanpa PR kerana mereka membuat penilaian berdasarkan lokasi mereka sendiri.
"Mereka boleh menang di kawasan mereka tetapi bagaimana pula Selangor, Melaka dan Johor? Di Kedah, terdapat juga kawasan Parlimen di mana undi bukan Islam membentuk kira-kira 40%," katanya.
Mat Sabu berkata pemimpin PAS tidak realistik jika mereka fikir parti boleh bergerak sendirian pilihan raya umum.
"Dalam pilihan raya, anda mesti mempunyai gabungan, melainkan jika anda hanya mahu menjadi parti serantau di Kelantan dan Terengganu.
"Ini semua sudah terkebelakang," katanya.

PAS-BN boleh tubuh kerajaan perpaduan di Selangor, kata Utusan@Umno

Kerajaan per‎paduan PAS-Barisan Nasional (BN) di Selangor boleh dibentuk jika ada salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP atau PKR lompat parti, kata Utusan Malaysia.
Akhbar itu dalam kolum "Khabar Dari Negeri‎" memetik penganalisis politik, Profesor Dr Azizul Halim Yahya, yang berkata kedudukan gabungan 28 kerusi PAS-BN kini tidak cukup untuk menang majoriti mudah kecuali ada seorang daripada DAP atau PKR lompat parti dan menyokong kerajaan perpaduan itu.
"Begitu juga dengan PKR dan DAP jika bergabung pun hanya 28 kerusi dan memerlukan sekurang-kurangnya seorang daripada parti lain seperti PAS untuk lompat parti.

"Namun bersediakah Adun PAS terbabit untuk mencatat sejarah dalam politik sebagai seorang pengkhianat kepada parti sendiri," soalnya. DAP dan PAS masing-masing mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PKR (13), BN (12), dan Bebas (1).

Kantoi Lagi: Bank Negara sangkal Ahmad Maslan, enggan terlibat politik

Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan situasi ringgit Malaysia sekarang adalah disebabkan kesan pembangunan ekonomi global dan domestik, menyangkal dakwaan menuduh kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai antara faktor matawang itu susut.
Dalam satu kenyataan, BNM menegaskan ia neutral politik dan "tidak akan terlibat dengan agenda politik".
"Perkembangan global termasuklah jangkaan pelabur berkaitan polisi kewangan bank utama dan kecenderungan trend harga minyak mentah dan gas.

"Faktor domestik termasuk kebimbangan entiti berkaitan kerajaan dan isu membabitkan rating," kata BNM, dalam satu kenyataan. BNM berkata, ketidaktentutan dalam beberapa isu tersebut menyumbang kepada kedudukan kewangan negara.
"Faktor luaran di luar kawalan mana-mana ekonomi pasaran terbuka, usaha perlu digembleng untuk menyelesaikan isu domestik yang melibatkan ekonomi kita.
"Sebaik sahaja isu ini diselesaikan, prestasi matawang dijangka konsisten dengan prinsip asas ekonomi dan prospek perkembangannya," katanya.
Kenyataaan bertajuk "Salah Lapor terhadap Ringgit" itu dilihat mengkritik dakwaan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa BNM menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tiga faktor utama penurunan nilai ringgit.
Ringgit berada di kedudukan lemah berbanding dolar AS dengan 1.29% didagangkan pada 3.7090 semalam. Sehingga hari ini, ringgit semakin lemah dengan penyusutan sebanyak 6.08%.
BNM berkata, ia akan kekal fokus debgan peranannya mengekalkan kestabilan kewangan bagi menyokong kestabilan ekonomi.

'Mengapa 'reformis' speaker lepaskan Bung?'

Speaker Dewan Rakyat sepatutnya mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin kerana membuat "ancaman bunuh" semalam.

Ini adalah sentimen yang dikongsi oleh beberapa peguam ketika diminta mengulas mengenai kecaman Bung Moktar di Parlimen terhadap protes di hadapan rumahnya.

Bung berkata keluarganya telah diganggu oleh peserta protes itu dan berkata "mungkin ada yang mati" jika beliau berada di rumah ketika insiden itu.

Peguam New Sin Yew berkata walaupun Artikel 63 (2) Perlembagaan Persekutuan memberikan imuniti kepada ahli Parlimen semasa sesi dewan, tetapi Bung telah menggunakan 'bahasa' yang memerlukan teguran.

Pengasas bersama Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen pula berkata ramai ahli Parlimen pembangkang telah dicela dan digantung tugas atas tindakan yang tidak sampai seperti yang telah dilakukan oleh Bung.

Tiada asas bubar Dun Selangor - Azmin

Azmin Ali 
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata tidak ada asas untuk pembubaran Dun susulan krisis dalam pakatan pembangkang.‎
  
Selain itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak mengheret istana Selangor dalam krisis politik Pakatan Rakyat berikutan terputusnya hubungan kerjasama antara DAP dan Pas.
  
