Ahad, 14 Jun 2015

Bezanya pemimpin M'sia vs. Indonesia..

"Sila tinggalkan Malaysia jika tidak suka KERAjaan BN" 
- pemimpin UMNO

Naik ka, turun ka.. DUIT RAKYAT JUGA TETAP AKAN HANGUS !!!


Sama-sama kita nantikan keputusan perbincangan kenaikan tol baru2 ini...

Sama ada ia naik atau pun turun...

Wahai Najib, keputusan kenaikan tol atau tidak, DUIT RAKYAT JUGA TETAP JADI MANGSA.......


 Jumlah pampasan diberikan kpd syarikat konsesi tol yg berjumlah RM458 juta.

Ini tidak termasuk PERUNTUKAN TAMBAHAN bagi pampasan tol ini YANG AKAN DIPOHON LAGI pada pertengahan tahun ini.

Wahai Najib, keputusan kenaikan tol atau tidak, DUIT RAKYAT JUGA TETAP JADI MANGSA. Jika naik duit rakyatlah jd mangsa, manakala jika tak naik pampasan ratusan juta ringgit duit2 rakyat pula akan dijadikan 'durian runtuh' kpd kroni2 konsesi tol !!!

DAH LUDAH PANDAI PULOK JILAT BALIK yer.......


Hari tu kata #1MDB tiada masalah..
Tup2 dah kena bantai kantoi ngan rakyat & Mahathir kata pula 1MDB ada masalah yg perlu diselesaikan...



Emotikon li
Sampai bila nak kelentong & sembunyikan kebobrokan 1MDB drpd rakyat. Lama-kelamaan akan terbongkar jua..

APA DAH JADI RM365 JUTA Promosi GST ???


Adakah menteri DAM ini maskot 'Nasi-Goreng GST' ???

Senang jadi Menteri.... Asalkan jadi bodoh & kuat ampu jilat InsyaAllah boleh kekal lama dlm kabinet-dapur Najib..

Masa Terbaik Umno, Pas Bersatu - Nasharuddin Mat Isa


Cadangan DAP bina masjid satu penghinaan - Mustapa

Cadangan DAP bina masjid satu penghinaan - MustapaKOTA BHARU: Hasrat DAP untuk membina sebuah masjid di Pasir Tumboh, Gua Musang dianggap satu penghinaan kepada umat Islam negara ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata cadangan DAP itu seolah-olah menafikan pembinaan lebih 24,000 masjid dan surau oleh Kerajaan Persekutuan di seluruh negara sebelum ini.

"Takkan cadangan pembinaan hanya sebuah masjid itu hendak dihebohkan, hendak dimasyhurkan ke seluruh dunia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kolokium Pembangunan Islam di Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata cadangan pembinaan masjid itu dipersetujui selepas mereka mendengar permohonan daripada imam serta penduduk di kawasan berkenaan.

Mustapa berkata siasatan teliti perlu dilakukan sebelum pembinaan masjid itu bagi memastikan kesahihan sumber yang digunakan.

"Perkara ini perlu disiasat kerana masjid adalah tempat suci bagi umat Islam, kena yakin sumber pembinaannya adalah halal," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata walaupun sumber pembinaan masjid itu halal ia tetap satu penghinaan kepada umat Islam.

Nasharudin selesa sebagai ahli biasa PAS

Nasharudin Mat Isa 
BANGI - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa akui selesa dengan kedudukannya sekarang sebagai ahli biasa tanpa sebarang jawatan dalam parti.

Menurutnya, beliau akan membantu Pas setakat yang mampu tanpa aktif kembali sebagai pemimpin.

"Saya masih ahli Pas. Pada ketika ini, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang saya libatkan diri ini sudah cukup untuk menyibukkan saya. Saya lebih senang (selesa) dengan kerja yang saya buat ini. Tugas dan tanggungjawabnya banyak.

"Saya boleh menyumbang sebagai ahli biasa...(bukan sebagai pemimpin?) Bukan. Ramai orang yang lebih layak. Jadi, mana yang saya boleh bantu Pas, saya bantulah tapi untuk aktif sebagai pemimpin dan sebagai petugas utama parti, itu mungkin tidak," katanya ketika ditemui di Kenduri Perpaduan Ummah Komuniti, Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota, di sini hari ini.

Mengulas soal barisan kepimpinan Pas yang baharu dipilih pada muktamar lalu, Nasharuddin menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat tim yang setia kepadanya.

Urusniaga tol berat sebelah adalah pengkhianatan lebih teruk berbanding membocorkan maklumat kenaikan harga

oleh Hazlan Zakaria
Apa saja yang mereka katakan tentang pengkhianatan membocorkan maklumat terhadap kenaikan kadar tol yang dicadangkan, sebenarnya kerajaan BN dan pemimpinnya yang telah mengkhianati kepercayaan dan kepentingan terbaik rakyat Malaysia untuk menguntungkan kroni korporat dan politik mereka, jika bukan dari segi kewangan, kepentingan mereka sendiri.
Kebenarannya, persetujuan konsesi berat sebelah yang memberi mandat kenaikan kadar tol dan kekerapan dan rangka masa yang tidak munasabah adalah pengkhianatan yang lebih besar. Lebuh raya bertol sepatutnya membantu mengurangkan kos pembangunan, bukan memerah wang rakyat.
“Malang sekali seseorang tidak beretika dan telah mengkhianati kepercayaan kerajaan,” kata Perdana Menteri Najib Razak mengenai kebocoran perbincangan Kabinet untuk menaikkan kadar tol lebuh raya.
Najib dilaporkan berkata ini di sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi BN di Kuala Lumpur pada 12 Jun.
Pada dasarnya, beliau memanggil sesiapa saja yang membocorkan maklumat kenaikan kadar tol yang dicadangkan itu sebagai pengkhianat yang membelakangi kepercayaan Kabinet.
Yang lucunya mengenai pengkhianatan ini adalah ianya hanya dapat datang daripada orang yang anda percaya atau diberi kepercayaan dengan isu import, bukan hanya rahsia tentang kenaikan tol yang dicadangkan, tetapi juga mandat untuk memerintah dan mentadbir negara bagi pihak rakyat, contohnya.
Najib turut mengadu bahawa kebocoran itu mengakibatkan sentimen negatif yang tidak seharusnya kepada kerajaan BN pimpinan beliau.
“(Kabinet) telah membincangkan isu ini (semalam) tetapi maklumat, seperti bagaimana ia akan dilaksanakan, akan diputuskan dalam minggu yang mendatang. Jadi, apa saja yang bocor daripada kabinet belum muktamad.”

Parti baru PasMa akan dibincang dalam CEC DAP, kata Gobind


Post Pic

PETALING JAYA: Hasrat Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) untuk menubuhkan sebuah parti politik akan dibincang dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan datang, kata Ahli Parlimen DAP, Gobind Singh Deo.
 
Beliau dalam pada itu turut mengalu-alukan parti baru itu selagi ia patuh pada polisi dan Dasar Bersama dalam Pakatan Rakyat.
 
Pengerusi PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi pada Sabtu memberitahu parti baru yang akan ditubuhkan itu akan menyertai Pakatan Rakyat dengan menggantikan PAS.
 
"Perkara ini akan kita bawa ke mesyuarat jawatankuasa eksekutif kita pada malam Isnin," katanya dipetik portal The Star.
 
