Isnin, 15 Jun 2015

Putrajaya akui tiada kuasa paksa telco serap GST

Kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas perkhidmatan prabayar telefon bimbit tidak boleh dielak kerana Putrajaya tidak mempunyai kuasa memaksa syarikat telekomunikasi (telco) menyerap cukai kepenggunaan tersebut.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tiada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan ke atas syarikat telco supaya mereka menyerap GST. "Ia boleh kalau ada undang-undang memaksa ia boleh.

Tetapi bukan dalam kapasiti saya memaksa mana-mana syarikat menyerap GST," katanya di Dewan Rakyat semasa sesi pengulunggan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) hari ini.

 Malah, Shabery juga menegaskan tidak ada negara dalam dunia yang memperkenalkan GST boleh memaksa syarikat menyerap cukai tersebut.

"Misalnya, Mydin pernah kata akan menyerap GST, tetapi sebulan selepas itu, dia tidak akan serap lagi, apakah kita boleh ambil tindakan undang-undang?

 "Kita tidak ada peruntukan undang-undang untuk memaksa. Seluruh dunia tidak ada peruntukan untuk paksa mana-mana industri untuk menyerap GST," kata Shabery lagi.

DAP tidak sabar keluar pakatan kata Mohd Amar

Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU - Pemecatan Setiausaha Pas Pulau Pinang  sebagai pegawai penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, menunjukkan DAP sengaja mencari alasan untuk keluar daripada pakatan pembangkang, kata Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata tindakan itu menunjukkan DAP semakin tidak sabar untuk keluar daripada pakatan pembangkang dan memutuskan hubungan dengan Pas.

"Saya melihat secara politiknya tindakan yang dibuat oleh DAP selama ini adalah mencari alasan untuk keluar dari pakatan rakyat dan putus hubungan dengan Pas.

"Dari segi rentetan, dia (DAP) yang mula-mula isytihar putus hubungan dengan Pas di Sarawak, selepas itu putus hubungan dengan Pas di Sabah, selepas itu dia putus hubungan dengan Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut DAP-Pas yang semakin meruncing apabila Setiausaha Pas Pulau Pinang, Mohd Fadzil Kemi yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang telah diberhentikan kerja berkuat kuasa Jumaat lepas.

Mohd Amar berkata: "Dia (DAP) dah pecat kita kena terima dan tidak ada masalah (bagi Pas)".

Mufti Perlis sokong kenyataan TMJ

Tiada siapa boleh menafikan hak TMJ untuk bersuara bagi menyatakan pendapat walaupun baginda anak Sultan.
Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.
Beliau berkata, walaupun anak Sultan, TMJ tidak boleh dinafikan untuk bersuara bagi menyatakan pendapat demi kepentingan rakyat.
“Sebagai seorang yang hidup dalam negara ini, juga seorang anak Sultan, tiada siapa boleh menafikan hak beliau bersuara.
“Saya baru sahaja terbaca kenyataan beliau yang terakhir tentang teguran beliau, saya hormati,” katanya di laman Facebooknya.
Dr Asri atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Maza menegaskan setuju atau tidak itu soal kedua.
“TMJ ada hak untuk menyatakan pendapat dan bersuara. Apatah lagi jika apa yang disuarakan itu berfaedah untuk rakyat awam.
“Moga beliau terus berjuang untuk kepentingan awam.. Amin..,” katanya lagi.
TMJ telah membalas kritikan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa menteri bukan Tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur.
Baginda berkata, dirinya rela dicemuh kerana mempertahankan kebenaran daripada dipuja kerana menyokong kesalahan.
Kata baginda, menteri dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat dan sekiranya ada perkara tidak betul berlaku, rakyat berhak menyatakan pandangan.
Nazri sebelum ini memberi amaran kepada TMJ supaya tidak masuk campur hal ehwal politik selepas baginda mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak hadir dialog Nothing 2 Hide baru-baru ini.

1MDB: Saya tak yakin dengan jaminan PM kata Dr M

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa sangsinya berhubung penyelesaian badan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akhir tahun ini.

Katanya ketika ditemui pemberita dalam sebuah program di sini, hari ini, kemelut badan pelaburan tersebut akan berlarutan dan dijangka memakan masa yang lama sebelum menemui titik penyelesaian.

"Saya tak (tidak) yakin ‎isu (1MDB) boleh diselesai tahun ini. Pasal (sebab) benda itu (duit) hilang. Nak (mahu) selesai macam mana? Duit pun tak ada

"Tak apalah kalau dia nak selesaikan tahun ini.. Perkara yang tidak baik, kita ceritakanlah," bidasnya sinis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa isu 1MDB akan dapat diselesaikan sebelum akhir tahun ini.

Najib dikatakan berkata demikian ketika memberi penerangan kepada hampir 1,500 ketua Umno bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang semalam.

Kenyataannya itu diberitahu bekas Naib Ketua Umno Bahagian Bagan Datoh, Hasan Hamzah seperti yang dipetik sebagai berkata, 1MDB adalah entiti perniagaan dan semua transaksi perniagaan yang diterangkan oleh perdana menteri di majlis itu berbeza dengan apa yang dikatakan di media sosial atau pembangkang.

1MDB bayar bunga RM2.7 bilion setahun - Husni

KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan strategik 1Malayia Development Berhad (1MDB) membayar bunga berjumlah RM2.7 bilion setahun kepada bank untuk melunaskan hutang berjumlah RM42 bilion yang terkumpul sejak enam tahun lalu, menurut Kementerian Kewangan hari ini.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata sewaktu menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat hari ini.

“Jika jumlah hutang tersebut adalah RM42 bilion, jumlah bunga adalah RM2.4 bilion hingga RM2.7 bilion setahun,” katanya.

Hanipa mengemukakan soalan mengenai jumlah bunga yang perlu dibayar oleh 1MDB sebulan untuk melunaskan hutang yang ditanggung syarikat pelaburan strategik itu.

Najib tidak hadir jelas isu 1MDB semasa penggulungan Dewan Rakyat

Datuk Seri Najib Razak tidak hadir ke Dewan Rakyat untuk sesi penggulungan Kementerian Kewangan mengenai Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) pada ketika ahli Parlimen Pakatan Rakyat menanti untuk menyoal mengenai syarikat pelaburan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang menggantikan beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Husni semasa penggulungan memberi penerangan mengenai aset dan langkah penstrukturan melibatkan 1MDB, khususnya langkah untuk mencairkan aset bagi menampung hutang.

 Ahli Parlimen PAS Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menyindir Najib dengan bertanya mengapa "pahlawan Bugis" tidak hadir ke Dewan walhal mengatakan sebelum ini beliau tidak ada apa yang hendak disembunyikan.

 "Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan Kedua kerana berani, ini berbeza dengan pahlawan Bugis yang mengatakan 'nothing to hide'," kata Hanipa.

Sementara itu, beberapa ahli Parlimen PR lain juga aktif menanyakan soalan kepada Husni, termasuk wakil rakyat DAP Kluang Liew Chin Tong yang menyoal sama ada skandal 1MDB merupakan punca kejatuhan mata wang negara.

Sementara itu, ahli Parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tzin juga bangkit mempersoalkan beberapa isu mengenai transaksi melibatkan 1MDB, menggesa Husni menjawab dakwaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai skandal di Terengganu.

