Selasa, 16 Jun 2015

'Politik suapan' punca imej kerajaan tercalar

Abdul Hamid Mohamad 
KUALA LUMPUR - Imej kerajaan dan perkhidmatan awam akan bertambah baik sekiranya orang politik di peringkat atasan menjauhi pelbagai salah laku termasuk rasuah dan penyelewengan kuasa.

Demikian kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad sambil menyifatkan golongan itu paling bermasalah kerana boleh mempengaruhi semua peringkat kerajaan dengan persepsi negatif.

"Merekalah yang perlu membuat perubahan kepada diri mereka untuk memperbaiki persepsi buruk itu, bukan dengan ucapan tetapi dengan menjauhkan diri daripada terlibat dalam rasuah, pilih kasih, penyalahgunaan kuasa dan projek-projek yang boleh dipersoalkan.

"Ianya adalah bentuk politik yang kita telah bina, sama ada dengan sengaja atau tidak dan kita telah mewujudkan politik suapan dan pembaziran," katanya pada perasmian Seminar Kelestarian Integriti Dalam Perkhidmatan Awam: Antara Isu dan Cabaran di Institut Integriti Malaysia, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid juga mendakwa, sikap yang ditonjolkan orang politik telah mencalarkan integriti kerajaan apabila mereka mencampuri soal pentadbiran.

"Jika mereka campur tangan untuk memastikan bahawa dasar dan peraturan yang mereka tetapkan dipatuhi, tidak mengapa.

"Tetapi, apabila mereka campur tangan kerana kepentingan diri, penyokong atau parti, maka ia akan menyebabkan pelaksanaannya menyimpang daripada dasar yang telah ditetapkan," ujarnya.

Tiada lagi Pakatan (2008-2015)

Izmil Amri

 Al-Fatihah.

Selesai dimandi, dikapan, diratap kematiannya; jenazah Pakatan Rakyat kini diusung menuju kuburan sebelum ia ditanam dalam kubur cetek separas buku lali.

Tragedi ini kita saksikan bersama lebih sepuluh tahun lalu, ketika DAP meninggalkan Barisan Alternatif.

Kubur cetek Barisan Alternatif menyaksikan kebangkitan semula kebangkitan roh muafakat politik baru yang sepanjang dua pilihan raya lalu berjaya menggugat kerusi kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

PR juga mati, dan rohnya kini bergentayangan mencari jasad baru untuk dirasuk; bagaikan watak antagonis novel kanak-kanak Harry Potter; Lord Voldermort yang meski tiada berjasad masih "hidup" dalam berbilang juzuk, sebelum tiba masanya ia bangkit semula.

PR, muafakat tiga parti politik pembangkang; tiada lain sekadar jasad, yang sepuluh hari lalu dijangkiti penyakit bawaan Muktamar PAS, kini terpaksa di-euthanasia; ekoran sakitnya yang bersangatan dan tidak terubat lagi.

PAS, dalam muktamarnya yang terbaru bertindak garang membawa usul supaya kerjasama dengan DAP diputuskan. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; dilaporkan mengarahkan supaya usul "bercerai" dengan DAP itu diterima muktamar tanpa sebarang perbahasan.

Ini kemudiannya mendapat respon pantas daripada DAP yang mengetuai kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan meminta wakil-wakil PAS dalam kerajaan negeri supaya meletakkan jawatan masing-masing.

Sebenarnya kemelut PR menuju nazak dan kematiannya hari ini bermula sejak sekian lama, seawal mula caka-cakap tentang undang-undang hudud serta sebermulanya kemelut menteri besar Selangor yang memperlihatkan sikap aneh presiden PAS membelakangi kata-kata sendiri dan juga keputusan Majlis Pimpinan Pakatan.

Bukan sahaja DAP, malah pimpinan PAS sendiri pun sudah berpatah arang dengan Hadi; hatta ada yang bertindak meninggalkan parti Islam tersebut dan menyertai DAP, sebuah parti sekular dengan ideologi Demokrasi Sosial.

Perpecahan Pakatan bukan tanda mengaku kalah, kata Kit Siang

Keputusan menyatakan PR tidak lagi wujud bukan satu tindakan menyerah kalah tetapi untuk mengiktiraf realiti gabungan itu yang disokong harapan dan keyakinan tentang masa depan, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Jun, 2015. 
Keputusan menyatakan PR tidak lagi wujud bukan satu tindakan menyerah kalah tetapi untuk mengiktiraf realiti gabungan itu yang disokong harapan dan keyakinan tentang masa depan, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Jun, 2015.

Keputusan DAP mengumumkan Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi wujud bukan bermakna ia menerima kekalahan bagi parti itu, kata ketua Parlimennya, Lim Kit Siang, hari ini. "Keputusan menyatakan PR tidak lagi wujud bukan satu tindakan menyerah kalah tetapi untuk mengiktiraf realiti gabungan itu yang disokong harapan dan keyakinan tentang masa depan," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP semalam memutuskan PR tidak lagi wujud susulan pendirian PAS dalam muktamar tahunannya awal bulan ini memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP.

"Rakyat Malaysia kini perlu bergerak ke depan kerana tidak mampu membazirkan masa untuk berpolemik, supaya kita dapat menyalakan semula harapan rakyat Malaysia yang mahukan perubahan dan meyakinkan mereka kemungkinan itu masih ada dan relevan pada pilihan raya umum ke-14 nanti," katanya. Beliau berkata, faktor yang paling penting ketika ini ialah "penyusunan semula kuasa politik" di negara ini menjelang PRU14.
Walaupun tidak ada PR, beliau berkata harapan rakyat dapat terus dihidupkan dengan penyusunan semula kuasa politik sebelum PRU14.

Hukuman mati kekal dijatuhkan terhadap Morsi oleh Regim Zionis As - Sisi

Morsi-Egypt-Death_6-16-2015_188213_l
Mahkamah Mesir hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas bekas Presiden, Mohamed Morsi.

KAHERAH, 16 Jun:

Mahkamah Mesir hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas bekas Presiden, Mohamed Morsi kerana pembabitannya dalam rusuhan di penjara serta serangan terhadap pihak berkuasa pada 2011, lapor AFP.
Mahkamah itu bulan lalu sudah menjatuhkan hukuman mati terhadap Morsi serta lebih 100 defendan lain terdiri daripada pengikut Ikhwanul Muslimin.
Hakim mengekalkan keputusan itu hari ini, selepas mahkamah berunding dengan mufti besar Mesir, yang berperanan sebagai penasihat dalam menterjemah undang-undang kerajaan Islam.
Terdahulu, mahkamah sama yang menghukum Morsi, mengenakan hukuman penjara kepadanya atas tuduhan mengintip untuk pergerakan Hamas Palestin, Syiah Hizbullah di Lubnan dan Iran.
Keputusan hari ini itu masih boleh dirayu.
Ketua tentera dan kini Presiden, Abdel Fattah Al-Sisi pada 3 Julai 2013 menggulingkan Morsi dan pimpinannya, dan sejak itu tindakan keras dibuat terhadap penyokongnya.
Ulama Islam terkenal, Yusuf Al-Qaradawi yang kini menetap di Qatar, antara individu dijatuhi hukuman sama oleh mahkamah, biarpun dibicarakan tanpa kehadiran sebelum ini.

'Perpisahan' dengan DAP belum muktamad, tegas PAS

oleh Alyaa Alhadjri

Sedang kekeliruan bertambah mengenai statusnya dalam Pakatan Rakyat, PAS masih berkeras bahawa kenyataan DAP yang gabungan itu "tidak wujud" lagi telah dibuat berdasarkan fakta-fakta yang salah.