"Mana-mana pihak yang akur pada polisi dan Dasar Bersama dalam Pakatan Rakyat dialu-alukan untuk menyertai gagasan ini," ujarnya lagi.
 

Pemimpin veteran Umno gesa Nazri Aziz jadi ‘bijak sikit’

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz seharusnya bijak membezakan kedudukan seseorang pemimpin dan kerabat diraja sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, kata Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik.
Memetik laporan portal Astro Awani Online, Rahim dilaporkan berkata, Nazri juga harus bersikap adil dalam memberikan pandangannya.
Pemimpin veteran Umno gesa Nazri Aziz jadi ‘bijak sikit’"Komen Nazri terhadap Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ekoran status Facebook Baginda mengenai sesi dialog #Nothing2Hide adalah teguran yang baik, tetapi dia (Nazri) diam sahaja bila ada situasi Sultan yang menyokong pemimpin politik secara terbuka.
"Bila Nazri kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak layak berdebat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dia mungkin tidak faham beza antara pemimpin berkuasa dengan pemimpin berpengaruh‎," kata bekas ketua menteri Melaka itu seperti dilaporkan mengulas tindakan Nazri yang mengkritik status di laman Facebook Johor Southern Tigers  oleh Tunku Ismail sebelum ini, yang menyatakan baginda tidak terkejut apabila Najib tidak hadir ke sesi dialog #Nothing2Hide sebelum ini.
Nazri sebelum ini dilaporkan  menggesa Tunku Ismail menjauhkan diri daripada politik kalau tidak mahu "dibelasah".
Beliau turut dilaporkan berkata, ‎Dr Mahathir tiada hak untuk meminta Najib berdebat dengannya kerana beliau hanyalah rakyat biasa selain meminta Najib tidak harus merendahkan dirinya ke tahap bekas perdana menteri itu.

Hentam saya depan-depan, cabar Nazri

Terkenal dengan sikapnya yang lantang, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mencabar pihak yang mengkritiknya melalui media sosial untuk bersemuka, bukannya bersembunyi di sebalik internet.

"Saya mungkin seorang menteri yang tidak mempunyai akaun Twitter dan Facebook (FB).

"Saya tidak percaya dengan Facebook, saya lebih percaya dengan bersemuka (untuk komunikasi).

"Sekiranya anda mahu menghentam (saya) secara lisan, hentam saya depan-depan. Saya boleh jawab dengan cara mudah,” katanya.

Nazri berkata demikian selepas beliau dibidas dalam media sosial kerana mengingatkan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa campurtangannya dalam politik boleh mengakibatkan beliau akan 'dibelasah' kerajaan.

Dalam wawancara eksklusif Malaysiakini semalam, Nazri berkata beliau tidak mengambil kisah terhadap pendapat negatif pengguna Internet yang ada selepas itu.

“Saya tidak mengecam baginda. Saya berkomunikasi dengannya. Tengku Mahkota harus tahu pihak mana yang perlu dikecam dan pihak yang beliau akan bergantung untuk melindungi keluarganya.

Nazri gembira Dr M kini sokong kebebasan bersuara

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau berasa gembira dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat pusingan 'U' berkaitan kebebasan bersuara yang menjadi hak rakyat Malaysia.

"Saya berasa gembira sebab sejak akhir-akhir ini dia (Mahathir) dah pandai bercakap pasal kebebasan bersuara. Sebab masa dia jadi PM dulu dia langsung tak kisahkan kebebasan bersuara ni," katanya kepada Malaysiakini.

Mengulas mengenai Dr Mahathir yang mempertahan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberi pandangan mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam dialog berkaitan 1MDB, Nazri berkata raja tidak boleh terlibat dalam politik kerana Malaysia berpegang teguh kepada sistem raja perlembagaan yang meletakkan raja di atas politik.

"Ini adalah konvensyen negara yang amalkan sistem ini. Oleh itu raja tak boleh terlibat politik," katanya.

Semalam, Dr Mahathir mengulas kenyataan Nazri terhadap Tunku Ismail supaya tidak terlibat dengan politik, berkata tengku mahkota itu mempunyai hak yang sama untuk bersuara kepada sesiapa shaja mengikut undang-undang.

Tengku Mahkota itu berkata rakyat tidak sepatutnya dipersalahkan kerana hlang keyakinan dan kepercayaan kepada Najib selepas beliau gagal hadir dalam forum 'Nothing2Hide' pada 5 Jun.

PM perincikan isu hutang 1MDB, kemelut bersama Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penerangan terperinci mengenai pelbagai isu, semasa menghadiri Majlis Penerangan Perdana (MPP) UMNO yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Majlis tersebut dihadiri lebih 1,200 perwakilan dari pelbagai pertubuhan yang dijemput khas.

Antara yang disentuh Perdana Menteri dalam majlis itu adalah isu hutang 1MDB dan kemelut melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, majlis ini diadakan secara tertutup.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan turut terlibat dalam sesi penerangan mengenai GST.

Rancangan Malaysia Ke- 11 (RMK11) pula diperincikan oleh oleh Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Rahamat Bivi Yusoff.

Najib tetap kena jumpa Tun M - AMT UMNO

Perjumpaan itu bagi menyakinkan kembali kepercayaan Tun Mahathir kepada Najib dan mengatasi masalah mereka berdua.
mahathir_najib_see_600
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dinasihat berjumpa segera Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sebahagian usaha mengatasi kemelut mereka berdua daripada terus berpanjangan.
Pandangan itu dibuat oleh salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Prof.Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, yang melihat ia satu-satunya jalan penyelesaian terbaik.
“Pada pandangan saya, ikhlas Najib mesti berjumpa dengan Tun Mahathir.
“Itu satu penyelesaian. Kalau tak, sampai bila-bilapun tak akan selesai,” katanya kepada pemberita selepas selesai Majlis Penerangan Perdana oleh Najib bersama Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
Beliau juga optimis kerana berdasarkaan pengalamannya, perjumpaan antara Najib dengan bekas Perdana Menteri Keempat itu akan menjadi kenyataan.
“Sebenarnya Tun Mahathir ini sangat baik hati. Saya rasa Tun Mahathir tidak ada masalah sekiranya cadangan ini dibuat.
“Sebagai anak didik Tun Mahathir, saya cuba rapatkan perbezaan pandangan antara mereka,” katanya lagi.
Sebelum itu Najib hadir dalam majlis tertutup yang pada dasarnya memberi penjelasan mengenai krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

DAP Johor tak kerjasama dengan Mahfodz

DAP Johor berikrar untuk tidak bekerjasama dengan Pesuruhjaya PAS Johor yang baru dilantik Datuk Mahfodz Mohamed.

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata selaku ketua Dewan Ulama, Mahfodz bertanggungjawab terhadap resolusi dewan itu yang menggesa jawatankuasa pusat PAS dan Majlis Syura Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Resolusi itu kemudiannya diterima oleh muktamar PAS minggu lalu.

Dilantik pemimpin PAS Johor semalam, Mahfodz berkata bahawa hubungan PAS Johor dan DAP negeri itu berjalan seperti biasa sehingga Majlis Syura Ulama membuat keputusan.

Sebagai maklum balas, Liew berkata kedudukan bercanggah yang dipegang oleh Mahfodz itu, membuat hubungan antara kedua-dua pihak tidak dapat dipertahankan.

"Secara tiba-tiba, dia kini ingin bekerjasama dengan Pakatan Rakyat. Saya rasa (dengan berbuat demikian) dia tidak mempunyai integriti.