Raja Melayu tidak berpihak kepada parti politik, kata Sultan Pahang...Jadi Najib Berbohonglah...!!!

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bertitah Raja-raja Melayu tidak berpihak kepada anutan dan fahaman politik kepartian dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara.

Baginda bertitah Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri adalah bersifat berkecuali dalam kedua-dua urusan itu.

Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri hanya ingin memelihara kepentingan rakyat secara adil dan terhormat dan tidak berasaskan kepada musim-musim pilihan raya.

 "Beta mengimbas kembali pada kesempatan ini beberapa perkara untuk kita renungi. Pertama, Beta melafazkan persetujuan dengan apa yang disarankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong beberapa hari yang lalu agar semua rakyat mengamalkan politik yang tidak berlebihan.

"Amalan bersederhana dalam apa sahaja perkara wajarlah dijadikan pedoman sebab ia juga ajaran agama.

Apapun jika dilakukan secara keterlaluan boleh membawa bencana," titah baginda pada Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-238 pada 11 Jun semasa baginda mempengerusikan mesyuarat itu. Perutusan baginda dikeluarkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia pada hari ini kepada media rasmi.

Biar rakyat susah papa kedana ASALKAN PEMIMPIN2 UMNO HIDUP SELESA & KAYA RAYA...


Perghh bayar bunganya dah RM2.7 bilion !!!

Blom lagi pokoknya, batangnya, tangkainya, daunnya..

Rakyat JANGAN RISAU, kastam dah kutip hasil GSTLEBIH RM6,000,000,000 (RM6 BILION) setakat minggu lps.

Hanya Raja, Sultan yang perlu hati-hati ulas soal politik, pentadbiran kerajaan

Istana Negara-Jln Duta KL-Perdana Johor Youtube
Selain daripada Raja dan Sultan yang sedang bersemayam di atas takhta, semua kerabat Diraja boleh melontarkan pandangan secara terbuka mengenai hal ehwal politik, termasuk pemerintahan negeri atau negara.
KUALA LUMPUR, 15 Jun:
Hanya Sultan atau Raja yang sedang menduduki takhta terbabit dengan sekatan untuk mengulas secara terbuka mengenai hal ehwal politik, termasuk pemerintahan dan pentadbiran negara.
“Dari segi konsep raja berpelembagaan, hanya Raja yang mempunyai sekatan untuk mengulas, maksudnya Raja hanya boleh mengulas secara berhati-hati dan tidak di hadapan umum,” demikian dijelaskan pakar Perlembagaan dan Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz
Menurut beliau, dari sudut perundangan, Raja dan Sultan dikecualikan kerana kedudukan mereka adalah berbeza dari kerabat yang lain, iaitu pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran selaku Ketua negeri atau negara.
Selain daripada Raja atau Sultan sendiri, jelas Dr Shamrahayu, semua kerabat Diraja boleh melontarkan pandangan secara terbuka mengenai hal ehwal pemerintahan negeri atau negara.
“Yang tidak boleh komen pasal politik hanyalah Raja atau Sultan kerana kedudukannya adalah di atas (pemerintahan). Tetapi kalau bakal Raja atau Pemangku itu boleh,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Mengulas mengenai kenyataan segelintir pihak yang menafikan hak Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim untuk bersuara, Dr Shamrahayu menjelaskan perkara berkenaan adalah tidak tepat.
Jelasnya walaupun TMJ adalah dari kalangan kerabat Diraja, namun mengikut konsep Raja Berpelembagaan, TMJ hanya bakal Sultan dan dibolehkan untuk mengutarakan pendapat.
“Jika hujah yang mengatakan TMJ tidak boleh mengulas isu negara kerana baginda adalah dari Istana itu tidak betul kerana baginda bukan merupakan Sultan atau Raja.
“Kalau ikut perundangan, TMJ hanya bakal Raja, bukan pemerintah tertinggi, dan baginda buat ulasan atas kebimbangannya dan (baginda) tidak dikecualikan dari kebebasan bersuara,” katanya.

Impian Perak bantu Surau Kampung Bukit Jana


impian perak

TAIPING, 15 JUN: Selepas Kelantan, DAP hari ini terus melebarkan sayap kemanusiaannya dengan mengecat dan membaiki bangunan Surau Nurul Hidayah di Kampung Bukit Jana agar boleh digunakan menjelang Ramadan tidak berapa lama lagi.
Projek pemulihan surau uzur itu dilakukan melalui inisiatif Impian Perak telah diketuai pengerusinya, Dyana Sofya Mohd Daud dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming bersama beberapa sukarelawan.
Dyana berkata, menerusi kerja-kerja kebajikan begitu, ia jelas membuktikan DAP sentiasa mengambil berat segala masalah rakyat tanpa mengira kaum atau agama.
“Ini terbukti DAP ikhlas dalam membantu dan bekerja untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
“Ia juga satu langkah penting untuk membawa harapan baru kepada negara kita yang mempunyai masyarakat berbilang kaum,” kata Dyana.

Ariff Sabri: DAP memurtadkan Muslim? Mengarut!


ariff Sabri

KUALA LUMPUR, 14 JUN: Hanya orang sakit mental dan mempunyai agenda menakut-nakutkan Melayu tergamak menuduh DAP sebagai parti dikawal kumpulan evangelis dan ingin mengkristiankan orang Islam.
Ahli Parlimen Raub Datuk Ariff Sabri berkata DAP adalah parti sekular yang menghormati agama seseorang sebagai perkara peribadi.
Tambahnya, jika benar DAP memang ingin mengkristiankan orang Islam di Malaysia, pastilah ahli beragama Islam terlebih dahulu dijadikan bahan.
“Sebagai seorang Melayu dan Islam dalam DAP, saya jadi orang pertama untuk benar-benar tahu adakah DAP dikawal evangelis dan mahu menjadikan semua orang penganut Kristian atau tidak.
“Majoriti ahli DAP adalah penganut Buddha, dan beberapa orang yang saya kenal adalah free thinker. Jika mereka mahu mendakwah Melayu masuk Kristian, mereka akan melakukannya dengan baik untuk kristiankan ahli DAP terlebih dulu,” jelas Ariff lagi.

Luka ‘tusukan cai’ di hati Mazlan amat dalam


Mazlan Aliman


KUALA LUMPUR, 15 JUN: Satu-satunya pemimpin yang dilihat pro-Pakatan Rakyat (PR) dalam kepimpinan baru PAS Pusat, Mazlan Aliman hari ini mengambil keputusan meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta.
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) itu berkata, peletakan jawatannya sebagai AJK PAS Pusat adalah berpunca dari ketiadaan rakan di barisan kepimpinan parti yang kini didominasi golongan konservatif.
“Saya akui peletakan jawatan saya ini ada sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kekalahan yang dialami oleh rakan-rakan saya yang lain menjadikan ia luka dalam.
“Ia satu titik hitam selama 30 tahun saya berkecimpung dalam PAS,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.
Menurut bekas Ketua Pemuda PAS itu, beliau juga mahu menumpukan lebih banyak fokus kepada gerakan massa diasaskannya, ANAK.
Namun di sebalik peletakan jawatan itu, Mazlan berkata, beliau masih kekal sebagai ahli biasa PAS.
Pada pemilihan PAS bagi sesi 2015-2017 baru-baru ini, Mazlan mendapat sebanyak 593 undi dan berada ditangga ke 14 daripada 18 jawatan dalam pemilihan parti itu minggu lalu.

