Khamis, 18 Jun 2015

RUU Hudud: Hadi, PAS sah kena main Umno@Bn


hadi sugul


KUALA LUMPUR, 18 JUN: Hari ini seluruh umat Islam sedunia memulakan puasa Ramadan, tetapi di parlimen, rang undang-undang persendirian yang dijuarai sesetengah pihak dalam PAS masih belum ketahuan nasibnya.
Di hari terakhir persidangan Dewan Rakyat, rang undang-undang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dimasukkan dalam kertas aturan sidang, namun ia diletakkan pada aturan yang jauh ke bawah.
Justeru, bagi Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, keadaan pada hari ini jelas menampakkan bagaimana Abdul Hadi dipermainkan oleh UMNO-BN dengan ‘umpan’ kononnya bersedia menyokong pembentangan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di parlimen.
“Hadi sudah dipermainkan UMNO yang tidak mempunyai niat mahupun kemampuan melaksanakan hudud kerana ia akan secara menimbulkan kemarahan 48 Ahli Parlimen BN di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam sidang parlimen hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim gagal menyatakan secara jelas pendirian kerajaan dalam isu berkenaan.

Guan Eng: Pentingkan individu dari parti ‘golongan sesat’

pakatan-rakyatGEORGE TOWN, 18 JUN: Sesiapa saja yang lebih menumpukan agenda individu dalam Pakatan Rakyat boleh dianggap sebagai golongan sesat, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Bercakap mengenai Pakatan Rakyat, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, gabungan berkenaan wujud suatu ketika dulu hasil persefahaman tiga parti, bukannya tiga individu.
“Pakatan Rakyat bukan Anwar Ibrahim, bukan Hadi Awang dan bukan Lim Kit Siang. Pakatan adalah PKR, PAS dan DAP.
“Sesiapa yang cakap individu lebih penting daripada parti, saya rasa itu orang yang sesat jalan,” katanya dalam sidang media di Komtar, hari ini.
Pada 16 Jun lalu, Guan Eng mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak wujud lagi ekoran tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP.

'Apa 'level' Chegubard ajak Tun M berdialog?' - Khairuddin

KUALA LUMPUR: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard diminta berhenti menjadi oportunis dengan cubaan menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis #Nothing2Hide versinya sendiri.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Chegubard dilihat bermimpi di siang hari selain kini 'menjilat' hinaan yang pernah diberi kepada bekas perdana menteri itu.

"Apa 'level' dia hendak ajak Dr Mahathir berdialog? Che Gu Bard ini sudah ditolak PKR dan kini sedang menjilat ludahnya sendiri serta cuba mempertahankan orang yang dia maki-hamun dengan pelbagai tuduhan sewaktu aktif dalam PKR dahulu.

"Susah hendak percaya orang macam Chegubard yang cepat menggadai prinsip serta mudah beralih pendirian ini. Dia cuba menyelamat diri demi survival kehidupan," katanya kepada Astro AWANI hari ini.

Khairuddin mengulas kenyataan Chegubard yang mahu menjemput Dr Mahathir dalam program seumpama #Nothing2Hide versinya sendiri.

Selain itu Chegubard di dalam sebuah blog dikatakan kini kerap mengecam Dr Mahathir berkenaan pemecatan Tun Salleh Abas di siaran berita sebuah stesen televisyen kemunculannya dilihat mungkin lebih kerap lagi dalam isu-isu yang lain.

Khairuddin turut menjelaskan, sikap Chegubard membuktikan politik murahan untuk memastikan namanya tidak lenyap dari pentak politik negara.

"Saya cadangkan dia buat program dan bercerita kembali kenapa satu masa dahulu suka mengutuk UMNO.

"Perjelaskan kepada rakyat kenapa dahulu suka memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya serta pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

Bukti dikongsi dengan pihak berkuasa, kata 1MDB kepada Tun M

KUALA LUMPUR: Semua keterangan dan bukti berkaitan perniagaan dan transaksi kewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah dikongsi dengan juruaudit bebas dan pihak berkuasa Malaysia, kata 1MDB.

1MDB berkata demikian ketika menjawab catatan terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya, 'Jawapan 1MDB," yang meminta keterangan berdokumen.

Pada Selasa, 1MDB dalam satu kenyataan yang panjang lebar, menjawab pertanyaan dan dakwaan Dr Mahathir mengenai pelbagai isu berkaitan syarikat pembangunan strategik negara itu.

1MDB berkata, ia telah menjawab dengan terperinci serta fakta yang boleh disahkan.

"Kini setelah dikemukakan dengan fakta oleh 1MDB, Dr Mahathir telah meminta keterangan berdokumen.

"Sebagaimana telah dijelaskan 1MDB, semua keterangan dan bukti berkaitan perniagaan dan transaksi kewangan 1MDB telah dikongsi dengan juruaudit bebas dan pihak berkuasa Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa terbabit boleh mengambil tindakan bersesuaian mengikut proses dan undang-undang Malaysia, katanya.

1MDB menegaskan ia kekal fokus sepenuhnya kepada melaksanakan pelan rasionalisasinya.

Tiada gunanya buru 1MDB jika PAC tiada taring

oleh Hazlan Zakaria
"Sekarang kami ada lebih banyak maklumat dari Deloitte, dari KPMG. Mereka harus lebih bimbang bahawa kami kini mempunyai lebih banyak maklumat, dan disahkan oleh juruaudit mereka sendiri."
Inilah kata-kata yang dilaporkan telah diucapkan oleh pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Nur Jazlan Mohamad yang diarahkan kepada pengarah eksekutif kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dan bekas ketua eksekutifnya Shahrol Halmi.
Nur Jazlan berkata sedemikian kepada pemberita mengenai tarikh baru kedua-duanya akan dipanggil pada bulan Ogos, selepas mereka tidak menghadiri pertemuan pertama mereka awal bulan ini.
Beliau juga sebelum ini telah mengeluarkan amaran kepada pasangan 1MDB ini kerana tidak menghadiri pertemuan-pertemuan sebelumnya dengan kata-kata yang sama-sama tidak menyenangkan, mengisyaratkan mengenai kuasa untuk menghukum mereka yang gagal untuk menjawab panggilan itu.
Tetapi walaupun dengan adanya amaran-amaran itu, "maklumat lanjut" dari firma audit dan kemungkinan lebih banyak penemuan PAC dalam skandal 1MDB, adakah jawatankuasa itu sebenarnya mempunyai taring atau keberanian untuk menggunakannya?
Bolehkah penemuan PAC benar-benar digunakan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan dana awam, apatah lagi menghentikan kejadian itu daripada berlaku lagi pada masa akan datang?
Ia kelihatan agak mencabar, jika dilihat dari laporan-laporan PAC mengenai penemuan terhadap penyelewengan dana dan projek awam yang lain.
Sila lihat penemuannya ke atas Pembinaan PFI Sdn Bhd, sebuah syarikat milik kerajaan yang dilaporkan menjadi alat menyembunyikan perbelanjaan yang tidak termasuk dalam bajet.
PAC mendapati yang PFI membenarkan kerajaan untuk membuat pinjaman yang tidak tersenarai dalam bajet yang tidak kelihatan sebagai tanggungan kerajaan, mengubah kadar defisit, kadar hutang dan keluaran dalam negara kasar Malaysia.
"Perbelanjaan luar bajet boleh menimbulkan keraguan terhadap perangkaan yang dikeluarkan dalam bajet dan tidak menggambarkan kedudukan sebenar kewangan kerajaan, termasuk liabiliti kontingen, defisit dan hutangnya," jelas laporan itu.
Tetapi di sebalik penemuan serius ini, PAC hanya mengsyorkan supaya PFI atau peruntukan dan perbelanjaan yang sama dibentangkan dan diluluskan di Parlimen secara telus.
Walaupun ini adalah baik, tiada apa yang dikatakan mengenai usaha mendakwa pihak-pihak yang bertanggungjawab bermain-main dengan akaun negara kita.
Tindakan menyembunyikan kewangan melalui muslihat perakaunan harus menjadi kesalahan jenayah dan mendapat hukuman yang berat, bukan hanya nasihat.