"Saya melihat tidak ada ruang untuk kerjasama dengan Mahfodz," kata Liew, dalam posting Facebook dalam bahasa Cina.

'Pak Samad simbol tolak politik perkauman'

DAP sangat berbesar hati dengan kesudian Sasterawan Negara Datuk A Samad Said meneruskan perjuangan membina masyarakat dan negara yang demokratik di Malaysia melalui DAP.

Tindakan Datuk A Samad Said yang sangat berani ini amat dihargai pada saat Malaysia dan DAP sedang diasak dengan sentimen agama dan perkauman.

Kemasukan seorang sasterawan negara ke dalam DAP ini pastinya merupakan sebahagian daripada manifestasi kesungguhan majoriti masyarakat Malaysia – tanpa mengira kaum dan agama –  untuk mengecap perubahan.

Sebagai seorang sasterawan negara dan tokoh nasional, Datuk A Samad Said pasti maklum akan tohmahan dan ranjau yang bakal beliau tempuh apabila menyertai DAP – khasnya serangan fitnah daripada Umno-Barisan Nasional yang semakin tidak relevan.

Datuk A Samad Said bukan anak kecil yang boleh diremehkan oleh sesiapa. Beliau bukan sahaja memberikan sumbangan yang besar terhadap kesusasteraan negara malahan memberi impak terhadap gerakan sosial utama di Malaysia melalui BERSIH dan juga Negara-ku. Kini, perjuangan Datuk A Samad Said maju setapak lagi bersama DAP.

Kakitangan bersuara terhadap sandiwara pemulihan MAS - Bhg 2

oleh Mariam Mokhtar

Para pengurus pertengahan di MAS enggan untuk memberitahu pengurusan tertinggi mengenai masalah di peringkat bawah, dan polisi-polisi daripada pengurusan tertinggi jarang sekali ditapis kepada kakitangan.

Surat aduan juga jarang sekali ditangani. Secara berturut-turut perdana menteri dan ahli politik senior memerah MAS untuk kepentingan mereka sendiri. Kontrak berat sebelah, seperti kontrak katering, bernilai RM6.25 bilion selama 25 tahun, yang dianugerahkan kepada abang bekas PM, Abdullah Ahmad Badawi.

Nama kakitangan MAS yang dihubungi Theantdaily tidak akan didedahkan untuk melindungi mereka. Tuduhan mereka tidak dapat disahkan, sementara nama mereka kekal tidak mahu didedahkan.

SOALAN: Adakah anda perasan sebarang keganjilan dalam proses pemecatan? Ya. Tidak logik untuk memecat orang yang hampir bersara.

Kebanyakan mereka dalam peranan pengurusan dan menerima pakej pampasan penuh. Pampasan itu berdasarkan gaji terbaru mereka dan didarabkan dengan jumlah tahun perkhidmatan. Ramai yang telah berkhidmat selama 35 tahun. Para kroni dan proksi telah mendapat untung secara kewangan.

S: Adakah pemecatan ini adil?

Mereka yang dipecat berpuas hati kerana ianya berdasarkan akta pekerjaaan, tetapi kesatuan telah gigih berjuang untuk ini. Mereka yang diambil bekerja semula menerima pemotongan gaji. Jika mereka enggan untuk menerima perjanjian baru, mereka tidak akan mendapat apa-apa.

Jika mereka menerima perjanjian baru, mereka terpaksa menerima gaji yang lebih rendah, bergantung kepada gred, dengan pemotongan antara 10% hingga 20%.

S: Adakah Sumber Manusia (HR) banyak membantu?

Tidak. Pengarah HR, bekas korporasi makanan multinasional, yang didakwa dibayar RM128,000 sebulan, pernah berkata bahawa juruterbang tidak berhak mendapat gaji mereka kerana mereka hanya “pemegang Sijil Pelajaran Malaysia Tingkatan 5”.

PM janji selesai masalah 1MDB hujung tahun ini....!!!

Berdasarkan penjelasan yang diberikan, wakil Penerangan UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersetuju memberi masa kepada Perdana Menteri untuk menyelesaikan kemelut 1MDB

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberi jaminan krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan diselesaikan paling lewat hujung tahun ini.
Janji itu disampaikan melalui bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh Hasan Hamzah.
“Najib telah berjanji akan menyelesaikan 1MDB selewat-lewatnya hujung tahun ini.
“Saya yakin dengan penjelasan itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penerangan Perdana di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Terdahulu, Najib hadir pada majlis tersebut bagi memberikan penjelasan kepada lebih 1,500 wakil Penerangan UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Majlis tersebut bermula pada pukul 4 petang dan selesai kira-kira sejam kemudian.
Tambahnya, wakil penerangan UMNO dan NGO yang hadir bersetuju untuk memberi masa kepada Najib menyelesaikan kemelut syarikat berkenaan.
“Diakui, bukan mudah untuk menguruskan syarikat yang besar seperti itu.
“Inilah masanya untuk Najib memberi penjelasan kepada umum sepaya faham dalam menyelesaikan 1MDB,” katanya lagi.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata semua isu termasuk tuduhan yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai 1MDB turut dijelaskan satu demi satu dengan terperinci.
“Kesemua mereka yang hadir berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan akan menunggu siasatan dan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara.

Ugut ‘belasah’ TMJ, Pemuda MIC Johor mahu Nazri dipecat

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz perlu dikenakan tindakan disiplin kerana menggertak untuk "belasah" Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang mengkritik politik negara, kata S Deva.
Ketua Pemuda MIC Johor itu berkata, pihaknya bimbang budaya biadap itu akan menular di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain jika tiada tindakan tegas diambil.
Katanya, Nazri sepatutnya menunjukkan contoh ikutan yang baik kepada rakyat supaya menghormati institusi diraja dan bukannya bertindak seperti ketua kumpulan kongsi gelap dengan mengeluarkan kata-kata ugutan kepada Tunku Ismail.

"Pemuda MIC Johor mahu kepimpinan BN Pusat mengenakan tindakan disiplin kepada Datuk Seri Nazri. "Ini selari dengan semangat BN yang sentiasa mendokong prinsip Rukun Negara yang salah satu daripadanya adalah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
"Pemuda MIC bimbang, sekiranya tiada tindakan diambil terhadap kebiadapan Datuk Seri Nazri ini, budaya menghina dan bersikap biadap terhadap Institusi Diraja di Malaysia akan menular di kalangan para pemimpin BN," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, Nazri juga perlu dipecat daripada jawatan Kabinet kerana gagal dalam program Tahun Melawat Malaysia tahun lalu apabila hanya mampu mencatat kemasukan pelancong sebanyak 27.4 juta pelancong sedangkan sasarannya adalah sebanyak 28 juta pelancong.
"Ini pun sudah jelas membuktikan beliau gagal menguruskan kementeriannya dengan baik.
"Negara kita memerlukan pemimpin yang bijak serta mampu mengurus tadbir dengan baik dan bukannya hanya tahu bercakap seperti nyaringnya ‘tin kosong’," katanya.
Katanya, Nazri perlu menarik balik kenyataan biadapnya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Tunku Ismail dengan segera.

1MDB: Mana mungkin bangkai gajah ditutup dengan nyiru - Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan mengapa isu syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu.

Beliau turut menyokong gesaan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed agar audit dilakukan segera ke atas akaun 1MDB.