Saham FGV menjunam paling rendah dalam sejarah !!!


FAKTA:
1) Sebelum hari terkahir FGV digantung sehari & telah dikeluarkan dari Indeks Komposit, saham terakhir yg tinggal RM1.86..

2) Semasa hari penggantungan FGV, FGV telah MELABUR RM2.55 BILION kuasai 37 peratus syarikat ladang Indonesia..

3) Hari ini setelah MELABUR RM2.55 BILION & saham FGV diniagakan semula, SEKALI LAGI SAHAM FGV JATUH TERUS MERUDUM LAGI 21SEN & BERBAKI HANYA RM1.65 !!

APA DAH TINGGAL RM1.65 drpd asal RM5.39 ???

Bersyukurlah... Jgn marah silap2 tanah peneroka MELAYU Felda BAKAL TERGADAI.. Kalau tergadai sekalipun xper coz UMNO KAN PEMBELA & PEJUANG MELAYU 
Emotikon upset


PADAN MUKA KORANG YANG DEGIL TAK DENGAR KATA...

Tun M: Terserahlah apa mereka nak kata


Mahathir Mohamad 

SHAH ALAM  -  "Tak apalah.. Apa mereka nak kata, mereka katalah," demikian reaksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas mengenai dakwaan penyusutan nilai mata wang berlaku disebabkan oleh beliau.

Tersenyum ketika menjawab soalan, beliau jelas mempamerkan riak tenang dan tidak mudah melatah ketika ditanya soalan tersebut.

Dr Mahathir lebih senang mempamerkan reaksi 'tidak kisah' dengan apa yang diperkatakan oleh orang lain terhadapnya.

Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin ketika dihubungi wartawan Sinar Harian semalam mendakwa, ketidaktentuan iklim ekonomi negara kini dipengaruhi dengan iklim politik dalaman yang tidak stabil, sekali gus menyumbang penyusutan mata wang ringgit.

Dr Amir berkata, pelabur luar akan lebih berwaspada untuk melabur apabila melihat politik negara yang tidak menentu terutamanya isu di antara bekas perdana menteri dan Najib.‎

Hudud: Nazri serlah sikap dolak dalik Umno - Mahfuz



KUALA LUMPUR: Rakyat khususnya orang Melayu Islam melihat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz sama sahaja seperti Datuk Seri Najib Razak hanya tahu beretorik dan melaung slogan indah demi menyaingi perjuangan PAS untuk memartabatkan Islam.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian merujuk kenyataan Nazri bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang perlu mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan Rang Undang-Undang Persendirian yang berkaitan dengan pelaksanaan hudud dapat dibahaskan di Parlimen.
"Sungguh menghairankan saya apabila melihat dolak-dalik pemimpin Umno dalam hal ini," ujarnya dalam satu kenyataan.
Pada satu sisi, katanya Umno mendakwa ingin memartabatkan Islam di tanah air, tetapi pada sisi yang lain mereka mencari 1001 alasan untuk mengelak daripada melaksanakan tanggungjawab mereka.
Tambahnya, umum mengetahui Umno BN adalah parti pemerintah di peringkat kerajaan persekutuan sedangkan PAS adalah parti pembangkang.
Beliau berkata, tanggungjawab kerajaan pimpinan Umnolah yang sepatutnya mengangkat martabat Mahkamah Syariah sepertimana yang terkandung dalam cadangan pindaaan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang.

Nazri Aziz Silap Besar, Jawatan Kabinetnya Sedang Terancam

Tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz mengkritik Tuanku Mahkota Johor dengan cara yang dianggap kasar lantaran terlalu ghairah ingin mempertahankan Najib Razak yang sedang diserang dari pelbagai sudut, kini semakin hampir mengundang malang kepada dirinya.

Beliau bukan saja bakal berhadapan dengan siasatan pihak polis, bahkan juga mulai menerima kecaman yang semakin meluas daripada pelbagai pihak.

Pemimpin politik, NGO dan rakyat biasa, tidak saja daripada Johor tetapi nampaknya di seluruh negara turut mengecam tindakan Nazri yang dianggap tidak sopan terhadap teguran baik daripada golongan diraja itu.

Difahamkan juga suatu perhimpunan mengecam tindakan Nazri sambil menyatakan sokongan terhadap TMJ juga bakal diadakan petang esok di hadapan Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Dengan ini, tentulah Nazri akan menerima kesan penolakan yang lebih meluas daripada pelbagai lapisan masyarakat, tambahan pula beberapa kenyataan dan tindakannya sebelum ini turut membuatkan beliau merupakan antara menteri yang memang menjadi sasaran kebencian ramai.

Sebenarnya sebelum Nazri, seorang lagi pemimpin UMNO iaitu Tajuddin Abdul Rahman, turut mengulas kritikan TMJ mengenai ketidakhadiran Najib dalam forum Nothing2Hide pada 5 Jun lalu, tetapi ia masih dibuat dalam nada yang sopan.

Lantaran itu, reaksi Tajuddin yang mengatakan kritikan TMJ itu hanya menunjukkan seorang saja kerabat diraja yang dilihat tidak menyokong Najib berbanding kerabat  lain yang mungkin memberi sokongan, ia sebaliknya tidak mengundang respon yang berterusan.

Berbeza dengan Nazri,  selain mengingatkan TMJ agar menjauhi politik, perkataan "belasah" yang digunakannya dilihat kasar, keterlaluan dan mempunyai ciri-ciri sombong yang nyata. Perkataan itu, jika diucapkan oleh seorang pemimpin terhadap rakyat marhaen paling miskin sekali pun akan dianggap  jelek dan sombong, apatah lagi kiranya ditujukan kepada TMJ yang merupakan bakal Sultan negeri Johor.

Mujahid: Letak jawatan, jangan tunggu surat pemecatan

Pemimpin progresif PAS Datuk Dr Mujahid Yusof hari ini mengingatkan anggota parti yang memegang jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang supaya tidak perlu menunggu surat pemecatan untuk melepaskan jawatan.

MP Parit Buntar itu menegaskan anggota parti perlu berpegang teguh dengan prinsip dan meletakkan jawatan mereka tanpa berlengah-lengah lagi.

"Keputusan yang dibuat dalam muktamar minggu lalu sudah cukup jelas.

“Jika ada sebarang perbincangan, ia sepatutnya menjadi cara untuk melaksanakan keputusan dan bukan membatal atau mengubahnya," katanya kepada Malaysiakini.

"Saya tidak ada masalah dengan kerajaan negeri atau dengan DAP sebelum saya meletakkan jawatan. Saya perlu mengikut kepada keputusan parti saya.