Dari 'bangsa Johor' kepada parti nasionalis negeri?

Kerabat diraja Johor boleh mempertimbangkan membentuk sebuah parti nasionalis Johor jika mereka benar-benar ikhlas bercakap berkaitan perkara itu, kata penganalisis politik.

Felo Penang Institute Wong Chin Huat membangkitkan perkara itu selepas idea “bangsa Johor” diketengahkan ketika seorang putera Johor bertelagah dengan seorang menteri kabinet.

Wong, pakar dalam bidang federalisme, berkata ini bukan pertama kali kerabat diraja terlibat dalam politik kerana ia pernah berlaku melalui penglibatan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman.

“Jika ada orang mahu terlibat dengan politik mereka patut pertimbangkan sertai politik.

“Mereka patut mengambil kira membentuk parti nasionalis Johor seperti Parti Nasionalis Penduduk Scotland (SNP),” jata Wong kepada Malaysiakini.

Pengalaman SNP menunjukkan, walaupun ia hanya memperjuangkan pemerintahan sendiri Scotland, tetap berjaya mencapai kejayaan tidak pernah berlaku dalam pilihan raya United Kingdom tahun ini.

SNP kini menjadi parti ketika terbesar di negara itu.

Menyentuh isu Johor boleh terkeluar daripada Malaysia, Wong berkata beliau ragu negeri itu boleh bersendirian.

Setelah DAP dipersetankan di muktamar PAS

Nampaknya ramai yang kecewa dengan kematian Pakatan Rakyat.

Namun ini bukan alasan untuk merasa sedih dan kecewa di saat sepatutnya wujud ketetapan yang lebih kuat serta komitmen untuk terus memburu Impian Malaysia yang inklusif ke arah perpaduan, keadilan, maruah dan kemakmuran buat semua rakyat Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-14.

Meskipun perjuangan politik tujuh tahun Pakatan berakhir ekoran pelanggaran serius terhadap dasar bersama Pakatan oleh PAS, kita percaya bahawa impian dan visi ke arah Malaysia baru yang memiliki perpaduan nasional harus menjadi objektif utama.

Begitu juga dengan persefahaman antara kaum dan agama, rasa hormat, keadilan, akauntabiliti, urus tadbir yang baik, menamatkan rasuah dan salah guna kuasa, memelihara maruah, mempunyai sistem pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan yang baik serta persekitaran selamat.

Atas tujuan ini, DAP akan bekerjasama dengan parti-parti dan kuasa-kuasa politik yang sependapat, demi muafakat politik baru yang komited terhadap prinsip tersebut dan wawasan Impian Malaysia.

Kami di DAP tidak akan bekerjasama dengan pimpinan PAS yang telah mencabul dasar bersama Pakatan, tetapi bersedia bekerjasama dengan kuasa-kuasa politik dan rakyat Malaysia yang komited terhadap dasar itu.

Ini termasuklah ahli-ahli PAS di pelbagai peringkat yang tidak menolak dan mengabaikan dasar bersama tersebut.

Dipersetan di muktamar

DAP tidak ada masa untuk sandiwara politik seperti usul muktamar PAS yang memutuskan kerjasama dengan DAP dan seruan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamad yang meminta Majlis Syura bertemu segera bagi membincangkannya.

Parti baru akan bertanding di kawasan Pas- Phahrolrazi

Parti baru itu akan menggantikan Pas dan bergabung dengan DAP serta PKR di bawah 'pakatan baru.
Datuk Phahrolrazi Zawawi,pasma
PETALING JAYA: Parti baru yang akan ditubuh oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) merancang untuk bertanding di kawasan yang ditandingi Pas pada pilihan raya akan datang.
Presiden PasMA, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, parti itu akan menggantikan Pas oleh kerana Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak lagi wujud.
Bagaimanapun, parti baru itu tidak akan bertanding di kawasan yang ditandingi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Kita akan masuk bertanding yang berpotensi untuk menang. Fokus kita untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) jadi kawasan yang ditandingi PKR dan DAP, kita tidak akan meletak calon,” katanya kepada FMT.
Phahrolrazi berkata, parti baru itu akan bergabung dengan DAP dan PKR untuk membentuk pakatan baru yang memberi fokus menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Dia menaruh kepercayaan bahawa Pas tidak akan mampu meraih kejayaan besar kerana bergerak sendirian sekali gus menjadi parti kecil berbanding BN dan pakatan baru.

Ringgit jatuh: Bank Negara dilihat bersihkan Mahathir

Keadaan ringgit yang tidak stabil disebabkan oleh faktor antarabangsa dan perkembangan domestik tetapi tidak melibatkan aspek politik, kata Bank Negara.

Kenyataan itu sekali gus dilihat berbeza sama sekali dengan dakwaan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang menyalahkan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca kejatuhan harga ringgit.

Faktor antarabangsa, kata Bank Negara, termasuk jangkakan pelabur susulan dasar kewangan bank-bank utama serta trend semasa harga minyak mentah dan gas.

Manakala faktor dalaman termasuk kebimbangan kerajaan terhadap entiti berkaitan kerajaan dan isu-isu berkaitan penarafan.

“Oleh kerana perkembangan luaran di luar kawalan mana-mana ekonomi terbuka, setiap usaha perlu diambil untuk menyelesaikan isu-isu dalaman yang dihadapi ekonomi kita,” kata bank pusat itu.

Bank Negara juga berkata Malaysia mempunyai asas dan prospek pertumbuhan yang kukuh, dan ringgit akan kembali stabil selepas itu itu diselesaikan.

Krisis PR: Pas ‘pengsan’, tak mampu berfungsi baik - Mustafa Ali

mustafa ali 
KUALA TERENGGANU – Pas masih mempertahankan PR selari dengan keputusan Muktamar Pas ke-61 bahawa Pas tetap kekal dalam pakatan pembangkang.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sekalipun menyifatkan Pas ‘pengsan’ dan tidak mampu berfungsi baik pada masa ini berikutan krisis Pas dan DAP, beliau memberitahu bahawa PR masih boleh berjalan dengan keanggotaan daripada Pas dan PKR.

Menurutnya, sebagaimana pada 2001 apabila DAP secara bersendirian keluar daripada Barisan Alternatif (BA), Pas dan PKR atau KeAdilan pada masa itu tetap meneruskan BA sehinggalah sebelum PRU 2008, apabila DAP bersetuju menyertai Pas dan PKR yang kemudian bertukar nama baharu kepada PR.

“Saya sebut Pas dengan PKR sebagaimana 2001 itu masih boleh berjalan. Dengan DAP dia tidak hendak dah, kita tidak boleh paksa orang tidak hendak. Pas dan PKR masih boleh berjalan berdasarkan pengalaman 2001 dulu. Oleh kerana DAP sudah putus sama sekali, tidak mungkin (bersatu kembali) dengan Pas. Tidak bolehlah. Nak kahwin macam mana orang tidak hendak dekat kita.

“Pas masih bersama PR dari sudut dua daripada tiga. PKR tidak putus dengan Pas, yang putus dengan Pas ini DAP,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, di sini, hari ini.

Pas tidak boleh gerak sendiri untuk tumbangkan BN - Mustafa Ali

Mustafa Ali 
KUALA TERENGGANU - Bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berpendapat Pas tidak boleh bergerak sendirian jika tidak bersefahaman dengan rakan pakatan pembangkang lain untuk merealisasikan hasrat menumbangkan kerajaan BN.
 
"Pada saya, bersendirian itu bukan satu pilihan dan strategi yang terbaik dalam konteks politik Malaysia.    "Kalau kata Pas bersendirian misalnya, kita ada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) dan dari segi kemajmukan sudah wujud. Begitupun bagi sayalah bersendirian atas parti ini bukanlah satu-satunya pilihan terbaik... bukannya tidak boleh, cuma bukanlah yang terbaik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu di sini hari ini.
  
Beliau yang kini dilantik Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata, muafakat antara Pas bersama gabungan pembangkang yang dibina bekas mursyidul am PasAllahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas presiden AllahyarhamDatuk Fadzil Noor tidak wajar dimusnahkan.  