“1MDB usahlah berdolak-dalik dalam hal ini kerana ia akan menampakkan seolah-olah 1MDB ingin menyembunyikan sesuatu daripada umum.

“Saya menyokong sepenuhnya gesaan yang dibuat oleh Nur Jazlan agar Kementerian Kewangan mengarahkan penyata kewangan 1MDB yang berakhir 31 Mac 2015 diaudit dengan segera oleh juruauditnya, Deloitte & Co. Adakah 1 MDB juga berhasrat untuk melantik juruaudit yang baru menggantikan Deloitte & Co. ?" katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahfuz turut menggesa penjelasan dibuat berkenaan simpanan unit di Bank BSI Singapura.

“Saya juga mendesak 1MDB memperjelaskan berkenaan simpanan ‘unit’ di BSI Bank Singapura?

'Rakyat Johor' kecam kenyataan Nazri pada TMJ


Laman Facebook pasukan bola sepak Johor tampil mempertahankan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam posting Facebook hari ini, pasukan itu memetik empat orang rakyat Johor dari pelbagai kaum memberitahu Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz untuk menarik balik kritikan terhadap putera sultan itu.

Mohd Fadzli Roy Jamil dipetik sebagai menyatakan bahawa Nazri tidak mempunyai hak untuk menghalang putera itu bercakap apa yang beliau fikirkan walaupun dalam hal politik.

Tema yang sama telah diulang sebut oleh tiga individu yang lain.

Laman Facebook pasukan bola sepak Johor sering dilihat sebagai jurucakap rasmi bagi putera raja itu, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor.

Pada 5 Jun, laman Facebook yang sama telah memetik Tunku Ismail sebagai mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak hadir dalam dialog dengan NGO pada hari yang sama.

Dalam sidang akhbar pada hari Jumaat Nazri mengingatkan bahawa Tunku Ismail dan semua kaum kerabat tidak supaya tidak campur tangan dalam urusan politik negara atau akan dikecam.
 

Parti demokratik Islam baru akan merosakkan sistem dua-parti

oleh Alyaa Alhadjri

PETALING JAYA: Sebarang cadangan untuk menubuhkan parti politik baru di Malaysia tidak akan dapat dipertahankan di bawah sistem pilihan raya sekarang kerana ia akan menguatkan parti pemerintah Barisan Nasional dan melemahkan kuasa periksa dan imbang Pembangkang.

Timbalan presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Zaid Kamaruddin berkata mana-mana parti baru yang ditubuhkan mestilah sebahagian daripada Pakatan Rakyat kerana ianya penting untuk mengekalkan sistem dua parti yang berdaya maju untuk mempunyai pembangkang yang kuat.

Zaid memberi respon kepada ahli akademik Dr Maszlee Malik dalam forum pada 11 Jun mencadangkan keperluan untuk menubuhkan parti baru berlandaskan Demokratik Islam di Malaysia, bertentangan dengan PAS yang sekarang dilihat lebih fokus kepada hak dan isu-isu Melayu-Muslim.

“Ikram telah mengikuti perkembangan (dalam PAS) selepas muktamar dan pilihan raya mereka baru-baru ini.

“Terhadap seruan kepada puak progresif (yang kalah) untuk menubuhkan parti baru, ia akan berjalan baik di bawah sistem pilihan raya berkadar, kerana amalan kita sekarang hanya memberi kelebihan kepada satu parti dominan sahaja,” kata Zaid.

Maszlee, salah seorang panel di forum yang membincangkan masa depan PAS, menyedari bahawa lebih ramai pengundi sekarang melihat melangkaui sentimen bangsa-agama dalam politik.

“Masa hadapan parti Demokratik Islam mestilah melangkaui isu-isu sebegitu untuk menangani masalah lebih besar yang memberi kesan kepada masyarakat secara keseluruhannya,” kata Maszlee, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pada teorinya sebuah parti Demokratik Islam adalah mengaplikasi prinsip-prinsip Islam kepada dasar awam dalam lingkungan rangka kerja demokratik.

Berikutan terbasminya golongan mereka dalam kepimpinan terkini PAS, terdapat seruan dibuat supaya para pemimpin dalam kelompok progresif untuk keluar dan menubuhkan parti politik baru.

Phahrolrazi Zawawi Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang mempunyai kaitan dengan PAS Phahrolrazi Zawawi baru-baru ini berkata bahawa cadangan untuk menjadikan organisasi tanpa keuntungan itu kepada parti politik akan dibincangkan pada mesyuarat mereka akan datang pada 13 Jun.

Setiausaha PAS Pulau dihenti kerja kerajaan DAP

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus yang mengesahkan notis tersebut berkata beliau yakin notis itu diterima Mohd Fadzil pada Jumaat lepas kerana dihantar dengan tangan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Jun, 2015. 
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus yang mengesahkan notis tersebut berkata beliau yakin notis itu diterima Mohd Fadzil pada Jumaat lepas kerana dihantar dengan tangan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Jun, 2015.

Kemelut DAP-PAS semakin meruncing apabila Setiausaha PAS Pulau Pinang yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri diberhentikan kerja, berkuatkuasa Jumaat lepas. Notis bertarikh 12 Jun dari Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu dihantar dengan tangan kepada Mohd Fadzil Kemi yang memegang jawatan sebagai Pegawai Penerangan kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus yang mengesahkan notis tersebut berkata beliau yakin notis itu diterima Mohd Fadzil pada Jumaat lepas kerana dihantar dengan tangan.

"Notis pemberhentian perkhidmatan itu berkuat kuasa pada 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak dihantar kepada Mohd Fadzil," katanya kepada Bernama  ketika dihubungi hari ini. Katanya, dalam tempoh perjanjian kontrak setahun yang ditandatangani pada 12 Disember tahun lepas, mana-mana pihak boleh menghentikan kontrak tersebut tanpa sebarang alasan.
Sementara itu usaha untuk mendapat maklum balas daripada Mohd Fadzil yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang, gagal kerana beliau tidak dapat dihubungi.
Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mendesak kepimpinan baharu PAS untuk mengarahkan wakil- wakilnya untuk mengundur diri.

DAP bincang cadangan Pakatan baharu PasMa esok

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi semalam mencadangkan sebuah Pakatan baharu selepas gabungan Pakatan Rakyat dilihat renggang akibat perbalahan antara PAS dan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Jun, 2015. 
Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi semalam mencadangkan sebuah Pakatan baharu selepas gabungan Pakatan Rakyat dilihat renggang akibat perbalahan antara PAS dan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Jun, 2015.

DAP akan membincangkan cadangan Pakatan Rakyat baharu Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) dengan sebuah parti baharu bagi menggantikan PAS pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) esok.
Ketua biro undang-undang DAP Gobind Singh Deo memberitahu The Malaysian Insider, perkara itu akan dibawa untuk perbincangan apabila pemimpin tertinggi parti bertemu di ibu pejabat parti esok.
"Ia sesuatu yang baru, dan kami akan bermesyuarat esok. Jadi ini adalah sesuatu yang akan dibincangkan," katanya.