Takiyuddin Hassan Setiausaha agung PAS yang baru, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa bahawa ada pihak yang telah terburu-buru dalam bertindak balas terhadap usul yang diluluskan tanpa perbahasan itu, oleh perwakilan parti itu dalam muktamar tahunannya yang ke-61 baru-baru ini.

"Kami (PAS) masih belum memuktamadkan keputusan mengenai usul yang diluluskan dalam muktamar itu, jadi kami tidak mempunyai pendirian terhadap pengumuman DAP bahawa Pakatan Rakyat tidak wujud lagi," jelas Takiyuddin kepada Semut Harian.

Ahli parlimen Kota Baru itu menegaskan yang "telah dinyatakan dengan jelas" dalam usul Dewan Ulama yang ia telah cadangkan kepada jawatankuasa pusat PAS dan badan pembuat keputusan tertingginya, Majlis Syura Ulama, untuk memutuskan sama ada parti itu perlu memutuskan hubungan dengan DAP tetapi kekal dalam Pakatan Rakyat.

Presiden parti, Abdul Hadi Awang juga telah menggunakan pengaruhnya untuk memastikan bahawa usul itu telah diluluskan tanpa dibahaskan oleh perwakilan jawatankuasa pusat.

"Hadi baru sahaja pulang dari Jepun dan jawatankuasa kepimpinan pusat parti itu hanya akan bertemu pada 21 Jun... Majlis Syura Ulama juga akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi.

“Setakat ini, PAS masih kekal dengan status quo dan bekerjasama dengan DAP dan PKR," kata Takiyuddin. Pesuruhjaya PAS negeri Selangor, Iskandar Samad juga telah mendakwa bahawa keputusan muktamar itu telah "diputarbelitkan" dan ada pihak yang "menafikan" usul sebenar dengan membuat kesimpulan mereka sendiri.

DAP letak semua jawatan lantikan di Kelantan berkuatkuasa esok

Tiga ketua kampung yang dilantik atas kapasiti parti akan melepaskan jawatan berkuatkuasa esok, demikian menurut Penyelaras Perhubungan Organisasi DAP Kelantan dan Terengganu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Jun, 2015. 
Tiga ketua kampung yang dilantik atas kapasiti parti akan melepaskan jawatan berkuatkuasa esok, demikian menurut Penyelaras Perhubungan Organisasi DAP Kelantan dan Terengganu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Jun, 2015.

DAP Kelantan meletakkan semua jawatan lantikannya selaras keputusan DAP Pusat yang memutuskan Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi wujud, kata Lee Chin Chen hari ini. Penyelaras Perhubungan Organisasi DAP Kelantan dan Terengganu itu berkata, tiga ketua kampung yang dilantik atas kapasiti parti akan melepaskan jawatan berkuatkuasa esok.
Mereka ialah Penghulu Tanpa Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Mas, Irene Tan; Penghulu Tanpa Mukim DUN Kota Lama, David Ng Yang Seng; dan Penghulu Kampung Pulai, Tan Chee Hung.

"Penyelaras Perhubungan Organisasi DAP bagi Negeri Kelantan dan Terengganu menyokong sebulat suara keputusan Jawatankuasa Pusat DAP. "Memandangkan kerajaan negeri Kelantan yang dinaungi PAS tidak lagi merupakan kerajaan negeri pimpinan PR, maka tindakan untuk meletak jawatan sebagai ketua kampung diambil dan akan berkuatkuasa tanpa berlengah lagi.
"Tindakan ini mustahak bagi mempertahankan maruah parti serta memberikan sokongan padu kepada Jawatankuasa Pusat DAP," katanya dalam satu kenyataan.
Lee berkata, pihaknya kesal dengan PAS yang bertegas melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau hudud di Kelantan kerana ia bercanggah dengan dasar bersama PR serta Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, usul hudud PAS tidak mengambil kira pendapat masyarakat bukan Islam dan diluluskan walaupun DAP mengemukakan tentangan dari semasa ke semasa.

Harapan rakyat hancur, kad prabayar tetap dikenakan GST

KUALA LUMPUR 16 JUN: Harapan rakyat supaya tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan 6 % ke atas perkhidmatan kad prabayar top up hancur berkecai apabila kerajaan mengumumkan cukai tersebut tetap diteruskan.
Semalam, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin semasa perbahasan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) menyoal Menteri Komunikasi dan Multimedia – kenapa GST 6% tidak diserap syarikat Telco seperti kerajaan melaksanakan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) 6% dahulu.
Katanya, sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berjanji GST 6% tidak akan dikenakan ke atas top up dan masalah akan diselesaikan 30 hari selepas 1 April.
Namun dalam ucapan penggulungan, Menteri berkata beliau tiada kuasa untuk membolehkan syarikat Telco menyerap GST 6% dan beliau mengakui bahawa GST memang akan dikenakan ke atas kad top up.
“Jawapan Menteri Komunikasi dan Multimedia sekaligus menghancurkan segala harapan rakyat bahawa GST ke atas kad top up boleh diserap oleh syarikat Telco.

Belanja dengan bijak setiap ringgit daripada GST

oleh Lee Heng Guie
Memang sudah jelas. Defisit fiskal selama 18 tahun, hutang kerajaan tinggi serta liabiliti kontinjen yang bertambah yang dihadapi negara akan menghadkan kemampuan negara berhadapan kejutan kewangan dan ekonomi yang tidak diduga.
Setakat hujung Mac lalu, hutang kerajaan adalah pada RM596.8 bilion, iaitu 51.2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK). Liabiliti kontinjen meningkat 16.4 peratus setiap tahun pada 2009 hingga 2014. Setakat Desember lalu, ia kini berjumlah RM172 bilion, iaitu 15.5 peratus daripada KDNK.
Sementara tindakan fiskal (antaranya rasionalisasi subsidi dan GST) adalah dialu-alukan – walaupun isi rumah terjejas untuk jangka masa penyesuaian – laluan untuk pengukuhan fiskal perlu dilihat secara lebih dekat.
Kerajaan bukan sahaja perlu fokus dalam mencapai pembetulan yang mapan dan tahan lama dalam defisit fiskal dan mengurangkan hutang, ia juga perlu melaksanakan pendekatan kewangan dan fiskal yang kuat bagi menjamin setiap ringgit yang dipungut daripada GST digunakan dengan bijak. Semua pihak terlibat (kementerian dan agensi pelaksanaan) perlu dipertanggungjawabkan bagi peruntukan dan perbelanjaan belanjawan.
Bagi meredakan kebimbangan orang ramai tentang bagaimana kerajaan akan membelanjakan hasil GST, perdana menteri merangkap menteri kewangan Najib Razak telah menjamin yang hasil itu akan digunakan secara telus dan disalurkan kembali kepada rakyat.
Rakyat mendengarnya dengan jelas, perdana menteri yang dihormati. Dengan tapak perolehan dan jaringan cukai yang lebih luas dengan GST, rakyat Malaysia akan melihat lebih rapat perbelanjaan dana awam oleh kerajaan. Semuanya tentang kebertanggungjawaban dan kecekapan – ia bukan sahaja soal banyak mana anda berbelanja, tetapi bagaimana membelanjakannya.
Untuk mencapai belanjawan seimbang, malah belanjawan lebihan selepas 2020, kerajaan perlu menentukur semula pelan fiskal, ternmasuk penukaran perbelanjaan dan rasionalisasi. Lebih penting, belanjawan lebihan jika dapat dicapai dalam masa enam tahun, perlu bertahan lama untuk bertindak sebagai penstabil fiskal automatik apabila krisis seterusnya melanda.
Kali terakhir Malaysia menikmati belanjawan lebihan (0.2%-2.2% KDNK) adalah pada tahun 1993-1997. Sejka krisis kewangan Asia pada 1997-1998, belanjawan tahunan kekal terperangkap dalam defisit selama 18 tahun, walaupun defisit sudah berkurang daripada 6.7% KDNK (2009) kepada 3.4% (2014). Angka itu dijangka menurun kepada 3.2% pada tahun ini. Dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), defisit disasarkan menurun kepada 0.6% pada 2020.