"Sebab itulah kita kena mencari alternatif terkumpul kerana tidak ada partiboleh memerintah dengan sendirinya (bagi membentuk kerajaan) di Malaysia.  
  
"Umno pun tak boleh nak perintah dengan sendiri, mereka perlu tubuh BN dengan berbelas-belas parti untuk bersama mereka," katanya.
  
Ketika ditanya mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang, Mustafa berkata sama ada Pas, DAP mahupun PKR tidak boleh bergerak sendiri dan harus kekal dalam pakatan itu.
  

PANIK MENYEBABKAN DR.M MEMAKI HAMUN DI KHALAYAK UMUM.

Pada 15 Jun 2015 yang lepas, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah menghantar surat kepada Tun Dr. Mahathir Mohammad (Dr.M) untuk menjemput beliau ke sesi ‘hot seat’ Forum ‪#‎Nothing2Hide‬ anjuran SAMM dengan beberapa gerakan anak muda sekutu. Memahami kesibukan Dr.M kami nyatakan dalam surat beliau boleh memilih masa dan tarikh sendiri dan yang lain kami sediakan.
Semalam beliau ketika membuat sesi soal jawab bersama NGO (dengan menjemput NGO terpilih sahaja) di Yayasan Kepimpinan Perdana beliau bukan sahaja menolak untuk hadir jemputan yang diberikan malah turut menghina saya dengan menyebut “siapa che’GuBard?” dan seterusnya menggelar saya dan SAMM selaku kucing kurap.
Nampaknya Dr. M tidak banyak berubah. Sudah dijangka beliau akan menolak dan saya tidak terkejut dengan makian yang dibuat olehnya. Itu mujur dia selaku bekas Perdana Menteri, terbayang jika beliau Perdana Menteri sudah pasti puluhan atau ratusan anggota Polis akan mengepung rumah saya dan menahan saya dibawah ISA atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan secara subversive. Saya tidak rasa terhina kerana selaku negarawan sekitar usia 90 an apabila dia bersikap begitu dipentas depan umum maka dia sendiri yang telah menghina dan memalukan dirinya.
Dr. M pasti tidak akan berani tampil kerana pasti dia takut untuk menjawab soal jenayah, skandal kewangan dan bail out juga kehancuran sistem negara yang berlaku semasa dia menjadi Perdana Menteri. Dr.M tiap tiap hari mengatakan dia bersih, tetapi jika difikirkan tentu ramai hairan mana mungkin jika ia bersih bagaimana hampir semua anak – anaknya menjadi multi billionaire dalam masa singkat. Siapa boleh menafikan kaum keluarga Dr.M hidup dalam keadaan mewah luar biasa ada beberapa keadaan sama seperti raja atau Sultan.
Umum, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup tahu sangat mengenai anak – anak Dr. M yang tidak pandai meniaga tetapi mampu menjadi billionaire dalam masa 3 tahun. Ini mungkin antara rekod dunia, sedangkan rakyat tidak akan lupa antara sebab utama pemecatan Anwar Ibrahim ialah kerana keengganan beliau bersetuju menggunakan dana rakyat untuk bail out hutang anak Dr.M.
Saya tanpa berselindung dengan rasa rendah diri merakamkan rasa bangga kerana berjaya membuktikan Dr. M seorang yang penakut. Dia hanya berani di depan penyokong dia sendiri yang telah disusun dan mengikut skrip sorakan kerana disuap kenyang.

Kalau nak jimat cubalah yang ini.."NGAM"


PR Baru Akan Dihidupkan Semula Dengan Pilihan Bersama Atau Tanpa Penyertaan Pas

Dua tiga hari lalu politik negara agak gempar dengan berita seolah-olah Pakatan Rakyat tidak wujud lagi. Sudah ada juga yang mula bertepuk tangan dan mengeluarkan kenyataan "lebih lajak dari laju" dengan mengatakan Kerajaan Selangor akan bertukar tangan, Exconya perlu segera meletakkan jawatan, kemungkinan pilihanraya negeri dan sebagainya lagi.

Ia berikutan tindakan DAP mengatakan keputusan Pas memutuskan hubungan dengan parti itu dalam muktamarnya adalah makna yang jelas bahawa tidak wujud lagi pakatan pembangkang yang ditubuhkah sejak 2008 lalu itu dikatakan tidak saja memberi kesan di Pulau Pinang tetapi juga di Selangor.

Bagaimanapun Pas mengatakan PR masih wujud kerana tiada sesiapa yang keluar daripada gabungan itu, melainkan hanya wujud masalah antara Pas dengan DAP sahaja. Sama seperti DAP yang tidak mengumumkan ia keluar daripada PR meskipun menyatakan gabungan itu tidak wujud lagi, Pas  juga bertegas mahu terus kekal bersama gabungan itu.

Dalam keputusan selepas mesyuarat Biro Politiknya pula, walaupun PKR mengakui secara formal gabungan itu sudah mati tetapi menggambarkannya kerjasama yang wujud selepas ini sebagai perkahwinan poligami yang sudah bercerai, namun kekal sebagai kawan.

Dalam masa yang sama, ketiga-tiga parti juga komited untuk mengekalkan kerajaan pembangkang di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Dengan ini ribut-ribut dalam PR ini hanyalah umpama air berkocak dalam cawan saja. Ia barangkali sekadar "latihan" untuk saling memperbaiki diri, memperbetul kesilapan dan mencari cermin untuk saling melihat diri sendiri. Mungkin juga sekadar usikan atau "geli-geli" untuk UMNO, BN dan Najib yang sedang menghadapi tekanan daripada banyak penjuru ketika ini.

Sejak ketiadaan Anwar yang kini merengkok di penjara, hubungan Pas dengan DAP diakui tidak lagi seharmoni dulu. Pas tidak saja bermasalah dengan  DAP, tetapi juga bermasam muka dengan kelompok profesional dalam partinya sendiri.

Seolah-olah perjuangan Islam itu hanya milik kumpulan ulama dan kunci pintu syurga juga dipegang oleh mereka, Muktamar Pas baru-baru ini tidak saja menyaksikan ketetapan Dewan Ulama diterima tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP, bahkan kumpulan profesional, progresif dan bukan ulama juga disingkirkan terus daripada kepimpinan parti itu.

Selepas berakhir muktamar pula, tindakan membawa haluan masing-masing antara kumpulan profesional dengan ulama ini berterusan lagi dengan kedua-dua pihak saling menghimpun sokongan serta berbalas kenyataan di media.

Hadi kena main dengan Umno isu hudud, kata Kit Siang


DAP berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dipermainkan Umno apabila usahanya membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen tidak mendapat sokongan parti Melayu itu.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, sama ada Umno tidak mempunyai niat atau kebolehan bagi menunjukkan sokongan di peringkat Parlimen, 48 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak tidak akan digunakan untuk tujuan itu.
"Kemunculan rang undang-undang persendirian melaksanakan hudud dalam aturan mesyuarat Parlimen dua hari lalu menunjukkan Hadi diberi ganjaran kerana menukar arah politik di mana Umno sangat dihormati manakala DAP disetankan dengan bahasa kasar di muktamar.
"48 ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak bukan saja mengundang risiko kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri tetapi survival perpaduan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini berkata Putrajaya enggan menyatakan pendirian mereka tentang pelaksanaan hudud di Kelantan selepas Rang Undang-undang Persendirian itu muncul dalam aturan mesyuarat.
"Itu bukan pendirian kerajaan. Jerai akan memberikan jawapan tentang pendirian kami," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Saya telah berjaya memalukan Tun M - Chegubard

Chegubard juga mendakwa Dr Mahathir pengecut kerana menolak pelawaan untuk berdebat dengannya.
chegubard_mahathir_600
PETALING JAYA: Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard tidak merasa terhina dengan gelaran kucing kurap yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap dirinya.
Sebaliknya, pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, bekas Perdana Menteri telah memalukan dirinya sendiri kerana terpaksa menggunakan perkataan kesat di hadapan media dan orang ramai.
Katanya, dia juga telah membuktikan Dr Mahathir seorang pengecut kerana menolak pelawaan untuk berdebat dengannya.
“Semua orang tahu semalam Tun M telah buat perjumpaan dengan NGO seramai 50 orang yang memang kaki sorak, kaki ampu yang dah kenyang dengan dia. kemudian sudahlah dia tolok, dia hina saya adakah saya rasa terhina? saya tidak rasa terhina.
“Dia terpaksa gunakan bahasa kesat panggil orang kucing kurap depan media depan orang ramai maknanya Dr Mahathir menghina diri dia dan memalukan diri dia sendiri dan saya bersimpati dengan kejadian tersebut,” katanya dalam sidang media pada Khamis.