PasMa semalam berkata, ia akan membentuk satu parti politik baharu dan mencadangkan pakatan baharu dibentuk yang terdiri daripada parti baharu, tidak termasuk PAS. Hubungan antara gabungan Pakatan Rakyat (PR) semakin buruk berikutan muktamar PAS, di mana pemimpin-pemimpin parti Islam itu berterusan menyerang DAP dan muktamar meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan parti sekular itu tanpa perbahasan.
Bagaimanapun, PAS memilih untuk kekal dalam PR dan pemimpinnya tidak meletakkan jawatan daripada jawatan kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang, walaupun digesa berbuat demikian oleh Lim Guan Eng.
Puak ulama konservatif parti, yang bertelagah dengan DAP, menyapu bersih semua jawatan kepimpinan utama dalam baru-baru ini, meminggirkan golongan profesional yang dilihat lebih pro-PR.
PasMa, kebanyakannya terdiri daripada ahli PAS ditubuhkan sebagai NGO pada kemuncak krisis menteri besar Selangor tahun lepas, apabila PAS berkeras mempertahankan menteri besar walaupun PKR membuat keputusan melucutkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim – pendirian yang memulakan krisis PR.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila PAS cuba merealisasikan pelaksanaan hudud di Kelantan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada rakan kongsi politiknya, yang membawa kepada terputusnya hubungan DAP dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Apakah peluang hidup untuk parti serpihan PAS baharu?

Dr Wong Chin Huat

Parti serpihan PAS mungkin lebih berjaya daripada PAS jika PAS menjadi terlalu dekat dengan Umno dan hilang tarikannya kepada undi bantahan.
Ahli akademik Dr Mazlee Malik mencadangkan penubuhan sebuah parti Islam demokrat selepas pemilihan PAS baru-baru ini yang mengangkat puak konservatif sahaja.
Sebelum ini, PasMa sudahpun lama menunggu untuk menggantikan PAS sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Akan tetapi, satu pandangan popular ialah parti serpihan PAS tidak akan dapat bertahan lama kerana ahli dan penyokong PAS setia pada partinya. Dua parti serpihan sebelum ini, iaitu Berjasa pimpinan Datuk Mohamad Nasir (bekas menteri besar Kelantan yang dipecat oleh PAS pada 1977) dan Hamim pimpinan Datuk Asri Muda (bekas presiden PAS yang meletak jawatan pada 1982) tidak dapat bertahan lebih daripada satu pilihan raya.
Ada yang menyokong pandangan ini berdasarkan sains politik kerana kononnya sistem pilihan raya kita, First-Past-the-Post (FPTP), menghukum parti yang kecil.
Selepas mengkaji data-data pilihan raya untuk PAS dan parti-parti pembangkang berasaskan Melayu yang lain dari 1955 hingga 2013, saya ingin menawarkan pandangan alternatif parti serpihan baharu PAS mungkin berjaya.
Ini berdasarkan dua hujah: Undi bantahan (protest vote) dan asas kewilayahan.
Undi bantahan
Kejayaan parti pembangkang sering bergantung sama ada ia boleh dapat menarik undi bantahan. Ini lain daripada undi setia kepada sesuatu parti.
Dalam kata lain, apakah pengundi yang marah dengan pemerintah akan mengundi parti ini untuk meluahkan ketidakpuasannya?
PAS sendiri mendapat manfaat sebanyak 2 kali daripada undi bantahan.
Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1990, ekoran pertempuran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh, PAS menawan Kelantan. Kerusi Parlimen PAS turut bertambah dari 1 kepada 7 sekalipun bilangan kerusi ditandingi jatuh daripada 98 ke 30.
Dalam PRU 1999, kerana gelombang reformasi, PAS menawan Terengganu dan melipatgandakan kerusi Parlimennya daripada 7 kepada 27.
Sebaliknya, parti pembangkang yang menyertai pemerintah pula akan hilang undi bantahan.
Dalam PRU di Britain baru-baru ini, Parti Liberal Demokrat yang menjadi rakan muda Parti Konservatif dalam pemerintah campuran hampir dihapuskan sama sekali. Ramai pengundi “anti-establishment” mengalihkan sokongan mereka kepada United Kingdom Independence Party (Ukip) yang menolak kemasukan orang asing dengan agresifnya.
Ini juga berlaku kepada PAS. Apabila PAS menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1974, sokongan untuk Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) meningkat daripada 1.13% kepada 3.97%. Sungguhpun PSRM masih gagal memenangi satu kerusipun, ini mungkin berubah jika PAS tidak keluar daripada BN pada 1977. (Lihat Jadual 1).
Ini memberikan penjelasan alternatif mengapa Berjasa dan Hamim gagal. Mereka gagal bukan kerana mereka keluar daripada PAS, sebaliknya kerana mereka berpakat dengan BN sehingga hilang undi bantahan.

Kini, kalau parti baharu dibentuk, di antara PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang inginkan “Unity Government” dengan Umno dan parti baharu yang berazam menyertai PR, pihak mana yang lebih mirip Berjasa dan Hamim serta akan kehausan undi bantahan?
Asas kewilayahan
Secara tepatnya, sistem FPTP sebenarnya menghukum parti yang sokongannya tersebar dan bukan parti yang kecil.
Lihat kembali kepada Jadual 1. Dalam PRU 1955, PAS adalah parti kecil dari segi peratusan undi (4.06%), berbanding dengan parti Negara yang mendapat hampir dua kali banyak undinya (7.88%).
Akan tetapi, kerana sokongan parti Negara tersebar sampai sokongan ini tidak dapat mengangkat seorang pun ahli Parlimen, maka parti itu pun menjadi parti nyamuk dalam PRU 1959, dengan mendapat hanya 2.11% dan terus merosot.
Hukuman yang sama juga turut menimpa parti Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razaleigh dalam PRU 1990.
Kerana kempen fitnah BN  Razaleigh  menjual Islam kepada orang Katolik Kadazan di Sabah (“bukti”nya semata-mata ialah Razaleigh memakai tengkolok Kadazan yang mempunyai corak seperti salib), maka partinya kalah di semua kerusi Parlimen di luar Kelantan dan Terengganu.
Sungguhpun S46 mendapat sebanyak 15.06% undi di seluruh negara, ia hanya mendapat 4.44% kerusi Parlimen.
Dalam PRU 1995, peratusan undi dan kerusi S46 turut merosot ke 10.19% dan 3.13%, memaksa Razaleigh untuk menutup kedai dan kembali ke Umno pada 1996.
Nasib yang sama hampir menimpa Parti Keadilan Nasional (Parti Keadilan Rakyat, PKR bermula PRU 2004).
Kerana sokongannya tidak tertumpu, parti itu mendapat 2.59% kerusi Parlimen dalam PRU 1999 sekalipun peratusan undi adalah hampir 4 kali tingginya, 11.67%. Dalam PRU 2004, peratusan undi dan kerusi PKR menjunam kepada 8.43% dan 0.46%.
Akan tetapi, parti ini diselamatkan dan muncul menjadi parti terkuat dalam PRU 2008 apabila ia berjaya menawan kawasan-kawasan pilihan raya yang mempunyai demografi campuran.
Jadi, persoalan untuk prospek terus hidup sebuah parti serpihan PAS ialah sama ada ia mempunyai asas kewilayahannya.
Kalau ia mempunyai asas kewilayahannya sendiri, maka ia mungkin dapat berakar dalam PRU14. Jika pencapaian PAS merosot dalam PRU14, malah parti baru ini mungkin menggantikan PAS dalam PRU15 sebagai parti Islamis yang terunggul.
Secara lebih spesifik, kita harus lihat asas kewilayahan PAS yang sedia ada dan tanya apakah parti baru mungkin dapat merampas sebahagiannya?
Saya membahagikan negeri-negeri kepada empat kumpulan: (a) Kelantan dan Terengganu di mana peratusan pengundi Melayu lebih daripada 90%; (b) Perlis, Kedah dan Pahang, negeri-negeri lain di utara dan pantai timur yang mempunyai majoriti Melayu lebih kurang 70%-90%; (c) negeri-negeri Semenanjung yang lain yang lebih majmuk demografi pengundinya, dari Pulau Pinang sampai ke Johor; (d) Sabah dan Sarawak.