Dr Mujahid setuju dengan Lim, Pakatan kini berkubur

Keputusan DAP yang mengumumkan "pembubaran" Pakatan Rakyat (PR) hari ini dipersetujui bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof yang berkata beliau sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku.

Bagaimanapun, katanya, pembubaran PR bukan membawa maksud tidak baik, sebaliknya melihat perkembangan itu sebagai satu kelahiran semula pakatan pembangkang berusia 7 tahun itu. "PR diadakan oleh 3 parti.

Jika satu tarik diri, maka PR sudah tidak ada lagi. Saya kira ini satu kelahiran semua yang boleh dilihat dalam pelbagai cara.

 "Isinya tetap sama, perjuangan untuk rakyat kekal, cuma sama ada dengan PAS atau tidak dengan PAS," kata ahli Parlimen Parit Buntar kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP semalam yang bersetuju PR kini tidak lagi wujud.

Pemimpin progresif PAS itu yang baru-baru ini tewas dalam pemilihan parti berkata, yang paling penting ialah isi perjuangan sesuatu parti itu, bukan pada namanya.

"Siapa pun boleh tubuh parti selagi ada akar umbi yang bagus. Prinsipnya, terpulang pada parti itu untuk selari dengan ideologi pemerintah, sama ada hendak pergi kepada BN atau PR," katanya.

Ditanya adakah parti baru yang mungkin akan ditubuhkan itu serpihan dari PAS, Mujahid berkata, beliau lebih senang sekiranya kewujudan parti tersebut memenuhi ruang kosong yang ditinggal PAS.

PKR kini penentu PR wujud atau tidak

KUALA LUMPUR - Umpama telur di hujung tanduk, pendirian terbaharu DAP bahawa PR 'tidak lagi wujud' pastinya meletakkan PKR dalam keadaan genting untuk membuat keputusan mengenai kedudukan pakatan pembangkang.

Sama ada PR, gabungan kerjasama politik yang dibentuk DAP, Pas dan PKR pada 1 April 2008 akan berkubur atau kekal, sebenarnya bergantung kepada pendirian PKR, yang kini tersepit sama ada mahu menyebelahi DAP atau Pas.

Penganalisis politik melihat keputusan dan pendirian PKR akan menjadi penentu, selepas Pas dan DAP memutuskan hubungan kerjasama sesama mereka dan masing-masing pula hanya mahu menjalinkan kerjasama dengan PKR.

Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli, yang juga Naib Presiden parti, dilapor sebagai berkata PKR akan mengadakan mesyuarat Biro Politik mingguan malam ini untuk membincangkan perkembangan terbaharu berkenaan.

Perseteruan antara Pas dan DAP tiba di kemuncaknya hari ini apabila DAP mengisytiharkan PR tidak lagi wujud. Pendirian DAP, yang diumumkan Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng, diputuskan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dalam mesyuaratnya semalam, yang mencapai kata sepakat bahawa PR tidak lagi wujud.

Ini susulan daripada keputusan Muktamar tahunan Pas ke-61 pada awal bulan ini yang menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama yang mahu Pas memutuskan hubungan dengan DAP, tetapi kekal bersama pakatan.

Lim berkata keputusan Muktamar Pas itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah 'membunuh' pakatan itu.

Selangor dan Pulau Pinang terkesan? 

Sudah pasti kesan kepada keputusan DAP itu akan menjejaskan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai mereka di Selangor dan juga Pulau Pinang.

Komposisi Dun Selangor yang mempunyai 56 kerusi, Pas dan DAP masing-masing menang 15 kerusi, PKR (13), BN (12) dan Bebas (satu). Bagi Dun Pulau Pinang yang mempunyai 40 kerusi, DAP menguasai 19 kerusi, PKR (10), BN (10) dan Pas (satu).


Apakah nasib Selangor dan Pulau Pinang ekoran pergolakan politik pakatan pembangkang?  

Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berpendapat keputusan DAP itu tidak akan menjejaskan perjalanan kerajaan negeri di Selangor mahupun Pulau Pinang.

"Bagaimanapun, ia bergantung kepada komitmen semua Adun parti-parti berkenaan untuk memberikan sokongan kepada kepimpinan negeri yang ada sekarang.

TMJ: Orang Putrajaya nak belasah 'hamba rakyat'

Tengku Mahkota Johor mengucapkan terima kasih terhadap rakyat Johor yang hadir menyatakan sokongan ketika baginda bertelagah dengan seorang menteri kabinet.

Menegaskan akan bersuara demi kesejahteraan rakyat, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sempat menyindir “orang di Putrajaya”.

“Saya tak mahu bercakap banyak, kerana ramai orang di Putrajaya nak whack (belasah) saya,” kata baginda merujuk kepada kenyataan lantang Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini.

Tunku Ismail juga menegaskan bahawa baginda akan sentiasa menegakkan kedaulatan Johor dan terus bersuara demi bangsa Johor dan rakyat Malaysia.

“(Ini) sebagaimana pesanan Duli Yang Maha Mulia ayahanda saya, bahawa saya adalah hamba rakyat Johor,” katanya.

Ratusan berkumpul di luar istana negeri di Bukit Serene, Johor Bahru petang ini bagi menyatakan bantahan ke atas kenyataan menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Tunku Ismail turut serta dalam perhimpunan itu dengan bersalaman dan menundukkan kepala kepada orang ramai tanda beliau seorang “hamba rakyat”.

Tunku Ismail benar-benar menjadi ‘putera untuk rakyat’

oleh V Shuman
Nampaknya cabaran menteri pelancongan dan kebudayaan Nazri Aziz baru-baru ini tidak sedikit pun menghentikan putera mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim daripada terus menyuarakan pandangannya.
Dalam posting terbaru laman Facebook Johor Southern Tigers yang bertajuk “mesej untuk rakyat Malaysia”, Tunku Ismail membidas dakwaan yang dihalakan kepadanya, dan mengatakan beliau hanya memainkan peranan sebagai pemimpin kepada rakyat.
Nazri AzizNazri Aziz
“Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. 
“Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?” soalnya.
Tunku Ismail kemudian membidas mereka yang metadbir negara, dengan berkata, “Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat.
“Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.”
Tunku Ismail membayangkan sebuah masa depan di mana semua orang mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan mereka.
“Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar.”
Katanya lagi, beliau hanya perlu menjawab dengan Tuhan, sultannya dan warga Johor, dan “tidak akan menjalankan suruhan pihak lain seperti boneka.”

Semua parti bermasalah, apa sahaja boleh berlaku - Ku Li

Semua parti bermasalah, apa sahaja boleh berlaku - Ku LiKUALA LUMPUR: Ahli politik veteran, Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak kemungkinan akan berlakunya penyusunan semula kuasa politik baharu, susulan permasalahan yang ditimpa Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

Katanya adalah perkara biasa untuk parti politik melalui proses evolusi yang kadang kala melemahkan dan kadang kala menguatkan.

"Kita dalam BN ada masalah kita, jadi kita tiada beza juga… MIC ada masalah, UMNO pun nampaknya ada juga.

“Jadi nak upas tak berani… masing-masing ada masalah. Tetapi kita kena lalui rasa ini… langkah itu bagus, ia mungkin bantu menguatkan parti, mana tahu,” kata Ahli Parlimen BN-Gua Musang itu ketika ditemui di Parlimen.