Iskandar minta PAS Selangor terus jalankan tanggungjawab

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad meminta pemimpin dan ahli PAS di Selangor tidak mengabaikan tugas dan amanah yang diberikan rakyat walau apapun suasana politik di negeri ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Jun, 2015. 
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad meminta pemimpin dan ahli PAS di Selangor tidak mengabaikan tugas dan amanah yang diberikan rakyat walau apapun suasana politik di negeri ini. 

Selepas membisu berhubung krisis kerjasama Pakatan Rakyat, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad hari ini mengeluarkan kenyataan meminta pimpinan dan anggota parti itu di negeri ini untuk terus menunaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Iskandar dalam satu kenyataan di Shah Alam turut meminta pemimpin dan ahli PAS di negeri ini tidak mengabaikan tugas dan amanah yang diberikan rakyat walau apapun suasana politik di negeri ini.
"Semua program dan gerak kerja hendaklah berjalan seperti biasa. Jangan sampai rakyat merasakan kebajikan mereka terabai atau urusan harian mereka terjejas," katanya.

Iskandar, yang juga Naib Presiden PAS turut meminta agar semua program PAS di semua peringkat di negeri ini dipertingkatkan sesuai dengan bulan Ramadan. "Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga rahmat Islam dapat dirasai oleh semua pada bulan Ramadan yang mulia ini," katanya.
DAP pada Selasa mengisytiharkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud selepas jawatankuasa eksekutif pusatnya mencapai kata putus pada mesyuaratnya sehari sebelum itu.

Mana satu pilihan PKR - PAS atau DAP?

oleh Hazlan Zakaria

Ketika ‘penceraian’ antara DAP dan PAS mencapai tahap kemuncaknya, komponen ketiga dalam Pakatan Rakyat, PKR, harus memilih antara dua parti itu bagi sebarang bentuk kerjasama politik pada masa akan datang. Ini berikutan kesan daripada usul PAS dalam muktamarnya iaitu untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Ia mencetuskan ketegangan dalam pakatan pembangkang.

Pengkritik PAS, DAP dan puak progresif yang disingkirkan seluruhnya dalam muktamar pemilihan itu mengatakan keputusan untuk memutuskan hubungan sudah muktamad.

PAS dan pimpinan puak ulama’-nya – yang mememenangi semua jawatan tinggi dalam parti itu, kecuali satu – masih berhujah bahawa perkataan dan istilah yang digunakan dalam usul itu menunjukkan kata akhir diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat (JPP) dan Majlis Syura Ulama’ (MSU).

DAP kemudian bertindak tergesa-gesa dan mengisytiharkan mereka menerima resolusi muktamar PAS, yang belum pun diputuskan dan disokong oleh kedua-dua badan – JPP dan MSU. Apa-apa pun, kemungkinan perpecahan Pakatan adalah benar-benar sesuatu yang boleh berlaku.

Sementara banyak tindakan PAS telah melemahkan ikatan antara parti, ironinya DAP-lah yang akhirnya menamatkannya, dengan mengisytiharkan “tiada lagi Pakatan”.

Ini menjadikan PKR sebagai satu-satunya parti yang akan ditawarkan untuk bekerjasama oleh PAS dan DAP, memandangkan kedua-dua parti itu berkata mereka masih terbuka untuk bekerjasama dengannya.

Apakah yang terbaik untuk PKR dalam situasi sukar ini? Pertama-tamanya, mari kita lihat PAS, jika PKR memilih parti itu.

'Dr M takut, maki saya kucing kurap' - Chegubard


Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata Tun Mahathir Mohamad menggelarnya “kucing kurap” kerana takut dengan kritikan pada bekas perdana menteri itu.

Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata kenyataan Mahathir di depan sekumpulan “kaki sorak dan ampu”semalam hanya memalukan dirinya sendiri.

“Semua orang tahu semalam Tun M telah buat perjumpaan dengan NGO seramai 50 orang yang memang kaki sorak, kaki ampu dan dah kenyang dengan dia (Mahathir).

“Dia hina saya adakah saya rasa terhina. Saya tidak rasa terhina.

“Sebagai negarawan umur 90 tahun dia panik, dia tertekan dengan kempen kami. Dia terpaksa gunakan bahasa kesat panggil orang kucing kurap depan media, depan orang ramai.

“Maknanya Dr Mahathir menghina diri dia dan memalukan diri dia sendiri,” kata anggota PKR yang digantung keahlian itu dalam sidang media di Petaling Jaya.

Mahathir semalam menggelar Badrul kucing kurap apabila mengulas pertanyaan peserta yang membangkitkan soalan sama ada beliau bersedia menerima undangan sebuah lagi program dialog 'Nothing2Hide' anjuran SAMM.

Pakatan hanya pengsan kata Mustafa Ali

Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata beliau percaya bahawa masalah yang melumpuhkan Pakatan Rakyat pada masa kini hanyalah untuk tempoh sementara.

Laporan The Star Online menyebut, beliau berkata PAS juga akan terus bersama PKR untuk meneruskan kerjasama dalam Pakatan.

“Pakatan tidak mati, hanya pengsan,” katanya seperti dipetik dalam laporan porttal itu.

Tambahnya, masalah yang timbul pada masa ini hanya berpunca dari tindakan DAP meninggalkan Pakatan.

Langkah itu sama seperti yang dilakukan DAP pada 2001 apabila parti itu meninggalkan Barisan Alternatif.

“DAP yang memutuskan untuk meninggalkan Pakatan, bukan PAS atau PKR,” kata Mustafa lagi.

Ada Berani: Dr Mahathir mahu berdebat di televisyen secara langsung dengan Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat secara langsung dengannya di televisyen, selepas dialog "Nothing to Hide" yang seharusnya menemukan mereka gagal.
Menurut bekas perdana menteri itu dalam satu perjumpaan tertutup anjuran 'Kamy Mahathir' di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya semalam, beliau setuju untuk menjawab segala persoalan sewaktu pentadbirannya selama 22 tahun, tetapi katanya Najib perlu turut serta dan menjawab soalan yang diajukan kepadanya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan akhir yang diajukan pengerusi majlis berhubung cabaran Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard kepada Dr Mahathir untuk menghadiri sesi #Nothing2Hide anjuran mereka untuk menyoal beliau mengenai isu-isu semasa 22 tahun pentadbirannya.

"Yang pertama siapa dia Chegubard ni. Saya nak minta Datuk Seri Najib dan saya duduk atas pentas depan tv. Lepas itu Najib bleh soal saya tentang apa yang saya buat dulu kononnya saya hilangkan duit. "Saya akan jawab, tapi jawab dulu. Sama-sama kita duduk atas stage semua tv duduk depan tu, biar bradcast di seluruh negara," katanya dalam video yang berdurasi 2.52 minit itu.

Rupa2nya salah DAP, salah PKR, salah PAS yg memerintah negara selama ini..


BN SAJALAH yg telah menaikkan taraf ekonomi kroni2 mereka..

BN SAJALAH yg sebabkan nilai matawang ringgit terus jatuh merudum tahun demi tahun..

BN SAJALAH yg bg tanah segunung buat pusat judi terbesar di dunia..

BN SAJALAH yg bg tanah & kelulusan buat 2 kilang arak di 'negara Islam'..

BN SAJALAH yg kenakan cukai GST kpd rakyat..