Patutkah pengarah menerima kenaikan gaji ketika syarikat kerugian?

oleh Dinesh Immanuel
PETALING JAYA: Syarikat yang tersenarai di bursa saham terus memberikan barisan pengarahnya imbuhan besar walaupun syarikat kerugian. Walaupun ada yang memotong bayaran kerana kerugian, terdapat juga yang meningkatkan imbuhan barisan pengarahnya.
Kebanyakan syarikat membayar pekerja mereka berdasarkan prestasi. Peningkatan kemampuan kewangan selalunya bermakna imbuhan yang lebih besar dalam bentuk kenaikan gaji dan bonus.
Tidakkah perkara ini juga patut dikenakan kepada barisan pengarah syarikat yang bertanggungjawab kepada pemegang saham?
Laporan terbaru oleh Incomes Data Services of the UK menunjukkan FTSE    (Financial Times Stock Exchange) 100 CEO menerima kenaikan gaji sebanyak 21% sepanjang tahun lepas. Apabila imbuhan pengarah sebanyak itu boleh dijustifikasikan bagi syarikat yang cemerlang dan mempunyai kewangan kukuh, bukankah ia juga patut dilaksanakan kepada syarikat yang mengalami kerugian?
Dalam senarai Focus tersebut, kami mengesan 50 syarikat yang mengalami kerugian dan jumlah imbuhan kepada barisan pengarahnya. Matlamat kami ialah untuk mendedahkan banyak mana imbuhan diterima oleh pengarah mempunyai kaitan dengan prestasi syarikat mereka. Sembilan syarikat dalam senarai kami yang terdapat dalam Gambarajah 2, kerana kami ingin mendedahkan syarikat yang tidak mengambil inisiatif mengurangkan imbuhan atau mengurangkan besar-besaran jumlah bayaran yang diterima oleh barisan pengarah supaya selari dengan prestasi kewangan mereka yang lemah.
Jumlah aset pasaran 50 syarikat dalam senarai kami ialah sebanyak RM 7.86 bilion. Dengan cap pasaran RM 1.46 bilion, Shell Refining Company (FOM) Bhd ialah syarikat terbesar dan Tatt Giap Group Bhd ialah syarikat terkecil (cap pasaran: RM 19.87 juta). Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM), yang dikawal oleh Permodalan Nasional Bhd, ialah salah satu daripada dua syarikat berkaitan kerajaan dalam senarai kami. Sebuah lagi ialah TH Heavy Engineering Bhd yang dikawal oleh dana haji, Lembaga Tabung Haji.

Belasah TMJ: Zahid enggan ulas siasatan terhadap Nazri

PAC Terkejut Dengan Laporan Audit

1MDB: Laporan Interim Siap Akhir Jun

Are Ministers Untouchables?

Usul bincang nasib pekerja MAS ditolak!

PasMa tidak akan beri kesan kepada PAS - Nik Abduh

Hanipa: Saya masih ahli PAS, tak sertai PasMa

Tak perlu pecat, keahlian PAS lucut jika ahli sertai PasMa

Mahathir tak yakin isu 1MDB boleh selesai hujung tahun

Terpecat Kerana Usul: Salleh Man tidak tahu pemecatan Mohd Fadzil


Salleh Man: Saya tetap bersama Pas 

KEPALA BATAS - Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang tidak mengetahui mengenai pemecatan Setiausaha Pas Pulau Pinang, Mohd Fadzil Kemi sebagai pegawai penerangan kepada pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Jumaat lalu.

Adun Permatang Pasir, Datuk Salleh Man Mat Aji berkata, beliau tidak mengetahui mengenainya atau perkembangan yang berlaku di negeri ini kerana baru kembali dari Tanah Suci.

"Saya tidak tahu apa-apa dan tiada maklumat mengenainya," katanya ringkas ketika diminta mengulas tindakan terkini kerajaan negeri terhadap ahli Pas Pulau Pinang berikutan kemelut yang berlaku antara kedua-dua parti dalam PR.

Beliau yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, juga tidak pasti punca di sebalik tindakan itu.

"Saya tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku tetapi mungkin kerajaan negeri ada alasan tertentu di sebaliknya tindakan itu," katanya  kepada media selepas menghadiri program Nur Ramadan anjuran Zakat Pulau Pinang di Dewan Milenium di sini semalam.    

Sinar Online semalam melaporkan Mohd Fadzil mengesahkan menerima surat pemecatan itu 12 Jun lalu.

Adun PAS Selangor gesa kukuhkan Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Pertemuan Ahli-Ahli Dewan Negeri PAS dari Selangor hari ini menggesa agar usaha-usaha dilakukan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.
Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata ia selaras dengan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 lalu yang menegaskan bahawa PAS komited terhadap Pakatan Rakyat.
"Di dalam satu pertemuan di Shah Alam, kami bersetuju agar semua pihak mesti berusaha untuk memulihkan hubungan di dalam pakatan tersebut.
"Walaupun terdapat banyak cabaran tetapi kami yakin ketiga-tiga parti berupaya menangani sebarang masalah yang timbul dengan bijaksana melalui perundingan," ujarnya dalam satu kenyataan.
PAS negeri juga, ujar beliau menggesa agar hubungan di peringkat akar umbi dijalin dan diperkukuhkan.
"Negara kita sedang berhadapan dengan pelbagai krisis dan rakyat semakin tertekan akibat kos sara hidup yang meningkat," katanya yang juga exco kerajaan negeri.
Tambahnya, Pakatan Rakyat merupakan sinar harapan bagi rakyat dan keyakinan yang telah diberikan oleh mereka selama ini tidak seharusnya disia-siakan.

Perang mulut Dr M-Najib semakin lapuk- dan rakyat sudah penat!

oleh V Shuman
Baru-baru ini sekali lagi Dr Mahathir Mohamad mengulangi desakan supaya penggantinya Perdana Menteri Najib Razak berundur, mengatakan yang Najib perlu berbuat demikan untuk membenarkan penyiasatan penuh dilakukan ke atas RM 42 bilion yang dipinjam oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam catatan blog terbarunya, Mahathir berkata selagi mana Najib terus berkuasa, tiada siasatan boleh dilakukan.
“Malah kita sendiri menyaksikan yang laporan kepada polis tentang 1MDB dan Jho Low tidak di siasat, malah orang yang melakukan laporan itu diistiharkan muflis, rumahnya dirampas dan dijual, malah si pengadu itu disiasat atas dakwaan pelaburan wang haram dan pembiayaan pengganas.”
Dia merujuk kepada Khairuddin Abu Hassan, bekas timbalan ketua bahagian Umno Batu Kawan, yang merupakan orang Umno pertama yang bersuara dan membuat laporan polis menentang 1MDB.
Tidak mengejutkan, tiada tindakan yang diambil setakat ini kepada laporannya, dan banyak lagi laporan yang dilakukan olen pihak pembangkang mengenai 1MDB.
“Jika tiada unsur jenayah dikesan dan semua duit ini dikembalikan, Najib boleh kembali memegang jawatan perdana menteri dan mengetuai BN dalam pilihanraya akan datang,” kata Mahathir.
Mengakui yang dia merupakan dalang kepada “krisis” ( seperti dakwaan Najib dalam catatan blog terbarunya), Mahathir berkata itu terjadi kerana wujud ketakutan dalam negara ini.
Dia berkata tindakannya menyuarakan penentangan kepada Najib di sebabkan oleh “ramai orang yang mengetahui jumlah duit berbilion oleh 1MDB”, tetapi takut dikenakan tindakan oleh kerajaan, sekiranya mereka berani bersuara menentangnya.