DAP gesa kerajaan mansuhkan BTN dan Jasa


DAP gesa kerajaan mansuhkan BTN dan Jasa
KUALA LUMPUR: DAP hari ini menggesa kerajaan supaya memansuhkan jabatan yang didakwa mereka sebagai ‘propaganda politik’ seperti Biro Tata Negara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, tindakan itu perlu kerana kedua-dua jabatan itu dilihat menyalahgunakan jentera awam untuk memajukan kepentingan politik Barisan Nasional (BN).

"Dalam pembentukan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan untuk merasionalisaikan institusi sektor awam bagi meningkatkan produktviti dan prestasi.

"Jika kerajaan serius untuk merasionalisasikan sektor awam maka jabatan propaganda politik langsung tidak relevan kepada usaha pembinaan negara seperti BTN dan Jasa dan harus dimansuhkan segera," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.

Selain itu, Zairil juga berkata dengan memansuhkan BTN dan Jasa, kerajaan dapat menjimatkan dana sebanyak RM80 juta dalam tempoh setahun.

Tardahulu, sebuah portal pada Isnin telah mendedahkan laporan di laman BTN yang menggesa kerajaan mengharamkan buku terbitan penerbit Indie kerana dikatakan memberi kesan negatif kepada kerajaan.

Lapor portal berkenaan, dokumen yang disediakan oleh bahagian penyelidikan dan penerbitan BTN itu antara lainnya mendakwa, bahan penerbitan berkenaan bersifat 'lucah' dan ‘bebas'.

Palanivel bukan lagi Presiden MIC, Dr Subra kini pemangku

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini mengumumkan menjadi pemangku Presiden MIC menggantikan Datuk Seri G. Palanivel.

Katanya, selain dirinya, bekas Setiausaha Agung, A. Sakthivel dilantik menjadi Setiausaha Agung dan bekas Ketua Pemuda MIC, Senator Datuk S. A. Vigneswaran dilantik menjadi Setiausaha Eksekutif.

Datuk M.Saravanan kekal sebagai Naib Presiden MIC.

"Palanivel dan empat lagi ahli 'kumpulannya' bukan lagi ahli MIC.

"Mesyuarat sebelum ini sudah memutuskan demikian," katanya dalam satu sidang media tergempar di ibu pejabat MIC di sini.

Pada Selasa, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel menggantung keahlian 15 orang pemimpinnya termasuk Subramaniam dan Naib Presiden, Datuk M. Saravanan.

Palanivel berkata penggantungan ini akan berkuat kuasa serta-merta untuk tempoh 12 bulan.

Beliau bertindak demikian atas sebab satu notis bertarikh 15 Jun 2015 untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) interim 2009-2013, yang dikeluarkan oleh ahli-ahli CWC itu sendiri.

Selain daripada Subramaniam dan Saravanan, Palanivel turut menggantung keahlian Datuk Seri S. K. Devamany, N. Rawisandran, Datuk R. Ganesan, Datuk M. Davendran, Datuk KRA Naidu, Datuk V. M. Panjamothy, P. Manivasagam, S. Ananthan, M. Mathuraiveran, Datuk M. Asojan, P. Shanmugan, K.R. Parthiban dan Mohana Muniandy.

Pakatan dan BN kucar-kacir, segalanya berkemungkinan, kata Ku Li

Kedua-dua Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) berada dalam kucar-kacir ketika ini, dan ia "mungkin" menyebabkan satu penjajaran semula politik, kata ahli Parlimen veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya, semua parti melalui proses evolusi masing-masing dan dalam politik, tiada apa yang kekal. "Kita dalam BN ada masalah kita, jadi kita tiada bezanya (dengan PR). MIC ada masalah. Umno pun nampaknya ada (masalah) juga," kata ahli Parlimen Gua Musang itu ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

 Ditanya sekiranya keadaan ini akan mengakibatkan penjajaran baru dijalinkan antara parti politik sedia ada, beliau menjawab: "Saya tak pernah dengar sesuatu itu mustahil. Dalam politik, segalanya berkemungkinan."

"Dan, tiada apa yang kekal. Seorang sahabat hari ini boleh menjadi musuh esok. Seorang musuh esok boleh jadi kawan rapat pada hari berikutnya." Khabar angin mengatakan, Razaleigh, lebih popular sebagai Ku Li, akan dilantik mengetuai kerajaan perpaduan yang mungkin ditubuhkan, satu langkah yang dipersetujui termasuk oleh veteran DAP Lim Kit Siang bulan lepas.

Bantailah, saya dah tak kisah – Ahmad Maslan

Beliau sudah lali dikecam tetapi akan teruskan kempen penerangan kebaikan GST.
ahmad-maslan-nasi-goreng-ja
PETALING JAYA: Datuk Ahmad Maslan mengakui beliau sengaja membangkitkan sesuatu yang unik di laman sosial supaya rakyat memberi perhatian terhadap maklumat yang ingin disampaikannya.
Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, nasi goreng tanpa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dimuat naik di Twitter bertujuan memberitahu kepada rakyat bahawa gas memasak, minyak masak dan bahan mentah tidak dikenakan GST.
Katanya, dia tidak kisah dikecam kerana sudah lali tetapi yang lebih mustahak baginya ialah rakyat faham dan ambil perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan.
“Saya memang sudah banyak kena bantai, saya dah tak kisah orang nak bantai. Apabila saya buat macam itu positifnya mereka tahu, gas tak ada GST, minyak tak ada GST, barang-barang masakan tak ada GST,” katanya.
Beliau turut mengulas kutukan pengguna laman sosial terhadap gambar makanan bersama hiasan timun dan cili di dalam kuali seperti yang dimuat naik olehnya.
“Memang saya buat hiasan begitu, apa boleh buat, memang saya suka begitu. Ada yang komen itu stail Perancis,” katanya.

Pas tetap tunggu keputusan Majlis Syura

Idris Ahmad 
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata Pas masih menanti keputusan Majlis Syura Ulama berhubung usul yang diluluskan tanpa bahas pada muktamar Pas yang lalu.

Menurutkan, keputusan DAP yang mengumumkan PR sudah tidak wujud lagi hari ini itu hanyalah pandangan DAP.

"Kita (Pas) kembali kepada usul yang dibuat iaitu kita masih lagi menunggu keputusan mesyuarat (Majlis Syura Ulama).

"Itu (PR tidak wujud lagi) keputusan daripada DAP, kita (Pas) belum lagi. Kita pegang pada keputusan Majlis Syura nanti," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Dewan Rakyat, hari ini.

Hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan parti itu menerima keputusan Pas dalam muktamar lalu yang menerima usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP sekali gus menyatakan bahawa PR sudah tidak wujud lagi.

Terkuburnya PR bukti hanya UMNO-BN pembela rakyat kata Syed Ali

Kecelaruan politik di negara ini akan kembali pulih dengan terkuburnya pakatan pembangkang.
syed-ali
PETALING JAYA: Pengumuman DAP bahawa Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak wujud membuktikan pembangkang tidak lagi mampu menyaingi kekuatan Barisan Nasional (BN).
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, kecelaruan politik di negara ini juga akan kembali pulih selepas PR berkubur.
“Saya berharap rakyat akan sedar betapa PR hanya sebuah pakatan rapuh yang bertunjang kepada nafsu politik haloba untuk berkuasa,” katanya.
Menulis di blog www.umnobahagiancheras.blogspot.com, Syed Ali juga menjelaskan hanya BN dan UMNO sahaja tonggak bagi membela nasib rakyat.
“Sudah diduga, PR akan hancur dan berkubur. DAP dengan Pas selama ini tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain.
“Bahkan, UMNO yang menjadi tulang belakang BN merupakan gabungan berasaskan kepada kepercayaan, kesepakatan dan keharmonian, berbeza dengan pembangkang,” ujarnya.
Dalam pada itu, tindakan Pas yang memutuskan kerjasama politik dengan DAP juga merupakan satu tindakan bijak dan sangat dialu-alukan.
“Selama ini Pas dihina dan dipijak oleh DAP; parti perkauman itu menentang cadangan pelaksanaan hukum hudud yang di bawa oleh Pas,” katanya.