'Selesai urusan k'jaan dulu sebelum RUU hudud' - Pandikar Amin

Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan tidak akan dapat dibahas selagi agenda dan urusan kerajaan tidak selesai, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
  
"Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat 15 mengatakan bahawa sesuatu usul daripada usul persendirian tidak akan dapat dibahas selagi agenda-agenda urusan kerajaan di bawah peraturan mesyuarat 15 tidak selesai," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
  
Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat 15 antara lain menyebut pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat Dewan Rakyat, urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.
  
Pandikar Amin menjelaskan perkara itu bagi menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang bertanya kemungkinan usul berkenaan akan dibincangkan pada sidang Dewan Rakyat.
  
Beliau berkata RUU Persendirian yang diusulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dimasukkan ke dalam kertas Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat kerana menepati peraturan mesyuarat.

RUU bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) itu bagaimanapun disenaraikan sebagai usul terakhir untuk dibahas pada persidangan kali ini yang akan berakhir hari ini.
    

Polis tiada rekod kes hasutan pada 1948

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata berdasarkan rekod polis, sebanyak 409 kes telah disiasat di bawah Akta Hasutan sejak 2008.

Sejak 2008 hingga 22 Februari 2015, kesemua kes tersebut disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 oleh pihak polis.

Malah, daripada jumlah tersebut sebanyak 26 kes telah dituduh di Mahkamah, 99 kes masih dalam siasatan, 30 kes dirujuk kepada timbalan pendakwaraya, 116 kes memerlukan siasatan lanjut dan 138 kes masih dikategorikan sebagai tiada tindakan lanjutan (NFA).

Selain itu, KDN juga berkata, pihak polis tidak mempunyai rekod kes yang dibuka dan disiasat semenjak 1948 memandangkan pada ketika itu tiada rakyat Malaysia yang menjalankan aktiviti berbaur hasutan.

Justeru, kementerian itu berharap supaya penghargaan diberikan kepada kerajaan terdahulu kerana bersedia dari awal untuk menggubal akta tersebut memandangkan pada ketika ini ada pihak yang cuba memecahbelahkan perpaduan dan wujud kumpulan yang cuba menghasut rakyat menentang kerajaan.

Gaji peminjam PTPTN dipotong tapi ketirisan dibiarkan berlaku

AMK percaya tindakan itu ada kaitan dengan saranan Menteri Belia dan Sukan, Khary Jamaluddin.
PTPTN-defaulters
PETALING JAYA: Tindakan kerajaan mahu memotong gaji 163,007 pejawat awam bagi membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak adil.
Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir berkata, perbuatan menghukum peminjam PTPTN itu dilakukan pada masa ketirisan berlaku yang dibiarkan oleh kerajaan.
“Tekanan ekonomi rakyat kini memuncak sejak pelaksanaan GST. Harga minyak yang naik setiap bulan dan ura-ura kenaikan kadar tol di 12 lebuh raya utama memburukkan lagi tekanan kos sara hidup rakyat biasa.
“Adakah gaji yang diterima penjawat awam memadai untuk menanggung semua ini dan kini berdepan dengan potongan gaji?, katanya dalam kenyataan media.
Akmal berkata, AMK percaya tindakan itu ada kaitan dengan saranan Menteri Belia dan Sukan, Khary Jamaluddin yang mahu kakitangan awam yang tidak membayar PTPTN dikenakan tindakan tatatertib.
“Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO lebih cenderung menghukum penjawat awam mahupun orang muda. Beliau gagal melihat masalah ini dari sudut yang luas iaitu bayaran balik pinjaman PTPTN tidak memuaskan adalah disebabkan ketempangan sistem itu sendiri.

Perpecahan PR rugikan rakyat - Shu Qi

Pengarah Dasar DAP negeri, Wong Shu Qi 
JOHOR BAHRU - DAP Johor menyifatkan perpecahan gabungan PR tidak merugikan mana-mana parti politik, tetapi secara jelas kerugian kepada rakyat yang tidak lagi mempunyai pilihan pada PRU akan datang.
Pengarah Dasar DAP negeri, Wong Shu Qi berkata, sejak tujuh tahun lalu PR merupakan satu gabungan parti yang kuat untuk dipilih rakyat bagi menggantikan BN.
Bagaimanapun, menurutnya, selepas PR diumumkan terkubur ekoran keputusan Pas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP pada Muktamar Pas baru-baru ini, rakyat tidak lagi mempunyai parti alternatif yang kuat pada masa kini.
“Akan datang kita tak tahu, mungkin ada parti lain yang berminat nak bergabung dengan PKR dan DAP kita sedia bekerjasama asalkan mempunyai misi sama untuk menyatukan semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
“Bagaimanapun secara terperinci akan dibincangkan dalam mesyuarat tergempar yang akan diadakan pada Sabtu depan,” katanya pada kepada Sinar Harian, semalam.
Shu Qi berkata, kepimpinan DAP Johor tiada kepercayaan lagi kepada kepimpinan baharu Pas negeri yang dipimpin oleh Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang menjadi orang bertanggungjawab membentangkan usul berkenaan.

Anwar: Kerjasama negeri, parlimen diteruskan

KUALA LUMPUR, 18 JUN- Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim menggesa KEADILAN, DAP dan Pas supaya menumpukan perhatian kepada tiga negeri di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
Dalam  perutusannya hari ini, Anwar berkata kerjasama itu perlu diteruskan di peringkat kerajaan negeri dan parlimen, meskipun Pakatan tidak lagi berfungsi secara formal.
“Saya mengikuti perkembangan terkini yang telah menjejaskan gabungan formal Pakatan Rakyat.
“Namun secara (substance) hakikat, kerjasama di antara ketiga-tiga parti diperingkat kerajaan-kerajaan negeri, dan di Parlimen demi menentang kerakusan dan ketidakdilan secara tegas terhadap kerajaan Barisan Nasional masih kekal diteruskan.
“Saya ingin menggesa rakan-rakan untuk menumpukan sepenuh perhatian menjadikan kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang menunjukkan kepedulian terhadap masalah rakyat berdasarkan Dasar Bersama Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Menteri sahkan TNB beli kepentingan 1MDB


Tenaga disahkan membeli 70% kepentingan daripada 1MDB dalam Projek 3B. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Jun, 2015. 
Tenaga disahkan membeli 70% kepentingan daripada 1MDB dalam Projek 3B. 

Putrajaya hari ini mengesahkan pengeluar utama elektrik negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membeli kepentingan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam Projek 3B loji janakuasa arang batu. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengesahkan, TNB akan membeli 70% kepentingan daripada 1MDB dalam projek tersebut, yang dipegang oleh subsidiari syarikat pelaburannya, Edra Global Energy Bhd, tetapi tidak didedahkan nilainya.
"Ia berasaskan pembelian secara sukarela," katanya.
Kabinet sudah meluluskan langkah itu kerana projek loji tersebut ditangguhkan 1MDB kerana berdepan masalah aliran tunai, berhutang mencecah RM2 bilion. Beberapa laporan timbul mengenai kemungkinan TNB mengambil alih aset jana kuasa 1MDB pada bulan lalu dalam satu urus niaga yang dianggarkan bernilai RM16 bilion.
Menurut laporan, kuasa beli dibuat berikutan cadangan untuk menjadikan urusan perniagaan TNB dipisahkan menjadi 3 entiti berbeza, iaitu penjanaan kuasa, pemancaran dan pengedaran.
1MDB dikatakan menghadapai masalah aliran tunai untuk memulakan Projek 3B itu.

Lim Kit Siang: We want a coalition of like-minded people

Rakyat tak tuntut p'raya negeri baru di Selangor - Khalid

PKR not in favour of fresh Selangor polls

Soalan politik: Nik Abduh ucap selamat berpuasa

Usul denggi: Speaker berang, arah MP keluar dewan

'Kemunafikan politik, Umno enggan sokong hudud PAS' - Mahfuz


RINGGIT JATUH LAGI !!!