Terpecat kerana Usul: Setiausaha PAS Pulau Pinang pertimbang saman kerajaan negeri

Setiausaha PAS Pulau Pinang Mohd Fadzil Kemi yang ditamatkan perkhidmatan dalam pentadbiran kerajaan negeri berkuat kuasa Jumaat lepas, sedang mempertimbang tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri pimpinan DAP.

Mohd Fadzil yang sebelum ini memegang jawatan Pegawai Penerangan gred 41 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata beliau sedang berbincang dengan peguam tentang notis pemberhentian perkhidmatan yang diterima Jumaat lepas.

Katanya, beliau turut membawa perkara itu kepada perhatian pemimpin PAS pusat dan sedang menunggu maklum balas mereka sebelum mengambil sebarang tindakan.

 "Peguam saya masih meneliti kes ini dan saya akan membuat pengumuman sekiranya membuat keputusan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi melalui WhatsApp di George Town hari ini.

Notis pemberhentian bertarikh 12 Jun dengan bayaran satu bulan gaji daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu dihantar dengan tangan kepada Mohd Fadzil yang juga ahli lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang.

Amirudin pula tolak jawatan pesuruhjaya PAS Kedah

Selepas Mazlan Aliman melepaskan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, seorang lagi pemimpin Datuk Amirudin Hamzah menolak jawatankuasa pesuruhjaya Kedah yang ditawarkan kepadanya.
Menurut sumber, Amirudin sudah menghantar surat memaklumkan perkara itu kepada Ibu Pejabat PAS yang beliau tidak menerima tawaran itu.
Amirudin yang juga bekas AJK PAS Pusat sejak beberapa penggal lalu turut tewas dalam pemilihan baru-baru ini apabila perwakilan hanya memilih calon dalam 'cai' kumpulan konservatif.

Lidah rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan, mesyuarat pertama AJK Pusat yang baharu melantik Amirudin sebagai pesuruhjaya Kedah menggantikan Datuk Mahfuz Omar. Amirudin mendapat perhatian apabila sedia bertanding merebut jawatan yang dipertua PAS Kuala Kedah melawan presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Namun Phahrolrazi tidak mempertahankan jawatannya yang dipegang sejak sekian lama itu menyebakan Amirudin menang tanpa bertanding.

Mufti Perlis ingatkan pemimpin tidak timbulkan kemurkaan Tuhan

Pemimpin diminta menyemak apa yang mereka, anak dan isteri telah lakukan supaya tidak menimbulkaan kemurkaan Tuhan.
Mohd Asri Zainul Abidin
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan kepemimpinan negara supaya menginsafi kejadian malapetaka dan tragedi di negara ini sebagai peringatan daripada Tuhan.
Katanya, kejadian seperti banjir besar, kehilangan kapal terbang, helikopter terhempas, dan gempa bumi seakan-akan membuktikan Tuhan mencabut kenikmatan yang telah lama dikecapi di negara ini.
Katanya, pemimpin perlu menyemak apa yang mereka, anak dan isteri telah lakukan supaya tidak menimbulkan kemurkaan Tuhan sama ada di laut, daratan atau udara.
“Tiga kapal terbang menjadi tragedi, banjir paling besar melanda negara, helikopter terhempas dalam dan luar negara, gempa bumi dahsyat berlaku dan kini kapal laut kita pula menjadi mangsa. Ditambah pula dengan krisis 1MDB, kejatuhan mata wang dan lain-lain.
“Seakan daratan, udara dan lautan tidak serasi dengan kita. Bagaikan diberi tanda bahawa keberkatan mula dicabut satu persatu dari negara tercinta,” tulisnya di blog, drmaza.com.
Dr. Asri turut memberikan contoh pentadbiran khalifah-khalifah soleh terdahulu yang mendapat keberkatan dan Tuhan mengurniakan bumi yang menjadi subur, rakyat menjadi makmur dan kedamaian terpelihara.
Beliau seterusnya menyeru rakyat di negara ini agar sentiasa berdoa bagi mendapatkan kesejahteraan dan negara terpelihara.

Berbalas serangan tak selesai kejatuhan ringgit

KUALA LUMPUR - Sikap menuding jari pimpinan Umno ke arah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyelesaikan masalah kejatuhan mata wang negara.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan krisis kewangan negara itu perlu mengambil kira realiti ekonomi dunia dan bukannya akibat serangan negarawan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata.

"Saya nampak sekarang ini dalam Umno, dia ambil jalan pintas, semuanya dilonggokkan sebagai salah Tun M sekarang, sepertimana dulu semua salah Anwar.

"Kalau kita nak selesaikan masalah kejatuhan mata wang, kita kena lebih objektif apa faktor-faktor utama, ada sebab di luar kawalan kita, iaitu yang berlaku di Amerika Syarikat," katanya kepada Sinar Online, di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Kejatuhan mata wang negara ke paras terendah iaitu RM3.77 semalam dipercayai berpunca daripada serangan bertalu-talu Dr Mahathir terhadap masalah kewangan 1MDB menguruskan dana sebanyak RM42 bilion hingga mengheret Najib dalam kemelut tersebut.

Sebelum ini juga pemimpin tertinggi Umno turut meminta Dr Mahathir daripada terus menyerang Perdana Menteri kerana ia dikhuatiri akan menjejaskan ekonomi negara.

DAULAT TUANKU MAHKOTA JOHOR...


Pemimpin rakyat seperti inilah yang rakyat mahu dalam sebuah kehidupan yang mencabar lagi tertekan di bawah KERAjaan UMNO/BN..

Harap pemimpin2 UMNO sedar diri dan insaf dan jangan terlalu berlagak sombong dan angkuh bila kamu diberi jawatan dan kekayaan. Sebab akhirnya rakyat bawahan yang akan menentukan siapa kamu.

BUKANNYA CAKAP BERBAU UGUTAN NAK 'belasah'.. Ingat negara ni 'SAMSENG' yg punya ka !!!


I don’t obey puppet-masters, TMJ fires back

The Crown Prince of Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim tells off Tourism and Culture Minister Nazri Abdul Aziz in a lengthy message.
nazri-aziz_tmj_600
JOHOR BAHRU: The Crown Prince of Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim has this time fired a lengthier salvo in the current spat of sorts raging between him and Tourism and Culture Minister Nazri Abdul Aziz, in the form of a post on the Johor Southern Tigers Facebook page.
“You are a minister, not a God from the heavens who lords over everybody,” said Tunku Ismail in his post entitled ‘Message for Malaysians’, an apparent jab at Nazri, who is only named in the post as ‘a minister’.
“Do not think that the people of this country exist to provide you with position and wealth. The position exists for you to serve the people.”
Tunku Ismail, popularly known as TMJ (Tunku Mahkota Johor), had earlier criticised prime minister Najib Razak for not turning up at the Nothing2Hide forum in Kuala Lumpur this month.
Nazri had responded to that with an implied threat at a press conference at the University of Malaya last Saturday.
“If you hold an important post as royalty in the state, and if you start to say things, if then we (the government) hit you back, don’t get angry,” he had said.
“I think he should keep out of politics, otherwise he may be subjected to the same rule. We will whack him.”