Sokong TMJ: 2,000 NGO kumpul depan istana

TMJ  
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berucap di pekarangan Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini. 
 
JOHOR BAHRU - Kira-kira 2,000 rakyat Johor mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di pekarangan Istana Bukit Serene, di sini, hari ini.

Himpunan itu bertujuan menunjukkan sokongan terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Malah perhimpunan itu juga membawa desakan agar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz supaya memohon maaf secara terbuka kepada Tunku Ismail kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat kasar terhadap Tunku Mahkota Johor.

Ketua Penerangan dan Tindakan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Johor (Gabung), Abullah Md Yusof  berkata, rakyat negeri ini yang sentiasa taat kepada kepada Kesultanan Johor amat kecewa dengan tindakan Mohamed Nazri.

"Kita juga mahu Mohamed Nazri memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Johor di atas tindakan beliau.

"Petang hari ini kira-kira jam 5, kita juga akan menyerahkan memorandum kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan selepas mendapat perkenan Baginda kita kemudian akan mengemukakan memorandum itu kepada Perdana Menteri," katanya sebentar tadi.

Formula Ku Li mungkin kembali, kata Dr Zuhdi

Walaupun DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud, keadaan masih tidak jelas apabila pemimpin PAS kelihatan keberatan menerima perkembangan itu.

Selain beranggapan ia “pandangan DAP”, seorang pemimpin lantang PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata pengumuman DAP hari ini bermaksud parti itu keluar Pakatan.

Bagaimanapun, kata anggota jawatankuasa Pusat PAS itu, gabungan PAS-PKR tidak terjejas dan Pakatan sebenarnya masih kekal.

“Pakatan terus kekal dengan gabungan PAS dan PKR, sebagaimana pernah berlaku kepada Barisan Alternatif (BA) sebelum ini,” katanya merujuk peristiwa pada tahun 2002 itu.

DAP ketika itu keluar BA selepas pertelingkahan isu negara Islam yang digagaskan PAS.

Sementara itu, mengulas keadaan di Selangor, Zuhdi berkata PKR perlu membuat keputusan sama ada akan meneruskan gabungan dengan PAS dalam Pakatan atau tidak.

“Sekiranya PKR juga menarik diri dari Pakatan, maka tidak mustahil kerajaan negeri Selangor goyah,” katanya.

“Sekiranya PKR terus bersama PAS dalam Pakatan, maka mereka perlu menentukan sama ada menerima kehadiran DAP dalam Kerajaan Selangor atau tidak, di samping mereka juga perlu menentukan sama ada meneruskan sokongan kepada DAP di Pulau Pinang atau tidak.”

Pandangan peribadi

Keputusan itu, katanya lagi, bakal menentukan negeri mana yang menjadi goyah, kerajaan negeri Selangor atau kerajaan negeri Pulau Pinang.

Beliau juga berkata tidak mustahil formula Tengku Razaleigh Hamzah melalui dua barisan pembangkang akan dipakai semula di negara itu.

Adakah kerana kesamsengannya atau kebodohannya atau tahap ampu jilat Najib ???


INILAH MALAYSIA KU... UNTUK UMNO

Sebelum ini kata Nazri Aziz akan disiasat di bawah Akta Hasutan.. Tup2 lepas 4 jam BOLEH BERTUKAR plok disiasat pula di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan..

Kit Siang jelas mengapa DAP anggap Pakatan berkubur

Tol: BN Jangan Lupa Manifesto

TMJ vs Nazri: Tolong Bertindak Bijak - Shahrir

Beza antara kami, saya dipilih rakyat - Nazri Aziz

Shahidan: Saya ahli sukan, tak terkejut Pakatan berkubur

Pua & Rafizi: Tabung Haji having problems selling TRX land

Kit Siang: Pakatan Rakyat cease to exist

Jangan sesekali lupa sumbangan tenaga PAS dalam pilihan raya - Tuan Ibrahim


Post Pic

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan DAP agar tidak sesekali melupakan sumbangan parti itu dalam memastikan Pulau Pinang terus ditadbir komponen Pakatan Rakyat. 
 
Meskipun menerima keputusan DAP agar wakil PAS meletakkan jawatan namun jelas beliau parti itu mempunyai sumbangan terutamanya dari segi tenaga kerja pada dua penggal pilihan raya umum yang lalu.
 
"Itu hak DAP tapi kita jangan lupa sumbangan tenaga waktu menghadapi pilihan raya adalah sumbangan bersama dan kita menang atas nama Pakatan Rakyat walaupun PAS hanya satu kerusi di Pulau Pinang.
 
"Tetapi realitinya demikian, sebab bagi saya tak timbul masalah bahkan ahli kita pun ramai dah yang letak jawatan dalam kerajaan negeri," katanya dalam temubual bersama Antarapos.
 
Tuan Ibrahim menambah PAS menjalinkan kerjasama politik bersama PKR-DAP bukan semata-mata mahukan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
 
"Kita tanyalah mana-mana pimpinan PAS pun kita bukan kerana jawatan itu kita bersama dan kita bersama waktu PRU13 dulu sebagai satu pasukan," katanya.
 
Tegas beliau lagi, PAS turut memainkan peranan dalam pembentukan kerajaan negeri Pakatan sejak 2008 dan ia tidak boleh dipertikaikan atau dinafikan.
 
"Sebab itu bagi kita PAS ada sumbangan terhadap pembentukan kerajaan sama ada di Selangor, Pulau Pinang bahkan negeri-negeri lain pun jentera bersama waktu turun.
 
"Oleh kerana itu kita harap polisi PAS jelas bahawa muafakat kita ialah muafakat kepada perkara yang bersama," katanya.

1MDB nafi dakwaan Tun Mahathir


Post Pic

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menafikan pelbagai dakwaan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dalam blognya yang bertajuk 'The 1MDB Story' dan 'More Investments By 1MDB.' 
 
Antara lain, isu membabitkan wang Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), pembelian tanah serta usaha sama dengan PetroSaudi selain RM2 bilion yang dikatakan dipinjam daripada jutawan Ananda Krishnan. 
 
"Tidak berlaku cubaan untuk 'merampas' wang TIA," kata 1MDB dalam satu kenyataan hari ini. 
 
Pada 2009, pelbagai perbincangan berlangsung antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu mengenai sumbangan setiap pihak sebagai pembiayaan untuk TIA, dengan pelbagai pilihan dibincangkan, katanya. 
 
Akhirnya, sumbangan Kerajaan Persekutuan membabitkan jaminan terbitan Sukuk RM5 bilion oleh TIA, yang dilaksanakan pada 29 Mei 2015, sebelum TIA dijadikan badan milik Kerajaan Persekutuan.

Apakah Chegubard Sudah Jadi "Lim Kok Wing Kedua" Kepada Najib?

Solidariti Anak Muda Malaysia atau SAMM adalah sebuah NGO pro PKR dan dipimpin oleh Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard. Beliau adalah Ketua Cabang PKR Rembau dan pernah bertanding di kerusi Parlimen yang sama pada pilihanraya 2008 tetapi tewas kepada Khairy Jamaluddin.

Pada pilihanraya 2013 lalu beliau lari daripada Rembau dengan bertanding pula di Dun Sungai Acheh atas tiket PKR tetapi turut tewas berikutan wujudnya pertelingkahan dalaman yang menyebabkan Pas juga bertanding di kerusi tersebut.

Dalam PKR, Chegubard difahamkan masih lagi digantung keahliannya sejak Mei 2014 lalu atas kesalahan membuat kenyataan terbuka bahawa proses pemilihan parti itu yang didakwanya berjalan dengan kotor dan tidak telus.