Ohhh jangan panik. Menteri Nazri Aziz kata..
"AKULAH PALING GEMBIRA BILA RINGGIT JATUH"

Ohhh jangan gelak. Menteri DAM kata..
"DENGAN GST BOLEH SELAMATKAN RINGGIT"

Buktikan kami radikal, kata Mazlan pada Dr Zuhdi

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mencabar ahli Jawatankuasa PAS Dr Zuhdi Marzuki supaya menjelaskan bagaimana NGO itu boleh dianggap "radikal".

"Adakah dengan menyuarakan (isu) penindasan (terhadap peneroka) dianggap radikal? Adakah mengambil tindakan saman dan mengadakan demonstrasi (terhadap Felda) dikatakan keterlaluan?

"Jika itu yang dikatakan radikal dan keterlaluan, saya tiada ada masalah. Yang penting kita menjadi suara alternatif kepada masyarakat Felda.

"Ini adalah cara kita untuk memberi pandangan terhadap isu ketidakadilan dan penindasan yang berlaku," kata presidennya Mazlan Aliman ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Beliau mengulas serangan Zuhdi yang mendakwa ANAK "anti-establishment dan agak radikal" serta "kadang-kadang memberontak" dengan mengajak anak peneroka Felda menjadi pendesak dalam menyatakan tuntutan.

Zuhdi mendakwa "tindakan popular" NGO itu walaupun mendapat sokongan pendukung Pakatan Rakyat tetapi tidak mendapat tempat di hati warga Felda.

Mazlan menjelaskan matlamat utama penubuhan NGO itu sejak 2008 sebagai membela kumpulan itu termasuk generasi kedua dan ketiga walaupun mengakui ia bukan suatu perkara yang mudah.

Negeri milik ‘Pakatan Rakyat’ masih kekal – Rafizi

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menegaskan negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang kekal di bawah pentadbiran sedia ada.
Beliau berkata demikian walaupun di peringkat nasional, tiada lagi kerjasama politik di antara PKR, PAS dan juga DAP yang sebelum ini membawa nama Pakatan Rakyat (PR).
Rafizi menjelaskan keadaan itu ketika diminta mengulas berkenaan kenyataan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mencadangkan salah satu parti antara PAS dan DAP perlu berundur di Selangor.
“Itu pendirian dia (Datuk Mahfuz Omar) dan tertakluk kepada keputusan PAS. Tetapi dalam soal kerajaan baik di Kelantan, baik di Selangor atau Pulau Pinang ia tertakluk juga kepada peraturan demokrasi untuk menubuhkan kerajaan iaitu perlembagaan negeri-negeri ini menetapkan seperti juga di Parlimen, sesiapa atau seorang ahli dewan yang mendapat majoriti dari ahli dewan lain boleh menubuhkan kerajaan.
“Jadi sekarang, di peringkat Nasional memang sudah tidak ada sebarang pakatan pembangkang, tetapi di dewan-dewan undangan negeri, parti yang diberi kepercayaan oleh parti lain untuk mengetuai kerajaan campuran itu akan meneruskan kelangsungan negeri di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
“Jadi dari segi itu, kedua-dua parti PAS dan juga DAP telah bersetuju untuk mengekalkan sokongan kepada Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Ganggu matlamat tawan Putrajaya - Adun Lunas

Azman Nasaruddin 
KULIM - Keputusan DAP yang mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi wujud akan mengganggu matlamat perjuangan PR untuk ke Putrajaya.

Adun Lunas, Azman Nasaruddin berkata, walaupun menghormati keputusan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, namun keretakan hubungan itu akan mengganggu matlamat PR untuk menawan Putrajaya.

Beliau berkata, semua parti dan NGO yang ingin menumbangkan Umno-BN perlu bergabung dan memahami dasar yang dipersetujui.

“Guan Eng membuat keputusan berdasarkan kepada keputusan Muktamar Pas, secara peribadi saya menghormati keputusan beliau, namun keretakan besar PR akan mengganggu perjalanan perjuangan ke Putrajaya.

“Saya selaku Adun dari PKR bersetuju dengan kenyataan presiden yang mengatakan hubungan dalam PR perlu disemak semula.

“Saya juga mengajak semua parti dan NGO yang mahu Umno-BN ditumbangkan duduk bersama dalam satu gabungan yang lebih ampuh selain memahami dasar asal yang persetujui,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, penyokong Pas dan rakyat perlu tetapkan tekad untuk tewaskan Umno-BN pada PRU14 akan datang dan terus memberi sokongan padu kepada PR.

“Saya masih lagi mengharapkan semua rakyat termasuk penyokong Pas tetapkan tekad iaitu misi kita untuk tewaskan Umno-BN pada PRU14 selain memberi sokongan padu pada PR atau pun pakatan baharu yang bakal dibentuk,” katanya.

Semalam, media melaporkan Guan Eng mengumumkan PR terbubar setelah Pas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar lalu.

Azizah: Muafakat Pakatan kekal di Selangor, Pulau Pinang

Dr wan AzizahKUALA LUMPUR, 18 JUN- Biarpun Pakatan Rakyat tidak lagi berfungsi secara formal, muafakat parti itu tetap diteruskan di Selangor dan Pulau Pinang, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurutnya, Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat 16 Jun lalu telah membuat keputusan berkenaan kerjasama dalam gabungan itu.
Katanya, KEADILAN kesal dengan usul tanpa bahas di Muktamar PAS ke 61 untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP menamatkan Pakatan Rakyat yang disifatkan tergesa-gesa.
“Ekoran dari itu, gabungan politik PR tidak lagi berfungsi secara formal;”
“Namun, kami bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana semangat dan permuafakatan Pakatan Rakyat di Selangor di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar Azmin Ali, dan di bawah pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng terus kekal.
“Dan dalam semangat yang sama, dan tertakluk kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat, KEADILAN akan terus memberikan sokongan kepada Dato’ Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob,” katanya pada kenyataan media.
Menurut Wan Azizah, KEADILAN akan terus membina permuafakatan parti-parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), kumpulan-kumpulan rakyat dan tokoh-tokoh berpengaruh untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Ahli Pas keluar parti lepas Aidilfitri?

Ahli Pas keluar parti lepas Aidilfitri?  
Barisan jawatankuasa baharu Pas Kawasan Besut penggal ini turut menyaksikan golongan pro Pasma ditolak perwakilan.

BESUT - Ramai dalam kalangan ahli Pas terutama di negeri ini didakwa akan menyertai parti baharu yang bakal dilancarkan selepas hari raya, yang digerakkan oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Pengerusi Pasma Negeri Terengganu, Abdul Aziz Abas mendakwa, ramai dalam kalangan penyokong dan ahli Pas termasuk di kawasan Besut menyatakan persetujuan untuk menyertai parti baharu berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pada peringkat awal ini tidak ramai yang menyatakan pendirian masing-masing secara terbuka kerana mengambil pendirian pihak yang ke hadapan terlebih dahulu.

“Dalam keadaan sekarang biasanya orang kita, mereka mahu ada orang ke depan terlebih dahulu baru ikut, dan bilangan akan bertambah apabila pimpinan besar peringkat negara turun padang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian pada program Penerangan dan Perjumpaan Ahli Pasma di Markaz Tarbiah Pondok Bukit Puteri dekat Gong Kedak di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Agung Pasma Malaysia, Che Nordin Che Hussin dan ahli PKR Cabang Besut.

Usul Denggi: Charles Santiago diarah keluar Dewan Rakyat

charles parlimen 01KUALA LUMPUR, 18 JUN: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Charles Santiago (DAP-Klang) keluar meninggalkan dewan selepas enggan menarik balik kenyataan ‘alasan tidak masuk akal’ yang disifatkan menghina beliau.
Situasi sedikit tegang berlaku sejurus sesi soal jawab tamat apabila Charles bangkit mempertikai penolakan usul yang diputuskan Pandikar.
Speaker menolak usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) yang dikemukakan Charles bagi membincangkan masalah denggi atas alasan Kerajaan Persekutuan sudah menubuhkan pasukan petugas khas di peringkat negeri selain melakukan beberapa operasi kawalan.
Dalam sidang media ringkas di Lobi Parlimen, Charles berkata, usul itu perlu dibincangkan segera kerana melibatkan keselamatan rakyat Malaysia.
“Semalam, kita boleh membincangkan usul air kerana melibatkan kepentingan rakyat.
“Jadi, isu ini juga boleh dibincangkan bersama kerana 144 kematian dicatatkan ekoran denggi, sejak Januari lalu.
“Ini adalah peningkatan 100 peratus daripada jumlah kes tahun lalu,” katanya.