Melissa: Saya tak pernah terfikir sertai politik

PKR mungkin sering menjadi tumpuan kerana kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi bagi peguam muda Melissa Sasidaran, menjadi anggota parti itu sebagai peluang untuk mengetengahkan pandangannya terhadap hak perlembagaan.

Bagaimanapun, peguam jelita yang lemah lembut tetapi lantang bersuara itu tidak pernah terdetik untuk menyertai parti politik itu pada awalnya.

"Saya terlibat dalam pilihan raya ke-13 sebagai agen mengundi, tetapi saya fikir itu langkah yang paling jauh saya akan pergi dalam politik," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini bulan lalu.

“Saya mengikuti politik. Cuma saya tidak pernah terfikir satu hari akan terlibat dengan mana-mana parti kerana beranggapan lebih baik tugas itu diberi kepada ahli politik. Saya peguam, itu saja yang saya tahu,” kata wanita yang berasal dari Johor itu.

Walaupun Melissa tidak pernah mengimpikan untuk menjadi ahli politik, pandangannya itu berubah selepas dia ditawarkan jawatan dalam kepimpinan muda PKR.

"Tahun lalu saya diajak Ketua AMK Nik Azmi Nik Ahmad untuk menyertai parti, dan buat pertama kali, saya mempunyai pilihan untuk mempertimbangkan sama ada politik akan menjadi platform tambahan bagi saya untuk berkerja dengan isu yang sedang saya titikberatkan.

Nazri: Pak Samad tunjuk DAP tak chauvanis

Penyertaan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said ke dalam DAP dilihat secara positif oleh seorang menteri Umno yang menyifatkan ia sebagai petanda bahawa Malaysia sedang memecahkan tembok perkauman.

"Ini adalah satu perkara yang baik," kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Ketika mengumumkan penyertaan bekas pengerusi bersama BERSIH ke dalam parti itu, DAP pula menyifatkan tokoh tersebut sebagai "perwira ubah".

Lebih dikenali sebagai Pak Samad, beliau memenangi Anugerah Penulis  Asia Tenggara yang berprestij pada 1978 dan telah dianugerahkan gelaran sasterawan negara pada 1986.

"Demokrasi Malaysia telah maju begitu banyak, ia seolah-olah (warna) kulit tidak penting lagi. Ia adalah semua tentang ideologi sekarang," menteri kabinet kanan kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif semalam.

Keputusan Muktamar atau Kongres parti politik adalah muktamad - Azmin

Keputusan Muktamar atau Kongres parti politik adalah muktamad - Azmin
BESTARI JAYA: Muktamar PAS adalah peringkat pembuat keputusan tertinggi dan sebarang ketetapan yang dibuat olehnya adalah bersifat muktamad.

Ini pendapat Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang berkata keputusan Muktamar yang merupakan keputusan tertinggi, adalah amalan mana-mana parti politik.

"Kalau Parti Keadilan Rakyat (PKR) pun, apa yang diputuskan dalam Kongres itulah keputusan muktamad.

"Dalam DAP pun apa yang diputuskan dalam Konvensyen DAP itulah muktamad.

"Saya percaya itu juga menjadi amalan yang sepatutnya dalam sistem demokrasi di mana apa yang ditentukan Kongres atau Muktamar adalah keputusan yang patut dipatuhi oleh semua pihak," katanya di satu sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Pembiayaan HIJRAH Selangor, di sini, hari ini.

Namun demikian, Timbalan Presiden PKR itu menegaskan bahawa itu adalah pendirian am beliau dan bukannya pendirian PKR.

Muktamar Dewan Ulama sebelum ini telah meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa perlu dibahaskan, tetapi mahu kekal dengan Pakatan Rakyat (PR).

Walau bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali baru-baru ini berkata ianya masih belum muktamad kerana terletak kepada keputusan Majlis Syura.

Apa keperluan parti baharu? – PAS

TRP-Datuk Tuan Ibrahim-MOKH-L
Tuan Ibrahim berpendapat, asas penubuhan sesebuah parti baru biasanya bukan sekadar berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap keputusan sesuatu muktamar atau mesyuarat agung.

KUALA LUMPUR, 14 Jun:

PAS hari ini mempersoal keperluan badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang dikatakan lahir daripada rasa tidak puas hati kalangan kumpulan serpihan parti berkenaan mahu menubuhkan sebuah parti baharu.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS yang baru dipilih berkata, perlu ada asas yang kukuh bagi penubuhan parti baharu dan bukan sekadar berdasarkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan muktamar agung parti itu baru-baru ini.
“Parti tidak seharusnya muncul sebab tidak puas hati… Maksudnya keputusan itu (penubuhan parti baru) lahir daripada rasa tidak puas hati terhadap keputusan muktamar,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post awal pagi tadi.
Bagaimanapun, kata Tuan Ibrahim, oleh kerana sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini membenarkannya, terpulanglah kepada mana-mana individu atau kumpulan untuk berbuat demikian.
“Dalam konteks demokrasi terpulanglah, jika memenuhi syarat.
“Bagi kami (PAS), apa keperluan parti baharu?
“Di Malaysia saya fikir tidak ada keperluan untuk tubuhkan parti baharu,” tegas beliau.
Mengenai dakwaan Pengerusi PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi bahawa ada beberapa pemimpin PAS yang memberi reaksi positif untuk menyertai parti baru itu,
Penubuhan parti baru ditunjangi PasMa tidak boleh disekat, namun yakin ia tidak akan menjejaskan PAS.
Penubuhan parti baru ditunjangi PasMa tidak boleh disekat, namun yakin ia tidak akan menjejaskan PAS.
Tuan Ibrahim berpendapat perkara itu tidak seharusnya berlaku jika mereka memahami perjuangan sebenar PAS.

Mana seribu rumah untuk mangsa banjir?


SUFI9838
GUA MUSANG, 14 JUN: DAP mengutuk sikap tidak bertanggungjawab kerajaan persekutuan yang berjanji mahu membantu mangsa banjir namun sehingga sekarang bukan saja ia belum dibina, malah tiang rumah pun belum di dirikan.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan telah membuat janji tersebut Januari lalu, namun hanya berapa kerat saja yang dipenuhi.
“Beberapa hari lagi Ramadan bakal menjelang, tapi 95 peratus rumah yang dijanjikan kerajaan persekutuan masih belum siap-siap lagi.
“Bukan saja belum siap, kebanyakannya masih belum dibina lagi.
“Adakah penduduk kena tunggu bulan Ramadan tahun depan?” soal Anthony.
Tegasnya, berbeza dengan DAP, walau tidak mempunyai peruntukan jutaan ringgit, tapi tetap berjaya menyiapkan 60 buah rumah di Kampung Pasir Tumboh, Kelantan.
Katanya, peruntukan yang diperoleh adalah dari derma orang ramai yang prihatin terhadap nasib mangsa banjir di pedalaman Kelantan.