Sejak digantung keahliannya, Chegubard lebih banyak bergerak melalui SAMM yang diasaskannya.

Walaupun secara realitinya SAMM adalah sebuah NGO pro PKR dan dirinya juga masih ahli parti itu ( cuma kini digantung keahlian saja ), namun Chegubard nampaknya tidak mahu ketinggalan daripada masuk campur dalam kemelut yang sedang berlaku antara Najib Razak dengan Tun Mahathir sekarang.

Tetapi tidak seperti pemimpin pembangkang lain yang kebanyakannya senada dengan perjuangan Tun Mahathir dan sama-sama melihat Najib sebagai musuh bersama yang perlu ditumbangkan, beliau sebaliknya seolah-olah cuba menyediakan "tongkat" dan "oksigen" untuk Najib terus bernafas walaupun sebenarnya hanya "kayu lidi" yang mampu disumbangkannya.

Hakikat bahawa hanya "kayu lidi" yang mampu disumbangkan oleh SAMM dan Chegubard dalam mempertahankan Najib ialah kerana tindakan cuba menyerang dan memburuk-burukkan Tun Mahathir tidak akan meyakinkan khalayak berikutan tafsiran umum ialah umpama peribahasa "sekilas ikan di air, sudah tahu masak apa yang sesuai dengannya".

Beliau kini bukan saja sedang giat mengedarkan buku kecil berkaitan Tun Mahathir secara percuma, bahkan mulai menjadi "primadona" di sebuah stesen televisyen swasta yang sejak kebelakangan ini agenda utamanya ialah "membelasah" bekas Perdana Menteri itu.

Kerajaan Harus Berhenti Jadi Negara Pengasuh

oleh Edry Faizal
Sudah menjadi satu rahsia umum peranan Biro Tata Negara (BTN) di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai badan penyemai doktrin hegemoni parti pemerintah. Dengan terdedahnya slaid pembentangan BTN menyerang aktiviti dan penerbitan alternatif yang semakin berpengaruh di kalangan anak-anak muda, ia mengisyaratkan bahawa aktiviti dan penerbitan alternatif kini dilihat sebagai ancaman kepada kerajaan dan parti pemerintah.
logo btnSlaid BTN itu melabel aktiviti dan penerbitan yang rata-ratanya diterajui anak muda atau mereka yang berjiwa muda sebagai ‘Gerakan Indie’ dan kemudiannya mentakrifkan ia satu gerakan anti-establishment dengan nada yang negatif.
Cadangan mendepani ‘Gerakan Indie’ di hujung slaid menggambarkan betapa seolah kumpulan indie ini satu ancaman yang harus ditangani pihak berkuasa. Antara cadangannya adalah:
1. Pemimpin politik turun mendekati mereka untuk memahami aspirasi golongan berkenaan
2. Mengharamkan buku-buku terbitan mereka yang berunsur lucah/bebas
3. Mewujudkan hubungan dan mengenal pasti permasalahan dan keperluan mereka
4. Membantu melahirkan ikon kanan di kalangan anak muda
5. Aktifkan kumpulan diskusi mini untuk kader
Pertama, jelas sekali slaid ini disediakan oleh seseorang yang sama ada tidak pernah langsung mendekati kelompok anak muda ini; atau pun sengaja mencipta maklumat seperti itu untuk memenuhi nafsu negara pengasuh (nanny state) para kuasawan yang disyaki menjadi audien pembentangan.
Malah menjadi jenaka ramai apabila muzik punk yang diketahui tegar dengan semangat melawan dan anti-establishment tidak pula dimasukkan di dalam senarai. Barangkali pembuat slaid tidak pernah langsung mendengar Dum Dum Tak!
Meletakkan semberono bahawa individu tertentu adalah penyokong parti pembangkang membuktikan bahawa pembuat slaid tidak langsung cakna dengan budaya anak muda hari ini.

Indie: Anak muda bukan kerbau dicucuk hidung


btn


KUALA LUMPUR, 16 JUN: Pemuda DAP (DAPSY) hari mengecam keras tindakan melulu badan doktrinisasi kerajaan Biro Tata Negara (BTN) yang menyerang penerbitan alternatif yang semakin berpengaruh di kalangan anak-anak muda sebagai anti kerajaan.
Ketua DAPSY Subang Edry Faizal Eddy Yusof berkata, tindakan menyerang dan mentakrifkan ‘Gerakan Indie’ tersebut jelas menunjukkan bahawa pihak BTN sama sekali tidak pernah langsung mendekati kelompok anak muda serta tidak tahu apa-apa mengenainya.
“Meletakkan semberono bahawa individu tertentu adalah penyokong parti pembangkang membuktikan bahawa pembuat slaid tidak langsung cakna dengan budaya anak muda.
“Malah masih tersekat dengan idea bahawa asal saja kritis dengan kerajaan atau arus perdana, maka pastinya penyokong pembangkang.

“Secara tidak langsung merendah-rendahkan daya idealisme kebanyakkan anak muda yang semakin ramai tidak lagi melihat politik dari sudut pandang kuno dan dikotomi kerajaan-pembangkang,” katanya dalam kenyataan.
Lebih menggelikan menurut Edry, muzik punk yang tegar dengan semangat melawan dan anti-establishment tidak pula dimasukkan dalam senarai.

DAP Johor: Pesuruhjaya PAS Johor kurang integriti


Mahfodz_Mohamed.transformed

KLUANG, 16 JUN: Setelah terburu-buru memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamar, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang dilihat cuba membuat pusingan U boleh dianggap kurang berintegriti.
Menurut Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong, Mahfodz yang juga Ketua Dewan Ulama PAS adalah orang yang bertanggungjawab membawa usul memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar PAS ke-61 dua minggu lalu.
Namun, kelmarin setelah diumumkan sebagai pesuruhjaya PAS Johor yang baru Mahfodz dilihat cuba menjalin semula hubungan dengan DAP Johor apabila menyuarakan keinginan meneruskan kerjasama dengan DAP dan Pakatan Rakyat.
“Kemenangan puak konservatif dalam pemilihan PAS yang seterusnya menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO, dan keputusan muktamar untuk memutuskan hubungan dengan DAP menjadi langkah pertama membunuh Pakatan Rakyat.
“Saya kira kenyataan Mahfodz yang tiba-tiba ingin meneruskan hubungan dengan DAP adalah kenyataan yang kurang integriti,”ujar Chin Tong.

GST: KEADILAN lancar kempen ‘Kadar Sifar Top Up’

SimKUALA LUMPUR 16 JUN: KEADILAN melancarkan kempen ‘Kadar Sifar Top Up’ ekoran keengganan kerajaan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) enam peratus terhadap perkhidmatan kad prabayar.
Pengarah Strategi, Sim Tze Tzin berkata, kempen besar-besaran itu pada Ramadhan ini bagi mendesak Datuk Seri Najib Razak menyenaraikan tambah nilai kad prabayar kepada kadar sifar.
“KEADILAN tidak ada pilihan lain, maka terpaksa membuat kempen besar-besaran seluruh negara untuk mendesak Menteri Kewangan supaya senaraikan kad top up kepada senarai kadar sifar.
“Ini satu-satunya cara boleh meringankan beban anak muda dan golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada kad top up,” kata Sim pada sidang media di lobi Parlimen.
Menurutnya, KEADILAN juga akan berkempen secara online menerusi petisyen yang diwujudkan dengan mensasarkan 200,000 rakyat menandatangani petisyen tersebut sebagai bukti rakyat tidak menyokong cukai rakus tersebut.
Untuk menandatangani petisyen tersebut, klik SINI.
Setakat berita ini ditulis, petisyen tersebut mendapat 106659 sokongan.