Umno Sungai Besar kecewa Nazri Aziz rasmi program DAP

Datuk Seri Nazri Aziz berkata lawatannya merasmikan program pelancongan Selangor atas kapasitinya sebagai menteri pelancongan. – Gambar TV Selangor, 18 Jun, 2015. 
Datuk Seri Nazri Aziz berkata lawatannya merasmikan program pelancongan Selangor atas kapasitinya sebagai menteri pelancongan.

Umno Bahagian Sungai Besar meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hadir ke Sekinchan merasmikan program DAP. Ketuanya, Datuk Jamal Md Yunos berkata, tindakan Nazri itu tidak menghormati kepimpinan Umno bahagian itu apabila tidak dimaklumkan secara rasmi.
“Program ini anjuran pihak DAP. Kita tahu beliau adalah menteri daripada Umno. Apa salahnya kalau nak rasmikan program beritahu kepada Umno bahagian?

“Kalau tak nak melalui Umno bahagian pun tak apa tetapi mesti melalui wakil rakyat BN di sini,” katanya kepada Sinar Harian. Jamal berkata salah seorang pegawai Nazri sudah dimaklumkan agar menimbang semula hasrat menteri itu hadir ke Sekinchan bagi merasmikan beberapa program di kawasan itu.
Katanya, kehadiran Nazri pada program itu memberi kemenangan moral kepada parti lawan yang beranggapan sudah tiada perbezaan antara kerajaan dan parti pembangkang.
“Kehadiran Nazri juga mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan ahli Umno dan penyokong BN di kawasan itu,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Jamal berkata Nazri seharusnya lebih berprinsip dan memberi penjelasan sejak bila Umno dibolehkan mengadakan hubungan dan kerjasama dengan pembangkang.

DAP akan bergabung dengan parti lain ?

PAS Youth chief: We wait...

Letak Jawatan Jika Tiada Kerjasama - Khalid Samad

Tok Guru's effort destroyed, says Kuala Terengganu MP

Ahli Pas di Pulau Pinang perlu letak jawatan demi maruah parti

Pakatan Rakyat tidak lagi wujud dan wakil Pas perlu akur arahan Ketua Menteri.
khalid-samad_pas_penang_600
PETALING JAYA: Semua wakil Pas yang memegang jawatan dalam Kerajaan Pulau Pinang perlu meletak jawatan bagi menjaga nama baik parti.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, ahli Pas perlu akur dengan arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, selaku ketua kerajaan negeri Pulau Pinang.
“Adalah perlu bezakan struktur organisasi Pakatan Rakyat (PR) dan kerajaan Negeri. Dalam struktur kerajaan Negeri, Ketua Menteri adalah ketuanya.
“Apabila Ketua Menteri menasihati semua ahli Pas untuk meletak jawatan dari kerajaan Negeri, kerana telah memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP, ia perlu diterima sebagai arahan ketua kerajaan Negeri,” tulis Khalid di blognya.
Katanya, keadaan itu sama dengan tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim memecat EXCO Pas dan DAP kerana tidak lagi menyokongnya sebagai Menteri Besar ketika itu.

Ketiga-tiga parti boleh kekal dalam PR jika...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini menyatakan PR akan terus kekal sekiranya ketiga-tiga parti komponen DAP, Pas dan PKR boleh kembali bermuafakat seperti dahulu.

Katanya, bukan sekali PR dilanda badai masalah sebelum ini, namun hasil 'boleh duduk semeja', PR kembali utuh namun kini suasana sebaliknya.

"Ketiga-tiga parti ini (PKR, Pas, DAP) boleh kekal duduk dalam PR jika segala masalah itu (hasil usul muktamar Pas, usul putus hubungan dengan DAP dan pendirian DAP berkenaan isu) dibincangkan bersama.

‎"Sebelum ini pun memang ada banyak masalah tetapi sebelum ini kita tetap duduk bersama dan cari jalan bersama tetapi kebelakangan ini tindakan terutama dua perkara iaitu satu usul Pas.

“...tidak dibincangkan dan dilihat dalam konteks untuk mengekalkan PR, jadi tindak balas DAP pula juga tidak dibincangkan secara bersama, itulah yang terjadi sekarang," katanya kepada media dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Terbaharu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perikatan PR yang dibina berlandaskan perhubungan PKR, Pas dan DAP telah berkubur.

Dalam satu kenyataan semalam, Wan Azizah berkata, gabungan tiga parti itu kini tidak lagi berfungsi secara formal.

Sementara itu, menyentuh mengenai kerajaan negeri di Selangor dan Pulau Pinang pula, Rafizi berkata ia kekal utuh dan stabil.

Putrajaya membisu hutang 1MDB dengan bank tempatan

Putrajaya enggan mendedahkan butiran hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan bank-bank tempatan atas alasan ia rahsia di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009.
Keengganan itu dinyatakan dalam jawapan bertulis Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak kepada Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) di Parlimen.
Azmin meminta Putrajaya menyenaraikan hutang 1MDB dengan bank tempatan dan kesannya kepada bank berkenaan jika hutang itu dikelaskan sebagai "non-performing loans".

"Semua maklumat berkaitan peminjaman di institusi perbankan adalah tertakluk kepada peruntukan kerahsiaan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009. "Oleh yang demikian kerajaan tidak dapat memberi ulasan secara khusus berkaitan sesuatu akaun peminjam atau institusi kewangan di bawah seliaan BNM," jawapan Najib dipetik.

Demo baldi di bangunan SUK Selangor ditaja?


IMG-20150617-WA0036


SHAH ALAM, 18 JUN: Kerajaan negeri percaya ada pihak tertentu sengaja menaja sekumpulan orang untuk berdemonstrasi di depan pintu pagar utama Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini semalam.
Laporan Selangorkini menyebut, andaian itu semakin kuat apabila peserta perhimpunan berkenaan tiba menaiki dua buah bas persiaran.
Peserta terbabit mendakwa mereka adalah penduduk Gombak dan Klang yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri.
Protes berkenaan dipimpin Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zainal.
Saksi berkata, sesetengah penunjuk perasaan juga bertindak liar kerana membaling baldi sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Bagaimanapun Selangorkini melaporkan, beliau tiada di bangunan berkenaan ketika kejadian kerana berada di Kelantan.
Pegawai berita, Shahril Said mewakili Pejabat Menteri Besar Selangor menerima memorandum daripada kumpulan itu.

Dr M: 'You' pun boleh soal saya, Najib

Tun Mahathir Mohamad nampaknya benar-benar mahu bersemuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di pentas debat.

Semalam, dalam pertemuannya tertutupnya dengan sekumpulan NGO, beliau sekali lagi menyuarakan hasrat itu.

Malah, katanya, bukan sekadar soalan berkaitan kontroversi 1MDB, beliau juga bersedia menjawab serangan balas terhadap pentadbiran 22 tahunnya sebelum ini.

"Saya nak minta Datuk Seri Najib dengan saya duduk atas pentas, depan televisyen. Najib boleh soal saya tentang apa saya buat dulu, kononnya saya hilangkan duit, apa semua, lesapkan duit.

"Dia boleh tanya dan saya boleh tanya dia. Sama-samalah.

"Tapi you (Najib) kena jawab sama. Sama-sama kita duduk atas pentas, semua kamera televisyen duduk di depan dan disiarkan di seluruh negara," kata Dr Mahathir dalam sebuah rakaman video ketika pertemuan itu diadakan semalam.