Buang masa sahut cabaran Nik Abduh - LKS


lim_kit_siang_3005


GUA MUSANG, 14 JUN: Cabaran Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz supaya DAP ‘menceraikan’ parti itu dari Pakatan Rakyat hanya membuang masa, kata Lim Kit Siang.
Ketua Parlimen DAP itu berkata, pihaknya tidak mempunyai masa untuk bercakap perkara tersebut yang langsung tidak mencakupi kehendak rakyat.
“Ada baiknya kita bercakap soal prinsipal, objektif dan impian Malaysia.
“Impian Malaysia itu mestilah berasaskan polisi bersama Pakatan Rakyat untuk memenuhi harapan seluruh rakyat.
“Kita tak ada masa untuk bercakap soal cerai berai,” katanya ketika ditemui di Kampung Pasir Tumboh, Kelantan.
Kit Siang berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Nik Abduh yang memperlekehkan DAP dengan dakwaan tidak cukup jantan untuk berpisah dengan parti dikuasai ulama itu.
Malah lebih memalukan, Nik Abduh yang berimej serba islamik menggunakan wanita sebagai objek ejekannya terhadap DAP.

Phahrolrazi yakin parti baharu tidak akan 'mati'

Phahrolrazi-Mohd-Zawawi. 
SHAH ALAM - Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau menaruh keyakinan bahawa parti baharu yang digerakan oleh persatuannya akan bersinar dan mampu menjadi parti yang kuat.
Katanya, ini kerana konsep parti baharu itu sesuai dengan konsep dinamik yang berlaku di negara ini.
"Konsep parti baharu ini adalah lebih bersifat sederhana, ia terbuka kepada semua kaum di negara ini.
"Saya yakin ia sebuah parti yang kuat," katanya ketika sidang media Pasma di Shah Alam semalam.
Sementara itu, ketika ditanya pemberita adakah parti baharu itu akan senasib seperti parti-parti serpihan lain, Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) misalnya, Phahrolrazi berkata 'ia mungkin tidak akan terjadi'.
"Berjasa Pro BN, berbeza dengan parti baharu ini, ia Pro PR,itu lain berbeza..jadi bila parti yang  Pro BN ini, BN hanya hendak perlalat parti baharu sebab itu parti itu tidak boleh hidup , kita lain kita nak jadi satu komponen yang aktif ," katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya adakah faktor-faktor yang akan mengagalkan penubuhan parti itu, Phahrolrazi berkata setakat ini tiada petanda merujuk kepada perkara itu.
"Saya rasa tiada faktor yang akan menggagalkannya," katanya.

Parti politik baharu PasMa jejas perpaduan Melayu, kata bekas timbalan presiden PAS

Tindakan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menubuhkan parti politik baharu bakal menjejaskan persefahaman komuniti Melayu dan Islam di negara ini serta memberikan kesan negatif kepada negara pada masa akan datang, kata bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.
Nasharuddin bagaimanapun berkata, PasMa bukan saingan parti Islam itu sekiranya mereka berhasrat menjadi parti politik menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Malaysia negara demokrasi, siapa sahaja boleh tubuh parti, tapi rakyat yang akan tentukan. Itu hak mereka. Hak menentukan masa depan parti adalah hak rakyat," katanya, ketika ditemui pemberita di Kenduri Rakyat di Bandar Bukit Mahkota, Bangi, hari ini.

"Saya sekian lama mengusahakan persefahaman politik PAS dan Umno sebagai pilihan utama Melayu Islam di negara kita. Jadi bila ada parti baharu, ini boleh beri kesan kewujudan persefahaman Melayu itu, mungkin tidak berikan sesuatu baik untuk masa depan," katanya. Beliau bagaimanapun berkata, hanya akan memberikan tumpuan kepada pertubuhan bukan kerajaan yang diterajuinya, dan tidak akan kembali aktif di dalam PAS meskipun pemilihan parti Islam itu menunjukkan pertambahan bilangan penyokong ulama menerajui kepimpinannya.
"Kejayaan PAS sama ada memerintah negeri itu jelas terbukti, parti baharu tidak akan beri impak besar kepada PAS.
"Tapi sudah tentu PAS akan ada saingan, tapi saya tak rasa ia isu besar," katanya.
"Saya lebih berminat dengan kerja saya sekarang, berikan khidmat bersama masyarakat. Saya punya ruang jauh lebih besar, banyak benda saya boleh beri sumbangan."
Beliau turut berkata, tiada sebarang jemputan daripada PasMa untuk beliau menyertai mereka.
"Setakat ini tiada jemputan sertai parti baharu. Pada ketika ini aktiviti kemasyarakatan sudah cukup menyibukkan saya. Saya lebih senang.
"Pasaran baru saya lebih luas, tugas dan tanggungjawab saya banyak. Apa saya dapat bantu PAS, saya bantu. Untuk jawatan tertinggi mungkin tidak. Saya boleh menyumbang sebagai ahli biasa," katanya.
Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi sebelum ini berkata, dengan hasrat PAS yang tidak mahu menjalinkan hubungan dengan DAP dan kenyataan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mendakwa PR bersedia untuk dikebumikan, maka pakatan itu dilihat sudah terbubar.
"Kita mengambil pendirian yang sebuah pakatan baharu perlu ditubuhkan dengan suatu persetujuan yang lebih mantap membaiki lagi pakatan yang lepas yang tidak mempunyai struktur, tetapi sekadar satu persefahaman.

PAS reps urged to stay in Penang, Selangor government

New ulama chief says to wait until Shura council decision, says Johor PAS to maintain ties with DAP

pas_dap_sel_png_600_1
KUALA LUMPUR: The new PAS Dewan Ulama head has urged PAS members in Penang and Selangor to remain in their government positions until a final decision by the party’s supreme decision-making body, the Shura council, on whether to sever ties with the DAP.
The party adopted a motion ending relations with the DAP last week at its general assembly. The motion must go to the Shura council for ratification.
He said the Shura council would make a decision within a month.
“We want to fix it. That is why we want the members in the states especially Penang and Selangor not to resign until the decision is made,” he was quoted as saying by Sinar Harian.
Yesterday Mahfodz, who is PAS commissioner in Johor, had said the Johor party leadership wished to continue working with its Pakatan Rakyat partners, the DAP and PKR, and to remain with Pakatan Rakyat.
Mahfodz said he hoped to meet DAP Johor leaders to strengthen relationships. “The situation in Johor is not the same as in Selangor and Penang because the Pakatan Rakyat government has been formed in those states, unlike Johor. I hope that they will accept our invitation.”

PAS Bukit Katil: Jangan biar ahli resah

PAS kawasan Bukit Katil menggesa kepimpinan PAS pusat segera dan tidak berlengah untuk menyelesaikan isu usul memutuskan hubungan dengan DAP yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamar parti itu awal bulan ini.

Dalam satu kenyataan, kawasan itu berkata pihaknya sangat terkesan dengan isu itu kerana hubungan baik mereka dengan DAP di peringkat parlimen itu.

Sekaligus penangguhan penyelesaiannya menyebabkan akar umbi semakin resah dan rakyat tertanya-tanya pendirian sebenar PAS dalam isu itu, tegas PAS Bukit Katil.