Pakatan belum berakhir kerana masih ada PKR, kata Nik Abduh

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengatakan Pakatan Rakyat (PR) belum berakhir walaupun DAP hari ini secara rasmi mengumumkan gabungan pembangkang tersebut kini berkubur.
Ketua Pemuda PAS itu berkata, ini kerana PKR masih belum membuat keputusan sama ada untuk kekal atau tidak dalam gabungan itu, dan PAS masih berada dalam PR.
"Kita kekal dengan PR. Keputusan DAP itu tidak membubarkan PR.  Itu keputusan mereka (DAP), kami tidak akan keluar PR," kata ahli Parlimen Pasir Mas itu kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

PR yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum 2008 terbentuk daripada kerjasama gabungan tiga parti pembangkang, PAS, DAP dan PKR. Walaupun tanpa DAP, Nik Abduh menegaskan mereka masih ada PKR dan akan menunggu keputusan daripada rakan komponen itu sebelum membuat langkah seterusnya.
"Maknanya, kalau DAP tolak kita, kita masih ada PKR. Kita tunggu dulu keputusan PKR," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan kemelut ini sebagai pengajaran  kepada PAS supaya menjaga adab dalam kerjasama, terutamanya selepas tindakan kepimpinan parti itu yang meluluskan usul di muktamar untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
"Keputusan DAP ini dibuat hasil daripada usul di muktamar. Saya harap ini dijadikan sebagai pengajaran supaya menjaga tindakan dan kata kerana PR ini bukan sesuatu yang dapat kita wujudkan dan kita kukuhkan dalam jangka masa pendek.
"Ia hasil daripada perjuangan bertahun-tahun. Tetapi bila mulut dan kata-kata tidak dijaga, serta tindak-tanduk tidak dijaga, inilah hasilnya," kata Khalid yang pada pemilihan muktamar lalu tidak terpilih menganggotai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Khairy gesa kerajaan Selangor dibubar susulan 'berkuburnya' Pakatan Rakyat

Khairy gesa kerajaan Selangor dibubar susulan 'berkuburnya' Pakatan Rakyat
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya kerajaan Negeri Selangor dibubarkan ekoran kenyataan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa Pakatan Rakyat kini sudah tidak lagi wujud.

“Daripada segi politik, ia tidak boleh dipertahankan lagi,” jawapan Khairy terhadap soalan yang diutara sebuah portal berita mengenai hala tuju kerajaan negeri yang dipimpin pakatan pembangkang.


DAP menerusi kenyataan media pada hari ini menyatakan parti itu menerima keputusan muktamar PAS untuk memutuskan ikatan antara keduanya.

Jawatankuasa eksekutif pusatnya telah sebulat suara memutuskan bahawa Pakatan Rakyat sudah berkubur.

Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 hasil kerjasama DAP, PAS dan PKR bersangkutan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) pada 8 Mac 2008.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyalahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyebabkan kelumpuhan Pakatan Rakyat berikutan krisis Menteri Besar Selangor dan isu perlaksaan hudud.

Kalau ikut mazhab UMNO ni, Mufti Perak juga dikatakan 'iman rendah' kerana menegur ahli gimnastik negara...

"Kami tidak peduli asalkan kemenangan dapat diraih untuk negara," 
-bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.

Kini satu-persatu timbul kebobrokan beliau..

Almarhum Ustaz Fadzil pernah berharap TunM hidup lebih lama utk menikmati buah2 yg pernah beliau sendiri tanam semasa beliau memerintah 22 tahun.

'Mansuhkan unit propaganda RM80 juta setahun BN'

Chandra: Guna jet negara beli-belah khianati amanah

Buktikan ada tawaran beli tanah Tabung Haji, kata MP

Lim kata 'berkubur', yang lain kata masih hidup - Nik Abduh

Beberapa pemimpin parti pembangkang masih menaruh harapan untuk melihat Pakatan Rakyat kekal sebagai satu kuasa politik, walaupun atas alasan yang sangat berbeza.


Beberapa minit selepas Lim Guan Eng mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud, pemimpin PAS dan PKR masih menyebut nama gabungan itu dan bertegas mereka masih sebahagian daripadanya.

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz (gambar) berkata Pakatan Rakyat kekal sebagai satu gabungan dan DAP hanya bertindak sendirian dalam membuat keputusannya.

Menegaskan bahawa Majlis Syura PAS masih belum membincangkan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP - yang telah diluluskan tanpa bahas di muktamarnya minggu lalu - Nik Abduh berkata, ia kini terpulang kepada PAS dan PKR untuk mengekalkan gabungan itu.

"(Pakatan) belum berakhir. Kita masih ada dua parti. Kami dalam Pakatan adalah sebuah gabungan parti, selagi Pakatan mempunyai dua parti, gabungan itu masih wujud. Ini semua terpulang kepada PAS dan PKR," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, keputusan DAP adalah satu pengajaran kepada PAS dan pemimpin Pakatan bahawa mereka harus menjaga mulut mereka apabila bercakap tentang rakan-rakan mereka.

Pemimpin ke-4 PAS lepas jawatan dalam k'jaan PP

Seorang lagi pemimpin PAS telah meletak jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Mhd Nasir Yahya, seorang daripada dua orang yang dilantik dari PAS dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), telah menghantar surat peletakan jawatannya, berkuatkuasa 15 Jun.

Ini telah disahkan oleh Exco bagi kerajaan tempatan, Chow Kon Yeow.

Seorang lagi ahli majlis, Yacoob Omar, belum menghantar surat peletakan jawatannya.

Chow, yang juga pengerusi DAP Pulau Pinang berkata Mhd Nasir datang ke pejabatnya di Komtar untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya.

"Bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin mengucapkan terima kasih Mhd Nasir atas sumbangan dan perkhidmatannya ahli Majlis," kata Chow dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika dihubungi, Mhd Nasir berkata beliau memutuskan untuk meletakkan jawatan selepas menimbangkan perkara itu selama dua hari.

"Ini adalah keputusan saya sendiri. Pihak parti masih belum memberikan apa-apa arahan," katanya sambil menambah beliau membuat keputusan itu atas prinsip.

Berang dengan Bung, Wanita PKR demonstrasi di Parlimen esok

Wanita PKR akan mengadakan demonstrasi di depan bangunan Parlimen pagi esok bagi menyatakan bantahan ke atas ahli Parlimen Barisan Nasional Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menghina wakil rakyat mereka dalam Dewan Rakyat semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, pergerakan sayap PKR tersebut menyelar Bung yang mengeluarkan kenyataan seksis terhadap Zuraida Kamaruddin yang juga ketua Wanita PKR tersebut.

Semalam, Bung terlepas daripada tindakan tatatertib walaupun menghina ahli Parlimen Ampang tersebut dengan mengatakan mukanya seperti hantu semasa sidang Dewan Rakyat 9 Jun lalu.

Guan Eng talkinkan Pakatan

Zasyaf Ishak

Kalau benar Pakatan Rakyat (PR) ini diwujudkan untuk mempunyai niat lebih besar, iaitu menumbangkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN), hari ini secara rasmi PR sudah dihantar ke dalam liang lahad politik.

Kematian ini memang dijangka. Memang PR sudah mengidap pelbagai penyakit. Walaupun tidak kronik, tetapi ini jenis penyakit yang makan dari dalam.

Cubaan untuk mengubat memang dibuat. Berjumpa Doktor (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), mahupun cuba berbincang dengan Pak Tabib (Datuk Seri Abdul Hadi Awang).

Sayangnya, penyakit PR ini terlalu parah. Kalaupun ada seorang bomoh yang mengubat penyakit PR – dia juga sudah dipenjarakan kerana mencabul. Parah. Penyakit semakin membarah.

Air penawar Sungai Buloh tak mampu mengembalikan kesihatan politik PR. 