Orang kata muka Zuraida macam hantu – Bung Mokhtar

Bung Moktar mempertahankan teguran bahawa Zuraida terlalu ganas dan kesian terhadap suami Zuraida yang dibuat pada 9 Jun lalu.
bung-moktar-zuraida
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan kenyataan seksi di Parlimen.
Kali ini, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamarudin menjadi ‘mangsanya’.
Dalam persidangan Parlimen pada Isnin, Bung berkata, wajah Zuraida menyerupai hantu, seperti yang didakwa di laman sosial.
“Ada orang cakap di laman sosial wajah Zuraida macam ‘mak lampir’,” katanya ketika berhujah mempertahankan teguran yang dibuat terhadap Zuraida pada 9 Jun lalu.
Dalam sidang Parlimen 9 Jun lalu, Bung menegur Zuraida kerana dikatakan membuat ucapan yang terlalu ganas.
“Saya bimbang, saya tengok laki dia di rumah takut macam ini keadaan”, kata Bung.
Mempertahankan kenyataan itu, Bung berkata, dia ikhlas menegur kerana kesian terhadap suami Zuraida yang menderita dengan perangai Ahli Parlimen Ampang itu.

Zuraida kesal Bung Mokhtar terus hina kaum wanita

Zuraida Kamaruddin KUALA LUMPUR -  Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin (PKR) menyatakan kekesalan beliau terhadap kenyataan ‎ Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar di Dewan Rakyat yang disifatkannya sebagai menghina kaum wanita.

Zuraida berkata beliau bertambah kesal apabila beliau tidak mendapat layanan yang sewajarnya daripada Speaker Dewan Rakyat  walaupun, Bung secara jelas mengeluarkan kenyataan yang berbentuk seksis.

Bung pada 9 Jun di Persidangan Dewan Rakyat sewaktu berbahas telah mengeluarkan kenyataan: "Saya bimbang, saya tengok laki dia di rumah takut macam ini keadaan".

Menurut Zuraida, kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan itu amat tidak wajar.

"....ia secara tidak langsung telah menyalahi peraturan mesyuarat Dewan Rakyat 37(4) kerana telah menyentuh peribadi dan mengeluarkan kenyataan bersifat seksis," ujar beliau dalam sidang medianya di Lobi Parlimen hari ini.

Kisah 9 Jun lalu tidak lagi berkesudahan apabila Zuraida membangkitkan isu tersebut di Parlimen pada hari ini dan Bung sekali lagi mempertahankan tindakannya, bahkan menyatakan bahawa ia merupakan suatu bentuk teguran kerana ucapan Zuraida terlalu ganas baginya.

'Masjid DAP' hanya cadangan spontan

Sebuah masjid yang dilaporkan akan dibina DAP di Kelantan sebenarnya cuma cadangan yang terhasil daripada reaksi spontan salah seorang pemimpin mereka, kata Setiausaha Gabungan Impian Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir hari ini.

Mengulas laporan Malaysiakini Sabtu lalu, Rosli Allani (gambar) berkata, kenyataan itu adalah tawaran daripada Koordinator Projek Impian Kelantan, Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban semasa program penyerahan rumah mangsa banjir di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang.

Katanya, kenyataan Loke itu dibuat selepas mendengar sendiri kata-kata daripada imam di kampung berkenaan yang mengadu masalah masjid mereka perlu dibaik pulih.

"Malah ulasan seterusnya daripada Loke, ia bergantung kepada penerimaan masyarakat setempat dan persoalan hukum yang mungkin timbul sekiranya tawaran itu diterima.

"Ia menunjukkan sensitiviti yang cuba dijaga oleh DAP yang ingin menekankan bahawa bantuan kemanusiaan itu diberikan merentasi sempadan politik dan apa jua pemisah yang boleh ditimbulkan," katanya.

Azizah: Perlu semak kerjasama Pakatan


Wujud keperluan mendesak untuk menyemak bentuk kerjasama Pakatan Rakyat susulan masalah dalaman yang melanda, kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

"PKR mengakui bahawa wujudnya masalah dalam Pakatan Rakyat yang memerlukan perhatian segera para pimpinan untuk menangani masalah ini dengan penuh bijaksana.

"Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Pakatan dalam perjuangan menuntut perubahan.

"Isu-isu bersama yang menuntut reformasi ekonomi dan pendidikan, pembanterasan gejala rasuah dan salah guna kuasa serta menentang kezaliman Umno-BN harus diperjuangkan terus," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan di saat hubungan PAS-DAP semakin meruncing. Semua ini susulan muktamar PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Wan Azizah yang juga ketua pembangkang mengemukakan model pentadbiran Selangor sebagai bukti kejayaan kerana berpegang kepada dasar bersama Pakatan.

Cara baru kerajaan Umno@Bn kutip duit dari penjawat awam

Putrajaya akan meminda tiga undang-undang bagi memaksa hakim, pegawai polis berpangkat rendah dan pegawai tentera untuk membayar hutang kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.

Apabila diluluskan, Akta Polis yang dipinda dikatakan akan membenarkan kerajaan memindahkan bayaran dan elaun pegawai polis pangkat rendah ke lembaga itu.

Bagi tentera dan hakim pula, ganjaran atau pendapatan kerajaan mereka akan digunakan untuk tujuan sama

Ketiga-tiga rang undang-undang itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketika minggu ini.

Dalam sidang media di lobi parlimen hari ini, anggota parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata undang-undang baru itu akan membolehkan Putrajaya mengutip wang tanpa kebenaran penghutang.

Beliau juga mendakwa kerajaan sengaja menyasarkan kumpulan pegawai rendah dan pesara.

“Kita tidak tahu berapa banyak pendapatan kerajaan boleh ambil daripada mereka,” katanya.

“Ia buatkan kerajaan nampak terdesak sangat mahu duit sehingga menyasarkan kumpulan penjawat awam paling miskin.”

Wong mahu Putrajaya menarik balik rang undang-undang itu kerana anggota Dewan Rakyat perlu mengkajinya dahulu dan membahaskan dengan terperinci.

Sidang Dewan Rakyat bagi sesi ini akan berakhir Khamis ini.

MP DAP panggil Dr M saksi saman Najib

Anggota parlimen Taiping Nga Kor Ming berkata beliau akan menyenaraikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai saksinya dalam kes saman perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Wakil rakyat DAP itu berkata langkah itu diambil susulan kenyataan hampir sama di blognya berkaitan aduan orang ramai bahawa Rosmah berlagak seperti perdana menteri.

“Kenapa saman saya saya tetapi tak saman Mahathir?

“Saya akan panggil Mahathir ke mahkamah sebagai saksi,” kata Nga kepada Malaysiakini.

The Star Online hari ini melaporkan bahawa Najib dan Rosmah memfailkan saman terhadap Nga, ketua DAP Petak, atas dakwaan memfitnah mereka di Facebook.

Peguam mereka Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata salinan tuntutan yang difailkan minggu lalu itu akan diserahkan kepada Nga segera.

Mengulas kes itu, Nga mencabar Najib dan Rosmah tidak mengelak daripada prosiding mahkamah.

“Saya cabar Najib dan Rosmah, datang ke mahkamah, berdepan-depan pertahankan kamu,” katanya.

Tengku Mahkota: Kamu hanya menteri, bukan tuhan

Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda.

Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri.

Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur.

Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat.

Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia.

Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.

Bertanggungjawab pada Allah

Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing.

Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur.

Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka.

Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.

Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang.

Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Bukan tumbangkan kerajaan

Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.

Abu Bekir Taib: Ya, kekayaan saya RM1.185 bilion

Gugur Keahlian Jika Sertai Parti Lain - SUA PAS

Mazlan Patut Hormat Undi Perwakilan - SUA PAS

PECAH REKOD LAGI !!!.. JATUH LAGI 18SEN !!!..

Bersyukurlah... Jgn marah silap2 tanah peneroka MELAYU Felda BAKAL TERGADAI.. Kalau tergadai sekalipun xper coz UMNO KAN PEMBELA & PEJUANG MELAYU 

Emotikon upset

HAKIKATNYA... Ada keluar kat tv & berita2 di M'sia ke tak berita saham FGV semakin MENJUNAM JATUH KE PARAS PALING TERUK DALAM SEJARAH !!! Asal beli RM5.39, dah tinggal RM1.68 ajer..

TAK MUSTAHIL.. FGV kan menerima nasib yg sama spt SAHAM MAS di mana MAS telah dinyahsenaraikan dari Bursa Saham baru2 ini kerana harga saham terakhir telah jatuh lebih separuh drpd harga asal saham mula2 diniagakan... Kalau MAS bangkrap, 6,000 staf MAS dipecat.. Klu FGV bangkrap, apa akan terjadi pada tanah2 peneroka ??? SENDIRI MAU INGAT LER !!!

KENAPA Menteri DAM masih berdegil cerita GST-topup !!!


BUKANKAH Najib dah warning & suruh Menteri DAM tutup mulut mengenai GST-topup.. Biar aja Menteri BEBUIH ambil alih citer GST-topup.

Dulu sibuk jaja citer GST-topup..
Sekarang sibuk jaja citer plok nasi goreng GST..

Dah meroyan agaknya xdpt ulas GST-topup yer. 

Mazlan Aliman umum lepas jawatan AJK PAS Pusat

DESK " The real insult is UMNO who do nothing on mosque "

Allow 1MDB live broadcast, Pandikar urged

Tok Pa: Cadangan DAP bina masjid satu 'penghinaan'

‘Puji Mahathir dan Najib nilai ringgit akan naik?’


Zuraida berang Bung kata mukanya macam 'mak lampir'

Keluar parti: Tidak jejaskan Pas - PJ N9

Keluar parti: Tidak jejaskan Pas 
SEREMBAN - Tindakan 12 pemimpin dan ahli Pas Kawasan Jelebu membuat keputusan keluar parti, tidak memberi kesan buruk kepada Pas Negeri Sembilan.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mustaffa Daharun berkata, pihaknya sudah mengetahui perkara itu sebelum kesemua pemimpin dan ahli terbabit mengumumkan keluar parti secara rasmi, Jumaat lalu.

"Kita teruskan perjuangan parti walaupun diganggu berita ahli keluar parti.

"Bagaimanapun, kita akan meneliti perkara ini dan mengkaji punca masalah sebelum sebarang keputusan dan tindakan diambil,” katanya.

Beliau berkata, Pas Negeri Sembilan mengadakan pertemuan tertutup malam tadi, membincangkan isu itu.

Katanya, pertemuan di Markas Pas Seremban itu dilakukan secara tertutup membabitkan beberapa pemimpin parti, selepas selesai Majlis Sambutan Ambang Ramadan dihadiri Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.

APA DAH JADI dgn laungan meroyan keramat "KETUANAN MELAYU" di PWTC !!!


KENAPA MP2 Johor terus membisu & buta di atas sikap kurang ajar, biadap rakan sejawatannya Nazri Aziz terhadap institusi Diraja Johor amnya & TMJ khususnya..


MANA SUARA lantang 'menteri konfius' Pengerang yg sinonim tonjol 'kejantanannya' di Parlimen !!!

Semua sudah mati ka ??? atau akur dgn boss Pahlawan Bugis-UMNO...

Kit Siang: Susun semula kuasa politik negara


SUFI8412


GUA MUSANG, 15 JUN: Telah tiba masanya untuk kuasa politik di negara ini disusun semula supaya harapan rakyat dapat terus hidup, kata Lim Kit Siang.
Menurut Ketua Parlimen DAP itu, penyusunan semula berkenaan penting dilakukan ketika Pakatan Rakyat sudah berkubur apabila PAS dalam muktamarnya baru-baru ini memutuskan hubungan dengan DAP.
“Pakatan telah sampai ke hujung jalan apabila muktamar PAS putuskan hubungan dengan DAP.
“Cabaran terbesar sedang dihadapi rakyat Malaysia yang komited kepada perubahan politik adalah menyalakan semula harapan bahawa perubahan politik dalam pilihan raya akan datang masih dapat dijangkau walaupun Pakatan Rakyat tidak lagi wujud,” katanya.
Tambah beliau, penyusunan semula kuasa politik dalam negara itu nanti mestilah berdasarkan agenda besar iaitu “perpaduan seluruh rakyat Malaysia, keadilan dan kemakmuran”
Merujuk Sasterawan Negara A. Samad Said yang baru saja menjadi ahli DAP, Kit Siang mengatakan keputusan tokoh besar persuratan Melayu itu adalah sebuah langkah menghidupkan semula harapan seluruh rakyat Malaysia.

Mazlan Aliman letak jawatan AJK Pusat PAS

Mazlan Aliman, satu-satunya calon pro-Pakatan Rakyat yang terpilih sebagai ahli Jawatankuasa PAS meletak jawatan tersebut serta merta hari ini.

Bagaimanapun beliau tetap akan bersama PAS sebagai anggota parti.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat parti itu, Mazlan berkata beliau meletakkan jawatan itu kerana mahu memberikan tumpuan kepada NGO Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diketuainya.

Beliau yang sebelum ini mempertimbangkan akan meletakkan jawatannya itu, mendapat sebanyak 593 undi dan berada ditangga ke 14 daripada 18 jawatan dalam pemilihan parti itu minggu lalu.

Menurutnya lagi, beliau turut terkesan dengan krisis yang dihadapi PAS pada ketika ini yang dianggapnya sangat mencabar dan memerlukan kesabaran tinggi.

Sebagai pemantau kepada kegiatan Felda, Mazlan turut sedih apabila ramai rakan seperjuangannya tewas dalam pemilihan yang menyaksikan kumpulan proulama menyapu bersih jawatan dalam kepimpinan parti.

Umno, Pas patut sahut penghinaan DAP...