"PAS Pusat (perlu) memberikan kata putus dengan segera tentang hubungan PAS dengan DAP dan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

AMK: Rakyat dulu baru parti

nik nazmiSHAH ALAM, 14 JUN: Pemimpin DAP dan PAS digesa mengutamakan kepentingan rakyat dan berhenti menyulam kemelut demi kepentingan parti masing-masing, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad
Nik Nazmi berkata, pertelingkahan dua parti itu tidak mendatangkan kebaikan, bahkan seperti mengkhianati kepercayaan rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
“Pakatan Rakyat (Pakatan) dibina atas jalan persamaan dan ketika PRU lalu menjadi harapan rakyat untuk memperjuangkan isu berkepentingan mereka.
“DAP dan PAS perlu mencari titik persamaan menangani kemelut mereka,” katanya dipetik Sinar Harian.
Nik Nazmi berkata, pihaknya bersedia menjadi orang tengah dan kini dalam usaha berunding dengan kepimpinan DAP dan PAS bagi mencapai kesepakatan.
Katanya, Kerajaan Selangor masih berjalan dengan baik memandangkan dua parti itu dapat bekerjasama.
“Setakat ini, dalam mesyuarat Exco semuanya baik dan berharap isu ini dapat diselesaikan segera,” katanya.
Muktamar PAS ke-61 meluluskan usul tergempar memutuskan hubungan dengan DAP namun mengekalkan kerjasama politik dalam Pakatan, pada 6 Jun lalu.

Saya sedia jadi hamba DAP, kata Pak Samad

Sasterawan ‎Negara Datuk A Samad Said yang baru menyertai DAP mengakui bersedia menjadi "hamba" kepada parti itu dan menolak sekiranya diberi jawatan dalam parti.

Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, ‎beliau sebelum ini pernah menyatakan hasrat kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang untuk menjadi pengikut yang setia dan jujur, bermula dari bawah.

"Setakat ini belum ada pertemuan dengan pucuk pimpinan. Saya baru menyertai (DAP) tetapi saya bersedia jadi hamba bukan jadi pemimpin‎," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel forum bahasa anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan di Shah Alam, hari ini. 

Pak Samad secara rasmi menyertai DAP semalam dalam program Gabungan Impian Kelantan di Kampung Pasir Tumbuh, Kelantan‎.

 Katanya, berada dalam politik beliau lebih selesa mengambil pendekatan untuk berunding secara tertutup jika ada kelemahan atau kritikan terhadap DAP atau Pakatan Rakyat (PR).

"Kalau ada sesuatu yang tidak benar atau sulit saya bersedia berunding secara tertutup, bukan macam ahli politik yang ada ini dia senggol satu sama satu di luar," katanya.

Pengerusi Yayasan Teoh Beng Hock 'Trust for Democracy' itu ‎berkata, penyertaannya dalam DAP bukan untuk mendapat kuasa dan tidak bercita-cita menjadi wakil rakyat dalam pilihan raya akan datang, salah satunya kerana faktor usia.

 Pak Samad turut mengakui sebelum ini pernah dipelawa beberapa pihak untuk menjadi calon semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

"Tetapi akhirnya terpulang kepada parti sebab saya jadi hamba kepada parti.

Najib teruk kerana warisi kepimpinan Mahathir?

Dr Mahathir selalu menyangka yang semua orang mudah lupa. Semalam beliau menyalahkan Sultan Iskandar yang semasa itu menjadi Yang Di Pertuan Agong, yang memecat Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara bersama dengan lima Hakim Mahkamah Agong yang lain.
Sebelum kita memahami hakikat sebenarnya yang berkaitan dengan isu pemecatan Tun Salleh Abbas ini, kita perlu tahu latar belakang siapa yang terlibat, seperti Dr Mahathir dan Raja yang dituduh Dr Mahathir sebagai orang yang bertanggungjawab memecat Tun Salleh Abbas itu. Dr Mahathir semalam tidak menyalahkan Tun Salleh tetapi beliau menyalahkan Yang di Pertuan Agong Sultan Iskandar, Sultan Johor Darul Takzim semasa pemecatan itu.
Dalam politik negara Tun Mahathir terbilang dengan orang yang suka melakukan kehendak hatinya sendiri dan  sentiasa  tidak sesuai dengan undang-undang dan etika sebagai seorang Perdana Menteri sebuah negara merdeka seperti Malaysia ini. Jika ada halangan etika dan undang-undang beliau akan hapuskan undang-undang yang diguna-pakai oleh negara demokrasi untuk menjaga negara itu sendiri.
Jika ada pemimpin yang beliau anggap sebagai boleh menyaingi beliau dalam kerjaya sebagai pemimpin yang berjaya,  mereka –mereka itu akan dipinggirkan dan digantikan dengan mereka yang boleh bersekongkol dan memenuhi kehendaknya iaitu hanya memberikan sokongan 120 peratus terhadap beliau. Akhirnya beliau berdiri seorang sebagai seorang pemimpin yang boleh dianggap berwibawa dan yang lainnya hanyalah dianggap beliau sebagai ‘red-indian’ yang boleh beliau perlakukan sekehendak hatinya. Di dalam UMNO pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli  hanya diminta bertepuk dan bersorak dalam perhimpunan agung sahaja.
Dr Mahathir menebas sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan beliau atau pun mereka yang dianggap lebih cerdik dari beliau. Beliau seorang penebas termasuk menebas Hakim-Hakim yang menjalankan tugas dengan baik. Tetapi kerja baik dan tindakan yang betul oleh Hakim-Hakim  itu tidak menyenangkan kedudukan beliau,  maka hakim-hakim itu menjadi mangsa beliau. Habis Hakim-Hakim yang baik ditebasnya.

DAM GST kembali ke dapur....

Menerusi akaun Twitternya, Ahmad Maslan memasak lagi nasi goreng untuk dihidangkan kepada ahli keluarganya.

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sekali lagi memuat naik gambar memasak nasi goreng dengan memberi petua kepada rakyat bagaimana mengelak daripada dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Di lamanTwitternya, Ahmad yang berbaju merah bergaya di depan kamera sambil memegang sudip dan telinga kuali.
“Sesekali sedia sarapan utk keluarga. Nasi goreng campur resepi tiada GST. Hidang terus. Lepas masak ini ada program UMNO,” tulisnya
Hirisan timun yang tersusun elok di dalam kuali, juga mungkin menunjukkan Ahli Parlimen Pontian ini seorang yang kreatif dalam menghias makanan.
Status yang dimuat naik kali ini adalah yang kedua.
Sebelum ini, beliau berkongsi beberapa keping gambar dan cara untuk memasak nasi goreng serta berkongsi petua untuk mengelak GST.

Sepatutnya konsesi tol PLUS tamat pada 2018 nnti..


TETAPI si penyangak UMNO tetap tamak & rakus utk 
MELANJUTKAN 20 TAHUN LAGI menjadi 2038 !!!

ADA LAGI 29 lebuhraya bertol di Malaysia..
Selagi UMNO ada di M'sia selagi itu 
KRONI2 akan lanyak kantong2 rakyat suruh bayar tol..

ANDA nilaikanlah sendiri SIAPA SEBENARNYA pengkhianat kpd rakyat.. 
Rakyat atau Najib ???

KENAPA MENTERI2 ternakan UMNO kebanyakan bodoh sgt ???


Baru tau nilai ringgit jatuh puncanya sbb Mahathir serang PAHLAWAN Najib Razak....

Agaknya slps Mahathir diam serang Najib nilai ringgit AKAN NAIK kot....