Semalam, DAP secara rasmi sudah membacakan talkin politik kepada PR.

Kerjasama dengan PAS mudah sama sekali. Yang ada hanyalah hubungan kelamin bersama PR yang entah berapa lama mampu bertahan.

Apa punca penyatuan? Kuasa. Lim Guan Eng nampak terlalu bersungguh mahu menghantar PR ke liang lahad.

 Mungkin sudah terlalu kecewa apabila PAS meluluskan usul untuk melihat semula kerjasama politik dengan DAP.

Masalahnya, Guan Eng mentalkinkan sekali harapan rakyat Malaysia untuk melihat perubahan. Peratusan sokongan tinggi rakyat memberikan signal jelas.

Tapi Guan Eng tidak mampu lagi menerima suara lunak “Ustaz PAS” mendendangkan lagu politik sumbang.

Pada Guan Eng, lagu politik yang PAS nyanyikan, tak ubah macam lagu nasyid “Kun Anta” yang ada kalanya kedengaran sangat kebudak-budakan dan punya mesej longgar.

KEADILAN bincang isu DAP dan Pakatan Rakyat malam ini

RafiziKUALA LUMPUR 16 JUN: KEADILAN akan membincangkan mengenai kedudukan DAP dan Pakatan Rayat malam ini susulan kenyataan Lim Guan Eng hari ini.
Guan Eng menyatakan bahawa Pakatan Rakyat sudah berkubur dan tidak wujud.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat DAP malam tadi.
“Saya mengambil maklum kenyataan DAP mengenai kedudukan DAP dan Pakatan Rakyat seperti yang ditandatangani oleh YAB Guan Eng, Setiausaha Agung DAP sebentar tadi.
“KEADILAN akan membincangkan kenyataan tersebut dan pendirian KEADILAN di dalam mesyuarat Biro Politik mingguan yang akan diadakan jam 8.30 malam ini di Ibu Pejabat KEADILAN,” kata Setiausaha Agung, Rafizi Ramli dalam kenyataan.
Menurutnya, pimpinan KEADILAN di semua peringkat tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah pendirian parti mengenai perkara ini dimuktamadkan.

Dengan PKR, DAP mahu cari sekutu baru

DAP memberi jaminan terus bekerjasama dengan PKR serta menteri besarnya Azmin Ali di Selangor walaupun telah mengumumkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata mereka juga akan bekerjasama dengan mana-mana pihak demi menamatkan pentadbiran Umno dan BN serta membentuk semula politik Malaysia.

“DAP akan terus bergerak ke arah gabungan baru lebih meluas dan berprinsip yang akan muncul untuk mengisi kekosongan politik yang boleh menyalakan semula harapan perubahan untuk merealisasikan impian Malaysia untuk masa depan lebih baik untuk semua,” katanya.

Lim juga berkata DAP akan menyokong kepimpinan Azmin untuk “membentuk semula” kerajaan negeri dengan gabungan berdasar manifesto Pakatan 2013 yang mendapat mandat lebih 60 peratus dalam pilihan raya umum.

Pakatan bubar 'pandangan DAP', kata PAS

Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata PAS berpegang kepada 'roh' keputusan muktamar minggu lalu untuk menyerahkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa pusat PAS mengkaji hubungan PAS dengan DAP.

Menurutnya lagi, keputusan DAP mengumumkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud, selepas menerima keputusan muktamar yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PAS, adalah pandangan DAP.

"Kita berpegang kepada 'roh' keputusan muktamar untuk menyerahkan kepada AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama untuk mengkaji hubungan PAS dengan DAP.

"Keputusan itu (Pakatan tak wujud lagi) adalah pandangan DAP," kata Idris bagi mengulas keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP itu hari ini.

Muktamar PAS menerima usul Dewan Ulama PAS tanpa bahas supaya Majlis Syura dan PAS pusat memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP tetapi kekal bersama PKR dan Pakatan Rakyat.

MP Bukit Gantang juga berkata Jawatankuasa pusat PAS Pusat akan bermesyuarat pada 21 Jun ini berkemungkinan akan membincangkan mengenai pembentukan lajnah dalam PAS.

Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu bagaimanapun tidak pasti sama ada keputusan muktamar itu akan dibincangkan dalam pertemuan itu dan bila Majlis Syuara Ulama akan bersidang.

SAMM pula anjur forum ‘Nothing2Hide’, cabar Dr M jawab dakwaan

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tampil sebagai panel untuk sesi "Hot Seat" #Nothing2Hide bagi menjawab persoalan dan dakwaan yang timbul sewaktu pentadbirannya selama 22 tahun.

Menurut ketuanya Badrul Hisham Shaharin, program itu bertujuan membuktikan wujud kezaliman politik pada zaman Dr Mahathir yang melibatkan isu seperti rasuah serta dakwaan beliau pernah terlibat menjatuhkan menteri lain.

"Kita beri peluang kepada Dr Mahathir menjawab sendiri dan orang ramai bertanya mengenai dakwaan yang timbul sepanjang 22 tahun pentadbirannya," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya hari ini. 

 Sebelum itu, beliau yang juga dikenali sebagai Chegubard, menyampaikan jemputan program tersebut kepada bekas perdana menteri itu. Chegubard berkata, Dr Mahathir bebas menetapkan tarikh dan waktu yang bersesuaian dengan jadualnya dan pihak SAMM akan menguruskan program itu sebaik sahaja menerima jawapan positif daripada negarawan itu.

MIC gantung keahlian Subramaniam, 13 lagi

Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel mengumumkan tindakan menggantung keahlian 14 orang pemimpin tinggi parti itu, termasuk timbalannya, Datuk Seri S Subramaniam.

Penggantungan itu berkuatkuasa serta merta selama setahun, kata Palanivel dalam satu kenyataanya hari ini.

Pakatan tidak wujud lagi: PKR arah tutup mulut, mesyuarat malam ini

PKR mengarahkan pemimpinnya di semua peringkat menutup mulut daripada mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukan Pakatan Rakyat sehingga parti itu memuktamadkan tindakan mereka.

Setiausaha agungnya Rafizi Ramli berkata biro politik PKR akan bermesyuarat malam ini di ibu pejabatnya di Petaling Jaya susulan pengumuman DAP bahawa Pakatan tidak lagi wujud.

“Pimpinan PKR di semua peringkat tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah pendirian parti mengenai perkara ini dimuktamadkan,” katanya.

DAP sokong Azmin susun kerajaan negeri


KUALA LUMPUR, 16 JUN: Tanpa Pakatan Rakyat, kini DAP memberi sokongan kepada Menteri Besar Selangor Azmin Ali untuk merangka semula kerajaan negeri.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini berkata, parti itu berharap Azmin dapat merangka semula kerajaan negeri dengan muafakat baru berdasarkan Dasar Bersama Pakatan rakyat serta manifesto Pakatan Rakyat Selangor 2013.
azmin2“DAP akan berusaha ke arah sebuah muafakat baru yang berprinsip dan lebih bagi mengisi kelompangan politik serta mampu menyalakan semula harapan rakyat ke arah perubahan bagi menjadikan Impian Malaysia sebuah realiti, serta masa depan yang lebih baik untuk semua,” katanya.
Sebelum ini Guan Eng menjelaskan mesyuarat Jawatankuasa Pusat DAP malam tadi memutuskan Pakatan Rakyat sudah berkubur.
Siri pengkhianatan dilakukan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta keputusan muktamar parti itu memutuskan hubungan dengan DAP menjadi alasan untuk membuat keputusan berkenaan.
Guan Eng berkata, penerimaan pengundi Selangor terhadap Dasar Bersama Pakatan Rakyat membolehkan gabungan itu mendapat mandat lebih 60 peratus undi popular pada pilihan raya umum lalu.