Oleh Mohd Sayuti Omar

Kesediaan DAP untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk Kampung Pasir Tumbuh, Gua Musang bagi memperbaiki masjid kampung itu yang rosak akibat banjir tidak disenangi oleh Umno Kelantan dan saya percaya sebahagian entiti Melayu lain yang sangat prejudis kepada parti Cina itu juga bersikap demikian.
Mohd Sobree presiden Cakna UT.. hubungi beliau...
Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed menyifatkan tawaran DAP itu sebagai satu penghinaan kepada umat Islam dan ia seolah semacam menafikan pembinaan puluhan ribu masjid oleh kerajaan?
Kita memahami kenapa Mustapa berasa demikian kerana DAP adalah sebuah parti chauvenis Cina yang tidak sepatutnya melibatkan diri dalam kebajikan seperti itu.
Bagi Mustapa dan yang lain juga, mungkin berasakan DAP tidak pantas menghulur bantuan untuk membina rumah ibadat orang Islam kerana mereka majoritinya bukan beragama Islam. Dari satu segi pandangan Mustapa itu benar, tetapi dari segi lain ia agak bersifat rasis dan nampak sombong.
DAP memang sebuah parti yang dimonopoli orang Cina. Perjuagan dan idelogi parti itu ialah sosialis. Dia bukan parti berasaskan prinsip dan konsep Islam seperti Pas. Dari satu segi perjuangan DAP sama sahaja darjat dengan perjuangan Umno yang beridealogikan nasionalis, Melayu. Keduanya berpegang kepada keduniaan, semangat.
Plak projek tertanda di kampung Pasir Tumbuh.
Mungkin kalau Mustapa atau orang Islam lain berasakan wang daripada DAP itu haram kerana konsep partinya demikian, apa halnya dengan wang daripada Umno? Apakah wang daripada Umno dijamin kesucian dan kebersihannya? Apakah ada satu piawai khas untuk menentukan perkara ini. Umum tahu dari mana sumber kewangan yang diperolehi oleh Umno dan juga kerajaan sendiri. Sistem perakunan kerajaan Malaysia tidak ada pemisahan akaun halal dan haram.
Sekiranya wang Umno dikatakan bersih kerana ia dianggotai oleh orang Melayu, ia satu kesilapan besar. Sebab dalam Umno juga ada orang bukan Melayu dan tidak beragama Islam. Sebaliknya, di dalam DAP ada juga oang Melayu beragama Islam. Terbarunya ialah ialah A Samad Said. Kalau kondisi ini dijadikan alasan, maka kedudukan Umno dan DAP sama sahaja.
Berbalik kepada hasrat DAP untuk membantu pembaikpulihan masjid di kampung Pasir Tumbuh itu, Mustapa sepatutnya tidak perlu merasa terhina dan tercabar begitu rupa dengan cadangan DAP itu. Apa yang patut beliau dan partinya lakukan ialah mengambil alih pembaikian masjid berkenaan diam-diam tanpa riuh randah. Umno harus berlumba memberi kebajikan kepada rakyat, bukannya mencemburui apa yang orang lain buat.

Tun M melanggar prinsip hak asasi manusia – Rais Yatim

Tun M sepatutnya menunggu keputusan siasatan 1MDB sebelum menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Najib.
rais-yatim-mahathir
PETALING JAYA: Perbuatan Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah sebelum keputusan siasatan 1MDB selesai adalah melanggar prinsip hak asasi manusia.
Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, perbuatan bekas Perdana Menteri itu mengetepikan Rule of Law dan tidak mencerminkan hemah dan kewibawaan.
“Perbuatan penghakimkan seseorang di khalayak bahawa beliau (Najib) sudah bersalah justeru diputuskan supaya meletak jawatan adalah bercanggah dengan prinsip bicara dahulu kemudian bertindak.
“Apakah negarawan seperti Tun M tidak boleh menunggu keputusan siasatan itu,” tulisnya di ruangan rencana dalam akhbar Utusan Malaysia pada Isnin.
Bekas Menteri Kabinet itu berkata, beliau sedar tulisannya itu akan menyebabkan dirinya dihina dengan pelbagai cara, namun beliau sanggup menerimanya demi menyatukan Melayu dalam politik negara.
Beliau membuka lipatan sejarah bagaimana dua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini telah meletak jawatan kerana Dr Mahathir.

Dr M: Tunjukkan mana wang 1MDB itu

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir terus menuntut bukti hitam putih bagi semua pelaburan dan pembiayaan yang dibuat oleh firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata negarawan itu, memberi kenyataan tanpa mengemukakan bukti dalam bentuk dokumen adalah sia-sia.

"Kami mahu bukti semua pelaburan dan pembiayaan yang dilakukan oleh 1MDB.

"Tetapi tiada bukti yang ditunjukkan untuk menerima pengambilalihan loji kuasa, pembelian tanah kerajaan di Kuala Lumpur dan tanah persendirian di Pulau Pinang.

"Sehingga bukti berdokumen ditandatangani dan bukan hanya kenyataan oleh ketua pegawai eksekutif (Arul Kanda) atau Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) ditunjukkan, kita anggap  wang yang dipinjam 1MDB telah hilang," kata Mahathir dalam tulisan di blognya hari ini.

Hutang PTPTN: “Jangan dera penjawat awam” - Azmin

ptptn studentAMPANG, 15 JUN: Cadangan tindakan tatatertib terhadap penjawat awam yang gagal membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah mendera golongan itu.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata cadangan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin itu tidak wajar ketika keadaan ekonomi negara tidak menentu ditambah dengan peningkatan kos sara hidup rakyat.
“Sudah tentu mereka tidak berupaya membuat pembiayaan PTPTN dan tidak wajar untuk menghukum mereka sebegitu rupa.
“Bukan niat mereka berhutang tetapi ketidakmampuan mereka meneruskan pengajian itu harus diambil kira,” katanya ketika ditemui Selangor Kini pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya Ramadan 2015 peringkat DUN bukit Antarabangsa di sini, semalam.
Sebelum ini, Khairy dalam reaksinya kepada media berkata tiada alasan bagi penjawat awam untuk tidak membayar balik pinjaman memandangkan mereka mempunyai pendapatan tetap.
Beliau berkata demikian merujuk kepada lebih 33,000 penjawat awam masih gagal membayar pinjaman PTPTN.

Mat Sabu: Jangan biar Umno@BN terus memerintah

Selepas seminggu pemilihan PAS berakhir, pemimpin yang dikaitkan dengan kumpulan progresif dalam parti itu membuat kemunculan depan umum malam tadi, yang mereka anggap sebagai mahu menguburkan Umno.

Bekas timbalan presiden Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin parti itu di Kuala Lumpur berkata kemenangan Umno mesti dinafikan dalam pilihan raya umum akan datang, walaupun apa jua yang berlaku selepas ini.

Seruan tersebut hadir di tengah-tengah kemelut masa depan Pakatan Rakyat yang membabitkan dua parti dalam gabungan pembangkang itu, PAS dan DAP yang semakin meruncing.

"Tak kira apa gerakan kita selepas ini, sama ada melalui NGO atau parti politik, jangan biarkan Umno (dan) BN terus memerintah selepas pilihan raya umum akan datang...

"MCA hampir terkubur, Gerakan kuburnya tiada bernisan, dan kita tidak tahu ke mana MIC akan pergi; hanya Umno yang tinggal.

"Jika kita tersilap langkah, ia akan memberikan nyawa kepada Umno. Ada di antara kita yang mahu memberi nyawa kepada Umno sekarang," katanya yang mesra dipanggil Mat Sabu, di depan kira-kira 150 hadirin.

Ceramah itu dianjurkan oleh kumpulan Otai Reformis. Nama tersebut bermaksud 'orang lama dalam era Reformasi' dan mengasaskannya sempena gerakan itu pada 1998.

Ia diketuai ADUN PAS yang digantung Saari Sungib yang memberitahu hadirin bahawa Pakatan Rakyat perlu diperkukuhkan dan menggesa anggota memberi sokongan padu kepada gabungan itu.