Enggan layan 'kucing kurap' PKR

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan peserta yang membangkitkan soalan sama ada beliau bersedia menerima undangan sebuah lagi program dialog 'Nothing2Hide' anjuran Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

Mahfuz berang 'pemainan hudud' Putrajaya

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) menyuarakan rasa tidak puas hari dengan kerajaan yang melengah-lengahkan untuk menjelaskan pendirian mereka mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.

Beliau berkata demikian sewaktu pertukaran speaker kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen hari ini, Mahfuz menyindir kerajaan yang tidak menyokong Rang Undang-undang persendirian PAS untuk memolehkan pelaksanaan hudud di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassi mencelah dengan menyatakan ia bukan pendirian kerajaan, tetapi apabila didesak menyatakan pendirian, beliau berkata menteri hal ehwal agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan memberi maklum balas.

"Jawab sekarang! Hari ini hari terakhir bersidang. Kamu mahu tunggu sampai sidang mana? Ini satu permainan..." kata Mahfuz yang membantah sebelum Pandikar mengarahkan kedua-dua MP itu duduk.

Najib ibarat penjenayah, kata Dr M kepada NY Times

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi melancarkan serangannya terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam sebuah wawancara dengan New York Times. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Jun, 2015. 
Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi melancarkan serangannya terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam sebuah wawancara dengan New York Times. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Jun, 2015.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu meninggalkan warisannya sendiri dalam pentadbiran negara namun beliau ibarat seorang penjenayah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara dengan The New York Times (NYT). Wawancara bekas perdana menteri itu dengan akhbar tersebut berkisar kritikannya terhadap dana pelaburan sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dakwaan gaya hidup mewah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dan persoalan menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
"Saya lama dalam kerajaan dan saya sudah mempelajari beberapa perkara.

"Beliau ingin meninggalkan warisannya. Tetapi apa yang beliau lakukan ibarat seorang penjenayah," katanya seperti dipetik NYT.

Putrajaya enggan berikan komitmen sokong hudud PAS

Putrajaya enggan menyatakan pendirian mereka tentang pelaksanaan hudud di Kelantan selepas Rang Undang-undang Persendirian presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Mahkamah Syariah muncul dalam kertas arahan Parlimen semalam.
"Itu bukan pendirian kerajaan. Jerai akan memberikan jawapan tentang pendirian kami," kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim merujuk kepada rakannya Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Shahidan menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menyimpulkan Putrajaya tidak mahu menyokong undang-undang jenayah Islam selepas mendapatkan penjelasan daripada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengapa usul itu hanya muncul dalam Kertas Arahan semalam walaupun sudah dihantar beberapa minggu lalu.

DAP never makes hasty decisions, says Kit Siang

Penjelasan Usul Hudud MP Marang dalam Persidangan kali ini - 18 Jun 2015

Nilai ringgit jatuh, pemimpin Umno kian celaru

KUALA LUMPUR: Kenyataan bercanggah antara pemimpn Umno BN mengenai kejatuhan nilai mata wang membuatkan rakyat pening dan keliru.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemimpin Umno kini pening akibat diasak kiri dan kanan serta pergolakan dalaman parti sendiri.
Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Ahmad menyalahkan Tun Doktor Mahathir sebagai punca jatuhnya mata wang Malaysia manakala Nazri pula berkata beliau gembira dengan kejatuhan mata wang kerana ia akan memajukan industri pelancongan.
"Adakah Datuk Ahmad Maslan terlupa bahawa nilai mata wang Ringgit Malaysia mula jatuh semenjak penghujung tahun lepas sedangkan kritikan lantang dan serangan yang dilancarkan Tun Mahathir kepada PM Najib bermula dengan agresif pada Mac tahun ini?
"Demi menjadi hulubalang mempertahankan PM Najib yang berdarah pahlawan, Datuk Ahmad Maslan sanggup memperlekeh Tun Mahathir, negarawan yang merupakan veteran dan tokoh berjasa besar kepada Umno, parti mereka sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mahfuz juga mempertikai Nazri yang gembira dengan kejatuhan mata wang sedangkan impak dari kejatuhan ini amat besar kepada ekonomi Malaysia yang tidak bergantung penuh kepada sektor pelancongan sahaja.

Dr Mursi perlu diselamatkan dari Regim Zionis As-Sisi

ABD SHUKUR HARUN 


Masyarakat dunia, khususnya umat Islam, perlu segera menyelamatkan bekas presiden yang digulingkan, Dr, Mohammed Mursi dan puluhan lagi anggota Ikhwanul Muslimin dari menjalani hukuman mati di penjara Mesir.
Hakim Mahkamah Khas Mesir yang bersidang beberapa hari lalu telah mengekalkan hukuman mati terhadap Dr. Mursi, tindakan yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia, bahkan Bangsa-Bangsa Bersatu juga memberi perhatian khusus.
Dalam keadaan yang tegang ini, Mesir berdepan dengan kecaman antarabangsa selepas mahkamah negara itu mengekalkan hukuman mati tersebut ke atas Dr. Mursi dan puluhan lagi anggota Ikhwanul Muslimin yang didakwa melarikan diri dari penjara serta menyerang anggota keselamatan pada 2011.
Dr. Mursi kelihatan tenang di kandang yang dibuat seperti sangkar di mahkamah itu, ketika ketua hakim yang berbadan gemuk mengekalkan hukuman itu.
Israel dan sekutunya tentu sekali gembira dengan keputusan tersebut.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon memberitahu agensi agensi berita antarabangsa bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu menolak hukuman mati dalam apa jua keadaan.
Keputusan selepas perbicaraan secara beramai-ramai itu, katanya, dikhuatiri akan memberi impak negatif terhadap prospek kestabilan untuk jangka masa panjang di Mesir.
Sementara itu menurut laporan al-Jazeera, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan hukuman mati ke atas sekutu rapatnya dan beberapa pemimpin Ikhwanul termasuk Mursyidul Amnya, Mohamed Badie adalah 'pembunuhan' beramai-ramai ke atas undang-undang asas hak asasi manusia.

Wakil tunggal PAS Pulau Pinang kekal, kata Gua Eng

Wakil tunggal PAS masih kekal dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menyifatkan kerajaan itu di bawah perikatan yang dipimpin DAP.
Lim berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man masih sebahagian kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP dan PKR selepas Pakatan Rakyat (PR) diumumkan terkubur.
“Kami mengadakan mesyuarat petang semalam. Ini keputusan yang diterima sebulat suara oleh 30 wakil PR,” katanya kepada pemberita.

Salleh merupakan pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang, jawatan yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dan pengerusi Lembaga Zakat Pulau Pinang.

Hutang dijamin kerajaan Umno@Bn cecah RM172 bilion

Hutang kerajaan dijamin pada akhir tahun 2014 berjumlah RM172 bilion, atau 14.7 peratus daripada keluaran dalam negeri kasar (KDNK), kata kementerian kewangan.

“Jumlah jaminan yang telah diberikan oleh kerajaan sehingga akhir 2014 adalah sebanyak RM172.0 bilion atau 14.7 peratus daripada KDNK.

“Jaminan tersebut diberikan terutamanya kepada entiti awam yang melaksanakan projek-projek infrastruktur DanaInfra dan Prasarana yang terlibat dalam infrastruktur dan operasi pengangkutan awam.

“Kerajaan Persekutuan dari masa ke masa memberi jaminan kepada badan berkanun dan syarikat kerajaan untuk meminjam bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Bank apa pinjamkan 1MDB? 'Maaf, rahsia'

Usaha Azmin Ali (PKR-Gombak) mendapatkan penjelasan berhubung kesan jika hutang 1MDB diklasifikasikan sebagai pinjaman tidak berbayar tidak membuahkan hasil.

Jawapan dituntutnya itu tidak dapat disampaikan atas alasan “kerahsiaan”

“Semua maklumat berkaitan peminjaman di institusi perbankan adalah tertakluk kepada peruntukan kerahsiaan bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009,” kata menteri kewangan.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR mahu menteri kewangan menyenaraikan bank tempatan yang memberikan pinjaman kepada 1MDB.

Azmin juga mahu tahu apa kesan kepada nisbah kecukupan modal jika hutang 1MDB diklasifikasikan sebagai hutang tidak berbayar.