"Jangan heret institusi raja dalam krisis politik," kepadanya kepada pemberita selepas menyampaikan bubur lambuk dan buah kurma kepada umat Islam sempena Ramadan di sebuah masjid di sini hari ini.
  
Sebelum ini, Azmin berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor dalam masa terdekat bagi menjelaskan keadaan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PKR berikutan tindakan DAP mengisytiharkan pakatan pembangkang sudah 'berakhir' di peringkat pusat. - Bernama

Anifah bidas kecaman Dr Mahathir

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengkritik serangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Umno dan tuduhan terhadap Perdana Menteri yang masih berkhidmat, Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Jun, 2015. 
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengkritik serangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Umno dan tuduhan terhadap Perdana Menteri yang masih berkhidmat, Datuk Seri Najib Razak. 

Menteri Luar membidas kecaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran negara dan parti politik dalam surat terbuka kepada editor akhbar harian Amerika Syarikat, The New York Times. Datuk Seri Anifah Aman kesal melihat Dr Mahathir cuba untuk merosakkan negaranya sendiri dalam media antarabangsa sebagai sebahagian daripada dendam politik peribadi.
"Ia adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana warga negara, apatah lagi seorang bekas perdana menteri, untuk menyebarkan pembohongan dan memutarbelit mengenai kedudukan syarikat-syarikat milik negara," katanya dalam surat terbuka itu, yang dikirim kepada Bernama hari ini.

Anifah mengkritik serangan Dr Mahathir terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Umno dan tuduhan terhadap Perdana Menteri yang masih berkhidmat, Datuk Seri Najib Razak. Ini ialah beberapa petikan surat Anifah mengenai 1MDB.
"Contohnya dengan menyatakan bahawa RM42 bilion lesap dari 1MDB untuk menimbulkan kebimbangan awam sedangkan hakikatnya ini hutang yang diaudit bersandarkan aset bernilai RM51 bilion. Dakwaan-dakwaan melulu ini memberi kesan kepada sentimen pasaran terhadap Malaysia.
"Selain itu, beliau terus melancarkan serangan, dan tidak sebaliknya menunggu hasil siasatan yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Desak Income Tax Siasat Kekayaan Melampau Keluarga Najib


Walaupun PR sudah tiada, kerjasama masih boleh diadakan

Anwar berharap kerjasama diteruskan.
Anwar Ibrahim menggesa ketiga-tiga parti yang membentuk Pakatan Rakyat, PKR, DAP dan Pas meneruskan kerjasama di peringkat Parlimen dan di tiga buah kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Dalam satu perutusan dari Sungai Buloh Anwar menegaskan kerjasama itu perlu demi untuk membela dan menyelamatkan rakyat dari terus ditindas oleh kerakusan dan ketidakadilan kerajaan UBN.

Beliau juga menzahirkan keyakinan sekiranya sikap politik profesional dipraktikan, yakin kerjasama antara tiga parti itu di peringkat negeri-negeri dan parlimen boleh dilakukan walaupun Pakatan Rakyat kini sudah tidak wujud lagi.


Pandangan dan gesaan Anwar itu sepatutnya diterima baik oleh ketiga-tga buah parti berkenaan dan menunjukkan satu sikap politik yang sedarhana dan berpandangan jauh daripada Anwar Ibrahim. Pandangan Anwar itu juga merupakan formula untuk menghuraikan kemelut yang berlaku dalam Pakatan Rakyat kini yang semakin rumit.

Azmin berucap dimajlis penyerahan kunci rumah mangsa banjir.
Dalam konteks ini keputusan Lim Guan Eng mengekalkan wakil Pas di Pulau Pinang, Salleh Man dalam kerajaan negeri, adalah satu tindakan yang baik dan profesional. Manakala kesediaan Salleh Man untuk berada dalam kerajaan Pulau Pinang itu memberi gambaran Adun itu tidak berfikiran jumud seperti Dewan Ulama Pas yang mengemukakan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Adalah lebih baik dan bagus lagi kalau Guan Eng juga tidak emosi bertindak untuk meminta penjawat politik dalam berbagai agensi dan jabatan dalam kerajaan Pulau Penang yang dikenal pasti daripada Pas, agar melepaskan jawatan.

Guan Eng perlu memberikan peluang mereka berkhidmat setidak-tidaknya sampai habis tempoh kontrak mereka. Pengekalan itu bukan dilihat mereka orang Pas semata-mata untuk menunjukkan beliau terbuka, tetapi apa yang patut dipertimbangkan keupayaan mereka memikul tanggungjawab kepada rakyat.